Download - Folio Sejarah 2009 Masjid Ubudiah
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa saya iaitu xxxxxx dan xxxxxx
kerana telah memberi bantuan kewangan dan membantu saya menyiapkan kerja kursus
ini. Berkat kesungguhan dan semangat yang diberikan saya dapat mentiapkan kerja
kursus ini dengan jayanya.
Selain itu, tidak dilupakan, guru matapelajaran Sejarah iaitu xxxxxx atas tunjuk
ajar, bantuan dan bimbingan sepanjang saya menjalankan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengurusan xxxxxx kerana
telah memberikan kebenaran kepada saya membuat rujukan dan membantu saya
mendapatkan bahan untuk kerja kursus ini.
Tidak dilupakan, xxxxx, xxxxx dan xxxxx iaitu rakan-rakan saya yang turut
bertungkus-lumus membantu dan berkongsi idea dalam merealisasikan kerja kursus ini.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang
membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung.
OBJEKTIF KAJIAN
Dalam melaksanakan kerja kursus ini, banyak objektif yang dapat dicapai. Melalui kajian
yang dijalankan saya dapat mengetahui latar belakang bangunan bersejarah dan
kepentingan terhadap masyarakat setempat dengan lebih mendalam.
Kajian ini juga dapat membantu saya mengenalpasti elemen senibina dan
bahan binaan bangunan bersejarah dan bersyukur nikmat pembangunan negra tanpa
mengabaikan nilai-nilai sejarah.
Selain itu, ia juga dapat memupuk rasa cinta dan banggakan tanahair kita
dengan menghargai usaha dan pengorbanan generasi terdahulu dalam membebaskan
tanahair dari cengkaman penjajah dan berusaha memajukan Negara.
Kajian ini juga memenuhi ciri-ciri keistimewaan dan keunikan yang terdapat
pada bangunan bersejarah ini untuk dijadikan panduan dalam memberi manfaat yang
berguna kepada masyarakat dan Negara.
Melalui kajian ini juga dapat mengingatkan kita betapa pentingnya
penghayatan dan kajian sejarah masa lalu sebagai panduan untuk kecemerlangan
diri ,masyarakat dan Negara pada masa akan datang.
KAEDAH KAJIAN
Dalam melaksanakan kerja kursus ini saya menggunakan beberapa kaedah. Antaranya
ialah :-
Penyelidikan di Perpustakaan
-saya telah membuat penyelidikan dan rujukan di perpustakaan bagi mendapatkan
bahan dan maklumat berkaitan bngunan bersejarah yang dikaji.
Melayari Internet
- sejajar dengan perkembangan teknologi, saya turut melayari laman web
http :// ms wikipedia.org/wiki/Masjid_Ubudiah,_Perak untuk
mendapatkan maklumat tentang bangunan bersejarah.
Lawatan Tempat Kajian
- Bagi mendapatkan ggambaran yang lebih jelas tentang bangunan bersejarah dan
keunikan senibina, saya telah melawat ke tempat kajian iaitu di Masjid Ubudiah.
MASJID UBUDIAH
Nama Bangunan
Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid yang dianggap salah satu masjid terindah di
Malaysia. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Diraja dan menjadi mercu tanda
bagi negeri Perak dan sebagai ikon masjid bersejarah tercantik negara.
Latar Belakang
- Asal usul
Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, Sultan Idris telah menitah Kolonel Huxley
dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang
hendak didirikan. Pada zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah 1, Sultan Perak
ke- 28 bermulanya pembangunan Masjid Ubudiah.
- Pengasas
Pengasas Masjid Ubudiah ini ialah Sultan Perak iaitu Sultan Idris Murshidul Adzam
Shah I, Sultan Perak ke-28.
- Tarikh pembinaan
Masjid ini telah dibina pada tahun 1913.
- Lokasi
Masjid ini terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Ia juga berhampiran dengan
Istana Iskandariah.
- Tujuan Pembinaan
Pada mulanya, masjid ini merupakan masjid nazar. Ini kerana Sultan Idris berhasrat
untuk membayar nazar sekiranya kesihatan baginda pulih. Setelah baginda telah pulih
dari penyakitnya, baginda telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit
Chandan.
- Kos Pembinaan
Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira sebanyak $22,000.00.
- Perasmian
Masjid ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah
Shah iaitu Sultan yang ke- 29.
Keistimewaan Bangunan
- Reka Bentuk Plan
Reka bentuk masid ini amat menarik. Ia berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah
menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang
mana tiap-tiap satu garis pusatnya beukuran sepanjang 60 kaki. Geometri segi lapan
dikembangkan mengikut fungsi penggunaan ruang masjid ini. Segi lapan teras (core)
adalah merupakan ruang solat utama. Lapisan segi lapan luaran pula adalah
merupakan serambi masjid yang memberi sokongan untuk jemaah solat yang lebih
ramai. Pertambahan ruang telah belaku kepada masjid ini iaitu dengan kehadiran
ruang belakang yang lebih luas, berlawanan dengan geometri asal yang bersegi lapan
itu. Ruang belakang adalah bersifat empat segi memaksimakan penggunaan tanah
yang ada di sekitar masjid. Masjid ini mempunyai tiga anjung utama dan satu anjung
di bahagian belakang untuk kaum wanita.
- Bahan Binaan
Bahan binaan masjid ini terdiri daripada batu marmar yang dibawa khas dari Itali dan
London.
- Pengubahsuaian
Masjid ini telah melalui beberapa siri pengubahsuaian. Sekarang ini, ruang dalaman
terutama disekitar siling kubah telah menyaksikan unsur Parsi atau Uzbek didalam
penggunaan muqarnas pada sudut-sudut bangunan.
- Hiasan Dalaman
Di bahagian luar pagar masjid, dihiasi pokok renek sepanjang laluan pejalan kaki
manakala papan tanda pula dibuat dengan batu marmar dengan tulisan yang menarik.
Reka bentuk pagarnya berkonsepkan ala istana menggunakan cat berwarna putih dan
besinya dicat warna keemasan serta hitam. Rumput hiasan ditanam di beberapa
bahagian luar masjid serta pokok pinang. Ruang letak kereta yang luas memudahkan
orang ramai berkunjung ke Masjid Ubudiah. Sebuah pondok di bina di belakang
masjid untuk kemudahan pengunjung berehat sambil menikmati kedamaian. Di
bahagian hadapan masjid, dibina sebuah kolam dilengkapi air pancut yang
memberikan kedamaian kepada pengunjung. Tiangnya dibuat daripada batu marmar
berwarna coklat manakala dindingnya mempunyai reka bentuk yang melambangkan
agama Islam. Di dalam ruangan dalaman, terdapat hiasan lampu dan dinding yang
pelbagai warna manakala mimbarnya dibuat daripada kayu bermutu tinggi berukiran
warisan tradisional dan Kesultanan Melayu. Pada bahagian atas, terdapat sebuah
lampu kristal yang memenuhi ruangan tengah masjid diikuti beberapa lampu kecil.
Bahagian silingnya dihiasi kalimah nama Allah dan ukiran siling kapur yang begitu
unik. Masjid yang mempunyai sebuah kubah utama dan beberapa kubah kecil
berwarna keemasan itu memang cukup menarik.
- Kegunaan Dahulu dan Sekarang
Kegunaan masjid pada zaman dahulu dan sekarang adalah sama iaitu Masjid
merupakan bangunan atau tempat yang digunakan oleh orang-orang Islam untuk
bersembahyang. Selain itu, masjid ini juga menjadi pusat pengembangan ajaran Islam
dan tempat perhimpunan orang-orang Islam pada hari-hari perayaan.
- Cara Pembinaan
Pembinaan masjid tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari negara Itali
telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan
Ibni Sultan Abdullah. Gajah ini bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama
Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama
Kulub Gangga dan gembalanya be rnama Uda De bok mengikut cerita yang tidak
semena. Gajah itu berjuan sehinggalah melarat ke tempat simpanan batu marmar
tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu. Oleh sebab batu telah musnah,
maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar
yang dipesan itu teah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama
di Eropah. Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah
meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan
rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah (1916-1918), Sultan yang ke-29, pada
tahun 1917.
RUMUSAN
Masjid Ubudiah merupakan lambang atau simbol kesenian melayu islam yang
bertapak kukuh di Malaysia ini. Ia juga merupakan satu sumber inspirasi bagi pencinta
seni bina tradisi melayu dan satu sumber yang boleh dianggapkan oleh anak watan tanah
air Malaysia yang tercinta ini. Selain daripada itu, ia juga dapat membangkitkan rasa
takjub dan terpegun oleh setiap mata yang memandang.
RUJUKAN
1) Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/ Masjid_Ubudiah, _Perak
http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM
http://www.virtualmalaysia.com/destination
2) Surat khabar
New Strait Times, 24 Mei 2004, Halaman 9
3) Sumber lain
Dipetik dari Seminar Kuala Kangsar Meniti Zaman,
Penyunting : Dato’ Hj. Khairuddin B. Arshad
Penerbit: Lembaga Pembangunan Sastera Perak (LEPAS)
Penaja : Majlis Perbandaran Kuala Kangsar