disability equality training (det) dalam memberikan ... · pdf filekesedaran’...

6
1 ISBN : 978-967-0582-32-0 Pelaksanaan Program Disability Equality Training (DET) dalam Memberikan Pengetahuan dan Kesedaran kepada Masyarakat Mengenai Isu Kekurangupayaan Ferlis bin Bullare@ Bahari Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah Fariz A. Rani JB Prosthetic and Rehab Supply ABSTRAK Cadangan pelaksanaan dan penerapan program Disability Equality Training (DET) dalam pengurusan sekolah adalah bertujuan untuk meningkatkan bilangan Orang Kurang Upaya mendapat akses pendidikan formal di sekolah rendah dan menengah sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Program dan kajian ini dijalankan untuk meneroka dan mengenal pasti pengetahuan warga pengurusan sekolah mengenai kekurangupayaan melalui program Disability Equality Training (DET). Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang direkabentuk oleh Ferlis dan Fariz (2014). Seramai 30 orang responden terdiri daripada guru dan pihak pentadbir di dua buah sekolah (sekolah rendah dan menengah sekitar Bandaraya Kota Kinabalu) akan dijadikan sebagai subjek kajian. Terdapat lapan (8) aspek yang dikaji dalam kajian ini iaitu 1) latihan orang ternama, 2) sikap dan kesedaran, 3) istilah kekurangupayaan, 4) hak OKU, 5) model sosial dan model perubatan, 6) kebolehaksesan, 7) tayangan video kekurangupayaan, 8) dan pelan tindakan. Tidak dapat dinafikan bahawa program DET berperanan penting dalam memberi maklumat dan kemahiran berguna kepada masyarakat dan secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai isu kekurangupayaan. Selain itu, kajian ini juga memberi manafaat kepada pihak kerajaan, pihak swasta dan masyarakat secara umumnya. Kata Kunci: Pengetahuan, Kesedaran, Kekurangupayaan, Disability Equality Training (DET). Pembentang: Fariz A. Rani Sesi : 2.30 4.30 Ptg BS 3

Upload: phamdan

Post on 06-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Disability Equality Training (DET) dalam Memberikan ... · PDF fileKesedaran’ masing-masing mencatat nilai pekali yang juga tinggi iaitu 0.72 dan ... Jurulatif untuk menjalankan

1

ISBN : 978-967-0582-32-0

Pelaksanaan Program Disability Equality Training (DET) dalam Memberikan

Pengetahuan dan Kesedaran kepada Masyarakat Mengenai Isu Kekurangupayaan

Ferlis bin Bullare@ Bahari Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

Fariz A. Rani JB Prosthetic and Rehab Supply

ABSTRAK

Cadangan pelaksanaan dan penerapan program Disability Equality

Training (DET) dalam pengurusan sekolah adalah bertujuan untuk

meningkatkan bilangan Orang Kurang Upaya mendapat akses pendidikan formal di sekolah rendah dan menengah sekitar Bandaraya Kota Kinabalu,

Sabah. Program dan kajian ini dijalankan untuk meneroka dan mengenal

pasti pengetahuan warga pengurusan sekolah mengenai kekurangupayaan melalui program Disability Equality Training (DET). Kajian ini berbentuk

tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang direkabentuk oleh

Ferlis dan Fariz (2014). Seramai 30 orang responden terdiri daripada guru

dan pihak pentadbir di dua buah sekolah (sekolah rendah dan menengah sekitar Bandaraya Kota Kinabalu) akan dijadikan sebagai subjek kajian.

Terdapat lapan (8) aspek yang dikaji dalam kajian ini iaitu 1) latihan orang

ternama, 2) sikap dan kesedaran, 3) istilah kekurangupayaan, 4) hak OKU, 5) model sosial dan model perubatan, 6) kebolehaksesan, 7) tayangan

video kekurangupayaan, 8) dan pelan tindakan. Tidak dapat dinafikan

bahawa program DET berperanan penting dalam memberi maklumat dan

kemahiran berguna kepada masyarakat dan secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai isu kekurangupayaan.

Selain itu, kajian ini juga memberi manafaat kepada pihak kerajaan, pihak

swasta dan masyarakat secara umumnya.

Kata Kunci: Pengetahuan, Kesedaran, Kekurangupayaan, Disability

Equality Training (DET).

Pembentang:

Fariz A. Rani

Sesi :

2.30 – 4.30 Ptg

BS 3

Page 2: Disability Equality Training (DET) dalam Memberikan ... · PDF fileKesedaran’ masing-masing mencatat nilai pekali yang juga tinggi iaitu 0.72 dan ... Jurulatif untuk menjalankan

2

PENGENALAN

Disability bukanlah hanya keterbatasan fungsi individu atau kekurangupayaan yang wujud akibat dari keterbatasan tersebut, malah ia merangkumi penindasan, diskriminasi, pengecualian sosial dan

halangan penyertaan dalam masyarakat. Pengertian masyarakat yang sedemikian terhadap maksud

Disability akan mengenepikan tumpuan terhadap Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai 'masalah' dan mengalihkan tanggungjawab tersebut kepada masyarakat untuk bersama mewujudkan persekitaran

inklusif. Disability Equality Training (DET) adalah merupakan proses yang menggalakkan individu,

organisasi dan pihak kerajaan mempromosi perubahan polisi, pelaksanaan dan prosedur yang

membolehkan OKU mendapat peluang yang sama rata dengan bukan OKU. DET bukanlah sesuatu perkara yang baru. Ia telah dibangunkan dan dipromosikan oleh OKU sejak lebih dari 30 tahun yang

lalu, dan telah memberikan pengaruh yang signifikan dalam pembangunan mengenai agenda

berkenaan hak-hak OKU di serata dunia. Namun begitu, hanya setelah negara kita Malaysia menandatangani Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun

2007 (kemudian meratifikasikannya pada 6hb Julai 2010), menampakkan peningkatan momentum

dalam membangunkan dan mempromosikan DET di Malaysia.

Golongan OKU merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai

kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.

Pendekataan berasaskan hak juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU (Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Sabah). Akta Orang Kurang Upaya 2008

(Malaysia) telah menyebut mengenai hak-hak OKU yang harus diketengahkan dan dilaksanakan oleh

semua pihak termasuk pihak kerajaan Malaysia sendiri seperti hak untuk mendapat pendidikan, pekerjaan, kesihatan, perlindungan dan banyak lagi. Sehubungan dengan itu, Universiti Malaysia

Sabah yang merupakan pusat pengajian tinggi yang tersohor di negeri Sabah, merupakan satu platfom

yang amat sesuai dalam membangunkan dan mempromosi DET khususnya dalam konteks

pembangunan pendidikan untuk OKU.

Menurut Bowe (2000), dianggarkan 54 juta penduduk di Amerika, (nisbah kira-kira 1 daripada

5) atau 20% daripada populasi penduduknya mengalami ketidakupayaan fizikal, sensori, pskiatrik, atau kognitif yang mana boleh memberi kesan kepada kehidupan seharian. Sebanyak 33 juta (12%)

daripada jumlah tersebut dikategori sebagai ketidakupayaan yang teruk. Manakala, lebih daripada 9

juta penduduk Amerika yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya yang tidak mampu untuk bekerja dan bersekolah. Dianggarkan sejumlah US60 bilion telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk

menampung kos perubatan, insuran dan pendapatan untuk golongan kurang upaya dalam masa setahun

di Amerika (Eisenberg, Glueckauf, & Zaretsky, 1999; Stachnik, Stoffelmayr, & Hoppe, 1983) (dlm.

Ferlis Bullare @ Bahari, 2014).

Kebanyakan mereka tidak aktif dan banyak masa duduk di rumah berbanding keluar rumah

(Castelnuovo-Tedesco, 1981) (dlm. Ferlis Bullare @ Bahari). Selain itu, mereka yang alami kecederaan saraf tunjang itu boleh mengakibatkan perubahan hidup yang signifikan seperti kadar

kembali ke tempat kerja adalah sangat rendah (Dijkers, 1996; Krause, 1992a; Schonherr, Groothoff,

Mulder, dan Eisma, 2005), kepuasan hidup yang sangat rendah (Dijkers, 1997), penyertaan hidup yang kurang (Gerhart et al., 1993), kurang kebebasan (McColl, Stirling, Walker, Corey, dan Wilkins, 1999),

integrasi komuniti yang kurang (Charlifue dan Gerhart, 2004), dan peningkatan dalam masalah

psikologikal (DeCarvalho et al., 1998) yang mana semuanya didapati berlaku di populasi ini. Situasi

ini memberi kesan kepada kesukaran memperolehi kemahiran, mendapatkan pekerjaan dan juga memberi kesan negatif kepada kualiti kehidupan (Lancioni et al., 2002).

Ramai kalangan OKU-Fizikal di Sabah khususnya di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu tidak mendapat pendidikan formal disebabkan pihak sekolah tidak menyediakan kemudahan access untuk

OKU-Fizikal khususnya tandas OKU, ramp, slope, dan kedudukan kelas yang tidak sesuai untuk

OKU-Fizikal di sekolah. Selain itu, penerimaan pihak sekolah terhadap OKU-Fizikal juga masih

kurang meskipun peruntukan dalam Akta OKU 2008 jelas menyatakan bahawa OKU berhak mendapat pendidikan formal di sekolah seperti orang lain dan persetujuan Negara Malaysia dalam Konvensyen

Page 3: Disability Equality Training (DET) dalam Memberikan ... · PDF fileKesedaran’ masing-masing mencatat nilai pekali yang juga tinggi iaitu 0.72 dan ... Jurulatif untuk menjalankan

3

Mengenai Hak OKU dengan menandatanganinya pada 8 april 2008. Konvensyen ini menjamin

golongan OKU menikmati peluang yang setara dengan orang upaya serta penyertaan penuh dan efektif

dalam masyarakat dalam semua aspek kehidupan - aksesibiliti, mobiliti, kesihatan, pendidikan, pekerjaan, pemulihan dan penyertaan dalam bidang politik, ekonomi dan sosio budaya.

Ferlis dan Fariz (2014) telah menjalankan kajian mengenai keberkesanan program DET dalam memberi pengetahuan, pemahaman dan kemahiran peserta mengenai kekurangupayaan dari sudut

pandangan Model Sosial. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang

direkabentuk sendiri oleh penyelidik. Seramai 23 orang responden terdiri daripada kakitangan

akademik dan sokongan di salah sebuah universiti di negeri Sabah dan beberapa kakitangan kerajaan yang bertugas di pelbagai organisasi kerajaan dan swasta sekitar Bandaraya Kota Kinabalu telah

dijadikan sebagai subjek kajian. Terdapat lapan (8) aspek yang dikaji dalam kajian ini iaitu 1) latihan

orang ternama, 2) sikap dan kesedaran, 3) istilah kekurangupayaan, 4) hak OKU, 5) model sosial dan model perubatan, 6) kebolehaksesan, 7) tayangan video kekurangupayaan, 8) dan pelan tindakan.

Secara umumnya, kajian menunjukkan bahawa subjek kajian mengetahui mengenai isu

kekurangupayaan yang melibatkan kelapan-lapan aspek yang dikaji setelah mereka menerima maklumat mengenai kekurangupayaan yang telah disampaikan oleh penceramah semasa program DET

berlangsung. Dapatan kajian mengenai tahap kebolehpercayaan ketekalan dalaman, nilai pekali

Cronbach Alpha tertinggi iaitu aktiviti ‘Tayangan Video Kekurangupayaan’ yang mencatat nilai

pekali 0.96 diikuti dengan aktiviti ‘Model Sosial dan Model Perubatan’ yang mencatat pekali Cronbach Alpha iaitu 0.92. Sementara itu, aktiviti ‘Latihan Orang Ternama’ dan ‘Sikap dan

Kesedaran’ masing-masing mencatat nilai pekali yang juga tinggi iaitu 0.72 dan 0.77. Dapatan ini

mengesahkan bahawa item-item dalam kelapan-lapan aktiviti dalam program DET mempunyai tahap lebolehpercayaan yang baik dan boleh diterima. Ini menunjukkan program DET berperanan penting

dalam memberi maklumat dan kemahiran berguna kepada masyarakat dan secara tidak langsung dapat

memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai isu kekurangupayaan.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Memberi pengetahuan dan pemahaman dengan lebih dalam tentang model sosial mengenai

kekurangupayaan

2. Memastikan pihak pengurusan sekolah mewujudkan pelan tindakan dan pelaksanaan perubahan

3. Meningkatkan bilangan OKU-Fizikal mendapat pendidikan formal di sekolah rendah program

Disability Equality Training (DET)

4. Memindahkan pengetahuan berkaitan Modul DET kepada guru-guru dan pentadbir sekolah dan pihak Jabatan Pendidikan negeri Sabah

5. Menguji tahap lebolehpercayaan ketekalan dalaman bagi kelapan-lapan aktiviti yang

terkandung dalam program DET

METODOLOGI

Rekabentuk Kajian Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang dibentuk

sendiri oleh penyelidik. Soal selidik yang dibentuk mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A merangkumi lapan (9) soalan berkaitan maklumat demografi iaitu jantina, umur, agama, etnik,

pekerjaan, tahap pendidikan, status perkahwinan dan kategori OKU. Bahagian B pula berkaitan lapan

(8) aspek isu kekurangupayaan yang dikaji iaitu latihan orang ternama, sikap dan kesedaran, istilah kekurangupayaan, hak OKU, model sosial dan model perubatan, kebolehaksesan, tayangan video

kekurangupayaan dan pelan tindakan.

Page 4: Disability Equality Training (DET) dalam Memberikan ... · PDF fileKesedaran’ masing-masing mencatat nilai pekali yang juga tinggi iaitu 0.72 dan ... Jurulatif untuk menjalankan

4

Sampel dan Lokasi Kajian

Seramai 210 orang peserta terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan, Guru, Pegawai Pendidikan

Daerah dan Ibu Bapa di 7 lokasi (Daerah Ranau, Sandakan, Tawau, Keningau, Beaufort dan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah) akan terlibat dalam program DET.

Kaedah Perlaksanaan Program Penyelidik akan menggunakan Modul “Doing Disability Equality Training (DET)” direkabentuk oleh

Kenji Kuno (2012). Jurulatif untuk menjalankan program DET adalah kalangan OKU itu sendiri. DET

merupakan komponen yang terkandung di dalam Fasa Kedua Projek Menyokong Penyertaan Orang

Kurang Upaya (OKU) yang dilaksanakan secara kerjasama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan Japan International Cooperation Agency (JICA) 2009-2012. Pelaksanaan

program ini telah memberi kesan yang positif terhadap pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU) di

Malaysia terutamanya dari aspek aksesibiliti dan persepsi orang ramai terhadap OKU.

DET ialah satu proses penyertaan untuk mempelajari tentang ketidakupayaan (disability) dari

perspektif Model Sosial. DET adalah kursus yang direkacipta dan disampaikan atau diterjemahkan sendiri oleh warga OKU yang mempunyai pengalaman didiskriminasi. DET juga bertujuan untuk

mempromosikan pemahaman tentang disability untuk membantu para peserta:-

(1) Memahami punca dan mekanisme yang menyebabkan ketidakupayaan itu berlaku seperti pengasingan sosial, halangan penyertaan, diskriminasi dan sebagainya;

(2) Menjadi agen perubahan untuk melahirkan masyarakat terangkum dengan tindakan proaktif.

Program DET dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

(1) Pengenalan kepada Disability Awareness Training, DAT

(2) Pengenalan kepada DET (3) Standard of Practices (SOP), Best Practices & Manual Audit Access

Namun, penyelidik akan melaksanakan program DET selama sehari bagi ketuju-tujuh lokasi yang terpilih iaitu mewakili bahagian di negeri Sabah. Di akhir program DET, para peserta akan

merancang dan membentang hasil pelan tindakan mengikut kumpulan. Pelan tindakan bertujuan untuk

memastikan kemudahan dan infrastruktur untuk OKU-F dapat disediakan dan disiapkan dalam masa enam bulan selepas program DET dijalankan.

Analisis Data

Data kajian dianalisis secara deskriptif iaitu dengan menggunakan analisis kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Selain itu, analisis pekali Cronbach Alpha digunakan untuk menguji tahap

kebolehpercayaan ketekalan dalaman kelapan-lapan aspek yang dikaji. Kesemua data telah dianalisis

menggunakan IBM SPSS versi 21.0.

Jangkaan Hasil Program

Program DET dijangka dapat menerapkan pengetahuan dan pemahaman mengenai model sosial kalangan guru, pengurusan sekolah dan kakitangan di Jabatan Pendidikan Sabah. Pengetahuan dan

pemahaman ini menjadi asas kepada perubahan dari aspek mindset dan aspek fizikal iaitu penyediaan

kemudahan dan prasarana untuk OKU-Fizikal seperti tandas OKU, ramp, slope, lokasi kelas untuk

OKU dan berkaitan. Output terakhir daripada program DET ini ialah penerimaan pihak sekolah terhadap OKU-Fizikal dan peningkatan dari segi bilangan OKU-F mendapat access pendidikan formal

di sekolah SRK ST Agnes, Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

KESIMPULAN

Kekurangupayaan merupakan isu penting yang masih diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan bukan

kerajaan. Pelbagai perspektif dan pendekatan yang boleh digunakan bagi menerangkan mengenai isu kekurangupayaan. Salah satu pendekatan yang digunakan dalam melihat isu kekurangupayaan iaitu

Page 5: Disability Equality Training (DET) dalam Memberikan ... · PDF fileKesedaran’ masing-masing mencatat nilai pekali yang juga tinggi iaitu 0.72 dan ... Jurulatif untuk menjalankan

5

Model Sosial. Model Sosial memberi tumpuan kepada diri OKU itu sendiri serta masyarakat sekeliling

yang perlu berubah dan salah satu perubahan yang sangat dititikberatkan iaitu isu kebolehaksesan.

Oleh sebab itu, salah satu program penting yang membentuk perubahan tersebut iaitu melalui pelaksanaan program Disability Equality Training (DET). Program DET boleh disertai bukan sahaja

kepada golongan OKU malah boleh disertai oleh golongan masyarakat umum. Pengetahuan dan

pemahaman masyarakat mengenai isu kekurangupayaan sangat penting dan perlu diperluaskan. Tambahan pula, kajian mengenai pengetahuan masyarakat mengenai isu kekurangupayaan melalui

program DET perlu dikaji dan diselidik dan kandungan aktiviti dalam program DET juga perlu diuji

kebolehpercayaan. Diharapkan, program ini mampu menunjukkan perubahan pengetahuan dan

pemahaman masyarakat mengenai isu kkeurangupayaan setelah mereka mengikuti program DET dan tahap kebolehpercayaan yang tinggi bagi kesemua aktiviti dalam program DET juga membolehkan

program sebegini perlu diteruskan ke atas pelbagai golongan masyarakat.

RUJUKAN

Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Bowe, F. G. (2000). Physical, sensory, and health disabilities: An introduction. Upper Saddle River, NJ: Merrill.

Charlifue, S. & Gerhart, K. (2004). Community integration in spinal cord injury of long duration. NeuroRehabilitation, 19, 91–101.

DeCarvalho, S., Andrade, M., Tavares, M. & deFreitas, J. (1998). Spinal cord injury and

psychological response. General Hospital Psychiatry, 20, 353–359.

Dijkers, M. (1996). Quality of life after spinal cord injury. American Rehabilitation, 22, 18–24.

Dijkers, M. (1997). Quality of life after spinal cord injury: A meta-analysis of the effects of

disablement components. Spinal Cord, 35, 829–840.

Eisenberg, M., Glueckauf, R. & Zaretsky, H. (1999). Medical aspects of disability: A handbook for the

rehabilitation professional. New York, NY: Springer.

Ferlis Bin Bullare @ Bahari. (2014). Kebahagiaan Subjektif dalam Kalangan Orang Kurang Upaya-Fizikal (OKU-F). Tesis PhD. Universiti Malaysia Sabah.

Ferlis & Fariz. (2014). A Decade of Achievements of Voluntary Welfare Services in Sabah (2004-2014). MPMS.

Gerhart, K. A., Bergstrom, E., Charlifue, S. W., Menter, R. R., & Whiteneck, G. G. (1993). Long-term spinal cord injury: Functional changes over time. Archives of Physical Medicine and

Rehabilitation, 74, 1030-1034.

Krause, J. S. & Davis, R. V. (1992). Prediction of life satisfaction after spinal cord injury: A four-year longitudinal approach. Rehabilitation Psychology, 37, 49–60.

Lancioni, G. E., O’Reilly, M. F., Singh, N. N., Olivar, D. & Groeneweg, J. (2002). Impact of stimulation versus micro switch-based programmes on indices of happiness of people with

profound multiple disabilities, Research in Developmental Disabilities, 23, 149−160.

Page 6: Disability Equality Training (DET) dalam Memberikan ... · PDF fileKesedaran’ masing-masing mencatat nilai pekali yang juga tinggi iaitu 0.72 dan ... Jurulatif untuk menjalankan

6

McColl, M., Striling, P., Walker, J., Corey, P. & Wilkins, R. (1999). Expectations of independence

and life satisfaction among ageing spinal cord injured adults. Disability and Rehabilitation,

21, 231–240.

Schonherr, M. C., Groothoff, J. W., Mulder, G. A. & Eisma, W. H. (2005). Vocational perspectives

after spinal cord injury. Clinical Rehabilitation, 19, 200–208.

Stachnik, T., Stoffelmayr, B. & Hoppe, R. B. (1983). Prevention, behavior change, and chronic

disease. In T. G. Burish and L. A. Bradley (Eds.), Coping with chronic disease: Research and

ap- plications (pp. 447–473). New York: Academic Press.

Thomas, C. (2002). Disability theory: Key ideas, issues and thinkers. In Barnes, C., Oliver, M., &

Barton, L. (eds), Disability Studies Today. Cambridge: Polity Press, 38-57.