definisi kritis

2
Tajuk: Huraikan apa yang anda faham tentang Pemikiran Kritis. Berikan SATU contoh dan huraikan Pemikiran Kritis yang telah anda lalui. Pemikiran kritis bermaksud proses pemikiran yang bermula dengan proses menyoal kepada masalah bagi mendapatkan serta mempertingkat pemahaman. Ia melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Pemikiran kritis menggalakkan individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah serta kukuh sebelum membuat kesimpulan. Menurut kefahaman saya, pemikiran kritis lebih cenderung untuk difahami melalui penilaian dan analisis sesuatu masalah atau perkara, Contoh yang telah saya lalui melalui pengalaman dalam pemikiran kritis ialah berdepan dengan masalah belajar di peringkat ijazah. Satu perkara yang baru apabila pelajar lepasan matrikulasi yang selama ini belajar mengikut suapan pensyarah secara tiba-tiba terpaksa belajar bagaimana untuk belajar di peringkat universiti. Perkara ini terlalu mengejut bagi saya kerana kehidupan berseronok sedikit dianggap tiada dan merasakan kehidupan di universiti seperti di anak tiri kan di mana semua perkara perlu dicari dengan sendiri dan usaha perlu digilap untuk mendapatkan hasil. Jadi saya menganggap perkara ini sebagai suatu cabaran baru bagi saya, saya mula belajar bagaimana membahagikan masa dan belajar bagaimana bertindak cepat ketika belajar dan membuat keputusan dengan tepat dan jelas. Ketika di bulan ketiga berada di alam universiti, saya mula membuka langkah membuat kumpulan belajar yang baru dan lebih rajin mencari dan menanamkan sifat inkuiri dalam diri saya dan dengan cara itu, apa yang saya faham akan lebih meningkat dan saya mendapat cara baru untuk belajar iaitu pada zaman universiti ini perkara yang belajar perlu difahami lagi penting daripada menghafal tanpa memahami. Alhamdulillah, walaupun masih segar di alam universiti, PNGS untuk semester 1 tidak menghampakan saya . Saya berjaya melepasi 3.0 dan keputusan itu sedikit mengecewakan saya kerana subjek yang saya minat di bidang

Upload: hanafi-roslay

Post on 18-Feb-2016

224 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kritis

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Kritis

Tajuk: Huraikan apa yang anda faham tentang Pemikiran Kritis. Berikan SATU contoh dan huraikan Pemikiran Kritis yang telah anda lalui.

Pemikiran kritis bermaksud proses pemikiran yang bermula dengan proses menyoal kepada masalah bagi mendapatkan serta mempertingkat pemahaman. Ia melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Pemikiran kritis menggalakkan individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah serta kukuh sebelum membuat kesimpulan. Menurut kefahaman saya, pemikiran kritis lebih cenderung untuk difahami melalui penilaian dan analisis sesuatu masalah atau perkara, Contoh yang telah saya lalui melalui pengalaman dalam pemikiran kritis ialah berdepan dengan masalah belajar di peringkat ijazah. Satu perkara yang baru apabila pelajar lepasan matrikulasi yang selama ini belajar mengikut suapan pensyarah secara tiba-tiba terpaksa belajar bagaimana untuk belajar di peringkat universiti. Perkara ini terlalu mengejut bagi saya kerana kehidupan berseronok sedikit dianggap tiada dan merasakan kehidupan di universiti seperti di anak tiri kan di mana semua perkara perlu dicari dengan sendiri dan usaha perlu digilap untuk mendapatkan hasil.

Jadi saya menganggap perkara ini sebagai suatu cabaran baru bagi saya, saya mula belajar bagaimana membahagikan masa dan belajar bagaimana bertindak cepat ketika belajar dan membuat keputusan dengan tepat dan jelas. Ketika di bulan ketiga berada di alam universiti, saya mula membuka langkah membuat kumpulan belajar yang baru dan lebih rajin mencari dan menanamkan sifat inkuiri dalam diri saya dan dengan cara itu, apa yang saya faham akan lebih meningkat dan saya mendapat cara baru untuk belajar iaitu pada zaman universiti ini perkara yang belajar perlu difahami lagi penting daripada menghafal tanpa memahami. Alhamdulillah, walaupun masih segar di alam universiti, PNGS untuk semester 1 tidak menghampakan saya . Saya berjaya melepasi 3.0 dan keputusan itu sedikit mengecewakan saya kerana subjek yang saya minat di bidang kimia mendapat C+ . Perkara tersebut membuat saya sedar, apa yang dianggap sebagai mudah itu adalah susah dan sebaliknya. Bermula semester 2, segala kesilapan terdahulu dan pengalaman yang lepas menjadi guru kedua yang terbaik untuk diri saya.