KOPERASI SMK SERI LIPIS PAHANG BERHAD27200 KUALA LIPIS,
PAHANG DARUL MAKMUR
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KETIGAKOPERASI SMK SERI LIPIS PAHANG BERHAD
TAHUN 2011/2012
TARIKH : 24 APRIL 2013HARI : RABUMASA : 3.30 PETANGTEMPAT : DEWAN BESAR SMK SERI LIPIS
1
ATURCARA MAJLIS
3.00 ptg : Pendaftaran kehadiran anggota
3.30 ptg : Kata-kata aluan pengacara majlis Bacaan Doa
3.35 ptg : Mesyuarat Agung dimulakan
Agenda Mesyuarat: 1. Ucapan Pengerusi Koperasi2. Membentangkan dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung
Kedua3. Menimbang Laporan-laporan Lembaga Koperasi4. Menimbang laporan dan pandangan Juruaudit5. Menimbang laporan dan pandangan Ketua Pendaftar
mengenai akaun-akaun teraudit sehingga tahun kewangan berakhir 31Mac 2012
6. Menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit koperasi7. Memilih anggota Lembaga Koperasi dan Jawatan Audit
Dalaman8. Meluluskan cadangan pembayaran dividen dan elaun
honorarium kepada Ahli Lembaga Koperasi9. Menentukan had maksimum keterhutangan.10. Menimbang dan meluluskan skop had pelaburan.11. Menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan
kepada undang-undang kecil koperasi 12. Melantik satu jawatan kuasa yang terdiri daripada enam
orang anggota dan empat orang anggota lembaga untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung.
13. Mendengar dan memutuskan apa-apa usul daripada mana-mana anggota, dengan syarat baginya satu notis yang tidak kurang dari tujuh hari telah diberikan kepada koperasi mengenainya.
14. Ucapan Penangguhan.
4.30 ptg : Majlis bersurai
2
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KOPERASI SMK SERI LIPIS PAHANG BERHAD KALI KEDUA
TAHUN 2013
Penasihat : Puan Hajah Normahiyah Binti Mahiyudin
Pengerusi : En. Mat Daud Bin Mamat
Setiausaha : En. Taufik Bin Yusof
Bendahari : Pn. Siti Zubaidah Binti Fazai
Pendaftaran : Pn. Hasniah Binti Jaif
Persiapan Tempat dan Siaraya : En. Zulmajdi Bin Omar Mokhtar
Jamuan : Pn. Siti Zubaidah Binti Fazai
Pencatat Minit Mesyuarat : Pn. Nor Fadilah Binti Husin
Dokumentasi : En. Shah Nazrul Bin Shaari
3
ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI
KOPERASI SMK SERI LIPIS PAHANG BERHAD
TAHUN 2012
Penasihat : Puan Hajah Normahiyah Binti Mahiyudin
Pengerusi : En. Mat Daud Bin Mamat
Setiausaha : En. Taufik Bin Yusof
Bendahari : Pn. Siti Zubaidah Binti Fazai
ALK (guru) : En Zulmajdi Bin Omar Mokhtar
En. Shah Nazrul Bin Shaari
Pn. Nur Fadilah Binti Hussin
Pn. Norbaini Binti Yusof
Pn. Hasniah Binti Jaif
Ahli jawatankuasa murid :
Syed Iskandar Zulkarnain Bin Syed Mohammad (4IBK)
Muhammad Amir Nurhakim Bin Taufik (2IBS)
Izzuddin Bin Mohd Zaharuddin (2IBS)
Norzaqia Binti Samrah (4IBH)
Nurul Asyiqin Binti Kamaruddin (3IBS)
Wardah Qurratu Ain Bin Fazli (3IBS)
Nursyafiqa Binti Musa (4IBK)
Jawatankuasa Audit Dalaman :
Guru : Pn. Norazam Binti Yusof
Pelajar : Siti Khatijah Binti Mat Intan
4
MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KEDUATAHUN 2010
MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KEDUATAHUN 2010
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI LIPIS
MINIT MESYUARAT AGUNG KOPERASI TAHUN 2010
Tarikh : 15 NOVEMBER 2011Masa : 8.30 PAGITempat : DEWAN BESAR SMKSLPengerusi : EN SHAMSUDDIN BIN SHUKOR (PK HEM)Kehadiran(Bilangan) : 387 ORANGTurut Hadir (Jika ada) : PUAN HAJAH AINEN BINTI ABDUL RAHMAN (PENGETUA SMKSL)
1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI :
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian guru dan pelajar selaku Ahli koperasi SMK Seri Lipis Pahang Berhad untuk menghadiri Mesyuarat Agung kali kedua bagi tahun 2010.
2.0 PEMBUBARAN AHLI LEMBAGA KOPERASI (ALK) SESSI 2009/2010 :
2.1. Cadangan pembubaran J/K Koperasi 2009/2010 oleh Puan Hasniah Binti Jaif dan disokong sebulat suara.
Tindakan: Makluman
3.0 UCAPAN PERASMIAN PENGETUA SELAKU PENASIHAT KOPERASI:
3.1 Puan Hajah Ainen selaku Penasihat meminta Mesyuarat Agung Koperasi dijalankan setiap tahun selepas penubuhan pada tahun 2004. Beliau memaklumkan kedai koperasi telah dipindahkan ke blok bangunan KH untuk menempatkan bilik badan pengawas dan disiplin di blok pentadbiran sekolah. Perpindahan kedai koperasi pada akhir 2009 telah menyebabkan koperasi tidak dapat beroperasi seperti biasa di mana koperasi hanya mampu meraihkan keuntungan bersih sebanyak RM142.88 sahaja berbanding RM2,092.70 pada tahun 2009.
Beliau menyatakan semua pelajar adalah wajib menjadi ahli koperasi sekolah dan mereka akhirnya akan mendapat pulangan dalam bentuk dividen dengan berbelanja di koperasi sekolah. Keuntungan yang diperoleh oleh koperasi akan diagihkan kepada semua ahli.
3.2 Beliau melafazkan perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tahun 2010
Tindakan: Makluman
4.0 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA :
4.1 Puan Hayati Binti Zaid mencadangkan Puan Siti Zubaidah dilantik sebagai pengerusi
Sementara. Cadangan disokong sebulat suara
Tindakan: Makluman
5.0 LAPORAN LEMBAGA DAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN
5
5.1 LAPORAN AUDIT DALAMAN :
5.1.1 Puan Norazam Binti Yusof selaku juruaudit dalaman memaklumkan bahawa Akuan telah diaudit oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
5.2 MENIMBANGKAN DAN MELULUSKAN AKAUN-AKAUN TERAUDIT KOPERASI :
5.2.1 Puan Hayati Binti Zaid selaku bendahari membentangkan akaun koperasi Tahun 2019 merujuk kepada Penyata Kewangan tahun 2009 pada muka surat 15-19 dalam buku program yang diedarkan.
5.2.2 Puan Hayati Binti Zaid menyatakan berdasarkan Laporan Berkanun Lembaga, koperasi tidak bercadang membuat cadangan dividen dan lain-lain peruntukan pada tahun ini.
Tindakan: Makluman
6.0 PEMILIHAN DAN PELANTIKAN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI (ALK) TAHUN 2010/2011 :
6.1 Pencalonan dicadang dan dipersetujui oleh ahli-ahli koperasi yang hadir adalah seperti berikut :
Senarai Ahli Lembaga Koperasi SMKSL PAHANG Berhad Tahun 2010/2011 -
Pengerusi : En Mat Daud Bin Mamat
Setiausaha : En Taufik Bin Yusof Bendahari : Puan Siti Zubaidah Binti Fazai ALK Guru : En Zulmajdi Bin Omar Mokhtar En Shah Nazrul Bin Shaari Puan Nur Fadilah Binti Hussin Puan Norbaini Binti Yusof Puan Hasniah Binti Jaif
ALK Pelajar : Mohd Zufar bin ZairiNor Arifah bt Awang KechikAmmar Ulwan bin Mohd Alayuddin
Nurul Nadhirah bt Idris Ahmad Harith bin Suhairi
Tindakan: Makluman
6
7.0 MENIMBANG DAN MELULUSKAN SKOP DAN HAD PELABURAN :
7.1 Puan Hayati Binti Zaid mencadangkan agar pihak Koperasi menetapkan had minimum
pelaburan saham ahli biasa agar tidak melebihi RM 1,000 dan dipersetujui sebulat suara.
8.0 MENENTUKAN HAD MAKSIMUM KEBERHUTANGAN KOPERASI :
8.1 Puan Salbiah Binti Idrus mencadangkan agar pihak koperasi menetapkan had maksimum hutang sebanyak RM20,000 dan tempoh bayaran kepada pembekal barangan koperasi tidak lebih daripada sebulan untuk mengelakkan pihak koperasi berhutang dengan mana-mana pembekal.
Cadangan disokong sebulat suara.
9.0 PELANTIKAN JAWATANKUASA UNTUK MENENTUSAHKAN DRAF MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN :
9.1 Cik Suhaila Binti Sulaiman mencadangkan satu jawatankuasa yang terdiri dari 6 orang
Anggota dan 4 orang ALK untuk menentusahkan minit mesyuarat agung tahunan Cadangan disokong sebulat suara.
10.0 CADANGAN MELULUSKAN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN BAGI PEMEGANG SAHAM :
10.1 Koperasi tidak bercadang membuat cadangan dividen dan lain-lain peruntukan pada tahun ini.
11.0 PENUTUP 11.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.20 pagi.
Disediakan oleh, Disemak Oleh,
..........................................……… ……...............................……….(PN SITI ZUBAIDAH BINTI FAZAI ) (EN MAT DAUD BINTI MAMAT) Setiausaha Pengerusi
Tarikh : (20 NOVEMBER 2010 ) Tarikh : (20 NOVEMBER 2010)
7
LAPORAN TAHUNAN LEMBAGA KOPERASISESI 2010/2011/2012
Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lipis Pahang Berhad telah
ditubuhkan secara rasminya pada 20 Ogos 2003 dengan Bil Daftar C-1-381 di bawah
Akta Koperasi 1993. Seterusnya koperasi telah menjadi ahli ANGKATAN KOPERASI
KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (ANGKASA) pada 27 April 2004 dengan Bil. Ahli
3293/PC0311. Tahun ini merupakan tahun kesepuluh koperasi beroperasi. Keahlian
koperasi ini terbuka kepada guru-guru, kakitangan dan juga pelajar-pelajar sekolah ini.
Manakala jumlah syer pula berjumlah RM1,500.00 pada tahun 2012 dengan
keanggotaan 300 orang.
Pada tahun kewangan berakhir 2011 koperasi telah mencatat kerugian bersih
tahunan sebanyak RM7816.15 berbanding keuntungan bersih sebanyak RM142.88
dalam tahun 2010. Bagaimanapun untuk tahun kewangan 2012, keuntungan koperasi
telah melonjak kepada RM10,786.55. Koperasi bercadang untuk membayar dividen
keuntungan kepada ahli-ahlinya sebanyak sejumlah RM158.00 iaitu 10% daripada
jumlah modal saham ahli. Koperasi juga bercadang untuk membayar honorarium
kepada anggota lembaga sebanyak RM 1,000.00.
Berdasarkan keuntungan yang begitu menggalakkan pada tahun 2012 koperasi
bercadang membuat peruntukan sebanyak RM1,000.00 untuk Kumpulan Wang
Kebajikan dan RM1,000.00 untuk Kumpulan Wang Pelajaran. Koperasi juga akan
membantu pihak sekolah dengan memberi sumbangan berbentuk kewangan dan
kemudahan-kemudahan lain yang dapat memberi manfaat kepada ahli-ahlinya dan
pihak sekolah.
Koperasi akan meneruskan aktiviti jualan peralatan persekolahan murid dan
guru, seperti makanan, minuman, alat tulis dan pakaian. Koperasi juga telah
mendapatkan persetujuan dengan pembekal Mesin Peruncitan Automatik (Air Minuman
tidak berkarbonat) untuk menempatkan mesin tersebut di luar asrama puteri.
Dijangkakan mesin itu akan ditempatkan pada hujung bulan April 2013. Ini akan
membolehkan anggota koperasi khususnya yang tinggal di asrama untuk
menggunakan kemudahan tersebut selepas waktu persekolahan. Seterusnya koperasi
juga akan meluaskan aktiviti perniagaannya kepada bidang peruncitan dengan
kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia
8
(SKM) dan ANGKASA dalam tahun 2013. Perbincangan dengan wakil ANGKASA telah
dilaksanakan pada 3 April 2013 untuk merealisasikan Program Peruncitan Koperasi
Sekolah di SMK Seri Lipis. Oleh itu, Koperasi telah melaksanakan pengubahsuaian di
kedai koperasi pada hujung tahun 2012. Sebelum itu keluasan koperasi hanyalah
10x20 kaki persegi. Setelah pengubahsuaian dilakukan keluasan koperasi telah
bertambah kepada 20x30 kaki persegi. Bagaimanapun, dengan keluasan yang ada,
kedai koperasi dijangka tidak mampu menampung stok barang-barang apabila program
peruncitan dilaksanakan kelak.
Oleh itu, koperasi bercadang untuk memohon bantuan Pembangunan Koperasi
daripada SKM untuk mengubahsuai kedai koperasi. Koperasi telah mengusulkan untuk
memohon bantuan tersebut pada mesyuarat agung tahunan kali ke-2 tetapi
disebabkan prestasi kewangan yang tidak memuaskan, permohonan tidak dibuat.
Permohonan ini akan dibuat pada tahun 2013 dan diharapkan dapat diluluskan oleh
SKM untuk menyokong pengoperasian kedai koperasi.
Sepanjang tahun 2011dan 2012, pengurusan koperasi telah berjaya
melangsaikan hutang-hutang dengan pemiutang perdagangan kecuali Macro Sports &
Gifts Centre sebanyak RM4,272.00. Perbincangan dengan pemiutang tersebut telah
dilakukan untuk menjadualkan bayaran dalam tahun 2013. Bermula dari tahun 2011
pengurusan koperasi telah mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil pekerja
di kedai koperasi untuk mengurangkan kos pengoperasian kedai koperasi. Oleh itu 10
orang pelajar dan dibantu oleh 5 orang guru (ALK) telah dilantik sebagai jurujual
sepanjang tahun 2011 dan 2012 pengoperasian kedai koperasi. Mereka bertugas
secara bergilir setiap hari di mana 2 orang pelajar dan seorang guru akan membuka
kedai koperasi pada waktu rehat sahaja. Walaupun dibuka hanya dalam tempoh 20
minit pada waktu rehat, tetapi jumlah pendapatan kedai koperasi telah meningkat dari
RM34,636.80 pada tahun 2010 kepada RM52,314.20 pada tahun 2011 dan
RM63,574.80 pada tahun 2012. Peningkatan jualan ini menunjukkan kedai koperasi
telah berjaya meraih sokongan semula dari anggota-anggota koperasi untuk berbelanja
di kedai koperasi.
Untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran pengurusan dan pentadbiran
pihak koperasi telah menghantar Ahli Lembaga Koperasi (ALK) untuk mengikuti kursus,
klinik akaun dan seminar yang dianjurkan oleh SKM, Maktab Koperasi Malaysia dan
ANGKASA. Antara kursus yang telah dihadiri oleh ALK dan ahli koperasi ialah :-
9
i. Kursus Wajib Tatacara Pengurusan Mesyuarat dan minit mesyuarat
koperasi
ii. Kursus wajib Tadbir Urus Koperasi Sekolah
iii. Kursus Membuat Roti dan Kek
iv. Seminar Kepenggunaan
v. Seminat Akta Wang Tidak Dituntut
vi. Seminar Peruncitan Koperasi Sekolah
vii. Taklimat Aktiviti Koperasi Sekolah
viii. Klinik Akaun Koperasi Sekolah
Koperasi turut terlibat secara aktif dalam aktiviti luar anjuran ANGKASA. Setiap
tahun koperasi akan menghantar pasukan petanque terdiri daripada pasukan guru,
pelajar lelaki dan pelajar perempuan untuk menyertai Pertandingan Petanque peringkat
Negeri Pahang Zon 3. Selain itu koperasi juga menganjurkan sambutan Hari Koperasi
Sekolah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti luar seperti aktiviti sukan, melukis poster,
mengarang esei, menanam pokok dan perhimpunan khas. Koperasi juga menganjur
aktiviti pelancongan ke destinasi seperti Langkawi, Tambun Lost World dan Gambang
Water City.
Koperasi telah melantik ANGKASA sebagai wakil zakat bermula pada tahun 2013.
Wakil ANGKASA telah hadir ke sekolah dan membuat pengiraan jumlah zakat yang
akan dikeluarkan oleh koperasi berdasarkan Laporan Kewangan Tahun 2012. ¾
daripada jumlah zakat akan dikendalikan oleh koperasi sendiri untuk diagihkan kepada
anggota-anggota koperasi yang berhak menerimanya. Manakala ¼ daripada jumlah
zakat akan diserahkan kepada Pusat Zakat Negeri Pahang. Koperasi juga bercadang
untuk menjemput wakil ANGKASA untuk memberi penerangan Skim Infaq Lil-Waqf
kepada anggota terutama guru-guru untuk menyumbang sejumlah wang sebagai
amalan kebajikan berasaskan konsep waqaf.
Disediakan oleh :
…………………………..(Taufik Bin Yusof)SetiausahaKoperasi SMK Seri Lipis Pahang Berhad
10
11
ANGGOTA LEMBAGA KOPERASISEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI LIPIS PAHANG
BERHADTAHUN 2013
Penasihat : Puan Hajah Normahiyah Binti Mahiyudin
Pengerusi : En Mat Daud Bin Mamat
Setiausaha :
Bendahari :
Ahli jawatankuasa guru :
1. (Belian)
2. (Jualan)
3. (Saham)
4. (Stok)
Ahli jawatankuasa murid :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Jawatankuasa Audit Dalaman :
Guru :
Pelajar:
12
ANGGARAN BELANJAWANSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI LIPIS PAHANG
BERHADTAHUN 2013
PENDAPATAN RM
Keuntungan jualan kasar 70 000.00Pelbagai pendapatan 500.00
Jumlah pendapatan 70 500.00
PERBELANJAAN RM
Kedai 50000.00Elaun Pembantu Kedai 1000.00Fi Audit SKM 500.00Belanja Am 2000.00Caj Bank 50.00Tambang 300.00Klinik Akaun 100.00Belanja Pelbagai 100.00
Jumlah perbelanjaan 54050.00
Lebihan 16450.00 Jumlah besar 70 500.00
13
PENYATAAN USUL 2012
PERKARA USULDividen Pembahagian dividen akan diberikan
selepas setiap mesyuarat agong dan akan dimasukkan ke dalam akaun kebajikan jika tidak dituntut oleh pemegang saham selepas tamat tempoh 3 bulan dari tarikh mesyuarat agong.
Dividen dan Honorarium Lembaga bagi tahun 2004, 2007, 2008 dan 2009 masing-masing sebanyak RM845.80 dan RM4,162.28 belum dijelaskan
Menjelaskan dengan segera bayaran dividen dan honorarium lembaga yang telah disyorkan pembayarannya oleh mesyuarat agung tahunan. Pembayaran honorarium mestilah mendapatkan surat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia terlebih dahulu
Menjadi anggota Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA)
Memperuntukan Rm1000 sebagai saham untuk menjadi anggota KOPSYAKelebihan menjadi anggota KOPSYA ialah :-i. Pembiayaan peribadi kepada anggotaii. Pembiayaan perumahaniii. Pembiayaan pajak gadaiiv. Pembiayaan Korporat untuk anggota
menjalankan projek berdaya majuv. Simpanan Khas dengan pulangan yang
lebih tinggi
14