dicetak oleh pemangku pencetak kerajaan ......daripada isu bahan ramuan yang digunakan, konsep...

16

Upload: others

Post on 23-Oct-2020

9 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

  • DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN,ROLAND FRED PHAN, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

    SABAH, MALAYSIA.2020.

  • Kita sering dipromosikan dengan "makanan sunnah" melalui produk-produk kesihatan yang berasaskan ubatan, minuman dan makanan seperti jus, kopi, tea, susu, coklat, biskut dan lainnya. Penggunaan istilah makanan sunnah ini sering digunakan oleh pengusaha produk bagi mempromosi dan menarik perhatian masyarakat pengguna.

    Istilah makanan sunnah ini mengambarkan bahawa makanan atau minuman itu adalah makanan yang pernah diambil oleh baginda Rasulullah SAW yang tentunya membawa pengertian bahawa produk itu adalah produk yang memenuhi kriteria penjagaan tubuh badan dan yang digalakkan dalam Islam. Menurut ulama Hadis makanan sunnah dikaitkan dengan makanan yang dimakan oleh Nabi Muhammad SAW. Manakala menurut ulama Usul Fiqh makanan yang tidak dimakan oleh baginda Nabi SAW, tidak dinamakan makanan sunnah bahkan sunnahnya ialah cara baginda memakan makanan itu.

    Faktor pemahaman masyarakat tentang makanan sunnah ini dipengaruhi oleh promosi dan iklan yang dilakukan dalam media arus perdana yang menggambarkan makanan sunnah itu merujuk kepada beberapa makanan khusus seperti buah zaitun, kurma, habbatus sauda, madu, kismis, susu, delima dan beberapa jenis makanan lain. Promosi dan pengiklanan ini sangat mempengaruhi masyarakat dalam menggunakan produk-produk yang berasaskan makanan sunnah ini , sehingga banyak produk mendapat sambutan luar biasa masyarakat apabila dilabelkan sebagai makanan sunnah.

    Bahagian Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Standard Malaysia MS1500:2009 dan Manual Prosedur Persijilan Halal Malaysia telah menetapkan bahawa keperluan umum pensijilan halal yang di antara lain menyentuh berkaitan Pensijilan Halal bagi premis makanan dan rantaian produk dengan pendekatan Halalan Toyyiban yang membawa maksud halal lagi suci, berkualiti dan selamat. Selain daripada isu bahan ramuan yang digunakan, konsep halalan toyyiban yang ditekankan dalam standard dan prosedur yang ditetapkan juga merangkumi aspek kebersihan dan keselamatan dalam penghasilan serta penyajian produk makanan yang dipersijilkan halal.

    Makanan sunnah itu memang baik tetapi menamakan "makanan sunnah" dalam produk-produk makanan dan minuman adalah satu tanggungjawab besar bagi pengusaha untuk memastikan keselamatan pengguna.

    “Kita jaga kita”

    MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

    SIDANG REDAKSIPENAUNG

    Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

    Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

    PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

    PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

    KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

    Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

    TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Haji Baharudin Haji Alwi

    EDITOR/KETUA PENYELARASCik Nur Faezah binti Jaafar

    ([email protected])

    SIDANG PENGARANGAdi Pitang

    ([email protected])Ustaz Asmuni Ali

    ([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

    ([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

    ([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

    Encik Abdu Khalil bin HassanUstaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

    Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

    Encik Mohd Fauzee bin HarithCik Anna Amelia binti Daen Mokhtar

    PENGURUSANCik Nur Idilah binti Jamirin

    GRAFIKEncik Azmi bin Awang Hashim

    JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

    JURUFOTOEncik Jamiun Osman

    Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahTingkat 3, 4, 9 & 10, Blok A, Wisma MUIS,

    Beg Berkunci 103, 88737 KOTA KINABALU, SABAHTel.: 088-222435

    Faks: 088-257358

    Majlis Khatam al-Quran Saudara Kita tahun 1442H/2020M, seramai 80 orang peserta terdiri dariKelas Bimbingan Saudara Kita iaitu kelas Ar-Raudah dan Teratak Fitrah Kota Kinabalu serta KBSK Tuaran dan Tamparuli, acara diadakan sebanyak 4 sessi pada 29 September, 1, 6 dan 8 Oktober yang

    diadakan di Bahgaian Dakwah JHEAINS. Penyampaian sijil majlis berkenaan oleh Puan Dg. Kamariah Hj. Ag Yahya, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAINS, hadir bersama di majlis

    tersebut 4 orang ustaz dan ustazah yg menjadi pembimbing sepanjang program diadakan.

    Dari Meja Editor

    SHOUTUL ISLAM BIL. 27 - 6 Rabiulawal 1442H/23 Oktober 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 27 - 6 Rabiulawal 1442H/23 Oktober 2020M 15

    Peristiwa

  • Di dalam Islam, konsep kepimpinan di dalam sesebuah keluarga Muslim menjelma dalam kata Qiwamah, dipetik daripada firman Allah ta’ala,

    "Kaum lelaki itu adalah Qawwamun/pemimpin dan pengawalyang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh keranaAllah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapakeistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga keranaorang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah)sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuanyang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, denganpemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya..." (an-Nisa’, 34).

    Qawwam ini merangkumi tugas suami menyediakan nafkah zahir dan batin, menyediakan pakaian, tempattinggal dan keperluan kehidupan yang sewajarnya. Begitu juga, memberikan sokongan moral dan kasih sayang, mendidik dirinya dan isterinya sesuai dengan ajaran dan nilai Islam.

    Yang terpenting, ialah melindungi isteri daripada segala kesusahan, sama ada yang berbentuk materi, atau yang berbentuk psikologi (kemurungan, kesedihan, kekurangan sokongan moral dsb.).

    Teras kepimpinan suami yang Qawwam ini digandingkan dengan tanggungjawab isteri yang solehah, yang taat kepada Allah SWT dan menjaga hak suaminya, sepertimana suaminya bertugas menjadi qawwamnya.

    Begitu juga, sekiranya direnung perkataan Qawwam itu, ia berasal daripada perkataan yangbermaksud 'berdiri, mendirikan'. Allah ta’ala menyifatkan harta itu sebagai qiyam (asas pembangunankehidupan) bagi manusia.

    "..(harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupankamu.." (al-Nisa’, 5).

    Maka begitulah kedudukan suami ini, di dalam sebuah keluarga muslim dia bertanggungjawabmembangunkan isterinya, mendorong isterinya menjadi insan yang lebih baik duniawi dan ukhrawinyaberbanding sebelumnya.

    Akan tetapi, makna Qiwamah ini seringkali disalahtafsir. Bahkan hilang daripada pengamalan muslimindinihari.

    Tidak selari makna Qiwamah ini dengan penderaan mental dan fizikal pada isteri. Tidak selari maknaQiwamah ini dengan membulurkan isteri dan anak-anak membiarkan mereka tergantung tanpapembelaan. Tidak selari makna Qiwamah ini dengan membantutkan cita-cita isteri untuk menjadi insanyang mencapai potensinya yang tertinggi.

    Justeru, makna Qiwamah ini perlu diluruskan, dan cara meluruskannya tidak lain, ialah dengan kembalikepada al-Quran.

    MENCARI QIWAMAHOleh:

    Mohammad Syafi q IsmailExco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

    Majlis Bersama Yang Berhormat Datuk Hj. Mohd. Arifi n Hj. Mohd. Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, turut hadir Tuan Hj. Faimin b. Kamin, Setiausaha Tetap Kementerian di perjumpaan bersama

    Pengurusan Tertinggi MUIS, JHEAINS, Bahagian Zakat dan Baitulmal Negeri Sabahpada 12 Oktober 2020 di Bilik Madani Wisma MUIS Kota Kinabalu.

    SHOUTUL ISLAM BIL. 27 - 6 Rabiulawal 1442H/23 Oktober 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 27 - 6 Rabiulawal 1442H/23 Oktober 2020M 3

    Peristiwa Tinta Ilmiah

  • MENGETUK PINTU SANG RAJAOleh:

    Anakmalayindo

    Ujar seorang sahabat, ‘Abdullah Ibnu Mas’ud radhiallahu,

    "Engkau tengah mengetuk pintu Sang Raja di sepanjang solat. Dan setiap orang yang mengetuknya,nescaya akan dibukakan jalan keluar." (Shifat ash-Shafwah).

    Siapakah Raja dimaksudkan yang sentiasa kita ketuk pintu-Nya di setiap kali solat? Tentulah Diaadalah Allah, Rabb semesta alam.

    Kesempatan mengetuk pintu Sang Raja tidaklah terbatas di saat solat lima waktu sahaja. Akan tetapi,Allah Ta’ala memberikan banyak kesempatan sepanjang siang dan malam. Hebatnya lagi, Allah Ta’alajusteru suka jika para hamba-Nya sentiasa mengetuk pintu-Nya, memanjatkan permohonan dan permintaankepada-Nya. Hal ini adalah sangat berbeza jika kita lakukan kepada sesama makhluk. Mereka bolehmenjadi bosan dengan permintaan kita yang banyak dan berulang.

    Kesempatan kita untuk mengetuk pintu Sang Raja adalah kesempatan yang berharga, namun tidakperlu meminta izin atau membuat janji sebagaimana hal itu harus dilakukan terlebih dahulu jika kita inginbertemu dengan orang-orang besar. Kesempatan yang merupakan nikmat luar biasa seperti yangdikatakan al-Muzani rahimahullah,

    "Siapakah yang hidupnya lebih nikmat darimu, wahai anak cucu Adam? Engkau boleh berkhalwatdi dalam mihrab berbekalkan air untuk berwudhu, sehingga setiap kali ingin bertemu dengan Allah, Engkautinggal masuk ke dalam mihrab dan mengerjakan solat di mana Engkau boleh berbicara kepada Allahtanpa adanya penerjemah" (az-Zuhd).

    Ketika sahabat Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu ‘anhu menyatakan bahawa setiap orang yang mengerjakansolat tengah mengetuk pintu Allah Ta’ala dan pasti akan menemui solusi atas permasalahan hidupyang dikeluhkannya, hal itu bukan bermaksud setiap yang dipohon akan diperkenankan segera. TerkadangAllah Ta’ala menunda untuk membuka pintu-Nya dan memberikan solusi bagi permasalahan yangdihadapi hamba-Nya kerana adanya hikmah yang mendalam. Dengan demikian, ada kebaikan di ataskebaikan yang mungkin tidak akan diperoleh oleh hamba yang ketika doa dan permintaannya langsungdikabulkan Allah Ta’ala.

    Boleh jadi tertundanya jalan keluar atas permasalahan yang dihadapi hamba melahirkan berbagai ibadahlain pada diri hamba seperti ikhbaat (merendahkan diri di hadapan Allah) dan inaabah (kembali kepadaAllah).

    Semoga Allah Ta’ala tidak menghalangi diri kita dari kelazatan bermunajat kepada-Nya dan kenyamanan berdekatan dengan-Nya.

    GANJARAN PAHALA DALAM INFAK HARTAOleh:

    Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), Kinarut, Papar

    MAKSUD HADIS:Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW telahbersabda: "Sebuah dinar (harta) yang engkau belanjakan untukperjuangan fi sabilillah (jalan Allah SWT), sebuah dinar (harta) yang engkau belanjakan untuk seoranghamba sahaya (kemudian mereka dapat memerdekakan diri), sebuah dinar (harta) yang engkausedekahkan kepada seorang miskin dan sebuah dinar (harta) yang engkau nafkahkan kepada ahli keluargamu, maka yang terbesar pahalanya ialah yang engkau nafkahkan kepada ahli keluargamu itu."(Riwayat Imam Muslim)

    HURAIAN HADIS:Hadis di atas menjelaskan kepada kita tentang keutamaan memberi nafkah kepada ahli keluarga iaitunafkah kepada isteri, anak-anak dan ibubapa. Maksud nafkah menurut istilah ialah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh seseorang kepada mereka yang di bawah tanggungjawabnya, bertujuan untukmembiayai kelengkapan dan hajat yang menjadi keperluan asas kehidupan seperti pendidikan, makanan, minuman, tempat tinggal, ubat-ubatan dan sebagainya.

    Di dalam sebuah rumahtangga seorang suami perlu memainkan peranan dalam memacu rumahtangganyauntuk meraih keredaan dari Allah SWT. Oleh itu kebajikan dan pemberian nafkah kepada ahli keluarganya adalah perkara yang perlu diambil perhatian serius. Seseorang muslim akan mendapat pahala yang lebih besar apabila memberi nafkah kepada ahli keluarganya berbanding dengan membelanjakan hartanya kepada orang lain. Oleh yang demikian, setiap muslim hendaklah memberikan komitmen dan perlu bijak dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing kerana setiap orang tidak akan sama dari sudut kemampuannya.

    PENGAJARAN HADIS:1. Keutamaan nafkah adalah untuk memastikan kebajikan dan keselesaan.2. Memberi nafkah kepada ahli keluarga terlebih dahulu lebih diutamakan kerana ganjarannya lebih besar

    berbanding sedekah kepada orang lain. Rasulullah SAW bersabda: "Sedekahmu pada orang-orang miskin bernilai satu sedekah, sedangkan sedekahmu pada kerabatmu bernilai dua iaitu; sedekah dan menyambung silaturahim." (Musnad Ahmad).

    3. Sedekah yang baik ialah sedekah yang diberikan setelah menunaikan kewajiban nafkah kepada ahli keluarga.

    RUJUKAN:● Bahjatun Naazhirin Syarah Riyaadus Sholihin, Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, Pustaka Imam Asy-Syafii, Cetakan Ketujuh, 2012.

    Sentuhan Hadis

    SHOUTUL ISLAM BIL. 27 - 6 Rabiulawal 1442H/23 Oktober 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 27 - 6 Rabiulawal 1442H/23 Oktober 2020M 13

    Remaja

  • Penulis bersama rakan-rakan selepas mengadakan senaman berkumpulan

    AURAT WANITA MUSLIM DAN BUKAN MUSLIMOleh:

    Anna Amelia binti Daen Mokhtar

    Masih ramai yang kurang mengambil berat tentang aurat wanita. Aurat di antara wanita dengan lelaki sajadiabaikan. Apatah lagi aurat wanita muslim dan bukan muslim. Segelintir mungkin tidak celik dengansyariat ini. Namun tidak semua yang tahu, mengaplikasikannya dengan betul. Apa sebenarnya hukumatau bagaimana situasi dibolehkan antara wanita muslim dan bukan muslim mendedahkan aurat?

    Sebelum kita mengetahui apa penjelasannya, ayuh kita renungi maksud aurat itu sendiri agar lebih mudah faham. Ada yang mendefi nisikan aurat ialah malu. Sesuatu perkara yang harus malu kita tunjukkan kepadaorang-orang tertentu. Aurat merujuk kepada anggota-anggota yang diharamkan untuk didedahkan. Iatidak khusus kepada mana-mana jantina, malah wajib. Namun begitu, ada seperti yang kita tahu, adaperbezaan garis panduan aurat wanita dan juga lelaki. Menurut Khatib al-Syarbini, aurat diertikansebagai apa-apa yang haram untuk dilihat.

    Apa yang ingin dibahaskan disini ialah berkaitan aurat wanita muslim dengan wanita bukan muslim.Keadaan ini boleh jadi dalam keadaan individu sejantina ini tinggal dalam satu tempat yang sama. Maka hal itu terjadinya pendedahan aurat. Para ulama juga berbeza pendapat berkaitan isu ini. Di Malaysia, kita menggunakan mazhab Syafi e yang mana di dalam mazhab ini sendiri terdapat beberapa pandangan.Majoriti ulama berpendapat bahawa aurat wanita muslim dengan wanita bukan muslim adalah samaseperti pada pandangan lelaki ajnabi iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan.

    Manakala, pandangan lainnya, aurat muslimah pada pandangan perempuan kafi r adalah seluruh tubuhyang selain daripada kepala, tangan dan kaki. Berkata Syeikh Ibnu Hjar Al-Haitami: Pandangan yangsahih adalah haram perempuan kafi r zimmi dan kesemua perempuan kafi r walaupun kafi r harbi melihatkepada perempuan muslimah, tetapi harus dia melihat dari perempuan muslimah apa yang zahir ketikabekerja. Secara kesimpulan daripada perbahasan ini, penelitian terhadap penjagaan aurat adalah sangat penting. Walau ketika bersama dengan wanita sekalipun bukan muslim, ia adalah harus dengan syarat tidaklahmenimbulkan fi tnah atau menjatuhkan maruah wanita muslim. Hal ini kerana cara hidup zaman dahuludan kini sudah terlalu banyak berubah. Maka dengan itu, perlulah diambilkira cara hubungan sosial kita sebagai wanita muslimah dijaga dengan sempurna untuk mengelakkan fi tnah.

    "YOU ARE WHAT YOU EAT 2"Oleh:

    Adi Pitang

    "Babah masak apa hari ne?" Alif anakku bertanya suatu waktu di hujung minggu ketika bersarapan pagi. Pertanyaan biasa anak-anak dalam tempoh Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) ini. Makan adalah satu aktiviti yang sangat popular dalam tempoh PKPB ini di kalangan ahli keluarga, khususnya anak-anak. Bagi orang-orang dewasa, dalam tempoh PKPB ini merupakan satu cabaran dalam mengawal pemakanan. Apatah lagi apabila pada hari-hari biasa berada di tempat kerja atau di sekolah tetapi pendamik Covid-19ini memaksa semua orang lebih selamat berada di rumah.

    "Jadikah Mr. Bodyfi t Challenge?" Tanya seorang rakan yang berminat menyertai Mr. Bodyfi t Challenge yang dibuka untuk kakitangan JHEAINS dan MUIS sebelum PKPB diumumkan. Tujuannya tidak lainadalah untuk menjadi lebih sihat. Jangka masa selama tempoh 2 bulan, memberi semangat rakan-rakan untuk menyertainya. Lebih-lebih lagi kebanyakan yang menyertainya telah menunjukan kemajuandi bahagian perut, termasuk aku sebagai penganjur, hahaha. Puncanya makan yang tidak berpantang, ditambah kurang aktiviti riadah yang sangat diperlukan dalam kesihatan tubuh badan.

    Dalam suasana pendamik Covid-19 ini, pelbagai nasihat diberikan tentang pemakanan sesuai bagimencegah Covid-19 ini dari menjangkiti kita. Berkongsi pengalaman ketika disahkan positif Covid-19,Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifl i Mohamad Al-Bakri ketika ditempatkan di salah sebuah hospital telah mengamalkan pengambilan habbatus sauda sebagai sumber nutrisi melawan penyakit itu. Seorang lagi pesakit yang disahkan positif memaklumkan bahawa amalan yang dilakukannya sepanjang isolasi iaitu bersenam setiap hari dan mengamalkan vitamin C termasuklah mengambil habbatus sauda. Makanan itulah, kongsinya, antara yang membantu dirinya kembali sihat.

    Apa itu habbatus sauda? Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan seperti rumput kecil. Batangnya tinggi sehingga setengah hasta. Ia mengeluarkan bunga berwarna biru yang di dalamnya terdapat biji hitam. Itulah yang dipanggil habbatus sauda atau nama saintifi knya nigella sativa atau black cumin. Menurutpakar perubatan habbatus sauda diibaratkan superfood dalam suplemen, namun ia tidak digunakan untuk rawatan yang khusus. Habbatus sauda telah banyak di pasaran tempatan khususnya dalam bentukminyak, serbuk atau pil.

    Dari Abu Hurairah bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Pada habbatus sauda itu syifaa (penawar) bagi segala penyakit, kecuali as-Saam. Ibn Syihab berkata; "As-Saam adalahal-Maut (mati) dan al-Habbatus sauda adalah asy-Syuuniiz (jintan hitam-black cumin)". (Sahih Bukhairi).

    "Babah! Boleh masak ayam kicapkah?" Pinta Alif, makanan kegemarannya. Hmmm.. tugas chef cook, hahaha.

    SHOUTUL ISLAM BIL. 27 - 6 Rabiulawal 1442H/23 Oktober 2020M 5

    Fiqh WanitaBicara Kita

    SHOUTUL ISLAM BIL. 27 - 6 Rabiulawal 1442H/23 Oktober 2020M12

  • Maksudnya: "Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka Engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya ia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui".

    Menurut Ibnu Abbas RA, ayat ini telah dimansuhkan dengan ayat perang, sedangkan menurut Mujahid, ayat ini dikhususkan kepada Ahli Kitab berhubungkait dengan Bani Quraizhah. Namun ahli tafsir lain berpendapat, bahawa ayat ini diturunkan terhadap orang-orang kafir harbi (yang memerangi).

    Meskipun ayat ini diturunkan bertujuan untuk membuka ruang perdamaian kepada musuh-musuh Islam khususnya kaum Yahudi yang memang sudah jelas sikap permusuhan mereka terhadap umat Islam. Seolah-olah suatu isyarat buat umat Islam, jika ruang dibuka luas kepada musuh-musuh Islam untuk maksud perdamaian, maka seharusnya juga ruang akan terus terbuka luas terhadap sesama umat Islam yang bersengketa.

    Mulianya tarbiah dan ajaran Islam, menganjur kita agar memiliki sifat pemaaf, meskipun begitu kejahatan tetap diberikan hukuman yang setimpal agar tidak memberi ruang kemunculan kejahatan yang baharu. Islam memerintahkan agar manusia selalu berbuat baik, sekalipun terhadap orang yang pernah berbuat jahat terhadap kita. Islam menggalakkan manusia agar mereka banyak beribadah kepada Allah SWT, tetapi jangan menjadi rahib yang melupakan hak diri dan orang lain. Islam mendidik manusia agar sentiasa merendah diri, namun jangan sampai menggadai maruah diri.

    Dalam pada itu, Allah SWT tidak menjadikan perdamaian secara mutlak dalam semua situasi, apa yang penting ianya menjadi prasyarat dapat menghentikan musuh dari permusuhan, melenyapkan kezaliman, meletakkan sesuatu di tempat yang selayaknya dan tidak menganiaya seseorang ketika melaksanakan aktiviti agamanya.

    Dunia global saat ini beranggapan Islam bukan hanya sebagai agama yang membawakan keadilan dan kedamaian. Islam juga dianggap sebagai agama yang membawa radikalisme dan juga terorisme atau konflik dan perpecahan. Malah muncul tohmahan islamophobia yang menganggap Islam merupakan ajaran yang menakutkan.

    Sedangkan menerusi banyak perintah Allah SWT dalam al-Quran, Islam terbukti merupakan agama yang memperjuangkan perdamaian sesama umat sejagat. Melarang menumpahkan darah tanpa hak, melarang pengkhianatan sebarang perjanjian, menghalang merampas hak orang lain dan tidak memaksa orang bukan muslim agar memeluk Islam.

    Justeru itu jika umat Islam kembali memahami konsep dan falsafah hakikat Islam yang berasal dari bahasa Arab iaitu 'Salam' bererti 'Damai Sejahtera' lalu menterjemahkannya dalam kehidupan sebagai seorang yang bergelar seorang muslim maka setiap individu muslim secara tidak langsung menjadi agen dan duta kedamaian yang bertebaran di pentas dunia.

    Ayuh umat Islam semuanya mari kita sama-sama buktikan Islam itu adalah agama kedamaian, apabila setiap kita berbicara dan melakukan sesuatu perkara maka orang yang berada di sekeliling kita berasa damai dan sejahtera.

    AYAT AL-QURAN SURAH AL-ANFAAL: 61"JADILAH UMAT YANG DAMAI”

    Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

    MEMBANGUN INTEGRITI: AL-RAJA DAN AL-KHAUFOleh:

    Mohd Fauzee bin HarithUnit Integriti Negeri Sabah

    Konsep terpenting dalam membangun integriti dalam diri adalah dengan cara memahami konsep 'penahan dan penegur'. Penahan dan penegur ini akan menahan diri dari mengambil hak-hak yang tidak sepatutnya, sekaligus dapat mengelakkan diri dari terjerumus dalam hal-hal yang membawa kepada salahlaku. Banyak sekali konsep penahan dan penegur yang terdapat dalam kitab-kitab tasawwuf. Majoriti ulama Sufi memasukkannya sebagai salah satu tanjakan, tingkatan dan juga maqam yang harus ditempuh dalam melakukan latihan pembersihan jiwa.

    Penahan dan penegur yang dimaksudkan itu adalah Harapan (al-Raja) dan Takut (al-Khauf). Jika dalam ilmu tasawwuf, harapan itu adalah mengharapkan ganjaran yang besar dari Allah SWT. Ini adalah perangsang dan satu pendorong yang dapat membangkitkan kepada taat, menggerakkan diri kita untuk benar-benar rajin dalam beribadah. Dalam situasi kehidupan seharian kita pula boleh diaplikasikan sewaktu bekerja atau berniaga dengan mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata. Jika berjaya diamalkan, pasti akan mendapat ganjaran dan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.

    Adapun al-Khauf ialah perasaan khuatir dan takut kepada hukuman Allah SWT yang pedih, sepertimana yang telah diperingatkan oleh Allah SWT. Ancaman itu berupa penegur, penolak dari segala maksiat, menjauhkan kita dari perbuatan tersebut serta mencegah dari perbuatan yang tidak baik. Sebagai seorang pekerja yang mempunyai integriti, ianya membantu kita menghindarkan diri dari rasuah, salah guna kuasa, birokrasi yang menyusahkan, ponteng kerja dan sebagainya. Bagi peniaga pula dapat mengelakkan diri dari unsur riba dan syubhat. Al-Khauf amatlah dekat dengan muraqabah, yakni sering merasa diri diawasi Tuhan dalam segala tindak tanduk.

    Dalam kaedah dan disiplin ilmu tasawwuf, kedua-duanya merupakan maqam yang tidak boleh ditinggalkan, pohon yang harus dijaga dengan sebaiknya jika ingin mendapatkan buah hakikat. Imam al-Ghazali sering mengingatkan akan hal ini dalam kitabnya yang terkenal iaitu Ihya Ulumuddin dan juga Minhajul Abidin. Kepada yang berminat untuk mengetahui dan mempelajarinya dengan lebih lanjut, boleh membaca kedua kitab ini (Namun adalah lebih baik jika dibimbing oleh guru yang arif agar lebih faham apa yang kita baca).

    Sememangnya Integriti dan tasawwuf tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain dalam membentuk insan al-kamil (individu sempurna dengan mencontohi akhlak dan keperibadian Nabi Muhammad SAW). Dengan perkembangan teknologi yang pesat, ilmu sebegini semakin hilang dan kabur dari pandangan. Semoga ada inisiatif yang baik dari jabatan agama untuk mengangkat kembali martabat ilmu tasawwuf di semua peringkat, baik sekolah, institut pengajian tinggi dan juga di dalam kementerian dan jabatan- jabatan kerajaan.

    Wallahu a'lam.

    SHOUTUL ISLAM BIL. 27 - 6 Rabiulawal 1442H/23 Oktober 2020M 11SHOUTUL ISLAM BIL. 27 - 6 Rabiulawal 1442H/23 Oktober 2020M6

    Inti Sari Ayat Al-Quran Artikel Pilihan

  • TAHNIK DARIPADA LANDSKAP SAINTIFIK(BAHAGIAN 1)

    Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

    Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

    Tahnik ialah perbuatan memasukkan manisan kurma atau madu yang dikunyah ke dalam lelangit mulut bayi yang baru dilahirkan.Ia sunat dilakukan di hari pertama kelahiran bayi sehingga hariyang ketujuh. Namun ia juga diperbolehkan dalam tempoh sebulan umur bayi.

    Tahnik merupakan sunnah Rasulullah SAW. Ini jelas di dalamhadis Anas bin Malik RA bahawa beliau membawa Abdullahbin Abu Talhah al-Ansari kepada Rasulullah SAW selepasAbdullah RA baru dilahirkan. Katanya:

    Maksudnya: "Aku membawa Abdullah bin Abu Talhah al-Ansari RA yang baru lahir menemui RasulullahSAW pada ketika itu, baginda memakai aba’ah ( ) sedang melumurkan untanya dengan minyak.Baginda bertanya: "Adakah kamu membawa kurma?" Aku menjawab: "Ada," lalu aku menyerahkanbeberapa biji kepada Baginda. Baginda pun memasukkan beberapa itu ke dalam mulut dan mengunyah-ngunyahnya. Kemudian, baginda membuka mulut Abdullah dan memasukkan tamar tersebut. Bayi itupun menggerak-gerakkan lidah sambil menghisap manisnya. Kemudian, Rasulullah SAW bersabda: "Kesukaan orang Ansar ialah buah tamar. Lalu Baginda menamakannya Abdullah."

    (Hadith riwayat Muslim: 2144).

    Menurut kajian Sains, tahnik merupakan imunisasi alami yang tersangat kuat kepada bayi yang baru lahir.Ia sangat bermanfaat kepada sistem biologi bayi untuk melawan penyakit.

    Hal ini kerana wujud Stem Cell yang berada di sekitar lelangit mulut bayi. Stem Cell ini akan berfungsidengan aktif setelah digosok-gosokan manisan di lelangit mulut bayi yang baru dilahirkan.

    Stem Cell akan membantu sistem biologi bayi untuk menguatkan tubuh badan dengan antibodi yang kuat seterusnya dapat melawan penyakit dari luar.

    (d) Menghindarkan bercakap sama sekali, baik berupa zikir ataupun lainnya. Maka tidak perlu menyahuti ucapan salam atau azan.

    "Bahawa seorang lelaki lalu pada Nabi SAW yang ketika itu sedang buang air kecil. Orang itumemberi salam kepada baginda, tetapi tiada di sahut oleh Nabi" (Riwayat Jama’ah kecuali Al-Bukhari).

    Dan hadis Abu Sa’id RA katanya: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Janganlah keluar dua orang lelaki pergi ke tandas sambil

    membukakan aurat dan bercakap-cakap, kerana Allah mengutuk demikian itu!" (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah).

    (e) Hendaklah menghargai kiblat, hingga ia tidak menghadap kepadanya atau membelakanginya. "Bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bila salah seorang di antaramu duduk dengan maksud

    hendak buang hajat, janganlah ia menghadap kiblat atau membelakanginya" (Riwayat Ahmad dan Muslim).

    (f) Agar menghindari lubang supaya tiada menyakiti haiwan-haiwan yang mungkin ada di sana.

    "Nabi SAW telah melarang pada Qatadah: "Kenapa dilarang kencing di lubang?" Jawabnya: "Kerana itu adalah tempat kediaman jin". (Riwayat Ahmad, An-Nasa’I, Abu Daud, Al-Hakim dan Baihaqi serta dinyatakan shahih oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Sakkin).

    (g) Hendaklah menjauhi tempat orang bernaung, jalanan dan tempat pertemuan mereka.

    "Bahawa Nabi SAW bersabda: "Hindarkanlah kedua hal yang mendatangkan laknat" Ujar mereka: "Siapakah yang dimaksud dengan demikian, ya Rasulullah?" Jawab Nabi: "Ialah yang buang airdi jalanan atau tempat bernaung manusia". (Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud).

    QADHAUL HAJAH (BUANG AIR)(BAHAGIAN 2)

    Oleh:Mohd Alwie Noorbaki

    Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

    Islam dan Perubatan

    SHOUTUL ISLAM BIL. 27 - 6 Rabiulawal 1442H/23 Oktober 2020M10 SHOUTUL ISLAM BIL. 27 - 6 Rabiulawal 1442H/23 Oktober 2020M 7

    Tasawwur

  • APAKAH KALIAN MENINGGALKAN KEPADAKU, SAHABATKU?

    Abu Darda berkata: Aku duduk di samping Nabi SAW, tiba-tiba Abu Bakar datang sambil memegang tepi baju Baginda hingga rapat pada lutut baginda. Maka Nabi bertanya, "Apakah teman kalian telah marah?" Abu Bakar memberi salam lalu berkata, "Aku ada masalah dengan Ibnu al-Khattab, lalu aku terlanjur marah kepadanya namun kemudian aku menyesal, aku pun datang menemuinya untuk meminta maaf namun ia enggan memaafkan aku. Kerana itu, aku datang kepada Baginda."

    Alangkah besar jiwa Abu Bakar. Seharusnya seseorang bersungguh-sungguh dalam suatu perkara. Jika ia telah melakukan kesalahan, segera mungkin ia kembali pada kebenaran. Ini menunjukkan kemuliaan jiwanya. Semoga Allah SWT meredhai dia dan orang-orang yang dididik di madrasah Nabi. Abu Bakar adalah salah satu pendidik terbaik dalam madrasah yang agung.

    Maka Baginda pun bersabda, "Allah akan mengampunimu, wahai Abu Bakar." Baginda mengucapkan kalimat ini tiga kali. Baginda telah memohonkan ampunan untuk Abu Bakar sebanyak tiga kali. Jadi, tak ada celaan baginya. Lantas apakah Umar bersedia memaafkannya atau tidak?

    Ketika Umar telah reda emosinya, ia berkata, "Semoga Abu Bakar memaafkanku. Demi Allah, aku akan pergi ke rumahnya untuk meminta maaf kepadanya." Subhanallah, alangkah indahnya persaudaraan kerana Allah. Alangkah indahnya sikap saling mencintai kerana Allah SWT. Darinya akan memancarkan ketulusan. Duhai persaudaraan kerana Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku mencintai orang-orang yang mencintai-Mu dan membenci orang-orang yang membenci-Mu. Kemudian Umar mendatangi kediaman Abu Bakar dan menanyakan keberadaannya namun ia tidak menjumpai Abu Bakar. Seseorang mengatakan bahawa Abu Bakar sedang menemui Nabi. Kemudian Umar pergi menemui Nabi, lalu memberi salam dan duduk namun ia diam saja.

    Rasulullah SAW tidak senang jika ada seseorang yang membuat Abu Bakar marah. Ketika baginda melihat kedatangan Umar, wajah baginda tampak marah sehingga Abu Bakar menyesal kerana Umar telah membuat Baginda menjadi marah. Namun, ketegangan itu berhenti kerana Abu Bakar langsung duduk bersimpuh pada lutut baginda seraya berkata, "Wahai Rasulullah, aku sudah berbuat aniaya dua kali." Ia mengatakannya seraya berharap Baginda mengampuni Umar.

    Kemudian, Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah mengutus aku kepada kalian namun kalian mengatakan, 'Kamu pendusta' sedangkan Abu Bakar berkata, 'Ia orang yang jujur' dan ia berjuang mengorbankan diri dan hartanya. Apakah kalian akan meninggalkan kepadaku sahabatku?" Kalimat terakhir ini Baginda ulang dua kali. Maka sejak saat itu Abu Bakar tidak disakiti lagi.

    KHURAFAT MEROSAKKAN AKIDAH(BAHAGIAN 8)

    Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

    Punca berlakunya amalan khurafat daripada beberapa kajian, terdapat beberapa dapatan yang agak sukar ditangani dalam masyarakat kita. Berikut dinyatakan beberapa punca berlakunya amalan khufarat yang dimaksudkan tersebut.

    Pertama (i) Kurang Pendidikan Agama Kekurangan pendidikan agama merupakan punca utama berlakunya amalan khurafat. Pemikiran yang singkat akan mencorakkan perbuatan mereka, tanpa merujuk kepada kalangan yang lebih arif tentang persoalan agama. Ekoran daripada itu, munculnya amalan-amalan yang asing seperti pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat, pemujaan kepada orang-orang yang dianggap wali dan memuja pantai. Dengan kekurangan ilmu agama juga menjadikan masyarakat kita terdedah kepada ancaman khurafat yang boleh menjerumuskan masyarakat kepada al-Bid'ah al-I'tiqadiyyah. Meskipun pendedahan tentang persoalan asas agama Islam telah diberi penekanan semenjak dari kecil lagi, namun penghayatan untuk memastikan ajaran Islam tersebut dilaksanakan kurang diberi perhatian. Menurut Dato' Dr. Muhamed Fadzli Hasan (Exco Kerajaan Negeri Kelantan) masyarakat Melayu tidak mempunyai kefahaman yang tepat tentang ajaran Islam. Kenyataan penuh beliau berkaitan isu ini adalah sebagaimana berikut: "Puncanya satu, mereka tidak mempunyai kefahaman yang cukup jelas tentang Islam, sekarang ini masyarakat Islam di mana-mana pun, sama ada yang ekstrim ke kiri dan ekstrim ke kanan, mereka bersemangat tetapi mereka tidak mempunyai kefahaman yang cukup, sehingga amalan-amalan mereka itu dirasakan cukup Islam tetapi sudah berada di luar batasan Islam" (Fadzli, EKNK). Manakala Ustaz Hj. Muhammad Ramli bin Nuh (Timbalan Exco Kerajaan Negeri Terengganu pada masa data dikumpulkan pada tahun 2011) pula menyatakan terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu yang tidak memperolehi ilmu yang benar sebagaimana katanya: "Ilmu yang diperolehi itu bukan ilmu yang sohih (betul). Walaupun dia belajar tetapi dia memperolehi ilmu itu dari sumber yang tidak muktabar. Sebenarnya, ada juga yang belajar setakat separuh jalan (sahaja). Ini yang menyebabkan timbul khurafat dalam masyarakat kita" (Ramli, PB).

    Kedua (ii) Salah Faham Tentang Agama Punca kedua yang dikesan ialah salah faham tentang agama. Citra kebenaran yang sebenar telah diliputi oleh kejahilan ekoran daripada kesalahan dalam membuat rujukan. Sesetengah masyarakat pula terlalu terkasima dengan penampilan luaran ahli agama yang mereka ikuti, tanpa menyelidiki lebih lanjut tentang ilmu yang disampaikan. Berdasarkan pemerhatian kajian oleh penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), salah faham tentang agama telah menyebabkan sebahagian masyarakat Melayu mudah terpengaruh dengan cara penampilan yang hebat. Justeru itu, terdapat kalangan mereka yang mengunjungi pemimpin ajaran sesat disebabkan penampilan yang tampak hebat serta berpengetahuan tentang perkara-perkara aneh. Seorang pengkaji ajaran sesat di daerah Marang, Terengganu menyatakan bahawa, para pengikut ajaran sesat menuruti pemimpinnya dalam keadaan yang keliru. Ini adalah kerana, meskipun pemimpin ajaran sesat itu tidak bersembahyang, namun masih ditaati oleh pengikutnya.

    Akidah

    SHOUTUL ISLAM BIL. 27 - 6 Rabiulawal 1442H/23 Oktober 2020M8 SHOUTUL ISLAM BIL. 27 - 6 Rabiulawal 1442H/23 Oktober 2020M 9

    Iktibar Kisah