dinamik

11
DINAMIK

Upload: izzatjagua

Post on 28-Jul-2015

71 views

Category:

Health & Medicine


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dinamik

DINAMIK

Page 2: Dinamik

Memahami DayaDaya ialah tolakan atau tarikan yang boleh

mengakibatkan perubahan pada objek.Daya ini boleh menyebabkan 

- perubahan bentuk, - menggerakkan objek pegun, - mengubah kedudukan, - menambah kelajuan, - memberhentikan objek yang sedang bergerak.

Page 3: Dinamik

Memahami DayaJenis Daya1) Daya Graviti

Daya tarikan yang menggerakkan sesuatu jasad ke arah pusat cakerawala (eg: bulan atau Bumi)

2) Daya GeseranDaya menentang gerakan yang terhasil apabila dua permukaan bersentuhan

3) Daya ElektrostatikDaya tarikan antara cas berlainan / Daya tolakan antara cas yang sama

4) Daya MagnetDaya tarikan atau tolakan antara dua magnet yang berlainan atau antara magnet dengan bahan magnet.

Page 4: Dinamik

Memahami Pengukuran DayaDaya dapat mengubah saiz, bentuk dan gerakan sesuatu

objek. Daya juga merupakan kuantiti yang mempunyai magnitud (kekuatan) dan juga arah. Unit S.I bagi daya ialah Newton (N). Objek dengan jisim 100 gram mempunyai berat kira-kira 1 N. Jadi 1 kg jisim adalah bersamaan dengan 10 N. Daya boleh diukur dengan menggunakan Neraca Spring.

Kenapa Spring yang dipilih? Kerana spring akan memanjang jika dikenakan daya tarikan dan akan mampat dan pendek jika dikenakan daya tolakan. Pemanjangan dan pemampatan spring adalah berkadar terus dengan kekuatan daya.

Page 5: Dinamik

Mengaplikasi Daya GeseranKebaikan Geseran

1. Membolehkan kita menulis2. Menunggang basikal3. Memadamkan tulisan4. Memotong buah5. Menyalakan mancis6. Mengasah pisau

Keburukan Geseran1. Melambatkan pergerakan2. Mengurangkan kecekapan mesin3. Menghauskan permukaan alatan4. Menghasilkan haba dan bunyi

Page 6: Dinamik

Mengaplikasi Daya GeseranCara

Meningkatkan Geseran1. Menggunakan permukaan yang kasar2. Meningkatkan berat objek

Cara Mengurangkan Geseran1. Menggunakan troli2. Menggunakan roda3. Menggunakan minyak pelincir4. Menggunakan rod berputar5. Menggunakan bentuk aerodinamik

Page 7: Dinamik

Mengaplikasi KerjaKerja dibuat sekiranya

daya yang digunakan dapat menggerakkan sesuatu objek pada arah daya tindakan. Kerja berlaku apabila beban dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Lihat contoh gambar dibawah bagi penjelasan lebih lanjut.

Kerja Dilakukan 

1) Mengangkat barang2) Berlari3) Menaiki tangga4) Menolak troli

Kerja TIDAK Dilakukan

1) Duduk2) Mendukung bayi3) Menolak dinding4) Menulis

Page 8: Dinamik

Mengaplikasi KerjaPengiraan Kerja

Kerja juga merupakan hasil darab daya dengan jarak objek. Unit SI yang digunakan adalah Newton meter (N m) atau Joule (J)

Kerja (J)   =   Daya (N)   X   Jarak (m)

Page 9: Dinamik

Mengaplikasi KuasaKuasa ialah kadar kerja yang dilakukan. Kuasa

menunjukkan tahap kecepatan sesuatu kerja dilakukan. Dalam bahasa yang lebih mudah, kuasa adalah kadar secepat mana sesuatu kerja dapat dilakukan oleh anda. Sebagai contoh, bagi 2 pelajar yang mempunyai berat badan yang sama, dan berlari pada jarak yang sama, pelajar yang sampai lebih dahulu ke garisan penamat, adalah pelajar yang menggunakan kuasa yang lebih besar berbanding yang seorang lagi.

Page 10: Dinamik

Dalam unit SI, kuasa disukat dengan menggunakan unit joule sesaat (J/s) atau Js-1 atau juga unit Watt (W).

Page 11: Dinamik

Kepentingan Daya Dalam Kehidupan1. Buah kelapa tidak akan jatuh tanpa daya

graviti2. Kereta dapat bergerak tanpa tergelincir dengan adanya daya geseran3. Pintu tidak dapat dibuka tanpa daya tarikan4. Air tidak dapat dialirkan tanpa daya untuk memusingkan pili5. Kilat tidak dapat terhasil tanpa daya elektrostatik6. Kompas tidak dapat berfungsi tanpa daya magnet

http://www.cikguhailmi.com/