Download - Cbad2103 Saad Assignment (111107)A
2007
Soalan 1
Isi Kandungan
1.0 Rajah Konteks
2.0 Rajah Paras-0 DFD
3.0 Rajah Paras-1 DFD
4.0 Rajah Paras Fizikal
5.0 Rujukan
Muka Surat
1
2
3
4
5
1.0 Rajah Konteks
Muka Surat 1
2.0 Rajah Paras-0 DFD
Muka Surat 2
3.0 Rajah Paras-1 DFD
Berikut adalah Rajah Paras-1 DFD bagi Proses 5.
Muka Surat 3
4.0 Rajah Paras Fizikal
Muka Surat 4
5.0 Rujukan
CIM Lecture Notes: Chapter 11: Data Flow Diagrams. (n.d.). [Online]. Available:
http://me.emu.edu.tr/ie447/CIMLectureNotes2011.pdf. [2007, Oktober, 19].
Kamasuriah Ahmad & et al. (2007). CBAD2103 System Analysis And Design.
Selangor: Meteor.
Muka Surat 5
SOALAN 2
Skop:
1.0 Nama 2 pDekatn @ Metodologi pBangunn Sistem Pilihni. Terangkn Kandungnnya
2.0 Banding & Bezakn kDua2nya
3.0 Sumbangn sTiap Satunyai. Kpd Proses Analisis Bg
mTentukn kPerlun Sistem (System Requirement)
4.0 sTiap Satunya, Bahaskni. kKuatn
Tunjukn bgMana Ia mBantu Proses pBangunn sSuatu Sistem
ii. kLemahn sTiapnya
Tunjukn bgMana Ia mSekat Proses pBangunn sSuatu
Sistem
* Jumlah Markah: 40
Markah
20
10
5
5
Note:
600-800 pKatan Shj Dlm 1 Esei
pDekatn dlm SDLC bStructur (Structured) bOrientasikn Objek (OO) kJuruteran Maklumt (Information Engineering) Sosio-Teknikal RAD Ad Hoc
Soalan 2
Isi Kandungan
1.0 Metodologi Pembangunan Sistem
1.1 Kitarhayat Pembangunan Sistem (SDLC)
1.2 Pembangunan Aplikasi Pantas (RAD)
2.0 Perbandingan Diantara Kedua-dua Metodologi
3.0 Sumbangan Kepada Proses Analisis Bagi Menentukan
Keperluan Sistem
4.0 Kesan Keatas Proses Pembinaan Sistem
4.1 Kekuatan
4.2 Kelemahan
5.0 Rujukan
Muka Surat
1
4
6
7
8
8
10
1.0 Metodologi Pembangunan Sistem
Metodogi Pembangunan Sistem ditakrifkan sebagai perancangan menyeluruh
yang perlu dipatuhi, merangkumi semua aktiviti yang diperlukan didalam
kitarhayat sesuatu pembangunan sistem. Ia terdiri daripada koleksi model,
perisian sokongan dan teknik yang digunakan untuk melaksanakan aktiviti-
aktiviti di dalam semua fasa pembangunan sistem. Berikut adalah penerangan
berkaitan dengan metodologi Kitarhayat Pembangunan Sistem (SDLC) dan
Pembangunan Aplikasi Pantas (RAD).
1.1 Kitarhayat Pembangunan Sistem (SDLC)
Ia merupakan metodologi pembangunan tradisional, berstruktur dan
mempunyai lima proses yang berturutan. Proses-proses atau fasa-fasa
tersebut ditunjukkan oleh Rajah 1 di bawah.
Rajah 1: Fasa-Fasa Di dalam Kitarhayat Pembangunan Sistem
a. Fasa Penyiasatan Awal
Muka Surat 1
Ianya adalah kajian awal yang dilakukan keatas sesuatu projek
sebelum keputusan samada projek tersebut boleh diteruskan
ataupun tidak. Aktiviti pertama yang perlu dilaksanakan di dalam fasa
ini ialah menganalisis masalah-masalah dan peluang-peluang
organisasi melalui pembangunan profail perniagaan bagi
menerangkan proses-proses dan fungsi-fungsi perniagaan. Ini diikuti
oleh mentakrifkan skop dan kekangan-kekangan projek, mencari
maklumat berkaitan bagi melihat faktor-faktor yang mungkin akan
mempengaruhi projek, menganggarkan kos sistem yang
dicadangkan beserta faedah-faedah yang bakal diperolehi,
mentakrifkan kesauran projek dari segi operasi, teknikal dan
ekonomi, menganggarkan tempoh dan kos masing-masing bagi
setiap fasa dan keseluruhan projek, dan mengemukakan laporan
beserta cadangan berkaitan kepada pihak pengurusan organisasi
terlibat.
b. Fasa Analisis
Semua aktiviti di dalam fasa ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk
membangunkan model keperluan sistem yang dapat menerangkan
proses-proses perniagaan dengan jelas, membangunkan model
logikal berdasarkan kepada proses-proses perniagaan dan
seterusnya memastikan sistem yang terhasil kelak dapat menyokong
semua proses perniagaan tersebut. Maklumat bagi membangunkan
model keperluan sistem boleh diperolehi melalui analisis keatas
prosidur-prosidur dan dokumen-dokumen semasa, temubual,
kajiselidik, pemerhatian, pembangunan prototaip, teknik Rekabentuk
Muka Surat 2
Aplikasi Bersama (JAD) dan Kejuruteraan Semula Proses
Perniagaan (BPR).
c. Fasa Rekabentuk
Di dalam fasa ini, semua input, output, antaramuka dan proses akan
dikenalpasti. Disamping itu, senibina komputer samada Berasaskan-
Pelayan, Berasaskan-Pelanggan atau Pelayan-Pelanggan akan
ditentukan. Selain itu, semua kawalan keatas rekabentuk, samada
secara dalaman atau luaran, termasuk kawalan yang dilakukan oleh
komputer ataupun secara manual akan dibina. Ini dilakukan bagi
memastikan sistem yang akan dibina kelak adalah boleh diharapkan.
Rekabentuk sistem akan dipersembahkan kepada pihak pengurusan
dan pengguna melalui laporan yang dinamakan Spesifikasi
Rekabentuk Sistem bertujuan untuk mendapatkan komen dan
kelulusan mereka.
d. Fasa Pembangunan dan Implimentasi
Di dalam fasa ini, pembangunan sistem baru akan dilaksanakan.
Aktiviti-aktiviti yang berkaitan ialah menulis aturcara, melakukan
ujian, membuat dokumentasi dan memasang sistem di tempat
pengguna setelah ia berjaya dibangunkan. Sekiranya sistem dibeli
daripada pihak lain secara pakej, pengubahsuaian dan konfigurasi
semula akan dilakukan.
e. Sokongan dan Operasi
Di dalam fasa ini, sistem akan dikemaskini dan diberikan nilai
tambah. Pengemaskinian keatas sistem adalah merangkumi
Muka Surat 3
pembetulan ralat, sekiranya ada, dan melaksanakan perubahan yang
bersesuaian dengan persekitaran dimana ia ditempatkan. Manakala
aktiviti-aktiviti memberikan nilai tambah kepada sistem boleh
melibatkan perkara seperti menambah ciri-ciri dan faedah-faedah
baru.
1.2 Pembangunan Aplikasi Pantas (RAD)
Ia adalah hasil daripada penggabungan pelbagai metodologi berstruktur
serta teknik prototaip dan Rekabentuk Aplikasi Bersama (JAD) bagi
mempercepatkan proses pembinaan sistem. Ia mempunyai empat fasa
dan aktiviti-aktiviti yang selari dengan SDLC. Fasa-fasa tersebut
ditunjukkan oleh Rajah 2 di bawah.
Rajah 2: Fasa-Fasa Di dalam Pembangunan Aplikasi Pantas
a. Fasa Perancangan Pengguna
Fasa ini adalah berorientasikan penyelesaian masalah-masalah
perniagaan. Dimana juruanalisis sistem dan pihak berkepentingan
terutamanya pengguna akan berbincang intensif bagi mengenalpasti
Muka Surat 4
objektif-objektif sistem dan keperluan-keperluan maklumat
berhubung dengan objektif-objektif tersebut.
b. Fasa Rekabentuk Pengguna dan Pembangunan
Fasa ini dikenali sebagai fasa Rekabentuk-Dan-Penyesuaian yang
menggunakan teknik JAD dan perisian sokongan CASE.
Perbincangan dilakukan secara intensif dengan format yang menguja
dan menggalakkan. Di dalam fasa ini, pengguna akan mencuba
prototaip dan memberikan maklumbalas berkaitan. Juruanalisis
sistem akan membuat penyesuaian dan pembaikan keatas prototaip
yang telah dibangunkan berdasarkan kepada maklumbalas
pengguna.
c. Fasa Pertukaran Sistem
Setelah segala aspek dipersetujui, sistem telah dibangunkan dan
disesuaikan, ia akan diuji dan seterusnya diperkenalkan kepada
organisasi. Pada tahap ini, tugas sistem semasa akan diambilalih
olehnya.
2.0 Perbandingan Diantara Kedua-dua Metodologi
Tujuan utama RAD digunakan adalah untuk meringkaskan fasa di dalam
SDLC. Dengan cara ini, tindakbalas yang pantas akan dapat diberikan
terhadap keperluan-keperluan maklumat organisasi yang sentiasa berubah-
ubah. Sementara pendekatan SDLC pula adalah lebih teratur dan sistematik
Muka Surat 5
bagi menjamin kelengkapan dan ketepatan sistem, dan memastikan ia dapat
diintegrasikan dengan baik kepada prosidur-prosidur dan budaya perniagaan.
Fasa Rekabentuk bagi RAD, iaitu fasa Rekabentuk Pengguna dan
Pembangunan, adalah berbeza berbanding fasa Rekabentuk SDLC kerana
perisian sokongan RAD yang digunakan adalah untuk membangunkan skrin-
skrin dan memaparkan aliran keseluruhan larian aplikasi. Oleh itu, apabila
pengguna memberikan kelulusan keatas rekabentuk ini, kelulusan tersebut
adalah keatas persembahan model visual dan bukannya rekabentuk
konseptual yang dipersembahkan di atas kertas sebagaimana metodologi
tradisional.
Tekanan yang dihadapi ketika perlaksanaan fasa di dalam RAD adalah jauh
lebih rendah berbanding SDLC. Ini adalah disebabkan pengguna turut terlibat
didalam merekabentuk aspek-aspek perniagaan sistem dan telah sedia
maklum dengan sebarang perubahan yang bakal berlaku. Pada kebiasaannya
apabila menggunakan SDLC, tempoh diantara fasa Rekabentuk dan
Pembangunan adalah panjang apabila pengguna diasingkan daripada
juruanalisis sistem. Di dalam tempoh tersebut, keperluan sistem boleh berubah
dan pengguna tidak bersedia untuk menghadapi kesulitan yang timbul
sekiranya produk akhir adalah berbeza dengan produk terakhir yang
melibatkan pengguna terbabit.
3.0 Sumbangan Kepada Proses Analisis Bagi Menentukan Keperluan Sistem
Pada tahap awal pendekatan SDLC dipraktikkan, juruanalisis sistem perlu
melalui empat proses secara berturutan, iaitu mengenalpasti proses-proses
Muka Surat 6
fizikal sistem semasa, mengenalpasti proses-proses logikal sistem semasa
berdasarkan proses-proses fizikal, membangunkan proses-proses logikal
sistem baru dan membangunkan proses-proses fizikal sistem baru berdasarkan
proses-proses logikal. Pendekatan ini mengambil masa yang panjang dan
memerlukan kos yang banyak, dan keadaan ini menjadikan ianya tidak
praktikal.
Salah satu teknik yang boleh digunakan untuk meringkaskan proses-proses
tersebut ialah Kejuruteraan Semula Proses Perniagaan (BPR). Secara
asasnya, teknik ini merupakan proses memikir dan merekabentuk semula
proses perniagaan bagi mencapai pembaikan yang dramatik dari segi kos,
kualiti dan perkhidmatan. Aktiviti utama di dalam BPR ialah memahami semua
aktiviti di dalam proses perniagaan utama dan seterusnya mengubah jujukan
atau struktur aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan kualiti, kepantasan dan
kepuasan pelanggan secara radikal. Hasilnya, juruanalisis sistem dapat
menggunakan pendekatan yang lebih pantas bagi memahami keperluan-
keperluan perniagaan melalui pemerhatian yang teliti keatas sistem semasa,
mengenalpasti keperluan-keperluan sistem baru dan seterusnya menghasilkan
model logikal sistem baru.
4.0 Kesan Keatas Proses Pembinaan Sistem
4.1 Kekuatan
Pendekatan SDLC membenarkan analisis, rekabentuk dan dokumentasi
sistem dilakukan secara sistematik. Pemeriksaan semula secara formal
pada penghujung setiap fasa di dalam SDLC membolehkan kawalan
pengurusan yang maksimum dilaksanakan. Dokumentasi sistem yang
formal akan dapat memastikan pencarian semula keperluan-keperluan
Muka Surat 7
sistem bagi menyemak keperluan-keperluan perniagaan dapat
dilaksanakan.
Sementara pendekatan RAD pula membolehkan tempoh pembinaan
sistem disingkatkan dan sekaligus ini akan menjimatkan kos keseluruhan
projek. Disamping itu, penekanan terbesar adalah diberikan keatas
kemudahan dan kebolehgunaan rekabentuk GUI. Dengan ini, sistem yang
akan terhasil adalah sebuah sistem yang berguna dan dapat dikendalikan
dengan mudah. Selain itu, pengguna juga dapat mengenalpasti keperluan
tambahan untuk versi yang akan datang, mengenalpasti perubahan yang
diperlukan dan memperhalusi keperluan sebenar sistem.
.
4.2 Kelemahan
Tempoh yang panjang merupakan kelemahan utama pembinaan sistem
melalui pendekatan SDLC. Ini menyebabkan dokumentasi sistem menjadi
mahal dan memerlukan tempoh yang panjang untuk disiapkan. Selain itu,
sistem yang dihasilkan juga tidak dapat memenuhi keperluan pengguna
apabila juruanalisis sistem gagal memahami dengan sepenuhnya
keperluan maklumat organisasi. Disamping iut, salah faham pengguna
terhadap sistem seringkali berlaku apabila tahap penglibatan pengguna di
dalam proses pembangunan sistem rendah.
Sementra pendekatan RAD pula memerlukan juruanalisis sistem dan
pengguna yang berkemahiran untuk menggunakan teknik-teknik dan
perisian sokongan RAD. Sebaliknya, tempoh pembinaan sistem akan
menjadi panjang. Selain itu, peratusan tempoh penglibatan pihak
Muka Surat 8
berkepentingan dan pengguna adalah tinggi berbanding dengan
pendekatan lain. Keadaan ini akan mempengaruhi prestasi organisasi dan
seterusnya prestasi pembangunan sistem. Disamping itu, kebarangkalian
adalah tinggi untuk sistem yang dihasilkan berkualiti rendah dan tidak
mempunyai dokumentasi yang lengkap disebabkan fokus pendekatan ini
adalah untuk memendekkan proses pembinaan sistem,.
5.0 Rujukan
Gary B. Shelly, Thomas J.Cashman & Harry J.Rosenblatt. (2006). System Analisis
And Design. Boston: Thomson Course Technology.
Kamasuriah Ahmad & et al. (2007). CBAD2103 System Analysis And Design.
Selangor: Meteor.
Rapid application development. (2007). In Wikipedia (The Free Encyclopedia).
[Online]. Available: http://en.wikipedia.org/wiki/Rapid_application_development.
[2007, Februari, 15].
Muka Surat 9
Salmi Baharom (n.d.). Pembangunan Aplikasi Pantas. [Online]. Available:
http://72.14.235.104/search?q=cache:gNPwPkjTPn0J:www.fsktm.upm.edu.my/
~salmi/bab8.ppt+Pembangunan+Aplikasi+Pantas+
(RAD)&hl=en&ct=clnk&cd=2&gl=my. [2007, Oktober, 18].
Muka Surat 10