dinamika ibadah dan tazkiyah al-nafs

17

Click here to load reader

Upload: wilma-no-bias

Post on 25-Nov-2015

35 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Dinamika Ibadah Dan Tazkiyah Al-Nafs

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanManusia tidak pernah lepas daripada godaan nafsunya tambahan pula wujudnya syaitan yang sejak dulu sehingga tiba hari kiamat berusaha menyesatkan manusia dan berusaha menjauhkan manusia daripada berada di landasan yang betul. Nafsu pula diciptakan oleh Allah S. W. T yang mana keinginan nafs itu akan dilaksanakan oleh jasad manusia. Sekiranya akal menguasai nafs maka manusia akan meniti jalan yang selamat dan bahagia kelak di akhirat. Namun, jika hawa nafsu mengatasi akalnya maka tertutuplah hidayah kepadanya, ilmu pengetahuannya terbatas sehinggakan tidak lagi mengambil berat tentang hal-hal dosa, pahala, hijab dan balasan di akhirat kelak.[footnoteRef:1] [1: Al-Ghazali, Samudera Pemikiran Al-Ghazali, m/s 41]

Walaupun hakikat ruh itu pada asalnya suci dan mendapat cahaya tauhid, namun percampuran antara jiwa dan jasad menyebabkan ruh terpengaruh dengan sifat-sifat jasad seperti suka akan benda dan hal-hal yang bersifat kekal. Demikian pula nafs manusia itu sifatnya menyuruh kepada kejahatan, maka pengawalan ke atas nafs adalah sangat penting agar tidak terpesong jauh dari Allah S.W.T. Proses tazkiyah-al-nafs ini berhubungkait dengan unsur-unsur dinamik dalam ibadat yang terdapat dalam agama Islam. Contoh-contoh ibadat yang akan dibahaskan hubungkaitnya dengan tazkiyah-al-nafs dalam penulisan ini adalah seperti ibadat solat, mengerjakan haji, membayar zakat, dan berpuasa. Ibadat-ibadat ini mempunyai unsur-unsur dinamik yang memberi kesan kepada proses tazkiyah-al-nafs. Namun demikian, ibadat ini perlulah dilaksanakan dengan sempurna agar implikasinya dapat dirasai oleh diri sendiri. Ketidaksempurnaan dalam mengerjakan ibadat merupakan punca jiwa manusia masih kuat dikuasai oleh sifat jasad, mudah terpengaruh dengan janji-janji manis syaitan dan nafs pula tidak lagi dapat dikawal apabila sudah menguasai diri.Maka dapat dilihat betapa pentingnya proses tazkiyah-al-nafs bagi mengawal dan meperkukuhkan iman kita kepada Allah SWT dan unsur-unsur dinamik dalam ibadat meminkan peranan dalam proses ini. Oleh itu proses tazkiyah-al-nafs hendaklah dilakukan berpandukan al-Quran dan sunnah Rasulullah kerana sesungguhnya proses tazkiyah-al-nafs yang dilakukan secara suka-suka dan serba salah seumpama mempermainkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S. A. W. Sesungguhnya penting bagi umat Islam melakukan proses tazkiyah-al-nafs agar sentiasa terpelihara di jalan Allah dan mendapat hidayah daripada-Nya.

2.0 Pengertian Dinamika Ibadah Dan Tazkiyah Al-NafsIbadah dalam Islam sangat berbeza dibandingkan dengan agama-agama lain seperti Kristian, Budha mahupun Hindu. Ibadah dalam agama sedemikian bersifat ada perantaraan dan pasif sepertimana penyembahan barhala dan meditasi. Hal ini berbeza dengan ibadah yang terdapat alam agama Islam yang bersifat dinamis. Ibadah dalam Islam memiliki ciri yang tersendiri seperti tiadanya perantaraan antara Allah dan manusia dan ianya bersifat tidak terikat dengan sesuatu kawasan atau tempoh masa yang tertentu. Sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud:Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepada-Ku(Az-Zariyat:56)Melalui terjemahan surah diatas tersebut, maka dapat kita simpulkan tujuan utama jin dan manusia dijadikan adalah untuk beribadah kepada Allah SWT. Ibadah yang dikerjakan ini pula terdiri dalam pelbagai bentuk yang merangkumi segala kegiatan manusia sama ada dari segi rohaniah mahupun jasmani. Ibadah dalam Islam ini sangat dinamis kerana merangkumi urusan duniawi dan akhirat selagi mana sesuatu perkara itu dilakukan dengan niat kerana Allah SWT dan menepati suruhan dan larangan-Nya.Dinamika dalam ibadah Islam ini dapat dilihat dalam mengerjakan ibadah-ibadah seperti solat yang mana dalam mengerjakan ibadah ini, terdapat gerak-geri yang mesti dilakukan mengikuti urutan dan juga rukun-rukun yang wajib dilaksanakan. Selain dari segi luaranya itu, aspek dalaman juga tidak ketinggalan seperti hati yang bersih dan ikhlas dalam mengerjakan Ibadah tersebut. Ringkasnya, dinamika dalam ibadah merupakan pergerakan jasad dalam mengerjakan ibadah yang disebabkan oleh dalaman seseorang seperti ikhlas, redha dan takut kepada Allah. Dinamik juga merupakan sesuatu bersifat boleh berubah seperti dikurangkan rakaat dalam solat tetapi dalam Islam perubahan itu tidak akan lari daripada lingkungan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.[footnoteRef:2] [2: Syekh Tosun Bayrak & Murtadha Muthahhri, Energi Ibadah, m/s 99]

Pengertian takziyah al-nafs dari segi bahasa bermaksud pembersihan diri manusia atau penyucian hawa nafsu yang menjadi nafsu kepada semua sifat tercela dalam diri manusia. Manakala dari segi istilah, tazkiyah al-nafs merupakan usaha gigih untuk membersihakan hakikat diri manusia daripada pelbagai sifat tercela dan mengisinya dengan sifat-sifat terpuji.[footnoteRef:3] Tazkiyah al-nafs ini terbahagi kepada dua dimensi iaitu al-takballi dan al-taballi. Al-takballi merupakan proses menyingkirkan sifat-sifat tercela manakala al-taballi pula merupakan proses pengisian sifat-sifat mulia ke dalam diri manusia. [3: Syekh M. Hisyam Kabban, Tasawuf dan Ihsan, m/s 30]

3.0 Perkaitan Dinamika Dalam Ibadah Dengan Tazkiyah Al-NafsTazkiyah al-nafs memiliki kaedah yang tersendiri dalam mencapai matlamat untuk pengembalikan sifat roh yang asal dan menyekat sifat al-nafs manusia yang sentiasa mempengaruhi untuk memenuhi kehendaknya. Oleh itu, proses takziyah al-nafs memerlukan mekanisme yang dilakukan secara konsisten dan paling penting ianya melahirkan kesan yang positif ke atas al-nafs sehingga berupaya menyembuhkan an-nafs manusia daripada jangkitan-jangkita hati yang boleh menganggu gugat kedudukan dan kualiti iman dan takwa kepada Alah SWT.Ibadah yang dapat memberikan kesan langsung dalam usaha penyucikan jiwa yang mana amalan-amalan ibadah ini juga mempunyai unsur dinamik dan berkaitan dengan tazkiyah al-nafs antaranya adalah solat, puasa, membayar zakat, dan mengerjakan haji.3.1 SolatSolat merupakan tiang agama, kukuhnya solat seorang muslim bermakna pegangannya kepada agama juga kukuh. Solat lima waktu sehari semalam merupakan perkara kedua dalam rukun Islam yang wajib dilaksanakan selepas mengucap dua khalimah syahadah. Solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah SWT pada hari akhirat kelak, maka hal ini menjelaskan sebab solat itu dianggap tiang agama. Oleh itu setiap mukallaf wajib mengerjakan solat lima waktu sehari semalam tanpa mengira sama ada sedang bermusafir, sakit, orang kaya, orang miskin, pemimpin mahupun orang bawahan, tiada pengecualian dalam mengerjakan solat sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua bersama-sama orang yang rukuk (Al-Baqarah: 43) Ibadah solat merupakan satu proses penyucian diri yang mana memberi kesan kepada ruh manusia. Solat yang dikerjakan ini dengan diikuti gerakan-gerakan badan dan ianya bukanlah pergerakan yang terlalu mudah bahkan juga tidaklah terlalu payah. Dalam mengerjakan ibadah solat ini, bukan sahaja pergerakan luaran seperti berdiri, takbir, rukuk, dan sujud ditekankan malah yang lebih utama adalah aspek dalaman ketika mengerjakan solat. Semasa mengerjakan ibadah solat, tumpuan ke atas aspek dalaman adalah penting agar ruh mendapat kesan daripadanya. Menurut Al-Ghazali, terdapat enam ciri-ciri yang mesti terkandung dalam minda seorang muslim semasa mengerjakan solat. Enam cirri-ciri tersebut adalah khusyuk, memahami setiap ayat yang dilafazkan ketika solat, membesar-besarkan keagungan Allah SWT, berasa takut akan balasan-Nya apabila meninggalkan solat, mengharapkan pahala daripada Allah SWT dan berasa malu apabila tidak mengerjakan solat.[footnoteRef:4] Sekiranya ibadah solat dilengkapkan dengan aspek dalaman tersebut, maka ianya secara langsung mampu mengubati hati yang berpenyakit kerana solat member manfaat kepada ruh sekali gus menyucikan diri daripada dosa-dosa kecil. Solat juga mampu memupuk sifat takut dan dekat kepada Allah SWT kerana melalui solat, kesedaran sebagai hamba Allah dapat dilahirkan dalam diri manusia. Melaluinya juga manusia sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba dan akan melahirkan sifat merendah diri. [4: Noor Shakirah Mat Akhir, Al-Ghazali and His Theory of The Soul, m/s 242]

Solat yang terpelihara mampu menjaga ruh manusia kerana adanya niat, khusyuk, dan keikhlasan yang hadir dalam hati. Hal ini demikian kerana solat merangkumi zikir, munajat dan perbuatan dan tanpa adanya hati, maka zikir dan munajat tidak berhasil kerana sekadar ungkapan dan perbuatan sahaja tidak mengambarkan apa yang terkandung dalam hati insan dan ini merupakan hal yang sia-sia. Demikian juga sebaliknya jika hati sahaja yang wujud tapi tidak dizahirkan dengan perbuatan, maka ianya sia-sia. Hal ini bermaksud setiap pergerakan yang dizahirkan dalam mengerjakan solat adalah merendahkan diri kepada Allah dan mengagungkan kebesaran Allah SWT sebagai pencipta sekalian alam. Ringkasnya, sesuatu yang dilakukan tanpa adanya hati mahupun sebaliknya iaitu hanya aspek dalaman sahaja wujud tanpa dilzahirkan dengan perbuatan merupakan perkara yang sia-sia.[footnoteRef:5] Firman Allah SWT yang bermaksud: [5: Prof Madya Dr, Basri Bin Ibrahim Al-Azhari, Pembersihan Jiwa, m/s 496]

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya(Al-Mukminun: 1-2)Melalui maksud ayat diatas, dapat disimpulkan khusyuk merupakan ruh dalam solat yang mana tanpa adanya khusyuk, solat yang dikerjakan seperti jasad tanpa ruh. Tiada kejayaan bagi orang mukmin yang tidak khusyuk dalam solat. Maka dapat dilihat dengan jelas bagaimana aspek dalaman memainkan peranan penting disamping diikuti aspek luaran dalam mengerjakan solat. Khusyuk dalam solat adalah hasil daripada tazkiyah al-nafs, orang yang benar-benar khusyuk adalah orang yang merasai kemanisan iman.[footnoteRef:6] Khusyuk dan memahami solat dapat mencegah kemungkaran dan maksiat dan hal ini yang mewujudkan perasaan malu dan mendorongnya melakukan solat bersungguh-sungguh. Orang yang tidak khusyuk dalam solat tidak mempunyai pendorong yang kuat akhirnya hanya melakukan solat dalam keadaan sambil lewa dan mereka ini antara yang mudah dipengaruhi syaitan. [6: Jahaluddin Rahkmat, Membuka Tirai Keghaiban, m/s 92]

Oleh itu solat yang sempurna akan memberi kesan kepada ruh sekali gus proses tazkiyah al-nafs juga berlaku dengan sempurna. Dinamika dalam solat yang meliputi unsur luaran dan dalaman jika disatukan dan dilaksanakan dengan sempurna tanpa mengetepikan salah satu unsur akan memberi impak yang positif kepada ruh manusia dan penyakit-penyakit hati dapat disembuhkan dan tazkiyah al-nafs terlaksana dengan sempurna.3.2 Puasa Puasa adalah perkara ketiga yang terdapat dalam rukun Islam dan ibadah puasa ini terdapat unsur-unsur dinamik dalamnya yang juga ada perkaitannya dengan tazkiyah al-nafs. Setiap muslim wajib melaksanakan ibadah puasa pada bulan Ramadan setiap tahun sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)Puasa bukan sekadar perbuatan menahan diri daripada makan dan minum, menahan diri daripada melakukan larangan Allah SWT dan menahan kemahuan sexual tetapi aspek dalaman ketika berpuasa adalah penting. Ruh turut berpuasa kesan daripada jasad yang berpuasa daripada kehendak nafsnya. Hal ini demikian kerana keadaan jasad yang berpuasa menyebabkan badan menjadi lemah lalu mengurangkan keinginan al-nafs dan kecenderungan untuk melakukan kejahatan.[footnoteRef:7] Sifat ketakwaan lahir daripada berpuasa kerana ianya mampu mendisiplinkan spiritual dan moral diri manusia.[footnoteRef:8] Puasa juga akan mengekang nafs dan mengelak diri daripada kejahatan, kesombongan, sifat-sifat keji dan juga dapat melahirkan kesedaran seronokan di dunia ini tidak berkekakalan. [7: Noor Shakirah Mat Akhir, Al-Ghazali and His Theory of The Soul, m/s 243] [8: Maulana Muhammad Ali, The Religion of Islam, m/s 339]

Seterusnya, ibadah puasa ini diletakkan sebagai salah satu ibadah yang penting dalam tazkiyah al-nafs kerana kemampuan puasa yang boleh mengekang dan menjauhkan diri dari penguasaan nafs serta memelihara keimanan dari godaan syaitan. Oleh itu, berpuasa secara luarannya yang dilihat secara kasar menahan diri daripada makan dan minum bukanlah seseuatu yang memudaratkan tetapi ianya merupakan suatu amalan ibadah yang membawa banyak kesan positif kepada al-nafs. Puasa mampu mendidik nafs dan mengawal nafs sehingga hati dan roh menjadi bersih namun ibadah puasa yang dilaksanakan ini mestilah dilakukan dengan sempurna. Ibadah puasa yang benar-benar dapat membersihkan jiwa mestilah dilakukan dengan penuh keimanan kepada Allah SWT. Oleh itu hati yang ikhlas ketika melaksanakan ibadah puasa adalah perlu untuk mendapatkan kesan puasa yang mampu membersihkan nafs. Sekiranya puasa sekadar berpuasa disiang hari tanpa hadirnya aspek dalaman maka ibadah puasa itu tidak memberi kesan dan perubahan dalam diri seseorang. Demikian juga puasa yang disertakan dengan kegiatan maksiat juga adalah puasa yang sia-sia dan tidak mampu membersihkan jiwa kerana maksiat yang dilakukan menjauhkannya daripada Allah.Ibadah puasa yang dilakukan dengan wujudnya eleman dalaman seperti ikhlas, kyusyuk, tawaduk dan mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT dapat membersihkan hati dari segala jenis penyakit hati. Selain itu, puasa yang disertai dengan unsur dalaman juga mampu mendidik manusia dengan sifat-sifat mahmudah sacara tidak langsung membawa kepada pembinaan akhlak mulia dalam diri manusia. Hati yang bersih pada akhirnya akan membawa roh kepada hakikat asalnya iaitu suci dan mengenal Allah SWT. Secara ringkasnya, dinamika dalam ibadah puasa yang mengadung aspek luaran dan dalaman membawa kejayaan kepada tazkiyah al-nafs.3.3 Membayar ZakatZakat wajib dibayar oleh mukallaf yang berkemampuan untuk diagihkan kepada fakir dan yang memerlukan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Islam. Peratusan harta yang diserahkan sebagai zakat bertujuan mendapatkan berkat, mengembangkan pelbagai amal kebaikan dan juga untuk membersihkan harta dan jiwa. Membayar zakat bukan sekadar mentaati perintah Allah SWT seperti yang terapat dalam rukun Islam tetapi ianya membawa makna yang mendalam kerana manfaat yang diperolehi daripada membayar zakat sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan ingatlah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(At-Taubah: 103)Melalui maksud dalil diatas, maka dapat dilihat betapa penting membayar zakat demi ketenteraman hidup manusia. Hal ini demikian kerana zakat yang dibayar mempu membersihkan ruh manusia daripada kejahatan dan menyucikan ruh manusia daripada akhlak yang buruk seperti ketamakan. Zakat bukan sahaja memberi ruang kepada mereka yang memerlukan untuk bantuan tetapi juga memberi kesan kepada jiwa manusia yang menunaikan zakat. Melalui zakat, ruh manusia akan mengalami proses tazkiyah al-nafs yang mana kesan membayar zakat itu dapat dirasai apabila aspek dalaman tidak diketepikan. Pemberi zakat haruslah menjauhi sifat riak dan berbangga iri dengan amalan yang dilakukan. Setiap muslim yang membayar zakat perlulah menyedari bahawa setiap apa yang telah diberinya itu sama ada dengan ikhlas atau sebaliknya semata-mata menunaikan tanggungjawab yang sudah termaktud dalam perundangan majistret mahupun semata-mata sebagai alasan untuk melepaskan diri daripada membayar cukai yang lain maka dipilihnya untuk membayar zakat.[footnoteRef:9] [9: Noor Shakirah Mat Akhir, Al-Ghazali and His Theory of The Soul, m/s 245]

Oleh itu, aspek dalaman seperti keikhlasan semasa membayar zakat adalah perlu dan penting agar apa yang dilakukan itu mendapat berkat daripada Allah SWT sekali gus memberi kesan positif ke atas ruh manusia dalam proses tazkiyah al-nafs. Melaksanakan tanggungjawab membayar zakat merupakan alah satu cara membelanjakan harta ke jalan yang diredhai Allah SWT. Apabila harta disucikan dengan membayar zakat disertai dengan keredhaan dan bukannya secara paksaan atau tiada keikhlasan, maka nafs akan terdidik untuk sentiasa mensyukuri segala rahmat kurniaan Allah SWT dan menjauhkan diri manusia daripada memperhambakan diri kepada harta. Dalam tazkiyah al-nafs dengan melaksanakan ibadah membayar zakat, maka seseorang itu telahkan melaksanakan salah satu proses takhalli iaitu membuang sifat-sifat mazmumah yang wujud dalam diri seperti tamak, bakhil dan rasa benci mengeluarkan harta untuk membantu orang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud:Kamu tidak akan sesekali dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya(Ali-Imran: 92)Daripada maksud dalil di atas, maka jelaslah diketahui bahawa kebaikan tidak akan diperolehi meliankan dengan cara mengorbankan harta benda yang paling disayangi dengan penuh keredhaan tanpa adanya rasa penyesalan dan rasa benci. Dinamika dalam ibadah zakat menunjukan perkaitannya dengan tazkiyah al-nafs apabila aspek luaran iaitu mengeuarkan sebahagian harta sebagai zakat yang disertai dengan aspek dalaman manusia iaitu keredhaan dan ikhlas disamping membuang sifat tercela seperti ketamakan dan benci memberi kesan kepada al-nafs secara positif. Manfaat yang diperolehi daripada melaksanakan ibadah membayar zakat bukan sahaja mampu menyucikan jiwa manusia tetapi juga ianya menjadi saah satu medium menunjukkan ketaatan dan kecintaan kepada Allah dan semua ini mendekatkan diri manusia kepada Allah SWT.[footnoteRef:10] [10: Noor Shakirah Mat Akhir, Al-Ghazali and His Theory of The Soul, m/s 243.]

3.4 Mengerjakan HajiMengerjakan haji di kota suci Mekah merupakan perkara terakhir dalam rukun Islam dan hal ini wajib dilaksanakan bagi mereka yang berkemampuan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Firman Allah SWT yang bermaksud:Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitulmal(Ali-Imran: 97)Berdasarkan maksud dalil diatas, telah menjadi tanggungjawab manusia menunaikan haji iaitu mengunjungi Baitullah Al-Haram untuk menunaikan segala perbuatan-perbuatan haji yang telah diperintahkan oleh Allah SWT demi mengharapkan keredhaan-Nya pada tempoh masa dan syarat-syarat tertentu. Dalam mengerjakan ibadah haji ini, banyak aspek luaran yang terlibat seperti melakukan ihram di Miqat, melontar jamrah al-Aqabah dan melakukan tawaf. Semua aspek luaran ini sempurna apabila dipenuhi semua rukun dan syarat-syarat haji disertakan dengan aspek dalaman. Menurut Al-Ghazali, perlakuan[footnoteRef:11] dalam mengerjakan haji ini menunjukkan taat setia kepada perintah Allah SWT dan sekiranya seseorang itu berjaya melaksanakan semuanya maka ia berjaya mengurangkan keinginan dan semangat berlebihan dalam hal-hal keduniaan. Tazkiyah al-nafs dapat direalisasikan apabila ibadah haji yang bersifat dinamik ini disamping melibatkan banyak aspek luaran, aspek dalaman tidak ditinggalkan seperti tabah, sabar, redha, dan saling membantu. [11: Noor Shakirah Mat Akhir, Al-Ghazali and His Theory of The Soul, m/s 244]

Sebagai contoh, semasa melakukan tawaf mengelilingi kaabah, seseorang itu mestilah khusyuk dan tawadhuk. Ketika melakukan tawaf, ramai yang akan ingin mendekati kaabah untuk mencium Hajar Aswad, kesabaran adalah sangat penting agar tidak timbul sebarang kekecohan akibat berpusu-pusu. Seperti yang diketahui, semasa mengerjakan haji seluruh umat Islam dari seluruh duani turut ada melaksanakan haji, jadi tidak hairanlah sekiranya berlaku perlanggaran antara satu sama lain, ditambah pula dengan ujian-ujian Allah semasa berada di Mekah. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah alasan untuk tidak khusysuk ketika bertawaf, perasaan negatif seperti benci dan geram terhadap orang lain yang turut bersama-sama melakukan tawaf sekiranya terjadi perlanggaran antara satu sama lain perlulah dikikis dengan melahirkan sifat sabar, saling membantu antara satu sama lain kerana haji akan mewujudkan semangat persaudaraan Islam dan khusyuk.[footnoteRef:12] Hal yang sama juga perlulah dipraktikkan dalam mengerjakan rukun haji yang lain. Elemen dalaman ini sangat penting diwujudkan ketika mengerjakan haji kerana elemen inilah yang melengkapkan haji seseorang dan seterusnya member kesan ke atas jiwa manusia. [12: Jalaluddin Rahkmat, Membuka Tirai Kegaiban, m/s 240]

Apabila ibadah haji yang dikerjakan penuh dengan perasaan geram, malas dan benci dalam hati, maka tiada kesan yang dapat dirasai oleh jiwa manusia. Ibadah yang dilakukan hanya menjadi syarat melaksanakan rukun Islam tetapi tiada perubahan yang berlaku terhadap terhadap diri seseorang itu. Keadaan inilah yang menyebabkan segelintir umat Islam yang sudah mengerjakan haji tetapi kembali melakukan kemungkaran dan maksiat, sedangkan ibadat haji yang dilakukan adalah untuk mendapat redha Allah dan diharap dapat mempertingkatkan iman dan takwa seseorang. Oleh itu, dinamika ibadah haji yang melibatkan wujudnya aspek dalaman dan luaran memberi kesan kepada jiwa dan tazkiyah al-nafs berjaya mengubah seseorang menjadi lebih baik dari segi takwanya dan akhirnya mengembalikan ruh manusia kepada hakikat asalnya iaitu suci.

4.0 KesimpulanSetiap amalan ibadah yang dilakukan dalam Islam adalah bersifat dinamik. Dinamika yang terdapat dalam amalan ibadah inilah yang memberi kesan kepada tazkiyah al-nafs. Berikut yang telah dijelaskan dalam penulisan ini merupakan sebahagian sahaja amalan ibadah sedangkan amalan ibadah ibadah dalam Islam itu banyak. Amalan-amalan yang telah diperjelaskan disini adalah antara yang paling penting dan wajib dilaksanakan oleh setiap mukallaf.Demian juga setiap gerak-geri dalam melakukan ibadah-ibadah tersebut diiringi dengan elemen dalaman yang mendorong kepada perlakuan dan akhlak yang mulia. Hal ini demikian kerana setiap apa yang dilakukan dalam melaksanakan amalan ibadah tersebut mempunyai kepentingan dan kesan kepada jiwa manusia. Melalui tazkiyah al-nafs yang dapat dicapai melalui pelaksanaan amalan ibadah yang bersifat dinamik ini pada akhirnya mampu mencegah kemungkaran dan memelihara takwa manusia kepada Allah SWT. Pelaksanaan tazkiyah al-nafs ini juga mendorong jiwa manusia untuk menyempurnakan iman, mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW seiringi dengan matlamat akhir agama Islam iaitu melahirkan akhlak yang mulia dalam kalangan manusia.

Rujukan Al-Ghazali. Samudera Pemikiran Al-Ghazali. Yogyakarta: Penerbit Pustaka Sufi, 2002.Dr. Amran Kasimin. Bagaimana Mencegah Kejahatan Melalui Sembahyang. Jilid 1. Selangor: Dinie Publishers. 1992.Maulana Muhammad Ali. The Religion of Islam. Dublin: Ahmadiyya Anjuman Ishaat Islam. 2009.Noor Shakirah Mat Akhir. Al-Ghazali and His Theory of The Soul. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 2008.Prof Madya Dr. Basri Bin Ibrahim Al-Azhari. Pembersihan Jiwa. Selangor: Al-Hidayah House of Publisher Sdn. Bhd. 2013Syekh Tosun Bayrak & Murtadha Muthahhri. Energi Ibadah. Indonesia: MIZAN. 1995.Syekh M. Hisyam Kabban. Tasawuf dan Ihsan. Indonesia: Serambi. 2008.11