definisi bahasa pat heaton dan patrikck winterson
DESCRIPTION
untuk perkongsian HAHAHAHATRANSCRIPT
1.0 : PENGENALAN
“Matlamat utama pendidikan adalah untuk menyediakan seseorang individu
menjadi bertanggungjawab, menyumbang kepada komuniti. Pelajar-pelajar
bermasalah pembelajaran perlu didedahkan kepada realiti kehidupan setelah tamat
persekolahannya melalui satu program yang sistematik. Kebiasaannya, dalam
persediaan kepada realiti kehidupan orang dewasa, penekanan hanya diberi
terhadap keperluan vokasional semata-mata. Malangnya hingga kini, terlalu sedikit
program komprehensif yang wujud menyarankan kemahiran hidup yang diperlukan
untuk menepati kehendak sebagai orang dewasa.”
Berdasarkan pernyataan yang dipetik daripada hasil tulisan Polloway &
Patton (1993), secara tidak langsung kita dapat menyimpulkan bahawa setiap insan
di dunia ini memerlukan latihan yang khusus untuk menghadapi kehidupan pada hari
dewasa yang menuntut setiap manusia bersikap berdikari di tahap yang maksimum.
Berdikari bermaksud seseorang harus menghadapi kehidupan secara peribadi tanpa
melibatkan bantuan orang lain secara total dalam kehidupan mereka. Oleh hal yang
demikian, setiap insan yang hidup di dunia ini sepatutnya mempunyai keupayaan ini.
Keupayaan yang dimaksudkan semestinya didapati melalui proses pembelajaran
tidak kira pembelajaran secara formal yang dijalankan di sekolah ataupun
pembelajaran tidak formal yang dipelajari melalui kehidupan seharian dan
pengalaman yang mereka lalui.
Salah satu aspek pembelajaran yang asas adalah kemahiran berbahasa dan
berkomunikasi. Apabila seseorang gagal memenuhi keperluan asas ini maka berlaku
kesukaran dalam kehidupannya kerana kesukaran menyampaikan kehendak dalam
hidup seharian. Oleh itu pelbagai pihak yang bertanggungjawab harus
mengenalpasti punca berlakunya kanak-kanak gagal menguasai bahasa dan
komunikasi kemudian mencari jalan penyelasaian kepada masalah ini. Berikutan
dengan hal ini maka kerja kursus projek PKU 3102 menuntut semua guru pelatih
Pendidikan Pemulihan Khas mengkaji topik ini dengan lebih lanjut lagi agar
kehendak pelajar terutama pelajar pemulihan khas dapat difahami seterusnya
dipenuhi.
1
2.0 : PENGURUSAN GRAFIK
2.1 : Kanak – Kanak Bermasalah Pembelajaran
2
KANAK – KANAK
MASALAH PEMBELAJ
ARAN
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah
dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami
kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh
diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-
kebolehan yang berikut:
1. kebolehan kognitif
2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan
4. penguasaan membaca
5. kemahiran perkembangan (developmental skills)
6. kemahiran matematik
2.2 : Ciri-ciri dan Kategori Kanak – Kanak Masalah Pembelajaran
3
AUTISME
Perlakuan yang bongkak
Ketawa dengan tiba-tiba
Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.
Tidak mengenali bahaya.
Tidak merasai kesakitan.
Menangis dan marah tanpa sebab.
Permainan yang luar biasa.
Tidak mahu didakap.
Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
Berkelakuan seperti orang pekak.
Tiada perhubungan mata bila bercakap.
Suka memutar barang.
Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
Tingkahlaku aktif keterlaluan.
Tidak mahu terima pelajaran biasa.
Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.
Takut dan cemburu berlebihan.
4
SINDROM DOWN
CACAT AKAL RINGAN
1. Idiot
Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin
mencederakan diri sendiri.
2. Imbersil
Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.
3. Moron
Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.
Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.
Lambat berjalan dan lambat bercakap.
4. Lembab
Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi
sekolah biasa.
5
CACAT AKAL BERAT
Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.
Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.
Air liur yang meleleh tanpa kawalan.
Sukar bernafas.
Sukar tidur dan terjaga waktu malam.
Selalu menangis.
Sukar bercakap dan memahami orang lain.
Suara terlalu lembut, mengau atau sengau.
Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap
bunyi.
Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan.
Tidur yang berlebihan.
Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.
6
HIPERAKTIF
Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.
Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan
warna.
Tidur yang tidak tetap.
Terlalu kerap menangis atau ketawa.
Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang
dilakukan.
Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.
7
HIPOAKTIF
Murung dan menyendiri.
Aktiviti fizikal yang pasif.
Tiada respond pada persekitaran.
Suka termenung.
Tidak suka bergaul atau berinteraksi.
Menundukkan muka bila nama dipanggil.
Suka bermain sendirian.
Suka berkhayal.
PINTAR CERDAS
Kebolehan yang luar biasa.
Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.
pergaulan dengan kanak-kanak lain.
Perkembangan bahasa yang lambat.
Perbendaharaan kata yang kemas.
Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.
2.3 : Konsep Masalah Bahasa dan Komunikasi
8
Kebolehan yang luar biasa.
Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.
pergaulan dengan kanak-kanak lain.
Perkembangan bahasa yang lambat.
Perbendaharaan kata yang kemas.
Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.
Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, bahasa
di definisikan sebagai satu sistem lambang
bunyi suara yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia
Prof. Dr. Asmah Hj. Omar, bahasa ialah satu
sistem yang menyatakan akal fikiran dan isi
hati manusia dan juga bahasa sebagai alat
perhubungan antara manusia dan harus
berkembang selaras dengan perkembangan
masyarakat pemakai bahasa itu.
Bahasa satu sistem simbol bunyi ucapan
arbitrari dan melalui inilah manusia boleh
berkomunikasi.
bahasa merangkumi apa yang orang lain
nyatakan dan kemampuan menggambarkan
dalam pemakiran bentuk-bentuk simbolik
seperti dalam perkataan ataupun pergerakan
yang mewakili perkataan
BAHASA
9
KOMUNIKASI
Menurut Owen (1990), komunikasi adalah
satu proses seseorang itu bertukar maklumat
dan bertukar idea.
Menurut Lexicographer iaitu ahli kamus
bahasa, komunikasi adalah keupayaan
seseorang untuk mencapai kebersamaan.
Definisi komunikasi secara umum adalah
suatu proses pembentukan, penyampaian,
penerimaan dan pengolahan pesan yang
terjadi di dalam diri seseorang dan atau di
antara dua atau lebih dengan tujuan tertentu.
Webster’s New Collegiate Dictionary edisi
tahun 1977 antara definisi komunikasi yang
menjelaskan bahawa komunikasi adalah
suatu proses pertukaran informasi diantara
individu melalui sistem lambang-lambang,
tanda-tanda atau tingkah laku.
2.4 : Ciri – ciri Murid Masalah Bahasa dan Komunikasi
10
MURID BERMASALAH
BAHASA
i.Fonologi
Kanak-kanak dengan masalah fonologi
berkemungkinan menghadapi
masalah dalam bahasa lisan. Mereka
kerap membuat kesalahan
menggantikan bunyi dalam perkataan
seperti ‘nama’ untuk mama dan
‘blink’ untuk ‘drink’
ii. Morfologi
Kecelaruan yang melibatkan morfologi
termasuklah penggunaan imbuhan
yang luar biasa, struktur ayat yang
salah, dan penggunaan ‘tenses´ yang
salah (bahasa Inggeris).
iii. Sintaksis
Masalah yang berkaitan sintaksis
(ayat) pula melibatkan kesalahan
tatabahasa yang boleh memberi
11
i.Fonologi
Kanak-kanak dengan masalah fonologi
berkemungkinan menghadapi
masalah dalam bahasa lisan. Mereka
kerap membuat kesalahan
menggantikan bunyi dalam perkataan
seperti ‘nama’ untuk mama dan
‘blink’ untuk ‘drink’
ii. Morfologi
Kecelaruan yang melibatkan morfologi
termasuklah penggunaan imbuhan
yang luar biasa, struktur ayat yang
salah, dan penggunaan ‘tenses´ yang
salah (bahasa Inggeris).
iii. Sintaksis
Masalah yang berkaitan sintaksis
(ayat) pula melibatkan kesalahan
tatabahasa yang boleh memberi
Sukar mengikuti arahan.
Masalah yang ketara dalam
susunan ayat dan sebutan
perkataan
Pertuturan yang perlahan dan
sukar difahami
Gagap yang biasanya mula
lebih kurang umur 3-4 tahun.
Jika masih kekal semasa umur
remaja mungkin memerlukan
terapi pertuturan.
Kelembapan menguasai
bahasa dan kemahiran bertutur.
Masalah suara kasar, bernafas
dengan kuat, perubahan yang
tiba-tiba pada kekuatan dan pic
suara.
Masalah pendengaran.
Murid yang menghadapi
masalah bahasa disebabkan
perbezaan bahasa yang
digunakan
MURID BERMASALAH KOMUNIKASI
2.5 : Kesan Masalah Bahasa dan Komunikasi
12
KESAN MASALAH BAHASA DAN KOMUNI KASI
Kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dan komunikasi akan
bertindak balas secara tidak konsisten terhadap bunyi atau percakapan
Mempunyai tumpuan singkat walaupun terhadap perkara yang diminati.
Belum bercakap walaupun sudah mencapai umur 2 tahun dan pertuturan yang
tidakdifahami walaupun sudah berumur 3 tahun serta pertuturan yang tidak
lancarwalaupun berumur 5 tahun.4.
Kadang-kadang tidak menunjukkan sebarang reaksi( blank) ketika orang lain
bercakap dengannya. Berbanding dengan kanak-kanak lain, kanak kanak
yang mempunya imasalah bahasa dan komunikasi menghadapi masalah –
masalah seperti sukar mengikut arahan,sukar untuk bercakap tentang
sesuatu,sukar menyebut perkataan serta gagal memahami arahan.
Kerap memberi jawapan yang tidak sesuai dan menunjukkan masalah
memahami apa yang didengari.
Selain itu kanak – kanak yang mempunyai masalah bahasa dan komunikasi ini
sukar mengingat kembali perkataan dan daya ingatan yang lemah untuk
mengingat maklumat yang telah diterima serta agak ketinggalan banyak bunyi
awalan dalam pertuturan walaupun sudah berumur 3 tahun dan kebanyakan
bunyi – bunyi pertuturan terdiri dari bunyi vokal sahaja.
Bunyi – bunyi akhir ditinggalkan
Sukar memaklumkan maklumat kepada orang lain dan sukar menggunakan
bahasa untuk memenuhi kehidupan seharian.
Sukar menggunakan ayat yang betul dan lengkap dan rasa malu tentang
pertuturannya
3.0 : BIODATA MURID YANG DIKAJI
NAMA : CORZLYN MARTHYA ANAK MARATIN
JANTINA: PEREMPUAN
KETURUNAN : IBAN
AGAMA :KRISTIAN
TARIKH LAHIR : 19 DISEMBER 2005
UMUR : 7 TAHUN
13
Kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dan komunikasi akan
bertindak balas secara tidak konsisten terhadap bunyi atau percakapan
Mempunyai tumpuan singkat walaupun terhadap perkara yang diminati.
Belum bercakap walaupun sudah mencapai umur 2 tahun dan pertuturan yang
tidakdifahami walaupun sudah berumur 3 tahun serta pertuturan yang tidak
lancarwalaupun berumur 5 tahun.4.
Kadang-kadang tidak menunjukkan sebarang reaksi( blank) ketika orang lain
bercakap dengannya. Berbanding dengan kanak-kanak lain, kanak kanak
yang mempunya imasalah bahasa dan komunikasi menghadapi masalah –
masalah seperti sukar mengikut arahan,sukar untuk bercakap tentang
sesuatu,sukar menyebut perkataan serta gagal memahami arahan.
Kerap memberi jawapan yang tidak sesuai dan menunjukkan masalah
memahami apa yang didengari.
Selain itu kanak – kanak yang mempunyai masalah bahasa dan komunikasi ini
sukar mengingat kembali perkataan dan daya ingatan yang lemah untuk
mengingat maklumat yang telah diterima serta agak ketinggalan banyak bunyi
awalan dalam pertuturan walaupun sudah berumur 3 tahun dan kebanyakan
bunyi – bunyi pertuturan terdiri dari bunyi vokal sahaja.
Bunyi – bunyi akhir ditinggalkan
Sukar memaklumkan maklumat kepada orang lain dan sukar menggunakan
bahasa untuk memenuhi kehidupan seharian.
Sukar menggunakan ayat yang betul dan lengkap dan rasa malu tentang
pertuturannya
NO MYKID : SK. 260811
KATEGORI : AUTISME
NO PENDAFTARAN : CP / S104 / 207
ALAMAT : RUMAH NYALU NANGA TAKAN, KATIBAS, 96850, SONG, SARAWAK.
4.0 : KATEGORI MURID
Corzlyn adalah merupakan kanak – kanak yang dikategorikan sebagai kanak
– kanak autisme. Dari aspek fizikal, murid ini mempunyai ciri – ciri fizikal yang kemas
dan menarik. Murid ini menunjukkan ciri – ciri kebersihan yang sesuai dengan
tahap umurnya. Tidak seperti kanak – kanak normal yang lain, dia didapati lebih
suka untuk bersendirian dan tidak gemar untuk bersosial dengan rakan – rakan
sekelasnya. Hal ini jelas menunjukkan dia lebih suka untuk melakukan sesuatu
aktiviti dengan sendirinya.
Selain itu, dia juga seringkali melakukan aktiviti yang disukainya iaitu
memperbetulkan stoking. Boleh dikatakan setiap lima minit dia akan sentiasa
memperbetulkan stoking dengan menarik ke atas. Selepas itu, dia akan mula.
termenung dan mengomel secara bersendiriannya. Dari segi aktiviti bermain,
didapati Corzlyn tidak berapa memberi tumpuan terhadap aktiviti bermain yang
dilakukan. Ini mungkin disebabkan aktiviti bermain seperti bermain bola tidak
menjadi aktiviti yang digemarinya. Dari pengamatan saya, Corzlyn hanya
menggemari permainan puzzle. Jadi tidak hairan sekiranya dia boleh bermain puzzle
dengan sendirian dan boleh menyiapkan dengan lebih cepat berbanding rakan –
rakan yang lain. Selain itu, semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran dalam kelas,
didapati Corzlyn juga sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya.
Ini kerana tumpuan yang diberikan tidak lama.
14
5.0 : CIRI PENGUASAAN BAHASA DAN FAKTOR MEMPENGARUHI
Ciri Penguasaan Bahasa.
Bahasa Idiosinkratik
Kanak-kanak autistik dikatakan mempunyai bahasa mereka yang tersendiri, iaitu
perkataan dan frasa yang dikeluarkan adalah unik. Begitu juga dengan Corzlyn.
Semua bentuk bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses semantik yang ganjil
dan kekurangan dalam kefahaman. Dia berkecenderungan mengingati perkataan-
perkataan yang mereka belajar pertama kalinya, tetapi gagal membuat generalisasi
untuk menggunakan perkataan tersebut dalam situasi yang baru.
Masalah Kata Ganti Nama
Penggunaan kata ganti nama dalam pertuturan Corzlyn kerap menimbulkan
kekeliruan terutamanya yang melibatkan rujukan jantina seperti "he" atau 'she". Kata
ganti nama kedua “kamu’ digunakan untuk dirinya dan "saya" untuk orang lain.
Keadaan ini berlaku kerana kanak-kanak autisme sukar memahami dan
menggunakan perkataan yang berubah maknanya mengikut konteks.
Ekolalia
kanak-kanak autisme seperti Corzlyn mengulang-ulang apa yang dicakapkan tanpa
niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Secara kasarkita dapat
membezakan jenis ekolalia
15
Faktor Mempengaruhi
Persekitaran
Menurut Kamarulzaman Kamaruddin (2009), kanak-kanak gemar meniru ayat
– ayat yang digunakan oleh masyarakat yang berada di persekitaran mereka
terutamanya ibu bapa mereka atau pengasuh yang menjaga mereka sejak kecil
Skinner (1957) pula menyatakan dalam teori perkembangan bahasa beliau bahawa
kanak-kanak belajar bahasa melalui pelaziman responden iaitu kanak-kanak meniru
dari persekitarannya dan mesti disokong oleh masyarakat persekitarannya.
Contohnya, apabila kanak-kanak tersebut menguasai satu tahap penguasaan
bahasa yang lebih kompleks daripada sebelumnya ibu hendaklah menyokongnya
dengan memberi pujian, hadiah atau pelukan sebagai satu penghargaan. Apabila
ibu atau orang di sekitarnya tidak memberi galakan yang positif, maka
perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak tersebut akan terhalang atau
menjadi terhad. Melalui prespektif interaksionalis pula, perkembangan bahasa
bergantung kepada sosial (persekitaran). Kanak-kanak yang dikurniakan kemahiran
menguasai bahasa, adalah pemerhati dan peserta yang melihatkan dalam interaksi
sosial. Apabila kanak-kanak mendiami persekitaran yang kurang aktif dalam
interaksi sosial maka kuranglah perkembangan bahasa dan komunikasi dalam
dirinya. Melalui teori yang dikemukakan oleh Kamarulzaman Kamaruddin, Skinner
dan pandangan para ahli interaksionalis, kita dapat menyimpulkan bahawa
perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak juga sangat bergantung
kepada persekitaran mereka.
Kelewatan bahasa
16
Anuar dalam penulisan blog beliau pada 15 April 2009 menjelaskan bahawa
perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak juga dipengaruhi oleh
kecepatan atau kelewatan penerimaan bahasa. Ada kanak-kanak yang memperolehi
bahasa lewat daripada kebiasaannya. Walaubagaimanapun, kanak-kanak ini juga
berpotensi menguasai bahasa walaupun agak lambat berbanding kanak-kanak lain.
Namun demikian, terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan perubahan
dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya mengatasi masalah yang
dihadapi.
Kesihatan
Faktor kesihatan merupakan faktor terbesar yang boleh mempengaruhi
perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Hal ini demikian kerana aspek
kesihatanlah yang menentukan samada kanak-kanak tersebut mampu berkembang
dalam aspek bahasa dan komunikasi atau sebaliknya. Masalah kesihatan ini boleh
dikelaskan kepada beberapa aspek tertentu seperti yang berikut.
Aphasia
Berdasarkan artikel yang terdapat dalam laman web MedicineNet.Com dan
Scribd, Aphasia merupakan salah satu masalah yang berpunca daripada kerosakan
otak. Bagi seorang kanak-kanak, kerosakan otak berpunca daripada kecederaan
otak semasa lahir atau ketumbuhan (tumor) otak. Bagi seorang dewasa pula,
aphasia mungkin berpunca daripada strok atau kecederaan akibat kemalangan yang
melibatkan kepala. Menurut Holland & Reinmuth,1982, Aphasia turut menyumbang
kepada masalah bahasa. Hal ini berlaku kerana otak tidak berupaya untuk memberi
makna kepada simbol-simbol arbitrari bahasa, ketidakupayaan untuk membentuk
atau memperoleh bahasa. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak yang menghadapi
masalah ini akan menghadapi kesukaran untuk berkembang dalam bahasa atau
komunikasi mereka.
17
6.0 : CONTOH PENGUASAAN BAHASA
Jika dianalisis masalah bahasa dan Corzlyn ini, kita boleh bahagikan kepada
masalah dalam fonologi, sintaksis, morfologi, pragmatik dan semantik. Manakala
dari segi komunikasi, dia lebih gemar untuk berkomunikasi secara non verbal
Kepada orang ramai. Di sini terdapat kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam
setiap aspek seperti yang dinyatakn seperti tadi. Jadi saya akan membincangkan
kelemahan dan kekuatan bagi setiap aspek itu.
Fonologi
Dalam aspek fonologi, kekuatan yang dimiliki oleh Corzlyn ialah, dia dapat
menuturkan beberapa bunyi dengan jelas. Namun begitu, masih terdapat beberapa
jenis kelemahan yang ditunjuk oleh dia terutama sekali nada yang dikeluarkan oleh
dia semasa mengeluarkan bunyi. Didapati, kadang-kala dia akan mengeluarkan
perkataan mengikut nada yang berbeza – beza iaitu dari rendah ke tinggi secara
tiba-tiba. Kadangkala perbuatan ini menimbulkan sedikit kekeliruan mengenai apa
yang ingin disampaikan oleh Corzlyn ketika berada di dalam kelas Dalam erti kata
yang lain, kanak-kanak ini tidak dapat mengawal nada dan jeda yang dipertuturkan.
Selain itu, kadang kala kanak – kanak ini juga kelihatan bernyanyi apabila ingin
menuturkan sesuatu. Hal ini jelas menunjukkan kanak-kanak ini mengalami masalah
dalam suprasegmental.
Menurut (Goldfarb, Braunstein & Horge, 1956) individu yang mengalami
autisme sering kali mempunyai masalah luahan yang rendah dalam suara dan
bercakap dalam “ekanada” ( Fag & Schuler, 1980 ) pula pernah
menyatakan bahawa individu autisme inimempunyai masalah luahan suara
18
disebabkan oleh ketidakupayaan memproses cirri-ciri suprasegmental dalam
pertuturan. Namun begitu, kekuatan yang boleh digunakan oleh kanak-kanak ini
ialah, kelebihan kanak-kanak untuk bernyanyi.
Menurut guru kelasnya, Corzlyn pernah menjadi johan dalam juara nyanyian
dikalangan pelajar pendidikan khas. Hal ini menunjukkan walaupun kelemahan dia
ini boleh memberi tafsiran dan makna yang negatif namun kelebihan yang ada dapat
digunakan oleh dia untuk mengasah bakatnya yang terpendam itu.
Sintaksis
Dari aspek pembinaan ayat, didapati dia tidak dapat menuturkan ayat dengan
panjang. Corzlyn juga hanya boleh bertutur secara ringkas dan pendek sahaja.
Sebagai contoh, jika kita hanya menanyakan adakah dia ingin mandi, dia hanya
menjawab “tak nak” sambil menggeleng. Di samping itu, jika kita cuba
berkomunikasi secara bertutur dengannya, kanak – kanak ini tidak akan berani
mengeluarkan perkataan dengan baik. Seolah-olah kanak-kanak ini tidak tahu
berbahasa walaupun hakikatnya kanak – kanak ini jika bertutur, kita dapat
memahami sebutannya itu. Faktor yang menjurus ini kemungkinan besar
disebabkan oleh kekurangan bahasa dan kecelaruan yang berlaku dalam sistem
bahasa dalam diri dalam kanak-kanak ini. Dalam erti kata yang lain,pertuturan
kanak-kanak ini kelihatan agak kompleks dan sukar untuk kita dekati supaya bertutur
dengan kita lebih jelas.
Bartak, Rutter & Cox(1975) membandingkan perkembangan sintaksis pada
diri kanak-kanak autisme dan dysphasia (kecacatan bahasa khusus). Mereka
mendapatiwalaupun kanak – kanak tersebut lebih kepada ukuran maksud perkataan
pengucapan, namun kanak – kanak autisme menunjukkan reaksi yang lebih
teruk dalam ujian pemahaman bahasa. Mereka juga mendapati kesukaran
pertuturan kanak-kanak autism lebih luas, melibatkan penggunaan dan pemahaman
isyarat dan penulisan di samping bahasayang dipertuturkan.
19
Akan tetapi, walaupupun kanak-kanak ini tidak dapat membuat ayat
denganbaik, kanak-kanak masih lagi dapat memberi beberapa perkataan yang
masih jelas danboleh dimengertikan.
Morfologi
Dari segi bidang morfologi, kanak-kanak ini dapat menggantikan kata ganti
nama nya dengan menamakan dirinya sebagai Corzlyn. Dia juga dapat
menggantikan namanya sebagai saya. Namun dari kelemahan aspek morfologi pula,
dia didapati tidak tahu untuk menuturkan perkataan yang berimbuhan. Disebabkan
itulah, dia hanya sedikit bertutur. Ini membuktikan bahawa perkembangan bahasa
dia tidakbanyak dan tidak sama dengan kanak-kanak normal lain.
Dalam satu kajian (Fein & Waterhouse, 1979) jika dibandingkan hasil
morfologi kanak-kanak autisme dalam perkembangan skizofernia( sejenis penyakit
jiwa)dan kanak-kanak tidak upaya , didapati tiada perbezaan yang ketara sama ada
yangberkenaan dengan jumlah angka “morphemes ” yang digunakan dengan
kekerapan penggunaan “morphemes”.
Semantik
Dari segi semantik, seperti kanak – kanak yang lain, kanak-kanak ini juga
mempunyai bahasanya tersendiri iaitu bahasa idiosinkratik. (Volden & Lord ,1991),m
endefinisikan bahasa idiosinkratik sebagai penggunaan ayat atau frasa dalam mana
keadaan berbeza untuk menyampaikan maksud yang spesifik.
Tidak seperti kanak-kanak yang normal,jika Corzlyn mengelamun,
beliauseringkali mengeluarkan bunyi yang sukar untuk difahami. Walaupun begitu,
20
bahasa inihanya difahami oleh kanak-kanak ini sahaja. Oleh itu, kekuatan
bahasa idiosinkratik inisebenarnya boleh menjadi satu medium bagi Corzlyn untuk
berkomunikasi dengan orang lain.
Sebagai contoh, bagi mengingati suatu frasa atau perkataan yang diajar,
Corzlyn mungkin mengeluarkan bunyi yang berbeza walaupun maksudnya sama.Ma
knanya di sini, mungkin “saya” bagi Corzlyn ialah kamu. Walaupun dari sudut
negatif kita melihat perkara ini mungkin menimbulkan kecelaruan tetapi dari sudut
positifnya kita mungkin boleh mengajar Aiman mengikut perspektif yang
difahaminya. Apa yang penting makna bahasa itu adalah betul walaupun ujaran
yang dihasilkan berbeza
Pragmantik
Dari segi pragmatik, Corzlyn merupakan seorang penutur yang pasif. Seperti
yang diperbincangkan tadi, disebabkan sikapnya yang antisosial maka Corzlyn tidak
dapat berkomunikasi secara spontan dan seterusnya menghasilkan komunikasi
yanglemah dengan individu yang lain. Dari segi kekuatan, Corzlyn didapati bolehber
komunikasi dengan bahasanya iaitu bahasa idiosinkratik. Jadi ini jelas menjelaskan
Corzlyn mempunyai keunikan tersendiri. Semasa pengamatan saya, matanya akant
erpejam secara tiba-tiba ataupun terkebil jika berbahasa dengan secara
sendirinya.Kita sebagai pendidik seharusnya harus cuba memahami isyarat
dan mesej yang ingin disamapaikan bagi memudahkan kita untuk melakukan proses
proses pembelajaran dan pengajaran kita.
21
7.0 : KESAN MASALAH TERSEBUT DALAM KOMUNIKASI
Melalui pemerhatian saya, Corzlyn boleh menuturkan beberapa perkataan
dengan jelas namun perbendaharaan kata yang dimiliki adalah sangat terhad. Inimu
ngkin adalah disebabkan beberapa faktor. Pertama sekali adalah disebabkan
sikapantisosial dia yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini. Ini kerana dengan
bersikapsebegini maka pertukaran bahasa dengan kekerapan yang tinggi tidak akan
berlaku. Dalam erti kata lain, dia mungkin tidak mendapat perkataan atau lambang
bahasabaru disebabkan sikapnya yang lebih suka bersendirian.
Selain itu, sikapnya yang tidak memberi tumpuan semasa proses
pembelajaran dan pengajaran juga menyebabkan dia berkemungkinan tidak dapat
menguasai perbendaharaan kata yang baru. Dari segi fonologi bagaimana pun
Corzlyn dapat menuturkan bunyi bahasa dengan baik.
Selain itu, kanak-kanak ini juga seringkali membunyikan sesuatu yang
agakkurang difahami terutama sekali jika kanak-kanak ini bersendirian. Dalam erti
kata yang lain “bubling” juga merupakan salah satu aspek yang terdapat kepada
pencirian kanak-kanak ini. Kanak – kanak ini juga didapati lebih suka bernyanyi dan
bercakap secara bersendirian dan tidak kisah dengan orang di sekelilingnya. .
Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak ini hanya akan berkomunikasidengan rancak
dengan dunia sendirinya sahaja.
22
Dalam aspek pertuturan juga, kanak-kanak ini tidak dapat
mengungkapkanayat yang panjang. Ini adalah disebabkan faktor bahasanya yang
terhad tadi. Seperti kanak-kanak normal yang lain, Aiman juga mengalami echolalia
iaitu jenis “delayed echolalia” yang selallunya merisaukan para guru di sekolah
berkenaan. Sebagai Contoh semua proses pembelajaran, Corzlyn tidak akan
menumpukan perhatian sebaliknya akan bermain dan melalukan aktiviti yangdisukai
nya iaitu membetulkan stokinnya. Kanak-kanak ini juga tidak akan pernah mahu
menghiraukan arahan yang dikeluarkan oleh guru kelasnya, namun, setelah tamat
proses pembelajaran Corzlyn akan secara spontan menyebut beberapa perkataan
yangtelah diungkapkan oleh gurunya tadi.
Dari aspek komunikasi, Aiman merupakan kategori yang agak sukar
untukberkomunikasi dengannya. Ini adalah disebabkan sikapnya yang lebih suka
menyendiri daripada bergaul dengan orang lain atau berkelompok dan
tidak akan menumpukan apa jua yang akan diperkatakan oleh kita kepadanya.Wala
upun kita masih mendapatkan “eye contact” dengannya, namun hanya beberapa
seketika sahaja. Seterusnya Aiman akan terus mengelamun dan pergi ke tempat
yanglain. Jadi, proses komunikasi bersama Aiman agak sukar. Akibat daripada ini,
makaproses pertukaran maklumat dengan Aiman tidak dapat berlaku u berlaku. Jadi
untukmengetahui dan memahami kehendak Aiman akhirnya menjadi agak sukar.
Dari aspek non verbal Aiman juga mempamerkan beberapa contoh
mimikmuka sebagai bahasa isyarat yang dikeluarkan olehnya. Sebagai contoh
sekiranya diamula hilang tumpuan, Aiman akan mula mempamerkan raut wajah
yang menunjukkandia sudah jemu seperti mencebik. Selain itu, Aiman juga akan
menggelengkan kepalauntuk membantah dan tidak mahu melakukan sesuatu
arahan kepadanya.
Melalui pemerhatian saya juga, Aiman juga mengalami masalah untuk
menaksirkan mesej atau pun kod bahasa. Ini kerana, untuk bertutur dan member
arahan kepada Aiman, kita perlu menunjukkan beberapa contoh sebagai tunjuk ajar.
23
Sebagai contoh, untuk menyuruh Aiman memasukkan bola dalam bakul, Aiman
kelihatan agak lambat untuk menaksirkan arahan yang disuruh, jadi contoh secara
realistik perlu ditunjukkan dan diajar kepada kanak-kanak in
8.0 : CADANGAN MENGATASI MASALAH TERSEBUT
Bagi mengatasi permasalahan Corzlyn ini, program intervensi boleh dilakukan
terhadapnya. Antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan menghantar Corzlyn
keterapi pertuturan yang dikendalikan oleh mana-mana pihak kerajaan ataupun
NGO.
Selain dari itu, kita juga boleh menggunakan prinsip intervensi bahasa yang
dicadangkan oleh Wetherby(1986) semasa proses pembelajaran dan pengajaran.Me
nurut Wetherby(1986) terdapat empat prinsip program intervensi bahasa bagi kanak
– kanak austisme iaitu pertama sekali, kesediaan untuk berbicara dengan
bersungguh-sungguh harus diberi penekanan dalam intervensi bahasa. Kanak –
kanak autisme perlu diajar untuk menunjukkan keperluan melalui komunikasi –
pertuturan, pergerakan tidakverbal (contohnya mimik muka). Kedua, program
intervensi bahasa harus keluar atau menyimpan dari model normal dan
menfokuskan kepada perkembangan komunikasi untuk kanak – kanak autisme.
Dalam erti kata lain, kanak – kanak autism tidak selalunya mengikut cara normal
dalam perkembangan bahasanya. Para professional harus menjadi lebih fleksibel
dalam cara membimbing kanak – kanak ini untuk mencapai kejayaan. Cadangan
24
Wetherby yang ketiga ialah, ahli- ahli klinik perlu memikirkan perkembangan mental
mempunyai kaitan yang amat rapat dengan komunikasi yang baik atau tidak
baik. Fungsi komunikasi yang baru (baik) boleh diajar dengan menggunakan lebih
banyak komunikasi yang lama (contohnya gerakan). Persamaannya, dalam
mengajar kanak-kanak menggunakan cara baru dalam menunjukkan reaksi (seperti
pertuturan),adalah lebih baik jika memulakannya dengan cara berkomunikasi yang
telah dipelajaridengan baik oleh kanak-kanak.
Keempat, Wetherby mencadangkan bahawa para penjaga perlu memikirkan
mengenai “social content of language intervention”. Ianya tidak cukup dengan hanya
mengajar kanak-kanak tentang kemahiran bahasa. Persekitaran social harus diubah
selaras dengan kegunaan dan kebolehan. Ianya sangat penting jika kanak - kanak
belajar untuk meminta sesuatu, mereka perlu meminta. Contohnya, makan tengah
hari sebagai salah satu persekitaran sosial mereka. Prinsip-prinsip ini harus menjadi
satu petunjuk yang berguna untuk merancang program intervensi bahasa untuk
kanak-kanak autisme.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan penting bagi
membantu dalam usaha untuk mengurangkan permasalahan yang dihidapi oleh
oleh Corzlyn. Sebagai contoh, ibu bapa Corzlyn hendaklah sentiasa berkomunikasi
hendaklah sentiasa berkomunikasi dengan Corzlyn ini. Maka dengan itu, sedikit
sebanyak perbendaharaan kata dan kosa kata kanak-kanak ini akan bertambah.
Pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan oleh guru mestilah berkisarkan
tentang minat yang dicenderungi oleh kanak-kanak ini. Contohnya, Corzlyn suka
bermainpermainan seperti puzzle. Jadi puzzle yang berbentuk abjad atau pun perkat
aan mungkin dapat membantu Corzlyn dalam memperkembangkan bahasanya.
25
9.0 : KESIMPULAN
Kemahiran bahasa sangat sukar dikuasai oleh kanak-kanak masalah
pembelajaran. Selain bermasalah menguasai komponen bahasa seperti bentuk,
kandungan, dan penggunaannya, terdapat ramai juga kanak-kanak masalah
pembelajaran yang mengalami masalah dalam pertuturan. Masalah bahasa dan
komunikasi tidak boleh dipandang ringan kerana ketidakupayaan menyampaikan
mesej dengan tepat dan jelas disebabkan gangguan pertuturan atau masalah
bahasa akan menyebabkan kanak-kanak berasa tertekan, malu, rendah diri, takut
berhadapan dengan orang lain, dan mengasingkan diri.. Apabila kanak-kanak ini
memasuki alam persekolahan masalah ini akan menjejas pencapaian akademik dan
kemahiran sosial mereka.
Sebagai mana yang telah dibincangkan sebelum ini, masalah bahasa dan
komunikasi boleh diatasi melalui pendekatan yang terancang dengan mengambil
kira setiap ketidakupayaan yang kanak-kanak alami. Pelbagai pihak yang berkaitan
hendaklah berganding bahu dan bekerjasama sebagai satu pasukan yang terdiri
daripada ibu bapa, guru, ahli terapi pertuturan, pentadbir sekolah, doktor, dan juga
kaunselor. Intervensi awal adalah sangat penting untuk membantu kanak-kanak
mengatasi masalah pertuturan dan bahasa mereka sebelum masalah itu menjadi
satu kebiasaan dan sukar dipulihkan.
26
10.0 : REFLEKSI
27
28
11.0 : RUJUKAN
Open University Malaysia (2006), Pengenalan Pendidikan Kanak – Kanak Masalah
Pembelajaran, Meteor Doc Sdn Bhd ,Selangor Darul Ehsan
Open University Malaysia (2006), Pengenalan Pendidikan Khas, Meteor Doc Sdn
Bhd, Selangor Darul Ehsan3.
Kuder. S. Jay (2003), Teaching Student With Language And Communication
Disabilities, Pearson Education. Inc , United States of America.
Bahagian Pendidikan Guru (2008), Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya
29
30