Download - Assignment EDU 3107
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
1/27
PENGENALAN
Pada zaman globalisasi ini, guru bimbingan dan kaunseling memang
memainkan peranan yang penting dan mencabar dalam sekolah. Guru-guru
berusaha untuk melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam
kurikulum, malah mendapat perkembangan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Tambahan pula pelbagai masalah sosial telah dialami oleh pelajar. Sering
kali kita dapati keratan akhbar sentiasa memaparkan berita mengenai pelajar-
pelajar yang terlibat dalam pelbagai masalah sosial seperti ponteng sekolah,
pergaduhan, vandalism, pembunuhan diri dan sebagainya. Ini amat menakutkan
dan dibimbang oleh masyarakat kini. Ini adalah akibat para pelajar terdedah
kepada berbagai-bagai pengaruh seperti media massa, internet, rakan dan
sebagainya.
Dinampak perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah amat
penting dan diperlukan. Kaunselor atau guru bimbingan bukan sahaja berusaha
melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam pembelajaran dan JERIS. Malah
perlu membantu murid-murid menyelasaikan masalah yang dihadapi. Sebagai
seorang guru terutamanya guru bimbingan dan kaunseling atau kaunselor
haruslah mempunyai pemahaman dan penguasaan yang medalam tentang
pengetahuan bimbingan dan kaunseling serta teknik-teknik kaunseling.
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
2/27
KONSEP BIMBINGAN, KAUNSELING, BIMBINGAN DAN KAUNSELING
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
3/27
PENGERTIAN KAUNSELING
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seharusnya diadakan dan
diwujudkan dalam sekolah untuk membantu pelajar memahami diri sendiri,
mengawal emosi dan menangani cabaran dan tekanan yang dihadapi.
Kaunselingtelah diberikan pelbagai definisi oleh beberapa orang tokoh dalam
bidang ini.
Shertzer dan Stone(1974) telah mentakrifkan kaunseling sebagai suatu
proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan persekitarannya.
Ini dapat membantu individu membentuk matlamat dan nilai yang akan menjadi
asas kepada tingkah lakunya pada masa depan.
George, R.L. dan Cristiani, T.S. (1995) berpendapat kaunseling
merupakan satu perhubungan dan juga proses yang menolong orang membuat
pilihan serta menyelesaikan masalah. Manakala McLeod,J.(2007) menjelaskan
kaunseling sebagai satu aktiviti yang mana seseorang yang bermasalah
menjemput dan membenarkan seorang individu lain membina hubungan
istimewa dengannya. Ini bertujuan untuk membolehkannya meluahkan masalah,
meneroka, mempelajari serta mencari penyelesaian dan menikmati kehidupan
yang bermakna.
Berdasarkan pendapat beberapa orang tokoh, kita boleh membuat
kesimpulan bahawa kaunseling ialah proses pembelajaran apabila seseorang
individu itu belajar tentang dirinya sendiri, tentang hubungan antara
perseorangan, dan tentang tingkah laku yang dapat memajukan perkembangan
peribadi mereka sendiri. Kaunseling adalah sesuatu perhubungan bersemuka
yang bukan proses temu duga ataupun proses mempengaruhi tingkah laku
dengan cara mengugut, mendesak atau memberi amaran. Kaunseling
merupakan perkhidmatan profesional berdasarkan kefahaman mendalam
tentang manusia, tingkah laku manusia dan masyarakat. Ia memerlukan
kemahiran, pengetahuan dan sikap yang tertentu.
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
4/27
OBJEKTIF KAUNSELING
Orang ramai bersetuju bahawa matlamat asas kaunseling ialah untuk membawa
perubahan tingkah laku dan seterusnya akan membolehkan hidup mereka lebih
produktif dan memuaskan. Tujuan utama kaunseling sekolah ialah untuk
menolong murid memahami dirinya sendiri agar ia dapat menjadi individu yang
lebih terpuji.
Fullmer dan Bernard mengata bahawa:
masalah asas kaunseling ialah untuk mencari cara-cara bagi individu
menghubungkan pengetahuan luar dengan dirinya sendiri agar pengetahuan
tersebut menjadi sebahagian dirinya dan dapat digunakan untuk tingkah laku
penyelesaian masalahnya
Dari pendapat Fullmer dan Bernard, kita difahamkan objektif kaunseling
adalah membantu klien menyelesaikan masalah-masalah yang sedang
dihadapinya. Selain itu, kaunseling juga dapat membantu klien meningkatkan
keupayaannya untuk mencapai kebebasan psikologi, iaitu berkebolehan untuk
mengurus hidupnya sendiri.
Kaunseling membantu dan membimbing pelajar atau klien menyedari dan
mencari kekuatan dan kelemahan diri mereka. Melalui cara ini pelajar dapat
mengubah tingkah laku mereka dan dapat mengembangkan kebolehannya ke
satu tahap yang maksimum. Kaunselor dapat membimbing mereka semasa
membuat keputusan supaya mereka dapat menentukan matlamat sendiri melalui
pemilihan-pemilihan yang bermakna. Ini dapat disokong oleh Arbucle (1965)
yang juga mengatakan bahawa kaunseling ialah proses membantu pelajar
melihat siapa sebenar dirinya, kesukaran yang dihadapi dan perubahan yangboleh buat.
Hal ini tidak pula bermakna bahawa kaunselor akan memberitahu klien
atau murid apa yang salah dan apa yang harus dibuat pada mereka. Dengan
kaunseling, murid ditolong mencapai penyesuaian dan kerjaya mereka sendiri.
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
5/27
Maka dengan itu, jelaslah bahawa kaunseling memberikan fokus kepada
masalah dan keperluan murid secara individu dan menolong mereka
mempelajari perkara-perkara yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah-
masalah tersebut. Dengan cara ini, murid-murid akan menjadi lebih
berkebolehan menghadapi masalah masa depan mereka secara sendiri.
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
6/27
PENGERTIAN BIMBINGAN
Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses pendidikan yang
berlanjutan, tersusun dan sistematik. Bimbingan membantu seseorang individu
melalui daya usahanya untuk mengembangkan kebolehannya serta membuat
penyesuaian diri dengan kehendak masyarakat. Bimbingan boleh ditakrifkan
sebagai suatu proses atau usaha yang dirancang dalam persekitaran sekolah
untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dalam semua aspek hidup.
Seperti yang kita fahami para pelajar di sebuah sekolah berasal dari latar
belakang yang berlainana dan mempuntai kebolehan, minat ,bakat dan sahsiah
yang berbeza. Sebagai contohnya, ada pelajar bersifar periang dan ada pelajar
yang bersifat pendiam. Sesentengah pelajar yang berasal dari keluarga yang
bahagia dan pula yang berasal dari keluarga yang porak peranda. Jadi
memandangkan senario di atas maka perkhidamatan bimbingan amat diperlukan
untuk membantu pelajar menikmati perkembangan yang menyeluruh dan sihat
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Definisi Mathewson atas bimbingan telah digunakan oleh Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia juga
menegaskan definisi yang diberi oleh Mathewson:
Bimbingan ialah proses professional yang sistematik bagi menolong
individu melalui prosuder pendidikan, dan membuat interpretasi untuk
memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta untuk
menghubungkan dirinya dengan lebih baik lagi dengan keperluan, dan peluang
sosial mengikut nilai-nilai sosial dan moral
Shertzer dab Stone ( 1974 ) mendefinisikan bimbingan sebagai satuproses menolong individu untuk memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Murid
dibimbing untuk menyedari diri sebagai individu, identiti peribadi, kekuatan dan
kelemahannya. Alice Crow (1964) pula menjelaskan bimbingan sebagai bantuan
yang diberi kepada seseorang individu bagi menentukan matlamat jangka
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
7/27
pendek dan panjang, merancang cara-cara bertindak serta memperbaik sikap
dan tingkah laku dalam aspek-aspek yang perlu.
Mengikut Belkin, bimbingan mewakili pola perkhidmatan yang meliputi
orientasi, inventori individu, maklumat pendidikan dan pekerjaan, kaunseling,
penempatan, dan perkhidmatan susulan. Daripada pengertian ini, kita dapati
bahawa bimbingan meliputi pelbagai aktiviti dan penggunaan berbagai-bagai
sumber, seperti penasihatan, kaunseling, ujian, lawatan, ujian bakat dan
perbincangan di bilik darjah. Bimbingan dapat menolong murid membuat pilihan
berhubung dengan perancangan dan objektif pendidikan.
Konsep Bimbingan Dan Kaunseling
Konsep Bimbingan Dan Kaunseling
Bimbingan, atau guidancedalam bahasa Inggeris, membawa erti memberi panduan atau
nasihat kepada seseorang.
Mengikut Crow dan Crow (1983), bimbingan, di bawah konteks pendidikan merujuk kepada
bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada pelajar yang berkenaan.
Pelajar yang memerlukan bimbingan merujuk kepada pelajar yang menghadapi masalah
peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun social. Masalah-masalah yang dihadapi
oleh pelajar biasanya boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama, iaitu masalah
akademik dan masalah emosi-sosial. di dalam proses bimbingan, pelajar yang berkenaan
akan diberi panduan atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan masalah
tertentu.
Manakala, kaunseling mengikut Shertzer dan Stone (1968), ialah proses interaksi yang
membolehkan individu memahami diri dan situasinya.
Menurut Arbuckle (1965), kaunseling bukan bertujuan menolong klien menyesuaikan diri
dengan alam sosial, tetapi menolongnya memahami kelebihan dan kelemahannya,potensi
dan keupayaannya.
Patterson dan Eisenberg (1983) menghuraikan kaunseling sebagai proses pertemuan
secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa perubahan
klien pada akhirnya.
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
8/27
Mengikut Kamus Dewan (1998), kaunseling merupakan proses teratur yang melibatkan
perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha
mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat.
Berdasarkan huraian di atas, kita boleh rumuskan bahawa konsep bimbingan adalah saling
berkait dengan konsep kaunseling. Sebagaimana yang dihuraikan oleh G.S. Belkin dalam
bukunya Practical Counseling in the Schools, beliau menulis :
bimbingan merangkumi aspek-aspek orientasi, inventori, maklumat pendidikan dan kerjaya.
Manakala, kaunseling merupakan penempatan dan perkhidmatan.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan sebahagian proses daripada perkhidmatan
bimbingan. Di peringkat sekolah, kaunseling merupakan proses pertemuan secara
bersemuka di antara seorang guru bimbingan yang memainkan peranan sebagai kaunselor,
dengan seorang pelajar (disebut sebagai klien) yang menghadapi masalah peribadi atau
akademik, dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku pelajar itu ke arah
menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Bimbingan merangkumi segala aspek seperti
orientasi, inventori, penempatan, kaunseling, tunjuk ajar dan nasihat serta tindakan susulan.
Objektif-Objektif Bimbingan Dan Kaunseling
Objektif utama Bimbingan dan Kaunseling ialah menolong pelajar menyelesaikan masalah,
sama ada akademik ataupun emosi-sosial, yang dihadapinya. Di antara objektif yang lain
ialah :
1. Menolong pelajar memahami dan membentuk nilai, sikap dan tingkah laku
yang sesuai dengan budaya sekolah dan norma masyarakat.
2. Melayan keperluan-keperluan pelajar ke arah perkembangan potensi mereka
secara optimum.
3. Menolong pelajar memahami kekuatan dan kelemahannya agar mereka
dapat menyesuaikan diri mengikut kebolehannya serta memilih dan merancang
masa depan dengan berkesan.
4. Mendorong pelajar menghadapi masalah dengan tabah hati dan berusaha
menyelesaikannya dengan penuh keyakinan.
5. Menyedarkan pelajar bahawa ada orang yang rela membantunya untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
6. Memberi nasihat supaya membantu pelajar memilih kerjaya yang sesuai
pada masa depan.
7. Mengubah tingkah laku bermasalah pelajar dan seterusnya membentuk
tingkahlaku yang diingini.
8. Menolong pelajar membentuk konsep kendiri positif.
9. Memberi tunjuk ajar supaya pelajar dapat mengatasi masalah akademik, dan
seterusnya meningkatkan prestasinya dalam bidang pelajaran yang dahulu dinilai
lemah.
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
9/27
10. Memberi nasihat supaya membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif
atau jurusan yang sesuai mengikut potensi dan minatnya.
11. Menganjurkan kem motivasi bagi pelajar yang mempunyai motivasi rendah
untuk belajar.
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
10/27
MATLAMAT UTAMA BIMBINGAN, KAUNSELING, BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
11/27
Matlamat Utama Bimbingan Dan Kaunseling
Berdasarkan objektif-objektif Bimbingan dan Kaunseling yang dihuraikan, maka matlamat
utamanya ialah memberi bimbingan dan saranan penyelesaian supaya pelajar dapat
menggunakan nasihat dan hasil saranan perbincangan dengan kaunselornya untuk
menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya melaui
usaha diri sendiri.
Konsep Bimbingan dan Kaunseling kadangkala disalahertikan sebagai sesuatu sesi
digunakan untuk menganalisis dan mengkritik kesalahan pelajar, menentukan punca
kesalahan, memberi ajaran, ataupun memaksa pelajar yang berkenaan supaya menurut
cara penyelesaian yang dicadangkan kaunselor.
Konsep bimbingan dan Kaunseling yang sebenar ialah kaunselor hanya perlu mendengar
dan memahami masalah yang dihadapi oleh kliennya, dan membimbingnya memikir
penyelesaian masalah dari pelbagai sudut, demi membolehkannya memahami pelbagai cara
yang boleh dipilh untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang
dihadapinya.
Ringkas kata, matlamat Bimbingan dan Kaunseling ialah memupuk kebolehan
menyelesaikan masalah diri sendiri, membantu kliennya menguasai pelbagai kemahiran
asas untuk adaptasi dan penyesuaian diri serta dapat menggunakan potensi dan pelbagai
sumber yang sedia ada untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam kehidupan.
Berdasarkan pemahaman dan objektif-objektif Bimbingan dan Kaunseling yang
dihuraikan, maka matlamat utmanya ialah memberi bimbingan dan cara
penyelesaian supaya pelajar dapat menggunakan nasihat dan hasil saranaperbincangan dengan guru atau kaunselor untuk menyelesaikan masalah
peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapi oleh mereka.
Kedua, semasa bimbingan dan kaunseling dijalankan, guru atau kaunselor
hanya perlu mendengar dan memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar dan
membimbingnya memikir masalah dari pelbagai sudut, demi membolehkannya
memahami pelbagai cara yang boleh dipilih untuk menyelesaikan masalah
peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya.
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
12/27
Secara kesimpulannya, matlamat Bimbingan dan Kaunseling ialah memupuk
kebolehannya menyelesaikan masalah diri sendiri, membantu pelajar menguasai
pelbagai kemahiran asas untuk menyesuaikan diri serta menggunakan pelbagai
sumber yang sedi ada untuk mencapai kesejahteraan hiduo.
LIMA MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Kaunseling bermatlamat untuk;
1 Memudahkan perubahan individu.
2 Meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan
perhubungan.
3 Membantu keberkesanan klien mengurus diri.
4 Menggalak proses membuat keputusan.
5 Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien.
Memudahkan perubahan tingkah laku klien
-Matlamat kaunseling adalah untuk membantu klien membuat sesuatu
perubahan tingkah laku yang membolehkan pelajar menjalani kehidupan yang
lebih produktif dan memuaskan. Contoh: Ahmad selalu memberi respond yang
negatif kepada guru semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Jadi ini
akan menimbulkan masalah dan menganggu keberkesanan pengajaran.
Semasa sesi kaunseling kaunselor mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
13/27
Ahmad dan selepas itu kaunselor akan membantu Ahamad mengubah tingkah
lakunya supaya tidak menganggu keberkesanan pengajaran.
Meningkatkan keupyaan klien memula dan meneruskan perhubungan.
-Dalam kehidupan kini, terdapat juga pelajar yang bersifat pendiam disebabkan
latar belakang keluarga jadi kadang-kala akan menghadapi masalah komunikasi .
Jadi matlamat kaunselor ialah mencari jalan supaya pelajar tersebut dapat
meningkatkan kemahiran komunikasi. Sebagai contohnya: Mei Ling berasal dari
keluarga yang porak peranda maka dia setiasa mendiamkan diri dan jauhkan diri
daripada bergaul dengan kawan. Maka sebagai sorang kaunselor akan
meluangkan masa berbual dengan dia supaya dia dapat bergaul edngan rakan
yang lain.
Membantu klien mengurus diri
-Tingkah laku negatif yang dipelajari masa kecil akan memberi kesan yang tidak
dijangka dan secara tidak langsung akan menimbulkan masalah padanya. Jadi
dalam keadaan yang demikian, kaunselor akan melatih pelajar mengurus diri
dengan berkesan terutama apabilan menghadapi masalah atau situasi baru.
Menggalakkan proses membuat keputusan
-Dalam kehidupan harian setiap orang juga akan membuat sesuatu keputusan
yang penting dan amat menyukarkan. Jadi matlamat dalam kaunseling adalah
untuk membantunya membuat sesuatu keputusan yang penting dalam hidupnya.
Ini tidak bermaksud bahawa kaunselor akan membuat keputusan untuk pelajar
tersebut . Keputusan muktamad diambil oleh pelajar sendiri.
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
14/27
Membantu perkembangan dan pencapaian potensi pelajar
-Matlamat ini adalah memberi peluang dan mengembangkan potensi yang sedia
ada pada pelajar ke tahap yang maksimum. Selain itu, ia mengurangkan atau
mengatasi apa sahaja yang menyekat perkembangan potensi kebolehan
dan minat seseorag.
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
15/27
George dan Christiani 1981 menyatakan matlamat bimbingan ialah :
MATLAMAT BIMBINGAN1. Menolong perubahan perlakuan.2. Menambah kemahiran klien untuk mengendalikan kehidupannya
sendiri.
3. Menambah kemahiran membuat keputusan.4. Membaiki hubungan dengan masyarakat.5. Membantu perkembangan bakat klien
KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
16/27
Kepentingan Bimbingan Dan Kaunseling
Bimbingan dan Kaunseling membantu murid-murid untuk membantu diri mereka dan untuk
memperkembangkan potensi mereka secara optimum dengan menggunakan peluang
maksima yang dibekalkan oleh sesuatu persekitaran.
Kepentingan bimbingan dan kaunseling ialah :
1. Ia membantu murid-murid untuk memahami diri mereka sendiri. Ia juga
membantu murid-murid dalam pengalaman mereka dengan benda-benda dan dunia
di sekeliling mereka.
2. Ia mempunyai kepentingan kendiri dan sosial.
3. Ia membantu individu-individu untuk memperkembangkan kebolehan dan
kekuatan mereka untuk mencapai efisensi kendiri dan sosial.
4. Ia juga bertujuan untuk mengakhiri pembaziran resos manusia dan fizikal
dengan membantu individu-individu untuk mencari kedudukan mereka dalam
masyarakat.
Sering kali kita dapat lihat daripada keratan akhbar yang sentiasa memaparkan
berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah sosial seperti
vandalism, ponteng sekolah, pergaduhan, pembunuhan diri dan sebagainya. Ini
amat menakutkan dan dibimbang oleh masyarakat kini. Dari situ, kita dapat
lihatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amat diperlukan dan
memainkan peranan yang penting.
Melalui bimbingan dan kaunseling ia dapat menolong seseorang lebih
memahami diri dan situasinya. Ini adalah kerana semua murid berasal dari latar
belakang yang berbeza maka pemikiran mereka akan berbeza oleh itu semasa
manghadapi masalah mereka hanya melihat dari satu sudut jadi sengan ada
bantuan bimbingan dan kaunseling ia akan menolong pelajar memahami ,
melihat dari pelbagai sudut dan membentuk tingkah laku yang sesuai semasa
menyelesaikan masalah .
Selain itu, melalui bimbingan dan kaunseling kaunselor akan memberikan
khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar terlibat dalam perbuatan salah
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
17/27
laku seperti tingkah laku tidak ber disiplin, merokok, vandalisme dan tingkah laku
sosial yang lain. Tujuan ini adalah menolong individu memahami tentang dunia
jenayah dan memberi pandaun atau nasihat kepada mereka supaya mereka
dapat menjauhkan diri daripada kegiatan sosial yang tidak baik.
Di samping itu, melalui bimbingan dan kaunseling ia akan membantu pelajar
melihat siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan menolong individu-
individu memahami diri agar menyedari kekuatan-kekuatan dan kelemahan-
kelemahan diri. Melalui cara ini, individu dapat mengembangkan kebolehannya
ke satu tahap yang maksimum serta memperoleh kesejahteraan hidup. Jadi,
kaunselor dan guru bimbingan menggunakan data pshikologi dan sosiologi untuk
memahami setiap pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri .
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
18/27
JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
19/27
APLIKASI KEMAHIRAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
-Dorongan minimum untuk bercakap
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
20/27
KONSEP, MODEL DAN TEORI-TEORI YANG PERLU DIKETAHUI
1. Memahami Perbezaan Individu
Dalam psikologi perkembangan kajian terhadap perbezaan individu adalah amat
penting dilakukan oleh kalangan guru dan kaunselor. Ini adalah kerana melalui
kajian perbezaan individu ia dapat membantu pendidik memahami perlakuan
murid yang pelbagai, seterusnya akan menyelesaikan masalah dengan
menggunakan cara penyelesaian yang sesuai.
Menurut Ramlah Jantan dan Mahami Razali ( 2002 ) telah membahagikan
aspek-aspek perbezaan individu kepada sebelas aspek yang berlainan, iaitu
fizikal, emosi, kecerdasan, sosial, budaya , personaliti, bakat, minat, latar
belakang dan lain-lain. Jadi sebagai kaunselor atau guru haruslah sentiasa
memberi perhatian terhadap perkembangan murid-murid ini adalah kerana
perbezaan-perbezaan ini akan memberi implikasi besar dalam pengajaran dan
pembelajaran serta kehidupan harian. kefahaman personaliti dan perbezaan
individu adalah dua konsep yang berkaitan maka sebagais eorang kaunselor
haruslah mempunyai pengetahuan dalam perbezaan individu.
2. Teori Abraham Maslow
Menurut Abraham Maslow ( 1970 ), berpendapat bahawa seorang individu akan
memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan
skunder. Dalam keperluan manusia kepada lima peringkat dan menyusundalam satu hierarki
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
21/27
Jadi dari situ, kita tahu keperluan asas dan keperluan keselamatan, kasih sayang
dan penghargaan kendiri manusia hendaklah dipenuhi sebelum manusia
bersedia menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan
estetik. Jadi sebagai guru bimbingan atau guru harus memahami setakat mana
keperluan-keperluan pelajar telah berada barulah dapat membimbing dan
memberi nasihat kepada pelajar. Sebagai contohnya sebagai seorang guru dan
kaunselor dia harus sentiasa bersifat penyayang dan memupuk nilai motivasi
pelajar melalui kem motivasi supaya mereka lebih memahami diri, menerima diri
dan seterusnya menentukan arah hidup untuk diri sendiri.
Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada muridnya
apabila mereka memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan ini boleh diberi
dalam pelbagai bentuk seperti pujian, senyuman atau hadiah. Secara tidak
langsung dapat mempertingkatkan lagi aras motivasi serta meningkatkan
prestasi murid-muridnya. Dari situ, secara tidak langsung ia akan meningkatkan
keyakinan mereka dan seterusnya apabila menghadapi cabaran akan
menggunakan pelbagai sudut untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
3. Kemahiran Komunikasi dalam Hubungan Interpersonal
Hubungan interpersonal bermaksud hubungan antara perseorangan. Di dalam
proses interaksi sosial, hubungan interpersonal biasanya dijalin melalui
http://1.bp.blogspot.com/-dk2v3-OLO9Y/UD4rijH2mBI/AAAAAAAAAGU/E40yshLKgQ0/s1600/index11.jpg -
7/22/2019 Assignment EDU 3107
22/27
komunikasi. Tujuan utama komunikasi antara orang ialah menyampai khabar,
berita pendapat kepada pendengar.
Di dalam sesi kaunseling yang kerap ialah komunikasi lisan dan komunikasi
bukan lisan. Jadi, sebagai kaunselor dikehendaki menguasai kemahiran
komunikasi. Oleh itu, sebagai kaunselor yang mempunyai kemahiran
berkomunikasi yang berkesan iaitu sebagai kaunselor harus bertutur dengan
jelas, tepat serta berperasaan empati.
Komunikasi secara lisan iaitu melibatkan proses pemindahan maklumat atau
idea secar lisan daripada seorang individu kepada seorang individu atau
berkumpulan. Sebagai contohnya; Dalam bilik kaunseling, murid memainkan
peranan sebagai penyampai maklumat dan kaunselor sebagai pendengar. Jadi
sebagai kaunselor penyampaian yang hendak disampaikan mesti jelas dan
mudah difahami. Manakala komunikasi secara tidak lisan ialah melelui
penyampaian mesej melalui gerak isyarat seperti gerak kepala, mendiamkan diri,
mengangguk kepala, menggeleng kepala dan lain-lain. Sebagai contohnya;
mengangguk kepala boleh diertikan sebagai tanda persetujuandan menggeleng
kepala boleh diertikan sebagai tidak mahu menerima.
Jadi sebagai kaunselor ia harus menguasai kemahiran komunikasi secara lisan
dan bukan lisan untuk mencapai objektif kaunseling. Selain itu, kaunselor
hendaklah menggunakan pelbagai tindakan yang sesuai seperti tugur sapa,
menerima pandangan, gaya duduk, air muka, pergerakan tangan dan nada
suara.
Kemahiran penyelesaian masalah murid amat penting untuk seorang kaunselor
maka sebagai seorang kaunselor harus memahami topik ini supaya dapat
menjalankankan sesi kaunseling dengan baik. Dengan penguasaan kemahiran
ini maka sebagai seorang kaunselor akan mengenal pasti punca masalah
setelah murid mencurahkan masalah. Selepas itu, kaunselor akan membantu
murid mencari alternatif untuk menyelesaikan masalahnya. Jadi dari situ, kita
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
23/27
dapat nampak kemahiran komunikasi amat penting untuk seorang kaunselor dan
guru.
4. Teori Kecerdasan Emosi
Teori ini amat penting untuk guru membantu murid menyelesaikan masalah
mereka. Emosi seseorang akan berlaku dalam 3 faktor iaitu situasi persekitaran,
keadaan fisiologikan dan proses kognitif. Menurut S. Schacter&J. Singer
( 1962 )emosi dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:
a) Sitimulitimbul perubahan kognitif dan fisiologikal seseorang individu
b) Pentafsiran individuperubahan perasaan diri
Melalui pemahaman teori ini maka sebagai guru bimbingan atau guru kaunselling
ia dapat membantu dalam aspek memahami emosi murid-murid, kebolehan
mengurus emosi, kebolehan memotivasi, mengurus perhubungan dan lain-lain.
Kesemua ini amat berguna untuk seorang guru. Dalam pengalaman harian
terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi seperti, peperiksaan,pencapaian,
keluaraga yang porak keranda dan lain-lain maka kesemu cabaran dan tekanan
ini akan menyebabkan seseorang berasa kekecewaan, konflik, tekanan,
kesedihan dan lain-lain.
Jadi sebagai seorang guru kaunseling untuk membantu murid dalam mengurus
emosi diri dia harus berbuat demikian iaitu;
Mengelolakan aktiviti kumpulan
Menggunakan percakapan yg sesuai
Mewujudkan suasana interaksi yang kondusif dalam bilik
sikap penyayang
galakan & motivasi pembelajaran
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
24/27
RUMUSAN
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sebagai guru kaunselor, guru bimbingan dan guru-guru perlu
memiliki tahap profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan tugas mereka.
Oleh itu, peningkatan ilmu pengetahuan dalam profesionalisme keguruan dalam
kalangan guru-guru amat penting. Peningkatan profesionalisme keguruan dapat
dilakukan dalam tiga kaedah, yakni peningkatan Kendiri, penyertaan Kursus
peningkatan Profesionalisme keguruan dan kerjasama profesional. Sebagai guru
yang berprofesionalisme, kita sentiasa harus mengetahui kemahiran-kemahiran
asas seperti kaunseling dan bimbingan. Ini adalah kerana melalui kaunseling
ialah bantuan yang diberi kepada murid-murid biasa yang sedang dalam
perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial, intelek , fizikal, emosi, kejiwaan
dan kerohanian.
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
25/27
REFLEKSI
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
26/27
RUJUKAN
Crow L.D. dan Crow. A., ( 1960 ). An Introduction to Guidance, New York:
American Book Co
Ee Ah Meng ( 2003 ). Bimbingan dan Kunseling. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Jantan dan Mahani Razali ( 2002 ). Psikologi Pendidikan. Pendekatan
Kontempoarri, McGraw Hill, Malaysia.
Shertzer, B. dan Sone, S.C., ( 1980 ). Fundamentals Of Counseling. Boston:
Hughton Mifflin Company.
Tang Chee Yee. ( 1996 ). Bimbingan dan Kaunseling. Kumpulan Budiman Sdn .
Zulkifli Yusuf, ( 1990 ). Panduan Khidmat Bimbingan.Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
-
7/22/2019 Assignment EDU 3107
27/27
http://cikgumuzikcun.blogspot.com/2012/08/konsep-asa-bimbingan-kaunseling-
dan.html
http://psikologidplimu2012.blogspot.com/2012/08/esei-kaunseling.html
file:///C:/Users/Acer/Downloads/PENGURUSAN%20PERKHIDMATAN%20BIMBI
NGAN%20DAN%20KAUNSELING%20(1).pdf
http://www.ppdkotatinggi.edu.my/attachments/article/192/PPDBKKM.pdf
Matlamat B&K
http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01/matlamat-dalam-
bimbingan.html
http://hem.edu.my/index.php/subunit/bimbingandankaunseling
http://bnkkk.blogspot.com/2011/01/tujuan-perkhidmatan-bimbingan-
dan.html
http://cikgumuzikcun.blogspot.com/2012/08/konsep-asa-bimbingan-kaunseling-dan.htmlhttp://cikgumuzikcun.blogspot.com/2012/08/konsep-asa-bimbingan-kaunseling-dan.htmlhttp://psikologidplimu2012.blogspot.com/2012/08/esei-kaunseling.htmlhttp://c/Users/Acer/Downloads/PENGURUSAN%20PERKHIDMATAN%20BIMBINGAN%20DAN%20KAUNSELING%20(1).pdfhttp://c/Users/Acer/Downloads/PENGURUSAN%20PERKHIDMATAN%20BIMBINGAN%20DAN%20KAUNSELING%20(1).pdfhttp://www.ppdkotatinggi.edu.my/attachments/article/192/PPDBKKM.pdfhttp://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01/matlamat-dalam-bimbingan.htmlhttp://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01/matlamat-dalam-bimbingan.htmlhttp://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01/matlamat-dalam-bimbingan.htmlhttp://hem.edu.my/index.php/subunit/bimbingandankaunselinghttp://hem.edu.my/index.php/subunit/bimbingandankaunselinghttp://bnkkk.blogspot.com/2011/01/tujuan-perkhidmatan-bimbingan-dan.htmlhttp://bnkkk.blogspot.com/2011/01/tujuan-perkhidmatan-bimbingan-dan.htmlhttp://bnkkk.blogspot.com/2011/01/tujuan-perkhidmatan-bimbingan-dan.htmlhttp://bnkkk.blogspot.com/2011/01/tujuan-perkhidmatan-bimbingan-dan.htmlhttp://bnkkk.blogspot.com/2011/01/tujuan-perkhidmatan-bimbingan-dan.htmlhttp://hem.edu.my/index.php/subunit/bimbingandankaunselinghttp://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01/matlamat-dalam-bimbingan.htmlhttp://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01/matlamat-dalam-bimbingan.htmlhttp://www.ppdkotatinggi.edu.my/attachments/article/192/PPDBKKM.pdfhttp://c/Users/Acer/Downloads/PENGURUSAN%20PERKHIDMATAN%20BIMBINGAN%20DAN%20KAUNSELING%20(1).pdfhttp://c/Users/Acer/Downloads/PENGURUSAN%20PERKHIDMATAN%20BIMBINGAN%20DAN%20KAUNSELING%20(1).pdfhttp://psikologidplimu2012.blogspot.com/2012/08/esei-kaunseling.htmlhttp://cikgumuzikcun.blogspot.com/2012/08/konsep-asa-bimbingan-kaunseling-dan.htmlhttp://cikgumuzikcun.blogspot.com/2012/08/konsep-asa-bimbingan-kaunseling-dan.html