desentralisasi

9
TAJUK: Bincangkan pengagihan kuasa (dasar Desantralisasi) mulai tahun 1920-an hingga 1930-an. Pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu sistem pemusatan kuasa yang keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Semua hal-ehwal pentadbiran di bawah Jabatan- jabatan Persekutuan di Kuala Lumpur. Namun begitu, pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini adalah baik dan cekap. Kemajuan dalam semua bidang berjalan dengan pesatnya. Kedudukan sultan masih teguh dan memperolehi pendapat yang banyak. Di dalam negeri mereka sendiri taraf dan martabat mereka tidak terjejas. Namun begitu, terdapat juga perasaan tidak puas hati. Sultan-sultan telah kehilangan kuasa-kuasa politik. Majlis Mesyuarat Negeri tidak mempunyai apa-apa fungsi. Ini menimbulkan bantahan daripada pihak Sultan yang menyedari bahawa pentadbiran Persekutuan itu telah menghakis kuasa mereka di negeri masing-masing. Dalam ucapannya di Durbar kedua, Sultan Idris dari Perak menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap keadaan yang wujud di negeri baginda. Baginda menuntut agar kuasa-kuasa kerajaan negeri dikembalikan semula. Baginda menuntut bahawa hal ehwal negeri mesti ditadbir oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri, bukan kerajaan persekutuan. Ucapa baginda telah menjadi titik mula berlakunya proses desentralisasi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dasar desentralisasi disifatkan sebagai satu usaha untuk mengurangkan kuasa kerajaan pusat dengan cara mengembalikan sebahagian daripada kuasa itu kepada kerajaan negeri. L.A Majlis dalam bukunya, English Rule In Eastern Asia mendefinisikan desentralisasi ini sebagai satu proses pemulangan perlahan-lahan kuasa pentadbiran, perundangan dan kewangan daripada Kerajaan Pusat kepada tiap-tiap negeri yang bersekutu dan dalam masa yang sama mengenakan pengawalan Kerajaan Pusat yang cukup untuk menentukan satu uniformity dan kestabilan kewangan dalam erti kata ‘politically four and economically one’. Proses desentralisasi ini dapat dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat pertama (1920-an) iaitu pada Zaman sir Lawrence

Upload: mohd-amin

Post on 12-Feb-2015

264 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

1920-1930an

TRANSCRIPT

Page 1: desentralisasi

TAJUK:Bincangkan pengagihan kuasa (dasar Desantralisasi) mulai tahun 1920-an hingga 1930-an.

Pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu sistem pemusatan kuasa yang keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Semua hal-ehwal pentadbiran di bawah Jabatan-jabatan Persekutuan di Kuala Lumpur. Namun begitu, pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini adalah baik dan cekap. Kemajuan dalam semua bidang berjalan dengan pesatnya. Kedudukan sultan masih teguh dan memperolehi pendapat yang banyak. Di dalam negeri mereka sendiri taraf dan martabat mereka tidak terjejas. Namun begitu, terdapat juga perasaan tidak puas hati. Sultan-sultan telah kehilangan kuasa-kuasa politik. Majlis Mesyuarat Negeri tidak mempunyai apa-apa fungsi. Ini menimbulkan bantahan daripada pihak Sultan yang menyedari bahawa pentadbiran Persekutuan itu telah menghakis kuasa mereka di negeri masing-masing. Dalam ucapannya di Durbar kedua, Sultan Idris dari Perak menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap keadaan yang wujud di negeri baginda. Baginda menuntut agar kuasa-kuasa kerajaan negeri dikembalikan semula. Baginda menuntut bahawa hal ehwal negeri mesti ditadbir oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri, bukan kerajaan persekutuan. Ucapa baginda telah menjadi titik mula berlakunya proses desentralisasi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Dasar desentralisasi disifatkan sebagai satu usaha untuk mengurangkan kuasa kerajaan pusat dengan cara mengembalikan sebahagian daripada kuasa itu kepada kerajaan negeri. L.A Majlis dalam bukunya, English Rule In Eastern Asia mendefinisikan desentralisasi ini sebagai satu proses pemulangan perlahan-lahan kuasa pentadbiran, perundangan dan kewangan daripada Kerajaan Pusat kepada tiap-tiap negeri yang bersekutu dan dalam masa yang sama mengenakan pengawalan Kerajaan Pusat yang cukup untuk menentukan satu uniformity dan kestabilan kewangan dalam erti kata ‘politically four and economically one’. Proses desentralisasi ini dapat dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat pertama (1920-an) iaitu pada Zaman sir Lawrence Guillemard menjadi Pesuruhjaya Tinggi manakala pada peringkat kedua (1930-an) iaitu Zaman kemelesetan ekonomi.

Antara sebab-sebab pengagihan kuasa pusat pada 1920-an ialah rasa tidak puas hati sultan-sultan. Pelaksaan dasar desentralisasi adalah disebabkan pemusatan kuasa yang berlebihan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Pengembalian kuasa adalah perlu diberi kepada Sultan kerana baginda selepas tahun 1896 telah kehilangan kuasa dan pengaruh politik. Sultan-sultan tidak berpuas hati dengan kedudukan mereka kerana sewaktu menandatangani Perjanjian Persekutuan, mereka diberi jaminan bahawa kuasa mereka tidak akan terjejas dan kekuasaan mereka tidak akn dikurangkan. Tetapi sebaliknya apabila terbentuknya Persekutuan segala janji-janji itu hilang lenyap. Menjelang tahun 1903, kekuasaan atau kewibawaan Raja-raja Melayu berkurangan dan boleh dikatakan tidak mempunyai kuasa langsung. Kedudukan mereka seperti patung sahaja.

Di samping itu juga Majlis Mesyuarat Negeri tidak mempunyai kuasa ke atas perbelanjaan awam, melantik, menukar atau memecat pegawai dan menetapkan gaji tanpa persetujuan daripada Residen Jeneral atau Gabenor. Ini jelas menunjukkan bahawa kuasa

Page 2: desentralisasi

pentadbiran terletak di tangan Residen Jeneral. Pada tahun 1909, John Anderson (Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu) telah membentuk Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) dengan tujuan untuk mengembalikan kuasa kepada Sultan Negeri-negeri Melayu serta menyekat kuasa Residen Jeneral. Sebaliknya MMP merendahkan lagi kedudukan sultan-sultan. Mereka dianggap sebagai ahli biasa, tidak boleh mempengerusi mesyuarat dan tidak mempunyai kuasa pembatal dalam MMP. Malah MMP boleh menjalankan mesyuaratnya dan meluluskan undang-undang tanpa kehadiran Sultan. Menurut L.A. Mills, kuasa Pesuruhjaya Tinggi telah bertambah lagi dengan pembentukan MMP.

Seterusnya, penyatuan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sebab utama yang mendorong kemajuan kerajaan British melaksanakan dasar desentralisasi ialah hasrat British untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah satu unit pentadbiran. Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor enggan menyertai persekutuan tersebut. Raja-raja di negeri-negeri ini mempunyai kuasa yang lebih luas dalam bidang pentadbiran negeri masing-masing. Raja-raja ini menyedari bahawa penyertaan mereka dalam Persekutuan akan menyebabkan mereka kehilangan kuasa politik seperti yang terjadi kepada Raja-raja Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Oleh yang demikian, kerajaan British berharap jika pengagihan kuasa kerajaan Persekutuan dapat dilakukan menerusi dasar desentralisasi yang dicadangkan itu,akan dapat menarik minat Negeri-negeri Melayu Bersekutu untuk bergabung dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Selain itu, kemelesetan ekonomi dunia tahun 1920-an turut menjadi penyebab pengagihan kuasa puast, a920-an. Desentralisasi juga adalah bertujuan untuk memulihkan keadaan kewangan yang merosot di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kemerosotan ekonomi lebih dirai selepas Perang Dunia Pertama. Misalnya, pada tahun 1920-an, pendapatan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah jatuh ke angka $54 juta tetapi perbelanjaan telah meningkat kepada $114 juta. Keadaan kewangan ini semakin meruncing apabila harga getah dan harga bijih timah telah jatuh. Kemerosotan ekonomi ini telah menyebabkan berlakunya krisis kewangan pada tahun-tahun 1921-1923. Dalam pentadbiran pula, British terlalu boros membelanjakan wang. Inggeris lebih mementingkan pegawai yang berkualiti untuk mentadbir. Dengan itu British terpaksa membayar gaji yang tinggi. Ini mengakibatkan kewangan kerajaan pusat tidak mencukupi.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini maka adalah perlu dijalankan dasar desentralisasi. Dengan pengagihan kuasa kepada negeri masing-masing, maka perbelanjaan kerajaan pusat akan berkurangan kerana pentadbir-pentadbir yang berkhidmat dalam sesebuah negeri itu akan dibiayai oleh kerajaan negeri sendiri. Pada masa kemelesetan ekonomi ini, desakan dan tuntutan dari dultan-sultan menjadi lantang semula. Dalam tahun 1924 Sultan Idris telah berangkat ke London dan mendesak Pejabat Tanah Jajahan supaya mempercepatkan dasar desentralisasi.

Seterusnya, perebutan kuasa antara Jeneral Residen dengan Pesuruhjaya Tinggi. Perebutan kuasa dan pengeseran yang sering berlaku di antara Pesuruhjaya Tinggi British, Sir

Page 3: desentralisasi

Lawrence Guillemard, dengan Residen Jeneral (Ketua Setiausaha), Sir George Maxwell telah membantutkan pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pertikaian antara kedua-dua pihak ini menyebabkan keputusan-keputusan yang diambil mengenai sesuatu hal tidak dapat dicapai. Kuasa Residen Jeneral terlalu tinggi dan tiada had. Maka itulah sebabnya, Pesuruhjaya Tinggi Guillemard cuba untuk mengagihkan kuasa kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri supaya kuasa Residen Jeneral itu akan dapat dikurangkan. Beliau juga ingin menghapuskan jawatan Ketua Setiausaha dan mengagihkan kuasanya kepada Residen-residen di negeri-negeri Melayu.

Langkah pelaksanaan Dasar Desentralisasi, 1920-an iaitu Jawatankuasa Pengagihan Kuasa Pusat di bawah Sir George Maxwell, 1923 ialah Sir Lawrence Guillemard menjadi Gabenor dan Pesuruhjaya Tinggi pada 3 Februari 1920. Beliau mengambil kira akan tuntutan sultan-sultan dan orang Melayu. Pada tahun 1923, beliau telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pengagihan kuasa pusat. Jawatankuasa ini diketuai oleh Ketua Setiausaha dengan dibantu oleh ahli-ahlinya yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai Sekretariat Persekutuan. Jawatan ini memperakukan bahawa pengagihan kuasa pusat adalah perlu bagi mengukuhkan kedudukan Residen, Sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri. Jawatankuasa George Maxwell juga mengkaji kedudukan kewangan dalam konteks dasar desentralisasi. Mereka berpendapat bahawa pengagihan kuasa hanya dapat berjalan apabila kerajaan-kerajaan negeri diberi kuasa penuh untuk mengawal soal-soal kewangan. Jawatankuasa Pengagihan Kuasa Pusat telah membuat beberapa cadangan. Antaranya ialah, kuasa Residen ditambah supaya seimbang dengan kuasa Residen Jeneral dan kuasa pengawalan beberapa jabatan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan, Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan dipindahkan kepada kawalan kerajaan negeri. Cadangan-cadangan pengagihan kuasa pusat masih mempunyai beberapa kelemahan. Misalnya, jawatankuasa tersebut tidak cuba memulihkan kedudukan dan pengaruh politik sultan-sultan.

Antara sebab-sebab pengagihan kuasa pusat 1930-an ialah dasar British ingin mewujudkan sebuah kesatuan Tanah Melayu. Dasar untuk menarik minat Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dikemukakan sekali lagi oleh Sir Cecil Clementi Smitch apabila beliau menjadi Pesuruhjaya Tinggi menggantikan Sir Hugh Clifford pada tahun 1930. Beliau mempunyai hasrat yang kuat untuk menyatukan negeri-negeri Melayu dalam satu Kesatuan Tanah Melayu. Beliau berpendapat bahawa jika dasar desentralisasi dapat dilaksanakan, ini akan memberi kepercayaan kepada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk bergabung dengan Negeri-negeri Selat di dalam sebuah Persekutuan. Dalam sidang Durbar yang diadakan di Seri Menanti pada tahun 1931, Clemanti telah mencadangkan pembentukan sebuah persekutuan yang meliputi seluruh Tanah Melayu menggantikan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Seterusnya, kemelesetan ekonomi dunia tahun-tahun 1920-an. Pada akhir tahun-tahun 1920-an dan awal tahun-tahun 1930-an, kemelesetan besar telah melanda Tanah Melayu dan ini telah menyebabkan krisis kewangan. Pada masa ini harga getah dan bijih timah telah jatuh.

Page 4: desentralisasi

Ini kerana memberi kesan yang hebat ke atas ekonomi Tanah Melayu kerana getah dan bijih timah adalah eksport negara yang utama. Timbul juga masalah pengangguran dan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat. Keadaan itu memaksa kerajaan untuk mengambil langkah-langkah berjimat dalam urusan pentadbiran. Oleh itu, Clemanti mencadangkan pengagihan kuasa pusat kepada negeri-negeri Melayu untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan. Ini adalah kerana jika sesuatu jabatan dipulangkan kepada negeri, bermakna seluruh tanggungjawab mengenai jabatan yang berkenaan termasuk perbelanjaan adalah tanggungjawab kerajaan negeri berkenaan. Pada zaman kemelesetan ini, kepincangan ekonomi di kalangan orang-orang Melayu semakin ketara. Taraf hidup dan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu sangat rendah berbanding dengan kaum pendatang yang semakin ramai menguasai sector ekonomi di Negeri-negeri Melayu.

Selain itu, terdapat juga sokongan orang Melayu untuk mengimbangi sikap anti-British. Pelaksanaan desentralisasi pada tahun 1930-an adalah bertujuan untuk menyekat kegiatan politik yang bersikap anti-Eropah di kalangan orang-orang Cina yang begitu meluas. Pada tahun-tahun 1930-an, gerakan nasionalisme di kalangan kaum Cina bertambah hebat. Kegiatan politik dan gerakan nasionalisme mereka itu condong ke Negara China ekoran daripada kegiatan Kuomintang dan Parti Komunis China. Orang-orang China memperlihatkan semangat dan perasaan yang ketara terhadap Negara China apabila Sir Cecil Clemanti mengharamkan Parti Koumintang pada tahun 1930 di Tanah Melayu. Tindakan beliau juga menyebabkan orang-orang Cina bersikap anti-Inggeris.

Sesungguhnya kegiatan politik orang-orang Cina membimbangkan Inggeris kerana Kuomintang telah terpengaruh dengan ideology komunis dan mempunyai ahli-ahli komunis. Pada tahun 1930, orang Cina telah menubuhkan Parti Komunis Malaya. Tambahan pula ideology kemanusiaan telah mempengaruhi sekolah-sekolah Cina, persatuan-persatuan dan kesatuan-kesatuan sekerja. Disebabkan keadaan politik ini, maka pihak British merasakan pentingnya perlaksanaan dasar desentralisasi untuk mengimbangkan kedudukan orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu. Dengan terlaksananya desentralisasi, Clemanti berharap dapat menarik sokongan orang-orang Melayu supaya dapat mengimbangi sikap anti-Eropah yang timbul di kalangan orang-orang Cina. Tentang ini, Rupert Emerson menyatakan dalam bukunya A Study in Direct dan Indirect Rule bahawa desentralisasi adalah untuk melindungi orang-orang Melayu. Sir Samuel Wilson, Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan telah melawat Tanah Melayu pada tahun 1932. Beliau berpendapat bahawa kuasa-kuasa sultan perlu dikembalikan semula oleh kerajaan British dan kemajuan orang Melayu harus dipastikan untuk menentukan sokongan kaum Melayu.

Malah, terdapat juga tentangan daripada wakil-wakil Melayu dan akbar atau majalah. Cadangan-cadangan pengagihan kuasa pusat oleh Sir Lawrence Guillemard pada tahun 1927 tidak membawa banyak perubahan. Sultan-sultan dan orang-orang Melayu masih tidak berpuas hati kerana kedudukan mereka tidak banyak berubah. Beberapa orang wakil Melayu terutamanya Raja Chulan iaitu Raja Dihilir Perak dan Dato’ Abdullah Haji Dahan dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) lantang bersuara tentang kelemahan-kelemahan pemusatan kuasa. Mereka menuntut supaya pengagihan kuasa dijalankan dengan segera. Sementara itu,

Page 5: desentralisasi

beberapa buah akhbar dan majalah Melayu juga mula memperdebatkan isu desentralisasi dengan hebat. Ucapan dari wakil-wakil Melayu dalam MMP diberi liputan luas dalam akhbar dan majalah seperti Majlis, Saudara dan Majalah Guru. Misalnya, Majalah Guru menerbitkan rencana yang menyentuh tentang desentralisasi pada tahun 1929. Rencana yang bertajuk ‘Tanahair Kita’ membincangkan cadangan-cadangan desentralisasi yang dikemukakan oleh Sir Lawrence Guillemard pada tahun 1927.

Antara langkah-langkah pelaksanaan dasar desentralisasi, 1930-an ialah tindakan British terhadap tuntutan orang Melayu bagi pengagihan kuasa ialah dengan mengarahkan Pesuruhjaya Tinggi British yang baru, Sir Cecil Clemanti mempercepatkan proses desentralisasi. Dalam ucapannya dalam Durbar di Seri Menanti pada 17 Ogos 1931, beliau telah mengemukakan beberapa perubahan yang akan dilaksanakan berhubung dengan dasar desentralisasi. Antara cadangan-cadangan Clemanti ialah Jawatankuasa Ketua Setiausaha dihapuskan dan digantikan oleh jawatan Setiausaha Persekutuan yang mempunyai kuasa dan kedudukan yang lebih rendah daripada Residen. Kedua, semua jabatan kecuali Jabatan Perkhidmatan Kereta Api, Jabatan Kastam dan Jabatan Pos dipindahkan kepada tanggungjawab pentadbiran Majlis Mesyuarat Negeri. Antara yang terlibat ialah Jabatan Pertanian, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Perlombongan dan Jabatan Kerja Raya. Ketiga, sebuah Kesatuan Kastam harus ditubuhkan untuk menggalakkan perdagangan antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Keempat, penubuhan Keastuan Semenanjung Tanah Melayu (Malayan Union) yang meliputi Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Tidak Bersekutu di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi.

Lantaran itu, sambutan terhadap cadangan-cadangan Sir Clemanti adalah sama dengan sambutan terhadap cadangan Guillemard. Antaranya ialah sultan-sultan negeri-negeri Melayu menyambut baik cadangannya dan sultan-sultan dari Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menentang cadangannya kerana mereka bimbang akan kehilangan kuasa. Namun begitu, terdapat golongan saudagar Eropah dan Cina yang membantah. Hal ini kerana, mereka percaya bahawa kuasa mereka akan hilang apabila kuasa diserahkan kepada Sultan. Bagi mereka, desentralisasi bererti bahawa kuasa Sultan akan bertambah luas. Kedua, mereka bimbang akan kehilangan peluang untuk menikmati kemewahan seperti mana yang telah mereka nikmati sekiranya beberapa jabatan diletakkan di baeah penguasaan kerajaan negeri. Ketiga, bagi masyarakat Cina, dasar desentralisasi ini akan menjadikan Tanah Melayu hanya untuk orang Melayu dan mereka akan diperintahkan oleh orang Melayu. Keempat, mereka juga menentang cadangan penubuhan Kesatuan Kastam kerana akan mengancam taraf pelabuhan bebas Singapura.

Oleh kerana mendapat tentangan hebat di kalangan orang bukan Melayu, maka Clemanti terpaksa menarik balik cadangan-cadangannya. Antara cadangan Clemanti ialah pada tahun 1932, pihak Pejabat Tanah Jajahan telah menghantar Sir Samuel Wilson, Setiausaha Rendah Tetap untuk mengkaji dan membuat cadangan mengenai pengagihan kuasa pusat. Hasil daripada perbincangan dengan Clemanti, Sir Samuel Wilsontelah membuat satu laporan pada tahun 1933. Laporan beliau yang dikemukakan adalah menyetujui cadangan-cadangan

Page 6: desentralisasi

Clemanti. Namun demikian, beliau berpendapat bahawa Kesatuan Kastam harus dihapuskan. Oleh itu, parlimen British menerima laporan Wilson itu dan desentralisasi mula dilaksanakan secara berperingakt-peringkat mulai bulan Ogos 1934.

Antara pelaksanaan cadangan Clemanti-Wilson ialah Jawatan Kuasa Setiausaha dihapuskan pada tahun 1935 dan digantikan oleh seseorang Ketua Setiausaha Persekutuan. Menjelang tahun 1939, enam buah jabatan, iaitu Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan, Jabatan Perlombongan dan Jabatan Kerja Raya telah dipindahkan daripada kawalan pusat kepada kawalan Kerajaan Negeri. Bagi Jabatan Polis, Jabatan Kastam, Jabatan Ukur, Jabatan Buruh dan Jabatan Pertahanan diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Majlis Mesyuarat Negeri telah diperbesarkan dengan melantik ahli-ahli tidak rasmi daripada bangsa Eropah, Cina dan India dan diberi kuasa kewangan dan pentadbiran yang lebih terutama untuk menggubal undang-undang untuk negeri masing-masing. Seterusnya, pegawai-pegaeai kerajaan diletakkan di bawah kawalan ketua-ketua jabatan persekutuan. Malah, Kerajaan Negeri tidak dibenarkan mengutip cukai tetapi diberi pemberiab tahunan oleh Kerajaan Pusat. Selepas tahun 1939, tiada apa-apa langkah yang berkesan diambil untuk mewujudkan desentralisasi selanjutnya.