bantu pembelajaran pelajar di luar bandar - tenaga solar

Upload: dandin-don

Post on 04-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Bantu Pembelajaran Pelajar Di Luar Bandar - Tenaga Solar

    1/7

    PERJALANAN ke Sekolah Kebangsaan Ladang Mutiara (SKLM), Kluang, Johor bukan calang-

    calang. Jarak antara bandar Kluang ke sekolah yang terletak di tengah-tengah ladang kelapa

    sawit itu kira-kira 60 kilometer.

    Selepas melalui Felda Nitar dengan jalan yang agak baik, laluan tidak berturap terpaksa dilalui.

    Keadaan jalan yang sempit dan berlubang-lubang pasti menjadi cabaran bukan sedikit.

    "Jika hari hujan, jalan berlecak sehingga susah untuk kereta bergerak manakala waktu panas

    terik pula, keadaan laluan berdebu," kata Hishamuddin Salim, 33, yang telah hampir sedekad

    berkhidmat sebagai guru di sekolah itu.

    Guru-guru SKLM seperti Hishamuddin dan guru besar, Ali Udon, 55, yang tinggal di Kluang atau

    Kahang terpaksa keluar seawal pukul 6 pagi kerana perjalanan memakan masa lebih sejam.

    Hujan lebat bukan sahaja menjadikan jalan berlecak tetapi air kerap naik membanjiri laluan

    Lam an Ut am a Neg ar a! Hib u ran ! Su k an ! Du n ia! Ko sm o 2 Ark ib B

    8 Januari 2013

    //www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

    01/2013 6:02 PM

  • 7/30/2019 Bantu Pembelajaran Pelajar Di Luar Bandar - Tenaga Solar

    2/7

    menyebabkan ada guru terhalang untuk datang ke sekolah.

    Lebih parah apabila sekolah yang mendapatkan bekalan elektrik menggunakan janakuasa

    terpaksa belajar tanpa kipas angin kerana bekalan minyak diesel tidak dapat dihantar.

    Bagi Shahrul Semangar, 14, kanak-kanak Orang Asli dari Kampung Pucoh wajib bangun seawal

    pukul 5 pagi, untuk bersiap-siap ke sekolah dengan menaiki van kira-kira pukul 6 pagi dan tiba

    tepat pukul 7 pagi.

    "Di sekolah saya boleh belajar, dapat berjumpa dengan rakan-rakan dan bermain bola sepak

    bersama-sama kawan-kawan," kata Shahrul ringkas ketika ditemui di SKLM, Kluang awal bulan

    November lalu.

    Shahrul merupakan pelajar pendidikan khas di SKLM bersama Shaharil Rosli, 12, dan adiknya,

    Rizal, 8, juga berasal dari kampung yang sama.

    Adik-beradik itu kelihatan pemalu apabila didekati untuk bertanyakan nama, mereka menjawabdengan suara yang perlahan.

    Mereka menjawab soalan dengan cara menggerakkan kepala sama ada menggeleng atau

    mengangguk. Barangkali, kedua-duanya berasa takut atau malu dengan orang luar.

    Pastinya, mereka serta-merta mengangguk kepala apabila ditanya mengenai keseronokan

    berjumpa dan belajar bersama rakan-rakan di sekolah.

    Menurut penyelaras pendidikan khas SKLM, Rosinabi Hussein, 33, rutin harian pelajar

    pendidikan khas bermula dengan sesi mandi pagi di sekolah.

    Terdapat pelajar yang terpaksa bangun seawal 4 pagi untuk ke sekolah. Mereka menempuh

    perjalanan panjang termasuk merentas kawasan yang mungkin mengotorkan mereka.

    //www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

    01/2013 6:02 PM

  • 7/30/2019 Bantu Pembelajaran Pelajar Di Luar Bandar - Tenaga Solar

    3/7

    SISTEM solar hibrid di Sekolah Kebangsaan Ladang Mutiara, Kluang, Johor dibangunkan dengan

    kos sebanyak RM3 juta.

    Perjalanan jauh itu juga membuatkan mereka berpeluh. Maka, sesi mandi pagi di sekolah perlu

    sebelum kelas bermula bagi memastikan mereka sentiasa bersedia dan segar.

    Kemahiran

    Selain pembelajaran akademik, kelas pendidikan khas SKLM turut memberi tunjuk ajar dalam

    bidang kemahiran seperti perniagaan.

    "Pelajar akan membuat dadih sendiri pada setiap hari. Kemudian, mereka akan jua dadih pelajar

    lain," terang Rosinabi.

    Tambahnya, hampir keseluruhan pelajar pendidikan khas di situ seramai sembilan orang terdiri

    daripada pelajar lembam.

    Suasana bilik darjah pendidikan khas berlainan sedikit kerana lebih interaktif dan menarik dengan

    penggunaan objek serta warna yang pelbagai.

    "Komputer barangkali tidak memudahkan proses pembelajaran pelajar tetapi dapat menarik

    perhatian dan minat mereka untuk belajar," katanya yang dibantu dua orang guru lain dan

    seorang pembantu pengurusan murid (PPM).

    //www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

    01/2013 6:02 PM

  • 7/30/2019 Bantu Pembelajaran Pelajar Di Luar Bandar - Tenaga Solar

    4/7

    Keperluan bekalan elektrik dalam bidang pendidikan bukan setakat menghidupkan lampu dan

    memusingkan kipas tetapi alat bantu pembelajaran seperti komputer amat memerlukannya.

    Ketika SKLM mula-mula dibuka pada tahun 2000, sekolah tersebut menerima tenaga elektrik dari

    ladang kelapa sawit berdekatan, jadi bekalan hanya diterima pada waktu pejabat dari pukul 8

    pagi hingga 4 petang.

    Sekolah itu hanya menerima generator sendiri pada tahun 2004 tetapi kata Hishamuddin, elektrik

    yang dijana tidak stabil dan masalah kehabisan minyak sering berlaku terutamanya apabila laluan

    masuk dilimpahi air bah.

    Gangguan tenaga elektrik merupakan perkara biasa dan paling lama para pelajar SKLM pernah

    terputus bekalan kira-kira dua minggu disebabkan banjir besar di Johor sedikit masa lalu.

    TNB Energy Services Sdn. Bhd. akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan setiap tiga bulansekali.

    Apabila penalaan komponen penukar arus terus kepada arus ulang-alik generator, rectifier

    tiba-tiba menjadi huru-hara, maka lebihan beban bekalan berlaku menyebabkan komputer, mentol

    dan banyak lagi barangan elektrik rosak.

    Hishamuddin yang mengajar di situ sejak tahun 2004 sudah masak dengan masalah bekalan

    elektrik yang sering mengganggu proses pembelajaran.

    //www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

    01/2013 6:02 PM

  • 7/30/2019 Bantu Pembelajaran Pelajar Di Luar Bandar - Tenaga Solar

    5/7

    Paling menjadi masalah apabila hendak menjalankan program Pengajaran dan Pembelajaran

    Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana ia melibatkan banyak alat bantu

    mengajar dalam bentuk cakera padat, komputer dan projektor.

    "Bateri komputer riba diberikan kepada guru-guru yang tinggal di Kluang untuk dicas. Cikgu pula

    akan mengajar menggunakan skrin komputer yang kecil untuk dikongsi dengan murid-murid,"

    kenang Hishamuddin apabila bekalan elektrik terputus dalam tempoh panjang.

    Kata lelaki yang berasal dari Felda Nitar itu, terdapat inisiatif membekalkan tenaga solar pada

    tahun 2005 tetapi pada pendapatnya gagal kerana bekalan elektrik yang dibekalkan terlalu

    sedikit.

    Bilangan panel solar antara tiga hingga empat keping, cukup sekadar menghidupkan tiga buah

    komputer pada waktu matahari bersinar sahaja.

    Kini, dia amat bersyukur kerana SKLM sudah dilengkapi Sistem Solar Hibrid pada 15 Jun 2011

    sekali gus sekolah yang menempatkan pelajar seramai 143 orang itu sudah boleh menerimabekalan elektrik selama 24 jam tanpa gangguan.

    Solar hibrid merupakan projek di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang dibangunkan dan

    diselenggara oleh syarikat subsidiari Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Energy Services Sdn.

    Bhd. (TNBES).

    Bencana alam

    Solar hibrid di SKLM siap dengan kos kira-kira RM4 juta. Ia memakan masa setahun lapan bulanuntuk disiapkan kerana lokasi yang jauh dan sering terputus hubungan akibat bencana alam.

    Sistem solar hibrid beroperasi dengan kombinasi solar panel dan generator serta dikawal

    menggunakan Sistem Pemantauan Jarak Jauh.

    Elektrik yang dijana melalui panel solar digunakan pada waktu siang dan lebihan disimpan dalam

    bateri untuk digunakan kala tiada sinaran matahari.

    Jika berlaku kehabisan bekalan elektrik dalam bateri, generator akan berfungsi serta-merta

    supaya bekalan elektrik dapat dibekalkan setiap masa.

    Solar hibrid menjana tenaga elektrik menggunakan nisbah 70 peratus daripada panel solar dan

    30 peratus lagi dijana oleh generator serta dikendali secara automatik tanpa pengawasan

    pengendali.

    Sistem solar hibrid merupakan kaedah yang terbaik dalam membekalkan tenaga elektrik ke

    kawasan pedalaman seperti SKLM kerana penggunaan generator sahaja meningkatkan risiko

    kerap terputus bekalan elektrik selain kehabisan diesel.

    //www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

    01/2013 6:02 PM

  • 7/30/2019 Bantu Pembelajaran Pelajar Di Luar Bandar - Tenaga Solar

    6/7

    "Grid penghantaran elektrik lebih baik dan menjimatkan tetapi ia bergantung pada bilangan

    penduduk di sesebuah kawasan.

    "Kos bagi setiap 1 kilometer grid elektrik sekitar RM1 juta dan jarak antara jalan besar ke

    sekolah ini lebih kurang 50 hingga 60 kilometer manakala populasi penduduk tidak mencapai

    jumlah minimum untuk memasang grid," kata Pengarah Urusan TNBES, Shahrir Abdul Latiff ketika

    ditemui di sekolah itu.

    SUASANA bilik darjah pendidikan khas sedikit berbeza kerana lebih interaktif dan penggunaan

    objek dengan warna yang pelbagai.

    TNBES akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan setiap tiga bulan sekali dengan beberapa

    pasukan turun ke SKLM bagi menjalankan pemeriksaan ringkas selain menambah diesel.

    Tangki minyak generator direka bagi menampung kapasiti sepanjang tempoh tiada sesi

    penyelenggaraan.

    Selain SKLM, terdapat lebih 18 buah sekolah lagi di Johor, Pahang, Kelantan dan Perak yang

    berada di kawasan pedalaman dapat berasa kenikmatan sama seperti sekolah di Ladang

    Mutiara.

    Penyelesaian alternatif solar hibrid di SKLM itu turut memenangi Anugerah Tenaga ASEAN 2012

    (AEA2012) bagi kategori Off Grid Generation sempena Forum Perniagaan Tenaga Asean (AEBF)

    //www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

    01/2013 6:02 PM

  • 7/30/2019 Bantu Pembelajaran Pelajar Di Luar Bandar - Tenaga Solar

    7/7

    Tweet

    0 0 5

    di Kemboja.

    5

    Suka

    Rencana Utama!

    Bantu pembelajaran

    pelajar di luar bandar

    Bantu pembelajaran pelajar

    di luar bandar

    Kenal emosi melalui lukisan

    GenK!

    Selusur kenangan sisipan

    orang muda

    Sinar jiwa jaguh otot

    Varia!

    Berbasikal merentasi tiga

    negeriACARA berbasikal Malakoff ini

    berjaya mengumpul sejumlah

    RM50,000 untuk disumbangkan

    kepada rumah kebajikan terpilih.

    Berbasikal merentasi tiga

    negeri

    Bot pelancong jeti Kilim

    Iklan@KOSMO!

    //www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm