definisi luar bandar

4
1-1 DEFINISI LUAR BANDAR Terdapat beberapa definisi luar bandar yang ditakrifkan oleh agensi-agensi kerajaan dan juga luar negara seperti berikut: a) Jabatan Perangkaan Malaysia, 2000 Takrif kawasan bandar ialah “Kawasan yang diwartakan serta kawasan tepubina yang bersempadan dengannya dan gabungan kedua-dua kawasan ini yang mempunyai penduduk seramai 10,000 atau lebih semasa Banci Penduduk dan Perumahan 2000, manakala kawasan selainnya dan mempunyai jumlah penduduk kurang daripada 10,000 orang ditarifkan sebagai kawasan luar bandar. b) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa “Kawasan desa merupakan kawasan selain daripada kawasan bandar. Ia merupakan petempatan yang meliputi semua jenis kampung dan penempatan kecil yang kurang daripada 10,000 orang penduduk dan bercirikan kawasan pertanian serta kawasan sumber alam semulajadi. Faktor-faktor yang ditekankan dalam mendefinisikan kawasan desa adalah berikut: i. Saiz bilangan penduduk yang minima dan maksima; ii. Kepadatan penduduk; iii. Tahap urbanisasi; iv. Tahap kemudahan masyarakat dan kualiti hidup (contoh: jalan yang berturap, bekalan elektrik, bekalan air dan lain-lain). Ciri-ciri kawasan desa adalah meliputi semua jenis kampung atau petempatan kecil yang kurang dari 10,000 orang yang tinggal secara berkelompok, sejajar dan bertaburan seperti kampung tradisi, kampung FELDA, kampung FELCRA, kampung Orang Asli, petempatan ladang, kampung baru dan pusat-pusat petempatan atau

Upload: deela-daud

Post on 29-Jun-2015

4.527 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Luar bandar

1-1

DEFINISI LUAR BANDAR Terdapat beberapa definisi luar bandar yang ditakrifkan oleh agensi-agensi kerajaan dan juga luar negara seperti berikut:

a) Jabatan Perangkaan Malaysia, 2000

Takrif kawasan bandar ialah “Kawasan yang diwartakan serta kawasan tepubina yang bersempadan dengannya dan gabungan kedua-dua kawasan ini yang mempunyai penduduk seramai 10,000 atau lebih semasa Banci Penduduk dan Perumahan 2000”, manakala kawasan selainnya dan mempunyai jumlah penduduk kurang daripada 10,000 orang ditarifkan sebagai kawasan luar bandar.

b) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

“Kawasan desa merupakan kawasan selain daripada kawasan bandar. Ia merupakan petempatan yang meliputi semua jenis kampung dan penempatan kecil yang kurang daripada 10,000 orang penduduk dan bercirikan kawasan pertanian serta kawasan sumber alam semulajadi. Faktor-faktor yang ditekankan dalam mendefinisikan kawasan desa adalah berikut: i. Saiz bilangan penduduk yang minima dan maksima; ii. Kepadatan penduduk; iii. Tahap urbanisasi; iv. Tahap kemudahan masyarakat dan kualiti hidup

(contoh: jalan yang berturap, bekalan elektrik, bekalan air dan lain-lain).

Ciri-ciri kawasan desa adalah meliputi semua jenis kampung atau petempatan kecil yang kurang dari 10,000 orang yang tinggal secara berkelompok, sejajar dan bertaburan seperti kampung tradisi, kampung FELDA, kampung FELCRA, kampung Orang Asli, petempatan ladang, kampung baru dan pusat-pusat petempatan atau

Page 2: Definisi Luar bandar

1-2

bandar-bandar baru dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah. Merujuk kepada Dasar Perbandaran Negara, kawasan bandar merupakan kawasan yang diwartakan berserta kawasan tepubina yang bersambungan (kawasan tepu bina tidak terputus melebihi 5km dengannya yang mana kesemua kawasan yang digabungkan mempunyai ciri-ciri bandar) iaitu sekurang-kurangnya 60% penduduknya (berumur 10 tahun atau lebih) terlibat dalam aktiviti bukan pertanian dan sekurang-kurangnya 30% unit perumahannya mempunyai kemudahan tandar moden. Definisi ini telah mengambilkira definisi kawasan bandar, banci 1991, kawasan yang diwartakan, saiz penduduk minimum iaitu 10,000 orang. Ciri-ciri terperinci kawasan desa adalah berikut: i. Kawasan yang bukan tepu bina samada di dalam

atau di luar kawasan pentadbiran dan pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan;

ii. Asas ekonomi utama penduduk adalah berasaskan pertanian dan sumber asli;

iii. Peratusan bilangan penduduk berumur aktif yang rendah;

iv. Kepadatan penduduk yang rendah. Sebenarnya perbezaan di antara bandar dan desa adalah perbezaan dari segi konseptual tetapi realiti sebenarnya ialah wujudnya satu continuum masyarakat atau petempatan yang mempunyai ciri-ciri sosial dan demografi yang unik dan spesifik. Pembangunan bandar dan tekanan perluasan kawasan-kawasan bandar ke arah kawasan desa menjadikan sempadan bandar-desa semakin tidak jelas.”

Page 3: Definisi Luar bandar

1-3

c) Department for Environment, Food and Rural Affairs (Defra), United Kingdom, 2002

“The rural definition consists of two parts:

i. the settlement morphology comprising all places

under 10,000 population comprising small (rural) towns, villages and scattered dwellings; and

ii. the wider geographic context in which individual settlements are located i.e. whether the wider area is defined as being „sparsely‟ populated or not.”

d) Statistics Canada, 1996

“There are six alternative definitions of rural that are available for national level analysis in Canada. Two of these definitions are:

i. Census rural – refers to individuals living in the

countryside outside centres of 1,000 or more population;

ii. Rural and small town – refers to individuals in towns or municipalities outside of the commuting zone of larger urban centres (with 10,000 or more population). These individuals may be disaggregated into zones according to the degree of influence of a larger urban centre.”

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Usaha-usaha kerajaan `government intervention‟ dalam membangunkan kawasan luar bandar di pelbagai aspek sosio-ekonomi merangkumi pembangunan prasarana asas, utiliti dan ameniti sosial, pembangunan ekonomi, pembangunan manusia/masyarakat dan institusi desa dan pembangunan ICT.

Page 4: Definisi Luar bandar

1-4

ANGGARAN KELUASAN LUAR BANDAR

Keluasan kawasan luar bandar adalah 70% daripada keluasan tanah negara (231,180 km persegi atau 23 juta hektar), terdiri dari kawasan pertanian, hutan, penempatan kampung, pesisiran pantai dan pulau.

KUMPULAN SASAR KKLW Dalam pembangunan prasarana dan sosio-ekonomi, kumpulan sasar KKLW terdiri daripada masyarakat luar bandar dan di luar kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan termasuk:

Pekebun-pekebun Kecil Getah (RISDA, LIGS dan JPS);

Pemilik tanah terbiar dan tanah kecil (FELCRA, SALCRA dan LKTS);

Masyarakat Orang Asli;

Kelompok miskin tegar dan kelompok miskin;

Penduduk estet kecil/pecah yang kurang daripada 404.8 hektar atau 1,000 ekar; dan

Usahawan luar bandar.