· web viewisu-isu dalam ilmu dan pemikiran, kajang : aras mega sdn bhd. ianya perlu dilakukan...

23
1 ISLAM DAN PEMIKIRAN MELAYU : KAJIAN KITAB JAWI TERPILIH Oleh Team Penyelidik Di Bawah Tajaan Muzium Abu Bakar, Pekan, Pahang Rahimin Affandi Abdul Rahim, Ahmad Farid Abd Jalal Siti Maimunah Hj. Kahal, Muhamad Sayuti Mansor, Abd Halim Ismail,Huzaimah Ismail, Mohd Ikhlas Roslee & Ahnaf Said 1. Pengenalan Artikel ini dimulakan dengan memberikan dua petikan; R.O.Winstedt, sarjana kolonial dan soda naoki pengkaji jepun yang menilai pandangan winstedt. Dalam kedua petikan ini, Winstedt menghina karya intelektual Melayu yang dianggap tidak saintifik dan menjadikannya langsung tidak berguna. Petikan pertama; It is true that some hikayats narrate events of ancient times. But they are not so useful because all the stories about gods and persons of supernatural power narrated in these hikayats seem to be nothing but tales which are merely agreeable to the ear. They are neither acceptable nor valuable in respect of historical value (nilaian tawarikh). 1 ...And, what is the related evidence (saksi)? It is obvious that the story narrated in the Sejarah Melayu is false. 2 Petikan kedua : In this way, a "scientific" approach to history, or an emphasis on historical evidence,seems to have been transplanted from British scholar-administrators to a Malay teacher.It should be emphasized that in the late 1920s even a Malay teacher no longer placed full confidence in the narratives of Malay historical literature from the viewpoint of historical accuracy, critically reading Malay historical literature in comparison with other materials. To find "historical truth," he sought the "facts" to endorse, or disprove, their narratives. As Maier calls Winstedt's perspective "evolutionary positivism" so can we call Abdul Hadi's "scientific" approach "positivism," meaning "the view that all true knowledge is scientific, in the sense of describing the coexistence and succession of observable phenomena". Such positivism paved the way for a new conceptualization of the Malay world. 3 Pandangan Winstedt ini diberikan apabila pihak kolonial menolak teks sejarah dan kitab jawi untuk dijadikan teks silabus untuk pendidikan guru-guru Melayu di SITC. Manakala petikan kedua pula, usaha menyokong fakta yang diberikan oleh Winstedt. Kesimpulannya, kedua pandangan ini memang meremehkan pemikiran Melayu-Islam. Berasaskan latar belakang ini, kajian ini akan cuba menilai kedua pandangan di atas dan menunjukkan bagaimana pemikiran Melayu memang berdaya maju. Lebih penting lagi, kita akan membuktikan 1 R.O. Winstendt, (1927) [1918] Kitab Tawarikh Melayu, fourth edition. Singapore: Fraser & Neave. h.16. 2 Ibid, h. 29 3 Soda Naoki (2001), The Malay World In Textbooks: The Transmission Of Colonial Knowledge In British Malaya, Southeast Asian Studies, Vol. 39, No.2, h. 204.

Upload: ngothuy

Post on 10-Feb-2018

252 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web viewIsu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd. Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan

1

ISLAM DAN PEMIKIRAN MELAYU : KAJIAN KITAB JAWI TERPILIH

OlehTeam Penyelidik Di Bawah TajaanMuzium Abu Bakar, Pekan, Pahang

Rahimin Affandi Abdul Rahim, Ahmad Farid Abd Jalal Siti Maimunah Hj. Kahal, Muhamad Sayuti Mansor,

Abd Halim Ismail,Huzaimah Ismail, Mohd Ikhlas Roslee & Ahnaf Said

1. PengenalanArtikel ini dimulakan dengan memberikan dua petikan; R.O.Winstedt, sarjana kolonial

dan soda naoki pengkaji jepun yang menilai pandangan winstedt. Dalam kedua petikan ini, Winstedt menghina karya intelektual Melayu yang dianggap tidak saintifik dan menjadikannya langsung tidak berguna.Petikan pertama;It is true that some hikayats narrate events of ancient times. But they are not so useful because all the stories about gods and persons of supernatural power narrated in these hikayats seem to be nothing but tales which are merely agreeable to the ear. They are neither acceptable nor valuable in respect of historical value (nilaian tawarikh).1 ...And, what is the related evidence (saksi)? It is obvious that the story narrated in the Sejarah Melayu is false.2

Petikan kedua :In this way, a "scientific" approach to history, or an emphasis on historical evidence,seems to have been transplanted from British scholar-administrators to a Malay teacher.It should be emphasized that in the late 1920s even a Malay teacher no longer placed full confidence in the narratives of Malay historical literature from the viewpoint of historical accuracy, critically reading Malay historical literature in comparison with other materials. To find "historical truth," he sought the "facts" to endorse, or disprove, their narratives. As Maier calls Winstedt's perspective "evolutionary positivism" so can we call Abdul Hadi's "scientific" approach "positivism," meaning "the view that all true knowledge is scientific, in the sense of describing the coexistence and succession of observable phenomena". Such positivism paved the way for a new conceptualization of the Malay world. 3

Pandangan Winstedt ini diberikan apabila pihak kolonial menolak teks sejarah dan kitab jawi untuk dijadikan teks silabus untuk pendidikan guru-guru Melayu di SITC. Manakala petikan kedua pula, usaha menyokong fakta yang diberikan oleh Winstedt. Kesimpulannya, kedua pandangan ini memang meremehkan pemikiran Melayu-Islam.

Berasaskan latar belakang ini, kajian ini akan cuba menilai kedua pandangan di atas dan menunjukkan bagaimana pemikiran Melayu memang berdaya maju. Lebih penting lagi, kita akan membuktikan bahawa Islam telah memperkasakan pemikiran Melayu. Ia akan dibuktikan dengan paparan kitab jawi Durr al-Fara’id yang terkenal di alam Melayu. Pemilihan kitab jawi karangan Nurudin Raniri dipilih kerana tiga sebab utama:1. Nurudin Raniri adalah pendakwah awal yang menulis tentang Islam dan memahami

budaya orang Melayu. Lagipun, kedua kitabnya paling tua dikesan di alam Melayu.2. Kandungan kitabnya telah mempengaruhi pemikiran orang Melayu terawal.

1 R.O. Winstendt, (1927) [1918] Kitab Tawarikh Melayu, fourth edition. Singapore: Fraser & Neave. h.16.2 Ibid, h. 293 Soda Naoki (2001), The Malay World In Textbooks: The Transmission Of Colonial Knowledge In British Malaya, Southeast Asian Studies, Vol. 39, No.2, h. 204.

Page 2: · Web viewIsu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd. Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan

2

3. Kitabnya memiliki butiran ajaran Islam terawal yang tidak pernah wujud dalam masyarakat Melayu sebelumnya.

2. Kritikan Pada Pandangan Sarjana KolonialBagi sesetengah sarjana, pandangan sarjana kolonial di atas lebih merupakan

tanggapan atau imaginnasi mereka semata-mata dan bukannya realiti sebenar yang berlaku. Ia dibuat berasaskan ilmu kolonial yang binaan asasnya memang bertujuan menunjukkan kelemahan pemikiran manusia Melayu. Syed Farid Al-Attas menegaskan, ilmu kolonial adalah ilmu yang menunjukkan ada garis pemisah antara baik dan buruk di antara masyarakat barat dengan masyarakat bukan barat. Sampai bila-bilapun mereka akan menghina semua perkara tentang masyarakat Melayu termasuklah tentang Islam. Bagi mereka, hanya world-view kolonial yang paling betul dan perlu diikuti oleh masyarakat peribumi. Paparan tentang masyarakat Melayu termasuk tentang Islam hanyalah hasil temuan daripada kajian etnografi mereka tentang masyarakat Melayu. Masalahnya kajian ini penuh bias yang dikumpulkan di bawah tajuk masyarakat Melayu. Banyak fakta salah yang mereka berikan yang sayangnya sarjana terkemudian secara fanatik berpegang pada kajian mereka ini. Maknanya, apa-apapun yang diberikan dan ditulis oleh mereka bukannya betul dan objektif seperti didakwa.4 

Komentar winstedt yang mendapat sokongan soda naoki di awal perbincangan tadi adalah sekadar pandangan mereka yang tidak betul dan tiada hujah untuk mendokongnya. Sebab utama mereka berpandangan demikian adalah untuk menunjukkan;1. World-view Melayu yang berasaskan Islam memang lemah dan tidak saintifik sifatnya.

Hanya world-view sekular barat yang anti agama sahaja yang betul.2. Justifasi penjajahan british di Tanah Melayu; bagi mengajar orang Melayu melakukan

perubahan dan pemodenan.

Dr Tatiana Denisova, seorang pakar sejarah Melayu yang asalnya daripada Rusia, menegaskan bahawa sarjana-pentadbir colonial semacam dirasuk dengan semangat kebencian yang melampau terhadap Islam dan penganutnya seperti masyarakat Melayu.5 Ulasnya;Salah satu kekurangan yang umum yang terdapat dalam kebanyakan tulisan para orientalis Barat itu adalah sikap negatif dan pengabaian terhadap Islam dan umat Muslim. Sebagai contoh, sikap yang tidak bijaksana itu dan yang cukup tipikal (lazim) untuk ilmu orientalis, yang boleh kita sebut, misalnya tulisan Prof. D. B. Mcdonald, The Religious Atitude and Life in Islam (Chicago, 1909) atau H. A. R. Gibb, Modern Trends in Islam (Chicago, 1947)2 . Di dalamnya kedua ilmuwan yang cukup terkenal itu antara lain cuba membuktikan secara bersungguh-sungguh bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah “psychopath” dan “mentally ill”, atau dengan kata lain ‘orang gila’. Tentang hal itu Dr. Mukti Ali berkata secara betul: Tak ada seorang pun daripada para ilmuwan Muslim, yang terlintas dalam angannya menyelidiki adakah Jesus Christ orang gila atau tidak. Isa al-Masih dianggap dan dihormati oleh orang Muslim sebagai nabi. Salah satu prinsip yang terutama yang mesti menjadi dasar dalam semua kajian ilmiah itu adalah sikap baik hati dan objektif. Tetapi sampai sekarang juga berbagai-bagai orientalis Barat tidak begitu berminat dengan hasil penelitian yang objektif. Kebanyakannya berusaha saja menggunakan setiap alasan untuk membuktikan sifat-sifat negatif Islam.

Jelasnya lagi;Selain itu, tulisan-tulisan para orientalis itu turut menimbulkan dan menyebarkan beberapa prasangka atau “mitos” tentang Islam Melayu dan warisan sejarah Islam Melayu. Yang paling lazim antaranya ialah :

4 Syed Farid Al-Atas (2001), Alternative Discourse in Southeast Asia. SARI, 195 Tatiana Denisova (2008), Kajian Teks-Teks Melayu Islam Di Barat: Masalah Dan Kesalahfahaman Utama, Afkar, Bil 9, h. 129-156.

Page 3: · Web viewIsu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd. Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan

3

1. Perkenalan pertama orang Melayu dengan Islam dan orang Muslim terjadi pada kurun ke-13 hingga 14 atau selepas itu.

2. Islam datang ke Alam Melayu dari India dan dibawa oleh orang India.3. Islam dalam Alam Melayu bukan semacam Islam Klasik, Islam Asli, Islam yang betul-

betul. Islam Melayu adalah hanya campuran beberapa istilah-istilah Islam dengan tradisi Hindu-Buddha India dan paganisme tempatan.

4. Masuknya Islam ke dalam Alam Melayu terjadi waktu itu secara kebetulan sahaja. Islam tidak bermakna dari segi sejarah alam Melayu. Kedatangannya tidak mengubah apa-apa dalam masyarakat dan kebudayaan Melayu.

5. Islam tidak mempengaruhi dan tidak memajukan perkembangan ekonomi dalam Alam Melayu.

6. Islam adalah sistem pandangan yang sangat agresif sejak awal-awalnya.7. Orang Barat datang ke Alam Melayu sebagai orang pendamai tanpa tujuan agresif.

Merekalah yang berjasa dalam kemajuan masyarakat Melayu.8. Khazanah persuratan Melayu Islam tidak boleh dianggap sebagai sumber sejarah yang

sepatutnya, yang boleh dipercayai.

3. Islamisasi Alam Melayu : Kajian Mubaligh Awal Tentang Sifat Dan Pemikiran Melayu

Mubaligh awal telah mengkaji secara mendalam tentang objek dakwah (masyarakat Melayu) yang kemudiannya dirangka metodologi dakwah yang terbaik. Hasil kajian ini, mereka mendapati beberapa sifat positif manusia Melayu yang terdiri;

Pertama, manusia Melayu tidak dicemari dengan world-view Hinduism. Walaupun orang Melayu pernah berpegang pada agama Hindu-Budhha tetapi pegangan mereka bukannya mendalam kerana; (1) fahaman Hindu hanya difahami oleh golongan Bahmin dan menjadi hak golongan atasan, dan (2) world-view hinduism tidak mmpunyai elemen rationalism sebaliknya hanya mengandungi hal mitos.

Kedua, sifat manusia positif yang mengamalkan pendekatan mesra alam. Mengikut teori Ibn Khaldun, sifat manusia itu sangat bergantung kepada pengaruh iklim yang berada di sekitar mereka. Atas dasar ini beliau menegaskan bahawa manusia yang ditakdirkan mendiami kawasan iklim sederhana akan melahirkan manusia yang berjiwa lembut, berbanding dengan penduduk kawasan iklim yang panas seperti Timur tengah.6 Hal ini terbukti apabila Islam secara mudah telah diterima oleh manusia Alam Melayu tanpa menumpahkan darah seperti mana yang berlaku di Timur Tengah, Afrika dan Eropah.7

Bertepatan dengan teori ini, kita dapat melihat bagaimana hasil daripada pendekatan mesra alam ini telah melahirkan suatu bentuk masyarakat Melayu yang berbeza dengan kawasan lain. Kehidupan mereka secara langsung telah terpengaruh dengan alam dan laut. Ianya terdiri daripada: 1. mereka menganggap laut sebagai tempat yang membekalkan rezeki kepada mereka. Atas

dasar itu hukum menjaga keseimbangan alam dan lautan mesti dijaga sepenuhnya. Sebarang tindakan yang merosakkan alam dan lautan sangat ditegah kerana ianya bakal menjejaskan kehidupan mereka.8

6 Ibn Khaldun, Muqaddimah Al-‘Allamah Ibn Khaldun, Dar Al-Fikr, T.T., h. 82-95.7 Lihat Rahimin Affandi Abdul Rahim (2003), “ Analisis Sejarah Dakwah Dan Jalinan Intelektuaal Rantau Malaysia-Indonesia “, Dalam Zulkiple Abd. Ghani(ed.) Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, Terbitan Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan, UKM Dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Bangi, h. 47-74.8 Zainal Kling (2000), “ Manusia Melayu, Alam Dan Tamadunnya “, Dalam Ed. Oleh Abdul Latiff Abu Bakar Globalisme Dan Patriotisme Dalam Sastera Melayu : Kumpulan Kertas Kerja Hari Sastera 1995, Kuala

Page 4: · Web viewIsu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd. Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan

4

2. Manusia yang mementingkan elemen kesederhanaan di dalam proses berfikir dan bertindak.9

3. Manusia yang mementingkan soal menjaga kerukunan hidup bermasyarakat dan menentang keras sebarang elemen yang bersifat individualism. Ianya juga dapat dirujuk sebagai manusia yang memiliki semangat yang mementingkan kerukunan hidup bermasyarakat (Egalitarian) yang cukup tinggi.10 Pendekatan ini bukan terhad kepada anggota masyarakat Melayu semata-mata, bahkan juga kepada masyarakat asing.11

4. Mengamalkan sikap terbuka, sanggup belajar dan selektif dengan pengaruh budaya dan agama asing.12

5. melahirkan manusia yang mmpunyai beberapa watak tertentu seperti ;a. tugas sebagai nelayan menyebabkan mereka mempercayai  adanya kuasa tuhan yang

menentukan untung nasib hidup mereka semasa belayar di lautan yang luas. Kuasa ketuhanan ini diperlukan untuk meminta pertolongan apabila terdesak termasuk juga untuk memberikan keyakinan dan ketenangan diri.13 Ini menyebabkan mereka menjadi manusia yang mempercayai kewujudan dan bergantung kepada kuasa tuhan yang menguasai sepenuhnya kehidupan manusia di alam nyata dan alam ghaib.

b. seorang yang tabah dan sabar dalam menghadapi gelora lautan. Mereka juga akan mudah membantu orang lain yang dalam kesusahan. Mereka akan selalu bersedia dengan sebarang hal yang bakal berlaku kerana perubahan cuaca dan monsun di laut.

c. insan yang sanggup belajar dengan alam - laut sebagai guru yang mengajar dan membentuk pemikiran mereka. Mereka perlu patuh dan akur dengan jadual perubahan monsun setiap tahun. Pada waktu musim tengkujuh kerja nelayan tidak akan dilakukan dan menumpukan pada kerja lain. Untuk belayar meredah lautan mereka memerlukan ilmu pelayaran yang sistematik dan tahu mengunakan bintang di langit sebagai pedoman perjalanan.

Jika dilakukan perbandingan, masyarakat Melayu memang berbeza dengan paradigma Barat yang berteraskan Materialistik-Mekanisme. Mereka menganggap alam sebagai sumber utama yang berupa material- mekanis semata-mata dan tidak mempunyai nilai spiritual (nyawa) yang perlu bergantung kepada kuasa ketuhanan. Pandangan ini telah melahirkan sifat sekularis dan individualistik yang lebih menjurus kepada mementingkan kebajikan manusia berbanding dengan kebajikan alam sehingga menimbulkan pelbagai masalah ekologi dunia yang amat serious.14

Apa yang jelasnya, kesemua ciri-ciri positif ini menunjukkan bahawa manusia Melayu memang mempunyai kesediaan diri untuk menerima ajaran Islam. Ini kerana banyak daripada intipati diri manusia Melayu bersamaan dengan sifat ajaran Islam. Contohnya, manusia Melayu sejak awal lagi mempercayai kuasa ketuhanan dan kewujudan hiraki alam kehidupan yang bersesuaian dengan ajaran Islam. Kepercayaan kepada kuasa ketuhanan telah secara

Lumpur : DBP, 2000, h. 294-304; Mujiyono Abdillah (2001), Agama Ramah Lingkungan : Perspektif Al-Quran, Jakarta : Paramadina, 2001, h. 147-152. 9 Abdul Halim Othman Dan Md. Shuaib Che Din (1993), “ Sifat Kesederhanaan “, Dalam Psikologi Melayu, Kuala Lumpur : DBP, h. 102-109.10 Wan Abdul Halim Othman (1993), “ Hubungan Kekeluargaan Dalam Masyarakat Melayu “, Dalam Psikologi Melayu, Kuala Lumpur : DBP, h. 61-101.11 Idris Zakaria (2003),” Islam Dan Amalan Tolenrasi Di Nusantara “, Dalam (Edit) Zulkiple Abd Ghani, Jaringan Dakwah Malaysia Indonesia, Bangi : Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan, UKM, h. 150-16512 Abdul Rahman Abdullah (1999), Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur, h. 54-56.13 Haron Daud (2002), “ Pemikiran Melayu Tentang Alam Dan Hakikat Diri “, Dalam Ed. Oleh Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus Pemikiran Melayu Tentang Alam Dan Hakikat Diri : Kumpulan Kertas Kerja Kolokium Bahasa Dan Pemikiran Melayu/Indonesia 11, Kuala Lumpur : DBP, h. 113-13814Zaini Ujang (1989), “ Tinjauan Terhadap Pendidikan Bersepadu : Suatu Sorotan Dalam Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar”, dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 2, bil. 1, h. 39-42

Page 5: · Web viewIsu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd. Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan

5

harmoni diterapkan dengan konsep Tauhid. Hiraki alam yang berbeza mengikut mentaliti Melayu daripada alam nyata dan alam makhluk halus (didiami oleh ruh dan orang bunian) memang sesuai diterapkan dengan kepercayan Islam yang menekankan kewujudan alam dunia, alam Barzakh dan alam Akhirat.

4. Keperluaan Asas Manusia Melayu: Homo Sapien dan Homo FestivusMubaligh awal memaklumi bahawa manusia Melayu memang memiliki tiga fitrah

(keperluan asasi) seperti mana masyarakat lain. Lebih khusus lagi, mubaligh ini memahami manusia Melayu sebagai Homo Sapien (perlukan kominikasi untuk hidup) dan Homo Festivus (memiliki fitrah sukakan seni).15

4.1. Fitrah Homo Sapien Bagi sifat Homo Sapien, manusia memerlukan sistem kominikasi (verbal dan non

verbal) untuk menyampaikan sesuatu kehendak dan maksud. Untuk menanggani keperluan kominikasi ini, mubaligh awal mengutamakan penggunaan medium kominikasi yang khusus.16 Penekanan tentang peri pentingnya alat kominikasi untuk tujuan penyebaran nilai-nilai Islam seperti mana ditekankan dalam surah Ali-Imran : 64 telah difahami oleh mubaligh Islam yang kemudiannya menghasilkan pelbagai medium dakwah khusus ini, antaranya melalui medium tulisan, khutbah dan sebagainya. Kesemua medium ini telah dirangka khusus dengan mengambil kira persekitaran tempatan sasaran dakwah yang hendak disampaikan mesej Islam.

Apa yang jelasnya, dalam konteks alam Melayu, pemahaman ini telah membuahkan beberapa perkara; 1. Penciptaan tulisan jawi dalam dunia intelektual alam Melayu. Merujuk kepada asal usul

penciptaan dan penggunaan tulisan jawi dalam masyarakat Melayu, sekali lagi kita terpaksa berterima kasih dengan sumbangan ulama Melayu Islam yang awal yang telah mengasaskan dan memperkayakan bahasa Melayu17 dalam bentuk tulisan jawi, yang dijadikan sebagai alat untuk memperkembangkan keilmuan Islam.18 Fenomena yang mengambilkira elemen tempatan dalam bentuk memilih bahasa tempatan sebagai medium untuk penyebaran ilmu agama telah dilakukan oleh sarjana Islam di kebanyakan dunia Islam, seperti penciptaan tulisan Urdu di India dan tulisan Parsi di Iran berteraskan dari segi bentuknya kepada bahasa Arab dengan sedikit sebanyak pengubahsuaian.19

2. Pemberian nafas baru Islam terhadap bahasa Melayu menggunakan tulisan jawi ini telah melangkaui tujuan asal penciptaannya iaitu sebagai alat penyebaran Islam, yang turut diiktiraf sebagai bahasa kominikasi (lingua franca) terpenting untuk rantau alam Melayu. Dengan pengiktirafan antarabangsa ini, kemudiannya sedikit sebanyak proses pematangan bahasa Melayu dan tulisan jawi telah dilakukan oleh ulama Melayu silam dengan mengemukakan bahan-bahan asas dari warisan Islam timur tengah20yang ditokok tambah

15 Muhammad Kamal Hasan (2001) dalam Intellectual Discourse At The End Of The Second Millennium: Concerns Of A Muslim-Malay CEO, Kuala Lumpur: UIAM, h. 1.16 Quran 49 : 6; 3 : 104 dan 16 : 125.17 Amran Kasimin (1987), Perbendaharaan Kata Arab Dalam Bahasa Melayu, Bangi.18 Omar Awang (1981), “ The Major Arabic Sources Which Determined The Structure Of Islamic Thought In The Malay Archipelago Before The Nineteenth Century A.D. In The Field Of Law, Theology And Sufism “, Dalam Islamika, v. 1, h. 80-85. 19 Omar Awang (1980), “ The Trengganu Inscription As The Earliest Known Evidence Of The Finalisation Of The Jawi Alphabet “, Dalam Federation Museums Journal, v. 25, h. 55.20 Hashim Musa (1994), “ Sejarah awal tulisan Jawi “, dalam Alam Melayu, v. 2, h. 7-13.

Page 6: · Web viewIsu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd. Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan

6

dengan nilai-nilai tempatan alam Melayu yang melahirkan beberapa genre intelektual Melayu seperti cerita-cerita cereka Melayu21 dan kitab perubatan tradisi Melayu.22

3. karya-karya Melayu Islam menggunakan tulisan jawi ini telah dikembangkan dan disebarkan di banyak tempat dalam dunia Islam seperti di Mekah, Bombay, Istanbul dan Kaherah. Ini menunjukkan bagaimana apabila diterima sebagai salah satu dari rangkaian ummah Islam sedunia, hasil karya intelektual Islam umat Melayu (kitab Jawi) telah turut diterima secara meluas dan diakui mutu akademiknya di beberapa pusat keilmuan Islam dunia.23

4.2. Fitrah Homo Festivo

Untuk fitrah Homo Festivo pula, semua manusia boleh dianggap sebagai seniman. Hal ini ditegaskan oleh ahli falsafah Islam, sebagai anugerah Allah yang Maha Pengasih kepada manusia sejak azali lagi bersesuaian dengan salah satu daripada sifat Allah, Jamal. Dalam pemahaman ini, semua manusia pasti akan sukakan seni untuk tujuan hiburan, meningkatkan ilmu- pengalaman dan menenangkan jiwa. Begitu juga, seseorang seniman itu perlu diberikan peluang untuk meluahkan hasil seni yang ada tertanam di dalam dirinya. Seandainya peluang ini tidak diberikan, hidupnya akan menjadi tertekan.24

Kita boleh melihat precedent ini yang diamalkan oleh Mubaligh awal di Alam Melayu. Mereka telah mempergunakan sepenuhnya fitrah seni (Homo Festivo) ini dengan terlibat mencipta dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kesenian Islam. Hal ini telah dilakukan oleh Sunan Kalijaga salah seorang daripada Wali Songo yang menyebarkan ajaran Islam di Indonesia secara berkesan menggunakan medium wayang kulit yang diterapkan dengan nilai dan falsafah Islam.25 Hal ini dilakukan kerana mengikut pengamatan Sunan kalijaga, masyarakat di Alam Melayu memang bersifat homo festival yang meminati semua bentuk seni, khususnya seni persembahan bagi tujuan hiburan dan pengajaran.26

5. Karya Intelektual Melayu Dan Falsafah Yang Mendasari Pemikiran Melayu

Di Tanah Melayu, karya intelektual Melayu boleh dirujuk kepada tiga bentuk warisan (korpus) keilmuan; 1. Karya ilmiah bertulis yang dihasilkan oleh sarjana Melayu-Islam dalam pelbagai bidang

disiplin ilmu keIslaman samada secara teoritikal (seperti disiplin teologi) ataupun praktikal (Fiqh dan Tasawuf). Ia dikenali juga sebagai kitab jawi dihasilkan oleh sarjana Melayu-Islam samada secara saduran ataupun original berteraskan kepada kerangka asas Islam.27 Ianya telah digunakan sebagai rujukan asas untuk pengajian keilmuan Islam

21 Siti Hawa Haji Salleh (1987), “ Kesusasteraan Hikayat sebagai suatu genre : suatu perbincangan berdasarkan Hikayat Isma Yatim, dalam Cendekia Kesusasteraan Melayu tradisional, Kuala Lumpur, h. 282.22 Hashim Awang A.R (1988)., “ Perlakuan pemakanan dalam rangka teori perubatan masyarakat dan budaya Melayu “, dalam Fenomena, Siri penerbitan Jabatan Pengajian Melayu, Kuala Lumpur, bil. 6, h. 30-38.23 Md. Sidin Ahmad Ishak (2000), The Malays In The Middle East, Kuala Lumpur, h. 26-34.24 Roskang Jailani (2003), “Hubungan pendidikan seni dengan konsep Tauhid”, dalam Mohd. Radzi Othman (ed. oleh), Warisan Al-Quran : Aspek Sosiobudaya, Pulau Pinang: Penerbit USM, h. 228-24425 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2003), “Analisis Sejarah Dakwah Dan Jalinan Intelektuaal Rantau Malaysia-Indonesia”, dalam Zulkiple Abd. Ghani (ed. oleh) Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, Terbitan Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Bangi, h. 47-74.26 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2006), “Ulamak Dan Paradigma Menanggani Kebudayaan Melayu”, dalam Othman Yatim (ed. oleh), Wacana Budaya, Kuala Lumpur: APMUM, h. 55-80.27 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2004), “ Paradigma Tradisionalism Dan Kesannya Terhadap Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Negeri Kelantan “, dalam Prosiding Islam : Past, Present And Future- International Seminar On Islamic Thoughts, anjuran bersama Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM dengan Jabatan Hal

Page 7: · Web viewIsu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd. Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan

7

bukan setakat di rantau Alam Melayu, bahkan turut dikenali secara meluas di peringkat antarabangsa.28

2. Kesusasteraan Melayu dalam pelbagai bentuk samada (i) dalam bentuk tulisan ilmu pengetahuan agama, (ii) tulisan sastera Hikayat dan (iii) tulisan dalam bentuk sejarah, undang-undang, Ketatanegaraan, cerita Panji dan sebagainya.29

3. Karya lisan manusia Melayu silam yang kemudiannya telah dikumpulkan dalam pelbagai antologi yang khusus. Ianya merangkumi karya sastera masyarakat, bahan pertuturan dan ucapan sesuatu masyarakat yang merupakan penyataan isihati dan fikiran sesuatu masyarakat. Antara sumber-sumber yang relevan untuk kelompok ini adalah kajian terhadap pantun dan peribahasa Melayu, dan syair Melayu.

Boleh dikatakan, akibat proses Islamisasi Alam Melayu, nilai-nilai Islam telah meresap masuk dalam setiap jenis karya intelektual ini. Cuma, korpus asas yang bertanggungjawab menerapkan prinsip Islam adalah karya yang pertama; kitab jawi.

Terdapat teori yang menyebut bahawa bahasa melambangkan semua perkara yang berkaitan dengan kepercayaan masyarakatnya. Falsafah yang mendasari pemikiran Melayu berasaskan beberapa proses: pengamatan, pegangan agama, akal budi, adat dan budaya dan alam sekitarnya. Jadi untuk memahami orang Melayu berfikir perlu dilihat pada korpus ilmunya dalam bentuk peribahasa, petua, perpatah, pantun.30

Untuk memahami bagaimana orang Melayu memahami sistem moral kehidupan Melayu, kita perlu melihat kepada hasil karya intelektual masyarakatnya, seperti peribahasa yang dipeganganya. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa apabila dikaji bahasa dan peribahasa Melayu ternyata semuanya berteraskan prinsip Islam.31 Ini membuktikan bahawa :1. pencipta bahasa dan peribahasa Melayu : cerdik pandai n pemikir atau ulama Melayu

sndiri.2. Islam telah mnyerap masuk dalam budaya dan pemikiran Melayu secara cukup mndalam.

Secara mudahnya, kajian mendapati elemen Islam telah menyerap masuk dalam korpus korpus peribahasa, pantun, petua dan perpatah Melayu. Hal ini berlaku kerana pemikir Melayu yang melahirkan peribahasa akan melalui proses pengamatannya tentang alam, falsafah Islam, adat dan budaya Melayu.32

Begitu juga halnya dengan kitab jawi Melayu. Ia dihasilkan melalui melalui proses :1. Pemilihan karya Islam Timur tengah yang berotoriti, sebarang kitab yang kontroversi akan

ditolak.33

2. Pemahaman kandungan karya Islam Timur tengah secara holistik, dipetik sumber rujukan Timur tengah yang menjadi asas sandarannya.

3. Ia diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu melalui tulisan jawi dalam bahasa yang mudah difahami pembaca Melayu.

4. Ia juga diterapkan dengan pendekatan dan budaya tempatan alam Melayu.34

Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia, pada 7-9hb. Disember 2004, h. 566-572.28 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2006) “Ulamak Dan Paradigma Menanggani Kebudayaan Melayu “, dalam (edit) Hashim Awang, Othman Yatim dan Nor Azita Che Din, Wacana Budaya, Kuala Lumpur : APMUM, h. 55-80.29 Abdul Rahman Abdullah (1990), Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur, h. 57.30 Zaitul Azma Zainon Hamzah (2011), Bahasa Dan Pemikiran Dalam Peribahasa Melayu, Gema Online Journal Of Language Studies, v. 11(3), h. 31-49.31 Hashim Musa (2013), Bahasa Melayu Dan Konsep Kebenaran Ilmu Berdasarkan Pandangan Syed Muhmmad Naquib Al-Attas, Kemanusiaan, v. 20, no. 1, h. 1-22.32 Shamsuddin Othman (2015), Pemikiran Akal Budi Dan Sosiobudaya Melayu Dalam Pendidikan Kesusteraan Melayu, International Journal Of Education And Training (InJET), v.1(2), h. 1-10.33 Faudzinaim Hj Badaruddin (2012), Peranan Kitab Jawi Tasawuf Sebagai Medium Transmisi Ilmu Islam Kepada Masyarakat Melayu Nusantara, Dalam International Journal Of Islamic Thought, v.1, h. 19-25.

Page 8: · Web viewIsu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd. Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan

8

6. Konstruk penulisan Ilmiah Kitab JawiSecara kronologinya, proses penghasilan kitab jawi pada abad 16-20 di Alam Melayu

telah berjalan dalam tiga era yang berbeza. Ia sesuai dengan teori yang dibawa oleh Syed Naqiub Al-Attas yang menegaskan perkembangan Islam di Alam Melayu terbahagi kepada 3 zaman;35

1. Era tahun 1200-1400 : era penerimaan Islam secara luaran semata. (Norminal conversion) Nilai-nilai pra Islam seperti feudal masih kuat dipegang oleh masyarakat melayu.

2. era tahun 1400-1700 : era kegemilangan Islam dengan berkembangnya sistem pendidikan Islam dan lahirnya kitab jawi. Islam menjadi elemen terpenting masyarakat melayu.

3. era 1700-2000 : era kemunduran tamadun Islam dengan penjajahan kuasa barat.Jadi, sumbngan ulamak jawi ini termasuk dalam era kegemilangan tamadun melayu Islam.

Selepas mubaligh memperkenalkan ajaran Islam, generasi ulamak kedua ini memupuk dan memperkasakan lagi ajaran Islam.36

Dalam era tahun 1400-1700, ulama kitab jawi sebagai generasi kedua telah mengisi era kedua ini dengan menerapkan paradigma ilmu kepada masyarakat Melayu. Hasil kajian terhadap sejumlah besar kitab jawi yang dikenali ramai, kita dapat mengesan beberapa paradigma yang memang cuba diterapkan oleh sarjana Melayu Islam silam. Antaranya;

Pertama, menanamkan kefahaman asas bahawa Islam perlu menggunakan 3 domain utama dalam kehidupan ; kognitif (pemikiran), afektif (membentuk sikap) dan psikomoto (kemahiran yang terhasil). Terpenting lagi, Islam memerlukan peranan kuasa politik untuk tujuan fungsional pelaksanaan hukum Islam dalam kehidupan masyarakat. Buktinya boleh dilihat kepada artifak Batu Bersurat Di Terengganu37 yang mencatatkan peranan fungsional kerajaan diperlukan sejak awal di Alam Melayu.38 Walaupun di zaman awal Islam (era tahun 1400-1500) di Alam Melayu, memang telah terdapat pelbagai legal degist Melayu awal, tetapi kitab jawi memang berbeza dengan genre legal degist Melayu, bila mana kitab jawi mengandungi world-view Islam sejati dan bukannya penuh elemen feudal seperti mana terdapat dalam legal degist Melayu.

Kedua, konstruk ilmu yang lebih bernuansakan prinsip kelimuan Islam. Hal ini merujuk kepada beberapa perkara;1. Ia bebas daripada elemen feudal Melayu yang awal dan menekankan elemen demokrasi

pendidikan bila mana penggunaannya untuk semua lapisan masyarakat dan bukannya khusus untuk golongan istana semata-mata.

2. Bahasanya mudah difahami. Andainya rumit, ia bakal dihuraikan oleh ulamak khusus. Sebahagian Kitab Jawi ini telah dibuat dalam bentuk prosa biasa dan ada dalam bentuk nazam (puisi dan syair). Tujuannya adalah untuk menjadikan pembaca lebih tertarik dan mudah diingati.

3. ia dikonstruk dapat menjana pembacaan, pemikiran dan wacana yang lebih proaktif daripada pembaca, ada matan dan syarah (berisi komentar sendiri ataupun daripada guru yang mengajar). Maknanya ia dikonstruk bagi memastikan sifat jumud tidak berlaku bila mana bahagian matan (isi utama) akan disyarah bersama catatan daripada pembacanya.

34Jamalluddin Hashim (2008), Kitab Al-Sirat Al-Mustaqim Oleh Shaykh Nur Al-Din Al-Raniri : Satu Sorotan, Jurnal Fiqh, no. 5, h. 198-215. 35 S.M. Naquid al-Attas (1969), Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago, Kuala Lumpur, h. 29-30.36 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2003),“ Pengamalan Ilmu Usul Al-Fiqh Di Dalam Sastera Undang-Undang Melayu : Satu Analisa “, Dalam (Edit Oleh Muhammad Mokhtar Hassan) Kesusasteraan Dan Undang-Undang, Penerbitan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, h. 158-179.37 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2010), Batu Bersurat Di Terengganu : Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan Syariah Islam, Jurnal Fiqh, APIUM, v. 6.38 Rahimin Affandi Abd. Rahim, Ruzman Md. Noor & Nor Adina Abdul Kadir ( 2011), " Pemikiran Pendidikan Islam Dalam Sejarah Tradisi Alam Melayu: Analisis Kritikal ". Dalam Prosiding International Conference Of Islamic Civilization And Malay Identity 2011 (ICICMI2011), h. 17-30

Page 9: · Web viewIsu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd. Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan

9

Secara lansung ia akan mengajar pembaca membaca, berfkir dan memberi komentar dalam bahagian syarahnya.

4. memperkenalkan gaya penulisan ilmiah. Ia merangkumi teknik penulisan kitab dengan gaya penulisan, penerangan dan penghuraian, kemusykilan dan penyelesaian masalah. Lebih menarik lagi, usaha penyaringan dan pemindahan ilmu daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu memang dilakukan dengan baik.

Setiap pengkaji kitab Jawi memang akan terkejut dengan mutu ilmiah yang dimilikinya. Ia menepati kriteria karya ilmiah seperti mana difahami dalam konstek moden. 39 Ia merangkumi;1. elemen integriti yang memastikan proses peniruan ( plagiarism) tidak dilakukan dengan

memetik kata-kata org lain tanpa mengakuinya. Hal ini tidak kedapatan dalam kitab Jawi, apabila pengarangnya secara terangan menyatakan sumber rujukan pengambilan ideanya. Bahkan ia menyatakan ia adalah hasil terjemahan kitab muktabar yang khusus. Ia bukannya terjemahan secara pasif tetapi ditokok tambah dengan pandangan pengarang berdasarkan realiti tempatan Alam Melayu.

2. Ada bahagian mukadimah, isi dan kesimpulan.3. struktur penghujahan yang sistematik - persoalan dan jawapan disertakan alasan/ sumber

hujah (samada naqli atau aqli) yang sepatutnya.4. gaya bahasa yang mudah difahami oleh pmbaca.5. bertepatan dengan epistemologi Islam - ada keterangan tentang sumber rujukan yang agak

detail. Penggunaan sumber rujukan bersesuian dengan hiraki sumber asas Islam - dimulai dengan tertib yang rapi; quran, sunah, pandangan ulamak dan akal. Apa yang menariknya penggunaan setiap karya ulamak dipilih mengikut hirakinya (tabaqat) yang tersendiri.

7. Kitab Durr al-Fara’id: Penerapan Epistemologi Dan Falsafah Hidup Islam Ke Alam Melayu

Sheikh Nuruddin Muhammad Jailani ibn Ali Ibn Hasanji Ibn Muhammad Hamidal-Raniri (m.1068 H/1658 M) merupakan seorang ulama, ahli kalam, ahli sufi,sejarawan, Mufti kerajaan dan Shaykh al-Islam yang terkenal di zaman kesultanan Aceh Darussalam. Karya karya beliau sangat berpengaruh sehingga kini dan menjadi tumpuan perbincangan kerana membahas perkara-perkara penting dan asasi yang sentiasa relevan. Al-Raniri telah dilantik menjadi Mufti Besar Acheh oleh Sultan IskandarThani (1637-1641 M), yang merupakan anak kepada Sultan Pahang Sultan ‘Ala al-Din Ri‘ayat Shah (1589-1604 M). Jelas bahawa al-Raniri dilantik oleh Sultan baru ini kerana beliau adalah ulama’ yang cukup berwibawa di Pahang. Sejak di zaman kesultanan Iskandar Muda lagi, Johor (1613), Pahang (1616), Kedah(1619) dan Perak (1620) telah berikrar taat setia dan tunduk kepada kesultanan Acheh Darussalam.

Al-Raniri memiliki pengetahuan mendalam tentang selok belok perkembangan Islam di Alam Melayu kerana bapak saudaranya, Muhammad al-Hamid, pernah mengajar di daerah ini ilmu agama termasuk metafizik (Akidah, ilmu kalam, ilmu tasawwuf) di antara 1580-1604 M. Ketika itulah, menurut al-Attas, buku ‘Aqa’id al-Nasafi, diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu, yang merupakan manuskrip Melayu tertua yang dijumpai sehingga saat ini.40

39 Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus, Epistemologi Islam; Teori Ilmu Dalam Al-Quran, Kuala Lumpur, 1999, h. 2-3; Amin Abdullah (2000), “ Kajian Ilmu Kalam Di IAIN : Menyongsong Perguliran Paradigma Keilmuan Keislaman Pada Era Milenium Ketiga “, dalam Al-Jamiah, no. 65/VI/, h. 84-88.40 Wan Mohd Nor Wan Daud (2009), Kerangka Komprehensif Pemikiran Melayu Abad ke-17 Masihi Berdasarkan Manuskrip Durr al-Faraid Karangan Sheikh Nurudin al-Raniri. Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation, 27 (2).

Page 10: · Web viewIsu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd. Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan

10

Durr al-Fara’id adalah karya mengenai akidah umat Islam. Ia adalah karya yang secara khusus membincangkan tentang asas-asas keyakinan dan metafizik umat Islam termasuk juga epistemologi, ilmu kalam, dan falsafah kepimpinan yang meliputi perbincangan hakikat ilmu, alam, sifat-sifat Allah, al-Qur’an,dosa besar, konsep iman, perkara-perkara yang menyebabkan seseorang kufur,mukjizat, para rasul, malaikat, kitab-kitab, Mi’raj Rasulullah, karamah, khilafah,imamah, tanda-tanda kiamat, azab kubur, surga dan neraka, kedudukan orangberiman dan sebagainya. Kebanyakan persoalan-persoalan tersebut dan hal-hal yangberkaitan dengannya dijelaskan dengan panjang lebar dan mendalam dalam Durr al-Fara’id sehingga membentuk dan menggambarkan kerangka pemikiran komprehensif seorang Muslim.

7.1. Sifat Ilmu Dalam Islam Melalui Durr al-Faraid, orang Melayu telah diajar konsep epistemology Islam. Dalam

penjelasannya, kita dapat memetik beberapa prinsip utama akidah Islam. Antaranya, mengajarkan konsep ilmu yang dikehendaki dalam Islam adalah ilmu yang membantu manusia mencapai kepastian (ilmu Yakin) tentang sesuatu hakikat. Islam menolak sekerasnya sebarang bentuk falsafah yang berasaskan keraguan, walaupun ianya didakwa mampu memajukan pemikiran manusia.41

Konsep ilmu ini kemudiannya diterangkan melalui pemahaman karya Imam Ghazali. Pengaruh Imam Ghazali dalam masyarakat Melayu adalah besar, hasil terjemahan karya Ghazali yang dibuat oleh ulama Melayu silam, seperti apa yang dihasilkan oleh Abdul Samad Falembani.42 Bagi Imam Ghazali, konsep ilmunya yang difahami melalui karya-karyanya Ihya’ `Ulum al-Din, al-Munqidh Min al-Dalal dan Mizan al-`Amal43 membawa maksud; 1. satu kelebihan pada dirinya secara mutlak tanpa dihubungkan kepada yang lain dan ilmu

merupakan sifat kesempurnaan bagi Allah S.W.T. dan kemuliaan bagi malaikat dan rasul-rasul.

2. Ilmu adalah hakikat semua perkara di mana ilmu adalah pengetahuan yang tidak dapat diragui yang dikenali sebagai `ilm al-yaqin.

3. Ilmu ialah tersingkapnya sesuatu perkara dengan sejelas-jelasnya sehingga tiada lagi ruang untuk ragu-ragu; tidak mungkin salah atau keliru; aman dari bahaya kesilapan dan disertai dengan keyakinan yang sebenar-benarnya.

Manakala bagi maksud ilmu al-yakin pula, ia membawa maksud sesuatu yang benar itu seharusnya mempunyai elemen yang dipercayai kebenarannya secara yakin tanpa ada unsur keraguan, kesamaran dan prasangka terhadapnya.44 Konsep ilmu al-yaqin adalah ilmu yang boleh mendedahkan sesuatu secara jelas, di mana sebarang keraguan dan kemungkinan wujudnya kesilapan dan kesamaran (al-wahm) di sekitarnya tidak pernah difikirkan oleh seseorang yang memiliki ilmu tersebut. Ia adalah ilmu yang tidak mungkin wujudnya unsur kekeliruan, kesalahan dan kesamaran di mana seseorang itu tidak boleh membatalkan ilmu berciri tersebut atau mempercayai bahawa ianya boleh dibatalkan.

41 Wan Mohd Nor Wan Daud & Khalif Muammar (2009), Kerangka Komprehensif Pemikiran Melayu Abad ke-17 Masihi Berdasarkan Manuskrip Durr al-Fara@id Karangan Sheikh Nurudin al-Raniri, Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation, 27(2), h. 119-146 42 Mohd Fauzi Hamat & Mohd Hasrul Shuhari (2012), Pemikiran Shaykh `Abd al-Samad al-Falimbani dalam Kitab Hidayah al-Salikin: Tumpuan aspek Akidah dan Tasawuf, dalam. Norarfan Zainal et al.(eds), Membongkar Rahsia Pendidikan Islam. Bandar Seri Begawan: Pusat Penerbitan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, h. 24-28. 43 Basri Bin Husin (2010), Beberapa Aspek Epistemologi: Konsep, Tabiat Dan Sumber-Sumber Ilmu Dalam Tradisi Islam, Jurnal Usuluddin, v. 20, h. 189-203.44 Rosenthal, Franz (1992), Keagungan Ilmu, Syed Muhamad Dawilah Syed Abdullah (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka h. 39.

Page 11: · Web viewIsu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd. Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan

11

Istilah ‘yakin’ adalah berlawanan dengan ‘shakk’, ‘wahm’ dan ‘zann’. Konsep ‘yakin’ ini amat ditekankan dalam epistemologi Islam, di mana hal-hal yang melibatkan persoalan akidah Islam dan syariah memerlukan taraf keyakinan yang tinggi dalam pencapaian sesuatu matlamat. Dalam soal akidah, seorang muslim semestinya mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menyatakan ketauhidannya kepada Allah S.W.T.

7.2. Sumber-Sumber IlmuMelalui Durr al-Faraid, dinyatakan terdapat tiga sumber ilmu; (1) pancaindera yang lima,

(2) khabar sadiq, iaitu berita yang benar yang terbahagi kepada tiga ; (a) Wahyu, (b) khabar mutawatir, dan (c) khabar yang datang daripada Rasulullah, dan (3) akal. Wahyu (Quran) adalah sumber yang penuh dengan kebenaran dan berautoriti kerana ia diberikan oleh Allah Yang Maha Mengetahui. Sunnah adalah sebahagian daripada ilmu Tuhan telah diberikan kepada manusia melalui nabi dan rasul dinamakan sebagai berita yang benar. Autoriti sumber sunnah yang dibenarkan oleh wahyu ini adalah pasti atau mutlak sifatnya.

1. Pancaindera Pancaindera sebagai salah satu saluran utama yang membekalkan ilmu pengetahuan

kepada manusia, merupakan saluran yang bersifat realiti dan empirikal. Saluran pancaindera ini merupakan deria luaran yang membekalkan maklumat berkenaan tentang alam sekeliling manusia. Sumber-sumber ini adalah data yang bersifat empirikal yang diperolehi daripada lima fakulti utama yang melibatkan organ-organ manusia dan haiwan seperti melihat (mata), mendengar (telinga), merasa (lidah), menyentuh (kulit) dan menghidu (hidung). Sumber-sumber yang diperolehi melalui data ini merupakan maklumat yang diperolehi menerusi deria luaran yang membekalkan maklumat berkenaan tentang alam sekeliling.

Data-data yang diperolehi melalui pancaindera ini juga terdiri daripada data al-mahsusat al-zahirah di mana data yang bersifat saintifik ini boleh mencapai kepada maklumat yang bertaraf `ilm al-yaqin. Al-mahsusat al-zahirah ialah salah satu pengetahuan manusia yang dicapai melalui pancaindera manusia khususnya melalui deria penglihatan (organ mata). Data-data ini bersifat sensori iaitu data yang diperolehi manusia menerusi deria luaran yang dimiliki oleh manusia. Oleh itu, data-data inilah yang membekalkan sesuatu maklumat yang benar tentang alam sekeliling kita.

2. AkalIslam mengiktiraf kedudukan akal berdasarkan kepada batasan yang mampu dicapai

olehnya. Data-data yang diperolehi melalui fakulti akal adalah bersifat rasio dan apriori di mana akal akan mentafsirkan sesuatu maklumat berdasarkan kepada kerangka logiknya. Umpamanya akal memberikan maklumat bahawa bilangan sepuluh lebih banyak daripada bilangan satu ataupun contoh lain iaitu seseorang itu tidak boleh berada dalam dua tempat yang berbeza dalam waktu yang sama. Saluran pengetahuan ini adalah bersifat aksiom di mana maklumat ilmu itu terbukti dengan sendirinya melalui proses apiori.

Penggunaan akal dengan baik amat dititik beratkan oleh Islam kerana antara syarat seseorang itu ditaklifkan dengan hukum syarak ialah mempunyai akal yang sempurna. Maksudnya, akal juga ada kelemahannya kerana akal ada kalanya mudah dipengaruhi oleh imaginasi dan ramalan yang terkadang boleh menghasilkan keputusan yang salah walaupun berdasarkan kepada maklumat yang betul.45 Cara kerja akal dalam menghasilkan sumber ilmu adalah berdasarkan tiga kerja asas iaitu mengabstrak, menggabung dan menilai. Ketiga-tiga asas ini merupakan tindakan akal dalam mencerap sesuatu gagasan mahupun konsep yang bersifat universal dan hakiki.

45 Wan Mohd Nor Wan Daud (2005), Falsafah Dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib al-Attas: Satu Huraian Konsep Islamisasi, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. 96.

Page 12: · Web viewIsu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd. Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan

12

Di samping itu juga, penggunaan akal sebagai sumber ilmu amat dititik beratkan dalam syariah Islam untuk menentukan persoalan hukum berpandukan kepada sumber wahyu. Dalam hal ini, fuqaha’ Islam telah meletakkan peranan ijtihad yang menggunakan fungsi akal dalam menentukan sumber hukum tambahan yang tidak termaktub secara jelas di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah umpamanya qiyas, ijma`, istihsan, maslahah, siyasah shar`iyyah, masalih mursalah dan sebagainya.46

3. Al-Khabar al-Sādiq (Berita Yang Benar)Al-Khabar al-Sadiq atau sumber berita yang benar merupakan sumber utama dalam

saluran ilmu menurut perspektif Islam. Sumber utama ini terdiri daripada dua jenis iaitu sumber yang berasaskan wahyu (al-Qur’an) dan sumber-sumber mutawatir.

Al-Qur’an sebagai sumber utama ilmu tidak dapat diragukan lagi kerana ia adalah kebenaran mutlak yang membawa kepada keyakinan. Dalam Surah al-`Alaq jelas menunjukkan bahawa sumber segala ilmu adalah dari Allah kerana Dia yang mengajar manusia apa yang tidak diketahui oleh manusia. Para malaikat juga mengakui bahawa mereka tidak mempunyai sebarang ilmu melainkan apa yang diberikan oleh Allah.

Selanjutnya al-Qur’an mengisyaratkan bahawa terdapat sumber-sumber ilmu yang lain jika diiringi dengan kajian dan orientasi yang betul akan membawa kepada kebenaran wahyu Ilahi. Ini disebabkan pada akhir sesuatu kajian itu akan menuju kepada sumber yang sama juga iaitu Allah

Sumber-sumber mutawatir pula merujuk kepada semua data ataupun maklumat yang diambil dari banyak sumber lain secara bersambungan sehingga sampai kepada satu jumlah bilangan pelapor tertentu yang menyebabkan tidak dapat diragui lagi tentang kebenaran data tersebut. Hadith mutawatir adalah contoh bagi berita yang benar di mana dalam periwayatan Hadith mutawatir penekanan terhadap sumber yang banyak dan data yang berkesinambungan menyebabkan tidak mungkin terdapat padanya sebarang keraguan dan kepalsuan. Oleh itu, data yang berasaskan kepada jenis ini merupakan data yang tidak mungkin dipertikaikan kesahihannya.47 Dalam pada itu juga, sumber-sumber bersifat mutawatir ini didasarkan kepada pelapor yang mempunyai ketinggian akhlak yang tidak mungkin sama sekali melakukan sebarang pembohongan atau pemalsuan terhadap maklumat yang disampaikan.

4. Intuisi / IlhamIntuisi atau ilham merupakan sumber ilmu bersifat dalaman yang berkaitan dengan hati,

jiwa dan batin seseorang dalam memberikan sesuatu pengetahuan. Ilham yang benar adalah datang dari Allah. Ia dicampakkan ke dalam jiwa hambanya yang bersih melalui jalan kashf. Melalui jalan ini, pintu hati akan terbuka dan segala maklumat akan dicapai tanpa sebarang halangan.

Pencapaian ilmu melalui jalan ilham merupakan campakan maklumat ke dalam hati insan tanpa perlu berusaha dan belajar. Adapun hati yang menjadi tempat penerimaan ilham ialah hati rohani iaitu hati yang bersifat ketuhanan dan kerohanian. Al-Ghazali menyatakan bahawa asas untuk menerima ilham adalah mempelajari semua dasar-dasar ilmu di alam ini. Manakala beramal dan beribadat boleh memudahkan jiwa menerima ilham yang benar dan aktiviti berfikir pula akan menyebabkan datangnya ilham itu. Lebih tepat lagi, intuisi merupakan salah satu saluran yang sah dan penting dalam menghasilkan pengetahuan yang

46 Rahimin Afandi Abdul Rahim (2002), “Epistemologi Hukum Islam: Satu Pengenalan”, Jurnal Usuluddin, bil. 15, Julai 2002, h. 60.47 Muhammad Zainiy Uthman (1998), “Latāif al-Asrār Li Ahl Allāh al-Atyar Karangan Nūr al-Din al-Raniri: Satu Tinjauan Epistemologi Dalam Falsafah Epistemologinya” dalam Hashim Awang et al. (ed.), Pengajian Sastera dan Sosiobudaya Melayu Memasuki Alaf Baru, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, h. 415.

Page 13: · Web viewIsu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd. Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan

13

berbentuk kreatif. Aktiviti-aktiviti seperti membaca, berfikir, melakukan eksperimen dan berdoa merupakan salah satu daripada usaha dalam menghasilkan ilmu melalui saluran ilham.48

Berdasarkan asas ini, dapat disimpulkan bahawa ilham merupakan salah satu sumber untuk mendapat ilmu pengetahuan dan kebenaran yang telah diterima oleh majoriti umat Islam. Namun begitu, Ilham tidak boleh mengatasi sumber wahyu dalam mencapai tahap kesahihan dan kebenaran.

Islam memang memberi ruang untuk pemikiran rasional selama penggunaan akal ini dilakukan dengan baik dan betul. Malah penggunaan akal dengan betul akan membawa seseorang lebih dekat kepada Penciptanya seperti yang berlaku kepada nabi Ibrahim. Mengenai hal ini al-Raniri sempat menjelaskan proses berfikir yang dilalui oleh nabi Ibrahim sebelum yakin dan beriman kepada Allah: tatakala dilihat Ibrahim a.s. pada suatu malam akan bintang dan bulan dan pada siang matahari gilang gemilang, maka kata Ibrahim a.s. inilah Tuhanku kemudian dari itu maka dilihatnya pada tiap-tiap sekaliannya itu lenyap dan berubah-rubah maka nyatalah tanda berubah-rubah itu tiadalah patut akan Tuhannya. Maka kata Ibrahim a.s. tiadalah ku kasih Tuhan yang lenyap dan berubah-rubah dan baharu ini.

Mengikut Wan Mohd Nor, apa yang ditegaskan oleh Nurudin ini, menunjukkan bahawa pemikiran Islam yang dikembangkan oleh para ulama silam adalah pemikiran yang rasional dan saintifik. Mereka tidak sesekali menanamkan pemikiran yang tidak rasional seperti mitos dan legenda. Epistemologi Islam yang merangkumi khabar Sadiq (wahyu), pancaindera dan akal rasional membuktikan bahawa dalam Islam tidak ada pemisahan mutlak antara wahyu dan akal, justeru keduanya dapat berfungsi dalam usaha manusia untuk maju dan membangun peradaban yang tinggi. Di sinilah letak perbezaan antara epistemologi Islam dan epistemologi Barat: dalam epistemologi Islam berlaku pemaduan dan kesalingan antara wahyu dan akal, agama dan sains.

Sikap bertasamuh dalam kegiatan ilmu juga diberikan. Ia menekankan bahawa usaha keilmuan dan pemikiran bersunggguh sungguh dari tokoh-tokoh berwibawa (mujtahid) tidak semestinya sentiasa tepat. Bagi al-Raniri, seseorang mujtahid itu terkadang ada salah pada ijitihadnya dan terkadang benar pada ijtihadnya. Ia bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad yang menyatakan bahawa ijtihad yang tepat akan diberikan dua pahala, yang tidak tepat, satu pahala. Sehubungan ini, al-Raniri memasukkan prinsip tasamuh sebagai prinsip epistemologi Islam. Hal ini sangat penting digunakan dalam hubungan antara Mazhab besar Islam.

8. Perkaitan Epistemologi Islam Dengan pemikiran MelayuMengikut Othman Yatim, maklumat epistemologi Islam ini telah melahirkan dua

bentuk pemikiran Melayu; Rasionalism dan emperiscisme sekaligus.49 Hal ini jelas terbukti apabila manusia Melayu menekankan kepada menumpukan pembelajaran dengan alam semesta (Ayat Kawniyyah) sehingga terhasil teori/hukum alam (konsep adat) yang bersifat kekal seperti perpatah biar mati anak jangan mati adat dan bersifat flexible yang perlu berubah mengikut keperluan semasa (seperti perpatah sekali air bah sekali pasir pantai berubah). 50 Apa yang jelasnya, mengikut perspektif manusia Melayu-Islam proses belajar dan berinterkasi dengan alam ini telah melahirkan falsafah berguru dengan alam ataupun berpengALAMan.

48 Wan Mohd Nor Wan Daud (2005), op.cit., h. 235- 236.49 Othman Yatim (2011), Tradisi Intelektual Melayu-Islam : Daripada Metafora Kepada Saintifikisme, Jurnal Melayu: The Muslim World Journal (edisi Khas).50 Abdullah Alwi haji Hassan (2001), “ Adat Melayu mengikut perspektif perundangan orang Islam di Malaysia “, dalam Adat Melayu Serumpun, Kuala Lumpur : DBP, h. 65-66

Page 14: · Web viewIsu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd. Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan

14

Hasil sentesis konsep epistemologi Islam dengan akal Melayu kemudiannya telah mematangkan kaedah pemikiran Melayu. Penggunaan akal manusia Melayu dilakukan melalui metafora, alegorikal dan rasional. Ia terdiri daripada akal Aktual (potensi dan fitrah yang dimiliki sejak manusia lahir- bersifat tidak berkembang) dan akal Muktasab (diperolihi dengan cara belajar, membaca dan mengkaji -bersifat sentiasa berkembang).51 Mengikut Hassan Ahmad, hanya bangsa dan manusia yang cerdik dan pintar sahaja yang mampu berfikir secara aktif menggunakan kaedah metafora. Berfikir secara metafora ini dibuat secara perumpamaan, kiasan dan ibarat yang kemudiaannya diungkap dengan bahasa yang berlapis maknanya. Ia bakal menjana pemikiran aktif bagi setiap pendengarnya bahawa selain daripada maksud literal, masih terdapat maksud di sebaliknya yang berisi pengajaran penting yang boleh dimanfaatkan. Lebih penting lagi, ianya diungkap dengan bahasa yang indah, padat, halus sekali susunan ayatnya dan bermatlamatkan memberikan pengajaran kepada anggota masyarakat.52

Antara lainnya ia berbentuk penelitian sesuatu fenomena kehidupan dan alam secara mendalam dan bersifat saintifik (dibuat secara terperinci dan berulang kali). Banyak perpatah Melayu tentang konsep kemasyarakatan dan sains lahir hasil interaksi akal dengan pengalaman hidup dan alam semesta.53 Ia dikaji oleh pemikir Melayu secara mendalam dan berulang kali, yang kemudiannya dinukilkan dalam bentuk perpatah untuk dimanafaatkan oleh anggota masyarakat.54

Dalam bahasa yang lebih mudahnya, otak manusia Melayu memang hebat kerana ia mengabungkan 4 jenis kognitif pemikiran sekaligus. Bahkan ke 4 kaedah kognitif ini telah dilakukan sebelum mereka mengenal tradisi tulisan.1. Berfikir secara kreatif dan selektif. Mereka mampu meminjam kata-kata asing untuk

menyatakan konsep baru yang abstrak. Contohnya mereka meminjam kata-kata dan istilah Islam seperti baqa, fana, wujud dan ilmu untuk menerangkan konsep Islam yang abstrak.

2. Berfikir secara metafora - bahasa berlapis dengan menggunakan bahasa literal sebagai struktur bahasa luaran untuk memprojekkan makna yang bersifat konseptual (makna lapisan kedua) - ia dibuat melalui proses perbandingan, Perumpamaan, tamsilan ibarat. Kaedah berfikir ini terdapat dalam peribahasa dan perpatah Melayu. Bahasa metafora ini bagi Aristotle hanya mampu digunakan oleh akal yang genius.

3. Berfikir secara aktif berfikir dan bertertib yang diungkap dengan kata-kata yang padat dan puitis untuk menyatakan sesuatu nilai dan prinsip hidup yang syumul. Tanda kepintaran akal Melayu terbukti dalam peribahasa dapat dilihat kepada 3 aspek;

a. makna perpatah sangat mendalam, terbuka dan tahan zaman.b. makna yang luas disampaikan dalam 4 patah perkataan.c. diungkap dalam bahasa tersusun dan puitis.

4. Berfikir secara rasional, alami dan analogikal. Melalui pantun kita dapat mengetahui otak Melayu menggunakan penggunaan otak kanan (imiginasi) dan  otak kiri (rasional) sekaligus. Hal ini boleh dilihat dalam pantun melalui penggunaan pembayang (imiginasi) dan maksud. Pisang emas dibawa belayar (elemen imiginasi) - hutang emas boleh dibayar (maksud) Jadi, Dato Hassan Ahmad menegaskan bahawa otak Melayu memang bergeliga kerana otak mereka seperti Einsten yang mampu mengabungkan pemakaian pemikiran secara intution (imiginasi) dan rasional serentak.55

51 Hassan Ahmad (2004), “ Bahasa Dan Pemikiran Melayu : Tradisi Dan Kesinambungan “, Dalam (Edit) Worawit Baru @ Haji Ahmad Idris Pemikiran Melayu : Tradisi Dan Kesinambungan, Kuala Lumpur : DBP, h. 1-1252 Saad Shukri Hj Muda (1960), Kamus Simpulan Bahasa, Kota Bharu : Pustaka Dian, h. 142.53 Ithnin Abdul Jalil (2001), “ Pemikiran Saintifik Orang Melayu Melalui Peribahasa “, dalam Yaacob Haron Kosmologi Melayu(ed.), Kuala lumpur : APMUM, h. 452-460.54 Hassan Ahmad (2004), “ Bahasa Dan Pemikiran Melayu : Tradisi Dan Kesinambungan. h. 1-12

Page 15: · Web viewIsu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd. Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan

15

Hal ini ditambah pula dengan pendedahan akal Melayu dengan epistemologi Islam yang melahirkan pelbagai asas dan formula ilmu yang bermanafaat. Hasil pengambilan manafaat daripada otak Melayu ini  boleh dilihat kepada tindakan Syeikh Daud Pattani memperihalkan budaya mubah konsep harta sepencarian milik budaya masyarakat rantau Alam Melayu ( negeri dibawah angin). Sejak itu budaya ini yang berupakan formula penyelesaian masalah yang lebih adil untuk laki dan perempuan telah dipelajari dan ditiru oleh masyarakat Islam dunia daripada benua lain. Ia juga berjaya menerapkan Islam ke dalam struktur asas masyarakat Melayu - hingga timbul asas Melayu sinonim dengan Islam/ adat bersendikan hukum/ jati diri Melayu Islam.56

9. Mengajar Falsafah Hidup Islam Pada Orang Melayu Dan Perkara Sam'iyyat.

Hasil kajian terhadap Durr al-Fara’id dan beberapa kitab jawi lain, kita dapat mengesan asas akidah tauhid yang diterapkan di Alam Melayu pada zaman era 1200-1400. Antaranya;Ia menanamkan kefahaman asas bahawa Islam perlu menggunakan 3 domain utama dalam kehidupan; kognitif (pemikiran), afektif (membentuk sikap) dan psikomoto (kemahiran yang terhasil). Islam harus difahami, diimani dan diamalkan dalam kehidupan. Paling utama, Islam memerlukan peranan kuasa politik untuk tujuan fungsional pelaksanaan hukum Islam dalam kehidupan masyarakat. Buktinya boleh dilihat kepada artifak Batu Bersurat di Terengganu57 yang mencatatkan peranan fungsional kerajaan diperlukan sejak awal di Alam Melayu.58

Islam harus diamalkan berasaskan kepada world-view dan falsafah kehidupan Islam sejati;Falsafah Tauhid: perbezaan yang jelas di antara Tuhan dengan makhluk. Tuhan adalah Tuhan dan ianya berbeza daripada makhluk di mana makhluk dalam apa bentuk sekalipun bukannya jelmaan daripada Tuhan yang harus ditakuti. Alam dan makhluk adalah ciptaan Allah swt yang Maha Berkuasa secara mutlak, di mana kedua-duanya hanya tunduk dan mentaati Allah swt semata-mata. Perbuatan syirik kepada Allah swt tidak dibenarkan sama sekali, kerana ianya mengakibatkan kezaliman yang amat besar dan tidak akan diampunkan oleh Allah swt. Perbuatan syirik ini boleh berlaku dalam dua bentuk, samada menyekutukan Allah swt dengan kuasa ketuhanan yang lain ataupun menjadikan manusia dan nafsu sebagai kuasa penentu yang bertaraf seolah-olah seperti Tuhan. Dalam erti kata lain, kedua-dua bentuk syirik ini iaitu syirik jali dan syirik khafi perlu disedari sepenuhnya oleh umat Islam. Matlamat utama daripada pendekatan anti-syirik ini adalah bagi menjuruskan pengabdian insan hanya kepada Allah swt, yang bakal melahirkan manusia yang berjiwa bebas, merdeka dan tidak tunduk kepada manusia dan selainnya yang boleh menggantikan posisi Tuhan.

Falsafah Rationalistik: menentang keras amalan budaya taqlid iaitu amalan yang menerima pendapat orang lain tanpa usul periksa secara teliti. Amalan ini perlu ditolak sama sekali membabitkan aspek akidah dan syariah. Persoalan akidah dan syariah Islam perlu diterima dengan menggunakan neraca perkiraan akal yang waras dan tidak ada perkara yang bersifat dogmatik yang tidak boleh dipersoalkan oleh akal yang waras. Islam adalah bersifat mesra akal yang sihat serta turut menggalakkan proses mengawal, menajam dan menyuburkan

55 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2011), Tradisi Intelektual Melayu-Islam : Daripada Metafora Kepada Saintifikisme, Jurnal Melatyu: The Muslim World Journal (edisi Khas).56 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2010), Batu Bersurat Di Terengganu : Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan Syariah Islam, Jurnal Fiqh, APIUM, v. 6.57 Rahimin Affandi Abd. Rahim (2010), Batu Bersurat di Terengganu: Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan Syariah Islam, Jurnal Fiqh, APIUM, v. 6.58 Rahimin Affandi Abd. Rahim, Ruzman Md. Noor & Nor Adina Abdul Kadir (2011), " Pemikiran Pendidikan Islam dalam Sejarah Tradisi Alam Melayu: Analisis Kritikal". Dalam Prosiding International Conference Of Islamic Civilization and Malay Identity 2011 (ICICMI2011), h. 17-30.

Page 16: · Web viewIsu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd. Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan

16

kapasiti akal sehingga ke tahap yang paling maksima melalui proses latihan dan pengamalan budaya ilmu.

Budaya Ilmu: lebih signifikan lagi, Islam menekankan budaya ilmu. Tidak ada suatu pun agama di dunia ini yang amat menitik beratkan soal ilmu pengetahuan melebihi agama Islam. Konsep budaya ilmu ini telah ditekankan oleh Islam sejak awal lagi iaitu bermula daripada tahap penciptaan Adam A.S. sehinggalah hari kiamat. Secara ringkasnya, budaya ilmu ini yang perlu diberikan penekanan di dalam kehidupan dapat diperincikan melalui beberapa elemen yang utama;1. Tindakan menjadikan pencarian ilmu itu sebagai matlamat utama kehidupan melebihi

semua matlamat lain seperti matlamat mencari harta benda dan pengaruh.2. Tindakan yang menghargai semua bentuk ilmu pengetahuan samada ianya tergolong

dalam ilmu fardu Ain ataupun Fardu Kifayah.3. Tindakan yang menghargai semua bentuk sumber ilmu merangkumi sumber wahyu, alam

semesta, diri manusia sendiri dan juga akal yang waras serta terpimpin.4. Terlibat secara langsung dalam proses pengajaran, pembelajaran daan penyebaran ilmu

pengetahuan.5. Bertindak mengikut perkiraan ilmu yang benar dan bukannya mengikut dorongan ilmu

yang salah serta hawa nafsu.6. Bersikap hormat-kritis terhadap pandangan sarjana silam dengan perkiraan dan neraca

kebenaran yang berteraskan sumber wahyu.7. Bersikap selektif terhadap semua bentuk ilmu pengetahuan menggunakan pendekatan

tauhid.8. Bertindak mengamalkan semua ilmu yang dimiliki secara bersepadu.

World Affirmative: (alam sebagai tempat yang berguna) kepada masyarakat Melayu. Ianya telah menjadi asas kepada pembangunan hidup masyarakat yang lebih dinamik. Menurut pendekatan ini, umat Islam perlu menolak semua bentuk ajaran yang menafikan kepentingan hidup dunia seperti mana dipegang oleh ajaran Neo-Platonism, Hindu, Buddha dan Kristian yang menganggap kehidupan dunia ini sebagai kotor dan perlu dijauhkan demi untuk mencapai kejayaan di dalam hidup selepas mati.

Societal: intelektual Muslim perlu berkhidmat dengan lebih gigih di dalam masyarakat melalui penerapan prinsip societal (mementingkan kehidupan bermasyarakat). Pendekatan ini antara lainnya menekankan kepentingan kehidupan bermasyarakat.

Prinsip Wasatiyyah: membawa maksud seimbang dan pertengahan. Lebih khusus lagi, ia bermaksud berada di tempat yang sesuai di antara dua situasi yang bertentangan, selalu mengambil jalan tengah dalam menghadapi situasi yang berlaku dalam kehidupan. Anti tesis ataupun lawan kepada sifat wasatiyyah ini adalah sifat tafrit (melampaui batas) samada terlalu keras atau lembut, rajin atau malas dalam melakukan sesuatu pemahaman dan tindakan. Ianya didorong oleh ketiadaan ilmu yang benar (konsep kehilangan adab) dan terlalu mengikut dorongan nafsu dalam melakukan sesuatu perkara.

10. Hasil Penerapan Falsafah Hidup Islam Kepada Pemikiran MelayuPertama, terbukti world-view Tauhid ini memang dijiwai oleh msyarakat Melayu. Jika

dirujuk kepada teori yang dibuat oleh Hashim Musa terhadap tipologi sejarah tamadun alam Melayu, mendapati pembinaan tamadun Melayu ini telah diasaskan dengan enam pandangan world-view yang bersumberkan wahyu Allah. Keenam-enam pandangan ini telah menjadi pegangan utama masyarakat Melayu sehingga sekarang yang terdiri antara lainnya;59

59 Hashim Musa (2001), Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam: ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Baru. Kuala Lumpur, h. 48-49.

Page 17: · Web viewIsu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd. Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan

17

1. Alam ini hasil ciptaan dan tabdiran Allah yang mencakupi alam primordial (arwah), alam dunia dan alam akhirat. Alam akhirat adalah destinasi dan natijah muktamad dari kehidupan di alam dunia. Kejayaan hakiki di alam akhirat adalah dapat memasuki syurga dan kejayaan di alam dunia adalah ketaatan kepada Allah.

2. Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din yang mengandungi segala peraturan bagi segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi untuk kejayaan hakiki mereka.

3. Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya pembalasan yang buruk untuk amalan yang buruk.

4. Wawasan, misi, objektif, niat, strategi dan operasi segala bidang kerja hendaklah salih, benar dan mematuhi segala aspek hukum Islam tanpa kompromi, manipulasi dan tolak ansur.

5. Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala perkara yang membantu pembentukan insan yang beriman, beramal salih dan berakhlak mulia yang manafaatnya dapat dinikmati sama oleh orang lain.

6. Kehidupan pertengahan dan seimbang antara jasmani, akali dan rohani berasaskan kepada ilmu pengetahuan dalam bentuk fardhu Ain dan fardhu kifayah.

Mengikut Wan Mohd Nor lagi, penjajah walaupun dengan kecanggihan teknologi ketenteraan, tetap gagal mengubah world- view tauhid Melayu. Ia menyebut bahawa kerana world-view tauhid menyebabkan orang Melayu menjadi bebas dan tidak takut kepada kuasa tahyul. Ini menyebabkan mereka berani belayar di lautan luas kerana percayakan kuasa allah sebagai tempat bergantung.60

Kedua, world-view Islam ini telah menjadi pegangan utama masyarakat Melayu (konsep jati diri Melayu) sehingga pada masa sekarang. Pemilihan Islam sebagai asas jati diri ini ternyata telah menguntungkan masyarakat Melayu kerana seperti mana berlaku kepada masyarakat Arab, Islam juga telah mengangkat martabat tamadun Melayu ke peringkat antarabangsa.61 Proses ini antara lainnya telah menimbulkan semangat perpaduan (internationalism) di kalangan umat Melayu bahawa kedudukan mereka di dalam kerangka Tauhid, Ummah dan ukhuwwah bukan terhad kepada lingkungan kawasan dan sejarah alam Melayu semata-mata bahkan turut membabitkan kesemua umat Islam seluruh dunia dari setiap zaman dengan warisan tamadun yang tinggi.62

Dengan konsep jati diri ini umat Melayu berasa berbangga menganut Islam yang menjadikan mereka sebahagian daripada serangkaian ummah Islam, seperti mana halnya golongan Arab yang dipandang mulia oleh masyarakat Melayu.63 Faktor inilah juga yang menyebabkan di dalam sejarah alam Melayu kerap berlaku penentangan umat Melayu terhadap kuasa penjajah barat yang dianggap sebagai kuasa kafir64 dan hal ini telah diakui sendiri oleh mubaligh Kristian yang mengatakan bahawa orang Melayu sebagai golongan yang kuat berpegang kepada agama Islam.65 Apa yang jelasnya, sifat keMelayuan yang begitu

60 Wan Mohd Nor Wan Daud (2001), Pembangunan Di Malaysia : Ke Arah Suatu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna, Kuala Lumpur, h. 12-17.61 Ibid, h. 50.62 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2000), “Kebudayaan Melayu Dan Islam Di Nusantara : Satu Analisa

Pengkaedahan ”, dalam Seminar Hukum Islam Semasa 111 Peringkat Kebangsaan 2000, Anjuran Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, pada 7-8hb. November 2000, h.18-19.

63 William Roff (1980), The Origins Of Malay Nationalism, Kuala Lumpur : Oxford University Press, h. 41.64 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Abdul Rahman Abdullah (1994), Gerakan Anti Penjajahan Di

Malaysia 1511-1950 : Pengaruh Agama Dan Tarikat, Kuala Lumpur : Penerbit Kintan. 65 Charles Tisdall (1916), “Ideas Of Mohammedan Malaya ”, dalam The Missionary Review Of The World, v.

xxxiv, h. 348-349.

Page 18: · Web viewIsu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd. Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan

18

sebati dengan Islam ini telah mengakibatkan sebarang serangan yang dibuat terhadap Islam akan dianggap seperti serangan yang dibuat terhadap asas kebudayaan Melayu.66

Ketiga, mubaligh awal melalui penyelidikan tentang masyarakat Melayu telah mencipta tulisan jawi berasaskan huruf Arab. Taktik ini ternyata penuh berkat kerana ia bukan setakat menjadikan tulisan jawi ini menjadi kebanggaan dan sumber perpaduan masyarakat Melayu - bahkan juga bertindak sebagai medium penyebaran dan pengembangan ilmu Islam.

Ia telah mengasaskan sistem pendidikan Islam yang mengajar paradigma ilmu ilmiah kepada masyarakat Melayu mengantikan paradigma pra Islam yang berasaskan mitos. Islam melalui kitab jawi mengajar manusia Melayu tentang kepentingan pemikiran yang baik. Harga diri seorang manusia antara lainnya terletak kepada penggunaan akal yang baik. Kitab jawi mengajar bahawa pemikiran adalah merupakan pekerjaan akal rasional manusia yang disifatkan sebagai suatu amal perbuatan yang secara pastinya terikat dengan persoalan halal ataupun haram yang dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.67 Atas dasar ini, seseorang manusia diperingatkan agar menggunakan akal fikirannya dengan cara yang betul dan sahih di sisi agama.68 Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan.

Sifat Islam begini bukan setakat untuk difahami bahkan perlu dilaksanakan dalam kehidupan. Ia telah menghasilkan semacam pemankin (chain reaction) yang menimbulkan beberapa perkara positif dalam masyarakat. Fenomena ini kemudiannya dalam perkembangan sistem fiqh Islam di Alam Melayu69 telah melahirkan dua teori yang utama,70 antaranya;1. Teori kredo dan Syahadah. Mengikut teori ini, apabila seseorang itu memeluk Islam,

mereka wajib melaksanakan hukum Islam di dalam kehidupan sehariannya. Proses Islamisasi Alam Melayu secara langsung telah menyebabkan hukum Islam dijalankan dan hal ini didorong dengan kewujudan isntitusi beraja Islam yang kemudiannya mewujudkan institusi kehakiman Islam dan system pengajian perundangan di dalam masyarakat.

2. Teori Receptio in complexu. Memandangkan wujudnya institusi politik dan pendidikan Islam yang cukup kuat di dalam masyarakat Melayu-Islam, hukum Islam telah mendapat tempat yang cukup kuat di dalam masyarakat sehingga ianya telah menjadi adat kebiasaan (Urf) dan asas untuk jati diri ataupun terdalam di dalam masyarakat Melayu. Ianya telah sebati menjadi elemen pola cita dan kelakuan di dalam kebudayaan Melayu.

Wan Mohd Nor Wan Daud menerangkan dengan lebih rinci akibat berpegang pada world-view islam ini telah memperkuatkan potensi diri manusia Melayu:71

1. bebas jiwa daripada tahyul kerana hanya takutkan Allah Tuhan Pengasih Penyayang. Walaupun mereka tahu tentang kuasa dan Qada Qadar Allah tetapi mereka kuat berusaha kerana tahu manusia dikurniakan iradat untuk berusaha.

2. yakin diri kerana tahu ilmu itu mampu diperolihi yang dapat memperkuatkan diri mereka. Mereka tidak terlibat dengan fahaman yang menolak manusia mampu mendapat ilmu yang membawa kepada kebenaran hakiki.

3. mampu bertindak sebagai pemikir dan anggota masyarakat yang baik kerana ia berpandukan ilmu, akibat mengetahui epistemologi ilmu (tentang bagaimana dan apa

66 Isabella Bird (1967), The Golden Chersonese And The Way Thither, Kuala Lumpur, h. 20.67 Abdul Rahman Abdullah (2001), Falsafah Dan Kaedah Pemikiran, Kuala Lumpur, h. 8-1568 Mohd Yusof Othman (1998), Isu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd.69 Rahimin Affandi Abdul Rahim, (2003) “ Analisis Sejarah Dakwah Dan Jalinan Intelektuaal Rantau Malaysia-Indonesia “, Dalam (Edit Oleh Zulkiple Abd. Ghani) Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, Terbitan Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan, UKM Dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Bangi, H. 47-7470 Imam Syaukani, (1999) Rekonstruksi Epistemologi Hukum Islam Di Indonesia, Jakarta :PT Raja Grafindo persada, h. 67-86.71 Wan Mohd Nor Wan Daud (2005), Beberapa Aspek Pandangan Alam Orang Melayu Dalam Manuskrip Tertua Al-‘Aqa’id Al-Nasafi, Jurnal Afkar 6, h. 1-13.

Page 19: · Web viewIsu-Isu Dalam Ilmu Dan Pemikiran, Kajang : Aras Mega Sdn Bhd. Ianya perlu dilakukan secara berhati-hati (warak) kerana ianya dimulakan dengan niat yang diikuti dengan perlakuan

19

sumber ilmu Islam). Mereka tahu semua benda boleh diselesaikan dengan ilmu kerana maklum tentang sumber ilmu yang ada.

4. Mengetahui had ilmu tentang apa yang boleh diketahui dan apa yang tidak boleh diketahui seperti soal-soal sam'iyyat yang wajib berpegang pada sumber naqli. 

5. mereka menghormati apa yang diperolihi dengan ilmu yang saintifik akibat penggunaan akal dan wahyu.

6. Mereka jelas dan mengetahui matlamat hidup dan kemana arah tujuan hidup manusia.7. Mereka memahami maksud iman sejati; mengetahui, percaya dalam hati dan dijelmakan

dengan perbuatan.8. manusia berperaturan /madani yang mengetahui soal halal haram yang wajib dipatuhi

dalam hidup, bukannya menjadi manusia yang bebas melakukan apa-apa sahaja.9. manusia yang yakin diri kerana mengetahui apa-apa kesalahan dilakukan akan dimaafkan

" selama mana akidah tauhidnya betul, menyebabkan ia tidak merubah struktur pegangan akidah dan syariahnya."

10. menerangkan asas sifat manusia yang bersifat homo conflict; pasti akan ada konflik perselisihan faham tetapi boleh berlapang dada andainya digunakan kaedah yang betul.

11. Peri pentingnya seorang ketua dalam masyarakat.12. Peri pentingnya mengetahui soal wali dan status manusia yang berbeza.13. memusuhi ajaran batiniah dan semua fahaman yang memperlekehkan agama.14. menolak sifat taasub berpegang pada sesuatu pegangan atau mazhab.

11. KesimpulanRumusannya, kedatangan Islam telah memperkasakan pemikiran Melayu sehingga

melahirkan pelbagai karya intelektual melayu seperti korpus sastera lisan dan kitab jawi yang bermutu. kitab jawi karangan ulama Melayu ini adalah hasil gabungan pemikiran Melayu dan Islam. Ia agak unik sehingga melahirkan aksiom Islam mengikut versi alam Melayu atau Islam mengikut versi negeri di bawah angin. lebih unik lagi, kita akan mendapati versi Islam alam Melayu ini walaupun dituduh sebagai Islam pinggiran tetapi ianya lebih kondusif dipakai untuk masyarakat dunia.