Download - Gigih Tanam Cendawan
-
8/14/2019 Gigih Tanam Cendawan
1/2
LAMAN UTAMA CARI 10 Ogos 2008 / 8 Syaaban 1429KUMPULAN UTUSAN HUBUNGI KAMI JOM IKLAN! ARKIB
BERITA
BERITA
Berita Utama
Dalam NegeriWilayah
Parlimen
Politik
Luar Negara
Sukan
Bisnes
Laporan Saham
Mahkamah
Jenayah
Rencana
Bicara Agama
Forum
GAYA HIDUP
Hiburan
Keluarga
Feminin
Rancangan TV
Pendidikan
Sains & Teknologi
Agrobiz
Kesihatan
Sigap
Polis & Tentera
Sastera
CAPAIAN LAIN
Portal Pendidikan
Kosmo! Online
Mangga Online
Mangga TV
MyBooksKareer
Utusan Karya
LAMAN KHAS
KOMUNITI
ARKIB : 08/08/2008
Gigih tanam cendawan
Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
PEPATAH yang berbunyi seperti
cendawan tumbuh selepas hujan,
seakan-akan menjelaskan apa yang
berlaku pada masa ini iaitu ramai
individu mengusahakan tanaman
cendawan tiram kelabu selepas
kerajaan khususnya Jabatan
Pertanian berusaha mempromosi
tanaman tersebut.
Senario tersebut didorong oleh faktor
permintaan yang kian meningkat serta
mempunyai potensi pasaran tempatandan antarabangsa yang begitu
memberangsangkan terhadap
cendawan spesies berkenaan.
Justeru, semakin ramai individu tempatan bertekad untuk menceburi serta mengusahakan tanaman
tersebut dengan tujuan mencari pendapatan tambahan serta keuntungan yang boleh dikatakan
agak lumayan.
Melihat kepada fenomena tersebut, seorang pegawai kerajaan, Saleha Mohamed, 47, tidak
ketinggalan dalam mengambil inisiatif untuk bergiat serta mengusahakan perusahaan tersebut.
Dia yang berasal dari Kelantan, menjelaskan bahawa penglibatannya dalam penanaman cendawan
itu disebabkan minat berniaga dan juga keperluan untuk memenuhi permintaan pasaran.
Semuanya bermula apabila beliau mengambil keputusan untuk berkongsi perniagaan tersebut
bersama-sama anak saudaranya, Norazila Mohd Yusof, 28 yang kini masih menuntut di Universiti
Sains Malaysia (USM).
Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar dan modal sebanyak RM20,000, dia bersama-sama
Norliza telah memulakan pengusahaan tersebut sejak tiga bulan lalu.
Dengan modal sebanyak itu, kami mampu menyewa dua buah lot kosong rumah kedai, membeli
peralatan serta menghasilkan cendawan dan kini setelah tiga bulan berlalu, cendawan tiram kelabu
kami telah mengeluarkan hasil yang memuaskan, katanya ketika ditemui di rumah kedai yang
dijadikan gudang cendawannya di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, baru-baru ini.
Menurutnya lagi, dua buah lot rumah kedai itu yang mempunyai keluasan 20 kaki x 80 kaki tiap
satu mampu menempatkan sebanyak 20,000 beg yang ditempatkan di atas rak yang disusun rapi.
Menerusi syarikat Setia Gading Enterprise yang dikendalikannya, Saleha bersama-sama dua orang
pekerjanya mampu menghasilkan 40 kilogram (kg) sehingga 50 kg cendawan setiap hari.
Jelasnya lagi, secara purata, hasil tersebut merupakan cendawan yang dihasilkan daripada 1,000
beg yang sudah sampai tempoh matang.
Dalam pada itu, Saleha turut menerangkan bagaimana proses tanaman cendawan tiram kelabu
dilakukan.
Menurutnya, proses tanaman cendawan tiram kelabu, memerlukan penggunaan habuk kayu serta
beberapa campuran lain termasuk kapur digunakan bagi dijadikan bahan asas.
Seterusnya , kesemua bahan itu perlu digaul dan dicampur dengan air sebelum dimasukkan ke
dalam beg plastik khas.
Selepas itu, beg plastik tersebut akan disuntik dengan benih cendawan dan diperam selama dua
bulan.
Dalam masa itu, beg plastik tersebut akan bertukar menjadi warna putih dari masa ke semasa dan
itu bermakna akar cendawan tersebut sedang tumbuh dalam beg tersebut, ujarnya.
Selepas tempoh dua bulan, tutup beg plastik tersebut akan dibuka dan kemudian benih yang asal
itu akan dibuang tetapi beg tersebut ditutup kembali dalam tempoh 10 hari.
Tambahnya, selepas 10 hari benih tersebut dibersihkan, tutup beg tersebut akan ditanggalkan dan
setiap beg akan mula mengeluarkan hasil selepas empat ke lima hari benihnya dibuang.
Hasil yang dihasilkan itu kemudiannya sudah boleh dipetik dan dibungkus untuk dipasarkan.
Buat masa ini, Saleha membekalkan cendawan-cendawannya kepada para peruncit dan pembekal
AGROBIZ
Saleha Mohamed (kanan) bersama pembantunya memungut hasil
cendawan di ladangnya di Rawang, Selangor.
I K L A N @ U T U S A N
I K L A N @ U T U S A N
MENARIK
Mencari Sharlinie
Download poster Mencari
Sharlinie.
Ikuti perkembangan terkini
pencarian Sharlinie
Download fotofit suspek.
Utusan@SMS -- Langgan khidmat SMS news alert
akhbar Utusan Malaysia
Geng@Utusan -- Hantar gambar anda dan jom sertai
teman-teman di Geng Online
IKLAN Teks
Cyber Slim Center - 10kg dalam 30 hari>> Langsingkan badan secara selamat, semula jadi SmartStudy - Kursus Motivasi & Teknik BelajarBersama Osman Affan Pusat Pelangsingan Online Anda, turun 5-30kg.>> Rahsia Mudah Langsing. Ketahuinya.
Promosi ! 3GB hosting hanya RM80 setahunSyarikat Hosting 5 Teratas, Pendaftaran dibuka 24/7
Page 1 of 2Utusan Malaysia Online - AgroBiz
9/8/2008http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&...
-
8/14/2019 Gigih Tanam Cendawan
2/2
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. Terma & Syarat
cendawan kecil-kecilan di sekitar Rawang.
Selain itu, ditanya mengenai cabaran serta masalah yang dihadapi sepanjang mengusahakan
penanaman cendawan itu, beliau menjelaskan bahawa cendawan tiram kelabu atau nama
saintifiknya Pleurotus sajor-caju merupakan spesies yang sangat sensitif.
Bagi mendapatkan hasil yang baik, soal kebersihan perlu diutamakan. Ini kerana persekitaran
yang kotor akan mempengaruhi udara, sekali gus akan mendatangkan penyakit kepada cendawan.
Bagaimanapun, penyakit hijau merupakan masalah yang sering dihadapi oleh para pengusaha
cendawan masa kini, selain serangan serangga seperti ulat dan lain-lain lagi, katanya.
Tambah Saleha, bagi menangani perkara ini, persekitaran hendaklah dijaga dengan rapi.
Semburan racun serangga perosak dilakukan dengan berhati-hati agar beg cendawan tidak
terdedah kepada semburan ini.
Saleha turut mengakui bahawa risiko kerosakan cendawan juga agak tinggi. Antara 10 hingga 20
peratus beg cendawan akan mengalami kerosakan.
Pada masa yang sama, Saleha turut memberitahu bahawa benih yang baik juga menjadi salah satu
faktor yang mampu mempengaruhi produktiviti.
Buat masa ini, bagi menampung keperluan mendapatkan bekalan benih cendawan yang baik dan
bermutu tinggi, Saleha telah mengadakan perbincangan antar pengusaha tiram kelabu di selatan
Thailand.
Menurutnya, beberapa orang pengusaha di negara itu sedang berusaha mendapatkan kelulusan
pihak tertentu di negara ini untuk membawa masuk benih yang baik bagi diedarkan di negara ini.
Lebih menarik, benih yang digunakan di Thailand itu mampu menghasilkan cendawan hanya dalamtempoh 28 hari berbanding pada kebiasaannya, ia memerlukan sekurang-kurangnya dua bulan
setengah bagi mendapatkan hasil.
Saleha berharap agar sesiapa yang berhasrat untuk mendapatkan cendawan miliknya atau
memasarkannya agar menghubungi di talian 019-2199180 atau suaminya Safri Ali di talian 017-
3953654 atau berkunjung ke lot kedainya di alamat G23, Jln Kasturi 1B, Bukit Sentosa.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Gigih tanam cendawan Herba meningkatkan kesihatan Inovasi pemprosesan nangka Nilai nutrisi cendawan bagi tujuan perubatan Sistem Peribact untuk ternakan udang Asas lahirkan usahawan ternak RM5j geran penyelidikan buah jarak Menternak rusa tidak sesukar disangka AgroHUB tawar tujuh perladangan kontrak
Sarang burung sumber ekonomi baru
I K L A N @ U T U S A N
Page 2 of 2Utusan Malaysia Online - AgroBiz
9/8/2008http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&...