diturunkan di mekah : 46 ayat iâmÃiŠr®šz iãq¿mŠr®šz ...tafsirmelayu.com/pdf/jilid 37...

27
1 An-Naazi’aat SURAH AN-NAAZI’AAT Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I… (3) £@©M¤G" IÍQ郩I¤QƒR±šOZ Gy (2) £@µM²Gœ IÍQ郵I²QƒRÀšOZ Gy (1) £@–M®G” IÍQ郓I¯QƒRÀšOZ Gy (6) HæG¹I‰ZR®šOZ HÜH‰M®G† GvMÂGñ (5) Z@®M›G} I \Qé ®IN…G¬H¿MšO£G• (4) £@ºM¤G" IÍQ郺I¤QƒR±šO£G• (9) DæG·I²Q郋£G„ H®Q郳M…G} (8) KæG¹I‰ZGy AIËG›MÂGñ D[ÂH¾H– (7) HæG•IcZR®šOZ£GÁH·G¤M¥G† (11) @{G®IªRœ£@¿Q郶I“£RÀH˜ZGd IYG} (10) I{G®I•£G©MšOZ çI• GwyHcyHcM®G¿Gš£RœIYG} GwÂHšÂHºGñ (13) D{G¬IŠQéy D{G®M‰Gf GçI„£G¿RœIÇG• (12) D{G®I"£G‹ K{ R®G˜Z@dIý GßM¾I†CZÂHš£G– (15) QPçG"ÂH› HÎñI¬GŠ GßQ郆G} MáG„ (14) I {G®I„£R±šO£I…âH„ZGdIÇG• (16) |@ÂH‘Ih R¬GºH¿MšOZ IcZGÂMšO£I…ôHäS…Ge HäQ‚Gc£GœMdIý (18) QçR˜G¯G† wG} QPéçšIý GßRšáG„MáHºG• (17) Qéç¸G‘ ôHäRœIý GwMÂG“M®I• QéçšIý MÌG„ MdOZ (20) Q|G®M¤H¼MšOZ GæGñGìM OZ HäQ‚GeGÆG• (19) QçG²MªG¥G• GßIN…Ge QéçšIý GßGñI¬M„G} Gy (23) Q|Gc£GÀG• G®G²G©G• (22) QçG·M±Gñ G®G…McG} RâH‡ (21) QçG³G“Gy G[RG¼G• (25) QPéçšyHìM OZ Gy I{G®I‹GìM OZ Gu£G¼Gœ HäQN¾šOZ HxGG‹GÆG• (24) Qéç¾M“GìM OZ HâH¼S…GeC£GœG} Gu£GºG• (26) QPçG²MªGñ ãG¿INš @{G®M¤I·Gš GßIšQ GdçI• RwIý (28) £GÁQ‚RÂG±G•£GÁG¼M¿G"GÚG•Ge (27) £GÁQéƒÀG… > HYP飿R±šZ IvG} £@ºM¾G‹ S¬G&G} MâH¥MœG} GY

Upload: ngokien

Post on 28-Apr-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

1 An-Naazi’aat

SURAH AN-NAAZI’AATDiturunkan di Mekah : 46 Ayat

IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I…(3) £@©M¤G" IÍQ郩I¤QƒR±šOZ Gy (2) £@µM²Gœ IÍQ郵I²QƒRÀšOZ Gy (1) £@–M®G” IÍQ郓I¯QƒRÀšOZ Gy(6) HæG¹I‰ZR®šOZ HÜH‰M®G† GvMÂGñ (5) Z@®M›G} I\Qé ®IN…G¬H¿MšO£G• (4) £@ºM¤G" IÍQ郺I¤QƒR±šO£G•

(9) DæG·I²Q郋£G„ H®Q郳M…G} (8) KæG¹I‰ZGy A­IËG›MÂGñ D[ÂH¾H– (7) HæG•IcZR®šOZ£GÁH·G¤M¥G†(11) @{G®IªRœ£@¿Q郶I“£RÀH˜ZGd IYG} (10) I{G®I•£G©MšOZ çI• GwyHcyHcM®G¿Gš£RœIYG} GwÂHšÂHºGñ

(13) D{G¬IŠQéy D{G®M‰Gf GçI„£G¿RœIÇG• (12) D{G®I"£G‹ K{ R®G˜Z@dIý GßM¾I†CZÂHš£G–(15) QPçG"ÂH› HÎñI¬GŠ GßQ郆G} MáG„ (14) I{G®I„£R±šO£I…âH„ZGdIÇG•

(16) |@ÂH‘Ih R¬GºH¿MšOZ IcZGÂMšO£I…ôHäS…Ge HäQ‚Gc£GœMdIý(18) QçR G¯G† wG} QPéçšIý GßRšáG„MáHºG• (17) Qéç G‘ ôHäRœIý GwMÂG“M®I• QéçšIý MÌG„ MdOZ

(20) Q|G®M¤H¼MšOZ GæGñGìM OZ HäQ‚GeGÆG• (19) QçG²MªG¥G• GßIN…Ge QéçšIý GßGñI¬M„G} Gy(23) Q|Gc£GÀG• G®G²G©G• (22) QçG·M±Gñ G®G…McG} RâH‡ (21) QçG³G“Gy G[R­G¼G•

(25) QPéçšyHìM OZ Gy I{G®I‹GìM OZ Gu£G¼Gœ HäQN¾šOZ HxG­G‹GÆG• (24) Qéç¾M“GìM OZ HâH¼S…GeC£GœG} Gu£GºG•(26) QPçG²MªGñ ãG¿INš @{G®M¤I·Gš GßIšQ GdçI• RwIý

(28) £GÁQ‚RÂG±G•£GÁG¼M¿G"GÚG•Ge (27) £GÁQéƒÀG… > HYP飿R±šZ IvG} £@ºM¾G‹ S¬G&G} MâH¥MœG} GY

Page 2: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

2 An-Naazi’aat

(30) P£GÁQ郊Gc GßIšQ Gd G¬M·G… GkMeGìM OZ Gy (29) £GÁQ郩HF G_G®M‹G} Gy£GÁG¾MÃGš GÕGµM”G} Gy(32) £GÁQƒG"MeG} Gu£G¤I MšOZ Gy (31) £GÁQ郓M®G›Gy£G„GY P£G›£GÁMÀI› G_G®M‹G}

(34) Q|G®M¤H¼MšOZ HæR›P£RµšOZ I\GY P飉ZGdIÇG• (33) MâH¼I¿Q郷MœG+ìGy MâH¼Rš£@·Q郥G›(36) Q|G®Gñ ãG¿Iš HâÃI©G MšOZ I\GfIN®H…Gy (35) QçG·G"£G› HãQ郱œIîM OZ H®R G­G¥Gñ GvMÂGñ

(38) £GÃMœS¬šOZ G{ QGÃG©MšOZ G®G‡ZGYGy (37) QçG G‘ ãG›£R›GÆG•(39) Q|GyMÆG¿MšOZ GçI„ GâÃI©G MšOZ RwIÇG•

(40) Q|GÂGÁMšOZIãG“ GÔM¹GÀMšOZçGÁGœGy õ IäIN…Ge Gv£GºG› Gp£G‹ MãG›£R›G} Gy

(42) £GÁQéƒ"M®H› Gw£RñG} IæG“£R±šOZ IãG“ GßGœÂH¾GËM±Gñ (41) Q|GyMÆG¿MšOZ GçI„ GæRÀG MšOZ RwIÇG•

(44) P£GÁQƒGÁG¥ÀH› GßIN…Ge QçGšIý (43) Pé£ÁQ‚G®G Id ãI› GÍœG} GâÃI•(45) £GÁQƒG²MªGñ ãG› HeI­ÀH› GÍœG} P£G¿RœIý

(46) £GÁQƒG©HF MyG} @æRÃI²G“ RêIý CZÂH¦G¤M¾Gñ MâGš£GÁGœMyG®Gñ GvMÂGñ MâHÁRœGÆG˜

Page 3: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

3 An-Naazi’aat

MAFHUMNYA:

Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini danRAHIM Nya di Akhirat nanti. (Aku bersumpah!) Demi malaikat-malaikatkasar yang mencabut nyawa dengan sekasar-kasarnya. Dan demimalaikat-malaikat yang mencabut nyawa dengan lembut danharmoninya. Dan demi malaikat-malaikat cergas yangsecergas-cergasnya bergerak (melaksanakan perintah) daripenempatan mereka. Dan demi malaikat-malaikat yang berlumba-lumbamencabut nyawa orang-orang yang kufur (untuk diselesaikan segerakerja mereka). Dan semuanya menyempurnakan tadbir urusan alammengikut apa yang diperintahkan kepada mereka. Bahawasanya KamuSemua Akan Dibangkitkan Semula Pada Hari Kiamat. Iaitu hari dimana berlakunya tiupan ‘Sangkakala’ pertama yang menggoncangkanalam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupankedua (di mana pada tiupan ini semua yang mati itu dihidupkan semuladari kubur masing-masing). Hati-hati manusia pada hari itu penuhdebaran dan takut. Kelihatan tunduk dengan rasa gerun. Mereka yangingkar derhaka akan berkata: “Sesungguhnya, adakah kita semua yangdi dalam lubang kubur akan dihidupkan semula seperti biasa? Bolehkahkita dihidupkan semula dari tulang-tulang yang telah reput ini?”. Merekaberkata lagi: “Kalaulah betul demikian, sudah tentu pengembaliansemula kita itu satu perkara yang merugikan!”. Senang saja! Hanyadengan satu jeritan/tiupan sudah cukup. Yang akan menyebabkanmereka dengan serta merta berada di muka bumi yang putih rata (untukdihisab). (Wahai Muhammad!) Sudahkah kamu mengetahui tentangcerita Nabi Musa? Ketika dia diseru oleh Allah Tuhannya, di satuLembah Tuuwa yang suci itu? Dan diperintahkannya: “Pergilah kamukepada Firaun! Sesungguhnya dia itu sudah melampaui batas kekufurandan kezalimannya”. Katakanlah padanya: “Mahukah engkau wahaiFiraun, untuk mensucikan diri kamu dari kekufuran? Sehingga dapat akutunjukkan kepada engkau jalan mengenali Tuhanmu, supaya engkautakut dan tunduk pada Nya?”. Maka dibuktikan dan diperlihatkan olehMusa kepada Firaun, mukjizat yang besar. Firaun tidak percaya danterus menderhaka. Dan kemudian dia memperlihatkan keingkarannyaitu. Dengan cara mengumpulkan semua bala tenteranya. Dan berkatapada mereka: “Akulah Tuhan kamu semua, yang Maha Tinggi!”. Akibatdari kelantangan Firaun itu, maka Allah telah menetapkan penyeksaan

Page 4: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

4 An-Naazi’aat

pada Firaun di dunia dan di Akhirat. Sesungguhnya, peristiwa ini bolehmemberi ingatan dan panduan kepada mereka yang takut (melanggarperintah Allah). Wahai yang mengingkari Allah tentang adanyabangkitan semula selepas mati! Adakah diri-diri kamu yang sukar untukdibangkitkan semula atau lebih sukar untuk membina dunia denganlangitnya? Sesungguhnya Allah telah membinanya dengan mudah!Malah Allah telah menentukan langit itu di atas dan disempurnakanoperasinya. Allah juga telah menjadikan malam itu gelap-gelita dansiang itu terang-benderang dengan adanya fungsi langit itu. Sedangkanbumi telah dipermudahkan sebagai hamparan untuk kesenanganmakhluk. Lalu dari bumi itu dikeluarkan airnya untuk kegunaan manusiadan juga tumbuh-tumbuhannya. Dikukuhkan letaknya gunung-ganang diatas bumi sebagai pasak. Semuanya itu adalah untuk kegunaansementara kamu dan juga binatang-binatang ternakan kamu.Waspadalah pada akhirnya! Apabila datangnya gegaran dari jeritansuara tiupan Israfil dan berlaku bencana yang maha besar. Pada hari itumanusia mula mengingati apa yang telah mereka usahakan selama ini.Dan pada hari itu juga diperlihatkan Neraka Jahiim kepada mereka yangdibenarkan melihatnya. Mengetahuilah kesudahannya bagi merekayang ingkar derhaka. Yang hanya menumpukan kepada kehidupandunia sahaja. Maka sesungguhnya balasan mereka adalah NerakaJahiim, tempat mereka berpulang. Manakala, yang telah bersabarmenahankan nafsu mereka dan yakin, akan berdiri di hadapanmahkamah Allah untuk dipersoalkan. Maka sesungguhnya balasanmereka ialah Jannah, tempat mereka berpulang. Orang yang ingkarderhaka itu pernah secara mengejek bertanya: “Bilakah akan datangnyahari Kiamat itu, wahai Muhammad?”. Sebenarnya tiada kaitan dengantugasmu itu, wahai Muhammad. Dengan penjelasan bila berlakunyaKiamat dan ilmu mengenai bila Kiamat itu, hanya pada Tuhanmu, Allahsahaja. Tugasmu hanyalah menyampaikan ingatan tentang huru-harahari Kiamat itu kepada yang takut menghadapinya sahaja. Sangatlahdahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang yang bersalah akanmerasa, pada anggapan mereka, seolah-olah mereka tinggal di duniadulu hanyalah sepetang atau sepagi sahaja.

Page 5: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

5 An-Naazi’aat

TERJEMAHAN SURAH AN-NAAZI’AAT

IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ IäQN¾šZ IâM±I…Dengan nama Allah yang mengurniakan RAHMAT Nya di dunia ini

dan RAHIM Nya di Akhirat nanti.

£@–M®G” IÍQ郓I¯QƒRÀšOZ Gy(Aku bersumpah!) Demi malaikat-malaikat kasar

yang mencabut nyawa dengan sekasar-kasarnya.

£@µM²Gœ IÍQ郵I²QƒRÀšOZ GyDan demi malaikat-malaikat yang mencabut nyawa

dengan lembut dan harmoninya.

£@©M¤G" IÍQ郩I¤QƒR±šOZ GyDan demi malaikat-malaikat cergasyang secergas-cergasnya bergerak

(melaksanakan perintah) dari penempatan mereka.

£@ºM¤G" IÍQ郺I¤QƒR±šO£G•Dan demi malaikat-malaikat yang berlumba-lumba

mencabut nyawa orang-orang yang kufur(untuk diselesaikan segera kerja mereka).

Z@®M›G} I\Qé ®IN…G¬H¿MšO£G•Dan semuanya menyempurnakan tadbir urusan alam

mengikut apa yang diperintahkan kepada mereka.(Bahawasanya Kamu Semua

Akan Dibangkitkan Semula Pada Hari Kiamat.).

Page 6: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

6 An-Naazi’aat

HæG¹I‰ZR®šOZ HÜH‰M®G† GvMÂGñIaitu hari di mana berlakunya tiupan ‘Sangkakala’ pertamayang menggoncangkan alam dan mematikan semuanya.

HæG•IcZR®šOZ£GÁH·G¤M¥G†Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan kedua(di mana pada tiupan ini semua yang mati itu

dihidupkan semula dari kubur masing-masing).

KæG¹I‰ZGy A­IËG›MÂGñ D[ÂH¾H–Hati-hati manusia pada hari itu penuh debaran dan takut.

DæG·I²Q郋£G„H®Q郳M…G}Kelihatan tunduk dengan rasa gerun.

I{G®I•£G©MšOZçI• GwyHcyHcM®G¿Gš £RœIYG} GwÂHšÂHºGñMereka yang ingkar derhaka akan berkata:

“Sesungguhnya, adakah kita semua yang di dalam lubang kuburakan dihidupkan semula seperti biasa?”.

@{G®IªRœ £@¿Q郶I“ £RÀH˜ZGdIY G}“Bolehkah kita dihidupkan semula

dari tulang-tulang yang telah reput ini?”.

D{G®I"£G‹ K{ R®G˜Z@dIý GßM¾I† CZÂHš£G–Mereka berkata lagi:

“Kalaulah betul demikian, sudah tentu pengembalian semula kita itusatu perkara yang merugikan!”.

Page 7: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

7 An-Naazi’aat

D{G¬IŠQé y D{G®M‰Gf GçI„ £G¿RœIÇG•Senang saja! HANYA dengan satu jeritan/tiupan sudah cukup.

I{G®I„£R±šO£I… âH„ ZGdIÇG•Yang akan menyebabkan mereka dengan serta mertaberada di muka bumi yang putih rata (untuk dihisab).

QPçG" ÂH› HÎñI¬GŠ GßQ郆G} MáG„(Wahai Muhammad!) Sudahkah kamu mengetahui

tentang cerita Nabi Musa?

|@ÂH‘Ih R¬GºH¿MšOZ IcZGÂMšO£I… ôHäS…Ge HäQ‚Gc£Gœ MdIýKetika dia diseru oleh Allah Tuhannya,di satu Lembah Tuuwa yang suci itu?

Qéç¸G‘ ôHäRœIý GwMÂG“M®I• QéçšIý MÌG„ MdOZDan diperintahkannya:

“Pergilah kamu kepada Firaun! Sesungguhnya dia itusudah melampaui batas kekufuran dan kezalimannya”.

QçR˜G¯G† wG} QPéçšIý GßRšáG„ MáHºG•Katakanlah padanya:

“Mahukah engkau wahai Firaun,untuk mensucikan diri kamu dari kekufuran?”.

QçG²MªG¥G• GßIN…Ge QéçšIý GßGñI¬M„G} Gy“Sehingga dapat aku tunjukkan kepada engkau

jalan mengenali Tuhanmu,supaya engkau takut dan tunduk pada Nya?”.

Page 8: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

8 An-Naazi’aat

Q|G®M¤H¼MšOZ GæGñGìM OZ HäQ‚GeGÆG•Maka dibuktikan dan diperlihatkan oleh Musa kepada Firaun,

mukjizat yang besar.

QçG³G“Gy G[R­G¼G•Firaun tidak percaya dan terus menderhaka.

QçG·M±Gñ G®G…McG} RâH‡Dan kemudian dia memperlihatkan keingkarannya itu.

Q|Gc£GÀG• G®G²G©G•Dengan cara mengumpulkan semua bala tenteranya.

Qéç¾M“GìM OZ HâH¼S…GeC£GœG} Gu£GºG•Dan berkata pada mereka:

“Akulah Tuhan kamu semua, yang Maha Tinggi!”.

QPéçšyHìM OZ Gy I{G®I‹GìM OZ Gu£G¼Gœ HäQN¾šOZ HxG­G‹GÆG•Akibat dari kelantangan Firaun itu,

maka Allah telah menetapkan penyeksaan pada Firaundi dunia dan di Akhirat.

QPçG²MªGñ ãG¿INš @{G®M¤I·Gš GßIšQ GdçI• RwIýSesungguhnya, peristiwa ini boleh memberi ingatan dan panduan

kepada mereka yang takut (melanggar perintah Allah).

Page 9: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

9 An-Naazi’aat

£GÁQéƒÀG… > HYP飿R±šZ IvG} £@ºM¾G‹ S¬G&G} MâH¥MœG} GYWahai yang mengingkari Allah

tentang adanya bangkitan semula selepas mati!Adakah diri-diri kamu yang sukar untuk dibangkitkan semula

atau lebih sukar untuk membina dunia dengan langitnya?Sesungguhnya Allah telah membinanya dengan mudah!

£GÁQ‚RÂG±G• £GÁG¼M¿G" GÚG•GeMalah Allah telah menentukan langit itu di atas

dan disempurnakan operasinya.

£GÁQ郩HF G_G®M‹G} Gy£GÁG¾MÃGš GÕGµM”G} GyAllah juga telah menjadikan malam itu gelap-gelita

dan siang itu terang-benderang dengan adanya fungsi langit itu.

P£GÁQ郊Gc GßIšQ Gd G¬M·G… GkMeGìM OZ GySedangkan bumi telah dipermudahkan

sebagai hamparan untuk kesenangan makhluk.

£GÁQ郓M®G›Gy £G„GY P£G› £GÁMÀI› G_G®M‹G}Lalu dari bumi itu dikeluarkan airnya

untuk kegunaan manusia dan juga tumbuh-tumbuhannya.

£GÁQƒG"MeG} Gu£G¤I¨MšOZ GyDikukuhkan letaknya gunung-ganang di atas bumi sebagai pasak.

MâH¼I¿Q郷MœG+ìGy MâH¼Rš£@·Q郥G›Semuanya itu adalah untuk kegunaan sementara kamu

dan juga binatang-binatang ternakan kamu.

Page 10: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

10 An-Naazi’aat

Q|G®M¤H¼MšOZ HæR›P£RµšOZ I\GY P飉 ZGdIÇG•Waspadalah pada akhirnya!

Apabila datangnya gegaran dari jeritan suara tiupan Israfildan berlaku bencana yang maha besar.

QçG·G" £G› HãQ郱œIîM OZ H®R˜G­G¥Gñ GvMÂGñPada hari itu manusia mula mengingati

apa yang telah mereka usahakan selama ini.

Q|G®Gñ ãG¿Iš HâÃI©G¨MšOZ I\GfIN®H…GyDan pada hari itu juga diperlihatkan Neraka Jahiim

kepada mereka yang dibenarkan melihatnya.

QçG¸G‘ ãG› £R›GÆG•Mengetahuilah kesudahannya bagi mereka yang ingkar derhaka.

£GÃMœS¬šOZ G{QÂGÃG©MšOZ G®G‡ZGYGyYang hanya menumpukan kepada kehidupan dunia sahaja.

Q|GyMÆG¿MšOZ GçI„ GâÃI©G¨MšOZ RwIÇG•Maka sesungguhnya balasan mereka adalah Neraka Jahiim,

tempat mereka berpulang.

Q|GÂGÁMšOZ IãG“ GÔM¹GÀMšOZ çGÁGœGy õ IäIN…Ge Gv£GºG› Gp£G‹ MãG› £R›G} GyManakala, yang telah bersabar menahankan nafsu mereka dan yakin,

akan berdiri di hadapan mahkamah Allah untuk dipersoalkan.

Q|GyMÆG¿MšOZ GçI„ GæRÀG¨MšOZ RwIÇG•Maka sesungguhnya balasan mereka ialah Jannah,

tempat mereka berpulang.

Page 11: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

11 An-Naazi’aat

£GÁQéƒ"M®H› Gw£RñG} IæG“£R±šOZ IãG“ GßGœÂH¾GËM±GñOrang yang ingkar derhaka itu pernah secara mengejek bertanya:

“Bilakah akan datangnya hari Kiamat itu, wahai Muhammad?”.

Pé£ÁQ‚G®G˜Id ãI› GÍœG} GâÃI•Sebenarnya tiada kaitan dengan tugasmu itu, wahai Muhammad.

P£GÁQƒGÁG¥ÀH› GßIN…Ge QçGšIýDengan penjelasan bila berlakunya Kiamat

dan ilmu mengenai bila Kiamat itu,hanya pada Tuhanmu, Allah sahaja.

£GÁQƒG²MªGñ ãG› HeI­ÀH› GÍœG} P£G¿RœIýTugasmu hanyalah menyampaikan ingatan

tentang huru-hara hari Kiamat itukepada yang takut menghadapinya sahaja.

£GÁQƒG©HF MyG} @æRÃI²G“ RêIý CZÂH¦G¤M¾Gñ MâGš £GÁGœMyG®Gñ GvMÂGñ MâHÁRœGÆG˜Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu,

sehingga orang yang bersalah akan merasa,pada anggapan mereka,

seolah-olah mereka tinggal di dunia duluhanyalah sepetang atau sepagi sahaja.

Page 12: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

12 An-Naazi’aat

Sinopsis Surah:

Surah ini memaparkan peristiwa hari Kiamat semasa tiupan Sangkakalayang pertama dan kedua, dan bagaimana kumpulan malaikat-malaikatmenjalankan tugas-tugas mereka mencabut nyawa manusia yang kufurpada adanya hari kebangkitan semula dan yang beriman pada Allah.DAN Allah bersumpah dengan kumpulan para malaikat tersebut untukmemperkuatkan dalil Nya bahawa hari Kiamat itu PASTI TIBA dan hariAkhirat TETAP MENJELMA, dan WAJIB bagi kita mempercayainya.

Walaupun telah ditanam dalam benak kita tentang adanya hari Akhiratdan huru-haranya, namun ramai sekali yang mengingkarinya. Surah inimenceritakan bagaimana Kaum Quraisy telah menolak konsep adanyahari Akhirat dan mereka disamakan dengan Kaum Firaun di zaman NabiMusa as. Firaun telah secara terang-terang mengaku dirinya sebagaiTuhan dan Allah telah memusnahkan dia dan kaumnya. Keingkaran inisepatutnya dijadikan tauladan.

Seterusnya manusia terus diajak memikirkan Allah sebagai Pencipta.Apa susahnya untuk mencipta sesuatu yang sudah ada untuk diadakansemula di Akhirat nanti, berbanding dengan mewujudkan langit dankawasan kosong dengan segala bintang dan cakerawala besertafungsi-fungsinya. Mencipta manusia semula setelah mati adalah lebihmudah bagi Allah, maka berfikirlah untuk mempercayai adanya Akhirat.

Sekali lagi Allah mengajak kita meneliti bagaimana berlakunya Kiamat.Dengan tiupan Sangkakala pertama, semuanya mati dan selepas 40tahun apabila berlaku teriakan tiupan kedua, manusia dihidupkankembali untuk dihisab amalan-amalan mereka. Di sini, semuanyabergantung pada iman kita kepada Allah. Yang ingkar derhaka akandicampakkan ke dalam Neraka. Rugilah mereka yang ingkar padaadanya Kiamat, pada hari pembalasan dan kepada konsep dibangkitkansemula.

Page 13: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

13 An-Naazi’aat

Tafsir Surah:

. £@©M¤G" IÍQ郩I¤QƒR±šOZ Gy . £@µM²Gœ IÍQ郵I²QƒRÀšOZ Gy . £@–M®G” IÍQ郓I¯QƒRÀšOZ Gy/ Z@®›G} I\Qé ®IN…G¬H¿MšO£G• . £@ºM¤G" IÍQ郺I¤QƒR±šO£G•

Demi malaikat-malaikat kasar yang mencabut nyawadengan cara kasar sekasar-kasarnya.

Dan demi malaikat-malaikat yang menarik nyawadengan cara lembut yang selembut-lembutnya.

Dan demi malaikat-malaikat yang cergas bergerakdengan secergas-cergasnya apabila diperintah.

Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahuluidalam menjalankan tugas-tugas mereka

dengan bersungguh-sungguhnya.Maka penyempurnaan tadbir urus alam

yang diperintahkan kepada mereka sedia terjadi.(Aku bersumpah dengan malaikat-malaikat ini,

yang semua manusia akan dibangkitkan semula di hari Kiamat).

Allah bersumpah, bahawa semua manusia yang mati itu akandibangkitkan semula. Di dalam surah ini Allah bersumpah denganmenggunakan malaikat, yang diperintahkan untuk mencabutnyawa-nyawa manusia dan menjelaskan pergerakan malaikat-malaikatini seperti berikut:

a) Malaikat Izrail dan kumpulannya mencabut nyawa orang-orangyang kufur pada Allah, dengan cara kasar yang sekasar-kasarnya.

b) Malaikat Izrail dan kumpulannya mencabut nyawa orang-orangyang beriman, dengan lembut dan harmoni.

c) Malaikat-malaikat bergerak cergas dan pantas menyahut arahanAllah dari persada mereka ke dunia.

d) Malaikat-malaikat ini bersungguh-sungguh dan berlumba-lumbaantara satu sama lain mencabut nyawa orang-orang yang kufuruntuk menyelesaikan tugasannya dengan cepat.

e) Semua malaikat-malaikat ini menjalankan urus tadbir mengambilnyawa manusia seperti yang diperintahkan.

Page 14: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

14 An-Naazi’aat

Jadi, disamping Allah menjadikan semua malaikat-malaikat ini sebagaialat sumpahan Nya, Dia mengesahkan yang manusia semuanya akandibangkitkan semula dan secara langsung menjelaskan cara roh ataunyawa manusia itu dicabut. Imam Muhammad Haqqi Ar-Rusawimenjelaskan ‘kaifiat’ atau cara pengambilan nyawa manusia oleh paramalaikat adalah seperti berikut:

a) Sekumpulan malaikat yang menjalankan tugas mereka, merentapdengan kasarnya roh orang-orang kufur dari jasad mereka. Initermasuklah roh-roh semua jari-jemari, kuku, rambut dan jugaanggota-anggota lain, yang direntap bersama. Umpama sepohonpokok besar yang DIRENTAP secara kasar, maka tercabutlahpohon itu beserta akar tunjang dan segala akar-akar kecilnya daridalam tanah. Pada hal semasa cabutan dan rentapan itu, manusiaitu masih hidup dan akan merasai sakitnya rentapan tersebut.Mereka adalah Malaikat Maut dan pembantu mereka adalah daripara ‘malaikat azab’, yang merejam ke dalam tubuh manusia kufuritu dengan alat seperti besi yang berbisa dari Neraka Jahiim.Mereka yang diambil nyawanya akan merasai seolah-olah perutmereka dipenuhi ‘duri-duri’, atau merasai seolah-olah diri merekasedang keluar dari lubang-lubang kecil yang sempit, seolah-olahlangit dan bumi sedang bercantum dan dia berada di dalamhimpitan kedua-duanya. Apabila nyawa mereka direntap keluar,mereka akan menggeletar dan merasai kesakitan yang tidakterperi.

b) Sekumpulan para malaikat yang lain pula, menjalankan tugasmereka mengambil nyawa orang-orang yang beriman, dengan carayang paling lembut, berhemah dan penuh prihatin. Allah telah jugabersumpah dengan para malaikat ini yang begitu prihatinmengambil roh orang-orang yang beriman. Mereka adalah MalaikatMaut dan pembantu-pembantunya dari kalangan ‘Malaikat Rahmat’,dan mereka mengeluarkan roh orang mukmin seperti menarikrambut dari dalam minyak safi. Walaupun semua roh-roh lainseperti jari-jemari, kuku, rambut dan lain-lain, juga ditarik keluar,namun manusia itu tidak merasa sakit atau bisa seperti yangdideritai oleh orang-orang yang kufur. Walau bagaimana pun,mukmin yang kurang amalnya, cetek imannya dan diganggu olehSyaitan ketika sakaratul maut, apabila roh mereka hendak dicabut,di saat inilah mereka seolah-olah terlihat bayangan ibu, bapa danadik beradik yang melalaikan mereka ketika penyerahan diriterakhir yang mutlak kepada Allah. Semuga Allah menyelamatkankita dari keadaan ini.

Page 15: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

15 An-Naazi’aat

Berdasarkan pengertian Ayat-ayat 26 hingga 27, surah Yasin:

/GãÃI›G®M¼H¿MšOZ GãI› çIÀG¾G·G‰Gy çIN…Ge çIšG®G¹G” £G¿I… /G wÂH¿G¾M·Gñ çI›MÂG– GÍMÃG¾QƒGñ GuG£–Mafhumnya:

Dia berkata: “Alangkah baiknya kalau kaumku tahutentang perkara yang menyebabkan aku diampuni oleh Allah Tuhanku,

serta dijadikan aku dari kalangan orang yang dimuliakan.

Bahawa Habib An-Najjar ketika rohnya diambil oleh Malaikat Izrail,beliau berada dalam keadaan sedar dan dapat melihat semua amalbaik itu. Kata Musa Ar-Rusawi lagi:

“Seseorang yang hendak diambil rohnya akan melihat para malaikatitu berdasarkan baik atau buruk amalannya. Apabila roh itudikeluarkan dari badannya, mereka tidak ‘hilang fikiran’, merekamasih mempunyai pengetahuan tentang amalan-amalan mereka”.

Rasulullah pernah menjelaskan bahawa sakit ‘sakaratul maut’ itusangat pedih dan pernah bersabda:

/ K\ZG®G¼G" I\MÂG¿M¾Iš RwIZ . HäQN¾šOZ RêIZ GäQšIZ G ê ! Hx£G…G®G˜ZGy! I\MÂG¿MšOZ I\ZG®G¼G" çG¾G“ çINÀI“G} RâHÁNQ¾šOZ

Mafhumnya:

“Aduuh! Terasa sakitnya.Hanya Allah yang aku sembah.

Setiap mati itu ada kesakitan mautnya.Ya Allah! Bantulah aku menghadapi saat-saat sakaratul maut!”.

Hadith ini tidak berlawanan dengan konsep pengambilan roh denganlembut, seperti yang dijelaskan oleh ayat-ayat surah ini. Rasulullahtelah menyampaikan khabar sukaduka ini kepada umatnya. Di antaraperkhabaran itu ialah kesakitan sakaratul maut yang dirasainya dankemudian dijelaskannya dengan terang untuk pengetahuan umatnya.

Page 16: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

16 An-Naazi’aat

c) Terdapat kumpulan malaikat-malaikat di mana Allah bersumpahdengannya, yang terus segera datang ke bumi untuk melaksanakantugas pengambilan roh manusia dan untuk urusan-urusan lain yangberkaitan secara ‘sekelip mata’. Kedatangan mereka adalah secaratertib dan teratur, dan terus melaksanakan apa yang telahdiperintahkan oleh Allah. Kumpulan malaikat-malaikat ini akanmelaksanakan tugas mereka secara berlumba-lumba atas satu-satukerja samada untuk urusan dunia atau Akhirat, khususnyamengenai perkara urusan ‘bangkit semula’ dan urusan hari Kiamat.

Inilah dia para malaikat yang diambil Allah sebagai sumpahan Nya dansecara tak langsung menjelaskan pada kita akan tugas-tugas agungmereka untuk kita insafi, bahawa hari Kiamat, hari Akhirat, haripembalasan, hari yang penuh dengan huru-hara itu, pasti ada dan kitaakan terlibat secara langsung dengannya. Pada hari itu, yang diambilkira ialah IMAN dan amal soleh kita sahaja.

Apakah peristiwa-peristiwa HARI itu dan bagaimana pula perasaanmanusia pada ketika itu, dijelaskan dalam ayat-ayat seterusnya.

Firman Allah:

. KæG¹I‰ZGy A­IËG›MÂGñ D[ÂH¾H– . HæG•IcZR®šOZ £GÁH·G¤M¥G† . HæG¹I‰ZR®šOZ HÜH‰M®G† GvMÂGñ. I{G®I•£G©MšOZ çI• GwyHcyHcM®G¿Gš £RœIYG} GwÂHšÂHºGñ . DæG·I²Q郋 £G„H®Q郳M…G}

/ D{G®I"£G‹ K{ R®G˜ Z@dIý GßM¾I† CZÂHš£G– . @{G®IªRœ £@¿Q郶I“ £RÀH˜ ZGdIY G}Pada hari itu, tiupan Sangkakala yang pertama menggoncangkan alam

(maka matilah dan punah-ranahlah semuanyaselain dari yang dikecualikan).

Tiupan pertama akan diikuti pula oleh tiupan kedua(yang menyebabkan yang mati semuanya hidup semula,

keluar dari kubur masing-masing).HATI-HATI manusia pada hari itu berdebar-debar ketakutan.

MUKA-MUKA mereka memandang kehadapandengan rasa hina dan gerun.

Yang ingkarkan hari kebangkitan semula akan berkata:“Adakah kita semua seolah-olah hendak dikembalikan semula ke dunia

seperti dahulu? Di sana dulu kita pernah berkata:Bolehkah kita dikembalikan semula dari tulang-tulang reput yang musnah itu?

Kalaulah itu betul terjadi, nahaslah kita dalam kerugian!”.

Page 17: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

17 An-Naazi’aat

Ayat di atas menjelaskan terdapat dua kali tiupan dari Malaikat Israfil,tiupan yang dikenali sebagai tiupan Sangkakala. Kali pertama, tiupan itumematikan semua yang hidup termasuk manusia, binatang,bukit-bukau, haiwan dan apa saja yang ada di bumi ini. Setelahsemuanya mati, selain dari yang dikecualikan, maka semuanya terbiarselama 40 tahun lamanya. Sangkakala kemudian ditiup buat kalikeduanya. Maka dengan tiupan kali kedua inilah semua roh akanbercantum semula dengan badannya dan manusia akan keluar darikubur masing-masing ke suatu kawasan yang kosong. Pada masa itubumi ini telah bertukar menjadi Mahsyar dan bermulalah huru-hara yangamat dahsyatnya pada hari itu.

Bagi mereka yang ingkarkan kebangkitan semula ini, mereka mulaimerasa hati-hati mereka berdebar ketakutan dan insaf. Rupa-rupanyakedatangan hari kebangkitan semula itu benar! Penentang-penentangAllah pada hari itu malu dan gerun. Berlainan dengan hati-hati orangyang beriman akan adanya hari Kiamat, akan rasa tenang dan tidakkelihatan takut. Kelihatan orang-orang yang ingkar itu tunduk danbersedih kerana menolak Allah dan ayat-ayatnya. Dalam keadaankelam kabut itu, mereka seolah-olah percaya yang mereka akandibalikkan semua ke dunia dahulu, di mana di sana mereka telah pernahmendustakan para Rasul Nya yang pernah berkata bahawa hari Kiamatakan berlaku dan semuanya akan dihidupkan kembali dan ketika itumereka telah spontan berkata:

“Jika ianya benar terjadi, maka kerugian besarlah untuk kita”.

Jadi di hari ini, mereka mula merasai kerugian tersebut.

Susuk bentuk ayat di atas seperti menghina orang-orang yang ingkartentang adanya hari kebangkitan semula itu. Mereka seolah-olahmengulangi perkataan mereka dahulu dan mereka menggunakan lojikuntuk memikirkan bagaimana tulang-tulang reput ini akan dihidupkankembali. Mustahil! Dalam ilmu mereka ianya mustahil, tetapi merekamesti ingat bahawa dalam ilmu Allah pula, ianya boleh berlaku.Keperluan ini adalah sebahagian dari akidah Islam dan manusia akandihisab semua amal baik dan jahat mereka untuk menerimapembalasan yang sewajarnya.

Apa susahnya untuk mewujudkan hari kebangkitan semula?

Page 18: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

18 An-Naazi’aat

Firman Allah:

/ I{G®I„£R±šO£I… âH„ ZGdIÇG• . D{G¬IŠQé y D{G®M‰Gf GçI„ £G¿RœIÇG•(Menghidupkan/membangkitkan semula itu tidaklah sukar)

kerana berlakunya perkara ituhanyalah dengan satu jeritan/tiupan Sangkakala yang kedua.

Jeritan dan tiupan itu akan menyebabkan manusia dengan serta merta,berada di muka bumi yang putih rata.

Dalam kata lain:

“Jangan kamu kata untuk membangkitkan semula manusia selepasmati itu susah. Ianya sangat senang dalam Qudrah dan Iradah Allah.Hanya dengan tiupan kedua Malaikat Israfil, yang diberi tugasmeniupkan Sangkakala itu, maka bercantum baliklah roh-roh denganbadannya, semuanya segar keluar dari kubur masing-masing danberada di atas bumi yang kelihatan rata dan putih. Semuanya akanhadir di Mahsyar itu untuk dihisab”.

Maulana Al-Fanari berkata sewaktu beliau mentafsirkan Al-Fatihah:

“Manusia apabila bangkit dari tidur mereka dan dari kuburmasing-masing, dan pada masa itu Allah menggantikan bumi inimenjadi padang Mahsyar, maka menyerahlah bumi itu pada Allah. Dansewaktu pertukarannya, samada ianya dalam bentuk gambaran yangsama atau berbeza, atau disediakan Allah satu kawasan lain, manusiaterus berada diatasnya. Dan Allah menyerahkannya untukperhimpunan manusia semuanya. Kawasan baru itu digandakankeluasannya kepada 99 juzuk dan semuanya tersusun rapi”.

Inilah gambaran secara SAM’IYYAT (hanya mendengarnya dariAl-Qur’an) tentang hari Kiamat dan betapa mudahnya untuk diwujudkankebangkitan semula dan hari Kiamat itu. Tiupan kedua menghidupkansemua yang mati, dan mereka terus bangun dan berada di Mahsyaruntuk proses hisab. Jarak di antara tiupan pertama dengan yang keduadikatakan 40 tahun lamanya. Inilah dia hari Akhirat yang diwajibkan bagisemua muslim dan muslimah mempercayainya dan merupakan salahsatu daripada Rukun Iman.

Page 19: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

19 An-Naazi’aat

Sebagai pengajaran dari penolakan, keingkaran dan kekufuran olehFiraun terhadap hari kebangkitan semula ketika Musa as diutuskanuntuk mendakwah mereka, untuk orang-orang Quraisy memahaminya,dan sebagai iktibar kepada mereka jika mereka MENGENALI Allah dankemudian TAKUT dengan Nya, maka Allah berfirman:

. |@ÂH‘ IhR¬GºH¿MšOZ IcZGÂMšO£I… ôHäS…Ge HäQ‚Gc£Gœ MdIý ؟ QPçG" ÂH› HÎñI¬GŠ GßQ郆G} MáG„{QçR˜G¯G† wG؟ QPéçšIý GßRš áG„ MáHºG• . Qéç¸G‘ ôHäRœIý GwMÂG“M®I• QéçšIý MÌG„BdOZ

/ Q|G®M¤H¼MšOZ GæGñGìM OZ HäQ‚GeGÆG• ؟ QçG²MªG¥G• GßIN…Ge QéçšIý GßGñI¬M„G} Gy. Q|Gc£GÀG• G®G²G©G• . QçG·M±Gñ G®G…McG} RâH‡ . QçG³G“Gy G[R­G¼G•

. QPéçšyHìM OZ Gy I{G®I‹GìM OZ Gu£G¼Gœ HäQN¾šOZ HxG­G‹GÆG• . Qéç¾M“GìM OZ HâH¼S…Ge C£GœG} Gu£GºG•/ QPçG²MªGñ ãG¿INš @{G®M¤I·Gš GßIšQ Gd çI• RwIý

Adakah telah sampai padamu wahai Muhammad perihal Nabi Musa?Ketika itu beliau diseru Allah di satu “Lembah Tuuwa”

yang suci berkat itu. Maka katakanlah padanya:“Adakah engkau wahai Firaun,

mahu menyucikan diri kamu dari kekufuran?Dan mahukah engkau aku tunjukkan kepadamu

jalan untuk mengenali Allah Tuhanmu,supaya engkau merasa takut (untuk menderhaka pada Nya)?”.

(Setelah pertemuan berlaku atas perintah Allah pada Musa)maka Firaun diperlihatkan kepada mukjizat besar Nabi Musa.

Tetapi Firaun terus mendustakan Musa dan menderhaka pada Allah,berpaling ingkar dan menjalankan usaha untuk menentang Musa.Maka dia menghimpunkan semua orang-orangnya dan berkata:

“Akulah Tuhan Kamu Yang Tertinggi!”.Maka Allah telah mengenakan azab kepadanya di dunia

(dengan menenggelamkannya ke dalam laut)dan azab di Akhirat (dibakar dalam Neraka).

Sesungguhnya perkara demikian itumengandungi pelajaran dan peringatan

yang boleh mendatangkan iktibarbagi mereka yang takut pada Allah.

Page 20: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

20 An-Naazi’aat

Firaun ketika zaman Nabi Musa as, telah dianggap sebagai pelampauyang melampau, perosak mukabumi, jahat, zalim danmemperhambakan manusia untuk kepentingan dirinya. Nabi Musa telahdipanggil Allah dan bertemu dengan Nya di Lembah Tuuwa di sebelahkanan Bukit Thuur di antara Madinah dan Mesir, di mana Allah telahmeminta beliau untuk pergi mendakwahkan Firaun yang kufur ingkar itu.Dengan perkataan yang lembut berpolisi tinggi, Allah meminta Musamenyatakan:

“Jika kamu wahai Firaun, mahu menyucikan diri kamu dari semuakejahatan dan kemusnahan, dan berbalik kepada Allah, maka akanaku tunjukkan jalannya! Jika engkau mengetahui siapa Allah itubarulah kamu boleh takut dan tunduk pada Nya, demi kebaikankamu!”.

Kemudian untuk membuktikan kebenaran Nabi Musa, makadiperlihatkan mukjizatnya dengan mengalahkan semua tukang-tukangsihir yang dihimpunkan untuk bertanding kekuatan. Akhirnya semuatukang sihir itu akur pada Musa as dan beriman kepada Allah. PadaFiraun, dia merasa tercabar dan terus menderhaka menolak Allah,mengingkari hari kebangkitan semula, meneruskan kekufuran dankezalimannya pada umat manusia dan dengan angkuhnya mencabarkerasulan Nabi Musa. Kejahatan Firaun ialah hingga ke peringkat diamengakui dirinya Tuhan, sedangkan Iblis walaupun derhaka pada Allahtidak pernah mengaku dirinya Tuhan. Akhirnya dia mati tenggelam dilautan dan akan dikenakan azab Akhirat yang sangat pedih.

Yang pentingnya dari sejarah ini ialah bagaimana kita boleh mengambiliktibar darinya. Sheikh Syed Qutub berpendapat bahawa HANYA orangyang tahu siapa Tuhannya saja dan kemudian takut melanggar perintahNya akan dapat meresapkan iktibar dari kisah Musa/Firaun ini. Jika hatiseseorang itu tiada ketaqwaan pada Allah, maka terdapat hijab diantaranya dengan kisah tersebut. Akibatnya, berlanggarlah ia dengankenyataan hidupnya sehingga datang hukum Allah untuknya di duniadan azab pedih untuknya di Akhirat nanti. Dalam kata lain:

“Kenalilah Tuhanmu Allah itu dengan sesungguh-sungguhnya, dan daripengenalan itu, barulah akan tercetus rasa taqwa dan takut untukmelanggar perintah-perintah Nya”.

Akibat rasa was-was pada hari kebangkitan semula, was-was imanpada Allah, was-was Syaitan yang menguasai diri dan minda, makaberlakulah kecelaruan dalam hidup masyarakat di masa kini.

Page 21: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

21 An-Naazi’aat

Manakah yang lebih sukar untuk dicipta: langit dan kawasanpersekitarannya atau mencipta manusia semula selepas mereka mati?

Firman Allah:

. £GÁQ‚RÂG±G• £GÁG¼M¿G" GÚG•Ge . £GÁQéƒÀG… > HYP飿R±šZ IvG} £@ºM¾G‹ S¬G&G} MâH¥MœG} GY. P£GÁQ郊Gc GßIšQ Gd G¬M·G… GkMeGìM OZ Gy . £GÁQ郩HF G_G®M‹G} Gy £GÁG¾MÃGš GÕGµM”G} Gy

. £GÁQƒG"MeG} Gu£G¤I MšOZ Gy . £GÁQ郓M®G›Gy £G„GYP£G› £GÁMÀI› G_G®M‹G}/ MâH¼I¿Q郷MœG+ìGy MâH¼Rš£@·Q郥G›

(Wahai golongan yang ingkar pada kebangkitan hidup semula!).Kamukah (setelah mati) yang sukar diciptakan semula,

atau lebih sukar lagi mencipta langit?Allah Tuhanmu, telah membinanya dengan kukuh.

Dia telah mencipta langit sebegitu rupa, tinggi tempatnyadan Dia menyempurnakan kestabilannya

(dengan semua cakerawala disekelilingnya).Dan (dari ciptaan langit itu) terjadilah malam dengan gelapnya,

dan siang dengan terang benderangnya.(Sehubungan dengan itu!) Bumi pula sesudah itu dicipta terhampar

(untuk kemudahan penghuninya).Terdapat air yang dikeluarkan dari dalam perutnya,

disamping membiakkan tumbuh-tumbuhannya.Dipasang pula gunung-ganang yang gagah kukuh letaknya atas bumi itu

(sebagai pancang pasak yang menstabilkannya).SEMUANYA ini dicipta untuk kegunaan kamu semua wahai manusia,

dan juga untuk binatang-binatang ternakan kamu.

Maksud ayat di atas, penciptaan semula manusia setelah mati di hariKiamat adalah lebih mudah, kerana telah ada rohnya dan acuannyayang masih baik. Bandingkan jika hendak dicipta sesuatu dari tiadakepada ada. Contohnya, kawasan di atas bumi dengan segalacakerawalanya, fungsi-fungsinya kepada bumi, yang dikenali sebagai‘langit’. Sesukar itu pun boleh dicipta oleh Allah dengan kukuhnya, danmegah memberi khidmatnya kepada manusia sejak ia diciptakansehingga kini.

Page 22: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

22 An-Naazi’aat

Firman Allah:

AeI¬Q郺I… GkMeGìM OZ Gy I\Qé ÂQ郿R±šOZ GÝG¾G‹ |I­RšOZ GÔMÃGšGyG}HâÃI¾G·šOZ HÝQƒR¾GªMšOZ GÂH„Gy Qéç¾G… > âHÁG¾M¦I› GÝH¾MªGñ wG} PQçG¾G“

Mafhumnya:

Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Allah,Tuhan yang telah mencipta LANGIT dan bumi

(yang sedemikian sukarnya)berkuasa mencipta semula manusia

sebagaimana Dia menciptakan mereka dahulu?Ya! Diakui dan dipercayai Dia berkuasa!

Dan Dialah PENCIPTA yang tiada tolok bandingnya,dan Maha Tinggi kemahiran Nya.

(Surah Yaasin, Ayat 81)

Diantara kesulitan mencipta langit dan segala rangkaiannya mengikutayat di atas ialah:

a) Ianya berada di atas, dan merupakan satu ruang kosong yangdipenuhi dengan cakerawala-cakerawala lain termasuk matahari,bulan dan bintang-bintang, yang mempunyai satu hubungan kerjayang menyinarkan bumi.

b) Terlalu terserlah kepada kita untuk mencipta semuanya ini,termasuk menstabilkan semua pergerakan cakerawala-cakerawalaini di tempat dan masa yang sesuai, sehingga tidak bercanggah diantara satu sama lain. Ciptaan yang diikuti dengan operasinya,sesuatu yang sangat sulit untuk direalisasikan.

c) Kejadian malam yang gelap dan siang yang terang mempunyaikaitan yang rapat dengan langit dan cakerawala itu. Apa lagiterjadinya musim-musim panas, musim sejuk, musim bunga,semuanya ada kaitan dengannya.

d) Penyinaran matahari dan kesannya pada bulan, pasang surutnyaair di bumi dan subur tidaknya tanah taneh, ada kaitannya denganlangit.

Page 23: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

23 An-Naazi’aat

Serentak dengan ciptaan langit, bumi pula diciptakan terhampar, khususuntuk kemudahan manusia menggunakannya untuk pengeluaranmakanan dan binatang ternakannya. Dan terjadinya bukit-bukau yangmenjadi pasak bumi, adalah sebahagian dari ciptaan Allah yang sangatmenakjubkan.

Apakah hubungan penciptaan langit yang lebih sulit itu dan kemudian diikuti dengan penciptaan bumi oleh Allah, dengan ‘dibangkitkan semula’sesudah mati? Penciptaan langit dan bumi bukan secara kebetulan saja,tetapi ianya dicipta melalui TAKDIR Ilahi, Pencipta yang MahaMengetahui apa yang dilakukan Nya. Semuanya untuk kepentinganhidup manusia dan binatang ternakan mereka.

Jadi, dangkalkah Allah untuk mencipta semula manusia yang telah punpernah dicipta Nya sebelum ini, di mana rohnya masih ada dalamsimpanan Tuhannya? Allah meminta kita untuk berfikir sejenak. Bagimereka yang terus menolak hakikat ‘dibangkitkan semula’ ini, ianyatidak merugikan Allah, tetapi segala-galanya akan musnah dengankedatangan hari Kiamat di mana pada hari itu semuanya akandihisabkan. Firman Allah seterusnya:

. QçG·G"£G› HãQ郱œIîM OZ H®R˜G­G¥Gñ GvMÂGñ . Q|G®M¤H¼MšOZ HæR›P£RµšOZ I\GYP飉ZGdIÇG•. QçG¸G‘ ãG›£R›GÆG• . Q|G®Gñ ãG¿Iš HâÃI©G MšOZ I\GfIN®H…Gy

. Q|GyMÆG¿MšOZ GçI„ GâÃI©G¨MšOZ RwIÇG• . £GÃMœS¬šOZ G{ÂQGÃG©MšOZ G®G‡ZGYGy. Q|GÂGÁMšOZ IãG“ GÔM¹GÀMšOZçGÁGœGy õ IäIN…Ge Gv£GºG› Gp£G‹ MãG› £R›G} Gy

/ Q|GyMÆG¿MšOZ GçI„ GæRÀG¨MšOZ RwIÇG•Apabila munculnya hari bencana besar itu (tiupan kedua Israfil),

di mana pada hari itu, semua manusia akan mula mengingatiapa yang telah mereka usahakan selama hidup mereka dahulu di dunia!

Pada hari itu juga, Neraka Jahiim diperlihatkankepada sesiapa yang dapat melihatnya (dengan mata kepala mereka).

Jadi, masing-masing sudah mengetahui kesudahan mereka,yang melampau derhaka itu

dan yang lebih mementingkan hidup dunia mereka dari Akhirat.

Page 24: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

24 An-Naazi’aat

Sesungguhnya untuk mereka-mereka ini,disediakan Neraka Jahiim, tempat kediaman mereka.

Sebaliknya, mereka yang senantiasa takut dengan keadaan semasa,akan berdiri di hadapan mahkamah Allah,

dan mereka ini yang telah berusaha menahankan diri dan nafsunya(dari melanggar perintah Allah),

disediakan kediamannya di Syurga.

Hari semua ciptaan Allah itu akan berakhir bila ajalnya sampai. Inilah diahari bencana besar setelah melalui tiupan Israfil yang kedua. Padamasa itu manusia akan teringat dan terkenangkan apa yang telahmereka usahakan selama di dunia dahulu. Ingatan pada apa yang telahmereka usahakan dahulu tidak memberi apa-apa erti kepada mereka,kecuali penyesalan, dan tergambar azab yang akan mereka tempuhsedikit masa lagi selepas dihisab. Ini ditujukan khusus pada merekayang ingkar derhaka pada Allah, yang tidak percaya akan kewujudanAkhirat dan hari kebangkitan semula. Pada masa itu, Allahmemperlihatkan pada mereka dengan jelasnya Neraka Jahiim. NerakaJahiim itu untuk anda JIKA anda melampaui batas Al-Haq dan Hidayah,kufur pada Allah, menolak ayat-ayat Allah dengan berbagai-bagaialasan, menolak konsep keadilan Allah yang menekankan perihalkehidupan semula selepas mati, dan kerana hidup anda di dunia dahuluterlebih sangat mementingkan dunia dari Akhirat. Bila kepentingan duniadiberi keutamaan, maka disitulah timbulnya ingkar, derhaka, tamak,menolak Allah dan menolak hari kebangkitan semula.

Jika anda dari kalangan orang-orang yang takut melanggar perintahAllah, tidak terdedah kepada maksiat, dan jika dilakukan juga maksiat itukerana kelemahan kamu sebagai manusia, dan sangat takut dan gusartentang bagaimana hendak menghadapi MAHKAMAH Allah nanti, dandi mana dengan semuanya ini anda kesal, beristighfar, bertaubat, makaanda adalah dalam lingkungan orang-orang yang taat pada Allah.

Pada masa yang sama anda sentiasa menahankan hawa nafsu anda,dan mengetahui bahawa nafsu ini senantiasa membawa kita kepadakancah melampau dan maksiat, kerana setiap maksiat itu punca kepadabala dan menelurkan kejahatan, dan anda berijtihad dengan penuhsabar untuk terus berada dalam keredhaan Allah, anda adalah dalamlingkungan orang-orang yang taat pada Allah.

Page 25: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

25 An-Naazi’aat

ANDA berada dalam kumpulan orang-orang yang mendapat Jannahsebagai tempat berpulang, sekiranya anda telah:

a) berjihad melawan tekanan nafsu.

b) bersabar daripada melakukan sebarang maksiat.

c) bermohon pada Allah untuk takut pada Nya dalam melanggarperintah Nya.

Takut melanggar perintah Allah dan takut bagaimana hendak berdiridihadapan Mahkamah Allah adalah sebesar-besar jihad melawan nafsu,dan hasilnya ialah latihan menyucikan diri, beristiqomah, yang padaakhirnya akan mengangkat darjat kita ke maqam yang lebih tinggi.Sebenarnya, anda mempunyai kuasa untuk melawan nafsu darimelakukan perkara-perkara yang ditegah, boleh berjihad dengansesungguh hati, dengan cara menjulang tinggi kebaikan dan keimanan.

Walaupun dalam dunia hari ini di mana kita dikelilingi oleh kemajuanteknologi dan maksiat itu senantiasa berada di sekeliling kita,kebebasan ini dapat kita lawan dengan cara melawan kemaraan nafsu,berjihad menentang maksiat, menjulang tinggi nilai-nilai kebaikan danberiman kepada Allah. Kejayaan hanya akan kita perolehi sekiranyasemuanya ini dibuat dengan ‘KERANA Allah’, dan balasan yangdijanjikan ialah Jannah.

Pada akhir surah ini, persoalan tugas Rasulullah dijelaskan, iaitutugasnya ialah untuk menyampaikan berita-berita tentang hari Akhirat,perihal tiupan Sangkakala, huru-hara hari kebangkitan semula, danpenyediaan Neraka dan Syurga kepada yang sepatutnya. Bukanlahtugas Rasulullah untuk memberitahu bila berlakunya Kiamat, itu adalahurusan Allah.

Firman Allah:

. P£GÁQƒGÁG¥ÀH› GßIN…Ge QçGšIý ؟ £GÁQéƒ"M®H› Gw£RñG} IæG“£R±šOZ IãG“ GßGœÂH¾GËM±Gñ. £GÁQƒG²MªGñ ãG› HeI­ÀH› GÍœG} P£G¿RœIý

/ £GÁQƒG©HF MyG} @æRÃI²G“ RêIý CZÂH¦G¤M¾Gñ MâGš £GÁGœMyG®Gñ GvMÂGñ MâHÁRœGÆG˜

Page 26: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

26 An-Naazi’aat

Mereka yang ingkar itu selalu bertanya padamu wahai Muhamad,tentang Hari Kiamat, kata mereka: “Bilakah masa berlakunya hari itu?”.

Di manakah kedudukan tugasmudengan menerangkan bila berlakunya Kiamat itu?

Hanya kepada Tuhanmu Allah sahaja,terserah kepada Nya tentang bila berlakunya Kiamat.

Tugasmu wahai Muhammad, hanyalah untuk menyampaikan amarankepada mereka yang takut menghadapi huru-hara hari tersebut sahaja.

(Sangatlah dahsyat huru-hara hari itu,sehingga orang yang ingkar bersalah itu merasa)

Pada masa melihat hari itu dan huru-haranya,seolah-olah mereka berada di dunia dahulu itu

hanya sepetang atau sepagi sahaja.

Apabila ayat-ayat mengenai Kiamat dan kesengsaraan huru-hara padahari tiupan kedua, di hari manusia semua dibangkitkan semula untukdibaca dan dihisab segala amalan mereka, maka terfikirlah orang-orangyang ingkar tersebut dan mereka akan tertanya-tanya bagaimanakahKiamat itu, bilakah ianya akan berlaku dan ianya pasti berakhir denganhisab ke atas semua amalan mereka.

Ayat-ayat itu menjelaskan adanya hisab, adanya Neraka, adanyasuka-duka dan adanya inzar-inzar (amaran azab) yang menakutkan.Tertekan dengan keterangan ayat-ayat ini, maka mereka bertanyabilakah akan berlakunya Kiamat itu pada Rasulullah. Persoalan bilaberlakunya Kiamat itu bukan dalam urusan dan pengetahuanRasulullah. Bukan tugasnya untuk memberitahu bila, tetapi tugasnyahanyalah untuk menyampaikan kabar ingatan tentang balasan kepadayang ingkar, dan tentang kesakitan di hari huru-hara besar itu. Bilaberlakunya Kiamat itu adalah urusan Allah sahaja!

Ayat terakhir surah ini seolah-olah membandingkan mereka yangpernah berada di dunia dengan yang sedang menghadapi huru-harahari tersebut. Diumpamakan kehidupan di dunia yang panjang itu sepertisepetang sahaja, pendek dan boleh bertahan. Sedangkan pada hariKiamat, kehuru-haraannya tidak tertahan.

Keadaan tekanan jiwa berlaku apabila mereka melihat sendiri azab itudengan mata kepala mereka dan merasai masa azab yang terlalupanjang. Bayangkanlah, azab yang terlalu lama dan ngeri akanmenyebabkan satu tekanan, sehingga melupakan orang yang ingkar ituakan kehidupannya di dunia dahulu, seolah-olah ianya hanya sepetangatau sepagi sahaja. Mohon Allah lindungkan kita dari merasai tekanankedatangan huru-hara itu.

Page 27: Diturunkan di Mekah : 46 Ayat IâMÃIŠR®šZ IãQ¿MŠR®šZ ...tafsirmelayu.com/pdf/Jilid 37 AN-NAAZIAAT.pdf · alam dan mematikan semuanya. Tiupan pertama itu diikuti oleh tiupan

27 An-Naazi’aat

Syed Qutub mentafsirkan ayat akhir ini dengan katanya:

“Inilah dia satu tekanan yang amat dahsyat ke atas mereka yangsedang di azab. Mereka membandingkannya dengan dunia lalu dimana hidup mereka selesa, dengan umur yang panjang,peristiwa-peristiwa yang berlaku dan harta benda yang merekakumpul. Segala-galanya pada minda mereka pada hari itu, hanya taklebih dari sekelip mata sahaja. Jadi apalah dunia ini dengan segalayang ada kerana hari Akhirat itu lebih lama, lebih berat dan lebihsengsara jika kita menolak Allah dan Rasul Nya. Apalah ertinyamereka berbunuh-bunuhan sesama mereka, sedangkan kesannyasangat besar di Akhirat nanti. Apalah ertinya maksiat yang merekalakukan, jika dibandingkan dengan azab yang bakal diterima. Hidupdunia ini hanya sepetang atau sepagi sahaja jika dibandingkan denganazab yang berterusan dan kengeriannya yang berpanjangan”.

Akhir kata, REBUTLAH Akhirat dengan iman dan amal soleh.TINGGALKANLAH maksiat dan kekufuran, kerana ia langsung tidakberbaloi untuk kita.

Allahu A’lam.