SURYATI BT. UDAI701016135770002
SOALAN 1
KERTAS KERJA ILMIAH
TAJUK : KEPENTINGAN ILMU LINGUISTIK DALAM KEHIDUPAN
MASYARAKAT
1.1. PENDAHULUAN
Bahasa adalah satu fenomena penting dalam hidup kita. Kebanyakan kita hanya
menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa
mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang dipelajari.
Kita tidak pernah menyoal sama ada kebolehan manusia berbahasa itu sebagai satu kejadian
semula jadi, iaitu berlaku secara tidak sengaja ataupun ia satu perkara yang mesti dipelajari oleh
manusia. Bahasa yang digunakan di dalam pertuturan merupakan satu alat perhubungan yang
penting di antara manusia dengan manusia (kadang-kadang dengan binatang). Alat perhubungan
ini amat kompleks tetapi teratur dengan menggunakan kod tertentu. Maka apakah alat atau
bidang ilmu yang mengkaji bahasa ini? Bidang ilmu yang mengkaji bahasa dikenali dengan ilmu
linguistik .
Sebenarnya kebolehan berbahasa itu adalah satu keanehan. Berbeza dengan kebolehan
berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. Sekiranya
masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur. Sekiranya ia
diletakkan dalam satu masyarakat lain, ia akan terus berjalan dan seterusnya menuturkan bahasa
masyarakatnya yang baru itu. Ini menunjukkan bahawa berjalan adalah fungsi biologi tubuh
badan secara naluri, tetapi pertuturan adalah fungsi kebudayaan yang harus dipelajari.
Oleh itu manusia tidak dapat dipisahkan daripada bahasa. Ini kerana bahasa merupakan
satu komponen yang penting dalam kehidupan manusia selain daripada keperluan-keperluan asas
yang lain.Dengan bahasa manusia boleh berkomunikasi, bersatu padu, berkuasa dan bertamadun.
1.2. ISU DAN MASALAH
Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum. Mereka berbeza dari segi etnik, budaya,
agama dan bahasa. Oleh sebab itu, pemimpin negara kita telah membuat perancangan sosial
untuk menyatukan mereka. Dalam perancangan ini, pendidikan dimanipulasi untuk melahirkan
HBML3403 1LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
bangsa Malaysia. Pendidikan ini pula disampaikan melalui Bahasa Kebangsaan. Bahasa
Kebangsaan adalah bahasa rasmi yang digunakan untuk menyampaikan pendidikan dan
mentadbirkan negara. Oleh sebab Bahasa Kebangsaan Malaysia ialah bahasa Melayu, maka pada
bahasa Melayu itulah terletaknya teras maruah bangsa Malaysia.
Bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan) dipertuturkan dengan luasnya bukan saja oleh
penduduk Melayu tetapi juga oleh kaum lain yang tinggal di Malaysia. Dengan kata lain, bahasa
Melayu itu dipertuturkan oleh semua suku kaum dan tinggal di negara Malaysia ini. Suatu
keadaan yang nyata terdapat di Malaysia ialah suku-suku yang berlainan bangsa ini tinggal agak
berasingan antara satu sama lain, dan ini telah menyebabkan perpaduan kaum menjadi isu
penting. Adalah menjadi suatu persoalan sama ada perpaduan kaum itu dapat dicapai di Malaysia
melalui bahasa atau cara lain.
Isu penggunaan bahasa Melayu pada masa ini semakin membimbangkan. Sebagai contoh
penggunaan bahasa Melayu oleh media elektronik yang disifatkan semakin merosot kualitinya.
Pelbagai kesalahan bahasa yang berterusan dikesan dalam pelbagai program televisyen dan radio
khususnya stesen swasta sejak akhir-akhir ini. Contoh kesalahan paling kerap ialah penggunaan
kata ganti ‘kita orang’, ‘korang’, dan ‘diaorang’ yang merujuk kepada kata ganti nama ‘kami’,
‘kalian’ dan ‘mereka’, yang kini meluas diguna dalam drama terbitan stesen televisyen berbayar.
Kesalahan bahasa ini jika tidak dibendung akan membawa impak buruk terhadap perkembangan
bahasa Melayu kerana pengaruh media elektronik terhadap penonton dan pendengar khususnya
kanak-kanak adalah sangat besar. Pengunaan bahasa Melayu yang tinggi berupaya menjadi
contoh kepada pelajar dan masyarakat.
Kurangnya keperihatinan serta kesedaran sivik kebanyakan anak muda sekarang terhadap
pelbagai isu-isu yang berlaku termasuk isu kedaulatan bahasa kebangsaan adalah suatu yang
membimbangkan. Sikap acuh tidak acuh dan malu untuk bertutur di dalam bahasa kebangsaan
semakin ketara kepada generasi muda pada hari ini. Kemerosotan bahasa Melayu dari segi
penguasaan dan penggunaannya perlu dinilai dan diberikan perhatian serius.
Untuk terus mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, adalah
tidak cukup sekadar dianjurkan program-program bagi memperkasakan penggunaan bahasa
Melayu di peringkat kementerian dan jabatan sahaja malah ia perlu mengakar ke segenap lapisan
masyarakat terutamanya di institusi pendidikan. Maka dari sinilah bermulanya penyerapan ilmu
linguistik (ilmu bahasa) dalam kalangan masyarakat dilaksanakan. Jadi, bahasa memang
HBML3403 2LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
memainkan peranan penting di dalam konteks pembinaan negara Malaysia khususnya dan dalam
kehidupan masyarakat umumnya.
1.3. MATLAMAT KERTAS KERJA
Kertas kerja ilmiah ini bermatlamat menjelaskan ilmu linguistik secara umum dan secara
tidak langsung membincangkan serba sedikit jenis ilmu linguistik yang diperlukan oleh
seseorang individu khususnya dan masyarakat amnya di samping memperlihatkan konsep asas
(Fonetik, Fonologi, Morfologi, Sintaksis, Semantik dan Wacana) dan definisi bahasa. Dihuraikan
juga hubungan ilmu linguistik dengan masyarakat untuk membolehkan masyarakat memahami
kepentingan serta sumbangan atau peranan ilmu linguistik dalam kehidupan masyarakat.
1.4. OBJEKTIF
Berdasarkan tajuk kertas kerja ini “Kepentingan ilmu linguistik dalam kehidupan
masyarakat”, objektif yang digariskan adalah seperti berikut:
a) Menyatakan pengenalan ilmu linguistik.
b) Mengenal pasti hubungan di antara linguistik dan masyarakat.
c) Mengenal pasti kepentingan ilmu linguistik dalam kehidupan masyarakat.
1.5. KAEDAH
Kaedah yang digunakan dalam usaha menyiapkan dan memurnikan kertas kerja ini
adalah dengan penggunaan kaedah perpustakaan iaitu dengan buku-buku ilmiah berkaitan
dengan linguistik, jurnal, dan kertas-kertas kerja.
1.6. BATASAN
Kertas kerja ini akan meneliti dan memfokuskan perbincangan mengenai ilmu linguistik
secara umum. Untuk maksud pembatasan kajian, perbincangan dihadkan kepada kepentingan
ilmu linguistik dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
HBML3403 3LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
1.7. PENERANGAN TERPERINCI KERTAS KERJA
Ada tiga perkara yang boleh dibahagikan daripada tajuk ini: (1) Pengenalan ilmu
linguistik (2) Hubungan ilmu linguistik dengan masyarakat, dan (3) Kepentingan ilmu linguistik
dalam kehidupan masyarakat. Saya akan cuba menjelaskan ketiga-tiga perkara ini supaya kita
dapat bersama melihat kepentingan ilmu linguistik dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
1.7.1. Pengenalan ilmu linguistik
Linguistik ialah ilmu yang bersifat saintifik. Linguistik mengkaji aspek-aspek bahasa
secara empirikal, iaitu kajian yang dilakukan secara sistematik ( Zulkifley Hamid, 2007 ). Bahan
kajian linguistik ialah bahasa. Dengan demikian, ilmu linguistik ialah ilmu tentang bahasa. Oleh
sebab kajian dalam bidang linguistik hanya tertumpu kepada bahasa, definisi ringkasnya ialah
“linguistik” itu ialah “ilmu bahasa”. Perkataan ilmu dalam definisi ini membayangkan bahawa
dapatan-dapatan yang boleh dipertanggungjawabkan. Semasa menghuraikan ruang lingkup
penyelidikan linguistik, Aitchison (1987: 19) mengatakan bahawa linguistik mencuba
memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan asas “Apa itu bahasa? dan Bagaimanakah
bahasa berfungsi?”. Dapatlah kita rumuskan bahawa ilmu linguistik adalah ilmu tentang bahasa
dan cara bahasa berfungsi untuk membantu manusia mencapai pelbagai matlamat atau hasrat
dalam kehidupan hariannya.
Ilmu linguistik mempunyai banyak bidang cakupan antaranya ilmu linguistik mempunyai
cabang atau bidang pengajian yang berlainan seperti, Linguistik Deskriptif ( Descriptive
Linguistics), Linguistik Historis ( Historical Linguistics ), Linguistik Komparatif (Comparative
Linguistics), Sosiolinguistik (Sociolinguistics) Neurolinguistik (Neurolinguistics), Linguistik
Am (General Linguistics), Linguistik Terapan (Applied Linguistics), Psikolinguistik
(Psycholinguistics). Didapati juga bahawa kajian ilmu linguistik juga meliputi bahasa-bahasa di
dunia yang berbeza sifatnya. Dengan wujudnya kelainan bahasa-bahasa tersebut, maka bidang
kajian linguistik dikatakan bersifat umum. Kelainan bahasa-bahasa ini merupakan bidang kajian
ahli linguistik.
Walaupun bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji
bahasa di Malaysia dan serata dunia, namun kajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga
kini. Maka, tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian
tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah-sekolah.
HBML3403 4LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi
yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian
untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat.
Manakala bidang yang dikaji ialah fonologi ( kajian tentang bunyi bahasa ), morfologi
( kajian tentang pembentukan kata ), sintaksis ( kajian tentang ayat) dan semantik.. Kajian ilmu
bahasa mencakupi bidang ilmu yang sangat luas. Ia merangkumi bidang linguistik secara khusus
iaitu Linguistik sinkronik merujuk kepada kajian pada suatu bahasa dan masa tertentu. Linguistik
diakronik pula menumpu kepada kajian yang dibuat mengikut perkembangan masa dan
perbandingan bahasa. Linguistik deskriptif pula menumpu kepada huraian beberapa
kemungkinan yang ada di dalam sesuatu bahasa, tanpa penentuan betul dan salah. Manakala,
linguistik preskriptif membentuk norma atau menentukan yang mana betul dan yang mana salah
di dalam pemerian bahasa. Bidang linguistik ini juga termasuklah linguistik jati yang memberi
huraian atau deskripsi tentang sesuatu bahasa tanpa kaitannya dengan bidang lain dan linguistik
terapan, iaitu mengkaji segala bidang linguistik yang dikaitkan dengan bidang lain.
1.7.2. Hubungan ilmu linguistik dengan masyarakat
Masyarakat dan linguistik adalah berhubung rapat, seiring, sejalan dan sehaluan sejak
berabad-abad lamanya. Linguistik iaitu ilmu bahasa yang digunakan dalam pertuturan
merupakan satu alat perhubungan penting dalam kehidupan manusia seharian. Walaupun ia
merupakan satu alat yang begitu kompleks, bahasa dapat digunakan dengan kod-kod tertentu
sahaja. Ia tidak pula menjadi satu-satunya sahaja cara manusia berhubung. Manusia boleh
berhubung melalui gerak-geri simbol atau kod telegraf, muzik dan lain-lain, tetapi yang paling
sempurna sekali ialah melalui perantaraan bahasa. Bahasa menggunakan bunyi suara. Daripada
bunyi suara itulah pula diterbitkan lambang-lambang visual berlainan yang boleh digambarkan di
atas kertas dan lain-lain seperti tulisan dan isyarat.
Bahasa adalah keupayaan sesuatu masyarakat. Ini bermaksud bahawa kita hanya boleh
berhubung dengan orang lain jika kita berkongsi suatu set cara-cara berkelakuan yang
‘dipersetujui’. Lebih jelas lagi, bahasa boleh dikatakan satu alat perhubungan antara seseorang
itu dengan orang lain.
Bahasa juga adalah satu alat perhubungan yang mempunyai sifat-sifat yang universal.
Bahasa merupakan milik manusia yang terpenting dan ia jugalah yang membezakan di antara
HBML3403 5LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
manusia dengan makhluk yang lain. Manusia menggunakan bahasa sebagai alat untuk
berhubung, melahirkan pandangan, perasaan dan pendapat, menyampaikan ilmu pengetahuan
dan sebagainya dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Bahasa itu sering dianggap sebagai
alat yang boleh dipunyai, diperoleh dan boleh juga terhapus.
Bahasa yang digunakan oleh kelompok masyarakat itu pula berbeza di antara satu dengan
yang lain. Apabila dua orang berkomunikasi, mereka akan menggunakan bahasa yang sama
sebagai alat untuk berhubung. Oleh sebab itu bahasa digunakan sebagai alat untuk melahirkan
perasaan, menyampaikan ilmu, mencipta keindahan, menurunkan ilmu kebudayaan peradaban
dan untuk berkomunikasi (Raja Mukhtaruddin Mohd Dain, 1982:29). Pendapat ahli psikologi ini
ada benarnya dalam beberapa perkara. Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan
bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang, marah, benci dan lain-
lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda. Pada
aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi,
pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis.
1.7.3. Kepentingan ilmu linguistik dalam kehidupan masyarakat
Linguistik iaitu ilmu bahasa mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam kehidupan
masyarakat antaranya ialah :-
a) Sebagai alat komunikasi
Fungsi utama bahasa adalah sebagai alat komunikasi. Manusia memerlukan suatu
medium untuk melawan bicara dengan orang lain. Dalam komunikasi seharian, salah satu alat
yang sering digunakan adalah bahasa, baik bahasa lisan mahupun bahasa tulisan. Bahasa menjadi
alat komunikasi yang paling efektif di dalam memastikan proses komunikasi berjalan lancar.
Melalui komunikasi, kita mempelajari dan mewarisi semua yang pernah dicapai oleh nenek
moyang kita, serta apa yang dicapai oleh orang-orang yang sezaman dengan kita.
b) Sebagai alat integrasi dan adaptasi sosial atau kemasyarakatan.
Bahasa adalah unsur kebudayaan yang telah memberi manfaat kepada pengalaman
manusia. Melaluinya, manusia mempelajari dan mengambil bahagian dalam pengalaman
tersebut. Di dalam situasi ini, bahasa telah berfungsi sebagai alat integrasi dan adaptasi sosial
atau kemasyarakatan. Masyarakat hanya dapat disatukan secara efisien melalui bahasa. Bahasa
HBML3403 6LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
sebagai alat komunikasi, lebih jauh memungkinkan setiap orang untuk merasa dirinya terikat
dengan kelompok sosial yang dimasukinya.
c) Sebagai alat di dalam mengawal sosial.
Bahasa adalah sebagai alat di dalam mengawal sosial. Bahasa mampu untuk mengawal
keadaan sosial dengan lebih efektif. Kawalan sosial ini dapat diterapkan pada diri kita sendiri
atau kepada masyarakat. Pelbagai penerangan, informasi dan pendidikan disampaikan melalui
bahasa. Buku-buku pelajaran dan buku-buku instruksional adalah salah satu contoh penggunaan
bahasa sebagai alat kawalan sosial. Ceramah agama atau dakwah merupakan salah satu contoh
penggunaan bahasa yang berfungsi sebagai alat kawalan sosial.
d) Sebagai bahasa perpaduan
Ilmu linguistik memberi pemahaman kepada masyarakat tentang ciri- ciri bahasa dan
peranan yang boleh dimainkannya. Contohnya untuk pembangunan sesebuah negara yang akan
atau baru merdeka, satu bahasa perlu diangkat sebagai bahasa rasmi untuk berfungsi sebagai
bahasa pembangunan dan pembangunan. Dalam hal ini juga, bahasa tersebut dapat digunakan
sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat yang bersifat pelbagai kaum.
e) Sebagai sumber ilmu dalam kalangan masyarakat
Kegunaan ilmu linguistik ialah untuk menghuraikan segala aspek bahasa terutama sekali
berkaitan dengan struktur dan sistem dalam sesuatu bahasa. Contohnya, seorang kaunselor,
selain memerlukan pengetahuan yang baik dalam bidang tersebut, mereka perlu mahir dan
mengetahui selok belok ayat dan perkataan yang sesuai bagi mempengaruhi pesakit atau
pelanggan mereka.
Sementara bagi juru bahasa ataupun penterjemah, mereka perlu mempunyai kemahiran
dan pengetahuan yang baik dalam bidang linguistik. Ini kerana penterjemahan akan melibatkan
faktor bahasa dan kebudayaan. Untuk itu, kedua faktor ini mesti dipertimbangkan supaya hasil
terjemahan dapat disampaikan dengan maksud yang sejelas-jelasnya.
Selain dari itu, ilmu linguistik juga berguna secara khusus kepada orang-orang yang
terlibat dengan bahasa, seperti guru dan perancang bahasa. Kepada guru-guru bahasa,
pengetahuan tentang ciri-ciri bahasa seperti struktur dan sistemnya akan memudahkannya
memberikan huraian serta penjelasan aspek-aspek bahasa yang diajar kepada para
pelajar.Umpamanya dalam struktur susunan bunyi, aspek sebutan, perkataan atau ayat bahasa
Melayu.
HBML3403 7LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
f) Sebagai bahasa kebangsaan
“Bahasa Jiwa Bangsa” dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam proses
memupuk perpaduan antara kaum. Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Pada tahun 1970, bahasa Melayu telah
menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah manakala Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah bertanggungjawab untuk memaju dan memperkayakan bahasa
Melayu. Cara ini dapat memperkukuhkan kedudukan dan taraf bahasa Melayu sehingga mampu
menjadi wadah serta dapat menyaingi bahasa-bahasa maju yang lain. Bagi mempertahankan
martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara, kesepaduan rakyat
mestilah sentiasa digembleng. Penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan akan berjaya mencerminkan jalinan hubungan rakyat Malaysia yang sejati.
g) Sebagai dasar bahasa
Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi sesebuah negara timbul sebab perlunya diadakan
satu lambang penyatuan, iaitu dengan harapan bahawa bahasa itu dapat menjadi dasar bagi satu
identifikasi kebangsaan. Peranan bahasa sebagai faktor penyatuan disalurkan melalui sistem
pelajaran kebangsaan.
Dasar bahasa kebangsaan merupakan asas terpenting bagi perkembangan bahasa di
sesebuah negara. Dasar ini memenuhi konsep perancangan taraf bahasa. Dengan adanya dasar
bahasa yang menentukan pemilihan bahasa dan bahasa rasmi, barulah dilakukan tahap-tahap
seterusnya, iaitu propaganda, pembinaan dan peluasan penggunaannya. Dasar ini meletakkan
kedudukan sesuatu bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Dasar ini berupaya
melahirkan satu rupa bangsa bersatu, memupuk ciri-ciri pengenalan rakyat yang relatif dan
seragam, serta menobatkan ilmu bahasa sebagai alat komunikasi yang berkesan dalam sektor-
sektor penting negara.
h) Sebagai bahasa dalam pendidikan
Penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan baik di peringkat sekolah rendah,
menengah, maktab dan universiti telah terlaksana dengan lancar. Penggunaan bahasa Melayu
telah dapat mengungkapkan dan menghuraikan konsep ilmu yang abstrak serta jelas. Bahasa ini
telah mampu berfungsi sebagai bahasa akademik dan lengkap dengan laras-laras bahasa,
perbendaharaan kata dan istilah untuk memperkatakan pelbagai hal dalam aneka bidang ilmu
Sains, Teknologi, Ekonomi, Kejuruteraan, Kedoktoran, dan Undang-undang di samping sastera,
HBML3403 8LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
kemasyarakatan dan agama. Pada hari ini, bahasa Melayu sudah mencapai taraf bahasa ilmu
yang lengkap dengan ciri keintelektualan dan kesempurnaan.
1.8. PENUTUP
Kesimpulannya, linguistik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji tentang sifat, struktur,
fenomena, apa-apa sahaja benda yang berkait dengan bahasa dan bahasa tersebut juga bukanlah
tertumpu kepada satu-satu bahasa sahaja malah pelbagai bahasa di dunia ini selagi bahasa itu
masih wujud dan mempunyai penuturnya, maka bahasa tersebut akan dikaji. Kepentingan
linguistik dalam kehidupan manusia memang tidak boleh dinafikan lagi. Ini kerana bahasa
merupakan satu komponen yang penting dalam kehidupan manusia selain daripada keperluan-
keperluan asas yang lain. Dengan bahasa manusia boleh berkomunikasi, bersatu padu, berkuasa
dan bertamadun.
Berdasarkankan perbincangan di atas, maka kita melihat hubungan dan kepentingan ilmu
linguistik dalam kehidupan masyarakat. Oleh itu diusulkan supaya:
a) Ilmu linguistik diperluas dan dipertingkatkan sebagai subjek utama dalam bidang ilmu
pada semua peringkat pendidikan.
b) Kerajaan mengambil langkah mempergiatkan lagi bidang linguistik dari peringkat
pendidikan rendah.
c) Kerajaan mengambil langkah supaya mewujudkan lebih banyak pusat sumber rujukan
bidang linguistik untuk memudahkan golongan professional maupun orang ramai
membuat penyelidikan.
Semoga bidang linguistik ini dapat merungkai pelbagai lagi persoalan yang sering diajukan oleh
masyarakat dan semoga kita yang terlibat dalam bidang ini dapat memberikan jawapan kepada
persoalan mereka dengan bukti-bukti yang sahih dan mantap.
HBML3403 9LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
SOALAN 2
PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA DI KALANGAN PEGAWAI
DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH PADAWAN
2.1. PENGENALAN
Tuntutan Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan sememangnya besar agar bahasa
Melayu yang dipilih sebagai bahasa kebangsaan dipelihara, dibina, dikembangkan, dipupuk dan
dibudayakan sebagai bahasa komunikasi sosial rakyat Malaysia, bahasa perpaduan dan bahasa
pengucapan budaya tinggi dalam pembinaan peradaban negara, khususnya dalam usaha kita
untuk menjadi negara maju. Persoalannya sekarang dengan segala macam tuntutan dan cabaran
semasa, termasuk rempuhan globalisasi yang bukan kepalang besarnya, adakah kita seluruh
rakyat Malaysia sedar tentang tuntutan Perlembagaan dan undang-undang yang ada? Di manakah
kita berada sekarang sekiranya persoalan keperihatinan rakyat terhadap penggunaan bahasa
Malaysia diketengahkan ? Keperihatinan bermaksud penggunaan bahasa ini oleh seluruh rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam bahasa ini disebabkan kedalaman patriotism
atau rasa cinta terhadap tanah air. Jika bahasa Melayu telah terpilih sebagai bahasa kebangsaan,
sama seperti lagu kebangsaan dan hari kebangsaan, seharusnya rasa hormat, bangga dan cita
yang kental terhadap bahasa kebangsaan sebagai lambang jati diri negara yang berdaulat dan
sebagai wahana yang menyatupadukan rakyat yang pelbagai etnik dijadikan tajuk kajian ini,
segala-galanya tergantung pada sikap bahasa rakyat di negara ini.
2.2. LATAR BELAKANG KAJIAN
Kesedaran berbahasa Malaysia di dalam masyarakat hari ini, adalah satu tema yang
cocok dengan keadaan hari ini, sebab Malaysia sedang mempergiatkan pelaksanaan bahasa
Malaysia di dalam semua bidang pentadbiran, pendidikan dan kehidupan di Malaysia. Oleh
yang demikian, kajian ini akan membincangkan penggunaan bahasa Malaysia dalam kalangan
pegawai kerajaan. Kajian ini sesuai untuk diperkatakan waktu ini sebab ada banyak
permasalahan di dalam penggunaan bahasa Malaysia di jabatan kerajaan.
HBML3403 10LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
Senario semasa penggunaan bahasa boleh di lihat dalam bahasa Malaysia dalam
mesyuarat, pertuturan rasmi dan tidak rasmi, arahan dan keterangan, pertuturan melalui telefon
dan hubungan sosial.
Keghairahan untuk menggunakan bahasa Inggeris kini bukan hanya tertumpu dalam
sistem pendidikan negara tetapi juga dalam sistem pentadbiran. Ini terbukti banyak mesyuarat
dan majlis rasmi yang melibatkan sektor awam yang sudah mula beralih menggunakan bahasa
Inggeris ataupun mencampuradukkan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Gejala bahasa rojak
semakin menular menodai martabat bahasa kebangsaan kita. Daripada sure heboh munsul pula
sure kerja dan sure sihat. Entah apa sure lagi yang bakal muncul selepas ini. Bahkan apa yang
lebih menarik lagi ialah, ada ketika terbentuk, apabila didapati Pengerusi di dalam sesuatu
mesyuarat itu akan berhenti berbincang dalam bahasa campuran tersebut dan kemudian dengan
suara yang bersungguh-sungguh berkata, “Now I am serious!”. Selepas itu, dia terus berbincang
dalam bahasa Inggeris. Kejadian seperti ini jelas menunjukkan yang tiap-tiap satu perkara serius
tidaklah dapat diungkapkan dalam bahasa Malaysia. Ada dua soalan yang timbul. Adakah benar
tanggapan bahawa bahasa Malaysia itu tidak mampu mengungkapkan sesuatu yang serius?
Mungkinkah sebenarnya individu tersebut yang tidak mampu berbahasa Malaysia sepenuhnya?
Dalam pertuturan rasmi dan tidak rasmi pula, saya maksudkan satu keadaan dua orang
(atau lebih) pegawai atau individu, memperkatakan sesuatu dia dalam wacana tertentu, iaitu
mempersoalkan sesuatu hal yang rasmi, seperti sesuatu lawatan, pekerjaan, perbincangan tugas
sehari-hari, dan lain-lain. Di dalam keadaan demikian, dengan mudah kita dapat menduga
apakah corak bahasa pertuturan yang digunakan. Biasanya, akan didapati bahawa bahasa
Malaysia yang digunakan itu, jarang sekali berbentuk bahasa Malaysia yang baku. Kerap kali
pertuturan itu dijalankan di dalam bahasa basahan. Lebih serius lagi, sekiranya bahasa yang
digunakan itu berbentuk campuran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, atau sepenuhnya
bahasa Inggeris. Kecenderungan seperti ini tidaklah khusus kepada mana-mana kaum. Ini adalah
satu aliran umum di kalangan pegawai, eksekutif dan individu, baik di dalam sektor awam atau
swasta.
Dalam satu keadaan lain, apabila arahan atau keterangan perlu dibuat, maka terdapat juga
keanehannya. Sekiranya arahan tersebut berlaku di antara pegawai dan pegawai, kerap kali
bahasa yang dipergunakan itu ialah bahasa Inggeris. Sekiranya pegawai dengan pegawai rendah
atau kakitangan perkeranian, maka lebih biasa kita mendengar bahasa Malaysia saja digunakan
HBML3403 11LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
atau bahasa Inggeris saja, atau kedua-duanya sekali. Tetapi kemungkinan bahasa Malaysia
digunakan adalah lebih tinggi. Apa yang jelas ialah penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya
masih belum berlaku.
Keadaan yang sama juga berlaku di antara pegawai atau individu dalam percakapan
melalui telefon. Ada suatu kecenderungan yang kuat untuk menggunakan bahasa Inggeris.
Hubungan melalui telefon yang menggunakan bahasa Malaysia masih terasa kekok. Kalau
adapun, tidaklah sepenuhnya, iaitu bahasa Malaysia yang dipergunakan itu berbentuk bahasa
basahan seperti yang telah disebut di atas.
Kecenderungan untuk menggunakan bahasa Inggeris mungkin kuat sekali berlaku di
dalam hubungan sosial seperti di dalam majlis makan malam, jamuan teh, majlis keraian dan
lain-lain. Dalam keadaan begini tidak ada langsung tekanan supaya bahasa Malaysia itu
dipergunakan. Dengan demikian, bahasa Malaysia selalu tidak memainkan peranan yang penting
di dalam hubungan sosial. Kejadian ini tidaklah khusus pada bukan penutur bahasa Malaysia
saja, bahkan setiap kaum di Malaysia ini melakukan hal yang sama. Peranan bahasa Malaysia di
dalam hubungan sosial masih menghadapi saingan daripada bahasa Inggeris.
Kajian ini dilaporkan dengan tujuan untuk melihat setakat mana permasalahan yang
masih wujud serta meninjau penggunaan bahasa Malaysia di jabatan kerajaan. Kajian ini juga
bertujuan meninjau sejauh manakah bahasa rasmi (bahasa baku) diguna dalam urusan rasmi di
jabatan kerajaan dan sebab-sebab yang mempengaruhi penggunaan bahasa Malaysia tidak
menyeluruh. Hal ini turut memberikan jawapan terhadap sikap dan kepentingan bahasa Malaysia
sebagai bahasa rasmi di kalangan pegawai kerajaan.
2.3. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ialah untuk
a) Meneliti amalan penggunaan bahasa Malaysia yang berkualiti dalam komunikasi lisan di
Pejabat Pelajaran Daerah Padawan.
b) Mengenalpasti sikap seseorang itu terhadap bahasa Malaysia yang menjadi amalan
pegawai-pegawai semasa berada di tempat kerja.
c) Mengenalpasti penggunaan bahasa rasmi (bahasa baku) dalam urusan rasmi di tempat
kerja.
HBML3403 12LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
d) Mengkaji sebab dan memahami sebab yang mempengaruhi penggunaan bahasa Malaysia
tidak menyeluruh oleh kakitangan kerajaan semasa di tempat kerja.
Kepentingan dan sumbangan kajian ini adalah seperti berikut:
a) Kajian ini dapat menjelaskan bahawa penggunaan bahasa Malaysia ketika berkomunikasi
dengan rakan sekerja, pelanggan atau sesiapapun adalah penting.
b) Kajian ini akan membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan di jabatan kerajaan sejajar
dengan kempen “1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara”.
c) Kajian ini akan membantu memberi garis panduan kepada kakitangan kerajaan dan
pelbagai pihak agar sentiasa mengamalkan bahasa Malaysia.
2.4. SAMPEL/RESPONDEN KAJIAN
Keseluruhan responden kajian terdiri daripada 10 orang pegawai kerajaan yang bekerja di
Pejabat Pelajaran Daerah Padawan. Sepuluh respoden telah disoal selidik yang berada dalam
kelompok bangsa yang berlainan, kerjaya yang berlainan, umur berbeza, negeri kelahiran
berasingan, jantina dan kelulusan yang berbeza. Taburan responden ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1: Taburan responden kajianLatar belakang sosial Maklumat Bilangana) Umur 18 – 20 tahun
21 – 25 tahun26 – 30 tahun31 – 35 tahun
36 – ke atas tahun
02233
b) Jantina LelakiPerempuan
55
c) Bangsa MelayuIban
BidayuhCina
MelanauKayan
222211
d) Pekerjaan PenyeliaPenolong PenyeliaPembantu Tadbir
Pekerja Am Rendah
2341
e) Kelulusan akademik IjazahDiploma
23
HBML3403 13LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
STPMSPMSRP
122
f) Negeri kelahiran Sarawak 10JUMLAH 10 orang
Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik bagi menjawab lima soalan kajian yang
dibina. Instrumen kajian telah dibina dalam konteks penggunaan bahasa Malaysia. Instrumen
soal selidik terdiri daripada butiran mengenai taburan latar belakang responden, iaitu umur,
jantina, bangsa, pekerjaan, kelulusan akademik dan negeri kelahiran. Set soalan ditanyakan
untuk menentukan lima soalan kajian yang meliputi kekerapan penggunaan bahasa Malaysia.
Lima soalan kajian akan menentukan;
a. Kekerapan penggunaan bahasa Malaysia.
b. Bagaimanakah sikap seseorang itu terhadap bahasa Malaysia?
c. Sejauh manakah bahasa rasmi (bahasa baku) diguna dalam urusan rasmi di jabatan
kerajaan?
d. Pendapat seseorang itu terhadap penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi.
e. Apakah sebab-sebab yang mempengaruhi penggunaan bahasa Malaysia tidak
menyeluruh?
2.5. HASIL/DAPATAN KAJIAN
Kajian ini menjawab kelima-lima soalan utama kajian.
a. Kekerapan penggunaan bahasa Malaysia.
Kesemua 10 orang pegawai kerajaan yang dikaji memberi tindakbalas yang agak seragam
terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Kesemuanya menggunakan bahasa Malaysia di
tempat kerja sendiri dan kalangan rakan kerja. Mereka juga dapat menggunakan bahasa Malaysia
baku dan dialek daerah dengan sesiapa saja yang mereka kehendaki atau perlui. Sekiranya
mereka perlu menjadi bilingual, maka pilihan mereka ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
dan sekiranya mereka dikehendaki menjadi multilingual, maka bahasa ketiga mereka ialah
bahasa Melayu dialek daerah.
HBML3403 14LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
b. Bagaimanakah sikap seseorang itu terhadap bahasa Malaysia?
Berdasarkan hasil kajian, sikap sesetengah individu kadangkala tidak menitikberatkan
susunan bahasa yang digunakan. Mungkin kerana sudah biasa dengan bahasa pasar yang
digunakan dan ada juga segelintir mereka yang tidak tahu menahu penggunaan bahasa mengikut
situasi yang sebenar. Contohnya suatu ciri umum yang memenuhi bahasa pertuturan ini ialah
penggunaan sistem ganti nama I dan you yang berleluasa dan macam-macam lagi. Selain itu,
mereka juga menghadapi masalah gangguan dialek dan bahasa ibunda. Masalah ini bukan sahaja
boleh menjejaskan komunikasi lisan malah akan terbawa-bawa dalam aktiviti penulisan. Apabila
bahasa-bahasa ini menjadi amalan mereka seharian, ia akan mempengaruhi penggunaan bahasa
mereka ketika di pejabat. Misalnya ketika bermesyuarat, berurusan rasmi dengan rakan sekerja
dan para pelanggan, mereka akan menggunakan bahasa yang tidak sesuai dengan urusan rasmi
seperti urusan pejabat. Ini menunjukkan sikap yang tidak mengambil berat terhadap penggunaan
bahasa yang standard semasa berkomunikasi. Sikap mereka yang tidak bersimpati dengan bahasa
Malaysia ini mungkin boleh kita lihat dari sebab bahawa mereka telah mendapat pendidikan
seluruh atau sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris, walau bagaimanapun kesemuanya
menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kedua atau ketiga dalam keadaan bilingual dan
multilingual.
c. Sejauh manakah bahasa rasmi (bahasa baku) diguna dalam urusan rasmi di jabatan
kerajaan?
Dilihat dari segi pengunaan bahasa rasmi dalam urusan rasmi di jabatan, didapati
seseorang individu itu terpaksa beralih menggunakan ungkapan bahasa Inggeris semasa bertutur
di dalam bahasa Malaysia, jelas terlihat suatu ciri lain. Penutur itu mendapati sukar untuk
mengungkapkan perkara yang sama di dalam bahasa Malaysia lantas dia beralih kepada bahasa
Inggeris. Ini menggambarkan ketidakupayaan di dalam menggunakan bahasa Malaysia itu
sepenuhnya. Malahan seseorang individu itu juga menggunakan ungkapan bahasa dialek daerah
jika menghadapi kesukaran untuk mengungkapkan perkara yang sama di dalam bahasa Malaysia.
Apabila melihat perkara ini secara keseluruhan, tidaklah dapat dinafikan bahawa di dalam
hubungan melalui bahasa Malaysia melalui bentuk pertuturan, maka sesuatu keadaan yang
menggunakan bahasa rasmi secara keseluruhan masih belum berlaku.
HBML3403 15LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
d. Pendapat seseorang itu terhadap penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi.
Semua responden mengerti dan mampu menggunakan bahasa baku. Hal ini
menunjukkan mereka bersetuju dan menerima penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi. Itulah sebabnya dalam ucapan atau pertuturan rasmi mereka akan
dengan sendirinya mencuba menyesuaikan sebutan, ayat, dan kata-kata mereka dengan apa yang
mereka anggap akan diterima oleh orang lain. Itulah norma yang dianggap baku. Mungkin
mereka cuba mengikuti sebutan rancangan TV dan radio RTM, sebutan orang tertentu, atau
menurut apa yang mereka pelajari berdasarkan kehidupan harian yang melibatkan aktiviti bahasa
Malaysia seperti membaca majalah, suratkhabar, dan novel.
e. Apakah sebab-sebab yang mempengaruhi penggunaan bahasa Malaysia tidak
menyeluruh?
Kesemua responden menunjukkan penggunaan bahasa Malaysia yang tidak menyeluruh
semasa bertugas di pejabat. Dalam memperkatakan hal ini kita haruslah melihat apa yang
menjadi persoalan pokok yang menyebabkan timbulnya keadaan seperti ini. Hal utama
menyebabkan berlakunya keadaan ini ialah kemahiran yang tidak seimbang dalam bahasa-
bahasa tersebut iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris serta gangguan dari bahasa ibunda.
Kemahiran bahasa Malaysia penutur tersebut lemah dalam bidang tertentu dan ini digantikan
dengan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa dialek daerah. Dengan kata lain kemahiran
mereka dalam bahasa Malaysia hanya meliputi bidang tertentu dan tidak menyeluruh. Kesalahan-
kesalahan ini, di dalam bahasa pertuturan harus diperhatikan sebagai suatu perkara yang mesti
diambil berat. Mereka bukan saja perlu merasa sedar dan menggunakan bahasa Malaysia, tetapi
juga hendaklah menggunakan bahasa Malaysia yang betul dan baku, dan menggunakan dengan
berdisiplin.
2.5.1. Perbincangan hasil/dapatan kajian
Apabila melihat kajian ini secara keseluruhan, tidaklah dapat dinafikan bahawa di dalam
hubungan melalui bahasa Malaysia melalui bentuk pertuturan, maka sesuatu keadaan yang
menggunakan bahasa Malaysia secara keseluruhan masih belum berlaku. Kerap kali bahasa
Inggeris digunakan bersama di dalam perbualan yang sama. Keadaan seperti ini, boleh dianalisis,
dan ada dua perkara yang dapat kita katakan berlaku. Pertama, kita boleh menganggap kejadian
HBML3403 16LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
ini sebagai satu fenomena gantian kod (code switching). Penggantian kod ini ialah suatu kejadian
apabila seseorang penutur bilingual (dwibahasa) menggunakan dua kod (unsur bahasa) atau
dialek yang berlainan untuk bertutur. Ini berlaku misalnya apabila seseorang menggunakan
sesuatu kod tertentu di dalam suatu konteks dan menggantikannya dengan satu kod lain di dalam
konteks dan menggantikannya dengan satu kod lain di dalam konteks yang lain. Katakanlah
seorang penduduk di Kuching yang menggunakan bahasa dialek Kuching di dalam urusan
berjual beli dengan jurujual Melayu, kemudian dia menggunakan bahasa Inggeris semasa berbual
dengan sahabatnya mengenai keadaan pasaran saham, dan menggunakan bahasa Malaysia pula
semasa di pejabat. Ini bermakna dia telah menggantikan kodnya tiga kali. Ini adalah suatu
kejadian penggantian kod yang mudah kita fahami. Kita juga dapat perhatikan Y.A.B. Perdana
Menteri menggunakan bahasa Malaysia di dalam ucapannya kepada rakyat dan menggunakan
bahasa Inggeris semasa berucap kepada delegasi asing atau sebarang upacara antarabangsa.
Selalunya selepas memberi kata-kata hormat dan puji-pujian dalam bahasa Malaysia, dia berucap
pula dalam bahasa Inggeris supaya dapat difahami oleh delegasi asing tersebut. Ini juga suatu
kejadian penggantian kod. Suatu ciri penting yang mesti difahami oleh delegasi asing tersebut.
Ini juga suatu kejadian penggantian kod. Suatu ciri penting yang mesti difahami di dalam
kejadian seperti ini ialah, penggunaan kod tertentu adalah berdasarkan kepada keperluan tertentu.
Pendek kata penutur itu masih berupaya mengungkapkan apa yang dikatakannya itu di dalam
bahasa kandungannya, jika perlu. Dengan kata lain, dia fasih di dalam kedua-dua bahasa. Dalam
suatu kejadian lain pula, kerap terdapat berlaku di kalangan penutur bahasa Malaysia yang
menggunakan bahasa Inggeris, apabila bertutur dalam bahasa Malaysia. Apa yang berlaku
tidaklah mudah dapat kita golongkan sebagai suatu kejadian penggantian kod. Di dalam hal ini,
apa yang terjadi selalunya tidaklah digambarkan dengan ciri yang sama dengan kejadian gantian
kod. Apabila seseorang individu itu terpaksa beralih menggunakan ungkapan bahasa Inggeris
semasa bertutur di dalam bahasa Malaysia, jelas terlihat suatu ciri lain. Penutur itu mendapati
sukar untuk mengungkapkan perkara yang sama di dalam bahasa Malaysia lantas dia beralih
kepada bahasa Inggeris. Ini menggambarkan ketidakupayaan di dalam menggunakan bahasa
Malaysia itu sepenuhnya. Ini bukan kejadian gantian kod sebenar. Ini ialah kelemahan
keupayaan penutur di dalam mengungkapkan sesuatu dia dalam bahasa Inggeris. Apa yang boleh
difahami dari keadaan seperti ini ialah kenyataan bahawa penutur itu tidak mampu menggunakan
bahasa Malaysia secara keseluruhannya. Ada perkara dalam usaha penyampaiannya yang tidak
HBML3403 17LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
mampu diungkapkannya dalam bahasa Malaysia, maka dia menggunakan bahasa Inggeris.
Kejadian seperti ini lebih tepat ditakrifkan sebagai suatu kelemahan dalam penguasaan dan
kemampuan bahasa si penutur. Dengan kata lain kecekapannya dalam bahasa Malaysia tidak
lengkap.Kejadian ini dapat dikatakan menjadi kelaziman ramai penutur bahasa Malaysia. Ramai
yang suka menggantikan kod untuk keperluan tertentu, dan ramai pula yang terpaksa
menggunakan kedua-dua kod dalam pertuturannya.
Sikap terhadap bahasa dan perbezaan-perbezaan yang terdapat dalam bahasa berkaitan
dengan faktor-faktor kemasyarakatan. Pertembungan budaya berlaku apabila seseorang atau
kumpulan manusia dari satu budaya bertemu atau bertembung dengan seseorang atau kumpulan
manusia dari budaya yang lain. Pertembungan budaya ini berlaku dalam pelbagai jenis peristiwa
dan keadaan. Serentak dengan pertembungan budaya maka berlakulah juga pertembungan
bahasa. Hasil daripada pertembungan ini, maka lahirlah beberapa bahasa baru, yang moden,
penuh intelektual dan juga bahasa campuran yang dianggap rosak dan tercemar. Selain itu
berlaku juga hal-hal yang positif, iaitu pemodenan dan pengintelektualan bahasa seperti yang
berlaku pada bahasa Malaysia kini. Seterusnya, sikap terhadap bahasa dipengaruhi oleh ketiga-
tiga ciri bahasa yang dikemukakan olah Mathiot dan Garvin (1968) iaitu kesetiaan bahasa yang
mendorong masyarakat mempertahankan bahasa mereka dan akan terus mencegah sekiranya ada
pengaruh bahasa lain.. Ciri kebanggaan bahasa yang akan mendorong masyarakat
mengembangkan bahasanya dan menggunakannya sebagai lambang identiti dan kesatuan
masyarakat. Seterusnya kesedaran adanya norma bahasa yang mendorong masyarakat
menggunakan bahasanya dengan cermat dan santun. Ciri ini merupakan faktor yang sangat besar
pengaruhnya terhadap perbuatan iaitu kegiatan menggunakan bahasa. Ketiga-tiga ciri ini
merupakan sikap positif terhadap bahasa. Sebaliknya, jikalau ketiga-tiga ciri ini sudah hilang
atau kabur dalam diri seseorang itu atau sekelompok penutur, sikap negatif akan berlaku
terhadap bahasa masyarakat itu. Tanpa adanya kesedaran atau semangat untuk mempertahankan
bahasanya merupakan salah satu petanda bahawa kesetiaan terhadap bahasanya sudah lemah.
Sikap negatif terhadap sesuatu bahasa juga boleh terjadi apabila masyarakat itu sendiri yang
tidak ada perasaan bangga terhadap bahasanya sendiri dan lebih mengagungkan bahasa orang
lain. Faktor politik, ras, etnik, kelompok juga merupakan faktor yang boleh menyebabkan
masyarakat bersikap negatif terhadap bahasanya sendiri. Salah satu cara untuk mengatasi sikap
negatif ini ialah dengan melaksanakan pendidikan bahasa. Kesimpulannya, sikap terhadap
HBML3403 18LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
bahasa begitu penting kerana boleh mempengaruhi seseorang untuk menggunakan sesuatu
bahasa masyarakatnya sendiri dan bukan bahasa orang lain, dalam masyarakat yang bilingual
atau multilingual.
Di dalam mana-mana hal sekalipun, apa yang dapat kita simpulkan ialah penggunaan
bahasa Malaysia secara keseluruhan itu, masih belum boleh dikatakan wujud dengan
sempurnanya di kalangan ramai penutur. Ini disebabkan kemampuan berbahasa Malaysia secara
keseluruhan itu masih merupakan suatu perkara yang belum begitu meluas di kalangan rakyat.
Penguasaan bahasa Malaysia rasmi di kalangan rakyat Malaysia, tidak kira golongan apa
sekalipun, masih tidak lengkap. Implikasi keadaan ini mungkin buruk sebab ia akan
menimbulkan suatu keadaan penggunaan bahasa kacukan.
2.6. CADANGAN
Bahasa merupakan suatu wadah pertuturan yang digunakan sebagai medium komunikasi
antara satu sama lain. Bahasa Melayu adalah salah satu bahasa pertuturan yang digunakan oleh
masyarakat tanpa mengira warna kulit. Seiring dengan perkembangan sains dan teknologi,
pertuturan dalam Bahasa Melayu semakin berkurangan.Apakah usaha yang dilakukan oleh pihak
yang bertanggungjawab untuk memelihara Bahasa Melayu? Siapa yang dipertanggungjawabkan
untuk memelihara Bahasa Melayu?
Bagi melaksanakan dan memantau penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul,
di jabatan kerajaan, adalah di cadangkan kementerian, jabatan, agensi dan ketua-ketua jabatan
hendaklah mengambil tindakan-tindakan yang berikut:
a) Memastikan semua pegawai dan kakitangan Kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan
yang baik dan betul dalarn semua urusan rasmi, sarna ada secara tulisan mahupun lisan, dengan
rakan sekerja dan apabila berurusan dengan pelanggan (kecuali urusan yang melibatkan negara
asing dan untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan supaya fasih berkomunikasi dalam
bahasa asing).
b) Mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dati segi ejaan, sebutan,
istilah dan tatabahasa dalam hal-hal seperti mesyuarat, surat-menyurat, arahan pada papan tanda
dan papan kenyataan, iklan, dokumen rasmi, penarnaan di tempat awam, kawasan perumahan,
premis pemiagaan dan lain-lain) dan sebagainya. Bahasa-bahasa/lain boleh digunakan
HBML3403 19LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
berdasarkan pada keperluan. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa-bahasa lain itu
hendaklah kurang menonjol dari segi saiz, wama dan seumpamanya.
c) Menjalankan latihan dan menganjurkan aktiviti secara berterusan yang bertujuan
meningkatkan kemahiran dalam bahasa kebangsaan di kalangan pegawai dan kakitangan.
d) Memastikan buku, bahan rujukan atau risalah pedoman bahasa kebangsaan terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka dalam edisi terkini disediakan untuk kegunaan semua pegawai dan
kakitangan, seperti Kamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Dwibahasa,
Tesaurus Umum Bahasa Melayu, buku-buku istilah dalam pelbagai bidang ilmu, E-Kamus (yang
mengandungi Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Istilah Komputer),
Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, dan lain-lain.
e) Mendapatkan khidmat nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian terus
03-21481960 dan 03-21485887 atau laman web DBP, http://www.dbp.gov.my
2.7. RUMUSAN
Penggunaan bahasa Malaysia akan hanya dapat dijayakan sekiranya rakyat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum mempunyai sikap bahasa yang positif, iaitu ada rasa
kesetiaan, kebanggaan atau gah terhadap bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan
mempunyai kesedaran akan norma sistem bahasa ini. Jika direnungkan kembali akan senario
penggunaan bahasa dalam sistem pentadbiran khususnya di Pejabat Pelajaran Daerah Padawan
dengan gejala bahasa dialek daerah, bilingual dan multilingual serta kealpaan mengutamakan
penggunaan bahasa Malaysia, tidaklah salah kalau dikatakan bahawa penggunaan bahasa
Malaysia belum mencapai tahap yang memuaskan. Masih jauh lagi perjalanan untuk
menimbulkan rasa setia dan gah bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuklah orang
Melayu sendiri. Di samping kurangnya rasa setia dan gah bahasa, merosotnya kesedaran tentang
norma dan sistem bahasa Malaysia merupakan faktor penting yang merencatkan usaha
penggunaan bahasa. Sekiranya sesuatu strategik tidak dilakukan, tidak mustahil anjakan bahasa
dan akhirnya kepupusan akan terjadi. Maka dengan itu saya gariskan beberapa cadangan seperti
yang telah dihurai di atas, bagi memastikan kelangsungan hidup bahasa Malaysia, agar bahasa
Malaysia diguna dan terbudaya serta secara tidak langsung menjadi unsur penting yang
mengikat perpaduan bangsa Malaysia dan sekaligus meningkatkan patriotisme.
HBML3403 20LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
RUJUKAN
Abdullah Hassan. (1991). Bahasa Malaysia dan Norma Baku. Seminar Bahasa Malaysia. IPP,
Perak, 7 hingga 9 Disember 1991. Diperolehi 18 Oktober 2010 daripada laman sesawang
http://semanggol.com/index.php?option=com_wrapper&view=wrapper&Itemid=68
Abdullah Hassan. (2009). Langkah-Langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan
Dalam Perkhidmatan Awam. Diperolehi 18 Oktober 2010 daripada laman sesawang
http://ipm.upsi.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=417:bahasa-
kebangsaan&catid=19:utasan-pengarah&Itemid=8
Abdullah Hassan. (2009). Psikolinguistik dan sosiolinguistik dalam pengajaran bahasa. Kursus
dalam Perkhidmatan Kakitangan Penting Bahasa Malaysia. UKM, Kuala Lumpur, 26
hingga 31 Julai 2009. Diperolehi 20 Oktober 2010 daripada laman sesawang
http://semanggol.com/index.php?option=com_wrapper&view=wrapper&Itemid=68
Abdullah Yusuf. (2010). Linguistik dan Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Open University
Malaysia.
Arbak Othman. (1983). Permulaan ilmu linguistik satu pengenalan konsep dan bidang kajian
secara teoritis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
Fishman, J.A. (1991). Sosiologi Bahasa: Satu Pendekatan Sains Kemasyarakatan Antara
Disiplin Terhadap Bahasa Dalam Masyarakat (Alias MohammadYatim, Trans.). Kuala
Lumpur: USM Pulau Pinang & Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kakitangan awam gagal kuasai bahasa Melayu. (2004). Berita Harian, Kuala Lumpur, 29 April
2004. Diperolehi 20 Oktober 2010 daripada laman sesawang
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=77
Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh & Rahim Aman. (2006). Linguistik Melayu. Bangi: UKM.
HBML3403 21LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK
SURYATI BT. UDAI701016135770002
LAMPIRAN
1. Borang soal selidik dari responden.
HBML3403 22LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK