doa majlis perpisahan

2
Bismillahirrahmanirrahimm, alhamdulillahi rabbil 'alamin, wassolatu wassala muala asyrafil ambiya iwal mursalin, waala alihi wasahbihi ajma'in. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala pujian hanya bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam kepada rasul junjungan Muhammad S.A.W Ya Allah, bagi-Mu segala puji, kurniakanlah kami lisan yang lembut dan basah, mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar, mensyukuri nikmat-Mu, serta badan yang ringan, menyempurnakan perintah-Mu. Ya Munzilar Rahmat Ya Fatihal Barakat, Rahmatilah majlis kami pada hari ini, tautkanlah ukhuwah kami, kuatkanlah silaturahim dalam kalangan kami, padukanlah tenaga dan usaha kami, mudahkan urusan kami, berilah kami kekuatan semangat, tidak berputus asa, bersungguh-sungguh dan rajin untuk memikul tanggungjawab sebagai pendidik yang meninggikan syariat-Mu. Ya Allah, Ya Aalim, Ya Qaadhial Hajat, Ampunkanlah dosa-dosa kami; sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami dalam amal jemaah dan kolektif; sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya, maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi, sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami, maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami, sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik, maka satukanlah hati kami dalam menegakkan agama-Mu. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang dirahmati, dan jadikanlah perpisahan selepas ini sebagai perpisahan yang diberkati.

Upload: putera81

Post on 14-Sep-2015

116 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Doa

TRANSCRIPT

Bismillahirrahmanirrahimm, alhamdulillahi rabbil 'alamin, wassolatu wassala muala asyrafil ambiya iwal mursalin, waala alihi wasahbihi ajma'in.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala pujian hanya bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam kepada rasul junjungan Muhammad S.A.W

Ya Allah, bagi-Mu segala puji, kurniakanlah kami lisan yang lembut dan basah, mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar, mensyukuri nikmat-Mu, serta badan yang ringan, menyempurnakan perintah-Mu.

Ya Munzilar Rahmat Ya Fatihal Barakat,Rahmatilah majlis kami pada hari ini, tautkanlah ukhuwah kami, kuatkanlah silaturahim dalam kalangan kami, padukanlah tenaga dan usaha kami, mudahkan urusan kami, berilah kami kekuatan semangat, tidak berputus asa, bersungguh-sungguh dan rajin untuk memikul tanggungjawab sebagai pendidik yang meninggikan syariat-Mu.

Ya Allah, Ya Aalim, Ya Qaadhial Hajat,Ampunkanlah dosa-dosa kami; sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami dalam amal jemaah dan kolektif; sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya, maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ululazmi, sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami, maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami, sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik, maka satukanlah hati kami dalam menegakkan agama-Mu.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang dirahmati, dan jadikanlah perpisahan selepas ini sebagai perpisahan yang diberkati.

Rabbana atina fiddunnya hasanah, wafil a khirati hasanah, waqina azab bannar, walhamdulillahirabbil alamin.