dewan negara - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah tabung haji tidak mahu melibatkan diri...

119
MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL KEDUA Second Session Jilid II Bil. 20 Hari Selasa 6hb Disember, 1988 KANDUNGANNYA JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan l) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 1989 (Ruangan 41)

Upload: nguyendat

Post on 22-Aug-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

M A L A Y S I A

PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARASenate

PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

PENGGAL KEDUASecond Session

Jilid II Bil. 20 Hari Selasa 6hb Disember, 1988

KANDUNGANNYA

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan l )

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan 1989 (Ruangan 41)

Page 2: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 1 -

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Selasa, 5hb Disember, 1988

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

D 0 A

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Abdul Manap bin Hashim.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin,

soalan yang pertama.

TABUNG HAJI - PENGLIBATAN BIDANG PENJUALAN

1. Puan Ainon binti Ariffin [di bawah S.O. 23(2)] minta PerdanaMenteri menyatakan memandangkan Tabung Haji telah dapat memberisumbangan yang besar pada negara dan umat Islam di negara ini darisegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diridalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli-ahlinya dengan cara potongan gaji pada ahli yang berkemampuan danberkelayakan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan

Wilayah [Tuan Adam bin Abdul Kadir]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon

menjawab bagi pihak Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, Tabung Haji tidak melibatkan diri dalam

bidang penjualan kereta, rumah dan alat elektrik kepada pendeposit

dengan cara potongan gaji disebabkan urusan ini merupakan memberi

pinjaman kepada pendeposit-pendepositnya yang bercanggah dengan

perbekalan Undang-undang Tabung Haji iaitu Akta Lembaga Urusan dan

Tabung Ha j i , 1969. Walau bagaimanapun, sekiranya penyertaan umat

Islam di negara ini dalam Tabung Haji dapat ditingkatkan dari 1.2

juta orang kepada jumlah yang lebih besar, maka cadangan-cadaagan

untuk memberi pinjaman kepada pendepositnya mengikut prinsip Islam

boleh dipertimbangkan oleh Tabung Haji dengan meminda Akta Lembaga

Urusan dan Tabung Haji.

Page 3: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 2 -

JUMLAH IMPORT GULA MENTAH

2. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato Haji Ishak minta Menteri Perdagangandan Perindustrian menyatakan jumlah gula mentah yang diimport dariluar negeri dalam lima tahun kebelakangan. Mengapa dan kenapapengimportan gula masih diteruskan sedangkan kita mempunyai ladangtebu yang sedang beroperasi.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian

(Tuan M.G. Pandithan]: Tuan Yang di-Pertua, jumlah gula mentah yang

diimport lima tahun kebelakangan (1983 hingga 1987) adalah seperti

berikut:

Tahun Jumlah Import(Metrik Tan)

1983 575,010

1984 556,880

1985 530,880

1986 661,940

1987 685,900

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, negara mengimport gula

mentah untuk diproses menjadi gula bertapis kerana pengeluaran gula

bertapis dari tebu tempatan hanyalah kira-kira 15% daripada peng-

gunaan setahun.

Tuan Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Lesen

bagi mengimport gula ini, adakah dikeluarkan kepada syarikat yang

sama ataupun ditukar-tukar pada tiap-tiap tahun?

Tuan M.G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, ini bergantung kepada

permohonan-permohonan yang Kementerian terima.

Puan Rokiah binti Zainuddin: Soalan tambahan, bolehkah Yang

Berhormat memberitahu di Dewan yang mulia ini tentang pengeluaran

Ladang Tebu Chuping, Perlis dan Ladang Tebu Padang Terap, Kedah?

Page 4: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 3 -

Tuan M.G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, keluasan ladang tebu

ketika ini adalah seperti berikut:

Kilang Gula FELDA Perlis - 10,444.45 hektar

Gula Padang Terap Berhad (GPT) - 11,153 hektar

Pekebun-pekebun kecil yang

membekalkan tebu kepada GPT - 2,971 hektar

KGPT dan CPT tidak bercadang menambahkan keluasan ladangnya

kerana ketiadaan kawasan yang sesuai. GPT walau bagaimanapun meng-

galakkan pekebun-pekebun kecil yang membekalkan tebu untuk

meningkatkan pengeluaran dengan menggunakan tanah-tanah terbiar.

Dimaklumkan juga bahawa tebu memerlukan keadaan cuaca kering yang

ketara semasa pemotongan. Keadaaa cuaca sedemikian hanya terdapat

di kawasan utara Semenanjung Malaysia.

Puan Rokiah binti Zainuddin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin

tahu berapa banyakkah gula tebu yang dikeluarkan daripada kedua-dua

tempat tadi?

Tuan M.G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada butir-

butir di sini. Saya minta notis untuk menjawab soalan itu.

Tuan C. Krishuan: Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat

Setiausaha Parlimen beritahu Dewan ini pada tahun 1987 kepada siapa-

kah diberikan lesen untuk mengimport gula mentah dan adakah lesen

pengimportan dikeluarkan hanya untuk satu syarikat sahaja. Jika ia-

nya benar, kenapa?

Page 5: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN .6.12.88 - 4 -

Tuan M.G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini adalah

spesifik, saya minta notis untuk menjawab soalan ini.

KONTRAKTOR BUMIPUTERA

3. Datuk Haji Abu Bakar bin Lajim minta Perdana Menterimenyatakan:

(a) berapakah bilangan kontraktor bumiputera yangtelah tidak diterima pembaharuan pendaftaran-nya di Pusat Khidmat Kontraktor kerana tidakaktif sepanjang dua tahun; dan

(b) adakah pembatalan permohonan pembaharuanpendaftaran oleh pusat ini tidak mengambilpertimbangan keadaan kemelesetan ekonomi yangmenyebabkan kontraktor bumiputera tidak dapataktif kerana tidak mendapat kerja-kerjakontrak sepanjang 2 tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Drs. Suleiman bin

Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, Pusat Khidmat Kontraktor tidak

menerima sebanyak 473 borang pembaharuan daripada, syarikat-syarikat

bumiputera pada tahun 1987 dan 1988 daripada 12,500 syarikat-

syarikat bumiputera yang berdaftar . Pusat ini memproses semua

permohonan pembaharuan yang diterima sebelum tarikh luput dan

kelulusan Sijil Pendaftaran tidak mengambil kira jika sesebuah

syarikat itu aktif atau tidak.

Pusat Khidmat Kontraktor akan membatalkan Sijil Pendaftaran

jika sesebuah syarikat tidak menghantar Borang Pembaharuan sebelum

tarikh luput. Syarikat-syarikat tidak aktif atau yang dibatalkan

kerana tidak memohon pembaharuan boleh mendapatkan Sijil Pendaftaran

jika mereka membuat permohonan baru dan memenuhi syarat-syarat

pendaftaran Pusat ini.

Page 6: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN .6.12.88 - 5 -

BAHASA BAKU DI RTM

4. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Penerangan menyata-kan apakah usaha yang dijalankan bagi menentukan RTM menggunakansebutan Bahasa BAKU keseluruhannya setanding dengan TV3.

Tuan Yang di-Pertua: Ada Yang Berhormat Menteri untuk

menjawab? Menteri Penerangan, jika tidak ada, saya pergi kepada

soalan yang baru.

LADANG KELAPASAWIT - PEMBUKAAN DI NEGARA ASING

5. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Perusahaan Utamamenjelaskan adakah benar bahawa ada syarikat perladangan Malaysiamembuka ladang-ladang di negara asing untuk mengeluarkan minyakkelapa sawit. Sekiranya benar, mengapa ini belaku dan bukankah inimenjejaskan kedudukan perusahaan minyak kelapa sawit negara.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan

Wilayah [Tuan Adam bin Abdul Kadir]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon

izin menjawab bagi pihak Menteri Perusahaan Utama.

Tuan Yang di-Pertua, adalah sukar untuk menentukan sejuh mana

penglibatan sesebuah syarikat perladangan tempatan melabur di dalam-

pembukaan ladang kelapasawit di negara-negara asing. Ini kerana

tidak ada peraturan yang mewajibkan mereka melaporkan perkara

tersebut kepada mana-mana agensi di bawah Kementerian Perusahaan

Utama. Namun demikian, adalah diketahui bahawa beberapa syarikat

Malaysia ada membuka ladang-ladang kelapasawit di negara-negara

asing.

Kegiatan pembukaan ladang-ladang kelapasawit di luar negeri

oleh syarikat-syarikat tempatan adalah tertakluk kepada dasar dan

strategi pelaburan sesebuah syarikat dengan matlamat-matlamat

tertentu (corporat planning), dengan izin, seperti menjamin bekalan

Page 7: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN .6.12.88 - 6 -

minyak kelapasawit mentah yang mencukupi pada musim pengeluaran

rendah buah tandan segar (FFB) dan juga berasaskan kepada konsep

memperluas serta mempelbagai aktiviti perniagaan.

Pembukaan ladang-ladang kelapasawit negara asing boleh memberi

kesan negatif kepada industri kclapasawit negara ini. Bagaimanapun

ianya juga boleh memberi kebaikan kepada negara dengan cara

meninggikan daya saingan minyak kelapasawit berbanding dengan

minyak-minyak sayuran dan lemak lain di pasaran dunia.

Tuan Yang di-Pertua: Nampaknya Yang Berhormat Timbalan

Menteri Penerangan sudahpun ada di dalam Dewan sekarang. Yang

Berhormat Puan Rokiah binti Zainuddin hendak mengemukakan soalan

No.4 dipersilakan.

BAHASA BAKU DI RTM

4. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Penerangan menyata-kan apakah usaha yang dijalankan bagi menentukan RTM mengunakan,sebutan Bahasa BAKU keseluruhannya setanding dengan TV3.

12 .12 .88

32. Puan Norani binti Haji Beluah minta Menteri Peneranganmenyatakan dalam usaha menggalakkan rakyat di negara ini menggunakanBahasa Baku, bilakah masanya para juruhebah sama ada di TV dan radioakan menggunakan bahasa tersebut, sedangkan di TV3 perlaksanaantelah lama dijalankan.

14.12.88

5. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta MenteriPenerangan menytakan bilakah Bahasa Baku akan dimulakan di RTM.

Page 8: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN .6.12.88 - 7 -

Timbalan Menteri Penerangan [Tuan Railey bin Jaffrey]: Saya

bcrada di Dewan Rakyat, walau bagaimanapun saya sukalah menjawab

sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, dalam menjawab soalan Yang Berhormat

Puan Rokiah binti Zainuddin mengenai Bahasa Baku saya memohon agar

saya dapat juga dibenarkan menjawab pertanyaan-pertanyaan daripada

Ahli-ahli Yang Berhormat seperti berikut:

Pada 12hb Disember, 1988; dan

Pada 14hb Disember, 1988 akan datang ini.

Tuan Yang di-Pertua, mustahaklah diingatkan bahawa ada tiga

aspek mengenai Bahasa Baku itu iaitu:

1. Aspek Ejaan

2. Aspek Istilah

3. Aspek Sebutannya.

Pihak Kementerian telahpun menjalankan dua daripada aspek-aspek

ini, iaitu aspek ejaan dan aspek istilah, Kementerian ini telahpun

melaksanakan aspek-aspek itu dengan sepenuhnya.

Berhubung dengan aspek sebutan harus diingatkan bahawa negara

kita mempunyai berbagai-bagai loghat. Semua loghat-loghat adalah

penting daripada segi mengadakan perhubungan yang berkesan. Oleh

itu penggunaan Bahasa Baku sepenuhnya dalam segala perhubungan

tentulah akan menjejas perhubungan yang berkesan dan sebutan dalam

Bahasa Baku haruslah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat

bermula di peringkat persekolahan.

Pihak Kementerian Penerangan sendiri memang sudah mula meng-

gunakannya, tetapi harus berhati-hati supaya pemahaman masyarakat

Page 9: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DR 6.12.88 - 8 -

tidak terjejas. Penggunaan haruslah berkembang mengikut perkembang-

an penggunaannya dalam masyarakat dan RTM sebagai sebuah stesen

Radio dan Televisyen di peringkat negara haruslah juga terus

menggunakan sebutan bahasa dan loghat tempatan yang penting untuk

menjamin perhubungan yang paling berkesan dengan rakyat jelata dan

keseluruhannya. Namun begitu usaha-usaha terus dijalankan untuk

penggunaan sebutan baku menerusi latihan-latihan yang sesuai sejajar

dengan dasar Kerajaan untuk menggunakannya sebagai sebutan yang

standard.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Puan Ainon mengemuka-

kan soalan tambahan.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambah-

an saya ialah tidakkah Kementerian bercadang hendak memulakan Bahasa

Baku ini di siaran nasional, Radio dan TV RTM melalui pembacaan

Warta Beritanya dahulu kerana TV3 telahpun membuat kesemua siarannya

di dalam Bahasa Baku dan menerima sambutan yang sangat hangat dan

panas di seluruh negara. Bagaimana TV swasta mendahulu Kerajaan

sedangkan kita patut melaksanakan dasar yang kita gubal sendiri.

Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, telahpun saya

kata tadi bahawa RTM bukan tidak akan menggunakan sepenuhnya,

tetapi akan menggunakan sepenuhnya, oleh kerana cara kita ialah cara

perlahan-perlahan dan pada akhirnya akan meliputi semua aspek Bahasa

Baku dengan sebab-sebab yang saya sebutkan tadi, maka kita kena buat

pelaksanaan ini secara berperingkat-peringkat supaya tidak menjejas

aspek-aspek yang saya sebutkan dalam jawapan saya sebentar tadi.

Page 10: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN 6.12.88 - 9 -

Tuan Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Adakah Kerajaan sudah menetapkan target date untuk memulakan sebutan

ini?

Tuan Railey bin Jaffrey: Setahu saya, Tuan Yang di-Pertua,

tidak ada target yang ditetapkan, walaupun Kabinet telah menetapkan

bahawa Bahasa Baku telah diterima. Soal target pada masa ini tidak

ditetapkan bilakah kita akan sampai ke target yang akan menggunakan

sepenuhnya Bahasa Baku. Terima kasih.

Puan Mazidah binti Haji Zakaria: Tuan Yang di-Pertua, pertama-

nya saya mengucapkan tahniah kepada pihak Kementerian Penerangan

kerana sekurang-kurangnya di pihak RTM dua daripada tiga perkara

yang melibatkan Bahasa Baku ini telahpun dilaksanakan, kecuali satu

sahaja lagi.

Mengikut jawapan daripada Yang Berhormat sebentar tadi ini

ialah kerana pihak RTM lebih berhati-hati dan akan melaksanakan

aspek yang ketiga, iaitu dari segi sebutan ini, secara berperingkat-

peringkat, tunggu sekolah dahulu mulakan baru RTM hendak mulakan.

Dan salah satu sebabnya ialah kerana dia tidak mahu menjejaskan dari

segi pemahaman dan sebagainya. Jadi, soalan saya adakah implikasi

daripada jawapan Yang Berhormat ini tadi mengatakan penggunaan

Bahasa Baku di TV3 itu telah menjejaskan fahaman yang mendengarnya?

Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di-pertua, soal jejas atau

tidak terjejas ini terserah kepada masyarakat mengadilinya, tetapi

RTM sebagai stesen Kerajaan perlu berhati-hati di dalam menyalurkan

dasar-dasar Kerajaan yang ada implikasi meluas untuk rakyat, jadi

Page 11: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN 6.12.88 - 10 -

soal implikasi yang disebutkan tadi saya rasa terserah kepada

masyarakat untuk mengadilinya. Tetapi setakat ini pemahaman kami

iaitu Bahasa Baku disalurkan melalui sekolah-sekolah terlebih dahulu

memang merupakan satu perkara yang lebih sistematik, jika dibanding-

kan jika kita start daripada peringkat sekarang. Walaupun pada masa

sekarang ini saya tidak nafikan bahawa seperti saya katakan tadi RTM

menggunakannya dengan cara perlahan-lahan.

Page 12: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 11 -

Tuan G. Rajoo: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan G. Rajoo. Saya benar-

kan satu sahaja lagi untuk soalan tambahan.

Tuan G. Rajoo: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu daripada

Timbalan Menteri Penerangan, adakah apa-apa rancangan kursus

insentif untuk pegawai-pegawai bukan bumiputera yang sedang ber-

khidmat di RTM untuk menggunakan sebutan bahasa baku.

Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, memang kita

sekarang ini umpama bila kita mengambil seorang pemberita baru kita

kena mulakan dengan pengamalan sebutan-sebutan baru iaitu sebutan

baku kerana apabila akhirnya kita akan menjadi baku sepenuhnya

pegawai-pegawai yang baru ini akan biasa dalam sebutan-sebutan baku

ini.

PUSAT BELIA ISLAM ANTARABANGSA

6. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif minta Menteri Belia danSukan menyatakan apakah kemajuan yang telah dicapai dengan penubuhanPusat Belia-belia Islam Antarabangsa yang ditubuhkan di bawahKementerian yang berkenaan. Adakah Kerajaan bercadang mengadakanPusat Latihan Belia-belia Asia di negara ini. Jika ada bilakahKerajaan bercadang melaksanakannya.

Menteri Belia dan Sukan [Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun

Haji Abdul Razak]: Tuan Yang di-Pertua, kemajuan yang telah dicapai

mengenai penubuhan Pusat Belia Islam di bawah Kementerian ini masih

di peringkat awalan. Kemajuannya setakat ini adalah seperti ber-

ikut:-

Page 13: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 12 -

(a) Cadangan Pembinaan Pusat Belia Islam di Janda Baik,Pahang

Penubuhan Pusat ini adalah dijangka dari sumber

kewangan Kerajaan Libya untuk menyumbangkan sebanyak $10

juta. Tapak yang telah dikenalpasti adalah di Janda Baik,

Pahang, dalam mana permohonan tanah telah dimajukan kepada

pihak yang berkenaan. Kerja-karja ukur telah dilaksanakan

dan Kementerian ini masih menunggu sumber kewangan ter-

sebut untuk tindakan selanjutnya.

(b) Cadangan Pembinaan Kem Belia Islam di Port Dickgon,Negeri Sembilan

Kem ini dicadangkan dibina di Pasir Panjang, Negeri

Sembilan di atas tapak seluas 8.09 hektar dengan ikhsan

Kerajaan Negeri Sembilan. Sumber kewangan adalah dari

Kerajaan Arab Saudi yang telah bersetuju memberi sumbangan

untuk membiayai pembinaan kem tersebut. Sumbangan per-

mulaan sebanyak SR100,000 telah disampaikan ke Kementerian

ini dan sebahagiannya telah digunakan untuk menjalankan

kerja-kerja awal, penyediaan pelan tata letak, model dan

pelan bangunan. Kementerian ini masih dalam proses mem-

buat susulan dengan Kerajaan Arab Saudi.

(c) Kerajaan belum bercadang mengadakan Pusat Latihan

Belia Asia di negara ini. Walau bagaimanapun, pihak

Kementerian ada mengelolakan program tahunan peringkat

antarabangsa yang melibatkan pemimpin-pemimpin belia dari

Asia dan Pasifik.

Page 14: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 13 -

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Chan Choong Tak.

Tuan Chan Choong Tak: Tuan Yang di-Pertua, soalan Nombor 7.

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, sebelum soalan ini dijawab, biar

saya membetulkan soalan ini - sepatutnya soalan patut berbunyi:

"minta Menteri Kerjaraya 'adakah' rancangan-rancangan pembinaan...."

LEBUHRAYA BARU - RANCANGAN PEMBINAAN

7. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Kerjaraya adakah rancangan-rancangan pembinaan Lebuhraya dalam:-

(a) Sarawak;

(b) Sabah; dan

(c) Semenanjung Malaysia

dalam tempoh masa lima tahun akan datang.

Timbalan Menteri Kerjaraya [Tuan Luhat Wan]: Tuan Yang di-

Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Semenanjung

Malaysia, selain daripada Lebuhraya Utara/Selatan yang telah

diswastakan dan dikendalikan oleh pihak Syarikat PLUS Berhad, tidak

ada lagi perancangan untuk membina lebuhraya di Semenanjung Malaysia

dalam tempoh masa lima tahun yang akan datang.

Mengenai Sabah dan Sarawak lebuhraya seperti yang dibina di

Semenanjung tidak dibina dan kedua-dua negeri berkenaan akan tetapi

pembinaan jalanraya-jalanraya utama yang sedang dalam peringkat

pelaksanaan akan terus dibina sepertimana yang dirancang dan

diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelima ini.

Page 15: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 14 -

SYARIKAT BUMIPUTERA DIBERI KONTRAK

8. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta MenteriKewangan menyatakan berapakah bilangan syarikat-syarikat Bumiputerayang berjaya diberi kontrak membekal barangan-barangan kepadaKerajaan yang boleh menjadi 'payong' Syarikat Bumiputera yang lain.

Timbalan Menteri Kewangan [Tuan Mohamed Karid bin Ariffin]:

Tuan Yang di-pertua, setakat ini bilangan syarikat-syarikat yang

bertaraf bumiputera yang diberi kontrak untuk membekalkan barang-

barang di bawah Konsep Payong ialah 93 ataupun lebih sedikit dan

jenis-jenis barang yang dibekalkan dan bilangan-bilangannya adalah

seperti berikut:-

Jenis barang Bilangan Syarikat(buah)

1. Perabut pejabat - 512. Kabinet besi ataupun perabut

daripada besi - 4

3. Katil besi - 3

4. Alatulis - 6

5. Kicap - 4

6. Sos cili - 4

7. Sos tomato - 4

8. Kopi campuran - 6

9. Minuman kordial berperisa - 5

10. Jem - 2

11. Serbuk kari dan kurma - 2

Jumlah 93

Dan baru-baru ini dimasukkan sekaya dan telur ayam.

Page 16: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 15 -

Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang

di-Pertua, soalan tambahan, di antara 93 buah syarikat ini yang

manakah yang agak istimewa daripada yang lain?

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya

tidak ada satu syarikat yang istimewa, tetapi ingin saya menyatakan

di sini di bawah Konsep Payong kita telah memilih satu syarikat ibu

yang menjadi Payong kepada anak-anak syarikat dan kita telahpun

meminta supaya Payong ataupun syarikat ibu tadi mendidik anak-anak

syarikat di bawah Payongnya itu untuk dibina supaya mereka pada

satu hari dapat berdiri di atas kaki sendiri. Salah satu syarikat

yang telahpun diberi sifat pemayungnya kepada mereka ialah macam

perabut pejabatnya ialah Guthrie, macam telur ayam ialah NAFAS,

macam sos tomato, sos cili, kicap dan kopi campuran ialah Bank

Pembangunan Malaysia termasuk dengan financingnya sekali.

Oleh kerana itu kita dapati pada peringkat ini tahap pembangun-

an syarikat-syarikat ini bolehlah dikatakan amat memuaskan dan jika

sekiranya kita dapati bahawa ibu syarikat tidak menjalankan tugas

dengan sempurna, maka kita akan menarik balik "Payong" itu daripada

mereka dan memberi "Payong" itu kepada syarikat yang lebih

bertanggungjawab.

Jadi, dari segi soalan yang Yang Berhormat kata istimewa

terpulanglah kepada Yang Berhormat untuk menilaikan apakah jenis

keluaran yang hendak Yang Berhormat keluarkan melalui syarikat-

syarikat itu tetapi boleh dipilih di antara tiga ataupun empat ibu

"Payong" tadi.

Page 17: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 16 -

SKIM KHIDMAT SAMBILAN BAGI SISWAZAH

9. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol minta Perdana Menteri menyatakan:-

(a) berapa ramaikan siswazah yang masih terlibatdengan SKS dan apakah Kerajaan masih mengambilpeserta baru bagi menyertai skim ini;

(b) adakah skim ini akan dilanjutkan;

(c) apakah tindakan dan langkah Kerajaan dalamjangkamasa pendek dan jangkamasa panjang bagimengatasi masalah pengangguran di kalangansiswazah ini; dan

(d ) adakah terdapat siswazah Islam yang telah me-meluk Agama Kristian. Jika ada, nyatakanbilangannya setakat hari ini dan apakahlangkah-langkah untuk mengatasinya.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan

Wilayah [Tuan Adam bin Abdul Kadir]: Tuan Yang di-Pertua, ada empat

bahagian dalam soalan ini, iaitu (a), (b), (c) dan (d), dan saya

akan menjawab satu persatu (a) sampai ( d ) .

(a) Bilangan siswazah yang masih berkhidmat di

bawah program Skim Khidmat Sambilan (SKS)

ialah seramai 2 ,152 orang. Pada masa ini

Kerajaan masih lagi mengambil, peserta baru

untuk berkhidmat di bawah skim ini.

Bagaimanapun, bilangan maksimum peserta yang

boleh diambil untuk berkhidmat di bawah skim

ini bagi satu-satu masa ialah seramai 3,000

orang sahaja.

( b ) Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan

tempoh skim ini selama satu tahun lagi iaitu

sehingga 31hb Disember, 1989.

Page 18: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 17 -

(c) Tindakan dan langkah Kerajaan dalam jangkamasa

pendek dan jangkamasa panjang bagi mengatasi

masalah pengangguran di kalangan siswazah ini

telahpun dimaklumkan di dalam Dewan yang mulia

ini dalam persidangan yang lepas. Oleh itu

langkah yang sedang dijalankan oleh Kerajaan

ialah melaksanakan program-program yang telah

dirancangkan itu.

(d ) Tiada ada siswazah Islam yang memeluk agama

Kristian.

KLINIK SWASTA

10. Puan Hajjah Habidah binti Jusoh minta Menteri Kesihatan:-

(a) adakah terdapat klinik-klinik swasta yangdoktornya bukan berkelulusan doktor yang dapatdikesan setakat ini; dan

(b) dalam bidang perubatan, apakah kelulusan danpengalaman yang membolehkan seseorang dapatmembuka kliniknya sendiri.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Dr. Ting Chew Peh]:

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Bagi tempoh tahun 1980-1988 Kerajaan telah mengesan se-

banyak 45 buah klinik yang dikendalikan atau dibantu oleh

orang-orang yang tidak mempunyai kelayakan yang diiktiraf

untuk menjalankan amalan perubatan. Dari bilangan ter-

sebut, sebanyak 14 kes telah dirujuk kepada Maj l i s

Perubatan Malaysia, Kes-kes ini adalah kes-kes di mana

pengamal perubatan yang berdaftar didapati mempunyai

'association' ataupun perkongsian dengan doktor-doktor

Page 19: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 18 -

yang tidak berdaftar atau dengan orang-orang yang tidak

berkelayakan untuk menjalankan amalan perubatan. Setakat

ini tindakan telah diambil ke atas 2 orang doktor yang

terlibat di dalam kes tersebut dan yang lain masih dalam

penyiasatan, Baki 31 kes yang lain telah dilaporkan

kepada pihak polis kerana kesalahan di bawah Ordinan Racun

1952, Seksyen 10A.

(b) Seseorang yang ingin menjalankan amalan perubatan di

klinik persendirian hendaklah berdaftar penuh di bawah

Akta Perubatan 1971 dan mempunyai Perakuan Amalan Tahunan

yang sah. Beliau hendaklah juga menyempurnakan khidmat

waj ib dalam perkhidmatan awam bagi tempoh yang telah di-

tetapkan.

Page 20: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 19 -

Tuan G. Rajoo: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu daripada

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, bolehkah

Kementerian Kesihatan akan menimbang untuk memberi kebenaran kepada

Pembantu Hospital Kerajaan yang telah bersara untuk membuka klinik

atau dispensari swasta?

Dr. Ting Chew Peh: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita ada

satu Akta iaitu Akta Hospital Persendirian 1971. Sesiapa yang

memenuhi syarat-syarat yang di te tapkan dalam Akta itu, boleh membuka

klinik swasta.

TUMPAHAN MINYAK - PENCEMARAN

11. Tuan Foo Boon Liang minta Menteri Pertanian menyatakanberikutan keladak dan sisa minyak yang melanda pantai dan perairanTeluk Ramunia dan Sungai Rengit dekat Pengerang ( Johor ) , yangdikatakan mengancam pendapatan nelayan kecil di kawasan itu,adakah:-

(a) Kementeriaanya membuat satu kajian yangmenyeluruh supaya masalah-masalah nelayantempatan dikenalpasti dan satu garispanduan yangsempurna dirancang untuk mengatasimasalah-masalah itu supaya pendapatan nelayantempatan dapat meningkat;

(b) Kementeriannya mengenalpasti kawasan-kawasanyang lain yang mengalami masalah yang sama; dan

(c) Kementeriannya menggariskan satu langkahjangkamasa pendek/panjang agar nelayan-nelayantempatan dapat menghasilkan bekalan ikan yangmencukupi untuk menampung keperluan rakyat kita.

Page 21: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 20 -

Timbalan Menteri Pertanian [Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed]: Tuan

Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan;

(a) pencemaran dan tumpahan minyak di laut adalah

dalam bidangkuasa Jabatan Alam Sekitar,

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Kementerian Pertanian melalui Jabatan Perikanan

apabila menerima aduan dari nelayan akan membuat

pengesahan tentang kejadian dan memaklumkan

kapada Jabatan Alam Sekitar untuk t indakan

selanjutnya.

(b) satu tumpahan minyak telah berlaku di perairan

Teluk Rumania dan Sungai Rengit pada 9 .7 .1987 .

Seramai 310 orang nelayan pantai telah

mengemukakan tuntutan, gantirugi yang ber jumlah

sebanyak $135,000.00 Tuntutan ini sedang diurus

oleh Jabatan Alam Sekitar dan kes ini akan

dibicara di Singapura kerana kejadiannya berlaku

di perairan Singapura dan tuntutan-tuntutan

dibuat juga oleh mereka yang terlibat di

Singapura. Perairan Selat Melaka dan Selat

Johor merupakan kawasan laluan kapal yang

sibuk. Kejadian tumpahan minyak adalah perkara

yang di luar jangka kerana tumpahan ini mungkin

diakibatkan oleh perlanggaran kapal dan kecuaian

semasa pembersihan tangki-tangki minyak di

kapal. Berdasarkan pengalaman yang lepas, kadar

Page 22: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 21 -

tumpahan minyak adalah tidak membimbangkan

terutama di segi kehidupan nelayan kerana kes

seperti ini jarang berlaku.

(c) bagi menampung keperluan ikan negara, tiga

langkah diambilkan oleh Kerajaan:-

(i) menggalakkan penangkapan ikan di laut

dalam;

(ii) membaikpulih keadaan sumber perikanan di

perairan pantai dengan membina tukun-tukun

tiruan dan menghalang pencerobohan pukat

tunda di parairan pantai;

(iii) mempertingkatkan aktiviti ternakan seperti

ternakan dalam sangkar dan kolam.

PERSEFAHAMAN RAKYAT KOREA SELATAN-MALAYSIA

12. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri LuarNegeri menyatakan selain dari hubungan kebudayaan, apakah matlamatlain bagi meningkatkan persefahaman antara rakyat Korea Selatandengan rakyat Malaysia, seperti yang dipersetujukan menubuh sebuahsuruhanjaya bersama peringkat Menteri Luar sempena lawatan PresidenKorea Selatan ke Malaysia baru-baru ini.

Menteri Luar Negeri [Dato' Abu Hassan bin Haji Omar]: Tuan Yang

di-Pertua, pelbagai usaha telah dijalankan dalam meningkatkan

persefahaman antara rakyat Korea Selatan dengan rakyat Malaysia. Di

antara usaha-usaha yang sedang dijalankan ialah memperluaskan

Page 23: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 22 -

lagi hubungan perdagangan dua hala, meningkatkan kerjasama dalam

bidang sains dan teknologi serta menggalakkan lebih ramai rakyat

Republik Korea melawat Malaysia.

Di bawah Program Dasar Pandang ke Timur, seramai 100 orang dari

Malaysia juga dikehendaki melawat Korea tiap-tiap tahun untuk

menghadiri beberapa kursus dan program latihan. Usaha-usaha juga

sedang dibuat untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mencapai

kemahiran dalam Bahasa Korea.

Kerjasama dalam bidang pelancongan juga sedang dipert ingkatkan

untuk mempereratkan persefahaman di antara rakyat kita dengan rakyat

Korea.

PUSAT LATIHAN DAN PENYELIDIKAN PENYAKIT TERNAKAN AYAM-ITIK ASEAN

13. Tuan Haji Hamid Araby bin Haji Mohd. Salleh: minta Menter iPertanian menyatakan sama ada sumbangan wang sebanyak 873 ju ta Yenyang dijanji oleh Kerajaan Jepun kepada Pusat Latihan danPenyelidikan Penyakit Ternakan. Ayam-Itik ASEAN, di Ipoh, sudahditepati atau tidak, jika sudah ditepati atau tidak, jika sudahditepati, apakah kejayaan yang dicapai oleh pusat tersebut setakatini.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Pertua, sumbangan

Kerajaan Jepun kepada projek Pusat Latihan dan Penyelidikan Penyakit

Ayam ASEAN di Ipoh atau dengan izin, 'ASEAN Poultry Disease Research

and Training Centre (APDRTC) ' sudah ditepati. Kerja-kerja pembinaan

Pusat ini telah dimulakan pada bulan Januari 1987 dan telah siap

serta diserahkan kepada Kerajaan Malaysia pada 18hb Julai, 1988.

Page 24: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 23 -

Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan Kompleks Pusat ini di-

biayai sepenuhnya menerusi pemberian geran Kerajaan Jepun dan di-

bahagi kepada dua peringkat pembinaan. Fasa pertama terdiri dari

binaan bangunan pentadbiran, bangunan penyelidikan dan latihan, dan

sebuah asrama antarabangsa. la juga meliputi pemasangan alat ke-

lengkapan yang sofistikated seperti mikroskop elektron. Fasa kedua

pula terdiri daripada pembinaan dan pemasangan kemudahan penyelidi-

kan seperti Unit Bebas Patogen, dengan izin, 'Specific Pathogen Free

Poultry Uni t , rumah eksperimen ayam dan unit memproses makanan ayam.

Kos bagi fasa pertama ialah sebanyak 873 juta Yen dan kos fasa

ke dua pula ialah sebanyak 412 juta Yen. Jumlah kos keseluruhannya

pembinaan projek tersebut ialah 1,285 ju ta Yen (lebih kurang 26.65

ju ta ringgit).

Dengan ter tubuhnya Pusat ini maka negara-negara ASEAN sekarang

sudah mempunyai sebuah makmal rujukan yang lengkap dan khusus bagi

mengkaji dan menyelidik penemuan-penemuan baru berkenaan penyakit

ayam, yang sebelum ini tidak dapat dijalankan dengan memuasnya di-

sebabkan oleh kekurangan peralatan moden dan kepakaran. Pusat ini

dijangka akan memainkan peranan penting di dalam peningkatan penye-

lidikan dan perkembangan teknologi, serta akan dapat memberi

kemudahan latihan dan penyebaran maklumat sainstifik di rantau ini.

Kejayaan yang dicapai setakat ini meliputi perlaksanaan tiga

kursus dan seminar di peringkat ASEAN serta beberapa penemuan baru

berhubung dengan penyakit ayam di negara ini. Selain dari itu, se-

ramai 8 orang pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah dilatih di

Page 25: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 24 -

negara Jepun berkaitan dengan projek ini. Di samping itu, seramai

16 orang pakar jangka panjang dan jangka pendek Jepun telah dan

sedang bertugas di Pusat ini bagi menjalankan pengajian dan

pemindahan teknologi kepada para pegawai tempatan.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin

mengucap syabas kepada Kementerian berkenaan dan tahniah di atas

kejayaannya yang disebutkan tadi. Dalam pada itu, saya ingin

bertanya di Amerika Syarikat baru-baru ini telah mengeluarkan

kenyataan bahawa ayam-ayam mereka sudah dijangkiti oleh sejenis

kuman yang beracun dan telur-telur ayam tidak lagi boleh dimakan

oleh manusia kerana banyak kuman yang boleh menyebabkan

penyakit-penyakit ber jangkit . Apakah ini ada terdapat dalam

penyelidikan di tempat moden kita ini.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Per tua, sekejap tadi

saya nyatakan dalam jawapan saya bahawa pada masa ini kita mempunyai

satu unit khusus bernama 'Specific Pathogen Free Poultry Unic ' .

Dari unit ini dijadikan satu tempat pengkajian penyelidikan kita

berhubung dengan penyakit-penyakit ayam, khususnya berhubung dengan

vaccine yang kita akan perolehi daripada telur, dan telur ini kita

import, yakni telur yang bergelar sebagai telur SPF, maknanya telur

yang bersih, yang bebas daripada penyakit. Telur ini dibenarkan

menetas di situ dan setelah menetas, anaknya dibenar membesar di

situ dan kemudian berlakulah mating dalam bahasa Inggeris dan

selepas itu mengeluarkan telur, telur itu merupakan telur SPF juga

di negara kita ini dan telur itulah digunakan untuk mencari vaccine

bagi menjadi satu ubat untuk mengatasi penyakit-penyakit ayam.

Page 26: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 25 -

Yang keduanya, pada hari ini sukalah saya mengatakan setakat

kita mngendalikan penyelidikan dan kursus-kursus tertentu kita

berjaya mengasingkan kuman virus yang menyebabkan penyakit

' infect ious Versail disease' di Amerika ataupun yang disebutkan oleh

Ahli Yang Berhormat barangkali "Gomboro disease" di Malaysia ini dan

kita juga telah berjaya buat pertama kalinya mengasingkan kuman

bakteria bernama "hammorfolies avium" di Malaysia kita ini dan kita

juga berjaya memperkenalkan satu kaedah kajian penyakit yang baru

dinamakan Aliza Test bagi penyakit-penyakit sampar ayam, penyakit

sampar ayam itu ialah penyakit New Castle Disease yang mana apakala

menyerang maka banyaklah ayam-ayam kita yang terlibat. Jadi,

nampaknya dengan adanya pusat macam ini kita telah dapat melaksana-

kan kajian-kajian yang boleh menguntungkan negara kita dan juga

negara-negara ASEAN yang lain.

KEMALANGAN DAN KECEMASAN - PERKHIDMATAN

14. Tuan P. Balaram minta Menteri Kesihatan menyatakan bahawatragedi pelantar feri runtuh di Pengkalan Sultan Abdul Halim diButterworth menyedarkan Kementerian Kesihatan tentang perlunyakemudahan-kemudahan hospital diperluaskan lagi di negara kita.Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan untukmenghadapi sesuatu keadaan tertentu seperti ini pada masa-masa akandatang.

Dr. Ting Chew Peh: Tuan Yang di-Pertua, semua hospital di

Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan kemalangan dan

kecemasan 24 jam.

Kementerian Kesihatan juga sentiasa memastikan semua hospital

mempunyai kakitangan yang terlatih dan cekap serta peralatan yang

mencukupi.

Page 27: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 26 -

Di antara langkah-langkah yang diambil oleh Kementarian

Kesihatan ialah:

(1) Kebanyakan hospital telahpun menyediakan rancangan

tindakan masing-masing dalam menghadapi sesuatu

keadaan yang tertentu. Walau bagaimanapun, untuk

mempertingkatkan lagi keupayaan dan kaberkesanan

perkhidmatan yang diberikan, Kementerian ini telah

mengarahkan semua hospital untuk menyediakan rancangan

bencana alam di perkhidmatan kemalangan dan kecemasan.

Satu garis panduan 'disaster planning in accidene and

emergency services' telahpun diedarkan ke semua

hospital. Pihak hospital dikehendaki mengadakan

rancangan bencana alam tersebut berpandukan garis-

panduan ini;

(2) Kakitangan hospital terutama, yang bertugas di jabatan

kemalangan dan kecemasan sentiasa diberi latihan yang

secukupnya supaya mereka bersedia dan dapat mengurus

mangsa-mangsa tragedi dengan lebih cekap dan berkesan.

BAHASA KEBANGSAAN - PENGGUNAAN

15. Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim minta Menteri Pendidikanmenyatakan sejauh manakah penggunaan Bahasa Kebangsaan digunakandalam persidangan-persidangan oleh rakyat negara ini sendiri, iaitusesudah Kempen Bahasa Kebangsaan.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dr. Leo Michael Toyad]: Tuan Yang

di-Pertua, untuk makluman Ahl i Yang Berhormat, dalam persidangan

peringkat kebangsaan, Bahasa Malaysia digunakan secara meluas baik

dalam upacara perasmian mahupun dalam masa persidangan dijalankan.

Di dalam persidangan peringkat antarabangsa, bahasa Inggeris

digunakan secara meluas pada semua peringkat iaitu dari upacara

Page 28: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 27 -

perasmian hinggalah s e m a s a persidangan dijalankan. Namun demikian,

ada beberapa persidangan yang dianjurkan oleh pihak swasta dan

badan sukarela yang tidak mengutamakan penggunaan Bahasa Malaysia

sebagai Bahasa Kebangsaan di negara ini, baik dalam upacara perasmi-

an mahupun dalam masa persidangan dijalankan. Oleh itu kita

berharap pihak-pihak yang terlibat dalam sektor ini hendaklah meng-

ubah sikap dengan memberikan keutamaan pada penggunaan bahasa

Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan negara ini dalam persidangan-

persidangan yang diadakan di dalam negara ini. Semua persidangan

wajib menggunakan Bahasa Malaysia dalam upacara perasmian persidang-

an.

PERKEMBANGAN EKONOMI KE ARAH NEGARA PERINDUSTRIAN

16. Tuan Haji Jaafar bin Haron minta Menteri Perdagangan danPerindustrian menyatakan sejauh manakah perancangan dan usaha-usahaKerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai 'negara perindustrian'.Apakah bahan-bahan ekonomi dan perkembangan-perkembangan laintermasuk dalam matlamat tersebut. Sehubungan dengannya berapabanyak peluang-peluang pekerja bagi rakyat negara ini dan bagaimanapula pulangan hasilnya kepada negara.

Tuan M.G. Pandithan: Tuan yang di-Pertua, Kerajaan sememangnya

bermatlamat untuk membangunkan sektor pembuatan negara dan menjadi-

kannya sebagai tunggak serta aktiviti ekonomi utama negara bertujuan

untuk mengelakkan daripada terlalu bergantung kapada sektor pertani-

an. Langkah ini adalah diambil oleh negara-negara lebih maju di

dalam proses perkembangan negara-negara tersebut. Dengan langkah

ini, adalah diharapkan negara dapat dimajukan ke tahap sebagai

sebuah negara perindustrian menjelang akhir abad ini.

Page 29: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 28 -

Untuk mencapai matlamat tersebut, dua bentuk perancangan telah

digubal, satu melalui Rancangan Malaysia Kelima (1986 - 1990) yang

bertujuan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan-

nya dan kedua menerusi Pelan Induk Perindustrian yang khusus

menumpukan usaha ke arah meningkatkan pertumbuhan sektor perindus-

trian dalam bidang-bidang tertentu berasaskan sumber-sumber asli

negara.

Kedua-dua perancangan ini, antara lain, mementingkan pembangun-

an di sektor pembuatan sebagai engine of growth, dengan izin, kepada

pembangunan ekonomi negara dengan memberi tekanan kepada pengwujudan

peluang-peluang pekerjaan serta peningkatan eksport.

Di antara usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan untuk

meningkatkan pelaburan di bidang pembuatan ialah seperti:

(1) menyediakan galakan-galakan cukai yang berpatutan di

bawah Akta Penggalakan Pelaburan, 1986 dan Akta Cukai

Pendapatan, 1967;

(2) memberi perlindungan tarif dan pengecualian duti

import di bawah Akta Kastam 1987;

(3) pembentukan puat-pusat penyelarasan pelaburan bagi

menyegerakan proses kelulusan pelaburan;

(4) menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur dengan

kadar kos yang berpatutan;

(5) melonggarkan syarat-syarat pegangan ekuiti asing untuk

projek-projek berasaskan eksport;

(6) melonggarkan syarat bagi pelabur-pelabur asing bekerja

di sini serta beberapa langkah lain seperti mengadakan

misi-misi pelaburan untuk menarik pelaburan batu dari

luar negeri;

Page 30: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 29 -

Selain dari itu Kerajaan juga sedang giat berusaha untuk

memajukan pelaburan di peringkat industri kecil dan sederhana.

lanya bermatlamat supaya kumpulan industri ini dapat menyumbang

secara memberi sokongan dan menyediakan rangkaian untuk industri

besar terus berkembang serta mewujudkan induatri besar baru.

Langkah-langkah ini akan memperluas dan menguatkan lagi asas

pembangunan industri negara.

Untuk menggiatkan lagi perkembangan industri negara Kerajaan

juga akan menumpukan perhatian terhadap keupayaan teknologi tempatan

untuk menyokong pembangunan industri negara. Sagi tujuan ini

Kerajaan telah berusaha suntuk meningkatkan tahap dan aktiviti

penyelidikan dan pembangunan (Research and Development) melalui

penyediaan peruntukan sejumlah $400 juta bagi RML untuk institusi-

institusi R&D negara.

Selain dari itu galakan cukai melalui potongan berganda kepada

perkiraan cukai ke atas perbelanjaan R&D oleh syarikat-syarikat

pembuatan diperuntukkan. Melalui usaha-usaha ini pembangunan

teknologi tempatan akan dapat ditingkatkan dan berkembang selaras

dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia suatu negara perindustri-

an.

Dari segi peluang pekerjaan, berdasarkan Pelan Induk Perindus-

trian (PIP) sejumlah 305,618 dan 399,813 peluang pekerjaan dijangka

akan diwujudkan dalam tempoh 1985 - 1990 dan 1991 - 1995 masing-

masing. Bagi tempoh 1986 hingga September, 1988 projek-projek yang

diluluskan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 dijangka

dapat mewujudkan sebanyak 200,281 peluang pekerjaan. Ini adalah

memuaskan apabila dibandingkan dengan sasaran PIP sebanyak 152,808

peluang pekerjaan bagi tempoh yang sama.

Page 31: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 30 -

Dengan perkembangan-perkembangan tersebut, pihak Kerajaan.

meramalkan sektor pembuatan, akan menyumbang hampir 24.2% kepada

Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara dalam tahun 1988, dan akan

merupakan sektor ekonomi yang terbesar yang menyumbang kepada KDNK.

Sumbangan ini dijangka meningkat dan menjadi 25.1% di tahun 1989

iaitu peningkatan nilai tahunan pada kadar 10.5%.

Jika dit injau dari segi pulangan hasilnya kepada negara, ianya

amatlah luas sekali. Hasil yang ketara akibat dari peningkatan

pelaburan baru di bidang pembuatan untuk eksport adalah peningkatan

kepada jumlah eksport dan peluang pekerjaan. Akibat dari

peningkatan tahap pemprosesan kepada keluaran-keluaran bahan mentah

dan komoditi negara, keluaran-keluaran tersebut yang dieksport, akan

menikmati tambahan nilai dan menguntungkan dari segi pertukaran wang

asing negara.

Pada keseluruhannya melalui aktiviti-aktiviti tersebut,

Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) akan meningkat dan menyumbang

kepada peningkatan pe r sembahan prestasi ekonomi negara.

Dengan pertambahan-pertambahan prestasi ekonomi serta

peningkatan usaha-usaha Kerajaan untuk menarik pelaburan baru di

dalam sektor pembuatan, lambat-laun matlamat Kerajaan untuk

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian itu akan

dapat dicapai. Seluruh rakyat diharap akan menikmati kemajuan dan

pembangunan ekonomi tersebut.

Page 32: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 -31-

INSTITUT TEKNOLOGI NEGERI - PENGIKTIRAFAN DIPLOMA/SIJIL

17. Tuah K. Sivalingam minta Perdana Menteri memberi penjelasanmemandangkan negara kita menuju ke arah perindustrian dan jugakerajaan mula memberi keutamaan kepada para pekerja teknikal, adakahkerajaan bercadang untuk mengiktiraf segala Sijil dan Diploma yangdikeluarkan oleh institusi latihan teknikal seperti InstitiutTeknologi Negeri MIC.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan

Wilayah [Tuan Adam bin Abdul Kadir]: Tuan Yang di-Pertua, soal

negara kita bertambah maju dalam perindustrian dan soal

pengiktirafan Diploma dan Sijil adalah dua soal yang berlainan.

Bagaimanapun, pengiktirafan Diploma dan Sijil tidaklah dibuat

secara automatik tetapi dibuat setelah dikaji dan dipandang sesuai

bagi keperluan perkhidmatan awam oleh Jawatankuasa Tetap Penilaian

dan Pengiktirafan Kelayakan.

TRAGEDI MAKANAN BERACUN - PENYIASATAN

18. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Kesihatan menyatakan:-

(a) mengapakah laporan penyiasatan kes makanan beracun yangdijalankan oleh pakar-pakar perubatan masih belum diumumkansehingga kini;

( b ) adakah sesiapa akan didakwa sekiranya mereka didapatibersalah; dan

(c) berapakah jumlah perbelanjaan telah dikeluarkan untukmendapatkan perkhidmatan pakar-pakar perubatan dari luarnegeri demi menjalankan penyiasatan kes makanan beracunini,

Dr. Ting Chew Peh: Tuan Yang di-Pertua,

(i) Laporan penyiasatan kes keracunan makanan yang dijalankan

oleh pakar-pakar dari Singapura telahpun diumumkan, dan

laporan ini mengesahkan hasil-hasil siasatan oleh Pasukan

Petugas Menyiasat Keracunan di Perak. Sementara itu

laporan rasmi dari pakar-pakar yang diundang dari Amerika

Syarikat masih belum diterima.

Page 33: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 32 -

(ii) Kementerian Kesihatan akan mendakwa sesiapa sahaja yang

didapati melanggar peruntukan-peruntukan Akta Makanan

1983 serta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

(iii) Perbelanjaan sejumlah $3,725 telah dikeluarkan untuk

mendapatkan pakar-pakar perubatan dari Singapura untuk

menjalankan penyiasatan ke atas kes keracunan makanan

itu. Sementara itu perbelanjaan untuk dua orang pakar

dari Amerika Syarikat telah dibiayai oleh Pertubuhan

Kesihatan Sedunia sendiri.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dr Ng Khek Kiung.

Dr. Ng Khek Kiung: Tuan Yang di-Pertua, soalan saya No.19.

Tuan Yang di-Pertua: No.19 Yang Berhormat Menteri Kebudayaan

dan Pelancongan hendak menjawab?

[Jawapan No.19 Menteri Kebudayaan dan Pelancongan tidak

hadir]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Ibrahim bin Haji

Ujang.

Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua,

dengan izin, soalan No. 20.

KWSP - MENGELUARKAN SIMPANAN

20. Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah [ dibawah S. 0.23(2)] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa lama tempoh masayang perlu diambil bagi seseorang pencarum KWSP untuk mengeluarkanwang simpanannya;-

(b) bagi mereka yang berumur 50 tahun;

(b) bagi mereka yang telah bersara.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, untuk

makluman Ahli Yang Berhormat, lazimnya tempoh masa bagi seseorang

pencarum dapat mengeluarkan wang simpananaya apabila sampai umur 50

Page 34: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 33 -

tahun pada hari permohonan dibuat atau telah bersara pada umur 55

tahun pada hari permohonan itu dibuat, jika sekiranya semua

butir-butir yang dipohon itu betul dan tidak ada sebarang maklumat

tambahan yang diperlukan, masa yang diperlukan untuk mengeluarkan

wang tersebut adalah di antara 4 hingga 5 minggu.

CUTI MINGGUAN - MENSERAGAMKAN

21. Puan Norani binti Haji Beluah minta Perdana Menterimenyatakan tidakkah pihak Kerajaan bercadang untuk menseragamkancuti hujung minggu di negara ini daripada hari Sabtu dan Ahad kepadahari Jumaat dan Sabtu sesuai dengan kedudukan Islam Agama RasmiNegara.

Tuan Adam bin Abdul Kadir: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan

sememangnya bercadang untuk menyeragamkan cuti mingguan bagi seluruh

negara. Tetapi cadangan ini tidak dapat dilaksanakan pada masa ini

oleh kerana tidak ada persetujuan dari beberapa pihak yang terlibat

untuk mencapai maksud tersebut.

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, menurut Perkara

74 Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri adalah

mempunyai hak untuk menentukan hari kelepasan masing-masing,

Sehubungan dengan ini, Kerajaan terpaksa mengkaji dengan teliti

mengenai hari-hari yang sesuai bagi cuti mingguan yang boleh

dipersetujui oleh semua Kerajaan Negeri dan juga implikasi ekonomi

dan perdagangan antarabangsa sekiranya hari Jumaat dan Sabtu

dijadikan hari kelepasan umum.

Page 35: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 34 -

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Mohd Noor bin Bedah.

Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang

di-Pertua, dengan izin, soalan No. 22.

KWSP - PENCARUM ISLAM

22. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh (di bawah S.023(2)) minta Menteri Kewangan menyatakan mengenai usaha-usaha yangtelah dijalankan bagi mengasingkan caruman pencarum Islam dalam KWSPbagi membolehkan pihak pengurusan KWSP dapat mengeluar zakat wangsimpanan pencarum-pencarum orang Is lam, seperti yang diamalkan olehLembaga Urusan dan Tabung Haji dan Bank Islam.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, untuk

makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini Kumpulan wang Simpanan

Pekerja (KWSP) belum ada rancangan untuk mengasingkan caruman oleh

pencarum-pencarum beragama Islam bagi tujuan membayar zakat ke atas

wang simpanan mereka. Walau bagaimanapun, cadangan Ahli Yang

Berhormat akan dikaji sewajarnya oleh Kementerian Kewangan.

Page 36: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 35 -

IJAZAH/DIPLOMA - PENGIKTIRAFAN

23. Dr Tan Chong Keng minta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) prosedur yang dijalankan untuk mempertimbangkan permohonanpengiktirafan ijazah atau diploma sesuatu institusi dalamnegeri atau luar negeri; dan

(b) sebaliknya, negara-negara asing yang manakah telahmengiktiraf ijazah-ijazah dan diploma universiti-universitiatau institusi tempatan.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dr. Leo Michael Toyad]: Tuan Yang

di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Penilaian kelayakan-kelayakan akademik dan profesional

dalam berbagai bidang, sama ada dikeluarkan oleh

institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar

negeri untuk tujuan lantikan dalam Perkhidmatan Awam adalah

dijalankan oleh Jawatankuasa Tetap Penilaian dan

Pengiktirafan Kelayakan yang dipengerusikan oleh Yang

Berhormat Menteri Pendidikan. Jawatankuasa ini dibantu

oleh 4 buah Jawatankuasa Kecil Teknikal tertentu yang

bertanggungjawab membuat penilaian dan seterusnya

memperakukan untuk pertimbangan Jawatankuasa Tetap

Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan.

(b ) Setakat ini negara kita tidak memerlukan pengiktirafan

ijazah universiti/institusi tempatan dari negara-negara

luar kerana pelajar-pelajar kita dilatih hanya untuk

memenuhi keperluan dalam negara sahaja.

Page 37: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 36 -

Dr Tan Chong Keng: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya

ingin meminta Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan sudah

berapa lamakah permohonan kelulusan pengiktirafan Diplpma-diploma

dan Sijil-sijil daripada Kolej Tunku Abdul Rahman sudah diterima

oleh Jawatankuasa yang tertentu dan apakah tahap kemajuan permohonan

pengiktirafan yang sedang dijalankan itu.

Dr. Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, saya telah

menjawab soalan ini secara cepat dalam Dewan yang mulia ini dan saya

ingin menjelaskan di sini lagi bahawa permohonan ini sedang dibuka

semula dan di dalam peringkat pertimbangan serta masih dalam kajian.

Page 38: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 37 -

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana

Timbalan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan sudahpun ada, saya

berbalik kepada soalan 19. Saya persilakan Dr. Ng. Khek Kiung

untuk mengemukakan soalan.

TAHUN MELAWAT MALAYSIA 1990

19. Dr. Ng. Khek Kiung minta Menteri Kebudayaan dan Pelanconganmenyatakan:

(a) apakah program-program pelancongan yang telah dirancangkandalam projek melawat Malaysia 1990 bagi setiap negeridi sepanjang tahun 1990; dan

(b) apakah peruntukan bagi setiap negeri dalam projek ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan

[Tuan Abdul Raman bin Suliman]: Tuan Yang di-Pertua, beberapa acara

telah dikenalpasti untuk dianjurkan sempena Tahun Melawat Malaysia

1990, yang mengandungi perayaan-perayaan kegiatan-kegiatan kesenian,

kebudayaan, pertandingan-pertandingan sukan dan pameran- pameran.

Acara-acara tersebut akan dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan,

Kerajaan-kerajaan Negeri dan juga pihak swasta.

Bagi menjawab soalan kedua, perbincangan sedang diadakan dengan

Kerajaan-kerajaan Negeri bagi menentukan jumlah peruntukan yang

diperlukan bagi menganjurkan acara-acara di peringkat negeri.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Hassan bin Harun.

Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah: Tuan Yang, dengan izin

soalan No.24.

PROJEK HICOM - KEMAJUAN

24. Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah (di bawah S.O 23(2))minta Perdana Menteri menyatakan dengan sejelas- jelasnya tentangkedudukan dan kemajuan projek-projek HICOM seperti kereta nasional(Proton Saga), perusahaan besi waja (Perwaja) dan kilang-kilangsimen dari segi pengurusan, kewangan, pengeluaran dan pemasaranserta pasarannya masing-masing sekarang serta prospeknya.

Page 39: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 38 -

Tuan Adam bin Abdul Kadir: Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini

HICOM telah berjaya menubuhkan 12 buah syarikat, 6 buah daripadanya

sebagai anak syarikat dan selainnya sebagai syarikat bersekutu.

Dari jumlah ini, 6 buah syarikat telah memperolehi keuntungan,

manakala 6 syarikat lagi mengalami kerugian.

Secara khususnya prestasi anak-anak syarikat utama adalah

seperti berikut:

Perusahaan Otomobil National Sdn. Bhd. (Proton) telah

mengeluarkan sebanyak 93,345 unit Proton Saga sehingga bulan

Oktober, 1988. Sebanyak 88,442 unit telah dijual di pasaran

dalam negeri, dan sebanyak 1,329 unit lagi telah dieksport ke

luar negeri. Dari segi kawangan, sehingga 31hb Mac, 1988,

Proton telah mengalami kerugian terkumpul sebanyak $169.2

juta. Untuk meningkatkan prestasinya, Proton menguatkan

keupayaan pengurusannya di peringkat atasan dengan pengambilan

tiga orang pegawai kanan daripada Mitsubishi Motors Corporation

(MMC) dan Mitsubishi Corporation of Japan (MC) yang masing-

masing menjawat jawatan Pengarah Urusan, Pengurus Besar

Korporat (Perancangan Korporat) dan Pengurus Besar Korporat

(Perniagaan).

Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. (Perwaja) telah berjaya

mengeluarkan sebanyak 352,601 metrik tan billet sehingga bulan

September, 1988. Dari jumlah ini sebanyak 196,723 metrik tan

telah dipasarkan di pasaran tempatan, manakala 99,672 metrik

tan telah dieksport keluar negeri. Sehingga 31hb Mac, 1988,

Perwaja telah mengalami kerugian terkumpul sebanyak $557.8

juta. Dari segi pengurusan, Perwaja telah melantik Yang

Page 40: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6 .12 .88 - 39 -

Berbahagia Dato' Eric Chia sebagai Pengarah Urusan yang telah

diberi tugas untuk meningkatkan prestasi syarikat.

Kedah Cement Sdn. Bhd. (KCSB) telah mengeluarkan dua jenis

keluaran iaitu 'cl inker ' dan simen. Sehingga bulan Mac, 1988

Kedah Cement telah mengeluarkan 3,593,862 metrik tan clinker

dan 2,143,181 metrik tan simen. Sebanyak 1,985,400 metrik tan

simen telah dipasarkan dalam pasaran dalam negeri dan 143,946

metrik tan keluar negeri. Bagi clinker pula, 735 ,740 metrik

tan telah dipasarkan di dalam negeri, sementara 604,369 metrik

tan lagi dihantar keluar negeri. Sehingga 31hb Mac, 1988 Kedah

Simen telah mengalami kerugian terkumpul sebanyak $217.6 juta.

Untuk makluman Yang Berhormat, ketiga-tiga syarikat di atas

terlibat dalam melaksanakan projek industri berat yang memerlukan

tempoh kematangan yang lama ataupun, dengan izin, t o n g gestation

period) untuk mendapatkan pulangan dari pelaburannya.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga syarikat di atas mempunyai

prospek yang cerah di tahun-tahun akan datang memandangkan keadaan

ekonomi yang bertambah baik yang seterusnya dijangka akan meningkat-

kan permintaan untuk keluaran-keluaran syarikat ini.

Di samping itu, usaha-usaha juga sedang dijalankan untuk

meningkatkan penjualan keluaran-keluaran syarikat di luar negeri.

Bagi Proton prospeknya adalah lebih baik di tahun-tahun akan datang

jika sekiranya Proton Saga dapat menembusi pasaran di United Kingdom

dan di Amerika Syarikat sebagaimana yang giat dirancangkan sekarang.

Page 41: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 40 -

Bagi Perwaja pula, prestasinya juga dijangka meningkat dengan

usaha untuk memperbaiki kecekapan pengurusannya dan menyusun semula

hutang-hutang syarikat ini. Sementara itu prestasi Kedah Simen

dijangka dapat dipulihkan dengan usaha-usaha yang wajar iaitu

berkaitan dengan pengeluarannya dengan syarikat-syarikat simen yang

lain.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, syukur

alhamdulillah, 24 pertanyaan-pertanyaan telah dapat dijawab pada

hari ini. Masa untuk Pertanyaan-pcrtanyaan bagi Jawab Mulut sudah-

pun cukup.

[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan

Jawapan bagi Pertanyaan No.25 hingga 38 adalah]

Page 42: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 41 -

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1989

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula

perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-

undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." (5hb Disember,

1988).

Tuan Yang di-Pertua: Saya menjemput Yang Berhormat Tuan Haj i

Hamid Araby bin Md. Salih menyambung ucapan beliau.

3.37 ptg.

Tuan Haji Hamid Araby bin Md. Salih: Tuan Yang di-Pertua, saya

mengucapkan terima kasih kerana membenarkan saya menyambung sedikit

lagi perbahasan menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 1989 yang

dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan semalam.

Kata seorang pujangga dan ulama terkenal, Ibnu Ghais, yang

bermaksud Tuhan marah jika kita memutuskan permintaan atau berhenti

meminta sesuatu kepadaNya, tetapi bani Adam pula jika diminta selalu

tidak berhenti-henti sampai keterlaluan maka marahlah dia, iaitu

bani Adam. Awasilah wahai rakan-rakan komponen dalam parti Barisan,

jika anda tinggal dalam rumah yang dibuat daripada kaca janganlah

membuang batu kepada orang lain.

Tuan Yang di-Pertua, kita menyedari bahawa perniagaan adalah

merupakan sumber rezeki yang lumayan d i samping menyedari bahawa

bangsa yang menguasai perniagaan adalah turut menguasai politik dan

negara. Dewasa ini kelihatan begitu ramai bumiputera menceburi

bidang perniagaan makanan. Tetapi kegiatan itu bukanlah satu

kemunduran sikap dalam perniagaan. Kita percaya sekiranya ada

Page 43: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6 .12 .88 - 42 -

bumiputera yang diberi kemudahan dalam bidang-bidang lain maka

tentunya mereka ini akan mengadakan jenis pcrniagaan yang mereka

mahir, arif dan sejajar dengan kebolehan masing-masing. Dengan

kata-kata yang lain, anak-anak Melayu sekiranya diberi latihan dan

kemahiran berniaga serta semangat yang kental akan muncul bersama-

sama dengan kaum lain di negara ini.

Oleh kerana pada hari ini sektor perkhidmatan awam tidak boleh

menampung bilangan anak-anak muda dengan tugas-tugas di pe jabat ,

maka perniagaanlah jawabnya. Mengetahui bahawa bidang perniagaan

ini memerlukan kemahiran yang langsung maka sewajarnya Kerajaan

harus memikirkan cara untuk membolehkan anak-anak Melayu menerima

latihan di industri-industri, kedai-kedai dan sebagainya. Pendedah-

an yang sedernikian adalah satu perkara yang perlu sekiranya kaum

Melayu hendak didedahkan dalam dunia perniagaan.

Page 44: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 43 -

Kerajaan boleh memainkan peranan ini dengan lebih berkesan jika

dengan lebih berani tanpa menghiraukan mereka yang tidak senang hati

melihat sesuatu ikhtiar yang dibuat di bawah ikut Dasar Ekonomi

Baru. Biarkanlah anjing itu menyalak, tidak akan runtuh bukit itu,

Kementerian yang ada kiatan dan pemimpin-pemimpin Melayu wajar

memberi latihan dalam berbagai jenis latihan perniagaan dan

mengunjurkan skim-skim latihan supaya mereka memperolehi kemahiran

itu. Ini adalah fardhu kifayah dalam agama Islam. Tidaklah adil

bagi pemimpin menyuruh orang-orang Melayu mengamalkan budaya niaga

tanpa adanya satu-satu rancangan yang gergasi menyediakan masyarakat

Melayu dalam bidang itu.

Tuan Yang di-Pertua, kegagalan Dasar Ekonomi Baru juga ada

kaitan dengar s i fa t angkuh dan sombong pegawai-pegawai dan pengarah-

pengarah di beberapa Jabatan tertentu Kerajaan terhadap peniaga-

peniaga, pengusaha-pengusaha dan pemborong-pemborong bumiputera.

Banyak sungguh diskriminasi dan dengan izin, 'red-tape' diamalkan

dan suka pula marah serta jarang memberi nasihat.

Dasar-dasar Kerajaan adalah baik belaka tetapi pelaksanaannya

lambat dan lembab dan mereka didapati macam tidak bermaya untuk

menunaikan kewajipan dan mengatasi masalah-masalah yang

dikemukakan. Usahawan-usahawan bumiputera yang menjadi mangsa

penyelewengan pegawai-pegawai itu jika membuat pengaduan kepada

pihak atasan akan tetap menjadi mangsa dan sasaran dan sukar benar

baginya untuk menyambung kerjayanya itu, kenalah gulung tikar

akhimya.

Saya ada beberapa bukti , tetapi bukanlah tempat di sini saya

hendak mengemukakan. Jika Kementerian yang berkenaan hendak, insya

Allah, saya akan sampaikannya.

Page 45: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 44 -

Maksud B.25 Kementerian Pertahanan. Tahniah diberi kepada

Menteri Pertahanan, Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir

Mohamad atas pandangan jauh beliau demi kepentingan keselamatan

negara Malaysia kerana menandatangani satu memorandum persefahaman

dengan Kerajaan British untuk membeli kelengkapan tentera.

Pembelian ini akan dibeli melalui peruntukan Belanjawan sejumlah

S100 juta dijangka diperlukan bagi tahun 1989. Perdagangan

timbalbalas atau ala butter trade bagi mempastikan pembelian

kelengkapan akan memberi faedah kepada ekonomi negara adalah

diharap-harapkan. Janganlah jadi seperti Pesawat-pesawat Pejuang

A-4 Skyhawk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah

dihentikan penerbangan sementara waktu bagi mengenalpasti

punca-punca kemalangan yang melibatkan jet-jet terpakai buatan

Amerika Syarikat itu.

Saya difahamkan TUDM mempunyai 40 buah Pesawat Skyhawk yang

dibeli sebagai barang-barang terpakai dengan harga $7.2 juta setiap

satu dan ini bererti jumlah harganya adalah M$280 juta. Ini adalah

satu pembaziran yang besar. Maka saya ingin mengesyorkan agar

Kementerian Pertahanan menyusun satu program yang kemas dan latihan

Tentera Udara dan satu pertimbangan yang tepat dilakukan dalam soal

membeli pesawat untuk kegunaan TUDM dalam masa-masa yang akan

datang.

Tuan Yang di-Pertua, Maksud 34 Kementerian Kesihatan. Kepada

Kementerian Kesihatan, saya ingin merayu agar cepat hantar

pathologist, iaitu pakar pembedahan yang menjalankan post-mortem ke

atas mayat-mayat akibat kemalangan. Mayat-mayat orang Islam disadai

di bilik mayat dalam bilik sejuk lebih daripada 20 jam kerana tidak

Page 46: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 45 -

ada, dengan izin, 'resident pathologist' di Hospital Besar, Pulau

Pinang. Saya sendiri telah mengeluarkan beberapa kenyataan dalam

akhbar oleh kerana saya berasa tak puas hati yang sedang berlaku

baru-baru ini di mana mayat-mayat kita yang perlu dijalankan

post-mortem tak dapat dikeluarkan daripada hospital. Keadaan sudah

berpanjangan semenjak bulan Februari 1988. Begitu juga apakala

pentas jeti itu jatuh, 2 mayat Islam tak dapat dibawa balik sehingga

hampir-hampir 20 jam oleh kerana kita tidak mempunyai pakar yang

disebutkan tadi.

Hospital Besar Pulau Pinang perlu minta pathologist dari Alor

Setar atau Ipoh untuk datang ke Pulau Pinang untuk menjalankan

pembedahan tersebut. Pakar-pakar pembedah pula sekarang hanya 2

orang, kemalangan banyak yang berlaku setiap hari, iaitu 'surgeon'

tidak mencukupi untuk seluruh Pulau Pinang dan Seberang Prai.

Perlulah tambah lagi sekurang-kurangnya 2 orang lagi pakar pembedah.

Saya fikir nasib ayam-itik lebih baik lagi daripada nasib

manusia. Sekejab tadi Timbalan Menteri Pertanian telah memberitahu

16 pakar diwujudkan di pusat latihan dan penyelidikan penyakit

ternakan ayam-itik di ASEAN, iaitu di Ipoh tadi. Ini menunjukkan

nasib ayam-itik pun lebih baik lagi daripada manusia.

Jadi, memadailah kerana saya juga hendak memberi peluang kepada

yang lain-lain untuk menghujahkan, untuk membahas dalam Rang

Undang-undang ini. Maka sekali lagi saya menyokong penuh Rang

Undang-undang Perbekalan 1989. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom.

Page 47: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.16.12.88 - 46 -

3.46 ptg.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua,

terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana saya

diberi peluang untuk sama-sama mengambil bahagian di dalam

membahaskan satu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada

Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 1989 dan bagi

memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Rang Undang-undang ini telah dibentangkan oleh Yang Berhormat

Menteri Kewangan pada petang semalam. Saya mengucapkan

berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan

sewaktu membentangkan Akta ini sungguhpun memakan masa yang tak

sampai sejam, tetapi mengandungi keterangan-keterangan yang tepat

dan jelas di dalam membentangkan keperluan wang negara untuk

digunakan bagi tahun 1989.

Tuan Yang di-Pertua, sewaktu Yang Berhormat Menteri Kewangan

membentangkan Belanjawan di Dewan Rakyat, berbagai-bagai tafsiran

dan sanggahan telah dibuat oleh orangramai mengenai dengan

Belanjawan 1989. Saya tidak membuat sanggahan apa-apa. Pada saya

Belanjawan ini adalah satu Belanjawan yang merupakan Belanjawan yang

dapat mengimbangkan keadaan pendapatan negara dengan perbelanjaan

negara memandangkan kepada naiknya sedikit keadaan ekonomi negara

kita, hasil-hasil negara kita maka beberapa perubahan dibuat oleh

Yang Berhormat Menteri Kewangan bagi pihak Kerajaan di dalam

Belanjawan 1989. Tambahan-tambahan beberapa ratus juta untuk

pembangunan negara dan luar bandar, saya alu-alukan.

Page 48: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 47 -

Saya menyanjung tinggi jumlah yang sebegitu besar ditambahkan

kepada peruntukan projek pembangunan luar bandar dan beberapa ratus

ju ta untuk kenaikan gaji baru di perkhidmatan awam Kerajaan. Saya

mengalu-alukan kerana ini memang telah lama ditunggu-tunggu oleh

anggota-anggota perkhidmatan awam kita. Ekoran daripada itu semua

bersyukurlah kita, terutama kakitangan perkhidmatan awam, kakitangan

Kerajaan, pegawai Kerajaan di atas penunaian janji Kerajaan kepada

mereka yang terlibat, walaupun sedikit kita tahu permohonan itu

banyak, yang diluluskan sedikit tetapi bersyukurlah kita di atas

kelulusan yang dibuat di dalam Belanjawan ini semoga dengan rasa

syukur kita itu nikmat akan berlipatganda di masa-masa yang akan

datang dan di dalam perubahan-perubahan tanggagaji sama ada 5 tahun

sekalikah, 10 tahun sekalikah, 3 tahun sekalikah kalau Kerajaan

hendak buat kalau ada permohonan, Kerajaan mampu, Kerajaan akan

tunaikan.

Page 49: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 48 -

Cuma apabila Kerajaaa umumkan kenaikan yang tidak begitu banyak

bagi mereka yang akan menerima kenaikan itu, satu masalah yang

timbul sekarang ini ialah kenaikan harga barang-barang keperluan

telah memuncak, telah menjadi keresahan kepada rakyat ramai. Mereka

yang menangguk di air keruh mengambil kesempatan menaikkan harga

barangan keperluan ini, Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini telah

menjadi satu isu yang besar, bukan, sahaja harga keperluan makanan,

pakaian dan sebagainya, malah harga barang binaan pun telah ikut

naik, kecuali barang terkawal seperti simen yang tidak naik. Harga

kayu sudah naik, harga batu-baca sudah naik, harga kapur untuk jadi

campuran memplaster dinding, cat pun naik, harga cermin pun naik,

harga besi keluli buat konkrit pun naik. Jadi oleh kerana i tu saya

harap Kerajaan akan menjalankan penyiasatan untuk menguatkuasakan

supaya barang-barang itu tidak menjadi beban kepada orangramai,

kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana biasa di dalam membahaskan

Belanjawan ini, pihak Kerajaan telah menyediakan iaitu daripada

Maksud B.l sehingga Maksud B.54 dan inilah yang sepatutnya Ahli-ahli

di dalam Dewan ini menunjukkan di mana kelemahan, di mana

kekurangan, di mana patut ditambah, di mana patut disyotkan supaya

diperbaiki Jabatan-jabatan dan Kementerian-kementerian, agensi-

agensi Kerajaan yang ada di dalam Akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyebut sedikit di dalam

Dewan, di dalam awal perbahasan saya ini, sebagai anggota-anggota

yang dilantik oleh Kerajaan-kerajaan Negeri atau sebagai Ahli Senate

yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di

Page 50: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 49 -

dalam Dewan yang mulia ini, kalau kita baca peranan Ahli-ahli Dewan

ini ialah mereka yang telah berumur lebih 30 tahun yang mempunyai

pengalaman yang luas di dalam bidang-bidang tertentu atau mewakili

kaum-kaum minoriti seperti Orang Asli dan sebagainya dan mereka yang

telah berjasa kepada negara dan masyarakat untuk menasihatkan

Kerajaan di dalam setiap Akta yang dibentangkan. Jadi, adalah lari

daripada tu juan asal j ika sekiranya perlantikan kita di atas batang

tubuh, perlantikan kita ke dalam Dewan Negara ini sebagai Ahli

Senate adalah perlantikan batang tubuh, bukan perlantikan melalui

pertubuhan atau parti. Benar, di luar Dewan adalah parti yang

mengesyorkan nama kita tetapi perlantikan ke dalam Dewan ini ialah

perlantikan batang tubuh kerana di dalam Dewan ini kita disebut nama

batang tubuh, tidak seperti di Dewan Rakyat disebut sebagai Wakil

Kawasan, di situ perbezaannya.

Jadi, kita bercakap di sini Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli

Senate ini bercakap di atas nama batang tubuhnya menasihatkan

Kerajaan, tidak mewakili pertubuhan di luar Dewan. Ini konsep yang

saya pegang, Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu setiap kali kita

disebut, Tuan Yang di-Pertua menyebut "Yang Berhormat si polan bin

polan", kalau di Dewan Rakyat disebut "Yang Berhormat dari Kawasan

anu, anu; dari Kawasan itu, itu", di sini perbezaannya.

Jadi, adalah menjadi satu perkara yang agak ganjil jika sekira-

nya seorang Ahli di dalam Dewan Negara ini menyebutkan bahawa kami

daripada parti ' A ' , parti ' B ' - ganjil, seolah-olah Ahli ini tidak

memahami kedudukannya di dalam Dewan ini. Sebagai ahli yang hampir

bersara, Tuan Yang di-Pertua, hanya tinggal sebulan dua sahaja lagi

saya berada di Dewan ini dan pengalaman saya selama dua penggal,

Page 51: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 50 -

hampir 6 tahun di dalam Dewan ini, Tuan Yang di-Pertua, daripada

beberapa orang Yang di-Pertua Dewan telah saya jumpai di dalam Dewan

ini, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menasihatkan kepada Ahli-ahli

yang muda, yang berdarah panas atau yang tua tetapi masih ber-

semangat muda supaya kita jangan lari daripada aturan Peraturan

Mesyuarat Fasal 35(9) ceraian ( a ) , (b) dan (c) sepertimana yang saya

maklumkan kepada Dewan ini sewaktu saya mempengerusikan Dewan ini

petang semalam, Tuan Yang di-Pertua.

Adalah amat dikesali jika sekiranya di dalam perbahaaan

Belanjawan yang begini penting, kita lari kepada satu tajuk lain

yang jauh, yang langsung tidak menyentuh mengenai Belanjawan pun.

Mengapa ini berlaku? Tuan Yang di-Pertua kebebasan Ahli Dewan

Negara ini berucap kita akui tetapi kesan daripada membuat ucapan di

dalam Dewan Negara iai adalah direkodkan, dicatat, sepertimana yang

selalu saya katakan, ini akan menjadi kajian sejarah kepada generasi

yang akan datang, dan kita tidak mahu perkataan atau tuduhan

mengatakan Dewan Negara ini ' rubber stamp' , tidak mahu berulang.

Kita cuba betulkan dan kita tidak mahu sekarang ini Dewan Negara

menjadi Dewan tempat Ahli-ahli Dewan Negara melepaskan geram,

melepaskan perasaan marah sehingga menuduh Kerajaan zalim, Kerajaan

tidak adil, siapa kita ini?

Kita ini ialah kesemuanya penyokong Kerajaan. Jadi kalau kita

penyokong Kerajaan, menuduh Kerajaan zalim, Kerajaan tidak adil,

sepatutnya kita tidak duduk lama di dalam sebagai penyokong

Kerajaan, kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada parti Kerajaan,

sepatutnya begitu kalau kita gentleman. Janganlah pergolakan

politik di dalam UMNO dijadikan modal untuk menyerang Kerajaan

Page 52: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 51 -

kerana seorang Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Negara ini berkata

kerana pergolakan di dalam UMNO itu sendiri memperkuatkan azam kami.

Jadi ini sudah menangguk di air keruh, kerana pergolakan politik di

dalam UMNO itu dijadikan satu semangat untuk memperkuatkan azamnya

membuat tuntutan melalui Dewan ini - tidak betul.

Tuan Yang di-Pertua, menangguk di air keruh selalunya dapat

udang galah yang besar-besar, kepalanya besar tetapi penuh dengan

tahi. Jadi jangan jadi macam otak udang, itu bidalan nelayan kecil

di tepi-tepi sungai.

Page 53: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN .6.12.88 - 52 -

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang telah disebutkan oleh

beberapa orang Ahli Yang Berhormat diawal permulaan perbahasan ini,

saya sebenarnya bercadang tidak hendak bercakap di dalam sesi

mesyuarat ini. Saya tidak bercadang hendak bercakap, tetapi

apabila timbul masalah Ahli di dalam Dewan Negara ini sendiri tidak

yakin kepada keupayaan Kerajaan, tidak yakin kepada keupayaan

Kerajaan Barisan Nasional, pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri

Dr Mahathir bersama-sama dengan anggota-anggota komponennya dari MCA

dan yang lain-lain, saya amat dukacita. Jadi kalau sudah di dalam

Dewan yang rasmi begini kita menyatakan tidak yakin kepada

Kerajaan, yang kita sendiri sebagai penyokong Kerajaan, ahli parti

di dalam komponen barisan Kerajaan, apa maknanya? Telunjuk lurus,

kelengking berkait, apa maknanya? Mengunting kain di dalam lipatan,

diberi susu, tuba dibalas?

Saya katakan terus terang pemimpin-pemimpin MCA tidak akan

menang dalam piliharaya kalau tidak di kawasan Melayu. Di Hulu

Langat tidak akan menang kalau tidak ada pengundi Melayu, di Telok

Panglima Garang dan Perserai, kampung saya sendiri, di Pontian dan

beberapa tempat yang lain. Calon-calon dari MCA akan tewas di

kawasan-kawasan bandar sekalipun di tempat itu adalah mereka yang

mengatakan kami kuat - tengok, mengapa ini berlaku? Jadi

sepertimana ucapan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada UMNO petang

semalam, merasakan dukacita. Saya tidak mengatakan di dalam Dewan

ini, Tuan Yang di-Pertua, jangan cuba hendak jolok sarang tebuan.

Saya tidak katakan begitu, tetapi cuma saya ingin

Page 54: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 53 -

perkatakan janganlah lukai hati yang telah luka ini disimbah lagi

dengan cuka.

Kalau peristiwa songkok dijadikan isu politik, peristiwa

doa dijadikan isu politik dan berbagai-bagai yang telah lalu

sehingga Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor terpaksa

melucutkan gelaran 'Dato ' bukan sahaja saya sebagai orang Melayu,

orang UMNO yang merasa tersinggung, malahan Duli Yang Maha Mulia

Sultan Selangor sendiri telah menyatakan rasa tersinggungnya di atas

sikap orang-orang yang tidak mahu cuba merasakan terima kasih,

begitu kesannya Tuan Yang di-Pertua.

Ucapan yang disampaikan oleh kedua Ahli Yang Berhormat

daripada MCA petang semalam saya tahu, tidak dari kehendaknya,

percayalah Tuan Yang di-Pertua, kerana kedua-dua Ahli Yang Berhormat

dari MCA itu saya tengok membaca satu teks ucapan yang disediakan.

Kalau saya hendak membaca teks ucapan yang disediakan oleh golongan

elit Melayu yang tidak puas hati dengan Kerajaan, 4 hari 4 malam,

saya boleh baca, 4 hari 4 malam di Dewan ini saya boleh buat.

Tetapi percakapan itu adalah seperti burung terkukur yang orang lain

petik tangan dia pun menyanyi, akibatnya kena tanggung, tangan yang

berani mencincang, bahu yang mesti sanggup memikul. Kalau berani

ulangi ucapan itu di luar Dewan.

Tuan Yang di-Pertua, saya selalu mendengar satu siaran radio

dikatakan 'Suara Pembebasan Rakyat Malaya' pancaran haram suara

revolusi. Jadi nada ini betul-betul macam nada radio suara revolusi

rakyat Malaya, betul-betul macam nada radio haram suara revolusi

rakyat Malaysa, komunis punya, sebab menuduh Kerajaan

Page 55: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN .6.12.88 - 54 -

mengekaploitasi, menuduh Kerajaan tidak adil, menuduh Kerajaan

zalim, menuduh pemimpin. Kalau kedua orang Ahli Yang Berhormat ini

hendak menyampaikan hasrat kaumnya di dalam Dewan ini, Tuan Yang

di-Pertua, tidak seperti nada itu. Saya setuju dan sayapun biasa

bercakap dalam Dewan ini tidak kerana untuk orang Melayu sahaja.

Sayapun punya kawasan, sungguhpun kawasan itu saya kalah

bertanding di situ, tetapi saya masih membela penduduk kampung

baru di kawasan Tajong Sepat kerana saya tahu penduduk kampung baru

Tanjong Sepat, di Selangor itu memerlukan jalan yang baik, longkang

yang baik, bekalan air yang cukup, tambahan sekolah yang cukup,

tanah jirat tempat dia mati yang lebih baik, hendak atas bukit -

saya perjuangkan. Tetapi saya tidak menuduh Kerajaan Selangor,

saya tidak menuduh Kerajaan diskriminasi, pilih kasih, zalim dan

sebagainya. Saya kata kita cari peruntukan, kita carikan peruntukan

untuk membolehkan mereka ini mendapat nikmat yang sama seperti

orang lain. Apabila kita bercakap mengenai projek pembangunan semua

orang akan merasa projek itu, apabila saya bercakap Jabatan

Kerjaraya hendaklah tengok jalan daripada Muar ke Batu Pahat

terlalu teruk. Kalau 4 kali ikut jalan itu barangkali Yang

Berhormat Tuan Lau daripada Muar tahu jalan ini terlalu teruk. Saya

bercakap kerana jalan itu di luar bandar bukan orang Melayu sahaja

yang menggunakan jalan itu, lori-lori yang mengangkat kelapasawit,

mengangkat kelapa, mengangkat getah.

Apabila saya bercakap sepanjang jalan daripada Muar-Batu Pahat

kenapa tempayan-tempayan masih berlonggok di tepi jalan, air tidak

ada? Bukan untuk orang Melayu sahaja, semua orang dapat, semua

Page 56: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN 6.12.88 - 55 -

orang sudah rasa nikmat dan sekarang semua sudah baik, begitulah

cara kita bercakap sebagai pemimpin.

Kalau hendak mengajak saya bercakap sebagai pembangkang, tahun

1959 saya sudah jadi pembangkang. Tahun 1959 saya kepala

pembangkang sama-sama dengan Ahmad Boestamam, sama-sama dengan Lim

Kean Siew, sama-sama dengan Veerappan, sama-sama dengan David.

Banyak ahli-ahli di dalam Dewan ini yang belum pun mencium bau

politik, kalau saya hendak bercakap sebagai pembangkang, te tapi

takkan selama 31 tahun kita merdeka ini kita hendak terus-terusan

menjadi pembangkang, apa lagi yang hendak dibangkang? Apa lagi yang

tidak betul, yang tidak betul apa dia? Kecuali hak sendiri yang

belum dapat. Inilah yang berlaku 'cekcok' inilah yang berlaku

perebutan, bukan dalam UMNO sahaja, dalam MCA pun berlaku perebutan,

dalam MIC berlaku perebutan, dalam GERAKAN berlaku perebutan, semua

parti komponen ada perebutan. Ini jangan kita hendak selindung

kerana nafsu mansuia. Jadi apabila berlaku perebutan masing-masing

cuba hendak tonjolkan isu, apabila hendak tonjolkan isu, tidak fikir

isu itu munasabah atau tidak, isu itu penting atau tidak? Isu itu

melukakan orang atau tidak. Ini kalau hendak tonjol diri, kalau

saya hendak tonjol diri, hari ini saya masuk Semangat 46, insya

Allah saya jadi pemimpin. Itu kalau saya hendak tonjol diri.

Page 57: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 56 -

Kerana kalau duduk dalam UMNO sekarang ini saya tidak jadi apa-apa.

Cuba pergi masa pilihanraya, pergi kempen sebab saya sudah termasuk

dalam istilah 'politician gombal', ha, itu dia, politician gombal.

Gombal ini kain buruk. Jadi maknanya ahli politik kain buruk tukang

lap meja.

Jadi kalau ada pilihanraya saya kena pergi lap tempat-tempat

yang banyak Jawa, banyak Banjar, banyak Bugis, i t u saya kena pergi

bercakap. Itu yang dikatakan politician gombal. Saya tidak ber-

cadang untuk hendak jadi Timbalan Menteri, jadi Menteri, jadi

Perdana Menteri, jauh sekali cukup setakat politician gombal.

Tetapi kerana percecokan di dalam parti-parti masing-masing tadi,

ada anak muda yang cuba hendak tonjol diri dalam Dewan Negara ini,

mungkin dia akan jadi Ketua Pemuda MCA satu masa akan datang. Ha,

ini dia. Ini fahaman sayalah, jangan marahlah. Saya orang gasak,

saya ketawa sahaja. Orang gasak bangsa Melayu, orang gasak kaum

Melayu, saya senyum sebab Nabi berkata, "Bastatul wajah", senyumlah

kerana senyum itu wajah ahli syurga kalau marah, marah, marah, wajah

ahli neraka. Ini jangan suka marah-marah. Tetapi kalau marah-marah

itu memang akan pergi ke neraka 'wal lahua ' lam bissawab ' , 'innamal

musyrikina najasun ' .

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat sebut nama Tuhan

beberapa kali di dalam menyokong hujahnya moga-moga Tuhan selamatkan

kita. Semua kita minta Tuhan selamatkan kita. Tuhan ingatkan kita,

Allah peringatkan kita 'walatulkhum biaidikum i lat takhlukah' , jangan

Page 58: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 57 -

engkau jerumuskan tangan engkau, tangan ini maknanya kekuasaan, Tuan

Yang di-Pertua, inilah semasa ada kuasa bagi Ahli Dewan Negara itu

janganlah jerumuskan diri engkau dalam kebinasaan. Sepatutnya

begitu. Sebab itu di dalam Peraturan Mesyuarat kita Fasal 35 jangan

menyentuh rasa yang menyinggung hati kaum lain, yang boleh mengajak

orang derhaka kepada Kerajaan itu semua telah diatur. Apakah Ahli

Yang Berhormat ini tidak baca buku itu atau macam mana kerana

semangat tadi, ini giliran saya bercakap, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, kita kena fikir baik-baik. Saya syorkan

supaya perkataan. Malaysia itu ditukar dijadikan Bahasa Malaysianya

apa. Perkataan Malaysia itu sebab Yang Amat Mulia Tunku Abdul

Rahman dahulu waktu hendak membentuk gagasan. Malaysia ini dia tidak

ingat bahasa, perkataan Malaysia itu dalam Bahasa Melayunya ada.

Tuan Yang di-Pertua, negara kita ini negara Malaysia, bahasa

Melayunya apa Malaysia itu. Malay - Melayu, Sia - raya, Melayu

Raya. Kalau kita gunakan itu nanti banyak orang yang akan bertem-

pek, suara revolusi akan bangkit. Tempat kita duduk itu Semenanjung

Tanah Melayu. Sebut habis-habis, Tuan Yang di-Pertua, jangan sebut

Semenanjung sahaja, Kalau kita hendak sebut Semenanjung Tanah

Melayu, itu nasib baik tidak dibangkitkan, kenapa masih ada Keretapi

Tanah Melayu dengan Askar Melayu. Tetapi di luar dimain-mainkan,

kerana adanya Askar Melayu takut orang lain berontak. Sebab itu

Askar Melayu semua orang Melayu sahaja. Itu dimainkan api itu,

Page 59: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 58 -

ditiupkan api perkauman itu. Tidak usahlah ingat 13 Mei itu telah

lama sangat. Orang pun tidak mahu lagi dengar kisah itu. Sebab

kita di dalam negara kita ini tengok di Kuala Lumpur ini sahaja,

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita berjalan di Jalan Petaling sana,

macam kita ada di Macao, kalau kita pergi setengah-setengah tempat

macam kita ada di Hong Kong, padahal kita di negara kita, di

Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, senyampang saya masih menyebut Malaysia,

kita kena betulkan, ada satu ejaan bangunan di dalam negara kita ini

pakai kalimat Malaysia. Kenapa sampai ada tulis 'Malayzia' . Itu

dia. Tempoh hari saya menyebut kalimat Melaka. Ejaan rasmi Melaka,

M e 1 a k a, Melaka, tetapi apabila kita pergi ke Melaka, kita akan

jumpa ejaan Malacca. Sudah 30 tahun merdeka hendak membetulkan itu-

pun tidak betul. Tolonglah betulkan. Jangan Haj i Shaharom cakap

perkara yang remeh-remeh macam itu. Ini timbul pula ada satu

bangunan kalimat di atas itu dipuncak menara bangunan itu

'Malayzia ' . Kita yang mengubah-ubah daripada Malaysia jadi

Malayzia. Biarlah orang Arab hendak sebut kita Malayzia, itu dia

sebut tidak apa. Jangan kita yang tulis Malayzia. Seolah-olah ada

negeri lain. Jadi Melaka ada Malacca, Malaysia ada Malayzia. lni

kena betulkan. Cepat, jangan sampai saya ulang lagi esok.

Dalam negara kita ini setengah tempat di Kuala Lumpur ini kalau

kita jalan ada macam seolah-olah kita berada dekat Macao, kadang-

kadang berada macam di Hong Kong, kadang-kadang ada macam dekat

Bombay, kalau kita berada dekat panggung wayang yang lama itu

Page 60: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 59 -

macam seolah-olah kita ada dekat Karachi. Ha! tengok punyanya

kebebasan. Walaupun ahli-ahli bahasa bertempek turunkan semua

sekali, gunakan Bahasa Kebangsaan, utamakan Bahasa Kebangsaan.

Heh! kita 'sweah' kalau turunkan papan yang lama itu. Nanti orang

tidak kenal, Tengok ' sweah ' . Kita orang Melayu t idak punya

'sweah'kah. Ini dia. Ertinya kalau dia ada punya kesialan, orang

Melayu pun ada kesialannya. Ini yang dikatakan dalam Rukunegara itu

kita kena jaga kesopanan dan kesusilaan. Adakah kesialannya

masing-masing. Apa lagi di dalam politik, apa lagi di dalam

pemerintahan.

Tuan Yang di-Pertua, kalau buka dalam sejarah Sultan Melaka

nikah dengan Puteri Hang Li Poh, nikah, jadi isteri. Orang jadi

isteri ini patuhlah sepatutnya apa yang diberi itu terimalah, kecil-

kah, besarkah, panjangkah, pendekkah, banyakkah, sedikitkah. Ha!

ini tidak, sudah beri betis, hendak peha. lni dia beri betis,

hendak peha ini. Itu sejarah kalau saya hendak ulang; ungkit itu

panjang ceritanya. Jadi maknanya orang-orang yang datang daripada

sebelah pihak isteri, ini kalau ikut adat istiadat Melayu, kalau

orang menyemondo, Negeri Sembilan kata, "kok datang dari sebolah

t imo, ikut jo lah apo dibori terimo," macam itu. "Jangan cubo

hendak tunjuk bosar kepalo, kok cubo tun juk bosar kepalo kono lutu."

Itu dia. Saya tidak. Saya pengikut Sri Vijaya. Pateh Kerma Vijaya

yang menjadi Menteri di Melaka, Jadi ini sejarah, janganlah ki ta

hendak malu cerita. Salah seorang Menteri di Kerajaan Melayu Melaka

adalah, "Pateh Kormo Wijoyo," cuma dalam Buku Sejarah ditulis,

Page 61: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 60 -

"Pateh Kerma Wijaya" sebenarnya "Pateh Keromo Wijoyo," sayalah

keturunannya.

Yang Berhormat Tuan Lau daripada sebelah Hang Li Poh daripada

sebelah isteri, orang yang menyemenda. Jangan marah Yang Berhormat

Tuan Lau. Ini kita baca sejarah sedikit. Maknanya sama-sama kita

duduk, "periaaii" sama daripada sebelah orang yang mendatang.

Tetapi proses masa 400, 500 tahun. Kita diberi sama kad wanita biru,

Yang Berhormat jadi Cik Gu, saya pun jadi Cik Gu, Yang Berhormt jadi

Ahli Senate, saya pun dilantik Ahli Senate. Yang Berhormat

bercakap, saya pun bercakap sampai pecah mikrofon, tidak payah pakai

mikrofon pun boleh, hak kita sama. Tetapi cara hendak menyampaikan

hak itu. Minta kepada yang kasih, minta pada yang ada, mengadu pada

yang kasih, sepatutnya begitu, minta pada yang ada, mengadu pada

yang kasih. Barulah yang diminta itu tadi bertabur urai namanya,

memberi kad emas, emas itu ertinya duit, duit itu khazanah negara.

Begitu, tetapi apabila dia sampai dengan nada seperti nada orang

berevolusi, telinga kita bergoyang mendengarnya. Berbalik tadi

kalau kita berada di satu-satu tempat macam kita tidak berada dalam

Malaysia.

Page 62: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6 .12 .88 - 61 -

Tetapi apabila saya berada di Indonesia, saya makan angin, saya

tengok tempat yang banyak bukan pri-bumi di Indonesia seperti di

Bagan Pinang, Tanjong Balau, Bagan Si-api-api, ini tempat yang

banyak orang berhubung dengan sebelah sini, dengan Pulau Ketam,

dengan Melaka, dengan Batu Pahat, dengan Pontian. Nama pun tidak

ada lagi. Namanya pun tukar menjadi Sudiharto, tengok, Sudiharto,

sugikaya. Harto, duit. Pandai dia beri nama. Yang Jawa di sini

Sukiman sahaja. Yang dia beri nama Sugiharto. Itu pemain badminton

yang dahulu itu siapa? Tengok dia cari nama, pandai. Sebabnya

menolak sesialan, kalau dia pakai nama yang celek-celek, nanti dia

pun celek-calek. Tetapi kalau namanya Sugiharto, dia akan sugi

betul, sekalipun dia menjadi penyeludup Gudang Garam, menjadi

penyeludup kayu bakau, menjadi penyeludup sirip ikan yu. Sugiharto,

pandai, memang sejarah mengajar kita begitu. Kita pergi ke Brunei

macam itu juga. Pergi ke Thailand, sebelah utara. Pergi ke India

sekali pun. India tetap peraturan dengan India, Thailand peraturan

dengan Thailand. Di India ada tulisan Jawi macam ini? Tidak ada,

tulisan Urdulah, ini Tuan Yang di-Pertua,

Jadi, kita tidak mahu. Kita tidak mahu perasaan itu tadi

dit imbulkan, dibangkitkan menjadikan lenyak tidur, jaga balik.

Sudah elok-elok duduk, kita lenyak, kemudian dikagetkan dengan

letupan seperti itu, dengan letupan bom ucapan yang mengatakan

Kerajaan mendiskriminasi, lebih kurang makna macam Kerajaan zalim,

Apabila Kerajaan zalim, pemimpin zalim. Sedangkan saudara datang

ke mari di tonjol oleh Dewan Negeri. Dewan Negeri yang melantik

Page 63: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 62 -

saudara itu menjadi Dewan Negeri yang zalim. Ketua Menteri atau

Menteri Besar yang melantik saudara pun Menteri Besar yang zalim,

saudara setuju dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri yang zalim

melantik saudara.

Kemudian bila dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, dilantik oleh

Perdana Menteri, Perdana Menteri yang zalim, saudara setuju Perdana

Menteri yang zalim. Ini manusia apa, hipokrit namanya. Sebab itu

orang Melayu kata adanya pulut santan terasa, kalau tidak ada

pulut, santan tidak terasa lemak. Kerana adanya pulut, baru santan

itu terasa lemak. Tetapi dalam perbualan kerana mulut tergamak

cakap, kita kena tampar kalau tak kena cili burung. Itu dalam

problem orang Melayu. Dalam politiknya, cili burungnya ISAlah,

sudah sedia menunggu bila-bila sahaja.

Kalau saya bercakap, Tuan Yang di-Pertua, barangkali terkeluar

daripada batasan sensitif perkauman, saya pun menempah kak i pergi ke

ISA. Orang politik mesti bersedia sebelah kaki di pintu Kamunting,

sebelah kaki di pintu rumah untuk anak isteri. Kalau kita sanggup

begitu, Ayoh! Kalau tidak takut dilambong gelombang, ayoh berumah

di tepi pantai. Itu cabaran saya. Ulangi ucapan itu di luar Dewan.

Di dalam Dewan ini kita terhad, terbatas dilindungi oleh keisti-

mewaan kita sebagai Ahli Yang Berhormat. Sahabat kita yang telah

masuk ke ISA itu, aku bercakap kerana pemimpin, aku menyokong

pemimpin, mati aku menyokong pemimpin, aku yang kena, pemimpin tidak

apa-apa. Ini akibat, sudah berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, jadi kata orang Negeri Sembilan jangan

diperpanjang perkara nan singkat, kita ambil yang jenis , kita buang

yang keruh, jangan ulangi lagi. Baik dari MCA, dari MIC, dari

Page 64: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 63 -

GERAKAN, daripada SNAP, daripada PBB, daripada apa, saya sebagai

orang UMNO dalam Dewan ini, UMNO ini induk kepada Barisan Nasional.

Kalau diulangi lagi, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak malu, saya akan

belasah dalam Dewan ini sebab kita hendak menjaga taraf kita

sebagai pemimpin di dalam Dewan ini bercakap membahaskan perkara

yang baik untuk kepentingan semua, tidak mengenal elit, tidak

mengenal keturunan, tidak mengenal ras, tidak mengenal darah, tidak

mengenal siapa engkau dan siapa aku. Kita adalah sama rakyat

Malaysia. Ini baru pemimpin, tetapi kalau bercakap bagi pihak satu

kumpulan itu namanya hendak menonjolkan diri atau kepentingan

politik melalui Dewan ini. Sebab saya percaya ucapan itu akan

keluar dalam majalah, dalam suratkhabar, dia pun mendapat

publisiti. Oleh kerana ada kepentingan politik di dalam parti

kerana semua komponen Barisan Nasional sekarang menghadapi satu

kamelot politik. Jadi, hendak mengambil kesempatan di dalam

perbahasan ini untuk kepentingan politik, jangan. Jangan jadi

pemimpin yang opportunis. Jangan jadi pemimpin opportunis, penting-

kan diri sehingga melalui Dewan ini.

Saya sendiri diarahkan oleh Ketua Whip mesti bercakap menyokong

Kerajaan. Tetapi ada kalanya saya bercakap lebih hebat daripada

Pembangkang. Tetapi saya rasa tidak menyakitkan hati orang lain.

Pernah saya disebut, pernah saya diberi gelaran lebih hebat daripada

Pembangkang dalam Dewan Rakyat, saya bercakap dalam Dewan ini. Kita

tidak mempunyai ambition politik, saya tidak mempunyai kepentingan

politik bercakap, saya bercakap perkara yang hak.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kita hendak membahaskan

Belanjawan Negara, negara kita ini, Tuan Yang di-Pertua, negara

demokrasi berparlimen, pilihanraya, pilihanraya kecil, pilihanraya

umum dan sebagainya. Yang pertama B.4, Suruhanjaya Pilihanraya.

Page 65: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 64 -

Saya pernah menegur beberapa kali mengenai Suruhanjaya. Pilihanraya

dan teguran itu alhamdulillah diterima. Tetapi masih berulang.

Masih berulang Si A tempatnya di Kampung A mengundi di kampung B.

Ini tolong betulkanlah. Jangan Haji Shaharom bercakap lagi perkara

yang remeh macam ini kerana baru-baru ini saya menerima telefon

daripada Pejabat Pilihanraya, Yang Berhormat mengundi di mana,

saluran berapa? Mana saya ingat. Tetapi nombor saya 549, ini perlu

apa? Yang Berhormat akan dibuat saluran khas pergi mengundi supaya

cepat, supaya senang. Saya kata tidak patut. Tidak usah saya kata-

kan kepada pegawai yang menelefon saya, tidak patut. Kalau rakyat

boleh berdiri menunggu sampai dua jam, menunggu, kenapa saya mesti

lima minit boleh mengundi terus balik, nanti orang akan cakap apa?

Bukan saya hendak keistemewaan.

Dia kata kita akan adakan saluran VIP di tempat mengundi. Ini

tidak betul. Tolong semak balik. Sebab kerana kepentingan dua,

tiga ratus orang misalannya ada saluran VIP untuk pergi mengundi

sedangkan pengundi kita ada 4 juta, 5 juta berpanas, nanti orang

akan membebel, orang bercakap akari menjadi isu Pembangkang, teruk

kita. Jadi, kalau teruk, bukan UMNO sahaja yang teruk, MCA pun ikut

teruk sama, MIC pun ikut teruk sama. Sama-sama kita company. Ini

kita kena f ikir . Saya bercakap ini bagi pihak s«mua, bukan saya

seorang, bagi pihak UMNO juga.

Lagi satu saya mengesyorkan supaya Suruhanjaya memikirkan ini

masalah poster. Apa salahnya kalau kita tentukan setiap calon yang

bertanding dalam pilihanraya ini satu undi satu poster. Katakanlah

pilihanraya kecil Parit Raja nanti ada 18,000. Calon itu hanya

boleh membuat 18,000 keping poster, tidak boleh lebih. Itu maknanya

satu rumah kalau ada dua undi, dia dapat dua keping poster, sudah

cukup.

Page 66: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 65 -

Tuan Yang di-Pertua, ini saya melihat daripada berbagai segi

kalau kita tengok poster bersambung di antara tiang lampu ke tiang

lampu, tiang t e l e fon ke tiang telefon, sepanjang kampung memang

seronok. Kalah poster deepavali, kalah poster taipusam, kalah

perayaan tahun naga. Hari raya Syawal tak ada poster, hari raya Haji

pun tak ada poster tetapi kenapa kita biarkan perkara ini berlarut-

larutan, kain sepanduk beratus ribu ela, apabila calon bebas

menggunakan lambang ikan berwarna kuning, kain kuning habis di

bandar Penggaram. Munasabah punya cerita, kain kuning habis

diborong oleh calon bebas berapa ribu ela, berapa ribu meter Tuan

Yang di-Pertua, kalau kain itu, baik Bebas atau BN yang menggunaka n

sepanduk itu, kain itu didermakan kepada rumah anak-anak yatim kan

baik? Kalau kain itu didermakan kepada rumah orang-orang tua kan

bagus? Atau dibeli stok simpanan musim banjir tetapi ini habis

pilihanraya, habis hangus bergantungan kain poster, tengoklah

menjadi membasir. Firman Allah maksudnya sesungguhnya orang yang

membazir itu adalah sahabat syaitan. Patutlah dalam pilihanraya pun

kadang-kadang syaitan masuk, mencelah kerana pembaziran nampak.

Tuan Yang di-Pertua, satu undi satu poster cukup. Kalau ada

30,000 pengundi, 30,000 poster, sudah ramailah. Ini sampaikan satu

lori penuh berbalut dengan poster, van yang menjual kerepek pisang,

yang menjual ikan kering dibalut dengan poster sampaikan tak nampak

driver atau siapa di dalamnya, begitu hebat kempen di Parit Raja.

Takkan kehebatan itu hendak suruh berulang di tempat lain pula,

macam mana kalau berlaku di Pandan, macam mana kalau berlaku di

Lindungan, macam mana kalau berlaku di Shah Alam, Tanjong Karang.

Page 67: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 66 -

Apa macam kalau berlaku di Gua Musang? Sampai bilakah kita nak

syok tengok hebat poster itu. Jangan kita terikut-ikut dengan

keadaan ini. Ini saya syorkan supaya diadakan satu akta kecil.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa perkara di dalam pilihanraya ini

kena dihalusi seperti mana pernah saya sebutkan orang yang masih

hidup namanya tak ada dalam buku daftar. Ini kita kena tengok,

orang marah. Sebab itu kita minta kepada rakyat kita sekian ju ta ,

kenapa pengundi cuma sekian. Fasal apa berlaku anak-anak muda tak

mahu daftar sebagai pengundi? Kerajaan atau Suruhanjaya Pilihanraya

sudah berkempen merata, lama sudah bertahun-tahun menjalankan kempen

gerakan ini tetapi sambutan masih tidak memuaskan. Cuba cari jalan

dan buat kajian mengapa anak-anak muda tidak mahu mendaftar sebagai

pengundi? Jawabnya kerana anak-anak muda kita hari ini suaranya

tidak dapat ketengah. Terutama anak-anak muda di kampung-kampung

baru, anak-anak madu ladang. Ini saya bercakap dengan terus terang

saya berkawan juga dengan orang-orang itu. Anak-anak muda di

kampung-kampung sekarang banyak yang lari ke pekan, tak ada cerita

itu kerana pemimpin-pemimpin politik di satu-satu tempat itu dia

cuba hendak berkuku hendak duduk di situ sampai hendak menungkat

langit. Dia tak benarkan orang lain ganti tempat dia. Itu sebab

anak muda fed up.

Dalam ucapan seorang Senator dalam Dewan ini dia kata Presiden

parti MCA fed-up sampai bercuti gak bergaji, tak patut ucapan itu di

bawa ke sini. Minta izin, Tuan Yang di-Pertua, kalimat fed-up ini,

Presidennya fed-up sampaikan cuti tak bergaji, saya dapat tahu

katanya minta 6 bulan cuti, PM benarkan cuti dua-tiga minggu. Ini

tak patut sampai perkara ini dibawa ke sini. Jadi, kami sudah tahu

rahsia ini. Jadi macam itu, cuti tak bergaji kerana fed-up, kalau

Page 68: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 67 -

fed-up, kalau minta cuti tak dapat, "chau" sahajalah. Kawan ini

boleh datang boleh pergi. Ini sikap orang Melayu, berkawan boleh

datang boleh pergi, awak tak mahu berkawan dengan saya, orang lain

bila-bila boleh datang.

Tuan Yang di-Pertua, saya pindahlah kepada perkara lain, kalau

hendak disebut mengenai dengan kekurangan-kekurangan seperti mana

yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat yang bercakap lebih awal

daripada ini, Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990), saya minta

kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini betul-betul meneliti

isi buku ini supaya apa yang kita cakapkan kena pada tempatnya di

mana kekurangan-kekurangannya, di mana kelemahan-kelemahannya.

Kalau kita kurang kita minta, kita tunjukkan, begitulah sepatutnya,

kita berbincang, berbahas dan menimbang di dalam majlis permesyua-

ratan untuk kepentingan negara seperti "Doa" yang dibacakan oleh

Setiausaha Dewan tiap-tiap kali kita hendak bersidang. Jadi kalau

hendak disebutkan kekurangan, Tuan Yang di-Pertua, kekurangan orang

Melayu, kekurangan kaum bumiputera sudah tertulis dalam buku ini.

Dalam buku ini ditulis kekurangan apakah mesti saya hendak

sebutkan supaya orang mendengar, di dalam beberapa muka surat yang

tertentu di dalam perangkaan-perangkaan yang dibuat oleh Jabatan

Perangkaan kita bahawa di dalam Jabatan Perangkaan Malaysia bukan

orang Melayu sahaja yang bekerja di situ, bukan orang UMNO sahaja

yang bekerja di situ, kita boleh tengok hasil pendapatannya. Orang

Melayu di dalam bilangan-bilangan tententu dalam juta ringgit di

dalam hal perlombongan, di dalam hal kedai runcit, pembalakan,

pembuatan, pengedaran barang-barang, ada semua di sini. Jadi, kalau

saya sebut nanti memang menasabah di dalam sektor perdagangan dan

industri orang-orang Melayu masih ketinggalan jauh. Di sini

Page 69: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 68 -

dikatakan bumiputera bukan orang Melayu, bumiputera termasuklah

peribumi Sabah dan Sarawak.

Bilangan-bilangan pertumbuhan orang Melayu bumiputera hanya

8 .2%, Cina 81.8%, India 2.6%. Perolehannya, orang bumiputera 1.7

ribu juta, Cina 18 ribu ju ta , India 1. 1. ribu juta. Ini ada di

mukasurat 132 buku Rancangn Malaysia: Kelima,, tengok ini bumiputera

cuma ada 8 .2% atau perolehan dalam jutanya cuma ada $1 ribu ju ta ,

orang Cina $18 ribu juta iaitu 55% bagi orang Cina, 5 .3% bagi

bumiputera dan 3.3% bagi orang India. Jadi, kalau orang India sama

orang bumiputera melolong memang patut. Ini tolong tengok. Itu

dalam bahagian jual borong. Dalam bahagian jualan runcit,

bumiputera 34%, kaum Cina 57%, kalau dikira duitnya. $1.5 ribu juta ,

kaum Cina $9.9 ribu ju ta , orang India ada hanya 4.9% iaitu $653,000

sahaja tak sampai $ l ribu juga, mungkin jual sirih sahaja, apa nak

buat . Ini patut kalau melolong, patut kalau bertempik dalam Dewan

ini mengatakan Kerajaan tidak adil.

Page 70: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 69 -

Dalam perusahaan pengangkutan jalan, pendapatannya pribumi

lebih $455 ju ta , kaum Cina $401 juta. Maknanya 42% dengan 37%. Ini

kerana pengangkutan ini, kita kena tahu kalau t idak ada MARA memberi

pinjaman kepada pemandu-pemandu teksi Melayu, tidak mampu orang

Melayu pribumi mempunyai teksi. Itu sahaja. Itu pun perusahaan teksi

tergadai pula kepada orang lain. Ini satu masalah lagi.

Syarikat perkapalan orang Melayu atau kaum pribumi hanya

mempunyai 17 badan atau syarikat, kaum Cina 174, kaum India langsung

tidak ada. Ini perkapalan. Pendapatannya kalau hendak dikira $54

juta bumiputra; S125.7 juta kaum Cina.

Agensi pelancongan dan pengembaraan, bumiputera $155 juta, kaum

Cina $3304 j u t a . Hotel dan t e m p a t penginapan yang lain-lain, bumi-

putera $46 ju ta , kaum Cina $769 ju ta . Maknanya 83.5%, bumiputera

hanya 5%. Begitulah yang lain-lain, Tuan Yang di-Pertua. Banyak,

perkhidmatan profesional dan perkhidmatan pencucian pakaian, studio-

studio gambar, kedai gunting rambut dan solek, kedai gunting rambut

dan solek bumiputera 391, kaum Cina 2,866. Panggung wayang. Yang

suka tengok wayang ini orang Melayu, panggung wayang bumiputera 21,

kaum Cina ada 271.

Ini kita fikirkanlah. Jadi kalau cakap elok-elok saya rasa

baik. Kalau dibuka lagi, Tuan Yang di-Pertua, jumpa angka yang

lain. Hak milik modal saham pada nilai par (par value) syarikat-

syarikat berhad, bumiputera hanya ada 17.8%, rakyat Malaysia yang

lain 56.7%. Maknanya kalau rakyat Malaysia yang lain ini bukan

Melayulah, yang bukan Melayu. Bumiputera hanya ada 17, yang bukan

Melayu 56.

Page 71: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 70 -

Jadi, kalau orang yang macam saya ini yang bersongkok ini

memekek-melolong patut sangat, nampaklah. Kalau dibuka angka lain

pula dalam buku ini masalah temakan kambing berapa ekor, lembu

berapa ekor, babi berapa ribu ekor pun ada dalam buku ini. Kalau

orang Melayu kalau disebut babi ini "sue", Tuan Yang di-Pertua, saya

minta izin. Tetapi dalam buku itu ada disebut lembu ada berapa

ekor, babi ada beribu ekor. Sampaikan orang Melayu tidak tahan

hendak hidu bau tahi babi itu, terutama di Bukit Pelanduk, Sepang,

Batu laut, Tanjung Layang; tidak apa, setia-kawan. Tutup pun tutup -

lah. Masa tidur tidak tertutup, cium jugalah. Apa hendak buat!

Tuan Yang di-Pertua, jadi tak usahlah saya panjangkan. Apa

yang kita sengketakan itu. Kalau saya hendak buka banyak. Banyak

lagi kudis-kudis yang belum berkeruping, kata orang. Ini baru

hendak berkeruping dikorek kerupingnya maka lukalah balik. Sudahlah

luka lama masih berkesan, luka lama tengah berkeruping, dikopeknya

keruping itu makinlah berdarah. Jadi, apabila berdarah, kenapa darah

ini banyak begini.

Jadi kalau dalam bidang-bidang yang tertentu, misalaya kaum

Bumiputera, orang Melayu dalam bahagian profesional: arkitek cuma

ada 15.6%, kaun Cina ada 8. 9%. Akauntan kaum Bumiputera, orang

Melayu 3.9Z. Kaum Cina 82Z. Jurutera orang Melayu baru mula hendak

belajar jadi engineer ada 25%. Kaum Cina yang sudah lama belajar,

sudah boleh mengukur Laut China sampai ke sini 67%. Orang-orang

Melayu baru hendak mengenal jadi doktor gigi, baru ada 20%. Kaum

Cina ada 46%. Orang Melayu baru hendak jadi doktor perubatan,

Page 72: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 71 -

itu pun baru hendak buka klinik sudah suruh bertanding jadi calon

sebab tidak ada orang lain apa hendak buat . Baru hendak buka klinik

hendak pinjam duit Bank Islam disuruh bertanding, sudah tu tup klinik

itu. Tengok! Baru hendak belajar orang Melayu bukan klinik, doktor

perubatan orang Melayu baru ada 16%. Kaum Cina sudah ada 41%. Yang

lain kaum India. Doktor haiwan orang Melayu ada lebih sedikit. Ini

saya hairan, tidak tahu macam mana. Doktor haiwan orang Melayu ada

26%, orang Cina ada 25%. Sebab apa orang Melayu lebih menjadi

doktor haiwan saya tidak tahu. Pasal barangkali dia suka tentang

permanian berhadas agaknya. Minta maaf , Tuan Yang di-Pertua. Agak-

nya kenapa tentang itu lebih atau kerana mudahkah pengajian dalam

bidang itu, saya pun tidak tahu.

Juru Ukur anak bumiputera baru hendak belajar mengukur negeri-

nya sendiri, mengukur gunung-ganang, mengukur dalam lautan, mengukur

berapa tinggi bukit , mengukur berapa dalam bumi yang ada bijih

timah, yang ada emas dan sebagainya, baru ada 35%; kaum Cina sudah

ada 55%. Peguam, orang Melayu baru hendak belajar jadi lawyer,

selama ini orang-orang Melayu ini menjadi loyar buruk sahaja.

Sekarang ini baru hendak jadi lawyer yang betul-betul, yang masuk

dalam Bar Council. Orang-orang Melayu baru ada 16%, orang Cina ada

48%. Jadi apalah salahnya kalau Dasar Ekonomi Baru hendak memberi

peluang 30% kepada kaum bumiputera, kepada kaum Melayu, kepada

orang-orang yang menyokong UMNO. 30% pun tidak sampai, sudah hendak

habis, baru sampai 17%. Tidak sampai, terbantut, tersemput-semput.

Hari ini diisytiharkan berapa puluh lagi usahawan-usahawan

Page 73: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 72 -

Melayunya kerugian teruk dalam perniagaan, susah hendak bayar hutang

kepada bank. Ini masalahnya. Tolonglah. Jadi kalau orang Melayu

atau kaum bumiputera, orang saya yang sedang hendak merangkak-

rangkak macam ini disergah dalam Dewan ini, dengan ucapan yang

semacam itu, berpeluh juga mendengarnya, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi di situlah letaknya kebijaksanaan Kerajaan kita, pemimpin

kita. Cuma apa yang minta jangan disebut lagi kerana adanya keadaan

pemilihan UMNO 1987 itu dijadikan sebagai asas un tuk membuat ucapan

mengatakan Kerajaan tidak adil, ini tidak patut. Jadi, seolah-olah

Ahli Yang Berhormat yang bercakap itu suka kalau UMNO ini terus

berkrisis. Sebab itu kami bercakap kepada kaum kami orang Melayu

jangan kita berkrisis nanti orang lain tepuk tangan. Ini sekarang

sudah sampai ke dalam Dewan pula seolah-olah apabila UMNO berkrisis,

orang lain suka, terus-terusanlah UMNO berkrisis, Jadi, batu api

pula. Janganlah!

Kami mencari jalan hendak menyelesaikan, minta kepada Allah

s.w.t. supaya dibuka hati pemimpin-pemimpin kami supaya bersatu

untuk kepentingan orang Melayu, untuk kepentingan negara. Jangan

pula orang lain ambil kesempatan jadi batu api, tukang kipas,

jangan!

Tuan Yang di-Pertua, saya masuk kepada perkara-perkara di dalam

peruntukan Belanjawan. Di dalam Kementerian Kemajuan Tanah dan

Kemajuan Wilayah, sekarang ini ditengok berapa ribu hektar tanah

yang ditanam semula nampaknya menemui kegagalan. Yang berjaya,

berjaya; saya akui. Tanam semula ini, bukan orang Melayu sahaja

yang telah terima bantuan tanaman semula, semua orang dapat. Saya

Page 74: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.38 - 73 -

bercakap mengenai bantuan tanam semula untuk kepentingan semua

orang.

Saya mencadangkan supaya RISDA cuba memikirkan selain daripada

barusan biasa yang telah berjalan sekarang ini diadakan satu skim

pinjaman bulanan. Bantuan yang diberi itu, memang diberi duit

hangus begitu sahaja. 32,000 lebih seekar beri begitulah, beri baja

hendak tabur, tabur ; tidak tabur sudah. Sekarang cuba kita fikir

kepada penanaman semula ini; saya mengesyorkan supaya ada pinjaman

tertentu $200 tiap-tiap bulan selama 3 tahun. Selama 3 tahun tidak

lebih. Sebab 3 tahun dia tebang, dia tanam tanaman kontan lepas itu

pokok getah dia pun besar, tanaman kontan pun tidak boleh hidup

lagi, sementara dia boleh hidup di atas getahnya yang sebenarnya

tadi; diadakan skim pinjaman bayar balik. S200 x setahun = 32,400; 3

tahun x S200 = 57,200. Lepas itu kita pungut balik. Ini untuk

faedah semua, satu.

Page 75: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 74 -

Kedua, saya hendak bercakap mengenai hebatnya sekarang ternakan

ayam. Entah KFCkah atau apa kompeni saya pun t idak tahu. Di Kuala

Langat sekarang boleh dikatakan setiap kebun kelapa sawit ada

bangsal ayam. Di bandar baru Salak Tinggi sekarang ini bangsal

ternakan ayam, memproses ayam ini entah berapa j u t a punya projek,

saya pun tidak tahu, hebat dibangunkan iaitu di Salak Tinggi,

Sepang. Ini bagus, memberi peluang kepada rakyat luar bandar,

kampung, belia menternak ayam daging. Tetapi saya minta kepada

Kerajaan mengambil perhatian kerana sebahagian besar daripada

penternak-penternak ini telah menjadi mangsa kepad taukeh kumpulan

ini. Saya tidak tahu sama ada taukehnya Melayu atau bukan Melayu,

tetapi mereka telah menjadi mangsa. Katanya ayam ini 40 hari mesti

dikeluarkan dari reban tetapi sampai 70 hari pun tidak keluar.

Lihat dalam tempoh 30 hari berapa kerugian yang dialami. Tolong

lihatkan perkara ini kerana mereka ini menjadi mangsa kerana tidak

ada satu perjanjian yang sah. Apabila kena sekali, terganggu

ternakan ayamnya sampai sebulan tidak keluar daripada reban, mereka

rugi dan mereka kecewa lalu tidak mahu meneruskan.

Yang ketiga, sama ada ini di bawah Rancangan Pembangunan Negara

Luar Bandar atau Kementerian Pertanian saya tidak pasti, tetapi saya

sebutkan di sini iaitu rancangan ternakan kambing belia-belia ini

banyak yang gagal, kenapa? Kita cuba hendak memperkenalkan ternakan

kambing biri-biri, kambing biasa, juga ternakan ikan keli. Ini buat

kajianlah, di Kuala Langat sudah ada dua tiga tempat yang seperti

itu yang orangnya telah mengadu kepada saya, ikan sudah besar lengan

tidak ada siapa hendak beli, bawa ke pasar tani dua tiga bakul, yang

Page 76: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 75 -

ada enam kolam itu siapa hendak makan? Ini menjadi masalah.

Janganlah jadi macam, "dahulu kami suruh bela sahaja, jual kami

tidak tahu". Jawapan. seperti ini kita tidak mahu. Macam dahulu,

masa revolusi bumi hijau, suruh orang tanam sayur, beri benih, beri

baja , sayur ber1ambak-1ambak, "kami cuma suruh tanam untuk cukup

makan, bukan tanam untuk jual". Sudah itu pula jawapannya. Ini

daripada tiada ker ja , belalah ayam, ternaklah ayam, ternaklah ikan

keli, ternaklah kambing, rumput banyak di bawah pokok kelapa sawit,

bawah pokok getah, boleh. Saya tidak mahu berlaku seperti:

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus,

Macam mana tidak kurus, ikan tidak timbul,

Ikan oh ikan, kenapa tidak timbul,

Macam mana hendak timbul, rumput panjang sangat,

Rumput oh rumput kenapa panjang, macam mana tidak panjang,

Kerbau tidak makan.

Kerbau oh kerbau, kenapa tidak makan rumput,

Macam mana hendak makan, perut sakit.

Perut oh perut kenapa sakit,

Macam mana tidak sakit makan nasi mentah.

Yang sakit itu perut kerbau, tetapi kenapa mesti makan nasi? Lagu

itu kita kena betulkan, Hairan juga saya, pantun itu pantun

mergasetua, tetapi kenapa pula ada kerbau makan nasi? Jawapannya,

berpantun itu manusialah kerana makan nasi. Apabila ditanya kepada

satu agensi ke satu agensi macam itu.

Perkara yang keempat, beras edaran LPP yang dikatakan tulisan

NAFAS pada kantung plastik cap hijau tidak mendapat sambutan.

Kenapa? Orang lebih suka makan beras dalam guni biasa. Tolong

Page 77: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 76 -

kaji, kalau perlu kita adakan kilang guni, kita buat lah kilang guni.

Sebab dalam b u t i l plastik itu tidak masuk angin, mungkin beras itu

keringkah, lembabkah orang kata, tidak sedap. Sebab itu orang

kampung tidak begitu menerima penjualan beras LPP yang bertulis

NAFAS.

Dahulu saya pernah bercakap dan, bergurau-gurau dalam Dewan ini.

Rakyat dalam negara kita ini setahun memerlukan kain palikat entah

berapa juta helai. Mengapa Kerajaan tidak membuat kilang kain

palikat? Kalau tiada orang hendak buat, berilah saya pinjam $10

ju ta , saya buat kilang kain palikat. Jawapannya hari itu dikatakan

KIMA membuat kilang kain put ih. Ialah kilang kain putih sudah ada,

saya tahu. Kilang kain putih buat kain bati di Kelantan, di

Terengganu pun tidak cukup, sampai masalah pembat ik kita di

Kelantan, Terengganu pun menghadapi masalah dan hampir gulung tikar.

Saya soal, masalah kain palikat. Kita memerlukan kain palikat

setahun entah berapa juta. Kain palikat cap kerusi, kain palikat

cap gajah masuk ke sini yang menjual ke kampung-kampung itu ialah

pendatang-pendatang yang mempunyai pasport pelancong dari Pakistan,

Afghanistan, India juga menjual ke kampung-kampung. Ini dia masalah

kita. Cuba kita fikirkan.

Jawapan pada ketika itu akan diambil perhatian. Ini ada

hubungannya dengan perkara yang saya sebutkan iaitu orang-orang luar

yang datang kemari, bukan rakyat kita, yang datang melancong berjaya

ber ja ja ke merata negeri. Orang kita yang dapat rumah kos rendah

hendak bayar bulanan S70 tersangkut sampai 4 tahun sampai dapat

amaran hendak gantung, hendak kunci pintu daripada Pejabat Daerah.

Tetapi orang asing yang menjual kain daripada luar negeri merata

Page 78: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 77 -

kampung, minggu pertama berjalan kaki, minggu keempat dia beli

basikal, bulan yang kedua dia sudah beli Yamaha. Dia mampu sewa

rumah kos rendah ini dengan sewa $100 sebulan. Apakah Kerajaan

tidak ada sekatan? Dia ini datang melancong, pasportnya ialah

pasport melancong. Saya rasa tidak ada Kerajaan mengeluarkan

pasport sebagai penjaja kain, tidak ada. Atau pasport penjual

aiskrim, tidak ada. Tetapi mengapa orang ini? Kalau orang ini

boleh kumpul dui t , hantar duit balik ke negeri dia tiap-tiap tahun,

tiap-tiap bulan entah berapa ratus, kalau lama-lama habislah duit

kita. Itu congak rakyat bodoh, congak orang di masjid-masjid, di

surau-surau. Kalau pendatang haram misalnya yang ada dalam negara

kita ini 200,000 setiap bulan dia hantar balik duit ke negaranya,

setiap orang $200 kali 200,000 jadi berapa ju ta? Setahun berapa

juta? Kalau 10 tahun berapa bilion? Ini yang penjual kain, penjual

aiskrim yang penjual itu dan ini kalau dihantar balik ke negeri

sebulan $50, setahun berapa? 5 tahun berapa? Kalau orang ini

3,000; 4,000 orang, berapa ratus juta di sudah hantar balik ke

negeri mereka, lama-lama duit kita di sini akan menjadi kempis,

kantung kita akan menjadi kosong. Cuba tolong fikirkan. Dahulu

pernah saya bercakap. Kerajaan Johor satu masa dahulu membuat satu

Rancangan Tanah Belia di Segamat dan telah berjaya. Yang wanita

diberi 4 ekar, yang lelaki diberi 4 ekar dan orang-orang ini

dikahwinkan pula, dijadikan desa temu jodoh.

Kenapa rancangan ini tidak diteruskan? Daripada belia kita

tergila-gila dengan rocknya, yang sudah rock itu rocklah, yang

tergila-gila dengan snooker apa hendak buat kalau hendak dibetulkan,

Page 79: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DR.6.12.88 - 78 -

yang sudah hanyut dengan dadah. Masih ramai lagi belia-belia kita

yang mampu buat semua ini, mereka mampu. Diberi tanah untuk

diusahakan, digandingkan tanah ini sebelah beliawanis sebelah

belia. Berjaya sahaja kelapa sawit atau kokonya atau getahnya

keluar hasil, temukan jodoh mereka. Selesai. Pahala besar kita

menegakkan berapa masjid itu? Satu jodoh satu mas j id , kalau 400

jodoh 400 masj id . Ini semua kaumlah. Tetapi kalau anak muda

daripada kaum lain tidak mahu 4 ekar, tidak apalah, beri kepada kaum

Melayu sahaja 4 ekar.

Page 80: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6 .12 .88 - 79 -

Saya bercakap lagi sedikit mengenai dengan satu perkara yang

kecil tetapi sudah berulang kali saya sebut kepada Kementerian yang

berkenaan mengenai dengan Pejabat Pos Banting itu tolonglah buat

yang baru, sudah sesak sekarang ini. Perhentian bas MARA dekat

Banting itu jangan biarkan orang lama-lama berjemur menunggu bas,

nanti orang berontak, pilihanraya dekat hendak sampai. Perhentian

bas dekat Banting tak ada bangsal, sekarang bangsal sementara,

tolong tengok.

Saya pernah bercakap perkara lain dalam Dewan ini mengenai mesin

cetak khas diperuntukkan kepada Bahagian Hal Ehwal Agama, di Jabatan

Perdana Menteri, tak mahal, dalam satu juta atau dua ju t a supaya

Bahagian Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri ini boleh

mencetak kitab-kitab dengan huruf yang baik, tidak payah mencetak.

tempat lain, dia boleh terus kerja 24 jam macam Percetakan Negara.

Apabila saya sebut perkara ini ada hubungannya dengan kitab suci

Al-Quran yang didapati ada kesalahan sebanyak 19, sekarang ini masih

berleluasa, masih banyak. Jadi Kerajaan atau pihak yang tertentu

jangan cuma cakap Quran ini salah, jangan baca, kata dia macam

mana? Boleh katakan setiap masjid seluruh negara ini kalau ada

10,000 buah masjid masih ada Quran yang dikatakan salah. Ini tolong

segera diambil tindakan. Kalau hendak dikutip, kutiplah, sewakan

lori pungut semua sekali. Orang kampung hendak suruh bakar Quran

tidak, disembelih dia mahu, dengan sebab bakar Quran tidak. Itu

dia. Jadi kalau Quran ini tak boleh baca kerana ada 19 kesalahan,

pihak yang berkuasa kena ambil Quran itu bawa ke Pejabat Agama,

kalau hendak bakar, bakarlah, hendak tanam, tanamlah, itu

terserahlah. Orang kampung dengan sebab suruh bakar Quran tidak.

Kemudian diganti dengan Quran yang lain dengan Quran yang tak salah.

Page 81: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 80 -

Gerakan dakwah sudah disebut beberapa kali. Saya di sini hendak

mencadangkan di mana pelajar-pelajar kita di luar negeri hendaklah

ditempatkan seorang pegawai dakwah yang terlatih, pegawai dakwah

tarbah, yang boleh turun ke bawah, yang boleh campur dengan

anak-anak, jangan dia hendak haramkan serban dengan dia punya jubah

dekat situ, budak-budak pun dia tak campur, tak jadi. Jadi macam

kisah di New Zealand, tinggal anak, berzikir, semua ini, laporan

inipun sampai sekarang tak betul. Kisah bakar masjid dekat negeri

Pahang pun sampai sekarang kita pun tak dapat jawapan yang tugas.

Kita sudah bahas dalam Dewan ini mengenai dengan perkembangan-

perkembangan badan-badan dakwah pun tak dapat keputusan yang betul.

Harap supaya pihak-pihak yang tertentu dapat mengambil tindakan yang

segera.

Saya ingin menyentuh mengenai dengan satu seminar yang diadakan

sudah 4 tahun berturut-turut, Seminar Sofi Peringkat Kebangsaan.

Baguslah diadakan Seminar Sofi itu tetapi Seminar Sofi itu

ditentukan kepada mereka daripada pusat-pusat pengajian tinggi,

daripada pejabat-pejabat agama sama ada orang-orang ini beramal

tarikat atau tidak, itu masalahnya. Sebab itu salah seorang

pembentang kertas ker ja di dalam seminar itu pada tahun sudah

mengatakan bahawa tarikat ini satu tarikat secara fa lsafah , satu

tarikat amali. Jadi ada orang yang bercakap itu menyalahkan atau

membetulkan tetapi dia tidak beramal, yang satu orang ini pula dia

beramal, tidak tahu salah atau betul, berlarut-larutan sekarang.

Diadakan satu wawancara khas di TV pun tak tegas. Tegaskanlah mana

satu tarikat, bukankah sudah ada penyelidikan sudah dibuat. Masa

saya kerja dahulu pun saya sudah buat selidik, kalau ada 40 kumpulan

Page 82: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 81 -

tarikat dalam negara kita ada yang didapati menyeleweng, tak

menyeleweng, salah, tak salah. Katakan terus-terang bahawa tarikat

Shahbandiah yang ada di kampung ini salah, panggil kiainya, panggil

gurunya, panggil khalifahnya, beri penjelasan, macam itulah. Jangan

dibiarkan orang dalam terawang-awang.

Kemudian disebut pula di dalam satu ucapan mengatakan ajaran

songsang ini, ajaran orang salah ini kebanyakannya doa-doa dalam

bahasa Arab bercampur dengan bahasa Jawa dan bahasa Siam. Kenapa

mesti diberatkan sangat bahasa Jawa dengan bahasa Siam? Itu dia.

Kerana saya ini orang keturunan daripada "pateh keromo wijoyo", ini

yang seronoknya. Jadi takkanlah orang beramal dengan "semor

semingsing" itu boleh terima satu tarikat yang salah? Orang Jawa

juga punya jampi tetapi jampi itu mujarab, "bismillahir-rahmanir-

rahim", "nong a i tu ko sitong, gunung isinya batu nongkoi isinya

beton". Ketuk lantai, budak yang kembong perut itu boleh kentut.

Itu dia. Adakah itu menyeleweng? Orang tua ini main-main "nong

situ ko sitong, gunung isinya batu nongkoi isinya beton". Dia ketuk

lantai 3 kali, budak itu terkentut, langsung hilang kembong,

tengok. Tetapi bacaannya "bismillahir rahmanir rahim" sebab apabila

disebut ini orang-orang yang sekuturunan dengan saya ini bertanya.

Jadi kalau begitu jampi serampah "jawo ni kuapek salah", semua

salah, semua menyeleweng. Ini dia. Sebab dia beratkan begitu.

Misalannya, Tuan Yang di-Pertua, di dalam manakit kiai agung

Kiai Suhaimi yang dipegang oleh Arqam dalam Aurad Muhammadiah, saya

ada kitab manakit kiai agung itu tetapi saya tidak beramal dengan

itu, saya ada kitabnya, tak menyebut pun yang Kiai Suhaimi itu ada

bersalam dengan Rasulullah di Baitullah, tak menyebut pun dalam

Page 83: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 82 -

manakit yang asli itu mengatakan Kiai Suhaimi tadi menadah tangan,

anggur turun dari langit, waktu gotong-royong tak ada,

ditambah-tambah. Jadi bila tambah-tambah timbullah penyelewengan,

patut diharamkan. Saya setuju itu kerana memalukan, memburukkan

nama orang alim. Jadi pengikut yang lain tak tahu. Ini kita kena

terangkan.

Tuan Yang di-Pertua, ini bab lain, cerita itu saya pendek-

pendekkan, saya tak mahu cerita panjang-panjang. Dahulu jeti Pulau

Tioman runtuh. Orang kata patutlah jeti Pulau Tioman sudah berapa

puluh tahun, dibuat masa penja jah , runtuh kena pukul ombak. Saya

pun bawa cerita jet i ke Pulau Lumut itu kenapa tak dibaiki. Jawapan

Menteri masih kukuh lagi, dalam Dewan ini waktu Soal Jawab itu

sedangkan jeti ke Pulau Lumut itu sudah senget, jawapan Menteri

masih kukuh. Ini yang saya hairan. Dia hendak tunggu jet i ke Pulau

Lumut dekat Kastam lama Port Klang itu runtuh, baru kata, ya,

betul. Jangan macam itu. Takdir Tuhan jeti Pulau Pinang yang

"amruk". "Amruk" itu runtuhlah. Kita tengok, mengapa ini berlaku.

Macam baru-baru ini heboh mengatakan empangan air di Hulu Kelang itu

retak merkah, sibuk buat siaran, jawapan tak ada apa-apa, kukuh,

kukuh, kukuh, tetapi Kuala Lumpur banjir juga. Barangkali air

daripada empangan Hulu Kelang itu dia tak lalu atas, dia lalu bawah

sebab yang merkah di bawah. Itu dia . Tolong tengok. Itu kajian

saya sebab yang kukuh di atas, permukaan atas, memanglah kena panas

nampaklah berkilat, cantik, air meresap bawah, tiba-tiba

terbongkar. Sejarah empangan pecah Kuala Kubu sudah berlaku, jangan

main-main. Tolong tengok, jangan jawapan itu kadang-kadang

menyedapkan, ketawa, satu hari pula kita nanti akan ditanya.

Page 84: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 83 -

Berbalik satu bab yang lain, 14 orang menjadi korban keracunan

makanan di Perak - kanak-kanak. Sekarang berapa banyak ada makanan

berbungkus di merata kedai-kedai, di kantin sekolah dengan tidak ada

sekatan. Cucu Tuan Yang di-Pertua tak tahu entah berapa belas orang

yang tiap-tiap hari mengunyah makanan-makanan ringan di kantin

sekolah. Tuan Yang di-Pertua kena jaga, ada makanan itu yang sudah

lewat masanya pun masih dijual, nanti keracunan anak kita dan

mengapa keracunan ini hanya kepada kanak-kanak sahaja. Tidakkah

kemungkinan satu hari ubat-ubat penahan makanan ini akan masuk ke

perut orang-orang dewasa seperti kita. Mungkin usus budak-budak ini

belum kuat, jadi dia tak tahan, dia muntah, begitu-begini, membawa

maut. Bagaimana dengan makanan-makanan yang dijual . Jadi maknanya

pemeriksaan perlu dijalankan di kantin-kantin sekolah terutama

sekali, jangan korban yang berlaku di Perak itu kerana kebetulan

terkena kepada anak-anak kaum Cina, kami orang Melayu tak sedih?

Sedih Yang Berhormat, kami orang Melayu sedih. Kami turut sedih

mengapa ini berlaku.

Page 85: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 84 -

Sudah sedih fasal kematian, Melaka buat pesta, Karnival Negri

Sembilan di Port Dickson, Selangor di Shah Alam. Kenapa banyak

sangat pesta dianjurkan dalam negara kita. Ki ta hendak suruh rakyat

kita ini berpesta-pestaan sahajakah? Selepas pesta karnival,

selepas selesai pesta Salangor, pesta banjir melanda, tengok, ini

dia, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, janganlah dalam keadaan ekonomi

kita meleset, kita suruh rakyat berpesta, malangnya yang suka sangat

berpesta ini orang saya, orang Melayu. Untungnya pula yang suka

berjualan di pesta ini orang Cina, memanglah orang Cina suka dengan

berpesta, dia hendak buat untung, orang Melayu yang pergi berpesta,

membeli sahajalah. Jadi, sungguhpun pesta itu ada pihak yang

untung, ada pihak yang rugi, ada satu pihak yang memikin mengapa

mesti banyak sangat pesta. Tidak cukup naik dengan layang-layang -

orang Kelantan punya layang-layang, wau bulan. - naikkan" belon" yang

paling besar gunakan gas. Jadi orang kampung ini seolah-olah betul-

betul macam keturunan Sakai, "Oh, besarnya belon". Kita t i pu , rakyat,

kita menengok belon semacam itu.

Tuan Yang di-Pertua, ini bergurau tetapi gurau ini betul. Kita

buat lebuhraya dengan modal beribu-ribu ju ta , beratus juta, suruh

orang cepat, laju. Tetapi kenapa apabila laju kena saman. Ini

orang suruh saya tanya kepada Menteri. Buat lebuhraya suruh orang

laju sebab ahli-ahli perniagaan hendak cepat, daripada Kuala Lumpur

hendak sampai Air Keruh dalam tempoh 25 minit. Ini business hendak

tangkap tender, hendak masuk tender semua sekali, tiba-tiba sampai

dekat Senawang kena tahan, "Encik lari lebih daripada 110-120 Km

Sejam, kena kompaun". "Tidak boleh tolongkah?". "Tidak boleh, tidak

boleh tolong". Ini kenapa? K i t a ada 3 lorong - lorong yang tepi

Page 86: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 85 -

untuk orang yang perlahan macam saya bawa kereta Morris Minor,

perlahan; lorong yang kedua itu lorong hendak memotong; lorong yang

ketiga itu lantak dialah, dia la ju, dia hendak mampus - mampuslah,

dia punya fasal. Dia laju, dia mampus , hendak salahkan siapa?

Sepatutnya begitu, ini kata orang yang gila-gila ini tadi. Apa

fasal? Ki ta hendak cepat, kita bayar tol, tol bayar, cukai bayar,

kita laju pula dikenakan bayar, tidak patut.

Ini pilihanraya dekat hendak sampai, semua orang hendak pergi

kempen hendak cepat , hendak pergi kempen cepat ini bukan orang UMNO

sahaja, MCA mahu, DAP pun hendak cepat. Jadi kalau cepat hendak

pergi kempen, kena kompaun, ini kenapa. Sepatutnyalah, kata orang

itu, jadi saya pun cubalah cakap, sepatutnya tidak adalah kompaun

sebab lari laju, hendak laju, lajulah selaju-lajunya; kalau mati,

tanggung sendiri. Bila kita menyeberang feri Kerajaan, kalau berlaku

apa-apa kemalangan, tanggung sendiri. Lebuhraya ini had lajunya

120 Km sejam, siapa lebih daripada itu, kalau kemalangan, tanggung

sendiri, habis cerita, tidak ada kompaun. Sepatutnya begitu. Kalau

tidak patut begitu, tidak apalah, teruslah, orang marahlah.

Lain cerita. Suratkhabar heboh menulis 2 orang KSU letak

jawatan kerana siasatan rasuah. Jadi Union pun, orangramai pun ber-

cakaplah, kenapa apabila sampai dekat ular naga, dituCup fail ;

sampai dekat ikan bilis, disiang, dipicit, dikeluarkan tahinya,

disekah ekornya, diratah tulangnya. Sampai tentang naga, dibiarkan

berlalu, sudah resign - sudah, ini tidak patut. Lepas itu jawapan

besok, "Oh, tidak, fail boleh dibuka", tetapi sesudah terlanjur

cakap, macam kita di dalam Dewan ini sesudah terlanjur cakap, orang

bantai juga , sudah terlanjur kita cakap, fail d i tu tup , orang

Page 87: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 86 -

bantailah. Sepatutnya perkara yang macam itu jadi rahsia Kerajaan,

itu sepatutnya, jadi rahsia, jangan keluar dahulu. Jadi bila sudah

macam itu sudah bukan rahsia, orang tahu. Jadi rakyat sekarang

memekik, Ahli Dewan memekik, rasuah menjadi-jadi, rasuah menjadi-

jadi. Kalau koperal yang rasuah $1.00 buang ker ja , kalau prebet

yang rasuah 32.00 buang kerja. Kena yang besar, tutup fai l . Ini

tidak betul, tolong betulkanlah,

Saya sanjung tinggi usaha BPR selama ini, saya sanjung tinggi

betul tetapi kenapa perkara yang semacam itu boleh keluar dalam

suratkhabar, suratkhabar tulis, orang baca, jangan buat .

Perkara lain, kita mahu anak-anak muda ini ada kegiatan yang

sihat, ada bersukan, berjogging, pergi picnic, berkayak, macam-

macamlah, sukalah. Tetapi ada satu badan dalam negara kita ini yang

perlu bantuan untuk anak-anak muda kita daripada sekecil-kecilnya

kepada yang dewasa, mengadakan satu kumpulan yang sihat iaitu

pertubuhan Pengakap. Ekonomi kita sudah pulih, tolong bantu badan

ini. Kementerian yang berkenaan, kalau tidak ada Menteri yang lain,

Menteri Kewangan saya minta tolong beri pertubuhan Pengakap Malaysia

ini, tolong beri dia duit $2 juta , $3 juta untuk kegiatannya.

Potong sedikit peruntukan hendak melebarkan lebuhraya yang orang

lari laju itu, hantar kepada Pengakap, susah sangat. Ini gunung

ditakuk, tampal rumput, runtuh juga. Gunung ditakuk, letak dawai,

runtuh juga; gunung ditakuk, entah hendak letak apa, runtuh juga.

Itulah buat jalan tidak baca Bismillah! Tidak berhantakah tempat

itu? Tempat itu berhantu, dipindahkan dia dahulu. Ini makhluk

Allah taala ini ada yang jah i l , ada yang halus, dia pun berumah-

tangga di s i tu , rumah tempat anak-anak dia, anak dia pun ada main

Page 88: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 87 -

papan gelongsor. Sudah kita buat jalan di situ tidak minta tabik

dengan dia, "Tok nenek, cucu hendak buat lebuhraya, tolonglah cicit-

cicit ini pindahkan papan gelongsomya". Tidak cakap macam itu,

habis digelongsomya lebuhraya kita. Ya, tidak percaya belajar

ilmu-ilmu yang semacam ini, bercakap dengan manusia halus ini, dia

menjawab dan ki ta boleh bercakap.

Tidak usah cerita banyak, siswazah menganggur. Menteri jawab

semalam 12,175. Saya hendak bangun tidak sempat, dia sudah duduk,

memang nasib baik. Kalau sempat saya bangun, berpeluh dia menjawab

soalan tambahan di dalam Dewan ini semalam. 12,175 siswazah

menganggur, ini baru satu tahun punya keluaran daripada 6 pusat

pengajian tinggi. Masalah pengangguran yang berlaku di kalangan

siswazah ini sudah 5 tahun, 6 tahun. Saya minta jawapan yang betul,

bukan saya hendak cakap dekat luar, siswazah menganggur 60,000,

tidak. Saya cuma hendak minta tolong jawab angka yang betul, berapa

siswazah menganggur dalam negara kita sejak 5 tahun, 6 pusat

pengajian tinggi, tolak yang balik daripada luar negeri entah berapa

banyak, berapa ribu tolong cakap betul-betul, susahnya minta cakap

betul-betul pun. Yang saya sedih, Tuan Yang di-Pertua, di luar

orang bercakap Menteri Pelajaran kita Anwar Ibrahim telah membuat

satu jenayah yang paling berat dan halus, membiarkan siswazah-

siswazah ini menganggur, ini jenayah halus yang dibuat oleh Anwar

Ibrahim, ini yang saya hendak jawab di luar, Saya sayang kepada

Menteri Pelajaran, saya sayang kepada Anwar Ibrahim, sebab itu saya

hendak tanya, tetapi kata 12,175, munasabahkah ini? Tolong jawab

betul-betul, katalah kalau 40,000, cakap 40,000. Jadi kita boleh

syorkan dalam Dewan ini supaya Kerajaan buat skim, keluarkan duit

Page 89: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 88 -

simpanan. kita, buat skim, selamatkan anak-anak ini. 12,000 - UM

keluar 2,000, UKM keluar 2,000, UPM keluar 1,600, USM keluar 1,800,

UTM Skudai keluar 2,000, UIA keluar, itu sahaja sudah dekat 10,000.

Tahun ini, tahun sudah, tahun dahulu, tahun tulat, tahun tubin, 5

tahun sahaja, tidak usah yang dahulu. Jadi kalau 10,000 kali 5 tahun

sudah 50,000.Saya bercakap iai bukan kerana anak saya, memang anak

saya ada yang menganggur, anak tuan-tuan banyak yang menganggur,

itulah sebab tanya, jawablah betul-betul. Tetapi kalau sudah memang

betul 12,175 senanglah, tidak jadi masalah. Jadi kalau 12,175 yang

menganggur ini, kalau cuma itulah, senang. Saya syorkan serapkan

kepada Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan dalam

bahagian khasnya, serapkan siswazah ini menjadi pegawai penerangan

Kerajaan, menerangkan polisi Kerajaan." kepada" r a k y a t . Yang bercakap

ini BA, MA, Sastera, Sains yang tidak laku di t e m p a t lain, jadi

pegawai penerangan.

Page 90: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN 6.12.88 - 89 -

Apa susah, Tuan Yang di-Pertua, beri gaji $600, $700, $800,

$1000 dia bercakaplah, "Tuan-tuan mesti percaya bahawa yang cakap

ini adalah B.Sc. (Bachelor of Science) bahawa yang bercakap ini

adalah B.A. Sastera." Apa orang kampung tidak percayakah? Lo! yang

cakap orang universiti kok tak betul, ya betul. Ini dia. Apa susah

sangat, jadikan dia pegawai-pegawai dakwah, juru t ab l igh , beri dia

gaji, ajak anak-anak muda mendidik orang muda suruh dia round dekat

Pusat Dayabumi tempat anak-anak muda melepak itu. Kalau cuma

12,000, jadi kalau Kementerian Penerangan perlukan satu mukim satu,

satu kawasan Dewan Undangan Negeri satu, kita memerlukan lebih

kurang 1200 orang, yang lainnya masukkan ke dalam Jabatan-jabatan

lain habis cerita 12,000, tetapi kalau besok bukan 12,000, kata

masih ada lagi ini jawapan tidak betul.

Tuan Yang di-Pertua, kita kata suruh orang jangan minum air

perigi, kotor kalau lepas banjir jangan minum air sungai, tapis

dahulu ada kumannya, ada bakteria, itu ini, itu ini. Tetapi bekalan

air yang disediakan oleh Jabatan Bekalan Air ini pun selalu kotor,

tidak tahulah entah paip yang kotorkah atau memang periuk di rumah

yang kotorkah atau air sungai yang disedut itu sudah kotorkah, mana

yang satu, yang tidak betul, yang kotor tidak tahu. Tolong tengok

sebab yang minum ini bukan orang kampung sahaja, bukan

pekedai-pekedai sahaja, semua orang minum terlibat minum air kotor,

di mana salahnya penapis bocorkah atau apa?

Tadi saya sudah sebut mengenai dengan peniaga-peniaga kecil

daripada orang-orang asing, peniaga-peniaga kecil daripada

Page 91: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN 6.12.88 - 90 -

orang-orang asing yang mengambil peluang berniaga.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya masuk satu perkara lagi

mengenai dengan pelacur-pelacur asing dan pengemis-pengemis.

Sedarkah Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini pelacur-pelacur

daripada negara-negara asing menyerang masuk, menyerbu ke

bandar-bandar dalam negara kita? Saya tidak pergilah tempat pelacur

itu, tetapi saya ada kawan-kawan yang ada pergi dan memang ada

tugasnya pula mencegah maksiat pelacur. Dia ini bercakap bawa us taz

ke dalam Dewan, disuruh saya bawa ini dia, kawan saya yang bertugas

sebagai Pencegah Maksiat pelacuran seperti Polis dan Pejabat Agama,

tolong bawa, makin bertambah, makin menjadi-jadi pelacur-pelacur

datang daripada negara-negara asing. Duduk sedap sangatkah dia

ini? Ini macamana? Sedap sangat duduk di sini bukan sedap itunya,

Senyum sahaja dengar macam itu. Sedap sangatkah dia duduk di sini,

maknanya mudah dapat duitkah dia ini? Barangkali mudahlah dapat

duit, barangkali satu hari dia boleh dapat sampai $100-$200 kalau

sebulan di sini kalau pasport dia matipun d ia-pergi ke Imigresen

boleh baharui pasport dengan tidak tahu cara macamana wuallahualam

bisawab, itu sama-sama kita faham, kenapa? Selain daripada dia

pelacur itu melacurkan dirinya mungkin dia akan buat

kegiatan-kegiatan lain, macam-macam kegiatan dia boleh buat. Sudah

bab lain.

Sebagai orang Kerajaan, menyokong Kerajaan saya suka tengok TV

siaran Rangkaian Satu, sebab itu barangkali yang lebih banyak

merupakan siaran bagi pihak Kerajaan dan kalau radio pun yang

peringkat ini ialah Gelombang Nasional. Tetapi kenapa TV Channel 1

Page 92: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN 6.12.88 - 91 -

ini selalu kelabu, rosak putus tersangkut tergendala radio yang

gelombang kebangsaan inipun macam ini juga, kenapa? Ada apa-apa

sabotaj atau sudah memang tidak hendak kerjakah? Itu yang

juruhebahnya berceloteh, yang juruhebahnya semalam juru

penerangannya lawan sama Kerajaan dia kalah itu jangan marahlah

kalau kerana itu buat sabotaj , siaran tidak betullah, tidak setia,

SEMARAK bersama rakyat , jangan awak yang memulakan SEMARAK,

tiba-tiba kes awak kalah di mahkamah awak buat ini tidak betul lah,

tolong tengok sedikit.

Saya tidak mahu bawa kisah Santan Berlada, Drama Hang Setia,

semua bagus belaka, siapa hendak tengok-tengok, tidak mahu tengok

tutup, habis cerita, hendak buka radio tidak mahu dengar celoteh

juruhebah - padam, habis cerita, semua kita kata tidak bagus, tetapi

Menteri kata bagus hendak cakap apa? Tentu Menteri lebih daripada

kita. Kita bawa pendengaran orang ramai, orang ramai kata apalah

drama, lebih baik tengok drama Jepun, macam tadi soalan kenapa TV3

itu lebih dapat tarikan, jawab Menteri dia kata kita punya lagi

baik, baik hendak cakap apa?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pergi ke tempat lain. Baru-baru

ini satu pengisytiharan baru yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat

Tuan Abdul Ghafar mengenai dengan surat hak milik tanah kepada

peneroka PELDA. Dalam Dewan ini sejak 6 tahun dahulu saya sudah

bercakap, daripada saya duduk di hujung sana pindah-pindah sampai

hujung sudah hendak habis. Saya bercakap bahawa peneroka-peneroka

FELDA ini tidak mahu saham, tidak mahu blok, tidak mahu itu, dia

hendak geran hendak surat .hak tnilik namanya ditulis di situ 'Kormo

bin Dar jo ' atau 'Ngah Ramli bin Kulop Lonjong' dia hendak nama itu.

Page 93: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN 6.12.88 - 92 -

Oh! tidak boleh-tidak boleh hendak mengajar rakyat kita dengan

sistem saham, jawab berfa lsafah panjang. Apabila orang FELDA

sudah mula hendak tunjukkan begitu-begini, bagus, yang sudah -

sudahlah, jawapan yang sudah itupun saya tidak mahu ingat lagi.

Jadi Yang Amat Berhormat Tuan Abdul Ghafar sudah buat keputusan

begitu, bagus saya ucapkan terima kasih. Tetapi apa yang saya minta

itu seperti pernah saya sebutkan, banyak rakyat dalam negara ki ta

ini yang sudah dapat tanah 20 tahun, 30 tahun tidak ada surat hak

milik. Jadi jangan ini jadi macam itu, kalau boleh dicepatkan

supaya mereka tidak tertunggu-tunggu.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita dengar ada satu kumpulan

pelajar kita yang tidak mahu lagi mengaku jadi rakyat Malaysia.

Hendak jadi rakyat antarabangsa, inipun ganjil juga, diberi duit

suruh belajar sampai ke Mesir, cari serban putih pakai tarbus merah,

sampai sana tidak mahu mengaku rakyat Malaysia hendak mengakui

rakyat antarabangsa, tidak tahulah di mana silapnya. Kemudian

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun bercakap dekat Ijtimak Ulama

hendak mencari pemimpin-peraimpin pelapis, jangan mudah percaya orang

berserban, orang berjubah, orang berserban itulah ulama, ini Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri berucap dekat Ijtimak Ulama di Kelana

Jaya.

Tuan Yang di-Pertua, kita hendak menimbulkan, hendak

mendatangkan, hendak mengumpulkan, hendak mendidik rakyat atau

orang-orang menjadi kumpulan ulama-ulama yang sebenar ulama-ulama

yang 'waritsatul ambia' ulama-ulama yang tidak mementingkan diri,

tidak mementingkan demi menjaga keperluan, juga untuk menghidupkan

Page 94: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN 6.12.88 - 93 -

syiar Islam, sedangkan sekarang kalau kita pandangan berapa ribu

dari negara kita ini yang sudah balik bertitle ulama, dari Mekah,

Mesir, Madinah, daripada Sudan daripada Libya - banyak. Tak usahlah

kita kira tentang pakaian dan rambut, tentang kasut dan kereta,

tentang cara hidup dan cara makannya, tidak usah kira bicara itu

kerana Islam tidak melarang itu semua. Tetapi ketahuilah bahawa

masyarakat kita ini masih memandang corak itu.

Jadi apa yang saya hendak syorkan di sini, iaitu supaya Kerajaan

mengkakji sistem pondok yang ada di Kelantan, di Bachok ini kalau

bagus hidupkan di negeri-negeri lain, melalui Bahagian Agama Jabatan

Perdana Menteri janganlah jawab nanti ini terserah kepada Jabatan

Agama Negeri-negeri, itu jawapan 20 tahun dahulu. Jawapan sekarang

ini kalau kita hendak buat, kita buat, Pejabat Agama Negeri insya-

Allah boleh menyokong dan menerima, bagi tanah 20-30 hektar, buat

satu pondok macam yang di Bachok, Kelantan itu tiap-tiap negeri

di situ dipimpin, hafaz Qurannya, qarinya, ilmu fekahnya semua

sekali akan menjadi orang alim yang sebenarnya menjaga kepentingan

agama, didik dia selama 10-12 tahun.

Page 95: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 94 -

Itu sahaja syor saya supaya kita tidak meraba-raba hendak mencari

ulama pelapis. Ini ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada

25hb November di Ijtimak Ulama. Saya catitkan 25hb November supaya

jangan Tuan Yang di-Pertua salahkan saya 25hb November, 1988 Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri minta kita cari jalan yang saya

nampak selain daripada hantar ke Mesir, ke Mekkah, ke Libya, ke

Sudan, Afr ika dan sebagainya, kita boleh buat ini semua, sebab

mengaji ini tidak perlu jauh Kita-kitab itu juga. Cuma sana bahasa

lain di sini bahasa lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya bertanya di dalam Dewan ini kepada

Timbalan Menteri Perusahaan Utama, kalau tidak salah mengenai

penjualan minyak sawit. Kenapa negara kita tidak menghantar

rombongan rasmi ke Iran. Menjual maknanya menjual minyak sawit kita

menawarkan minyak sawit kita bagus, ke sana, begitu, begini. Jawapan

memang ada, satu rancangan menghantar satu rombongan yang diketuai

oleh seorang Timbalan Menteri, saya tahu cerita itu, tetapi saya

tidak sambung, cerita itu ialah Timbalan Menteri berkenaan seorang

Islam yang hendak dihantar ke sana Iran tidak mahu terima. Kemudian

hendak hantar pula seorang Menteri wanita pula. Iran pun susah

juga, Tok Sheikh sana hendak berbual dengan seorang Menteri wanita.

Hantar seorang Menteri yang beragama Islam yang berjanggut, yang

bermisai, yang macam orang Iranlah. Kalau hendak cari, kawan saya

pun boleh pergi dengan Timbalan Menteri Kewangan sama-sama berjang-

gut , jadi Iran tengok pun syoklah sama, beli minyak kita entah

berapa juta tan metrik. Sebenarnya kita tidak perkenalkan minyak

Page 96: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 95 -

kita ke sana. Ini saya dapat sumber yang sah, swasta sudah meng-

hantar- pegawai mereka duduk di sana, berbulan-bulan menjual minyak,

swasta tetapi Kerajaan tidak. Swasta menjual minyak ke Iran melalui

negara kedua, bukan terus daripada Kuala Lumpur, daripada Kelang

pergi ke sana tidak, ini dia. Sebab itu minyak kelapa sawit kita

mungkin yang sampai kesana mahal, sebab melalui negara kedua,

sedangkan kita ada saluran diplomatik, kita terus jual. Kita tidak

buat, lambat atau ada sabotajkah dalam itu, itu dia, saya hendak

tanya. Jadi cepatlah. Jangan sampai orang di sana tertunggu-

tunggu, mana orang "Malayzia".

Pada raasa ini bolehlah kita gunakan "Malayzia" Tetapi tidak

usah tulis balik dekat bangunan kita. Sebab kita ada Malaysia bukan

Malayzia. Ha, kenapa kita mesti merubah-rubah begitu. Kalau hendak

buat cantik-cantik boleh tetapi ini sebenarnya musim cuti sekolah,

anak-anak bertanya. Anak-anak bertanya, kita boleh tulis markas itu

markas Islam Malaysia. Orang Arab menyebut Malayzia, Itu dia punya

lidah, pelat dia.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam membahas Akta Belanjawan yang

dibentangkan oleh Menteri Kewangan, banyak perkara-perkara yang kita

boleh sebut.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang saya hendak

sebut meagenai Kementerian Pertahanan masih banyak lagi askar kita

yang duduk di rumah sewa. Ini telah dijanjikan 4, 5 tahun dahulu,

kita masa Pak Lah menjadi Menteri Pertahanan, hendak buat skim

projek perumahan kepada askar-askar kita, tidak payah menyewa. Ini

bukan masalah duit sewa kita rugi tetapi masalah strategi. Strategi

sewanya ada di situ. Ini komunis, dia tidak payah tahu ke mana

Page 97: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12,88 - 96 -

platon ini pergi, sambil dia jual ikan, dia boleh tanya Cik Minah,

suami awak pergi mana, orang perempuan, Kopral ini pergi operation.

Berapa hari, tiga minggu, dia pun tahulah, mana pergi operation, dia

pergi Bentong. Dia tahulah, Bentong kena ambush di Bentong,ka lau

dia duduk dekat rumah khas Angkatan Tentera tiada siapa boleh masuk,

yang boleh berjual dekat situ pun orang askar juga, tentera juga,

selamat kita. Ini dari segi sewa takkanlah sampai itu pun saya

hendak cakap. Tetapi kerana perkara ini lama sangat sudah saya

tengok banyak sangat private-private kita, Koperal-koperal kita yang

menongkah basikal, menyewa dekat rumah-rumah haram, kalau dekat Port

Dickson, dekat kampung-kampung, malu, sedangkan bangunan lain dekat

tepi kawasan kem di Port Dickson itu menongkat langit, askar kita

menyewa dekat bawah-bawah pokok-pokok getah, celah-celah reban ayam,

kampung baru Si Rusa, m a l u - k i t a , tolong Tuan Yang di-Pertua; pihak

yang berkenaan mengambil perhatian dalam perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bercadang untuk bercakap lebih

panjang, kalau hendak bercakap lagi boleh, tetapi sudah terlanjut

bercakap ini, saya hendak sambung banyak orang menunggu sebab itu

saya mula bercadang hendak bercakap yang akhir kalau sudah tidak ada

orang, yang saya hendak bercakap tetapi kalau sudah bercakap, saya

tidak berhenti, orang lain marah, hari itu telah diputuskan kita

semua hendak beri sama-sama, jadi saya minta-maaf kepada Ahli-ahli

yang lain kerana saya mengambi1 masa lebih sedikit pada petang ini

dan ini kali yang akhir saya bercakap dalam Dewan ini, dalam

membahaskan Belanjawan ini.

Saya berharap, saya berseru kepada Kerajaan, kepada tenaga

pelaksana, pegawai-pegawai tinggi, pegawai-pegawai rendah, marilah

Page 98: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6,12.88 - 97 -

kita bulatkan tekad kita bahawa setiap kali Belanjawan mi

dibentangkan untuk diluluskan duit itu adalah amanah negara kepada

kita, satu sen itu adalah amanah kita. Jadi kalau $13,000 billion

itu untuk pengurusan, maka itulah gaji dengan elaun, imbuhan ki ta ,

yang lain $8,000 billion itu untuk pembangunan, itu tanggungjawab.

Janganlah diselewengkan walau satu sen pun.

Di akhirat kita akan ditanya, kalau setiap tahun kita sangkut,

setiap tahun kita sangkut, lama sangat tugas ini kalau kita beker ja

20 tahun, 20 tahun tersangkut, 20 tahun, 20 kali soalan tolonglah,

makna dengan itu dapat kita menyelamatkan dapat kita menunaikan

kehendak-kehendak khidmat cemerlang, bersih, cekap, arnanah, produk-

tiviti yang baik, macam-macam kita punya slogan dalam negeri kita

ini. Pokoknya ialah apabila Belanjawan ini diluluskan oleh Dewan

ini direstui oleh Yang di-Pertuan Agong kita boleh belanjakan baik-

baiklah bawa satu sen itu adalah amanah daripada negara, amanah

rakyat dan kita akan ditanya. Kita akan ditanya besok kenapa kita

selewengkan satu sen, kalau satu sen, kalau $1, kalau $10, kalau

sampai $10 ju ta . Jadi Malaikat zahir adalah BPR, dikejarlah kita

dan apabila dikejar susahlah.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara tertinggal, apabila keadaan

semacam itu berlaku, itulah dia sampai berlarut-larut di mahkamah

sehinggakan di mahkamah sekarang tni ada lebih 300,000 kes yang

tertangguh. Hendak sambung cerita lagi sehingga berlaku pecat

memecat di pihak anggota Kehakiman, kita pun malu. Saya malu,

kita sama-sama malu mengapa negara yang begini muda, negara kita ini

muda baru 31 tahun merdeka berlaku perkara seperti itu.

Page 99: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 98-

Kita harap tindakan ini tidak akan berulang. Kalau ada

kejujuran, rasa toleransi, rasa tanggungjawab, insya Allah kita akan

selamat melayarkan bahtera negara kita 300,000 lebih kes ditangguh

di mahkamah. Mahkamah masih belum dapat menjalankan perbicaraan

dalam Bahasa Malaysia, yang menjadi Majis tret Melayu, yang mendakwa

Inspektor Melayu, yang didakwa orang Melayu dari kampung, pakai

basikal, naik motor, tidak ada brek, tidak ada lampu, disoal jawab

dalam bahasa orang putih. Apa kita ini bicara dekat California,

atau dekat Banting. Itu dia.

Kadang-kadang saya pelek bicaranya di Batu Pahat, yang kena

tangkap itu Wak Kasman, yang menyoal ini Inspektor misalannya nama-

nya Abdul Syukor, yang jadi Maj is t re t itu kalau perempuan itu nama-

nya Kamariah. Ketiga-tiganya Melayu, bolehkah ditanya dalam bahasa

Inggeris minta penterjemah, yang jadi penterjemah saudara Yang

Berhormat Balaram. Ha, itu dia, tiga orang Melayu terlibat, si

pendakwa, si didakwa yang memutuskan, panggil satu orang India

menjadi Jurubahasa, bukankah ganj il. Macam fi lem Hindustan

[Ketawa]. Tolong betulkan ini.

Tuan Yang di-Pertua , tempat kita ini berlaku macam itu. Malu.

Saya teringat ini banjir di Kelantan, di Terengganu, sudah mula

pulih. Tempat kita ini akan banjir , ini di Sri Medan. Bulan

Disember, bulan Januari ini tenggelam, tiga bulan janj i kata hendak

dalamkan Sungai Batu Pahat, hendak buat tebing, hendak gali parit ,

apa pun tidak ada. Jambatan yang dibuat pun tidak siap-siap dekat

Sri Medan, kenapa ini. Dahulu saya kata jambatan itu melengkung,

sudah dibuatkan jambatan bawah, sudah buat jambatan bawah, sudah

siap, sudah siap jambatan batu konkrit, tidak boleh guna pula, macam

mana.

Page 100: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 99 -

Hendak dikatakan. Menteri kedekut, Dato' Samy Vellu minta sahaja -

dia ini asal d i jek , minta dapat. Ampu sahaja, bodek dia, minta

- dapat. Tetapi kenapa Jambatan Sri Medan, sampai Yang di-Pertuan

Agong sudah pergi tengok, sampai sekarang tidak digunakan. Beribu

anak murid gunakan jambatan pergi Sekolah Menengah Tengku Mahkota.

Saya balik ke sana, saya tengok orang kampung, mengapa begini.

Kita kata 70% - 80% penduduk luar bandar sudah dapat bekalan api,

air, jalan yang baik - hapah. Pergi kawasan Parlimen Sri Gading,

kawasan Parlimen Batu Pahat , kawasan Parlimen Parit Sulong, tengok

kawasan Parlimen Air Itam. Ini takir kawasan Parlimen yaag biasa

sangat saya pergi tengok. Tidak usah kata hendak pergi Terengganu,

pergi Kelantan, Ulu Kelantan atau Grik semua. Tidak usah cerita

jauh. Di tempat ini memang senang kita tengok, tempat orang beli

nanas, dapat beli pisang salai. Jalan masih tanah gambut, air paip

tidak ada, elektrik jauh sekali. Itu fasal ikan boleh naik atas

darat, pilihanraya kecil di Parit Raja. Nasib baik dia mabuk, dia

kalah. Adakah hendak tunggu ikan berenangkah?

Kawasan Dato' Hussein Onn dahulu, kawasan Perdana Menteri ,

sudah 31 tahun merdeka masih banyak lagi kampung yang tidak merasa

batu putih. Tidak usah katakan marble, tar , batu merah itu pun

tidak merasa lagi, gravel pun tidak merasa lagi. Tidak usah hendak

katakan air dalam besi, api dalam kaca, tekan tepi, tengah

menyala, tidak usah harap. Masih banyak lagi yang belum dapat,

kenapa ini. Apakah kerana kawasan itu kawasan-kawasan Menteri,

Timbalan Menteri maka semakin lama semakin dibiarkan. Itu bukan

orang Melayu sahaja duduk di situ Cina ada, India ada, saya cakap

Page 101: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 100 -

untuk semua kepentingan kaum. Hospital Batu Pahat sudah uzur hendak

runtuh, bila hendak bua t , tanah sudah ada dalam 40 ekar , tidak

tegak-tegak juga. Hendak tunggu anjing tidur sama-sama dengan

pesakit dekat katil. Hospital Batu Pahat itu begitu teruk. Bila

hendak buat? Menteri Kesihatan pun orang baik, insya Allah,

insya Allah, insya Allah. Kalau kita tanya - insya Allah, tetapi

entah apakah maknanya insya Allah pada dia pun saya tidak tahu.

Kali ini saya minta betul-betul dia kata insya Allah Hospital Batu

Pahat akan dibuat pada tahun 1989. Macam itu barulah insya Allah

Menteri Kesihatan. Dia pun orang baik juga. Kita picit dia,

insya Allah, dia akan beri.

Lapan ratus juta ringgit diperuntukkan untuk pembangunan luar

bandar. Tolong bagikan betul-betul. Saya berterima kasih kepada

pihak Belanjawan di Kementerian Kewangan. Saya tanya daripada bulan

berapa awak semua ini buat kerja . Daripada bulan April setiap tahun

ia sudah mula menyusun, daripada bulan April menyusun, Oktober di

bentang di Dewan Rakyat, bulan Disember bawa pula ke Dewan Negara.

Lapan bulan menyusun. Jadi, kita cuma hendak minta supaya pengagih-

annya betul-betul boleh turun ke bawah. Turun ke negeri pengagihan

terutamanya yang $800 juta yang dijanjikan oleh Perdana Menteri atau

Timbalan Menteri mengenai projek luar bandar. Sebab itu ada orang

kata ini Belanjawan Pilihanraya. Saya tidak fikir pilihanraya.

Pilihanraya atau dekat pilihanraya, itu sudah diperuntukkan $800

ju t a , tiga serangkai - jalan, api, air, tolong laksanakan. Jadi,

kalau $800 juta diadakan kontraktor bukan kontrak bumiputrera sahaja

yang dapat, yang besar-besar, kalau hendak buka pula angka kontrak

ini ada dalam buku nanti , kontraktor yang besar, kontraktor Kelas A

Page 102: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 101 -

A orang Cina banyak, ada yang dapat. Yang Kelas F ini memang

bumiputeralah. Kelas F buat longkang, tampal jalan yang berlubang,

itu pun apabila pergi ke sana hendak beli batu, ke mana hendak

pinjam steamroll, ke mana hendak pergi sewa jentolak, kepada siapa?

Kepada dia juga, tetapi dia masih tidak puas hati. Tolong betulkan

$800 juta ini. Peruntukan yang $300 juta hendak dibuat Tambak Johor

itu tidak jadi pada saya. Lambat pun tidak apa. Sudah diperuntuk-

kan $300 juta hendak membesarkan Tambak Johor.

Sekarang orang kita pun sedar, sudah tidak pergi ke seberang,

duit kita makin kecil. Duit kita tinggal 75 sen daripada seringgit.

Pergi sana beli lichee, karat sahaja buaC apa. Beli belahlah, kata

kempen barang buatan Malaysia, beli barang-barang sendiri dalam

negeri, melancong dalam negeri. Dalam pada hendak melancong dalara

negeri pun macam-macam cerita di Pulau Langkawi, di Bukit Kayu

Hitam, tidak usahlah cerita banyak sangat, sakit hati kita kalau

dengar sakit telinga. Cerita pelancong dalam negeri pergi ke Pulau

Langkawi, dekat Bukit Kayu Hitam, macam-macam. Ada cerita-cerita

yang tidak menyedapkan, jadi ini semua kita kena betulkan. Dahulu

pemimpin Keraj aan. kata ia akan memperbanyakkan kampung-kampung

hendak dibandarisasikan kampung-kampung cantum, beberapa kampung

cantum jadi kampung yang tersusun, jadi macam bandarlah. Jadi,

orang kampung tidak pergi ke bandar. Tujuannya hendak menyekat

supaya kampung ini tidak lengang.

Yang sebenarnya kampung sekarang lengang. Kampung tidak ada

orang. Ramainya bila ada orang menerima belanja, ada orang akad

nikah, i t u pun katanya tidak boleh Pak Cik, hendak cepat balik,

kerana tidak dapat cuci, action betul , tidak dapat cuti. Pada hal

dekat Kuala Lumpur entah apa-apa kerjanya. Bukan duduk dekat

Page 103: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 102 -

Kuala Lumpur, duduk dekat Sungai Kertas, dekat Batu Caves, Bukit

Belacan, Selangor, tetapi balik ke Batu Pahat, dia kata duduk Kuala

Lumpur. Balik ke Melaka, dia kata duduk Kuala Lumpur, padat manusia

di Kuala Lumpur ini. Pada hal kawasan Kuala Lumpur bandaraya ini

berapa batu sahaja luasnya. Jadi, ini memenuhi Selangor. Ini

memeningkan kepala Menteri Besar Selangor. Orang makin datang,

ramai yang datang. Jadi peruntukaa $800 ju ta kalau boleh diseke-

liling bandaraya kawasan Selangor ini termasuk daerah Gorabak, daerah

Petaling, supaya projek rumah kos rendah yang dikatakan 80,000 unit

itu tolong tumpukan supaya dapat disegerakan.

Banyak tanah Kerajaan yang masih diduduki oleh kilang-kilang

haram di Kuala Lumpur ini, di sekitar wilayah kawasan Selangor ini.

Tanah Kerajaan yang diduduki oleh kilang-kilang haram yang bukan-

orang Melayu punya , to long t engok , j angan marah bila saya bercakap,

orang yang halal minta line telefon dua tahun tidak dapat, tetapi

kilang haram ada 14 line, boleh dapat. Rumah haram orang Melayu

minta bekalan air tidak dapat. Satu kepala paip digunakan untuk 40

rumah, yang situ paipnya 4 inci. Ini kalau saya kata ada apa-apa,

nanti orang kata tak apa, tak usah Haji Shahrom cakap macam itu.

Tetapi perkara ini berlaku. Saya ucapkan terima kasih kepada

Jabatan Telekom kerana sekarang ini tiap-tiap bulan bil telefon saya

sudah turun. Boleh dail kemanapun. Tidak macam dahulu bil

telefon saya naik $200 lebih, $300 dan sekarang tinggal $18 tidak

munasabah pula. Sewa bulanan $17 sudah tinggal $1.00 tetapi entah

ke mana nombor dail pergi. Masalah telekom, Tuan Yang di-Pertua,

saya hendak bercakap sedikit iaitu di kampung kita di Bagan, kenapa

sampai $80 sewanya. Bagan itu sampai ke Batu Pahat, Bandar

Penggerang itu 4 batu.

Page 104: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 103 -

Jadi, orang di sana apabila ada projek telefon masuk kampung

masing-masing isilah borang hendak te lefon, tunggu anak te lefon

daripada Kuala Lumpur atau daripada Melaka atau ada kecemasan atau

cucu pening hendak telefon ke ruraah. Apabila STM kata $80 sewanya,

"Huuuhhh, apa Kerajaan?" "Ala-haiiiii, apa ini, semakin diswastakan

semakin hendak mencekik rakyat? Itu kita punya orang kampung ada

duduk menjadi Ahli Dewan Negara tolong cakap. Inilah tolong

cakapkan sekarang ini. Kenapakah 4 batu daripada pusat bandar

daripada ibusawat telekom di kebun kelapa itu sampai $80 sewa

bulanannya? Boleh tak dikaj i semula, barangkali kalau $30 banyak

pelanggan akan mengambil talian te lefon itu. Kalau $80 orang

marahlah, orang marah kepada Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan

Pos yang berasal dari Muar, Johor juga tidak mengatasinya. Oleh itu

tolong betulkan, tolong tengok supaya apakah katanya, kemarahan

rakyat tadi bukan kemarahan satu kaum, ini semua kita sebut masalah

tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja akhirnya aaya menyokong Akta

Belanjawan 1989 ini untuk diluluskan dan sekali lagi saya minta maaf

kepada semua pegawai-pegawai Kerajan kerana ini ucapan terakhir saya

dalam Belanjawan ini. Sekian, assalamu'alaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

5.51 ptg.

Puan Hajjah Habidah binti Jusoh: Tuan Yang di-Pertua, terima

kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk bersama dengan

rakan-rakan bagi menyokong Rang Undang-undang bernama suatu Akta

bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulanwang Disatukan

Page 105: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 104 -

untuk perkhidmatan tahun 1989 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk

perkhidmatan bagi tahun itu.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan tahniah kepada Yang

Berhormat Menteri Kewangan Malaysia yang telah membentangkan Rang

Undang-undang ini pada petang semalam yang mana Rang Undang-undang

ini membuat peruntukan yang begitu banyak untuk perkhidmatan bagi

tahun 1989 yang berjumlah sebanyak $13,811,393,900 yang

diperuntukkan bagi maksud-maksud yang dinyatakan dalam Jadual B. 1

sehingga B,54.

Tuan Yang di-Pertua, setelah kita memerhati dan meneliti Rang

Undang-undang Perbekalan 1989 ini memang melega dan menyenangkan

semua pihak rakyat jelata, walaupun ada setengah ahli-ahli Dewan ini

yang tidak begitu senang dengan belanjawan tersebut. Saya juga

merasa kesal kerana golongan yang tidak berpuas hati ini telah

membangkitkan masalah-masalah yang boleh menggugat perpaduan sesama

kita sedangkan kita tahu perpaduan adalah teras Kemajuan dan

pembangunan sesebuah negara dan kasihkan negara adalah kewajipan

kita bersama sebagaimana Nabi Besar Muhammad SAW pernah bersabda

yang bermaksud: Kasihkan tanahair setengah daripada iman.

Tetapi berkemungkinan juga mereka yang membangkitkan perkara

yang tidak disenangi dan diingini ini ada tempat-tempat tertentu

yang membolehkan mereka pergi sekiranya huru hara berlaku di negara

ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ingin memanjangkan soal itu lagi

dan kembali saya kepada Rang Undang-undang Perbekalan 1989 ini yang

mana pada pandangan saya mempunyai matlamat untuk terus mengekalkan

pertumbuhan ekonomi seperti yang berlaku pada tahun ini untuk terus

mencapai dasar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke

Page 106: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 105 -

arah jimat cermat di dalam pengurusan perbelanjaan sektor awam dan

menyedarkan rakyat supaya berhati-hati untuk menempuh zaman

kemelesetan atau yang lebih mencabar di masa-masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh berkenaan dengan Maksud B.8 iaitu

Jabatan Perkhidmatan Awam kita amat berterima kasih kepada Kerajaan

kerana telah bersetuju menaikkan gaji pekerja-pekerja sektor awam

yang terdiri dari pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan A, B, dan C

dengan kadar $110, $85 dan $60. Dan tidak ketinggalan juga kadar

cukai syarikat akan diturunkan daripada 40% kepada 35% dan cukai

pembangunan dari 5% diturunkan kepada 1%. Kadar pencukaian ini

amatlah melegakan dan menyenangkan para pengguna dan memanglah dia

sesuai dengan gelaran Menteri Kewangan sebagai menteri ekonomi

Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, dengan langkah ini diharapkan pelaburan

dari luar negeri dan dalam negeri akan meningkat dan kita juga amat

tertarik dengan belanjawan kali ini kerana ianya akan mengurangkan

pengangguran dengan keputusan Kerajaan bagi menarik balik pembekuan

beberapa jawatan pencing di dalam sektor awam di samping

mengharapkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan akan dapat

diwujudkan di dalam sektor swasta. Dengan wujudnya pertambahan

pelaburan jika dibandingkan dengan beberapa tahun kebelakangn ini

dan belanjawan kali ini dapatlah dis i fa tkan sebagai satu belanjawan

yang boleh diterima oleh semua golongan rakyat jelata sama ada di

desa atau pun di kota.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun begitu belanjawan kali ini juga

pada pandangan saya akan menimbulkan berbagai kesan negatif kepada

Page 107: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 106 -

pekerja-pekerja di dalam sektor pertanian, nelayan dan buruh yang

umumnya banyak yang terdapat di luar bandar, mereka akan merasai

kesan yang kurang menyenangkan disebabkan dua faktor utama.

Pertama, apabila gaji kakitangan Kerajaan dinaikkan pendapatan

mereka telah meningkat dengan peruntukan sebanyak $289 juta untuk

melaksanakan kenaikan gaji ini dengan sendirinya akan bertambah

permintaan barangan pengguna yang terdapat di dalam pasaran sekarang

ini.

Maka dengan sendirinya pula harga barangan akan naik kerana

pengeluarannya terhad sedangkan permintaan bercambah seperti mana

pada dua hari yang lepas kita terbaca di dalam akhbar Mingguan

Malaysia harga barang-barang keperluan harian sudah meningkat hampir

sekali ganda di seluruh negara. Oleh itu diharapkan Kerajaan

hendaklah betul-betul mengawasi barang-barang keperluan asasi ini.

Begitu juga barang-barang mewah agar ianya tidak diambil

kesempatan oleh peniaga-peniaga dengan sewenang-wenangnya menaikkan

harga barangan tersebut seperti mana juga yang telah berlaku pada

harga kereta yang dijual di negara ini sungguh tinggi harganya

sampai tidak terbeli lagi oleh mereka yang dahulunya boleh

membelinya.

Tuan Yang di-Pertua, daripada pertambahan permintaan ini maka

harga barang-barang pengguna meningkat dan oleh kerana golongan

petani, nelayan dan buruh yang merupakan golongan yang akan merasai

akibat buruk daripada kenaikan tersebut yang mana mereka semua tidak

akan mendapat faedah secara langsung dari hasil belanjawan ini.

Maka dengan kenaikan harga ini sudah pastilah akan menjejaskan kuasa

beli dan seterusnya menurunkan lagi darjat taraf hidup mereka ke

tahap yang lebih rendah dan membimbangkan.

Page 108: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 107 -

Tuan Yang di-Pertua, meskipun sekarang ini harga beberapa jenis

barangan perlu adalah sedang dikawal oleh Kerajaan, namun jumlah

barangan pengguna yang tidak dikawal adalah lebih banyak dan

laziranya harga barangan terkawal juga akan dinaikkan apabila

terdapat tekanan permintaan begitu banyak ke atas barangan

tersebut. Oleh yang demikian, Kerajaan sendiri telah mengakui

dengan meramalkan kadar inflasi pada tahun hadapan meningkat ke 30%.

Oleh itu di dalam kesempatan ini saya mengesyorkan supaya

Kerajaan mengambil langkah-langkah yang cermat dan berhati-hati juga

menggunakan segala media massa yang ada untuk memberi penerangan dan

penjelasan kepada rakyat untuk berjimat cermat di dalam semua hal.

Kalau tidak saya khuatir kadar inf lasi akan meningkat lebih tinggi

dan sudah pasti keraakmuran yang kita sama-sama rancangkan untuk

rakyat bagi pendapatan sebenar isi rumah akan ditentukan oleh kadar

inflasi ini.

Page 109: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 108 -

Tuan Yang di-Pertua, faktor kedua mengenai situasi ekonomi

dunia. Rata-rata menurut pandangan ahli ekonomi dunia menyatakan

bahawa ekonomi dunia tahun hadapan dijangka sungguh lembab jika

dibandingkan dengan tahun ini. Menurut statistik kajian ekonomi

negara bahawa pertumbuhan ekonomi ncgara perindustrian hanya beredar

kepada tahap 2.8% sahaja berbanding dengan pertumbuhan KNK sebenar

3.8% pada tahun ini. Akibat dari pertumbuhan yang rendah itu,

permintaan terhadap barangan utama negara kita ini akan turut

menurun dan dengan sendirinya harga barangan utama diramalkan

mungkin turun ke paras yang lebih rendah dari paras harga sebenar

pada tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, harga barangan utama seperti getah, kelapa

sawit, koko yang terus turun pada tahun hadapan akan menjejaskan

pendapatan keluarga disektor luar bandar. Saya percaya sekiranya

kesan kenaikan barangan dan penurunan pendapatan petani dan

pekerja-pekerja di luar bandar berlaku secara mendadak dan serentak,

maka pastilah kesan yang lebih buruk akan dirasai oleh rakyat yang

rata-rata terdiri dari mereka yang susah dan miskin yang selama ini

tertinggal dan mengharapkan pembelaan dari kita semua. Demi untuk

menutup kekurangan perolehan hasil kepada Kerajaan akibat daripada

penurunan cukai langsung maka kita patut berterima kasih kepada Yang

Berhormat Menteri Kewangan yang telah mencadangkan supaya skop cukai

tidak langsung atau cukai jualan diperluaskan.

Setakat ini kita tidak dihuraikan secara terperinci jenis-jenis

barangan yang dipilih untuk dikenakan cukai tidak langsung itu.

Page 110: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 -109-

Namun begitu kita juga diberi tahu hanya barang-barang yang tidak

penting yang disenaraikan. Tetapi memandangkan Kerajaan kita telah

kekurangan hasil sebanyak $456 juta maka asas cukai mungkin menjadi

lebih luas. Sekiranya barangan yang disenarai merupakan barangan

yang terpaksa digunakan oleh satu-satu golongan maka sekali lagi

kesan kenaikan harga akan ditanggung oleh golongan ini. Ini akan

mengakibatkan tekanan kepada pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, meneliti perkembangan kakitangan sektor

swasta yang rata-rata sekarang ini menghadapi suatu keadaan yang

tidak past i , maka ditinjau kesan Belanjawan tahun ini, kita faham

mengikut dasar yang telah diutarakan olch Yang Berhormat Menteri

Kewangan tentang penurunan cukai korporat yang bermaksud untuk

menambahkan penanaman modal oleh pelabur. Namun di dalam masa yang

sama kita dapati kenaikan kos upah buruh ditegah sama sekali kecuali

diiringi dengan peningkatan di dalam daya keluaran sesebuah

sektor perkilangan tersebut. Ini bererti mana-mana firma atau

sektor-sektor individu yang telah mencapai kecekapan yang tinggi

juga, tidak berpeluang menikmati kenaikan gaji atau kenaikan

pendapatan. Ini jelas menampakkan kepada kita hanya mementingkan

pekerja-pekerja Kerajaan sahaja, kerana di sini memberi suatu

gambaran di mana para pekerja sektor swasta tidak mendapat apa-apa

pembelaan secara langsung daripada Belanjawan kali ini. Tetapi

walau bagaimana pun mereka masih boleh mengharapkan agar majikan

mereka memberikan bonus tambahan oleh kerana pemberian bonus

sebanyak dua bulan gaji telah diluluskan oleh Kerajaan.

Page 111: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 -110-

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan masalah pengangguran pula

kita menyedari bahawa Belanjawan kali ini amat berminat untuk

mengurangkan peratus pengangguran tahun hadapan dan baru-baru ini

Kerajaan telah mengumumkan untuk mengisi 40,000 jawatan kosong di

berbagai peringkat di sektor awam dan badan-badan berkanun untuk

mengurangkan masalah pengangguran terutama di kalangan siswazah.

Dengan pengumuman ini, telah banyak melegakan pihak-pihak tertentu

termasuklah keluarga, ibubapa khususnya penganggur-penganggur itu

sendiri. Tetapi adalah menjadi satu trajedi yang malang di mana

apabila Belanjawan 1989 diumumkan cuma 18,700 jawatan kosong sahaja

yang akan diisi oleh Kerajaan. Kemudian ditentukan pula jawatan

yang akan diisikan itu hanyalah dibidang pendidikan, kesihatan,

Polis dan Tentera sahaja. Tentulah mengecewakan lagi

pemegang-pemegang ijazah dan diploma dengan Belanjawan yang kita

sama-sama renung ini.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan melalui dasar peningkatan

pembangunan fizikal seperti yang dinyatakan di dalam Belanjawan ini

di mana Kerajaan mengharapkan sektor swasta memainkan peranan yang

lebih besar di dalam mengurangkan masalah pengangguran secara

spontan dapat kita gambarkan apabila pelaburan meningkat maka

peluang pekerjaan dengan sendirinya akan tercipta dengan lebih

banyak lagi. Namun satu realiti yang tidak dapat ditolak ialah-

sektor-sektor swasta ini amat mengutamakan pencari kerja yang

mempunyai pengalaman bekerja sedangkan majoriti pengangguran yang

terdapat di negara kita ialah mereka yang tidak mempunyai pengalaman

bekerja.

Page 112: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 -111-

Walaupun telah menganggur di dalam jangka masa yang agak lama

dan firma swasta pula tidak mempunyai masa dan kewangan yang

mencukupi bagi melatih pekerja-pekerja mereka. Oleh itu

satu-satunya isu yang timbul sekarang ini ialah terdapat firma serta

mengambil peluang daripada pengangguran yang tinggi di negara kita

dengan menawarkan kerja di bawah skim latihan sambil kerja yang

disamakan dengan pihak Kerajaan memberikan ker ja skim khidmat

sementara. Elaun mereka juga diberi dengan kadar yang sama dengan

Kerajaan iaitu antara $400 hingga $500 sebulan.

Semasa di dalam latihan para siswazah ini dijanjikan akan

diserapkan ke jawatan tetap selepas tempoh latihan tamat. Sekiranya

mereka menunjukkan prestasi kerja yang tinggi, dedikasi dan

berdisiplin. Dan apa yang menarik perhatian kita di sini ialah para

pelatih telah bersaing sesama mereka untuk menunjukkan prestasi yang

terbaik. Tetapi apabila tempoh latihan tamat, tidak seorang pun

yang diserapkan ke jawatan tetap dengan alasan-alasan yang negatif .

Kemudian, diikuti pula dengan pengambilan kumpulan-kumpulan yang

lain dengan diberi janj i yang sama dan dilepaskan juga dengan

alasan-alasan yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, kita mengharapkan agar Kerajaan berusaha

bersungguh-sungguh, membanteras permainan seperti ini, kerana kita

bimbang suatu hari nanti penganggur-penganggur ini atau

pekerja-pekerja sementara ini akan menjadi suatu angkatan yang boleh

melumpuhkan Kerajaan dan menghancurkan kemakmuran yang kita nikmati

sekarang ini.

Page 113: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN. 6.12.88 -112-

Tuan Yang di-pertua, dengan pengisytiharan gaji kakitangan

Kerajaan akan dinaikkan sebagaimana yang saya katakan tadi kita

terlupa kepada satu kedudukan pekerja iaitulah pekerja skim

khidmat sementara. Sampai ke saat ini belum kita dengar, adakah

elaun mereka juga akan dinaikkan? Kalau Kerajaan belum lagi membuat

keputusan, saya mencadangkan di dalam Dewan yang mulia ini agar

ditimbangkan sama elaun kepada skim khidmat sementara itu.

Tuan Yang di-Pcrtua, Belanjawan 1989 ini telah menunjukkan

kepada kita bahawa Kerajaan benar-benar berhasrat untuk mengekalkan

pertumbuhan ekonomi menerusi peningkatan peranan sektor swasta

terutama mengalir masuk pelabur-pelabur asing ke negara ini. Adalah

menjadi harapan kita sebagai rakyat di dalam sesebuah negara yang

demokrasi, agar Kerajaan dapat menghapuskan golongan pemodal-pemodal

yang membolot sebahagian besar hasil negara dan bersenang-lenang di

luar negeri.

Page 114: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 113 -

Sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang

Berhormat Menteri Kewangan kerana cita-cica Belanjawan 1989 ini ada-

lah untuk merapatkan jurang perbezaan pendapatan golongan kaya den-

gan yang miskin dan dengan ini saya tnenyokong sepenuhnya Rang

Undang-undang ini diluluskan. Terima kasih.

6.11. ptg.

Tuan Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk mela-

hirkan sokongan terhadap Belanjawan 1989 yang dibentangkan oleh Yang

Berhormat Menteri Kewangan, Dato' Paduka Daim Zainuddin.

Tuan Yang di-Pertua, seperti kata perpatah Cina, "sebarang pe-

rasaan yang terpendam mesti diluahkan baru kita berasa lega atau se-

ronok". Ini tidak ubah seperti tulang ikan yang tersekat di

tengah-tengah kerongkong kita. Kalau tidak diluahkan atau dikeluar-

kan tentulah kita tidak akan merasa lega atau seronok. Oleh itu ka-

mi mendedahkan setengah-setengah penyelewengan yang berlaku semasa

perlaksanaan setengah-setengah dasar demi mencerminkan keadaan yang

sebenarnya dan bukan berniat menentang sesiapa pun. Kami bukan

sengaja membentang atau menyuarakan segala penyelewengan untuk me-

nimbulkan perbalahan. Sebaliknya kami mahu semua masalah negara

dapat diselesaikan dengan penuh semangat Barisan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks ini saya menyokong Dasar

Ekonomi Baru yang bertujuan memupuk perpaduan rakyat melalui perlak-

sanaan dan pencapaian dua matlamatnya iaitu membasmi kemiskinan

tanpa mengira kaum dan menyusun semula struktur masyarakat.

Kedua-dua matlamat ini jelas dinyatakan dalam Rancangan

Page 115: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 114 -

Malaysia Kedua dan tidak sesiapa pun yang mempunyai pemikiran

nasional pernah membantahnya kerana ia menjamin tidak ada sebarang

kumpulan ethnic akan mengalami sebarang kerugian atau merasa

sebarang perlucutan hak. Para pemimpin negara kita juga sering

meaekankan semua rakyat akan dapat faedah daripada DEB ini. Walau

bagaimanapun, apa yang dikesalkan ialah terdapat banyak

penyelewengan dalam perlaksanaan DEB sehingga komuniti bukan

bumiputera merasa mereka telah didiskriminasikan.

Rasa tidak puas hati ini jelas terbukti dari sokongan undi

kepada parti-parti Pembangkang di kawasan-kawasan yang sebahagian

besar penduduknya bukan bumiputera baik di Semenanjung Malaysia

Barat mahupun di Semenanjung Malaysia Timur.

Saya terkilan dengan peruntukan sebanyak $1 juta dalam

Belanjawan kepada 452 kampung baru. Tuan Yang di-Pertua, apakah

jenis projek pembangunan yang dapat dilakukan dengan peruntukan yang

tidak seberapa ini. Pernah diumumkan satu rancangan pembangunan

kampung baru oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Musa Hitam

pada bulan Disember 1985 dan 48 kampung baru telah dikenalpasti

sebagai pusat pembangunan. Malangnya selepas 3 tahun kemudian tidak

ada sebarang peruntukan untuk menjadikan rancangan ini sebagai

reality. Kegagalan perlaksanaannya merupakan satu bukti

penyelewengan daripada semangat asal dan objektif Dasar Ekonomi

Baru.

Pernah dikatakan berulang kali oleh ahli-ahli politik Melayu

bahawa kebanyakan kampung baru adalah lebih baik daripada

kampung-kampung tradisional, dalam erti kata kebanyakan kampung

Page 116: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 - 115 -

baru disediakan dengan kemudahan-kemudahan asas seperti air dan

elektrik sementara sejumlah besar kampung-kampung tradisional masih

belum ada kemudahan-kemudahan asas itu. Akan tetapi ini adalah satu

gambaran yang tidak tepat mengenai keadaan sebenarnya

kampung-kampung baru. Sebenarnya asas uatuk pertumbuhan sosio-

ekonomi yang sihat di kampung-kampung baru masih tidak ada.

Keadaan ini disebabkan oleh kekurangan tanah; kedua, kekurangan

peluang-peluang pekerjaan yang baik; ketiga, kekurangan pembagaian

ekonomi kampung baru; dan keempat ketiadaan peningkatan taraf

pendidikan dan kemahiran gunatenaga. Akibatnya, kadar kemiskinan di

kalangan kampung-kampung baru adalah di antara yang tertinggi di

negara kita. Misalnya Rancangan Malaysia Kelima menyatakan bahawa

hanya 37% isi rumah kampung baru mempunyai pendapatan tunai purata

melebihi $400 sebulan. Ini bermakna 2/3 isi rumah atau sejuta

penduduk kampung baru mempunyai jumlah pendapatan di bawah garis

kemiskinan.

Tuan Yang di-Pertua, kami telah memeriksa banyak dokumen

Kerajaan termasuk semua Rancangan Malaysia untuk mencari setakat

manakah masalah sosio-ekonomi kampung baru telah diselesaikan jika

dibandingkan dengan jumlah sumber yang telah diberi kepada golongan

Melayu dari kumpulan miskin di luar bandar.

Page 117: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 -116-

Malang sekali , karai telah gagal menjumpai sebarang bukti bahawa

Kerajaan telah melaksanakan matlamat membasrai keraiskinan DEB dengan

saksama di kalangan golongan Melayu dan bukan Melayu, khasnya

golongan Cina yang miskin di luar bandar.

Dalam sejarah pcmbangunan kampung baru di bawah ke lima-lima

rancangan Malaysia kurang daripada $75 ju ta , ini termasuk juga yang

diperuntukkan bagi tahun 1985 hingga 1990 yang tidak akan diberi

memandangkan langkah jimat-cermat Kerajaan. Telah terbukti

peruntukan semasa jumlah populasi mereka telah menjadi 3 kali ganda,

sebaliknya Rancangan Malaysia Keempat memperuntukkan $5 million atau

$500 juta lebih sebagai tabung pembangunan projek pengairan dan

pembangunan Tanah Melayu. Sementara ini, Rancangan Malaysia Kelima

menyediakan perbelanjaan lebih daripada $6 billion atau $600 juta

bagi projek-projek serupanya.

Tuan Yang di-Pertua, butir-butir perbandingan antara

perbelanjaan awam untuk projek pembangunan di kampung Melayu dan

kampung baru boleh didapati daripada sumber Rancangan Malaysia

Kelima, mukasurat 329. Selama ini terdapat rangkaian organisasi

Kerajaan yang telah ditubuhkan untuk membantu golongan Melayu

seperti FELDA, FELCRA, DARA, KETENGAH, KESEDAR, KEJORA, JENGKA, KEDA

dan lain-lain, akan tetapi tidak wujud sebarang organisasi yang

bertanggungjawab ke atas pembangunan kampung-kampung baru. Oleh itu

masa hadapan kampung baru lebih gelap lagi.

Kejatuhan industri perlombongan dan pembinaan serta suasana

ekonomi yang lembab telah menyebabkan sebilangan besar penduduk

berhijrah semula ke kampung baru di mana masalah tanah yang dihadapi

oleh peneroka asal masih belum diselesaikan dalam kebanyakan kes .

Keadaan sedemikian telah membawa kepada kekurangan golongan bagi

Page 118: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 -117-

peneroka-peneroka membaiki keadaan perumahan dan infrastruktur atau

kekurangan tanah pertanian untuk pekerjaan. Di samping itu

kebanyakan kampung baru yang sedia wujud dinafikan lebihan tanah

untuk mentranformasikan kampung-kampung baru kepada unit-unit yang

lebih berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, sebahagian besar daripada penduduk di

kampung baru berkecimpung dalam kegiatan berlombong, menjual

barang-barang secara runcit, menjaja dan menjalankan industri secara

kecil-kecilan, hanya sebilangan kecil daripada mereka yang ber jaya

mencari sara hidup diri sendiri tanpa bantuan daripada Kerajaan

sedangkan sebahagian besar yang berpendapatan rendah mencari nafkah

dengan susah payah. Merekalah yang sepatutnya diberi bantuan

di bawah DEB dan peluang pekerjaan mestilah disediakan untuk mereka

demi membaiki kehidupan mereka daripada komuniti Cina di seluruh

negara, akan tetapi malangnya nasib mereka telah diabaikan oleh

Dasar Ekonomi Baru.

Tuan Yang di-Pertua, MCA kerap menerima aduan berkenaan dengan

layanan yang kurang baik semasa mereka memohon lesen teksi,

kemudahan pinjaman, tapak kilang, lesen perniagaan, permit import

dan sebagainya. Ini adalah disebabkan fenomena birokrasi yang

diamalkan selama ini. Maka tidak hairanlah jika sebahagian besar

pengundi bukan Melayu lebih menyokong parti-parti Pembangkang

daripada parti-parti Barisan Nasional dalam pilihanraya yang lalu.

Saya ingin mengingatkan Kerajaan berkenaan dengan berbagai

janji sebagai manifesto untuk Pilihanraya 1986, iaitu manifesto

Barisan Nasional, ia berbunyi:

"Kampung baru, golongan yang miskin di estet serta

skim pembangunan tanah di seluruh Malaysia merupakan

sebahagian daripada tumpuan Kerajaan dalam usaha

memerangi masalah kemiskinan tanpa mengira kaum".

Page 119: DEWAN NEGARA - parlimen.gov.my filesegi ekonomi, mengapakah Tabung Haji tidak mahu melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta, rumah, alatan elektrik pada ahli- ahlinya dengan cara

DN.6.12.88 -118-

Tuan Yang di-Pertua, saya bercadang bahawa perbincangan yang

serta-merta perlu diadakan oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional

dan Kabinet dengan tujuan merangka satu program keadilan sosial yang

baru untuk melaksanakan selepas tahun 1990. Pertubuhan-pertubuhan

awam harus dijemput dan digalakkan mengemukakan memorandum berkenaan

dengan sebarang polisi. Program keadaan sosial yang baru itu mesti

dirangka berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

(i) konsep dan objekt i f utamanya mestilah menekankan

pemupukan perpaduan nasional dan integrasi antara

kaum;

(ii) pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum mestilah

diteruskan;

(iii) dari segi menyusun semula struktur masyarakat,

segala ketidakseimbangan yang diwujudkan dalam,

sektor kewangan, petroleum, pelajaran, sektor

awam harus diperbaiki.

Tuan Yang di-Pcrtua, sejak akhir-akhir ini Jabatan Hasil Dalam

Negeri dan Persatuan Akauntan Negara mcngambil tindakan terhadap

agen urusan cukai pendapatan yang haram. Ini telah menimbulkan

kebimbangan di kalangan mereka. Di bawah Akta Cukai Pendapatan

1967, seksyen 153(1) dan ( 3 ) mereka disyaratkan memiliki kelayakan

akauntan dan memohon lesen agen cukai pendapatan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, masa sudah

sampai, boleh sambung besok.

Tuan Tan Chai Ho: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Dewan -ini ditangguhkan sehingga hari

esok, jam 2.30 pctang,

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.