dbp setengah abad peranan sekolah dalam · pdf filebahasa perpaduan rakyat malaysia, ......

1
Peranan Sekolah dalam Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan Bil: 23 ISNIN, 17 APRIL 2006 BUKU BAHARU DALAM PASARAN PEMBERITAHUAN Galeri Ilmu Koperasi DBP Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am 9.00 pagi hingga 3.00 petang Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887. Diskaun istimewa akan diberikan kepada semua pengunjung. SIRI BACAAN TAMBAHAN j-QAF ISBN: 983-62-8912-7 (SIRI 1) HARGA: RM6.00 SIRI bacaan tambahan j-Qaf ini mempunyai 20 siri kesemuanya, bermula dengan Siri 1, Belajar dari Alif hinggalah Siri 20 Komputer Pintar. Buku ini menggalakkan kanak-kanak belajar membaca dan menulis Jawi kerana cerita dan persembahannya begitu menarik. Buku ini amat sesuai dijadikan latihan dan alat bantu pembelajaran Jawi kanak-kanak yang mengikuti j-Qaf. Dapatkan kesemua siri bacaan tambahan j-Qaf ini di Galeri Ilmu DBP dan kedai buku berdekatan anda. DBP SETENGAH ABAD Mencipta Sejarah DBP 9 Anugerah Sastera MASTERA 10 Meneroka Alam Sains 11 Oleh Mashitah Taharin S ELARAS dengan komit- men yang dijanjikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Y. B. Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Memperkasakan Bahasa Kebangsaan yang berlang- sung di Putrajaya pada 2 Mac 2006 lalu, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM), Y. Bhg. Dato' Dr. Ahamad bin Sipon dengan jentera pelaksananya mempergiat usaha memperkasakan bahasa kebang- saan di sekolah. Menurut KPPM bermula dari tahun 2003 kurikulum Bahasa Melayu telah menjalani semakan semula. Kurikulum semakan ini telah memasukkan elemen-elemen baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu di sekolah rendah (SR) dan sekolah menengah (SM). Kurikulum ini mensasarkan agar pada akhir persekolahan SR murid akan dapat menguasai kemahiran asas mende- ngar dan bertutur, membaca serta kemahiran menulis dalam bahasa Melayu yang baik. Pada peringkat SM pula, murid dilatih berbahasa dengan baik melalui bidang inter- personal, maklumat dan estetika. P&P menekankan aktiviti perbin- cangan, pembacaan dan aktiviti memperkembang imaginasi serta kreativiti murid dengan menggu- nakan bahasa Melayu. Selain itu, elemen sastera turut dimasukkan dalam kurikulum Bahasa Melayu agar murid meng- hargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera. Di SR murid diperkenalkan dengan pro- gram Buku Sastera Tahap 2 (bermula dengan tahun 4 pada 2006) manakala di SM komponen sastera dimasukkan dalam kurikulum Bahasa Melayu dan murid didedahkan dengan pel- bagai genre sastera seperti puisi, cer- pen, novel, dan drama. Menurut Y. Bhg. Dato’ Dr. Ahamad bin Sipon, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa memas- tikan bahawa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia, kurikulum Bahasa Melayu yang dihasilkan menjurus kepada hasrat untuk mencapai integrasi nasional, membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat. Bahasa Melayu juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air. Oleh itu, kedudukan bahasa Melayu tidak terjejas dengan senario yang berlaku. Sebagai menjawab dakwaan yang mengatakan murid-murid sekolah terlalu terbeban dengan subjek teras pada peringkat terlalu awal, beliau menegaskan bahawa subjek teras pada peringkat awal sekolah, iaitu tahap satu SR (Tahun 1, 2 dan 3) hanya melibatkan mata pelajaran teras Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Agama Islam atau Pendidikan Moral. Berkonsepkan Bahasa Melayu merentas kuriku- lum, semua elemen ilmu dalam mata pelajaran lain boleh dipelbagaikan dalam P&P Bahasa Melayu. Ini memberikan impak yang menarik. Misalnya teori dalam mata pela- jaran Sains diperluas dalam aktiviti berbahasa. Pihak Kementerian juga sentiasa memastikan supaya kurikulum sekolah yang ada sekarang tidak membosankan murid. KPM dari semasa ke semasa menganjurkan pelbagai kursus untuk melatih guru supaya dapat mengajar dengan mena- rik dan berkesan. Guru-guru turut dilatih agar mereka dapat menjana pemikiran murid sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengeta- huan pada abad ke-21. Tegasnya lagi, Pusat Perkembangan Kurikulum telah memasukkan nilai murni dan semangat patriotik serta kewar- ganegaraan dalam sukatan pela- jaran yang dihasilkan. Bulan atau minggu bahasa telah menjadi akti- viti rutin di sekolah-sekolah pada setiap tahun. TV Pendidikan juga turut menyiarkan pelbagai aktiviti berbahasa, dan berjaya mencungkil bakat seni murid melalui aktiviti seperti debat, pidato, berbalas pan- tun, forum remaja, pertandingan menulis esei, cerpen, puisi atau khe- mah bahasa. Ketika ditanya adakah perbezaan nyata dalam keputusan peperik- saan lalu antara sekolah di bandar dengan sekolah di luar bandar berkaitan dengan perubahan yang berlaku dalam sistem pelajaran sekarang, KPPM menjelaskan bahawa perbezaan ini lebih bersi- fat semasa dan sementara. Antara lain, faktor semasa yang menyum- bang kepada perbezaan keputusan murid bandar dengan luar bandar ialah kualiti guru, infrastuktur, kedudukan geografi, latar belakang keluarga serta sikap dan mentaliti murid luar bandar yang kurang ber- saing sesama rakan sebaya mereka. Oleh itu, KPM sedang menjalankan pemantauan dan kajian untuk menjadikan murid di luar bandar setanding dengan murid di bandar. Sekolah luar bandar turut dibekal- kan guru terlatih, kemudahan ICT, perisian serta bahan sokongan ter- bitan KPM. KPPM menegaskan bahawa sis- tem pendidikan sekarang sebenar- nya banyak merapatkan jurang pengetahuan antara murid di luar bandar dengan murid di bandar. Beliau menyeru agar masyarakat memberi sokongan dan bekerjasa- ma dengan KPM dalam menerima perubahan untuk merealisasikan kecemerlangan pendidikan bukan sahaja dalam kalangan murid di bandar, tetapi juga di luar bandar. YANG Berbahagia Dato' Dr. Ahmad bin Sipon. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996” Yang Berbahagia Dato' Dr. Ahmad bin Sipon Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia BH PILIH L1 17 emel 17SH001A.indd 2 4/15/06 3:48:18 AM

Upload: lyhanh

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Peranan Sekolah dalam Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan

Bil: 23 ISNIN, 17 APRIL 2006

BUKU BAHARU DALAM PASARAN

PEMBERITAHUAN

Galeri Ilmu Koperasi DBP

Waktu urus niaga

Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang

Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am9.00 pagi hingga 3.00 petang

Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887.

Diskaun istimewa akan diberikan kepada semua pengunjung.

SIRI BACAAN TAMBAHAN j-QAF

ISBN: 983-62-8912-7 (SIRI 1) HARGA: RM6.00

SIRI bacaan tambahan j-Qaf ini mempunyai 20 siri kesemuanya, bermula dengan Siri 1, Belajar dari Alif hinggalah Siri 20 Komputer Pintar. Buku ini menggalakkan kanak-kanak belajar membaca dan menulis Jawi kerana cerita dan persembahannya begitu menarik. Buku ini amat sesuai dijadikan latihan dan alat bantu pembelajaran Jawi kanak-kanak yang mengikuti j-Qaf.

Dapatkan kesemua siri bacaan tambahan j-Qaf ini di Galeri

Ilmu DBP dan kedai buku berdekatan anda.

DBP SETENGAH ABAD

Mencipta Sejarah DBP

9Anugerah Sastera MASTERA

10Meneroka Alam Sains

11

Oleh Mashitah Taharin

SELARAS dengan komit-men yang dijanjikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia,

Y. B. Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Memperkasakan Bahasa Kebangsaan yang berlang-sung di Putrajaya pada 2 Mac 2006 lalu, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM), Y. Bhg. Dato' Dr. Ahamad bin Sipon dengan jentera pelaksananya mempergiat usaha memperkasakan bahasa kebang-saan di sekolah.

Menurut KPPM bermula dari tahun 2003 kurikulum Bahasa Melayu telah menjalani semakan semula. Kurikulum semakan ini telah memasukkan elemen-elemen baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu di sekolah rendah (SR) dan sekolah menengah (SM). Kurikulum ini mensasarkan agar pada akhir persekolahan SR murid akan dapat menguasai kemahiran asas mende-ngar dan bertutur, membaca serta kemahiran menulis dalam bahasa Melayu yang baik. Pada peringkat SM pula, murid dilatih berbahasa dengan baik melalui bidang inter-personal, maklumat dan estetika. P&P menekankan aktiviti perbin-cangan, pembacaan dan aktiviti memperkembang imaginasi serta kreativiti murid dengan menggu-nakan bahasa Melayu.

Selain itu, elemen sastera turut dimasukkan dalam kurikulum Bahasa Melayu agar murid meng-hargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera. Di SR murid diperkenalkan dengan pro-gram Buku Sastera Tahap 2 (bermula dengan tahun 4 pada 2006) manakala di SM komponen sastera dimasukkan dalam kurikulum Bahasa Melayu dan murid didedahkan dengan pel-bagai genre sastera seperti puisi, cer-pen, novel, dan drama.

Menurut Y. Bhg. Dato’ Dr. Ahamad bin Sipon, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa memas-tikan bahawa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia,

kurikulum Bahasa Melayu yang dihasilkan menjurus kepada hasrat untuk mencapai integrasi nasional, membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat. Bahasa Melayu juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air. Oleh itu, kedudukan bahasa Melayu tidak terjejas dengan senario yang berlaku.

Sebagai menjawab dakwaan yang mengatakan murid-murid sekolah terlalu terbeban dengan subjek teras pada peringkat terlalu awal, beliau menegaskan bahawa subjek teras pada peringkat awal sekolah, iaitu tahap satu SR (Tahun 1, 2 dan 3) hanya melibatkan mata pelajaran teras Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Agama Islam atau Pendidikan Moral. Berkonsepkan Bahasa Melayu merentas kuriku-lum, semua elemen ilmu dalam mata pelajaran lain boleh dipelbagaikan dalam P&P Bahasa Melayu. Ini memberikan impak yang menarik. Misalnya teori dalam mata pela-jaran Sains diperluas dalam aktiviti berbahasa.

Pihak Kementerian juga sentiasa memastikan supaya kurikulum

sekolah yang ada sekarang tidak membosankan murid. KPM dari semasa ke semasa menganjurkan pelbagai kursus untuk melatih guru supaya dapat mengajar dengan mena-rik dan berkesan. Guru-guru turut dilatih agar mereka dapat menjana pemikiran murid sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengeta-huan pada abad ke-21.

Tegasnya lagi, Pusat Perkembangan Kurikulum telah memasukkan nilai murni dan semangat patriotik serta kewar-ganegaraan dalam sukatan pela-jaran yang dihasilkan. Bulan atau minggu bahasa telah menjadi akti-viti rutin di sekolah-sekolah pada setiap tahun. TV Pendidikan juga turut menyiarkan pelbagai aktiviti berbahasa, dan berjaya mencungkil bakat seni murid melalui aktiviti seperti debat, pidato, berbalas pan-tun, forum remaja, pertandingan menulis esei, cerpen, puisi atau khe-mah bahasa.

Ketika ditanya adakah perbezaan nyata dalam keputusan peperik-saan lalu antara sekolah di bandar dengan sekolah di luar bandar

berkaitan dengan perubahan yang berlaku dalam sistem pelajaran sekarang, KPPM menjelaskan bahawa perbezaan ini lebih bersi-fat semasa dan sementara. Antara lain, faktor semasa yang menyum-bang kepada perbezaan keputusan murid bandar dengan luar bandar ialah kualiti guru, infrastuktur, kedudukan geografi, latar belakang keluarga serta sikap dan mentaliti murid luar bandar yang kurang ber-saing sesama rakan sebaya mereka. Oleh itu, KPM sedang menjalankan pemantauan dan kajian untuk menjadikan murid di luar bandar setanding dengan murid di bandar. Sekolah luar bandar turut dibekal-kan guru terlatih, kemudahan ICT, perisian serta bahan sokongan ter-bitan KPM.

KPPM menegaskan bahawa sis-tem pendidikan sekarang sebenar-nya banyak merapatkan jurang pengetahuan antara murid di luar bandar dengan murid di bandar. Beliau menyeru agar masyarakat memberi sokongan dan bekerjasa-ma dengan KPM dalam menerima perubahan untuk merealisasikan kecemerlangan pendidikan bukan sahaja dalam kalangan murid di bandar, tetapi juga di luar bandar.

YANG Berbahagia Dato' Dr. Ahmad bin Sipon.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996”

Yang Berbahagia Dato' Dr. Ahmad bin Sipon

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

BH PILIH L1 17 emel

17SH001A.indd 2 4/15/06 3:48:18 AM