dato’ sri sharifah zarah syed ahmad dan dr. chandra

16
INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA • THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITY DECEMBER 2015 ISSUE NO. 7 CURRENT AWARENESS SERVICE DATO’ SRI SHARIFAH ZARAH SYED AHMAD DAN DR. CHANDRA MUZAFFAR DI ASEAN INTEGRITY DIALOGUE 2015

Upload: others

Post on 04-Oct-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DATO’ SRI SHARIFAH ZARAH SYED AHMAD DAN DR. CHANDRA

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA • THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITYDECEMBER 2015ISSUE NO. 7

CURRENT AWARENESS SERVICE

DATO’ SRI SHARIFAH ZARAH SYED AHMAD DAN DR. CHANDRA MUZAFFAR

DI ASEAN INTEGRITY DIALOGUE 2015

CAS Disember 2015.indd 1 18/1/2016 5:18:07 PM

Page 2: DATO’ SRI SHARIFAH ZARAH SYED AHMAD DAN DR. CHANDRA

2

WHAT’S IN THE NEWS / BERITA TERKINI

03 Need to remind kids on good values

SPECIAL EVENT / PROGRAM KHAS

04 Penganjuran AID 2015, INTEGRITI eratkan kerjasama serantau

06 INTEGRITI adakan pertemuan dengan rakan MoU

07 Penghayatan agama semarakkan pembudayaan INTEGRITI

08 MBM sokong usaha JKNMPP

NEWS / BERITA

09 JKNMPP met the Deputy Head of Mission of the Mexican Embassy in Malaysia and Canadian Political Counsellor

10 Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bentang pencapaian kerja INTEGRITI suku keempat 2015

11 Dialog definisi baharu rasuah bersama SPRM

Advisor

Dr. Anis Yusal Yusoff

Editor

Zubayry Abady Sofian

Assistant Editor

Nor Azni Ahmad Husairi

CONTENTS / KANDUNGAN

EDITORIAL TEAM / SIDANG PENGARANG

Staff Writers

Norsheeda Din Aimi Farhana Mohd Amin

04 08 09 1106

FEATURES / RENCANA

12 Transformasi pembiayaan politik dan Perhimpunan Agung UMNO 2015

13 Integriti kompas moral individu, organisasi

NEW BOOKS IN OUR LIBRARY / BUKU BAHARU DI PERPUSTAKAAN INTEGRITI

14 Buku-buku baharu di Perpustakaan INTEGRITI

GALLERY / GALERI

15 Berita bergambar tentang aktiviti di INTEGRITI

Published monthly byINSTITUT INTEGRITI MALAYSIAMenara Integriti, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603-6209 2000 Website: www.integriti.my

Photographer

Rosalizawati Arshad

Cover

Aryzam Rahim

Contributors

Maszura MajidMohd Hafizdi Che Md AkhirAmerul Muner MohammadDr. G. Manimaran

07

CAS Disember 2015.indd 2 18/1/2016 5:18:14 PM

Page 3: DATO’ SRI SHARIFAH ZARAH SYED AHMAD DAN DR. CHANDRA

3

WHAT’S IN THE NEWS / BERITA TERKINI

NEED TO REMIND KIDS ON GOOD VALUES

Values play a vital role in inculcating integrity in the education system among

Asean member states.

Former education ministry deputy director-general Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim in stressing the importance of integrity said that it was important for young people to develop good habits and manners.

“Our value system plays a very important part. We need to have role models. Educators and policy-makers also have a role to play and must ensure that values are instilled and practised,” she said during the recent Asean Integrity Dialogue 2015 organised by the Malaysian Institute of Integrity.

Expressing concern over low moral values among students, she said even a simple ‘thank you’ gesture was missing from them.

She recalled an incident where students who received ang-pows from a VIP did not even say “thank you”.

“Children are not saying ‘please’ or ‘thank you’. This is is not good and the role of educators is to first and foremost, set an example by inculcating these moral values and making sure they are practiced in the classroom,” added Noor Rezan.

There is a need to educate and remind children about our traditonal values and etiquette for only then will they develop into adults with character and integrity.

At the event, Malaysian Institute of Integrity board director Dr. Chandra Muzaffar called on academicians from Asean member states to play a role and contribute towards creating an environment and culture of integrity in the region.

He gave five pointers to achieving integrity in Asean member states. They were:

• Providing good and ethical

Source: The Star, December 20, 2015

education to students;

• Question of integrity should be linked to one’s spiritual, moral, cultural and local environment;

• Need for two dimensions to strengthen integrity, namely through content of what is being taught at institutions of higher learning, and living those values;

• Introduction of case study on integrity at institutions of higher learning across the Asean region; and,

• Education institutions cannot combat corruption and overcome abuse of power unless the environment is conducive. – Bernama

Dr. Chandra Muzaffar Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim

CAS Disember 2015.indd 3 18/1/2016 5:18:18 PM

Page 4: DATO’ SRI SHARIFAH ZARAH SYED AHMAD DAN DR. CHANDRA

4

PENGANJURAN AID 2015, INTEGRITI ERATKAN KERJASAMA SERANTAUOleh Azni Husairi

Melihat integriti sebagai isu serantau, perbincangan dan perkongsian maklumat antara

negara amat penting bagi membolehkan nilai integriti subur dan berkembang mekar khususnya dalam bidang pendidikan. Menyedari akan hal itu, satu Dialog Integriti ASEAN (AID) 2015 telah diadakan pada 10 Disember lalu di Menara Integriti dengan bertemakan ‘Regional Cooperation in Enhancing Integrity Through Higher Education’.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr. Anis Yusal Yusoff, antara hasrat INTEGRITI menganjurkan program ini ialah untuk mengumpulkan input dan perkongsian pengalaman negara-negara jiran dalam mempertingkatkan integriti melalui institusi pengajian tinggi agar pendekatan yang sama boleh diadaptasikan di negara ini.

SPECIAL EVENT / PROGRAM KHAS

Sejak diadakan pada tahun 2008, AID 2015 merupakan yang kedua dianjurkan oleh INTEGRITI. Pada kali ini, ia dianjurkan bersama dengan Kementerian Luar Negeri (KLN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dialog yang berlangsung selama separuh hari itu menampilkan 10 orang

panel yang mewakili pelbagai negara; Pegawai Kanan Pendidikan Bahagian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Negeri Brunei Darussalam, En. Ali Hamdani HM Diah, Dekan Pelajar Universiti Brunei Darussalam, En. Saidai Hj. Hitam, Dewan Guru Besar Institut Pertanian Bogor, Indonesia, Prof. Dr. Ir. Yusuf Sudo Hadi, Kepala Pusat Studi Sosial Asia Tenggara, Universitas Gadjah Mada, Indonesia,

Suasana sepanjang AID 2015

CAS Disember 2015.indd 4 18/1/2016 5:18:24 PM

Page 5: DATO’ SRI SHARIFAH ZARAH SYED AHMAD DAN DR. CHANDRA

5

SPECIAL EVENT / PROGRAM KHAS

Delegasi dari Filipina

Dr. Hermin Indah Wahyuni, Penasihat Undang-Undang Universiti Sains Malaysia, En. Khairul Anuar Che Azmi, Pro-Rektor Universiti Taungoo, Myanmar, En. Win Tint, Penolong Pengarah Perhubungan Tempatan-Antarabangsa dan Bahagian Maklumat, Kementerian Pendidikan, Myanmar, En. Htay Htay Khaing, Pengarah III, Pejabat Perkhidmatan Pembangunan Pelajar, Suruhanjaya Pendidikan Tinggi Filipina, En. Engr Ronaldo Liveta, Presiden Universiti Pertanian Negeri Pampanga Filipina, Dr. Honorio Soriano dan Cik Amporn Hutasit dari Thailand.

Dalam satu pembentangan, Prof. Dr. Ir. Yusuf mengetengahkan tentang lima prinsip Pancasila yang menjadi asas kepada pembentukan karakter masyarakat Indonesia selain menyatakan bahawa budaya agama dan pendidikan signifikan dalam pembangunan moral masyarakat. Justeru, untuk mempromosikan integriti menerusi pendidikan, prestasi akademik, kerja berkumpulan dan nilai kejujuran serta sikap menghormati perlu dipupuk dan disuburkan.

Ketika sesi dibuka kepada orang ramai, wakil Persatuan Thai di Malaysia, En. Hampsana sempat menyuarakan pendapatnya tentang keperluan memahami Maqqasid Syariah dalam kalangan pelajar kerana dalamnya terkandung nilai integriti. Sementara itu, wakil Persatuan Pelajar Indonesia di Malaysia, Cik Akita pula berpandangan bahawa pemimpin perlu memperlihatkan amalan yang baik bagi mempromosikan integriti.

Lanjutan daripada dialog dan sesi perbincangan antara wakil-wakil Negara ASEAN, masing-masing bersetuju supaya dialog seperti ini terus diadakan pada masa depan dengan INTEGRITI bakal menjadi tuan rumah bagi AID 2017. Sementara itu, semua hasil pembentangan AID 2015 juga disarankan agar diterbitkan sebagai jurnal. Persetujuan lain yang turut dicapai ialah mewujudkan blog atau laman web ‘agenda integriti serantau’ dan satu grup Whatsapp, dalam kalangan peserta bagi mengekalkan momentum kerjasama.

Delegasi dari Kemboja

Delegasi dari Myanmar

Delegasi dari Thailand

Delegasi dari Brunei Darussalam

Delegasi dari Indonesia

CAS Disember 2015.indd 5 18/1/2016 5:18:37 PM

Page 6: DATO’ SRI SHARIFAH ZARAH SYED AHMAD DAN DR. CHANDRA

6

NEWS / BERITA

INTEGRITI ADAKAN PERTEMUAN DENGAN RAKAN MOUOleh Maszura Majid dan Azni Husairi

Selaras dengan hasrat pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) oleh mantan Perdana Menteri

Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi lebih sedekad yang lalu, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan pelbagai organisasi kerajaan dan swasta menerusi memorandum persefahaman (MoU).

Lanjutan daripada itu, satu perbincangan khas telah diadakan

pada 15 Disember lalu antara INTEGRITI dengan organisasi-organisasi berkenaan di Menara Integriti bagi memperoleh input terkini untuk tujuan pemurnian bidang tugas (terms of reference) sedia ada yang terkandung di dalam MoU yang telah ditandatangani.

Pertemuan itu juga membolehkan INTEGRITI dan pihak-pihak terbabit mengenal pasti hala tuju baharu MoU yang ditandatangani agar kerjasama untuk mengangkat dan membudayakan

integriti dalam masyarakat dapat diteruskan. Selain itu, pertemuan berkenaan juga penting dalam usaha untuk meningkatkan persefahaman dan menggalakkan usaha sama pelbagai bidang antara INTEGRITI dengan semua rakan MoU pada masa depan.

Dalam pertemuan ringkas itu, seramai 30 orang telah hadir. Masing-masing mewakili pelbagai agensi kerajaan, organisasi swasta dan badan bukan kerajaan.

CAS Disember 2015.indd 6 18/1/2016 5:18:51 PM

Page 7: DATO’ SRI SHARIFAH ZARAH SYED AHMAD DAN DR. CHANDRA

7

NEWS / BERITA

Oleh Azni Husairi

Bagi menggalakkan persefahaman dan mengukuhkan keamanan serta perpaduan, golongan belia negara ini

perlu mengutamakan dan membudayakan nilai-nilai integriti yang terkandung dalam agama yang dianuti, ulas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Haji Mua’mar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin ketika menghadiri Dialog Pembudayaan dan Pengukuhan Integriti Dari Perspektif Pelbagai Agama di Malaysia yang berlangsung di Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI).

Majlis berkenaan yang diadakan pada 19 Disember lalu merupakan anjuran bersama INTEGRITI dengan MBM bagi membincangkan pembudayaan integriti berdasarkan perspektif pelbagai agama. Ia dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Dalam ucapannya, Dr. Ahmad Fadzli

PENGHAYATAN AGAMA SEMARAKKAN PEMBUDAYAAN INTEGRITI

menyatakan bahawa program tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan belia tentang nilai-nilai murni yang wujud dalam agama, sekali gus menggalakkan kepada sikap menghormati penganutnya terhadap kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing.

“Konflik yang tercetus dalam masyarakat majmuk lazimnya bukan kerana agama, tetapi disebabkan kegagalan rakyat memahami nilai-nilai yang terkandung dalam agama itu sendiri,” ujar beliau lagi.

Justeru, Dr. Ahmad Fadzli berharap agar menerusi dialog ini, pengamalan dan pembudayaan nilai-nilai integriti yang terkandung dalam setiap agama dapat disuburkan, sekali gus menjadi penggerak dan pengukuhan perpaduan, kesejahteraan serta keharmonian masyarakat.

Program ini mengetengahkan enam orang panel; Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Setiausaha Agung Akademi Hindu Malaysia, Dr. M. Bala Tharmalingam, Pensyarah Unversiti Terbuka Wawasan, Dr. Teoh Hee Chong, Pengarah Eksekutif Belia Methodist Malaysia, Michael William, Penolong Profesor Fakulti Industri Kreatif, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Dr. Charanjit Kaur dan Presiden Taoist Youth Malaysia, Dao Zhang Ooi Tze Tzuu dengan Naib Presiden MBM, Jufitri Joha sebagai moderator.

Dialog yang julung kali diadakan ini juga merupakan platform kepada INTEGRITI untuk memainkan peranan yang penting sebagai pusat pembudayaan dan pengukuhan integriti dalam kalangan penganut pelbagai agama di Malaysia.

CAS Disember 2015.indd 7 18/1/2016 5:18:56 PM

Page 8: DATO’ SRI SHARIFAH ZARAH SYED AHMAD DAN DR. CHANDRA

8

NEWS / BERITA

Pada 7 Disember yang lalu, satu pertemuan telah berlangsung antara Presiden

Majlis Belia Malaysia (MBM), Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) merangkap Setiausaha Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP), Dr. Anis Yusal Yusoff bagi membincangkan pelbagai permasalahan berkenaan pembiayaan politik.

Antara isu dan cadangan yang diutarakan ialah tentang peruntukan dana politik khas daripada pihak

MBM SOKONG USAHA JKNMPPOleh Mohd Hafizdi Che Md Akhir

kerajaan kepada parti-parti dan calon bebas yang bertanding, pendidikan literasi politik kepada masyarakat agar memahami peranan sebenar wakil rakyat, penetapan akaun rasmi parti bagi tujuan derma politik, kajian semula dan penambahbaikan akta yang sedia ada bagi mengawal pembiayaan politik dan mobilisasi dana daripada masyarakat awam kepada parti politik.

Menerusi pertemuan tersebut, MBM sempat menyatakan hasratnya untuk menyediakan platform kepada anak-anak muda yang memiliki pelbagai ideologi dan pegangan politik bagi membincangkan isu

pembiayaan politik yang berlaku dalam negara.

Justeru, menurut Mua’amar Ghadafi, MBM bersedia memberikan sokongan dan komitmen kepada kerajaan dalam membantu mewujudkan mekanisme pembiayaan politik yang telus dan adil dengan menyalurkan input yang diperoleh daripada kepimpinan belia dan akar umbi kepada JKNMPP.

Pertemuan singkat di Wisma MBM, Cheras itu turut disertai oleh wakil daripada badan-badan gabungan MBM dan sayap pemuda parti-parti politik tanahair.

CAS Disember 2015.indd 8 18/1/2016 5:18:59 PM

Page 9: DATO’ SRI SHARIFAH ZARAH SYED AHMAD DAN DR. CHANDRA

9

NEWS / BERITA

It has been said that imitation is the sincerest form of flattery. Hence, The National Consultative Committee on Political Funding

(JKNMPP) are out to examine and evaluate the best practices in political financing mechanisms at the international level which may be applicable for adoption in Malaysia as one of their terms of reference. JKNMPP has agreed in its first meeting that the systems in South Korea, Mexico, Canada, Taiwan and India should be studied for their relevancy in this country.

The JKNMPP Secretariat met with the Deputy Head of Mission of the Mexican Embassy in Malaysia, Madam Lourdes Sosa Marquez on 8 December 2015 to request the Embassy’s assistance for the Secretariat to study the political parties and election financing systems in Mexico.

The Mexican Embassy was very receptive to the ideas of JKNMPP looking into the Mexican political financing system which had gone through massive transformation since 1948. Madam Marquez pledged the Embassy’s assistance for JKNMPP to obtain information and expertise in the political parties and elections management from Mexico.

The Secretariat was informed that the National Electoral Institute (IFE) of Mexico, the regulatory body for political parties in Mexico has gone through various levels of transformation due to public demand. All changes were meant to enhance the democratic rights of their citizens are enhanced and protected.

On 11 December 2015, the JKNMPP Secretariat, headed by Dr Anis Yusal received a visit by Mr Timothy Mackey, Political Counsellor of the High Commission of Canada in Malaysia. Mr Mackey who had just recently commenced his tour of duty in Malaysia, expressed the Canadian High Commission’s excitement to provide the assistance to Malaysia in establishing some forms of regulatory and

By Amerul Muner Mohammad

JKNMPP MET THE DEPUTY HEAD OF MISSION OF THE MEXICAN EMBASSY IN MALAYSIA AND CANADIAN POLITICAL COUNSELLOR

governance structures in political financing.

Canada had just completed its general election in November 2015 which saw a lot of changes in the election system as a result of public demands and was implemented through consultation between the government and its stakeholders. As both are Commonwealth countries, Malaysia share a lot of similarities in the administrative system with them. Therefore, Canada provides a good template in the political management system that we may consider as they have a more matured political culture.

Mr Mackey assured the JKNMPP team that the Canadian High Commission will help facilitate any communication between JKNMPP with any relevant parties in Canada, particularly the Commissioner of Canada Elections, a regulatory body for political parties.

Both diplomats understand the importance and the urgency of the work undertaken by JKNMPP and pledged their assistance to share their countries’ knowledge and experience in managing the political funding to enable Malaysia to have a more comprehensive and dynamic political financing management system.

Dr. Anis Yusal Yusoff with Mr. Timothy Mackey

The JKNMPP Secretariat with the Deputy Head of Mission of the Mexico Embassy in Malaysia, Madam Lourdes Sosa Marquez

CAS Disember 2015.indd 9 18/1/2016 5:19:03 PM

Page 10: DATO’ SRI SHARIFAH ZARAH SYED AHMAD DAN DR. CHANDRA

10

Perancangan dan pelaksanaan dasar serta program Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) bagi tahun 2015 dilabuhkan

tirainya dengan berlangsungnya mesyuarat Lembaga Pengarah INTEGRITI pada 1 Disember yang lalu di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Mesyuarat berkenaan turut menjadi titik mula kepada perancangan kerja 2016 bagi semua warga kerja INTEGRITI yang pastinya menjanjikan 1001 cabaran dan dugaan.

Perbincangan berfokus kepada status pelaksanaan kerja INTEGRITI 2015-2020 di peringkat organisasi, nasional dan antarabangsa. Dibentangkan juga status pencapaian kerja INTEGRITI bagi suku keempat 2015.

Pembentangan tersebut disampaikan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Anis Yusal Yusoff kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah yang hadir; Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Datuk Ranjit Ajit Singh, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid dan Dr. Chandra Muzaffar.

Antara kerja-kerja dan program yang telah dilaksanakan oleh INTEGRITI di peringkat nasional ialah memorandum

NEWS / BERITA

persetujuan (MoA) antara INTEGRITI dengan MIMOS, pelancaran Malaysian Integrity Profiling (MIP), Bicara Integriti sempena Hari Integriti Nasional, Konvensyen Integriti Nasional 2015 dan anugerah khas Integriti.

Sementara itu, INTEGRITI turut menyertai beberapa program antarabangsa seperti 2nd Apec Workshop On Developing RIA Guidelines As An Anti Corruption Tool di Bangkok Thailand, Global Integrity Summit di Brisbane, Australia dan International Leadership Simposium On Ethics in Business di European Parlimen di Brussels, Belgium. Di samping itu, INTEGRITI juga meluaskan rangkaian di peringkat

antarabangsa menerusi beberapa mesyuarat, misalnya dengan Integrity Action di London dan Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) di Paris.

Selain itu, mesyuarat juga membincangkan kaedah untuk menyebarluaskan agenda membudayakan integriti melalui media sosial dan media perdana. INTEGRITI juga sedang dalam usaha melipat gandakan program melalui saluran digital.

Oleh Azni Husairi dan Zubayry Abady Sofian

PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BENTANG PENCAPAIAN KERJA INTEGRITI SUKU KEEMPAT 2015

Dr. Anis Yusal Yusoff bersama Tan Sri Dr. Ali Hamsa

CAS Disember 2015.indd 10 18/1/2016 5:19:03 PM

Page 11: DATO’ SRI SHARIFAH ZARAH SYED AHMAD DAN DR. CHANDRA

11

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Anis

Yusal Yusoff telah mengaturkan satu sesi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkenaan dengan definisi rasuah.

Sesi yang dihadiri lebih 30 peserta termasuk Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif World Vision, Dato’ KJ Abraham dan pensyarah Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Prof Edmund Terence Gomez turut menyentuh cadangan dan syor penambahbaikan SPRM. Turut hadir pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan SPRM.

INTEGRITI mengaturkan pertemuan julung kali ini susulan beberapa penulisan dan pandangan yang diutarakan oleh Prof. Gomez dan Dr. KJ John, Pengasas dan Pengarah OHMSI Sdn Bhd berkenaan dengan keperluan mendefinisikan semula terma rasuah terutama melihat sosioekonomi di Malaysia kebelakangan ini.

“Bagi pihak INTEGRITI, saya mengucapkan terima kasih atas kesediaan Tan Sri Abu Kassim yang meluangkan masa untuk mendengar dengan sendiri pembentangan mengenai definisi rasuah dan juga pandangan mengenai syor yang dibuat oleh IDEAS, Majlis Peguam dan beberapa pihak lain untuk menjadikan SPRM sebagai entiti yang lebih bebas,” kata Dr. Anis Yusal.

Turut hadir Prof. Seyd Hamid Aljunid, Dato’ Paduka Sulaiman Mustaffa, Dato’ Wan Fauzi Wan Hussain, Adrian Pereira, Zainuddin Omar, Shaila Koshy, Unni Menon, Tricia Yeoh, Shaza Onn, Sri Murniati, Mohd Nizam Mohd Ali, Dr. Ahmad Fadzli Tajuddin dan Alan Kirupakaran.

Dalam pembentangannya Dr John berkata, konsep rasuah dan sogokan dalam konteks Malaysia masih belum didefinisikan dengan jelas.

“Istilah rasuah amat rumit untuk didefinisikan. Oleh itu, pada pandangan saya, konsep ini memerlukan pendefinisian yang jelas,” kata beliau.

Sementara itu, Prof. Gomez mengetengahkan istilah ‘degenerative corruption’ dengan mengambil kira perkembangan dari sudut pemberian projek dan manfaat yang diperoleh sesetengah pihak.

Tan Sri Abu Kassim dalam pandangan balas beliau berkongsi

bahawa negara memerlukan sistem perundangan yang lebih jelas bagi menangani cabaran-cabaran baru berkaitan perlakuan jenayah rasuah.

“Ini cabaran yang kita hadapi. Tetapi kita perlu melihat dalam konteks yang lebih luas,” kata Tan Sri Abu Kassim.

Jelas beliau, “itu sebabnya SPRM mengutarakan syor dan cadangan bagi memperkasakan aspek perundangan bagi menjadi SPRM lebih berkesan dalam tindakannya.”

“Segala pandangan yang dikongsi oleh Prof. Terence, Dr. KJ John dan Wan Saiful ada kaitan di mana kita perlu mengatasi jurang yang wujud di depan kita iaitu diperjelaskan menerusi pindaan sistem perundangan,” katanya.

Pertemuan berakhir dengan persetujuan bersama untuk mengadakan perbincangan susulan dengan SPRM dalam waktu terdekat.

Oleh Dr. G. Manimaran, Ketua Pasukan Komunikasi Strategik SPRM

DIALOG DEFINISI BAHARU RASUAH BERSAMA SPRM

NEWS / BERITA

CAS Disember 2015.indd 11 18/1/2016 5:19:04 PM

Page 12: DATO’ SRI SHARIFAH ZARAH SYED AHMAD DAN DR. CHANDRA

12

FEATURES / RENCANA

Seramai 3.4 juta ahli UMNO menantikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 (PAU 2015) yang bakal

diadakan pada 8 hingga 12 Disember ini bagi mengetahui hala tuju UMNO seterusnya. Para pemerhati politik turut menantikan PAU 2015 kerana pelbagai usul akan diangkat dan dibahaskan dalam memastikan kelestarian UMNO dan Barisan Nasional (BN) dapat diteruskan.

Pendebatan mengenai isu-isu yang berkaitan ekonomi, agama, pendidikan, keselamatan, sosial dan politik melalui pelbagai gaya persembahan turut menjadikan perhimpunan ini istimewa kepada pengikutnya.

Apa yang penulis harapkan adalah usul yang berkaitan dengan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Politik (JKNMPP) disentuh. JKNMPP yang diumumkan penubuhannya oleh Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Ogos lalu menunjukkan terdapatnya keazaman politik dalam kepimpinan negara dan kerajaan dalam perkara ini. Kesungguhan kerajaan dalam merealisasikan transformasi pembiayaan politik ini amatlah penting dalam usaha UMNO dan BN memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Kini, ramai berpendapat sebuah pilihan raya yang demokratik atau tadbir urus yang demokratik adalah satu pengharapan yang tinggi dan ideal. Politik dan pilihan raya selalunya dikaitkan dengan amalan yang kotor atau meragukan.

Sesungguhnya, perjalanan semua parti politik, badan-badan bukan kerajaan yang berkait dengan politik dan kempen pilihan raya melibatkan keperluan terhadap dana kewangan. Oleh itu, pembiayaan politik adalah satu keperluan penting dan semakin meningkat dari segi nilainya dalam proses pengamalan demokrasi moden sekarang ini.

TRANSFORMASI PEMBIAYAAN POLITIK DAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2015Oleh Mohd Hafizdi Che Md AkhirDisiarkan dalam Utusan Malaysia, 30 November 2015

Sesetengah orang mengaitkan pembiayaan politik sebagai wang untuk kempen pilihan raya kerana pada pendapat mereka, parti-parti politik memainkan peranan yang penting dalam kempen pilihan raya. Sebenarnya, skop pembiayaan politik adalah meluas dengan bermula dengan proses untuk mendapatkan dana sehinggalah hal-hal berkaitan perbelanjaan sesebuah parti politik.

Pembiayaan politik bukan sahaja melibatkan perbelanjaan kempen pilihan raya, sebaliknya meliputi penyelenggaran pejabat, pendidikan politik, penyelidikan dasar dan pendaftaran pengundi. Ia juga merangkumi peluang dan ruang yang diperuntukkan di dalam media seperti radio dan televisyen.

Undang-undang berkaitan pembiayaan politik bermula di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20 dengan pelaksanaan undang-undang yang mengharamkan sumbangan syarikat kepada kempen pilihan raya. Seterusnya, proses penggubalan undang-undang berkaitan pembiayaan politik menular ke negara-negara lain.

Pada masa kini, banyak negara yang mengharamkan sumbangan daripada sumber tertentu seperti syarikat, kesatuan, negara asing dan menetapkan had siling ke atas setiap derma atau sumbangan kepada parti politik. Apa yang menariknya menurut International Institute for Democracy and Electoral Assistance (International IDEA), di Asia sehingga kini, hanya Malaysia dan Sri Lanka tidak mempunyai sebarang undang-undang bagi mengharamkan penerimaan sebarang dana atau pembiayaan politik dari negara asing.

Jika diteliti, Kanada adalah sebuah negara yang boleh dijadikan sebagai model dalam hal transformasi pembiayaan politik. Ia bermula apabila Parlimen Kanada meluluskan beberapa pindaan kepada Akta Pilihan Raya Kanada pada 1974. Transformasi ini melibatkan pengenalan had perbelanjaan untuk parti politik dan calon, mewajibkan parti-parti dan calon-calon mendedahkan punca segala sumbangan yang melebihi $100 dan juga jumlah

perbelanjaan semasa kempen pilihan raya.

Turut diperkenalkan pada waktu itu adalah pembayaran balik sebahagian daripada perbelanjaan pilihan raya oleh parti dan calon yang memenuhi kelayakan tertentu dan menyediakan inisiatif potongan cukai bagi sumbangan kecil oleh individu.

Secara umumnya, pelaksanaan undang-undang mengenai pembiayaan politik semakin meluas di ASEAN. Sejak 1990-an, kesedaran mengenai keperluan terhadap undang-undang berkaitan pembiayaan politik timbul selari dengan pengukuhan sistem demokrasi di rantau ini. Namun begitu, sehingga kini tiada piawaian serantau atau apa-apa kerjasama sesama negara ASEAN mengenai perkara ini.

Sesungguhnya, organisasi-organisasi penting di rantau ini seperti The South Asian Association for Regional Cooperation (SAARC) dan sama ada ASEAN mahupun ASEAN+3 (termasuk Jepun, Cina dan Korea Selatan) tidak langsung menanganinya. Sebaliknya, hanya menangani isu-isu berkaitan ekonomi dan keselamatan.

Walaupun JKNMPP boleh menjadikan negara seperti Kanada, Korea Selatan, Taiwan, India dan Mexico sebagai panduan dalam menyediakan Pelan Tindakan Pembiayaan Politik, penulis percaya bahawa pelan itu kelak adalah pelan versi negara kita sendiri dan mengikut acuan rakyat Malaysia.

Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi JKNMPP sering menekankan JKNMPP adalah sebuah ‘jawatankuasa rakyat’. Jika dilihat kepada keahlian JKNMPP, tiada seorang pun yang dilantik mewakili mana-mana parti politik. Sebaliknya, majoriti ahli JKNMPP ialah aktivis dalam masyarakat, ahli akademik dan pemimpin muda.

Sehubungan itu, apa saja pelan tindakan pembiayaan politik yang bakal diserahkan kepada kerajaan selewat-ada 31 Ogos 2016, adalah suara rakyat. Ramai pihak berharap agar pelan tindakan

CAS Disember 2015.indd 12 18/1/2016 5:19:04 PM

Page 13: DATO’ SRI SHARIFAH ZARAH SYED AHMAD DAN DR. CHANDRA

13

FEATURES / RENCANA

* Penulis ialah Penyelaras Program Institusi

Politik, Institut Integriti Malaysia

ini dapat direalisasikan. Perdana Menteri sendiri telah memberikan komitmen tinggi dengan menyatakan sebarang undang-undang berkaitan akan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Sesungguhnya, PAU 2015 ini adalah satu landasan terbaik dalam membahaskan isu pembiayaan politik dan

JKNMPP ini. Ramai ingin melihat sejauh maa akar umbi UMNO ingin menyambut JKNMPP sebagai buah tangan yang telah diilhamkan oleh Presiden UMNO sendiri sewaktu perhimpunan ini berlangsung kelak.

Penulis percaya bahawa tanggungjawab yang diberikan Perdana Menteri dan

kerajaan kepada JKNMPP ini amatlah berat dan perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat ini. Namun begitu, adalah menjadi harapan semua agar semua parti politik di negara ini dapat menerima transformasi politik kini dengan hati terbuka tanpa mempolitikkan usaha murni ini demi kesejahteraan dan kemakmuran negara pada masa hadapan.

INTEGRITI KOMPAS MORAL INDIVIDU, ORGANISASI

Integriti tidak boleh dijual beli. Malah tidak boleh diukur dalam bentuk wang atau apa juga skala. Integriti adalah inti pati

teras serta zarah utama dalam menentukan watak individu dan organisasi. Tiada batas serta sempadan dalam menterjemahkan nilai-nilai integriti. Namun, ia punya ‘warna’ pemisah yang ketara; hitam itu hitam, atau putih itu putih, sama ada betul atau salah. Tiada warna kelabu apabila berbicara tentang integriti.

Untuk mempertahankan integriti, keberanian moral amat diperlukan. Tiada kompromi serta utuh berpaksi kebenaran. Individu berintegriti tinggi berdiri teguh atas prinsip kebenaran serta sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan prinsip ini. Integriti tidak terbina sekelip mata. Ia proses evolusi seumur hidup. Bermula dari benih kecil hinggalah menjadi

Oleh Zubayry Abady Sofian Disiarkan dalam Utusan Malaysia, 1 Disember 2015

pohon teguh memasak bumi.

Dalam sesebuah organisasi pula, integriti meresap dalam setiap aspek pentadbiran mahupun pelaksanaan aktivitinya. Integriti menjadi tunjang operasi walau berlaku perubahan terhadap pelbagaai dasar dan polisi, serta golongan pentadbirnya bersilih ganti.

Integriti ibarat kompas moral yang akan membawa individu dan organisasi mencapai apa jua yang diingini. Tiada skala ketara untuk mengukur darjah keintegritian seseorang mahupun sesebuah organisasi. Namun, terdapat indikator yang boleh diguna pakai seperti sejauh mana aktiviti yang kita lakukan itu membawa kesejahteraan kepada masyarakat.

Integriti bukan sekadar falsafah yang tertulis dalam naskhah mahupun makalah. Bukan juga lafaz kata indah memukau telinga dan minda khalayak. Bukan juga perlakuan berpura, cipta drama depan

* Penulis ialah Penyelaras Program

Komunikasi, Institut Integriti Malaysia

lensa kamera demi publisiti murah! Integriti perlu bermula dari hati. Dari hati ia terpancar melalui tertib minda berfikir, sopan lafaz kata, mesra perbuatan dan tindakan serta impaknya menyejahterakan alam.

Kejayaan akan datang dan pergi, tetapi integriti kekal selama-lamanya. Integriti bermakna melakukan perkara yang betul pada setiap masa dan dalam segala keadaan, sama ada orang melihat atau tidak. Membina reputasi integriti memerlukan masa bertahun, tetapi ia hanya memerlukan sekelip mata untuk runtuh musnah menyembah bumi.

Mempertahankan integriti serta sanggup berkorban nyawa deminya merupakan satu ujian yang maha hebat. Untuk individu dan organisasi, integriti bukan satu perkara yang kadang-kadang muncul ketika tertentu sahaja atau muncul ketika ada yang memerhati. Integriti adalah segala-galanya.

CAS Disember 2015.indd 13 18/1/2016 5:19:04 PM

Page 14: DATO’ SRI SHARIFAH ZARAH SYED AHMAD DAN DR. CHANDRA

14

NEW BOOKS IN OUR LIBRARY/ BUKU BAHARU DI PERPUSTAKAAN INTEGRITI

ROUTLEDGE HANDBOOK OF POLITICAL CORRUPTION

Since the early 1990s, a series of major scandals in both the financial and most especially the political world has resulted in close attention being paid to the issue of corruption and its links to political legitimacy and stability. Indeed, in many countries

- in both the developed as well as the developing world - corruption seems to have become almost an obsession. Concern about corruption has become a powerful policy narrative: the explanation of last resort for a whole range of failures and disappointments in the fields of politics, economics and culture. In the more established democracies, worries about corruption have become enmeshed in a wider debate about trust in the political class. Corruption remains as widespread today, possibly even more so, as it was when concerted international attention started being devoted to the issue following the end of the Cold War.

This Handbook provides a showcase of the most innovative and exciting research being conducted in Europe and North America in the field of political corruption, as well as providing a new point of reference for all who are interested in the topic. The Handbook is structured around four core themes in the study of corruption in the contemporary world: understanding and defining the nature of corruption; identifying its cause; measuring its extent; and analysing its consequences. Each of these themes is addressed from various perspectives in the first four sections of the Handbook, whilst the fifth section explores new directions that are emerging in corruption research. The contributors are experts in their field, working across a range of different social-science perspectives.

INTEGRITY IN ORGANIZATIONS: BUILDING THE FOUNDATIONS FOR HUMANISTIC MANAGMENT

Integrity in Organizations moves beyond the normative call for more humanistic management in the aftermath of a series of corporate scandals, recent financial crisis as well as, increasingly-questioned, blind fellowship of one-dimensional profit maximization as the

sole compass for companies. It sheds light on how we can actually build more humanistic organizations with the help of integrity. The authors address leadership, governance, personal development and further implementation issues when companies aim for more humanism in business and management. Various international case studies illustrate the presented framework and recommendations

Publisher Routledge

First published 2015

Edited by Paul M. Heywood

Publisher Palgrave Macmillan

First published 2013

Edited by Wolfgang Amann and Agata Stachwicz-Stanusch

CAS Disember 2015.indd 14 18/1/2016 5:19:11 PM

Page 15: DATO’ SRI SHARIFAH ZARAH SYED AHMAD DAN DR. CHANDRA

15

GALLERY / GALERI

MESYUARATMesyuarat Pasukan Teknikal Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang kedua telah berlangsung pada 9 Disember 2015 di Bilik Mesyuarat Utama dan dipengerusikan oleh Presiden dan Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), Dr. Anis Yusal Yusoff.

Pada 11 Disember lalu, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah meraikan sumbangan dan jasa warga kerjanya yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun bersempena majlis Aprisiasi INTEGRITI 2015

LAWATANDelegasi dari Bahagian Latihan Sokongan, Anti-Corruption and Civil Rights Commission (ACTI), Korea telah mengadakan lawatan ke Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) pada 16 Disember yang lalu. Kehadiran Pengarahnya, Young-Chan Ko dan Penolong Pengarah, Hyang-Hui Lee ke Menara Integriti adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan INTEGRITI dalam menjayakan Pelan Integriti Nasional.

TANDA PENGHARGAAN

CAS Disember 2015.indd 15 18/1/2016 5:19:21 PM

Page 16: DATO’ SRI SHARIFAH ZARAH SYED AHMAD DAN DR. CHANDRA

integrit i .my @integrit idotmy integrit i .my

www.integrit i .my

CAS Disember 2015.indd 16 18/1/2016 5:19:22 PM