dimensikoop koperasi kampung chi tan houng, filedimensi koop dimensikoop 10 . gerakan koperasi di...

9
Koperasi Kampung Chi Tan Houng, Vietnam: Kampung Ke Koperasi Pengenalan Vietnam atau nama rasminya Republik Sosialis Vietnam ialah negara paling timur di semenanjung Indochina, Asia Tenggara. Kedudukannya bersempadan dengan negara China di sebelah utara, Laos di barat laut dan Kemboja di barat daya. Hanoi yang terletak di utara Vietnam merupakan ibu negara dengan keluasan 331,114 kilometer persegi dan mempunyai populasi penduduk Mohd Nusi Abdul Rahman – Sektor Perladangan dan Asas Tani Yusri Hj.Tarip - Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sabah seramai 6.47 juta orang (2011). Bandar-bandar utama negara ini adalah bandar raya Ho Chi Minh (populasi penduduk 7.16 juta), Haiphong (populasi penduduk 1.84 juta), Danang (populasi penduduk 890,500) dan Can Tho (populasi penduduk 1.19 juta). Pada tahun 2011, penduduk Vietnam mencecah 90 juta orang dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 1.08 peratus dan merupakan negara ke-14 yang mempunyai kepadatan penduduk di dunia. BIL. 48 JANUARI 2016 DIMENSIKOOP 10

Upload: dinhnguyet

Post on 13-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: DIMENSIKOOP Koperasi Kampung Chi Tan Houng,   fileDIMENSI KOOP DIMENSIKOOP 10 . Gerakan Koperasi di Negara Vietnam ... perkhidmatan pengguna, insurans, kraf tangan dan

Koperasi KampungChi Tan Houng, Vietnam:Kampung Ke Koperasi

Pengenalan

Vietnam atau nama rasminya Republik Sosialis Vietnam ialah negara paling timur di semenanjung Indochina, Asia Tenggara. Kedudukannya bersempadan dengan negara China di sebelah utara, Laos di barat laut dan Kemboja di barat daya. Hanoi yang terletak di utara Vietnam merupakan ibu negara dengan keluasan 331,114 kilometer persegi dan mempunyai populasi penduduk

Mohd Nusi Abdul Rahman – Sektor Perladangan dan Asas TaniYusri Hj.Tarip - Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sabah

seramai 6.47 juta orang (2011). Bandar-bandar utama negara ini adalah bandar raya Ho Chi Minh (populasi penduduk 7.16 juta), Haiphong (populasi penduduk 1.84 juta), Danang (populasi penduduk 890,500) dan Can Tho (populasi penduduk 1.19 juta). Pada tahun 2011, penduduk Vietnam mencecah 90 juta orang dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 1.08 peratus dan merupakan negara ke-14 yang mempunyai kepadatan penduduk di dunia.

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOPDIMENSI

DIMENSIKOOP

10

Page 2: DIMENSIKOOP Koperasi Kampung Chi Tan Houng,   fileDIMENSI KOOP DIMENSIKOOP 10 . Gerakan Koperasi di Negara Vietnam ... perkhidmatan pengguna, insurans, kraf tangan dan

Gerakan Koperasi di Negara VietnamGerakan koperasi di Vietnam berkembang dengan membawa semangat bekerjasama yang terbentuk dalam struktur budaya, ekonomi dan sosial masyarakatnya. Gerakan koperasi di Vietnam menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti perkhidmatan pengguna, insurans, kraf tangan dan pertanian. Dalam bidang pertanian, antara aktiviti yang dijalankan adalah penanaman bunga lili, teh dan buah-buahan. Perkhidmatan yang diberikan mendapat sambutan dan menerima penghargaan yang cukup tinggi daripada masyarakat Vietnam. Dianggarkan gerakan Koperasi Vietnam menyumbang sebanyak 8.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tersebut.

Koperasi Kampung Chi Tan HoungKoperasi Kampung Chi Tan Houng terletak di daerah Nguyen Hop Tac Xa iaitu sebuah daerah yang terletak lebih kurang 60 kilometer dari bandar raya Hanoi. Koperasi ini ditubuhkan pada tahun 2000. Pada awal penubuhan, koperasi ini mempunyai seramai 32 orang anggota. Selepas 14 tahun penubuhannya, jumlah anggota telah bertambah kepada 42 orang yang kesemuanya merupakan penduduk asal Kampung Chi Tan Houng. Aktiviti utama koperasi ini adalah menjalankan aktiviti penanaman teh semenjak penubuhannya sehingga sekarang. Aktiviti penanaman teh ini bermula dengan hanya keluasan tanah 17 hektar pada awal penubuhannya dan kini telah mencecah 32 hektar yang merupakan milik penuh anggota koperasi.

Sejarah Penubuhan Koperasi Pada tahun 90-an, penduduk Kampung Chi Tan Houng mengusahakan pelbagai tanaman seperti padi dan sayur-sayuran. Semua hasil tanaman diusahakan bagi tujuan kegunaan sendiri. Terdapat juga penanaman teh secara kecil-kecilan dalam kalangan penduduk kampung

Chi Tan Houng sebagai minuman harian. Walau bagaimanapun, penduduk mendapati bahawa teh hidup subur berbanding tanaman lain disebabkan kesesuaian tanah dan iklim. Justeru, minat untuk menanam teh terus berkembang dan penduduk berusaha untuk menanam teh secara besar-besaran. Namun, terdapat kekangan untuk menerokai penanaman teh secara besar-besaran akibat kekurangan tanah dan modal.

Dari situ bermulanya idea untuk menyatukan kesemua tanah penduduk dan penanaman teh diusahakan bersama secara besar-besaran. Walau bagaimanapun, masih terdapat kekangan seperti pengurusan dan pemasaran hasil tanaman yang tidak teratur. Penuaian daun teh pada awalnya dilakukan sendiri oleh penduduk berdasarkan tempoh masa yang ditentukan, namun penuaian ini tidak teratur dan hasil yang diperoleh juga tidak memberangsangkan. Disebabkan jangka masa penanaman dan penuaian hasil tidak sistematik, hasil tanaman tidak banyak dan penduduk memperoleh pulangan yang kecil walaupun teh diusahakan sepenuh masa.

Idea penubuhan koperasi bermula apabila penduduk menyedari perlunya badan yang mengendal ik an pengurusan ladang dan memasarkan hasil secara teratur dan sistematik.

Aktiviti utama koperasi ini adalah menjalankan aktiviti penanaman teh semenjak penubuhannya sehingga sekarang. Aktiviti penanaman teh ini bermula dengan hanya keluasan tanah 17 hektar pada awal penubuhannya dan kini telah mencecah 32 hektar yang merupakan milik penuh anggota koperasi.

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOP DIMENSI

DIMENSIKOOP

11

Page 3: DIMENSIKOOP Koperasi Kampung Chi Tan Houng,   fileDIMENSI KOOP DIMENSIKOOP 10 . Gerakan Koperasi di Negara Vietnam ... perkhidmatan pengguna, insurans, kraf tangan dan

Timbalan Pengarah(Deputy Director)

Pengarah(Director)

Jabatan Perniagaan(Business Dept)

Pembantu Akaun(Account Clerk)

Kerani(Clerk)

Penyelia(Supervisor)

Penjaga Stor(Store Keeper)

Lembaga Pengarah

Pengurusan

Bersetuju menyatukan tanah dengan penduduk lain

Mempunyai Sebidang Tanah

Rajah 1: Syarat Utama Menjadi Anggota Koperasi Kampung Chi Tan Houng

Penduduk Asal Kampung

Anggota

} }

Oleh itu, penduduk bersepakat untuk menubuhkan sebuah koperasi yang menjalankan keseluruhan aktiviti penanaman teh yang merangkumi aktiviti pembelian benih, menanam, menuai , memproses, membungkus dan memasarkan teh kering.

Keanggotaan KoperasiBagi tujuan merealisasikan penubuhan Koperasi Kampung Chi Tan Houng, seramai 32 orang penduduk dengan 17 hektar tanah terkumpul telah menjadi anggota tetap koperasi ini. Syarat keanggotaan yang diperkenalkan ketika penubuhan tersebut ialah mempunyai sebidang tanah dan bersetuju untuk mengusahakan tanaman teh sahaja.

Lembaga Pengarah KoperasiTiga orang Lembaga Pengarah koperasi telah dipilih dalam kalangan 32 orang anggota. Pemilihan adalah berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan oleh Perikatan Koperasi Vietnam atau Vietnam Cooperative Alliance (VCA) iaitu badan yang memantau koperasi-koperasi di Vietnam. Antara syarat yang diperkenalkan ialah seseorang Lembaga Pengarah Koperasi mestilah mempunyai kelayakan akademik yang tinggi dan berpengalaman dalam mengendalikan organisasi serta berkeupayaan mencarum sebanyak lima juta Dong Vietnam (USD46.32) sebagai sumbangan modal kepada koperasi. Rentetan daripada itu, tertubuhlah barisan Lembaga Pengarah koperasi yang terdiri daripada Pengarah (Director), Timbalan Pengarah (Deputy Director) dan Penyelia (Supervisor).

Rajah 2: Struktur Organisasi Koperasi Kampung Chi Tan Houng

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOPDIMENSI

DIMENSIKOOP

12

Page 4: DIMENSIKOOP Koperasi Kampung Chi Tan Houng,   fileDIMENSI KOOP DIMENSIKOOP 10 . Gerakan Koperasi di Negara Vietnam ... perkhidmatan pengguna, insurans, kraf tangan dan

D i b a w a h p e n t a d b i r a n L e m b a g a Pengarah Koperasi yang dipilih, perjalanan d a n p e r k e m b a n g a n k o p e r a s i a m a t memberangsangkan. Bagi melicinkan perjalanan aktiviti yang semakin berkembang, koperasi telah melantik beberapa barisan pengurusan yang digaji secara tetap iaitu kerani akaun, kerani, dan penjaga stor untuk menguruskan perjalanan aktiviti koperasi. Koperasi juga telah menubuhkan Jabatan Perniagaan bagi tujuan merancang, memantau dan memasarkan hasil pengeluaran. Jabatan ini terdiri daripada lima orang pekerja yang terlatih dan digaji secara tetap oleh koperasi.

Aktiviti dan Pendapatan KoperasiKeseluruhan aktiviti operasi bermula daripada penanaman, menuai, memproses hasil tuaian untuk dijadikan bungkusan teh dan akhirnya

memasarkan hasil tersebut. Pasaran hasil teh Koperasi Kampung Chi Tan Houng meliputi 95 peratus keluaran bagi pasaran tempatan di Vietnam, manakala lima peratus dieksport ke luar negara. Teh keluaran Koperasi Kampung Chi Tan Houng sangat berkualiti kerana proses penuaian teh tersebut adalah secara manual iaitu dipetik dan dipotong dengan menggunakan tangan.

Tempoh masa penuaian juga lebih sistematik iaitu penuaian dilakukan sebanyak lapan kali setahun. Kekerapan penuaian ini menunjukkan bahawa teh yang ditanam hidup subur kerana setiap kali pucuk pokok teh dituai, pokok tersebut akan mengeluarkan pucuk baru dalam tempoh dua hingga tiga minggu dan membolehkan proses penuaian dilakukan semula. Penuaian hasil pula dilakukan sepanjang tahun kerana cara penanaman berperingkat yang telah dipraktikkan. Koperasi ini telah menghasilkan sebanyak 65 tan metrik setahun bagi teh kering. Jumlah pendapatan kasar tahunan bagi koperasi ini menunjukkan trend yang meningkat.

Pada tahun 2010, koperasi telah menjana pendapatan sejumlah 1 bilion Dong Vietnam (USD46,307.02). Angka ini semakin meningkat dari tahun ke tahun iaitu menjadi 5.2 bilion Dong Vietnam (USD240,796.48) pada tahun 2014. Peningkatan dari segi pendapatan ini disebabkan oleh sistem penanaman yang teratur dan kaedah pemprosesan hasil yang sistematik serta pemasaran yang strategik.

Idea penubuhan koperasi bermula apabila penduduk menyedari perlunya badan yang mengendalikan pengurusan ladang dan memasarkan hasil secara teratur dan sistematik.

Jadual 1: Pendapatan Koperasi Kampung Chi Tan Houng

Tahun Vietnam Dong US Dolar RM

2010 1.0 Bilion 46,307.02 170,000.00

2011 1.9 Bilion 87,983.33 323,000.00

2012 2.2 Bilion 101,875.43 374,000.00

2013 4.0 Bilion 185,228.06 680,000.00

2014 5.2 Bilion 240,796.48 884,000.00

Sumber: temu bual dengan Lembaga Pengarah Koperasi Kampung Chi Tan Houng

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOP DIMENSI

DIMENSIKOOP

13

Page 5: DIMENSIKOOP Koperasi Kampung Chi Tan Houng,   fileDIMENSI KOOP DIMENSIKOOP 10 . Gerakan Koperasi di Negara Vietnam ... perkhidmatan pengguna, insurans, kraf tangan dan

Tanggungjawab Sosial Koperasi Kampung Chi Tan Houng mempunyai lebih kurang 600 buah rumah dengan anggaran isi rumah seramai 3,700 orang. Daripada jumlah isi rumah tersebut, hanya 42 orang yang terlibat dengan koperasi secara tetap sebagai anggota. Manakala selebihnya terlibat dalam pelbagai industri seperti penanaman sayur-sayuran, bertani dan lain-lain. Terdapat juga kalangan penduduk yang mengusahakan ladang teh secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri. Kewujudan koperasi di Kampung Chi Tan Houng telah membuka peluang kepada penduduk kampung untuk bekerja di ladang teh milik anggota yang diusahakan koperasi. Mereka dibayar secara tetap berdasarkan jumlah tuaian yang telah diproses. Ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial koperasi kepada penduduk kampung. Bagi anggota koperasi pula, peluang juga dibuka kepada mereka untuk bekerja dengan pihak koperasi sama dengan bukan anggota.

Daun teh yang telah dipetik akan dibawa ke kilang untuk diproses. Namun, terdapat juga penduduk dan anggota yang melakukannya secara persendirian. Seterusnya, teh kering yang telah siap diproses akan dihantar ke kilang

koperasi untuk kerja-kerja pembungkusan. Teh kering tersebut akan ditimbang dan dibayar mengikut berat. Pendekatan yang dilakukan oleh Koperasi Kampung Chi Tan Huong amat berkesan dalam meningkatkan taraf hidup penduduk kampung. Manfaat daripada hasil aktiviti penanaman teh oleh koperasi bukan sahaja diperoleh oleh anggota, tetapi juga kepada penduduk kampung yang bukan anggota.

Koperasi memainkan peranan yang sangat pent ing dalam pembangunan ekonomi Vietnam terutamanya dalam meningkatkan taraf ekonomi penduduk kampung. Dalam konteks Koperasi Kampung Chi Tan Houng, terdapat dua pembahagian limpahan ekonomi iaitu kepada anggota dan bukan anggota. Penduduk yang menganggotai koperasi bukan sahaja memperoleh pekerjaan tetap, bahkan berpeluang memperoleh bonus hasil daripada jualan atau pendapatan tahunan koperasi tertakluk kepada jumlah keluasan tanah yang diusahakan oleh koperasi. Bagi penduduk yang bukan anggota koperasi pula, mereka masih diberi peluang untuk diambil bekerja dan memperoleh pendapatan tetap berdasarkan jumlah daun teh yang siap diproses.

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOPDIMENSI

DIMENSIKOOP

14

Page 6: DIMENSIKOOP Koperasi Kampung Chi Tan Houng,   fileDIMENSI KOOP DIMENSIKOOP 10 . Gerakan Koperasi di Negara Vietnam ... perkhidmatan pengguna, insurans, kraf tangan dan

Faktor Kejayaan Koperasi Kampung Chi Tan HoungAnggota koperasi bergantung sepenuhnya kepada aktiviti penanaman teh sebagai sumber pendapatan utama. Tambahan pula, keadaan tanah yang subur dan ik l im yang sesuai, membolehkan ia diusahakan secara intensif dan dapat memberi pulangan yang baik kepada pendapatan koperasi.

Sejarah keperitan hidup penduduk telah menjadikan mereka gigih berusaha untuk meningk atk an ekonomi masing-masing. Komitmen yang tinggi membuatkan mereka bersetuju dan bersatu hati untuk mengusahakan tanah mereka secara bersama.

Melalui penyatuan semua tanah milik anggota, koperasi secara tidak langsung dapat meminimumkan kos dan memaksimumkan pulangan.

Anggota menjadi pekerja kepada koperasiWalaupun anggota merupakan pemilik asal tanah yang diusahakan oleh koperasi, mereka masih diberi peluang untuk menjadi pekerja yang dibayar berdasarkan prestasi pengeluaran teh di ladang yang diusahakan.

Bantuan dan sokongan daripada kerajaanKerajaan turut memberikan sokongan dari segi latihan kepada anggota koperasi yang mengusahakan ladang teh. Bahkan, pinjaman juga ditawarkan kepada koperasi untuk membeli peralatan dan mesin memproses teh. Melalui sesi temu bual bersama Pengerusi, Koperasi Kampung Chi Tan Houng turut menerima bantuan berbentuk pinjaman pembelian mesin memproses teh sebanyak tiga bilion Dong Vietnam dengan tempoh pembayaran balik selama 10 tahun.

PentadbiranDari segi pentadbiran, koperasi di Vietnam mempunyai sistem pentadbiran yang tersendiri.

Setiap koperasi hanya akan mengadakan lantikan Lembaga Pengarah Koperasi selepas lima tahun dan tiada sistem penggiliran lantikan dilakukan setiap tahun. Pelantikan Lembaga Pengarah Koperasi adalah berdasarkan kompetensi seseorang anggota. Antara syarat utama ialah mempunyai kelayakan akademik yang tinggi iaitu sekurang-kurangnya ijazah dan berpengalaman dalam bidang perniagaan. Ini bagi memastikan Lembaga Pengarah Koperasi dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan mereka di samping berpeluang untuk merancang dan mentadbir koperasi dengan lebih terurus dan tersusun.

Koperasi merupakan sektor terpenting di negara Vietnam dalam mengubah hidup penduduknya. Justeru, keyakinan penduduk Vietnam terhadap koperasi amatlah tinggi. Rata-rata penduduk Vietnam yang berpeluang menjadi anggota koperasi menganggap mereka amat bertuah dan komited dalam menyumbang kemahiran, tenaga dan idea untuk mengembangkan lagi koperasi yang dianggotai. Ini kerana, koperasi dilihat sebagai entiti yang boleh membantu untuk meningkatkan ekonomi serta menitikberatkan soal kebajikan anggota dan bukan anggota yang berada di sekelilingnya. Sebagai contoh, terdapat koperasi di Vietnam yang menggaji pekerja dalam kalangan orang kurang upaya sebagai pekerja tetap.

Pasaran hasil teh Koperasi Kampung Chi Tan Houng meliputi 95 peratus keluaran bagi pasaran tempatan di Vietnam, manakala lima peratus dieksport keluar negara.

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOP DIMENSI

DIMENSIKOOP

15

Page 7: DIMENSIKOOP Koperasi Kampung Chi Tan Houng,   fileDIMENSI KOOP DIMENSIKOOP 10 . Gerakan Koperasi di Negara Vietnam ... perkhidmatan pengguna, insurans, kraf tangan dan

Cabaran Dalam menelusuri kejayaan penanaman teh yang diusahakan oleh koperasi ini, Lembaga Pengarah koperasi telah merancang strategi untuk terus mengembangkan perniagaan teh koperasi. Mereka bukan sahaja merancang untuk memenuhi keperluan tempatan tetapi juga sedang bersiap sedia untuk memasarkan hasil pengeluaran mereka ke peringkat global. Pada masa ini, hanya lima peratus hasil keluaran yang dieksport ke luar negara dan dalam perancangan untuk menambahkan jumlah eksport kepada 30 peratus.

Mela lui rundingan orang tengah, koperasi i n i d i j a n g k a d a p a t m e n e m b u s i p a s a r a n antarabangsa seperti ke Amerika Syarikat, Kanada, Poland dan Eropah. Harga pasaran teh Vietnam ketika ini ialah antara 300,000 hingga 300 juta Dong V i e t n a m b e rg a n t u n g kepada kualiti teh. Pada masa yang sama, koperasi juga merancang untuk terus meningkatkan kualiti teh keluarannya dengan menambahkan mesin dan memperbanyakkan latihan untuk anggota dan pekerja. Namun demikian, terdapat cabaran yang perlu dihadapi oleh koperasi walaupun trend menunjukkan hasil dan pendapatan koperasi meningkat saban tahun.

Memandangkan jumlah keanggotaan yang tidak ramai, koperasi masih berusaha untuk meningkatkan jumlah keanggotaan dari semasa ke semasa. Namun, apa yang menjadi kekangan kepada koperasi dalam meningkatkan jumlah anggota ialah kekurangan tanah dalam kalangan penduduk kampung. Hampir 70 peratus daripada

penduduk kampung tidak mempunyai tanah.Oleh itu, koperasi sedang berusaha memohon kerjasama daripada pihak kerajaan untuk mengusahakan tanah yang menjadi hak milik kerajaan. Dengan adanya tanah ini, koperasi dapat menampung jumlah keperluan tanah seimbang dengan jumlah keanggotaan.

Walaupun penanaman teh dilakukan secara intensif, faktor kekurangan buruh masih dirasai oleh koperasi. Kekangan dari segi kemahiran dalam kalangan penduduk yang bukan anggota menyebabkan produktiviti pengeluaran teh

terjejas. Ini kerana, hanya a n g g o t a y a n g m a h i r kerana kelayakan untuk mendapatk an lat ihan daripada koperasi hanya diberikan kepada anggota s e c a r a p e r c u m a d a n berpanjangan. Sebaliknya, k o p e r a s i t e r p a k s a mengenak an bayaran yang minimum kepada buk an anggota . Oleh yang demikian, sambutan daripada bukan anggota juga agak kurang dan ini memungkinkan mereka bekerja secara optimum pada pengeluaran yang

rendah. Kesan daripada itu, koperasi menghadapi masalah memenuhi pasaran yang cepat berkembang sedangkan jumlah pengeluaran koperasi meningkat dengan agak perlahan. Koperasi hanya mampu menyediakan 30 peratus pasaran teh tempatan.

Selain itu, faktor modal juga menjadi cabaran kepada koperasi. Ini ekoran daripada penukaran mesin lama kepada yang baharu. Penggunaan mesin lama akan mengakibatkan kapasiti pengeluaran adalah pada tahap maksimum tetapi kurang daripada jumlah permintaan teh kering yang semakin meningkat. Koperasi secara

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOPDIMENSI

DIMENSIKOOP

16

Page 8: DIMENSIKOOP Koperasi Kampung Chi Tan Houng,   fileDIMENSI KOOP DIMENSIKOOP 10 . Gerakan Koperasi di Negara Vietnam ... perkhidmatan pengguna, insurans, kraf tangan dan

dasarnya harus menambah penggunaan mesin selain menukar mesin yang usang kepada yang baharu. Salah satu alternatif bagi mengatasi masalah ini adalah dengan mendapatkan pinjaman daripada kerajaan. Contohnya pada tahun 2013, koperasi telah membuat pinjaman sebanyak 50 juta Dong Vietnam khusus untuk membeli mesin-mesin baharu.

Mendapat bekalan benih pokok teh juga merupakan salah satu cabaran kepada koperasi. Setakat ini, koperasi memperoleh bekalan benih di daerah Thai Nguyen iaitu daerah bersebelahan dengan daerah Nguyen Hop Tac Xa tempat Koperasi Kampung Chi Tan Houng beroperasi. Harga benih pula semakin meningkat dari semasa ke semasa. Dahulu, penanaman teh di koperasi ini menggunakan kaedah penanaman biji benih yang lebih rendah kosnya. Namun, tempoh penuaian agak lambat dari mula ditanam sehingga tempoh penuaian iaitu memerlukan tiga tahun untuk menghasilkan tuaian pertama. Walaupun jangka hayatnya boleh menjangkau sehingga 100 tahun, namun graf pengeluaran semakin menurun. Oleh

yang demikian, kaedah penanaman yang baharu iaitu menggunakan cantuman anak pokok (baby tree) telah diperkenalkan. Kaedah penanaman cantuman anak pokok ini hanya memerlukan jangka masa dua tahun untuk mengeluarkan hasil yang pertama. Jangka hayat pokok melalui kaedah ini biarpun hanya 15 tahun akan mengeluarkan hasil tiga kali ganda berbanding penanaman menggunakan biji benih. Koperasi

Matlamat koperasi untuk membangunkan masyarakat sekitar yang bukan anggota juga tercapai apabila limpahan manfaat daripada koperasi ini menular kepada masyarakat kampung.

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOP DIMENSI

DIMENSIKOOP

17

Page 9: DIMENSIKOOP Koperasi Kampung Chi Tan Houng,   fileDIMENSI KOOP DIMENSIKOOP 10 . Gerakan Koperasi di Negara Vietnam ... perkhidmatan pengguna, insurans, kraf tangan dan

Rujukan

Kajian kes: Kisah Kejayaan Koperasi Luar Negara ’Kampungku, Koperasiku’.

Nota edaran semasa taklimat oleh National Economic-Technical College (NETC), Hanoi, Vietnam.

Brosur produk Koperasi Kampung Chi Tan Houng, Vietnam.

Temu duga bersama Kepimpinan dan Pengurusan Atasan Koperasi Kampung Chi Tan Houng, Vietnam.

Dicapai daripada www.tanhuongtra.com.

secara berperingkat sedang menukarkan pokok-pokok lama yang menggunakan kaedah biji benih kepada penanaman pokok menggunakan kaedah cantuman anak pokok. Proses ini memerlukan kos yang agak tinggi berikutan harga anak pokok yang mahal tetapi dijangka akan memberikan pulangan yang berlipat kali ganda. Cabaran yang dihadapi oleh koperasi ialah terpaksa bersaing

dengan peladang lain yang juga memerlukan anak pokok sebagai kaedah penanaman.

KesimpulanKoperasi Kampung Chi Tan Houng merupakan sebuah koperasi yang matang dengan jumlah pengeluaran yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Matlamat koperasi untuk membantu anggota meningkatkan ekonomi dan taraf hidup juga semakin diyakini. Di samping itu, matlamat koperasi untuk membangunkan masyarakat sekitar yang bukan anggota juga tercapai apabila limpahan manfaat daripada koperasi ini menular kepada masyarakat kampung. Kini, penduduk kampung boleh bergantung harap dengan koperasi melalui peluang pekerjaan yang menjana pendapatan kepada mereka melalui aktiviti yang dilaksanakan oleh koperasi.

Koperasi menjangkakan teh keluaran mereka akan berkembang ke pasaran antarabangsa sedikit masa lagi. Kejayaan koperasi ini dalam mengharungi kepayahan dan keperitan banyak didorong oleh semangat ingin bangkit daripada kesusahan anggotanya dan masyarakat kampung ekoran dar ipada keadaan ekonomi yang tidak menentu selepas perang. Kini, anggota boleh menaruh kepercayaan kepada koperasi sepenuhnya. Anggota yang mendiami Kampung Chi Tan Houng kini dengan bangganya menjaja slogan “Kampungku, Koperasiku” ke seluruh pelusuk Vietnam. DK

BIL. 48 JANUARI 2016

KOOPDIMENSI

DIMENSIKOOP

18