Download - Carl Rogers
Latar Belakang Carl Rogers
Dilahirkan Januari 8 di Oak Park, lllinois, 1902 dan meninggal 1987. Dibesarkan
dalam keluarga yang kuat berdisplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi .
Rogers mula belajar di Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian tetapi dua tahun
kemudian bertukar kepada bidang keagamaan di Union Theological Seminary di New
York. Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan
berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Columbia Universiti
dan mendapat Ph.D pada tahun1928.
Semasa di Columbia, Rogers cuba mengharmonikan idea – idea yang
bertentangan seperti fahaman Sigmand Freud dengan pendekatan statistik saintifik.
Kemudian fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerak hati dengan objektif
dan klinikal dengan statistik. Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi sebagai
Pengarah di Child Study, Department of the Society for the Prevention of Cruelty to
Children, di Rochester, New York .
Antara kerjayanya yang lain ialah :
1. Profesor Psikologi Klinikal di Ohio State Universiti (1940 – 1943)
2. Profesor Psikologi dan Pengarah Kaunseling di Universiti of Chicago (1945 –
1957)
3. Profesor Psikologi dan Psikiatri di Universiti of Wisconsin (1957 – 1963)
4. Pengarah di Western Behavioral Sciences institute (1963 – 1968)
5. Pengarah di Centre for the Studies of the Person (1968 – 1987).
Soalan 3 : Dalam melaksanakan proses kaunseling, teori memainkan peranan
penting. Pilih satu teori kaunseling dan huraikan teknik-teknik yang diaplikasikan
semasa proses kaunseling.
Setiap masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya, bergantung kepada
setiap individu untuk memilih tindakan atau cara untuk mengendalikan masalahnya.
Namun begitu, sesuatu masalah akan bertambah kronik sekiranya individu tidak dapat
mengendalikan masalahnya dengan baik. Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang
guru pembimbing atau kaunselor membantu murid yang mempunyai masalah dalam
mencari jalan penyelesaiannya. Pelbagai teknik dan teori boleh digunakan semasa
proses bimbingan diberikan, namun begitu ia bergantung kepada kesesuaian senario
sesuatu masalah. Pemilihan teori dan teknik yang tepat dapat membantu murid (klien)
mengendalikan masalah dan memilih jalan penyelesaian yang terbaik buat murid
tersebut.
Teori Humanis (berpusatkan klien) yang di ketengahkan oleh Carl Rogers ( 1902
– 1987 ) adalah antara teori yang boleh digunapakai atau diaplikasikan dalam proses
kaunseling. Seperti yang kita tahu, teori ini berbeza sama sekali dengan teori
kaunseling yang lain. Pendekatan humanistik dalam kaunseling tidak mempunyai
teknik yang khusus. Ia lebih menekankan kepada sifat guru, keikhlasan guru dan
hubungan yang baik dengan klien.
Carl Rogers adalah satu – satunya pakar yang amat mementingkan manusia
sebagai manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai
objek yang boleh dimanipulasikan sama ada dari dalam atau luar. Justeru itu,
pendekatan humanistik mengutamakan kepercayaan bahawa setiap individu
mempunyai potensi semula jadi. Pendek kata setiap individu itu unik, sama ada
dari aspek personalitinya, pengalaman yang dihadapinya dan pemikirannya. Setiap
insan mengalami pengalaman hidup yang berbeza, berdasarkan pengalaman yang
dihadapi sedikit sebanyak membentuk personaliti seseorang individu. Pengalaman
hidup adalah guru yang terbaik., hal ini kerana manusia belajar daripada pengalaman.
Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat
semua manusia sebagai entiti – entiti yang baik dan mulia. Semua tingkah laku mereka
didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri. Terdapat beberapa faktor luaran yang
dapat membantu manusia untuk berkembang secara positif. Amir Awang (1987)
mencatatkan tiga faktor luaran tersebut, iaitu :
Kejujuran, keikhlasan dan
kebenaran.
Penerimaan tanpa syarat dan
perasaan ambil berat
Kefahaman yang mendalam
Jikalau semua faktor ini ada pada setiap manusia, maka perkembangan diri yang positif
ke arah kesempurnaan kendiri akan berjalan dengan lebih lancar. Ketiga-tiga faktor
luaran boleh diaplikasikan oleh guru bimbingan / kaunseling dalam menjalankan proses
bimbingan / kaunseling. Malahan ia juga merupakan syarat asas dalam kejayaan
kaunseling berpusatkan murid . Misalannya :
Faktor luaran Huraian ringkas
1. Kejujuran, keikhlasan dan
kebenaran
Guru perlu ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam
membantu murid mencari jalan penyelesaian yang
terbaik. Melalui kualiti keikhlasan dan kejujuran yang
ditonjolkan oleh guru, maka ia dapat membina
keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.
Sekaligus hubungan yang baik dapat dibina di antara
klien (murid) dengan guru bimbingan / kaunseling. Oleh
itu, murid akan selesa untuk meluahkan perasaannya
secara terbuka atau bersedia untuk berkongsi masalah
yang dihadapinya. Kebenaran pula merujuk kepada
sifat kaunselor yang sebenar, di mana kaunselor
tidak berpura-pura dan menonjolkan dirinya yang
sebenar supaya keselarasan ( kongruen ) dapat
dipupuk di antara kanselor dan klien.
2. Penerimaan tanpa syarat
dan perasaan ambil berat
Guru pembimbing / kaunselor perlu menghormati dan
menerima diri klien yang sebenarnya dengan
memberikannya penghargaan tanpa syarat.
Kaunselor sewajarnya menggunakan pendekatan tidak
menilai, di mana seorang kaunselor harus mempunyai
sifat penyayang tanpa syarat. Apabila sikap mesra dan
menerima wujud dalam proses kaunseling, klien akan
bersedia untuk menerima bimbingan dan berasa lebih
berkeyakinan untuk menangani masalah yang
dihadapi. Kaunselor perlu ingat bahawa walaupun klien
datang berbagai cerita/masalah mereka tetap seperti
manusia lain yang mempunyai maruah dan unik.
3. Kefahaman yang
mendalam
Kefahaman yang mendalam juga boleh ditakrifkan
sebagai empati. Kaunselor memahami kliennya dalam
peringkat yang mendalam dan cuba untuk merasai apa
yang dihadapi oleh kliennya. Ia juga merujuk kepada
kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau
dunia klien.Perasaan empati ini mengcakupi daripada
kemahiran mendengar (lisan dan bukan lisan) dalam
setiap peringkat sesi kaunseling, termasuk imaginasi
dan kefahaman kendiri klien sebenar.
Sehubungan dengan itu, dalam membentuk teori personaliti kemanusiaan,
Rogers memberi tumpuan kepada individu dan sifat kendirinya. Mengikut pendapatnya
lagi, seseorang itu mempersepsikan objek serta pengalaman – pengalaman dan turut
memberi makna kepadanya. Sistem persepsi dan pemberian makna yang
berkeseluruhan ini membentuk fenomenologi individu berkenaan serta meliputi
peristiwa yang disedari dan ada yang tidak disedarinya. Fenomenologi merujuk
kepada persepsi dunia mengikut pandangan tersendiri dan unik.
Kendiri pula adalah satu organisasi atau aturan persepsi yang konsisten,
termasuklah sebahagian yang ada dalam ruang fenomenal serta hubungan dengan
entiti atau kelompok lain seseorang itu yang dilihatnya sebagai “aku”, “saya” atau “diri”.
Pada masa yang sama, Rogers menyatakan dalam setiap individu wujud satu konsep
yang digelar sebagai diri unggul, iaitu bentuk dan konsep kendiri yang amat
diingini oleh individu berkenaan. Diri unggul mempunyai kompenan- kompenan
seperti persepsi dan makna yang releven pada individu tersebut serta sesuatu yang
amat bernilai pada dirinya.
Konsep kendiri didefinisikan sebagai penilaian, pandangan, tanggapan,
kepercayaan, termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebiasaanya konsep
kendiri terbentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga, guru, sekolah, rakan
sebaya dan komuniti setempat. Pengalaman hidup turut membantu dalam membina
konsep kendiri. Konsep kendiri yang disarankan oleh Rogers adalah definisi diri yang
individu sendiri berikan kepada diri individu secara sedar apabila menggunakan
perkataan “saya” atau “aku”. Ada beberapa fakta yang menarik berkenaan dengan
konsep - kendiri Rogers, antaranya ialah :
1. Pandangan Rogers terhadap kendiri sama seperti kefahaman umum psikologi
terhadap persepsi.
2. Kendiri mengandungi sifat configurational, gabungan dan mewakili satu yang
terurus dan konsisten secara keseluruhan.
3. Kendiri tidak homunculus. Kendiri tidak berbuat apa – apa. Seseorang individu
tidak mempunyai satu kendiri yang mengawasi tingkah lakunya, sebaliknya dia
mempunyai satu gabungan pengalaman yang digambarkan sebagai kendiri.
4. Gabungan pengalaman dan persepsi, dikenali sebagai kendiri, pola timbul
dalam kesedaran. Jika definisi kendiri terlibat dengan ukuran yang tidak sedar,
sukar dioperationaliskan untuk membuat kajian.
Walau bagaimanapun, pergerakan individu ke arah kesempurnaan kendiri tidaklah
selalunya lancar seperti yang diharapkan oleh setiap individu. Dimana manusia
terpaksa melalui beberapa rintangan, terutama sekali yang berkaitan dengan hal
konsistensi kendiri dan kongruen untuk mencapai matlamat. Maksud konsistensi
kendiri adalah kecenderungan organisma mengekalkan struktur dirinya iaitu kesamaan
persepsi diri yang dilihat dari luar, tidak pula dari dalam seperti yang ada pada konsep –
kendiri.
Lazimnya konsep kendiri seseorang boleh digolongkan dalam dua kategori yang
utama, iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif.
personaliti harmonis dan
seimbang
bersifat tenang dan penuh keyakinan
peroleh lebih banyak kejayaan berbanding
kegagalan
bertimbang rasa dan berpandangan
terbuka
pandangan posititf terhadap diri sendiri,
isu dan masalah
berasa bangga diri dan berani mencuba
sesuatu yang baru
mudah bersosialisasi dan bermesra
dengan orang lain
Pembentukan konsep kendiri adalah berdasarkan kepada pandangan diri dan
orang lain terhadapnya. Oleh itu, faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep
kendiri adalah berkait rapat dengan sistem psikofizikal, alam sekitar dan interaksi sosial
seseorang individu. Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan
konsep kendiri :
sahs iah tidak seimbang / jar ang ber sosialisasipasi f, murung dn kurang bergaul dan bekerjasamakurang keyakinan dan tidak ber ani mencuba sesuatu yang bar upunyai perasaan curiga, prasangka, dan tidak percaya kepada orang lain
berwajah muram dan masam / bersifat penakut dan pemalu
Manakala kongruens pula bermaksud suasana yang nyaman dan konsisten yang
wujud diantara diri unggul dengan pengalaman seseorang (diri sebenar). Secara
ringkasnya kongruen adalah keselarasan antara idealself (diri unggul) dan realself (diri
sebenar). Walau bagaimanapun, seseorang sering mengalami keadaan tidak kongruen,
di mana kedaaan ini berlaku apabila wujud ketidaksamaan di antara kendiri yang
baka -> ciri-ciri fizikal dan kecerdasan
bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah
keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkah laku
emosi mempengaruhi perasaan
keluarga - sikap dan kepercayaan
sekolah - mengubah tingkah laku sesuai dengan aspirasi kumpulan sebaya dan gurunya
dipersepsikan dengan kendiri yang sebenar. Keadaan ini akan menimbulkan
kebingungan, ketidakselesaan dan ketegangan dalam diri individu. Jikalau keadaan ini
berpanjangan, individu akan mengalami anxieti, iaitu hasil ketidaksamaan di antara
pengalaman dan persepsi kendiri. Terdapat dua cara untuk mengatasi keadaan tidak
kongruen :
1. Menafikan kewujudan pengalaman yang tidak konsisten dan cara ini akan
mengekalkan konsep dan struktur kendiri yang sedia ada pada individu
berkenaan.
2. Menggunakan kaedah pertahanan yang lebih kerap iaitu pengherotan.
Pengherotan bermaksud individu akan mengherot makna pengalaman yang
dirasai dan individu berkenaan akan hanya membenarkan sesuatu pengalaman
yang konsisten dan tidak bercanggah dengan konsep kendiri, iaitu ke dalam
kesedaran.
Carl Rogers (1980) memandang struktur personality serupa dengan konsep konsep
kendiri. Beliau turut menegaskan bahawa konsep kendiri seseorang mungkin tidak
sepadan dengan pengalamannya yang sebenar. Rujuk rajah di bawah bagi melihat
dengan lebih jelas ilustrasi keadaan sepadan dan tidak sepadan di antara konsep
kendiri dan pengalaman sebenar.
a) Keadaan sepadan / kongruen b) keadaan tidak sepadan / tidak
kongruen
a) contoh situasi tidak kongruen
diri unggul : ingin menjadi seorang ahli gimrama
diri sebenar : tidak pandai berenang dan mempunyai susuk tubuh yang agak
gempal
b) contoh situasi yang kongruen
diri unggul : ingin menjadi seorang pemain piano yang terkenal
diri sebenar : boleh bermin piano dengan baik dan amat meminati muzik
Sehubungan dengan itu, manusia juga memerlukan perhatian yang positif, iaitu
keperluan disayangi, disukai, dihormati, disanjung, diterima dan dikasihi oleh orang lain.
Namun, manusia tidak sentiasa mendapat perhatian yang positif yang amat diperlukan.
Oleh itu, Rogers menekankan kepentingan kongruen antara diri yang dipersepsi (diri
unggul) dengan diri yang dialami (diri sebenar) supaya seseorang dapat berkembang
ke arah kesempurnaan kendiri. Hal ini, bermakna individu harus menerima diri dan
pengalamannya dan menjadikan diri berfungsi sepenuhnya bagi mencapai
kesempurnaan kendiri yang diidamkan.
http://konvobersama.blogspot.com/2008/03/carl-rogers.html