Download - Esemen 1
BAHAGIAN A
(a) Tujuan dan rasional kajian
Kajian yang telah dilakukan ini adalah bertujuan untuk menunjukkan persamaan dan
perbezaan dalam penterjemahan istilah asing yang terdapat di dalam bahasa Melayu dan
bahasa Korea. Malah, kajian ini juga bertujuan melihat cara istilah ini dibentuk dan
digunakan ke dalam bahasa Melayu dan bahasa Korea. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk meningkatkan lagi kaedah penterjemahan istilah pinjaman dengan lebih
baik lagi. Di samping itu, rasional kajian ini dilakukan kerana ketiadaan kajian yang
dilakukan oleh para pengkaji sebelum ini dalam menunjukkan perbandingan atau
perbezaan dalam pembentukan istilah bahasa Melayu dan bahasa Korea. Malah, melalui
hasil kajian yang dilakukan adalah bagi menunjukkan perkembangan penggunaan
peminjaman istilah yang telah digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa Korea yang
terdapat di negara membangun.
1
(b) Perbezaan ‘pinjam terjemah’, ‘pinjam suai’ dan ‘pinjam langsung’
Pinjam Terjemah Pinjam Suai Pinjam Langsung
Pinjam terjemah ialah
sesuatu istilah yang
dipinjam daripada bahasa
lain atau bahasa asing
untuk diterjemahkan ke
dalam bahasa Melayu.
Oleh hal yang demikian,
istilah yang dihasilkan
melalui proses
penterjemahan perlu
selari dengan makna
istilah asal yang telah
digunakan dalam bahasa
asing.
Penterjemahan dalam
satu golongan kata juga
perlu sama iaitu dalam
bentuk frasa nama.
Begitu juga dengan
makna perkataan yang
positif juga perlu
ditetapkan sama seperti
istilah asal.
Pinjam suai ialah
merupakan proses
peminjaman istilah
daripada bahasa asing
atau bahasa lain melalui
kesesuaian ejaan dan
sebutan. Namun, dalam
sistem bahasa Melayu ia
lebih mengutamakan
bentuk ejaan agar selari
dengan sistem ejaan
bahasa Melayu.
Selain itu, penggunaan
istilah yang diperoleh
daripada bahasa asing
juga lebih menekankan
penyesuaian maksud
yang lebih ringkas dan
padat berbanding tafsiran
maksud bahasa
peminjam.
Malah, jika terdapat
istilah bahasa yang
meminjam mempunyai
Pinjam langsung ialah
penggunaan bahasa asing
ke dalam bahasa Melayu
tanpa mengalami proses
penyesuaian ejaan atau
sebutan dengan
sepenuhnya.
Keadaan ini
menunjukkan bahawa
ilmu pengetahuan dapat
dipindahkan melalui
penggunaan kata bahasa
asing atau penggunaan
istilah bahasa peminjam
seperti istilah yang
terdapat dalam bidang
sains, teknologi dan
ikhtisas.
Sebagai contoh pinjam
langsung ialah ‘deposit’
yang tidak mengalami
penyesuaian ejaan
terdapat di dalam bahasa
Melayu. Selain itu,
2
Sebagai contoh, istilah
‘supermarket’ jika
diterjemahkan membawa
maksud ‘pasar hebat’,
tetapi penggabungan dua
kata umum ini
sebenarnya membawa
maksud ‘pasar raya’.
banyak kata yang sama
maksud, penyerapan
istilah asing perlu
diselaraskan
Sebagai contoh, pinjam
suai yang diambil
daripada istilah bahasa
Inggeris adalah
‘tuberculosis’ dan
ejaannya disesuaikan
menjadi ‘tuberkulosis’.
Begitu juga dengan istilah
‘transaction’ disesuaikan
menjadi ejaan ‘transaksi’.
‘uterus’, ‘in vivo’ dan ‘in
vitro’ juga dikekalkan
ejaannya.
3
(c) Ulasan Jadual 1
Jadual 1 menunjukkan kategori penterjemahan istilah pinjaman ke dalam bahasa
Melayu melalui penyerapan istilah bahasa Inggeris. Penterjemahan istilah telah melalui
kaedah terjemah langsung, kaedah pinjam suai dan kaedah pinjam langsung. Saya
mendapati bahawa kebanyakan istilah yang digunakan kebanyakannya telah melalui
kaedah terjemah langsung. Sebagai contoh, istilah ‘interest’ dalam bahasa Inggeris telah
melalui proses terjemah langsung menjadi ‘faedah’. Begitu juga dengan perkataan
‘outstanding balance’ kepada ‘baki tertunggak’, ‘investment’ kepada ‘pelaburan’,
‘allergic’ kepada ‘alahan/alergi’, ‘cancer’ kepada ‘barah/kanser’ dan sebagainya. Oleh
hal yang demikian, saya mendapati bahawa istilah-istilah yang wujud dalam bahasa
Melayu kebanyakannya telah melalui kaedah terjemah langsung dengan menggunakan
istilah daripada bahasa Inggeris.
Seterusnya, jenis penterjemahan istilah pinjaman ke dalam bahasa Melayu adalah
kaedah pinjam suai. Kaedah pinjam suai yang menerapkan istilah bahasa Inggeris telah
disesuaikan dengan ejaan supaya selari mengikut sistem bahasa Melayu. Sebagai contoh,
istilah bahasa Inggeris seperti ‘transaction’ telah berlaku penyesuaian menjadi ‘transaksi’.
Sama juga seperti ‘overdraft’ menjadi ‘overdraf’, ‘dividend’ menjadi ‘dividen’, ‘asset’
menjadi ‘aset’, ‘doctor’ menjadi ‘doktor’. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa
Inggeris yang telah mengalami proses penterjemahan istilah pinjaman melalui dua
kaedah, iaitu kaedah terjemah langsung dan kaedah pinjam suai secara serentak. Sebagai
contoh, istilah ‘epilepsi’ selepas kaedah terjemah langsung dan pinjam suai telah menjadi
‘sawan/epilepsi’. Seterusnya, istilah seperti ‘infection’ menjadi ‘jangkitan/infeksi’, istilah
‘jaundice’ menjadi ‘sakit kuning/jaundis’, istilah ‘schizophrenia’ menjadi ‘sakit
mental/skizofrenia’, istilah ‘senile’ telah menjadi ‘nyanyuk/senil’, ‘tuberculosis’ telah
menjadi ‘batuk kering/tuberkulosis’, dan ‘uterus’ diistilahkan sebagai ‘rahim/uterus’.
Setelah dianalisis daripada istilah yang terdapat di dalam media akhbar dan brosur
awam, penggunaan kaedah pinjam langsung menunjukkan bahawa istilah yang
menggunakan kaedah ini kurang digunakan dalam proses penterjemahan istilah pinjaman
4
ke dalam bahasa Melayu. Hanya satu istilah sahaja yang ditemui yang menggunakan
kaedah pinjam langsung, iaitu istilah ‘deposit’ daripada istilah bahasa Inggeris dan
setelah mengalami proses pinjam langsung, ia tetap menjadi ‘deposit’. Istilah-istilah yang
digunakan daripada bahasa asing melalui kaedah pinjam langsung ini telah mengambil
kira atau tidak mengambil kira ejaan dan sebutan.
Akhir sekali, istilah-istilah yang terbentuk melalui bentuk gabungan pula
menunjukkan bahawa suatu istilah itu mempunyai lebih daripada satu perkataan. Sebagai
contoh, istilah ‘fixed deposit’ telah diberikan makna ‘deposit tetap’, begitu juga dengan
‘bank draf’ telah menjadi ‘draf bank’, ‘savings account’ pula sebagai ‘akaun simpanan’,
‘current savings account’ pula adalah ‘akaun simpanan semasa, ‘telegraphic transfer’
pula adalah ‘pindahan telegraf’, ‘stamp duty’ sebagai ‘duti setem’ dan ‘service charge’
adalah sebagai ‘caj perkhidmatan’.
5
(d) Huraikan dapatan utama kajian ini
Kajian yang telah dilakukan ini mempunyai objektif yang tertentu yang perlu
dicapai. Antara objektif atau tujuannya adalah menunjukkan persamaan dan perbezaan
dalam penterjemahan istilah asing yang terdapat di dalam bahasa Melayu dan bahasa
Korea. Selain itu, kajian ini juga ingin menganalisis kategori peminjaman kata yang
terdapat di dalam istilah perubatan dan perbankan bahasa Melayu dan bahasa Korea.
Malah, kajian ini juga bertujuan melihat cara atau kaedah istilah ini dibentuk dan
digunakan ke dalam bahasa Melayu dan bahasa Korea. Malah, kajian ini juga bagi
mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi istilah pinjaman yang telah dibentuk
oleh kedua-dua negara.
Hasil kajian yang telah dianalisis telah menunjukkan bahawa wujud perbezaan
dalam pemilihan cara istilah pinjaman dibentuk dalam bahasa Melayu dan bahasa Korea.
Di Malaysia, kajian telah mendapati bahawa istilah yang terbentuk secara preskriptif akan
melalui kaedah pembentukan istilah secara pinjaman atau dikenali sebagai pinjam suai.
Bagi istilah yang terbentuk secara deskriptif pula, ia lebih cenderung kepada kaedah
pinjam terjemah. Oleh hal yang demikian, pemilihan kaedah istilah pinjaman antara dua
buah bahasa, iaitu negara Malaysia dan Korea lebih mementingkan kosa kata natif
walaupun istilah pinjaman mengalami pengubahsuaian dari segi ejaan mengikut
ketetapan sesebuah negara.
Begitu juga peluasan pengaruh bahasa Inggeris telah menyebabkan banyak istilah
mengalami kaedah pinjam suai dalam sistem bahasa Melayu, khususnya dalam bidang
perbankan dan perubatan berbanding dengan istilah yang terdapat dalam bahasa Korea.
Antara punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku adalah kerana istilah yang
digunakan daripada bahasa asing lebih dikenali oleh para pengguna kerana kerap kali
ditemui, khususnya di dalam bahan bacaan bahasa Inggeris. Punca yang kedua pula
adalah ilmu pengetahuan yang cetek dan kurang berkeyakinan tentang kosa kata yang
terdapat dalam bahasa Melayu yang sebenarnya boleh mewujudkan gabungan antara
istilah asing dan konsep yang dipinjam.
6
Di negara Korea pula lebih menumpukan kepada kaedah pembentukan istilah
secara terjemah langsung. Hal ini demikian kerana pengaruh bahasa Inggeris yang sangat
kurang di negara berkenaan. Perkara ini telah menyebabkan penggunaan istilah dalam
bahasa Korea mempunyai lebih banyak kosa kata natif dan bentuk kata tersebut lebih
dekat dengan masyarakat Korea. Melalui kajian ini juga telah menunjukkan bahawa
melalui penggunaan bahasa pengguna lebih banyak dipengaruhi oleh bahasa natif, maka
lebih banyak istilah yang dibentuk daripada bahasa natif berbanding bahasa asing. Begitu
juga dengan penggunaan bahasa pengguna yang lebih banyak dipengaruhi bahasa asing,
maka lebih banyak istilah yang dibentuk menggunakan kosa kata asing.
7
BAHAGIAN B
“Sering diperkatakan bahawa kemasukan terlalu banyak kosa kata asing dalam
sesuatu bahasa, dikenali sebagai peminjaman, akan menyebabkan bahasa itu
rancu”. Hasnah Mohamed. Bincangkan dengan memberi contoh berkaitan.
Bahasa dapat mencerminkan bentuk budaya suatu bangsa. Pelbagai jenis bahasa yang
terdapat di dunia ini dengan kewujudan pelbagai jenis budaya. Namun, bahasa akan
mengalami perkembangan atau perubahan mengikut zaman atau arus peredaran masa.
Walau bagaimanapun, proses perkembangan bahasa amat bergantung kepada penggunaan
bahasa tersebut serta penambahan dan pengambilan kosa kata yang baru daripada bahasa
lain. Aspek perkembangan ini memerlukan usaha yang berterusan dalam mengkaji
penggunaan kosa kata bahasa lain untuk dipinjam dan seterusnya dimasukkan ke dalam
bahasa yang sedia ada. Namun, kemasukan kosa kata asing ke dalam bahasa sasaran
sememangnya tidak dapat dielakkan lagi. Hal ini demikian kerana bahasa yang lemah
dari segi penggunaannya akan menyerap lebih banyak perkataan atau kosa kata daripada
bahasa yang lebih kuat dan maju dari segi penggunaannya dan situasi ini dikenali sebagai
peminjaman kata. Jika diselidiki, peminjaman bahasa atau kosa kata asing sememangnya
tidak dirancang kerana perkara ini berlaku dalam keadaan sedar atau tidak sedar.
Kemasukan bahasa asing ke dalam bahasa sasaran juga adalah disebabkan penggunaan
bahasa oleh pemakai bahasa yang terdapat dalam sesuatu masyarakat. Walau
bagaimanapun, bahasa Melayu juga turut mengalami peminjaman perbendaharaan kata
asing bagi memperkayakan lagi perbendaharaan kata bahasa tersebut. Cara peminjaman
sesuatu kata boleh dilakukan secara terus atau melalui penterjemahan sesuatu perkataan
atau konsep asing. Malah, melalui proses peminjaman juga, ia dapat dilakukan dengan
cara menyesuaikan bentuk atau sebutan sesuatu kata asing ke dalam bahasa Melayu.
Walau bagaimanapun, pengaruh penggunaan kosa kata asing ke dalam bahasa,
misalnya bahasa Melayu dapat membawa kebaikan kepada bahasa tersebut. Antara
kebaikan kemasukan kosa kata asing ke dalam bahasa Melayu khususnya, ia dapat
8
mengatasi masalah sinonim. Sebagai contoh, perkataan yang dipinjam daripada bahasa
Arab seperti “nikah” membawa maksud yang lebih sopan dan lebih baik bagi perkataan
“kahwin”. Begitu juga dengan perkataan “warga” daripada bahasa Arab juga yang
membawa maksud yang lebih baik perkataan “rakyat”. Malah, perkataan bahasa Arab
seperti “dunya” juga telah digantikan kepada “dunia” bagi perkataan dalam bahasa
Melayu. Selain itu, kosa kata asing juga dipinjam untuk dimasukkan ke dalam bahasa
Malaysia adalah bagi tujuan menjelaskan lagi maksud sesuatu kata. Misalnya, perkataan
dalam bahasa Melayu seperti “buruk” telah menunjukkan sesuatu itu telah lama atau
usang. Namun, peminjaman daripada bahasa Arab pula telah menunjukkan bahawa
penggunaan kosa kata “dahsyat” telah membawa maksud sesuatu yang lebih buruk atau
paling buruk berlaku. Pengaruh kemasukan bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu adalah
disebabkan oleh kedatangan Islam yang telah menyebabkan ramai orang Melayu tertarik
dan memeluk agama Islam. Oleh hal yang demikian, melalui situasi begini orang Melayu
telah mula menggunakan kata-kata istilah Islam dan juga istilah lain, khususnya daripada
bahasa Arab dan Parsi. Keadaan ini telah menyebabkan jumlah kata-kata pinjaman
daripada bahasa Arab semakin bertambah, bahkan sehingga pada masa kini, bahasa
Melayu masih terus menyerap kata-kata daripada bahasa Arab. Begitu juga dengan
bahasa Sanskrit yang merupakan salah satu pengaruh bahasa yang paling awal. Sebagai
contoh, kata yang digunakan dalam bahasa Melayu khususnya dalam bidang agama telah
meminjam kosa kata bahasa Sanskrit seperti “syurga”, “neraka”, “dosa”, “pahala”,
“dewa”, “dewi” dan banyak kata yang lain lagi.
Malah, antara kebaikan kemasukan kosa kata asing ke dalam bahasa Melayu ialah
mampu mengatasi masalah penggunaan istilah-istilah moden. Pada arus zaman sains dan
teknologi ini, banyak penggunaan istilah yang baru telah wujud. Kebanyakan kewujudan
istilah ini telah meminjam kosa kata asing. Jika dilihat kembali sejarah negara, kita
pernah dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris. Oleh hal yang demikian, bahasa-
bahasa daripada para penjajah tersebut telah banyak dipinjam dalam bahasa Melayu.
Bahkan pada masa sekarang ini, sekalipun bangsa-bangsa itu tidak lagi menjadi penjajah
di negeri-negeri Melayu, tetapi masih banyak kata daripada bahasa mereka tetap terus
9
dipinjam terutama sekali daripada bahasa Inggeris. Hal ini adalah ekoran daripada
perkembangan sains dan teknologi barat yang menguasai kehidupan masyarakat Melayu
dan masyarakat penutur bahasa Melayu. Kebanyakan kata yang dipinjam dan diserap
ialah kata-kata istilah moden yang berkaitan dengan sains dan teknologi moden. Bahkan
bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar untuk pengajaran sains dan matematik yang
menjadi asas untuk mempelajari dan mengembangkan sains dan teknologi moden. Antara
contoh perkataan yang digunakan ialah “quantity” menjadi kuantiti, “symmetry” menjadi
simetri, “gravity” menjadi graviti, “central menjadi sentral”, “cavity” menjadi kaviti dan
sebagainya. Begitu juga dengan pengaruh bahasa Jepun di dalam perkembangan bahasa
Melayu. Berdasarkan perkataan yang terdapat di dalam Kamus Dewan, terdapat 16
perkataan daripada bahasa Jepun yang telah dipinjam dan dimasukkan ke dalam bahasa
Melayu. Bahasa Jepun yang telah digunakan ini telah digunakan sejak zaman
pendudukan Jepun lagi, iaitu perkataan yang digunakan merupakan perkataan yang
mempunyai maksud tradisi dan moden. Antara perkataan dalam bahasa Jepun yang telah
dipinjam adalah ginko, kimono, samurai, syogun, taiso, dan takeyari.
Namun demikian, peminjaman daripada bahasa asing juga mampu menjejaskan
bahasa Melayu itu sendiri. Hal ini demikian kerana peminjaman bahasa yang dibuat
dengan sesuka hati akan menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa kerana
menjadikan rupa dan bunyi bahasa Melayu menjadi rosak. Masalah yang timbul ini
seterusnya akan menyebabkan bahasa Melayu kehilangan identitinya kerana penggunaan
bahasa asing akan mencemari martabat bahasa Melayu. Seterusnya, ia juga akan
menghilangkan kualiti, nilai serta ciri unggul bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Sekiranya dibiarkan bahasa Melayu terus dipengaruhi oleh bahasa-bahasa asing, maka
ciri-ciri yang terdapat pada bahasa Melayu akan semakin pupus dan seterusnya akan
digantikan dengan ciri-ciri bahasa lain. Sehubungan dengan itu, bahasa Melayu akan
menjadi bahasa rojak dan kemudiannya akan melucutkan keupayaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan. Kemunculan bahasa rojak di dalam bahasa Melayu adalah
melalui pencampuran bahasa asing dengan bahasa Melayu. Misalnya, kita boleh
mendapati penggunaan bahasa rojak banyak digunakan di dalam siaran televisyen seperti
10
drama, filem dan rancangan hiburan yang menunjukkan pelakon, pengacara dan peserta
yang telah menggunakan bahasa rojak. Antara contoh bahasa rojak ialah sorry sangat,
sangat tired, “yang menang last night tu lucky”, “kau memang terror la”, dan sebagainya.
Bukan sahaja melalui media elektronik, bahkan kita juga boleh mendapati penggunaan
bahasa rojak dalam kalangan remaja bandar di Malaysia. Kecanggihan dunia komunikasi
khususnya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sesawang di Internet.
Keadaan ini merupakan salah satu faktor kelemahan penguasaan pelajar dalam subjek
bahasa Malaysia, terutamanya dalam aspek penulisan. Malah, kita juga sering mendapati
bahawa pelajar-pelajar selalu mengamalkan penggunaan bahasa rojak semasa
berkomunikasi termasuk dengan rakan sebaya, mungkin juga turut menular ketika
berkomunikasi dengan ahli keluarga dan sanak-saudara dan semasa membuat karangan
bahasa Melayu.
Kelemahan lain yang boleh didapati dalam peminjaman bahasa asing ke dalam
bahasa Melayu pula adalah peminjaman bahasa asing juga akan menyebabkan struktur
ayat dalam bahasa Melayu akan terganggu. Hal ini demikian kerana, unsur asing yang
terdapat di dalam bahasa Melayu akan memberi kesan kepada sesuatu bahasa terutama
dari segi penyesuaian dan perubahan terhadap kosa kata bahasa peminjam. Oleh itu, kosa
kata yang telah dipinjam perlu dikawal kerana peminjaman yang berlebihan akan
mengakibatkan keaslian bahasa peminjam itu terjejas. Selain itu, struktur ayat juga akan
terganggu sekiranya mencampuradukkan kosa kata asing yang tidak betul dari segi
tatabahasa ke dalam bahasa Melayu. Begitu juga dengan penggunaan bahasa slanga yang
sering kali digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu semasa
berkomunikasi. Kata-kata slanga ini biasanya diambil daripada kata-kata biasa dan diberi
erti tertentu sehingga orang yang bukan ahli kumpulan tersebut tidak akan
memahaminya. Malah, kata slanga ini juga berasal daripada dialek atau bahasa kaum lain
termasuk bahasa penjajah, kemudian diberi pengertian atau konotasi tertentu. Antara
contoh bahasa slanga adalah seperti cun, melepak, mat rempit, buat derk, fulamak, brader
dan banyak lagi. Penggunaan kata slanga ini akan merencatkan lagi bahasa Melayu yang
wujud sejak sekian lama. Paling menyedihkan, kebanyakan golongan muda pada hari ni
11
gemar menggunakan bahasa slanga ketika berkomunikasi sama ada secara langsung atau
tidak langsung. Begitu juga dengan bahasa pasar yang digunakan oleh sebahagian besar
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Ia merupakan bahasa kacukan antara bahasa
Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu di negara ini. Antara contoh bahasa pasar
adalah seperti “itu budak sudah curi saya punya dua ayam”, “Sana punya olang ada baik”,
“Kita olang ada satu payung”, “Pandai punya orang”, “dia punya rumah”, “jahat punya
budak”. Bahasa pasar yang wujud sebenarnya banyak dipengaruhi oleh persekitaran kita
seperti pengaruh daripada rancangan televisyen, penggunaan perkataan di dalam drama
dan filem juga sedikit sebanyak menjadi ikutan.
Secara kesimpulannya, tidak dinafikan prestasi bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan amat baik. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini bahasa ibunda
Malaysia ini telah mula dicemari oleh anasir–anasir dari luar. Jika dilihat keadaan dan
kedudukan bahasa Melayu pada masa kini, kelihatan ia semakin dianaktirikan oleh
pengguna bahasa kita sendiri. Pengaruh bahasa asing ke dalam bahasa Melayu perlu
dikawal dengan sebaik-baiknya agar identiti bahasa Melayu yang sedia ada tidak akan
tergugat dan hilang keistimewaan sebagai bahasa kebangsaan. Oleh hal yang demikian,
satu usaha bagi memartabatkan bahasa Melayu perlu dilakukan dengan secepat mungkin
dengan mengambil inisiatif yang lebih cekap dan efisien. Antara usaha yang perlu
dilakukan adalah melakukan proses pembinaan bahasa yang dijalankan secara berterusan.
Langkah untuk melakukan pembinaan bahasa adalah usaha ke arah memantapkan lagi
bahasa Melayu dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan,
kosa kata dan laras bahasa. Bagi memartabatkan lagi bahasa Melayu, banyak usaha yang
perlu dilakukan oleh pelbagai pihak, khususnya pihak kerajaan. Pemeliharaan dan
pemuliharaan bahasa Melayu dapat dipraktikkan dalam sistem pendidikan negara.
Melalui pendidikan sesuatu perancangan itu dapat dilaksanakan mengikut perancangan
yang telah diatur oleh pihak kerajaan. Pemantapan dari segi pembinaan bahasa itu sendiri
perlu seiring dengan perkembangan pendidikan. Jika kedua-dua konsep ini dapat
digabungkan pasti usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat yang
sewajarnya dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
12