doa seorang isteri

3
Doa Seorang ISTERI Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya……….. suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu? Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya Tetapi Ya Allah………… Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Upload: saleha-mohamad-salleh

Post on 30-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

DOA

TRANSCRIPT

Doa Seorang ISTERI

Doa Seorang ISTERI Ya Allah Ya Rahman Ya RahimKau ampunilah dosa ku yang telah ku buatKau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatasKau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikalKau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaanKau peliharalah lidahku dari kata-kata nistaKau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMuKau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya AllahSekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di ArashBerilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanyaSekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMuKurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannyaSekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah MuLimpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnyaSekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMuPeliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya..suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu?Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya Tetapi Ya AllahSekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanyaSekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinyakeluar dari terus terlena

Ya Allah..Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukkuKau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjurankuSekiranya aku tersilap membuat keputusan..Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhaiSekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat MuSekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..Aku buta tanpa bimbinganMu..Aku cacat tanpa hidayahMu..Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya AllahKuatkan hati dan semangatkuTabahkan aku menghadapi segala cubaanMuJadikanlah aku isteri yang disenangi suamiBukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMuBimbinglah aku menjadi isteri SolehaHanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapanKerana aku pasrah dengan dugaanMuKerana aku sedar hinanya akuKerana aku insan lemah yang kerap keliruKerana aku leka dengan keindahan duniamuKerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMuKerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmatiIsteri yang dikasihiIsteri yang solehaIsteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..-Untuk yang bergelar danbakal bergelar isteri...Semoga kita menjadi isteri solehah.. Penyejuk hati sang suami...Dipanjatkan doa pada Illahi.. Agar kita dapat merasai nikmat menjadi seorang isteri yang dicintai lagi dikasihi suami...insyaAllah...-

Love starts from eyes..grows with drimz.. and end with tears..but Ukhwah starts with a smile.. grows with an understanding and.. everlasting in Jannah...Ameen