disiplin penentu kejayaan pelajar di sekolah

16
Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar di Sekolah Oleh : Losinin Johalin (Universiti Malaysia Sabah) Kejayaan sesebuah sekolah sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum bergantung kepada pelbagai faktor. Disiplin di kenal pasti antara aspek penting dalam menentukan kejayaan itu, lebih- lebih lagi untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan di semua peringkat. Sekolah bukan sahaja berfungsi sebagai badan pengajar semata- mata, tetapi ia mempunyai tujuan mendidik yang lebih luas. Selain pendedahan pengetahuan dan intelektual kepada pelajar, aspek disiplin merangkumi moral dan sosial pelajar juga diberi penekanan. Ini bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja berpengetahuan tinggi, malah turut memenuhi ciri-ciri lain seperti berdisiplin tinggi, merniliki daya saing, mengamalkan suruhan agama dan tidak mudah menyerah kalah. Masalah disiplin pelajar adalah isu lapuk yang semakin menular pada masa kini. Pelajar ponteng sekolah, merokok, peras ugut, penggunaan dadah adalah antara masalah disiplin serius yang sering diperkatakan. Malah, lebih membimbangkan ia semakin menular ke kawasan luar bandar yang jarang dihimpit masalah sedemikian. 1

Upload: losinin-johalin

Post on 23-Jun-2015

2.863 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar di Sekolah Nota Oleh : Losinin Johalin (SPPS Universiti Malaysia Sabah) Kejayaan sesebuah sekolah sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum bergantung kepada pelbagai faktor. Disiplin di kenal pasti antara aspek penting dalam menentukan kejayaan itu, lebih-lebih lagi untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan di semua peringkat. Sekolah bukan sahaja berfungsi sebagai badan pengajar semata-mata, tetapi ia mempunyai tujuan mendidik yang lebih luas. Selain pendedaha

TRANSCRIPT

Page 1: Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar Di Sekolah

Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar di Sekolah

Oleh : Losinin Johalin (Universiti Malaysia Sabah)

Kejayaan sesebuah sekolah sama ada dalam bidang akademik atau

kokurikulum bergantung kepada pelbagai faktor. Disiplin di kenal pasti antara

aspek penting dalam menentukan kejayaan itu, lebih-lebih lagi untuk

mencapai kecemerlangan dalam pendidikan di semua peringkat.

Sekolah bukan sahaja berfungsi sebagai badan pengajar semata-mata, tetapi

ia mempunyai tujuan mendidik yang lebih luas. Selain pendedahan

pengetahuan dan intelektual kepada pelajar, aspek disiplin merangkumi

moral dan sosial pelajar juga diberi penekanan.

Ini bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan pelajar yang bukan

sahaja berpengetahuan tinggi, malah turut memenuhi ciri-ciri lain seperti

berdisiplin tinggi, merniliki daya saing, mengamalkan suruhan agama dan

tidak mudah menyerah kalah.

Masalah disiplin pelajar adalah isu lapuk yang semakin menular pada masa

kini. Pelajar ponteng sekolah, merokok, peras ugut, penggunaan dadah

adalah antara masalah disiplin serius yang sering diperkatakan. Malah, lebih

membimbangkan ia semakin menular ke kawasan luar bandar yang jarang

dihimpit masalah sedemikian.

Oleh itu, dalam membentuk disiplin pelajar, ia memerlukan kesungguhan dan

kekuatan semangat daripada semua pihak termasuk ibu bapa. Pembentukan

disiplin hendaklah bermula dari rumah.

Mendidik pelajar adalah umpama mendidik anak sendiri. Ibu bapa dan guru

sama-sama memikul tanggungjawab ini apatah lagi sesebuah sekolah sering

kali diukur dengan faktor kecemerlangan yang bertitik tolak daripada faktor

disiplin pelajarnya.

1

Page 2: Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar Di Sekolah

Jika disiplin sesebuah sekolah itu baik bermakna sekolah tersebut juga

merupakan sebuah sekolah yang cemerlang sama ada dari segi akademik

mahupun kegiatan kokukulum.

Bagaimanapun, masalah disiplin di kalangan pelajar merupakan masalah

yang paling sukar dibanteras berbanding di kalangan guru atau pekerja. Ini

adalah kerana pelajar merupakan golongan yang paling mudah terpengaruh

dengan alam sekitar.

Justeru, penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid yang

dianggotai oleh Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan guru disiplin

adalah langkah terbaik sekolah dalam memastikan pelaksanaan disiplin dan

tata cara pelajar lebih teratur dan berkesan.

Pemantauan disiplin pelajar dilakukan berteraskan buku Panduan Tatacara

Disiplin Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan kepada

semua pengetua dan guru besar di seluruh negara.

Etika dan panduan disiplin pelajar merangkumi pelbagai aspek, antaranya

etika berpakaian, tingkah laku, sahsiah diri, cara berkomunikasi dan

sebagainya.

Peranan guru kaunseling tidak kurang pentingnya sebagai penasihat

mahupun tempat berkongsi masalah terutama kepada pelajar yang

berhadapan dengan masalah disiplin selain dibantu oleh pengawas sekolah

yang dilantik pihak sekolah untuk menangani masalah disiplin di kalangan

pelajar.

   DISIPLIN DIRI

     Betapa pentingnya disiplin dalam diri setiap pelajar. Pelajar yang

berdisiplin mempunyai jati diri yang kuat bersemangat untuk belajar,

2

Page 3: Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar Di Sekolah

menghormati guru-gurunya, menghormati ibu bapanya, orang-orang yang

lebih tua, rakan sebaya mahupun orang yang lebih muda. Disiplin perlu

dilatih sejak dari muda lagi, bak kata perumpamaan, melentur buluh biarlah

dari rebung. Pembentukan disiplin diri perlu di lakukan setiap hari kerana ia

akan menjadi amalan dan seterusnya membina sahsiah diri yang baik

seseorang individu. Apabila sesorang itu mempunyai disiplin terpuji, tiada

lagi masalah seperti ponteng kelas, melawan guru, tidak membuat kerja

sekolah dan masalah-masalah lain akan wujud. Secara tidak langsung ia akan

mencerminkan identiti sekolah yang berwawasan dan menjadi contoh dan

model sebagai sekolah yang bebas dari masalah disiplin.

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan

dalam pendidikan.

* Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang

menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

 

* Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa

mengikuti pengajaran guru.

 

* Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak

kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR,

PMR, SPM dan STPM.

 

* Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau

peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan,

3

Page 4: Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar Di Sekolah

peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang

sebenarnya).

 

* Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti

buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan

sebagainya lagi. 

* Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah

seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya

setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang

berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka

mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

 

* Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain

apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila

pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan

bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau

mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

 

* Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar

di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu.

Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

 

* Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah

diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah

berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

 

4

Page 5: Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar Di Sekolah

* Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran.

Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan

pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga

dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

 

* Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah

dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas

tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi

kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

 

* Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam

kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan.

Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang

diberikan oleh guru mereka.

 

* Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-

rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam

peperiksaan.

 

* Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai

gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku

untuk dipinjam.

 

* Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan

ilmu pengetahuan tambahan. 

* Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan

pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

5

Page 6: Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar Di Sekolah

 

* Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat

dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan

pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan

yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal

bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.

 

* Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di

luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman

untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah

dipatuhi. 

* Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan

semangat dan keyakinan diri.

 

* Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi

memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

 

* Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan

persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-

buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris,

"Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan

tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu

buku rujukan.

 

* Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman

dan kecekapan pelajar dalam pelajaran. 

6

Page 7: Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar Di Sekolah

* Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan. 

* Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum.

Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla

akan melahirkan pemikiran yang lancar.

 

* Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang

sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba

mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang

dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka

melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka

mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

 

* Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk

bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan

bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar

kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

 

* Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang

bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak

'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh

yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh

menjejaskan kesihatan. 

* Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang

seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang

dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk

minda dan kesihatan tubuh badan. 

7

Page 8: Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar Di Sekolah

* Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar

yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-

kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang.

Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan.

Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar

yang bakal menghadapi peperiksaan.

 

* Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana

yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain,

lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

 

* Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan.

Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda

pelajar. 

* Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila

menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu

sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk

kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih

cemerlang.

DISIPLIN PELAJAR

Orang Melayu memang kaya dengan tatasusilanya. Bertiangkan agama dan

bersendikan adat, kita dididik supaya menjadi insan yang berguna. Hormat

orang tua, hormat guru dan hormat keluarga.Lebih mudah lagi kita juga biasa

mendengar ungkapan iaitu yang tua dihormati yang muda disayangi.

8

Page 9: Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar Di Sekolah

Malangnya budaya kini semakin lama semakin pudar. Paling ketara, Guru

atau Cikgu yang dulu disanjungi malah ditakuti, kini semakin tidak dihormati,

peraturan sekolah dulu diikuti, kini peraturan sekolah sewenang-wenangnya

diingkari. Kita dapat melihat setiap sekolah yang ada di rantau Asia ini 

mahupun di pelusuk dunia ini 80 peratus daripada masalah-masalah yang

dihadapi oleh setiap sekolah ialah masalah disiplin iaitu gejala salah laku

pelajar yang serius. Kemerosotan disiplin pelajar terutamanya pelajar sekolah

menengah perlu dipandang serius oleh semua pihak agar ia tidak

berlanjutan. Malah sikap terbuka sesetengah sekolah yang mendedahkan kes

salah laku pelajar mereka, perlu dipuji dan dicontohi. Jika disorok sampai

bilapun masalah ini tidak dapat diselesaikan.

Salah laku yang ditunjukkan oleh pelajar banyak ragam, seperti datang

lambat ke sekolah, ponteng kelas, mencalarkan kereta guru, tidak memakai

lencana sekolah dan tidak menghormati guru. Semuanya melibatkan

masalah disiplin yang kecil dan masih boleh diperbaiki dan boleh dikatakan

pelajar ini pelajar nakal. Tetapi lain pula halnya dengan memukul guru,

mengugut bunuh, merokok, menghisap dadah atau ganja, merompak dan

banyak lagi yang belum didedahkan. Ini bukan lagi perbuatan nakal, ini

namanya samseng atau gangster. Bukan seorang dua yang membuat kerja

ini tetapi semestinya berkumpulan. Kumpulan inilah yang dikatakan

kumpulan samseng. Dari samseng kecil-kecilan akhirnya menjadi kongsi

gelap. Biasanya pelajar-pelajar yan tidak lagi berminat untuk belajar apatah

lagi memikirkan masa depan. Nasihat yang diberikan umpama mencurah ais

di daun keladi.

Pada tahun 1977, banyak kes yang keluar di akhbar mengenai kesalahan

yang dilakukan oleh pelajar - pelajar sekolah seperti Ugut Guru di luar

Sekolah 565 orang pelajar Kongsi Gelap, Pelajar Sepak Guru, Pelajar Ketua

Gangster, Curi, Samseng sekolah ditahap serius, 1,719 Pelajar melakukan

Jenayah ditahan, dan banyak lagi kes yang dilakukan oleh pelajar, bukan saja

pada tahun 1977, tapi hinggalah pada tahun 2003 ini.

9

Page 10: Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar Di Sekolah

Masalahnya, siapa akan rugi? Tidakkah terdetik di hati apa yang akan terjadi

sekiranya gejala samseng sekolah tidak disekat. Ada pelajar yang mendakwa

mereka memerlukan kualiti masa  dan bukannya kuantiti masa bersama

keluarga. Apabila merasakan tiada perhatian daripada keluarga, pelajar-

pelajar berkenaan akan mencari jalan keluar dari dibelenggu oleh rasa bosan

iaitu mengikuti rakan-rakan sebaya menghabiskan masa di luar rumah.

Jangan terkejut jika pelajar lebih mempercayai rakan sebaya berbanding ibu

bapa sendiri. Inilah kenyataan yang perlu kita hadapi hari ini. Hubungan

pelajar dengan Media Massa juga perlu dikawal. Penerbitan bahan bacaan

dan filem-filem yang bercorak keganasan atau seks yang boleh merosakkan

pemikiran remaja boleh didapati dengan mudah. Ini semua menjadi salah

satu punca kemerosotan disiplin pelajar hari ini.

Peranan pihak kerajaan termasuk polis dalam usaha membendung samseng

tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada ibu bapa atau pelajar itu sendir.

Walaupun guru bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan formal,

tidak semestinya mereka juga bertanggungjawab memastikan semua

pelajarnya tidak melakukan perbuatan - perbuatan yang  menyalahi undang-

undang sekolah. Mengenai guru disiplin diberi kuasa polis patut digunakan

sepenuhnya jika terdapat salah laku yang serius di sekolah. Dan

tanggungjawab guru pula, beban terpikul dibahu semua guru, bukan hanya

guru disiplin ataupun guru agama sahaja. Ia melibatkan semua guru. Ini

kerana guru dianggap sebagai role model  dan bukannya musuh pelajar.

Begitu juga ibu bapa, ibu bapa seharusnya memberikan perhatian terhadap

tingkah laku anak mereka dari segi akhlak dan moral. Anak diibaratkan kain

putih yang suci dan bersih dan ibu bapalah yang akan mencorakkan mereka.

Apapun yang berlaku, pelajar itu sendiri wajar menginsafi diri.

Jika keluarga anda terdiri dari kalangan yang berada, ini tidak semestinya

anda juga hidup senang kemudian hari. Yang kaya ialah bapa anda dan

bukannya diri anda. Kepada yang keluarganya miskin, diri kita sendiri yang

patut mengubahnya. Kita yang patut mengubah nasib keluarga kita. Ingatlah

pesanan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri kita

10

Page 11: Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar Di Sekolah

" walaupun miskin dan duduk di rumah yang kecil, tidak semestinya ilmu dan

akal budi kita juga miskin "   

Oleh yang demikian, gejala salah laku di kalangan remaja amnya dan pelajar

khasnya dapat diatasi sekiranya semua pihak tahu peranannya. Ibu bapa

janganlah terlalu bergantung kepada sekolah sepenuhnya dalam melunaskan

tanggungjawab mendidik anak-anak. Selain itu, guru-guru pula janganlah

memandang sebelah mata akan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar

dengan memegang alasan mereka bukan guru disiplin. Begitu juga pihak

kerajaan, pihak polis dan masyarakat sekeliling harus sama-sama menangani

masalah ini.

MASALAH ANAK REMAJA

Anak remaja yang terdidik dalam suasana autokratik akan berasa diri mereka

tidak disayangi. Mereka akan lari dari rumah apabila ada kesempatan dan

cuba mendapatkan kasih sayang dan simpati daripada rakan sebaya.

Pada amnya, mereka akan bersikap ganas dan cuba menentang apa saja

yang pada anggapan mereka mengongkong kebebasan. Pada peringkat ini,

ibu bapa mendapati anak remaja mulai menentang dan mengingkari

peraturan dalam rumahtangga. Ibu bapa yang menghadapi karenah anak

remaja seperti ini harus bersabar dan meneliti semula kesilapan sendiri.

Meskipun pada peringkat awal remaja memang sukar dikawal, tetapi jika

kesilapan diperbaiki, ada kemungkinan mereka terkawal semula pada

peringkat ' tengah remaja'.

Memberi kebebasan melampau atau bersikap terlalu lembut kepada anak

remaja juga akan meninggalkan kesan buruk. Mereka menjadi terlalu manja

dan tidak menghormati orang tua. Akibatnya sudah tentu akan memalukan

keluarga. Anak remaja yang terlalu dimanjakan tidak dapat hidup berdikari

sepenuhnya. Mereka sering melakukan kesilapan berulang kali sehingga ibu

bapa terpaksa masuk campur dalam urusan mereka.

11

Page 12: Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar Di Sekolah

Oleh itu, untuk mengimbangi pertumbuhan anak pada peringkat awal remaja,

ibu bapa harus bertindak lembut dengan penuh pengertian dan kasih sayang.

Layanan ibu bapa hendaklah sesuai dengan pertumbuhan fizikal mereka.

Tindakan yang mungkin memalukan mereka hendaklah dielakkan. Tugas

guru juga meninggalkan kesan yang mendalam kepada remaja. Layanan

guru yang tidak sesuai dengan peringkat umur dan kesilapan cara mengatasi

masalah di sekolah boleh menyebabkan mereka merasa serba salah.

Akhirnya mereka akan menentang guru sebagai satu protes menunjukkan

dendam mereka.Tindakan guru yang mendera murid berdiri di atas kerusi

atau meja, berdiri di hadapan bilik darjah, merotan murid di bilik darjah atau

di hadapan bilik darjah, berdiri di luar bilik darjah atau di hadapan

perhimpunan dan cara-cara yang memalukan, akan lebih banyak

meninggalkan kesan negatif kepada anak remaja.

Rujukan:

Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap Perkembangan Moral, Bangi: UKM.

Abdul Malim Baginda. 1984. Juvenil deliquency and same measures to control its

increasing trends. Seminar third workshop on child and adolescent

development preparation for adulthood. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Azizah Lebai Nordin. 1997. Masalah kemerosotan disiplin remaja sekolah dan

peranan pendidik guru. Masalah Pendidikan. 20: 91 – 100.

Conger, J.J. 1976. Adolecence and youth. New York: Harper & Row.

Dunhill, J. 1964. Discipline in the classroom. London: University of London, Press.

Dzulkarnian Abdul Rahman. 1992. Persepsi guru tentang disiplin pelajar dan

peranan sekolah: satu tinjauan di sekolah-sekolah menengah daerah Kinta,

Perak. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

12

Page 13: Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar Di Sekolah

Elizabeth, F. 1959. Kebimbangan di kalangan para remaja di sekolah berasrama

penuh: satu kajian kes. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fell, P. & Coombs, D. 1994. Parents and teachers working together: A case example.

Dalam Gray, P.; Miller, A. & Noakes, J. (pnyt.). Challenging behaviour in

schools: Teacher support, practical techniques and policy development. New

York: Routledge.

Hargreaves, D.H. 1967. Interpersonal relations and education. New York: Routledge

and Kegan Paul Ltd.

Jabatan Pendidikan Negeri selangor. 1997. Laporan disiplin pelajar sekolah di Negeri

Selangor 1996. Unit Disiplin, Bahagian Hal ehwal Murid, Jabatan Pendidikan

Negeri Selangor.

13