Download - Definisi Pendidikan Khas
Definisi Pendidikan Khas
Definisi pendidikan khas pula ialah satu bidang yang berkaitan dengan kaedah, teknik
dan penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menempukan ke arah pengurusan dan
pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak- kehendak khas. Dari segi
praktiknya, pendidikan individual dengan kaedah- kaedah pengurusan yang bersistematik dari
segi susunan fizikal, alatan- alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua intervensi-
intervensi yang dibuat ini semata- mata untuk menolong kanak- kanak khas untuk mencapai
kepuasan diri dari segi akademik dan vokasional untuk membolehkan mereka berdikari.
Pendidikan khas juga satu program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai
keperluan murid- murid khas. Perkara ini termasuk penggunaan bahan- bahan khas, peralatan
khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. “
Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak- kanak luar biasa iaitu kanak- kanak
yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan
penyuburan biasa hinggakan mereka tidak faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah
biasa (Chua Teed & Koh Boh Boon, 1992).
Terdapat beberapa pendapat ataupun definisi yang diberikan mengenai pendidikan
khas. Menurut Hallahan dan Kauffman (2006), pendidikan khas merupakan satu bentuk
pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak- kanak berkeperluan khas.
Gargiulo (2003) pula menyatakan bahawa pendidikan khas meruapakn program pengajaran
khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar laur biasa. Ia mungkin
memerlukan penggunaan bahan- bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Menurut
Mansor (2005), program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan
mengalakkan perkembangan optima sesorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan,
berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mampu menguruskan serta menyedari
potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Menurut Xubuntu (2008) kanak- kanak istimewa adalah sebahagian daripada mereka
yang tergolong dalam kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU), iaitu seseorang yang tidak
berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya atau sebahagian daripasa
keperluan biasa seseorang individu, dan tidak dapat hidup bermasyarakat sama ada dari segi
fizikal atau mental dan berlaku sama ada sejak dilahirkan ataupun sesudah itu. Terdapay enam
kategori orang kurang uapaya yang turut melibatkan kanak- kanak iaitu, kurang upaya
pendengaran iaiatu kurang berupaya mendengar termasuk pekak dan bisu. Selain itu, kurang
uapaya penglihatan termasuk rabun dan buta, kurang upaya fizikal iaitu mempunyai kecacatan
anggota badan, dan juga masalah pembelajaran.
Kanak- kanak istimewa sering dikaitkan dengan ketidakupayaan pembelajaran.
Sebenarnya, ketidakupayaan pembelajaran bukanlah bermaksud mereka bodoh
Autisme mula dikesan oleh ahli psikatri kanak- kanak dari Amerika, Leo Kanner pada
tahun 1943 di Pusat Perubatan John Hoplin. Leo Kanner menjalankan kajian ke atas 11 orang
kanak- kanak selama beberapa tahun. Kanak- kanak itu mempunyai masalah sosial, sering
bersendirian dan berada dalam dunianya sendiri. Mereka berasa kurang senang dengan
perubahan di sekeliling dan berminat pada benda yang luar biasa. Sebahagian daripada kanak-
kanak itu tidak menggunakan bahasa. namun, Leo Kanner mendapati kanak- kanak itu juga
mempunyai kepintaran yang luar biasa dan memiliki kemampuan kognitif yang baik. Autisme
berlaku sejak awal dan kadarnya melibatkan lima dalam 10000 kanak- kanak. Manakala
mereka yang mengalami ciri- ciri autisme adalah seramai 15 dalam setiap 10000 orang. Nisbah
risiko kanak- kanak lelaki kepada kanak- kanak perempuan sebanyak empat kali ganda.
Autisme melibatkan seluruh dunia tanpa mengira agama, bangsa, kaum dan taraf sosial serta
ekonomi. Istilah autisme berasal daripada perkataan autos bererti diri sendiri dan isme yang
bererti suatu aliran. Autisme bererti keadaan yang menyebabkan kanak- kanak menumpukan
perhatian dalam dunianya sendiri. Autisme adalah gangguan dalam perkembangan mental
kanak- kanak menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi, interaksi
sosial, pemikiran dan juga mempunyai tingkah laku yang luar biasa.
Ciri- ciri autisme
Ciri- ciri autisme lebih ketara apabila bayi tersebut berusia dua tahun setengah ataupun
tiga tahun. Dianggarkan 75 peratus kanak- kanak autisme mempunyai masalah kerencatan akal
daripada peringkat ringan hingga serius. Manakala 25 peratus daripadanya memiliki IQ seperti
kanak- kanak biasa yang lain. Kanak- kanak autisme mempunyai kebolehan mendengar dan
melihat tetapi tidak mengikut norma- norma yang biasa kerana kadangkala mereka tidak
memahami apa yang dilihat dan apa yang didengar. Mereka seolah- olah hidup dalam dunianya
yang tersendiri. Masalah utamanya adalah kemahiran komunikasi. Mereka tidak tahu
bagaimana hendak memulakan atau melibatkan diri dalam komunikasi. Masalah ini boleh
mejadi serius jika dibiarkan berterusan. Sekiranya tidak diberi rawatan atau tidak dibantu
mempertingkatkan kemahiran komunikasi, ia akan menjejaskan kehidupan sosialnya pada
masa hadapan.
Kanak- kanak autisme sering menimbulkan kekeliruan kerana mereka kelihatan normal.
Apabila berada di tengah khalayak ramai, kita tidak dapat dibezakan antara kanak- kanak
autisme dan kanak- kanak biasa. Walaupun mereka begitu, namun ada kalanya mereka
memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza. Apabila masalah lambat
ditangani, ia memberi kesan yang serius pada perkembangan kanak- kanak dalam semua
bidang terutamanya dalam bidang kemahiran sosial dan komunikasi. Ibu bapa memainkan
peranan penting bagi mengenal pasti masalah kanak- kanak autisme di peringkat- peringkat
awal kerana pengesanan di peringkat awal akan memberi kesan dan pengaruh kuat pada
pertumbuhan dan perkembangan kanak- kanak.
Punca- punca Autisme
Autisme disebabkan oleh satu masalah biologi yang menganggu perkembangan dan
sistem saraf otak. Kajian mendapati faktor genetik juga memainkan peranan utama. Kajian
menunjukkan sekiranya salah seorang daripada kembar seiras mengalami autisme, risiko untuk
kembarnya menghidap autisme atau masalah interaksi sosial dan kefahaman bahasa amat
penting. Selain daripada teori genetik, terdapat beberapa teori lain yang dijalankan oleh pegkaji-
pengkaji di seluruh dunia seperti teori kelebihan Opioid, kolokistokinin, metilaion, teori sekratin
dan sebagainya. Selain daripada itu, penyakit yang mempunyai ciri autisme termasuk Tuberous
Sclerosis, sindrom Ret, Sindrom Asperget dan sebagainya. Jangkitan virus yang dihidapi oleh si
ibu semasa hamil seperti Rubella, Toxo, Herpes, pemakanan yang tidak berzat, pendarahan,
keracunan makanan, juga mempengaruhi pertumbuhan sel otak seterusnya menganggu fungsi
otak bayi yang dikandungi terutama dalam aspek fungsi pemahaman, komunikasi dan interaksi.
Kini masalah pencernaan, turut dikenal pasti sebagau punca autisme. Lebih daripada 60 %
kanak- kanak autisme memiliki sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu
berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicernakan dengan baik. Protein daripada
makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino atau peprone yang dibuang. Ia diserap kembali
oleh tubuh, memasuki aliran darah lalu terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin
dan gliadrofin diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah lalu terus ke otak dan diubah
menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin, yang merosakkan sel- sel otak. Ini menyebabkan
fungsi otak terganggu yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, perhatian dan
tingkah laku. Terdapat juga beberapa pendapat pada otak (30 % mengalami epilsi),
biokimia:gangguan biokimia, faktor alam sekeliling seperti sikap ibu bapa yang kurang mesra,
personaliti yang obsesif dan sebagainya.
Salah satu punca autisme juga adalah disebabkan pendedahan pada bahan toksik atau
keracunan arsenik yang menyebabkab kanak- kanak menghadapi masalah seperti sistem imun,
alergi pada sesuatu makanan, masalah gastrointestinal, gangguan tidur dan sebagainya.
Autisme tidak dapat dikesan sejak lahir kerana ia tidak menunjukkan sebarang tanda- tanda
kelainan. Cuma apabila kanak- kanak itu berusia dalam lingkungan 18 bulan, terdapat kelainan
yang dapat dikesan. Sering kali ibu bapa peka mengenai perubahan yang terdapat dalam diri
anak- anak mereka jika kanak- kanak itu masih belum bercakap ataupun berjalan. Pengesanan
awal dapat dilakukan dengan memerhati tanda- tanda berukur, antaranya adalah tidak mahu
disusui dengan susu ibu. Beliau akan menolak atau menangis apabila cuba diberikan. Selain
itu, mereka juga tidak mengenali ibu baoa dan akan melayan semua orang sama sahaja.
Mereka juga tidak akan memberi tindak balas terhadap orang dewasa dan sukar tidur. Kanak-
kanak autisme juga tidak berminat pada matahari, cahaya , bunyi atau sesuatu pergerakan.
Mereka juga tidak menunjukkan minat pada barang permainan kanak- kanak seperti yang biasa
dipamerkan oleh kanak- kanak sebaya dengannya.
Kanak- kanak autisme juga memaparkan keganjilan dalam pergaulan sosial sekurang –
kurangnya dua daripada berikut:
1. Tidak mempedulikan perasaan orang lain2. Tidak ada sikap memujuk atau simpati pada
orang alain3. Mengelakkan diri daripada kanak- kanak lain4. Tidak memahami orang lain5. Suka bermain bersendirian6. Tidak dapat bekerjasama dengan rakan- rakan
lain7. Tidak ada perasaan menghargai orang lain8. Kadangkala menggigit, menampar,
menghantukkan kepala, menumbuk atau melukakan diri sendiri.
Pengawalan terhad dalam aktiviti, minat dan perkembangan imaginasi sekurang-
kurangnya suatu daripada berikut:
1. Pergerakan badan yang stereotaip2. Tidak ada variasi, imaginasi dan penzahiran
simbolik.3. Membuat sesuatu tanpa makna dan tujuan4. IQ rendah. Dalam sesetengah kes terdapat juga
yang mempunyai IQ tinggi.
5. Apabila berjalan, tumit tidak menapak ke bumi
Kelemahan dalam pertuturan sekurang- kurangnya satu daripada berikut:
1. Lambat memulakan pertuturan2. Tiada babbling, gerak laku, isyarat atau
percakapan3. Tidak menggunakan isyarat dalam perhubungan
semula jadi.4. Kelainan dalam pertuturan5. Kadangkala mengulangi percakapan yang
didengar iaitu Echolalia.6. Bercakap sesuatu yang tidak difahami oleh orang
lain
Aspek- aspek Penting Penjagaan Kanak- kanak Autisme
Peraturan am
Mengajar kanak- kanak autisme mengenai peraturan am yang perlu dipatuhi setiap
masa adalah sukar. Sekiranya kita mengajar kanak- kanak itu tidak berlari semasa melintas
jalan, kita perlu mengajarnya di pelbagai lokasi. Apabila kita menggunakan satu lokasi sahaja,
kanak- kanak itu membuat kesimpulan bahawa peraturan itu hanya digunakan di tempat itu
sahaja. Seseorang kanak- kanak sering membuka paip di dalam bilik air tanpa ditutup. Apabila
diberitahu bahawa paip itu perlu ditutup selepas digunakan, beliau akan mematuhi peraturan
tersebut. Namun, apabila beliau menggunakan paip di sinki dapur, beliau tidak menutupnya
kerana tidak diarahkan oleh sesiapa. Beliau tidak memahami bahawa semua paip harus ditutup
selepas menggunakannya. Kadangkala kanak- kanak autisme tidak mahu menggunakan
tandas di sekolah. Mereka hanya menggunakan tandas di rumahnya sahaja. Kita perlu
membiasakan dirinya menggunakan tandas di mana- mana sahaja supaya tidak ada sebarang
masalah timbul pada masa hadapan. Mungkin kanak- kanak itu tidak mahu menggunakannya
kerana warna tandas itu mungkin berbeza. Kita perlu lakukan sesuatu supaya beliau
membiasakan dirinya.
Pemakanan
Makanan yang berkhasiat dan mengandungi organik harus disediakan kepada anak-
anak autisme. Buah- buahan dan sayur- sayuran harus diperbanyakkan. Pelbagai makanan
tambahan seperti vitamin dan zat galian yang seimbang. Dapatkan panduan daripada pakar
perubatan. Cod liver oil, sumber vitamin A dan asid omega-3 dapat memberi manfaat kepada
badan, otak, fungsi mata dan sistem imun. Ramai ibu bapa dapat melihat perubahan dalam diri
kanak- kanak dari segi komunikasi mata serta tumpuan menjadi lebih baik apabila anak mereka
mengambil makan tambahan.
Keselamatan
Kanak- kanak autisme harus diajar mengenai keselamatan sejak kecil lagi. Ia adalah
penting kerana kesedaran diri dapat membantunya mengamalkan tabiat menjaga keselamatan
dari peringkat awal. Melintas jalan adalah perkara yang paling sukar dilakukan oleh anak kecil.
Namun sekiranya kita mengajarnya menyedari betapa pentingnya melintas jalan raya dengan
keadaan yang selamat, mereka mudah memahaminya. Kita perlu sentiasa memimpin tangan
mereka dan meminta bantuannya memeritahu kita keadaan yang selamat bagi melintas jalan.
Pastikan kanak- kanak tidak bermain dengan benda- benda tajam. Ada kalanya kanak- kanak
autisme tertarik pada benda- benda yang berbahaya. Semasa berada di dapur, keselamatan
menggunakan alat- alat tajam perlu ditekankan supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
Barangan yang mengandungi toksik seperti cat, racun serangga dan baja adalah bahaya untuk
kanak- kanak autisme. Di rumah, pastikan baranng- barang tersebut disimpan dengan selamat.
Daya tumpuan dan situasi belajar
Kanak- kanak autisme sukar memberikan tumpuan kepada kita. Kita perlu pastikan
beliau berminat deng `1 menghadapi masalah. Sekiranya kanak- kanak itu kelihatan bosan, kita
tidak boleh memaksanya. Kita hendaklah memberikan sesuatu yang baru untuk
mengembalikan minatnya. Sekiranya kanak- kanak itu telah menyiapkan tugasan yang diberi,
usah ditambahkan tugasan untuknya kerana ini dapat membuatkan beliau bosan. Mungkin kita
boleh memberikan pilihan padanya untuk melakukan sesuatu yang digemari. Mungkin beliau
lebih gemar atau mungkin juga beliau ingin bermain dengan plastisin. Terdapat juga kanak-
kanak yang dapat menujukkan tindak balas yang lebih baik dan memberi tumpuan yang lebih
sekiranya mereka berada di atas buaian ataupun semasa mereka berguling di tikar. Input
sensori daripada buaian dan tekanan daripada lantai kadangkala dapat membantu
meningkatkan perututuran. Adalah lebih baik kanak- kanak itu seronok semasa berada di
buaian dan jangan sesekali memaksanya melakukan sesuatu yang tidak digemari kerana ada
kalanya hal ini membuatkan mereka memaparkan tingkah laku yang tidak diingini.
Kanak- kanak yang mempunyai masalah komunikasi, sering bergantung pada deria
sentuh. Adalah lebih mudah baginya untuk menyentuh sesuatu. Adalah lebih mudah baginya
untuk menyentuh sesuatu. Abjad daripada plastik, getah ataupun barang permainan boleh
diberikan padanya supaya beliau dapat bermain dengannya selama 15 minit sebelum
memberikan aktiviti yang dirancang untuknya.
Gangguan pendengaran
Kebanyakan kanak- kanak autisme mempunyai masalah memproses bunyi atau
membezakan bunyi. Walaupun mereka mempunyai pendengaran yang biasa namun
kadangakala mereka diganggu oleh bunyi yang tidak penting atau bunyi latar di belakang.
Mereka gemar menutup telinga mereka atau menggoyangkan telinganya bagi mengelakkan
daripada bunyi itu menghampiri sensorinya. Kita perlu mengajar kanak- kanak ini mengenal
pasti bunyi. Bunyi loceng, bunyi mikrofon adalah perkara biasa bagi kanak- kanak biasa tetapi
bagi kanak- kanak autisme ia mungkin menganggunya. Terdapat juga kanak- kanak yang
mempamerkan tindak balas luar biasa terhadap bunyi itu seperti menjerit, menyanyi atau berlari
keluar. Bunyi itu menganggu pendengarnya. Sekiranya kanak- kanak itu menutup telinganya, ini
bererti bunyi tersebut menganggunya. Mungkin bunyi seperti siren ambulans, guruh dan loceng
boleh dirakam melalui pita rakaman.
Gangguan penglihatan
Sesetengah kanak- kanak autisme mudah terganggu dengan apa yang dilihat seperti
lampu pelbagai warna atau berwarna flouresent. Mungkin lampu itu terlalu terang untuknya dan
beliau berasa tidak selesa dengan cahaya tersebut. Ini akan menganggunya sepanjang masa.
Mungkin juga kedudukannya di dalam kelas yang memandang cahaya matahari di luar kelas
akan menganggunya. Ubah kedudukan supaya kanak- kanak itu selesa. Mereka tidak akan
memberitahu kita kerana kebanyakan daripada mereka tidak tahu bagaimana hendak mengadu
atau melahirkan perasaan tidak puas hati dalam fikiran mereka. Kita harus peka dengan
keperluan mereka. Mungkin kedudukan mereka yang tidak sesuai menganggu prosesnya
menumpukan perhatian kepada guru semasa belajar. Mereka juga lebih mudah membaca
perkataan yang ditulis dengan dakwat hitam di atas kertas berwarna bagi mengurangkan
kontrasnya. Mungkin kita boleh menggunakan kertas berwarna kelabu, biru muda dan hijau
muda. Cuba eksperimen dengan pelbagai warna dan lihat keserasian kanak- kanak itu. Elakkan
menggunakan warna kuning atau oren yang terang kerana ini dapat menyakitkan mata
sesetengah kanak- kanak autisme. Bagi sesetengah kanak- kanak, warna oren adalah warna
yang menyebabkan mereka berasa tidak selesa. Mereka yang mengalami masalah visual
mungkin takut menaiki eskalator. Mereka tidak tahu bilakah masanya mereka harus mula naik
dan turun daripada eskalator itu. Mereka memerlukan masa bagi mengenali sesuatu yang baru
dalam hidup mereka.
Persekitaran
Kanak- kanak autisme memerlukan suasana yang tenang untuk belajar. Semasa
mengajarnya pada peringkat awal, langkah baik yang dapat dilakukan adalah menutup tingkap
dan pintu. Tindakan ini dapat memberikannya suasana yang selesa dan mereka dapat
memberikan tumpuan yang lebih semasa belajar. Kita boleh membuka semula tingkap dan
pintu apabila mereka dapat mengadaptasikan suasana tersebut. Terdapat juga kanak- kanak
autisme yang gemarkan muzik. Guru- guru boleh juga memperkenalkan muzik yang lembut dan
seterusnya menguatkan bunyinya di masa yang lain. Sekiranya kanak- kanak itu tidak mampu
memberikan perhatian , guru hendaklah mengurangkan bunyinya. Kadangkala seorang kanak-
kanak autisme lebih mudah menngati sesuatu yang dipelajarinya apabila berada di luar bilik
darjah. Dengan bermain buaian atau bermain di taman, mereka mudah mengingat lagu yang
dipelajari. Barang permainan dapat merangsang kanak- kanak autisme belajar.
Walaubagaimanapun, guru harus mengelakkan daripada membeli terlalu banyak barang
permainan pada satu masa. Melalui barang permainan itu, guru dapat mengajarnya bahasa dan
kemahiran sosial dengan baik. Kita juga dapat mewujudkan permainan dengan melakonkan
situasi menggunakan barang permainan tersebut ataupun bercerita dengannya. Bagi
mengenalkan konsep nombor, lebih mudah menggunakan alat bantu mengajar berupa bahan
konkrit contohnya barang permainan supaya mudah bagi mereka mengingatinya. Set blok
pelbagai ukuran dan warna juga dapat membantu mengajar mereka konsep nombor. Melalui
aktiviti ini juga guru dapat mengajarnya kemahiran menambah dan menolak.
Galakkan berdikari
Galakkan kanak- kanak ini melakukannya sendiri dan tidak bergantung pada orang lain.
Tugasan yang sukar boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian supaya beliau mudah
melakukannya. Pada peringkat permulaan mungkin kita perlu membantunya, namun pada
akhirnya beliau dapat melakukannnya sendiri. Apabila seorang kanak- kanak masih belum tahu
mengikat tali kasutnya, kita tidak boleh membantu mengikatnya. Jika kita tidak mendidiknya,
beliau sentiasa mengharapkan pertolongan kita. Kita boleh mengajarnya supaya beliau dapat
menguasai kemahiran itu. Lama kelamaan sudah pasti beliau dapat melakukannya sendiri.
Cuma apa yang perlu adalah bersabar. Ramai ibu bapa dan guru tidak sabar melihat kanak-
kanak menyiapkan tugasan yang diberikan sehingga membantunya menyiapkannya. Ini adalah
satu kesilapan yang tidak boleh dilakukan. Berikan masa kepadanya bagi menyudahkan
tugasan itu. Membantunya mempercepatkan tugasan menjejaskan minatnya bagi mencuba
sendiri. Matlamat sebenar hendak mendidiknya berdikari tidak berjaya.
Bakat istimewa
Ramai kanak- kanak autisme berbakat dalam bidang seni lukis, kraf, muzik dan
sebagainya. Bakat ini perlu diperkembangkan. Perkara ini harus ditekankan kerana ini boleh
menonjolkan kebolehannya. Bakat ini kelak dapat dijadikan satu kemahiran yang boleh
digunakan sebagai kariernya pada masa depan. Mungkin kanak- kanak ini bijak dalam bidang
Matematik tetapi kanak- kanak itu mugkin lemah dalam bahasa. Mungkin juga beliau mahir
dalam bidang seni lukis tetapi lemah di segi interaksi dengan rakan- rakan. Perkembangan
kemahiran yang tidak selari adalah biasa dalam diri kanak- kanak autisme. Guru harus
menggunakan kelebihannya untuk membantunya menangani masalah yang lain. Terdapat juga
kanak- kanak autisme yang mempunyai kelebihan intelek yang luar biasa. Kerap kali mereka
menunjukkan kelebihan dalam bidang- bidang tertentu seperti ejaan, matematik, mekanikal dan
lain- lain.
Apa yang guru perlu lakukan ialah mencungkil bakat yang ada dalam diri kanak- kanak
ini. Guru tidak akan mudah melihat bakat mereka andai guru tidak berusaha meneroka dan
membantunya. Mereka juga tidak tahu bahawa mereka mempunyai bakat yang tersendiri dan
terpendam dalam diri mereka. Mungkin bakat itu akan terus tersorok andai kita tidak cuba
berusaha membantunya. Mereka memerlukan bimbingan dan kesabaran kita bagi
mendedahkannya. Guru boleh meminta psikatri kanak- kanak membantu kanak- kanak tersebut
kerana kadangkala warna yang dipih adalah mewakili sesuatu. Emosi kanak- kanak itu
digambarkan melalui warna yang dipilihnya. Terdapat seorang kanak- kanak yang hanya
memilih warna hitam apabila mewarna sesebuah lukisan. Apabila diselidik oleh psikiatri kanak-
kanak, didapati bahawa kanak- kanak itu adalah mangsa dera.
Pendekatan
Applied Behaviour Analysis (ABA) merupakan sistem yang diasaskan oleh Dr. Ivar
Lovaas dalam tahun 60 –an sebagai pendekatan kepada kanak-kanak autisme. Ia adalah
program pengajaran yang sistematik yang dapat mengurangkan ciri- ciri autisme. Sistem ini
sangat intensif tetapi telah dibuktikan berjaya di dalam kebanyakan kes semasa menangani
autisme. Melalui sistem ABA ini, setiap tugasan dipecahkan ke dalam tugasan kecil dan
menekankan ganaran untuk kanak- kanak yang berjaya di dalam tugasan yang diberikan. Tidak
ada sebarang denda dari segi fizikal di dalam sistem ini. Sistem ini agak ketat dan tegas.
Namun, apabila kanak- kanak ini berjaya mengikuti peraturan yang ditetapkan, perubahan
dapat dilihat dalam diri kanak- kanak. Perisian ‘Discrete Trial Traniner’ yang menggunakan
prinsip ABA ini.
Applied Verbal Behavior diasaskan oleh B. F. Skinner yang merupakan analisis bahasa
tingkah laku, bagaimana bahasa berkembang dan situasi tingkah laku verbal wujud. Jack
Michael, Ph. D. (Universiti Western Michigan), Mark Sunderberg, Ph. D, James Partington, Ph.
D dan Vincent Carbone, Ph. D adalah orang yang bertanggungjawab mengaplikasikan AVB ke
atas kanak- kanak autisme. Focus AVB adalah untuk mengajar kanak- kanak yang mengalami
masalah dalam bahasa. Contohnya apabila ingin mengajar konsep ‘susu’, guru perlu
memastikan kanak- kanak itu dapat menyebut perkataan ‘susu’, mengulang perkataan ‘susu’
yang disebut, memberikan jawapan ‘susu’ bagi soalan yang dikemukakan, mengecam susu
dengan menyentuhnya antara barangan lain dan dapat menjawab soalan yang berkaitan
dengan gambaran serta fungsi susu.
Maklumat ABA ataupun AVB adalah untuk meningkatkan kemahiran bahasa dan
kemahiran sosial yang sesuai di samping mengurangkan masalah tingkah laku. Intervensi awal
adalah penting dan pendekatan ini juga memberi manfaat kepada kanak- kanak yang lebih
dewasa. Kaedah, teknik dan kurikulum dapat dilaksanakan di sekolah. ABA sering kali diadakan
antara seorang guru dengan seseorang kanak- kanak dan ia bergantung kepada keperluan
kanak- kanak tersebut. Secara umumnya ia menitikberatkan akademik, bahasa, sosial, urus diri,
motor dan kemahiran bermain. Penglibatan keluarga yang menyeluruh akan memastikan
pendekatan ini mendapat kejayaan yang sepenuhnya. Matlamat kaedah tersebut adalah bagi
memastikan kanak- kanak mencapai tahap yang dikehendaki dalam situasi yang semula jadi
seperti di rumah, sekolah atau kumpulan kecil. Apabila kanak- kanak itu mempunyai
peningkatan dalam mempelajari bahasa, konsep dan kemahiran, ini bererti ia telah bersedia
bersama kanak- kanak lain di dalam bilik darjah. Ini memberi peluang padanya untuk
mewujudkan hubungan sosial antara satu sama lain. Kurikulum ABA atau AVB yang sempurna
mempunyai aktiviti yang seimbang iaitu mengajar di dalam dan di luar bilik darjah dan juga
kemahiran tatatertib. Ia seharusnya berlaku di bilik terapi, bilik air, di dalam kereta, di taman
dengan guru dan terapi yang berlainan setiap masa.
TEACCH ( Treatment and Education of Austic dan related Communication handicapped
Children)
Pendekatan ini distrukturkan berdasarkan, ‘persekitaran harus disesuaikan dengan
kanak- kanak autisme dan bukan sebaliknya’. Matlamat TEACCH adalah untuk menyediakan
kemahiran yang perlu bagi kanak- kanak autisme memahami dunianya dan tingkah laku orang
lain. Ramai yang mengatakan bahawa kaedah ini berkesan sekiranya diaplikasikan di rumah
dan di sekolah terhadap kanak- kanak yang mengalami masalah autisme. Namun tidak banyak
penyelidikan yang dilakukan mengenai perkara ini. Satu kajian telah menunjukkan bahawa
kaedah ini berjaya membantu kanak- kanak autisme mempelajari sesuatu kemahiran dengan
lebih pantas. TEACCH adalah nama program yang dijalankan di California. Program ini
dimulakan ke atas kanak- kanak seawal mungkin iaitu pada usia 2 hingga 6 tahun. TEACCH
membantu kanak- kanak autisme mengatasi masalah mereka terutama dalam komunikasi.
Seringkali kanak- kanak diajar di dalam bilik yang tidak menganggu tumpuan mereka. Terdapat
rutin yang jelas setiap hari untuk mereka dan ia adalah rutin yang biasa setiap hari.
Guru- guru harus kurangkan arahan verbal tetapi menggunakan kas bergambar seperti
kad imbasan atau poster untuk menyampaikan maksud. Kad tersebut mengandungi gambar,
perkataan atau nombor. Ibu bapa boleh menggunakan kaedah TEACCH di rumah. Ia boleh
membantu kanak- kanak itu mendapat pengetahuan sebanyak mungkin ia berbeza dengab
apay yang didapati di sekolah kerana situasi dan lokasi yang berlainan. Terdapat kajian
menunjukkan bahawa kanak- kanak yang diajar TEACCH di rumah telah menunjukkan
kemajuan yang lebih membanggakan dalam mempelajari kemahiran baharu. Dalam jangka
masa empat bulan, seseorang yang mempelajari TEACCH mempelajari kemahiran yang selalu
dipelajari hampir 10 bulan oleh mereka yang tidak mengalami autisme. Mereka telah
mempelajari cara untuk mengikut tingkah laku yang ditunjukkan, menggunakan tangan seperti
memegang sesuatu barangan dan kemahiran kognitif dalam memahami arahan. Kanak- kanak
autisme memang sukar melakukan perkara tersebut, namun melalui kaedah TEACCH, ia
berjaya mendidik mereka.
Kanak- kanak seringkali belajar untuk bercakap dan bergaul dengan orang lain melalui
hubungan yang dilakukan setiap hari dengan ibu baoa, penjaga dan kanak- kanak lain. Namun
kanak-kanak autisme tidak dapat memperolehi kemahiran ini dengan mudah. Mereka
memerlukan cara belajar yang lebih sistematik dan intervensi program TEACCH adalah kaedah
yang boleh membantunya. Tidak ada kajian yang menunjukkan kaedah yang terbaik lagi
mendidik kanak- kanak autisme, namun ramai pakar yang berpendapat bahawa mengambil
langkah seawal mungkin boleh membantu masalah kanak-kanak autisme. Umur yang paling
awal adalah antara 1 hingga 7 tahun.
ABLLS (Assesment of Basic Language and Learning Skills)
ABLLS adalah alat untuk penilaian, panduan kurikulum dan sistem pengesanan
kemahiran kanak- kanak dalam masalah bahaa. Ia mengandungi kemahiran yang diperlukan
untuk menguasai bahasa dengan baik dan belajar melalui pengalaman harian. ABLLS
mengandungi dua dokumen yang berasingan iaitu untuk merekodkan skor bagi setiap kanak-
kanak dan panduan Rancangan Pendidikan Individu. Maklumat yang diperolehi boleh
digunakan oleh ibu bapa, guru dan para profesional lain untuk membantu dan membimbing
kanak- kanak tersebut. Graf ABLLS memaparkan peningkatan kanak- kanak dalam menjalani
kaedah tersebut.
PECS ( Picture Exchange Communication System)
Memandangkan kanak- kanak autisme mempunyai masalah komunikasi, PECS
membantu kanak- kanak yang tidak bercakap. PECS menggunakan kaedah asas ABA untuk
membantu kanak- kanak menyampaikan keinginannya melalui gambar. Ini akan membantu
kanak- kanak itu berkomunikasi dengan baik.
Pendekatan terapi tingkah laku
Autisme adalah gangguan perkembangan komunikasi, interkasi sosial dan tingkah laku.
Pelbagai intervensi terapi tingkah laku telah dijalankan ke atas kanak- kanak autisme yang telah
menunjukkan kesan yang efektif. Pendekatan yang dijalankan di dalam Terapi Tingkah Laku
ialah
Pendekatan positif
Tumpukan kepada mengenal pasti dan memberi ganjaran kepada tingkah laku yang
baik/ sesuai dengan cara yang konsisten.
Pendekatan saintifik
Berdasarkan pengawasan, individu di sekelilingnya. Mesti tepat dan jelas objektif
tingkah laku itu.
Pendekatan budi bicara( Common tense approach)
Pendekatan yang biasa digunakan di rumah ataupun sekolah.
Pengukuhan terbahagi kepada pengukuhan positif yang mengalakkan- memperkuatkan
dan memperkukuhkan- meningkatkan tingkah laku/ kemahiran dengan menyediakan ganjaran
setelah berlakunya perbuatan itu. Pengukuhan negative ialah tingkah laku yang membuat
seseorang ini mengelak dari rangsangan yang tidak menyenangkan agar memperkukuhkan
perlakuannya. Setiap kanak- kanak adalah unik dan cara pendekatan yang dilakukan adalah
berbeza di antara satu sama lain. Kerjasama daripada semua pihak adalah penting untuk
memastikan perubahan dalam diri kanak- kanak itu.
LEAP ( Learning Experiences Alternatif Program)
Program ini dimulakan oleh Philip S. Strain yang menempatkan kanak- kanak autisme
dengan kanak- kanak biasa di sebuah pra sekolaj. Kanak- kanak autism dapat manfaat apabila
bersama kanak- kanak biasa kerana mereka akan membantunya berinteraksi. Kanak- kanak
akan meniru cara mereka menggunakan bahasa dan menjadikan kanak- kanak rakan
sebayanya sebagai model. Kanak- kanak biasa diajat menjalin hubungan baik dengan kanak-
kanak autisme dengan memanggil nama mereka, bermain bersama dan mengajaknya dengan
menyentuh bahunya. Program ini mengadakan pengurusan tingkah laku dengan sokongan ibu
bapa dan rakan sebaya. Program ini menggunakan intervensi perantaraan rakan sebaya dan
perlu ada hubungan kerjasama ibu bapa dan guru. Ibu bapa diberikan manual untuk
membimbing kanak- kanak tersebut di rumah. Walaupun tiada penyelidikan yang menyokong
mengenai kejayaan program ini, namun terdapat beberapa penulisan yang memperkatakan
mengenainya. Program transisi ini akan mendapat kejayaan sekiranya sokongan daripada
semua pihak dan kanak- kanak itu boleh diinklusifkan dalam kumpulan pembelajaran tertentu
yang sebaya dengan mereka.
YAP ( Lovas Young Autisme Project)
Program ini memerlukan latihan intensif sekurang- kurangnya empat puluh jam
seminggu dan ibu bapa dilibatkan dalam program ini kerana mereka memainkan peranan
penting. Latihan percubaan yang khusus ini dijalankan dengan pujia verbal dan juga hukuman
fizikal di luar jangkaan. Namun, ibu bapa telah dilantik sebagai ahli terapi untuk anak- anak
masing- masing. Lovaas ini menunjukkan perubahan dalam kefungsiaan adaptif dan
peningkatan kecerdasan.
Saya telah memilih artikel tentang sebuah buku yang berjudul ‘Memahami Komunikasi Orang
Pekak’. Melalui artikel ini, saya dapat memahami sedikit sebanyak tentang kehidupan seorang
yang bermasalah dalam pendengaran. Artikel ini menjelaskan tentang cara berkomunikasi dan
cara hidup seseorang yang mengalami masalah pendengaran. Masalah pendengaran
merupakan sesuatu kecacatan saraf yang paling kerap berlaku di dalam suatu populasi
manusia. Melalui World Health Organisation (1999), pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
menganggarkan hampir 250 juta penduduk dunia mengalami masalah pendengaran (Che Ismail
bin Che Lah, 2008). Menurut Salena Yahya (1989), Pendidikan Khas masalah pendengaran di
Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1954. Sekolah pertama yang diwujudkan untuk
pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran ialah Sekolah Persekutuan Kanak-kanak
Pekak Pulau Pinang. Sekolah ini adalah sepenuhnya dibiayai oleh pertubuhan sukarela dengan
bantuan kewangan yang diperoleh melalui derma orang ramai. Pada waktu itu Malaysia masih
lagi di bawah jajahan takluk British. Oleh kerana itu bahasa penghantar yang digunakan di
semua sekolah ialah bahasa Inggeris dan kaedah komunikasi yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran murid-murid bermasalah pendengaran ialah kaedah lisan (oral
method). Kaedah ini digunakan sehinggalah ke akhir tahun 1960an, selepas tahun 1963 kaedah
komunikasi seluruh telah digunakan dalam sistem pendidikan murid-murid bermasalah
pendengaran di Malaysia (Safani Bari et al).
Pendengaran merupakan salah satu deria yang amat penting bagi setiap manusia bagi
menerima maklumat dan ilmu. Walaupun manusia masih boleh menerima maklumat serta
belajar melalui deria-deria yang lain daripada deria pendengaran seperti deria lihat bau,
sentuhan, dan rasa, namun deria pendengaran adalah merupakan salah satu deria yang amat
penting bagi memudahkan dan menyempurnakan sesuatu proses menerima maklumat ataupun
pelajaran. Masalah pendengaran merujuk kepada individu yang mengalami masalah
pendengaran yang diperoleh sama ada semenjak lahir atau selepas dilahirkan. Individu yang
mengalami masalah biasanya akan mengalami kesukaran atau tidak dapat mendengar bunyi
perbualan ataupun bunyi persekitaran. Disebabkan masalah pendengaran yang dialami dan
kelemahan penguasaan asas kemahiran bahasa, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini
sering tercicir dalam pelajaran walaupun sebenarnya mereka tidak mengalami kecacatan dari
segi intelek. Selain itu, deria pendengaran merupakan salah satu agen penyampai maklumat
dalam berkomunikasi, tanpa deria pendengaran ini, matlamat menyampaikan fakta atau
maklumat menjadi tidak bermakna.
Dalam artikel ini, dibincangkan perihal komunikasi, bahasa dan isyarat. Saya dapat
memahami bahawa orang pekak menggunakan pelbagai isyarat yang mempunyai tatabahasa
yang tersendiri untuk berkomunikasi dengan orang lain. Terdapat juga persamaan antara
bahasa lisan dengan bahasa isyarat. Pengarang juga menjelaskan bahawa pergerakan jari
yang digunakan oleh orang pekak bagi mewakili angka dan abjad amat unik. Terdapat
berbagai- bagai bentuk tulisan yang digunakan oleh manusia: begitu juga dengan ejaan jari
dalam bahasa isyarat. Pergerakan jari bahasa isyarat berbeza daripada bentuk abjad yang
digunakan dalam sistem penulisan.
Kajian menunjukkan bahawa bentuk komunikasi isyarat memiliki ciri yang dapat
diklasifikasikan sebagai bahasa kerana bersistem, berbentuk arbitrari dimiliki oleh sesuatu
komuniti, dan mampu menyatakan segala hal. Melalui artikel ini, saya dapat memahami bahawa
golongan pekak merupakan individu yang mempunyai kesukaran pendengaran. Bahasa isyarat
adalah kaedah menggunakan tangan untuk menyampaikan maklumat. Bahasa isyarat adalah
kaedah komunikasi yang sesuai untuk komunikasi dan pendidikan bagi kanak- kanak yang
mempunyai tahap pendengaran lebih daripada 70 desibel. Bahasa isyarat yang direka sendiri
atas desakan untuk berkomunikasi, biasanya berbentuk kasar dari segi pergerakan tangan dan
jari. Fonologi merupakan penggunaan bunyi- bunyi untuk menghasilkan suku kata dan
perkataan. Seseorang yang mempunyai masalah bahasa dikatakan gagal menguasai salah
satu konponen bahasa atau lebih yang terdiri daripada masalah: Morfologi merupakan proses
pembentukan perkataan daripada unsur makna yang paling asas. Sintaksis adalah susunan
perkataan yang membentuk dalam ayat.
Pendekatan Bahasa Isyarat Orang Pekak (BIOP) adalah pendekatan yang
menggunakan isyarat sebenar orang pekak dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
kepada murid- murid pekak. Bahasa isyarat orang pekak di Malaysia dikenali sebagai Bahasa
Isyarat Malaysia (BIM). Pendekatan ini menyampaikan bahasa melalui isyarat sebenar orang
pekak yang membabitkan pergerakan badan seperti tangan, mimik muka dan kepala. Perlu
diingatkan bahawa tidak semua isyarat badan diklasifikasikan sebagai bahasa isyarat orang
pekak. Kajian – kajian oleh sarjana linguistik bahasa isyarat orang pekak (BIOP)
memperlihatkan bahawa BIOP mempunyai status yang sama dengan bahasa yang
dipertuturkan oleh sesuatu masyarakat.
Setelah meneliti artikel ini, saya telah mencari maklumat tentang cara
pendekatan yang sesuai untuk orang yang mempunyai masalah pendengaran. Pendekatan
Auditory Verbal merupakan satu kaedah di mana kanak-kanak bermasalah pendengaran diajar
menggunakan pendengaran mereka untuk mempelajari bahasa pertuturan melalui alat
pendengaran atau implan koklea. Ia bertujuan membolehkan kanak-kanak bermasalah
pendengaran menikmati persekitaran dan kehidupan yang biasa. Menurut Goldberg dan Flexer
(1993), pendekatan ini membolehkan kanak-kanak memperolehi pertuturan dan bahasa secara
semulajadi yakni melalui deria dengar. Kaedah bacaan bibir menekankan penggunaan
penglihatan sepenuhnya. Kaedah ini memerlukan kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir
penutur dengan tepat dan dalam situasi ini penutur berada di tempat yang terang dan jelas
dilihat. Saya juga telah berpeluang untuk mencari maklumat tentang program- program yang
dilaksanakan oleh kerajaan khas untuk murid- murid yang bermasalah pendengaran.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan pendidikan khas integrasi untuk murid
bermasalah pembelajaran, penglihatan dan pendengaran. Program diwujudkan pada peringkat
prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknikal dan
vokasional. Pada asasnya, murid bermasalah pendengaran mempunyai kebolehan kognitif
yang sama dengan kanak- kanak biasa (Moores, 2001). Walaubagaimanapun, didapati bahawa
kebanyakan kanak- kanak pekak menunjukkan pencapaian akademik yang lebih rendah. Oleh
itu, dengan pelaksanaan program integrasi ini, diharapkan murid- murid ini akan mendapat
saingan daripada murid- murid biasa dan menyebabkan mereka mencapai prestasi akademik
yang lebih baik setimpal dengan tahap kognitif mereka.
Pendidikan inklusif juga merupakan peluang pendidikan untuk murid- murid
berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama- sama murid- murid normal di aliran
perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata
pelajaran biasa dengan dibantu oleh guru pendidikan khas. Program LINUS Pendidikan Khas
diadakan dengan rasional membolehkan murid berkeperluan khas menguasi kemahiran literasi
dan numerasi serta mencapai tahap pencapaian optimum dalam enam domain perkembangan
iaitu kognitif, bahasa dan komunikasi, sosio- emosi, tingkah laku, motor halus dan motor kasar.
Saya dapat faham pelbagai keistimewaan disediakan kepada yang mengalami masalah
pendengaran. Mereka harus tidak berputus asa untuk menjalani kehidupan mereka seperti
orang yang biasa, malah harus berani menghadapi cabaran. Mereka harus menggunakan
keistimewaan yang disediakan khas untuk mereka sebagai panduan untuk berjaya. Tiada yang
mustahil jika kita berani dan berusaha menghadapi masalah yang dialami. Kecacatan tidak
harus dijadikan sebagai alasan untuk terus mencapai kejayaan dalam kehidupan , malah
kecacatan harus menjadi sumber yang utama yang membantu seseorang itu untuk
meningkatkan taraf hidupnya.