Download - draf minit mesyuarat
SKSH PK07- MESY KOKO KELAB KJR
SEK. KEB. SERI HARTAMASTAMAN SRI HARTAMAS50480 KUALA LUMPUR
TEL : 03 – 62018557 FAKS : 03 – 62017557Email : [email protected]
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA BIL: 1 / TAHUN 2016
Tarikh : 18 JANUARI 2016
Masa : 1.30 – 2.00 PETANG
Tempat : BILIK ANJUNG MUAFAKAT
Pengerusi : EN RIDHAUDDIN BIN HASBULLAH
Nama yang hadir :
1. Encik Ridhauddin bin Hasbullah - GPK Ko-Kurikulum (Ko-Ko)
2. Cik Nur Atiqah binti Subari - Ketua Penasihat Kelab
3. En. Mohammad Khadry bin Mustafa - Guru Penasihat Kelab
4. En. Nik Mohd Kausyari bin Ismail - Guru Penasihat Kelab
Nama Yang Tidak Hadir :
-Tiada
1 PERUTUSAN PENGERUSI1.1 Pengerusi, En Ridhauddin Bin Hasbullah mengalu-alukan kedatangan ahli mesyuarat dan
mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua.
Tindakan: Makluman1.2 Beliau mengingatkan kepada semua guru penasihat tentang hala tuju Kokurikulum
sekolah untuk tahun 2016 ke arah transformasi pendidikan dan penekanan terhadap
membimbing akhlak murid-murid supaya berdisiplin dan bertanggungjawab.
Tindakan: Makluman
1.3 Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Beliau berharap mesyuarat kali ini berjalan
dengan lancar dan sempurna.
Tindakan: Makluman
1
SKSH PK07- MESY KOKO KELAB KJR
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT2.1.Tiada
Tindakan: Makluman
3 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN
4.1 Pelantikan Guru Penasihat4.1.1 En. Ridhauddin Bin Hasbullah, GPK Ko-Kurikulum Sk Seri Hartamas mengesahkan
Perlantikan Guru Penasihat Kelab Keselamatan Jalan Raya Tahun 2016 yang
disenaraikan dalam Takwim Sekolah dilantik sepenuhnya.
4.2 Takwim & Bidang Tugas 4.2.1 En. Ridhauddin Bin Hasbullah memaklumkan program dan aktiviti kokurikulum adalah
seperti yang telah ditetapkan dalam Takwim Sekolah 2016. Semua guru penasihat
hendaklah melaksanakan aktiviti kokurikulm mengikut takwim yang telah ditetapkan.
Tindakan: Makluman
4.2.2 Aktiviti/Program Kelab Sepanjang Tahun 2016
4.2.2.1 Pada Tahun 2016, Pengerusi berharap aktiviti Kelab Keselamatan Jalan Raya
dapat dijalankan dengan lancar dan dapat menarik minat murid.
Tindakan: Makluman
4.2.3 Buku Laporan Kelab
4.2.3.1.Pengerusi memaklumkan bahawa guru penasihat perlu menyiapkan buku laporan
kokurikulum bagi kelab Pembimbing Rakan Sebaya 2016 dan menyerahkan salinan
kepada beliau sebelum 18 march 2016 bagi persediaan pemantauan fail kokurikulum.
Tindakan: Ketua Penasihat
4.2.4 Fail Kokurikulum
4.2.4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru penasihat perlu mengemaskini dan
menyiapkan fail kokurikulum bagi kelab Pembimbing Rakan Sebaya 2016 bagi persediaan
pemantauan fail kokurikulum.
Tindakan: Ketua Penasihat
2
SKSH PK07- MESY KOKO KELAB KJR
4.3 Pelan Tindakan & Perancangan Taktikal/Operasi4.3.1 Pengerusi meminta semua Ketua Penasihat berbincang dalam jawatankuasa masing-
masing mengenai penetapan program dan aktiviti tahunan. Senarai aktiviti yang
dirancang diperincikan dalam Pelan Tindakan.
Tindakan: Makluman
5 HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi berharap guru penasihat dapat memastikan kehadiran semua murid pada
setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan kelak .
6 PENUTUP
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.
Disediakan oleh:
…………………....................................... (En. Mohammad Khadry bin Mustafa )Setiausaha Kelab Keselamatan Jalan RayaSK Seri Hartamas
Tarikh: 21 Januari 2016
Disemak oleh: Disahkan oleh:
………………….......................................... ………………….......................................... (Cik Nur Atiqah binti Subari) (En. Ridhauddin bin Hasbullah) Penyelaras Kelab Keselamatan Jalan Raya GPK Kokurikulum SK Seri Hartamas SK Seri Hartamas
Tarikh: 21 Januari 2016 Tarikh: 21 Januari 2016
3