-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
1/28
PENGENALAN
Dewasa ini, pendidikan adalah perkara yang menjadi keutamaan. Kualiti
pendidikan sering sahaja menjadi kritikan sesetengah pihak, kualiti pendidikan perlu
diperlihara oleh sesebuah negara. Untuk memastikan kualiti pendidikan terpelihara guru
merupakan fokus utama. Guru adalah pendidik dan juga sebagai pengasuh kanak-kanak
yang akan mmenjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara
pada masa depan.
Guru memainkan peranan yang amat penting. Selain menyampaikan ilmu, segala
tingkahlaku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-murid. Oleh yang demikian,
guru mestilah mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan
murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi berjaya menjalankan tugas
sebagai pendidik dengan lebih sempurna.
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
2/28
Sifat dan kualiti peribadi
Sifat dan kualiti peribadi seorang guru adalah amat penting kerana guru menjadi
contoh kepada murid-murid. Seseorang guru yang baik mestilah memiliki sifat dan kualiti
seperti berikut:
1. Jenaka:Apabila seseorang guru itu mempunyai sifat jenaka, ini akan membawa suasana riang
gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Dengan adanya gelak ketawa dalam
bilik darjah akan membuatkan guru tersebut disukai dan sering didekati oleh murid-
muridnya. Perhubungan guru dengan murid akan terjalin erat dan ini sangat baik dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran. Dengan sifat jenaknya, guru dapat menjadikan
pelajarannya lebih menarik dan berkesan.
2. Baik hati dan bertimbang rasa:Sikap baik hati dan bertimbang rasa seseorang guru amatlah dihargai oleh murid-
murid. Murid-murid akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.
3. Sabar:Seseorang guru yang penyabar adalah guru yang mampu mengawal kemarahan dan
mengawal perasaan diri. Guru ini tidak mudah meradang dalam apa jua keadaan. Guru
yang mudah menunjukkan kemarahnya tidak akan dapat menjalin perhubungan yang erat
dengan murid-muridnya. Akibatnya, sifat kurang sabar ini akan menjejaskan pengajaran
dan pembelajaran. Seterusnya murid-murid tidak menyukai guru tersebut dan tidak
meminati pelajaran yang diajar oleh guru tersebut.
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
3/28
4. Bertanggungjawab:Tugas yang diamanahkan kepada guru untuk mengajar murid-murid adalah amat
penting. Oleh yang demikian, sifat bertanggungjawab mestilah ada di dalam diri
seseorang guru. Ini secara tidak lagsung akan membolehkan guru sentiasa berusaha
menjalankan tugasnya dengan sempurna.
5. YakinSifat kurang yakin yang ada pada guru sendiri adalah merupakan salah satu faktor
yang menyebabkan wujudnya masalah disiplin di dalam bilik darjah. Ini kerana guru
yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila guru membuat satu-satu
tindakan atau keputusan. Murid-murid akan menghormati guru yang boleh mengambil
tindakan yang tegas.
6. KepimpinanMurid selalu akan menganggap guru sebagai pemimpin yang baik yang akan
diikutinya. Oleh yang demikian seseorang guru haruslah mewarisi sifat kepimpinan agar
murid-muridnya akan mematuhi segala tunjuk ajar. Selain itu guru yang mempunyai
kualiti kepimpinan mempunyai tarikat yang tersendiri terhadap murid-muridnya. Dengan
kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin
dengan berkesan.
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
4/28
Sifat dan kualiti profesional
Sifat dan kualiti profesional yang tinggi mestilah ada pada seseorang guru yang
bertauliah. Ini penting kerana guru yang mempunyai sifat dan profesional yang tinggi
akan dapat melakukan dan melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Oleh yang
demikian, walaupun seseorang guru yang memiliki ijazah daripada unversiti mereka tidak
semestinya guru yang baik. Antara sifat dan kualiti yang mesti ada pada guru supaya
dapat menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan ialah :
1. Ingin tahuSifat ingin tahu yang ada pada diri seseorang guru akan mendorong seseorang guru
itu sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuannya. Guru akan selalu
mempelajari dan menyuaikan diri dalam perubahan-perubahan, baik daripada kurikulum
mahupun kaedah mengajar demi kepentingan pekerjaannya sebagai guru.
2. Pengetahuan ikhtisasSeseorang yang ingin menjadi guru mestilah menjalani kursus yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini kerana seseorang guru itu mestilah bertauliah,
iaitu layak menjadi seorang guru dalam erti kata yang sebenar. Guru mestilah
dilengkapkan dengan berbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak-
kanak, ilmu kaedah mengajar, kurikulum, mata-mata pelajaran dan sebagainya. Guru-
guru yang melengkapkan diri dengan berbagai-bagai pengetahuan ikhtisas ini adalah guru
yang telah memperolehi kualiti profesional dalam konteks pendidikan.
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
5/28
3. Suka membacaGuru mestilah memperolehi ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam sebelum
menyampaikan pelajaran. Selain itu guru juga mestilah yakin semasa menyampaikan dan
menyebarkan ilmu kepada murid. Walau bagaimanapun objektif ini hanya dapat dicapai
sekiranya guru sentiasa membaca. Ini kerana, sifat suka membaca adalah kriteria yang
penting untuk mempertingkatkan kualiti profesional seseorang guru.
4. Kemahiran bertuturAntara faktor yang mempengaruhi keberkesanan guru menyampaikan pelajaran ialah
kemahiran bertutur. Guru yang mempunyai pertuturan yang jelas dan terang akan
membolehkan murid mendengar pelajaran yang diajarnya dengan tepat dan sebaliknya
pertuturan guru yang kurang baik akan menyebabkan penyampaiannya kurang jelas.
Dengan penggunaan sebutan dan tatabahasa yang betul murid-murid tidak akan tersilap.
Oleh yang demikian kemahiran bertutur merupakan salah satu kualiti profesional yang
penting bagi seseorang guru.
5. Daya ingatanDaya ingatan yang baik boleh membantu guru menyampaikan pelajaran yang
sepenuhnya mengikut perancangan yang telah disediakan. Oleh yang demikian, murid-
murid tidak akan ketinggalan sebarang isi pelajaran yang penting yang disampaikan oleh
guru. Daya ingatan yang baik adalah antara syarat penting untuk mempertingkatan kualiti
profesional seorang guru.
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
6/28
6. Daya usahaKualiti daya usaha seseorang guru tidak akan terperangkat dengan masalah yang
akhirnya akan menyebabkan murid-murid bosan untuk belajar. Ini kerana guru yang
mempunyai kualiti profesional akan selalu dan sentiasa berfikir dan mencuba pendekatan
atau keadah yang baru supaya pengajarannya menarik dan berkesan.
Sifat dan kualiti sosial
Tugas dan kewajipan guru tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja. Seseorang
guru juga hendaklah melakukan kerjasama sesama guru lain untuk meningkatkan
kemajuan pelajaran dan pendidikan murid-murid di sekolah. Ini kerana ia bergantung
kepada kerjasama dan muafakat diantara semua golongan guru di sekolah itu. Selain itu
imej guru dapat dipertingkatkan jikalau guru sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam
kegiatan masyarakat seperti menyertai aktiviti pergerakkan belia dan sukan, badan
kebajikan, kebudayaan dan sebagainya.
Oleh yang demikian, konsep guru yang berjaya pada masa sekarang bukan hanya
ditinjau dari segi sifat dan kualiti peribadi dan profesional semata-mata, tetapi juga dari
segi sosial. Antara sifat dan kualiti sosial seseorang guru ialah :
1. Budi pekerti: ini termasuk kelakuan bersopan santun semasa bergaul denagan rakan-rakan sejawat atau semasa menyertai aktiviti dalam masyarakat. Seseorang guru yang
mempunyai sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang ramai.
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
7/28
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
8/28
Sebagaimana yang telah diterangkan, guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-
kanak. Guru memainkan peranan menyebar ilmu kepada murid-muridnya. Jadi, duru
mestilah mempunyai segala sifat dan haruslah menyemai dan memupuk sifat dan
kualitinya sendiri di dalam usaha menjalankan tugasnya sesuai dengan seorang pendidik,
pengasuh serta penyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan negara.
Hanya guru yang memiliki sifat dan kualiti yang murni dan bernilai sahaja dapat
menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab dengan sempurna dan penuh dedikasi.
PENGERTIAN AKAUNTABILITI
Mengikut kamus dwibahasa, perkataan akauntabilti dijelaskan sebagai
bartanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Jadi,
dibawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab
terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti seseorang guru terhadap profesionnya,
boleh diperlihatkan daripada laporan rasmi yang dikemukakan oleh sekumpulan penilai
bebas tentang pandangan mereka terhadap pencapaian atau prestsi guru itu semasa
melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh, guru yang sedang
mengikuti latihan mengajar akan diawasi dan dinilai oleh penel penilai yang dilantik
kementerian pendidikan.
Panel penilai ini biasanya terdiri daripada orang-orang profesional yang diberi
pengiktirafan dan mempunyai kecekapan menjalankan penilaian secara tepat dan
saksama tentang tugas yang dilaksanakan oleh guru yang dinilai. Selepas penilaian itu,
pengurusi dalam panel penilai akan mengemukakan laporan mengenai prestasi atau
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
9/28
pencapaian guru itu berdasarkan tugas yang dilaksanakan mengikut ciri-ciri yang
ditetapkan. Laporan yang dikemukakan kepada pihak yang berkenaan adalah bertujuan
untuk mempertimbangkan langkah yang selanjutnya bagi meningkatkan prestasi guru.
Misalnya, prestasi guru-guru dalam pelbagai kategori adalah dinilai oleh panel
penilai yang terdiri daripada Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Guru Besar dan
Penolong Kanan. Hasil penilaian ini akan direkodkan dalam laporan penilaian prestasi
yang kemudiannya dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan untuk memperbaiki
kebolehan guru tersebut.
AKAUNTABILITI GURU
Menurut akauntabiliti guru terdapat beberapa bidang yang dapat dijelaskan seperti
berikut:-
1. Bidang Pekerjaan:Terdapat banyak bidang pekerjaan di Malaysia. Sebagai contoh, seorang pendidik
(guru) bertanggungjawab terhadap pekerjaannya iaitu akauntabiliti terhadap kurikulum
yang dia ditugaskan untuk melaksanakannya. Oleh itu, guru harus memahami kurikulum
sekolah secara mendalam supaya dapat melaksanaknnya dengan sempurna tanpa
sebarang kesilapan. Pendek kata, pengajaran murid mengikut kurikulum yang ditugaskan
adalah salah satu akauntabiliti guru terhadap bidang pekerjaannya.
2. SekolahSekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu, guru juga bertanggungjawab
terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentaadbiraan sekolah. Sebagai seorang ahli
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
10/28
dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan
kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain mengajar di dalam kelas, guru juga dikehendaki
menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru disiplin, kaunselor, setiausaha
peperiksaan, pengurusi skim pinjaman buku teks dan jawatan-jawatan lain yang dilantik
oleh pihak pentadbiran sekolah.
3. Tingkah LakuTingkah laku guru adalah contoh kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah
mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid
untuk dicontohi. Dalam hal ini, guru haruslah sentiasa berpakaian kemas, berkelakuan
baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa menepati masa, rajin dan mempunyai
sikap terhadap tugas-tugas yang diamanahkan. Pendek kata, guru haruslah berkelakuan
seperti guru, berpakaian seperti guru, berjalan seperti guru dan bertutur seperti guru.
4. MuridSebagaimana yang kita ketahui, tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad
kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga meliputi
pembentukan sahsiah murid-murid. Ini meliputi berbagai-bagai aspek perkembangan dari
segi intelek, rohani emosi dan jasmani supaya murid-murid menjadi insan yang berilmu
pengetahuan, bermoral tinggi , hormonis dan seimbang. Oleh itu, guru mempunyai
akauntabiliti terhadap tahap pencapaian, kemajuan serta kelakuan murid-murid yang
diajarnnya.
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
11/28
5. Profesion
Sebagai seorang profesional, guru menpunyai akuantabiliti terhadap profesionnya.
Oleh itu guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan
memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar murid dengan cekap dan
dedikasi supaya setiap murid yang diajarnya akan berjaya mencapai keputusan akedemik
yang cemerlang. Dalam hal ini guru hendaklah sentiasa berazam menambahkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan supaya dapat menjalankan tugas
mengajar cekap dan sempurna. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati
akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan.
Sebagaimana profesion-profesion yang lain, guru haruslah menjalankan tugas dan
tanggungjawab mereka mengikut hasrat sekolah, murid, ibu bapa, masyarakat dan negara
Adalah diharapkan, kaum guru dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi
supaya mutu perkhidmatan mereka selaras dengan akauntabiliti mereka terhadap bidang,
sekolah, tingkahlaku murid dan profesion keguruan. Berikutan ialah huraian-huraian
ringkas mengenai akauntabiliti guru terhadap negara, pendidikan, pelajar dan ibu bapa
serta diri.
Akauntabiliti guru terhadap negara
Menjalankan tugas menyebarkan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara
dengan jelas.
1 Memupuk nilai dan sikap yang murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsadalam setiap jiwa pelajar dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang
taat setia, bertanggungjawab serta berguna.
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
12/28
2 Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan mengambilbahagian secara tegas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.
3 Mengerat persefahaman dan berkerjasama dengan ikhlas dikalangan guru dan ibubapa murid .
4 Memberi sumbangan secara sekarela kepada negara.5 Bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial demi
mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.
Akauntabiliti Guru Terhadap Program Pendidikan
1. Membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan dengan mata-mata pelajaran yang
diajar.
2 Memahami selengkap-lengkapnya isi dan ilmu pengetahuan yang berkaitan denganmata pelajaran yang diajar.
3 Menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan untukmeningkat prestasi dalam aktiviti pengajaran .
4 Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapaiokbektif pelajaran secara maksimum .
5 Mengajar dengan fakta yang betul supaya murid dapat belajar dengan tepat danmenerima ilmu pengetahuan yang betul.
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
13/28
Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar Dan Ibu bapa
1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklahmenepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan cara berkesan.
2. Mengutamakan kebajikan, kemajuan,dan keselamatan murid-murid daripada hal-hallain.
3. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor Jasmani,mental, emosi, politik ,ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
4. Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiahatau bayaran .
5. Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas , berbudi bahasa danbersopan santun semasa bertugas.
Akauntabiliti Guru Terhadap Diri
1. Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.2. Mengawal emosi sendiri supaya mendapat ketenangan dan ketenteraman jiwa .3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijak supaya pendapatan adalah seimbang
dengan perbelanjaan harian.
4. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Initermasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.
5. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yangberlaku disekeliling melalui surat khabar serta radio dan televisyen .
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
14/28
6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanafaat dengan tujuanmengisi masa lapang secara berfaedah.
Langkah meningkatkan profesionalisme keguruan.
Tugas, tanggungjawab dan peranan guru pada masa ini bukan sahaja berbeza
berbanding dahulu malahan lebih berat serta kompleks. Ini adalah akibat daripada
perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Guru harus menyedari tugas
dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi
dewasa nanti. Perubahan pendidikan Malaysia yang pesat, khasnya perlaksanaan
reformasi pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program KBSR dan KBSM,
memerlukan guru pula merefomasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang canggih demi
mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar.
Tugas dan kerja guru hari ini tidak sama dengan masa-masa yang lalu ekoran
daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan. Peranan guru pada masa ini lebih
ditumpukan kepada menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi perangsang
dalam bilik darjah. Guru masa dahulu menumpukan masanya untuk menyedarkan
masyarakat betapa mundurnya mereka dan usaha untuk menggembeleng tenaga mereka
untuk memajukan diri sendiri sentiasa dipandang berat oleh guru-guru.
Perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah seiring
dengan perubahan peranan seorang guru. Ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu
tidaklah lagi bersesuaian dengan peredaran zaman yang sentiasa memerlukan
pembaharuan baik dari segi perancangan mahupun perlaksanaan. Untuk menghadapi
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
15/28
tuntutan dan cabaran daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah supaya memainkan peranan yang lebih berkesan, guru hari ini hendaklah
sentiasa melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran
mengajar dari semasa ke semasa.
Sehubungan ini, guru hendaklah mengikuti kursus pendidikan yang dianjurkan
oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Daerah misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan Profesionalisme
Keguruan. Kehadiran kursus-kursus pendidikan seperti ini adalah penting bagi guru demi
mempertingkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja pendidikan yang kian
kompleks, canggih serta kian mencabar.
Di dalam konteks perkembangan profesionalisme keguruan, salah satu usaha
utamaialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru harus
sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian demi mempertingkatkan prestasi
dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion mereka. Usaha
ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan
kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik
darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk
mempertingkatkan kemahiran pembelajaran dalam bilik darjah.
Contoh-contoh masalah pendidikan.
Di dalam bilik darjah, guru sedikit sebanyak pasti akan jumpa masalah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran seperti masalah-masalah yang berkaitan dengan :
Penggunaan bahan-bahan pengajaran
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
16/28
Penggunaan strategi dan kaedah mengajar Pengurusan aktiviti kumpulan Perancangan aktiviti pemulihan dan pengayaan Penyediaan lembaran kerja.Sebagai contoh, katakan sekumpulan guru matematik di sekolah rendah
menghadapi masalah dalam pendidikan pemulihan untuk murid-murid dalam kumpulan
lambaat. Guru-guru matematik ini mengambil keputusan untuk mengkaji masalah yang
mereka hadapi dan menjalankan penyelidikan secara usahasama. Mereka membuat
pemerhatian masing-masing dan merekodkan serta bermesyuarat. Mesyuarat ini adalah
utnuk membincangkan dan membuat kesimpulan bahawa strategi menyepadukan guru
pemulihan dengan guru matematik ke dalam kelas biasa adalah lebih berkesan daripada
menempatkan murid-murid itu ke dalam kelas pemulihan secara berasingan.
Proses Kajian dan Penyelidikan Secara Asas
Peringkat 1 : Mengenal pasti masalah dan menentukan tema kajian.
Peringkat 2 : Merancang dan menentukan strategi penyelidikan.
Peringkat 3 : Melaksanakan rancangan penyelidikan.
Peringkat 4 : Menganalisa, mentafsir dan membuat kesimpulan atau keputusan.
Peringkat 5 : Menyediakan laporan dan mengambil tindakan.
a) menentukan calon-calon untuk dikajib) memilih pembantu untuk menjalankan kajianc) menentu kaedah kajiand) menentu cara penyelidikan
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
17/28
e) menyediakan soalan-soalan kajian dan kajianf) menentukan kaedah pentafsirang) menyediakan jadual perlaksanaanh) mengumpul data membuat pentafsir serta kesimpulani) menyediakan laporan dan mengambil tindakan
Pendidikan ke arah perkembangan kendiri
Mengikut H.V.Perkins, dalam bukunya Human Development and learning (1974),
konsep kendiri terdiri pada persepsi, kepercayaan, sikap serta nilai yang khusus dipegang
oleh seseorangindividu tentang dirinya. Maka, konsep diri memanglah mempengaruhi
segala tingkah laku seseoang individu. Gaya interaksi seseorang individu dalam alam
sekitar sedikit sebanyak konsep dirinya.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentuk konsep diri
Pembentukan konsep diri dan orang lain terhadapnya. Maka faktor-faktor
pembentukan diri adalah berkaitan rapat dengan sisitem psikofizikal, alam sekitar dan
interaksi sosial seoarang individu. Gaya interaksi sosial seorang individu. Di antara
faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan konsep diri ialah:
1. Pengaruh baka keatas ciri-ciri fizikal serta kecerdasan.2. Bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah.3. Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkahlaku4. Emosi mempengaruhi perasaan5. Pengaruh kelurga membentuk sikap dan kercayaan.
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
18/28
6. Kebudayaan mempengaruhi persepsi diri dan persepsi orang lain terhadapnya.7. Pengaruh sekolah yang mengubah tingkah laku agar sesuai dengan persepsi orang
lain terhadapnya.
8. Status sosial keluarga mempengaruhi pembentukan sahsiah seseoang.
Pengaruh konsep diri terhadap seseorang individu
Konsep diri banyak mempengaruhi tingkahlaku manusia kearah penyesuaian,
iaitu (a) penerimaan atau penolakan diri, dan (b) penghargaan kendiri. Seseorang yang
dapat menyesuaikan diri kearah penerimaan kendiri biasanya menggunakan cara
berkongsi kasih mengasih dengan keluarga, kawan atau gurunya di sekolah. Perasaan
yang dirasainya ialah bahawa dia telah diterima dan dihargai oleh orang-orang yang
berinteraksi dengannya, perasaannya akan membawa menerima dan menghargainya.
Sebaliknya, jika seseorang indisidu merasai kurang mandapat peneimaan daripada
ornag-orang berinteraksi dengannya, maka dia akan mengalami persaan penolakan diri.
Perasaan ini akan membawa kesan negatif dalam usahanya mengatasi masalah hdup yang
dihadapi.
Penghargaan kendiri ditimbul daripada penilaian terhadap kebolehan dalam
kebaikan diri sendiri. Penghargaan kendiri boleh dibahagi kepada tiga jenis, iaitu
penghargaan kendiri tinggi biasanya bersikap positif, sanggup berusaha sehingga berjaya
mencapai apa yang diharapkan, percaya dan yakin terhadap diri sendiri yang berbakat
dan berkebolehan. Orang yang mempunyai penghargaan kendiri sederhana biasanya
kurang yakin pada sendiri yang berbakat dan berkebolehan. Orang yang mempunyai
penghargaan kendiri sederhana biasanya kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa merasa
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
19/28
konflikdalam kehidupan dan ragu-ragu mengambil keputusan dengan tepat. Manakala
orang yang mempunyai penghargaan kendiri rendah biasanya bersikap negatif, kurang
yakin dengan diri sendiri, ragu tentang kebolehan diri sendir dan sering berusaha
melepaskan diri apabila menghadapi masalah.
Secara ringkasnya diri sendiri merupakan keseluruhan perkembangan sahsiah
seseorang individu yang unik dan dinamik. Manakala, konsep diri bererti persepsi
seseorang individu termasuk persepsi orang lain terhadap dirinya. Persepsi-persepsi ini
adalah dilahirkan daripada sistem psikofizikal seseorang yang telah dihuraikan diatas.
Nilai-nilai Diri
Nilai merupakan kriteria bagi kita mengukur atau mempertimbangkan harga atau
pengakuan tentang mutunya sesuatu benda. Di bawah konteks manusia, nilai membawa
maksud kebolehan dan kebaikan seseorang. Maka nilai-nilai diri menrangkumi unsur-
unsur pertimbangan seseorang individu seperti kebolehan, kebaikan, pengetahuan,
potensi, bakat, kepercayaan, kecekapan, sikap, emosi, jasmani dan tingkah lakunya.
Konsep Diri
(kendiri)
Persepsi terhadap diri
sendiri
Persepsi ke atas persepsi
orang lain terhadap diri
sendiri.
Pembentukan konsep diri
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
20/28
Nilai moral yang baik, wajar dan diingini boleh dibentuk dengan berbagai-bagai
cara, iaitu melalui contoh teladan, norma, adat resam dan percayaan masyarakat,
peraturan dan undang-undang, hukuman dan ganjaran dan pendidikan.
Nilai-nilai individu biasanya dibina daripada pengalaman-pengalaman yang
dialaminya dari semasa ke semasa. Oleh itu, nilai-nilai diri sentiasa berubah mengikut
peredaran masa. Biasanya, nilai-nilai seseorang dewasa adalah lebih kompleks dan
berharga daripada nilai-nilai seseorang kanak-kanak.
Kepentingan Nilai-nilai Individu
Nilai-nilai adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia menentukan
hampir segala corak kehidupan, sama ada dalam masa kini ataupun maa depan. Hampir
segala keputusan dan tindakan seseorang individu diambil berdasarkan kepada
pertimbangan-pertimbangan ke atas kebolahan, potensi, pengetahuan, bakat,
kepercayaan, kecekapan dan sikapnya. Pertimbangan-pertimbanagan ini adalah unsur-
unsur persepsi ke nilai-nilai diri sendiri.
Berdasarkan perbincangan di atas, perkembangan kendiri boleh disamakan
sebagai perkembangan potensi diri dari segi intelek, rohani, sosial, rohani dan jasmani.
Usaha untuk memperkembangkan potensi diri bukan sahaja kemahiran-kemahiran seperti
kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran sosial, kemahiran komunikasi serta
kemahiran menangani masalah dan cabaran.
Oleh itu, guru haruslah menguasai kemahiran-kemahiran ke arah perkembangan
kendiri. Usaha ini akan membolehkan guru mengembangkan potensi diri, meningkatkan
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
21/28
statusnya sebagai profesional dalam erti kata sebenarnya, menjalankan tugas dengan
cekap dan penuh keyakinan serta mencapai prestasi yang cemerlang.
Peka Terhadap Perkembangan Pendidikan Terkini
Di dalam dekat 90-an, Malaysia dijangka akan mengambil langkah untuk
mengemaskini sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan beberapa perubahan
seperti berikut :
1. Memperkenalkan pendidikan prasekolah dalam sekolah rendah.2.
Mengurangkan tahun persekolahan diperingkat sekolah rendah dari 6 tahun
kepada 5 tahun bagi murid-murid cerdas dan melanjutkan tahun persekolahan ke
7 tahun untuk murid-murid yang lambat.
3. Memberi peluang pendidiakn kepada semua pelajar denagn melanjutkan tempohpelajaran mereka dari 9 tahun hingga 12 tahun, iaitu sehingga tingkatan 5 di
peringkat sekolah menengah.
4. Mengutamakan pendidikan teknologi dengan tujuan melahirkan pelajar yangmahir dalam bidang seni perusahaan, perdagangan dan ekonomi rumah tangga.
5. Mengubah sistem peperiksaan SRP kepada Penilaian Menengah rendah (PMR).6. Menghapuskan sistem pengaliran di peringkat sekolah menengah atas dan
menggantinya dengan sistem pendidikan umum.
7. Mengubah sistem peperiksaan SPM kepada Penilaian Menengah Atas danmenjadikannya sebagai peperiksaan terbuka.
8. Mengutamakan pendidikan Sains dan Matematik dengan mengubahsuaikanprogram KBSR dan KBSM untuk menghadapi cabaran Wawasan 2020.
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
22/28
9. Meningkatkan kualiti pendidikan dengan melatih cukup tenaga pengajar yangmahir dalam pelbagai jurusan pendidikan.
10. Menukar sistem persekolahan dengan menambah waktu pelajaran sesi pagisehingga petang.
Pendidikan kini di Malaysia
(i) Pendidikan Jarak Jauh (iii) Pendidikan Terbuka
(ii) Pendidikan Komputer (iv) Pendidikan Radio dan Televisyen
(i) Pendidikan Jarak Jauh.
Kaedah pendidikan ini juga dikenali sebagai Pendidikan Melalui Media,
Pendidikan Komunikasi atau Pendidikan Melaui Siaran. Terdapat dua cara yang bisa
digunakan dalam pengendalian pendidikan jarak jauh ini iaitu :
1. Guru atau pengajar menyampaikan pengajarannya dengan tidak payah bersemukadengan pelajar. Mereka menggunakan kaedah jarak jauh iaitu dengan menggunakan
alat penghantaran seperti radio atau televisyen.
2. Selain itu pengajar menyampaikan pengajaran mereka dalam bentuk naskah bercetak,pita rakaman, pita video ataupun dalam disket komputer ke pusat pusat sumber
untuk dipinjamkan kepada pelajar pelajar yang ingin menggunakannya. Selain itu
juga pelajar boleh dilatih dengan menggunakan kaedah CAL ( Computer Assisted
Learning ) dirumah.
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
23/28
Alat bantuan mengajar seperti ini adalah untuk memudahkan pelajar untuk belajar
Bagi mereka yang tidak dapat menghadiri kelas ataupun kuliah. Mereka boleh
mendapatkannya dengan hanya duduk dirumah. Dalam perkataan lain sekolah tidak lagi
menjadi tempat bagi mendapatka pendidikan formal.pelajar pelajar yang mengikuti
sistem pendidikan ini akan mengikuti rancangan peljaran sesuatu kurikulum,
menjalankan dan menyediakan kerja kursus dan juga menduduki peperiksaan seperti
pelajar lain. Mereka juga seterusnya akan memperolehi sijil yang juga diiktiraf.
Namun begitu jenis pendidikan seperti ini hanya banyak diamalkan dinegara
barat, di negara kita pendidikan seperti ini dikenali sebagai pendidikan luar kampus.
Program pendidikan luar kampus ini telah mula diperkenalkan dinegara kita pada tahun
1971 di Universiti Sains Malaysi. Dalam program ini guru guru terelatih dikehendaki
mengahdirkan diri ke kuliah dalam cuti penggal ketiga setiap selama 4 tahun. Mereka
juga kana menduduki peperiksaan yang sama seperti pelajarpelajar lain yang menuntut
secara sepenuh masa.
Kemudian pada tahu kelima pula, guru guru yang telah berjaya akan memasuki
Universiti itu dan kursus tahun ketiga dengan sepenuh masa bersama sama penuntut
tahun akhir yang lain. Program ini telah bermula dengan pengambilan pelajar seramai 84
orang iaitu pada tahun 1971, dan seterusnya pada tahun 1974 bilangan kemasukan telah
bertambah kepada 570 orang. Pada waktu ini program ini telah berkembang dengan
kemasukan ribuan penuntut pada setiap tahun, dan mereka telah mengikuti kursus dalam
berbagai bidang.
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
24/28
(ii) Pendidikan Terbuka.
Kaedah pendidikan ini pula boleh dimaksudkan dengan pendidikan masyarakat
atau aktiviti pendidikan di luar sekolah. Ia tidak memerlukan sebarangkelayakan untuk
mendaftar diri bagi mengikuti segala aktiviti. Aktiviti pendidikan boleh dijalankan
dirumah ataupun ditempat kerja sendiri. Trdapat berbagai - bagai jenis pendidikan
terbuka yang dikelolakan oleh berbagai pihak, diantaranya ialah Pendidikan Jarak Jauh,
Pendidikan Komputer dan Pendidikan Universiti Terbuka.
(iii) Pendidikan Radio Dan Televisyen.
Radio adalah alat bentuan mengajar yang agak berkesan dalam bidang pengajaran
dan juga pembelajaran. Ia memain peranan dalam penguasaan kemahiran bahasa. Murid-
murid akan dapat mendengar rancangan-rancangan pelajaran yang dikelolakan oleh
pihak-pihak tertentu dan secara tidak langsung mereka akan dapat menguasai kemahiran
mendengar dan menguasai bahasa baku. Di samping itu mereka juga akan mendapat
pengetahuan lain yang mungkin berguna kepada mereka.
Televisyen juga adalah alat bentu mengajar yang berkesan dan ia lebih baik jika
dibandingkan dengan radio. Ini adalah kerana disamping mendengar pelajar dapat
menggunakan deria penglihatan mereka. Dengan ini pelajar dapat menggunakan kedua
dua pencaindera terpenting mereka dalam pembelajaran iaitu penglihatan dan juga
pendengaran.
Program pendidikan ini telah dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan
di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyediaannya adalah berdasarkan Sukatan
Pelajaran KBSR dan KBSM secara khusus supaya ia menjadi menarik untuk disiarkan
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
25/28
dan berkesan. Ia bertujuan untuk melengkapi kekurangan guru guru dari segi rancangan
dan pengajaran serta alat bantu mengajar. Rancangan ini dikendalikan oleh guru guru
yang dilatih khas dan mahir bagi memastikan supaya ia berjaya dan berkesan.
Di negara kita, program ini disiarkan secara langsung dari masa kesemasa
mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sistem yang lebih cnaggih ialah pendidikan
televisyen melalui satelitdi mana ramai orang dewasa mendapat pendidikan profesional
melaluinya.
(iv) Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran.
Kaedah in telha memberikan banyak perkembangan dalam sistem pendidikan
yang semakin maju dan canggih ini. Ia membawa perubahan dan perkembangan baru
dalam pendidikan khususnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori
pengajaran, pengurusan sekolah serta kemahiran guru. Dalam pendidikan penggunaan
komputer boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :
1) Komputer membantu poendidikan.Segala tugas pengajaran dilkukan dengan menggunakan teknolgi komputer.
Selain itu penggunaan komputer juga dilakukan dalam bidang pengurusan pembelajaran.
budaya komputer adalah penting sepertimana kemahiran mengira ataupun membaca, jika
tiada budaya komputer maka pelajar akan dianggap buta huruf pada masa akan datang.
2) Komputer membantu pengajaran.
Ia merupakan penggunaan teknologi dan sistem komputer dalam pengajaran.
Teknologi erta sistam komputer digunakna oleh pelajar bagi mengikuti pelajaran
terancang secara individu tanpa memerlukan guru pembimbing. Tugas guru hanyalah
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
26/28
untuk merekabentuk program, dan pelajar akan belajar program itu menggunakan
komputer sebagai alat perantaraan. Modul pula dirancang dirancanga dalam bentuk
pelajran formal, latihan terkawal, pengajaran, serta penyelesaian masalah.
3) Komputer mengurus pengajaran.
Pengumpulan maklumat dan juga penganalisaan mengenai keberkesanan pengajaran,
penggunaan bahan pengajaran, situasi pengajaran interaksi murid dalam kelas boleh
dilakukan menggunakan teknologi komputer. Kemudian hasil yang diperolehi akan
digunakan bagi mengubahsuai rancangan pelajaran dan memperbaiki kelemahan
kelemahan yang ada.
4) Komputer membantu pengujian.Selain dari kegunaan sistem komputer yang diterangkan diatas terdapat juga
kegunaan lain yang biasa digunakan iaitu untuk menguji keberkesanan pembelajaran. ia
dikendalikan dengan dua cara iaitu :
a) Jawapan murid adalah menggunakan borang komputer dan penandaandilakukan menggunakan komputer.
b) Pemilihan soalan juga menggunakan komputer dan murid akanmenggunakan komputer bagi menjawab soalan. Kemudian markah akan
diberikan oleh komputer.
Di Malaysia penggunaan sistem komputer dalam pendidikan adalah semakin
meningkat. Dalam dekat 70 an, penggunaan komputer adalah meluas bagi memeriksa
kertas jawapan objektif dalam peperiksaan awam. Selain itu ia juga digunakan dalam
bidang pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Dalam dekad ini dijangkakan bahawa
komputer akan digunakan secara meluas.
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
27/28
KESIMPULAN
Institusi pendidikan merupakan salah satu daripada institusi-institusi yang
disediakan oleh kerajaan, sesuai dengan keperluan rakyat yang mementingkan pendidikan
demi masa hadapan yang gemilang. Justeru itu kerajaan telah menyediakan prasarana-
prasarana yang berkaitan dengan institusi pendidikan. Sebagai contoh, kerajaan telah
menyediakan sekolah-sekolah di setiap kawasan yang mempunyai penduduk sama ada di
bandar atau di kampung-kampung. Kerajaan juga menyediakan perpustakaan, pinjaman
pelajaran (biasiswa), maktab perguruan dan sebagainya. Tetapi kepentingan maktab
perguruan sebagai titik asas penghasilan bakal-bakal guru tidak dapat dinafikan. Di
sinilah bakal-bakal guru diajar dan dibentuk untuk menjadi seorang guru yang berkarisma
dan bermotivasi tinggi.
Guru merupakan individu yang mencorak sahsiah keperibadian seseorang pelajar
dan ini penting supaya pelajar yang keluar dari zaman persekolahan akan menjadi
seorang yang berguna, berketrampilan dan memenuhi keperluan era teknologi moden.
Guru seharusnya mempunyai sifat-sifat bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran
murid-murid sesuai dengan kosep keguruan itu sendiri. Guru harus peka dengan suasana
pembelajaran dan mengikutinya serta mempunyai akauntabiliti. Akauntabiliti ini amat
penting kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab terhadap hubungan guru dengan
murid tetapi juga hubungan diantara guru dengan guru serta diantara guru dengan ibu
bapa pelajar.
Selain daripada itu, guru harus menyiapkan diri dengan cara pembelajaran yang
moden seiring dengan perubahan teknologi dalam kehidupan. Pada masa dahulu guru
mengajar dengan menggunakan kaedah lama iaitu guru mengajar dan murid mendengar
tetapi cara itu harus diubah. Sebagai contoh, guru sekarang dapat menggunakan
pendekatan baru seperti menggunakan OHP, alat pandang dengar ataupun menggunakan
komputer dalam sesi pengajaran. Ini dapat memudahkan pelajar memahami pelajaran
selain mendedahkan pelajar kepada teknologi.
-
7/31/2019 Akauntabiliti Guru Cemerlang (Profesionalis Akautabiliti Guru)
28/28
Walau bagaimanapun, guru seharusnya menyiapkan diri terlebih dahulu dengan
segala ilmu yang diajar ketika berada di maktab-maktab perguruan. Ini kerana guru
seharusnya mahir dengan cara pengajaran di dalam kelas selain mempunyai kemahiran
berkomunikasi yang baik. Semua ini dapat membantu guru-guru mencapai objektif
keguruan dengan baik selain menjadi seorang guru yang cemerlang.