di dada mereka ada khalid

14
Modul Kesusasteraan Melayu (elektif) Tingkatan 4 dan 5 Tingkatan : Empat Masa : 80 Minit Tajuk : Sajak – Di Dada Mereka Ada Khalid Aspek Sastera : Maksud dan Unsur Keindahan(Gaya Bahasa) Genre: Puisi Moden Hasil Pembelajaran Utama : 3.0 Menghuraikan maksud puisi 6.0 Menganalisis gaya bahasa dalam puisi Hasil Pembelajaran Khusus: 3.1 Menerangkan maksud rangkap puisi yang dikaji Aras 1 iii. Menyatakan maksud rangkap dalam puisi 6.3 Menganalisis unsur bahasa dalam puisi Aras 3 i. Menjelaskan keistimewaan puisi berdasarkan aspek gaya bahasa . Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat: i. memberi maksud rangkap dalam sajak yang dikaji. ii. menjayakan aktiviti MESTAMU bagi tujuan penghayatan karya. iii. menghuraikan unsur keindahan sajak yang dikaji. 32

Upload: soreambang

Post on 28-Jun-2015

539 views

Category:

Documents

10 download

DESCRIPTION

Modul Pengajaran Kesusasteraan Melayu Elektif

TRANSCRIPT

Page 1: Di Dada Mereka Ada Khalid

Modul Kesusasteraan Melayu (elektif) Tingkatan 4 dan 5

Tingkatan : Empat

Masa : 80 Minit

Tajuk : Sajak – Di Dada Mereka Ada Khalid

Aspek Sastera : Maksud dan Unsur Keindahan(Gaya Bahasa) Genre: Puisi Moden

Hasil Pembelajaran Utama : 3.0 Menghuraikan maksud puisi6.0 Menganalisis gaya bahasa dalam puisi

Hasil Pembelajaran Khusus: 3.1 Menerangkan maksud rangkap puisi yang dikajiAras 1 iii. Menyatakan maksud rangkap dalam puisi

6.3 Menganalisis unsur bahasa dalam puisiAras 3 i. Menjelaskan keistimewaan puisi berdasarkan aspek gaya bahasa

.Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i. memberi maksud rangkap dalam sajak yang dikaji.ii. menjayakan aktiviti MESTAMU bagi tujuan penghayatan karya.iii. menghuraikan unsur keindahan sajak yang dikaji.

32

Page 2: Di Dada Mereka Ada Khalid

Modul Kesusasteraan Melayu (elektif) Tingkatan 4 dan 5

Pengisian Kurikulum

Ilmu : Sejarah

Nilai : Keberanian, Keyakinan, Patriotik.

Kemahiran Bernilai Tambah : Mengalami dan Menghayati, Verbal linguistik,Kontekstual.

Pendekatan : : Pendekatan Berpusatkan Murid, Teknik Perbincangan

Aktiviti : MESTAMU

33

Page 3: Di Dada Mereka Ada Khalid

Modul Kesusasteraan Melayu (elektif) Tingkatan 4 dan 5

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Penilaian Formatif

Catatan

SetInduksi

- Guru meminta murid menonton gambar dan menghayati senikata lagu

- Guru bersoal jawab dengan murid mengenai mesej yang terkandung dalam gambar dan lagu

- Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini – cinta akan tanah air

Set induksi tercapai

Gambar perwira negara dan lagu

34

Page 4: Di Dada Mereka Ada Khalid

Modul Kesusasteraan Melayu (elektif) Tingkatan 4 dan 5

Langkah 1 - Guru memaparkan sajak yang dikaji pada layar

- Guru meminta seorang murid mendeklamasikan sajak “Di Dada Mereka ada Khalid” dengan intonasi yang baik.

- Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan untuk mencari dan mencatatkan maksud puisi mengikut rangkap-rangkap tertentu.

- Kumpulan A mencari maksud rangkap pertama.

- Kumpulan B mencari maksud rangkap kedua.- Kumpulan C mencari maksud rangkap ketiga.- Wakil setiap kumpulan diminta menaipkan

laporan kumpulan tentang maksud rangkap dalam bentuk persembahan slaid dan melaporkannya di hadapan kelas.

Analisa bentuk

tercapai

ICT

35

Page 5: Di Dada Mereka Ada Khalid

Modul Kesusasteraan Melayu (elektif) Tingkatan 4 dan 5

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranPenilaian Formatif

KBT / Catatan

Langkah 2 - Guru menjelaskan definisi tema dan persoalan dalam karya sastera.

- Guru bersoal jawab dengan murid tentang tema keseluruhan dalam sajak yang dikaji.

- Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan untuk mencari dan mencatatkan maksud puisi mengikut rangkap-rangkap tertentu.

- Kumpulan A mencari maksud rangkap pertama.

- Kumpulan B mencari maksud rangkap kedua.

- Kumpulan C mencari maksud rangkap ketiga.

Kajian tema dan persoalan tercapai

Slaid LPG

Verbal linguistik

36

Page 6: Di Dada Mereka Ada Khalid

Modul Kesusasteraan Melayu (elektif) Tingkatan 4 dan 5

Langkah 3 - Wakil setiap kumpulan diminta menaipkan laporan kumpulan dalam bentuk persembahan slaid dan melaporkannya di hadapan kelas.

- Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.

- Guru meminta murid menyenaraikan contoh-contoh gaya bahasa sinkof,metafora,hiperbola,perlambangan dan perulangan.- Wakil kumpulan A menyatakan contoh-contoh sinkof,metafora,hiperbola dan perlambangan.- Wakil kumpulan B menyatakan contoh-contoh asonansi,aliterasi,responsie,anafora dan epifora.

Analisa gaya

bahasa tercapai

Slaid LPG

37

Page 7: Di Dada Mereka Ada Khalid

Modul Kesusasteraan Melayu (elektif) Tingkatan 4 dan 5

Langkah 4 - Wakil setiap kumpulan diminta menaipkan

laporan kumpulan tentang gaya bahasa dalam bentuk persembahan slaid dan melaporkannya di hadapan kelas.

Penilaian.- Guru meminta seorang murid membuat

rumusan tentang isi pelajaran pada hari itu.

- Guru dan murid melagukan Sajak Di Dada Mereka Ada Khalid menggunakan melodi lagu “Bahtera Merdeka” nyanyian Aishah.

38

Page 8: Di Dada Mereka Ada Khalid

Modul Kesusasteraan Melayu (elektif) Tingkatan 4 dan 5

Lampiran 1

MAKSUD DAN PERSOALAN DALAM RANGKAP SAJAK

SAJAK MAKSUD PERSOALAN

Mereka tak pernah mengimpikan puja sanjung dan nama menggunungDi dada mereka ada khalidDi tangan mereka pedang keberanianDi hati mereka berkubu keyakinanSeorang mati seribu lagi bingkasMengipas bara perjuangan.

Perjuangan suci tak pernah tundukPada igau kematianMati hanya mampu menumpaskan pengecutHidup hanya bererti buat yang beraniBiar seribu tahunPerjuangan luhur jalannya berlumpur

Di dada mereka ada khalidSinga garang di padang juangSetiap hari akan mereka nantikanMusuh pulang mengusung walangMusuh walang mengusung keranda teman

32

Page 9: Di Dada Mereka Ada Khalid

Modul Kesusasteraan Melayu (elektif) Tingkatan 4 dan 5

Lampiran 2

KAJIAN GAYA BAHASA

SAJAK

GAYA BAHASASINKOF METAFORA H.BOLA PERLAMBANGAN

Mereka tak pernah mengimpikan puja sanjung dan nama menggunungDi dada mereka ada khalidDi tangan mereka pedang keberanianDi hati mereka berkubu keyakinanSeorang mati seribu lagi bingkasMengipas bara perjuangan.

Perjuangan suci tak pernah tundukPada igau kematianMati hanya mampu menumpaskan pengecutHidup hanya bererti buat yang beraniBiar seribu tahunPerjuangan luhur jalannya berlumpur

Di dada mereka ada khalidSinga garang di padang juangSetiap hari akan mereka nantikanMusuh pulang mengusung walangMusuh walang mengusung keranda teman

33

Page 10: Di Dada Mereka Ada Khalid

Modul Kesusasteraan Melayu (elektif) Tingkatan 4 dan 5

Lampiran 3

KAJIAN GAYA BAHASA

SAJAK

GAYA BAHASAASONANSI ALITERASI ANAFORA RESPONSI