suara risda · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar...

28
Suara PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH BIL: 2/2009 ISSN 0128/0112 PERCUMA PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL YB DATO’ SERI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL TIADA HALANGAN UNTUK MEMARTABATKAN MASYARAKAT LUAR BANDAR >> TANAMAN KONTAN Meningkatkan Taraf Hidup Md. Shah Safri >> PEKEBUN KECIL RISDA Menempah Kejayaan 40mt >> TUISYEN DESA PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Upload: others

Post on 05-Feb-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

Suara

RISDAPIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

BIL: 2/2009ISSN 0128/0112

PERCUMA

PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

YB DATO’ SERI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL

TIADA HALANGAN

UNTUK MEMARTABATKAN MASYARAKAT LUAR BANDAR

>> TANAMAN KONTAN

Meningkatkan Taraf Hidup Md. Shah Safri

>> PEKEBUN KECIL RISDA

Menempah Kejayaan 40mt

>> TUISYEN DESA

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 2: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

SidangPengarangPENAUNGDato’ Mohammad Izat Hasan

PENASIHATDato’ Hj. Ali Nordin Wahiduddin

KETUA PENGARANGHjh. Halimah Abd. Kadir

PENoLoNG KETUA PENGARANGMuhammad Adnin Bakir Abu Bakar

SIdANG PENGARANGNazri RahmatHjh. Robiyah IsmailSharudin Abdullah

PENTAdBIRANFauziah Mashood

SUMBANGAN ARTIKELAhli PENYINAR & Individu

PENGEdARAN/PENYELARASANUnit Komunikasi Korporat,Pejabat Ketua PengarahIbu Pejabat RISDA,Kuala Lumpur

Majalah Suara RISDA diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pengarah untuk diedarkan kepada pekebun kecil. Penerbitan buletin ini bertujuan menyebarkan maklumat mengenai RISDA, hal berkaitan industri tanaman getah dan sawit serta aktiviti sampingan yang boleh menyumbang kepada pendapatan tambahan kepada pekebun kecil. Suara RISDA juga mengalu-alukan sumbangan sebarang artikel, cadangan dan pendapat dari pembaca. Hantarkan sumbangan artikel anda kepada alamat:

KETUA PENGARANG SUARA RISDAUnit Komunikasi Korporat,Pejabat Ketua Pengarah, Tingkat 5,Ibu Pejabat RISDA,Karung Berkunci 11067,50990 Kuala Lumpur.atau Emel:[email protected] Faksimili:03-42565599http://www.risda.gov.my

Dari Meja Ketua Pengarang

Kandungan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat bertemu kembali dalam Keluaran ‘Suara RISDA’ Bilangan 2/2009.

Dalam keluaran ini, saya ingin menyentuh mengenai teknologi maklumat atau

ICT. Sejajar dengan perkembangan sistem teknologi maklumat terkini, RISDA

juga telah mengorak langkah dengan memperluaskan perkhidmatannya kepada

pekebun kecil menerusi internet dengan membangunkan sistem e-Tanam

Semula yang memudahkan pekebun kecil membuat permohonan menerusi

internet. Sistem e-Tanam Semula ini dapat mempercepatkan pemprosesan

permohonan Tanam Semula serta mempertingkatkan sistem penyampaian

kepada pekebun kecil. Dengan adanya sistem ini juga, pekebun kecil dapat

mengetahui status permohonan Tanam Semula secara atas talian atau online.

Aduan orang ramai adalah merupakan ‘mata’ dan ‘telinga’ bagi pihak

RISDA. Sebenarnya aduan membantu kita untuk ‘turun ke padang’ bagi

mengawasi dan melihat dengan sendirinya kemajuan pelaksanaan sesuatu

projek dan mengenalpasti kekurangan dan kelemahan yang berlaku. Untuk

mengalu-alukan aduan, RISDA juga ada menyediakan perkhidmatan e-Aduan

yang bertujuan untuk memudahkan orang ramai membuat aduan terus kepada

pihak pengurusan RISDA menggunakan kemudahan ICT. Melalui e-Aduan ini,

maklum balas bagi setiap aduan yang dibuat sama ada secara fizikal atau maya

dapat diperolehi dengan lebih cepat melalui laman web.

Dengan ini adalah disarankan kepada semua pekebun kecil supaya

memanfaatkan sepenuhnya Medan Info Desa (MID) yang ada di kawasan tuan-

tuan dan puan-puan dan melayari Laman Web RISDA www.risda.gov.my untuk

berurusan dengan RISDA. Kami di RISDA sentiasa mendoakan agar tuan-tuan

dan puan-puan akan terus maju dan meningkatkan produktiviti.

Selamat Maju Jaya. Wassalam.

2

4 Bidai bertam sumber pendapatan

6 Manfaatkan tanah tambah pendapatan

7 Projek Agropolitan diperluas ke seluruh negara

8 Tanaman kontan aktiviti ekonomi tambahan

10 1.4 juta benih sawit diperlukan

12 Rajin dan usaha bawa berkat

16 Pelan tindakan produktiviti ladang-ladang RISdA

18 Teknologi bawa kejayaan

20 Tuisyen desa perintis kesempurnaan hidup

21 Keperitan mengajar erti kehidupan

22 Petai tingkat pendapatan

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 3: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

Oleh: HjH. ROBIYAH ISMAIL

KITA telah diamanahkan oleh penduduk luar bandar untuk membela nasib mereka. Pem-

bangunan yang perlu kita lonjakkan untuk mereka bukan hanya setakat dengan menyediakan kemudahan asas seperti prasarana, jalan raya, bekalan air dan hospital, malah lebih daripada itu berupa bantuan dan sokongan yang berupaya mengubah kehidupan mereka kepada kehidupan yang lebih baik. Salah satu kaedahnya ialah dengan mengurangkan rangkaian orang tengah kerana selama ini orang tengah telah menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar perlu mendapat didikan setinggi-tinggi yang boleh untuk memainkan peranan dalam industri pembuatan mengambil alih peranan orang tengah ini. Secara tidak langsung, ia telah membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak penduduk luar bandar.

Sedemik ian, Kolej RISDA

diminta mendokong pe ranan untuk melahirkan anak-anak penduduk luar bandar yang berkualiti lagi dinamisme dan berkemampuan mem bawa trans for-masi ini. Kolej RISDA juga diseru untuk mempertingkatkan pembelajarannya ke tahap universiti yang lebih global. Penduduk luar ban dar hendaklah diberi peluang dan harapan untuk

membangunkan ekonomi mereka sendiri. Sedemikian, kita perlu membekalkan mereka dengan kemahiran merancang atau dengan istilah lain, perancangan strategik supaya mereka dapat mem-perbaiki kehidupan mereka. Bermula dengan kemahiran yang sedia ada, dijana dengan diberi latihan secara bersepadu untuk menghasilkan produk yang berkualiti serta menepati kehendak pasaran, insya-

Allah peduduk luar

bandar akan dapat kita didaulatkan sama. Anak seorang nelayan dari Semporna, Sabah ini mengingatkan akan agenda utama kita iaitu menumpukan komitmen sepenuhnya ke arah membangunkan ma-syarakatt luar bandar. Dengan perasaan sebak, beliau mengingkatkan kita bahawa masih ada penduduk di luar bandar yang hidup dalam situasi yang serba daif berpendapatan sekadar RM4 atau RM5 sehari. Dalam situasi kita bermewahan dengan makanan, masih ada penduduk di luar bandar yang kadangkala tiada makanan untuk dimakan atau ala kadar sahaja bagi me ngisi perut yang kosong. Kepada kitalah mereka menaruh setinggi-tinggi harapan untuk merubah kehidupan mereka kepada kehidupan yang lebih sejahtera. Demikian sebahagian daripata intisari ucapan sulung YB Dato’ Seri Hj. Mohd. Shafie b. Hj. Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam Majlis Perjumpaan Menteri KKLW dengan semua warga RISDA di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat RISDA pada 7 Mei 2009. RISDA merupakan agensi pembuka tirai di bawah KKLW yang dilawati oleh YB Dato’ Seri Hj. Mohd. Shafie. Pada hari yang sama beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet Bil. 7/2009 di Dewan Gemalasri dan mendengar sendiri taklimat berkaitan program pembangunan RISDA yang disampaikan oleh Ketua Pengarah RISDA. Turut hadir dalam majlis ini ialah dua Timbalan Menteri KKLW, Ketua Setiausaha Negara, Pengerusi dan Ahli Pihak Berkuasa RISDA, Ketua Pengarah RISDA, dua Timbalan Ketua Pengarah RISDA, Pengarah-pengarah Bahagian, semua Pengurus Besar Anak Syarikat, pegawai dan kakitangan RISDA dan anak syarikat.

TIADA HALANGANUNTUK MEMARTABATKAN

MASYARAKAT LUAR BANDAR- YB DATO’ SERI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL

3

“Kepada kitalah mereka menaruh setinggi-tinggi harapan untuk

merubah kehidupan mereka”

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 4: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

4

Oleh: Barhanudin hashim

dalam arus kemelesetan ekonomi sudah tentu menuntut agar kita berusaha dengan lebih gigih bagi

memenuhi keperluan hidup. En. Abdul Hamid bin Abdul pemilik kebun getah seluas 2.6355 hektar dengan kepadatan 1,080 pokok ditoreh ada agenda tersendiri untuk menambah pendapatannya. En. Abdul Hamid merupakan salah seorang daripada peserta Tanam Semula Berkelompok Kg. Bukit Kuang, Gurun, Kedah meraih hasil melebihi 3,000 kg sehektar setahun bagi jangka masa tiga tahun berturut-turut. Beliau merupakan pekebun kecil yang aktif dan mendapat hasil getah tertinggi di Negeri Kedah. Pada tahun 2008 hasil getah yang diperolehnya 3,049.31 kg/hek/tahun dengan pendapatan RM53,879.90 ataupun purata bulanan RM4,489.99. Sungguhpun hasil getahnya bertambah dengan penggunaan penggalak susu ethephon yang diberi pada tahun 2008, pendapatannya terjejas ekoran harga

getah yang merosot. Rekod hasil bagi bulan januari 2009 mencatatkan RM1,953.60 berikutan penurunan harga getah kepada RM1.82/kg. En. Abdul Ha mid mengambil lang kah al-ternatif bagi me nam pung kekurangan pen dapatannya dengan mem buat bidai dari bertam. Bertam yang dahulunya hanya di-jadikan batang pe ngail di-inovasikan menjadi bidai yang cantik pelindung cahaya mentari serta sebagai hiasan. Pada permulaan pelanggan bidainya terdiri daripada penduduk tempatan di sekeliling kampungnya yang kemudiannya melangkau di luar kampungnya. Setiap bidai berukuran 6’ x 7’ dijual dengan harga RM250.00. Dalam jangka masa sebulan En. Abdul Hamid mampu menyiapkan 15 bidang bidai yang mem-bawa pulangan RM3,750 sebulan. En. Abd. Hamid sedia menerima tempahan

mengikut ukuran dan

c o r a k sebagaimana yang di-ke hen daki oleh pelanggannya. En. Abdul Hamid berhasrat untuk memperluaskan pembuatan bidai dengan mengambil langkah memohon kelulusan daripada jabatan Perhutanan Daerah untuk mengeluarkan lebih banyak bertam dan mengambil beberapa orang pekerja di

Getah Turun Harga,BIDAI BERTAM SUMBER

PENDAPATAN SAMPINGAN

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 5: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

5

kalangan penduduk tempatan untuk membantu beliau. En. Abdul Hamid juga mengalu-alukan kedatangan orang ramai yang berminat untuk mempelajari cara pem-buatan bidai serta sedia menerima teguran untuk meningkatkan lagi kualiti bidai nya. Sambil melawat ke TSB Bukit Kuang yang merupakan TSB yang tertinggi penghasilannya di Negeri Kedah, pelawat bolehlah mencuba sendiri bagaimana cara membuat bidai. Keseluruhan pendapatan

purata sebulan yang dijana oleh En. Abd. Hamid dari hasil getah dan bidai bertam melebihi RM8,000. Siapa sangka batang bertam se-bagai pengail satu ketika dahulu boleh menghasilkan pendapatan bulanan yang lumayan. Untuk tempahan bidai bertam En. Hamid, anda boleh menghubunginya di Kg. Batu 2, jalan jeniang, Gurun di talian 04-4687359 ataupun menghubungi Pengurusan RISDA Daerah Kuala Muda/Yan di talian 04-4218811.

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 6: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

Usaha yang amat baik seperti di sekitar kawasan rumah atau di lorong kosong antara barisan getah muda dan tanaman sawit adalah kawasan yang boleh dilihat dari dua sudut yang berbeza. Ianya boleh dilihat sebagai kawasan yang berpotensi untuk diusahakan atau dilihat sebagai kawasan yang membazir yang perlu diselenggarakan. Terdapat pekebun yang memilih cara mudah dengan membiarkan kawasan tersebut terbiar begitu sahaja tanpa diselenggara. Ketika dunia dilanda kegawatan ekonomi, amalan berjimat cermat dan bersederhana adalah langkah bijak. Oleh itu, pekebun kecil perlu bijak merancang perbelanjaan keluarga. Panaroma indah dengan di kelilingi

sayuran dan pokok buah-buahan yang menghijau, malah mewarnai landskap unik persekitaran rumah sepanjang masa. Bagi tujuan itu, RISDA sentiasa

menggalakkan pekebun kecil menanam sayuran di perkarangan rumah untuk keperluan sendiri. Begitu juga lorong getah muda atau sawit sebenarnya mempunyai potensi luas dan lebih produktif sekiranya diusahakan terutamanya apabila ditanam dengan tanaman kontan atau selingan. Dengan amalan yang diunjurkan, ianya bukan sahaja dapat menjaga kebun tetapi dapat memberi pulangan yang lumayan sementara menungggu pengeluaran hasil tanaman utama. Dengan ini juga mewujudkan kesedaran kepada pekebun kecil terhadap kepentingan makanan segar lagi berkhasiat. Dengan berbekalkan peruntukan sebanyak RM1.55 juta, RISDA

mensasarkan 170,000 pekebun dapat memanfaatkan sepenuhnya tanah milikan mereka dengan aktiviti tanaman kontan atau selingan ini. Antara jenis tanaman sebagai landskap di keliling rumah atau di antara barisan getah muda atau sawit seperti kacang tanah, pisang, cili, nanas, tomato, ubi kentang, keledek, serai dan sebagainya yang sesuai terutama tanaman jangka pendek. Tanaman ini akan mengeluarkan hasil yang lumayan sekiranya mengikut kaedah yang ditetapkan seperti jarak tanaman yang sesuai dengan lorong-lorong getah atau sawit dengan erti kata lain ianya tidak mengganggu tumbesar tanaman utama. Seperti lain-lain tanaman kontan dan selingan juga sebagai landskap ia memerlukan penjagaan yang sempurna sekiranya amalan yang dianjurkan itu tidak dilakukan berkemungkinan tanaman itu bukan boleh membawa pulangan tetapi akan menimbulkan masalah lain. Sehubungan itu khidmat nasihat dari mereka yang tahu perlu dirujuk.

MANFAATKAN TANAHBoleh Tambah Pendapatan

Kata orang berbudi kepada tanah, banyak untungnya. Selain dapat hasil yang diusahakan ianya juga boleh menyihatkan badan.

6

Oleh: naZri rahmaT

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 7: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

7

PRoJEK AGRoPoLITAN dIPERLUAS dI SELURUH NEGARA - MENTERI

Oleh: hjh. roBiyah ismail

P rojek Agropolitan merupakan usa ha kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan

kadar kemiskinan luar bandar kepada 2.9% menjelang 2010. Program ini memberi fokus kepada pembangunan ekonomi, prasarana fizikal dan pembangunan manusia. Kawasan yang diberi keutamaan adalah kawasan luar bandar yang terpencil tetapi mempunyai potensi ekonomi yang tinggi seperti aktiviti pertanian, pelancongan dan industri yang boleh menjana pembangunan di kawasan tersebut. Menyahut saranan Perdana Menteri iaitu Satu Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, YB Dato’ Seri Hj. Mohd. Shafie b. Hj. Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) turun sendiri melihat perkembangan Projek Agropolitan Gahai. Dalam siri lawatannya, beliau memantau dan memastikan sendiri pelaksanaan projek ini tercapai seperti yang direncana serta peserta-peserta projek dapat menikmati penghasilannya. YB Dato’ Seri Hj. Mohd. Shafie amat ber-puas hati pembangunan Projek Agropolitan Gahai. Dengan keluasan keseluruhan 222.58 hektar berkomponenkan ladang sejahtera (202.34 hektar), ladang komersial nanas (14.16 hektar) dan kawasan penempatan/rumah (6.07 hektar). Peserta terdiri daripada 50 orang milikan rumah, ladang komersial dan saham manakala 30 orang lagi milikan saham sahaja. Syer ladang adalah 2.259 hektar seorang dan syer ladang komersial adalah 0.28 hektar seorang. Setakat ini getah telah ditanam seluas 194.58 hektar dengan jumlah 105,264 pokok getah telah ditanam mulai Ogos 2007 dengan Klon RRIM 2002, RRIM 2025, PB 260 dan PB 350. Bagi mencapai matlamat ukur lilit pokok mencapai 45cm boleh ditoreh, amalan pertanian dan teknologi yang baik hendaklah dilaksanakan agar pokok boleh ditoreh dalam tempoh 41/2 tahun. Dijangkakan 70% pokok getah boleh ditoreh dalam tempoh 41/2 tahun mulai November 2011 dan bakinya menjelang 2012. Bila berhasil kelak, bilangan penoreh yang diperlukan dengan sistem torehan S/2, D/2 adalah 98 orang. Kos yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk pembangunan ladang getah sehingga menoreh bagi setiap peserta adalah RM36,000. Memandangkan pasaran getah crepe

lebih mudah dengan harga yang lebih tinggi kerana kualitinya serta kadar diskaun yang rendah kandungan getah kering (KGK) yang tinggi, RISDA diminta memainkan peranan dalam pemprosesannya. KGK getah crepe boleh mencapai 75%, sementara kos pengangkutan dapat dijimatkan kerana kandungan air dalam getah crepe adalah rendah (25%) berbanding getah skrap (45%). Malah getah crepe adalah nipis dan boleh dilipat dan dapat menambah muatan dalam lori serta mudah dikendalikan. Sekiranya diteliti, seorang peserta boleh memperoleh pendapatan dari RM1,000 – 2,500 sebulan jika menoreh. Sementara tambahan pendapatan RM400 – 700 sebulan jika bekerja di ladang komersial nanas. jangkaan jumlah pendapatan yang boleh diperoleh oleh setiap peserta jika bekerja di kedua-dua ladang sejahtera dan ladang komersial adalah RM1,400 hingga RM3,200 sebulan. Insya-Allah dengan jumlah pendapatan ini, mampu mengeluarkan peserta-peserta keluar dari garis kemiskinan. YB Dato’ Seri Hj. Mohd. Shafie mengu-capkan tahniah kepada penerima-penerima Surat Tawaran Penempatan Bagi Agropolitan Gahai yang menikmati kemudahan rumah,

pendapatan dan syer dari ladang getah dan nanas selain kemudahan prasarana jalan, air elektrik serta dewan, surau, taska dan lain-lain kemudahan. Menepati dalam intisari ucapan sulung dan amanatnya, pendekatan ‘People Centric Projek iaitu mengutamakan projek yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dengan lebih meluas. Projek agropolitan akan diperluas ke seluruh negara. Beberapa kawasan baru di Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah dikenal pasti dengan sasaran 10,000 peserta sebelum akhir 2010. Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Dato’ Hassan Malek (Timbalan Menteri KKLW), YB Dato’ Wan Rosdy Wan Ismail (Exco Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang), YB Dato’ S.K Devamany (Timbalan Menteri di jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands), YB Dato’ Shaharom Osman (Ahli Parlimen Lipis), YBhg. Dato’ Zainal Abidin Osman (Penasihat KKLW), YBhg. Dato’ Abd. jabat Che Nai (Ketua Setiausaha KKLW) YBhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan (Ketua Pengarah RISDA, ketua-ketua agensi bawah KKLW, ketua-ketua jabatan Negeri Pahang dan para perserta Projek Agropolitan Gahai.

Dato’ Seri Haji Shafie Apdal sedang membaja pokok getah.

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 8: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

Oleh: jailani husin

Pengalaman selama 7 tahun bertani sepenuh masa dengan menyewa tanah Lembaga Pertubuhan Peladang sebagai

penanam sayur di Kg. Air Putih, Pekan Nenas, Pontian johor, sedikit sebanyak telah memberi inspirasi kepada beliau untuk mencuba mengusahakannya pula di kebun sendiri. Beliau yang kini berusia 54 tahun dan ayah kepada 4 orang anak sedar akan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Walaupun tiga anaknya telah

bekerja, beliau tidak pernah meletakkan harapan bagi mendapatkan bantuan daripada mereka. Selagi kudratnya mampu untuk menaburkan bakti kepada tanah, selagi itulah beliau akan berusaha sendiri, dahulu pendapatannya sekitar RM500 - 700/bulan, yakin akan memperoleh pendapatan lebih baik selepas ini.

Bak kata pepatah “Tiada siapa yang merancang untuk gagal, tapi ramai yang gagal membuat perancangan”.

• md. shah saPriPeserta Tanam Semula

Beliau yang mendapat khidmat nasihat dari Pegawai Luar RISDA, En. Ramzaan M. Ali, bahawa kebun getah tuanya seluas 0.7764 hektar, jika ditanam semula pasti dapat menjana hasil yang lumayan sekiranya beliau dapat memaksimumkan setiap inci keluasan kebunnya dengan tanaman kontan. Dengan syarat semangat dan usaha mesti berterusan tanpa putus asa. Sehubungan itu, pada tahun 2005, beliau telah menerima saranan daripada RISDA dengan mengambil langkah bijak mendaftarkan kebun getah tuanya untuk

Tanaman konTanMeningkatkan Taraf Hidup Md. Shah Sapri“Berbudi pada tanah, pasti tak rugi”. Itulah antara kata dan tekad Md Shah Sapri, seorang peserta tanam semula yang kini telah berjaya

meningkatkan pendapatannya dari 3 angka kepada 4 angka.

8PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 9: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

menyertai program tanam semula RISDA. Beliau bersetuju dengan tanaman getah TSGGI sistem parameter, sementara di antara pokok getah boleh ditanam tanaman kontan. Pada tahun 2006, beliau telah membuat permohonan peruntukan Bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) bagi tanaman kontan di atas lot tanam semula tersebut. Peruntukan AET yang diterima telah dimanfaatkan sepenuhnya dengan membeli benih-benih tanaman kontan seperti petola, cili, kacang buncis dan kacang panjang, di samping baja dan racun kimia serta tali dan dawai bagi tanaman yang memanjat/menjalar. Beliau menanam tanaman kontan tersebut di antara anak pokok getah. Di samping mengusahakan tanaman kontan ini dengan bersungguh-sungguh, penyenggaraan pokok getah juga tidak diabaikan. Kebunnya juga didaftarkan bagi program 3:3:1:3 katogeri getah muda . Bak kata pepatah “Tiada siapa yang merancang untuk gagal, tapi ramai yang gagal membuat perancangan”. Sedemikian, sebelum memulakan projek tanaman kontan ini, beliau mengambil pendekatan awal dengan membuat perancangan mengikut acuannya sendiri. Perancangan awalnya ialah mesti peka dengan iklim pa-sar an tempatan dan per-mintaan pengguna se-perti musim perayaan dan majlis perkahwinan. Sebagai contoh bagi menghadapi musim pe-rayaan seperti hari raya, beliau telah merancang untuk menanam cili dan kacang panjang kerana permintaan untuk hari raya adalah amat memberangsangkan dengan harga yang lebih tinggi. Begitu juga perayaan Deepavali, sayur-sayuran seperti petola, bendi dan kacang panjang diberi keutamaan. Namun, setakat ini pasaran pada hari-hari biasa juga tidak mencukupi. Apa yang menariknya perihal sikap En. Md Shah yang begitu komited

dengan setiap program yang telah dirancang seperti jadual pembajaan, kadar pembajaan, penyenggaraan dan waktu penuaian. Amalan disiplin yang tinggi dalam melaksanakan kerja-kerja di lapangan mengikut jadual yang telah diprogramkan, telah membuahkan hasil yang berbaloi. Di atas lot tanam semula ini beliau telah menanam sebanyak 1500-1800 pokok petola dan 500 pokok cili padi kampung. Berdasarkan permintaan pasaran yang baik, kini beliau telah mengembangkan lagi usahanya menyewa tanah seluas 3 ekar dengan menanam kacang panjang sebanyak 8,000 pokok. Bagi tanaman petola dan kacang panjang, beliau menanam sebanyak 3 pusingan/tahun. Sesungguhnya hasil yang dituai cukup berkualiti dan dapat dijual dengan harga yang baik. Lokasi pemasaran adalah di sekitar kampungnya, kedai runcit, pasar mini, pasar peladang dan pasar besar Pekan Nenas dengan memasarkannya sendiri. Beliau sentiasa mendapat sokongan padu dari anak-anak dan isterinya yang sering membantu beliau khususnya apabila tiba waktu menuai. Dengan berasaskan pengalaman,

kesungguhan dan ketekunan mengusahakan tanaman kontan ini, beliau telah menikmati pendapatan yang lumayan. Berikut dipaparkan rekod pendapatan tanaman kontan beliau sepanjang tahun 2008. Oleh kerana kerja-kerja telah bertambah, kini beliau dibantu oleh 2 orang pekerja. Beliau amat berterima kasih dengan RISDA yang telah memberi dan membuka laluan kepadanya

sehingga dapat mengubah kehidupannya sekeluarga kepada kehidupan yang lebih selesa. Pada tahun 2008, kemuncak kejayaan beliau ialah menikmati pendapatan mencecah sehingga RM7,000/bulan iaitu sewaktu harga pasaran sayur-sayuran tinggi. Beliau amat bersyukur kerana memperoleh purata pendapatan RM2,000 – RM2,500/bulan telah melebihi sasaran dan melangkaui ob jektif RISDA RM 2,000/bln/keluarga.

HASIL LUMAYAN...Di antara hasil tanaman kontan yang diusahakan oleh beliau.

Tahun Bil jenis Tanaman Kuantiti Harga/kg (RM) jumlah (RM)

2008 1 Petola 4800 kg 2.50 12,000.00

2 Kacang Panjang 4375 kg 3.20 4,000.00

3 Kacang Buncis 500 kg 4.00 2,000.00

4 Cili Padi 100 kg 10.00 1,000.00

jumlah 29,000.00

9PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 10: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

10

1.4 JUTA BENIH SAwIT dIPERLUKAN

RISDA terus memberi komitmen yang ting gi dalam

memastikan pembekalan benih dapat disalurkan kesemua pekebun kecil getah dan sawit di negara ini.

T i m b a l a n Ketua Pengarah (Pembangunan), Dato’ Ali Nordin Wahiduddin ber­kata, benih dan pembangunannya dilihat sebagai sa lah satu as­pek paling kriti­kal dalam me­nentukan hasil yang tinggi dalam industri getah dan sawit.

Dato’ Ali berkata, keperluan benih sawit pada 2009 dianggarkan mencecah 1.4 juta dan RISDA dengan kerjasama daripada Lembaga Sawit Malaysia membekalkan biji cambah sawit yang dikenali dengan nama RISDA Seed sebanyak 800,000 biji menerusi Ladang Biji Benih di AMBS, Dungun. “Permintaan sebenar keperluan benih sawit ialah 1.4 juta.

Memandangkan RISDA Seed hanya mampu membekalkan 800,000 biji cambah sawit, jumlah selebihnya terpaksa dibeli daripada pembekal benih berdaftar seperti FELDA dan Sime Darby. Semaian transit yang ditubuhkan pada November 2007 adalah semaian benih getah yang letaknya lebih 100 kilometer daripada pusat semaian RISDA di mana tujuan diwujudkan adalah untuk mengawal kualiti benih, menjimatkan kos penanaman semula selain sebagai tempat latihan kepada pekebun kecil dan kakitangan RISDA. Untuk tahun 2009, sebanyak 10.15 juta dikeluarkan melalui semaian pusat dan bakinya sebanyak 1.25 juta dikeluarkan melalui semaian transit. ‘RISDA menawarkan harga benih yang jauh lebih rendah berbanding di pasaran untuk kemudahan pekebun kecil mendapatkan benih yang terbaik pada harga yang murah’ tambahnya. Sebanyak 13 pusat semaian transit

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 11: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

diwujudkan iaitu di IKPK Bukit Sireh, (Kelantan), Gua Tempurung (Kinta), IKPK Padang Rengas (Kuala Kangsar) dan Selama (Perak), Kg. Pak Kancil (Setiu, Terengganu), Ulu Sedeli (Kota Tinggi), Sri Gading (Batu Pahat, Johor), Kampung Segar (Raub Fasa I dan II), dan RPK Pulau Mansok (Jerantut Pahang), Chembong (Pedas), Kampung Jenderak (Jelebu) dan Inas (Kuala Pilah). YBhg. Dato’ Ali berkata, “sehingga Disember 2008 RISDA sudah membekalkan 390,254 benih getah kepada 650 pekebun kecil terbabit. Menjelang 2010, RISDA akan menambah 6 lagi pusat semaian transit yang kini berjumlah 13 semuanya bagi memastikan bekalan benih dapat disampaikan lebih cepat dan juga mengurangkan kadar kerosakan anak pokok akibat penghantaran’ katanya. Sasaran RISDA bagi tahun ini, katanya, adalah untuk mewujudkan 4 semaian transit sawit di Pahang Timur, Batu Pahat, Taiping dan Setiu (Terengganu) dengan anggaran pengeluaran benih sawit sebanyak 35,000 pokok. Justeru, katanya, ke­jayaan RISDA menghasilkan getah bermutu tinggi diukur dari cara menangani benih dengan betul, penghantarann tepat pada masanya, klon yang digunakan sesuai dengan persekitaran dan juga mengamalkan amalan pertanian yang baik (GAP). “Klon getah yang disyorkan oleh RISDA adalah terdiri dari kumpulan 1 dan Kumpulan 2, di mana klon Kumpulan 1

terdiri daripada PB 260 yang mampu menghasilkan 2,168 kilogram susu getah sehektar/thn PB 350 (2,675 kg/hek/thn); RRIM 928 (3,119 kg/hek/thn) dan RRIM 929 dengan penghasilan sebanyak 3,143 kg/hek/thn.” “Bagi Kelas 2 pula, klon RRIM 2001 mampu menghasilkan 2,850 kg. susu getah sehektar setahun; RRIM 2002 (2,348 kg/hek/thn) dan RRIM 2025 berpotensi menghasilkan 2,700 kg/hek/thn. Susu getah dengan kadar nisbah penanaman 60 peratus bagi Kumpulan 1 dan 40 peratus bagi Kumpulan 2,” katanya ketika ditemui di pejabatnya baru­baru ini. Pokok getah boleh mula ditoreh selepas berusia empat setengah tahun di mana purata peningkatan ukur lilit

ialah 10 sentimeter setahun dengan syarat amalan pertanian yang baik (GAP) dilaksanakan. Dengan kemasukan RISDA ke Sarawak mulai tahun 2009, dianggarkan sebanyak 165,000 benih getah diperlukan. Buat permulaan sebuah pusat transit di Seratok telah dibuka dengan kawasan seluas hampir satu hektar. RISDA akan memastikan keperluan ini dipenuhi.

11PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 12: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

Pasangan Hj Mohd Sharif Mat dan Hjh Khalipah Radzi

Pekebun kecil RISDA Tapah menempa kejayaan 40mt

rajin dan usaha memBaWa BerkaT

12PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 13: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

Oleh: V. nadarajan

Pekebun kecil RISDA, Hj. Mohd. Sharif bin Mat telah menyahut seruan kerajaan dan membuktikan bahawa bidang pertanian adalah perniagaan yang lumayan serta berbudi pada tanah tidak merugikan malah menguntungkan lagi Beliau telah memperoleh hasil sawit yang mengkagumkan iaitu melebihi 30mt dan sekarang mencapai 40mt sehektar setahun mulai tahun 2005 sehingga sekarang. Beliau telah muncul sebagai pekebun kecil RISDA Daerah Batang Padang/Hilir Perak yang pertama mengecapi kejayaan. Berasal dari Kg. Baru Air Kuning, Tapah, Perak, seorang bekas pesara perajurit yang berpengalaman dengan dedikasi dan berdisiplin telah berkecimpung dalam bidang pertanian selama 18 tahun lalu. Beliau telah menghadiri banyak kursus anjuran RISDA dan agensi pertanian yang lain bersama isteri beliau tanpa jemu untuk menimba ilmu dan pengalaman dari pekebun kecil yang lain. Atas nasihat pihak RISDA, khususnya Pembantu Pertanian RISDA (PPR) En. Roslin bin Abd. Rahman, beliau menyertai program tanam semula serentak (TSS) pada tahun 1998. Pembangunan awal dan penyediaan tanah diusahakan sendiri dengan tulang empat kerat. Beliau menerima pakai jadual kerja pembangunan yang disediakan oleh PPR En. Roslin Abd. Rahman. Beliau dibekalkan benih keluaran Risda Semaian & Landskap Sdn. Bhd. (RSSB), dari Changkat Sulaiman, Sungkai. Beliau menyedari ketulenan benih yang betul dapat menjamin pengeluaran hasil yang tinggi. Untuk mencapai kejayaan, amalan agronomi dipraktikan sepenuhnya. Kerja-kerja meracun, pembajaan, penuaian dan

pemasaran perlu diurus seperti yang yang dirancang. Amalan buku rekod ladang perlu ada sebagai garis panduan dalam pencapaian hasil ladang . Kebun Hj. Mohd. Sharif telah mencapai kematangan dalam tempoh 2½ tahun. Dengan kepadatan pokok 138pk/sehektar (jarak tanaman 9.1m x 9.1m x 9.1m) beliau memastikan setiap pokok dibaja dengan kadar 8 hingga 10 kilo baja setahun (pokok dewasa). Sehingga umur pokok 4½ tahun, pelepah tidak dicantas kecuali pelepah yang kering sahaja dibuang. “ Bilangan pelepah yang optimum adalah penting bagi memastikan proses pembentukan buah sawit yang sempurna,” kata beliau semasa menemuramahnya baru-baru ini. Sekurang-kurangnya dua pelepah di bawah tandan hitam terakhir ditinggalkan. Berat setandan (BTS dari kebun beliau) yang masak boleh mencecah 25 kilo. Kerja penuaian dilakukan dua bulan sekali (14/15 hari sekali). Buah tandan segar yang masak sahaja berwarna oren kemerah-merahan dituai dan dihantar ke kilang dalam tempoh 24 jam. Pada bulan April 2009, beliau telah menerima watikah sebagai ahli kelab 30 Tan RISDA daripada Pengerusi RISDA, Ybhg. Tan Sri Abdul Rahim Tambi Chik. Pasangan Hj. Mohd. Sharif dan Hjh. Khalipa bt. Radzi mempunyai 4 orang anak, dan kesemuanya telah berjaya dalam pelajaran dan se-orang anaknya masih belum be-r u m a h t a n g g a . Anak inilah se-bagai pembantu beliau dalam mengurus kerja-

kerja di kebunnya. Beliau teruja dengan kejayaan yang dicapainya dan sedia berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dengan rakan-rakan di sekitar kampung beliau. Tanggungjawab sosial tidak dilupakan, dan beliau merupakan ahli kepada beberapa pertubuhan seperti Koperasi Pekebun Kecil, LPP, jKKK masjid. Kunci kejayaan pasangan ini adalah ra jin dan usaha tangga kejayaan, malas me ngun-dang kesenggsaraan. Rajin bertanya maju ke hadapan, malas bertanya rugi sendiri.

13PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 14: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

14

Tan Sri Rahim mengalukan kedatangan Dato’ Seri Shafie Apdal ke RiSDA.

Tan Sri Rahim melancarkan majlis Peningkatan Produktiviti Getah dan Sawit, RiSDA Negeri Perak.

Salah seorang pekebun kecil Negeri Perak menerima sijil penghargaan daripada Tan Sri Rahim

Tan Sri Rahim menyampaikan sijil kepada peserta-peserta kursus Peningkatan Produktiviti Getah Negeri Kedah di Sungai Petani.

Sebahagian pekebun kecil negeri Perak hadir di majlis Pelancaran Program Tanam Semula Negeri Perak di Dewan Bunga Raya, Changkat Jering baru-baru ini.

Tan Sri Rahim bergotong-royong bersama-sama pekebun kecil di Kampung Manjur, Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan.

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 15: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

15

Tahniah Dato’! Teruskan usaha membantu pekebun kecil.

YB Menteri beramah mesra dengan peserta Projek Agropolitan Gahai.

Dato’ Mohammad izat Hasan bersama Exco negeri Y.B. Haji Bakri Dato’ Ali melawat projek Bunga Daun Getah Kg. Aman, Perlis.

Pekebun sedang mendengar ucapan PerasmianMeningkatkan Produktiviti Pekebun Kecil Negeri Perak.

Tan Sri Rahim bergotong-royong bersama-sama pekebun kecil di Kampung Manjur, Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan.

BeritaBergambar

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 16: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

Oleh: iBrahim Bin BaBa

selaras dengan situasi dan cabaran ekonomi global terkini, pengurusan ESPEK telah menggariskan satu pelan tindakan yang ekonomik dan berkesan ke arah

meningkatkan produktiviti hasil sawit dan menjimatkan kos. Antara masalah yang sering dihadapi oleh pihak pengurusan

berdasarkan isu semasa dan pengalaman operasi ladang pada tahun-tahun sebelumnya adalah seperti berikut:-

• Penghasilan rendah dari ladang-ladang Zon Tengah yang mengalami ‘stress’ air kerana taburan hujan yang rendah.

• Pencapaian pusingan menuai rendah kerana kekurangan tenaga kerja penuai.

• Kesan musim tengkujuh yang berpanjangan di Zon Timur dan Zon Selatan menyebabkan banjir serta mengganggu operasi ladang.

• Menghasilkan kualiti BTS mengikut ‘standard’ MPOB.• Meningkatkan amalan mekanisasi dalam operasi ladang.• Kos pengeluaran BTS yang tinggi.

Beberapa pelan tindakan telah disediakan bagi mengatasi isu dan masalah utama tersebut yang sering dihadapi oleh pihak pengurusan. Antaranya adalah seperti berikut:-

amalan menjaga kelembapan dan kesuburan Tanah

a) Mewajibkan amalan teknik ‘Biomass’ dalam program tanam semula sawit.

b) Penggunaan tandan kosong, POME dan pelepah-pelepah sawit sebagai bahan sungkupan dan sumber nutrien baja

(organik) pada kawasan antara barisan tanaman sawit (terutama pada kawasan ladang-ladang Zon Tengah yang mengalami ‘stress’ air).

c) Membina teres, ‘silt pits’ dan’trenchers’ pada kawasan ladang zon kering.

d) Mengelakkan permukaan tanah menjadi ‘bare ground’ akibat dari kerja meracun rumpai atau akibat dari lembu meragut terlalu lama di sesuatu petak (kawasan intergrasi ternakan lembu).

e) Mewajibkan tanaman penutup bumi (Mucuna brecteata) semasa kerja tanam semula sawit.

• Mempercepatkan pengambilan/penggantian tenaga kerja penuai.

• Memperkenalkan Sistem Operasi Ladang secara “Outsourching” – dapat mengurangkan kos antara RM3.00 – RM4.00/mt BTS bagi ladang yang sesuai.

• Mengkaji secara terperinci kedudukan sebahagian kawasan ladang seperti di Ladang RISDA Ulu Slim dan Serigala untuk dimajukan dengan Getah Klon Balak atau jenis tanaman lain yang lebih ekonomik.

• Untuk semua tanaman sama ada untuk tanaman baru, tanam semula atau sulaman, hanya anak benih sawit yang bermutu tinggi sahaja yang digunakan dari sumber yang sah (RSSB SEED, Felda – Yangambi, Sime Darby – GH 500, SIME SEED atau United Plantation).

• Jadikan pokok-pokok tanaman subur yang cepat berhasil sebagai matlamat utama.

a) jangka masa sebelum matang – usahakan supaya semua pokok muda mendapat perhatian yang sempurna supaya

Pelan Tindakan ProdukTiViTi ladang-ladang risda dan sTraTegi Pengurusan esPek menangani anCaman

harga serTa kos Pengeluaran Pada Tahun 2009

16PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 17: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

dapat membesar dengan baik dalam keadaan ‘uniform’.

b) Semasa pokok membesar sebelum ma tang – pastikan ‘good agronomic practices’ diamalkan termasuk pro-gram membaja yang teratur pada kadar yang mencukupi.

* Membaja pokok dengan sempurna – seorang pegawai yang ‘competent’ dan berpengetahuan sangat penting bagi mengawasi sepenuh masa kerja-kerja membaja.

* Keberkesanan dalam penggunaan baja

a) Pemilihan jenis bajab) Kadar dan kekerapan membajac) Masa membajad) Penempatan atau perletakan baja

* Pengurangan kadar pembajaan pokok berusia 25 tahun ke atas

a) Pokok sawit tua melebihi 25 tahun dikurangkan pembajaan sebanyak 25% (dengan jumlah keluasan 6,035 hektar, jumlah kos boleh dikurangkan adalah sebanyak RM2.586 juta).

b) Kajian En. Mohd Tayed Dolmat (MPOB 1992) – pengurangan 25% kadar

pembajaan bagi satu tahun sahaja tidak memberi penurunan hasil pada tahun semasa.

• Dasar tidak akan membuat pem-ba jaan keatas pokok sawit 3 (tiga) ta hun sebelum ditanam semula diperkenalkan.

• Pengilangan BTK kepada kompos – mengikut kajian, seluas 11,186 hektar kawasan akan dapat menggunakan baja kompos tersebut untuk memberi penjimatan RM5.146 juta setelah beroperasi sepenuhnya.

• Menggunakan formulasi baja yang lebih murah – Baja ‘urea-base’ adalah lebih murah dan akan dipilih untuk kegunaan di ladang-ladang RISDA.

• Menggunakan abu tandan sebagai ganti baja potash kimia (MOP) – Pengalaman di Ladang RISDA Bera anggaran penjimatan adalah antara 4 – 5 kali ganda boleh diperolehi.

• kutipan hasil yang berkesan lagi

sistematik

a) Pastikan sistem kutipan hasil mem per-baiki dan meningkatkan produktiviti seluruh sistem meliputi kerja ‘harver-sting’, ‘in-field collection’ dan ‘crop

evacution’.b) Pastikan pusingan menuai yang pen-

dek dan kutipan ‘loose fruits’ yang benar-benar berkesan.

• Amalan mekanisasi dalam operasi ladang – kawasan yang rata beralun tidak kurang dari 350 hektar, sistem mekanisasi adalah diutamakan untuk menjimatkan 50% tenaga penuai di samping meningkatkan produktiviti, menarik minat pekerja tempatan serta menjaga kualiti BTS.

kesimpulan dari semua amalan dan pelaksanaan perkara di atas adalah seperti berikut:-

• Hasil ladang-ladang RISDA boleh ditingkatkan dan akan mampu dicapai dengan menggunakan sebaik mungkin semua syor dan teknologi terbaharu yang dicadangkan oleh pihak MPOB dan pandangan-pandangan dari agen pelawat yang dilantik.

17PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 18: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

Oleh: ZAnARIAh BT. ZAInAL ABIDIn

B egITU banyak inovasi dan teknologi yang dicipta untuk meringankan beban demi meningkatkan

pendapatan pekebun kecil. Ada yang mengambil sikap positif namun ada juga yang mengeluh apabila mendengar istilah “teknologi”. Dalam konteks ini, tidak ramai pekebun kecil yang berjaya mengadaptasi teknologi untuk dieksploitasi dalam tugas harian. Bagi En. Norizan Ibrahim berasal dari FELDA Air Hitam, Kluang, 30 tahun yang mempunyai kebun seluas 5.2 hektar, teknologi G­Flex telah dilaksanakan mulai Julai 2006. Pada mulanya bantuan diberikan oleh LGM untuk tempoh setahun tetapi apabila melihat hasilnya yang sangat memberangsangkan, En. Norizan bertekad untuk meneruskan penggunaan G­Flex sehingga ke hari ini. Kos menggunakan G­Flex amat berbaloi jika

dibandingkan dengan hasil yang diperoleh. Pemasangan G­Flex dibuat

ke atas 500 pokok yang sesuai. En. Norizan telah memilih pokok yang

berumur 10 tahun ke atas panel BO­Inya telah habis digunakan. Pokok juga dipastikan subur dan tidak berpenyakit serta mempunyai pendaunan yang baik. En. Norizan akan mengawal pembajaan agar mencukupi dan memastikan pokok­pokok yang dipasang dengan G­Flex tidak

ditoreh atau dirangsang secara

TEKNoLoGI MEMBAwA KEJAYAAN

18PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 19: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

keterlaluan. Sistem torehan yang digunakan adalah S8↑ D/3 melibatkan panel HO (S6 atau S8) lebih kurang 10 hingga 12 cm. Oleh itu En. Norizan hanya menoreh 9 hari dalam jangka masa sebulan bagi lot ini. Pada hari­hari yang lain Norizan akan menumpukan perhatian dan tenaga kepada pokok­pokok yang tidak dipasang dengan G­Flex. Kita tidak mungkin percaya bahawa g/t/t boleh diperoleh sehingga 134.75 gm. Kenapa kita masih tetap dengan penghasilan purata iaitu sebanyak 35 gm sedangkan kita juga boleh menikmati g/t/t yang tinggi seperti Norizan? Jika dilihat kepada kebiasaan kebun, hanya satu mangkuk susu getah dipasang pada satu batang pokok tetapi di kebun En. Norizan, 2 hingga 3 mangkuk susu getah dipasang pada semua pokok yang menggunakan G­Flex. Susu getah menitik dengan laju dan jika dibiarkan akan melimpah keluar dari mangkuk. Sedemikian tidak hairanlah mengapa En. Norizan boleh mencapai jumlah g/t/t yang begitu tinggi. Sebelum pemasangan G­Flex, En. Norizan hanya memperoleh g/t/t antara 22 hingga 44 gm yang penghasilannya antara 99.70 hingga 197.60 kg sehektar bagi 500 pokok yang ditoreh. Pendapatan Norizan ketika itu (Januari – Jun 2006) antara RM691.20 sehingga RM1,075.84. Setelah pemasangan G­Flex g/t/t yang diperoleh ialah 86­159 gm (Julai – Disember 2006) dengan hasil antara 206­333 kg sehektar. Satu jumlah yang begitu tinggi tetapi hakikatnya Norizan

telah pun berjaya meningkatkan pengeluarannya ke satu tahap yang luar biasa. Pada tahun 2007, g/t/t yang diperoleh oleh Norizan adalah sekitar 107­151 gm sepanjang tahun kecuali 52­55 gm semasa musim daun luruh. Hasil yang didapati sebanyak 13,957 kg setahun dan pendapatan yang

diterima oleh En. Norizan sebanyak RM45,063.75 dengan purata harga sebanyak RM2.95. Norizan masih lagi menerima pendapatan yang lumayan dan stabil bagi tahun 2008. Walaupun harga komoditi getah telah jatuh ke paras yang agak membimbangkan, Norizan masih lagi boleh bernafas lega kerana tidak keluar dari kelompok sejahtera. Kisah pengala­man Norizan ini sew­ajarnya diambil sebagai satu teladan dan patut dicontohi oleh semua pekebun kecil jika ingin berjaya. Hentikanlah keluhan dan berusahalah demi kemajuan dan masa depan. Kejayaan bukannya datang dari luahan kata­kata tetapi dari titik peluh yang luruh ke bumi. Renungkanlah!

19PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 20: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

20

Oleh: Saarani Bin Bakar

“ k e S e j a h t e r a a n PekeBun kecil adalah MatlaMat riSda.” Justeru itu seluruh isi keluarga pekebun kecil akan dibangunkan dan diberi didikan dengan menawarkan pelbagai kursus yang boleh diikuti terutama bidang kemahiran. Tujuan utama program seumpana ini adalah untuk membantu dan membimbing generasi kedua pekebun kecil dalam menghadapi dunia global yang penuh dengan cabaran. Pada tahun 2006, RISDA telah mengorak langkah dengan mengadakan satu program pembangunan insan iaitu Tuisyen Desa dan telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Sekolah yang terpilih ialah Sekolah Kebangsaan Air Ganda, Gerik, Perak. Pelajar yang akan menduduki ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan kumpulan sasaran. Langkah pertama RISDA membuahkan impak yang amat membanggakan apabila seramai 4 orang pelajar dari sekolah ini telah mendapat keputusan 5A yang turut melakar sejarah tersendiri sekolah ini. Pada tahun 2007, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah, Lenggong, Perak telah terpilih untuk mengikuti Tuisyen Desa dengan pelajar-pelajar calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi kumpulan sasaran. Impaknya peratus keputusan

SPM anak pekebun kecil meningkat! Pada tahun ini Sekolah Menengah Kebangsaan Kenering, Gerik menjadi pilihan untuk mengikuti Tuisyen Desa. Sejumlah RM10,000 peruntukan telah disalurkan terus kepada sekolah ini bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan. Program ini telah melibatkan seramai 30 orang pelajar yang berlatar belakangkan anak pekebun kecil. Pada 12 Mei 2009, satu majlis pelancaran tuisyen desa telah berlangsung di sekolah ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohd. Ghazali Abd. Majid, Pengarah RISDA Negeri Perak. Dalam ucapannya, Tn. Hj. Ghazali menekankan bahawa tuisyen desa ini merupakan salah satu program yang wajar diambil berat dari semasa ke semasa dan merupakan titik tolak dalam

meningkatkan pembangunan modal insan. Tuisyen desa ini juga merupakan satu landasan untuk pelajar mengubah dan menentukan masa hadapan mereka. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kenering, Pn. Rosiah Rasalan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pengurusan RISDA kerana memilih sekolahnya untuk menjalankan tuisyen desa di samping sumbangan berupa kamus dan buku kerja. Beliau berharap pelajar-pelajarnya yang terpilih untuk menyertai tuisyen desa ini

berusaha dengan lebih gigih bagi membina satu bangsa negara yang mempunyai keyakinan yang tinggi, kukuh, jati diri dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral yang tinggi. Pengetua juga berharap pelajar-pelajar yang terbabit tidak akan menghampakan harapan guru-guru dan ibu bapa serta pengurusan RISDA yang sentiasa ingin melihat kejayaan anak bangsa. Salah seorang anak pekebun kecil yang terpilih menyertai program ini ialah adik Zaidi Lala bin Wok. Beliau telah melahirkan rasa bangga dan bersyukur malah berjanji akan belajar dengan penuh tekun bagi merealisasikan harapan ibu bapa, guru-guru s e r t a m e n g u c a p k a n

b e r b a n y a k terima kasih kepada pihak RISDA kerana telah memilih s e k o l a h n y a untuk men-j a l a n k a n p r o g r a m t u i s y e n desa.

TUISYEN DESA PERINTIS KESEMPURNAANHIDUP ANAK-ANAK PEKEBUN KECIL

Pelajar yang terdiri dari anak-anak pekebun kecil yang terpilih mengikuti tuisyen desa bergambar bersama Pengarah RISDA Negeri Perak.

Kakitangan Pejabat RISDA Daerah Hulu Perak/Gerik bergambar dengan guru-guru SMK Kenering danYDP SMK Kenering serta Pengarah RISDA Negeri Perak.

Pengarah RISDA Negeri Perak menyampaikan buku kerja kepada wakil pelajar tuisyen desa, adik Zaidi Lala bin Wok

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 21: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

Oleh: saniah md. ali

kehiduPan yang penuh keperitan dan dugaan boleh mengajar seseorang insan berjuang berdikari bagi

memenuhi impian untuk mencapai kejayaan. Tanpa kegigihan segala perjuangan tidak dapat diteruskan. Usah mengenal erti jemu dan penat disertai kegigihan berbudi pada tanah, lambat-laun kita akan dapat hasilnya. Itulah falsafah hidup yang diwarisi dari ibu bapa dan datuk neneknya. Dilahirkan dalam keluarga pekebun kecil di Kampung Lubuk

Kepong, yang terletak kira-kira 30 km dari Bandar Segamat johor, Pn. junainah Md. jali, 49 tahun sudah biasa bekerja sebagai penoreh getah sejak remaja lagi. Puan junainah gigih mengusahakan sendiri kebun getah seluas 2.4270 hektar yang ditanam semula pada tahun 1992 dengan klon RRIM 901 dan PB 260 mengikut panduan yang diterima daripada pihak RISDA. Beliau kerap menghadiri kursus atau lawatan sambil belajar yang dikelolakan oleh pihak RISDA. Kegigihan dan keikhlasannya untuk membangun dan memajukan kebun getah mengikut amalan agronomi yang betul telah memberikan pulangan yang tinggi Dengan menoreh getah purata 20 hari sebulan, beliau dapat menghasilkan getah melebihi 2491.96 kg/hek/tahun. Pn. junainah merupakan salah seorang Ahli Kelab 2000 RISDA Daerah Segamat dengan no. keahlian Gj0020. Kegigihan Puan junainah itu sebenarnya didorongkan oleh beberapa faktor. Pertama, didorongkan oleh tekanan hidup sebagai tempat pergantungan keluarga selain menanggung kos rawatan ibunya yang sedang uzur ketika itu. Kebun yang ada tidaklah begitu luas tetapi bertekad untuk memaju dan mengerjakan sendiri bagi meningkatkan hasilnya. Kedua, impiannya untuk melihat anak-

anaknya terus berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Kehidupan yang susah mengajar Puan junainah berjimat cermat untuk menyediakan sumber kewangan yang secukupnya buat perbelanjaan anak-anaknya. Ketiga, semangat jati dirinya yang tinggi yang tidak mahu melihat kaum lain kaya dengan mengeksploitasi hasil keringat orang-orang Melayu di luar bandar. Dikurniakan keazaman yang kuat dan mempunyai kesedaran yang tinggi walaupun pelajaran beliau hanya setakat tamat Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Atas kesedaran diri memperbaiki kehiduapan telah mendorong Puan junainah untuk menceburi bidang perniagaan sebagai pembeli getah dan sawit. Sebagai anak jati Kampung Lubuk Kepong memudahkan Puan junainah menarik pelanggan di sekitar kampungnya. Beliau bersedia belajar selok-belok berniaga getah dan sawit daripada pembeli-pembeli getah yang berpengalaman. Trend pemasaran getah di kampung-kampung pada masa kini ialah pembeli dikehendaki terus ke kebun-kebun pelanggan untuk membeli getah. Puan junainah terpaksa berbuat demikian supaya pelanggannya tidak direbut oleh pembeli lain. Sebaik sahaja beliau habis menoreh getah di kebunnya, Puan junainah terus ke kebun-kebun pelanggannya untuk

membeli getah mereka. Dengan cara begini beliau mampu membeli getah sehingga 20 tan (20,000kg) sebulan. Di samping membeli getah, Puan junainah juga terlibat dalam pemasaran sawit hasil penduduk persekitaran kawasan Gemas. Usaha beliau dibantu 3 orang pekerja termasuk suaminya untuk menjalankan pemasaran getah dan sawit. Kini beliau mampu memasarkan sawit purata 30 metrik tan sebulan. Puan junainah mampu meraih pendapatan RM27,000.00 sebulan daripada pemasaran getah dan sawit. Berkat kesedaran, kesabaran serta inisiatif yang tinggi, kini beliau amat bersyukur dan sudah boleh berasa lega kerana dua orang anaknya telah menamatkan pengajian tinggi dan telah menyandang jawatan. Anak pertama beliau bertugas sebagai eksekutif pemasaran dan anak kedua sebagai GEO Scientist di Petronas Carigali di ibu negara. Manakala dua orang lagi sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat, sebuah sekolah berasrama penuh. Benarlah kata pepatah, “Alang-alang berhuma, biar sampai padi menjadi, alang-alang menuai, biar sampai menuai “. Kehidupan yang susah boleh mengajar seseorang itu memperbaiki diri lebih berkesungguhan untuk mengejar impian kejayaan…. Insya-Allah..

keperitan mengajar erti kehidupan... - Junainah

21PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 22: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

Oleh: MohD ZAKRI hUSSIn

SenARIo industri p e r l a d a n g a n getah dan sawit negara telah

menunjukkan fakta ba ­hawa nilai semasa komoditi tersebut telah berlaku penyusutan yang amat ketara. Perubahan ini berlaku disebabkan oleh kemelesetan eko no­mi global seluruh dunia. Akibat daripada itu, tempiasnya sudah dialami oleh seluruh sektor pe­kebun kecil. Ekoran daripada ke­melesetan ekonomi, salah seorang pekebun kecil getah, En. Jusoh Che Harun, 59 tahun telah mengambil pendekatan lain sebagai usaha me­ngatasinya. Beliau me­rupakan salah seorang peserta Mini Estet Air Lanas, Jeli menetap di Kg. Rahmat bersama isteri dan 6 orang anaknya. Aktiviti harian beliau memang padat iaitu pada sebelah pagi seperti

‘PETAI’ MENINgKATKAN

PENDAPATAN

22

– EN. YUSOF CHE HARUN

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 23: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

biasa beliau akan ke kebun getah terletak tidak berapa jauh daripada rumahnya. Manakala pada sebelah petang, beliau akan mengurus aktiviti­aktiviti lain untuk me nam­bah pendapatan. En. Yusof Che Harun yang dikenali dengan panggilan ‘Abe Soh’, boleh dijadikan sebagai pekebun kecil contoh kepada penduduk setempat. Sungguhpun harga getah pada masa sekarang berada pada tahap rendah bagi Abe Soh tidak perlu gusar kerana aktiviti sampingannya dapat membantu menjana pendapatan tambahan. Antara pecahan pendapatan yang ditafsirkan oleh Abe Soh ialah hasil daripada tanaman getah seluas 2.4781 hektar, purata bulanan mencapai RM2,000.00. Beliau juga mengusahakan dusun buah­buahan seluas 0.8093 hekter yang ditanam dokong, petai, manggis dan durian daripada benih terpilih. Setiap tahun purata hasil daripada kebun itu mencapai RM1,000.00. Di samping itu, Abe Soh mengusahakan sebuah kedai runcit dan kedai makan berhampiran kediaman. Beliau dibantu oleh anak­anak dalam mengendalikan

kedainya. Hasil keuntungan di per­oleh daripada kedai tersebut lebih RM1,200.00 sebulan. Antara aktiviti lain yang diusahakan ialah menternak ayam kampung, Abe Soh tidak menjual kepada pemborong lain, sebaliknya beliau jadikan sebagai menu masakan di kedai makannya. Pulangan yang dicatat hasil jualan ayam kampung sebanyak RM180.00 sebulan. Disebabkan penduduk Kg. Rahmat dan sekitarnya ramai menanam pokok petai dan kelapa, maka untuk memudahkan pe­mungutan hasil dari pokok tersebut, beliau telah menyediakan perkhidmatan tenaga beruk. Buat masa sekarang Abe Soh memelihara 3 ekor beruk terlatih berusia lingkungan 1½ hingga 2 tahun. Hasil terkumpul daripada perkhidmatan tiga ekor beruk RM200.00 sebulan. Beliau juga telah menyediakan dan menjual benih getah bermutu kepada penduduk setempat dan hasil daripada aktiviti ini

menyumbang pendapatan purata RM200.00 sebulan. Dengan memperoleh pendapatan melebihi RM5,000.00 sebulan membolehkan Abe Soh di ka te­go rikan pekebun kecil mewah di kalangan penduduk desa. Keselesaan hidup yang dikecapi oleh Abe Soh dan keluarganya adalah disebabkan kepelbagaian aktiviti yang diatur secara bijak. Pendapatan hasil daripada getah dan sawit tidak menjadikan sandaran utama tetapi jika kita dapat adakan aktiviti­aktiviti lain dalam satu masa dan tempat membolehkan kita memperoleh pendapatan lumayan secara ber­terusan. Abe Soh mempunyai wawasan untuk terus menempa kejayaan. Beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan pekebun kecil lain agar matlamat sebenar dapat dicapai iaitu berterusan menjadi pekebun kecil yang sejahtera.

23PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 24: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

NANAS merupakan salah satu ta na­man yang sesuai

dan popular ditanam di antara barisan getah. Jenis yang ditanam un­tuk makan segar ialah Josaphine, N36, Sarawak dan Moris. Manakala jenis Gandut ditanam se bagai nanas kaleng.

KEPERLUAN TANAMANJenis tanah - Sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah yang ber sa lir an baik. Tanah yang paling sesuai ialah tanah gambut yang telah diperbaiki saliran dan pengurusan airnya.

Keasidan tanah - pH 3.5-4.5.Taburan hujan 1,250 mm/tahun.Iklim - Tropika.Suhu - 30o CZoning area - Daerah yang paling sesuai.Pusat pengumpulan nanas yang besar.

PENYEDIAAN TANAHTanah gambut - Saliran di tanah gambut

perlu dibaiki dengan membuat parit untuk mengurangkan air. Tanah gambut tidak perlu dibajak kerana tanahnya lembut.

Tanah mineral - Kawasan dipilih dibersihkan daripada semak dan tunggul pokok. Buat satu pusingan bajak piring dan satu pusingan bajak putar. Tanah curam tidak perlu dibajak, cukup hanya dibuat teres sahaja.

PENANAMANBahan tanaman - Nanas boleh dibiakkan secara tampang menggunakan sulur tangkai, sulur udara atau bumi dan jambul. Bahan tanaman ini direndam dalam bancuhan kulat.

Jarak tanaman - 0.3m x 0.6m x 0.9m

Kepadatan - 21,000 pokok/ha. Ditanam antara barisan getah.

Cara menanam - Kayu pancang berentangkan tali sebagai penanda barisan. Lubang tanaman dibuat sedalam 10-15cm dengan menggunakan kayu tugal. Sulur nanas ditanamkan dan sulur dipadatkan dengan memijak.

Untuk memudahkan penanaman, kayu pancang berentangkan tali digunakan sebagai penanda barisan dan diletakkan jarak tanaman sepanjang barisan.

• X X X X X X • X X X X X X X X X X X X• X X X X X X X X X X X X X X X X X X• X X X X X X • X X X X X X X X X X X X • X X X X X X X X X X X X0.3m X X X X X X• X X X X X X • 0.6m 0.9m • Pokok Getah X Pokok Nenas

PENGAWALAN RUMPAITerdapat tiga cara untuk mengawal rumpai:-

i) Merumput secara manualii) Mekanikaliii) Kimia

Kawal Rumpai Sebelum Menanam

Racun rumpai Paraquat (Gramaxone) pada kadar 50 -100ml./18 liter air.

Lalang disembur dengan Glyphosate pada kadar 2.2kg/ha. dalam 300 liter air. Selepas 4-6 minggu diulang dengan kadar 0.5-1.5 kg/ha.

Kawal Rumpai Selepas Menanam

Racun herba sebelum cambah disembur rata di permukaan tanah sehari atau beberapa jam selepas hujan dalam kadar 800 – 900 liter air. Contoh racun herba sebelum cambah adalah seperti Kroavar, Ametryne, Altrazine, Diuron, Fluometuron dan Bladex.

Pengawalan rumpai seterusnya boleh dibuat secara manual atau racun rumpai sentuh di barisan tanaman.

ARUHAN PEMBUNGAANAruhan pembungaan pada tanaman nanas bertujuan untuk mendapatkan pendebungaan yang berkesan supaya pengeluaran hasil berterusan dan seragam.

Bahan kimia atau hormon yang digunakan ialah Ethephon, pil NAA dan kalsium karbida.

24

NANASOleh: saidah ahmad

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 25: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

25

Pokok yang sesuai diaruhkan, perlu mempunyai 35 - 40 daun segar. Setiap pucuk pokok nanas diberikan 40 - 50 ml larutan ethephon atau satu biji pil NAA diletakkan di tengah-tengah pucuk setiap pokok.

PEMBAJAAN

UMUR POKOK JENIS BAJA KADAR BAJA CARA MEMBAJA(HARI) (Kg/Ha) Tanah Mineral

1 - 7 Fosforus CIRP 3 gm Tabur di antara dua baris pokok yang terdapat dalam dua baris kembar di atas batas.45 hari Semburan 1 50 ml Semburan90 hari NPK 15 : 15 : 15 20 gm Tabur di antara dua baris pokok yang terdapat dalam dua baris kembar di atas batas.135 hari Semburan 2 100 ml Semburan sama seperti di atas.180 hari NPK 15 : 15: 15 20 gm Tabur di antara dua baris pokok yang terdapat dalam dua baris kembar di antara batas.270 hari NPK Mg 12 : 12 : 17 : 2 TE 20 gm Tabur seperti di atas.

Nota :-

Baja semburan 1 mengandungi:-42gm kuprum sulfat, 21gm ferus sulfat, 42gm zink sulfat, 640gm kapur terhidrat/18 liter air.

Baja semburan 2 mengandungi:-42gm – kuprum sulfat, 21gm ferus sulfat, 42gm zink sulfat, 640gm kapur terhidrat dan 640gm urea/18 liter air.

KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK

JENIS PEROSAK KEROSAKAN/ RACUN YANG SESUAIDAN PENYAKIT TANDA-TANDA UNTUK PENGAWALAN

PEROSAK RACUNKoya Koya ini kelihatan Gunakan sulur yang sihat berwarna putih dan dan bebas dari koya berdebu. Terdapat di pangkal daun, akar Sebelum menanam dan pangkal buah. rendam sulur dengan Nimfa dan dewasa larutan malathion 0.15% menghisap cairan tisu b.a selama 24 jam daun. Pokok yang diserang pertumbuhan- nya terbantut dan buahnya kecil serta tidak sesuai dipasarkan. Koya ini mempunyai hubungan sisbiosis dengan semut. Koya ini juga dikaitkan sebagai vektor penyakit layu

merah pokok nanas.

Teritip Terdapat pada pangkal Diazinon daun, di bahagian pangkal pokok. Minyak putih (white oil) Menghisap daun, buah dan tangkai buah. Serangan teruk merencatkan pertumbuhan dan mengurangkan hasil.

PENYAKIT

Reput perdu/ Tanda-tanda serangan Jalankan pembersihanReput pangkal dikesan di antara dan amalan kultura 4-8 bulan selepas yang betul ditanam. Jangkitan bermula dengan tompok- Sistem saliran yang tompok berair dari pangkal sempurna. daun. Terdapat gelembung gas dan bau di bahagian yang reput. Jangkitan ini menyebabkan keseluruhan teras boleh ditanggalkan dari pokok dengan mudah

Buah Hantu Tanda-tanda serangan Buang pokok yang . dikesan pada buah telah diserang sebelum 2-3 minggu dijangka masak juga pada Kawal semut yang buah muda. Cecair ada pada kawasan banyak keluar pada celah- yang diserang untuk celah anak buah berserta mengelak berjangkit dengan gelembung gas. ke tanaman yang sihat Serangan terus mengakibatkan dalam buah tinggal serabut

Pecah Tangkai Pecahan mendatar pada Bagi mengurangkan ruas tangkai kira-kira kejadian ini sembur 1-2 cm dari pangkal buah. dengan kuprum sulfat Akibatnya pembesaran dan jangan menyiram buah tidak sekata dan buah larutan NAA yang kelihatan membengkok pekat ke arah bahagian yang pecah.

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 26: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

PENUAIAN

Buah nanas sedia dituai apabila buah bertukar warna.• Warna buah mentah adalah hijau muda atau kelabu dan bila masak berwarna kuning atau oren bergantung kepada variety.• Purata hasil sebanyak 24 – 40 tan sehektar dan ini juga bergantung kepada variety nanas.• Buah dituai bersama tangkai berukuran 6 – 10 cm dengan menggunakan parang dan dimasukkan ke dalam bakul.• Tanaman ratun boleh menghasilkan buah 9 – 15 tan sehektar setahun.

PENGGREDAN

• Penggredan berdasarkan persetujuan umum di antara petani, peraih, pembeli dan penjual. Ia dilakukan secara manual berasaskan saiz berat dan kesempurnaan sifat.

PENYIMPANAN SEMENTARA

• Pada suhu 10oC, nanas Josaphine boleh disimpan 2 minggu, Sarawak boleh tahan disimpan selama 3-4 minggu dan Moris boleh disimpan selama 4 minggu pada suhu 8oC.

ANGGARAN PENDAPATAN

Pendapatan penanaman nanas bergantung kepada variety, kualiti dan harga pasaran. Anggaran purata pendapatan tanaman tersebut

antara barisan adalah purata RM12,150 sehektar.

ANGGARAN PENDAPATAN DAN KOSPENGELUARAN TANAMAN NANAS ANTARA GETAH

SEPUSINGAN SEHEKTAR

Jarak tanaman : 0.9m x 0.3m x 0.3mKepadatan : 21,000 pokok/ha antara pokok getahMula berhasil : 12 bulan selepas menanamJangka hayat : 12 bulan

PERKARA RM

A. Pendapatan (21,000 biji @RM1.00/biji) 21.000

B. Perbelanjaan Bahan Penanaman 4,200 Penyediaan Tanah 225 Penanaman 300 Pembajaan 1,020 Merumput 620 Hormon pembungaan 210 Hormon pembesaran buah 175 Memungut hasil 900 Mengangkat hasil 1,200 8,850

C. Keuntungan (A-B) 12,150

* Anggaran pendapatan RM1,012.50/bulan

26PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 27: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

SeMPena dengan kedatangan ramadan yang kita nanti-nantikan saban tahun, marilah kita perhatikan beberapa

perkara yang akan memberikan kepada kita kenikmatan ketika beramal ibadah di bulan yang mulia ini. antaranya:

1. Berdoalah agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu

dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat walafiat. Dengan keadaan sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksimum di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, “Allahuma bariklana fii Rajab wa Sya’ban, wa balighna Ramadan.” Ertinya, ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)Para salafush-shalih selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadan, mereka berdoa kepada Allah, “Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima t u h i b b u h u wa tardha.” Ertinya, ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, k e i m a n a n , keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai.

2. Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnia Ramadan

yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkarnya berkata, “Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji

Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungan-Nya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam kondisi sehat walafiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai tanda syukur.

3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w. selalu

memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kamu untuk berpuasa.

Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).Salafush-shalih sangat menanti-nanti-kan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan kerana bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

4. Rancanglah agenda ke gia tan untuk mendapatkan manfaat

sebesar mungkin dari bulan Ramadan. Ramadan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang

berharga, yang boleh membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barang

siapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, nescaya yang

demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]

6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi

setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di dalam Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7. Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk.

Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]

8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses

tazkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap sedia untuk melaksanakan ketaatan dalam bulan Ramadan.

9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadan dengan:

· buat catatan kecil untuk kultum tarawih serta ba’da sholat subuh dan zhuhur.· membagikan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

10. Sambutlah Ramadan dengan mem buka lembaran baru yang ber-

sih. Kepada Allah, dengan taubatan nasuha. Kepada Rasulullah s.a.w., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan men jalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, isteri, anak, dan kaum keluarga, dengan mempererat hubungan silaturrahmi. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.Dipetik dari. http://www.dakwatuna.com

27

10 Langkah Dalam Menyambut Ramadan

“Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan

Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami

kepada bulan Ramadan.”

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor

Page 28: Suara RISdA · menikmati kemewahan hasil jerih pen-duduk luar bandar, sedangkan penduduk di luar bandar masih lagi dibelenggu kemiskinan. justeru itu, anak-anak penduduk luar bandar

Pagi yang hening ini….Hidupmu dan aku pun bermulaDi bumi bertuah…penuh subur dan indah

Rezeki kita bermula di sini.

Di kala aku masih dibuai mimpi indah…Engkau membuai cita-citamu di kebun getah

Di kala aku memakai ‘calvin klein’Engkau memakai wangian berjenama “cup lump”

Di kala aku memakai ‘john master’Engkau memakai uniform yang penuh dengan sisa-sisa latek.

Di kala aku mengalas perut dengan ayam gorengEngkau membasahi tekak dengan kopi kosong

Di kala aku menikmati makan tengah hariEngkau sedang memikul guni-guni skrap.

Di kala aku merungut kepenatan kerja bertimbunEngkau tersenyum kepuasan melihat pok-pok getahmu bertimbun

Di kala aku menghitung hari menunggu gajiEngkau tersenyum menunggu gajimu yang kedua kali.

Ah..banyak bezanya... tapi kau bahagia

Bahagia dengan hidupmu… getah mahal satu bonusGetah murah kau tak kisahAku bersyukur dapat mencurah bakti...Sambil mencari rezeki...Hakikatnya... amanah kita sama... cara berbeza…

Karya: Khaizatul Akma Khalid

Kau dan Aku

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor