Download - Contoh Proposal Penyelidikan
-
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
1/20
3/29/2014 DR. RAJIEE HADI: CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html 1/20
DR. RAJIEE HADI
SE25 NOVEMBER 2011
CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
KEPERLUAN PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM DALAM MENANGANIMASALAH KEMURUNGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN
ABDUL AZIZ SHAH,SHAH ALAM,SELANGOR DARUL EHSAN,MALAYSIA.
1.1 Pernyataan MasalahBertolak daripada masalah kemurungan yang melanda para pelajar dewasa ini, maka penyelidik
merasakan wujudkan keperluan kaunseling Islam menangani masalah pelajar yang mengalami
kemurungan. Dengan ini kajian yang akan dilakukan penyelidik akan dapat menjawab pelbagai
persoalan berkaitan kaunseling Islam dan masalah kemurungan pelajar. Penyelidik juga
berusaha meninjau sejauh mana kaunseling Islam dapat dilaksanakan di Politeknik Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,Malaysia (PSA) bagi
membantu pelajar menangani masalah kemurungan yang dihadapi.
1.2 Persoalan Kajiani. Bagaimanakah konsep kaunseling yang digunakan bagi menangani
masalah kemurungan pelajar?ii. Bagaimanakah latarbelakang pelajar yang mengalami kemurunagan?iii. Apakah faktor-faktor penyebab kemurungan pelajar?iv. Apakah salah laku yang dilakukan pelajar kemurungan?v. Apakah keperluan pendekatan kaunseling Islam dalam menangani
masalah kemurungan pelajar?1.3 Objektif KajianBerdasarkan temu bual penyelidik bersama kaunselor/Pegawai Psikologi PSAmendapati mereka lebih selesa menggunakan pendekatan Roger dan Rational,Emotional, Behavior Therapy (REBT). Namun demikian, menurutnya lagi, pendekatanini disesuaikan dengan latar belakang klien dan masalah yang dihadapi. Adalahdidapati bahawa sekitar 40% kes yang dikendalikan berkaitan masalah ponteng kelas,masalah pembelajaran, pergaulan rakan sebaya, dan masalah keluarga yangmengakibatkan pelajar tidak ada motivasi untuk meneruskan pembelajaran atau
DR. RAJIEE HADI
DR. RAJIEEHADI
HJ. RAJIEE BIN ABDUL HADI,PhD(USA), M.A(UKM),B.Ed.Hons2nd.ClassUpper(UPM),Cert.Ed.(MPB/IPGM) or Dr.Rajiee Hadi until hisoptional retirementwas Senior
Lecturer inLinguistic(Language &Lit.Psychology) &EducationalResearch at theSeri BegawanReligious TeachersCollege of University, NegaraBrunei Darussalam. Dr. Rajiee Hadi isan authority on theteaching
MENGENAI SAYA
2013
2011
BISMILLAH
PENGIKUT
Share 2 More Next Blog Create Blog Sign
http://drrajieehadi.blogspot.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/home#createhttps://www.blogger.com/next-blog?navBar=true&blogID=7641423424628843767http://www.blogger.com/profile/11593049903312718713http://drrajieehadi.blogspot.com/ -
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
2/20
3/29/2014 DR. RAJIEE HADI: CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html 2/20
pengajian dan sebagainya. Bilangan gender pelajar lelaki dan perempuan tidakmenunjukkan perbezaan yang nyata. Hanya 30% pelajar dirujuk atas kesalahanponteng kuliah, merokok, tidak membuat tugasan dan sebagainya. Walaubagaimanapun bagi menghadapi pelajar yang sukar untuk berkomunikasi, kaunselor akan menggunakan terapi seni dan mengisi borang soal selidik agar klien lebihbersedia untukberkongsi permasalahan yang sedang dihadapinya.
Penyelidik mendapati sepanjang temu bual tersebut, kaunselotr atau pegawaipsikologi tidak menggunakan pendekatan kaunseling Islam semasa sesi kaunselingdijalankan. Oleh itu penyelidik bertanggungjawab untuk membantu pelajar menanganimasalah dengan menggunakan pendekatan kaunseling Islam agar masalah yangdihadapi sebenarnya yang berpunca dari kosongan jiwa, atau dalam erti kata penyakitkejiwaan hanya boleh dirawat dengan pengisin rohani. Objektif kajian ini ialah:
i. Menjelaskan konsep pendekatan kaunseling yang digunakan di PSA.ii. Mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami masalah
kemurungan.iii. Menghuraikan faktor-faktor penyebab kemurungan.iv. Menganalisis tingkah laku yang dilakukan pelajar kemurungan.v. Menganalisis keperluan pendekatan kaunseling Islam.
1.4 Metodologi Kajian1.4.1 Reka Bentuk KajianPenyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kajiantinjauan.
1.4.2 Lokasi KajianLokasi penyelidikan ialah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.
1.4.3 Sampel KajianSampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Ini berdasarkan kepadapendapat Chua Yan Piaw bahawa persampelan bertujuan ( Purposivesampling ) merujuk kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan subjek
yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian. Oleh yangdemikin, penyelidikan ini menggunakan persampelan bertujuan yang manahanya pelajar kemurungan yang dikenal pasti melalui soal selidik inventoriBeck akan dipilih sebagai sampel kajian.
1.4.4 Pengumpulan DataPatton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual formal,temu bual tidak formal dan temu bual terbuka. Merriem (1998) menyatakanpula terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separaberstruktur dan temu bual tidak berstruktur.
Dalam penyelidikan ini, penyelidik akan menggunakan kaedah kulitatif
iaitu temu bual dengan kaunselor dan sampel untuk mendapatkan data sertamaklumat. Temu bual secara separa berstruktur dengan menggunakanprotokol temu bual. Soalan temu bual dibina oleh penyelidik berdasarkanpersoalan kajian seperti profil pelajar kemurungan, faktor-faktor penyebabkemurungan dan salah laku yang dilakukan pelajar yang mengalamikemurungan.
Kajian kepustakaan juga digunakan bagi memperoleh kajian lepasberkaitan pendekatan kaunseling, pendekatan kaunseling Islam dan masalahkemurungan meliputi faktor penyebab kemurungan, salah laku yang dilakukanpelajar mengalami kemungan.
Manakala kaedah kauntitaitf juga berbentuk soal selidik akandigunakan bagi mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami
methodology,educational studies,writing andcommunication,Malay Languageand literature of Malay. The subjectof his books haveranged from poetry,short story andessays. He was
writing twenty-onebooks inall,including aeducation,cultureand general. He isnow president of PENDIDIK.
Lihat profil lengkapsaya
Sertai tapak inidengan Sambung RakanGoogle
Ahli (25) Lagi
Sudah menjadi ahli? Logmasuk
2014 (3)
2013 (18)
2012 (27)
2011 (22)
Disember (1)
November (4)
CONTOHPROPOSALPENYELIDIK
ANPENDIDIKAN,PhD
DATUKHASSAN
AHMAD,SEBUAHPUISI AKHIR
RAJIEEUNGKAPCINTAKETUHANAN
TEMU BUALESKLUSIFBERSAMADR. RAJIEEHADI
Oktober (3)
September (7)
Ogos (7)
ARKIB BLOG
Search
SEARCH
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011_08_01_archive.htmlhttp://void%280%29/http://drrajieehadi.blogspot.com/2011_09_01_archive.htmlhttp://void%280%29/http://drrajieehadi.blogspot.com/2011_10_01_archive.htmlhttp://void%280%29/http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/temu-bual-esklusif-bersama-dr-rajiee.htmlhttp://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/rajiee-ungkap-cinta-ketuhanan.htmlhttp://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/datuk-hassan-ahmad-sebuah-puisi-akhir.htmlhttp://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.htmlhttp://drrajieehadi.blogspot.com/2011_11_01_archive.htmlhttp://void%280%29/http://drrajieehadi.blogspot.com/2011_12_01_archive.htmlhttp://void%280%29/http://drrajieehadi.blogspot.com/search?updated-min=2011-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=22http://void%280%29/http://drrajieehadi.blogspot.com/search?updated-min=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=27http://void%280%29/http://drrajieehadi.blogspot.com/search?updated-min=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2014-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=18http://void%280%29/http://drrajieehadi.blogspot.com/search?updated-min=2014-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2015-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=3http://void%280%29/http://www.blogger.com/profile/11593049903312718713 -
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
3/20
3/29/2014 DR. RAJIEE HADI: CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html 3/20
kemurungan, menganalisis faktor-faktor penyebab berlakunya kemurungan,salah laku yang dilakukan pelajar yang mengalami kemurungan. Soal selidikInventori Beck yang diubahsuai .1.3.5 Penganalisisan Data Data yang diperolehi akan diproses dengan menggunakan program StatisticPackage for Sosial Science (SPSS).
1.5 Limitasi KajianKajian ini hanya akan melibatkan pelajar Islam Politeknik Sultan Salahuddin Abdul AzizShah yang mengalami masalah kemurungan.1.6 Tinjauan Literatur
1.6.1 Pendekatan KaunselingKaunseling merupakan satu bentuk perkhidmatan perhubungan di antaraseorang klien yangmempunyai masalah psikologi dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapinya.Justeru antara masalah yang dihadapi ialah penerokaan diri dan emosi, menilaipersepsi, interaksi orang lain, penentuan masa hadapan sebagainya.
Menurut Suradi Salim (1996) kaunseling ialah satu perhubungan yang dicirikan oleh keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yangmembolehkan pelajar memperolehi kestailan intelek dan emosi yangdengannya dia boleh menyelesaikan masalah atau kemusykilan, membuatrancangan dan memperolehkepuasan kendiri yang lebih tinggi .
Kaunselor yang dianggap sebagai profesional ialah individu yangmendapatlatihan dari segi teori dan praktik dalam bidang kaunseling. Sifat-sifat atau ciri-ciri kaunselor Islam dirujuk kepada sifat-s ifat kenabian. Dengan sifat-s ifatkenabian sahajalah seseorang kaunselor itu boleh memainkan peranannyadengan sempurna.
Kecekapan seorang kaunselor harus merujuk kepada Association For Spititual , Ethical and Relidions Value in Counseling (1995). Antara lain
menjelaskan kaunselor yang menggunakan dimensi agama dan sipiritual perlumempunyai beberapa kebolehan seperti:i. Dapat memahami perbezaan dan persamaan di antara agama dan
spiritual.ii. Berupaya untuk menghuraikan kepercayaan agama, spiritual dan
amalan dalam konteks budaya.iii. Mengambil bahagian dan mempraktikkan sesuatu kepercayaan agama
dan spiritual yang dapat menpertingkatkan sensitiviti, kefahaman danpenerimaan dalam sistem kepercayaan tertentu.
iv. Memperlihatkan penerimaan dan sensitif kepada kepelbagaian agamadan ekspresi spiritual dalam komunikasi klien.
v. Menentukan had-had tertentu atau limitasi pemahaman pegangan
agama dan ekspresi spiritual klien.vi. Menilai kesesuaian agama dan tema spiritual dalam proses kaunseling
yang memberikan kebaikan kepada klien dan pilihan yang dibuat olehklien.
1.6.2 Pendekatan Kaunseling Islam Kaunseling dalam Islam mempunyai pengertian dan kedudukan tersendiri. Inibersesuaian dengan syariat Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Pelaksanaan kaunseling menurut Islam mestilah berdasarkan syariatdan bukannya sekadar proses menolong dan membantu individu tersebutmenyesuaikan diri dengan pelbagai masalah yang dihadapinya mengikutpendekatan Barat semata-
-
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
4/20
3/29/2014 DR. RAJIEE HADI: CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html 4/20
mata (Salasiah, Zainab , Adawiyah , Nadhirah, 2011) .
Bagi Dr. Hasan Langgulung(1997), kaunseling Islam ialah, satu prosespengajaran dan pembelajaran psiko-sosial yang berlaku dalam bentukbersemuka ( face to face ) anatara kaunselor dan klien. Dalam proses inidiaplikasikan pelbagai teknik dan kaedah yang profesional yang bertujuanmenolong klien menyelesaikan masalah, mengenali diri, memahamikebolehan-kebolehan kendiri, menggalakkan klien untuk menerima qada danqadar Allah S.W.T serta membuat keputusan berpandukan syariah Allahsehingga ia (klien) sendiri menghendaki yang halal dan meninggalkan yangharam bersama keredaan Allah S.W.T
Kaunseling Islam bukan sahaja merupakan satu perkhidmatanperhubungan diantara seorang klien yang mempunyai masalah psikologidengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasimasalah yang dihadapi tetapi mencakupi hal-hal berkaitan dengan keimananseseorang seperti ketuhana, alam akhirat, dosa, pahala , syurga, neraka, harikiamat, untung baik, untung jahat dan sebagainya (Kamal,1995)
Kaunseling Islam boleh ditarifkan sebagai usaha membantu klien
menangani permasalahan kehidupan termasuk kejiwaan denganmenghubungkaitkan hubungan dengan Allah S.W.T . Terapi solat, wirid , doadapat membantu memberikan ketenangan kepada klien untuk menghadapaimasalah semasa dan menyelesaikan sendiri masalah di masa hadapan.
Menurut Imam a-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin dalam Mardzelah(2003), proses kaunseling disebut sebagai Hisbat iaitu arahan mengerjakankebaikan dan menegah kemungkaran bagi mencapai keredaan Allah S.W.T .Ini menjelaskan bahawa pendekatan Hisbat dalam Kaunseling Islamsebenarnya merangkumi matlamat kaunseling yang berteraskan kepadakonsep tolong menolong ke arah kebaikan dan menjauhi kemngkaran ataudikenali sebagai al-amr bi al-maruf wa al-nahy an al-munkar .
Definisi- definisi yang diutarakan di atas merangkumi aspek
perhubungan, pendekatan psikologi, perubahan tingkah laku, serta dimensi-dimensi lain yang menjadi pengenalan asas kepada prinsip kaunseling. Sifat-sifat yang wajib ada pada seseorang kaunselor Islam ialah sidiq, amanah,tabligh dan fatanah . Rasulullah S.A.W merupakan seorang kaunselor contohyang harus diteladani oleh semua kaunselor (Mohamed Sharif, 1998). Berikutdibincangkan sifat-sifat dan konsep utama yang harus menjadi landasankepada tugas-tugas seorang kaunselor Islam :
i. Beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.Tii. Jujur dan Ikhlasiii. Benar (Sidiq)iv. Beraniv. Adil
vi. Pemurah dan ramah-tamahvii. Sabar dan tenangviii. Adab dan akhlakix. Percakapan yang baikx. Tidak munafikxi. Menepati janji
Bagi Asmah Bee (2004) berpendapat, seorang kaunselor Islam perlumelengkapkan dirinya dengan pengetahuan asas berhubung denganpengetahuan Islam. Yang jelas ialah apa yang paling asas adalah menyedarikekuatan manusia tidak boleh menandingi kekuatan Allah S.W.T. Proseskaunseling perlulah melalui beberapa prinsip yang telah ditetapkan oleh Islam
-
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
5/20
3/29/2014 DR. RAJIEE HADI: CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html 5/20
iaitu sorang kaunselor harus sentiasa peka dengan Firman Allah S.W.T yangbermaksud:Dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu ketahui , keranasesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semuanya itu akandipertanggungjawabkan. Al-Isra: 36.
Antara matlamat kaunseling Islam , Imam al-Ghazali (Kamal Abdul Manaf,2000) :
i. Mengembangkan personaliti individu ke arah yang positif untkmenyelesaikan segala kerumitan dengan berkesan dalamkehidupannya.
ii. Membantu individu menyesuaikan dirinya dengan masyarakatdan menuruti masyarakat melalui perkembangan konsepkendiri.
iii. Membekalkan pengalaman-pengamalan baru yang dapatmewujudkan peluang-peluang kepada klien supaya merekamemahami perbezaan diri mereka dengan kehidupan.
iv. Membantu klien memahami diri sendiri dan menyesuaikandirinya dengan persekitaran serta orang lain.
v. Dalam Islam, matlamat akhir seseorang insan adalah untukberjaya menjadi khalifah Allah S.W.T di bumi ini dan beribadatkepada-Nya. Seseorang kaunselor mesti memahami matlamatkhususnya yang terakhir ini.
Manakala Imam al-Ghazali berpandangan bahawa proses kaunselingtidak memerlukan seseorang kaunselor menyediakan sesuatu jawapan yangkhusus untuk sesuatu permasalahan, atau untuk mengubah sesuatu tingkahlaku yang tertentu. Sebaliknya kaunselor membantu klien berasa lebih terbukaterhadap pelbagai pengalaman mereka dan dapat menerima orang lain.Perubahan klien ini boleh dilihat sebagai seorang yang lebih sosial danmatang. Justeru Imam al-Ghazali menganjurkan supaya kaunselor membantuklien melalui beberapa kaedah:
i. Menjadikannya normal supaya mereka mengenali diri danpersekitaran mereka.
ii. Membantu klien menemui cara-cara atau pendekatan yang lebihbaik
untuk mereka menyelesaikan kerumitan yang dihadapi.Berdasarkan anjuran ini , maka kaunselor tidak perlu menyediakan
jawapan yang khusus untuk sesuatu tingkah laku tertentu yang perlu dilakukankliensebagai matlamat kaunseling.
Menurut Yatimah dan Mohd. Tajudin (2008), proses kaunseling modelal-Ghazali merangkumi aspek-aspek musyararah ( menetapkan syarat),m uraqabah (audit atau semakan), muaqabah ( dendaan), mujahadah(bersungguh-sungguh) dan muatabah (celaan) .
Langkah-langkah kaunselign model al-Ghazali bagi proses membantu
klien atau orang bermasalah menurut al-Ghazali adalah seperti berikut:i. Langkah 1: Pengenalan dan bina hubunganii. Langkah 2: Meneroka diri dan masalahiii. Langkah 3: Mengenal pasti punca dan jenis masalah.iv. Langkah 4: Memberi ubat yang sesuai dengan penyakitv. Langkah 5: Penilaian
Manakala menurut Salaiah et.al (2011) kemahiran kaunseling yangboleh
digunakan ialah :i. Kemahiran menyoalii. Kemahiran membuat dorongan minimum
-
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
6/20
3/29/2014 DR. RAJIEE HADI: CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html 6/20
iii. Kemahiran membuat konfrantasiiv. Kemahiran refleksi emosiv. Kemahiran refleksi pengalamanvi. kemahiran membuat prafrasavi. Kemahiran membuat rumusan besar
Berdasarkan kepada kedua-dua model di atas menunjukkan adanyasedikit perbezaan.Bagi al-Ghazali, ia lebih menumpukan kepada prosesmembantu klien menggunakan pendekatan Islam dan menumpukan kepadaklien beragama Islam. Ini kerana menurut al-Ghazali, masalah yang dihadapioleh manusia berpunca daripada tidak memahami tujuan sebenar kehidupaniaitu mengabdikan diri kepada Allah.
Surah al-Anbiya ayat 7Bermaksud: maka bertanyalah kamu kepada ahl al-Dhikr, jika kamu tidak mengetahui .
Menurut al-imam NawawiMaksudnya: Digalakkan kepada sesiapa yang menghadapi masalahberbincang mengenainya dengan sesiapa yang ia percaya sama ada dari aspek agamnaya, pengalamannya, kecerdikannya, kebijaksanaannya,kewarakannya serta ketelusannya (empati) .
Berdasarkan penelitian terhadap hadis-hadis kaunseling dapatdisimpulkan di sini bahawa kaunseling Islam mengemukakan satu pendekatanyang berorientasikan pembersihan rohani sebagai suatu kaedah bagimenyelesaikan masalah kecelaruan jiwa . Pendedahan terhadap amalan-amalan tertentu sebagaimana dikemukakan oleh Rasulllah S.A.W untuk parasahabat yang menghadapi tekanan perasaan, menjelaskan bahawa dalamkonteks kaunseling Islam penyelesaian masalah bukan sahaja bergantungkepada tindakan klien semata-mata tetapi juga berhubung rapat dengandimensi ketuhanan dan kerohanian.
Pendekatan kaunseling Islam dan juga amalan-amalan seperti solat,
doa, zikir tersebut amat sesuai disarankan kepada klien dalam usahamengatasi setiap masalah atau menangani masalah kemurungan danmenghindari klien daripada terusmengalami kesedihan.
Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Aku, nescaya akanKuperkenanakan bagimu.sesungguhnya orang-orang yang menyombongkandiri dari menyembah Aku (berdoa) alan masuk neraka jahanam dalamkeadaan hina dan dina.
Hadis yang menganjurkan setiap individu berdoa apabila menghadapi masalahatau apa jua konflik yang menimpa:
Maksudnya: tidak ditimpakan kebimbangan dan kesedihan seseorang kamu,lalu ia berkataWahai Tuhanku, aku hamba-Mu, anak- anak dari hamba-Mu, anak daripada hamba perempuan-Mu, ubun-ubunya dalam gengaman-Mu berlaku padakuhukum-Mu, adil segala ketentuan-Mu, aku bermohon pada-Mu dengan segala namayang engkau namakan dari diriMu, yang engkau turunkan dalam kitab-Mu, yang telahengkau ajarkannya kepada seseorang dari makhluk-Mu, Engkau sendiri yang mengetahuinya dalam ilmu ghaib-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai cahaya
penerang dan penyejuk hatiku, penghilang dukalara, resah gelisah dan pengikiskebimbanganku.. (H.R. Bukhari)
Menurut Mohamed Sharif (1998) doa adalah jalan yang disediakan oleh Allah
-
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
7/20
-
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
8/20
3/29/2014 DR. RAJIEE HADI: CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html 8/20
atau membunuh diri.Menurut Mohd. Sufian (2004), kemurungan adalah suatu masalah yang
tidak seimbang emosi yang mana biasanya dialami manusia yang berdepandengan kekecewaan atau tekanan dalam kehidupan harian mereka. Menurutkajian yang dijalankan oleh Turkington dan Kaplan (1997) dalam See ChingMey, (2005) mendapati bahawa apabila seseoang yang mencapai umur 15tahun satu daripada lima remaja akan mengalami kemurungan. MenurutBachanas dan Kaslow (2001) kemurungan dalam kalangan remajamemerlukan perhatian dan intervensi yang baik.
Kemurungan merupakan satu sindrom klinikal yang menggabungkankombinasi emosi, kognitif dan juga simptom-simptom tingkah laku ( Oltmanns&Emery, 1995) . Ia juga merupakan gangguan dankecelaruan perasaan dan termasuk penyakit minda yang memberi kesanpsikologi yang mana penghidapnya akan bertingkah laku suka menyalahkan dirisendiri , keliru dan merasakan tiada peluang hidup.
Menurut Bachanas dan Kaslow (2001), kemurungan dalam kalanganremaja memerlukan perhatian dan intervensi yang baik. Menurut kajian yangdijalankan oleh Turkington & Kaplan (dalam See Ching Mey, 2005) mendapatibahawa apabila seseorang yang mencapai umur 15 tahun satu daripada limaorang remaja akan mengalami kemurungan.
Menurut Iran Heman (2003) kajian-kajian yang dilakukan terhadap
fenomena kemurungan ini meliputi pelbagai tahap umur dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke peringkat dewasa. Pada peringkat kanak-kanakkemurungan sebagai suatu masalah klinik kurang diberi perhatian.
Manakala Iran Herman (2005) kajian-kajian lepas yang dilakukanterhadap
fenomena-fenomena kemurungan ini meliputi tahap umur dari peringkat kanak-kanak sehinggalah ke peringkat dewasa. Pada peringkat kanak-kanakkemurungan sebagai suatu masalah klinikal kurang diberikan perhatian.Mengikut kajian Lee (1987) dalam Mohammad Alfian ( 2006 )mendapati 140 pelajar tahun empat universiti menunjukkan pelajar ini
mengalami kemurungan yang disebabkan kesunyian emosi dan kesunyiansosial.
Dalam bidang psikiatri pula masalah ini tidak mendapat perhatian yang seriusdari mana-mana pihak sehingga lewat tahun 1970-an (Iran Herman, 2003).Kesukaran mendefinisikan secara operasional simptom kemurungan juga dandalam menentukan kemurungan pada kanak-kanak dikatakan halangan yangbesar kepada penyelidikan dalam bidang ini.
Walau bagaimanapun, situasi ini telah berubah dengan cepat dan iatelah menjadi satu usaha dan bidang kajian yang besar apabila masalahkanak-kanak mula diberikan perhatian khusunya di Amerika Syarikat
(Schulterbandt dan Raskin, 1977) .Menurut Jamaludin et al. (2010 ) terdapat beberapa simptom
kemurungan bagi mengenal pasti sama ada seseorang itu mengalami sindromkemurungan atau tidak. Simptom-simptom ini terbahagi kepada empat aspekutama iaitu afektif, kognitif, tingkah laku dan fisiologi. Setiap aspek ini berkaitantara satu sama lain. Menurut Mohd. Farhan dan Uzair (2008) faktor utamayang menyebabkan kemurungan pelajar adalah faktor kepenatan diikuti olehfaktor motivasi akademik, kognitif dan emosi.
Menurut Al-Kindi ( dalam Rizal:2009) kemurungan berpunca daripadakegagalan seseorang untuk mencapai sesuatu yang sangat dihajati dalamhidupnya. Oleh yang demikian boleh menyebabkan seseorang itu menghadapikesediahan dan kemurungan kerana kehendak manusia itu tiada batasannya
-
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
9/20
3/29/2014 DR. RAJIEE HADI: CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html 9/20
sedangkan ia tidak mampu untuk mencapai atau memenuhi semua kehendaktersebut.
Menurut Al-Kindi lagi, kemurungan juga boleh berlaku disebabkan faktor kerosakan, kebinasaan , kematian atau kehilangan sesuatu yang sangatdisayangi oleh seseorang. Sementelahan pula semua faktor ini tidak bolehdipertahankan buat selamanya seperti harta, orang yang disayangi dandikasihi, wang ringgitdan sebagainya.
Kejadian masa lalu seperti kecewa akibat kematian insan yang akrabdalam kehidupan klien telah menyebabkannya menghadapi masalahpembelajaran.Di samping itu faktor persekitaran kejadian masa lalu seperti
jenayah rogol membawa kepada penyumbang kemurungan. Kajian oleh Briere(dalam Shazli Ezzat :2006) membuktikan kaitan rapat yang wujud antaramangsa dengan kemurungan. Simptom kemurungan yang dihadapi sepertiberasa sedih, berasa letih sepanjang masa, gagal untuk memberi tumpuandan lantaran tidur yang berlebihan.
Beck (1976) telah menyenaraikan tiga faktor yang menyebabkanindividu mengalami kemurungan. Faktor-faktornya ialah:i. Penyalahan diriii. Kasihan diriiii. Rasa kasihan kepada pihak lain.
Menurut Beck (1976) lagi penyalahan diri bermaksud mempercepatkanseseorang bersalah kerana kelakuan yang salah. Apabila perasaanmenyalahkan diri ini wujud dalam diri sendiri, maka ia cenderung untuk terusmenkritik diri dan membenci diri sendiri.
Sikap seperti ini menyakinkan mereka bahawa diri mereka yang jahatdan tidak berguna lagi. Sikap menyalahkan diri sekiranya berterusan akanmenyebabkan individu akan berasa terganggu dan mungkin berasa inginmenangis, berdiam diri atau bersedih secara tidak langsung yang mana akanmembawa kepada kemurungan.
Faktor-faktor kemurungan dalam kalangan pelajar akan dibahagikankepada tiga faktor utama seperti:
i. Kepenatan disebabkan keletihan, kurang tumpuan terhadappembelajaran dan kesukaran menyiapkan tugasan.
ii. Kognitif dan emosi relajar yang tidak terlepas daripada
dibelenggu dengan kekusutan pemikiran dan emosi dalamkehidupan mereka.
iii. Masalah berkaitan dengan motivasi akademik seperti faktor berkaitan akademik, masalah kelas dan masalah motivasi.
Kendatipun Ibu Sina berpendapat penyakit kemurungan yang tidakditangani dengan baik akan meninggalkan kesan ke atas tuntutan biologiseseorang danmendorong kepada perlakuan membunuh diri (Rizal, 2009)
1.6.4 Pandangan Barat tentang Kemurungan Dan Menangani Menurut Keagamaan
Menurut E. Gilman Stephen , Kawachi Ichiro, M FitzmauriceGarrett, dan L Buka Stephen (2002) sosioekonomi yang rendah semasazaman kanak-kanak mempunyai kaitan berlakunya kemurungan semasa
-
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
10/20
3/29/2014 DR. RAJIEE HADI: CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html 10/20
remaja kelak Hasil kajian yang dijalankan oleh Mohamed Alfian Haris (2006)mendapati masalah kebimbangan dan punca utama ketidakstabilan emosipelajar disebabkan oleh pendapatan keluarga .
Manakala menurut Paragament dan Park (1995) telah membuktikanbahawa amalan agama dapat mengawal tekanan yang dirasai. Agama dapatdigunakan dengan pelbagai cara sama ada untuk individu menjadi asertif ataudefensif, aktif atau pasif. Agama berkait rapat dengan matlamat dan kaedahpelaksanaan. Menurutnya lagi , agama memberikan panduan amalankehidupan dan tindakan individu pada setiap ketika sama ada secaraperseorangan atau kolektif.
Menurut Dr. Randy Byrd (dalam Stephen:2009) melaporkan mengenaieksperimen yang menarik dalam The Medical Tribune berhubung denganpesakit hospital yang sama usia dan keadaan dibahagikan kepada duakumpulan. Kumpulan pertama dibacakan doa oleh beberapa anggotakumpulan yang berdoa, sementara golongan kedua tidak. Hasil kajianmenunjukkan kumpulan pertama kurang menderita sakit; hanya 3 daripada 16orang memerlukan antibiotik; 6 orang menderita pulmonari edema, berbandingorang dengan 18 orang; dan tidak ada yang perlukan rawatanperubatan;berbanding 12 orang dalam kumpulan kedua.
Seandainya lebih bersungguh-sungguh dan kerap berdoa denganpenuh keyakinan dapat dapat merubah manusia dan manusia boleh membuatperubahan dalam dirinya. Herbert Hoover, bekas Presiden Amerika Syarikatyang ke-31 berkata: Kuasa doa lebih kuat daripada kombinasi yang dikawaloleh manusia; kerana doa ialah terbaik manusia dapat mengumpulkansumber-sumber ketuhanan. (Septhen, 2009)
1.7 Kerangka Kerja TeoritikalKeperluan Pendekatan Kaunseling Islam
1.8 Signifikan KajianKajian ini penting untuk mendedahkan keperluan pendekatan kaunseling Islam dalammenangani masalah kemurungan pelajar. Pelaksanaan kaunseling Islam diharapkandapat membantu pelajar mengatasi kemurungan tersebut.
Kajian ini juga penting untuk pelajar mengenal pasti emosi yang bolehmembawa kepada kemurungan dan bertindak untuk mengatasinya agar mereka
-
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
11/20
3/29/2014 DR. RAJIEE HADI: CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html 11/20
meneruskan kehidupan yang lebih selesa. Sebagai contoh apabila seorang pelajar mengenal pasti kemurungan yang sedang dihadapinya khsusnya
1.9 Definisi Operasional kaunseling IslamIshammuddin Ismail (1996) mentakrifkan kaunseling Islam sebagai suatu prosesmenolong dan membantu dengan cara membentuk perhubungan secara bersemukaantara kaunselor dengan klien . Dengan kata lain, hubungan tersebut akan melibatkanpenerokaan potensi jati diri klien bagi mengembangkan semula segala sumber dalaman klien untuk menerima kebenaran (al-Haq) serta bertanggungjawab pada dirisendiri untuk mencari keredaan Allah S.W.T
Muhd. Mansur Abdullah (1996) pula menyebut kaunseling Islam ialah suatuproses aktif yang terjadi antara kedua-dua belah pihak yang dicorakkan melaluiperhubungan yang intim antara kaunselor dengan klien.Yang nyata ianya bertujuanmenolong menyelesaikan masalah serta mengubah tingkah laku klien ke arah yanglebih baik untuk mendapatkankeredaan Allah S.W.T.
Kaunseling Islam ialah suatu proses pengajaran dan pembelajaran untukmenolong individu atau kumpulan individu yang menghadapi masalah psikologi bagimembuat keputusan dan membimbing kehidupannya bagi menghadapi kebahagiaandunia dan akhirat berpandukan syariat Islam (Mohd. Sharief:1998)).Dalam kajian inipenyelidik akan menggunakan pendekatan kaunseling Islam berdasarkan TeoriKaunseling Islam Al-Ghazali.
KemurunganKemurungan yang boleh dianggap sebagai suatu perasaan, suatu sindrom atau suatupenyakit klinikal (Dacey & Kenny, 1997) . Mana kala menurut Beck (1976) dalam IranHerman (2003) telah menyenaraikan faktor penyalahan diri, kasihan diri dan rasakasihan kepada pihak lain adalah faktor yang menyebabkan kemurungan. Oleh yangdemikian kemurungan dapat dilihat sebagai suatu sindrom penyakit emosi yangakhirnya menzahirkan tingkah laku atau perlakuan seperti ponteng kelas, menyendiri,
tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran dansebagainya. Dalam kajian ini kemurungan dilihat
Kesan KemurunganKesan kemurungan yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar seperti ponteng kuliah,tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran, suka berkhayal, sering datanglewat ke kuliah, kerap bers endirian dan lain-lain.
Kemurungan seumapama ini boleh mengakibatkan pencapian akademik terjejas danada juga pelajar mengambil keputusan berhenti daripada meneruskan pelajaran ataupengajiannya.
Faktor Penyebab Kemurungan Antara penyebab kemurungan ialah dikeranakan masalah emosi, masalahpembelajaran,faktor persekiaran, latar belakang pelajar , masalah keluarga, , masalahmalu, kebimbangan , tidak berminat dengan kursus yang diikuti ,percintaan dansebagainya.
1.8 Rujukan
BIBLIOGRAFI Asmah Bee, Mohd. Noor. 1979. Tingkah laku dan masalah seks di kalangan kaum
-
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
12/20
3/29/2014 DR. RAJIEE HADI: CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html 12/20
remaja . Widya, 23 Julai.
Asmah Bee, Mohd. Noor, 1979. Kemurungan : Satu pendekatan teori, MajalahPsikologi, Bil. 10 hal. 87-103
Azalan Afandi. 1998. Peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling terhadappelajar yang berprestasi rendah ke arah peningkatan pencapaian akademik.LatihanIlmiah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas). Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azizah Lebai Nordin. 2002. Masalah Disiplin di Kalangan Remaja. Tesis PhD. FakultiPendidikan, Universiti Malaya.
Beck , 1996. Depression Inventor II . Available at: http://Marketplacepsychorp.com/Psycopsychorp.com/PsychoCprp.com/Cultures/en-US/dotcom
Beck, A.T, 1976. Depression :Cause and treatment . Philadelphia: University ofPennsylevinia Press
Corey, G & Corey M.S. 2002. Groups: Process and pratice . Sixth Ed. Brooks Cole
Thomson Leraning. USA.
Corey, G. 2001. Theory and practice of counseling and psychostherapy (6 th ed.) and manual . Pascific Grove, C.A: Brooke / Cole.
Davis , S.F and Palladino, J.J ,1997. Pschology 2 . Upper Saddle River Ner Jersy:Prentice HallDrojat Ariyanto, 2006, Psikoterpi dan doa, SUHUF,Vol.XVIII,No 01 Mei 2006
Erickson, M. T. (1992). Behavior Disorders of Children And Adolescents: Assesement,
Etiology and Intervention. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall Inc.
Gorenstein, C.G., Andrade, L., Zanoli, E. Dan Artes, R. 2005 . Expressive SyamptomsIn A
Nonclinical Brazilian Adolescent Sample. The Canadian Journal On Adolescent I.
63-91Hassan, Langgulung, 1995. Prof. Dr, Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigmam
Selangor , HIZBI.Hassan, Langgulung.1997. Asas-Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur. D.B.P cet.Ke-2Hassan, Langgulung ,1983. Teori-teori Kesihatan Mental:Perbandingan Psikologi Moden
dan Pendekatan-pendekatan Pakar-Pakar Pendidikan Islam . Selangor,Pustaka Huda,Ishammudin Ismail 1996. Persepsi Kaunseling Kontemporari . KL , Pusat Ilmu Jelatek,
1996.Muhd. Mansor, Abdullah,1996. Kaunseling: Teori, Proses dan Kaedah . Selangor,Fajar
Bakti , cet-2.
Jamaluddin Ramli, Azizi Yahya, Nordin Yahaya, Siti Zainab Md Lazim, 2010Kemurungan
Dalam Kalangan Penghuni Rumah Anak Yatim DI Daerah Kota Baharu,
http://marketplace/ -
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
13/20
3/29/2014 DR. RAJIEE HADI: CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html 13/20
Kelantan.Jurnal
Kamal Abdul Manad (Al_Hakam), Kaunseling is la Perbandaingan Antara Amalan danTeori Kaunseling Barat . Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd.
M. Darojat Ariyanti , Psikoterapi dengan doa, Jurnal Fakultas Agama Islam,Surakarta.
Mizan Adiliah. 1998. Kaunseling sekolah dan gejala sosial. Jurnal PERKAMA 7.
Muhamed Sharif , 1998 Kaunseling Islam, Jurnal Pendidikan, Universiti TeknologiMalaysia. Jilid 4. Bil. 1 April 1998 hal 19-30
Muhamed Alfian Harris b. Omar, Muhamed Sharif Mustffa, 2006, Tahap KestabilanEmosi
Pelajar di Sebuah Kolej Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Awam : SatuTinjaua, Jurnal Fakulti Pendidikan UTM , Skudai.
Mohd. Farhan Uzair bin Paisan, 2008 . Tinjauan Terhadap Kemurungan DalamKalangan
Pelajar Di Universiti Tun Hussein Onn, Tesis Sarjana Universiti Tun HusseinOnn.
Muhammad Alfian Hariss , Muhamed sharif Mustaffa ,2006. Tahap kestabilan emosipelajar di sebuah kolej kediaman institusi pengajian tinggi awam: satu
tinjauan. In:National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006,Kuala Lumpur, Malaysia
.Oltmans , T.F., and Emery, R.E (1998), Abnormal Psychology upper Saddle
River,NJ,:Prentic Hall. Cet. 2.Rizal, Abu Bakar, Kaunseling Daripada Perspektif Islam Apa, Mengapa danBagaimana.
2009. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.Schulterbandt.J.G & Raskin A. (1977) Depression In Childhood:Diagnosis. Treatmen
AndConceptual Models . New York: Revan Press
Shazli Ezzat Ghazali, Pommusamy S, Normah Che Din dan Nik Faridah Yousef Mohd Khan,2006. Kesejahteraan Psikologi, kemurungan dan Sokongan Sosial di
Kalangan Mangsa Rogol , Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 4 (1.) 2006:99-106,
Uuniversiti Kebangsaan Malaysia.
Salasiah Hanim Hamjah, Zainab Ismail, Asawiyah Ismail, Nadhirah Muhammag Arib,2011. Kaedah Penerapan Ibadah dalam Kaunseling: Satu Tinjauan Awal.
Jurnal,Perkama International Convention.
Syed Hasan Ahmad, Asmah Bee,2003. Menangani Kemurungan Melalui KaunselingBerperspektif Islam , Prosiding Seminar Kaunseling Berperspektif Islam.
Wan Abd. Kader& Ismail Abdul Ghani, Dakwah dan Kaunseling Islam, PenerbitUniversiti
Kebangsaan Malaysia, 2006
Yatimah Sarmani & Mohd. Tajudin Haji Ninggal, 2003, Kaunseling Islam DalamMembina
Masyarakt Madani. Kertas Kerja dibentangkan di Konvensyen PERKAMA kalike
XI, Hotel Eden Garden , Johor Bahru (25-27 Jun 2003).
-
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
14/20
3/29/2014 DR. RAJIEE HADI: CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html 14/20
Yatimah Sarmani , 2005. Pendekatan Kaunseling Islam: Satu Analisis Kualitatif Model Kaunseling Berasaskan Sifat-Sifat Manusia Oleh Imam Ghazali. Tesis
DoktorFalsafah tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai , Johor.
Zainab Ismail , 2001 , Tesis PhD USM
Zuria Mahmud, Noriah Mohd. Ishak & Noriah Bachok. 2003. Strategi kaunseling untukmenangani tingkah laku bsermasalah di kalangan pelajar sekolah menengah:
Satu tinjaun literatur. Konvensyen PERKAMA Kali Ke XI. Hotel Eden Garden,Johor Bharu. 25-27Jun
1.1 Organisasi Bab Tesis
PENGAKUANPENGHARGAANABSTRAKABSTRACTKANDUNGANJADUAL TRANSLITERASISENARAI JUDULSENARAI ILUSTRASISENARAI SINGKATAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Kajian1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Persoalan Kajian
1.5 Objektif Kajian
1.6 Limitasi Kajian
1.7 Kerangaka Konseptual
1.8 Definisi Operasi Kajian
BAB II ASAS AMALAN DAN KAUNSELING ISALM DALAM MENANGANI MASALAH
KEMURUNGAN
-
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
15/20
3/29/2014 DR. RAJIEE HADI: CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html 15/20
2.1 Pengenalan
2.2 Faktor yang Mempengaruhi Kemurungan
2.2.1 Keluarga
2.2.2 Masalah pembelajaran
2.2.3 Masalah sosial
2.2.4 Masalah kewangan
2.3 Asas Amalan Kaunseling Islam
2.4 Proses Kaunseling Islam dalam Menangani Kemurungan
2.4.1 Definisi Kaunseling Islam
2.4.2 Proses kaunseling Islam Menagani Kemurunga
2.5 Nilai Dakwah/Rawatan Rohani dalam Proses Kaunseling Islam
2.5.1 Definisi Dakwah
2.5.2 Nilai Dakwah dalam Proses Kaunseling Islam
2.6 Etika Kaunselor Muslim
2.7 Rumusan
BAB 3: ORGANISASI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
DAN JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
3.1 Pengenalan
3.2 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
3.3 Jabatan Kejuruteraan Elektrik
3.4 Unit Bimbingan dan Kaunseling
3.5 Latar Belakang Kaunselor
3.6 Rumusan
BAB 4: LATAR BELAKANG SOSIO DEMOGRAFI DAN MASALAH KEMURUNGAN
PELAJAR
4.1 Pengenalan
4.2 Jumlah dan taburan responden
4.3 Latar belakang Responden
4.3.1 Umur dan Jantina
4.3.2 Latar belakang Pendidikan Keluarga
4.3.3 Pekerjaan Ibu Bapa
4.3.4 Pendapatan keluarga
4.4 Rumusan
BAB 5: PROSES KAUNSELING DALAM KALANGAN PELAJAR YANG
MENGALAMI KEMURUNGAN 5.1 Pengenalan
5.2 Persediaan Untuk Sesi Kaunseling
5.3 Langkah Dalam Proses Kaunseling
5.3.1 Mengenal Pasti Identiti dan Menerima Responden
5.3.2 Mewujudkan Suasana Mesra
5.3.3 Mendengar dan Menentukan Masalah
5.3.4 Merumuskan Kesimpulan Sementera
5.3.5 Membantu Responden Memecahkan Masalah dan Membuat
Keputusan
-
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
16/20
3/29/2014 DR. RAJIEE HADI: CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html 16/20
5.3.6 Memberi penerangan Kepada Responden
5.4 Kekerapan Responden menyertai Sesi Kaunseling
5.5 Keputusan Responden Selepas Menyertai Sesi Kaunseling
5.5.1 Meneruskan pengajian
5.5.2 Berjanji Akan Berubah
5.5.3 Boleh Menerima Permasalah Keluarga
5.54 Lebih Termotivasi
5.6 Aplikasi Dakwah Islamiah/ Rawatan Rohani Dalam Proses Kaunseling
5.6.1 Hak dan Tanggungjawab Pelajar
5.6.2 Hukum Hakam Bertingkah Laku negetif
5.6.3 Kelebihan Berzikir
5.6.4 kelebihan Doa
5.6.5 Kelebihan Berwirid
5.7 Rumusan
BAB 6: PENUTUP
6.1 Pengenalan
6.2 Ringkasan Hasil Kajian
6.2.1 Proses Kaunseling dan Perlaksanaannya
6.2.2 Aplikasi Dakwah Islamiah/ Rawatan Islam dalam Kaunseling
6.2.3 Latar belakang Pegawai Psikologi
6.2.4 Latar Belakang Pelajar Yang Mengalami Kemurungan
6.2.5 Kemurungan
6.2.6 Faktor Kejayaan / Kegagalan Kaunseling
6.3 Implikasi Hasil Kajian
6.4 Cadangan
6.5 Cadangan Kajian Akan Datang
RUJUKAN
LAMPIRAN
1.9 Milestone
NO PERANCANGAN
1 Semester 1: Septe mber- November Kertas Cadangan Proposal
Disember : Pembentangan Kertas Cadangan Proposal
Semester 2: Januari : Mengumpulkan dan mengolah bahan penyeli dikan
Februari: Temu bual dengan kaunsel or untuk mendapatkan
maklumat pelajar yang mengalami kemurungan.
Mac: Membuat soal sel idik
April: Mengedarkan borang soal selidik
April Ogos : Mengadakan sesi kaunseling pendekatan Islam
menurut teori al-Ghazali
Semes ter 3: September : Mendapatkan hasil dapatan kaunsel ing Islam yang
dijalankan ke atas responden.
-
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
17/20
3/29/2014 DR. RAJIEE HADI: CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html 17/20
Dicatat oleh DR. RAJIEE HADI di 11/25/2011 06:59:00 PG
Oktober- Disember : Menganalisis dapatan kajian.
Semester 4: Pembentangan Hasil Kajian dan memperbaiki kajian jika perlu
Semester 5: Penyerahan tesis untuk kegunaan VIVA
Semester 6: VIVA
1.2 Jangkaan PenerbitanPenerbitan dijangkakan pada akhir semester setelah menyelesaikan penambahbaikan
jika berkaitan.(sumber:Mahnessa A. Kadir: Contoh Sebuah Proposal)
+2 Syorkannya di Google
Balasan
20 ulasan:
ESMARI 3 Ogos 2012 7:26 PTG
assalamualaikum izinkan saya copy terima kasih
Balas
DR. RAJIEE HADI 11 September 2012 9:50 PTG
DIIZINKAN
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html?showComment=1347371400978#c5044898220740864268http://www.blogger.com/profile/11593049903312718713http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html?showComment=1343993163694#c3478211094991010335http://www.blogger.com/profile/01605602465540080847http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=7641423424628843767&postID=6981144984003750421&target=pinteresthttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=7641423424628843767&postID=6981144984003750421&target=facebookhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=7641423424628843767&postID=6981144984003750421&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=7641423424628843767&postID=6981144984003750421&target=bloghttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=7641423424628843767&postID=6981144984003750421&target=emailhttp://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.htmlhttp://www.blogger.com/profile/11593049903312718713 -
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
18/20
-
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
19/20
3/29/2014 DR. RAJIEE HADI: CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html 19/20
erreque-lena 20 Mac 2013 3:08 PTG
Salam Dr,
Mohon izin guna contoh proposal ini.
TK :)
Balas
awe 2 April 2013 11:30 PTG
Assalam Dr,
Mohon izin untuk copy untuk rujukan.Terima kasih
Cguawe
Balas
yieyonez 23 April 2013 3:21 PTG
salam dr..saya ingin mendapatkan pandangan dr..sy sedang mencari material/tajuk untuk proposal phd pendidikan saya...
jika dr mempunyai pandangan atau pendapat tentang tajuk yang sesuai utkdijadikan kajian..mungkin dr boleh berkongsi dengan saya
Balas
Bibie Adila 29 April 2013 6:27 PTG
as salam..Dr..sy ingin menyambung master dalam psikologi pendidikan..sy inginminta pandangan untuk memberikan tajuk yang sesuai untuk dijadikan kajian synanti..terima kasih..
Balas
bahrun kasran 4 Ogos 2013 6:07 PTG
Dr, sy amat berminat skali utk mneruskan pgajian sy utk mdpt phd dlm bidangpengurusan pendidikan.....sy ingin skali mohon pndangan dr utk mberikan tajukyg brsesuaian utk dijadikan kajian sy....bole kah sy mhon dr utk mjadikan mentor sy dan mghbungi sy melalui emel [email protected] kasih dr
Balas
amiza lavende r 31 Ogos 2013 2:50 PTG
salam dr..mohon izin untuk dijadikan rujukan..
Balas
Atikha Rasol 25 September 2013 9:24 PG
salam..izinkan saya jadikan rujukan dan contoh..terima kasih
Balas
nurua shafinaz 16 Oktober 2013 8:43 PTG
boleh kah sye mendapatkn idea untuk dijadikan tajuk research mgenaipendidikan psikologi
Balas
http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html?showComment=1381927389146#c7125629921087969925http://www.blogger.com/profile/02678338171893184934http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html?showComment=1380072282177#c1586707977384465097http://www.blogger.com/profile/08124275811190627101http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html?showComment=1377931835016#c7693876016040862257http://www.blogger.com/profile/17172017913954458019http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html?showComment=1375610879994#c5953389126446559547http://www.blogger.com/profile/13220470958286287947http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html?showComment=1367231241813#c5889624814451647585http://www.blogger.com/profile/16194916875233101570http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html?showComment=1366701679637#c6637691900425940490http://www.blogger.com/profile/04695052554167629786http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html?showComment=1364916601543#c4322693933875388868http://www.blogger.com/profile/11044572409413957182http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html?showComment=1363763332375#c1712921823368290139http://www.blogger.com/profile/14292063107373377785 -
8/12/2019 Contoh Proposal Penyelidikan
20/20
3/29/2014 DR. RAJIEE HADI: CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD
Catatan Terbaru Catatan LamaLaman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
Masukkan ulasan anda...
Ulas sebaga i: Akaun Google
Terbitkan
Pratonton
am ash 7 Februari 2014 12:33 PTG
assalamualaikum dr,,sy minta izin utk gunakan artikel bkaitan research di atassbgai rujukan..terima kasih.
Balas
wan kamarulzaman 20 Februari 2014 8:52 PTG
Dr, mohon izin...boleh saya dapatkan email DR?
Balas
Templat Picture Window. Dikuasakan oleh Blogger .
http://www.blogger.com/http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html?showComment=1392900750116#c1371912604105134265http://www.blogger.com/profile/11506254384770045208http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/contoh-proposal-penyelidikan-pendidikan.html?showComment=1391747608833#c7479344510080977283http://www.blogger.com/profile/02650973223298982655http://drrajieehadi.blogspot.com/feeds/6981144984003750421/comments/defaulthttp://drrajieehadi.blogspot.com/http://drrajieehadi.blogspot.com/2011/11/datuk-hassan-ahmad-sebuah-puisi-akhir.htmlhttp://drrajieehadi.blogspot.com/2011/12/pamitan-2011.html