Download - (1) PENGURUSAN BILIK DARJAH 2
PENGURUSAN BILIK DARJAH
Bostanoordin bin Haji Ahmad
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG KAMPUS KENINGAU SABAH
PENGENALAN
Bilik darjah adalah merupakan tempat yang sangat penting bagi guru dan pelajar. Tempat ini bukan sahaja menjadi bumbung kepada murid , kerusi untuk duduk dan meja untuk menulis, malahan menjadi tunggak proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang murid berada di sekolah .
Pengurusan bilik darjah yang baik dan berkesan akan dapat melahirkan suasana kondusif yang meransang kepada kecemerlangan akademik.
Seorang guru memainkan peranan yang banyak semasa berada di dalam bilik darjah. Adalah menjadi impian setiap guru untuk menguasai dan mengawal setiap aspek bilik darjah sepanjang proses pembelajaran berlaku .
RASIONAL
Dari aspek pedagogi pembelajaran hanya boleh berlaku dengan berkesan sekiranya bilik darjah berada dalam keadaan yang terkawal dan terancang
( Elliot et.al, 2000)
Dalam bilik darjah murid mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap proses pembelajaran . Seorang guru yang masuk ke bilik darjah mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam menyediakan pengalaman dan aktiviti pembelajaran yang bermakna. Pada peringkat sekolah rendah dan prasekolah interaksi dan keberkesanan pengurusan bilik darjah mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap guru dan pelajar ( Elliot et al, 2000).
KONSEP
Bilik darjah merupakan ruang yang mempunyai pelbagai kemudahan yang bertujuan membantu guru dan pelajar dalam proses pembelajaran .
Fungsi bilik darjah - proses pembelajaran , pembentukan disiplin positif , motivasi dan sosialisasi pelajar.
Fungsi sekarang - telah bertambah Peranan guru bertambah
TEORI
Keberkesanan organisasi sekolah dilihat dari sudut penekanan dan pengaruh positif sekolah terhadap pencapaian atau prestasi akademik dalam kemahiran , termasuk disiplin dan kehadiran pelajar ke sekolah .
(Al Ramaiah , 1995)
Kriteria sekolah berkesan Martimore ( 1988) :
Kepimpinan pengetua yang berkesan Penglibatan penolong pengetua Penglibatan guru Pengajaran guru yang consistent Pengajaran yang tersusun Pengajaran mencabar Persekitaran positif Fokus matapelajaran terhad pada
sesuatu masa Komunikasi maksima antara guru dan
pelajar Menyimpan rekod Penglibatan ibu bapa Iklim sekolah yang positif
SKOP PENGURUSAN BILIK DARJAH
1. pengurusan bilik darjah 2. pengurusan disiplin 3. rekod murid
1. PENGURUSAN BILIK
Semua usaha guru mengekal dan menwujudkan persekitaran yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan .
Rutin juga termasuk dalam aspek ini .
BILIK DARJAH KBSR
kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan
pembahagian pelajar dalam kumpulan mengikut kebolehan
pelajar menjadi aktif dalam sesi pembelajaran – pelajar bergerak secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
berpusat pelajar – guru sebagai fasilitator dan pembimbing
galakan interaksi guru dan pelajar – interasksi 3 hala : guru- murid; muird – guru dan murid – murid
penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan
ruang yang mencukupi – termasuk pelbagai sudut mata pelajaran
pembelajaran secara kolaborasi – aktiviti kumpulan
(Kamarudin dan Siti Hajar, 2003, m.s 333
hasil kerja murid dipamer di dalam kelas
(Shahabuddin,Dr.Rohizani dan Mohd. Zohir , 2003)
PERBINCANGAN
1.1 Susunan
fizikal 1.2 Aktiviti kelas 1.3 Rutin
Cuba jawab soalan ini ……Adakah …
Susunan meja murid dalam barisan lurus ? Meja guru di hadapan kelas ? Guru selalu duduk di meja guru ? Selalu mengajar mengadap murid depan kelas ? Hanya guru mempunyai bahan rujukan ? Menekankan tugasan dalam lembaran kerja ? Matlamat untuk menghabiskan sukatan
pelajaran ? Mempunyai peraturan disiplin yang ketat ? Murid selalu mengadu merasa bosan..dan jemu ? Menegah murid berinteraksi dalam bilik darjah ? Guru menentukan susunan `perabut dalam kelas?
Jika kebanyakan daripada jawapan anda adalah ‘ya” maka anda sebenarnya mempunyai pengajaran berpusat guru ….
1.1 SUSUNAN FIZIKAL
1. 1.1 Susunan kerusi meja Meja murid
susun kedudukan pelajar yang bermasalah di depan meja guru untuk memudah pengawasan semasa pengajaran dan pembelajaran .
kumpulan mempunyai 6 – 8 orang mengikut bilangan murid
susunan perlu mengambil kira ruang untuk murid dan guru bergerak dengan bebas dan selesa.
murid tidak duduk membelakang papan hijau
memilih cara yang sesuai dengan saiz bilik darjah dan bilangan murid.
mencampuraduk kedudukan pelajar lelaki dan perempuan ( mengikut kesesuaian budaya setempat)
Pelajar disusun mengikut kebolehan
Meja guru - dihadapan
kelas
1.1.2 PERABOT
perabot yang usang perlu diceriakan , dicat atau dibalut dengan kertas warna .
disusun mengikut keutamaan penggunaan pengajaran dan pembelajaran .
perabut yang tidak digunakan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dikeluarkan .
1.1.3 Keceriaan
bilik darjah dihias dengan pelbagai maklumat ( kertas atau polestrin)
mural ( gambar atau kata-kata hikmat) kata – kata hikmat peraturan kelas hiasan meja guru dan murid ( dibalut) langsir pameran hasil kerja murid
Sebelum
Selepas
1.1.4 Kemudahan
mempunyai keperluan minima – papan hijau / hitam , bakul sampah ,
papan kenyataan , kerusi , meja , tingkap , kipas angin dan lampu .
1.1.5 Iklim bilik darjah
suara guru kuat dan sesuai dengan bilangan murid.
guru sentiasa ceria dan bermotivasi murid tidak takut kepada guru - mesra sikap guru terbuka dan mudah didekati
pelajar
tingkah laku dan mood guru adalah consistent
mempunyai karisma mengawal tingkah laku murid
sentiasa menggunakan peneguhan poitif ( memuji , memberi galakan , hadiah )
murid berasa selesa semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan.
1.2 AKTIVITI KELAS
Mengikut Berliner( 83) ( dalam Elliot et al , 2000) ,
terdapat sebelas aktiviti yang perlu dilaksanakan secara konsisten dalam bilik darjah .
Membaca ( reading circle) Seatwork ( pembelajaran secara
individu & guru sebagai penyelia , pembelajaran sendiri tanpa diselia oleh guru )
presentation ( secara sehala) Presentation ( 2 hala)
Penggunaan media Pembacaan senyap Construction Permainan ( games) Transisi Pembersihan kelas Aktiviti belajar melalui
bermain ( play)
setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru perlulah mempunyai peraturan yang telah difahami oleh murid. Ini adalah penting bagi memastikan semua murid terlibat dengan aktiviti dengan berkesan .
1.3 RUTIN
Mengikut Emmer, Evertson dan Anderson ( dalam Elliot et al, 2000) guru yang
dapat mengendalikan aktiviti kelas dengan berkesan adalah merupakan guru yang telah menyedian rutin (peraturan kelas) yang difahami oleh murid semenjak hari pertama mereka masuk dalam bilik darjah . Sulaiman
Sulaiman ( 97) terdapat 7 aspek rutin bilik darjah iaitu:
a) Rutin guru : memeriksa cahaya bilik darjah dan
peredaran udara semua murid berada di tempat duduk
semasa guru masuk kelas menyediakan alat p & p sebelum
memulakan pengajaran bahan tambahan ditulis dalam papan
gulung / kertas mahjong / fotokopi
mengambil kedatangan membenarkan murid bergerak
secara bebas dalam bilik darjah menggalakkan khidmat komuniti
( membersih papan hijau , mengangkat meja kerusi , dll secara suka rela)
b) Rutin pelajar:bersedia semasa guru masuk kelas.
membersihkan bilik darjah sebelum mula belajar
mengemas pakaian dan mengurus diri
mengeluarkan alat tulis sebelum guru masuk kelas
berbaris sebelum ke aktiviti luar meminta kebenaran sebelum
keluar kelas
Tambahan rutin seperti bacaan doa sebelum mula belajar ( muslim ) menyanyikan lagu patriotic , dan lain- lain yang difikirkan perlu oleh guru .
2. DISIPLIN
Disiplin bermaksud latihan kearah pembentukan kawalan diri . setiap guru dalam bilik darjah memerlukan kawalan disiplin yang sistematik untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan. ( Kamus Dewan )
Apakah masalah yang selalu anda hadapi dalam bilik darjah semasa p & p?
Dalam senario yang biasa terdapat beberapa sebab yang boleh dikaitkan dengan masalah
disiplin dalam bilik darjah :
guru tidak bersedia mengajar dan menyebabkan murid merasa bosan
penyampaian yang tidak menarik dan hanya melibatkan minat dan kebolehan segelintir murid sahaja.
pembelajaran tidak aktif
kurang kreativiti bilik darjah yang tidak
kondusif murid tidak bersedia guru tidak menguasai
kemahiran pedagogi
Terdapat 2 matlamat yang hendak dicapai melalui pembentukan disiplin murid iaitu :
Matlamat jangkapendek
memastikan objektif p & p tercapai obejktif umum objektif khusus nilai murni kecerdasan pelbagai
Matlamat jangkapanjang
memastikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara tercapai .
perkembangan jasmani rohani emosi kognitif ( intelektual)
Langkah mengawal persekitaran bilik darjah
Jangkaan guru
Guru mempunyai jangkaan yang positif terhadap keupayaan dan kebolehan murid
Peraturan yang jelas
Murid memahami tingkahlaku yang boleh dan tidak boleh dipamerkan dalam bilik darjah ( guru menjadi model tingkah laku positif dalam bilik darjah)
Guru dan murid mempunyai persefahaman dalam bilik darjah
Guru memahami apa yang diharap dan dijangka oleh murid semasa sesi p & p
Guru mengambil berat perasaan dan perbezaan murid ( understanding)
Menjadikan pembelajaran bermakna ( kontekstual) Berusaha mengesan masalah dan
mengatasi sebelum berleluasa ( withiness)
Pendekatan dan kaedah yang boleh digunakan untuk mengawal tingkah laku murid ialah modifikasi tingkah laku ( behavior modification – teknik mengawal tingkah laku murid yang bermasalah berasaskan pendekatan teori )
Peneguhan positif
memberi pujian hadiah galakan dan dorongan dll.
Token ekonomi individu atau kumpulan memperolehi
‘mata’ / ‘poin’ terkumpul apabila mempamerkan tingkah laku yang positif .
mata ini nanti boleh ditebus dengan hadiah / ganjaran
benda yang boleh dijadikan token ialah seperti ; stiker smiley ☺ ,manik , setem lama, kad yang dicop , kad berwarna , bentuk bintang dll
Shaping
banyak digunakan bagi meningkatkan kemahiran bertutur dikalangan kanak-kanak
membantu murid melakukan tingkah laku yang dikehendaki ( target behavior) sehingga murid menguasainya.
Cth: mengajar murid membuka pintu dan menutupnya dengan sopan
Dendaan
dendaan menyebabkan tingkah laku yang tidak diingini tidak diulangi lagi oleh murid di masa hadapan .
dilakukan serta merta apabila berlaku tingkah laku yang tidak diingini .
apa – apa tindakan yang dapat mengurangkan tingkah yang tidak diingini
Kolaborasi dengan ibu bapa Terapy perlu dirujuk kepada pakar untuk mendapat
rawatan
A PEOPLE PLACE
If this is not a place where tears are understood , Where do i go to cry?
If this is not a place where my spirits can take wing, Where do i go to fly?
If this is not a plave where questions can be asked, Where do i go to seek?
If this is not a place where my feelings can be heard, Where do i go to speak?
If this is not a place where you will accept me as i am ,
Where do i go to be? If this is not a place where i can try to learn and
grow, Where can i just be me?
If this is not a place where tears are understood, Where can i go to cry?
William j. Crockett
3. Rekod Murid
Terdapat 3 rekod yang perlu dikendalikan bagi memastikan p & p dan bilik darjah dikendalikan dengan baik . Iaitu :
rekod peribadi murid ( Kad 001R) rekod kesihatan murid rekod kemajuan murid / rekod kehadiran
Langkah pengurusan rekod murid : disimpan dengan teratur dan dilabel
mengikut nama murid boleh dirujuk dengan mudah ( sistematik ) kemas dan dikemas kini mengikut masa
tertentu ( harian /minggu / bulan / penggal ) maklumat tepat dan bermakna dianalisis dan mempunyai tindakan susulan
PROFIL PENGURUSAN BILIK DARJAH
1. Senarai semak bilik darjah ( fizikal ) 2. Senarai semak disiplin 3. Senarai semak rekod
PROSES
Proses pengurusan bilik darjah boleh dilaksanakan dalam dua pendekatan :
a. pemantauan sepanjang masab. program sokongan
PROGRAM SOKONGAN
Murid
Pertandingan kelas tercantik ( bulanan) Pertandingan sudut terbaik ( bulanan) Pertandingan kelas terbersih
(mingguan)
Guru
Pertandingan guru kelas terbaik Pertandingan guru kelas terajin Pertandingan guru kelas paling kreatif Pertandingan guru kelas perihatin
PENUTUP Guru yang berkesan adalah guru yang
dapat mengurus bilik darjah dengan baik dan teratur . Murid yang cemerlang adalah murid yang berfungsi dengan optima semasa berada dalam bililk darjah .
Tugasan
1. Merangka pelan tindakan untuk program sokongan di sekolah anda bagi tahun 2011
2. Merancang mengikut zon tempat bertugas
3. Mendokumentasikan pelan tindakan untuk tindakan
4. Pembentangan
Proses dan Kawalan (Deming)
ORGANIZING PLANNING
1 2
CHECK DO
4 3
ALAT MENYELESAIKAN MASALAH
BRAIN STORMING CARTA ALIRAN SENARAI SEMAK RAJAH SEBAB DAN AKIBAT ( FISH BONE) GRAF HISTOGRAM PLAN TINDAKAN CONTROL CHART
Sekian dan terima kasih
“Sesuatu yang sukar itu akan jadi mudah kalau
dilakukan dengan ikhlas dan berulang-kali
”.