Download - Dasar Ekonomi Baru fikri
-
8/14/2019 Dasar Ekonomi Baru fikri
1/8
Dasar Ekonomi Baru
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yangdiperkenalkan pada tahun 1971oleh Perdana MenteriTun Abdul Razak Dato' Hussein.
Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional
dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan
pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum; dan
mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk
memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada1991.
Latar belakang
Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduanmasyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran
yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri
daripada 3 rumpun utama iaitu bangsaMelayu,Cina dan India. Melalui dasar ini orangMelayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai
nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan
serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang Indiakebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak
langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang
merupakan bom jangka yang menjadi terasperistiwa 13 Mei1969.
Peristiwa berdarah yang berlaku pada13 Mei1969 telah mendedahkan manifestasisebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi
penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orangMelayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan
menguasai bidang perniagaan dan bidangekonomi lain memandangkan mereka tinggal di
kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran dikalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dantertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula,
mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada
mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.
Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasaryang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sosioekonomi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/1971http://ms.wikipedia.org/wiki/1971http://ms.wikipedia.org/wiki/Tun_Abdul_Razak_Dato'_Husseinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tun_Abdul_Razak_Dato'_Husseinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Pembangunan_Nasionalhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1991http://ms.wikipedia.org/wiki/1991http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1969http://ms.wikipedia.org/wiki/1969http://ms.wikipedia.org/wiki/13_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/13_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1969http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jepunhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sosioekonomi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/1971http://ms.wikipedia.org/wiki/Tun_Abdul_Razak_Dato'_Husseinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Pembangunan_Nasionalhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1991http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cinahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1969http://ms.wikipedia.org/wiki/13_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/1969http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jepun -
8/14/2019 Dasar Ekonomi Baru fikri
2/8
Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan
Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti
Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turutmemburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti
Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan
keselamatan ketika zaman darurat pada 19481960.
Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untukorang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak
istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan
anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkanberlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa
dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang
sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei1969 berlaku sebaik sahajakeputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.
Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksakerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telahmengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan
ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana
Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, TimbalanPerdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara(MAGERAN)
yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan
kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan
MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincangdan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah
masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang
dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakatMalaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang
hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati
penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu MajlisPerundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya
dikenali sebagai Rukun Negarayang mempunyai lima prinsip utama iaitu:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jenterapenggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Majlis
Perundingan Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Gerakan_Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Gerakan_Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singapurahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Meihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Gerakan_Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara -
8/14/2019 Dasar Ekonomi Baru fikri
3/8
Jabatan Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis
Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah
ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah)1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.
Dasar Pecah dan Perintah
Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat
dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat dua keadaanyang memungkinkan keadaan ini:
1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang
usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.
2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung sertamengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan
penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalahbagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan
dalam tahun 1970 melalui Rancangan MalaysiaKedua. Matlamat utamanya ialah
perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan
sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihanekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu,
serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaingdengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca
daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi
kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauhketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia
mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program
jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga
tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Barudijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-
penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi -
8/14/2019 Dasar Ekonomi Baru fikri
4/8
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi
ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan
bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripadasemua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan
(pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada
jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telahmelaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan
pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan
kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidibaja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta
program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk
membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah
menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding49.3% pada tahun 1970.
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba
memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalankaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antarakaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan
perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi
menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang,antaranya:
Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya
penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan
tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990; Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di
kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskandan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan
ekonomi. Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor
produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang
agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain; Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar
bandar.
Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar
Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan
Dasar Ekonomi Baru.
Isu Penolakan
Pada 13 Mac 2008, Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dilantik (ahli DAP), Lim
Guan Eng dikhabarkan menolak DEB dan DPN. Bagaimanapun beliau menafikanperkara itu melalui siaran TV3. Antara langkah yang dianggap bercanggah dengan
DEB/DPN ialah 'tender terbuka'.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lim_Guan_Enghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lim_Guan_Enghttp://ms.wikipedia.org/wiki/TV3http://ms.wikipedia.org/wiki/TV3http://ms.wikipedia.org/wiki/Lim_Guan_Enghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lim_Guan_Enghttp://ms.wikipedia.org/wiki/TV3 -
8/14/2019 Dasar Ekonomi Baru fikri
5/8
Dasar : Dasar Ekonomi Baru ( DEB )
Latarbelakang
Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah Britishmenggalakkan perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan
'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan
tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomipenjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan
perladangan.
Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telahmenyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan
pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah
menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar
bandar bertambah besar.
Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telahdiperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia
Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan
pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari
segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih
berterusan.
-
8/14/2019 Dasar Ekonomi Baru fikri
6/8
Rasional
Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluargadi Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis
miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar
bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula
adalah saperti berikut:
Kaum Kadar Kemiskinan ( % ) Pendapatan Purata KeluargaSebulan ( RM )
Malayu 64.8 172.00
Cina 26.0 392.00India 39.2 304.00
Lain-lain 44.8 813.00
PemilikanJumlah Pemilikan
( RM Juta )%
1. Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah 279.6 4.3
a) Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6
b) Agensi Amanah 110.9 1.72. Bukan Bumiputera 2233.2 34.0
3. Warganegara Asing 4051.3 61.7Jumlah : 6564.1 100.0
Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan
mengikut kaum adalah seperti berikut:
Sektor-sektor Melayu Cina India Lain-lain
1. Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.0
2. Perlombongan 32.1 58.7 8.5 0.7
3.
Perniagaan/Perdagangan,
Pentadbiran Awam, Pelajaran,Pertahanan dan kemudahan awam
42.6 45.5 10.7 1.2
Kepincangan di atas dipercayakan telah merupakan suatu sebab utama
berlakunya peristiwa 13 mei 1969. Peristiwa ini merupakan satu
perusuhan perkauman yang telah memaksa satu dasar yang bersepadu
diwujudkan. Dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru ini adalah
satu dasar yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk membetulkan
ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud di Malaysia di antara
kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan di antara kawasan di wilayah
yang sama.
Objektif Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaantelah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan
pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali
sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan
ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan
ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.
-
8/14/2019 Dasar Ekonomi Baru fikri
7/8
Strategi Pelaksanaan
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalahdisusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:
i.
Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan
memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat
tanpa mengira kaum.
ii.
Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan danseterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-
fungsi ekonomi.
Membasmi kemiskinan
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar
tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara
kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar
kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu
kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk
menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah
dirangka supaya:
i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yangmenganggur.
ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
iii.
Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang
rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
iv.
Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara
kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah.
v. Memodenkan kehidupan di luarbandar.
vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.
vii.
Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum
di Malaysia.
viii.
Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran,
latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan
lain-lain.Penyusunan Semula Masyarakat
Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi
kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera
sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-
pelabur luar negeri.
Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru,strategi berikut telah disusun :
i.
Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan
miskin melalui proses memodenkan kawasan luarbandar.
ii.
Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna
tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif
dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.
iii.
Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia
dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan
ekonomi.
iv.
Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di
kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat
membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan
menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan,
Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.
v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui
-
8/14/2019 Dasar Ekonomi Baru fikri
8/8
Penutup
Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melaluiproses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam
konteks keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan
negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang
dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini
memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dankakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan
pemikiran rakyat dari sektor swasta.