doktor muda

Upload: adieiena

Post on 03-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Senaman Aerobik adalah satu bentuk metabolism yang melibatkan tenaga dalam otot dengan penggunaan oksigen. Ia sukan yang amat menyeronokkan kerana bersukan mengikut rentak musik dan berkumpulan. Selain itu juga, sukan Aerobik ini memberikan banyak kebaikan pada kesihatan seperti menyihatkan jantung, menguatkan otot-otot badan, memberi kecerdasan mental bagi mengurangkan tekanan dan sebagainya.

1) JENIS SUKAN YANG MUDAHSukan ini sering dilakukan secara latihan yang berterusan dan sangat mudah untuk dilakukan. Langkah-langkahnya berbeza mengikut rentak muzik yang dimainkan dan ia selalunya dilakukan serentak bersama-sama secara berkumpulan. Gaya dan langkah-langkah yang dicetuskan melibatkan pergerakan di bahagian keselurahan anggota badan secara menyeluruh.2) MEMBAKAR LEMAKKelebihan tarian Aerobik yang utama ialah membakar lemak. Walaubagaimanapun, lemak yang terbakar dalam setiap langkah Aerobik yang dilakukan bergantung pada berat badan setiap individu, ketinggian, kelajuan dimana anda melakukan pergerakan, dan rutin kekerapan anda melakukan tarian Aerobik ini. Kadar ukuran lemak yang terbakar pada seseorang individu merujuk kepada HealthStatus.com ialah :Langkah Aerobik secara perlahan 68kgLangkah Aerobik secara laju 68kg

477 kalori720 kalori

3) BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNGSenaman ini baik untuk jantung anda. Tambahan pula langkah-langkah Aerobik ini menambahkan kekuatan, fleksibiliti dan daya tahan, yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan fizikal seseorang individu secara menyeluruh. Jantung anda akan mengepam dengan laju untuk menyalurkan darah keseluruhan badan dan membekalkan oksigen yang mencukupi oleh badan.4) MENSTABILKAN EMOSILangkah Aerobik ini merupakan medium yang baik untuk mengawal emosi dan kemurungan seseorang. Pelbagai kajian termasuk yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan dan Kecergasan Fizikal melaporkan bahawa 50 minit sesi senam Aerobik yang dilakukan akan menurunkan tahap tekanan, keletihan dan kemarahan. Ia juga senaman yang menyeronokkan dimana aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan orang lain.5) SESUAI UNTUK SEMUA ORANGLangkah senamrobik adalah salah satu bentuk senaman yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur. Ia juga boleh dilakukan dimana-mana sahaja mengikut kesesuaian keadaan dan tempat yang selesa untuk melakukan latihan. Terdapat pelbagai program yang berlainan disediakan untuk golongan kanak-kanak, orang muda, dewasa dan juga warga tua.6) MENINGKATKAN DAYA FUNGSI BADANTahap kecergasan bergantung kepada keupayaan anda untuk melaksanakan tugasan harian dengan cekap dan langkah senamrobik dapat membantu anda mencapai matlamat itu! Salah satu faedah daripada langkah senamrobik adalah ia baik bagi membentuk dan meningkatkan fungsi kecergasan seperti yang dikenal pasti oleh kajian yang diterbitkan dalam jurnal dipanggil, Journal of Strength and Conditional Research. Kajian ini telah dijalankan ke atas wanita tua yang tidak aktif selama 12 minggu dan ia menunjukkan bahawa dengan hanya melakukan 30-60 langkah senaman aerobik dalam beberapa minit dapat membantu wanita-wanita tua itu meningkatkan ketangkasan, berjalan, keseimbangan dan fleksibiliti mereka.

Seni tari merupakan satu bentuk jenis senaman yang sangat menghiburkan. Selain dapat bersosial dengan teman yang lain, siapa sangka begitu banyak faedah yang kita dapat lihat melalui tarian. Antara faedah menari adalah

Facebook Twitter Google+ Digg

Bakar kalori Dengan menari, korang mampu membakar kalori sama seperti berjalan ataupun mengayuh basikal. Menari dalam tempoh setengah jam, mampu bakar kalori sehingga 300-400 kalori Elak osteoporosis Apabila usia semakin tua, osteoporisis adalah musih utama. Tulang rapuh ini boleh dielakkan dengan mengamalkan minum susu yang kaya dengan kalsium. Seni tari yang melibatkan banyak pergerakan sisi juga boleh mengelakkan osteoporosis ini dari terjadi kepada korang Bersosial Kalau boleh, menarilah dalam satu kumpulan yang ramai. Semakin ramai semakin elok. Apabila ramai orang dalam satu kumpulan yang melakukan aktiviti yang sama, budaya sihat dapat diwujudkan dengan sama-sama melahirkan pemikiran yang positif