Download - AA301 –SISTEM EKONOMI ISLAM
EKONOMI
SISTEM EKONOMI ISLAM
Disediakan oleh :
Asnuurien Najma Binti Ahmad Pensyarah Unit Pendidikan Islam & Moral
Jabatan Pengajian Am Politeknik Merlimau
©ANAJ © [email protected]
Pengertian Ekonomi Islam • Menurut pandangan Islam : suatu ilmu yang
mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan
tuntutan syariah sama ada pada peringkat
perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber
untuk kebaikan diri, masyarakat, dan negara dari
segi rohani dan jasmani bagi mendapatkan
keredhaan Allah.
• Asas pemikiran ekonomi Islam bertaut dalam
konsep segi tiga iaitu Allah SWT sebagai Pencipta &
Penguasa, manusia sebagai hamba yg menerima,
mematuhi perintah & menikmati anugerah Maha
Pencipta & kekayaan alam yang mesti dimanfaatkan
oleh manusia menurut hukum dan peraturan Yang
Mencipta.
Konsep Segitiga
ALLAH
MANUSIA KEKAYAAN
ALAM
Tafsiran lain
• Abd Rahman Yusri dalam kitabnya “Ilmu al Iktisadi al-Islami” ekonomi Islam ialah ilmu yang mengkaji penggunaan sumber-sumber manusia dan bukan manusia yang dikurniakan Allah kpd sesebuah masyarakat dgn cara yang akan membantunya mengeluarkan sebanyak mungkin barangan dan perkhidmatan yang halal untuk memenuhi keperluan yang wajar bagi anggotanya masa kini & masa depan.
Menurut Abdullah Abd al-Mohsin al-Tariqi
•Dalam kitabnya “al Iqtisadu al-Islamu Ususan Wa Mubadiu Wa Ahdafu” iaitu satu disiplin ilmu yang mengarah kegiatan ekonomi dan mengaturnya sejajar dengan prinsip Islam dan polisi-polisi ekonominya.
•Pakar ekonomi Barat menyatakan ekonomi ialah suatu disiplin ilmu yang mengkaji sarana- sarana kekayaan bangsa-bangsa dgn memuasatkan perhatian secara khusus tentang sebab-sebab kebendaan daripada kemakmuran.
• Ilmu tentang kehidupan manusia berhubung persoalan bagaimana manusia memperoleh pendapatan dan bagaimana pula mereka menggunakannya.
Definisi Konvensional
• Ilmu yang mengkaji tingkah laku manusia sebagai suatu hubungan di antara matlamat sumber terhad yang mempunyai pelbagai kegunaan.
• Menyerahkan manusia untuk menentukan matlamat hidupnya serta menguruskan sumber-sumbernya.
• Kebebasan ini melahirkan pelbagai sistem ekonomi dengan dasar dan polisi yang berbeza-beza mengikut fahaman politik atau pemerintah.
• Terpisah daripada agama hanya datang dari sumber akal yang boleh berubah-ubah mengikut masa.
• Berlandaskan kepada kebebasan individu dalam pelbagai aspek.
• Mementingkan pengumpulan modal & harta dengan mengetepikan soal halal & haram.
• Terdapat unsur riba, gharar (ketidakpastian) & maisir (pertaruhan).
• Mementingkan kekayaan material semata-mata & mengikis sifat tolong-menolong.
• Mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira hak asasi orang lain (monopoli)
• Kezaliman& Penindasan
• Pembaziran / Pemborosan
• Tidak menjaga keseimbangan antara hak individu dan hak sosial.
• Aliran dalam sistem ekonomi konvensional antaranya feudalisme, kapitalisme, sosialisme & komunisme. Semua sistem ini gagal untuk mengatasi krisis ekonomi dari semasa ke semasa kerana tidak memenuhi kehendak semula jadi manusia & hak masyarakat.
• Ekonomi Islam lahir dari sumber wahyu (AQ & AS)
• Sebahagian daripada keseluruhan sistem hidup Islam yg lengkap, sempurna & mampu utk menyelesaikan masalah hidup manusia.
• Kepentingan individu & masyarakat dlm ekonomi Islam akan sentiasa diseimbangkan.
• Walaupun bersifat kebendaan, tetapi ia tidak terpisah dari aspek kerohanian.
• Sentiasa sesuai sepanjang zaman & masa kerana sifatnya yg tetap & dinamik.
• Kepentingan individu dan masyaraat diseimbangkan.
• Sistem Ekonomi Islam tidak membunuh hak individu sebagaimana Allah SWT nyatakan dalam surat Al-Baqarah ayat 29 bahawa semua yang ada di bumi diciptakan untuk semua orang. Namun pada saat yang sama tetap memelihara hak sosial dengan seimbang,
• Di samping itu, tetap menjaga hubungan dengan negara sebagaimana diperintahkan dalam surat An-Nisaa ayat 59 yang mewajibkan ketaatan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW serta Ulil Amri yang dalam hal ini boleh diartikan penguasa (pemerintah) selama taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.
1. Untuk menjamin kepentingan umum :
• Mengharamkan milik perseorangan pada yang
menjadi milik kepentingan umum & memasukkan
perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum.
• Mengharamkan dari mencari dan memiliki harta
dengan cara yg tidak diingini oleh syarak &
mengharamkan harta-harta seperti itu dimasukkan
dalam tabung-tabung umum.
2. Diharuskan pemerintah mengambil milik
perseorangan untuk dijadikan milik bersama.
3. Pemerintah boleh mengambil apa sahaja
yang dianggap melahirkan perimbangan
ekonomi antara golongan masyarakat.
4. Menyempitkan bidang hak berkekalan
pada milik perseorangan dgn tujuan
menjamin keadilan dlm pembahagian
harta kekayaan & mengelakkan dari
terkumpulnya harta kekayaan dalam
tangan-tangan tertentu.
5. Menyempitkan kebebasan mengurus
pada milik perseorangan dengan tujuan
untuk memelihara dari kemudaratan
pada orang lain dan untuk melahirkan
kemaslahatan umum.
6. Menunaikan kewajipan & tanggungjawab
kewangan seperti zakat, cukai, denda &
sedekah menurut kemampuan masing-
masing.
Skop ekonomi Islam
EKONOMI MASYARAKAT 1. Zakat
2. Fitrah
3. Sedekah / Derma
4. Wakaf
5. Baitul Mal
6. Hutang / Qardhu Hassan
7. Lain-lain sumber kebajikan
EKONOMI PERDAGANGAN 1. Jual beli 2. Mudharabah 3. Musyarakah 4. Jual salam 5. Pembekalan 6. Jual dgn bayaran harga tertangguh 7. Jaminan 8. Gadaian 9. Sewa menyewa/ upah mengupah 10. Wakil 11. Pemindahan hutang 12. Jual janji 13. Tukaran matawang 14. Lain-lain yang mendatangkan keuntungan secara halal
EKONOMI KENEGARAAN • Matawang
• Al Anfal
• Al Fai’
• Al Ghanimah
• Al Jizyah
• Al Kharaj
• Usyur
• Membangunkan tanah terbiar
• Harta pusaka
• Perlombongan / galian
• Lain-lain yang menjadi hak negara.
Perbandingan sistem kapitalisme dgn ekonomi Islam
Kapitalisme Islam
Pemilik mutlak terhadap harta yg dimiliki
Harta Allah yg diamanahkan kpd manusia utk dibelanjakan mengikut garis panduan
Tidak ada orang yg berhak campur tgn trhdp hrta yg menjadi miliknya.
Org lain ada hak trhadp harta yg dimiliknya.
Bebas menyimpan keuntungan & bebas pula menggunkannya
Mendorong utk mengeluarkn harta nagi kepentingan umum & menggunakan harta mengikut cara yg dihalalkan
Bebas memilih jalan utk mencari keuntungan termasuk makan riba
Mengakui milik dengan cara yg halal sahaja
Tidak melarang monopoli Melarang sebarang monopoli
Perbandingan sistem sosialisme dgn ekonomi Islam
Sosialisme Islam
Harta benda menjadi hak milik negara
Allah memberi harta kpd manusia sebagai amanah
Pengawasan yg kuat melalui undang2 negara
Pengawasan dari dalam diri sendiri
Hanya memikirkan tntng dunia sahaja
Memikirkan kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
Membataskan hak milik perseorangan @ menghapuskan hak milik sama sekali
Tidak membataskan hak milik perseorangan
Terlibat dengan riba Bekerja untuk mendapatkan harta dengan cara yg halal sahaja
Perbandingan sistem komunisme dgn ekonomi Islam
Komunisme Islam
Hak milik individu dihapuskan (perampasan hak asasi manusia) kebebasan mengumpul harta.
Alam adalah milik Allah dan manusia bebas memiliki harta tetapi pemilikantesbut hendaklah melalui cara yang halal
Penolakan terhadap agama kerana menjadi faktor kemunduran dan menghalang untuk produksi
Ekonomi Islam berdasarkan kepada ciri-ciri tertentu supaya tidak terkeluar dari landasan Islam
Hak-hak pusaka dihapuskan Hak-hak pusaka dibahagikan kepada waris-warisnya
Perbandingan sistem feudalisme dengan ekonomi Islam
Komunisme Islam
Perwujudan kelas atau status kedudukan golongan hamba dan bangsawan tinggal di penempatan yang berasingan.
Semua manusia adalah sama, yang membezakan anatara individu dengan individu yang lain hanya dari segi ketaqwaan kepada Allah
Golongan hamba tidak dapat menyuarakan idea atau pendapat kecuali golongan yg berkedudukan atau bangsawan, golongan hamba bekerja sebagai petani utk raja, bangsawan atau pun tuan.
Manusia bebas bersuara asalkan tidak melampaui batas.
PENGURUSAN HARTA
KONSEP PENGURUSAN HARTA
• Dalam Islam, mengurus harta dan membelanjakan harta
adalah antara amanah Allah SWT.
• Bertujuan utk mencapai kehidupan yang diberkati.
• Merupakan ujian buat manusia yg akan menentukan
seseorang itu mencapai kebahagiaan di dunia & akhirat.
ASPEK PENGURUSAN HARTA SECARA ISLAM
Penghasilan Harta
Pengumpulan Harta
Perlindungan Harta
Pengagihan Harta
Penyucian Harta
Penghasilan Harta
• Islam galakkan umatnya berusaha mencari harta tetapi tidak
melalaikan kewajipan mereka terhadap Allah SWT.
• Cara yang diharamkan seperti judi, rasuah, eksploitasi dan
cara-cara lain yang bertentangan dengan Islam adalah tidak
dibenarkan.
Pengumpulan Harta
Harta yang diperoleh wajar dikembangkan
melalui pelaburan & simpanan di institusi
kewangan yang menepati kehendak
syarak.
Perlindungan Harta
• Perlindungan harta merupakan suatu
tuntutan syarak yang termasuk dalam
Dasar Tamadun Islam.
Pengagihan Harta
Islam peruntukkan beberapa cara atau
kaedah untuk pengagihan harta sebelum
atau selepas mati.
Antaranya adalah wakaf, hibah, wasiat,
sedekah, faraid dan sebagainya.
Penyucian Harta
Kita tidak sewenangnya membelanjakan
atau mempergunakan harta mengikut
kehendak hawa nafsu.
Perlu keluarkan zakat dan amal jariah
serta sedekah