demo

Upload: nurul-ain

Post on 06-Mar-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

demo

TRANSCRIPT

DemonstrasiKoh Boh Boon(1985), di dalam buku Pedagogi Asas Pendidikan, pengajaran adalah satu proses yang kompleks yang dipenuhi oleh pelbagai unsur, termasuk kualiti pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh motivasi, persekitaran sekolah dan dorongan ibu bapa terhadap murid itu. Oleh itu untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid ini, pelbagai strategi dan kaedah yang boleh digunakan, antaranya ialah dengan menggunakan kaedah tunjukcara atau demonstrasi. Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) yang diasaskan oleh John Dewey, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan (Zaiton Zanariah Hamid, 2000). Menurut Dywer (1978), pelajar yang membaca sambil melihat gambar boleh ingat dengan baik daripada hanya membaca teks sahaja. Ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli psikologi dalam kajian Ng Ying (2004) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2011 bahawa, pancaindera penglihatan berupaya memproses 4,300,000 maklumat manakala pancaindera pendengaran berupaya menerima 50,000 maklumat.