definisi dan kepentingan qarinah

17
NAMA AHLI KUMPULAN: HAFIZUDDIN BIN HUSSIN 08BI01158 INTAN NOORHASMAIZAN BINTI MOHAMED 08BI01112 NORFADILAH BINTI KAMARUDDIN 08BI01178 IDZWANI FARHA BINTI AB.RASHID 08BI01180 NURUL AIN MAZLINA BINTI KHAIRUDDIN 08BI01197 ALINA BINTI ALIAS 08BI01199 SMSU (C) SESI II 2010/2011

Upload: hafizuddinhussin

Post on 05-Jul-2015

3.846 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: definisi dan kepentingan qarinah

NAMA AHLI KUMPULAN:

HAFIZUDDIN BIN HUSSIN 08BI01158

INTAN NOORHASMAIZAN BINTI MOHAMED 08BI01112

NORFADILAH BINTI KAMARUDDIN 08BI01178

IDZWANI FARHA BINTI AB.RASHID 08BI01180

NURUL AIN MAZLINA BINTI KHAIRUDDIN 08BI01197

ALINA BINTI ALIAS 08BI01199

SMSU (C) SESI II 2010/2011

Page 2: definisi dan kepentingan qarinah

Soalan a: Definisikan Qarinah dan buktikan kepentingan Qarinah menurut al-Quran

serta lisan-lisan sejarah perundangan Islam.

Definisi:

Qarinah dari segi bahasa adalah berasal dari kata kerja „qarana‟ yang membawa erti

perkaitan, hubungan, gabungan, pertalian atau persahabatan.

Manakala Qarinah dari sudut perundangan adalah qarinah oleh diertikan sebagai andaian

atau anggapan.

Qarinah yang diberikan oleh Abdul Karim Zaidan ialah sebarang tanda sama ada al-

amarat atau al-alamat yang menunjukkan kewujudan sesuatu atau ketidakwujudan

sesuatu.

Bukti kepentingan qarinah al-Quran:

Keseluruhan ulama menerima qarinah sebagai salah satu cara pembuktian. Golongan yang

menerima qarinah ini kebanyakannya adalah ulama mazhab yang empat. Dalil mereka

berdasarkan al-quran, sunnah dan amalan sahabat.

.

Page 3: definisi dan kepentingan qarinah

Firman Allah:

Maksudnya:

dan bagi mengesahkan dakwaan itu mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan

darah palsu, bapa mereka berkata: Tidak, bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada

kamu sesuatu perkara (yang tidak diterima akal) , kalau demikian, bersabarlah aku,

dengan sebaik-baiknya dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan-Nya tentang

apa-apa yang kamu katakana itu.

(Surah Yusuf:18)

Menurut al-Qurtubi, dalam tafsirnya, fuqaha telah menjadikan ayat ini sebagai dalil

boleh menggunakan “petanda yang menunjukkan” dalam masalah fikah seperti

qasamah dan sebagainya. Ulama sepakat mengatakan bahawa Nabi Yaakub telah

menjadikan bukti terhadap dakwaan palsu saudara Nabi Yusuf berdasarkan baju (yang

dipakai oleh Nabi Yusuf) itu tidak koyak.

Berdasarkan ayat dan riwayat ini jelas menunjukkan Nabi Yaakub elah menggunakan

qrinah sebagai cara membuktikan dakwaan saudara-saudara Nabi Yusuf bahawa nabi

yusuf telah dibunuh. Dakwaan bahawa nabi yusuf dimakan oleh serigala bohong

berdasarkan kelaziman, kerana seseorang yang diserang atau dibaham serigala,

tentulah bajunya akan koyak-rabak. Tetapi ini tidak berlaku kepada baju nabi yusuf.

Keadaan ini menimbulkan keraguan tentang kebenaran dakwaan mereka

Page 4: definisi dan kepentingan qarinah

Kisah Dalam Sejarah Perundangan Islam

Kisah (1)

Firman Allah:

Maksudnya:

“Dan mereka berdua pun berkejaran di pintu serta perempuan itu mengoyakkan baju (Yusuf) dari

belakang, lalu terserempaklah kedua-duanya dengan suami perempuan dimuka pintu. Tiba-tiba

perempuan itu berkata (kepada suaminya), tidak ada balasan bagi orang yang mahu membuat

jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya.

Yusuf pula berkata, dialah yang memujukku berkehendakkan diriku. (Suaminya tercengang

mendengarnya) dan seseorang daripada keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil

member pendapatnya lalu berkata, jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan

perempuan itu dan jadilah Yusuf daripada orang-orang dusta, dan jika bajunya koyak dari

belakang maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar”

Setelah suaminya melihat baju yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia, sesungguhnya ini

adalah tipu daya kamu orang-orang perempuan. Sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar.

(Surah Yusuf :25-28)

Page 5: definisi dan kepentingan qarinah

Kesimpulan: koyaknya baju Nabi Yusuf dari belakang adalah sebagai qarinah

yang menunjukkan bahawa Nabi Yusuf tidak melakukan pencerobohan terhadap

Zulaikha.

Kisah (2)

Nabi Sulaiman juga pernah menghukum berdasarkan qarinah. Pada suatu hari dia

dikunjungi dua orang perempuan membawa seorang kanak-kanak. Masing-

masing mendakwa bahawa kanak-kanak itu anaknya. Nabi Sulaiman berkata,

berilah kepada ku pisau agar ku belah dua kanak-kanak itu untuk diberikan

kepada kamu berdua. Perempuan yang tua itu bersetuju, sedangkan yang muda

pula berkata “Allahlah memberi rahmatnya kepada tuan. Janganlah dilakukan

yang demikian itu. Kanak-kanak ini adalah anakku”. Mendengar kata-kata

tersebut, Nabi Sulaiman pun menghukumkan bahawa kanak-kanak itu diberikan

kepada perempuan muda tersebut.

Page 6: definisi dan kepentingan qarinah

Soalan b: Huraikan kedudukan keterangan qarinah dalam kes-kes berikut:

l. Ibrahim Yusuff lwn Eshah Hj Ishak dan 4 yang lain

Fakta kes:

Dalam kes ini perayu (Ibrahim Yusuff) telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan kerana tidak

berpuashati atas keputusan Mahkamah Tinggi Syariah berkaitan penolakan tuntutannya supaya

mengesahkan hibah arwah datuknya kepada arwah ibunya iaitu sebidang tanah. Di atas tanah tersebut

terdapat 2 rumah yang telah didiami oleh perayu bersama arwah ibunya sejak dia masih hidup

manakala sebuah lagi didiami oleh pihak responden iaitu ibu saudaranya (Eshah Hj Ishak) bersama

anak-anaknya sehingga dia pindah ke Kuala Lumpur.

Isu yang berbangkit apabila pihak responden menyatakan bahawa tanah tersebut telah ditukarkan atas

namanya oleh kerana datuknya telah berhutang dengan ceti haram dan hutang tersebut telah dibayar

oleh pihak responden dan tanah itu dianggap balasan.

Penghakiman:

Hakim Mahkamah Rayuan telah menolak keputusan Mahkamah Tinggi terhadap pengesahan hibah

itu dah mengesahkan bahawa tanah itu merupakan hibah dan milik pihak perayu.

Dalam kes ini perayu telah mengemukakan 2 orang saksi yang telah mendengar sendiri lafaz hibah

itu dilakukan dan ia dikira sebagai syahadah.

Page 7: definisi dan kepentingan qarinah

Selain itu terdapat beberapa pembuktian secara qarinah yang dapat menyokong kes tersebut:

1.Responden telah menerima Wang pampasan Kerajaan atas pengambilan balik tanah untuk

membuat longkang dan telah menyerahkan separuh wang pampasan itu kepada ibu perayu. Ini

merupakan satu qarinah kerana pihak responden sendiri mengakui tanah tersebut telah dibahagi

secara 2 bahagian.

2.Perayu telah mendiami rumah tersebut sejak lahir bersama arwah ibunya sehingga berpuluh-

puluh tahunnya tanpa dihalang oleh pihak responden sehingga berlakunyanya pertikaian terhadap

tanah tersebut. Ini boleh dijadikan Qarinah berdasarkan seksyen 8 EKMSS 2003 memperuntukan

bahawa apa-apa fakta yang menunjukkan motif, persediaan dan kelakuan dahulu dikira sebagai

qarinah.

3.Selain itu, pihak responden tidak pernah menunjukkan geran tanah tersebut sebagai

membuktikan tanah tersebut itu miliknya maka pihak perayu mempercayai bahawa nama ibu telah

dinamakan utuk memiliki separuh tanah tersebut. Berdasarkan seksyen 16 EKMSS 2003

menyatakan bahawa apabila terdapat soal sama ada sesuatu perbuatan tertentu telah dilakukan ,

kewujudan apa-apa urusan yang kelazimanya pasti berlaku adalah qarinah.

Kesimpulannya kedudukan qarinah dalam kes ini adalah kuat dengan adanya sokongan saksi-saksi

dan qarinah yang jelas. Tiada wujudnya dakwaan dan sangkalan daripada mana-mana pihak

bahawa berlakunya penarikkan pemberian tanah tersebut.

Page 8: definisi dan kepentingan qarinah

II. Permohonan Perisytiharan Status Agama Si Mati Nyonya Binti Tahir.

Fakta Kes:Suatu permohonan ex-parte yang telah dibuat oleh Majlis Agama Islam NegeriSembilan, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan Pegawai Agama IslamDaerah Tampin, Negeri Sembilan berhubung status dan ketentuan agama IslamNyonya Binti Tahir yang telah meninggal dunia pada tarikh 18 Januari 2006kerana sakit tua. Apabila si mati meninggal dunia timbul masalah tentangpengkebumiannya disebabkan status agama yang meragukan. Beliau adalahseorang perempuan melayu yang dilahirkan pada tahun 1918. Sejak kecil beliautinggal bersama datuknya seorang muallaf Cina dengan mendapat asuhan dandidikan adat resam dan budaya Cina. Pada tahun 1936, beliau telah berkahwindengan seorang lelaki Cina dan dikurniakan 13 orang anak. Sejak berkahwinsehingga beliau mati , beliau hidup dengan menyembah Tok Kong dan tidakmengamalkan cara hidup Islam.

Keputusan:Mahkamah memutuskan bahawa si mati bukan beragama Islam dan waris simati berhak menuntut mayat.

Page 9: definisi dan kepentingan qarinah

Dalam kes ini terdapat qarinah yang boleh dijadikan hujah untuk menyokong tuntutan

kes, iaitu:

•Seksyen 57 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan 2003

memperuntukan mengenai dokumen awam. Yang mana di dalam kes ini, surat akuan

yang telah dibuat oleh si mati di hadapan Pesuruhjaya Sumpah yang bertarikh 19 Julai

1991 merupakan salah satu qarinah.

• Suatu dokumen yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam dan Mahkamah Kadi

Daerah Alor Gajah Melaka yang bertarikh 7 Mei 1986, yang mana dokumen ini

berbentuk suatu surat laporan yang menyebutkan mengenai bersekedudukan dengan

lelaki cina iaitu di antara Nyonya Binti Tahir dan Chiang Meng, suami si mati.

•Keterangan bayyinah yang dibawa oleh anak-anak si mati yang berkaitan dengan

amalan ibu mereka semasa hayat yang mengamalkan ajaran agama Budha. Seksyen 58

EKMSNS 2003 adalah mengenai dokumen persendirian yang boleh dilihat sebagai

qarinah adalah seperti gambar-gambar yang mana semuanya dapat membantu

mahkamah dalam memberikan keputusannya.

Kesimpulannya, keterangan qarinah di dalam kes ini adalah kuat kerana ia besertakan

dokumen yang menyokong tuntutan tersebut.

Page 10: definisi dan kepentingan qarinah

iii. Kamsiah Binti Yusof lwn. Latifah Binti Yusof Dan Tiga Yang Lain

Isu: Sama ada wujud transaksi hibah terhadap harta-harta si mati kepada pihak

Plaintif.

Fakta kes: pasangan Yusuf bin Hassan dan Rus binti Mat Noor adalah suami isteri

yang memperolehi harta-harta tak alih seperti sebuah tapak rumah dan rumah serta

tiga bidang tanah di mukim Gemas. Selepas peninggalan arwah Yusof, semua

harta-harta tak alih tersebut telah ditukar milik kepada arwah Rus tanpa ada

bantahan daripada ahli waris yang lain. Selepas arwah Rus meninggal dunia, harta-

harta tersebut telah dibahagikan mengikut faraid kepada semua ahli waris. Atas

persetujuan semua ahli waris, Plaintif telah dilantik sebagai pemegang amanah

terhadap harta-harta tersebut. Selepas lebih kurang tiga tahun perintah

pembahagian dibuat, telah timbul pertikaian di mana salah seorang defendan ingin

menukarkan kuasa mentadbir kepada ahli waris yang lain. Manakala pihak plaintif

pula bertindak memfailkan tuntutan hibah ke atas sebahagian harta-harta tersebut.

Keputusan: mahkamah menolak tuntutan bahawa harta tersebut bukanlah harta

yang dihibahkan oleh si mati kepada Plaintif.

Page 11: definisi dan kepentingan qarinah

Terdapat beberapa Qarinah yang terdapat di dalam kes ini iaitu:

•Qarinah yang kuat dapat dilihat apabila pembahagian mengikut faraid yang dibuat dan

diputuskan di Pejabat Tanah Gemas tidak dipertikaikan atau dibantah oleh pihak plaintif. Plaintif

tidak menimbulkan isu harta tersebut adalah hibah yang dihibahkan kepadanya. Sedangkan

Plaintif mempunyai dua peluang bagi membantah keputusan Pejabat Tanah.

•Qarinah yang kuat menunjukkan hibah tidak berlaku apabila didapati apabila lafaz hibah (ijab)

yang diyatakan wujud oleh plaintif terdapat percanggahan dari keterangan saksi serta pihak

defendan. Bahkan lafaz tersebut juga tidak menunjukkan bahawa wujud penukaran hak milik

terhadap harta si mati.

•Qarinah lemah dari plaintif yang menyatakan sebagai tanda penerimaan, plaintif telah mendiami

rumah dan mengusahakan kebun tersebut. Tetapi mahkamah mendapati lafaz penerimaan hibah

(Qabul) dalam majlis akad tidak dinyatakan langsung oleh plaintif. Plaintif juga tidak

membuktikan bahawa plaintif telah menguasai rumah tersebut.

Kesimpulannya, qarinah bahawa plaintif tiada membuat sebarang bantahan terhadap harta-harta

sebelum dibahagikan mengikut faraid dan keterangan saksi tentang lafaz hibah tidak konsisten

lebih kuat menunjukkan bahawa transaksi hibah tidak pernah berlaku mengikut hukum syarak

walaupun qarinah mendiami rumah tersebut didakwa telah mewujudkan hibah. Maka, jelaslah

berdasarkan qarinah-qarinah di dalam kes ini, hibah tersebut tidak berlaku secara sempurna.

Page 12: definisi dan kepentingan qarinah

Soalan C :

Alia bersama ibunya, Asmah membuat permohonan pengesahan waris di Mahkamah Tinggi

Syariah Shah Alam untuk membolehkannya menuntut harta pusaka arwah bapanya Haji

Manaf. Alia pernah berjumpa dengan ibu, abang dan kakak tirinya untuk berbincang

tentang pembahagian harta pusaka. Malangnya hasrat beliau ditolak kerana didakwa

bukan anak Haji Manaf dan kewujudan perkahwinan antara Haji Manaf dan Asmah

diragui. Mereka juga mendakwa semasa hayat Haji Manaf, beliau tidak pernah

memaklumkan tentang perkahwinannya dengan orang lain walaupun pernah bertugas lama

di sempadan tanah air sebagai tentera. Alia mengemukakan laporan ujian DNA, dokumen-

dokumen kelahiran dan pelajaran, gambar-gambar bersama arwah bapanya, dua orang

kampung yang mengetahui latar belakang hidupnya untuk membuktikan kebenaran

nasabnya.

Putuskan kes di atas.

Jawapan :

Dalam kes ini, pemohon iaitu Alia dan ibunya Asmah telah membuat permohonan pengesahan

waris untuk membenarkannya mencabar menuntut harta pusaka arwah ayahnya iaitu Haji Manaf.

Namun begitu, telah wujud kesamaran mengenai kesahtarafan nasab anak dan kewujudan

perkahwinan diantara Haji Manaf dan Asmah turut diragui. Maka dengan ini, pemohon perlu

membuktikan kepada mahkamah bahawa beliau adalah anak sah taraf hasil perkahwinan kali

kedua diantara Haji Manaf dan Asmah. Terdapat dua isu yang timbul di dalam kes ini iaitu :

Page 13: definisi dan kepentingan qarinah

Isu Pertama : mahkamah perlu membuat penilaian samada dengan mengemukakan dokumen-dokumen beserta

gambar-gambar Alia bersama bapanya terjumlah kepada Qarinah?

Pihak yang mendakwa hendaklah membuktikan kebenaran dakwaannya. Ini bermakna, beban membukti adalah atas pihak

yang mendakwa. Dalam kes ini, Alia mendakwa bahawa dia merupakan waris kepada Haji Manaf. Oleh itu, Alia

bertanggungjawab mengemukakan bukti dan keterangan yang kukuh, kuat dan relevan atau mengemukakan saksi yang

kompeten yang boleh memperjelas kebenaran yang didakwa. Perkara ini bersesuaian dengan peruntukan di bawah seksyen

74 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Selangor 2003 yang menyatakan bahawa mana-mana pihak yang berjaya

mengemukakan keterangan yang meyakinkan dalam sesuatu guaman atau prosiding akan menang.

Di dalam kes ini, Alia telah mengemukakan laporan ujian DNA dan beberapa dokumen penting iaitu dokumen kelahiran

dan pelajaran serta gambar-gambar bersama arwah bapanya kepada mahkamah. Menurut seksyen 6 Enakmen Keterangan

Mahkamah Syariah Selangor 2003, fakta yang menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama ialah qarinah. Fakta yang

wujud mestilah berhubung kait dari segi masa, tempat dan keadaan.

Selain itu, seksyen 11 (b) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Selangor 2003 memperuntukkan bahawa seseuatu

fakta boleh menjadi qarinah jika dengan sendirinya atau berkaitan dengan fakta lain, ia menjadikan kewujudan mana-

mana fakta persoalan atau fakta relevan amat barangkali atau amat tak barangkali.

Menurut seksyen 27 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Selangor 2003 menjelaskan bahawa pengemukaan

dokumen-dokumen merupakan satu qarinah yang boleh diterima oleh mahkamah. Keadaan ini boleh dibuktikan sekiranya

Alia mengemukakan dokumen kelahiran dan pelajaran, kad pengenalan, surat pernikahan bapanya, rekod-rekod

pendaftaran perkahwinan, dan gambar-gambar pernikahan ibu bapanya dijadikan eksibit dibawa masuk ke dalam

mahkamah bagi membuktikan Alia merupakan anak kepada bapanya.

Selain itu itu, di bawah seksyen 38 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Selangor 2003 pendapat pakar tentang

hubungan seseorang dengan orang lain dengan menggunakan cara yang khas adalah qarinah. Jika berlaku perebutan dalam

menentukan keturunan anak. Contohnya melibatkan kes persetubuhan ( salah sangka ), atau perkahwinan fasid, atau

sebagainya sehingga melahirkan seorang anak yang tidak diketahui siapakah bapanya, asal keturunannya maka keturunan

anak tersebut boleh ditentukan melalui kaedah qiyafah yang akan dilakukan oleh seorang qa’if. Setiap keputusan dan

penentuan yang dibuat oleh qa’if akan diterima pakai dalam syarak sebagai pembuktian dalam penghakiman.

Page 14: definisi dan kepentingan qarinah

Alia perlu memberi analisis sampel darah ibu bapanya kepada mahkamah. Menurut teori

pakar perubatan, jenis darah anak mempunyai persamaan dengan jenis darah ibu bapanya.

Jika jenis darah kedua ibu bapa Alia ialah A, maka jenis darah Alia juga sepatutnya adalah A

atau O. Adalah mustahil secara teorinya darah Alia jenis B. Jika darah Alia adalah daripada

jenis B, maka sudah tentulah Alia bukan nasab daripada ibu bapa tersebut. Di sini, mahkamah

akan menilai keterangan atau bukti yang Alia kemukakan berdasarkan keputusan analisis

sampel darah Alia. Sekiranya jenis darah Alia adalah A atau O iaitu sama dengan jenis darah

ibu bapanya, ia merupakan qarinah yang kuat yang menghubungkan nasab anak tersebut

dengan kedua ibu bapanya.

Contoh kes yang berkaitan dengan isu ini ialah dalam kes Permohonan Pengesahan Waris

Baharin Bin Abdul Hamid. Keterangan qarinah telah diambil kira oleh mahkamah dalam

menentukan nasab Suraya memandangkan Abdul Hamid telah meninggal Dunia manakala

Adah Binti Abdullah iaitu ibu Suraya telah ghaib dan tidak dapat dikesan. Antara qarinah

yang dikemukakan ialah surat beranak dari Jabatan Pendaftaran Negara yang menunjukkan

Suraya telah dibintikan dengan si mati. Ini menunjukkan pengakuan yang telah dibuat oleh si

mati bahawa Suraya adalah anaknya sewaktu Suraya masih bayi lagi.

Page 15: definisi dan kepentingan qarinah

Disamping itu, tindakan si mati membawa balik Suraya tinggal bersamanya, membesarkan dan

memberi pendidikan kepada Suraya serta tidak pernah dinafikan sebagai anak kandungnya selama si

mati hidup juga dianggap sebagai qarinah yang membuktikan bahawa Suraya adalah anak kepada si

mati.

Dalam menerima fakta tersebut sebagai qarinah, mahkamah telah membuat tafsiran di bawah

peruntukan seksyen 6 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah ( Wilayah Persekutuan ) 1997 yang

menyatakan bahawa berdasarkan kepada peruntukan undang-undang, fakta-fakta yang dikemukakan

walaupun tidak menjadi suatu fakta persoalan, namun ia begitu berkait dengan persoalan Suraya

sebagai waris kepada si mati. Oleh itu, fakta-fakta tersebut boleh dijadikan sebagai qarinah yang

menunjukkan bahawa Suraya adalah anak yang sah kepada si mati.

Aplikasi yang sama turut digunakan oleh mahkamah dalam menilai dokumen-dokumen yang

dikemukakan oleh Alia dalam membuktikan nasabnya. Berdasarkan seksyen 6 Enakmen Keterangan

Mahkamah Syariah Selangor 2003, pengemukaan dokumen-dokumen penting dan gambar Alia

bersama bapanya ke mahkamah boleh diterima sebagai qarinah di Mahkamah Tinggi Syariah.

Kesimpulannya, berdasarkan hujah yang dikemukakan dan setelah meneliti keterangan dan qarinah

yang dibawa oleh Alia tersebut, mahkamah memutuskan bahawa pemohon adalah waris yang sah

kepada Haji Manaf. Maka dengan ini Alia berkelayakan untuk menuntut harta pusaka arwah bapanya.

Page 16: definisi dan kepentingan qarinah

Isu kedua: Adakah dengan mengemukakan keterangan oleh 2 orang kampong yang

mengetahui latar belakang hidup Alina boleh dijadikan sebagai qarinah bagi penentuan

keturunan Alia?

Dalam pengemukaan saksi bagi menentukan nasab seseorang, menurut peruntukan syarak pensabitan

keturunan boleh dibuat berdasarkan salah satu daripada perkara iaitu syahadah, ikrar dan al-

istifadah. Di dalam kes Alia ini, saksi dua orang kampung yang menegetahui latar belakang hidupnya

merupakan salah satu qarinah bahawa Alia dan ibunya mempunyai hubungkait dengan si mati.

Menurut Seksyen 6 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2003 menjelaskan fakta-fakta

walaupun tidak menjadi persoalan, sebegitu berkaitan dengan suatu fakta persoalan sehingga menjadi

sebahagian daripada transaksi yang sama adalah qarinah. Sekiranya pengemukaan keterangan dua

orang kampung itu berdasarkan cerita yang didengar daripada orang lain maka keterangan tersebut

tidak boleh diterima sebagai syahadah tetapi boleh diterima sebagai qarinah dalam seksyen ini.

Dalam menentukan nasab melalui keterangan saksi hendaklah diberikan sekurang-kurangnya dua

orang saksi atau seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan. Hal sedemikian telah

diperuntukan dalam seksyen 20(2) EKMSS 2003. Oleh hal yang demikian dua orang kampung yang

dibawa oleh Alia adalah kompeten dengan peruntukan ini.

Kesimpulannya, penerimaan dua orang saksi ssebagai keterangan yang mengetahui latar belakang

adalah diterima oleh mahkamah sebagai pembuktian melalui qarinah. Berdasarkan hujah yang

dikemukan dan setelah meneliti keterangan dan qarinah yang dibawa, adalah pemohon merupakan

waris yang sah kepada Haji Manaf. Maka Alia berkelayakan untuk menuntut harta pusaka arwah

bapanya.

Page 17: definisi dan kepentingan qarinah