definisi tamadun

4
Minggu 1 Definisi Tamadun Secara umumnya, tamadun bermaksud pencapaian kemajuan dalam aspek kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari sudut ilmu dan fizikal. Sarjana Islam Ibn Khaldun Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminologi al– umran dan al–hadarah dalam abad ke – 14 yang membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan,kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama. Sayyid Qutb Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam. Syed Naquib Al-Attas Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Ahmad Bek Kamal

Upload: ivers-cl

Post on 22-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Titas

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Tamadun

Minggu 1

Definisi Tamadun

Secara umumnya, tamadun bermaksud pencapaian kemajuan dalam aspek

kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari sudut ilmu

dan fizikal.

Sarjana Islam

Ibn Khaldun

Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminologi al–

umran dan al–hadarah dalam abad ke – 14 yang membawa maksud sekumpulan

manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah

pertanian yang akhirnya merintis kemajuan,kemakmuran dan pencapaian yang

bersumberkan agama.

Sayyid Qutb

Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti

sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat

Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.

Syed Naquib Al-Attas

Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan

tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

Ahmad Bek Kamal

Menekan aspek daya usaha ke arah mengeluarkan masyarakat daripada suasana

hidup liar atau nomad kepada hidup berpendidikan dan pembentukan moral tanpa

mengira sama ada di Timur mahupun di Barat.

Page 2: Definisi Tamadun

Sarjana Barat

Collingwood

Tamadun ialah satu proses bagi mencapai satu tahap kehidupan yang lebih

sempurna ataupun satu proses ke arah civil yang mana hasil daripada proses

tersebut akan melahirkan masyarakat yang mempunyai kehalusan budi.

Arnold Toynbee

Tamadun merupakan suatu kehidupan yang unggul yang dipandukan oleh sistem

perundangan, agama, politik, dan pentadbiran yang menjamin kemajuan dan

keselamatan masyarakat.

Edward L. Farmer

Tamadun sebagai unit budaya terbesar dalam organisasi manusia yang terdiri

daripada perkongsian norma-norma sosial, tradisi dan institusi-institusi yang

berterusan.

R.A. Buchanan

Masyarakat bertamadun perlu memiliki institusi-institusi yang kompleks, melibatkan

tahap pengkhususan yang tinggi dalam kalangan anggota masyarakat, wujudnya

stratifikasi sosial, tahap penguasaan matematik dan teknologi yang tinggi,

pengeluaran barangan perlu melebihi keperluan tempatan, kerancakan aktiviti

perdagangan, wujudnya kesepaduan politik dan budaya, dan masyarakatnya

memiliki ciri-ciri moden dan berdaya saing.

Bahasa Arab

1. Umran

Terbitan dari perkataan ‘Amara yang bererti‘kawasan tanah atau rumah yang

didiami, diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap

dan seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur

dari keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa.

Page 3: Definisi Tamadun

2. Hadarah

Tanah yang diusahakan, kampung, kota atau bandar.

3. Tamadun

Memenuhi ciri-ciri kehidupan di bandar bagi menggambarkan masyarakat yang

bertamadun.

4. Madaniyyah / mudun

Memiliki ciri-ciri tamadun.

Bahasa Inggeris

1. Civilization

Diambil dari bahasa Latin ‘civitas’ bererti ‘bandar’. Civilization merujuk kepada

budaya manusia yang kompleks yang memiliki sains dan teknologi serta

mempunyai pengkhususan pekerjaan.