dokumen sejarah malaysia 1 ( microfilm.docx

7
1) Terangkan Isi Kandungan dokumen dengan menonjolkan butir- butir utama. [500 patah perkataan maximum bertaip] Tajuk Mikrofilem : Kaum Melayu ( 3020) Punca Melayu Hancur di Universiti, 5 ogos 2001. Penulis memilih isu pendidikan dalam kalangan Kaum Melayu antara Julai 2001 hingga Disember 2002. Penyadbiran Malaysia pada ketika ini dikemudi oleh Perdana Menteri Mlaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Anatara isu yang ditekankan beliau semasa menjadi pemimpin ialah isu pendidikan. Perkara yang digambarkan dalam keratan akhbar yang diterbitkan dalam dua tahun ini kebanyakannya menyentuh keperibadian Orang Melayu yang sering tewas utamanya dalam hal pelajaran berbanding dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Masyarakat Melayu disapa Dr Mahathir kerana sikap mereka yang bermalas-malasan dalam mengejar ilmu pengetahuan menyebabkan mereka ini jauh ditinggalkan dibelakang. Antara dasar yang digubal oleh beliau ialah dasar pemilihan kemasukan pelajar ke universiti yang sebelumnya menggunakan sistem kouta kepada dasar baharu iaitu Dasar Meritokrasi. Dasar Meritokrasi yang disarankan Tun Dr Mahathir pada ketika 1

Upload: anonymous-acjzw0jth3

Post on 02-Feb-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dokumen Sejarah Malaysia 1 ( microfilm.docx

1) Terangkan Isi Kandungan dokumen dengan menonjolkan butir-butir utama. [500 patah perkataan maximum bertaip]

Tajuk Mikrofilem : Kaum Melayu ( 3020) Punca Melayu Hancur di Universiti, 5 ogos 2001.

Penulis memilih isu pendidikan dalam kalangan Kaum Melayu antara Julai 2001 hingga

Disember 2002. Penyadbiran Malaysia pada ketika ini dikemudi oleh Perdana Menteri Mlaysia

yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Anatara isu yang ditekankan beliau semasa

menjadi pemimpin ialah isu pendidikan. Perkara yang digambarkan dalam keratan akhbar yang

diterbitkan dalam dua tahun ini kebanyakannya menyentuh keperibadian Orang Melayu yang

sering tewas utamanya dalam hal pelajaran berbanding dengan kaum-kaum lain di Malaysia.

Masyarakat Melayu disapa Dr Mahathir kerana sikap mereka yang bermalas-malasan dalam

mengejar ilmu pengetahuan menyebabkan mereka ini jauh ditinggalkan dibelakang.

Antara dasar yang digubal oleh beliau ialah dasar pemilihan kemasukan pelajar ke

universiti yang sebelumnya menggunakan sistem kouta kepada dasar baharu iaitu Dasar

Meritokrasi. Dasar Meritokrasi yang disarankan Tun Dr Mahathir pada ketika itu

menekankan kaedah pengiraan merit dengan cara pelaksanaannya yang mengenengahkan

pelajar yang mendapat gred bagus. Hal ini demikian kerana, sistem lama yang digunakan

iaitu sistem kouta dilihat sebagai suatu sistem yang tidak efektif dan lebih banyak

mendatangkan kelemahan daripada kebaikan. Oleh itu, beliau merangka suatu sistem baharu

yang dilihat sebagai corak baharu yang mampu membawa kesan baik kepada masyarakat

Melayu khususnya yang saban hari semakin kurang pencapaiannya umunya dalam hal

berkaitan pendidikan.

1

Page 2: Dokumen Sejarah Malaysia 1 ( microfilm.docx

Dasar baharu ini dicipta salah satunya untuk mewujudkan persaingan yang positif dalam

kalangan kaum-kaum di Malaysia terutamanya kaum Melayu agar sentiasa menyedari

peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti akan lebih mencabar dan memerlukan

usaha yang lebih untuk meraih kouta yang semakin mengecil bilangannya. Terdapat pelbagai

faktor yang mendorong Tun Dr Mahathir untuk berasa bertanggungjawab bagi merangka

suatu kaedah yang lebih kompleks dan dinamik serta bertujuan membakar semangat kaum

melayu agar sedar daripada dilamun keselesaan serta bijak mengambil peluang.

Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka tidak memahami sistem baharu yang

diperkenalkan ini dan menganggap bahawa ia suatu dasar yang bersifat berat sebelah. Antara

individu yang turut menyokong dasar ini dilaksanakan ialah Profesor Datin Noran Fauziah

Yaakub yang merupakan Dekan Sekolah Sains Kognitif dan Pendidikan DI Universiti Utara

Malaysia (UUM). Profesor Norin berkata dasar ini bakal memberi impak yang tersendiri

kerana ia akan membuka mata kaum Melayu bahawa mereka perlu bekerja keras untuk

melayakkan diri mereka ke university. Terdapat juga beberapa factor yang cuba dikenalpasti

beliau dalam isu ini yang dianggap sebagai penyebab kepada pelajar Melayu tidak cemerlang

di Universiti.

Anataranya ialah faktor tempoh pengajian yang singkat iaitu dinatara tiga tahun dan

empat tahun menyebabkan para pelajar perlu mencukupkan kredit dalam tempoh itu dengan

mengambil subjek yang banyak tetapi gagal membawanya dengan cemerlang. Hal ini

ditambah dengan tekanan daripada penasihat akademik yang tidak mengukur kemampuan

pelajar terlebih dahulu sebaliknya mengikut syarat universiti untuk sentiasa mencukupkan

kredit agar pelajar tidak mempunyai masalah untuk bergraduasi di kemudian hari.

2

Page 3: Dokumen Sejarah Malaysia 1 ( microfilm.docx

Selain itu, pelajar Melayu kebanyakannya tidak bijak mengimbangi akademik dengan

kokurikulum. Kalau dilihat pelajar Cina kebanyakannya lebih menumpukan akademik

berbanding dengan kokurikulum sedangkan yang sering dilihat ialah akademik bukannya

pencapaian kokurikulum. Seterusnya, beliau mengatakan faktor latar belakang para pelajar

sendiri iaitu kebanyakan pelajar melayu terikat dengan budaya mereka iaitu kurang berdikari

dan gemar pulang ke kampung halaman meskupun untuk hal yang tidak penting di samping

didikan ibu bapa yang kurang tegas membuatkan anak-anak tidak takut.

3

Page 4: Dokumen Sejarah Malaysia 1 ( microfilm.docx

1) Tunjukkan sumbangan dokumen tersebut kepada penulisan sejarah Malaysia. [ maximum bertaip 300 patah perkataan].

Dokumen yang dikaji ini dapat menjadi bukti kepada sistem yang dirangka olen Tun Dr

Mahathir semasa beliau memegang tampuk pemerintahan dan ia digubal pada awal abad ke 21.

Sistem yang diperkenalkan dalam pendidikan pada waktu tersebut ialah sistem meritokrasi iaitu

suatu sistem yang mengenengahkan gred pelajar sebagai indikator yang melayakkan pelajar

tersebut untuk menyambung pelajaran di universiti. Sistem ini dirangka bagi menggantikan

sistem lama yang mengambil pelajar berdasarkan kouta. Hal ini dapat menjadi bukti kukuh

bahawa wujudnya transformasi dalam pengurusan pendidikan di Malaysia semasa pemerintahan

beliau serta dapat menunjukkan perbandingan sistem pengurusan pendidikan di Malaysia dalam

abad ke 20 dan awal abad ke 21.

Selain itu, dokumen ini juga penting dalam menulis penulisan sejarah yang berbentuk

memoir, biografi ataupun autobiografi. Penulisan seperti memoir, biografi dan autobiografi ini

merupakan penulisan yang menjadikan Individu sebagai tema utama dalam penulisan sejarah

tersebut. Sebagai contoh, penulisan tentang latar belakang hidup Individu tersebut, perkara yang

dilalui semasa hayatnya, sumbangan yang dilakukannya dan sebagainya. Berbalik kepada

dokumen yang dikaji ini mampu digunaipakai sebagai salah satu bahan untuk menulis memoir,

autobiografi atau biografi Tun Sri Dr Mahathir untuk dijadikan kenangan dan perkongsian

kepada pembaca atau pengkaji sejarah professional.

Di samping itu, melalui dokumen ini juga dapat dilihat situasi atau keadaan masyarakat

Melayu pada awal abad ke 21 yang dibayangkan sebagai sebuah masyarakat yang memandang

enteng kepada penguasaan ilmu. Hal ini mampu menjadi sumber kepada pengkaji sejarah

professional khususnya mereka yang mengkaji bidang sosial masyarakat Melayu. Melalui

4

Page 5: Dokumen Sejarah Malaysia 1 ( microfilm.docx

dokumen ini juga mampu menghasilkan suatu kajian perbandingan untuk melihat cara

masyarakat Melayu mementingkan pendidikan dalam kehidupan seharian mereka bermula dari

abad ke 20 iaitu dengan penekanan diberikan kepada zaman sebelum Tanah Melayu mencapai

kemerdekaan sehingga Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan.

5