dn-16052001

125
DN.16.5.2001 [DOKUMEN INI BELUM DISEMAK] MALAYSIA DEWAN NEGARA Rabu, 16 Mei 2001 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Haji Karim bin Salleh minta Menteri Pengangkutan menyatakan berikutan pengambilalihan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) oleh kerajaan baru - baru ini, apakah perkembangan terkini MAS dan keputusan yang dibuat untuk menjual saham MAS kepada syarikat penerbangan asing. Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan [Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, seperti Yang Berhormat sedia maklum kerajaan telah mengumumkan perlantikan Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Zainol Abidin sebagai Pengerusi bukan eksekutif dan Dato' Mohd. Nor bin Mohd. Yusof sebagai Pengarah Urusan bagi menerajui pengurusan penerbangan MAS mulai 14 Februari 2001. Pengurusan baru ini telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan business plan, dengan izin, bagi memulihkan kedudukan kewangan serta prestasi perkhidmatan MAS dalam tempoh masa secepat mungkin. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan berhasrat untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan dan prestasi MAS, penyertaan pelaburan strategik daripada syarikat penerbangan asing mungkin akan ditimbang pada masa yang sesuai. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya amat terperanjat jugalah kerana diberitahu bahawasanya kedudukan kewangan MAS terpaksa dibaik pulih oleh pihak kerajaan sendiri dengan cara-cara tertentu. Saya difahamkan syarikat teguh. Jadi, soalannya apakah pihak kerajaan mencadangkan pada satu ketika untuk MAS menjual saham-saham baru kepada kerajaan supaya penjualan saham-saham baru itu dapat MAS menggunakan duit yang diberikan oleh kerajaan sebagai dana modal syarikat itu sendiri dan tidak membeli saham-saham daripada pemegang saham yang sedia ada, kalau itu

Upload: merah-jambu

Post on 31-Oct-2015

54 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: DN-16052001

DN.16.5.2001

[DOKUMEN INI BELUM DISEMAK]

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Rabu, 16 Mei 2001

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Haji Karim bin Salleh min ta Menteri Pengangkutan menyatakan berikutan pengambilalihan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) oleh kerajaan baru -baru ini, apakah perkembangan terkini MAS dan keputusan yang dibuat untuk menjual saham MAS kepada syarikat penerbangan asing. Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan [Tuan Ir. Donald Lim

Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, seperti Yang Berhormat sedia maklum kerajaan

telah mengumumkan perlantikan Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Azizan bin

Zainol Abidin sebagai Pengerusi bukan eksekutif dan Dato' Mohd. Nor bin Mohd.

Yusof sebagai Pengarah Urusan bagi menerajui pengurusan penerbangan MAS

mulai 14 Februari 2001. Pengurusan baru ini telah diberi tanggungjawab untuk

menyediakan business plan, dengan izin, bagi memulihkan kedudukan kewangan

serta prestasi perkhidmatan MAS dalam tempoh masa secepat mungkin.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan berhasrat untuk

memperkukuhkan kedudukan kewangan dan prestasi MAS, penyertaan pelaburan

strategik daripada syarikat penerbangan asing mungkin akan ditimbang pada masa

yang sesuai.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Saya amat terperanjat jugalah kerana diberitahu bahawasanya

kedudukan kewangan MAS terpaksa dibaik pulih oleh pihak kerajaan sendiri dengan

cara-cara tertentu. Saya difahamkan syarikat teguh. Jadi, soalannya apakah pihak

kerajaan mencadangkan pada satu ketika untuk MAS menjual saham-saham baru

kepada kerajaan supaya penjualan saham-saham baru itu dapat MAS menggunakan

duit yang diberikan oleh kerajaan sebagai dana modal syarikat itu sendiri dan tidak

membeli saham-saham daripada pemegang saham yang sedia ada, kalau itu

Page 2: DN-16052001

DN.16.5.2001 2

masalahnya, kalau masalah-masalah kewangan. Dan kalau itu juga masalahnya,

adakah pihak kerajaan setelah mengambil alih syarikat ini − kerana kita dengar ada

ura-ura hendak mengambil orang luar, orang asing untuk menjadi ketua operasinya −

menimbangkan orang-orang, pengurus-pengurus di tanah air kita sendiri. Kalau kita

dapat mengurus Petronas oleh orang kita sendiri, saya tidak nampak bagaimana

orang kita tidak boleh mengurus MAS. Jadi, adakah ura-ura hendak mengambil

orang luar itu mempunyai satu kepastian yang hendak dirancangkan dalam business

plan ini. Terima kasih.

Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, memanglah saya

tahu Yang Berhormat adalah seorang veteran di pengurusan MAS dahulu. Tetapi

jawapan untuk Yang Berhormat telah diberi oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan

di Dewan Rakyat di mesyuarat ini. Soalan Yang Berhormat akan dirujuki kepada

Kementerian Kewangan untuk dijawab secara bertulis.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memanglah kita tahu masalah yang

dihadapi oleh MAS terutama sekali adalah kegawatan ekonomi dan juga harga

minyak yang tinggi dan juga kadar pertukaran wang asing yang tinggi bagi US Dollar

berbanding dengan Ringgit Malaysia. Misalnya, harga minyak telah meningkat dari

US$0.52 sen segelen pada tahun 1999 ke US0.70 sen segelen pada tahun ini dan

kini berada di tahap US$1 segelen. Di segi pertukaran wang asing MAS terpaksa

menanggung kelebihan hutang sebanyak RM2.0 bilion akibat kemerosotan nilai

Ringgit berbanding dengan US Dollar.

Mengenai soalan kita mesti dapat bantuan dari syarikat penerbangan asing,

memang ini adalah dalam pertimbangan oleh Syarikat MAS sebab mereka adalah

sebuah syarikat di saham KLSE yang pada masa ini ownership iaitu share holding

agensi kerajaan mempunyai 53.68%. Syarikat individual dan korporat, kompeni dan

nominee company Malaysia mempunyai 38.53%, foreign iaitu syarikat asing ada

7.79%.

Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Sebagaimana kita tahu perkhidmatan MAS di udara in flight tidak ada

tolok bandingnya. Kebaikannya sangat cemerlang. Tetapi on the ground selalunya

kalau kita buat tempahan untuk menggunakan perkhidmatan MAS ke Sabah atau ke

mana-mana, flight full, flight penuh. Apabila kita masuk ke kapal terbang banyak

kerusi yang kosong. Itu yang pertama.

Page 3: DN-16052001

DN.16.5.2001 3

Yang kedua, apakah betul dalam Syarikat MAS ini barangkali terlalu banyak

staff (overstaff) on the the ground yang meningkatkan kos pengendalian MAS. Dan

seterusnya saya lihat di pejabat-pejabat MAS di Hong Kong, di Australia, di

Surabaya ia ditempatkan di tempat yang di ceruk-ceruk dengan suasana di dalam

pejabat itu tidak menceriakan. Jadi, mungkin bila orang masuk sahaja ke pejabat ini

dia memikirkan hendak pergi ke syarikat penerbangan lain. Apakah ini betul dan

kalau betul apakah langkah -langkah yang diambil untuk memastikan apa yang saya

tanya tadi tidak berterusan.

Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai: Terima kasih Yang Berhormat. Soalan

sudah jawab. Sekarang soalan tidak cukup tempat untuk passenger atau rakyat yang

hendak ambil kapal terbang. Memang ini saya fikir ada sedikit masalah dalam

pengurusan MAS. Saya pun dapat aduan perkara ini. Memang pengurusan baru

MAS akan buat strategi yang baru untuk mengatasi masalah ini.

Mengenai masalah overstaff juga kita akan minta pengurusan baru MAS buat

kajian supaya kita boleh dapat keuntungan yang lebih.

Mengenai soalan pejabat MAS di lapangan terbang yang berada di tempat

kurang sesuai, ini memang kita akan meminta MAS dan juga MAB sebagai pengurus

lapangan terbang di Malaysia supaya mereka boleh bincang dan kita akan cari satu

solution yang sesuai.

[Soalan No. 2 - Y.B. Datuk Faridah binti Abu Hassan tidak hadir] 3. Puan See Too Mee minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan apakah langkah kerajaan dan rancangan jangka panjang bagi menstabilkan harga kelapa sawit, getah dan koko, sepanjang masa, selain daripada bantuan kewangan. Timbalan Menteri Perusahaan Utama [Datuk Anifah Aman]: Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh

Yang Berhormat Puan See Too Mee, saya mohon izin untuk menjawab bersekali

pertanyaan-pertanyaan Ahli-ahli Yang Berhormat seperti berikut. Pertama, Yang

Berhormat Tuan Yew Tuan Chiew pada 17 Mei 2001; kedua, Yang Berhormat Dato'

Lee Pit Chern pada 17 Mei 2001; ketiga, Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad bin

Ismail pada 21 Mei 2001; keempat, Yang Berhormat Datuk Long bin Jidin pada 21

Mei 2001; kelima, Datuk Faridah binti Abu Hassan pada 31 Mei 2001; dan keenam,

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan pada 6 Jun 2001. Ini adalah kerana pertanyaan-

Page 4: DN-16052001

DN.16.5.2001 4

pertanyaan tersebut menyentuh perkara yang sama untuk mengenai harga dan

pasaran komoditi kelapa sawit, getah dan koko.

Saya juga ingin maklum kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga Dewan yang

mulia ini oleh kerana soalan ini melibatkan tiga komoditi utama di kementerian saya,

maka jawapan ini agak panjang untuk memberi penjelasan yang terperinci.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan harga kelapa sawit, kedudukan

pasaran minyak sawit dunia pada suku tahun pertama 2001 Januari-Mac telah pulih

sedikit berbanding suku tahun akhir yang lepas Oktober-Disember 2000. Jumlah

pengeluaran dunia telah merosot 16.8% kepada 5.13 juta tan metrik berbanding

dengan 6.16 juta metrik pada suku akhir tahun 2000. Sungguhpun eksport minyak

sawit dunia juga menurun sebanyak 11.5% pada tempoh yang sama tetapi kadar

penurunan ini adalah lebih rendah berbanding pengeluaran. Ini telah memberi kesan

positif kepada stok akhir minyak sawit dunia yang telah jatuh sebanyak 11.2%

kepada 3.44 juta tan metrik pada bulan Mac 2001 berbanding dengan 3.88 juta tan

metrik pada Disember 2000.

Purata harga minyak sawit dunia pada suku tahun pertama 2001 berada di

paras US$250 setan metrik berbanding dengan US$259 pada suku akhir tahun yang

lepas. Paras stok minyak dan lelemak di pasaran dunia yang masih tinggi iaitu

sebanyak RM15.6 juta tan metrik berbanding dengan 14.9 juta tan metrik untuk

tempoh yang sama pada tahun 2000 masih mempengaruhi secara negatif harga

minyak sayuran dunia termasuk minyak sawit.

Bagi menangani masalah di atas kerajaan telah dan sedang mengambil

beberapa langkah jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk

menstabilkan harga komoditi. Antara langkah-langkah tersebut ialah:

(i) langkah segera atau jangka pendek untuk dilaksanakan dalam

tempoh enam bulan;

(a) yang menggunakan minyak sawit mentah (CPO)

dengan izin, sebagai bahan bakar untuk menggantikan

diesel dan fuel oil yang lain di stesen janakuasa dan

juga kegunaan di kilang -kilang industri. Untuk

makluman Yang Berhormat, penggunaan minyak sawit

sebagai bahan bakar telah pun digunakan oleh

sebahagian besar industri pemprosesan sawit.

Sementara bagi penggunaan di janakuasa ujian telah

Page 5: DN-16052001

DN.16.5.2001 5

pun diadakan pada 16 April 2001 di janakuasa TNB di

Perai dan didapati sesuai untuk digunakan sebagai

sumber bahan bakar pilihan, dengan izin, alternatif;

(b) ia mempercepatkan tanaman semula dengan sasaran

200,000 hektar untuk tahun ini dan menggalakkan

penyatuan tanah atau operasi pekebun kecil untuk

mencapai saiz kebun yang ekonomik. Langkah segera

ini mengurangkan bekalan minyak sawit di pasaran

dalam lingkungan 1 juta tan CPO pada akhir 2001.

Untuk menggalakkan pekebun-pekebun kecil

menanam semula dengan segera kerajaan telah

bersetuju untuk memberi bayaran insentif khusus

kepada RM1,000 sehektar bagi kawasan yang ditanam

semula sebelum akhir tahun ini. Cadangan langkah-

langkah ini telah memberi kesan yang positif.

(ii) Langkah-langkah jangka sederhana untuk dilaksanakan dalam

tempoh satu tahun;

(a) Ia menawarkan kemudahan kredit bagi palm oil credit

payment arrangement atau (POCPA), dengan izin,

kepada negara-negara yang berpotensi mengikut

minyak sawit;

(b) membenarkan pengeksportan CPO atau crude palm oil

dengan izin tanpa duti;

(c) mengadakan peraturan perdagangan secara timbal

balas yang melibatkan pembayaran dengan minyak

kelapa sawit; dan

(d) menyediakan skim pinjaman mudah untuk pekebun-

pekebun kecil menanam semula sawit tua mereka. Ini

akan meningkatkan produktiviti melalui penggunaan

benih yang baik dan penyatuan tanah dan operasi

pekebun kecil menjadi saiz ekonomik dan seterusnya

akan meningkatkan pendapatan petani kita.

(iii) Langkah-langkah jangka panjang untuk dilaksanakan dalam

tempoh melebihi satu tahun;

Page 6: DN-16052001

DN.16.5.2001 6

(a) membina sebuah loji deserve sawit dengan kapasiti

awal 500,000 tan yang akan dikendalikan oleh sebuah

konsortium terdiri daripada Petronas−Lembaga Minyak

Sawit Malaysia (MBOB) dan beberapa syarikat

pengeluar minyak sawit dengan modal pelaburan

RM500 juta;

(b) mewujudkan kerjasama dengan Indonesia terutama

dalam bidang pemasaran R&D dan peningkatan

kemudahan sawit sama ada di pasaran dalam dan luar

negeri.

Tuan Yang di-Pertua, di samping langkah-langkah di atas, kementerian saya

juga akan meneruskan langkah atau strategi yang sedia ada iaitu penghantaran misi

ekonomi dan teknikal minyak sawit ke luar negara terutama negara-negara yang

berpotensi menjadi pengguna minyak sawit seperti di Asia Barat, Afrika dan Amerika

Latin. Misi ini bertujuan untuk memperkukuhkan dan memperluaskan pasaran yang

sedia ada dan juga membuka pasaran baru.

Untuk meningkatkan lagi eksport minyak sawit ke India dan China, kerajaan

telah pun mengambil langkah-langkah yang berikut:

(i) mengadakan perbincangan dan rundingan dengan kerajaan

India supaya disamakan duti import ke atas minyak sawit

seperti yang dikenakan ke atas minyak kacang soya untuk

menjadikan minyak sawit lebih bersaing;

(ii) meminta kerajaan negeri China menambahkan kuota import

minyak sawit;

(iii) menawarkan kepada India kontrak pembinaan landasan kereta

api berkembar dari Ipoh -Padang Besar yang melibatkan

peraturan perdagangan timbal balas dengan sistem

pembayaran dagangan timbal balas dengan minyak sawit. Ini

akan melibatkan pengeksportan kira-kira USD1.8 bilion nilai

minyak sawit ke India dalam tempoh lima tahun;

(iv) menawarkan kepada China kontrak pembinaan landasan

kereta api berkembar Seremban-Johor Bharu dan pembekalan

20 unit lokomotif kepada Keretapi Tanah Melayu atau KTMB

oleh China yang melibatkan peraturan perdagangan timbal

Page 7: DN-16052001

DN.16.5.2001 7

balas dengan minyak sawit. Kontrak pembinaan landasan

kereta api berkembar tersebut akan membolehkan

pengeksportan minyak sawit dengan nilai RM4 bilion ke China

dalam jangka masa yang sama.

Pelbagai usaha yang telah saya nyatakan tadi diharap dapat membantu

meringankan beban yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha industri kelapa sawit

pada umumnya. Namun begitu, bila harga akan pulih tidak dapat ditentukan kerana

ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti yang disebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan harga komoditi getah, adalah

dimaklumkan bahawa getah merupakan juga satu komoditi antarabangsa, maka

mekanismenya penentuan harga adalah bergantung kepada kuasa pasaran bebas.

Oleh itu, pihak kerajaan tidak dapat campur tangan bagi menentukan paras harga.

Walau bagaimanapun, kerajaan sentiasa peka dan prihatin dengan masalah

harga getah dan sentiasa berusaha bagi mengatasinya baik secara jangka masa

pendek, mahupun secara jangka masa panjang. Antara usaha yang diambil oleh

pihak kerajaan secara jangka masa pendek ialah dengan mengadakan skim

pembelian khas getah (SKPG) ketika harga getah menghadapi kejatuhan teruk pada

tahun 1999.

Tujuan utama skim ini ialah untuk menyediakan outlet kepada pekebun kecil

getah akibat ketiadaan pembeli pada masa itu dan memberikan harga di ladang,

dengan izin, farm gate, yang secara perbandingannya berpatutan. Dengan cara ini

kesan kejatuhan harga getah tidaklah terlalu menekan pekebun kecil kita. Skim ini

digantung pada 30 November 1999 berikutan dengan kenaikan harga getah di

pasaran antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, langkah secara jangka panjang pula adalah melalui

kerjasama dengan negara -negara pengeluar utama getah. Satu memorandum

persefahaman antara Malaysia dan Thailand telah ditandatangani pada 17

September 1999 di mana sebuah jawatankuasa Thailand/Malaysia Ministry of

Committee on Rubber telah dibentuk.

Kedua-dua negara dengan ini bersetuju bekerjasama dalam bidang harga

perdagangan serta kerjasama teknikal. Selain dari itu, kedua -dua negara juga telah

bersetuju mengadakan usahasama dalam membeli dan menjual stok INRO bagi

menjaga kestabilan harga getah. Usaha ini dikenali sebagai Thailand/Malaysian

Page 8: DN-16052001

DN.16.5.2001 8

Joint Venture (TMJV) dan perjanjian mengenainya telah ditandatangani pada 7 Julai

2000 di Jakarta.

Kerjasama dalam bidang getah ini seterusnya telah diperluaskan melibatkan

Indonesia. Mesyuarat peringkat negeri di antara Indonesia, Malaysia dan Thailand

telah diadakan pada 7 Julai 2000. Ketiga-tiga negara telah bersetuju bekerjasama

lebih erat bagi memperbaiki harga dan perdagangan getah asli. Kerajaan juga telah

menggalakkan pertumbuhan industri hiliran negara ini bagi mempertingkatkan

permintaan getah di samping mewujudkan peluang-peluang pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan harga komoditi koko, adalah

dimaklumkan bahawa Malaysia merupakan negara pengeluar koko yang kecil

berbanding dengan negara -negara pengeluar koko dunia yang lain seperti Cote

D'Ivoire, Ghana, Indonesia dan lain-lain. Oleh itu, adalah sukar bagi Malaysia untuk

mempengaruhi kedudukan harga di pasaran antarabangsa.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan melalui Lembaga Koko Malaysia (LKM)

sentiasa mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan produktiviti dan

mengurangkan kos pengeluaran serta meningkatkan nilai tambah koko agar petani

menerima harga dan pendapatan yang berpatutan.

Antara langkah-langkah jangka pendek dan sederhana yang dijalankan

adalah:

(i) melaksanakan program pembangunan pekebun kecil koko

Malaysia bagi meningkatkan produktiviti dari purata 0.6 tan

sehektar setahun kepada purata 1.5 tan sehektar setahun.

Sekiranya produktiviti dapat ditingkatkan melebihi 1.5 tan

sehektar setahun dan kos diuruskan dengan cekap dan

berkesan, maka ini akan menguntungkan petani-petani;

(ii) LKM turut melaksanakan aktiviti-aktiviti menggalakkan petani-

petani memproses sendiri biji koko bagi memperolehi harga

yang lebih baik; dan

(iii) menggiatkan lagi aktiviti-aktiviti pelesenan bagi mengawal

selia urusniaga koko sebagai usaha untuk memastikan petani-

petani memperolehi harga yang berpatutan dengan kualiti

yang dikekalkan.

Bagi langkah jangka panjang, pihak kerajaan sentiasa bekerjasama dengan

negara-negara pengeluar dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti

Page 9: DN-16052001

DN.16.5.2001 9

Perikatan Negara -negara Pengeluaran Koko atau Coco Producers Alliance (CPA)

dan Pertubuhan Koko Antarabangsa atau International Coco Organisation (ICCO)

supaya bersama-sama berusaha menstabilkan harga koko serta memajukan industri

koko negara dengan merangka pelbagai strategi termasuk mengimbangi penawaran

koko dunia dengan pertumbuhan permintaan bagi mengurangkan stok koko dunia

yang sedia ada.

Sekian, terima kasih.

Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Abdullah bin Ayub: Tuan Yang di-Pertua, saya

ingin bertanya, apakah kesan penurunan harga kelapa sawit dan getah ini kepada

pendapatan negara pada masa ini kerana kelapa sawit dan getah adalah satu

komponen dalam ekonomi kita yang besar.

Jadi, saya harap dapatlah diberitahu kepada Dewan yang mulia ini berapa

banyak kehilangan dalam national income kita kerana penurunan kelapa sawit ini

dan juga cukai yang boleh didapati oleh kerajaan oleh kerana saya diberitahu

kebanyakan syarikat-syarikat yang besar yang mengeluarkan kelapa sawit seperti

Guthrie Gullic Ropel, KLK, barangkali tidak membayar cukai oleh kerana mereka

mengalami kerugian ataupun mereka mendapat keuntungan yang kecil. Terima

kasih.

Datuk Anifah Aman: Terima kasih Yang Berhormat. Memanglah daripada

komoditi-komoditi utama kita termasuk kelapa sawit dengan koko, waktu kegawatan

ekonomi komoditi-komoditi inilah di antaranya yang telah pun mampu untuk

memulihkan keadaan ekonomi negara kita. Dalam kejatuhan harga kelapa sawit,

getah dan juga koko, maka sedikit sebanyak pendapatan dalam negeri kita telah pun

terjejas.

Saya tidak mempunyai angka yang ada pada ketika ini tetapi memanglah

nyata sekali, oleh kerana kejatuhan harga kelapa sawit yang pada satu ketika telah

pun melebihi paras RM2,500 dan pada ketika ini di paras RM725 setan, maka

perbezaan yang begitu besar telah secara langsung menjejaskan pendapatan

ekonomi negara kita.

Tentang cukai, kementerian kita telah pun membolehkan pengeksportan 1

juta tan metrik crude palm oil (CPO) atau minyak sawit mentah tanpa duti dan

pelepasan duti tidaklah begitu serius dan ini telah pun dikawal secara berkesan oleh

Kementerian Perusahaan Utama dan oleh itu, yang membimbangkan kita impak

yang telah nyata sekali ialah tentang ketiadaan ataupun masalah yang dialami oleh

Page 10: DN-16052001

DN.16.5.2001 10

pekebun-pekebun kecil. Ini yang telah kita utamakan dan yang telah pun saya

jelaskan dan akan dijawab oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar tentang

langkah-langkah cara macam mana kita membantu pekebun-pekebun kecil kita yang

menghadapi masalah seumpama ini.

Jadi, jawapan kepada Yang Berhormat, memanglah pada ketika ini walaupun

eksport kita bertambah tetapi pendapatan kita berkurangan. Terima kasih.

4. Dato’ William Lau Kung Hui minta Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia menyatakan memandangkan ekonomi Malaysia sedang menuju ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan global, adakah Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia yang bertanggungjawab terhadap teknologi maklumat, telah mengambil langkah untuk menerajui ataupun untuk mengadakan kursus atau program yang bertujuan memberi peserta -peserta daya usaha yang asas mengenai teknologi kekunci dan perkara-perkara berkaitan undang-undang penggunaan teknologi maklumat yang berleluasa dan kesan sosial, perdagangan dan ekonomi.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia

[Tuan Chia Kwang Chye]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, kerajaan sememangnya memandang berat mengenai pergerakan negara

ke arah ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau knowledge-based economy,

dengan izin, k-ekonomi. Perubahan negara ke arah masyarakat berasaskan

pengetahuan atau ilmu memerlukan tenaga manusia yang mahir dalam bidang ICT

dan ianya melibatkan pengubahsuaian sistem pendidikan yang sedang diuruskan

oleh Kementerian Pendidikan.

Perubahan ini memerlukan kerjasama dan penglibatan semua pihak untuk

bersama mengamalkan budaya, dengan izin, life long learning dan memastikan

negara kita maju ke hadapan.

Di samping itu, untuk makluman Yang Berhormat, dalam usaha negara

membangunkan tenaga mahir dalam bidang ICT, kerajaan dan pihak swasta telah

menambahkan jumlah institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus dalam

bidang ICT.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan

tambahan saya, sejauh mana pihak kerajaan dapat mengesan jurang perbezaan

kemampuan rakyat pada umumnya dalam penggunaan teknologi maklumat dalam

arus ekonomi berasaskan pengetahuan global.

Tuan Chia Kwang Chye: Tuan Yang di-Pertua, sebelum kandungan atau isi

kandungan melalui Internet atau komputer dapat dilaksanakan untuk mengurangkan

Page 11: DN-16052001

DN.16.5.2001 11

jurang digital, yang mustahak sekali ialah pemberian talian atau akses kepada

telefon dan sebagainya perlulah diadakan ataupun connectivity.

Dalam hal ini kalau dibanding dengan keadaan kebangsaan atau national

ialah penetration untuk talian telefon fixed line ialah 22% tetapi di luar bandar cuma

11%. Jadi, sebelum isi kandungan dapat disampaikan ke luar bandar, kerajaan

mengadakan satu program melalui program yang dikatakan universal service

obligation atau perkhidmatan sejagat sosial ini dijalankan dan tabung pun telah

ditubuhkan dan jumlah sebanyak RM300 juta mungkin dapat diperolehi daripada

sumbangan daripada syarikat-syarikat telekomunikasi dan melalui program ini

diharapkan supaya jurang digital dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih. Soalan tambahan saya ialah

berkenaan dengan kursus-kursus yang disebutkan itu, adakah kementerian memberi

galakan kepada penganjur-penganjur kursus ini dalam bentuk subsidi dan

sebagainya supaya golongan yang lebih besar itu dapat mengikuti kursus-kursus

tersebut dan mereka nanti lebih maklum tentang IT. Terima kasih.

Tuan Chia Kwang Chye: Kursus-kursus yang telah dicadangkan memang

ada dan dalam tindakan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Walau

bagaimanapun, lain -lain kementerian pun mempunyai kursus untuk memperluaskan

pengetahuan berkenaan dengan IT. Kalau tidak silap saya Kementerian Sumber

Manusia pun mempunyai program-program untuk memperluaskan penggunaan IT

ini. Sekian, terima kasih.

5. Dato’ Dr. T. Marimuthu minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah langkah-langkah untuk menggalakkan lebih banyak Syarikat Penerbangan Antarabangsa menggunakan KLIA sebagai “regional-hub”. Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan [Tuan Ir. Donald Lim

Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, memanglah

merupakan hasrat kerajaan untuk menjadikan KLIA sebagai pintu masuk utama di

rantau ini. Bagaimanapun, pelaksanaan objektif dan strategi ini memerlukan masa

yang panjang untuk mencapainya.

Untuk menggalakkan lebih banyak syarikat-syarikat penerbangan

antarabangsa menggunakan KLIA, tindakan-tindakan seperti berikut sedang dan

akan diambil:

Page 12: DN-16052001

DN.16.5.2001 12

(a) mengadakan aktiviti-aktiviti promosi dan pemasaran secara

agresif untuk menarik syarikat-syarikat penerbangan

antarabangsa asing untuk memula atau menambahkan

penerbangan masing-masing ke KLIA;

(b) mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat

penerbangan antarabangsa untuk menarik mereka beroperasi

ke KLIA;

(c) mengadakan incentive package , dengan izin, untuk menarik

syarikat-syarikat penerbangan ke KLIA;

Pada bulan Mei tahun ini Malaysia Airport Berhad telah membuat tawaran kepada

syarikat-syarikat penerbangan baru serta syarikat-syarikat penerbangan sedia ada

untuk mengadakan penerbangan baru atau tambahan bagi perkhidmatan -

perkhidmatan sedemikian, caj pendaratan dan memakir tidak akan dikenakan untuk

tempoh satu tahun sekiranya penerbangan-penerbangan itu mencapai sekurang-

kurangnya load factor sebanyak 25%.

Tuan Zainal bin Rampak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya juga

terima kasih kepada jawapan Timbalan Menteri. Persoalan saya ialah soal banyak

diperkatakan selalu iaitu bag handling, luggage handling di KLIA. Sejak dari

pembukaan KLIA, nampaknya pengendalian beg-beg penumpang tidak begitu

selesa. Kadangkala penumpang terpaksa menunggu hampir lebih setengah jam di

airport. Jadi, ini satu perkara yang tidak menggalakkan pelancong asing dan

syarikat-syarikat penerbangan menggunakan KLIA.

Satu ketika dahulu, saya pernah bersama-sama rakan saya dari luar negeri.

Saya terpaksa menunggu hampir 45 minit untuk mendapatkan beg yang berkenaan.

Ini bad image, dengan izin, kepada negara kita sendiri. Apakah tindakan-tindakan

yang harus diambil oleh kementerian kerana perkara ini bukan satu perkara baru,

sudah banyak kali diperkatakan. Apakah tindakan-tindakan selanjutnya oleh kerana

banyak bercakap, masih lagi keadaan yang serupa berlaku di KLIA. Terima kasih.

Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman

Yang Berhormat, kerajaan memang sedar masalah sistem pengendalian bagasi

yang dihadapi di KLIA. Beberapa penerbangan yang mendarat di KLIA telah

menghadapi masalah bagasi yang keluar lewat daripada masa yang ditetapkan.

Antara sebab-sebab kelewatan ialah masalah operasi yang timbul apabila pasukan

Page 13: DN-16052001

DN.16.5.2001 13

pekerja mengeluarkan bagasi dari pesawat dan mengangkut bagasi-bagasi

berkenaan untuk diletakkan atas sistem pengendalian bagasi.

Masalah teknikal tertentu juga dihadapi oleh sistem bagasi berkenaan. Atas

kesedaran masalah kelewatan berkenaan seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat,

tindakan telah pun diambil oleh Malaysia Airport Berhad (MAB) dan syarikat-syarikat

pengendalian bagasi (MAS) dan Syarikat KLAS untuk mengatasi masalah berkaitan.

Di samping itu kajian juga akan dijalankan ke arah meningkatkan kelajuan

pergerakan sistem bagasi berkenaan untuk mengatasi masalah yang berkaitan.

Dato’ Dr. T. Marimuthu: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya

tertarik dengan jawapan Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan dan

soalan saya ialah baru-baru ini saya baca dari surat khabar, beberapa syarikat

penerbangan antarabangsa telah tamat perkhidmatan mereka kepada KLIA.

Bolehkah Setiausaha Parlimen memberi jawapan ataupun sebab-sebab mengenai

syarikat-syarikat ini telah tamat perkhidmatan mereka dan juga strategi-strategi yang

telah disebut oleh SUP, adakah memberi kesan menarik syarikat penerbangan

antarabangsa baru ataupun syarikat-syarikat yang telah tamat perkhidmatan mereka

kepada KLIA.

Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman

Ahli Yang Berhormat Dato’ Dr. T. Marimuthu mengenai penarikan beberapa syarikat

penerbangan antarabangsa dari KLIA, saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan

memang mengambil berat atas perkara ini. Namun demikian, ingin saya

menjelaskan bahawa penarikan syarikat-syarikat yang berkaitan adalah berasaskan

kepada sebab-sebab tertentu khasnya pertimbangan komersial syarikat masing -

masing. Sebab-sebab lain adalah berkaitan dengan kegawatan ekonomi dan juga

airlines, dengan izin, melibatkan syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa itu.

Walaupun demikian, ingin saya memaklumkan bahawa beberapa syarikat

penerbangan antarabangsa sejak pembukaan KLIA pada tahun 1998 telah

memulakan penerbangan ke KLIA dan syarikat penerbangan sedia ada telah

menambahkan penerbangan mereka ke KLIA. Syarikat-syarikat penerbangan baru

yang telah memulakan penerbangan ke KLIA termasuk Norvest Airline dari USA,

Turkeys Airline dari Turkey, Airtour International dari UK, Asiana Airline dari Korea

Selatan, Porla Air Cargo dari USA dan lain-lain dari Indonesia. Syarikat-syarikat

penerbangan sedia ada yang menambahkan penerbangan ke KLIA termasuk Cathay

Pacific Airway Hong Kong yang menambahkan penerbangan dari 14 hingga 21 kali

Page 14: DN-16052001

DN.16.5.2001 14

seminggu. Emirate Airlines dari Dubai dari 3-4 kali seminggu dan KLM Royal Dutch

Airline dari Holland dari 4-7 kali seminggu dan Lauda Air Austria dari 4-5 kali

seminggu.

Kerajaan bersama-sama Malaysia Airport serta MAS akan mengambil

tumpuan kepada semua aspek yang boleh mendapat lebih penumpang ke KLIA,

seperti yang saya katakan di Dewan yang mulia ini, penumpang yang datang ke

Malaysia melalui KLIA telah meningkat 11.8% ke sejumlah 14.7 juta penumpang

untuk tahun 2000.

6. Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani minta Perdana Menteri menyatakan jumlah kakitangan kerajaan mengikut negeri yang dianggap anti kerajaan. Apakah langkah yang diambil supaya mereka yang berkaitan menyedari bahawa apa yang mereka lakukan berlawanan dengan etika sebagai kakitangan kerajaan yang setia.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji

Omar]: Tuan Yang di-Pertua, walaupun ada dakwaan yang menyatakan ramai

kakitangan awam bersikap anti kerajaan, tetapi kerajaan tidak mendapat laporan

secara rasmi tentang penglibatan mereka. Oleh hal yang demikian, kerajaan tidak

dapat menyatakan berapa ramaikah me reka yang sebenarnya bersikap sedemikian.

Sungguhpun begitu, kerajaan telah mengarahkan semua ketua jabatan

supaya memantau perkara sedemikian dan mereka hendaklah menasihatkan

kakitangan masing -masing supaya menumpukan perhatian kepada tugas dan

sentiasa setia kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat yang menjadi majikan kepada

mereka. Jika ada bukti jelas diperolehi tentang pegawai-pegawai awam yang

bersikap anti kerajaan melalui tingkah laku dan aktiviti yang mereka lakukan,

tindakan tata tertib boleh diambil terhadap mereka. Terima kasih.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Setelah

tindakan yang pernah diambil kepada mereka yang tidak begitu memperlihatkan pro

kerajaan, soalan tambahan saya, tidakkah ini diperlihatkan sikap kerajaan

diskriminasi terhadap rakyat dalam negara yang subur demokrasi. Terima kasih.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, mungkin

Yang Berhormat tidak berapa jelas saya jawab. Saya nyatakan tadi bahawa setakat

ini kita belum ada mengambil apa-apa tindakan kerana belum ada laporan rasmi.

Kita Kerajaan Barisan Nasional ini kalau tidak ada bukti, kita tidak ambil tindakan.

Tak tahulah Kerajaan Negeri Terengganu, pegawai-pegawai kerajaan saya

Page 15: DN-16052001

DN.16.5.2001 15

difahamkan yang mana pegawai-pegawai yang pro Kerajaan Persekutuan mereka

jadi bola, dia tukar sana, dia tukar sini. Jadi, kita di peringkat Persekutuan, kita

masih belum mendapatkan apa-apa laporan mengenai aktiviti-aktiviti yang anti

kerajaan ini. Terima kasih.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, soalan

tambahan saya , bolehkah kerajaan menjelaskan kerana Terengganu sudah disebut

tadi, maka Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan PAS baru-baru ini telah

memberi amaran beberapa kali kepada kakitangan kerajaan negeri, supaya mana-

mana mereka yang menyertai JKKK yang dikatakan haram oleh Kerajaan PAS

Terengganu yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat, tetapi setakat ini langkah belum

diambil, katanya kita tidak akan mengambil tindakan kepada kakitangan Pusat yang

menyertai JSR yang equivalent dengan JKKK yang ditubuhkan oleh Kerajaan

Terengganu.

Jadi, apakah bentuk dari segi pendirian Kerajaan Pusat berkenaan perkara ini

sebagaimana Yang Berhormat maklum tadi bahawa ramai di antara kakitangan

kerajaan negeri sekarang ini bolehkah memohon untuk berpindah dari segi status

quo perjawatan dengan Kerajaan Pusat kerana mereka tersekat banyak hal

termasuk elaun, kerja lebih masa dan sebagainya. Terima kasih.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang

Berhormat. Jadi, ini beza di antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Terengganu.

Kita ada JKK, dia ada JSR. Jadi, bagi kita, kita masih mengiktiraf JKK sebagai wakil

ataupun ejen ataupun kerajaan di peringkat akar umbi.

Kita sedia maklum bahawa JKK ini telah lama pun kita wujudkan dan jika ada

di antara pegawai-pegawai kerajaan yang diambil tindakan, kerana dilantik sebagai

JKK, kita harap kita dapat laporan secara terperinci dan kita akan melihat apakah

bentuk pertolongan atau bantuan yang kita boleh berikan kepada pegawai-pegawai

yang dianiaya oleh Kerajaan Negeri Terengganu ini.

Mengenai pertukaran ini adalah perkara biasa, jika ada mana -mana pegawai

yang ingin memohon untuk bertukar, maka mereka mestilah melalui pro ses-proses

dan prosedur yang telah ditetapkan. Terima kasih.

7. Puan Melanie Chia Chui Ket minta Menteri Pertanian menyatakan apakah potensi pasaran herba di Malaysia dan di luar negara. Apakah rancangan yang diambil oleh kementerian untuk membangunkan pasaran herba ini.

Page 16: DN-16052001

DN.16.5.2001 16

Timbalan Menteri Pertanian [Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar]:

Tuan Yang di-Pertua, potensi pasaran herba di Malaysia dan luar negara adalah

amat baik. Pasaran herba dalam dan luar negara adalah termasuk produk

penjagaan kesihatan, dengan izin, pharmaceutical.

Yang kedua, produk penjagaan diri, dengan izin, cosmetic toiletries dan

wangian.

Di Malaysia pasaran herba pada tahun 1991-1996 dianggarkan bernilai RM2

bilion. Dan maklumat terkini mentaksirkan nilai tersebut telah meningkat kepada

RM3.8 bilion.

Manakala nilai pasaran produk-produk herba di luar negara pada ketika ini

dianggarkan kira-kira US$80 bilion.

Bank Dunia mengunjurkan nilai pasaran akan meningkat sehingga US$5

trillion pada tahun 2050.

Eropah, Amerika Utara, China dan Jepun ialah empat pasaran produk herba

yang terbesar.

Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjadi pengeksport herba dan

produk herba. Ini memandangkan Malaysia kaya dengan bio diversity, tumbuh-

tumbuhan ubatan dan pengetahuan tradisi penggunaan herba, agro iklim yang

sesuai, sektor pembuatan yang dinamik dan infrastruktur yang baik.

Di bawah Dasar Pertanian Ketiga, Kementerian Pertanian telah mengambil

beberapa langkah untuk menggalakkan pembangunan industri herba, langkah-

langkah tersebut adalah seperti berikut:-

(i) Menjamin pembekalan bahan -bahan mentah dan bahan-

bahan tanaman yang bermutu tinggi, tanaman herba yang

berpotensi akan ditanam secara monocrop atau berintegrasi

dengan tanaman lain. Petani-petani akan dikenal pasti dan

dilatih dalam skim tanaman itu dan pihak swasta akan terlibat

sebagai pembeli;

(ii) MARDI sedang menjalankan program kajian dan penyelidikan

tentang pelbagai jenis herba bernilai potensi herba-herba yang

tertentu sebagai bahan-bahan pharmaceutical serta

penyelidikan pembangunan teknologi pengeluaran tanaman ,

pengendalian lepas tuai dan pemprosesan;

Page 17: DN-16052001

DN.16.5.2001 17

(iii) Jabatan Pertanian sedang mengadakan program

pengembangan untuk meningkatkan teknologi tanaman herba

dan teknologi pemprosesan herba secara komersial;

(iv) FAMA mengadakan program khidmat nasihat tentang pasaran

herba di dalam dan di luar negara;

(v) Kementerian di dalam proses untuk menjalankan dua bancian

melibatkan herba iaitu audit sumber dalam negeri dan kajian

pasaran luar negara. Bancian akan membolehkan kita

memperolehi maklumat-maklumat lebih terperinci bagi

membangun dan memantapkan pasaran herba di dalam

negeri dan di luar negara.

Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun: Tuan

Yang di-Pertua, terima kasih, soalan tambahan saya, adakah pihak kemente rian

telah mengenal pasti jenis-jenis herba dalam negara ini yang berpotensi untuk

diusahakan dan dipasarkan dan sejauh manakah pihak kementerian akan

melibatkan usahawan khususnya daripada luar bandar dalam aktiviti perniagaan

herba ini. Terima kasih.

Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

kepada Yang Berhormat. Banyak potensi tentang herba ini, Tuan Yang di-Pertua.

Saya sebutkan tadi, sekarang ini MARDI sedang di dalam proses untuk membuat

kajian yang lebih terperinci dengan mewujudkan taman-taman herba di semua kita

panggil pusat-pusat MARDI yang terdapat di dalam negara kita. Di antara herba -

herba yang berpotensi saya ingat semua orang sedia maklum, macam Tongkat Ali,

Kacip Fatimah dan lain -lain lagi.

Datuk Long bin Jidin: Tuan Yang di-Pertua, …..

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Ha, ini pakar herba.

Datuk Long bin Jidin: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Kita sedia

maklum bahawa di negara kita dilambakkan dengan keluaran herba, contohnya

Tongka t Ali dan Kacip Fatimah. Saya ingin tahu dari pihak kementerian dengan

sumber asli yang ada sekarang ini, dengan pasaran yang melambak-lambak,

daripada manakah sebenarnya sumber-sumber ini didapati, adakah daripada

ladangkah, daripada hutankah, daripada mana? Terima kasih.

Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, memang

betul macam kata Yang Berhormat Datuk Long. Kita pergi merata-rata melihat di

Page 18: DN-16052001

DN.16.5.2001 18

kedai-kedai ada tulis teh Tongkat Ali, rata -rata Tongkat Ali. Kalau berdasarkan

kepada begitu popularnya herba ini, sudah tentulah kita memerlukan satu kuantiti

yang banyak bagi membolehkan kita memenuhi permintaan.

Dalam hutan kita saya rasa kalau semua orang pergi mengambil Tongkat Ali

ini sudah habis dah, mungkinlah, saya tidak tahulah, betulkah yang asli atau tidak

asli, tetapi setengah dari kita kalau dah kata Tongkat Ali, tak asli pun mungkin dia

kata asli. Itu silap kitalah. Mungkin Yang Berhormat Datuk Long boleh membantu

dalam hal ini hendak membezakan yang asli dengan yang bukan asli.

Saya tidak tahu daripada sumber mana bahan ini diperolehi, mungkin ada

dari dalam negara kita, daripada kawasan-kawasan hutan ataupun mungkin yang

diimport. Terima kasih.

[Soalan No. 8 – Y.B. Datuk Ghazi bin Haji Ramli tidak hadir]

9. Dato’ Poo Yew Choy minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kementerian akan mencadangkan kepada Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah di seluruh negara agar menurunkan kadar cukai pintu atau memberi rebet cukai pintu kepada kedai-kedai perniagaan bagi mengurangkan kos kendalian para peniaga memandangkan kemerosotan harga komoditi utama seperti getah, kelapa sawit dan kayu balak.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk M.

Kayveas]: Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini kementerian saya tidak bercadang

untuk memberi apa-apa cadangan berhubung dengan perkara ini.

Puan See Too Mee: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya sejauh mana yang

saya tahu, bahawa kadar cukai pintu itu memang tidak dinaikkan, sebaliknya ia telah

diturunkan, misalnya saya ambil satu contoh di kawasan Pasir Gudang, kawasan

Tebrau di negeri Johor, kadar cukai pintu telah pun diturunkan daripada 0.3% ke

0.25% untuk kedai dan 0.14% untuk rumah kediaman. Jadi, sebenarnya nilai-nilai

aset-aset yang dinaikkan dan bukannya kadar cukai pintu.

Jika saya tidak salah, unit penilaian Majlis Tempatan telah membuat taksiran

semula aset-aset setempat dalam tahun 1996 semasa ekonomi kita di paras

tertinggi. Taksiran semula itu telah pun dinaikkan dengan berlipat ganda atau tiga

kali ganda dan ia dibentangkan dan diluluskan oleh majlis daerah masing -masing

tetapi hanya dilaksanakan pada tahun ini.

Page 19: DN-16052001

DN.16.5.2001 19

Apabila negara kita mulai menghadapi kelembapan ekonomi, jadi pada

pandangan saya proses penaksiran semula pembentangan dan pelaksanaan itu

adalah pada masa wrong timing, dengan izin. Jadi, soalan tambahan saya, jika

rayuan tuan punya aset-aset berkenaan tidak dilayani, adakah pihak kementerian

mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan menyiasat dengan lebih dalam sekali

tentang kejadian tersebut supaya mengkaji semula adakah kenaikan cukai pintu

yang disebabkan oleh kenaikan taksiran nilai aset-aset itu diperlukan pada setakat

ini. Harap dapat jawapan dan sedikit penjelasan dari kementerian berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Datuk M. Kayveas: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

Satu soalan yang begitu panjang. Yang Berhormat, pihak berkuasa tempatan …

Tuan Yang di-Pertua: Jangan beri jawapan yang panjang juga ya. [Ketawa]

Datuk M. Kayveas: Boleh juga. Yang Berhormat, untuk makluman Ahli

Yang Berhormat, pihak berkuasa tempatan di negara kita ini adalah terletak di bawah

bidang kuasa kerajaan negeri dan sebarang perubahan dasar termasuk cukai

perlulah mendapat kelulusan pihak berkuasa negeri. Perkara ini disebut dengan

jelas di bawah Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan iaitu PBT boleh dari masa ke

semasa mengenakan kadar tahunan dalam sesuatu kawasan PBT dengan syarat

mendapat ke lulusan pihak berkuasa negeri dahulu.

Oleh sebab itu, saya yakin semua kerajaan negeri mempunyai kebijaksanaan

dalam menetapkan sesuatu kadar tahunan bagi pihak berkuasa tempatan. Oleh

sebab itu, tadi saya katakan kementerian saya tidak bercadang pada masa ini untuk

memberi apa-apa cadangan kepada kerajaan-kerajaan negeri berhubung dengan

perkara ini.

Dato’ Poo Yew Choy: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak puas hati jawapan

oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. [Tepuk] Kita sebagai Senator di sini bila

mahu berucap adalah untuk mencerminkan pandangan rakyat atau suara rakyat.

Kalau jawapan hanya tidak bercadang, senang sahaja. Apa guna? [Tepuk]

Sekurang-kurangnya jawapan ialah, pihak kementerian saya akan menimbang atau

mengkaji pandangan Yang Berhormat. Sekian, terima kasih. [Ketawa]

Datuk M. Kayveas: Terima kasih, Yang Berhormat. Apa yang Yang

Berhormat cadangkan atau tidak menerima jawapan saya adalah, kalau kementerian

saya kata kita akan mengkaji, itu adalah satu penipuan kepada rakyat. Kita tidak

akan buat begitu. [Tepuk] Kita di sini beritahu keadaan yang sebenar, keadaan yang

Page 20: DN-16052001

DN.16.5.2001 20

sebenarnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah satu

kementerian ke seluruh negara tetapi kita ada kuasa oleh kera jaan negeri dan juga

kuasa daripada semua local council, oleh sebab itu tadi saya katakan , kuasa ini

adalah dipunyai oleh kerajaan -kerajaan negeri dan kerajaan -kerajaan tempatan

boleh membuat cadangan mengikut Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan.

Kalau ada cadangan begitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan akan menyokong dengan penuh cadangan yang begitu. Pada masa ini

kita tidak ada apa-apa cadangan daripada kerajaan tempatan atau pihak berkuasa

tempatan.

10. Puan Hajah Che Jam binti Harun minta Menteri Pengangkutan menyatakan, sejauh mana keberkesanan penswastaan Program Latihan Memandu dan mengapa peranan JPJ dikurangkan dalam hal ini.

Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan

daripada pemantauan yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas

institut memandu yang melaksanakan Program Latihan Memandu, adalah didapati

bahawa secara keseluruhannya program yang dilaksanakan oleh institut memandu

itu amat memuaskan, di mana ia dapat memberikan program latihan yang lebih baik.

Ini adalah disebabkan peralatan canggih yang digunakan serta litar latihan

yang terdapat di institut memandu dapat memberikan program pembelajaran yang

lebih baik dan komprehensif berbanding dengan calon-calon ujian memandu

sebelum ini.

Bagi Program Latihan Memandu yang dijalankan di institut memandu dan

sekolah memandu, JPJ tidak pernah terlibat secara langsung dalam program

tersebut. Program latihan ini memang dijalankan oleh pihak swasta sejak tahun

1950'an lagi.

Dalam hubungan ini, peranan JPJ dalam program ini hanyalah sebagai

agensi pengawal selia sahaja serta menjalankan ujian bagi menguji kekompetenan

pemandu sebelum lesen memandu dikeluarkan. Selain daripada itu , penglibatan

JPJ dalam program ini ialah daripada segi penyediaan kurikulum yang wajib dipatuhi

oleh institut memandu serta untuk mengawal selia pembangunannya.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya, dalam penswastaan Program Latihan Memandu ini tidakkah

Page 21: DN-16052001

DN.16.5.2001 21

kerajaan mengadakan penyelarasan yuran sebab ada setengah daripada institut

memandu ini mengenakan yuran yang terlalu tinggi kepada pelanggannya.

Jadi, tidakkah ada satu penyelarasan terhadap yuran dalam penswastaan

ini?

Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman

Yang Berhormat, mengenai kadar yang ada pada masa ini memang Kementerian

Pengangkutan dan JPJ tidak menetapkan bayaran yang tetap tetapi secara

umumnya adalah RM600 untuk sesiapa yang ingin mengambil latihan untuk

memandu kereta dan RM300 untuk motosikal.

Ini adalah berbeza sedikit kalau dibandingkan dengan sekolah atau institut

memandu itu berada di bandar dan di luar bandar.

Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan

tambahan, adakah kerajaan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh

JPJ kerana pada masa ini, saya menerima banyak sungutan berkenaan dengan

PUSPAKOM dan juga peraturan-peraturan baru seperti tidak membenarkan orang

atau bukan rakyat negara ini menjadi pemandu kereta, lori dan sebagainya. Terima

kasih.

Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, memang Yang

Berhormat selalu ada soalan untuk Kementerian Pengangkutan [Ketawa] Satu hari

kita akan lantik dia sebagai penasihat.

Memanglah kerajaan sedar bahawa PUSPAKOM ada membawa sedikit

sebanyak masalah dan juga pemandu asing yang dikatakan oleh Yang Berhormat.

Memang buat masa ini kita tidak dapat aduan yang spesifik, kalau Yang Berhormat

ada memang boleh merujuk kepada kementerian.

[Soalan No. 11 - Y.B. Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad, tidak hadir] 12. Tuan Zainal bin Rampak minta Menteri Sumber Manusia menyatakan , berapa lamakah masa/tempoh yang diambil bagi sesuatu proses pengiktirafan kesatuan sekerja dapat diselesaikan dan bilakah kementerian dapat mengemukakan pindaan kepada Akta Perhubungan Perusahaan 1967 terhadap pengiktirafan automatik setelah pemeriksaan keahlian dijalankan dan kesatuan mempunyai majoriti keahlian.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dr. Abdul Latiff bin Ahmad]: Tuan

Yang di-Pertua, pada kebiasaannya kementerian mengambil masa kurang daripada

tiga bulan untuk proses pengiktirafan Kesatuan Sekerja. Ia bermula dengan

Page 22: DN-16052001

DN.16.5.2001 22

menentukan kelayakan kesatuan itu mewakili para pekerja majikan berkenaan.

Kemudian menentukan pula kedudukan peratusan keahlian Kesatuan Sekerja itu,

selepas itu barulah kementerian ini melalui Ketua Pengarah Perhubungan

Perusahaan akan memaklumkan kepada majikan untuk mengiktiraf dan sesalinan

kepada Kesatuan Sekerja.

Jika majikan enggan untuk mengiktiraf, maka pihak kesatuan boleh

melaporkan kepada pihak kementerian. Menteri Sumber Manusia boleh mengambil

tindakan untuk mengarahkan majikan mengiktiraf Kesatuan Sekerja tersebut seperti

yang diperuntukkan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Akta Perhubungan Perusahaan 1967

masih dalam semakan terakhir oleh kementerian dan pejabat Peguam Negara.

Terima kasih.

13. Tuan Abdillah bin Abdul Rahim minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan, sejauh manakah kementerian menyelaraskan dan memantau kegiatan-kegiatan yang menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama di tempat mereka bekerja, di sekolah-sekolah dan di institusi pengajian tinggi yang dipunyai oleh kerajaan dan swasta.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan

Masyarakat [Dato' S. Veerasingam]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang

Berhormat, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada

masa ini merancang, melaksanakan, menyelaraskan dan memantau kegiatan -

kegiatan yang menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia berbilang

bangsa dan agama di peringkat masyarakat tempatan sahaja.

Namun demikian, Jabatan Perpaduan Negara di bawah Kementerian

Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sentiasa memantau insiden -

insiden yang mungkin akan menjejaskan perpaduan negara di mana sahaja ia

berlaku supaya tindakan pencegahan dapat diambil dengan segera. Pejabat-pejabat

Perpaduan Negara di peringkat negeri dan daerah dengan kerjasama 2,006 buah

kawasan Rukun Tetangga sentiasa merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti

yang melibatkan kanak-kanak, pelajar serta pekerja sektor awam dan swasta

daripada pelbagai bangsa dan agama yang bermastautin di kawasan-kawasan

Rukun Tetangga di seluruh negara.

Page 23: DN-16052001

DN.16.5.2001 23

Sepanjang tahun 2000, sebanyak 23,006 aktiviti seperti sukaneka, gotong -

royong, Kem Padu Jaya Diri, Sebumbung Bersama Keluarga Angkat, Hari Raya,

Tahun Baru China, Deepavali, Krismas, Gawai dan Keamatan yang melibatkan

1,940,628 orang peserta telah dilaksanakan.

Kementerian juga telah mula mengadakan sesi dialog dengan pelajar-pelajar

universiti mengenai isu perpaduan negara. Sesi dialog pertama telah diadakan

dengan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sarawak dan juga apabila Majlis

Perundingan Pelajar Kebangsaan bersidang pada 10 Mei 2001 yang dipengerusikan

oleh Timbalan Perdana Menteri kita. Usaha sedang juga diambil untuk memberi

tumpuan kepada kelab-kelab perhubungan di peringkat sekolah.

Terima kasih.

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dalam pemantauan kementerian ke atas kegiatan -kegiatan yang diadakan di

kalangan masyarakat, apakah kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti oleh

pihak kementerian yang difikirkan tidak mempunyai keberkesanan ke atas usaha

perpaduan.

Sebagai contoh, terdapat juga Rukun Tetangga-Rukun Tetangga kegiatan

mereka diadakan untuk satu -satu kaum sahaja tetapi tidak ada kegiatan di mana

semua kaum berkumpul untuk berinteraksi. Kalau adapun, ianya diadakan mungkin

dalam setahun sekali iaitu apabila mengadakan upacara tahunan.

Jadi, soalan yang ingin saya tanyakan di sini ialah sekiranya ada kelemahan

seperti apa yang saya sebut tadi, apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan

untuk membaikkan keadaan tersebut. Sekian, terima kasih.

Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, ini adalah suatu perkara yang

berlaku di segelintir kawasan Rukun Tetangga sahaja. Kebanyakannya semua kaum

melibatkan diri. T iap-tiap Jawatankuasa Rukun Tetangga juga mengadakan ahli-ahli

jawatan kuasanya yang terdiri daripada semua kaum tetapi kadangkala apabila ada

upacara di sesuatu kawasan dan jemputan diberi kepada semua kaum, kadangkala

kita nampak hanya satu kaum sahaja melibatkan diri termasuk jawatankuasa -

jawatankuasa daripada kaum-kaum yang lain.

Dalam keadaan seperti ini kita telah mengarahkan Jabatan Perpaduan di

daerah supaya menentukan semua kaum mengambil bahagian dalam upacara ini

dan ianya perlu digalakkan. Untuk berbuat demikian, kementerian saya telah pun

mengambil tindakan supaya kita memberi nafas baru kepada semua Rukun

Page 24: DN-16052001

DN.16.5.2001 24

Tetangga yang ada dalam negara kita. Kita telah menjadikan Rukun Tetangga

sebagai satu one stop center, dengan izin, untuk membantu penduduk-penduduk

kawasan Rukun Tetangga.

Jadi, apa sahaja masalah, masalah kebajikan, masalah sekolah, masalah

dengan jabatan-jabatan kerajaan, Rukun Tetangga boleh memainkan peranan yang

penting untuk membantu penduduk-penduduk kawasan itu. Dengan cara ini

penduduk-penduduk di kawasan itu dengan sukarelanya akan menghadiri upacara -

upacara yang diadakan oleh Rukun Tetangga-Rukun Tetangga di kawasan itu.

Terima kasih.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan

tambahan saya, Rukun Tetangga berperanan sebagai penyubur integrasi kaum.

Jika ahli Rukun Tetangga tidak bermesra, adakah pernah kerajaan membuat

penyelidikan awal dalam soal ini? Terima kasih.

Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, semua yang melibatkan diri

adalah sukarelawan dan setakat ini kita tidak ada masalah seperti yang telah

ditimbulkan oleh Yang Berhormat. Jika ada juga masalah-masalah di tempat-tempat

yang tertentu, Yang Berhormat berkenaan boleh berhubung dengan Jabatan

Perpaduan yang berdekatan atau terus kepada kementerian supaya kita dapat

memantau jika ada masalah-masalah seperti itu. Terima kasih.

14. Puan Safinah binti Jusoh minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap Singapura selepas kenyataan Perdana Menterinya bahawa orang Melayu di Singapura lebih maju daripada orang Melayu di Malaysia. Sejauh manakah kenyataan itu benar berdasarkan fakta.

Timbalan Menteri Luar Negeri [Datuk Dr. Leo Michael Toyad]: Tuan Yang

di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa Kementerian Luar Negeri telah pun

mengeluarkan kenyataan berhubung perkara di atas yang disoal oleh Yang

Berhormat Safinah yang telah dilaporkan di surat khabar tempatan iaitu Berita Harian

bertarikh 29 Januari 2001.

Dalam kenyataan tersebut, Menteri telah menolak kenyataan Perdana

Menteri Singapura yang tidak berasas sama sekali dan kenyataan Perdana Menteri

Goh itu mempunyai agenda politik dalam negeri dan tidak seharusnya

dihubungkaitkan dengan taraf dan kedudukan Melayu di negara ini yang telah

mengecap kemakmuran hasil daripada dasar dan Program Pembangunan Kerajaan.

Page 25: DN-16052001

DN.16.5.2001 25

Kementerian juga telah memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke

Malaysia untuk membantah kenyataan tersebut.

15. To' Puan Wan Seri Asiah binti Ahmad minta Menteri Pertanian menyatakan, apakah sambutan masyarakat terhadap program tanah terbiar. Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin

menjawab soalan ini bersekali dengan soalan pada 21 Mei 2001 dan juga

menyentuh isu tanah terbiar yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator

To' Puan Wan Seri Asiah binti Ahmad.

Tuan Yang di-Pertua, sambutan terhadap program membangunkan tanah

terbiar sehingga kini pada keseluruhannya tidak begitu menggalakkan. didapati

kebanyakan daripada pengusaha dan syarikat swasta lebih minat untuk memohon

tanah kerajaan bagi pelaksanaan projek berskala besar. Ini disebabkan terdapat

pemilik tanah yang mengambil balik tanah yang disewakan untuk melaksanakan

projek sendiri apabila mereka nampak kejayaan pengusaha yang menyewa tanah

mereka.

Walau bagaimanapun, Kementerian Pertanian melalui jabatan dan agensi di

bawahnya masih berusaha untuk menggalakkan tanah terbiar dimajukan dengan

pelaksanaan projek-projek pertanian. Di bawah Program Jabatan Pertanian bagi

tahun 2001, pemulihan tanah terbiar sejumlah 658 hektar sedang dilaksanakan oleh

pengusaha yang menyahut seruan kerajaan.

Dalam tempoh tahun 2001 sehingga tahun 2005, jabatan berkenaan

bercadang memulihkan sejumlah 15,000 hektar tanah terbiar tetapi ini akan tertakluk

kepada peruntukan kewangan. Di bawah Program Lembaga Pertubuhan Peladang ,

semua pertubuhan peladang kawasan telah diminta mendaftar semua tanah terbiar

ahli-ahli LPP yang bersetuju dimajukan oleh LPP ataupun pihak swasta yang

ditentukan oleh pertubuhan peladang. Setakat ini keluasan tanaman yang

diusahakan untuk ladang korporat pertubuhan peladang ialah 25,508 hektar

manakala keluasan untuk ladang kelompok ialah 1,009,835 hektar.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Soalan tambahan saya, Tuan Yang di-

Pertua ialah, apakah kerajaan oleh kerana terlampau banyak tanah terbiar ini yang

tidak diusahakan oleh rakyat, apakah kerajaan ingin meminda rang undang-undang,

Kanun Tanah Negara ataupun menasihati kerajaan-kerajaan negeri kerana ia

berhubung kait dengan pemilik-pemilik tanah. Apakah dengan ada, contohnya

Page 26: DN-16052001

DN.16.5.2001 26

apabila tanah mereka terbiar begitu lama seperti 5 tahun, 10 tahun. Apakah Kerajaan

Pusat khususnya Kementerian Pertanian ingin menasihati kerajaan-kerajaan negeri

supaya diubah satu enakmen di tiap-tiap negeri supaya ada satu kaedah untuk

menasihati pemilik-pemilik tanah kerana akhirnya Program Tanah Terbiar ini kalau

dapat diusahakan ia akan menyambut tuntutan semasa kita dalam produktiviti

pengeluaran bahan-bahan pertanian untuk negara. Terima kasih.

Dato' Seri Mohd. Sha riff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

kepada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Rosli. Seperti mana kita semua maklum,

tanah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, saya rasa undang-undang yang ada sama ada di

bawah Kanun Tanah Negara ataupun kaedah tanah negeri masing -masing sudah

pun mencukupi bagi menasihatkan tuan punya tanah mengusahakan tanah mereka

kerana undang-undang sudah ada bagi membolehkan kita mengambil tindakan -

tindakan yang tertentu kepada orang-orang yang tidak mengusahakan tanah ini

terpulang kepada pihak berkuasa kerajaan negeri ataupun kepada pihak berkuasa

kerajaan tempatan. Memang ada undang-undang di bawah kuasa kerajaan negeri

dan di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan untuk meminta tuan punya tanah

mengusahakan ataupun memajukan tanah kepunyaan mereka.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa bagi Jawab Lisan sudah cukup. [Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Lisan telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 2, 8, 11 dan 16 hingga 26 adalah dijilid dalam buku yang berasingan]

Page 27: DN-16052001

DN.16.5.2001 27

USUL

MEMINDA SUSUNAN ATURAN URUSAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 13(2)

11.19 pagi. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tengku Dato' Adnan bin

Tengku Mansor]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa;

“Menurut Peraturan Mesyuarat 13(2) Rang undang-undang

Perbekalan Tambahan 2001, yang dijadualkan dalam Aturan Urusan

Mesyuarat hari ini sebagai nombor tiga didahulukan dan disenaraikan

semula sebagai nombor dua dan Usul Perdana Menteri yang

dijadualkan sebagai nombor dua hendaklah disenaraikan selepas

Rang undang-undang Perbekalan Tambahan 2001”

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk M.

Kayveas]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Usul dikemuka bagi diputuskan: dan disetujukan.

MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA

YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan

ke atas usul yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan

kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian

bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka penggal Ketiga Parlimen Yang Kesepuluh”. [15 Mei 2001]

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Kementerian Pembangunan Wanita dan

Keluarga menjawab.

Page 28: DN-16052001

DN.16.5.2001 28

11.21 pagi.

Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga [Dato’ Hajah Shahrizat binti

Abdul Jalil]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-

ahli Yang Berhormat yang telah memberi ucapan tahniah atas penubuhan

Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga serta menyentuh perkara-perkara

di bawah bidang tugas kementerian ini semasa membahaskan Usul Menjunjung

Kasih Titah Diraja, khasnya kepada Yang Berhormat Puan Siti Zailah binti Mohd

Yusoff, Yang Berhormat Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim, Yang Berhormat

Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun, Yang Berhormat Tuan

Hassan bin Haji Shukri dan Yang Berhormat Datuk Hajah Dayang Mahani.

Saya amat menghargai semua pandangan dan cadangan yang diutarakan

dan ianya akan dikaji dengan mendalam oleh kementerian untuk dijadikan asas

perancangan hala tuju dan strategi pembangunan wanita dan keluarga.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai jentera kerajaan yang bertanggungjawab

mengenai pembangunan wanita dan keluarga, kementerian berperanan memberi

nasihat serta mempengaruhi penggubalan undang-undang dan dasar pembangunan

negara supaya keperluan asas dan kepentingan wanita diperdanakan dalam semua

dasar, strategi dan undang-undang.

Kementerian akan memberi perhatian kepada isu -isu wanita dan keluarga

seperti yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk kemiskinan

di kalangan wanita, terutamanya ibu -ibu tunggal, penyertaan wanita dalam pasaran

buruh, keganasan termasuk gangguan seksual, eksploitasi terhadap wanita, undang-

undang dan peraturan yang mendiskriminasikan wanita serta isu keibubapaan dan

pembangunan keluarga. Usaha berterusan dilaksanakan untuk menangani perkara

ini.

Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Hajah Puizah binti Haji Abu

Kassim dan Yang Berhormat Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji

Mohd. Dun kerana prihatin terhadap bilangan anggota Kementerian Pembangunan

Wanita dan Keluarga. Suka saya maklumkan di sini bahawa cadangan struktu r

organisasi kementerian telah pun dikemukakan kepada agensi-agensi pusat dan

kami menunggu keputusan daripada pihak JPA.

Mengenai cadangan Yang Berhormat Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima

Haji Mohd. Dun dan Yang Berhormat Datuk Hajah Dayang Mahani supaya

kementerian mengambil langkah mengumpul data daripada pelbagai sektor

Page 29: DN-16052001

DN.16.5.2001 29

mengenai penglibatan wanita, suka saya maklumkan bahawa kementerian telah pun

memulakan usaha-usaha untuk mengukuhkan sistem pengurusan maklumat dan

data kementerian serta meminta kerjasama kementerian-kementerian lain

menjalankan pengumpulan dan analisa data mengikut pecahan jantina (gender

desegregated data).

Dengan adanya data ini, perancangan strategi dan program pembangunan

wanita akan menjadi lebih kemas, khasnya dalam menentukan pencapaian dasar

wanita negara serta pelan tindakan pembangunan wanita.

Tuan Yang di-Pertua, isu gangguan seksual seperti yang diutarakan oleh

Yang Berhormat Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusof dan Yang Berhormat Datuk

Hajah Dayang Mahani memang merupakan antara isu yang diberi perhatian oleh

kementerian. Kementerian telah pun menubuhkan jawatankuasa kebangsaan

menangani keganasan terhadap wanita yang dianggotai oleh wakil daripada pelbagai

sektor iaitu kerajaan, swasta dan pertubuhan -pertubuhan bukan ke rajaan.

Jawatankuasa ini juga memberi perhatian kepada isu gangguan seksual dan

mencadangkan tindakan-tindakan yang boleh diambil, bukan sahaja oleh

kementerian tetapi juga oleh agensi kerajaan lain, pertubuhan bukan kerajaan, pihak

swasta dan masyarakat, khususnya kementerian akan bekerjasama dengan

Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab mempromosikan kod amalan

untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat-tempat kerja.

Berkaitan cadangan supaya kementerian mewujudkan satu mekanisme untuk

membantu graduan wanita dan peniagawati agar tidak dibebankan dengan pinjaman

dan sandaran, insya-Allah perkara ini akan dikaji dengan mengambil kira kewujudan

skim-skim sedia ada.

Pada anggapan kementerian, keutamaan perlu diberikan untuk memperbaiki

kemudahan-kemudahan sokongan, khususnya bantuan kepada wanita -wanita yang

menghadapi masalah yang mendesak dengan tujuan mewujudkan jentera yang lebih

mesra wanita.

Tuan Yang di-Pertua, masalah keruntuhan institusi keluarga dan gejala sosial

seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff

juga merupakan antara isu yang akan diberi perhatian oleh kementerian.

Melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN),

beberapa langkah telah pun diambil untuk menangani masalah berkenaan. Langkah

tersebut termasuklah melaksanakan program pendidikan dan latihan kepada

Page 30: DN-16052001

DN.16.5.2001 30

golongan remaja dan ibu bapa serta memberi perkhidmatan kaunseling dan

penerangan.

Melalui program pendidikan dan latihan, nilai-nilai positif seperti

bertanggungjawab dan berdisiplin diterapkan khusus kepada golongan remaja.

Manakala untuk ibu bapa, didedahkan dengan kemahiran mendidik dan mendisiplin

anak-anak remaja supaya dapat mengelakkan tingkah laku negatif.

Perkhidmatan kaunseling yang diberikan pula menyumbang ke arah

mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh remaja dan keluarga mereka serta

mendorong mereka ke arah penyelesaian yang positif bagi apa-apa masalah yang

dihadapi.

Mengenai cadangan Yang Berhormat Tuan Hassan bin Haji Shukri supaya

diwujudkan Majlis Wanita yang dianggotai oleh wanita Islam dan bukan Islam, saya

ingin maklumkan bahawa jentera seperti ini telah pun sedia ada di bawah naungan

Majlis Penasihat Kebangsaan mengenai integrasi wanita dalam pembangunan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Yang

Berhormat ….

Puan Jamilah binti Ibrahim: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat….

Dato’ Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: ….yang telah mengalu-alukan…

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, bagi laluan.

Dato’ Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: …penubuhan Kementerian

Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

harap mencelah di waktu ini mungkin tidak sesuai tetapi saya bimbang kalau saya

tidak mencelah waktu ini, mungkin Yang Berhormat Dato’ Menteri menghabiskan

ucapan ataupun andaian sayalah.

Jadi, apa yang saya ingin memberi pandangan di sini supaya kementerian…

Saya belum lagi secara formal merakamkan tahniah dan terima kasih dengan

kewujudan kementerian yang baru ini dan saya minta pihak kementerian mengambil

keprihatinan yang sungguh-sungguh di dalam penjadualan wanita be rkerjaya kerana

kita melihat tidak ramai kaum wanita yang bekerja di sektor-sektor sama ada

kerajaan ataupun di industri-industri daripada penglibatan kaum wanita itu sendiri –

Page 31: DN-16052001

DN.16.5.2001 31

kalau pihak kerajaan mungkin dalam bidang kejururawatan, itu tidak dapat dielakkan

dan memang Islam membolehkan.

Tetapi di industri-industri dan sebagainya, sebab kita kena kembali melihat

kepada tabii (nature) wanita itu di tempat kerja mereka, mestilah pihak kementerian

mengambil perhatian yang serius di mana wanita -wanita bekerja di kilang-kilang

yang bekerja malam kerana fitrah dalam Al-Quran, Allah menyebutkan [Membaca

sepotong ayat Al-Quran) “Kaum wanita itu adalah pemakaian kepada kaum lelaki”.

Jadi, kalau kaum wanita itu asyik meninggalkan rumah di waktu malam, inilah

yang menjadikan bibit-bibit ataupun faktor-faktor yang tidak sihat yang berlaku di

dalam rumahtangga. Jadi, dalam soal ini memang Islam terus terang mengatakan

kita tidak perlu malu dalam mendedahkan kebenaran.

Jadi, saya minta saya tidak mahu dengar sama-sama kita bahawa

kementerian hanya mengata, “Kita akan mengambil perhatian” dan “Kita akan

bertindak” tetapi sejauh mana pelaksanaan dan bertindak dapat dilaksanakan? Saya

harap kepada Yang Berhormat Dato’, kena tegas dalam soal ini dalam membela

keadilan warga wanita negara kita Terima kasih.

Dato’ Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, saya

ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Saya ingin menyatakan di sini

kepada Ahli Yang Berhormat, sebenarnya pihak kerajaan kita mengambil berat dan

serius tentang semua isu -isu wanita terutama wanita -wanita yang memerlukan

pembelaan seperti mereka yang bekerja di kilang-kilang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya kita wanita yang mahu

bekerja dan saya dapati bahawa kementerian bertalu -talu diminta oleh NGO wanita

sendiri supaya wanita diberi layanan yang seimbang dengan kaum lelaki.

Saya ada menerima permintaan bahawa jangan dihadkan pun masa wanita

itu bekerja. Maknanya sekarang ini, saya difahamkan kebanyakan daripada majikan -

majikan terutama daripada kilang-kilang, jam 10.00 malam wanita akan dihentikan

kerja untuk hari itu tetapi ada pula permintaan daripada wanita sendiri supaya

mereka diberi peluang untuk mendapat overtime, maka kerja lagi lambat, tetapi

dengan izin suami mereka.

Jadi, kita kena mempertimbangkan tetapi kalau Yang Berhormat bertanya

kepada saya, saya memang setuju. Saya tidak tahulah tentang wanita hendak jadi

pakaian lelaki. Mungkin interpretasi itu lain. Mungkin apabila kita guna perkataan

“pakaian lelaki” itu, dalam Arabnya lain kot, Melayunya lain tetapi walau

Page 32: DN-16052001

DN.16.5.2001 32

bagaimanapun Yang Berhormat, kita mesti jelas bahawa kepada saya bahawa

wanita itu sama mustahak dengan kaum lelaki.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Saya takut nanti semua Ahli Yang Berhormat yang dengar tadi bahawa

wanita adalah pakaian lelaki walaupun ada Hadis itu tetapi interpretasinya lebih

kejap dan tegas. Namun b agi Yang Berhormat, saya ingin memberi kata yang tegas

kepada Yang Berhormat bahawa isu-isu mereka, kita mengambi berat. Malah

kementerian telah pun mewujudkan satu jawatankuasa rundingan di antara kedua -

dua menteri, Menteri Sumber Manusia dan saya sendiri bahawa isu-isu yang

diketengahkan oleh MTUC bahagian wanitanya, isu yang diutarakan termasuklah

beberapa jam wanita itu dibenarkan bekerja, kita dalam rundingan bersama -sama

dengan majikan.

Saya percaya bahawa dalam masa yang terdekat kalau tidak bulan ini pun,

bulan depan dan tidak bulan depan pun, tahun depan. Dengan izin, I never give up ,

Yang Berhormat, insya -Allah isu -isu mereka akan diberi perhatian. Cuma saya minta

kerjasama daripada wanita. Kita mesti tahu apa yang kita mahu supaya kerajaan

tidak mendapat pandangan yang bertembung.

Setengah wanita dia hendak kerja malam, setengah wanita tidak mahu kerja

malam tetapi pada akhirnya, saya percaya apabila kita kata tentang, dengan izin,

empowerment of women atau memperkasakan wanita, ia bermakna bahawa wanita

itu kalau dia sudah kahwin, bersama suaminya, dia membuat pilihan dan keputusan.

Dia diberi penghormatan untuk membuat keputusan. Itu yang mustahak.

Namun begitu Yang Berhormat, saya mengambil kira dan terima kasih

kepada Yang Berhormat kerana merakamkan penghargaan kepada kerajaan di atas

penubuhan kementerian ini. Saya juga kalau boleh hendak ambil kesempatan ini

Yang Berhormat, mengucapkan terima kasih kepada wanita-wanita di dalam politik

terutamanya PAS kerana saya baca dalam newspaper bahawa akhirnya PAS

mengikut jejak UMNO untuk memberi tempat kepada wanita membuat keputusan

tertinggi [Tepuk] di dalam bidang politik. Saya ucapkan terima kasih. Mungkin saya

rasa Yang Berhormat Puan Jamilah memberi input. Maknanya kita samalah

mengikut jejak wanita UMNO. Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Jamilah binti Ibrahim: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Laluan diberi. Dijemput Yang Berhormat Puan

Jamilah.

Page 33: DN-16052001

DN.16.5.2001 33

Puan Jamilah binti Ibrahim: Pertama saya hendak membetulkan , ayat

yang saya baca tadi adalah ayat Al-Quran. Yang kedua, dalam pengamatan

sepanjang hidup saya dan untuk memperbetulkan sedikit bahawa Pas bukan

memberi penghormatan kepada wanita dan juga UMNO. Islam telah mengangkat

darjat dan memperkasakan wanita dari awal lagi. Sebagai contohnya , dalam

perjuangan di zaman Baginda Rasulullah , yang pertama yang membangunkan

kesedaran, mujahid yang pertama telah membangunkan Islam ialah Sumaiyah.

Yang kedua yang memperlihatkan keizinan Islam di dalam memperkasakan wanita

dan kedepankan wanita ialah Musaibah, kerana di dalam satu peperangan

Musaibah dapat mempertahankan tubuh badan fizikal Baginda Rasulullah di

hadapan di masa yang cukup kritikal dalam peperangan.

Jadi, Islam telah memberi pengiktirafan dan para sahabat memberi pujian di

atas keberaniannya wanita Islam. Masalah budaya citarasa kami dalaman bukan

PAS tidak mengiktiraf kami, tetapi kami melihat apakah kami memerlukan kepada

pembelaan luaran sedangkan berkecamuknya kami di dalam. Jadi, sekarang kita

tengok dari kesesuaian dan relevannya kalau kami akan meletakkan sesuatu

persediaan awal untuk bertanding dan sebagainya. Itu tidak timbul masalah

kepimpinan PAS tetapi Islam, kita bercakap soal Islam. Kita tidak bercakap ideologi

dan pandangan manusia.

Apa yang saya ingin memberitahu di sini ialah dalam pengamatan saya,

dalam sosial hidup di negara ini saya melihat di mana -mana pemikiran wanita

negara terlalu over limit di dalam kebendaan, menjadikan wanita materialistik.

Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Penjelasannya.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Penjelasannya, antara kehidupan spiritual

dengan kehidupan kebendaan wanita lebih perlukan kepada kebendaan mengatasi

jiwa dan pemikiran. Tetapi bagi kami, insya-Allah, kami hendakkan keseimbangan

antara doa yang kita baca bahawa [Membaca sepotong ayat berbahasa Arab]

keizinan Allah kerana di sana matlamatnya, di dunia ini kami tidak mengejar sangat

kebendaan. Kalau hendak beza kita paling contoh terdekat, kalau Dato’ Yang

Berhormat memakai pakaian berharga RM3,000, saya memakai pakaian berharga

RM30, pepatah Arab berkata [Membaca sepotong ayat berbahasa Arab] yang

bermaksud: “Pakaian itu bukan nilai di sisi Tuhan, tetapi yang nilai ialah akhlak, ilmu

dan kesopanan.

Dato' Hamzah bin Zainudin: [Bangun]

Page 34: DN-16052001

DN.16.5.2001 34

Puan Jamilah binti Ibrahim: Itu pandangan saya, saya minta Dato’ yang

bertanggungjawab di dalam membelakan wanita negara dalam semua peringkat,

wanita kita kena berani tegas dan insya-Allah, kami pihak Muslimat akan memberi

sokongan kepada perkara-perkara yang tidak keluar dari batas-batas dan landasan

Allah s.w.t., syabas. Tidak payah laluanlah.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada minta laluan kedua.

Dato' Hamzah bin Zainudin: Ini saya minta laluan, terima kasih. Laluan

terus kepada Dato’ Menteri. Saya ucapkan terima kasih, cuma saya tadi bila

mendengar Kakak Jamilah saya mengatakan dalam PAS kita mengikut Islam iaitu

membenarkan wanita PAS sekarang ini menjadi wakil dalam perhimpunan PAS

sebagai contoh, disebabkan citarasa, disebabkan keadaan semasa, walhal UMNO

sudah memikirkan keadaan citarasa wanita juga mengikut Is lam. Ya, memang

telah dijelaskan oleh kakak saya tadi, Jadi, tidak mungkinkah ini akan menunjukkan

bahawa selama ini UMNO juga telah mengikut cara -cara, citarasa kehendak wanita

seperti mana yang ada dalam Al- Quran sendiri. Jadi saya hendak Dato’ Menteri

menjelaskan ini kepada kakak kita yang mungkin keliru sedikit tentang keadaan ini.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Dato’ Shahrizat.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya

saya amat menghormati Yang Berhormat Senator Jamilah dan sebagai Ketua

Muslimat PAS saya faham kedudukan mungkin kesulitan Yang Berhormat harus

lalui sebab kadangkala wanita ini kita fahamlah ada hadnya. Islam ada had saya

faham itu, namun begitu saya mengikuti, malah di kementerian kita mengikuti bukan

hanya PAS tetapi perjalanan semua parti-parti politik di negara kita ini dan kita akan

memberi desakan jika perlu supaya jangan ada mana -mana pihak menyekat

pembangunan dan kemajuan wanita, itu pertama, bukan status kerana dia itu

PASkah, dia KeADILankah tidak ada. Tetapi kita melihat secara makro bahawa

supaya tidak ada mana-mana pihak terutama parti-parti politik yang menyekatkan

pembangunan wanita. Saya bukan hendak katalah, hendak ambil PAS, tidak ada

dan saya faham kesulitan Yang Berhormat sudah semestinya di mana Yang

Berhormat dan semua Muslimat lain melaluinya, pertama.

Yang keduanya saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dato’

Hamzah memang kerajaan hari ini adalah satu kerajaan yang menghayati prinsip-

prinsip Islam tentang kemajuan wanita. Lama sudah Yang Berhormat bukan ini

Page 35: DN-16052001

DN.16.5.2001 35

hendak membawa perwakilan yang akan datang ini. Hasil perjuangan wanita

khususnya dalam politik Barisan Nasional kerana hasil perjuangan merekalah hari

ini kita ada kementerian malah sebelum itu Yang Berhormat kalau tidak ada

perjuangan wanita-wanita ini maka nescayalah tidak akan wanita menjadi 50% lebih

kurang, 47% sebenarnya tenaga pekerja di negara kita ini.

Kalau kita di tahap lama wanita tidak boleh membuat itu, tidak boleh

membuat ini, sebab agama bukan Islamlah, kita hendak menggunakan mana-mana

agama, kata semuanya wanita tidak boleh, saya rasa wanita biar terperap di rumah

tidak payah menguit pun langsung, sebab apa, tidak boleh. Tetapi syukur

alhamdulillah, dengan perjuangan kerajaan yang ada pada hari ini, hasil perjuangan

sejak tahun 1949 lagi apabila wanita UMNO diwujudkan, maka hari ini wanita di

Malaysia berdiri sama tegak dengan kaum bapak, alhamdulillah.

Saya hendak merakamkan bahawa ini adalah kerana hasil perjuangan

kerajaan yang ada dan perjuangan kita untuk wanita berasaskan prinsip-prinsip

Islam. Kita cakap dan bikin itu yang mustahak. Kadangkala ada setengah orang itu

dia cakap tetapi tidak bikin, kalau dia bikin pun nasib baik tidak lambat. Kalau kita

dok tunggu dia orang hendak bikin itu, Yang Berhormat, saya takut di alaf baru ini

wanita Malaysia nanti ketinggalan. Tetapi hari ini ‘pi lah’ mana-mana pun, Yang

Berhormat, wanita Malaysia diberi pendidikan, diberi peluang. Tetapi itu tidak

cukuplah kepada saya sebagai Menteri, kalau boleh Yang Berhormat kita

berganding tangan, wanita dengan wanita ketepikan ideologi politik ya. Kita mesti

memperjuangkan untuk pembangunan wanita di alaf ini. Terima kasih.

Puan Jamilah binti Ibrahim: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Laluan diberi kepada Yang Berhormat

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Jadi saya ada soalan tambahan sedikitlah kepada Dato’. Jadi, kalau kita dengar

perbincangan tadi maknanya wanita Malaysia kita sekarang dibina di atas prinsip

Islam. Jadi, soalan saya, apa yang dikatakan oleh Dato’ Yang Berhormat tadi dari

sudut kepimpinan wanita kalau saya tidak silap, adakah sudut ini sahaja yang

berdasarkan kepada Islam? Kita hendak pembinaan wanita Malaysia kita ini

semuanya berdasarkan kepada Islam sebab Allah telah menyebut dalam Al Quran

[Membaca sepotong ayat Al Quran] yang bermaksud: “Barang siapa yang mencari

yang lain daripada Islam, maka Allah tidak akan te rima daripadanya [Membaca

Page 36: DN-16052001

DN.16.5.2001 36

sepotong ayat al-Quran ] yang bermaksud : “di akhirat nanti dia akan bertemu

dengan neraka, iaitu kerugian yang amat-amat besar.”

Jadi, dalam keadaan ini maka kita hendak supaya dalam menyelesaikan

segala persoalan ini kita bukan bergantung kepada kaum ataupun bangsa, kita

hendak penyelesaian kita ialah kembali kepada asal kejadian manusia, iaitu kita ini

keturunan Adam, kita semua ini [Membaca sepotong ayat berbahasa Arab] yang

bermaksud: “kita semua ini daripada umat yang satu, kita semua adalah keturunan

daripada Nabi Adam”, jadi kita hendak pembinaan wanita kita ini berdasarkan

kepada apa yang digariskan oleh Allah.

Jadi, kita hendak penjelasan daripada pihak kementerian, apakah dasar

sebenarnya, titik tolak dalam usaha untuk membina wanita Malaysia supaya kita

benar-benar menghayati Islam, bukan sekadar satu sudut sahaja kita mengambil

Islam, satu sudut kita mengambil cara Barat tetapi kita mengambil satu dasar yang

tegas supaya dalam kita memartabatkan wanita Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua: Di jemput Yang Berhormat Dato’.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, saya agak

samar-samar apa dia Yang Berhormat Siti Zailah hendak, tetapi mungkin saya

fahamlah sedikit sebanyak. Cuma saya hendak menyatakan pada kita sebagai insan

di dunia sama ada lelaki ataupun wanita, kita mengambil keputusan sendiri, cara

mana, bagaimana kita hendak melayari hidup ini. Kerajaan kita memberi

infrastruktur, kalau wanita itu sama ada dia Islam atau bukan Islam kementerian ini

sebenarnya untuk semua, Islam dan bukan Islam ya. Kita memberi infrastruktur

yang terbaik, maka kamu pilihlah cara, jalan yang kamu suka.

Maknanya, kalau Islam ini caranya, kalau macam saya rasa ini cara saya

akan diredai oleh Allah, dunia akhirat, saya jalankan kerja saya, cara saya, seperti

mana Yang Berhormat mungkin berfikir bahawa cara Yang Berhormat sebagai

wanita Islam ini cara yang terbaik yang diredai Allah, maka jalankan . Kepada

saya, ini dia cantiknya kerajaan yang ada pada hari ini.

Kita jaga kubur kita dahulu, yang itu yang pertama. Kita nasihat orang tetapi

kita tidak jaga kubur orang lainlah. Maaf cakaplah, sebagai hendak……

Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim: Penjelasan.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil:..memberi satu gambaran

maknanya..

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat , nampaknya……

Page 37: DN-16052001

DN.16.5.2001 37

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Sekejap Yang Berhormat ya Jadi,

cuma saya hendak memberitahu insya-Allah bahawa di bawah kerajaan ini kita

akan memberi peluang kepada wanita pertama untuk menjadi rakan kongsi kaum

bapa yang bermakna, rakan kongsi kaum bapa yang bermakna sama ada daripada

segi individu di rumah atau di tempat kerja. Kalau kerajaan mampu menjalankan ini,

saya rasa syabaslah kerajaan yang ada pada hari ini. Jadi, jangan khuatir tetapi

untuk keputusan-keputusan peribadi, Yang Berhormat, saya rasa kita kerajaan tidak

masuk campur. Kita tidak membuat keputusan untuk individu itu, kita hanya

memberi infrastruktur yang terbaik kepada mereka.

Saya hendak mengambil kesempatan sedikit, hendak menjawab apa yang

Senator Jamilah kata tadi tentang wanita dan materialisme. Yang Berhormat, kita

banyak ada sudut yang kita berkongsi pendapat tetapi yang ini saya tidak bersetuju

dengan apa Yang Berhormat katakan. Sebab apa dalam pengalaman saya sebagai

wakil rakyat enam tahun , Yang Berhormat, mana-mana saya turun ke padang tidak

ada satu wanita yang saya jumpa yang tidak mahu kesenangan dalam hidup ini,

tidak ada. Sama ada dia Islamkah, dia bukan Islam, yang miskin, Yang Berhormat,

dia tunggu sahaja dan berdoa kepada Allah supaya dia dapat sedikit nikmat dalam

hidup ini.

Maknanya sama ada pakaiankah, rumah diakah, kereta diakah, hendak

berjalankah, dia hendak bersolekkah, apa pun dia perlu apa yang dikatakan

materialistik. Saya tidak tahu apa Yang Berhormat kata maknanya tadilah. Tetapi

kalau kata wanita dia tidak mahu kebendaan, saya rasa itu tidak betul. Wanita kita

mahu hidup seimbang, kita mahu spiritualnya , kita mahu kebendaannya, dengan

izin, thus nothing wrong with that. Tidak ada salah kalau wanita itu berkata hari ini

saya mahu kekayaan di dunia ini, kalau orang yang berkata dia tidak mahu

kekayaan saya hendak ada list di kementerian. Okay, saya wanita saya sanggup

menjadi miskin, dan saya hendak, kalau ada Yang Berhormat, masya-Allah. Yang

saya tahu wanita kita hendak seimbang, dunia akhirat dan selagi saya menjadi

Menteri di kementerian ini, insya-Allah, kita akan membawa wanita ke jalan yang

diredai oleh Allah.

Timbalan Yang di-Pertua: Di jemput Yang Berhormat.

Puan Jamilah binti Ibrahim: [Bangun]

Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Oh ya, saya rasa…..

Page 38: DN-16052001

DN.16.5.2001 38

Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim: Saya dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua: Di jemput Yang Berhormat yang meminta laluan

dahulu tadi.

Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim: Tuan Yang di-Pertua, tadi

memang diperkatakan bahawasanya wanita yang disebut oleh saudari Yang

Berhormat tadi, sebenarnya ada yang dahulu menghormati wanita iaitu Rasulullah

s.a.w. Kita jangan lupa yang mana sewaktu di zaman jahiliah tidak ada siapa yang

memperjuangkan wanita selain daripada Rasulullah. Rasulullah mengatakan

[Membaca sepotong ayat berbahasa Arab] syurga itu terletak di bawah tapak kaki

ibu. Sebab di masa itu kita tahu bahawa wanita ini begitu hina sekali dilakukan oleh

kaum laki-laki. Dengan bangunnya Rasulullah s.a.w sebagai Rasul maka Rasulullah

telah meletakkan wanita itu ke taraf yang begitu tinggi sekali. Yang mana kita tahu

apabila seorang ibu yang dikatakan bahawasanya syurga itu terletak di bawah

tapak kaki ibu, ibu yang boleh mendidik, mengasuh, menjanakan anak-anaknya

dengan jana yang baik. Jadi, kalaulah ibu itu tidak mempunyai ilmu pengetahuan

bagaimana dia akan melahirkan anak yang boleh menghuni syurga, satu.

Kedua Rasulullah juga mengatakan [Membaca sepotong hadis], sesiapa

menghormati wanita maka dia adalah baik dan siapa yang menghina wanita adalah

hina. Sekiranya wanita tadi kita kata sebagai pakaian orang lelaki tentu hinaan

wanita. Jadi saya rasa Allah SWT berfirman tidaklah meletak wanita sehingga begitu

sekali hina. Jadi Yang Berhormat sekalian kerana itulah apa yang dikatakan oleh

menteri kita tadi, makna dah kena sangat yang mana hari ini kementerian kita telah

meletakkan wanita begitu tinggi sekali sehingga saya rasa kalau kita ingat bahawa

yang mula-mula sekali memperjuangkan buku teks free ini untuk sekolah -sekolah

ialah kita wanita. Dicadangkan oleh Datin Paduka Zaleha Ismail. Kalau tidak buku

teks di sekolah itu berbayar. Ini adalah perjuangan oleh UMNO dan wanita sendiri.

Yang Berhormat sekalian, seperti yang diperkatakan tadi maknanya kita juga

kena mengingati yang mana kata kebendaan ini semua, orang hendak benda.

Kerana itu saya rasakan Yang Berhormat daripada parti pembangkang juga

mengambil elaun, claim dan sebagainya, maka kalau tidak ada ini bagaimana kita

hendak merangkak, berjalan di bumi Allah ini.

Kedua juga, saya mengatakan tuan-puan juga datang ke mari dengan

kenderaan. Kalau kita tidak ada kebendaan, bagaimana kita hendak beli

kenderaan? Anak-anak sekolah, kediaman dan sebagainya, kita ambil loan untuk

Page 39: DN-16052001

DN.16.5.2001 39

rumah dan sebagainya. Ini atas kebendaan yang dikatakan tadi dan juga Rasulullah

mengatakan, [Membaca sepotong Hadis] yang bermaksud: “Carilah kamu untuk

dunia ini ibarat kamu akan hidup selama-lamanya dan kamu carilah untuk bekalan

akhirat ibarat kamu akan mati esok”. Ini disarankan oleh Rasulullah S.A.W.

Kalau kita sebagai umat Rasulullah tidak memegang kata Rasulullah S.A.W.

bagaimana? Dan lagi Rasulullah ada mengatakan [Membaca sepotong Hadis] yang

bermaksud: “Hampir sangat orang yang fakir itu kepada kufur”. Jadi, maknanya

kalau kita sudah susah, papa-kedana di atas muka bumi ini, maka tibalah masanya

kekufuran akan datang kepada kita. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Puan Jamilah binti Ibrahim.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih. Sebenarnya saya ingin

membuat pembetulan sedikit. Saya amat bersetuju, sebab itu saya mengucapkan

syabas di akhir ucapan saya tadi. Cuma, mungkin daripada segi penganalisaan dan

method cara kita memahami, sebab ia memerlukan satu discussion di meja bulat.

Benda ini, benda ilmiah dan benda ini adalah memerlukan satu kajian yang cukup

panjang. Sebab itu, saya bersedia diri dan kawan-kawan saya untuk membantu

pihak kementerian Yang Berhormat. Jangan memandangkan pandangan sebegini

negatif.

Jadi, kita pakat-pakat hendak memberi pandangan kepada objektif doa yang

kita baca tiap -tiap hari. Jadi, dalam soal apa yang diterangkan oleh Yang Berhormat

Dato’ tadi dan disebutkan oleh Yang Berhormat Ustazah tadi, jelas bahawa

Rasulullah kata [Membaca sepotong Hadis] yang bermaksud: “Islam memerlukan

kepada mukmin yang ada kekuatan”, daripada segi ekonomikah, mentalitikah, fizikal

dan lain -lain lagi, itu keperluan. Sebab itulah, dalam memberi sedekah pun, ada

pandangan ulama mengatakan [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang

bermaksud: “Pemberian tangan lebih baik daripada penerima”, itu jelas sudah dan

semua kita tidak pertikaikan.

Timbalan Yang di-Pertua: Tangan di atas lebih baik daripada tangan di

bawah?

Puan Jamilah binti Ibrahim: Ya, tangan pemberi ini. Makna pemberi itu.

Sebab, cuma dinasihat akhlak, cantiknya dalam Islam, kalau memberi tidak payah

tulis nama, “oh, ini derma daripada saya”, maknanya sembunyilah. Ada waktu-waktu

dikata boleh ....

Timbalan Yang di-Pertua: Kadang-kadang boleh juga, ya?

Page 40: DN-16052001

DN.16.5.2001 40

Puan Jamilah binti Ibrahim: Ya, kadang-kadang boleh juga. Terima kasih

kepada Tuan Yang di-Pertua. Jadi, yang saya hendak buat pembetulan daripada

segi nature wanita. Maknanya kalau kita melahirkan wanita yang terlalu lebih

kepada kebendaan dan jangan menafikan ramai wanita yang terlalu melebihkan

kebendaan, dia merayu kepada abang dia tiap-tiap hari “abang, bila orang hendak

bagi itu, ambillah.” Halalkah tidak ambilan yang senyap-senyap? Tolonglah ambil

ini, saya bawa satu bungkus ini, satu bungkus dia ambil, [Menunjukkan bungkusan

kertas] tolong ambil, alah abang, ambillah, boleh kita round dunia. Jadi, kadang-

kadang rasuah juga penyebab melalui daripada desakan isteri. Sebab itu, yang saya

hendak minta supaya keseimbangan. Bukan kita tidak hendak, kita pun hendak.

Tidak boleh menafikan , itu adalah nature dan perasaan hidup manusia memerlukan

kepada keperluan.

Tetapi, keperluan yang saya hendak minta tegas di sini, jangan melebihi.

Kalau negara kita rasuah, kita tidak boleh menafikan sebahagian daripada isteri-isteri

itu mendesak suaminya supaya ambil rasuah tetapi, kita tidak kajilah benda ini.

Saya pun tidak keterlaluan. Mungkin satu assumption ataupun satu andaian,

mungkin boleh jadi benda ini. Jadi.........

Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: [Menyampuk]

Puan Jamilah binti Ibrahim: Jadi, itu yang saya hendak minta Yang

Berhormat dalam menghadapi suasana di zaman globalisasi membela wanita

dengan cara yang sesuai pada nature wanita itu. Masalah [Membaca sepotong ayat

Al-Quran] “Hunnaliba sillakum” itu adalah…..

Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: [Menyampuk]

Puan Jamilah binti Ibrahim: Itu ayat Al-Quran. Jadi, menceritakan bahawa

peranan wanita. Yang saya hendak kembali tadi, yang saya kata kalau keluar

bekerja malam, memanglah masalah bila kita duduk di tempat itu, memang kita tahu

masalah susah, wanita sendiri mendesak. Tetapi, yang kita hendak bagi suatu

method supaya antara benda dengan kedamaian, antara rumah tangga dengan

ekonomi, mana lebih bahagia? Apakah kepincangan berlaku dalam rumah tangga

kerana kita hendakkan kemantapan ekonomi? Anak-anak terbiar, kemudian anak-

anak kita akhirnya berpelesiran dan berada sepertimana kita hadapi remaja lari

daripada rumah, bukan daripada anak-anak orang-orang miskin. Kebanyakan juga

anak-anak orang yang lebih mampu tetapi, tidak mendapat kemesraan kasih sayang

daripada ibu.

Page 41: DN-16052001

DN.16.5.2001 41

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, minta dipendekkan sedikit.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Ya, cukuplah saya rasa. [Ketawa]

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, sebelum

saya tamatkan penggulungan ini, saya rasa selepas ini Yang Berhormat, saya

hendak kena belajar balik cakap bahasa Arab ini. [Ketawa] Saya pun pergi sekolah

Arab, Yang Berhormat, lapan tahun ya, tetapi tidak pandailah nak kata tentang hadis-

hadis yang diutarakan oleh Yang Berhormat. Namun begitu, saya menyokong

pendapat bahawa dalam Islam, memang meletak wanita di satu tempat yang begitu

mulia sekali.

Ini eloklah cik abang-cik abang yang ada di sini pun ingat-ingatlah itu sama.

Tetapi, saya tidak bersetuju Yang Berhormat, bila kata, bila kaum bapa itu buat

rasuah, isteri dia pula yang hendak dipersalahkan. Sebab banyak perkara di dunia

ini, kalau lelaki sudah buat salah, dia lihat mestilah orang perempuan yang punya

pasal. Kita kena hakis pendapat yang macam itu, Yang Berhormat, sebab apa ,

orang lelaki ini kadang-kadang dia buat orang perempuan tidak tahu apa-apa pun.

Selepas sudah last, sudah habis dan benda sudah jadi bubur, barulah wanita tahu.

Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Ya.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Jadi, saya tidak setuju Yang

Berhormat kata ada wanita, isteri-isteri yang menyebabkan suaminya menjadi

rasuah. Saya rasa wanita nanti rasa amat bimbang apabila mereka dengar

statement itu. Saya rasa mungkin ini adalah satu andaian sahaja daripada Yang

Berhormat. Jadi, itulah sahaja Yang Berhormat, saya ambil kira kesemua yang telah

diperkatakan. Saya menunggu perjumpaan dengan Yang Berhormat sebab, baru -

baru ini kementerian telah pun mengadakan satu perjumpaan bersama-sama semua

wakil-wakil rakyat wanita termasuk daripada parti pembangkang tetapi Yang

Berhormat tidak dapat hadir, hantar Yang Berhormat Puan Siti Zailah dan beliau

telah pun memberi feed back . Saya telah menyatakan bahawa dalam isu wanita,

kita ketepikan buat sementara ideologi, pendapat berlainan politik kita.

Jadi, itulah sahaja Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan terima kasih

sekali lagi kerana mengambil perhatian untuk kementerian ini dan insya -Allah, berkat

sokongan semua, kita akan dapat membela nasib wanita di negara ini. Sekian,

terima kasih. .

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato'

Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga atas

Page 42: DN-16052001

DN.16.5.2001 42

jawapan-jawapan sebentar tadi dan dengan ini, kita pergi kepada jawapan daripada

kementerian yang terakhir kali ini. Kita jemput daripada Jabatan Perdana Menteri.

Yang Berhormat Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor.

11.58 tgh.

Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri [Tengku Dato' Adnan bin

Tengku Mansor]: Bismillahir Rahmanir Rahim [Membaca sepotong ayat Al-Quran].

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada Tuan Yang di-Pertua dan

Ahli-ahli Yang Berhormat dan salam sejahtera.

Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikummussalam.

Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Terlebih dahulu, saya

mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, Senator yang

mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja

sempena pembukaan rasmi sidang Parlimen Penggal Ketiga, Parlimen Kesepuluh ini

yang menyentuh perkara -perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana

Menteri. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran

dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Senator Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman meminta

kerajaan supaya mengkaji dan menyemak semula sempadan pilihan raya bagi

menambah bilangan Ahli Dewan Rakyat. Seterusnya, beliau mencadangkan supaya

Ahli Dewan Negara ditambah daripada 69 kepada 100 ahli dengan nisbah 2:1 antara

Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Untuk makluman Yang Berhormat, urusan

ulang kaji dan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya telah

ditetapkan di bawah seksyen 113 dan Jadual 13, Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan itu menetapkan bahawa urusan ulang kaji dan persempadanan semula

bahagian-bahagian pilihan raya dijalankan dalam tempoh lapan tahun sekali. Urusan

ulang kaji dan persempadanan yang te rakhir untuk negeri-negeri Tanah Melayu dan

Sabah telah diluluskan dan berkuat kuasa pada bulan Mac 1994.

Mengambil kira lat tempoh lapan tahun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan

hanya memulakan urusan ini pada bulan Mac 2002 dan apabila ianya mula

dijalankan, urusan ini perlu disiapkan dalam tempoh tidak melebihi dua tahun. Apa

yang sedang dilakukan oleh SPR buat masa ini ialah membuat persiapan awal

daripada segi mengumpul data pertambahan penduduk dan pertambahan pemilih

berdaftar. Mengkaji kawasan pembangunan seperti industri, kawasan-kawasan

perumahan baru dan sebagainya.

Page 43: DN-16052001

DN.16.5.2001 43

Maklumat awal ini perlu bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya

membuat cadangan-cadangan sama ada untuk menambah ataupun mengubahsuai

sempadan-sempadan bahagian Parlimen atau Negeri berdasarkan kepada faktor ini

dan keperluan semasa. Ini kerana tujuan urusan ulang kaji dan persempadanan

semula bahagian pilihan raya adalah untuk mengimbangi jumlah pemilih bagi satu -

satu kawasan pilihan raya setelah mengambil kira pertambahan penduduk dan

pembangunan kawasan-kawasan tersebut. Semua urusan dan ulang kaji

persempadanan bahagian -bahagian pilihan raya adalah dilaksanakan mengikut

peruntukan dalam Jadual 13 , Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip

persempadanan yang diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya .

Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada masa ini kerajaan tidak

bercadang untuk menambah keanggotaan Dewan Negara kerana bilangan yang ada

sekarang adalah mencukupi dan berupaya membahaskan perkara-perkara yang

dibawa ketika Dewan Negara. Walau bagaimanapun, ingin dimaklumkan bahawa

keanggotaan Ahli Dewan Negara telah ditambah seorang lagi iaitu bagi Wilayah

Persekutuan Putrajaya yang menjadikan kesemua Ahli Dewan Negara 70 orang.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Senator Abdul Aziz bin Abdul

Rahman juga menyentuh mengenai keselamatan ICT negara ini perlu diawasi setiap

masa kerana laman-laman web kerajaan telah dicerobohi sebanyak 49 kali sejak

bulan Februari 1999 hingga bulan Mac 2001. Sehubungan dengan itu, beliau

mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan pasukan audit keselamatan ICT

supaya semua ICT dapat diawasi. Untuk makluman Yang Berhormat, lima strategi

telah diambil untuk menangani isu audit keselamatan ICT sektor awam iaitu:

Yang pertama, penubuhan Bahagian Keselamatan ICT Awam. Bahagian

Keselamatan ICT di MAMPU, Jabatan Perdana Menteri telah mula beroperasi pada

1 Jun, 2000. Salah satu fungsi utama Bahagian Keselamatan ICT ialah menjalankan

program audit keselamatan.

Yang kedua, merangka dasar keselamatan ICT sektor awam bagi

menerangkan:

(a) keperluan melindungi aset ICT kerajaan…..

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato’, ada minta laluan. Datuk

Haji Karim Ghani. Laluan diberi, jemput Datuk.

Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-

Pertua. Saya pendekkan sahaja. Memandangkan penduduk Sabah adalah 11%

Page 44: DN-16052001

DN.16.5.2001 44

daripada penduduk di Malaysia, dan penduduk di Sarawak 9% daripada penduduk

Malaysia dan di Sabah, kawasan Parlimen tidak bertambah sejak tahun 1973, bererti

30 tahun. Jadi, adakah kerajaan boleh mempertimbangkan supaya di Sabah itu

nanti, kawasan Parlimen ditambah kerana daripada segi penduduk dan besarnya

juga Sabah itu, kurang lebih 2/3 kawasan Semenanjung. Di Semenanjung ada 135,

di Sabah hanya 20. Barangkali masanya sudah tiba untuk kerajaan mencadangkan

kawasan Parlimen di Sabah itu ditambahkan. Macam mana pendapat Yang

Berhormat? Terima kasih.

Tengku Dato’ Adnan bin Tengku Mansor: Terima kasih Yang Berhormat.

Seperti yang telah saya sebut lebih awal tadi bahawa peruntukan ini di bawah Jadual

13, Perkara 113 Perlembagaan Malaysia. Dan seperti yang telah saya sebut

bahawa kajian sedang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya terhadap kawasan -

kawasan yang difikirkan perlu diperkecil ataupun diperbesar untuk menambah Ahli-

ahli Parlimen bagi kawasan -kawasan pilihan raya yang telah Yang Berhormat sebut

tadi.

Walau bagaimanapun seperti yang telah saya sebut bahawa lat tempoh ialah

lapan tahun dan urusan ini akan dimulakan pada bulan Mac 2002 dan apabila ia

mula dijalankan , kita minta SPR supaya menyiapkan urusan ini dalam masa tempoh

2 tahun. Dan kalau difikirkan perlu oleh SPR, perkara ini akan dibawa kepada

Jemaah Menteri dan kerajaan akan memikirkan, adakah ia bersesuaian untuk

mengubah persempadanan semula.

Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua.

Merangka dasar keselamatan ICT sektor awam bagi menerangkan;

(i) keperluan melindungi aset ICT kerajaan ;

(ii) kaedah perlindungan;

(iii) objektif dasar keselamatan;

(iv) prinsip-prinsip keselamatan;

(v) skop perlindungan; dan

(vi) tanggungjawab ketua jabatan.

Ketiga, merangka garis panduan keselamatan ICT sektor awam bagi

menjelaskan:

(i) pengurusan langkah-langkah keselamatan;

(ii) isu-isu operasi dan teknikal;

(iii) isu-isu perundangan; dan

Page 45: DN-16052001

DN.16.5.2001 45

(iv) senarai semak dalam bentuk template bagi memudahkan

agensi awam mengambil inisiatif awal.

Keempat, pelaksanaan program audit keselamatan sektor awam. Program

tersebut terbahagi kepada dua bahagian iaitu;

(i) Program audit bertujuan untuk mengukur pematuhan terhadap

rangka dasar keselamatan ICT dan garis panduan

keselamatan ICT sektor awam serta mengenal pasti jurang

pematuhan; dan

(ii) Program audit infrastruktur ICT bagi menilai keteguhan dan

kelemahan infrastruktur ICT dan pengoperasian struktur

agensi sektor awam dan mengemukakan cadangan

pengukuhan dan lawatan semula bagi proses jaminan kualiti

Kelima, pelantikan Chief Information Officer (CIO) dan ICT security officer

(ICTSO) di agensi-agensi sektor awam. MAMPU telah meminta setiap agensi untuk

melantik pegawai-pegawai menjalankan tanggungjawab sebagai CIO dan ICTSO

bagi;

(i) menyediakan infrastruktur ICT mengetepikan prinsip-prinsip

keselamatan ;

(ii) menyediakan dan mengkaji semula dokumen infrastruktur bagi

tujuan audit; dan

(iii) menjalankan penilaian risiko dan mengadakan pelan

rancangan pematuhan bertujuan untuk mengurus risiko yang

timbul akibat daripada ketidakpatuhan kepada standard garis

panduan prosedur dan langkah keselamatan ICT.

Yang Berhormat Senator Dato’ Aziz bin Abdul Rahman juga mencadangkan

kerajaan membuat kajian impak sosial bagi sesuatu pembangunan sosioekonomi

yang hendak dilaksanakan seperti kajian di atas setinggan-setinggan. Kajian tersebut

hendaklah menggunakan pakar-pakar dan tenaga penyelidik dari universiti tempatan.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan memang sedar bahawa

pembangunan ekonomi yang pesat akan memberi kesan yang ketara ke atas

keadaan sosial dan budaya negara. Oleh yang demikian, kajian impak sosial akan

diberi lebih penekanan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan. Hasil daripada

kajian ini akan digunakan untuk merumuskan dasar dan program sosial yang

Page 46: DN-16052001

DN.16.5.2001 46

berkaitan untuk memastikan rakyat boleh menangani perubahan sosial yang wujud

akibat daripada pembangunan tersebut.

Yang Berhormat Senator Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Rahman juga

membangkitkan isu mengenai amanat Haji Abdul Hadi dan kesan kepada

masyarakat. Beliau ingin tahu , apakah kerajaan mempunyai maklumat data-data

berapa ramaikah pasangan-pasangan yang terpaksa bernikah dua kali dan berapa

ramaikah yang terpaksa sembahyang jemaah berasingan kerana isu dua imam. Di

samping itu beliau juga ingin tahu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan adakah

amanat Haji Hadi itu bercanggah dengan Islam.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan tiada mempunyai maklumat-

maklumat jumlah pasangan yang terpaksa bernikah dua kali dan jumlah mereka

yang terpaksa sembahyang jemaah berasingan kerana isu dua imam. Walau

bagaimanapun kerajaan mempunyai bukti berlaku kahwin dua kali dan sembahyang

dua imam. Kes kahwin dua kali contohnya ialah pada 13 Ogos 1981 seorang

pasangan dari Kampung Bukit Payung, Hulu Besut Terengganu yang dinikahkan

oleh jurunikah bertauliah Wan Abdullah bin Wan Ahmad telah dinikahkan sekali lagi

pada malam hari yang sama. Kes sembahyang berjemaah berasingan dengan dua

imam ialah seperti berikut.

Pada 4 Jun 1982 dan sepanjang bulan Ramadan tahun itu Kampung Gong

Pasir, Besut Terengganu di mana lebih 50 orang penyokong PAS bersembahyang

Maghrib, Isyak dan Tarawih mengikut imam sendiri walaupun ketika itu imam rawatib

sedang menunaikan sembahyang dengan diikuti oleh ramai jemaah.

Pada 7 Mei 1982 di Kampung Gong Pasir, Besut Terengganu lebih kurang 60

orang penduduk tempatan yang terdiri daripada ahli dan penyokong PAS telah

menunaikan sembahyang Jumaat berasingan daripada jemaah yang diimamkan oleh

imam rawatib.

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang untuk kali yang ke -16

pada 18 dan 19 Februari 1986 yang berlangsung di bilik mesyuarat rumah rehat

Pekan, Pahang Darul Makmur telah memutuskan mengenai amanat Haji Hadi seperti

berikut.

(i) bercanggah daripada segi ajaran Islam;

(ii) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan

agamanya ; dan

(iii) bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.

Page 47: DN-16052001

DN.16.5.2001 47

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Khoo Lay Hin membangkitkan

isu banjir kilat di Kuala Lumpur pada 26 April …

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: [Bangun]

Timbalan Yang Di-Pertua: Yang Berhormat Dato’ Tengku ada yang minta

laluan.

Tengku Dato’ Adnan bin Tengku Mansor: Ya, sila.

Timbalan Yang Di-Pertua: Jemput.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Mulia kerana memberi laluan.

Berkenaan dengan amanat Haji Hadi ini telah diputuskan oleh Majlis Fatwa.

Salah satu daripada isunya ialah kepercayaan sebahagian daripada rakyat yang jahil

terpaksa menerima bahawa PAS itu ialah Islam dan setidak-tidaknya ianya akan

menjadi satu kefahaman ataupun meletakkan rakyat daripada bentuk akidahnya ,

apabila dia percaya. Jadi oleh kerana perkara ini telah didapati salah dan melanggar

peraturan dan aturan sebagaimana dijelaskan oleh Majlis Fatwa , apakah kerajaan

sekarang masih berlembut dengan tidak menggunakan beberapa perkara yang boleh

memberi faedah untuk jangka panjang umat Islam keseluruhannya. Dan bukankah

amanat ini sendiri telah diberanikan oleh beberapa pemimpin PAS yang sekira -

kiranya ia merupakan satu daripada jenayah yang meletakkan hukum kepada

masyarakat seperti konsep mati syahid umpamanya dengan sesuka hati tanpa

merujuk kepada jawatankuasa fatwa kebangsaan.

Jadi dalam hal ini apakah pendirian kerajaan berkenaan dengan isu

penggunaan perkataan Islam dalam PAS itu sendiri kerana kita tahu bahawa PAS

menggunakan perkataan Islam itu sendiri sedangkan pendekatan serta gerakan

serta operasi parti itu sendiri bercanggah dengan kehendak-kehendak syariat Islam.

Jadi pengguguran perkataan Islam ini telah dibangkitkan oleh saya sendiri pada 26

Jun 1999. Kemudian banyaklah cerita berkenaan ini sehingga berbalik-balik

pendapat, banyak di antara pemimpin -pemimpin PAS dan pemimpin-pemimpin

UMNO dan puak-puak mufti serta cendekiawan , intelektual Islam itu sendiri.

Jadi apakah Majlis Fatwa Kebangsaan dengan membenarkan perkataan

Islam itu akan lebih membenarkan pemimpin-pemimpin PAS ini menggunakan

perkataan Islam itu sendiri di dalam gerakan parti mereka. Jadi dalam hal-hal ini

ianya seolah-olah menidakkan bahawa Malaysia yang telah meletakkan Islam

Page 48: DN-16052001

DN.16.5.2001 48

sebagai agama rasmi ditidakkan melalui operasi yang dilakukan oleh gerakan politik

PAS ini.

Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan

kerajaan secara khususnya bahawa apakah tindakan susulan apabila perkara -

perkara seperti ini yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa ini, walaupun Majlis

Fatwa membenarkan organisasi menggunakan perkataan Islam tetapi akhirnya ianya

tidak dilakukan dengan gerakan secara Islamic. Jadi perkara ini tidak begitu tegas

yang dilakukan oleh kerajaan. Kalau boleh, bolehkah kerajaan sebagai sebuah

kerajaan yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada bangsa yang kita hendak

bentuk begitu lama tetapi kepada Islam yang kita letak sebagai agama suci di negara

kita ini supaya ianya tidak akan berlaku lagi seperti Yang Berhormat menjelaskan

tadi, bernikah dua imam, berebut masjid dan sebagainya. Jadi kalau boleh satu

pendirian tegas harus dinyatakan oleh kerajaan dalam hal-hal ini.

Keruntuhan kerajaan PAS sebelum 1983, selepas Dato’ Asri diusir keluar

daripada kepimpinan PAS, semua ini telah berlaku satu gerakan militan bermula

pada tahun 1982 apabila puak-puak Haji Hadi dan sebagainya berada di dalam PAS.

Macam Ustaz Hassan ini dia nasionalis Melayu dan Islam, sebab itu dia lembut, dia

berwibawa dan dia pun salah seorang idola saya, tidak ada masalah dan dia

penyokong Dato’ Asri daripada Dr. Burhanuddin al-Helmy. Dan ada kenyataan-

kenyataan gerakan PAS selepas merdeka bermulanya PAS dibina sebelum merdeka

ataupun selepas merdeka gerakan PAS sebelum 1982 telah meletakkan perjuangan

bangsa Melayu itu sendiri. Dan kalau kita baca falsafah Dr. Burhanuddin al-Helmy

umpamanya, meletakkan bahawa Islam dalam bentuk batang tubuh orang Melayu

sendiri bersesuaian dengan Perlembagaan Negara tetapi selepas itu apabila

militan…

Timbalan Yang Di-Pertua: Yang Berhormat, minta dipendekkan sedikit.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Aaaa, saya jadi macam hendak ceramah

pula. Maksud saya , saya hendak menasihatkan kerajaan oleh kerana sudah ada

bukti, kita ini jangan jadi cerdik macam PAS ini, cerdik sampai jadi jahat dan kita

kalau hendak baik jangan sampai jadi bodoh kerana tanggungjawab kita ialah

survival agama dan bangsa kita. Sila Yang Berhormat.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: [Bangun]

Tengku Dato’ Adnan bin Tengku Mansor: Lagi satu nak minta laluan.

Page 49: DN-16052001

DN.16.5.2001 49

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Tidak payah. Nanti, Yang Berhormat

tidak akan hendak tanya saya pula.

Tengku Dato’ Adnan bin Tengku Mansor: Berilah itu, laluan kedua beri.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Tidak akan Yang Berhormat hendak

tanya saya.

Timbalan Yang Di-Pertua: Laluan diberi. Jemput Yang Berhormat.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya hendak betulkan. Saya tidak mahu

biarkan kesilapan itu berlarutan.

Pertama sekali tentang Majlis Fatwa ini. Saya ingat yang disebut oleh Yang

Berhormat Timbalan Menteri, majlis yang diadakan di negeri Pahang ataupun di

Pekan, Pahang itu bukan Majlis Fatwa. Kita kena ambil perhatianlah. Itu hanyalah

Majlis muzakarah di antara mufti-mufti. Pendapat mufti-mufti itu tidak boleh

semuanya dikira sebagai keputusan Majlis Fatwa, saya rasa ianya tidak boleh

kesemuanya sekali diterima pakai. Itu hanya sebagai pendapat dan pandangan.

Jadi saya hendak betulkan . Kalau ada fatwa sehingga kini kenapa tidak dikeluarkan

fatwa itu secara rasmi. Dan saya dapat tahu ada arahan supaya Majlis Fatwa

Negeri-negeri mengeluarkan atau menggazetkan tetapi saya difahamkan

kebanyakan negeri belum ada fatwa lagi mengenai hal itu.

Jadi saya sangat dukacitalah kalau ini dikatakan fatwa tetapi sebenarnya ia

bukan fatwa. Kita mempunyai maklumat-maklumat bahawa ianya bukanlah

persidangan Majlis Fatwa tetapi ianya hanyalah suatu majlis muzakarah di antara

mufti-mufti di Malaysia.

Yang kedua, saya rasa yang telah diterangkan, minta maaflah kerana beliau

kata saya seorang nasionalis. Sebenarnya dari awal lagi saya bukan seorang

nasionalis, ini saya nafikan kenyataan itu. Saya seorang pendukung gerakan Islam

sejak dahulu hingga sekarang. Saya dalam PAS daripada awal tahun 1953

sampailah sekarang ini saya masih berpegang kepada akidah Islamiah. Itu saya

punya pendirian.

Jadi, saya tidak bersetuju Yang Berhormat Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan

yang cuba hendak menyelewengkan fakta mengenai saya,...[Ketawa] Saya tetap

berpegang dengan pendirian saya ini pada bila-bila masa sama ada pada zaman

Datuk Asri atau pada bila-bila pun sampai matilah , insya-Allah, saya akan berpegang

dengan pegangan saya ini kerana saya yakin ini pegangan ini adalah betul. Saya

berlandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah. Saya kira Timbalan Menteri cukup

Page 50: DN-16052001

DN.16.5.2001 50

faham pendirian saya ini, insya-Allah. Jadi, sekadar itulah supaya jangan kedudukan

saya pun dikelirukan juga [Ketawa] oleh Yang Berhormat. Terima kasih.

Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Terima kasih Yang Berhormat

Tuan Haji Rosli dan juga Yang Berhormat Ustaz Hassan. Seperti yang disebutkan

tadi, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, okay saya perbetulkan, yang telah

bersidang dan telah memutuskan bahawa mengenai amanat Haji Hadi seperti yang

telah saya sebutkan. Berkenaan dengan masalah amanat Haji Hadi ini seperti yang

kita semua sedia maklum bahawa apabila Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga baru -

baru ini barangkali dua-tiga bulan yang lepas telah pun bersidang dan ada ura-ura

yang kononnya kita kata amanat Haji Hadi ini patut ditarik balik oleh Haji Hadi kerana

dia kata amanat yang diberi yang telah menyebabkan masalah-masalah perpecahan

dalam segi pegangan Islam di antara orang -orang Melayu di seluruh Malaysia.

Tetapi seperti mana yang kita sedia maklum PAS ini seperti guru saya jugalah. Guru

saya ini barangkali dia terpesong sedikit, dia tidak mendalami lebih mendalam

berkenaan dengan perjuangan PAS. Malahan saya hendak beritahu guru saya

bahawa UMNO adalah lebih Islam daripada PAS, sebab itulah saya dalam UMNO

dan Yang Berhormat masih dalam PAS.

Apabila kita sebut amanat Haji Hadi telah berdolak-dalih.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: [Bangun]

Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Biar saya habis dahulu Yang

Berhormat. [Ketawa] Sekejap sahaja Yang Berhormat, saya bagi Yang Berhormat

selepas ini. Berkenaan dengan Haji Hadi tadi dia berdolak-dalih, dia kata itu adalah

satu ucapan dan bukan amanat. Tetapi ucapan ataupun amanat, apa yang telah

dilakukan oleh ekstremis ataupun pemuda-pemuda PAS yang telah menulis apa

yang telah disebutkan oleh Haji Hadi. Sekarang kerajaan untuk menjawab apa Yang

Berhormat Tuan Haji Rosli kerajaan sedang meneliti keadaan ini. Kerana kalau

keadaan ini akan membawa kemudaratan terhadap umat Islam dan rakyat jelata kita

akan mengambil tindakan.

Berkenaan dengan perkataan 'Islam' di dalam PAS ini kita telah sebut,

Majlis...

Tuan Hassan bin Haji Shukri: [Bangun]

Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Okaylah.

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Jemput Yang Berhormat.

Page 51: DN-16052001

DN.16.5.2001 51

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

ingin menarik perhatian, pe rtama saya dukacita sekali lagi oleh kerana Yang

Berhormat mengaku sebagai murid saya. Kemudian beliau kata saya tak betul. Saya

rasa itu pun satu tuduhan, tohmahan, satu fitnah yang sangat besar. Saya harap

Yang Berhormat boleh tarik tohmahan itu.

Yang keduanya, saya dengar sama ada betul atau tidak betul dan adalah

juga surat khabar siarkan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan telah menghantar

surat kepada Yang Amat Berhormat Tuan Haji Abdul Hadi supaya diadakan

muzakarah di antara Majlis Fatwa dengan Haji Hadi. Surat itu telah beliau terima

saya difahamkan beliau telah balas surat Pengerusi Majlis Fatwa itu dan beliau

bersedia kerana ada permintaan untuk menarik apa yang dikatakan 'fatwa Haji Hadi'.

Saya tidak katakan 'fatwa Haji Hadi'. Kerana orang yang mengatakan fatwa itu

sendiri dia tidak faham tentang konsep fatwa. Di negara kita ini ada aturan, dan

peraturan bagi sesiapa yang hendak mengeluarkan fatwa. Saya pun pernah menjadi

Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan. Tetapi sekarang kerana saya barangkali

dalam PAS tak jadilah, tak apalah, itu tak kiralah. Tujuh tahun saya jadi Ahli Majlis

Fatwa Wilayah Persekutuan, jadi banyaklah kes yang saya tahu. Jadi, Majlis Fatwa

ini ada peraturan-peraturan tertentu.

Tidak bolehlah seseorang itu bila dia buat ucapan, itu dikatakan fatwa. Kita

pula semua kata fatwa. Maknanya, kita semua pun melanggar peraturan-peraturan

kerana kita membenarkan apa yang bukan fatwa kita katakan fatwa. Itu adalah satu

kesalahan.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Kita tak kata fatwa, Yang Berhormat. Kita

menyatakan....

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Jangan.....

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Puak-puak PAS mengatakan ini dia bawa

ke seluruh kampung.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya belum beri laluan.

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Yang Berhormat, sabar.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya hendak habiskan. Saya kata begini,

maknanya - biarlah kita Ahli Dewan Negara ini, kata orang Arab Dewan Negara ini

majlis orang tua-tua. [Ketawa] Jadi, biarlah kita berfikiran secara orang tua. Sama

ada teguran saya ini boleh diterima ataupun tidak tetapi kita Ahli-ahli Dewan Negara

ini patut mempunyai pandangan yang terbuka, kita tidak boleh melemparkan tuduhan

Page 52: DN-16052001

DN.16.5.2001 52

begitu sahaja kerana selain daripada akta, kita ada enakmen, dan ada peraturan.

Jadi, kalau kita membenarkan yang tidak benar, iaitu yang bukan fatwa kita katakan

fatwa, kita juga telah melakukan kesilapan.

Yang keduanya, kenapakah maka Majlis Muzakarah yang sepatutnya

diadakan, malah ia dianjurkan oleh Pengerusi Majlis Fatwa kemudian dibatalkan. Itu

yang saya hendak mohon penjelasan, apa sebab-sebabnya.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Sebelum penjelasan, saya ingin

bertanya kepada Yang Berhormat kerana saya membawa isu ini.

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Laluan diberi.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Saya minta laluan kerana penjelasan

yang dibawa oleh Yang Berhormat Tuan Hassan tadi, saya hendak bertanya kepada

Yang Berhormat dari hati ke hati, ini Dewan yang mulia ini, dengan ucapan yang

dibuat oleh Haji Hadi pada tahun 1981 itu, dengan wujudnya seperti yang dinyatakan

oleh kerajaan tadi, perceraian dan kahwin dua kali, sembahyang dua imam, saya

hendak tanya dari hati ke hati adakah Yang Berhormat bersetuju dengan apa yang

diucapkan oleh Haji Hadi dengan kata -katanya dan adakah Yang Berhormat juga

bersetuju wujudnya kahwin dua kali ini kerana ucapan Haji Hadi dan kalau itu

ucapannya, adakah Yang Berhormat juga bersetuju orang yang bernikah sebelum

wujudnya PAS terpaksa kahwin dua kali dan kita dalam Dewan ini tak sah dari segi

anak-anaknya kerana kita dilahirkan sebelum PAS wujud.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Minta maaf, saya mohon izin kerana soalan

ditujukan kepada saya.

Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Biar saya teruskan Yang

Berhormat, okay.

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Minta laluan daripada....

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya mohon....

Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Saya hendak menjawab

berkenaan dengan Yang Berhormat Tuan Haji Rosli tadi berkenaan dengan

perkataan 'Islam' dalam PAS. Seperti mana yang sedia kita maklum bahawa Majlis

Fatwa Kebangsaan telah membuat pendirian bahawa parti PAS boleh menggunakan

perkataan 'Islam'. Tetapi perkataan Islam yang boleh digunakan adalah bersyarat.

Jadi, saya sarankan kepada Yang Berhormat Tuan Haji Rosli kalau difikirkan bahawa

PAS ataupun mana-mana pertubuhan yang menggunakan perkataan 'Islam'

Page 53: DN-16052001

DN.16.5.2001 53

melanggar undang-undang supaya laporan dibuat kepada kerajaan dan insya-Allah,

kerajaan akan mengambil tindakan.

Yang Berhormat tadi Tuan Hassan minta saya tarik. Saya bukan kata Yang

Berhormat....

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Ada yang minta laluan.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Saya hendak minta penjelasan daripada

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Senator Hassan sentuh

mengenai Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang buat di Pekan, beliau

mengatakan seolah -olah muzakarah ini macam tidak diiktiraf. Itu maksud Yang

Berhormat? Saya hendak penjelasan daripada Yang Berhormat, adakah Yang

Berhormat setuju kalau saya mengatakan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan ini

bermesyuarat ada dua cara. Yang pertama, apabila dipanggil oleh Majlis Raja-raja,

itu dipanggil Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan. Itu memang Majlis Raja-raja

suruh. Yang kedua, bila ada isu-isu tertentu, maka Majlis Fatwa Kebangsaan ini akan

mengadakan mesyuarat, itu yang dipanggil muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.

Kedua-dua sama ada muzakarah ataupun mesyuarat ini apabila fatwa telah dibuat

kita tidak ada kuasa untuk memaksa mana-mana negeri supaya menerima fatwa

yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, tertakluk kepada negeri-negeri

masing-masing kerana ini bidang kuasa negeri dan di tiap-tiap negeri pula ada

jawatankuasanya. Jadi, kenyataan Yang Berhormat tadi yang menidakkan keputusan

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ini tadi saya kurang setuju.

Pada tahun 1986 fatwa telah dibuat, dan saya percaya apabila Pengerusi

Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini tidak jadi bermuzakarah kerana telah dibuat

keputusan, apa guna hendak ada muzakarah lagi sekali. Ini setelah disemak bahawa

kenyataan Haji Hadi dipanggil ucapan ataupun apa juga yang Haji Hadi buat ini telah

pun dibuat keputusan oleh Muzakarah. Jadi, tak perlu lagi kita hendak berulang -

ulang setiap yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Hanya berbeza

muzakarah, Yang Berhormat saya ingat lebih fahamlah kalau sudah jadi Ahli Fatwa

yang lama di antara muzakarah dan juga mesyuarat, yang berbeza cara

mengadakan mesyuarat. Terima kasih.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Minta laluan sedikit.

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Minta laluan.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Kerana ada dua persoalan yang perlu saya

beri penjelasan. Yang pertama, apa yang dibangkitkan oleh Dato' Abdul Aziz yang

Page 54: DN-16052001

DN.16.5.2001 54

meminta supaya menentukan pendirian. Sebenarnya persoalan kalau ada orang kata

pendapat Haji Hadi, saya lebih suka mengatakan pendapat ataupun pandangan Haji

Hadi ini memecahbelahkan umat Islam, saya rasa orang Terengganu tidak akan

sokong beliau di dalam pilihan raya yang lalu. Ini adalah satu bukti yang sangat jelas

bahawa perpaduan umat Islam di Terengganu sangat kuat memberikan sokongan

kepada Tuan Haji Hadi yang kebetulan memimpin PAS di negeri Terengganu itu. Ini

satu bukti yang tidak dapat dinafikan. Tak tahulah kalau pada masa yang rakyat akan

menarik balik sokongan kepada beliau itu saya tidak tahu. Kalau kita hendak

bandingkan, maknanya dari segi kemewahan, kebendaan, wang yang banyak yang

ditaburkan di negeri Terengganu sepatutnya PAS negeri Terengganu di bawah

kepimpinan Tuan Haji Abdul Hadi tidak akan menang. Ini bermakna, orang Melayu

tidak berpecah, cuma berpindah atau beralih rasa sahaja. Kita sabarlah. Sepuluh

tahun akan datang boleh jadi beralih rasa semula. Jadi, jangan kita kaitkan sangat ia

dengan perpecahan itu.

Ada pun soal sembahyang dua imam. Itulah bila saya hendak bercakap

tentang hal ,ini saya terpaksa bercakap sedikit-sebanyak tentang hukum-hakam

nanti Ahli-ahli Yang Berhormat kata Dewan ini jadi majlis hukum-hakam pula.

Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Yang Berhormat, saya ingat

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat beri laluanlah.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya tak habis lagi berucap.

Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Saya hendak cepat sedikit.

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Dapat pendekkan sedikit.

Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Penjelasan apa yang dia hendak

dia menjawab Yang Berhormat Dato' Haji Noh bin Haji Omar punya persoalan tadi.

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Saya rasa laluan ditutup.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Seperti yang telah saya

sebutkan tadi, saya maklumkan kepada Yang Berhormat Tuan Haji Hassan tadi ialah

barangkali Yang Berhormat seperti ayat Al-Quran ada yang orang tak boleh nampak

walaupun celik, ada orang yang tak boleh dengar walaupun telinga tak pekak, itu

maksud sayalah. Jadi, saya faham berkenaan dengan perjuangan UMNO dalam segi

Islam, itulah sebab saya di sini, dan Yang Berhormat masih dengan pandangan

Yang Berhormat, barangkali PAS adalah lebih Islam daripada UMNO. Tetapi

percayalah apa yang kita lakukan di pihak UMNO adalah untuk kebaikan masyarakat

Page 55: DN-16052001

DN.16.5.2001 55

Islam seluruh negara dan kita takut seperti mana yang saya selalu sebutkan bahawa

puak-puak PAS ini dengan gelaran -gelaran tok guru yang bukan tok guru pun digelar

tok guru akan menyelewengkan akidah umat Islam di dalam negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Khoo Lay Hin membangkitkan

isu banjir kilat di Kuala Lumpur pada 26 April 2001. Sehubungan itu, beliau ingin

tahu apakah pengajaran yang diperolehi oleh pihak tersebut. Beliau juga

mencadangkan beberapa tindakan untuk mengatasi masalah banjir yang sering

melanda Kuala Lumpur, iaitu kerajaan harus serius dalam pemuliharaan alam sekitar

yang menjadi salah satu punca banjir tersebut. Kedua, kerajaan menyemak semula

projek penebatan banjir yang sedang dilaksanakan benar-benar memenuhi

kehendak penebatan banjir. Ketiga, agensi-agensi kerajaan terlibat dengan projek

penebatan banjir disatukan di bawah satu badan supaya lebih cekap menjalankan

usaha-usaha mengatasi banjir.

Untuk makluman Yang Berhormat, hujan inter-monsoon yang lebat pada 26

April 2001 telah mengakibatkan berlakunya banjir di kawasan Kuala Lumpur

terutamanya di kawasan pusat bandar. Hujan yang berintensif tinggi 103 milimeter

dalam satu jam merupakan hujan yang paling lebat dalam tempoh 15 tahun yang

lalu. Kawasan yang terlibat dengan hujan lebat adalah luas merangkumi kawasan

tadahan Ampang, Ulu Kelang, kawasan tadahan Batu, Jinjang dan Gombak. Pihak-

pihak berkuasa yang berkaitan sedar bahawa curahan hujan yang tinggi telah

menyebabkan sistem saliran sungai-sungai utama seperti Sungai Klang, Sungai

Kerayong, Sungai Gombak dan Sungai Bonus tidak dapat menampungi aliran

tersebut dan telah melimpah di tebingnya sehingga membanjiri kawasan-kawasan

rendah di sepanjang sungai.

Pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan

rancangan tebatan banjir Lembah Klang bagi mengatasi masalah banjir. Kemajuan

pelaksanaan projek ini telah mencapai hampir 60% dan dijangka akan siap

sepenuhnya pada tahun 2005. Walau bagaimanapun, berkemungkinan besar banjir

kilat akan berlaku pada bila-bila masa sementara menunggu siapnya projek

rancangan tebatan banjir tersebut. Sungai Klang khususnya di pusat bandar tidak

boleh dilebarkan lagi disebabkan pembangunan sedia ada serta wujudnya halangan

kekal seperti pelantar LRT, STAR di Masjid Jamek dan jambatan di Jalan Kinabalu .

Ini telah menyebabkan jalan-jalan utama di pusat bandar dilanda banjir akibat aliran

air tersekat semasa paras air Sungai Klang naik.

Page 56: DN-16052001

DN.16.5.2001 56

Oleh itu, satu pendekatan baru perlu dilaksanakan iaitu dengan mengadakan

flood bypass yang boleh melencongkan air dari memasuki kawasan Sungai Klang di

pusat bandar. Lencongan ini yang bermula dari kawasan Ampang di Selangor dan

tamat di kawasan Sentosa, Jalan Klang Lama akan dapat membawa air sungai dari

kawasan hu lu ke kawasan hilir tanpa melalui cottission, dengan izin, di kawasan

Masjid Jamek.

Sebagai langkah pemeliharaan alam sekitar, Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur sedang melaksanakan kerja-kerja pembersihan harian sungai-sungai di

Wilayah Persekutuan. Kerja -kerja ini meliputi kebersihan perangkap sampah

terapung, screen static, kebuk-kebuk sampah dan kerja-kerja memungut sampah di

tebing sungai, dengan izin, mopping up. Tarnish, dengan izin, kuantiti sampah harian

dikutip adalah pada purata 20 tan setiap hari dan meningkat kepada 40 tan apabila

hari hujan. Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memohon kepada warga kota

Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengubah sikap mentaliti dan cara hidup sebagai

warga kota supaya jangan membuang sampah sarap di parit-parit dan di sungai-

sungai.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertanggungjawab ke atas pembangunan

sistem perparitan dalaman serta penyelenggaraan sungai, sementara JPS

bertanggungjawab ke atas perancangan projek-proje k tebatan banjir yang

melibatkan sungai-sungai utama dan sungai-sungai besar di Kuala Lumpur.

Pembahagian tugas di antara DBKL dan JBS adalah jelas, kedua-dua pihak

berkuasa tersebut sentiasa bekerjasama dalam menjalankan tanggungjawab

masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Chin Fook Weng

meminta supaya dikaji sama ada tindakan-tindakan Badan Pencegah Rasuah telah

berjaya mengurangkan jenayah rasuah atau tidak mencapai hasrat yang diharapkan.

Beliau juga mencadangkan supaya struktur organisasi BPR dikaji semula dan tidak

diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sekiranya keadaan ini menyekat

Badan Pencegah Rasuah daripada bertindak dengan lebih berkesan, dicadangkan

Badan Pencegah Rasuah letak di bawah Parlimen dan kerajaan diminta memberi

perhatian serius terhadap perkara ini sekiranya tindakan tersebut merupakan usaha

terbaik bagi menghapuskan jenayah rasuah.

Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan mempunyai keyakinan yang

penuh di atas kewibawaan Badan Pencegah Rasuah untuk membendung dan

Page 57: DN-16052001

DN.16.5.2001 57

mencegah jenayah rasuah dan salah guna kuasa di negara ini. Sehingga kini

tindakan-tindakan yang diambil oleh Badan Pencegah Rasuah melalui pendekatan,

pengesanan dan punitive , komunikasi dan pendidikan dan khidmat rundingan telah

berjaya membendung jenayah tersebut dari berleluasa.

Kerajaan berpuas hati di atas keberkesanan badan ini dalam melaksanakan

fungsi dan tanggungjawab dalam membanteraskan jenayah rasuah. Kerajaan juga

tidak bercadang untuk mengubah struktur sedia ada dan meletakkan Badan

Pencegah Rasuah di bawah tanggungjawab Parlimen. Badan Pencegah Rasuah

adalah bebas untuk menyiasat sesiapa sahaja mengikut kuasa -kuasa yang

diperuntukkan oleh undang-undang.

Yang Berhormat Senator Tuan Rosli bin Mat Hassan meminta kerajaan

menilai semula fungsi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

supaya pelbagai pihak tidak salah faham terhadap fungsi JKKK terutama di negeri

Terengganu.

Untuk makluman Yang Berhormat, fungsi JKKK adalah jelas dan tidak perlu

dinilai semula. JKKK telah diwujudkan di seluruh negara dan fungsi ini berjalan

dengan baik melainkan di negeri Terengganu di mana pihak kerajaan negeri telah

menubuhkan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) dan memansuhkan JKKK asal.

Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu ini tidak selaras

dengan fungsi JKKK. Dengan itu, untuk memenuhi fungsi asal JKKK Kerajaan

Persekutuan telah mewujudkan semula JKKK di negara Terengganu mulai

September 2000 yang berfungsi memaju dan menjaga keselamatan kampung.

Yang Berhormat Senator Tuan Rosli bin Mat Hassan juga membangkitkan isu

perpaduan dan kecintaan kepada negara di kalangan rakyat.

Tuan Rosli bin Mat Hassan: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang minta laluan, Yang

Berhormat Tuan Rosli.

Tuan Rosli bin Mat Hassan: Sedikit sahaja, sedikit. Ringkas sahaja Yang

Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila JKKK ditubuhkan pada

September 2000 selepas dibubarkan oleh kerajaan negeri, sekarang pendirian

kerajaan negeri telah menyatakan bahawa JKKK yang ditubuhkan oleh Kerajaan

Pusat ialah sebuah organisasi haram. Jadi, apakah pendirian Kerajaan Pusat

terhadap hal ini kerana fungsi JKKK ini adalah dilihat Kerajaan Pusat mempunyai

Page 58: DN-16052001

DN.16.5.2001 58

kuasa sebagaimana kita semua maklum bahawa ianya dipilih oleh rakyat sedangkan

ianya merupakan ataupun dituduh oleh kerajaan negeri sebagai organisasi haram.

Jadi, apakah pendirian Kerajaan Pusat terhadap kenyataan rasmi kerajaan

negeri ini?

Tengku Dato’ Adnan bin Tengku Mansor: Yang Berhormat, seperti mana

yang kita sedia maklum, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional,

pembangkang akan kata kita semua salah. Jadi, bagi pengetahuan Yang

Berhormat, kita akan teruskan apa yang telah kita laksanakan di negeri Terengganu

dan ini adalah untuk kebaikan rakyat. Apa yang mereka hendak fikir, biarkan mereka

fikir tetapi pada pandangan kerajaan, bahawa JKKKK yang ditubuhkan oleh Kerajaan

Pusat di negeri Terengganu ini akan diteruskan dan akan berfungsi seperti yang

dikehendaki seperti JKKK lain di negeri-negeri di bawah kepimpinan atau di bawah

pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional.

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan juga

membangkitkan isu perpaduan dan kecintaan kepada negara di kalangan rakyat .

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya disemak semula program

ketatanegaraan yang dilaksanakan supaya mencapai matlamatnya .

Untuk makluman Yang Berhormat, Biro Tata Negara memang membuat

penilaian terhadap semua aktiviti patriotik dan ketatanegaraan yang dikendalikannya.

Penilaian yang dibuat adalah penilaian objektif meliputi keberkesanan isi kandungan,

keberkesanan cara pengendalian dan penyampaian, keselesaan semasa berkursus.

Penilaian terbuka meliputi maklum ba las bertulis terhadap semua aspek

kursus, maklum balas terbuka secara lisan pada sesi terakhir sesuatu kursus.

Analisis laporan bahagian penyelidikan juga menganalisis semua laporan

pengurusan aktiviti yang wajib disediakan setiap kali selepas sesuatu kursus selesai

dikendalikan. Mesyuarat bulanan akan membincangkan analisis laporan yang

disediakan.

Bengkel-bengkel peningkatan profesionalisme - Biro Tata Negara juga

mempunyai jadual aktiviti bagi meningkatkan profesionalisme tenaga penggerak Biro

Tata Negara.

Mesyuarat perancangan tahunan - Selain daripada mesyuarat bulanan, bagi

memperbaiki aktiviti Biro Tata Negara juga mengadakan mesyuarat tahunan khusus

untuk membincangkan keberkesanan aktiviti Biro Tata Negara.

Page 59: DN-16052001

DN.16.5.2001 59

Pandangan pakar - Biro Tata Negara juga mendapatkan pandangan-

pandangan pakar bagi menasihatkan Biro Tata Negara dalam mengendalikan

aktivitinya.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan

mengenai isu-isu berkaitan dengan kakitangan dan sektor perkhidmatan awam.

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan meminta Jabatan

Perkhidmatan Awam mengenal pasti jabatan -jabatan kerajaan yang berkongsi

pejabat khususnya di negeri Terengganu dan mencadangkan kakitangan yang

terlibat diserapkan kepada perkhidmatan Persekutuan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bahawa semua kakitangan

Persekutuan di negeri Terengganu adalah anggota di dalam perkhidmatan

Persekutuan. Oleh itu, soal mereka diserapkan ke perkhidmatan Persekutuan

adalah tidak timbul.

Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Ahmad bin Ismail dan Yang Berhormat

Senator Datuk Hajah Dayang Mahani bin Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae

mencadangkan supaya kerajaan mengkaji semula Akta Pencen yang membolehkan

balu yang berkahwin semula terus mendapat bayaran pencen atau sekurang -

kurangnya bayaran pencen itu diberikan kepada anak-anak mereka. Sukacita

dimaklumkan bahawa di bawah undang -undang pencen sekarang bagi sektor awam,

pencen terbitan memang dibayar kepada anak-anak seseorang balu sekiranya balu

itu berkahwin semula.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai saranan Yang Berhormat Senator Tuan Haji

Rosli bin Mat Hassan supaya Ketua Pengarah Audit Negara membuat penyiasatan

audit ke atas wang ihsan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada

Kerajaan Terengganu, dimaklumkan bahawa wang royalti tahun 2000 sejumlah

RM434 juta dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan dan dibelanjakan

mengikut Belanjawan yang ditetapkan bagi tahun 2000. Proses audit berterusan

sedang berjalan dan pengesahan muktamad akan dibuat setelah penyata kewangan

2000 diserahkan kepada Ketua Audit Negara. Penyerahannya dijangka pada akhir

bulan Mei 2001.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Ghazi bin Haji Ramli

menyarankan supaya institusi masjid hendaklah dikembangkan sebagai pusat yang

boleh menjalankan aktiviti-aktiviti lain.

Page 60: DN-16052001

DN.16.5.2001 60

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bahawa kerajaan melalui Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri

telah melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menjadikan masjid sebagai pusat segala

aktiviti termasuk sebagai pusat ilmu. Antaranya, kerajaan telah melaksanakan

pendidikan tidak formal melalui program Kelas Takmir Masjid di seluruh negara,

mewujudkan perpustakaan-perpustakaan masjid dan kelas-kelas tuisyen. Di samping

itu, kerajaan juga telah memperkenalkan Program Pembangunan Keluarga Islam

(PKKI) dan Program Pembangunan Sosial (PPS) yang berpusat di masjid-masjid dan

pusat-pusat khidmat khas bagi membantu masyarakat setempat. Semua program ini

akan dikembangkan dan ditingkatkan dari masa ke semasa.

Yang Berhormat Senator Datuk Hamzah bin Zainudin pula meminta supaya

kerajaan memastikan penceramah-penceramah agama khususnya penceramah-

penceramah parti pembangkang mempunyai tauliah untuk memberi ceramah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah menjadi tanggungjawab

kerajaan khususnya JAKIM memastikan penceramah-penceramah bukan sahaja

mempunyai tauliah mengajar daripada Jabatan ataupun Majlis Agama Islam Negeri

bahkan penceramah-penceramah hendaklah terdiri daripada mereka yang telah

diluluskan oleh JAKIM.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahajalah perkara-perkara yang telah

dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai tanggungjawab Jabatan

Perdana Menteri yang sempat saya jawab. Mana-mana perkara yang tidak sempat

dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh

Jabatan Perdana Menteri.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang

Berhormat, sekarang saya kemukakan ma salah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Ucapan Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat Dato’ Abdul Aziz bin Abdul

Rahman itu dipersetujui.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan

kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian

bunyinya:

Page 61: DN-16052001

DN.16.5.2001 61

“Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan

Negara di dalam Persidangan Parlimen, memohon

ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas

daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan

berbanyak-banyak syukur dan terima kasih kerana

Titahn Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal

Ketiga Parlimen Yang Kesepuluh.”

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2000 DAN 2001) 2001

Bacaan Kali Yang Kedua

4.30 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Chan Kong Choy]: Tuan Yang di-

Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang undang-undang bernama Suatu

Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk

perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2000 dan 2001 dan bagi

memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun-

tahun itu, dibaca kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini meminta kebenaran bagi

peruntukan berjumlah RM5,760,712,821 dikeluarkan daripada Kumpulan Wang

Disatukan untuk membiayai perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2000

dan 2001 seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual Pertama dan Kedua kepada rang

undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Ketiga

2000 adalah berjumlah RM6,234,755,113. Daripada jumlah tersebut, sebanyak

RM5,460,712,821 diminta diluluskan di bawah Fasal 2 rang undang-undang ini,

manakala bakinya sebanyak RM774,042,292 adalah perbelanjaan tanggungan yang

tertakluk kepada perbekalan undang-undang tertentu.

Peruntukan tambahan yang diminta diluluskan di bawah Fasal 2 rang

undang-undang tersebut adalah seperti berikut:

Page 62: DN-16052001

DN.16.5.2001 62

• Tambahan sebanyak RM4,343.8 juta di bawah Maksud B.30 –

Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun untuk perbelanjaan

berikut:

(i) RM4,317 juta untuk dipindahkan kepada Kumpulan

Wang Pembangunan daripada Akaun Hasil

Disatukan;

(ii) RM5 juta sebagai pemberian pinjaman mudah

kepada Konsortium Warisan Jengka Holdings (M)

Sdn. Berhad;

(iii) RM4 juta untuk kajian lanjutan daya maju Pelabuhan

Colachel, India; dan

(iv) RM17.7 juta untuk dicarumkan kepada Kumpulan

Wang Pendahuluan Diri (Pegawai Awam).

• Tambahan sebanyak RM462.8 juta di bawah Maksud B.26 –

Kementerian Pendidikan untuk perbelanjaan berikut:

(i) RM407.3 juta untuk menampung kenaikan gaji 10%

kepada kakitangan sektor awam, kenaikan ITP 50%

kepada kakitangan sokongan dan pegawai gred 3

serta Imbuhan Tahunan 2000; dan

(ii) RM55.5 juta untuk menjelaskan pinjaman yang

diambil oleh UiTM daripada KWSP pada tahun 1996

bagi pembelian kondominium di Shah Alam.

• Tambahan sebanyak RM356 juta di bawah Maksud B.29 –

Perkhidmatan Am Perbendaharaan untuk pe rbelanjaan berikut:

(i) RM255 juta sebagai pemberian sementara kepada

Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak bagi tahun

2000 berikutan pemansuhan duti import dan eksais

ke atas barangan petroleum;

(ii) RM66 juta bagi menampung bayaran tunggakan dan

kerugian pertukaran mata wang asing kepada

institusi-institusi kewangan di bawah Skim Tabung

Pembangunan ASEAN-Jepun; dan

(iii) RM35 juta bagi bayaran tanggungan PERWAJA.

Page 63: DN-16052001

DN.16.5.2001 63

• Tambahan sebanyak RM236.3 juta di bawah Maksud B.36 – Polis

Diraja Malaysia untuk perbelanjaan berikut:

(i) RM185.5 juta untuk menampung kenaikan gaji 10%

kepada kakitangan sektor awam, kenaikan ITP 50%

kepada kakitangan sokongan dan pegawai gred 3

serta bayaran Imbuhan Tahunan 2000; dan

(ii) RM50.8 juta untuk menampung kos operasi

pendatang tanpa izin yang kian meningkat, operasi

pencegahan dan penguatkuasaan dadah, kos

penyelenggaraan kenderaan pasukan,

penyelenggaran balai/pondok polis,

penyelenggaraan rumah kediaman anggota polis

dan pegawai serta pembelian pembekalan/bahan-

bahan bagi kenderaan.

• Tambahan sebanyak RM20 juta di bawah Maksud B.46 –

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar untuk membiayai

bantuan kewangan kepada Malaysian University of Science and

Technology.

• Tambahan sebanyak RM15 juta di bawah Maksud B.7 – Jabatan

Perdana Menteri untuk menampung perbelanjaan pelaksanaan Projek

Usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan.

• Tambahan sebanyak RM13.4 juta di bawah Maksud B.35 –

Kementerian Dalam Negeri untuk perbelanjaan berikut:

(i) RM6.9 juta untuk menampung kenaikan gaji 10%

kepada kakitangan sektor awam, kenaikan ITP 50%

kepada kakitangan sokongan dan pegawai gred 3

serta bayaran Imbuhan Tahunan 2000; dan

(ii) RM6.5 juta untuk menampung bayaran sewaan

talian komunikasi, bayaran reward yang tertunggak

kepada sumber-sumber pemberi maklumat dan kos

Operasi Khas Ops Pasir.

• Tambahan sebanyak RM4.3 juta di bawah Maksud B.28 –

Perbendaharaan bagi menyediakan pelan induk K -ekonomi.

Page 64: DN-16052001

DN.16.5.2001 64

• Tambahan sebanyak RM3 juta di bawah Maksud B.16 – Jabatan

Bomba dan Penyelamat untuk menampung bayaran Imbuhan

Tahunan 2000.

• Tambahan sebanya k RM2 juta di bawah Maksud B.20 – Kementerian

Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menjalankan aktiviti-

aktiviti tambahan promosi perdagangan dalam dan luar negeri serta

untuk pembelian aset tertentu bagi Lembaga Kemajuan Perindustrian

Malaysia.

• Tambahan sebanyak RM1.7 juta di bawah Maksud B.51 –

Kementerian Luar Negeri untuk menampung pemberian kerajaan

kepada badan/pertubuhan antarabangsa dan negara-negara yang

dilanda bencana alam, antaranya Ghana, Mozambique, Indonesia dan

Thailand.

• Tambahan sebanyak RM1.1 juta di bawah Maksud B.19 –

Kementerian Pertanian untuk perbelanjaan berikut:

(i) RM528,500 sebagai pampasan kepada penternak-

penternak ke atas ternakan lembu yang telah

dimusnahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan

dalam usaha untuk membasmi penyakit brucellosis;

dan

(ii) RM549,345 untuk bayaran balik kos operasi

mencegah wabak Japanese Encephalitis/Nipah

Virus yang telah dilaksanakan pada tahun 1999 di

negeri-negeri Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

• Tambahan sebanyak RM500,000 di bawah Maksud B.42 –

Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

untuk menampung keperluan pemberian bantuan kepada kanak-

kanak dan orang tua di negeri Terengganu; dan

• Tambahan yang lain sebanyak RM896,100 merupakan tambahan

kecil bagi menampung kenaikan gaji 10%, kenaikan ITP 50% dan

Imbuhan Tahunan 2000 pelbagai kementerian/jabatan di bawah

Maksud-maksud B.15 – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa,

B.18 – Kementerian Perusahaan Utama, B.23 – Jabatan Arkib

Page 65: DN-16052001

DN.16.5.2001 65

Negara, B.24 – Jabatan Muzium dan Antikuiti dan B.31 – Jabatan

Kastam dan Eksais Diraja.

Butir-butir dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi

Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Ketiga, 2000 adalah seperti dalam

penyata Anggaran Tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 7 Tahun

2000 dan da lam memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas

Perintah 7A Tahun 2001.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa telah cukup. Boleh kita

sambung selepas rehat nanti.

Dato’ Chan Kong Choy: Baik, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini

ditangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri sila sambung.

2.32 ptg.

Dato’ Chan Kong Choy: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Anggaran

Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2001, adalah berjumlah RM300 juta,

jumlah tersebut diminta diluluskan di bawah Fasal 3 rang undang-undang ini.

Tambahan yang dipohon ini adalah dikehendaki di bawah Maksud B.18 Kementerian

Perusahaan Utama di mana sebanyak RM200 juta untuk program bantuan sekali

tanam semula kelapa sawit dan RM100 juta untuk program ha rga premium

tambahan susu getah.

Butir-butir dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi

Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2001 adalah seperti dalam

penyata anggaran tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 tahun

2001 dan dalam memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas

Perintah 13A tahun 2001.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Dato’ Charern Intachat: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis

ialah rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang

daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi

Page 66: DN-16052001

DN.16.5.2001 66

perkhidmatan tahun 2000 dan 2001 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu

untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun-tahun itu dibacakan kali yang kedua

sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Tuan Haji Rosli.

2.34 ptg.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Terima kasih kepada Kementerian Kewangan kerana telah membentangkan Akta

Perbekalan Tambahan 2000 dan 2001 pada hari ini yang berjumlah untuk menuntut

kita meluluskan lebih daripada RM5.4 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana biasa, saya ingin menyokong Akta

Perbekalan Tambahan ini yang telah dibentangkan mengikut item-item sebagaimana

telah diperjelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi yang telah berkaitan

dengan banyak perkara. Saya ingin mengambil kesempatan pada hari ini, selain

daripada untuk merakamkan ucapan tahniah kepada kementerian yang terpaksa

bekerja keras untuk membuat kerja tambahan bagi usaha-usaha perbelanjaan yang

merupakan supplementary budget pada hari ini yang sepatutnya sekiranya

pengurusan kewangan negara berjalan seperti biasa, mungkin budget tidak mungkin

sebanyak ini, tetapi mungkin aktiviti pengurusan kewangan negara menuntut untuk

kita sama-sama meluluskan belanjawan supplementary tambahan, dengan izin,

sebagaimana dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.

Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Perbendaharaan ataupun Kementerian

Kewangan selaku induknya adalah merupakan satu-satunya organisasi dalam

Kerajaan Pusat yang maha penting dan oleh kerana permasalahan yang dihadapi

sekarang ini, dari segi pengauditan di jabatan-jabatan, kalau tahun 60-an, 70 -an

dahulu kita mempunyai pegawai yang khas di dalam jabatan-jabatan tertentu yang

dinamakan financial clerk, dengan izin, kerani kewangan, tetapi keadaan yang

menuntut kepada volume, isi padu urusan kewangan negara begitu bertambah,

selepas kita memacu beberapa dasar yang baik dalam kemajuan negara kita, maka

kita nampak setiap kali pengauditan dilakukan oleh Jabatan Audit Negara, sentiasa

ada ruang untuk mempertikaikan setiap jabatan berkenaan dengan tatacara dan

tataurus kewangan di jabatan-jabatan kerajaan.

Jadi, beberapa bulan lalu saya terbaca satu cadangan supaya sudah sampai

masanya profesionalisme kewangan ini harus diterjemahkan oleh Kementerian

Kewangan dan kerajaan khususnya supaya dapat mewujudkan satu jabatan

Page 67: DN-16052001

DN.16.5.2001 67

Perbendaharaan bukan saha ja di peringkat negeri tetapi juga secara khususnya di

daerah-daerah seluruh negara kita.

Pegawai Kewangan jabatan ini harus diberi tanggungjawab sebagai, dengan

izin, liaison ataupun menterjemahkan aktiviti pengurusan kewangan jabatan -jabatan

kerajaan di daerah masing-masing supaya masalah melanggar ataupun overlook,

dengan izin, pengurusan kewangan jabatan-jabatan kerajaan kita yang berselerak di

seluruh negara, di seluruh negeri dan seluruh daerah ini dapat kita jayakan, dapat

kita bereskan dengan efisiennya.

Jadi, saya berharap perkara ini dapat disegerakan sebagaimana rancangan

Kementerian Kewangan dan kerajaan dan ia juga akan memungkinkan kepada kita

bahawa kita akan lebih profesional di dalam menguruskan kewangan kita di

peringkat daerah. Kita tahu isi padu transaksi kewangan di peringkat kerajaan pun

telah bertambah begitu besar dan kita tahu juga peranan yang telah dimainkan oleh

kementerian sendiri, Kementerian Kewangan sebagai salah satu daripada agensi

Kerajaan Pusat yang telah banyak memacu pembangunan negara, mengurus

kewangan negara dengan baik sama ada di dalam keadaan kita berhadapan dengan

kemelesetan ekonomi dan pada hari-hari biasa , juga kita berharap ianya dapat

diterjemahkan selepas ini dengan secara lebih menyeluruh, lebih total supaya

jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan kita di daerah-daerah dapat diuruskan

dengan secara koordinasi yang baik dalam perkara -perkara yang berkaitan dengan

pengurusan kewangan jabatan-jabatan kerajaan ini.

Maka harus diperkukuhkan seluruh jentera pengurusan kewangan ini dengan

meletakkan berseiringan dengan Jabatan Pembangunan Negeri umpamanya, dan

sekarang ini ada beberapa negeri telah diperintah oleh Kerajaan Pembangkang yang

kita rasa pengurusan jabatan-jabatan kerajaan negeri juga sudah agak lari dari segi

penterjemahan dasar dengan dasar kita di peringkat Pusat untuk membangunkan

negara kita.

Jadi, ada di antara negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang

umpamanya, di peringkat negeri maka ada kuasa-kuasa tertentu yang telah

menidakkan keupayaan pengurusan agensi-agensi Kerajaan Pusat, sebagai

contohnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Apabila kita melihat laporan permintaan

Supplementary Budget hari ini, dengan izin, kepada Kementerian Perpaduan Negara

dan Pembangunan Masyarakat sebanyak RM500,000 - B.42 iaitu bantuan untuk

kanak-kanak sebanyak lebih kurang setengah juta ringgit, tetapi sedia maklum

Page 68: DN-16052001

DN.16.5.2001 68

bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu pada hari ini mempunyai dua

bentuk kakitangan. Kakitangan Kerajaan Pusat dan kakitangan Kerajaan Negeri

yang diperintah oleh PAS. Jadi, ada kakitangan Kerajaan Negeri dan ada

kakitangan Kerajaan Pusat, mereka berkongsi dari segi pengurusan kakitangan.

Jadi, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan, peruntukan-peruntukan

seperti ini sekiranya ia datang, kerana kita tahu peruntukan -peruntukan ini adalah di

atas tuntutan semasa sebagaimana semangat perjuangan Barisan Nasional untuk

memerintahkan negara kita, tetapi kadang -kadang perkara ini disalahertikan di mana

dimanipulasikan oleh sesetengah pemimpin masyarakat di negeri Terengganu

seolah-olah ini adalah peruntukan kerajaan negeri.

Saya tidak kisah sama ada ianya peruntukan kerajaan negeri ataupun

peruntukan Kerajaan Pusat, tetapi yang lebih penting ialah sasaran untuk membela

keperluan-keperluan untuk kanak-kanak umpamanya, keperluan untuk orang-orang

cacat, orang miskin dan sebagainya harus disampaikan mengikut sasaran

sebagaimana dikehendaki oleh Kerajaan Pusat dari masa ke semasa.

Di peringkat Pusat mungkin kita ada kaedah, kita memantau bagaimana kita

menyalurkan bantuan-bantuan ini tetapi adalah agak curiga dan amat mencurigakan

kepada saya apabila bantuan-bantuan seperti ini tidak dapat diterjemahkan oleh

beberapa kakitangan kerajaan negeri yang kadang-kadang telah dimanipulasikan

dan juga disalahertikan oleh rakyat dalam hal-hal seperti begini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya mengkaji

dengan berhati-hati ada beberapa agensi Kerajaan Pusat dan negeri ini yang

berkongsi kakitangan supaya Kerajaan Pusat dapat mengambil alih ataupun ada

jabatan yang kita rasakan ianya hanya untuk jabatan ini diurus oleh kerajaan negeri

semata-mata maka serahlah kepada kerajaan negeri, tetapi kalau ada jabatan ini

yang harus diambil alih oleh jabatan pusat 100% harus ada pendekatan baru kepada

negeri-negeri seperti Kelantan dan Terengganu ini.

Kita tahu bahawa perkara ini adalah penting supaya sasaran untuk

menterjemahkan apa jua dasar di peringkat Pusat dapat kita jelmakan di peringkat

akar umbi dengan baiknya . Kemungkinan kita tidak berhasrat untuk membicarakan

satu persatu kaedah-kaedah ini tetapi adalah baik untuk Kerajaan Pusat mengkaji

supaya pemantauan kepada pelaksanaan program-program Kerajaan Pusat ini

melalui jabatan dan agensi kerajaan yang mempunyai perkongsian kakitangan ini

harus dinilai semula oleh kerajaan dengan secara cepat dan bersungguh-sungguh.

Page 69: DN-16052001

DN.16.5.2001 69

Tuan Yang di-Pertua, kaedah bagaimanakah untuk Jabatan Kebajikan

Masyarakat ini telah dipolitikkan oleh kerajaan negeri sebelum ini. Lebih daripada

1,450 orang yang sebelum ini dikenal pasti sebagai golongan yang berhak untuk

menerima bantuan telah dibatalkan selepas Kerajaan PAS mengambil alih

pemerintahan negeri. Dan 1,400 orang lebih ini juga telah sekarang ini berada

dalam keadaan serba salah dan telah memohon dengan Jabatan Kebajikan

Masyarakat tetapi ditolak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ini adalah kerana jawatankuasa yang diurus di setiap daerah ialah kerana

beberapa Ahli Yang Berhormat sebagai Jawatankuasa Penimbang. Jadi, ada unsur-

unsur politik penindasan telah berlaku di beberapa daerah di negeri Terengganu . Di

seluruh Terengganu sebelum ini sebanyak 1,450 orang yang telah diberi bantuan

kewangan secara bulanan telah dibatalkan sedangkan mereka masih berhak untuk

menerima bantuan ini.

Jadi, saya mencadangkan satu mekanisme baru supaya dapat

menyelesaikan mana jua rakyat kita yang memerlukan bantuan sama ada dalam

bentuk kemiskinan, sama ada dalam bentuk mereka cacat, mereka dikenal pasti

sebagai ibu tunggal dan sebagainya yang memerlukan melalui Jabatan Kebajikan

Masyarakat ini dapat diurus dengan baik oleh Kerajaan Pusat.

Jadi, saya mencadangkan supaya Kerajaan Pusat mengambil alih

keseluruhan fungsi Jabatan Kebajikan Masyarakat ini dan mana-mana kakitangan

jabatan yang di bawah pemerintahan kerajaan negeri dapat diserapkan ke dalam

Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah pengurusan Kerajaan Pusat. Jadi, saya

berharap selepas ini satu tindakan yang cepat dapat dilaksanakan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga ingin bersama-sama menyokong kepada

perkara B.36 yang berkaitan dengan Polis Diraja Malaysia. Jadi, kita merasakan

budget ataupun dana yang diperlukan oleh Polis Diraja Malaysia ini melebihi

daripada RM236 juta ini adalah keperluan semasa dan kita berharap polis yang telah

berkhidmat dengan cemerlang di negara kita pada hari ini, dapat kita bantu mereka

dengan lebih bersungguh-sungguh. Tetapi ada beberapa pandangan yang harus

kerajaan selaraskan. Sekarang ini tugas-tugas khas iaitu Special Branch yang tidak

beruniform sekarang ini mempunyai peranan yang penting dalam mendapatkan

maklumat-maklumat yang berkaitan dengan keselamatan negara, aktiviti-aktiviti

pemimpin sama ada kerajaan ataupun pembangkang dan juga perkara-perkara yang

berkaitan dengan perpaduan rakyat dan masyarakat.

Page 70: DN-16052001

DN.16.5.2001 70

Saya merasakan sudah sampai masanya, Kementerian Dalam Negeri

membuat kajian dengan terperinci supaya Jabatan Tugas-tugas Khas ini harus

diseparate ataupun diasingkan dengan Jabatan Polis yang sedia ada ini, walaupun

mereka polis tetapi pendekatan mereka agak berbeza, peranan (roles) serta

matlamat mereka agak berbeza daripada polis biasa.

Jadi, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya Jabatan Tugas-tugas

Khas ini berilah apa nama sekalipun harus dilihat mempunyai ketua pengarah sendiri

dan sebagainya supaya peranan tugas-tugas khas di dalam mendapatkan maklumat

dan menyelia aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di semua peringkat dapat kita jalin dan

jayakan kerana kita rasa sudah sampai masanya keadaan ini kita pertugaskan

dengan secara bersungguh-sungguh , dengan secara lebih spesifik kerana tugas ini

adalah amat penting untuk menjaga dan menjana keselamatan negara kita di semua

peringkat sama ada di peringkat kampung, daerah, negeri dan juga di peringkat

negara serta antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, di negara -negara yang telah maju, memang telah ada

jabatan seperti ini, umpamanya CIA di Amerika, tetapi bukanlah kita hendak jadikan

seperti CIA, tetapi kita berharap tugas-tugas khas yang dijalankan oleh kumpulan

polis ini harus diletakkan di bawah satu pengurusan yang berasingan dengan kerja -

kerja di bawah Jabatan Polis biasa.

Kita berharap apabila berlaku pengasingan seperti ini, insya -Allah, di masa -

masa akan datang, kita rasakan segala loopholes, dengan izin, kelemahan -

kelemahan yang ada pada hari ini dapat kita pertingkatkan dan , insya-Allah, kita

akan dapat menjayakan usaha-usaha kita untuk membendung keselamatan negara

kita kerana kita tahu bahawa keadaan jenayah secara jangka panjang sedang dalam

proses berlaku di negara kita, sebab itulah pendekatan-pendekatan ini harus kita

percepatkan supaya sebuah jabatan tugas-tugas khas ini dapat kita laksanakan demi

untuk kebaikan keselamatan tempat dan negara kita.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.

Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Senator Tuan Haji Rosli berkenaan

dengan kenyataannya tadi yang mengaitkan wujudnya satu jenayah yang mungkin

wujud di negara kita ini dari segi jangka panjangnya, saya tidak berapa fahamlah

pengertian yang dibuat oleh Yang Berhormat itu. Ini membimbangkan kalau

sekiranya wujud dan cara macam mana polis boleh mengatasi masalah ini kalau

ianya di dalam negeri atau di luar negara dan sebagainya .

Page 71: DN-16052001

DN.16.5.2001 71

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang

Berhormat Dato' Abdul Aziz sebenarnya lebih faham daripada saya, sengaja dia buat

tidak faham. Hendak jawab dalam ini ataupun hendak jawab dekat luar? Jawab

dalam ini juga, tidak tahulah, kalau tidak betul, marah pula.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya masalah jenayah ini banyak segi tetapi

yang saya lebih memberi konsentrasi ialah jenayah daripada segi membentuk

pemikiran seperti memburuk-burukkan pemimpin . Ini polis biasa tidak boleh

mengambil tindakan. Ini perlu satu pengkajian secara event oleh Jabatan Tugas-

tugas Khas yang kita cadangkan ini. Serupa juga dengan tindakan-tindakan

pengkhianat negara . Kita kadang-kadang tidak dapat membezakan di antara ahli-ahli

politik kita yang membangkang umpamanya, di manakah kedudukan ahli politik yang

dilihat sebagai membangkang mengikut kaedah parti politiknya tetapi dalam masa

yang sama ianya boleh menjejaskan keharmonian negara.

Jadi, di manakah yang dinamakan anti perpaduan, anti negara dan perlu satu

pendekatan yang lebih terperinci oleh beberapa agensi kerajaan terutama sekali

polis. Sebab itulah saya mencadangkan tugas-tugas khas ini dijadikan sebuah

jabatan yang diasingkan dengan peranan polis biasa.

Jadi, jenayah dalam bentuk jangka panjang dapat diatasi melalui Jabatan

Tugas-tugas Khas ini. Kalau jenayah jangka pendek, macam kalau kita tembak

orang, polis boleh tangkap tetapi berlaku sekarang seolah-olah perancangan

melakukan jenayah pada jangka panjang. Ini harus dikaji, dilihat event ini oleh

sebuah jabatan khas seperti Jabatan Tugas-tugas Khas sebagaimana yang saya

cadangkan. Saya ingat sudah clear itu ya [Bertanya kepada Y.B Senator Dato ’

Abdul Aziz bin Abdul Rahman]

Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian kepada

Perkara B.7 iaitu berkaitan dengan Jabatan Perdana Menteri yang mencadangkan

untuk meluluskan RM15 juta untuk membiayai pinjaman dan kalau tidak silap saya ,

juga tidak dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, cuma saya merangka

bahawa RM15 juta ini memang untuk diberi melalui Program PROSPER di Jabatan

Perdana Menteri yang diuruskan oleh Jabatan Perdana Menteri iaitu di bawah

pengurusan PUMB. Ini kalau tidak silap saya dan jumlah ini saya rasa adalah

sebahagian da ripada tambahan kepada RM500 juta yang telah diluluskan sebelum

ini oleh kerajaan untuk melunaskan kepada pemohon-pemohon bumiputera di dalam

Program Peruncitan, dalam Program PROSPER yang diurus oleh PUMB.

Page 72: DN-16052001

DN.16.5.2001 72

Tuan Yang di-Pertua, perkembangan PROSPER dilihat agar ad hoc telah

diluluskan oleh kerajaan baru-baru ini dan beribu -ribu pemohon telah memohon

secara langsung (direct) dengan PUMB dan boleh dikatakan pemohon-pemohon

berkenaan telah menyertai beberapa kursus dan juga telah melalui proses I.Q test,

dengan izin, ataupun entrepreneurs test, dengan izin, ujian keusahawanan diri

masing-masing dan memberi fokus yang besar kepada pinjaman yang

berorientasikan kepada perniagaan dan perdagangan yang berkaitan dengan

peruncitan.

Saya merakamkan tahniah kepada kerajaan kerana peka kepada

permasalahan peruncitan bumiputera yang dilihat agak gagal di negara kita tetapi

yang menjadi permasalahan besar, yang menjadi sungutan kepada pemohon-

pemohon yang telah memohon, saya rasa menjangkau lebih daripada 5,000 orang

sekarang tetapi up-to-date, dengan izin, sampai ke tahap ini berapakah sebenarnya

yang telah diluluskan kepada pemohon-pemohon berkenaan? Kalau saya memberi

beberapa angka mungkin kerajaan agak sukar untuk mendapatkan jawapan yang

agak tepat tetapi saya menjangkakan tidak lebih daripada 100 orang setakat ini, baru

diluluskan.

Jadi, dahulu alokasi ataupun budget yang telah diluluskan melalui program ini

sebanyak lebih daripada RM500 juta. Saya pun tidak tahu apakah RM15 juta yang

dipohon ini bertujuan untuk apa? Tetapi yang pentingnya tidak mengira berapakah

jumlah RM500 juta atau RM1 bilion tetapi kita mahu setiap program yang

dilaksanakan oleh kerajaan dapat menjana kekuatan dana berkenaan supaya

sampai kepada pemohon-pemohon berkenaan. Mungkin daripada segi logiknya

ataupun daripada segi senangnya, kerajaan boleh menjawab bahawa pemohon tidak

layak dan sebagainya. Kita pun tidak tahu siapakah yang hendak menilai piawai

keusahawanan bumiputera yang ada, yang memohon dengan PROSPER ini.

Jadi, saya mencadangkan kepada kerajaan sejumlah wang berkenaan

ataupun pemohon -pemohon yang telah memohon dengan PROSPER dan PUMB ini

tidak seperti beberapa program-program lain kerana kita tahu sebelum ini kalau tidak

silap saya, akhir tahun lepas, Perdana Menteri telah membentangkan dalam akhbar

bahawa daripada 30 atau 40 lebih jenis dana-dana, tabungan yang telah disediakan

oleh kerajaan , pada akhir tahun lepas, lebih daripada RM30 bilion tidak

dipergunakan. Apakah ini kelemahan bumiputera dalam memohon pinjaman

ataupun mekanisme yang disediakan oleh kerajaan ataupun diuruskan oleh bank

Page 73: DN-16052001

DN.16.5.2001 73

sebagaimana mandat yang diberikan oleh kerajaan itu tidak mempunyai keupayaan

ataupun tidak efisien?

Jadi, dua analogi dan keadaan ini harus dapat kita debatkan bersama supaya

akhirnya matlamat untuk membangunkan usahawan sebagai dasar negara kita dapat

kita capai. Jadi, tidak guna kita announce di dalam akhbar untuk meluluskan

kegunaan untuk bumiputera sebanyak RM500 juta , sedangkan setakat hari ini kita

tidak mempunyai berapa orang yang telah dapat kita luluskan supaya mereka dapat

menjalankan perniagaan mereka. Kita pun tahu dalam program-program untuk

bumiputera ini seperti franchise , vendor dan sebagainya kadang-kadang ia tidak

semanis yang dipaparkan dalam brochures dan tidak semanis sebagaimana

dipaparkan dalam akhbar-akhbar. Penderitaan usahawan-usahawan bumiputera

masih ketara . Apatah lagi di dalam selepas kita melalui kegawatan ekonomi pada

tahun 1997.

Jadi, saya berharap satu pendekatan yang luar biasa harus dilakukan oleh

kerajaan di dalam memastikan sama ada dalam bentuk ekuiti, dalam bentuk jumlah

peniaga-peniaga dan jumlah partisipasi keseluruhannya supaya bukan sahaja dasar

yang kita hendak luluskan, Rancangan Jangka Panjang, DPN dan sebagainya tetapi

sekurang-kurangnya ia memenuhi tuntutan dasar yang pertama iaitu Dasar Ekonomi

Baru dapat kita jayakan.

Jadi, saya berharap PUMB khususnya melalui Program PROSPER ini dapat

menyegerakan calon -calon bumiputera yang berkelayakan dan harus ada

pendekatan-pendekatan yang boleh memberi semangat baru kepada usahawan

bumiputera. Ini kerana kadang sebagai pemimpin usahawan bumiputera , kita rasa

bosan dengan keputusan-keputusan yang lambat, yang tidak tepat dan keputusan-

keputusan yang boleh mematahkan semangat usahawan bumiputera itu sendiri.

Jadi, dalam masa yang sama juga , saya ingin mengucapkan tahniah kepada

kerajaan beberapa tahun lalu iaitu dalam penubuhan Yayasan TEKUN Nasional di

bawah Kementerian Pembangunan Usahawan yang mana perkara ini telah dapat

dijayakan dengan baik. Program seperti ini dahulu kalau tidak silap saya adalah

untuk memastikan usahawan-usahawan kecil bumiputera yang berniaga keropok,

yang berniaga buah-buahan di tepi jalan, peniaga ikan, jahit kain secara sehelai dua

satu hari, peniaga-peniaga yang sungguh kecillah, ini bukan peniaga kecil yang

mengikut istilah Dato' Abdul Aziz tetapi peniaga kecil yang sungguh-sungguh kecil.

Page 74: DN-16052001

DN.16.5.2001 74

Peniaga kecil Dato’ Abdul Aziz ini dia RM1 juta, RM2 juta tetapi ini peniaga kecil

yang sungguh-sungguh kecil seperti menjual buah di tepi jalan dan sebagainya.

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan tentang program

ini, cuma yang saya ingin sampaikan jumlah limit sebanyak RM20,000 itu harus juga

diberi pertimbangan supaya kalau boleh limit kepada pinjaman kecil ini, kalau boleh –

bukan ertinya mesti beri tetapi harus tidak ada sekatan daripada segi jumlah ini,

sekurang-kurangnya kalau kita menyediakan sekatan sebanyak RM50,000 kepada

seseorang pemohon.

Jadi, kalau ini dapat kita jayakan dan saya telah mendapat rakaman terima

kasih daripada pemohon-pemohon TEKUN seluruh negara yang sempat bertemu

dengan kita bahawa program ini harus diperkukuh dan kita minta kerajaan

menambahkan peruntukan ini kerana ia sesuai dan memberi manfaat kepada

usahawan-usahawan kecil kita ini, malah ianya dapat membantu usahawan-

usahawan kecil ini daripada meminjam dana daripada ceti. Dahulu ceti haram

berleluasa khususnya di Pantai Timur, Terengganu, Kelantan dan Pahang dengan

membayar sebanyak beberapa ringgit satu minggu dan sebagainya. Nampaknya

ceti-ceti haram ini telah dapat kita reduce, dengan izin, dapat kita kurangkan dan kita

berharap TEKUN ataupun Yayasan TEKUN Nasional ini dapat kerajaan

menambahkan lagi peruntukan yang sekiranya ia boleh memberi bantuan kepada

keseluruhan usahawan kecil bumiputera di seluruh negara dari masa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian kepada perkara-

perkara B.26 iaitu perkara berkaitan dengan sejumlah lebih daripada RM462 juta

untuk diberi kepada Kementerian Pendidikan untuk melunaskan sebahagiannya

kepada pembelian kondominium UiTM yang mana pembelian ataupun pinjaman

daripada KWSP yang telah dibuat oleh UiTM pada tahun 1996.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Program UiTM ini saya ingin

bertanya kepada kerajaan kerana kita tahu bahawa kerajaan terlampau banyak

menggunakan dana dan kewangan tiap -tiap tahun untuk menguruskan UiTM sebagai

satu daripada catalyst bumiputera dalam menyediakan penyelidikan dan pendidikan

kepada masyarakat bumiputera seluruh negara. Saya tidak tahu sama ada kita telah

belanja lebih kurang secara puratanya di antara RM300 juta hingga RM400 juta

setahun.

Jadi, dengan perkembangan ini kita berharap UiTM bukan sahaja akan

menjadi satu daripada catalyst pendidikan bumiputera tetapi ia juga harus dijadikan

Page 75: DN-16052001

DN.16.5.2001 75

satu tempat yang boleh kita banggakan dalam menuntut keperluan-keperluan dasar

pendidikan negara. Saya berharap selepas kita melalui proses kegawatan ekonomi

pada tahun 1997, kita berharap peruntukan-peruntukan yang lebih munasabah dapat

diperuntukkan kepada UiTM kerana kita tahu universiti-universiti lain

berkemungkinan mempunyai keupayaan yang lebih daripada UiTM ini. UiTM baru

diluluskan tahun lepas tarafnya daripada ITM kepada institusi yang bertaraf

universiti.

Jadi, apalah salahnya sebagai sebuah institusi yang berada di dalam

peruntukan matlamat dasar kita supaya UiTM ini dapat bangkit bersama -sama

sebagai sebuah institusi pendidikan bumiputera yang seiring dengan universiti-

universiti tempatan yang lain.

Saya berharap kerajaan akan memberi fokus yang lebih bersungguh-

sungguh supaya UiTM dapat dijadikan salah satu daripada model perpaduan rakyat,

perpaduan bangsa sebagaimana dibentuk ataupun dikehendaki oleh integrasi

nasional kita melalui gerakan Dasar Ekonomi Baru bermula pada tahun 1970 dan

oleh kerana perkara ini akan kita bincang dalam Rancangan Jangka Panjang,

mungkin esok, mungkin minggu hadapan, maka hanya setakat itu sahajalah saya

mengutarakan pandangan-pandangan saya ini dan kita berharap kerajaan akan

terus peka kepada perjuangan sebuah Kerajaan Barisan Nasional yang senantiasa

dikenali sebagai sebuah parti yang mempunyai semangat perpaduan yang tinggi,

yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara dan ingin melihat perpaduan

kaum ini teru s dikekalkan.

Kita berharap kita akan menjadi sebuah organisasi parti yang menjadi model,

sebagai pembela rakyat dari masa ke semasa dan insya -Allah, kita berharap dengan

dukungan dan kefahaman terutama sekali jabatan-jabatan kerajaan, kalau tahun

1970 kita melihat bagaimanakah DEB dapat dijayakan kerana ianya keputusan politik

oleh Barisan Nasional tetapi ia diterjemahkan oleh pegawai-pegawai kerajaan tetapi

sekarang ini, apakah ianya berlaku satu faktor yang boleh menyatukan semua

keperluan ini. Apakah kakitangan kerajaan sama ada pusat ataupun negeri-negeri

dapat menerima bahawa keputusan politik di peringkat negara ini dapat

diterjemahkan oleh kerana kita berdepan dengan pelbagai masalah dan dari masa

ke semasa kita berharap, marilah sama -sama kita melihat bahawa negara amat

memerlukan keputusan politik yang bijaksana dan penterjemahan oleh pegawai-

Page 76: DN-16052001

DN.16.5.2001 76

pegawai kerajaan yang faham kepada peranan dan role mereka sebagai catalyst

kepada pembangunan negara kita.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya sudah bercakap lebih kurang 30 minit, Dato'

Abdul Aziz pun sudah tengok, tangan sudah pegang dekat itu – saya amat

menghormati Presiden saya, saya bangun dahulu tadi pasal Dato’ datang lewat,

saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih daun keladi, terima kasih banyak-banyak.

Tuan Yang di-Pertua: Dato' Dr. Chin Fook Weng:

3.06 ptg.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga

ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Akta Perbekalan Tambahan 2001 iaitu

peruntu kan yang dipohon ialah untuk tahun 2000 dan juga untuk tahun ini tetapi

kebanyakan ialah untuk tahun yang lepas.

Untuk tahun ini dalam Jadual Kedua kita lihat di bawah B.18 satu

permohonan daripada Kementerian Perusahaan Utama dan permintaan ini sebanyak

RM300 juta itu ialah untuk membantu pihak pengusaha kelapa sawit untuk menanam

semula pokok-pokok yang tua itu.

Saya difahamkan bahawa itu adalah satu daripada cara untuk kita mengambil

kira kelebihan minyak kelapa sawit yang ada dalam pasaran setakat ini.

Sungguhpun usaha-usaha lain yang dicadangkan dan juga yang telah diambil masih

terdapat terlalu banyak dan ini telah menjejaskan harga komoditi ini. Oleh kerana itu,

satu daripada cadangan ialah untuk tahun ini siapa yang memohon, kerajaan akan

memberi peruntukan supaya usaha menanam semula pokok-pokok yang tua itu

dapat dijalankan dan dengan yang demikian, maka amaun kelapa sawit dalam

pasaran dapat dikurangkan sedikit. Sungguhpun tidak begitu banyak tetapi itu juga

merupakan satu usaha yang mungkin membawa kesan yang baik.

Apa yang saya ingin ingatkan di sini ialah cara-cara menggunakan duit ini.

Oleh kerana duit ini bukan sedikit, sebanyak RM300 juta, maka cara-cara bagaimana

kita kena memastikan ladang-ladang berkenaan, cara-cara bagaimana kita hantar

duit-duit itu kepada pihak-pihak yang berkenaan, semua itu kena dilakukan dengan

baik supaya kita harus mengawasi sama ada pihak-pihak yang berkenaan selepas

mendapat duit ini betul-betul berusaha untuk menanam semula dan sebagainya.

Banyak kali kita telah mendengar aduan-aduan bahawa sama ada duit ini tidak

Page 77: DN-16052001

DN.16.5.2001 77

sampai kepada pihak-pihak yang berkenaan ataupun pihak-pihak yang tidak patut

dapat telah diberi peruntukan ini.

Jadi, saya minta kementerian yang berkenaan mengawasi perkara ini supaya

sebarang penyelewengan tidak akan berlaku dan semua pihak yang patut terima

bantuan ini diberi bantuan dan disegerakan supaya tidak ada pihak yang menderita

akibat daripada kelewatan ataupun akibat daripada sebarang kelalaian oleh pihak

tertentu.

Tiap-tiap kali kita ada satu masalah, maka kita harus mengadakan cadangan-

cadangan yang berkesan untuk membantu dan saya sangat memuji pihak

kementerian ini atas cadangan yang dibuat untuk mengatasi masalah ini. Saya juga

tahu bahawa pagi ini kita telah dengar jawapan daripada Kementerian Perusahaan

Utama tentang langkah-langkah mereka untuk mengatasi harga yang begitu rendah

untuk tiga komoditi utama dalam negara iaitu kelapa sawit, getah dan koko.

Saya juga berharap satu kajian selain daripada membantu mereka dalam

kelapa sawit, pihak-pihak lain seperti getah dan juga koko akan diberi bantuan

sekiranya perlu dan ini boleh membantu orang-orang yang berusaha dalam sektor

ini. Setahu saya ramai yang telah menderita akibat daripada kejatuhan harga

daripada RM2,000 satu tan, sekarang hanya sampai ke paras RM725 satu tan. Ini

adalah satu perbezaan yang sangat jauh dan ini tentulah akan menjejaskan bukan

sahaja pekebun-pekebun kecil tetapi juga syarikat-syarikat yang besar.

Kerajaan juga harus mencari lebih cara untuk menggunakan komoditi ini.

Saya juga berharap bahawa perundingan dengan Kerajaan India dalam hal ini untuk

menjual kepada negara India lebih banyak kelapa sawit itu akan berjaya. Saya

difahamkan bahawa oleh kerana cukai import telah terlalu tinggi yang dikenakan oleh

Kerajaan India sebanyak 92% lebih, kalau dibandingkan dengan kacang soya,

hanya 40% lebih. Ini adalah satu perbezaan yang sangat jauh dan saya harap

dengan sebab-sebab yang diberikan oleh kerajaan kita kepada Kerajaan India, maka

mereka akan terima ini dan akan mengurangkan cukai yang dikenakan kepada

komoditi ini.

Saya telah membaca dalam surat khabar bahawa Perdana Menteri India

apabila beliau membuat lawatan ke negara kita baru -baru ini, beliau telah berjanji

bahawa akan mengkaji tetapi bila perkara itu akan dibuat tidak diumumkan iaitu tidak

ada satu jangka masa (time frame) yang telah ditetapkan. Saya harap kerajaan kita

akan berusaha dan akan sentiasa mengingatkan Kerajaan India tentang hal ini

Page 78: DN-16052001

DN.16.5.2001 78

supaya perkara ini dapat dibereskan dengan cepat dan kalau ini dapat dibereskan

dan kalau import komoditi ini ke negara India itu boleh ditingkatkan, maka itu juga

ada satu penyelesaian dalam perkara kelebihan komoditi ini dalam pasaran dunia.

Saya juga lihat dalam permohonan untuk peruntukan kelebihan itu bahawa

yang banyak itu ialah untuk menampung kenaikan gaji. Biasanya ini berlaku oleh

kerana dalam banyak kementerian, gaji pegawai-pegawai itu sama ada dikaji semula

atau ada yang belum dibayar dan sebagainya dan tiap -tiap kali kita diminta

meluluskan belanjawan tambahan, maka inilah selalunya menjadi satu daripada item

dalam permohonan itu.

Sungguhpun kita harus meluluskan ini kerana ini sudah mengikut apa yang

telah kita luluskan dalam tiap -tiap perjawatan itu. Sungguhpun demikian, saya juga

ingin menarik perhatian pegawai-pegawai kerajaan supaya sentiasa mengambil

perhatian tentang keperluan-keperluan rakyat, sentiasa memberi layanan yang

sepatutnya dan sentiasa bekerja dengan lebih usaha supaya dapat meningkatkan

produktiviti kerana tiap-tiap kali apabila diminta kenaikan gaji, kami di sini selalu

luluskannya tanpa ada apa-apa pertanyaan-pertanyaan.

Sungguhpun demikian, kita juga ada harapan bahawa ini akan diberi

pengiktirafan oleh kerana dalam sini apabila kita luluskan peruntukan itu, kita juga

ada harapan bahawa layanan kepada rakyat itu sentiasa akan ditingkatkan, sentiasa

akan baik dan juga mereka tidak mengambil tambahan duit itu dan selepas itu tidak

menyokong kerajaan dan sebagainya serta tidak memberi perkhidmatan yang

mencukupi kepada rakyat.

Tentang B.20 iaitu satu permohonan daripada MITI untuk RM2 juta itu, saya

difahamkan bahawa ini ialah untuk promosi dan promosi ini mungkin melalui

MALTRADE atau lain-lain rombongan ke negara -negara tertentu untuk menjual apa

yang harus dipasarkan di tempat-tempat lain.

Satu industri yang besar dan kita telah baca OPP3 iaitu yang mungkin

memerlukan promosi ialah industri pendidikan di negara kita. Tiap-tiap kali

rombongan itu keluar, rombongan itu biasanya mempromosikan pengeluaran -

pengeluaran lain tetapi oleh kerana kita telah harapkan di bawah OPP3 itu bahawa

Malaysia akan menjadi satu tempat atau pusat pendidikan serantau di sini dan

memandangkan sekarang kita juga ada beberapa cawangan universiti antarabangsa

yang diletakkan di Malaysia, saya harap dalam promosi ini, pihak MALTRADE juga

akan mengambil kira keperluan-keperluan dalam industri pendidikan, sekarang

Page 79: DN-16052001

DN.16.5.2001 79

sudah dipanggil sebagai satu industri, industri pendidikan dan industri pendidikan itu

kalau kita lihat sekarang masih kekurangan pelajar antarabangsa.

Kita baru-baru ini diberitahu oleh Kementerian Pendidikan bahawa dalam

IPTA, hanya lebih kurang 3,800 orang pelajar dari negara -negara asing dan di dalam

IPTS, hanya 5,000 lebih. Kalau kita jumlahkan kedua-dua angka itu, hanya 8,800

orang pelajar. Pada pendapat saya, ini adalah satu angka yang begitu kecil kalau

dibandingkan dengan jumlah pelajar kita yang keluar belajar di Australia, United

Kingdom, United States dan sebagainya.

Jadi, usaha dalam perkara ini harus ditingkatkan dan saya minta MITI

mengambil kira dalam promosi mereka supaya industri pendidikan juga diberi sedikit

bantuan dan sedikit pendedahan kepada negara-negara yang dilawati oleh delegasi

MITI itu.

Di dalam B.42 iaitu Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan

Masyarakat yang memohon RM500 ribu itu, saya harap duit-duit yang dipohon itu

juga dapat membantu kementerian ini menjalankan aktiviti-aktiviti yang akan

membawa lebih perpaduan kepada rakyat kita.

Pagi tadi kita telah mendengar jawapan daripada kementerian tentang

rancangan-rancangan yang dianjurkan oleh mereka dan sama ada rancangan -

rancangan itu telah membawa hasrat yang kita harapkan itu. Setahu saya, mereka

telah anjurkan banyak rancangan seperti yang diberitahu pada pagi ini tetapi

keberkesanan rancangan-rancangan itu harus dikaji dan rancangan-rancangan yang

tidak membawa kesan-kesan yang diharapkan itu harus dikaji semula, bukan tiap -

tiap tahun menjalankan aktiviti-aktiviti yang sama seperti memberi subsidi kepada

Rukun Tetangga sebagai satu daripada rancangan mereka.

Mungkin mereka kena mengadakan pendekatan yang baru di mana selepas

membuat satu tinjauan dan juga satu kajian yang lebih teliti, mereka boleh kenal

pastikan aktiviti-aktiviti yang betul-betul akan membawa perpaduan kepada rakyat

kita dan boleh tingkatkan aktiviti-aktiviti sedemikian. Aktiviti-aktiviti lain yang tidak

menggalakkan tetapi perlukan perbelanjaan juga harus dikaji semula sama ada

sesuai atau tidak sesuai dan sama ada patut diteruskan atau patut dihentikan.

Saya minta perkara ini dikaji oleh kerana setakat ini kita masih tidak

mencapai perpaduan seperti yang diharapkan. Sungguhpun kementerian ini hanya

memohon satu peruntukan yang kecil, maka ruang untuk mendapatkan lebih kesan

yang positif masih ada dan saya harap dengan kajian yang dibuat oleh kementerian

Page 80: DN-16052001

DN.16.5.2001 80

ini mungkin kita boleh merancang aktiviti-aktiviti pada masa depan yang akan

membawa kepada kita kesan-kesan yang kita harapkan.

Saya juga ingin menyentuh tentang permohonan daripada Jabatan Bomba

dan Penyelamat iaitu di bawah B.16 yang memohon sebanyak RM2.96 juta.

Kebelakangan ini kita mendengar banyak cerita bahawa Jabatan Bomba itu respons

lewat kepada beberapa kejadian kebakaran yang telah berlaku di beberapa tempat

tetapi apabila penyelamat itu sampai, maka sudah ada kemalangan dan sudah ada

kehilangan nyawa.

Sebab-sebab yang diberikan ialah mereka telah dihubungi lewat dan ini telah

mengakibatkan kerosakan bukan kepada harta sahaja tetapi juga kehilangan nyawa.

Saya sangat kesal bahawa perkara macam ini masih berlaku. Kita harus

mengadakan satu sistem di mana apabila kita dapat tahu ada sesuatu kebakaran di

sesuatu tempat, maka proses untuk menghubungi pihak berkenaan harus dijalankan

tanpa apa -apa masalah, harus dilicinkan dan harus dipercepatkan, sama ada

nombor-nombor yang diberi kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat itu

sesuai atau harus kita keluarkan satu nombor yang baru, mungkin 888.

Mungkin rakyat lebih ingat dan terus ke jabatan berkenaan, mungkin dalam

beberapa saat yang kita dapat jimatkan itu, maka itu akan mengakibatkan daripada

menyelamatkan lebih mangsa kebakaran berkenaan. Sungguhpun ini bukan satu

perkara yang begitu besar tetapi dari segi menyelamatkan mangsa apabila orang

telah terbakar kerana kelewatan datang pihak penyelamat ini sudah menjadi satu isu

dan kebelakangan ini kita telah dengar banyak tuduhan bahawa operator-operator

apabila mereka terima panggilan, mereka tanya ini, tanya itu dan telah melambatkan

proses menghantar bomba ke tempat yang berkenaan.

Saya berharap Jabatan Bomba dan Penyelamat akan mengadakan

rundingan dengan pihak-pihak lain sama ada pihak telekom atau pihak-pihak yang

ada kaitan dengan ini supaya proses ini dapat kita percepatkan dan satu prosedur

yang jelas boleh kita aturkan dan boleh kita laksanakan supaya perkara semacam

ini tidak timbul lagi.

Saya juga ingin menyentuh tentang permohonan untuk satu peruntukan

kepada PERWAJA. Tiap-tiap kali kita telah dapati bahawa kita kena ada peruntukan

kepada PERWAJA dan setakat ini banyak duit telah dibelanjakan untuk menampung

keperluan PERWAJA. Apabila kerajaan menjadi pemegang saham majoriti dalam

syarikat ini maka banyak duit rakyat telah digunakan untuk PERWAJA. Saya

Page 81: DN-16052001

DN.16.5.2001 81

dapati kerajaan harus mengkaji perkara ini dan harus menentukan sama ada

sesuai atau tidak kita masih meneruskan dalam kegiatan ini.

Oleh kerana ini adalah satu syarikat yang memerlukan begitu banyak

bantuan dan oleh kerana sehingga sekarang syarikat ini masih menghadapi

kerugian, kerajaan harus mengkaji sama ada sesuai atau tidak kita teruskan dalam

usaha ini ataupun lebih baik kalau kita menjualkan syarikat ini kepada pihak swasta,

mungkin pihak swasta lebih berpengalaman dalam usaha semacam ini dan mungkin

dengan pengalaman, dengan pengetahuan mereka, mereka dapat menjadikan

syarikat ini satu syarikat yang untung. Kalau tindakan tidak diambil maka saya

tiap-tiap kali pun akan melihat dalam permohonan itu satu peruntukan untuk

syarikat ini.

Bagi saya begitu lama syarikat ini telah menghadapi masalah. Sungguhpun

mungkin diberi sebab bahawa kita masih gagal berjaya dalam syarikat ini tetapi

sama ada ini harus diteruskan selama-lamanya atau pun kita harus mengambil

tindakan yang sesuai untuk sekali gus mengatasi masalah ini, ataupun kita harus

mengkaji bagaimana mencari lebih rakan perkongsian masuk mengambil ekuiti

dalam syarikat ini supaya kerajaan tidaklah setiap kali mengeluarkan duit sebagai

duit bantuan kepada syarikat ini.

Oleh kerana perkara ini telah berlaku begitu lama dan begitu panjang , saya

juga meminta satu kajian yang betul-betul teliti dijalankan . Dan berkaitan dengan

PERWAJA juga apabila kita dapati pada tahun -tahun yang lepas apabila kita dapati

ada masalah ada penyelewengan maka siasatan -siasatan tertentu telah dijalankan

tetapi negara sudah menunggu begitu lama, sudah menunggu beberapa tahun untuk

keputusan penyiasatan itu. Bagi saya ini telah mengambil satu masa yang terlalu

panjang dan banyak pihak juga telah memberikan kerjasama mereka kepada pihak

yang berkenaan untuk membuat penyiasatan ini.

Maka saya berharap tidak lama lagi kita akan ada satu penyelesaian. Kalau

tidak maka itu akan berlaku ketidakadilan, mungkin mereka yang dituduh itu kena

tahu apa keputusan dan rakyat yang menunggu hendak tahu apakah keputusan itu

juga harus diberikan satu penjelasan dan satu jawapan yang berpatutan. Bukan kita

sahaja tetapi kita juga melibatkan kawan-kawan kita di negara-negara lain kerana

kita difahamkan bahawa kejadian itu juga ada melibatkan pihak-pihak di luar. Saya

meminta pihak yang berkenaan mempercepatkan penyelesaian kepada penyiasatan

Page 82: DN-16052001

DN.16.5.2001 82

supaya perkara ini dapat kita umumkan kepada negara dan kepada semua pihak

yang menantikan keputusan itu.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata demikian , saya sekali lagi

menyokong peruntukan ini dan saya berharap semua pihak yang akan menerima

peruntukan ini akan menggunakan duit-duit itu dengan bijaksana dan kalau tidak

perlu menghabiskan duit itu maka jangan habiskan dan kalau pada akhirnya kita

mencukupi maka tidak payah datang sekali lagi dalam bulan Julai atau bulan Ogos

meminta lagi satu tambahan yang kedua. Kalau kita boleh setakat ini sudah

mencukupi, jangan meminta tambahan lagi. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Hajah Azizah.

3.34 ptg.

Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun: Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-

Pertua kerana membenarkan saya untuk turut serta membahaskan Rang Undang-

undang Perbekalan Tambahan 2001 pada petang ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan cuma bercakap tentang dua perkara sahaja.

Yang pertama ialah Maksud P.26 Kementerian Pendidikan. Tuan Yang di-Pertua,

sejumlah RM716,333,286 perbelanjaan tambahan diminta iaitu merupakan 45.8%

daripada jumlah besar anggaran tambahan. Saya mengucapkan terima kasih

kepada kerajaan yang sangat-sangat prihatin dan mengambil berat tentang

pendidikan di negara kita ini. Saya juga berterima kasih kepada kerajaan kerana

telah mengagihkan sejumlah RM179 juta kepada pendidikan rendah dan juga

RM23.5 juta untuk rumah guru-guru di luar bandar. Daripada jumlah tersebut, saya

ingin bertanya berapa banyakkah daripada jumlah peruntukan ini diperuntukkan

bagi negeri Sabah dan juga untuk luar bandar, khususnya untuk sekolah- sekolah

rendah tadi. Saya juga ingin tahu daripada jumlah RM23.5 juta untuk rumah-

rumah guru di luar bandar, berapa banyakkah daripada peruntukan yang

diperlukan ini dibelanjakan oleh negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia

ini berkenaan dengan prestasi pencapaian pelajar-pelajar kita di kawasan luar

bandar yang didapati dan juga diakui agak rendah berbanding dengan pelajar-

pelajar di kawasan bandar. Keadaan ini bukanlah disebabkan oleh anak-anak

ataupun murid -murid di luar bandar ini bodoh malah ramai di antara mereka ini

Page 83: DN-16052001

DN.16.5.2001 83

memanglah anak-anak yang pintar dan terpaksa berjuang dalam keadaan yang

begitu serba kekurangan.

Saya telah membangkitkan perkara ini semasa membahaskan Titah Baginda

Yang di-Pertuan Agong tetapi saya tidak mendapat jawapan yang memuaskan

daripada Kementerian Pendidikan tentang perkara ini. Peralatan yang tidak

mencukupi, Tuan Yang di-Pertua, menyukarkan usaha-usaha guru -guru kita untuk

membantu murid-murid di luar bandar untuk mempertingkatkan prestasi mereka

dalam pembelajaran. Kadangkala guru-guru terpaksa meminta bantuan dan

sumbangan daripada orang -orang dan pihak-pihak tertentu untuk mengadakan

seminar motivasi kecemerlangan untuk anak-anak murid mereka.

Kekangan seperti inilah dan kemiskinan ibu bapa di luar bandar

menyebabkan pencapaian yang rendah. Misalnya di kawasan dari mana saya

datang di sebuah daerah pendidikan yang mempunyai 21 buah sekolah rendah ,

hanya 2 orang sahaja murid yang berjaya mendapat 5A pada peperiksaan UPSR

tahun lalu, tahun 2000. Justeru itu, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian

Pendidikan supaya selain daripada mengadakan peruntukan untuk pembinaan

sekolah-sekolah dan juga rumah guru-guru , bekalan peralatan pembelajaran juga

harus diberikan secukupnya kepada sekolah -sekolah di luar bandar bagi

memastikan prestasi pendidikan di luar bandar bertambah baik lagi.

Saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini, kadang-kadang guru-guru di

sekolah-sekolah di luar bandar tidak mempunyai alat-alat seperti kertas-kertas dan

juga manila card untuk membantu murid-murid mereka belajar dengan lebih baik

lagi. Kita juga difahamkan sekolah-sekolah di luar bandar diperuntukkan dengan

komputer tetapi mereka tidak diberikan peruntukan untuk maintenance , dengan izin.

Maka guru -guru besar terpaksalah berbelanja sendiri untuk maintenance komputer-

komputer tersebut dan oleh kerana tidak ada peruntukan ini maka terhadlah

penggunaan komputer untuk membantu murid-murid. Tentulah tidak ada ertinya

komputer-komputer ini diperbekalkan kepada sekolah–sekolah di luar bandar jika

tidak ada peruntukan untuk maintenance nya , dengan izin. Oleh itu, saya

mencadangkan di Dewan yang mulia ini supaya Kementerian Pendidikan

mengambil perhatian tentang perkara ini dan memastikan jika komputer dibekalkan

kepada sekolah-sekolah, wang penyelenggaraan juga dibekalkan kepada sekolah -

sekolah tersebut.

Page 84: DN-16052001

DN.16.5.2001 84

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan juga dalam Dewan yang mulia ini

dalam usaha kita untuk membantu meningkatkan prestasi murid-murid di luar

bandar, perpustakaan di sekolah-sekolah di luar bandar dibuka sepanjang hari

bukan sahaja semasa persekolahan untuk membolehkan pelajar-pelajar

mengunjunginya bila-bila masa bagi maksud untuk membaca, untuk mendapatkan

bahan pembelajaran tambahan dan rujukan dan tempat untuk mereka mengulang

kaji dalam keadaan yang condusive, dengan izin , kerana saya diberitahu oleh guru -

guru di luar bandar semua sekolah-sekolah walaupun yang kecil mempunyai

perpustakaan.

Cuma barangkali perlu ditambah bahan -bahan yang ada di perpustakaan -

perpustakaan tersebut bagi memastikan pelajar-pelajar di luar bandar yang tidak

ada facility perpustakaan dan tidak mampu pula untuk membeli buku -buku

tambahan dapat turut sama merasakan kemudahan ini melalui perpustakaan

sekolah. Saya tidak tahu di luar bandar di Semenanjung Malaysia ini tetapi di dalam

negeri Sabah perpustakaan adalah satu perkara luxuries, dengan izin , untuk anak-

anak di dalam bandar sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang perkara B. 48 iaitu

Kementerian Pembangunan Luar bandar. Kementerian ini memerlukan tambahan

untuk jalan-jalan luar bandar sebanyak RM72.9 juta dan jalan-jalan kampung

sebanyak RM5 juta. Saya mengalu-alukan tindakan kerajaan yang mengambil kira

keperluan jalan luar bandar bagi memastikan kawasan luar bandar juga turut sama

mencapai kemajuan dalam arus pembangunan perdana negara. Saya ingin

bertanya daripada jumlah yang diperuntukkan ini, berapa banyakkah yang

diperuntukkan untuk negeri Sabah dan berapa banyakkah bilangan jalan-jalan yang

dibina dalam tempoh perbelanjaan ini di negeri Sabah? Mengapa saya

mengutarakan ini? Oleh kerana seperti semua sudah maklum, negeri Sabah

termasuklah juga Sarawak masih lagi jauh ketinggalan dalam infrastruktur jalan raya

khususnya di luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan ini juga, saya ingin

mencadangkan kepada kementerian, supaya memastikan jalan -jalan raya yang

dibina atau dinaik taraf hendaklah merupakan jalan-jalan yang benar-benar

diperlukan oleh penduduk-penduduk kampung dan bukanlah setakat untuk

memberikan projek ataupun kontrak kepada kontraktor-kontraktor sahaja. Dengan

yang demikian, maka barulah perbelanjaan yang kerajaan keluarkan benar-benar

Page 85: DN-16052001

DN.16.5.2001 85

menepati sasarannya kerana dapat memberikan manfaat kepada rakyat dan juga

kerajaan yang memerintah. Sehubungan dengan ini, konsep payung dalam

pelaksanaan projek-projek jalan raya di luar bandar tidak berjaya untuk membantu

kontraktor-kontraktor kecil di luar bandar yang kebanyakannya memegang lesen “F”

untuk mendapat pekerjaan.

Kebanyakan kontraktor-kontraktor kecil ini hanyalah setakat memegang lesen

“F” sahaja dan terpaksa pula berbelanja untuk membaharuinya tetapi, tidak

mendapat kontrak-kontrak daripada projek-projek yang dijalankan oleh kementerian

melalui konsep payung ini. Oleh itu, saya cadangkan agar pihak kementerian

mengkaji perkara ini dan mencari mekanisme yang benar-benar dapat membantu

kontraktor-kontraktor bumiputera yang kecil di luar bandar khususnya di negeri

Sabah untuk sama-sama dapat mera ih hasil daripada kemakmuran negara dan

projek-projek yang dijalankan di luar bandar oleh Kementerian Pembangunan Luar

Bandar.

Dengan kata -kata yang demikian, saya juga sama -sama menyokong Rang

Undang-undang Perbekalan Tambahan (2000 dan 2001) 2001. Sekian, terima

kasih. .

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Melanie Chia Chui Ket.

3.43 ptg

Puan Melanie Chia Chui Ket: Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan

Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya. Saya bangun untuk ambil

bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2000

dan 2001) 2001 dan saya ingin menyentuh hanya dua perkara.

Pertama, mengenai Maksud B.29 - Perkhidmatan Am Perbendaharaan.

Tambahan sebanyak RM255 juta sebagai pemberian sementara kepada kerajaan

negeri Sabah dan Sarawak bagi tahun 2000 berikutan pemansuhan duti import dan

duti eksais ke atas barangan petroleum adalah dikehendaki. Bayaran ini telah pun

dikeluarkan melalui bilangan Waran 38, tahun 2000. Kita rakyat Malaysia di negeri

Sabah dan negeri Sarawak, mengucapkan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, bayaran mengikut pemansuhan duti import dan eksais

ke atas barangan petroleum kepada negeri Sabah dan negeri Sarawak adalah

perjanjian Kerajaan Persekutuan yang timbul daripada pemindaan Akta Cukai Jualan

1972 pada 28 Disember, 1999 untuk memenuhi komitmen Malaysia mengenai

perjanjian kawasan perdagangan bebas ASEAN di bawah skim Common Effective

Page 86: DN-16052001

DN.16.5.2001 86

Preferred Tariff ataupun CEPT. Perjanjian ini ada berkaitan dengan hasil

pendapatan kepada negeri Sabah dan negeri Sarawak di bawah Perlembagaan

Malaysia. Di sini, saya ingin meminta penjelasan Menteri Kewangan tentang

perkataan “pemberian sementara” yang digunakan untuk bayaran ini. Bukankah

bayaran mengikut pemansuhan duti import dan eksais ke atas barangan petroleum

kepada negeri Sabah dan negeri Sarawak, bayaran sepanjang masa mengikut

Perlembagaan Malaysia?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin meminta penjelasan tentang timing,

dengan izin, untuk bayaran ini. Sebelum pemansuhan duti import dan eksais ini,

hasil daripada duti import dan duti eksais daripada produk petroleum ini yang

terdapat di negeri Sabah dan negeri Sarawak diterima tiap -tiap bulan tanpa apa-apa

permohonan. Di sini, saya ingin mencadangkan bayaran ini disampaikan kedua-dua

negeri tiap-tiap bulan juga dan seterusnya tanpa apa-apa birokrasi.

Tuan Yang di-Pertua, industri pelancongan merupakan sektor yang penting

dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan juga pertukaran asing. Pelbagai langkah

telah dilaksanakan bagi memesatkan lagi perkembangan sektor ini dan langkah-

langkah mempromosikan Malaysia sebagainya destinasi pelancongan terunggul

akan dilipat gandakan.

Di sini, saya ingin menyentuh tentang alam semula jadi atau eco-tourism,

dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan World Tourism Organization , dengan izin,

terdapat 40 juta orang yang minat dengan alam semula jadi dan jumlah ini

bertambah 30% setiap tahun. Kumpulan ini menyumbangkan USD14 bilion setiap

tahun. Pasaran ini sangat besar dan berpotensi jikalau 1% daripada jumlah ini

sejajar USD140 juta. Sebahagian besar kumpulan peminat alam semula jadi adalah

dari Eropah.

Tuan Yang di-Pertua, permintaan yang meluas di seluruh dunia serta

permintaan produk pelancongan Sabah yang berasaskan kekayaan alam semula

jadi. Satu daripada isu utama dan ke terbatasannya dalam pembangunan industri

pelancongan di Sabah ialah penerbangan secara terus ke Sabah yang terhad.

Untuk menangani masalah kekurangan penerbangan terus antarabangsa ke Sabah,

salah satu cara ialah mengekalkan penerbangan sewa khas ataupun chartered

flights, dengan izin, daripada destinasi antarabangsa dengan memberi insentif dalam

Page 87: DN-16052001

DN.16.5.2001 87

pelbagai bentuk seperti sokongan pengiklanan dan mencatit risalah kepada

pengusaha penerbangan terus sewa khas.

Tuan Yang di-Pertua, justeru itu, saya ingin memohon agar Kerajaan

Persekutuan dapat menambah penerbangan secara terus ke Sabah dan memberi

peruntukan kewangan kepada pengusaha penerbangan terus sewa khas sama ada

melalui kerajaan negeri Sabah ataupun Lembaga Penggalakan Pelancongan

Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, golongan pelancong yang terlibat dalam aktiviti

menyelam kian meningkat. Ini dapat dilihat dengan terdapatnya sejuta orang yang

terlibat dalam aktiviti ini di Jepun, Australia, Korea, Hong Kong, Singapura dan

Malaysia. Tambahan pula, para penyelam ini biasanya terdiri daripada golongan

profesional dan biasanya yang mempunyai kuasa beli yang tinggi. Setiap penyelam

dijangka akan membelanjakan sebanyak RM2,750 dengan jangka masa menginap

sebanyak 5.5 malam. Industri menyelam ialah satu niche market, dengan izin.

Berdasar kepada sumber Malaysia Sport Diving Association, dengan izin, terdapat

kira-kira 50,000 pelancong yang datang ke Malaysia untuk tujuan menyelam dan

40% daripada jumlahnya ialah pergi ke Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, meskipun pelbagai usaha telah dijalankan oleh

kerajaan negeri dan persekutuan bagi meyakinkan para pelancong bahawa Sabah

adalah selamat dikunjungi, namun demikian, publisiti negatif ini telah menyebabkan

penyelam merasa was-was dengan kerajaan ini. Meskipun tidak berlaku pembatalan

secara besar-besaran, tetapi tempahan baru amatlah terhad. Oleh itu, untuk

menembusi pasaran pulangan tinggi ini, usaha dan langkah pemulihan menyelam

seharusnya merupakan fokus penting untuk mengekalkan imej negara sebagai

destinasi menyelam unggul di rantau ini. Kempen mempromosikan industri

menyelam secara besar-besaran bagi memberi keyakinan kepada penyelam bahawa

Sabah adalah selamat dikunjungi adalah dialu-alukan .

Tuan Yang di-Pertua, dengan permintaan ini, saya juga menyokong penuh ke

atas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2000 dan 2001) 2001 ini.

Sekian, terima kasih. .

Tuan Yang di-Pertua: Tuan M. Ratnam.

Page 88: DN-16052001

DN.16.5.2001 88

3.54 ptg.

Tuan M. Ratnam: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin

membahas di atas Anggaran Perbelanjaan Tambahan Ketiga 2000, Kertas Perintah

7A tahun 2001.

Dalam anggaran ini, untuk B.40 - Jabatan Penjara, anggaran asal pada tahun

2000 ialah RM176, 717,300. Sekarang, tambahan yang perlu ialah RM25,199,600.

Ini berjumlah RM201,916,900. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada

Kementerian Kewangan kerana telah mengadakan peruntukan sebanyak lebih RM25

juta itu. Saya juga sebagai seorang pelawat hakim Penjara Sungai Buloh telah

melawat Penjara Sungai Buloh yang telah dibina beberapa tahun dahulu. Penjara

Sungai Buloh itu boleh memuatkan 2,500 orang sahaja tetapi sekarang, dia ada

3,503 orang.

Angka ini saya dapat apabila saya melawat lebih kurang sebulan yang lalu.

1,719 Melayu, 436 Cina, 709 orang India dan kes sabitan 639 orang dan jumlahnya

3,503 orang. Saya mendapati bahawa di penjara itu, bantal dan tilam adalah untuk

2,500 orang sahaja dan yang berlebihan itu tidak ada bantal untuk tidur.

Ini diberitahu apabila saya buat lawatan baru-baru ini. Dan juga kakitangan

yang ada di situ pada masa sekarang ialah 600 orang sahaja. 600 orang ini adalah

mencukupi untuk menjaga 2500 penjenayah dalam penjara itu. Jadi saya diberitahu

bahawa kakitangan adalah kurang dan oleh sebab itu, kakitangan yang ada di situ

perlu kerja lebih masa tanpa dibayar kerja lebih masa itu. Hendak ambil cuti pun

susah. Jadi saya minta supaya kakitangan di penjara itu diberi iku t dengan orang

yang ada dalam penjara itulah.

Saya juga diberitahu, oleh sebab banduan yang berlebihan, penjara juga

tidak dapat menjalankan kursus-kursus pemulihan untuk penjenayah-penjenayah itu.

Mungkin masa sudah sampai bagi kerajaan untuk mengadakan satu lagi penjara

kerana sekarang tiap -tiap hari kita baca dalam surat khabar, pendatang asing

ditangkap dan dimasukkan ke situ juga. Kerana dia datang tanpa kelulusan.

Dalam jel itu juga bukan semua orang sihat. Ada 120 orang HIV cases. Jadi

apabila orang yang sakit HIV itu perlu dibawa ke mahkamah , tangan dia digari oleh

pegawai penjara itu. Jadi tiada perlindungan. Sekarang saya diberitahu dia orang

ikat satu kain, lepas itu dia gari tangannya pula supaya dia punya apa -apa tidak kena

dengan pegawai, jadi tidak berjangkit. Jadi pegawai-pegawai seperti ini perlu diberi

Page 89: DN-16052001

DN.16.5.2001 89

bayaran tambahan risk allowance kerana dia expose dengan izin, ke satu risk yang

sangat tinggi. Ini adalah mustahak.

Semasa saya melawat juga, saya dapat tengok ajaran agama kepada budak-

budak yang beragama Islam, bagus, tahniah kepada pengurusan penjara itu tetapi

di masa yang sama, budak-budak yang bukan beragama Islam tidak ada apa-apa

ajaran. Tempat penjara itulah mustahak, baik bagi kerajaan mengaturkan untuk

mengadakan kelas-kelas ajaran agama kepada yang bukan beragama Islam juga.

Ini satu perkara yang penting. Itu mengenai penjara itulah.

Saya juga ingin memberitahu Yang Berhormat-Yang Berhormat, sekarang

saya juga ada khuatir sikitlah kerana PAS dalam dia punya Mesyuarat Dewan

Undangan Negeri Pahang, salah seorang tokoh PAS itu telah mengatakan apabila

PAS tubuh kerajaan, Kerajaan Pusat barangkali, kerajaan negeri ini barangkali dia

akan musnahkan patung-patung agama yang lain , yang bukan Islam. Islam memang

tidak ada patung kan? Jadi ini satu perkara yang menakut-nakutkan orang-orang

yang bukan beragama Islam.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusof: Yang Berhormat minta jelas sikit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya mencelah tentang persoalan patung

tadi. Saya rasa Dewan yang mulia ini telah diberi penjelasan oleh Yang Berhormat

Ustaz Hassan Haji Shukri tentang kedudukan patung , sebagai mana patung ini

sebenarnya kita sebagai mana bukti di negeri Kelantan , Kelantan di bawah

pemerintahan PAS selama 29 tahun tetapi kita tidak buang patung -patung sama ada

patung besar ataupun patung kecil. Jadi ini satu kenyataan yang silap. Saya harap

Yang Berhormat jangan buat sangkaan yang tidak betullah sebab telah diberi

penjelasan.

[Timbalan Yang Di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Saya hendak tanya kepada Yang

Berhormat. Dia kata negeri Kelantan tidak ada patung yang dirobohkan, saya

diberitahu kijang-kijang sudah dirobohkan dan Terengganu penyu pun dirobohkan.

Jadi ini tidak betul Yang Berhormat.

Timbalan Yang Di-Pertua: Jemput Yang Berhormat.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusof: Tuan Yang di-Pertua, yang

dimaksudkan ialah patung yang melibatkan agama, mengikut kepercayaan agama.

Macam kijang dan penyu itu tidak melibatkan agama. Jadi maknanya kita sebagai

Page 90: DN-16052001

DN.16.5.2001 90

seorang Islam menghormati agama lain. Masalah penyu dan kijang ini tidak sedikit

pun melibatkan mana-mana agama.

Tuan M. Ratnam: Terima kasih Yang Berhormat tetapi sehingga hari

sekarang, orang yang kata itu dalam Dewan Undangan Negeri belum tarik balik apa

yang dia kata. Betullah dalam Dewan ini saudara saya Yang Berhormat Ustaz

Hassan ada memberi sedikit penjelasan tetapi daripada pandangan saya penjelasan

sahaja tidak mencukupilah.

Dengan kata-kata itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Anggaran

Perbelanjaan Ketiga 2000, Kertas Perintah 7A tahun 2001.

Sekian terima kasih.

Timbalan Yang Di-Pertua: Jemput Yang Berhormat.

4.02 ptg.

Tuan M. Saravanan: Salam sejahtera dan selamat petang Tuan Yang di-

Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya

untuk berbahas ke atas rang undang-undang Anggaran Perbelanjaan Tambahan

2000/2001.

Sebelum saya memulakan ucapan terlebih dahulu saya ingin mengucapkan

terima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri

kita yang disegani Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad

kerana melantik saya sebagai Ahli Dewan Negara dan saya juga ingin mengucapkan

terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri S. Samy Vellu, Presiden MIC

merangkap Menteri Kerja Raya kerana telah mencalonkan nama saya ke jawatan

yang mulia ini. Saya amat terharu dengan kepercayaan dan keyakinan yang telah

diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada saya. Demi

keyakinan dan kepercayaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri maka saya

berjanji akan memberikan komitmen yang sepenuhnya tanpa mengira onak dan duri

yang mendatang untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada saya.

Saya juga berjanji akan mempertahankan segala amanat serta kepercayaan yang

diberikan kepada saya.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Memandangkan inilah

julung kalinya saya berucap di Dewan yang sungguh gah ini, oleh kerana masa tidak

mengizinkan saya dengan panjang lebar saya tidak berniat untuk berucap panjang

lebar.

Page 91: DN-16052001

DN.16.5.2001 91

Sepanjang Enam hari yang lalu kita telah dihidangkan dengan hujah -hujah

yang cukup bernas daripada Ahli-ahli Yang Berhormat mengena i pelbagai aspek.

Pada hari ini saya tidak berniat untuk menyentuh isu -isu yang telah pun dibangkitkan

di Dewan yang mulia ini. Sebagai permulaan saya ingin menyentuh sedikit sebanyak

terhadap masalah -masalah yang dihadapi oleh golongan rakyat yang berpendapatan

rendah dan sederhana serta cara-cara bagaimana kita sebagai kerajaan yang

prihatin boleh membantu mereka walaupun kemiskinan serta pembangunan yang

rendah di kalangan masyarakat berpendapatan rendah ini tidak begitu serius tetapi

kecacatan ini merupakan satu noda hitam di sebuah negara yang sedang

membangun serta bersaing dengan negara-negara yang telah pun menuju ke arah

kemajuan yang pesat.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kerajaan berhasrat untuk menghapuskan

kawasan-kawasan setinggan di seluruh negara khususnya di Lembah Klang sebelum

tahun 2005. Ini merupakan satu langkah yang bijak dan tepat pada masanya seperti

mana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum kerajaan memang berhasrat untuk

menempatkan semula masyarakat setinggan ini di rumah-rumah pangsa kos rendah

dan sederhana. Dalam proses penempatan ini kerajaan haruslah memastikan

beberapa faktor-faktor penting.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Di sini saya ingin

menyentuh tentang penyediaan rumah-rumah pangsa kos rendah dan sederhana.

Walaupun rumah-rumah ini kelihatan sempurna tetapi terdapat sedikit kecacatan

dalam pelan pembangunan rumah-rumah kos rendah ini. Sebagai contoh pelan

pembangunan ini tidak mengambil kira masalah yang mungkin dialami oleh golongan

warga tua serta golongan yang kurang upaya. Adalah menghairankan saya ,

mengapa rumah-rumah pangsa setinggi lima tingkat ini tidak mempunyai kemudahan

lif. Jika dipandang dengan teliti, kemudahan ini adalah amat penting. Bagi kita yang

berada dalam Dewan yang mulia ini seperti Dato’ Aziz dan Dato’ Profesor T.

Marimuthu menaiki tangga walaupun ke tingkat sepuluh tidak menjadi satu masalah

tetapi bagaimana pula golongan warga tua dan mereka yang kurang upaya.

Cubalah fikir sebagai insan yang berperike manusiaan, betapa sukar untuk

mengharungi kehidupan se harian dengan menaiki tangga setinggi lima tingkat

setiap hari.

Ahli-ahli Yang Berhormat, cubalah kita meletakkan diri kita dalam keadaan

tersebut untuk memahami perasaan seperti pepatah Melayu, berdiri sama tinggi,

Page 92: DN-16052001

DN.16.5.2001 92

duduk sama rendah. Selain daripada warga tua ataupun lebih tepat mengikuti

saranan Yang Berhormat Datuk Ghazi, warga emas dan golongan kurang upaya kita

juga harus memberi perhatian kepada golongan wanita. Saya cukup yakin wanita -

wanita yang berada di dalam Dewan yang mulia ini sedar betapa susahnya menaiki

tangga sewaktu sedang hamil. Isu ini mungkin tidak terlintas dalam pemikiran

pemaju memandangkan kebanyakan yang terlibat dalam proses perancangan

pembinaan rumah-rumah ini adalah golongan lelaki serta tujuan utama pemaju

adalah untuk mengaut keuntungan. Lantaran itu pemaju cuba mengurangkan kos

dengan tidak menyediakan kemudahan lif.

Ahli-ahli Yang Berhormat, pemikiran seperti ini perlu dibanteras. Satu lagi

masalah yang dihadapi oleh masyarakat yang tinggal di rumah pangsa tanpa lif ini

ialah semasa berlaku kematian. Kesukaran dihadapi apabila membawa turun naik

jenazah dari tingkat bawah ke atas. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah

sekurang-kurangnya pemaju perlu menyediakan satu lif khas untuk menangani

masalah-masalah ini. Oleh yang demikian, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin

sudah sampai masanya kita menitikberatkan perkara -perkara yang mungkin

dianggap remeh-temeh selama ini. Kementerian Perumahan Dan Kerajaan

Tempatan haruslah mengkaji semula syarat-syarat pembinaan rumah pangsa

sebelum diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Barisan

Nasional telah banyak berusaha untuk mewujudkan para cendekiawan-cendekiawan

dan intelektual-intelektual yang bakal menjadi tulang belakang negara ini. Di antara

usaha kerajaan ialah menanam sikap membaca di kalangan rakyat Malaysia dan

sikap ini telah cuba disemaikan sejak kecil lagi iaitu di peringkat akar umbi. Saya

amat menyokong usaha kerajaan yang menyediakan kemudahan-kemudahan

seperti dewan orang ramai, tempat beribadat, tadika, sekolah dan sebagainya di

kawasan-kawasan perumahan bagi masyarakat untuk menggunakannya dengan

sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, saya percaya perlu dipe rtingkatkan lagi

terutamanya dengan memastikan adanya satu mini library dengan izin, di setiap

kawasan perumahan. Langkah ini akan memberi peluang kepada setiap lapisan

masyarakat khususnya kanak-kanak untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan

memupuk minat membaca.

Dengan adanya sebuah perpustakaan di setiap kawasan perumahan maka ia

membolehkan anak-anak muda kita di kawasan perumahan tersebut untuk

Page 93: DN-16052001

DN.16.5.2001 93

menghabiskan masa lapang mereka dengan berfaedah. Ini sedikit sebanyak dapat

juga mengurangkan budaya lepak di kalangan remaja.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, satu lagi isu yang ingin

saya bangkitkan pada petang ini adalah mengenai pendidikan bahasa ibunda (POL).

Sehubungan dengan perkara ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita atas pengumuman

beliau untuk melatih lebih ramai guru -guru untuk mengajar bahasa -bahasa ibunda di

sekolah-sekolah.

Ini membuktikan keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

terhadap kaum-kaum lain di Malaysia. Saya bersetuju benar dengan usaha murni

Yang Amat Berhormat tetapi apa yang perlu kita fahami di sini adalah kelas-kelas

bahasa ibunda ini biasanya diadakan di luar waktu persekolahan iaitu pada waktu

petang ataupun pada hari Sabtu.

Ini juga merupakan satu faktor kenapa ramai murid-murid tidak mahu

menghadiri kelas POL tambahan pula ibu bapa juga berasa keberatan untuk

menghantar dan mengambil anak-anak mereka pada waktu luar persekolahan.

Lantaran itu perlulah kita mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk

mengatasi masalah ini atau kata lain kita masih ada ruang untuk memperbaiki

keadaan ini.

Apa yang kerajaan harus lakukan di sini adalah perlu mengadakan kelas-

kelas bahasa ibunda ini pada waktu-waktu persekolahan iaitu dengan

menjadikannya sebagai satu mata pelajaran di dalam sukatan mata pelajaran.

Dengan ini usaha kerajaan untuk mengajar bahasa ibunda akan lebih berkesan serta

membuahkan hasil yang memanfaatkan.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, satu lagi isu yang

sentiasa merisaukan kaum keturunan India di Malaysia ialah mengenai cuti umum

untuk perayaan Thaipusam. Sebagaimana kita semua ketahui, orang India juga kuat

berpegang kepada agama serta kepercayaan dan kebanyakan orang-orang India di

Malaysia adalah beragama Hindu.

Salah satu perayaan kaum Hindu yang disambut secara meriah adalah

perayaan Thaipusam. Walaupun perayaan ini merupakan perayaan orang Hindu

tetapi yang kita semua ketahui perayaan ini bukan sahaja disertai oleh kaum Hindu

tetapi juga pelbagai kaum yang lain di Malaysia dan juga turut disaksikan oleh

Page 94: DN-16052001

DN.16.5.2001 94

pelancong-pelancong asing yang datang dari pelosok dunia. Ia merupakan salah

satu daya tarikan pelancong untuk mengunjungi negara ini.

Apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah Thaipusam merupakan

perayaan tunggal di Malaysia yang dihadiri oleh lebih dari sejuta orang terutamanya

kaum India dari seluruh negeri di Malaysia. Tetapi malangnya, kerajaan hanya

meluluskan cuti umum untuk penduduk-penduduk negeri Pulau Pinang, Selangor,

Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Apa salahnya sekiranya kerajaan meluluskan cuti

umum untuk negeri-negeri lain seperti Pahang, Kedah, Perlis, Melaka dan juga Kuala

Lumpur. Memanglah patut sekiranya Kelantan dan Terengganu tidak diberikan cuti

umum pada hari Thaipusam tetapi apakah rasionalnya negeri-negeri yang tidak

diberikan cuti umum.

Di sini saya ingin menyeru kerajaan supaya memberi pertimbangan yang

sewajarnya terhadap isu ini. Apa yang ingin saya cadangkan di sini ialah sekiranya

sukar untuk menambahkan cuti umum yang sedia ada di negara ini, maka kerajaan

boleh mempertimbangkan untuk menggantikan cuti minggu ketiga hari Sabtu kepada

cuti Thaipusam pada bulan Februari setiap tahun. Saya merayu kepada kerajaan

supaya mengkaji semula serta memberi pertimbangan yang serius permintaan ini.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya mengakhiri

ulasan saya, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai isu kuota kemasukan ke

universiti yang sedang menjadi isu yang cukup hangat diperkatakan dan juga

membimbangkan setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan belia bukan

bumiputera yang turut mendokong cita-cita serta impian yang tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya memulakan

ulasan saya yang terakhir ini, saya ingin merayu kepada semua Ahli Yang Berhormat

dan juga pihak media massa supaya jangan menyalah tafsirkan ulasan saya ini.

Saya tidak berniat sama sekali untuk melukakan hati mana-mana pihak atau

mempersoalkan hak istimewa yang sedia ada untuk mana-mana kaum tertentu.

Saya hanya ingin mempertahankan kepentingan kaum lain yang juga

merupakan sebagai rakyat Malaysia yang tetap mempertahankan negara ini sebagai

negara ibunda daripada segala ancaman yang tidak diingini sekiranya perlu.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, adalah menjadi

tanggungjawab kita semua sebagai kerajaan yang prihatin untuk memberikan

peluang pendidikan yang sewajarnya kepada para pelajar bagi memastikan agar

masa depan mereka terutamanya bagi mereka yang telah memperolehi keputusan

Page 95: DN-16052001

DN.16.5.2001 95

yang cemerlang terjamin. Saya bersetuju benar bahawa Barisan Nasional setakat ini

telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dalam memberikan pendidikan

yang sewajarnya kepada rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum tetapi

malangnya, masalah telah menonjolkan dirinya sejak kebelakangan ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti yang kita semua sedia maklum,

penempatan sistem kuota dalam pemilihan pelajar ke menara gading iaitu 55% untuk

kaum bumiputera dan 45% untuk bukan bumiputera adalah satu perka ra yang telah

dipersetujui oleh semua pihak selama ini. Sehingga kini tidak ada masalah serius

yang timbul dalam proses ini. Justeru itu saya merayu kepada Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri yang kita sayangi dan juga Tan Sri Menteri Pendidikan

supaya tidak mengubah persetujuan sedia ada dalam peratusan sistem kuota ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, sebarang peningkatan dalam

peratusan kuota bumiputera ini mungkin akan menjejaskan masa depan serta impian

belia-belia yang bukan bumiputera khususnya kaum keturunan India yang

merupakan sebagai golongan minoriti. Ini sedikit sebanyak akan menjejaskan

pandangan serta kesetiaan kaum bukan bumiputera terhadap Kerajaan Barisan

Nasional.

Sebenarnya kaum bukan bumiputera juga merupakan sebagai rakyat

Malaysia yang taat serta menyokong kerajaan. Apalah salahnya sekiranya kaum ini

diberi sedikit kepentingan. Saya tidak meminta supaya kerajaan meningkatkan

peratusan kuota bukan bumiputera melebihi kaum bumiputera tetapi saya hanya

meminta kerajaan supaya tidak membuat sebarang perubahan dalam sistem kuota

yang sedia ada ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan sistem kuota yang

sedia adapun ramai pelajar-pelajar cemerlang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke

universiti tempatan, apatah lagi jika peratusan kuota kaum bukan bumiputera

dikurangkan. Ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan benci terhadap

kerajaan. Mungkin juga akan timbul perasaan benci terhadap pendidikan di hati

pelajar-pelajar bukan bumiputera kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran ke

menara gading, walaupun mereka mempunyai segala kelayakan untuk berbuat

demikian. Tidakkah ini akan mendorong mereka untuk terjebak ke alam jenayah dan

maksiat dan turut menjadi warganegara yang tidak berguna kepada masyarakat dan

negara.

Page 96: DN-16052001

DN.16.5.2001 96

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya bermati-matian ingin

mempertahankan peratusan sistem kuota yang sedia ada ini. Bukan kerana tidak

mahu kaum bumiputera dalam perutusan tetapi ingin mempertahankan pelajar-

pelajar yang bukan bumiputera yang miskin dan yang layak mendapat pendidikan

tinggi. Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah tidak perlulah kita mengungkit-

ungkitkan sistem kuota ini lagi seperti mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

berkata kualiti di kalangan graduan mestilah diambil kira.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekiranya kerajaan masih

lagi tetap ingin mengubah peratusan sistem kuota ini, saya merayu kepada pihak

kerajaan khasnya Tan Seri Menteri Pendidikan supaya mengambil kira langkah-

langkah alternatif untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh kaum bukan

bumiputera untuk memasuki universiti.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, apa yang kita minta daripada

kerajaan hanyalah sedikit keprihatinan terhadap pelajar-pelajar yang cemerlang

tetapi kurang keupayaan dari segi kewangan. Untuk memberi peluang kepada

mereka melanjutkan pelajaran ke puncak menara gading, salahkah kita minta belas

ihsan ini daripada kerajaan memandangkan kaum bukan bumiputera juga

merupakan rakyat Malaysia yang lahir, dibesarkan, dididik, dibudayakan dan inilah

juga tanah air di mana mereka akan menghembuskan nafas terakhir mereka. Saya

merayu kepada pihak kerajaan supaya mempertimbangkan isu ini secara rasional.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, rumusannya kebanyakan

pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan berasal daripada

golongan berpendapatan rendah. Bagi golongan yang berada mereka mampu

menghantar anak-anak mereka ke universiti swasta di dalam dan di luar negara

untuk melanjutkan pelajarannya.

Sekiranya permohonan mereka ditolak di universiti-universiti tempatan tetapi

keadaan ini tidaklah sama dengan golongan-golongan yang berpendapatan rendah

dan sederhana yang sentiasa mengharap kemasukan ke universiti-universiti awam

kerana kos perbelanjaan yang rendah.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, para pelajar terlibat

dalam masalah ini kebanyakan adalah golongan belia iaitu mereka yang berumur di

antara 18 hingga 21 tahun. Pada usia yang begitu muda, golongan ini mudah

dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif sekiranya kita gagal menjanjikan masa depan

yang terjamin kepada mereka. Maka, akan tertanamlah perasaan benci terhadap

Page 97: DN-16052001

DN.16.5.2001 97

kerajaan dan juga negara. Ini akan mendorong mereka untuk melibatkan diri di

dalam kegiatan dan gejala-gejala yang tidak diingini.

Adalah menjadi idaman setiap pelajar untuk ke menara gading apabila

mereka telah belajar bersungguh-sungguh dan memenuhi pra syarat yang diwujud

untuk ke universiti dan apabila mereka dinafikan sesuatu tempat, bayangkanlah

perasaan benci yang akan tertanam di jiwa mereka terhadap kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya apabila yang ingin saya

cadangkan di sini ialah kerajaan perlu menangani isu ini dengan lebih rasional dan

teliti di mana pelan -pelan spesifik diwujudkan dan sekiranya perlu lebih banyak

universiti harus didirikan ataupun menyediakan program-program pendidikan jarak

jauh dengan kerjasama universiti-universiti swasta tempatan. Kerajaan juga boleh

mewujudkan atau memperkenalkan bantuan pinjaman khas kepada pelajar-pelajar

yang layak yang tidak berjaya menempatkan diri di universiti-universiti awam.

Ahli-ahli Yang Berhormat, selain daripada sistem kuota ini saya ingin juga

memberi sedikit gambaran mengenai penawaran kursus kepada pelajar-pelajar ke

universiti. Baru -baru ini wujud banyak kes di mana pelajar-pelajar ditawarkan kursus

lain selain daripada kursus yang diminta atau diminati oleh mereka. Sebagai contoh,

pelajar yang mempunyai kelayakan untuk kursus perniagaan telah memohon untuk

kursus perniagaan, akan tetapi ditawarkan kursus wartawan. Mungkin bagi pihak

kerajaan ini adalah rasional kerana pelajar itu telah ditawarkan tempat di universiti

walaupun mereka ditawarkan kursus yang tidak diminati.

Tetapi sekiranya dilihat daripada sudut lain ia sebenarnya tidak

mendatangkan sebarang faedah manfaat, ini kerana minat pelajar berkenaan bukan

dalam bidang yang ditawarkan. Mungkin pelajar yang menerima tawaran

memandangkan mereka tidak mampu melanjutkan pelajaran di kolej-kolej swasta.

Tetapi persoalan, bolehkah mereka menjadi pelajar yang cemerlang dalam bidang

yang tersebut. Ini akan menjadi tanda tanya. Tambahan pula pelajar-pelajar ini tidak

boleh mencungkil kebolehan atau kaliber mereka dalam bidang tersebut kerana tidak

mempunyai minat dan asas dalam bidang tersebut. Kerajaan mungkin akan

kehilangan seorang berkaliber dalam bidang tertentu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, siapakah sebenarnya yang rugi, kerajaan atau

pelajar. Tegasnya , kita masih lagi mempunyai ruang untuk memperbaiki kesilapan ini

seperti kata pepatah 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna'.

Page 98: DN-16052001

DN.16.5.2001 98

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai akhir kata, saya

sebagai insan yang tidak boleh melarikan diri daripada kesalahan dan kesilapan,

saya memohon ampun dan maaf sekiranya ulasan yang julung kali telah melukai hati

dan perasaan mana-mana pihak walaupun saya tidak berniat untuk berbuat

demikian. Dengan ini, saya juga turut menyokong Rang Undang-undang Perbekalan

Tambahan (2000 dan 2001) 2001. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Dijemput Yang

Berhormat Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman.

4.23 ptg.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun

untuk menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2000 dan 2001)

2001 yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan setinggi tahniah terutama sekali di

atas pembentangan Jadual Kedua, Seksyen 3 di bawah B.18, Kementerian

Perusahaan Utama sejumlah RM300 juta. Sesungguhnya, RM300 juta ini tidak

banyak dari segi keperluan pekebun-pekebun kecil getah dan kelapa sawit, tetapi

ianya membawa erti yang begitu besar kepada mereka. Dan ini menunjukkan

Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin bagi menentukan tidak ada lapisan

masyarakat yang sekiranya tergugat dari segi faktor-faktor luaran dan dalaman

terbiar dan terpinggir oleh Kerajaan Barisan Nasional. RM300 juta ini saya

perhatikan kalau kita tengok dari segi kelapa sawit sahaja, jumlah kelapa sawit yang

dibangunkan oleh pekebun-pekebun kecil pada tahun 1999 berjumlah 286,513

hektar. Ini merupakan satu kawasan yang amat luas, lebih kurang 10% daripada

jumlah 3.3 juta hektar. Jadi, ramai yang melibatkan diri dari segi untuk

membangunkan skim pekebun kecil kelapa sawit ini.

Saya minta pihak kerajaan, dalam usaha-usaha yang dijalankan sekarang ini

memang sudah baik. Terutama sekali baru -baru ini kita dapat tahu timbal dagang

antara India dengan Malaysia dan China dengan Malaysia, kita harapkan ianya

dapat diperluaskan lagi. Sungguhpun dalam masa lima tahun akan datang nilai

barter trade antara India dengan Malaysia mungkin mencecah US$1.8 bilion, kita

minta kalau dapat pihak kerajaan meluaskan lagi kegiatan barter trade ini ke negara -

negara yang memerlukan minyak kita, negara-negara baru.

Saya ingin mengesyorkan supaya negara-negara satelit Russia dahulu di

mana Chechnya dan juga Asia Tengah yang banyak mempunyai bahan mentah

Page 99: DN-16052001

DN.16.5.2001 99

seperti minyak dan juga tenaga mahir dari segi pengurusan, dari segi sains dan

teknologi, kita gunakan sistem barter trade ini dengan kelapa sawit kita atau getah

supaya mereka ini dapat memberi kita dari segi keupayaan intelek, sains dan

teknologi. Dari segi ini mereka memang canggih. Russia sekarang tidak mampu lagi

untuk meningkatkan pembangunan dan penyelidikan. Kalau kita dapat mengambil

alih, saintis-saintis yang wujud di negara ini untuk berpindah ke Malaysia dan kita

beri kewangan untuk meneruskan penyelidikan dan pembangunan di negara kita,

saya rasa ini akan mempunyai pulangan modal jangka panjang yang lebih tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu juga, kegunaan-kegunaan alternatif

yang sekarang ini diterokai oleh Kementerian Perusahaan Utama terutama sekali

dari segi kelapa sawit, minyak sawit, kita juga inginkan mereka memperluaskan

terutama sekali dari segi getah. Saya difahamkan satu ketika getah ini boleh

digunakan untuk menurap jalan raya besar-besar ini. Jadi, kalau sekiranya getah

boleh menjadi satu chemical component kepada projek-projek jalan-jalan besar di

tanah air dan juga di India dan di mana-mana tempat sekalipun yang memerlukan,

bolehkah tidak getah ini kita popularkan menerusi cara ini.

Saya minta kalau boleh kementerian mencari jalan kegunaan alternatif getah

ini supaya ianya tidak hanya ditujukan kepada pembuatan tayar ataupun diadunkan

dengan getah synthetic untuk membuat produk-produk yang lain, tetapi kita gunakan

untuk menurap jalan dan juga sistem-sistem yang lain, sistem pembangunan dari

segi infrastruktur yang boleh menggunakan getah sebagai satu bahan baru.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang B.7, Jabatan

Perdana Menteri. Kini RM15 diperuntukkan sebagai tambahan pada tahun 2000 dan

ini menokok tambah kemungkinan dari segi 'peruncitan' yang sekarang ini giat

diusahakan oleh PROSPER. Tetapi sejarah....

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Long bin Jidin minta

laluan. Dijemput Datuk Long.

Datuk Long bin Jidin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana diberi

laluan. Saya ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Dato' Aziz sebab

Dato’ Aziz ini memang pakar dalam bidang pemasaran yang saya tahu sebab dia

duduk banyak tempat dahulu memang tahu banyak tentang pemasaran. Saya

hendak tahu penjelasan daripada Dato' Aziz ataupun pandangan. Kita tengok

kembali kepada kelapa sawit, yang menerima beban daripada kejatuhan harga

kelapa sawit ini adalah pekebun-pekebun kecil yang menjadi agen pengeluaran.

Page 100: DN-16052001

DN.16.5.2001 100

Kita hendak tahu sebenarnya adakah keluaran yang dikeluarkan oleh

pekebun-pekebun kecil ini sebenar-benarnya mencerminkan harga kelapa sawit

sebenar di peringkat akhir. Kemungkinan saya rasa harga kelapa sawit yang

dikeluarkan oleh pekebun kecil ini dikaut keuntungannya oleh pihak pengilang dan

pihak pengeksport. Apa kata, sebagai contohnya pengeluar kelapa sawit dalam

bentuk timbangan buah, manakala kilang, kilang boleh jual bukan sahaja minyak

tetapi PKE, PKC dan mungkin ada lagi nilai tambah bahan lain daripada buah sawit

dengan harga yang mungkin lebih daripada pihak pengeluar. Kenapa tidak semua

perkara ini daripada kulit sampailah ke isi termasuk hampas diberikan

sebahagiannya kepada pengeluar. Bagaimana caranya, minta pandangan Dato'

Aziz. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Dato' Aziz.

Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya bukan

pakar. Berkenaan dengan minyak sawit ini, sebenarnya ianya selain daripada

kemungkinan ada kebocoran dari segi keuntungan yang dibuat oleh sistem integrasi

antara pengeluar, pengilang dan juga pemasar dan pengeksport, tetapi akhirnya

harga pasaran dunia menentukannya. Akhirnya, supply and demand, dengan izin,

menentukan kelapa sawit kita dan juga alternatif kegunaan.

Kita dengar baru-baru ini India misalnya, mengenakan satu cukai yang begitu

tinggi kepada minyak sawit sampai dekat 80%, 90% dibandingkan dengan minyak

soya hanya 40% hingga 45%. Cuba bayangkan perbezaan dekat 40%. Soalnya

sekarang ini, pemasaran dari segi kegunaan kepentingan.

Tuan Yang di-Pertua, pada satu ketika dahulu, saya ingin mengumumkan di

Dewan yang mulia ini, semasa saya bertugas di tempat lain, saya bawa peneroka -

peneroka FELDA, pergi berjumpa dengan Mallot, masa itu ambassador Amerika ,

Mallot saya rasa, kalau saya tidak lupa, bawa dekat 20, 30 orang ke sana dengan

beratus-ratus menunggu di bawah ini untuk membuat satu protes kepada pengeluar

minyak soya di Amerika yang berkempen secara besar-besaran yang menggunakan

wang ringgit, advertisement di seluruh dunia dia buat, mengatakan minyak kelapa

sawit kita ini tidak berguna, minyak kelapa sawit ini dari segi kegunaannya

memudaratkan kesihatan, cholesterol tinggi, sampai begitu sekali sehinggakan ia

menjejaskan waktu itu, pembelian minyak sawit kita di peringkat antarabangsa.

Lepas itu baru kita buat satu kempen semu la, a counter campaign, kempen

balas sehinggakan kita melantik seorang bekas Esso sahabat kita, seorang yang

Page 101: DN-16052001

DN.16.5.2001 101

berpengalaman dalam bidang dengan Amerika ini melantik dia menjadi pelobi di

peringkat Amerika untuk menentukan supaya minyak sawit ini menentukan apa dia

khasiat sebenarnya, rupanya minyak sawit ini baik sangat, ia mempunyai vitamin E

dan vitamin E ini amat baik kepada kita, te rutama kita yang sudah berumur ini ia baik

sangat. Dan sebab-sebabnya saya akan cerita selepas Dewan kepada Datuk Long,

sungguhpun dia mahir dari segi Tongkat Ali tetapi minyak sawit ini rupanya ada juga

ciri-ciri kekuatan semacam itu.

Tuan Yang di-Pertua, jadi, …..

Datuk Long bin Jidin: Tuan Yang di-Pertua, ia untuk kegunaan mencegah

kemandulan khas untuk Dato’ Abdul Aziz. Vitamin E ini saya bukan doktor, tetapi

saya bertanya kepada ramai doktor, Dr. Charlie tidak ada, vitamin E ini khusus

kebaikan untuk orang-orang tua yang sudah tidak boleh produktif lagi. Ia bagus

untuk orang-orang yang mandul supaya mereka lebih banyak anak. Itu dia kebaikan

vitamin E. Terima kasih.

Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, dan saya

bukan dalam kalangan yang tua-tua. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua: Saya pun bukan juga. [Ketawa]

Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, jadi, kempen

secara besar-besaran untuk menentukan minyak sawit kita ini boleh diterima bukan

sahaja oleh sesebuah negara setanding dengan minyak soya, sekarang ini dari segi

perlawanan pertandingan, dari segi pasaran dunia minyak sawit dengan minyak

soya, jadi kalau India misalnya terpaksa menentukan cukai sampai 90% kepada

minyak sawit, kita terpaksa melobi.

Jadi, sekarang ini saya mintalah Kementerian Perusahaan Utama

menguatkan lagi lobi ini, jangan hanya memasarkan produk tetapi melobi untuk

mendapat keistimewaan-keistimewaan cukai, banyak lagi keistimewaan, mesti kita

cari jalan, hendak jual produk satu perkara, tetapi hendak melobi mendapat

kemudahan-kemudahan, selain daripada kita memberikan kemudahan kredit untuk

negara-negara yang membeli minyak kita termasuk Cuba dan sebagainya, tetapi

kemudahan-kemudahan untuk mendapat akses kepada pasaran sesebuah negara

dan benteng-benteng seperti cukai-cukai itu dapat kita kalau tidak hapuskan,

sekurang-kurangnya setanding dengan minyak soya.

Page 102: DN-16052001

DN.16.5.2001 102

Jadi, ini saya minta pihak kerajaan, Kementerian Perusahaan Utama lebih

proaktif mencari jalan, bukan pemasaran sahaja, mencari jalan kemudahan akses

kepada pasaran dengan layanan yang sama yang diberi kepada minyak-minyak lain.

Saya hendak menyebut B.7 – Jabatan Perdana Menteri. Tuan Yang di-

Pertua, B.7 – RM15 juta yang akan digunakan untuk kegiatan peruncitan yang kini di

bawah PROSPER. Sejarah kita, Tuan Yang di-Pertua, kalau dilihat dari segi sejarah

Dasar Ekonomi Baru misalnya, pewujudan Pernas, saya telah sebutkan dahulu,

pewujudan Pernas, asal usulnya Pernas diwujudkan ialah selepas Mei 13 untuk

menentukan sistem peruncitan makanan dan barang-barang lain yang fundamental,

yang basic dapat kita salurkan menerusi kedai-kedai bumiputera. Itu mula-mulanya.

Tetapi sekarang ini Pernas telah pun diswastakan, sungguhpun objektif utama dari

segi hendak membanyakkan peruncitan Melayu, waktu itu bumiputera, tidak sampai

kepada tahap yang kita idam-idamkan, sudah diswastakan.

Lepas itu kita tanya pula, Pernas Trading, saya pernah satu bulan bekerja

dengan Pernas, Tuan Yang di-Pertua, saya tahu, mula-mula saya melihat Pernas

ditubuhkan, ini menunjukkan umur saya sudah tua, tetapi saya belum tua. Pernas

pada waktu itu menjuruskan dari segi Pernas Edar untuk mencari jalan supaya

peruncit-peruncit bumiputera dapat akses kepada pengedar.

Sekarang kita melihat PROSPER, ia hendak membanyakkan peruncit-

peruncit, tetapi kita mesti tackle, kita mesti mendapat pendekatan secara bersepadu,

ini satu piramid, Tuan Yang di-Pertua. Peruncit di bawah sekali, yang besar sekali

peruncit. Tetapi di tengah-tengah ada pengedar, di atas sekali ialah pembuat-

pembuat, pengilang -pengilang.

Kalau kita tidak ada mempunyai akses kepada pengilang-pengilang dan

pengedar, jangan harap peruncit-peruncit ini akan dapat dari segi perdagangan dan

sistem peruncitan yang lumayan dari segi kegiatannya, kerana kadangkala ia tidak

mendapat supply. Pengedar mungkin akan menyusah-nyusahkan, pembekal tidak

memberi kepada mereka dari segi kredit yang lumayan. Jadi, habis mereka.

Jadi PROSPER saya hendak tanya pihak kerajaan, adakah ia menjalankan

usaha seperti yang dibuat oleh Pernas dahulu, di mana kita mempunyai saham di

syarikat-syarikat pembekal seperti wujudnya saham bumiputera dalam kilang-kilang

simen, kerana dahulu pada satu ketika orang -orang bumiputera yang terlibat dari

segi kontrak ini tidak dapat bahan-bahan kerana saluran bahan-bahan ini tidak

menerusi pengedaran yang boleh menentukan mereka dapat dengan mudah. Tidak

Page 103: DN-16052001

DN.16.5.2001 103

dapat kredit misalnya, jadi menyusahkan, dapat kerja, dapat tender daripada

kerajaan tetapi tidak dapat dijalankan kerana tidak dapat bahan, bahan ada, tetapi

tidak sampai kepada mereka.

Jadi, untuk menentukan PROSPER ini RM15 juta dan berapa juta lagi yang

lain, dapat menentukan peruncit bumiputera berkembang dengan baik, yang berdaya

saing dan berdaya maju. Kita mesti tackle masalah ini dari segi atas sampailah ke

peringkat peruncit. Dan kalau kita tidak berbuat demikian, sampai bila -bila masalah

peruncit akan terus merana.

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan , dalam surat khabar kita dapat

tahu PUNB yang ditugaskan untuk menjalankan kegiatan-kegiatan membantu

bumiputera dalam arah ini mendapat satu bon , mengeluarkan kertas untuk bon

begitu banyak. Saya tidak berapa pasti perkara ini, saya hendak tahu apa jadi

dengan duit itu kalau sekiranya bon yang dikeluarkan oleh PUNB tanpa menemui

dan menepati garis-garis panduan, baik Bank Negara mahupun Kementerian

Kewangan, sungguhpun kes ini telah pun dibawa kepada pihak yang berkuasa, saya

hendak tahu adakah wang yang dikutip oleh PUNB menerusi bon -bon ini dan kalau

ada berapa, apa telah jadi kepada duit itu ataupun ianya dipulang balik, saya tidak

tahu.

Saya hendak tahu kerana kes itu masih lagi pending, saya tidak mahu jadi

prejudis kepada kes yang masih lagi pending, tetapi saya hendak tahu tentang

kedudukan wang kalau wujud wang yang diterima oleh mereka, di mana wang itu

sekarang dan adakah ianya digunakan. Saya dengar berbilion-bilion, adakah ianya

digunakan untuk membiayai peruncit-peruncit di bawah sistem PROSPER ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang Polis Diraja

Malaysia. Sahabat saya tadi, saudara Yang Berhormat Tuan Haji Rosli telah pun

menceritakan dari segi perlunya cawangan khas polis ini diberikan satu kedudukan

yang istimewa sehinggakan ia mencadangkan supaya dipisahkan daripada Polis

Diraja Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya memang selalu sangat menimbulkan perkara -

perkara penyelidikan dan mendapat maklumat. Saya diberitahu dari segi negara kita

ini memang banyak sumber untuk kita merisik dan mencari maklumat dan polis

merupakan satu sumber. Kita difahamkan ada juga pihak polis, pihak tentera yang

mempunyai kumpulan mencari maklumat dan juga pihak kerajaan dari segi

Page 104: DN-16052001

DN.16.5.2001 104

penerangan khas, mungkin mencari maklumat dan Jabatan Perdana Menteri pun

saya difahamkan ada juga satu jabatan yang mencari maklumat.

Seperti juga di Amerika, Amerika ada CIAnya, KGB di Rusia, MI5 dengan MI6

di England, di UK, Australian Intelegence Office (ASIO) di Australia – banyak,

semuanya ada, mencari maklumat ini memang perkara biasa.

Saya hendak mengucapkan tahniah kerana maklumat yang dibawa oleh

cawangan khas dan juga pasukan-pasukan perisik yang lain ini begitu berguna

kepada pihak kerajaan sehinggakan kita dapat mematahkan kegiatan-kegiatan yang

boleh mencetuskan satu kegiatan yang amat memudaratkan negara, misal katakan

penangkapan 10 orang di bawah ISA. Penangkapan ini berasaskan kepada

maklumat-maklumat tertentu, saya pun diberitahu juga, ada dengar-dengar juga

cerita ini. Bagaimana pihak yang berkuasa mendapat maklumat mengatakan

kemungkinan yang 10, 20 orang yang ditangkap ini membawa elemen-elemen luar

untuk berdemonstrasi secara besar-besaran.

Tuan Yang di-Pertua, kita tahu , apakah akibat demonstrasi di Indonesia,

akibat demonstrasi di Filipina, apa sudah terjadi? Kestabilan negara kucar-kacir

sehinggakan pembangunan ekonomi…, jangan harap RRJP3 ataupun Rancangan

Malaysia Kelapan akan dapat beroperasi dalam satu kerangka di mana penuh

dengan kehuru -haraan. Paling pokok dan saya sentuh dalam ucapan, cadangan

saya dalam Ucapan Terima Kasih atas Titah Diraja, Yang di-Pertuan Agong, paling

pokok sekali sistem yang patut wujud di negara kita ialah keamanan.

Kalau kita tidak ada keamanan, yang lain itu jangan mimpi baik daripada parti

mana sekalipun, untuk hendak membawa dasar apa sekalipun memang tidak boleh

menjadi satu -satu tindakan yang boleh dibuat, tidak boleh . Keamanan itu penting.

Jadi, keselamatan yang dibawa oleh Polis Diraja Malaysia ini amatlah penting

sehinggakan Tuan Yang di-Pertua, jiran-jiran kita daripada Indonesia, Filipina,

Myanmar dan dari mana-mana tempat datang menjurus ke tanah air kita mencari

rezeki yang halal dan yang tidak halal. Sebab itulah pihak polis dan saya ucapkan

tahniah memperkuat lagi daripada segi sistem mencari maklumat (cawangan khas)

dan juga yang lebih penting sistem perairan kita ini, Marine Police.

Dalam ucapan saya tempoh hari saya ada sebut, pencerobohan di kawasan

perairan kita amatlah ketara sekali terutama sekali di Melaka, di Straits of Malacca….

Timbalan Yang di-Pertua: Sepanjang Selat Melaka.

Page 105: DN-16052001

DN.16.5.2001 105

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: …di Selat Melaka. Paling tinggi,

50% daripada pencerobohan sedunia, suku pertama tahun 2001 berlakunya di

perairan kita di Selat Melaka dan di perairan Indonesia, sempadan dan yang lain-lain

itu di sebelah Sabah.

Jadi, kalau sekiranya penghormatan kita beri kepada pihak polis untuk

melengkapkan pasukan Polis Marin menjaga pantai-pantai kita ini, ditambah pula

dengan pihak keselamatan tentera udara daripada atas, lepas itu tentera laut,

termasuk kapal selam, insya-Allah, benteng yang akan kita dirikan bagi menentukan

wujudnya keselamatan negara daripada ancaman luar dapat kita mengatasi dengan

sebaik mungkin….

Datuk Long bin Jidin: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato’…..

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: …tetapi yang lebih penting ancaman

daripada dalam yang perlu kita tentukan supaya mereka tidak menjadi barah untuk

menghukum semua rakyat kepada kehuru -haraan.

Datuk Long bin Jidin: Terima kasih …….

Timbalan Yang di-Pertua: Nampaknya Yang Berhormat Datuk Long

hendak meminta laluan. Jemput.

Datuk Long bin Jidin: …terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana diberi

laluan. Saya dengar tadi ucapan Dato’ Abdul Aziz berapi-api memberi pujian kepada

pihak polis supaya menjaga keamanan negara, memberi tanggungjawab yang berat-

berat kepada polis, tetapi adakah kita sedar, pegawai polis yang baru masuk kerja

pangkat konstabel, tolak pinjaman perumahan dan sebagainya kadangkala dia ini

jadi orang miskin.

Kadar kemiskinan kita RM510, mungkin dia pinjam itu, pinjam ini, konstabel

polis mungkin jadi miskin. Adakah…, saya ingin mendapat pandangan Dato’ Abdul

Aziz, gaji anggota polis ini perlu dikaji supaya dinaikkan, supaya mereka boleh

memberi tumpuan kepada bidang tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Sebabnya kalau kita tidak beri satu ganjaran yang setimpal, akhirnya akan

berlakulah mereka ini sampai ada yang dituduh mengatakan mereka ini ‘perompak

berlesen’. Ini yang kita takut. Berlaku rasuah dan kita dengar sejak akhir-akhir ini

sudah ada pula anggota polis yang pergi merompak, yang melakukan jenayah .

Akibatnya harapkan pagar, pagar makan padi. Minta pandangan Dato’ Abdul Aziz.

Terima kasih.

Page 106: DN-16052001

DN.16.5.2001 106

Tuan Hassan bin Haji Shukri: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Jemput Yang Berhormat, ada laluan diberi.

Jemput.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya hendak bercakap sedikit sahaja kerana

nampaknya Dato’ Abdul Aziz sebelah petang ini cukup bersemangat.

Saya hendak tanya Dato’ Abdul Aziz …..

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Saya bersemangat sokmo.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: …..ya baik Alhamdulillah . Saya hendak tanya

Dato’ Abdul Aziz dan Timbalan Menteri sekalilah, nanti jawab , gulung sekalilah. Kita

pun bersemangat membahaskan Rang Undang-undang Akta Perbekalan Tambahan

(2000 dan 2001) semua duitnya saya difahamkan oleh Timbalan Menteri, sudah

habis, sudah belanja semua.

Jadi, kita pun bersemangat minta sana, minta sini duitnya sudah tidak ada,

dia punya duit sudah tidak ada, itu saya punya fahamanlah. Sepatutnya kita

bersemangat pada perbahasan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga ini kita

boleh bahaskan. Jadi kalau kita bahas kita minta duit, duit sudah tidak ada, kerana

semua sudah dibelanjakan oleh kerana Dato’ Abdul Aziz setahu saya dia seorang

akauntan, saya ingin tahu kalau duit sudah dibelanjakan habis, bolehkah kita cakap

panjang meminta yang tidak boleh diberi, satu.

Yang kedua, saya cuma hendak cakap sedikit sahaja, saya tidak hendak

mengulas, saya memang sokonglah Belanjawan Tambahan ini. Kalau tidak sokong

pun duit sudah dibelanjakan. Saya hendak sebut di sini sedikit sahaja, kerana ada

dalam P.28 menyebut, “Kerajaan minta peruntukan sebanyak RM1,213,122 juta

lebih."

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ……

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Ya?

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak

sampai P.28 lagi.

Timbalan Yang di-Pertua: ….Yang Berhormat Tuan Hassan minta laluan.

Jadi, mungkin respons……

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya hendak bertanya sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak boleh, saya rasa ini laluan apa yang diberi

itu……

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Terima kasih, terima kasih.

Page 107: DN-16052001

DN.16.5.2001 107

Timbalan Yang di-Pertua: …ucapan, kita tunggulah lepas ini.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: P.28 saya tidak sentuh pun lagi.

Memanglah betul Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan ini Belanjawan Tambahan, duit

sudah habis tetapi saya hendak ceritakan kepada mereka ini bahawasanya kerajaan

ini priha tin, masa tambah, tambah dan bila tambah , rujuk kepada di sini. Tidak

kiralah. Bila ditambah, dirujuk kepada Dewan. Kita hendak luluskan di sini. Tetapi

perkara itu sudah berjalan, tidak apa, soalnya dia prihatin, proaktif, itulah saya sebut

RM300 juta, proaktif, sentiasa menokok tambah. Kalau tidak cukup sahaja dan

urgent, perkara ini semuanya dia tidak akan ditambah secara melulu, perkara ini

tentu sekali selepas memikirkan keperluan semasa. Sampaikan kita pergi ke

Terengganu, RM500,000 saya ingat daripada segi B.42 Kementerian Perpaduan

Negara dan Pembangunan Masyarakat, RM500,000 kita pergi ke Terengganu.

Orang-orang tua di Terengganu pun dapat daripada Kementerian Perpaduan Negara

dan Pembangunan Masyarakat. Tidak kira ianya PAS memerintahkah, tidak kira

kerana kita ini prihatin kepada semua lapisan masyarakat, yang tua, yang daif.

Saya memang bersetuju dengan sahabat saya Yang Berhormat Datuk Long

dan saya akan bercerita lebih panjang dalam RRJP3 ataupun dalam Rancangan

Malaysia Kelapan, perlunya pihak keselamatan, bukan sahaja polis, tentera untuk

mendapatkan imbuhan yang lebih sesuai. Memang benar, tahap kemiskinan

sekarang sudah meningkat daripada 400 lebih kepada 510.

Jadi, bila dia banyak hutang, kalau tinggal duit dalam poket RM100 sahaja

hendak makan apa? Jadi, ini memang ada keperluan untuk pihak kerajaan

mengkaji, jadi itu bab lain . Sekarang ini bab tambahan-tambahan ini, saya juga

hendak bertanya kepada pihak kerajaan B.46 Kementerian Sains, Teknologi dan

Alam Sekitar, tambahan RM20 juta untuk Universiti Sains dan Teknologi ini.

Saya tidak berapa faham Universiti Sains dan Teknologi ini daripada segi

perwujudannya . Saya mungkin tidak terbaca bagaimana wujudnya Universiti Sains

dan Teknologi. Ini baru punya dan di mana/? Ia dapat RM20 juta dan berapa pula

tambahan yang akan dibuat pada masa Belanjawan yang akan datang, saya tidak

tahu.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita hari ini banyak berterima kasih

kepada pihak kerajaan kerana dapat membentangkan Belanjawan ini dan saya

difahamkan ianya akan diputuskan pada hari ini juga kerana kita mempunyai

agenda-agenda yang lain selepas ini.

Page 108: DN-16052001

DN.16.5.2001 108

Saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Masih dibuka untuk dibahaskan. Jemput Yang

Berhormat Datuk Haji Karim Ghani.

4.49 ptg.

Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin

mengucapkan terima kasih kerana diberikan kesempatan untuk mengambil bahagian

dalam Perbahasan Perbelanjaan Tambahan Bagi Tahun 2000 dan 2001.

Saya difahamkan permohonan wang tambahan ini telah pun habis

dibelanjakan. Kalau ia habis dibelanjakan , di mana kesilapan kita . Kesilapan dalam

erti kata waktu membuat perbelanjaan dahulu , kenapa anggaran kita tidak tepat?

Adakah ini salah pemimpin-pemimpin, Menteri-menteri, atau pegawai-pegawai

kerajaan yang membuat angka-angka ini tidak tepat? Kalau angka ini tidak tepat,

saya berharap di masa-masa yang akan datang anggaran kita dibuat dengan lebih

tepat.

Walau macam mana sekalipun, saya yakin permohonan ini telah dibuat

setelah perbelanjaan itu dipakai dengan penuh teliti, dengan cermat dan memenuhi

keperluan yang diluar jangka. Saya percaya kementerian-kementerian yang meminta

supaya anggaran ini diluluskan, membuatnya dengan penuh tanggungjawab.

Menyentuh tentang Jabatan Perdana Menteri, saya ingin bertanya siapakah

sebenarnya Menteri yang bertanggungjawab tentang pegawai-pegawai kerajaan

kerana saya banyak mendapat sungutan daripada pegawai-pegawai kerajaan yang

mana kita tahu mereka ini menjadi tulang belakang kerajaan kita yang mana

jumlahnya lebih 850,000 orang keseluruhannya dan kebanyakan mereka ini lebih

daripada 21 tahun umurnya. Saya ingin tahu apabila sungutan dan rungutan

disampaikan kepada saya, siapa sebenarnya yang boleh kita hubungi untuk

menyampaikan pula rungutan dan sungutan ini? Kerana ada juga pegawai-pegawai

kerajaan mengatakan kalau dia membuat sungutan dan rungutan kepada pegawai

atasan tertentu, nanti mereka menjadi mangsa.

Selain daripada itu, rayuan-rayuan dan masalah-masalah pegawai-pegawai

kerajaan ini minta diperhatikan. Umpamanya, antara sungutan atau rungutan

pegawai-pegawai dari Sabah yang ditukar bertugas di Kuala Lumpur, dakwaan

mereka ialah elaun yang diberikan kepada pegawai-pegawai ini adalah rendah

daripada apa yang diterima oleh pegawai-pegawai dari Kuala Lumpur yang

ditugaskan di Sabah dan Sarawak.

Page 109: DN-16052001

DN.16.5.2001 109

Perkara ini menjadi berat kepada kita kerana pegawai-pegawai kerajaan

mempunyai pengaruh yang besar. Kalau pegawai-pegawai kerajaan mengatakan

kerajaan kita ini tidak adil, maka akibatnya kitalah pemimpin-pemimpin yang

mempunyai masalah untuk menerangkan kepada rakyat keseluruhannya.

Selain daripada itu, pegawa i-pegawai kerajaan rata-rata mengatakan kalau di

Terengganu dan Kelantan, mereka sudah berkerja lima hari seminggu, kenapa pula

Kerajaan Federal tidak boleh berkerja lima hari seminggu (five -day-week). Mereka

sanggup bekerja lebih sejam satu hari antara hari Isnin sampai hari Jumaat supaya

dapat bekerja lima hari seminggu. Macam-macamlah alasan lain mengapa harus

bekerja lima hari seminggu dari segi produktiviti, dari segi kebaikan keluarga, dari

segi pelancongan dalaman dan macam-macam lagi alasan mengapa mereka harus

bekerja lima hari seminggu.

Saya takut kalau kita tidak pertimbangkan masalah-masalah kakitangan

kerajaan ini, nanti ini boleh digunakan oleh pembangkang sebagai umpan untuk

memujuk pegawai-pegawai kerajaan yang sebanyak 850,000 ini, tidak termasuk

mertua, tidak termasuk ipar, tidak termasuk saudara -saudara mereka mungkin

menjadikan masalah kepada kita apabila berhadapan dengan rakyat nanti.

Sebaliknya, saya juga dapat banyak rungutan daripada orang ramai tentang

segelintir pegawai-pegawai kerajaan yang mana tindakannya merosakkan imej

kerajaan. Yang terpaksa menjawab tuduhan-tuduhan ini adalah kita sebagai

pemimpin. Antaranya macam ada asas yang kita tidak terasa pada lahirnya.

Umpamanya, baru-baru ini saudara Yang Berhormat Zainal Rampak melompat pasal

ada cadangan diturunkan pampasan bagi pekerja yang menerima kemalangan mati

daripada RM30,000 kepada RM2,000. Siapa yang mencadangkan ini? Dengan

cadangan menurunkan pampasan daripada RM30,000 ke-RM2,000, saya tidak

hairan MTUC melompat dan marah sehingga mencadangkan mengadakan piket.

Nasib baik kita ada Yang Berhormat Zainal Rampak, orangnya yang sederhana,

yang tahu macam mana kedudukan kita di dalam negara ini, maka dia sanggup

mencadangkan supaya piket itu ditangguhkan kerana saya percaya beliau faham

bahawa kerajaan kita ini prihatin tentang keadaan negara kita.

Saya ingin tahu siapa yang mencadangkan ini? Adakah kita ini ada trojan

horse atau kuda kayu, musuh dalam selimut daripada segelintir, bukan semua,

sebilangan besar pegawai-pegawai kerajaan ini menyokong kita tetapi segelintir

Page 110: DN-16052001

DN.16.5.2001 110

sengaja mensabotaj supaya rakyat marah. Yang dimarahkan bukan pegawai

kerajaan, yang dimarahkan ialah kita.

Selain daripada itu, macam-macam lagi berlaku. Post office, umpamanya,

baru-baru ini kita kirim surat menggunakan pos laju, lapan hari dari Kota Kinabalu ke

Kuala Lumpur tidak sampai. Bagaimana perkara-perkara serupa ini terjadi. Ada

juga segelintir pegawai-pegawai kerajaan kononnya melambat-lambatkan kelulusan,

melambat-lambatkan keputusan – yang dimarah bukan pegawai kerajaan, yang

dimarah adalah pemimpin-pemimpin dan kerajaan.

Saya minta Menteri atau kerajaan mengkaji sedalam-dalamnya. Ini saya

cakapkan cuma the tip of the iceberg . Banyak lagi sungutan kerana saya ini Ketua

Penerangan UMNO Negeri Sabah, banyak lagi sungutan tetapi tidak perlulah

dicakapkan. Kalau saya tanya kenapa tidak buat laporan, terutama sekali kontraktor-

kontraktor, dia katakan kalau saya buat laporan, saya akan menjadi mangsa. Kalau

tidak buat laporan, tetap jadi mangsa.

Kita minta pemimpin, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan,

tolonglah supaya masalah ini tidak timbul, saya percaya kebanyakan apa yang

disungutkan ini fitnah tetapi ada juga yang saya percaya kalau tidak ada api, tentu

tidak ada asap.

Yang kedua, oleh sebab masa tidak mengizinkan, sedikit sahaja lagi Tuan

Yang di-Pertua. Saya ingin sentuh Kementerian Pertanian. Di Malaysia ini sekarang,

kita ribut bahawa kita terpaksa mengimport ikanlah, mengimport makananlah yang

negara membelanjakan berbilion ringgit tiap-tiap tahun.

Saya dapati kerana saya ini suka melawat ke pasar. Di mana negara saya

lawat, saya mesti singgah di pasar. Di Kota Kinabalu, saya suka pergi ke pasar.

Saya lihat di pasar-pasar kita ini, dibandingkan dengan pasar di Australia dan di lain -

lain negara, kadang -kadang ketam umpamanya, ketam yang bertelur ditangkap dan

dijual. Ikan bawal yang baru besar dua jari ditangkap dan dijual dan lain -lain lagi.

Kalau dahulu, ikan bawal berat dua tiga kilo, sekarang ini ikan bawal berat

tidak sampai 50 gram pun sudah dijual. Saya cadangkan kepada Jabatan Perikanan

bahawa undang-undang perlu dibuat. Musim ketam bertelur, jangan ketam

ditangkap. Musim ikan bertelur, jangan ikan ditangkap. Musim ikan belum dewasa ,

jangan ditangkap. Kalau ketam bertelur, udang bertelur kita tangkap, tidak sampai

satu dua generasi nanti, kita dengar sahaja khabar dahulu ada ketam tetapi tidak ada

yang merasakannya lagi.

Page 111: DN-16052001

DN.16.5.2001 111

Datuk Long bin Jidin: Ini pakar telur bertanya.

Datuk Haji Karim Ghani: Telur pun tidak ada.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Datuk Long, ada laluan.

Datuk Long bin Jidin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik

dengan ucapan Datuk Haji Karim ini. Bagaimana caranya kita hendak menentukan

sebelum menangkap ketam itu, ketam itu bertelur, ikan itu bertelur. Kita perlu ada

teropongkah atau macam mana? Terima kasih.

Datuk Haji Karim Ghani: Terima kasih. Kementerian Pertanian dan

Perikanan mempunyai pegawai-pegawai research, mereka tahu musim ikan

bertelur, musim ketam bertelur, musim burung ini tidak boleh ditembak. Kalau tidak

nanti kita tidak lagi merasa benda-benda ini. Kita sudah merasa tetapi anak-anak kita

tidak merasa. Masa itu ikan sudah tidak ada, belum sempat dia beranak sudah kita

makan. Saya mesti memperingatkan belum berapa lama lalu saya pergi ke Filipina,

di sana ketam tidak sampai besar jari pun dimakan sehingga ketam nipah yang

besar, harganya RM50 sekilo. Jadi, tolonglah Jabatan Perikanan kajilah semua

hasil-hasil laut kita, hasil-hasil di negara kita yang bersangkutan, jangan sampai

pupus kerana kecuaian kita.

Dengan itu saya menyokong permohonan tambahan 2000 dan 2001. Sekian,

terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua…….

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kerana kita perlu habiskan

pada petang ini, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri menjawab.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya minta lima minit sahaja.

Dato' Chan Kong Choy: [Bangun]

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Minta laluan, tiga minit sahaja. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, saya takut saya terkilan, jadi saya minta tiga minit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua: Jemput, jemput.

5.02 ptg.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menegur

kerajaan terutama sekali mengenai pembelian saham MAS ini dan juga peruntukan

untuk PERWAJA, sepatutnya ini dimasukkan dalam peruntukan budget tahun 2001,

untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat kemudian dibawa ke sini. Jadi, ini rakyat bising

tentang pembelian kerajaan terhadap saham MAS yang berharga hanya RM3.60 di

Page 112: DN-16052001

DN.16.5.2001 112

pasaran , kemudian dibeli dengan harga RM8.00 atau RM9.00, saya tidak ingat.

Jadi, saya tegur. Sepatutnya yang berbilion ringgit ini mestilah dibawa ke Dewan

Rakyat dan kemudian sampai ke sini kita luluskan. Itu teguran sayalah, lain kali

kalau hendak memohon belanjawan tambahan ini yang besar-besar dan yang

menyentuh kepentingan rakyat kerana ini duit rakyat. Saya kira perlulah diambil

perhatian berat supaya jangan dibelanjakan dengan semudah itu. Selain daripada itu

hanya memberi keuntungan kepada sebuah syarikat sahaja ataupun orang

perseorangan tertentu sahaja.

Kalau untuk rakyat tidak apa, peneroka FELDA misalnya saya rasa kita pun

sedap juga. Peneroka FELDA beratus-ratus ribu dan ini untuk satu, dua orang

ataupun sebuah syarikat sahaja. Kemudian diminta kita meluluskan dengan yang

begitu banyak RM1,213,122, 560.00, ini satu benda yang cukup berat. Itu sahaja

yang saya hendak tegur. Insya -Allah, Timbalan Menteri akan menjawab dengan

baiklah. Saya tidak hendak berbahas, sebab saya tahu duit ini sudah habis, hendak

bahas buat apa. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Menteri untuk

menjawab.

5.05 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Chan Kong Choy]: Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua. Pertama sekali saya bagi pihak Kementerian Kewangan

mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang

Berhormat yang telah turut serta dalam perbahasan dasar am Rang Undang-

undang Perbekalan dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan bagi Tambahan

Ketiga tahun 2000 dan Tambahan Pertama 2001.

Saya akan cuba seberapa boleh memberikan jawapan ataupun penjelasan

ke atas isu-isu yang telah dibangkitkan oleh sembilan orang Ahli Yang Berhormat

dan sebarang isu atau perkara yang tidak sempat saya menjawab ataupun

memberikan penjelasan, saya akan memberikan perhatian selepas ini.

Yang Berhormat Tuan Haji Rosli telah mencadangkan supaya Jabatan

Kebajikan Masyarakat menjadi Jabatan Persekutuan sahaja. Untuk makluman

Dewan yang mulia ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah satu jabatan yang

disenaraikan dalam jadual sebagai perkhidmatan bersama, dengan izin, concurrent

list di dalam Perlembagaan Persekutuan di mana perkhidmatan dilaksanakan

melibatkan perkhidmatan kebajikan Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.

Page 113: DN-16052001

DN.16.5.2001 113

Oleh yang demikian , cadangan kalau sekiranya kita hendak melaksanakan

ini akan melibatkan satu pindaan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Maka setakat ini pihak kerajaan masih belum atau tidak bercadang untuk membuat

demikian.

Di bawah Program Pembiayaan Wang Ehsan ataupun PPWE, peruntukan

sebanyak RM20 juta telahpun disediakan bagi melaksanakan beberapa program

kebajikan di negeri Terengganu. Peruntukan ini akan disalurkan melalui pejabat

pembangunan negeri Terengganu kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak

boleh terlibat dengan PPWE setelah Kerajaan Negeri Terengganu

menguatkuasakan Pekeliling Bilangan 20 Tahun 2000 yang melarang semua agensi-

agensi kerajaan negeri terlibat dengan PPWE. Oleh itu, tiada timbul masalah

kewangan bagi Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk melaksanakan program dan

aktiviti kebajikan yang telah pun dirancang.

Yang Berhormat Tuan Haji Rosli juga mencadangkan supaya Kementerian

Kewangan mengkoordinasikan jabatan -jabatan seluruh negara dari segi

pengurusan kewangan. Kementerian Kewangan memang sentiasa melaksanakan

langkah-langkah un tuk mengkoordinasikan pengurusan kewangan melalui arahan-

arahan, peraturan -peraturan, pekeliling -pekeliling dan surat-surat pekeliling kepada

semua jabatan ataupun kementerian tanpa mengira negeri. Dari masa ke semasa ,

arahan, peraturan , pekeliling berkaitan dengan pengurusan kewangan disemak dan

dikemaskinikan mengikut keperluan semasa dan untuk memperbaiki lagi

pengurusan kewangan. Selain itu, latihan-latihan dan kursus-kursus berkaitan

sentiasa dikendalikan oleh kementerian dan kesemua ini biasanya dibuka kepada

agensi-agensi untuk menyertainya.

Yang Berhormat Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan juga menyentuh tentang

berapakah kelulusan yang diberikan melalui program PROSPER. Peruntukan

kewangan daripada PUMP ada lah sebanyak RM15 juta dan berikut adalah

statistik mengenai apa yang ditanya Yang Berhormat Tuan Haji Rosli. Bilangan yang

telah mendaftar untuk menyertai program PROSPER sejumlah 9,411 orang,

proposal ataupun cadangan yang diterima sebanyak 144 dan kelulusan yang diberi

setakat ini ialah 34.

Jumlah kos projek sejumlah RM10.5 juta adalah merupakan sumbangan

ekuiti PUNB. Sumber kos projek kepada kelulusan 34 projek ini ialah RM10.5 juta di

Page 114: DN-16052001

DN.16.5.2001 114

mana sumbangan ekuiti PUNB pula adalah sebanyak RM3.8 juta untuk 34 projek

yang saya sebut tadi. Kriteria pemilihan ialah seperti berikut:

(i) bumiputera;

(ii) penglibatan dalam bidang runcit;

(iii) penglibatan sepenuh masa;

(iv) sumbangan minimum 10% daripada projek kos; dan

(v) pemohon mesti berusia 21 tahun dan ke atas.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Haji Rosli juga mencadangkan

supaya cawangan khas ataupun special branch di bawah Polis Diraja Malaysia

(PDRM) diasingkan menjadi sebuah jabatan yang tersendiri. Kementerian Dalam

Negeri berpendapat bahawa struktur yang sedia ada pada masa sekarang ini adalah

memadai dan telah dapat mencapai objektif ataupun matlamat penubuhan

Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia. Oleh itu, Kementerian Dalam Negeri buat

masa ini, tidak bercadang untuk mengasingkan Cawangan Khas daripada PDRM

dan dijadikan sebuah jabatan berasingan yang dipanggil Jabatan Tugas-tugas Khas

seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat tersebut.

Yang Berhormat Dato' Dr. Chin meminta supaya bantuan di bawah Skim

Tanaman Semula Kelapa Sawit itu iaitu bantuan insentif kepada pekebun kecil

kelapa sawit benar-benar sampai kepada pekebun kecil. Bagi memastikan wang

insentif tanam semula kelapa sawit benar-benar diterima oleh pekebun-pekebun

kecil, Kementerian Perusahaan Utama (KPU) telah menubuhkan satu jawatankuasa

bagi memantau pemberian wang insentif ini. Di samping itu, KPU juga telah

menetapkan satu mekanisme di mana hanya mereka yang menebang kelapa sawit

tua untuk ditanam semula akan dibayar wang insentif pada kadar RM1,000 pada

setiap hektar kelapa sawit yang ditebang.

Pemberian insentif ini dibayar berdasarkan kepada permohonan yang dibuat

kepada Kementerian Perusahaan Utama di mana mereka yang terlibat perlu

mengemukakan sendiri permohonan untuk mendapatkan insentif tersebut tanpa

melalui orang tengah.

Yang Berhormat Dato' Dr. Chin juga menyarankan supaya bantuan juga

diberikan kepada pekebun-pekebun kecil getah dan koko dan juga lain-lain komoditi.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di samping bantuan kepada pekebun kecil

sawit, kerajaan juga ada menyediakan bantuan kepada pekebun kecil getah dan juga

koko. Bagi pekebun kecil getah, kerajaan telah menyediakan bantuan dengan

Page 115: DN-16052001

DN.16.5.2001 115

memperuntukkan sebanyak RM100 juta di bawah program Low Intensity Tapping

System (LITS) serta bantuan bagi tanaman semula getah.

Yang Berhormat Dato' Dr. Chin juga menyarankan supaya rundingan

diadakan dengan pihak India berhubung dengan isu duti import minyak sawit ke

negara India. Sempena dengan lawatan Perdana Menteri India baru-baru ini, Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri India telah berjanji akan mengkaji balik kadar duti

import minyak sawit ke India. Di samping itu, satu lawatan kerja juga telah dibuat

oleh Yang Berhormat Menteri Perusahaan Utama bersama -sama Menteri

Perindustrian Indonesia ke India pada bulan lepas. Hasil lawatan tersebut ialah

pihak India telah berjanji akan mengkaji semula kadar duti import minyak sawit ke

India dan kerajaan berharap dengan usaha-usaha yang dijalankan ini, hasilnya boleh

dapat kita lihat tidak lama lagi.

Yang Berhormat Dato' Dr. Chin juga mencadangkan peruntukan tambahan

RM500,000 yang dibekalkan untuk Kerajaan Negeri Terengganu untuk tujuan

kebajikan ini dapat membantu kerajaan untuk menjalankan aktiviti perpaduan antara

rakyat. Sebenarnya, peruntukan seperti mana yang saya sebut tadi, peruntukan

tambahan RM500,000 ini adalah wang ihsan bagi memberi bantuan kepada kanak-

kanak dan orang tua untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Terengganu.

Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat Dato' Dr. Chin untuk

memberikan lebih peruntukan untuk menjalankan aktiviti untuk perpaduan rakyat ini,

pihak kerajaan akan juga memberikan pertimbangan.

Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin juga mencadangkan usaha-usaha untuk

mempromosikan industri pendidikan di luar negara. Untuk makluman Dewan yang

mulia ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai satu

pusat kecemerlangan pendidikan. Usaha mempromosikan pendidikan di luar negara

terus dijalankan. Sejak tahun 1998, kerajaan telah menjalankan promosi pendidikan

luar negara dengan mengadakan road show, dengan izin, secara single country

ataupun menyertai pameran pendidikan antarabangsa di luar negara. Sehingga

bulan Mac 2001 antara negara -negara yang dilawati merangkumi negara-negara

Asean seperti Indonesia, Brunei Darussalam dan negeri Thai, negara-negara Timur

Tengah, Pakistan, Republik Rakyat China, Kanada, Afrika dan sebagainya dan

usaha ini akan dijalankan pada masa -masa yang akan datang.

Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin juga mencadangkan supaya kita mencari

jalan untuk menyelesaikan masalah Perwaja di mana kita tidak akan meneruskan

Page 116: DN-16052001

DN.16.5.2001 116

untuk memikul apa juga beban yang terlibat dengan Perwaja. Ketika ini Perwaja

Steel Berhad masih dalam proses penswastaan melibatkan penjualan 100% ekuiti

dan keseluruhannya aset kumpulan Perwaja bagi menyelamatkan kerajaan daripada

menanggung beban hutang tertunggak dan juga semakin meningkat sejak

kebelakangan ini. Selain itu adalah diharapkan dengan penswastaan tersebut

kerajaan tidak lagi perlu memikul dengan izin, contingent liability yang telah dan akan

wujud berikut penglibatan Perwaja dalam aktiviti-aktivitinya. Di samping itu, ia dapat

melepaskan kerajaan dari beban hutang dan tanggungan yang semakin meningkat

serta kerugian yang berterusan. Maka dengan cadangan untuk menswastakan

Perwaja sebanyak 100% dan rundingan terakhir telah pun dijalankan tidak lama lagi,

pihak kerajaan haraplah ini akan jadi satu kenyataan di mana ia dapat diswastakan

pada keseluruhannya.

Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin juga menyentuh tentang kelewatan respons

Jabatan Bomba kepada panggilan kecemasan 994 dan 999. Jabatan Bomba

memangnya menghadapi masalah dengan talian kecemasan 994 dan 999 yang ada

sekarang di mana orang awam sukar untuk menghubungi pihak bomba apabila

berlaku kebakaran. Satu jawatankuasa siasatan telah pun dibentuk dan

dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor

dan hasil siasatan ini dijangka akan siap dalam tempoh satu bulan. Apabila siap

nanti laporan ini akan dimajukan kepada pihak kementerian untuk ditangani

sewajarnya. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin kerana

telah membangkitkan beberapa perkara yang memang sangat membina.

Yang Berhormat Senator Chia Chui Ket telah mencadangkan supaya bayaran

gantian hasil petroleum diberi setiap bulan tanpa birokrasi. Untuk makluman Yang

Berhormat, untuk tahun 2000 bayaran telah dibuat secara bulanan berdasarkan

kaedah pembayaran yang telah dipersetujui di antara Kerajaan Persekutuan dengan

kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak iaitu dengan mengambil kira atas

kutipan sebenar hasil duti import dan eksais atas petroleum pada tahun 1999. Bagi

tahun 2001 Kerajaan Persekutuan masih merundingkan mekanisme serta kuantum

bayaran yang perlu dibuat sebagai gantian hasil kepada Sabah dan Sarawak.

Perkara ini sedang dirundingkan di bawah kajian semula Bahagian IV, Jadual

Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

Yang Berhormat Saudara Ratnam telah menyentuh tentang keadaan di

penjara. Mengenai keadaan di penjara, kerajaan amat prihatin dengan keadaan

Page 117: DN-16052001

DN.16.5.2001 117

yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tuan Ratnam. Di antara langkah -langkah

yang akan diambil dan juga telah diambil untuk mengatasi masalah ini ialah

termasuk penyusunan semula jawatan sebanyak 1,108 jawatan untuk semua

peringkat di perkh idmatan penjara. Selain daripada itu, beberapa buah penjara baru

termasuk penjara yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh dan

Rancangan Malaysia Kelapan akan dibina di seluruh negara. Dalam Rancangan

Malaysia Ketujuh sebanyak 37 buah penja ra telah pun diluluskan dan dalam

Rancangan Malaysia Kelapan di mana kita akan bincang dalam Dewan yang mulia

ini sebanyak 22 buah penjara juga akan dibina dan siling peruntukan dalam

Rancangan Malaysia Kelapan untuk pembinaan penjara yang saya sebutkan ialah

RM741 juta.

Yang Berhormat Saravanan telah menyarankan kelas-kelas bahasa ibunda

diadakan pada waktu persekolahan. Mengikut Akta Pendidikan 1996 pengajaran

bahasa ibunda boleh diajar sekiranya terdapat permintaan daripada sekurang -

kurangnya 15 orang ibu bapa. Perkara untuk memasukkan mata pelajaran tersebut

dalam jadual waktu persekolahan ini akan diteliti kerana ia akan melibatkan

peruntukan jumlah masa pengajaran mata-mata pelajaran yang lain. Walau

bagaimanapun, kita menyerahkan perkara ini kepada pihak sekolah untuk membuat

apa jua adjustment, dengan izin, yang difikirkan perlu.

Yang Berhormat juga mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat

menambahkan bilangan universiti. Pada masa ini terdapat 11 buah universiti di

seluruh negara. Di samping itu, kerajaan telah menubuhkan 4 buah kolej universiti di

seluruh negara selain daripada Kolej Tunku Abdul Rahman yang sedia ada.

Kementerian Pendidikan juga sedang merancang pembinaan IPTA di negeri Pahang

dan juga di negeri Perlis selain daripada di Negeri Sembilan dan juga Melaka. Selain

itu enrolmen universiti-universiti akan ditingkatkan kepada 20,000 pelajar bagi setiap

universiti bagi menambahkan keperluan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat

tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Rahman

telah mengemukakan cadangan supaya Kementerian Perusahaan Utama melobi

kerajaan India bagi membolehkan minyak sawit dikenakan tarif ataupun duti import

yang sama dengan minyak soya. Seperti mana saya katakan tadi, usaha-usaha dan

inisiatif telah pun diambil oleh pemimpin -pemimpin negara untuk berbuat demikian.

Page 118: DN-16052001

DN.16.5.2001 118

Yang Berhormat Dato’ Abdul Aziz juga mencadangkan supaya menjalankan

kajian supaya getah digunakan untuk produk-produk lain seperti jalan raya.

Lembaga Getah Malaysia khususnya Institut Penyelidikan Getah Malaysia telah

membuat R&D yang berterusan mengenai getah. Ini termasuklah R&D bagi

mempelbagaikan kegunaan getah. Lembaga Getah Malaysia juga sedang membuat

kajian mengenai jalan raya dengan menggunakan getah di mana ujian ini sedang

dilaksanakan di bahagian tertentu dan di lebuh raya Kuala Lumpur–KLIA. Kalau

sekiranya kajian ini didapati berjaya maka kita akan memperluaskan kegunaan getah

dalam pembinaan jalan raya.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya rasa masih ada sikit lagi.

Mengikut perkara 11(4) Dewan ini boleh ditangguhkan selewat-lewatnya 5.45

petang. Jadi harap dapat diringkaskan. Dengan ini kita panjangkan masa kita

sehingga pukul 5.45 petang. Jemput.

Dato’ Chan Kong Choy: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang

Berhormat Dato’ Abdul Aziz juga menyentuh tentang bon yang dikeluarkan oleh

pihak PUNB dan menyoalkan di mana wang yang dikutipkan dan sebagainya.

Sebenarnya PUNB tidak menerima apa -apa wang dan setakat ini tidak ada institusi

ataupun individu yang membeli bon yang disebutkan ini. PUNB juga telah mengambil

langkah dengan membuat iklan dan juga pengumuman di dalam dan di luar negara

di mana PUNB tidak terlibat di dalam bon ini dan bon ini memang tidak sah. Maka

Yang Berhormat Dato’ tidak payah khuatir dengan perkara ini.

Yang Berhormat Dato’ Abdul Aziz juga bertanya apakah PROSPER

mempunyai mekanisme yang sama dengan Bernas. PROSPER mempunyai

pendekatan memang berbeza dengan Bernas di mana PROSPER berintegrasikan

kepada:

(i) lokasi yang strategik;

(ii) kemudahan pinjaman; dan

(iii) partnership dengan PUNB.

Ini merupakan tiga aspek di mana PROSPER berintegrasikan. Tiga agensi

yang terlibat di dalam program ini ialah CGC, Maybank dan juga TPPT yang

merupakan satu anak syarikat Bank Negara untuk melaksanakan program ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Haji Karim Ghani bertanya

kesilapan siapa yang menyebabkan peruntukan yang diminta sekarang telah pun

habis dibelanjakan.

Page 119: DN-16052001

DN.16.5.2001 119

Sukacita dimaklumkan di bawah Pe rlembagaan, kebenaran diberi kepada

kerajaan untuk membelanja ke atas perkara-perkara baru atau yang tidak dapat

dianggarkan semasa anggaran tahunan disediakan dan kemudian memohon

kelulusan Parlimen. Contohnya, bayaran bonus atau imbuhan tahunan yang

diumumkan pada hari belanjawan, ini memang tidak diperuntukkan dalam anggaran

asal dan oleh itu perlu diminta sebagai satu tambahan.

Satu contoh lagi ialah RM300 juta yang diluluskan untuk membantu pekebun -

pekebun kecil, ini memang tidak dirancang pada awalnya, kerana bila satu keadaan

wujud di mana kita fikir perlu, di mana kita harus mengambil tindakan segera untuk

memberikan bantuan kepada pekebun-pekebun kecil, maka kita telah diberikan

kebenaran di bawah Perlembagaan untuk mengeluarkan wang ini dan selepasnya

memohon kebenaran daripada Dewan. Ini memang dibenarkan dalam

Perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah yang dapat saya memberikan penjelasan

di bawah soalan-soalan yang lain ataupun perkara-perkara yang lain yang telah

disebutkan ataupun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan akan

memberikan perhatian yang serius. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang

Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua.

Bacaan Kali Yang Ketiga

Dato' Chan Kong Choy: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan

bahawa rang undang-undang bernama satu akta bagi menggunakan sejumlah wang

daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi

perkhidmatan tahun 2000 dan 2001 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu

untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun-tahun itu telah disetujukan tanpa

pindaan.

Mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 53(2) Peraturan Majlis Mesyuarat

Dewan Negara, saya memohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang

Perbekalan Tambahan 2000 dan 2001 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan

sekarang.

Page 120: DN-16052001

DN.16.5.2001 120

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna [Tuan Wong Kam Hoong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon

menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang

ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini saya

tangguhkan Dewan ini sehingga hari esok 17 Mei 2001, jam 10 pagi.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.36 ptg.

Page 121: DN-16052001

DN.16.5.2001 121

9 Mei 2001

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Michael Chen Wing Sum, D.P.M.S. (Dilantik) " Timbalan Yang di-Pertua, Tuan Haji Gapar bin Gurrohu (Dilantik)

“ Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M. (Dilantik) “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia (Dilantik) “ Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamed, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M. (Dilantik) “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin (Dilantik) “ Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S. (Dilantik) “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato’ Adnan bin Tengku Mansor, (Dilantik) " Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk M. Kayveas P.J.N. (Dilantik) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Datuk Zainudin bin Maidin, (Dilantik)

“ Tuan Abdillah bin Abdul Rahim (Sarawak) “ Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Abdullah bin Ayub (Dilantik) “ Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Rahman (Dilantik) “ Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani (Perlis) “ Dato’ Haji Ahmad bin Ismail (Pulau Pinang) “ Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun (Dilantik) “ Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad, A.M.N., A.M.K., B.K.M. (Kedah) “ Tuan Benedict Bujang Tembak (Sarawak) “ Dato’ Charern Intachat, D.S.D.K., A.M.N., B.C.K. (Dilantik) “ Dr. Charlie Chau -Lap Chang (Dilantik) “ Puan Hajah Che Jam binti Haron (Dilantik)

Page 122: DN-16052001

DN.16.5.2001 122

“ Puan Chew Poh Thoi (Dilantik) Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin Fook Weng (Pulau Pinang) " Datuk Christina Tibok Vanhouten (Sabah) " Datuk Faridah binti Abu Hassan (Dilantik) “ Datuk Ghazi bin Haji Ramli, D.P.M.S., D.I.M.P. (Selangor) “ Dato’ Hamzah bin Zainudin (Perak) “ Tuan Hassan bin Haji Shukri (Terengganu) “ Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan (Melaka)

“ Tuan Ho Lim Teck (Melaka) “ Puan Jamilah binti Ibrahim (Kelantan) “ Tuan Jang Chow Thye @ Yio Chow Thye (Dilantik) “ Puan Jaya Partiban (Dilantik) “ Datuk Joseph Balan Seling (Dilantik) “ Datuk Haji Karim Ghani (Sabah) “ Tuan Haji Karim bin Salleh (Perlis) “ Datuk Haji Kasim bin Mh. Yusop (Dilantik) “ Tuan Kee Ah Kau (Selangor) “ Tuan Khoo Lay Hin (Dilantik) “ Dato’ Lee Pit Chern (Negeri Sembilan) “ Tuan Lim Eng Kok (Dilantik) “ Datuk Long bin Jidin (Dilantik) “ Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae, (Dilantik) “ Dato’ Dr. T. Marimuthu (Dilantik) “ Dato’ Haji Mazlan bin Abu (Johor) “ Puan Hajah Melati binti Ali (Pahang) “ Puan Melanie Chia Chui Ket (Dilantik)

“ Tan Sri Dato ’ Haji Mohamed bin Ya’acob, P.S.M., P.M.K., S.P.M.K., Dato’ Bentara Kanan, S.M.T., P.G.D.K., D.A. (Dilantik)

“ Dato’ Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani (Dilantik) “ Datuk Nor Azah binti Awin (Dilantik) “ Puan Nosimah binti Hashim (Dilantik)

Page 123: DN-16052001

DN.16.5.2001 123

" Dato’ Poo Yew Choy, D.I.M.P., A.M.P. (Pahang) “ Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim (Dilantik) Yang Berhormat Tuan M. Ratnam (Dilantik) “ Tuan M. Saravanan (Dilantik) “ Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan (Dilantik) “ Tuan R. Sinniah (Dilantik) “ Puan Safinah binti Jusoh (Terengganu) “ Puan See Too Mee (Johor) “ Puan Siti Hawa @ Karimah binti Mohd. Nor (Dilantik) “ Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Kelantan) “ To’ Puan Wan Seri @ Wan Asiah binti Ahmad (Dilantik) “ Datuk William Lau Kung Hui (Dilantik) “ Tuan Yew Tuan Chiew (Perak) “ Tuan Zainal bin Rampak (Dilantik) “ Tuan Zakaria bin Arshad (Negeri Sembilan)

Page 124: DN-16052001

DN.16.5.2001 124

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara Abdullah Abdul Wahab

Ketua Penolong Setiausaha

Roosme binti Hamzah Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha

Haji Mustafa bin Abdul Rahman Ruhana binti Abdullah

Riduan bin Rahmat

JURUBAHASA SERENTAK Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman

Mazidah binti Mohamed Paizah binti Sallehudin

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Abdul Halim bin Haji Ali Mejar (B) Zakaria bin Salleh

Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah

PETUGAS -PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop

Mohd Saleh bin Mohd. Yusop Mohamed bin Osman

Hajah Norishah binti Mohd. Thani Shamsina binti Janor

Ramlah binti Mohd. Yusuff Jamilah Intan binti Haji Bohari

Nurziana binti Ismail Noor Effarizan binti Mat Satib

Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat Marzila binti Muslim Abu Bakar bin Hasan

PETUGAS -PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER

Mohd Shah bin Rahman Sulaiman bin Sirad

Azzahar bin Hashim

PETUGAS -PETUGAS CAWANGAN MESIN CET AK Kamal bin Oyub

Haji Latif bin Ismail Kamaroddin bin Mohd. Yusof

Page 125: DN-16052001

DN.16.5.2001 125

PARLIMEN KESEPULUH

PENGGAL KETIGA

MESYUARAT PERTAMA

Jilid III Bil. 6 Rabu 16 Mei 2001

K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: − Meminda Susunan Aturan Urusan Mesyuarat Di Bawah Peraturan Mesyuarat 13(2) (Halaman 27) − Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong - Y.B. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman (Halaman 27) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2000 dan 2001) 2001 (Halaman 61)