doa pibg

2
ِ مْ يِ حَ ّ ر ل اِ نَ مْ حَ ّ ر ل اِ له الِ مْ سِ بَ نْ يِ قَ ّ تُ مْ لِ ل ةَ بِ ق اَ ع ل اَ , وَ نْ يِ مَ ل اَ ع ل اِ ّ بَ رِ له لُ دْ مَ حْ لَ اِ هِ ل2 ى اَ لَ عَ وٍ دَ ّ مَ حُ م اَ 9 نِ دِ ّ يَ س ىَ لَ عُ مَ لاَ ّ س ل اَ وُ ةَ لاَ ّ ص ل اَ وَ نْ يِ عَ مْ حَ F اِ هِ ابَ حْ صَ F اَ وYa Allah Ya Tuhan Kami Tuhan Penguasa Langit dan Bumi, Pada petang yang damai ini, kami merafa’kan rasa penuh kesyukuran dan segala puji pujian ke atas Mu ya Allah, di atas segala kurniaan nikmat Mu yang tidak terhitung. Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu ya Allah, kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Mesyuarat Agong PIBG SK Coronation Park bagi tahun 2015. Ya Allah Ya Fa’aalul limaa yurid, Kami memohon kepada-Mu ya Allah, payungilah mesyuarat kami ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha ini, mendapat keredhaan dan hidayahMu. Ya Allah, Ya Ghaniyyu Ya Hamid, Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat, menyumbang buah fikiran, tenaga dan sokongan, bahu membahu, ke arah memajukan lagi sekolah ini, demi kebaikan putra putri kami yang tersayang harapan agama, nusa dan bangsa. Ilhamkanlah ya Allah kepada kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang membina dan keputusan keputusan yang terbaik. Ya Allah ya Haqqul waqil wa ya Samiul bashir Allahumma Antal ‘Azizul Jalil, Lembutkanlah hati-hati kami, satukanlah hati-hati ini ya Allah, eratkanlah silatur rahim dikalangan kami, jernihkanlah hubungan antara kami, perbaikilah akhlak kami, tunjukkanlah jalan yang membawa keharmonian dalam menyelesaikan segala kerumitan yang timbul di kalangan kami. Padukanlah ya Allah, tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan taraf pendidikan dan akhlak anak didik kami secara bersama, demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak. Ya Allah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengampun,

Upload: sharif01

Post on 25-Sep-2015

232 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

doa pibg

TRANSCRIPT

,

Ya Allah Ya Tuhan Kami Tuhan Penguasa Langit dan Bumi,

Pada petang yang damai ini, kami merafakan rasa penuh kesyukuran dan segala puji pujian ke atas Mu ya Allah, di atas segala kurniaan nikmat Mu yang tidak terhitung.

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu ya Allah, kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Mesyuarat Agong PIBG SK Coronation Park bagi tahun 2015.

Ya Allah Ya Faaalul limaa yurid,

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, payungilah mesyuarat kami ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha ini, mendapat keredhaan dan hidayahMu.

Ya Allah, Ya Ghaniyyu Ya Hamid,

Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat, menyumbang buah fikiran, tenaga dan sokongan, bahu membahu, ke arah memajukan lagi sekolah ini, demi kebaikan putra putri kami yang tersayang harapan agama, nusa dan bangsa.

Ilhamkanlah ya Allah kepada kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang membina dan keputusan keputusan yang terbaik.

Ya Allah ya Haqqul waqil wa ya Samiul bashir Allahumma Antal Azizul Jalil,

Lembutkanlah hati-hati kami, satukanlah hati-hati ini ya Allah, eratkanlah silatur rahim dikalangan kami, jernihkanlah hubungan antara kami, perbaikilah akhlak kami, tunjukkanlah jalan yang membawa keharmonian dalam menyelesaikan segala kerumitan yang timbul di kalangan kami.

Padukanlah ya Allah, tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan taraf pendidikan dan akhlak anak didik kami secara bersama, demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengampun,

Sesungguhnya, Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan, dan apa yang kami nyatakan, ampunilah ya Allah, segala keuzuran kami, Engkaulah yang maha mengetahui hajat kami, kabulkanlah permohonan kami, ya Allah, Engkaulah jua maha mengetahui, dosa-dosa yang ada dalam diri ini, terimalah ya Allah, penyesalan dan taubat kami, hamba mu ini.