Download - BAHASA DAN PERTUTURAN
DEFINISI BAHASA
Bahasa adalah satu sistem yang di gunakan oleh sekumpulan manusia untuk
memberi makna kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain simbol untuk
membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain.
( WILIAM L HEWARD DAN MICHAEL)
A code whereby ideas about the would are expressed through
conventional system of arbitary for communication.
(LAHEY 1988)
MASALAH BAHASA
Masalah bahasa adalah merujuk kepada masalah membaca seperti disleksia
audiotori (dengar), disleksia visual(lihat), disleksia fonoligikal (sebutan), disleksia
pusat (pelbagai), disleksia emosional (emosi), dan pegagik. Bagi yang mengalami
masalah bahasa ialah kesukaran untuk menguasai menyebut atau membunyi
sesuatu perkataan dan kesukara untuk berkomunikasi dengan orang lain
.
DEFINISI PERTUTURAN
Pertuturan merupaka suatu saluran yang membolehkan kita meluahkan
perasaan atau rasa hati. Tanpanya kita akan kehilangan daya komunikasi yang
paling penting untuk berkomunikasi bersama keluarga, rakan-rakan dan alam
sekelilng. Ia juga melibatkan perpaduan bunyi dengan perkataan, mencantum
perkataan kepada unit dan meluahkannya dalam bentuk bunyi yang mempunyai
makna. Oleh itu, ia dapat di didefinisikan sebagai simbol-simbol yang di wakili
oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal yang bertujuan untuk pertukaran
idea.
(KIRK 1972)
1
Pertuturan yang normal juga membolehkan pertukaran bahasa melalui
mulut, berlafaz dengan baik dan mempunyai kualiti yang semula jadi , normal
pada rentak dan kadar yang baik dan bebas dari cebekan muka. Ia juga
memerlukan perbedaharaan kata yang lengkap sesuai mengikut umur dan
pertuturan di terima secara logik dan teratur.
(KIRK DAN GALENGER, 1979)
MASALAH PERTUTURAN
Masalah pertuturan di fahamkan sebagai pertuturan yang menunjukkan
ketidaksempurnaan sama ada dari segi bunyi, penguasaan bahasa mengikut umur
atau gangguan semasa bertutur.
(KIRK,1972)
SEJARAH MASALAH BAHASA DAN PERTUTURAN
Bermula pada tahun1985 iaitu timbul keinginan awal untuk membentuk
sebuah persatuan bahasa dan pertuturan.sejarahnya bermula dengan perjumpaan
di antara enam orang patologis peraturan bahasa dan audiologis iaitu dua orang
warganegara Malaysia dan empat orang ekspatriat. Masalah bahasa dan petuturan
perkhidmatannya masih lagi berkurangan berbanding dengan masalah penglihatan
dan pendengaran. Masalah pertuturan yang di sebabkan oleh kekurangan
pendengaran sahaja di berikan perkhidmatan tertentu.
2
1.DEFINISI DAN KONSEP
Kehilangan salah salah satu pancaindera, boleh mengubah keadaan hidup
manusia sehingga mereka berasa terumbang-ambing, rendah diri dan akhirnya
kecewa. Pertuturan merupakan suatu saluran yang membolehkan kita meluahkan
perasaan atau rasa hati.Tanpanya kita akan kehilangan daya komunikasi yang
paling penting untuk berinteraksi bersama keluarga, rakan rakan dan alam
sekeliling.
Pertuturan melibatkan perpaduan bunyi dan perkataan mencantum
perkataan kepada unit dan meluahkannya dalam bentuk bunyi yang mempunyai
makna.Oleh itu,dapat didefinisikan sebagai simbol -simbol yang di wakili oleh
bunyi dalam bentuk bahasa yang formal dan bertujuan untuk pertuturan.
(Kirk, 1972)
Pertuturan yang normal membolehkan pertukaran bahasa melalui mulut,
berlafaz baik , mempunyai kualiti yang semulajadi normal pada rentak dan kadar
yang baik dan bebas dari cebekan muka. Ia juga memerlukan perbendaharaan kata
yang lengkap sesuai mengikut umur dan pertuturan diterima logik dan teratur.
(Kirk dan Galeher.1979)
.Proses Pertuturan ,bertutur bukanlah semudah yang disangkakan kerana
pertuturan akan memerlukan 40 bunyi petuturan yan berbeza.Biasanya .setiap
lima saat pertuturan, sebanyak lima suku kata , mengenali bunyi yang
dikeluarkan dalam bentuk perkataan, menterjemah semula perkataan kepada
kepada pemikiran.Semasa bertutur seseorang individu itu akan menarik nafas
dengan lebih mendalam dan mengunakan 12 set otot secara langsung dan lima
otot secara langsung dan lima otot lagi secara tidak langsung. Bunyi dikeluarkan
melalui pengawalan dan pengeluaran udara secara perlahan.
3
MASALAH BAHASA
Masalah bahasa terbahagi beberapa aspek utama iaitu:
Tanpa bahasa
Peolehan bahasa yang lambat
Telah memperolehi bahasa tetapi kemudianya hilang (gangguan)
Kandungan bahasa yang tidak tepat (tidak kualiti)
Tanpa bahasa adalah disebabkan oleh:
Masalah pendengaran
Kerencatan akal yang teruk
Autisme
Kecederaan otak yang serius
Psykosis
Perolehan Bahasa yang lambat adalah di sebabkan oleh :
Kerencatan akal
Persekitaran yang terkongkong
Masalah pendengaran
Kehilangan atau gangguan Bahasa di sebabkan oleh :
Kerosakan di otak atau saraf ke otak ( kemalangan atau virus )
Kehilangan pendengaran.
Kandungan bahasa yang tidak tepat di sebabkan oleh :
Autistik
Masalah emosi yang teruk
Kerencatan akal yang teruk
Masalah pendengaran
Masalah pembelajaran.
4
MASALAH PERTUTURAN
Tanpa pertuturan
Masalah sebutan
Masalah suara
Masalah Kelancaran
2. PUNCA-PUNCA KECACATAN
5
ATAU PERMASALAHAN
MASALAH PERTUTURAN
Kecatatan / masalah pertuturan difahamkan sebagai pertuturan yang
menunjukkan ketidaksempurnaan samada dari segi bunyi, penguasaan bahasa
mengikut umur atau gangguan semasa bertutur.
(Kirk,1972)
2.1 Kecatatan / masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada
tujuh jenis iaitu:
1.Ganguan artikulasi.
2.Gangguan bunyi
3.Gagap
4.Kecatatan pertuturan yang berkaitan dengan sumbing.
5.Kecatatan pertuturan oleh kelompok otak
6.Kecatatan yang berkaitan dengan pendengaran yang tidak sempurna
7.Kecatatan yang berkaitan dengan kerencatan perkembangan pertuturan.
2.2 Masalah pertuturan juga disebabkan oleh :
Keadaan yang tidak normal di bahagian muka atau mulut yang
menggangu fungsi pergerakan lidah ,bibir , rongga hidung , gigi dan
lelangit.
Cacat Pendengaran
Lemah Pengawakan otot
Kecatatan pada kotak suara
2.3 Gangguan Artikulasi
6
Kesalahan yang sering berlaku ganguan artikulasi ialah;-
1.Penggantian
2.Penghilangan
3.Pengubahan dan
4.Penambahan bunyi
Penggantian bunyi berpunca daripada penggantian huruf tertentu dalam
sesuatu perkataan seperti penggantian w untuk r, w untuk l, th untuk s dan pa
untuk t, k,dan f. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak kecil yang
masih tidak matang dalam pertuturan dan pengantian huruf tidak tetap kerana ia
bergantung kepada keupayan dan kemudahan kanak-kanak sendiri untuk
melafazkan .
Kehilangan sesuatu bunyi menyebabkan pertuturan kanak-kanak tidak
lancar Konsenan yang dihilangkan boleh berlaku sama ada pada permulaan
pertengahan ,akhir atau ketiga-tiga kedudukan perkataan. Misalnya, sebutan
‘idung’ untuk hidung dan ‘tingga’ untuk telinga.
Penggubalan bunyi banyak berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih
besar dan telah dapat menyebut sesuatu perkataan sebenar. Hal ini lebih mudah
diperbaiki berbanding dengan masalah penggantian dan penghilangan bunyi
perkataan. Pengubalan bunyi perkataan banyak berlaku kepada pertuturan kanak
kanak pekak. Penambahan bunyi tertentu dalam perkataan yang dituturkan
menyebabkan pertuturan sukar difahami.
2.4 Punca Gangguan Artikulasi
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gangguan artikulasi iaitu
kecacatan lidah ,sumbing bibir dan lelangit, kecacatan penyakit hidung dan tekak
serta peniruan pertuturan salah yang dipelajari oleh kanak-kanak semasa di dalam
proses pembelajaran. Kecacatan lelangit dan bibir ialah akibat kerenggangan
tulang mulut, tisu lembut dan struktur bahagian atas bibir yang menggangu
7
pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau . Selain
itu, kelumpuhan otak yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot
pertuturan yang menyebabkan kanak-kanak itu sukar menerima atau
mengeluarkan bunyi atau suara dengan betul.
Kanak-kanak yang berumur antara 18 bulan hingga tiga atau empat tahun
akan bertutur dengan pelat . Jika kesilapan ini tidak dibetulkan, kemungkinan
akan menyebabkan gangguan artikulasi dan kanak kanak itu tidak akan menyebut
perkataan dengan betul. Keadaan ini kerap berlaku terutamanya sekali kepada
kanak-kanak yang suka bertutur dengan cepat sehinggakan menghilangkan huruf-
huruf yang sukar disebut . Adakalanya juga gangguan artikulasi tidak berpunca
dari kecacatan tetapi oleh faktor alam sekitar yang tegang, kematangan yang
lambat, menggunakan dua bahasa tekanan emosi dan keadaan kanak-kanak yang
terbiar.
2.5 Gangguan Bunyi
Masalah ini berkait rapat dengan nada, kekuatan dan kualiti bunyi
dikeluarkan oleh peti suara. Suara yang kurang menyenangkan ialah akibat dari
alunan bunyi teratur, pengeluaran bunyi yang terlalu tinggi atau rendah
penyebutan perkataan yang kurang jelas. Ini boleh diketahui melalui pengeluaran
bunyi yang suara yang kasar, sengau , berbisik, serak dan nyaring yang boleh
mengganggu komunikasi yang berkesan.
2.5 Nada suara
Perubahan suara yang disebabkan oleh gangguan bunyi yang berlaku
kepada kanak-kanak yang sukar untuk dikenali kerana suara yang dikeluarkan
hampir sama dengan perubahan suara yang berlaku kepada seseorang individu di
peringkat remaja. Oleh itu, masalah ini hanya diketahui jika perubahan suara
yang masih berlaku kepada seseorang individu apabila ia dewasa . Masalah nada
suara boleh dipastikan melalui pemeriksaan dan boleh dipulihkan melalui latihan
pengeluaran dan pengeluaran suara semasa bertutur.
8
2.6 Kualiti suara
Kecatatan kualiti suara berlaku dalam dua bentuk:
pengeluaran bunyi
Arah bunyi suara
2.7 Pengeluaran bunyi
Ia berpunca dari perubahan struktur pertuturan iaitu saluran udara yang
gagal membentuk getaran kepada udara yang mengalir dan disebabkan oleh
kelumpuhan otak. Akibatnya, suara yang dikeluarkan menjadi sengau, kasar dan
menyebabkan kesesakan semasa bertutur. Masalah ini kerap berlaku kepada
kanak-kanak yang gemar menjerit, terutamanya apabila berada dalam keadaan
tegang atau terlalu gembira yang menyebabkan tisu membengkak. Jika
pengeluaran suara yang tinggi berterusan, kemungkinan suara tidak akan
dikeluarkan lagi dan saluran boleh ditumbuhi dengan bintil. Masalah bintil
disaluran udara hanya boleh dipulihkan melalui pembedahan.
2.8 Arah bunyi suara
Ia bergantung kepada keseimbangan kaviti pertuturan seperti mulut,
hidung, belakang tekak dan peti suara yang bergantung kepada saiz setiap kaviti
dan kebolehan individu yang mengarah alunan suara:
Dua jenis kesukaran yang kerap berlaku;
Pertuturan yang sengau
Pertuturan yang berbisik
Pertuturan yang sengau disebabkan oleh udara yang sepatutnya masuk ke
mulut semasa bertutur, telah masuk ke kaviti hidung. Oleh yang demikian, setiap
kanak-kanak sumbing akan menyebut setiap perkataan dengan sengau kecuali
konsenan n,m, ng dan vokal. Di samping itu laluan udara yang salah semasa
bertutur lantas menghasilkan suara sengau boleh berpunca dari kelumpuhan otak
yang gagal untuk mengawal dan menyelaras otot pertuturan dengan sempurna.
9
Masalah ini juga berkait dengan kerencatan otak yang tidak menerima bunyi
dengan sempurna. Sesuatu perkataan yang disebut juga mengikut apa yang
didengari menyebabkan suara menjadi sengau, berbisik, atau kasar keadaan yang
sama berlaku apabila kanak-kanak yang sedang dalam proses pembelajaran
meniru pertuturan sengau, berbisik dan seumpanya yang disangkakan sebagai
pertuturan yang betul. Ia juga boleh berlaku kerana jangkitan di saluran udara,
terkejut dan rasa takut .
2.9 Gagap
Seseorang itu dikatakan gagap apabila penyebutan sesuatu perkataan
didapati berulang ulang, terhenti henti dan diikuti oleh ketegangan otot tekak dan
tulang dada. Ia disebabkan oleh gangguan pernafasan yang berpunca dari
penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap menyebabkan
penuturnya seperti tergamam untuk mengeluarkan sesuatu perkataan dan sering
diikuti perkataan yang tergantung. Gagap belaku secara berselang-seli antara
pertuturan normal dan mengikut ketegangan dan kelonggaran otot pertuturan.
Gagap akan berlaku kepada setiap kanak-kanak yang berumur di antara
dua hingga empat tahun. Masalah ini akan berkurangan apabila kanak-kanak
mendapat penyesuaian yang lebih baik sama ada di dalam rumah atau di
sekelilingnya dan meningkat semula apabila kanak-kanak berasa di alam
persekolahan yang mempunyai alam sekeliling yang lebih luas. Apabila dewasa,
tahap masalah gagap di tentukan oleh kawalan emosi, sosial dan fizikal penutur
itu sendiri.
West (1958) telah merumuskan beberapa faktor yang didapati berkaitan dengan
masalah gagap:
Gagap ialah sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak kanak.
Kaum lelaki lebih ramai gagap daripada perempuan
10
Gagap boleh diturunkan melalui keluarga
Individu yang gagap tidak mempunyai sebarang ciri-ciri fizikal yang
berbeza dengan individu yang normal. Walau bagaimanapun menurut Webbster
dan Brutten (1974) individu yang gagap akan mempunyai ciri seperti berikut;-
Mempunyai ulangan dan perpanjangan satu satu huruf yang sama
Gagal untuk mengaitkan pertuturan dengan emosi
Menggunakan cara- cara tertentu untuk melindungi masalah gagap
mengulang perkatan atau rangkai kata yang di sebut.
Gagap berpunca dari :
Keadaan fizikal dan mental seperti lembam
Saraf dan otot saraf
Peniruan pertuturan yang salah semasa proses pembelajaran
Psikologi dan emosi neurois
Kecacatan dan keadaan kesihatan yang tidak sempurna boleh
menimbulkan tanda- tanda gagap. Ia di sebabkan ketidakseimbangan daya agresif
dan sensitif. Agresif yang melampau akan menyebabkan kanak kanak berasa
tegang, cemas dan terlampau aktif . Keadaan ini akan menimbulkan pertuturan
yang gagap, terutamanya apabila pengaliran idea yang terlalu cepat untuk
disamakan dengan mekanisma pertuturan.
Selain itu, kanak-kanak terencat mental pula akan menjadi gagap kerana
tidak berupaya membentuk konsep bahasa. Oleh itu, kanak- kanak ini sukar untuk
mengeluarkan idea atau konsep untuk bertutur dengan baik .
Gagap juga boleh disebabkan oleh otot saraf yang tidak selaras dengan
korteks otak- otak di saraf motor. Oleh itu, jika seseorang yang mahir dengan
penggunaan tangan kiri, boleh menjadi gagap jika dipaksa menggunakan tangan
kanan untuk menulis atau membuat sebarang kerja menggunakan tangan
kanan.Gagap juga berpunca dari peniruan pertuturan-pertuturan yang salah
11
semasa dalam proses pembelajaran. Jika tanda-tanda dapat dikenali dengan segera
masalah ini boleh diatasi dengan latihan pertuturan yang betul.
Kanak-kanak yang pemalu atau rasa terasing daripada keluarga sukar
bergaul dengan kanak kanak lain. Mereka akan lebih sensitif atau gugup bertutur
dan keadaan ini akan membentuk rasa rendah diri kanak-kanak itu sendiri.
Dengan itu , sesetengah gagap yang timbul ialah akibat daripada tidak
mempunyai keyakinan untuk bertutur dengan baik, terutamanyan bertutur dengan
orang asing baginya, tetapi kanak-kanak ini dapat pula bertutur dengan orang
yang rapat yang dengannya.
2.91 Kelewatan bertutur
Bangss (1968) mendefinisikan kelewatan bertutur sebagai perkembangan
pertuturan yang berlaku pada kadar yang lambat dari normal dan kebolehan
bertutur tidak sesuai dengan umur sebenar .Oleh itu kanak-kanak yang mengalami
kelewatan bertutur ialah kanak- kanak yang mempunyai pencapaian pertuturan
yang rendah daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya.
Oleh itu, kanak-kanak yang mengalami kelewatan bertutur sering
dianggap sebagai keanak-anakan, mereka sering dihalang untuk bergaul dengan
kawan-kawan sebaya . Keadaan ini akan, menyebabkan kanak-kanak ini terus
ketinggalan bukan sahaja dari segi bahasa tetapi juga dari segi sosiol dan
kemahiran fizikal. Pada peringkat persekolahan pula, kemungkinan pada
peringkat akademik kanak-kanak ini seperti ketinggalan dan tidak berkebolehan
untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya .Secara tidak langsung kanak-
kanak itu berasa rendah diri dan rasa benci untuk ke sekolah. Ia boleh
mempengaruhinya dalam bidang akademik.
12
MASALAH BAHASA
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah bahasa
dikalangan kanak-kanak seperti kurang pendengaran, kerencatan
mental, ,ketidakseimbangan kelenjar, kesilapan dalam fungsi otak dan alam
sekeliling.
2. Punca- punca utamanya ialah:
Lembam yang akan menyebabkan kanak-kanak tidak berupaya untuk belajar
dengan kawan kawan rakan sebaya yang mempuyai kecerdasan yang normal.
Kekurangan motivasi kerana kanak-kanak tidak dianggap dapat berbahasa
dengan sempurna secara semula jadi dengan orang di sekelilingnya.
Galakan daripada ibu bapa yang menggalakan anak-anak berbahasa
dengan bahasa kanak-kanak iaitu penggunaan bahasa yang tidak mempunyai
struktur ayat yang tidak sempurna, pilihan kata atau susunan ayat yang tidak
lengkap atau sebutan yang sukar difahami. Contohnya, adik nak makan nasyi’
iaitu yang bermaksud adik nak makan nasi . Ini kerana mereka menganggap
bahasa kanak-kanak ialah sesuatu yang boleh dijadikan jenaka dan
menyeronokan.
Gagal untuk merangsang kanak-kanak untuk berbahasa.
Afasia -ia digunakan untuk menerangkan tentang individu yang tidak
mempunyai pertuturan dan bahasa akibat dari kecederaan otak atau keadaan
semasa lahir. Ia terbahagi kepada tiga:
Kanak-kanak yang tidak dapat meluahkan idea melalui perkataan.
Kanak-kanak yang gagal untuk memahami simbol dan bahasa.
Kanak-kanak yang tidak berupaya menggunakan simbol atau perkataan kerana masalah kelupaan.
13
2.1 Sumbing
Kecacatan ini adalah disebabkan oleh kegagalan di antara tulang dan tisu
lelangit janin untuk bercantum selepas 13 minggu dalam kandungan. Sumbing
boleh berlaku samada di bahagian bibir atau lelangit. Kekerapannya berlaku
sumbing di kalangan kanak-kanak ialah 1: 750 bagi setiap kelahiran yang hidup
dan ia kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki daripada perempuan.
2.2 Permasalahan bahasa yang berkait dengan Kerencatan Mental
Masalah bahasa yang disebabkan oleh kerencatan mental dapat dikenali
melalui kelewatan bertutur dan mengalami perkembangan bahasa yang lambat.
Beberapa ciri kanak-kanak cacat pertuturan yang disebabkan oleh kerencatan
otak:
Pencapaian bertutur secara asasnya sama seperti kanak-kanak lembam
Kanak-kanak ini mempunyai pencapaian bahasa yang rendah jika
dibandingkan dengan umur kronologikal.
Kelambatan untuk memahami atau mengeluarkan bahasa kerana sukar
untuk mengingat.
Kanak-kanak ini tidak dapat membentuk tatabahasa di dalam
pertuturannya seperti kanak-kanak normal.
2.3 Kecatatan bahasa yang Disebabkan Kurang Pendengaran :
Kurang pendengaran menyebabkan kelewatan bertutur atau kanak-kanak
yang mempunyai pertuturan yang tidak sempurna. Kesukaran untuk mendengar
disebabkan oleh sistem saraf tunjang yang berpunca dari kemalangan,
kecederaaan dan penyakit atau semulajadi semasa lahir.
14
3. CIRI-CIRI FIZIKAL, KOGNITIF DAN EMOSI
15
Fizikalo Secara umumnya, adalah pergerakan lokomotor dan masalah koordinasi motor
halus.
Kognitifo Daya ingatan, perhatian dan kefahaman.
o Daya bertindak.
o Daya taakulan.
o Keupayaan mental berlebihan
Sosialo Adalah perhubungan antara individu dengan individu dalam menjalani
kehidupan sehari-hari.
MASALAH PERTUTURAN
CIRI-CIRI FIZIKAL :
BULAN / UMUR PERINGKAT
Perkembangan Pra-fonologi
0-6 minggu pertama
Pada peringkat reflexive – tindak
balas terhadap bunyi.
6 minggu- 4 bulan Ketawa dan cooing
5-7 bulan Bermain dengan bunyi-bunyi vokal
dan konsonan babbling.
Mengenali bunyi- ibu, orang lain
6-10 bulan Mengulangi dan kerap bemain
dengan vokal / konsonan.
Mula memaling dan mencari punca
bunyi.
9-12 bulan Menghasilkan bunyi yang tidak
bermakna.
Bunyi yang mempunyai intonasi
16
Cuba mendengar bunyi yang
didengar
Pra- Pengenalan Fonologi
12-20 bulan
Mula menghasilkan bunyi yang
rendah yang bermakna.
Mula menunjukkan ciri-ciri yang
tersendiri dari segi :
Bunyi yang dihasilkan
Cubaan menggunakan perkataan
(Sebutan sering tidak lengkap dan
melakukan kesilapan fonetik /
fonologi)
Pengenalan Sistem Fonologi
24-36 bulan
Menggabungklan dua perkataan:
‘mama’ @ ‘papa’
Mula bertanya mana? Di mana?
Mula mempelajari ‘gaya’ bahasa
yang mudah
Perlahan-lahan memahami bunyi-
bunyi bahasa
36 bulan- 7 tahun Penggunaan bahasa / pertuturan
yang aktif
Proses fonologi berkembang
Bunyi sebutan masih tidak lengkap,
tidak menggunakan konsonan,
sebutan tidak lengkap dll.
7 tahun ke atas Kemahiran fonologi – dalam
menggunakan sebutan ayat yang
lengkap dan komplek
Perubahan vokal dan kawalan
intonasi dll.
Perkembangan pertuturan dipengaruhi oleh kematangan alat
pertuturan,perkembangan intelek, mental,umur kanak kanak dan alam
17
sekitarnya.Menurut Hurlock(1978),perkembangan pertuturan yang normal
mengikut umur ialah seperti berikut;-
UmurCiri ciri umum pertuturan Bil
perkataan
1-3 bulan
Menangis,merengek dan mengeluarkan bunyi secara rawak
-
4-6 bulan
Merepek dan mengeluarkan bunyi untuk membalas pertuturan orang lain
-
7-11bulan
Lidah bergerak mengikut suara, mengeluarkan rangkaian bunyi perkataan secara berulang ulanng
-
12 bulanMula mengeluarkan perkataan pertuturan 1-3
18 bulan Ayat mengandungi satu perkataan,istilah istilah ditentukan seperti mama papa
18-22
2 Tahun
Ayat yang terdiri daripada dua perkataan yang ,dianggap sempurna kerana mengandungi nama am dan perbuatan
270-300
2.5 tahun
Ayat yang terdiri daripada tiga perkataan ;pertuturan telegrafik
450
3 tahunPenggunaan ayat aktif ringkas yang difahami untuk bercerita kepada orang lain
900
3.5tahun
Pembentukan tatabahasa yang meluas, meluahkan konsep dengan perkataan dan ayat yang mengandungi 4-5 perkataan
1200
4 TahunPenggunaan pertuturan mulut yang berlebihan ; pertuturan dari imiginasi
1500
5 tahunMempunyai sinteks yang sempurna dan komplek; penggunaan pertuturan yang komplek bercerita
1800
6 tahunPertuturan yang sofisikated;mahir menggunakan pertuturan tatabasa untuk berlajar dan membaca
2000
CIRI-CIRI KOGNITIF
1. Keadaan Mental dan Fizikal seperti Lembam
18
Masalah Pertuturan juga mempengaruhi keadaan mental iaitu lembam.
Masalah ini disebabkan ia berkait-rapat dengan keupayaan pemikiran
seseorang itu meluahkan sesuatu sama ada secara rasional ataupun ada
masalah tertentu.
Di samping itu, lembam mempunyai IQ antara 75-90 . Keadaan ini
berlaku antara lingkungan normal dan moron. Seseorang itu tidak akan
mengikuti pembelajaran dan mempunyai cara-cara tertentu serta sukar bagi
menyesuaikan diri di sekolah.
2. Kekurangan Rangsangan
Kekurangan rangsangan sama ada daripada ahli keluarga, ibu bapa, sanak-
saudara juga akan menyebabkan seseorang itu terasa dirinya terasing dan
rendah diri. Dengan cara sedemikian, mereka menjadi kurang bercakap dan
keupayaan serta perkembangan untuk bertutur secara lancar menjadi semakin
rendah.
3. Kurang Memberi Tumpuan Percakapan
Seseorang yang menghadapi masalah pertuturan akan berkomunikasi
dengan tidak memberi penumpuan dengan apa yang diujarkan olehnya kepada
seseorang yang sedang berkomunikasi dengannya. Keadaan ini menyebabkan
idea atau topik yang diujarkan olehnya tidak dapat diterima oleh orang lain.
Keadaan ini wujud semasa pengeluaran suara dan gangguan di glotis. Ini
mentebabkan komunikasi terganggu.
CIRI-CIRI SOSIAL
1. Kecelaruan dalam Pertuturan
19
Ia melibatkan struktur / neorologi antaranya adalah ‘dysarthia’ dan
‘dyspraxia’ pada kanak-kanak yang mengalami celebral palsy dan celahan di
lelangit. Ia berpunca daripada organ seperti kecelaruan fungsi artikulasi /
fonologi. Keadaan ini telah menyababkan keupayaan untuk bersosial menjadi
tidak harmoni kerana pertuturan yang bercelaru dan menyebabkan kesukaran
untuk memahami.
2. Kecelaruan Suara
Kecelaruan dalam bersuara berkait-rapat dengan patologi dan alat vokal
organ. Ciri-cirinya seperti garau (hearsness), sempat (brathiness), sengau
(hypernesality) dan ketidaksesuaian suara sama ada terlalu lembut atau terlalu
kuat. Oleh hal demikian, komunikasi akan terjejas dan tidak stabil.
3. Bahasa yang Tidak Diperkembang
Kelambatan yang nyata dalam perbendaharaan kata, nahu yang perlu untuk di-
perkembang. Oleh kerana, perbendaharaan kata tidak dapat diperkembang, maka
ini akan menyempitkan kemahiran berkomunikasi sekaligus melambatkan proses
untuk berkomunikasi dengan baik.
4. Komunikasi Yang Tidak Stabil
Komunikasi yang tidak stabil merujuk kepada pertuturan yang mempunyai
nada yang tidak sempurna seperti turun naik nada suara. Contohnya, seseorang itu
menghidapi kelumpuhan di bahagian-bahagian mulut seperti celebral palsy atau
kecacatan sekeliling anggota selepas Apoplexy atau kemalangan.
5. Kurang Peluang Bertutur
20
Kurang peluang bertutur terutama bersama kawan-kawan dan masyarakat
menyebabkan peluang berkomunikasi dengan baik akan terjejas. Keadaan ini ia
tidak mengikut ‘cara’ dan ‘daerah’ pertuturan yang betul. Antaranya, bibir, gusi,
lelangit keras dan lelangit lembut merupakan bahagian ‘daerah sebutan’.
Contohnya, dalam menyebut cara sebutan ‘sengauan’ yang betul. Sengauan
dihasilkan dengan cara yang hampir sama dengan menurunkan lelangit lembut
untuk membolehkan udara keluar melalui rongga hidung. Semua bunyi sengau
yang dihasilkan ialah bersuara, iaitu dengan pita suara bergetar. Terdapat empat
konsonan yang terhasil daripada bunyi sengauan dan salah satu daripadanya ialah
Sengau bibir [m].
Terhasil apabila bibir bawah dirapatkan dengan bahagian bibir atas dan pada
masa yang sama lelangit lembut di turunkan. Udara akan dikeluarkan melalui
rongga hidung. Ini akan menjelaskan bahawa, jika seseorang itu menghadapi
masalah pertuturan dan jika ia tidak mempraktikkan, maka akan menyebabkan
gangguan dalam mengeluarkan suara.
21
MASALAH BAHASA
Ciri-ciri Fizikal
Dalam menyentuh ciri-ciri fizikal masalah bahasa, kami membuat
kesimpulan bahawa ia seakan-akan sama dengan Masalah Pertuturan. Dengan
demikian, kami merasakan ia tidak mempuyai banyak perbezaan.
22
Ciri-ciri Kognitif
Fungsi bahasa sebagai alat berkomunikasi memainkan peranan yang
sangat penting kepada manusia. Perolehan dan penguasaan bahasa bermula pada
peringkat kanak-kanak lagi. Jika berlaku kegagalan menguasai pembelajaran
bahasa yang disebabkan masalah-masalah kerencatan sama ada kerencatan akal,
masalah pendengaran, masalah penglihatan dan sebagainya secara berterusan, ini
akan menjejaskan pencapaian seseoarang pelajar tersebut.
Antara ciri-ciri kognitif ialah ;
1. Lemah Daya Pemikiran
Kanak-kanak di bawah kategori ini dikatakan mempunyai otak yang lemah.
Biasanya, kanak-kanak ini mempunyai darjah IQ lebih kurang 80-90 berdasarkan
‘normal curve’ dalam skala standford-Beneti, sedangkan kanak-kanak ini juga
sukar mengingati sesuatu, khususnya yang berkait-rapat dengan fakta dan
perangkaan. Mereka juga tidak dapat memberi penumpuan yang lama terhadap
sesuatu, lemah daya pengamatan yang dialami mereka berkemungkini berpunca
daripada penyakit yang dialami sejak kecil, demam panas atau kemlangan.
2. Kurang Keyakinan Diri
Bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas yang menghidapi masalah
bahasa, mereka akan berasa kurang keyakinan diri, takut dan sukar untuk
berkomunikasi. Ini menjadikan mereka berasa rendah diri kerana merasakan
bahasa mereka bercelaru, takut diejek, dibuli dan sebagainya.
Di samping itu, dalam aspek pelajaran mereka tidak menunjukkan prestasi
dalam yang membanggakan , kecenderungan terhadap perkara yang diajar,
bermotivasi rendah dan sebagainya. Namun ini bukan menjadi masalah yang
membebankan kerana mereka perlu diberi pendidikan dan meringankan beban
mereka.
23
3.Ingatan
Ingatan mereka juga terganggu menjadikan mereka cepat lupa atau hilang
daya ingatan. Kegagalan mereka menguasai ingatan jangka pendek (Shoot-term
memory) menjadikan mereka tidak mampu mengingati sesuatu dengan baik.
Meskipun, diberikan dengan aktiviti latih-tubi, mereka masih tidak mampu
mengekalkan ingatan untuk satu tempoh tertentu.
24
Ciri-ciri Sosial
1. Sukar Mengawal Emosi
Kanak-kanak keperluan khas selalunya mempunyai emosi yang tidak stabil.
Ini memberikan masalah apabila seseoarang itu menjalinkan persahabatan dan
bergaul.Contohnya, adakalanya mereka menjadi periang dan kadang-kadang
menjadi seorang yang agresif. Selalunya, ia terjadi kepada kanak-kanak Autisme
yang selalunya gagal mengawal tindakan dalam satu-satu masa tertentu.Kanak-
kanak seperti ini sukar sesuatu konsep dan kesukaran dalam dalam membuat
perbezaan yang tepat terhadap sesuatu yang memerlukan pengamatan. Mereka
juga tidak boleh menghubungkan satu hal dengan satu hal yang lain.
2. Malu Berkomunikasi
Mereka juga malu untuk berkomunikasi kerana bahasa yang tidak sempurna.
Dengan demikian, mereka akan mengasingkan diri dan tidak mahu berkomunikasi
dan bersahbat.
25
4. LANGKAH PENCEGAHAN
Merujuk kepada masalah bahasa dan pertuturan dan bahasa, terdapat
pelbagai punca-punca yang menyebabkan kanak-kanak akan mengalami masalah
ini. Justeru, pelbagai pendekatan dan pencegahan perlu dilakukan bagi membantu
kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan pertuturan. Antaranya ialah:
Tempatkan murid hampir dengan guru
Guru perlu menarik perhatian murid sebelum mulakan pengajaran
Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas
Guru perlu mengulang arahan yang agak sukar difahami oleh murid
Murid digalakkan untuk bercakap
Jangan memaksa murid menghafal
Guna pendekatan komunikatif iaitu peranan guru menjadi kurang
manakala murid banyak berinteraksi
Teknik pemusatan pembelajaran murid
Teknik peniruan
Teknik modelling
Latih tubi
Pendekatan mainan
Guru tidak boleh tekankan murid dengan perkataan yang sukar
Guru memberi penerangan kepada ibu bapa supaya sentiasa gunakan
perkataan yang betul dan mudah.
Pengulangan bacaan
Menggunakan peluang persekitaran untuk menggalakkan pertuturan
Pastikan masa dan keadaan yang sesuai untuk perbualan yang panjang dan
spontan.
26
4.1 Peranan Guru
Di sini dapat dirumuskan bahawa langkah-langkah pencegahan untuk
kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan pertuturan ialah dari segi
peranan guru itu sendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam
hal ini,guru amat penting dalam proses interaksi dengan murid-murid perlu
ditempatkan hampir dengan guru. Guru perlu menarik perhatian murid
sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran. Percakapan dan arahan guru
perlu terang dan jelas. Guru juga perlu selalu mengulang arahan yang agak
sukar difahami supaya murid dapat memahami perkara yang disebutkan oleh
guru. Dalam konteks ini, murid digalakkan untuk bercakap supaya mereka
dapat membiasakan diri dalam proses bahasa dan pertuturan. Namun, yang
penting murid jangan dipaksa untuk menghafal dan perlulah elakkan murid
daripada merasa tertekan.
Selain itu, guru perlu memastikan supaya murid-muridnya menggunakan
bahasa semasa proses berinteraksi. Dapat ditekankan di sini, murid perlulah
diajak berbual dan topik yang dibualkan itu mestilah berkaitan dengan
pengalaman murid tersebut. Langkah seterusnya ialah guru perlu memberi
pendekatan komunikatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam
hal ini, peranan guru menjadi kurang. Hal ini supaya murid banyak
berinteraksi .Melalui pendekatan komunikatif ini, murid-murid akan
mempunyai kecekapan untuk berkomunikasi. Di dalam aktiviti komunikatif
ini, aktiviti yang dirancang kepada kemahiran lisan iaitu
mendengar ,menyebut, bertutur, berbincang dan membentuknya di dalam
penulisan. Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan kemahiran komunikasi
kepada murid-murid. Gerak kerja dijalankan di dalam kumpulan kecil dan
tidak mengasingkan murid-murid yang cerdas. Dengan ini, berlakulah
kerjasama iaitu murid-murid cerdas membantu murid-murid bermasalah.
Di samping itu, aktiviti peniruan juga boleh digunakan untuk
menggalakkan murid-murid bertutur contohnya, guru menunjukkan budak
27
sedang berlari sambil menyebut “Dia sedang berlari”. Seterusnya kanak-
kanak mungkin hanya menyebut “dia”.Guru terus mengulang perkataan
secara berkali-kali sehingga murid dapat menjawab dengan baik. Langkah
seterusnya adalah melalui aktiviti modeling iaitu guru memerlukan seorang
pembantu untuk membantunya sebagai model. Di sini model menunjukkan
gambar kepada kanak-kanak manakala murid-murid mendengar apa yang
dipertuturkan oleh model tersebut. Di sini murid-murid akan mendengar dan
mula berbahasa dan bertutur dengan baik. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran juga, penggunaan bahasa yang sukar perlu ditukar kepada
bahasa yang mudah untuk difahami, Murid-murid yang mengalami masalah
akan dapat berbahasa dengan baik apabila guru mula menggunakan bahasa
yang mudah dan senang difahami.
4.2 Peranan Ibu bapa
Di samping itu, peranan ibu bapa juga amat penting di dalam
penggunaan bahasa dan pertuturan. Di ruman ibu bapa memainkan peranan
yang penting dalam proses berinteraksi. Di sini ibu bapa memerlukan
penggunaan bahasa yang betul, mudah serta ringkas pada permulaannya.
Lama-kelamaan anak-anak dapat berbahasa dan bertutur dengan baik dan ini
memepengaruhi penggunaan bahasa yang baik oleh kanak-kanak. Ibu bapa
juga perlu melatih anak-anak supaya berkomunikasi dengan baik , supaya
anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan penggunaan bahasa dan
pertuturan. Di sini, peranan ibu bapa itu sangat penting dalam penggunaan
bahasa yang betul seterusnya mempengaruhi pertuturan kanak-kanak.
28
4.3 Panduan atau langkah Pencegahan
Masalah artikulasi
Oleh kerana gangguan artikulasi memang berlaku kepada kanak-kanak
kecil,kematangan dan bimbingan tentang penyebutan perkataan dengan betul oleh
adalah mencukupi untuk mengatasi masaalah.Tumpuan hanya diperlukan kepada
kanak kanak yang menunjukan gangguan yang melampau .
Guru boleh mengajar kanak-kanak ini melalui latihan pendengaran,
stimulasi bunyi dan program pemulihan. Latihan pertuturan reaksi, minat kanak
kanak dan jumlah perkataan yang digunakan untuk bertutur bersama teman rakan
sebaya.
Eisesson dan Olgilvie (1976) mencadangkan tiga langkah yang boleh
digunakan untuk memperbaiki masalah artikulasi iaitu;-
Mengajar kanak kanak mengenal masalah artikulasi yang di hadapinya
dan melatih untuk menyebut perkataan dengan betul.
Mengajar penyebutan perkataan secara berangsingan suku kata dan dalam
bentuk perkataan.
Mengajar kanak kanak menggunakan bunyi yang betul dalam pertuturan.
4.4 Langkah Atau Panduan Pencegahan Masalah Gagap
West (1996) mencadangkan bahawa masalah gagap boleh dikurangkan melalui
beberapa cara iaitu;-
Psikonalisis
Khayalan mental untuk membentuk kebolehan mengambarkan sesuatu.
Latihan negatif iaitu menghilangkan gagap dengan menyedarkan
penutur tentang gagap yang dialami dan melatihnya bertutur dengan
sempurna.
29
Latihan penggunaan tangan yang mahir sama ada atau tangan kanan
atau kiri untuk menulis dan membaca supaya kelemahan atau
kelumpuhan otak dapat dipulihkan.
Masalah ini dapat diatasi daripada pakar pertuturan, ahli psikoterapi dan
ahli psikonalisis yang memberi latihan pertuturan,pembacaan dan imaginasi.
4.5 Agensi yang Memberi Perkhidmatan Kepada Kanak-kanak
Cacat Pertuturan
Di Malaysia, perkhidmatan terhadap kecatatan pertuturan masih lagi
berkurangan.Ia mungkin disebabkan oleh tanggapan segolongan besar
masyarakat yang merasakan bahawa masalah artikulasi, bunyi, gagap, sumbing,
dan kelewatan bertutur bukannya satu kecacatan tetapi masalah semulajadi yang
tidak boleh dipulihkan. Kecacatan kelumpuhan otak digolongkan ke dalam
kecacatan spastik.Dengan itu,hanya masalah pertuturan yang disebabkan oleh
kurang pendengaran yang digolongkan sebagai bisu. Dan pekak yang telah
mempunyai perkhidmatan tertentu.
Biasanya, kanak-kanak yang bisu dan pekak boleh mendapatkan
perkhidmatan latihan pertuturan di Bahagian Pediatrik, Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia dan klinik-klinik swasta. Jika dibandingkan
dengan kanak-kanak bisu dan pekak yang di anggarkan oleh Baharudin dan
Shaharudin (1958) kanak-kanak yang berumur di antara 0-6 tahun iaitu seramai
3,902 orang yang meningkat pada hari ini,tentunya perkhimatan yang ada
sekarang ini tidak mencukupi.Ini berlaku,terutamanya apabila pekhidmatan yang
diberikan oleh klinik swasta mengenakan bayaran yang mahal, hanya kanak-
kanak daripada keluarga kelas atasan sahaja yang mampu untuk mendapat
perhidmatan ini.
30
Untuk mendapatkan perkhimatan pendidikan yang formal pula, kanak-
kanak ini akan ditempatkan di sekolah khas, kanak-kanak bisu dan pekak atau
kelas pencantuman iaitu sekolah biasa yang mempunyi kelas dan guru khas yang
boleh mengajar kanak-kanak ini seperti kanak-kanak lain.
4.6 Doktor
Lazimnya, doktor bedah akan membetulkan bibir sumbing dalam
lingkungan usia tiga bulan dan akan melakukan pembedahan rekonstruktif
terhadap rabit lelangit apabila bayi meningkat usia sembilan bulan. Walaupun
terdapat perbezaan pendapat di antara pakar -pakar bedah tentang masa yang
paling sesuai untuk melakukan pembedahan, dalam keadaan -keadaan tertentu
seperti sindrom pierre robin misalnya, pembedahan rekonstuktif ke atas rabit
lelangit mungkin dilakukan lebih lewat daripada itu. Dalam keadaan ini,
bahagian dagu sianak terbentuk terlalau kecil sehingga kerap menyekat saluran
pernafasannya. Dia juga mengalami masalah sukar untuk bernafas dan sukar
menyusu. Keadaan ini sering memerlukan rawatan intensif dari peringkat awal
kelahiran bayi.
Pertuturan si anak lazimnya akan kedengaran sengau. Rabit lelangit juga
menjejaskan fungsi tiub eustachio yang menghubungkan bahagian mulut dengan
bahagian telinga. Akibatnya, cecair mudah bertakung di belakang dinding
telinganya. Ini akan menjejaskan pendengarannya. Dia perlu dirawat dengan ubat
-ubat tertentu atau melalui pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair tersebut.
Pakar kanak -kanak khususnya perlulah menjalankan penilaian yang
menyeluruh supaya kecacatan -kecacatan lain, jika ada, dapat dikesan. Daripada
penilaian ini, dapatlah program -program yang komprehensif dijalankan bagi
kanak -kanak ini. Khidmat pakar gigi juga penting dalam melatih kanak -kanak
itu bercakap tanpa nada sengau. Pakar telinga, hidung dan tekak pula adakalanya
perlu memberi rawatan kepada anak -anak ini jika pendengaran mereka kurang
baik akibat takungan cecair pekat dalam dinding telinga.
31
4.7 Patologis Pertuturan - Bahasa
kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan atau bahasa juga perlu
berjumpa dengan pakar Patologis Pertuturan. Ini adalah untuk membantu
seseorang kanak-kanak tersebut supaya boleh menjalani yang sewajarnya dalam
kaedah-kaedah yang tertentu dalam membuka artikulasi untuk mengeluarkan
suara dan sekaligus dapat bercakap. Seseoarang pakar Patologis Pertuturan –
Bahasa bertanggungjawab untuk mencegah, mengenalpasti dan menilai masalah-
masalah pertuturan dan bahasa serta melakukan rehabitasi yang sewajarnya bagi
kanak-kanak dan dewasa yang mengalami masalah ini
32
RUMUSAN
Sebagai rumusannya, kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam
pertuturan dan bahasa merupakan kanan-kanak yang bermasalah dalam
pengeluaran suara. Walau bagaimanapun, mereka boleh dibantu dari pelbagai
aspek. Kehilangan suara atau penyebutan perkataan akan tidak seimbang jika
rawatan yang hendak diberikan terlalu lambat atau kanak-kanak telah menjangkau
umur yang matang.
Oleh kerana negara kita mempunyai banyak tenaga-tenaga pakar yang
berkaliber, maka kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang mempunyai masalah
dalam pertuturan dan bahasa akan memperolehi rawatan yang sewajarnya atau
pelbagai kaedah untuk merawat. Terutamanya kepada kanak-kanak supaya
mereka tidak ketinggalan jauh ke belakang dalam pelajaran. Contoh pakar-pakar
yang membantu adalah seperti doktor, patologis pertuturan, guru khas, pihak
Kebajikan Masyarakat dan sebagainya.
Dengan demikian, kanak-kanak yang bermasalah sebegini tidak
seharusnya dibebani dengan permasalahan mereka. Ini kerana, kita boleh mencari
pelbagai alternatif untuk membantu mereka. Ini sekaligus mewujudkan
masyarakat yang penyayang dan menyemai rasa bertanggungjawab sesama kita
walaupun pelbagai bangsa dan keturunan.
33
BIBLIOGRAFI
Heddle,W.G.;Brigance,W.N.;dan powell,V.M.1973,Patterns in Communication;A Guide
To Speech and Critical Listening.New York ; J.B.Lippincott Company.
Hurlock.E,B.1978.(ed. 6)Child Development.U.S.A.;.Mc Graw Hill
International Book Company.
Kirk,S.A. Galeher, J.J.1979.(ed .3) Educating Exceptional Child.
Boston:Hougton Mifflin Company.
Kirk.S,A,1962.U.S.A (ed.2).Educating Exceptional Child . Boston
Hougton Mifflin Company.
Rehabilition of the Handicapped in Malaya;A report of Social Survey conducted by the
The Federal Department of Social ofWellfare in Oktober 1958. Oleh Baharudin
Dan Shaharudin Haron ,”Situation of Chidren and and Youth in West Malaysia’
1970.
Shanker,U.1976.Exceptional Children.New Delhi.India :Sterling Pbublisher
Private Limited.
34