datuk wira haji borhan bin md

Upload: eunice-liu

Post on 29-Oct-2015

44 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Nama Ahli Kumpulan: Png Fei Mun, Chua Su San, Eunice Liu Lee ChihTOKOH GURU: DATUK WIRA HAJI BORHAN BIN MD. YAMANBiodata

Dilahirkan pada 12 Julai 1930 di Kampung Lubuk Redan, Melaka. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lubuk Redan dari tahun 1935 hingga 1941 Menerimal latihan formal keguruan melalui Kursus T.U.O.S (Teacher Under Others Scheme) 1948 - 1951 di Maktab Perguruan Bahasa, Johor Bahru.KerjayaPernah bertugas sebagai guru di Sekolah Melayu Kuala Sungai Baru (1946 1951) Sekolah Melayu Lubuk Redan (1952 - 1954) Sekolah Melayu Parit Melaka (1954 - 1956) Sekolah Melayu Limbongan (1956 - 1957) SMJK Pay Fong (1959 - 1961) SMJK Yok Bin (1962 - 1964) Sekolah Hendry Gurney Bandar Hilir, Melaka (1974 -1984). Kementerian Pembangunan Negara dan Bandar pernah melantik beliau sebagai Pengelola Pelajaran Dewasa Negeri Melaka dari tahun 1964 hingga 1970. Seorang pejuang kemerdekaan dan berjiwa patriotik. Beliau menyemai semangat patriotik melalui karya-karyanya yang tersiar di akhbar dan majalah semenjak zaman prakemerdekaan lagi. Antara sajak ciptaannya ialah Rela Membela (1951), Pemuda Seruanku (1952), dan sebagainya. Antara media massa yang banyak menyiarkan karyanya ialah Majalah Guru dan Akhbar Merdeka. Sifat gemar membacanya mendorong beliau menyediakan ruang perpustakaan mini dirumahnya yang mengandungi sebanyak 2,160 buku koleksi semenjak zaman mudanya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia.

Sumbangan Beliau Atas jasanya yang telah ditaburkan, beliau telah dianugerahi pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N) pada tahun 1963. Darjah Mulia Seri Melaka (D.M>S.M) pada tahun 1980 dan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) pada tahun 2001. Jabatan Pelajaran Melaka juga telah mengiktirafnya sebagai Tokoh Guru Negeri Melaka pada tahun 1989. Beliau juga menerima Anugerah Tokoh Budaya Negeri Melaka pada tahun 1997 dan Anugerah Dharma Bakti Gapena pada tahun 2002.