dasar persyarikatan

Upload: ravi-kumar-nadarashan

Post on 16-Oct-2015

54 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Dasar Pensyarikatan Di Malaysia

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN Muka Surat

1.PENGENALAN2 Latarbelakang dan Sejarah

2.PERANAN PIHAK KERAJAAN DAN 3-4 TANGGUNGJAWAB PIHAK SWASTA DEMI MENJAYAKAN

3.PROGRAM TINDAKAN SEBAGAI NADI KEJAYAAN 5-8

4.PENUTUP9

5.BIBLIOGRAFI DAN RUJUKAN 10

PENGENALAN

Kerajaan telah dan sedang mengambil beberapa langkah yang penting melalui pembentukan dasar yang bermotifkan pembangunan rakyat Malaysia. Salah satu dasar yang penting yang pernah digubal oleh kerajaan adalah Dasar Pensyarikatan. Walaupun sudah melebihi beberapa dekad sejak dasar ini diperkenankan oleh kerajaan, masih ada pihak yang mempertikaikan kerelevanan dasar ini. Sepertimana diketahui umum motif utama dasar ini adalah melicinkan serta membangunkan urusan beberapa agensi kerajaan supaya boleh mencapai tahap kepuasaan yang tinggi serta produktiviti yang lebih berkesan. LATARBELAKANG DAN SEJARAH

Dasar memberi maksud suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak. asas, teras, panduan dan aturan untuk mencapai matlamat dan kepentingan negara, agensi, unit atau pihak tertentu. Dasar Persyarikatan Malaysia telah diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) pada 25 Februari tahun 1983 semasa pelancaran satu forum di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Bukit Kiara sebagai satu pendekatan asas bagi pembangunan negara. Dalam dasar ini Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat dan kerjasama antara pihak awam dan swasta melalui kakitangan awam dan swasta sebagai pemilik bersama perlu untuk memastikan dasar ini dapat dilaksanakan sepenuhnya. Dasar Persyarikatan Malaysia membolehkan pihak Kerajaan dan swasta bersama-sama untuk memastikan pembangunan ekonomi dan sosial seimbang bagi kepentingan negara. Pada tahun 1984, Surat Pekeliling Am Bil. 2 tahun 1984 telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, mengarahkan semua Kementerian, Jabatan dan pejabat kerajaan menubuhkan Panel Perunding bagi tujuan memperbaiki perkhidmatan yang diberikan kepada sektor swasta.

Pada Julai 1991, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 9 Tahun 1991 telah dikeluarkan bagi memberi panduan mengenai Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia yang mengandungi garis panduan mengenai Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia di peringkat Kementerian, Jabatan Pesekutuan, Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah, termasuk pihak-pihak berkuasa tempatan.

Konsep Persyarikatan Malaysia adalah menekankan pentingnya kerjasama yang bermakna di antara perkhidmatan awam dan sektor swasta bagi tujuan memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. Kejayaan sektor swasta yang membawa perkembangan dan peningkatan keuntungannya akan memastikan lebih banyak penghasilan pendapatan negara melalui pungutan pelbagai jenis cukai oleh kerajaan. Adalah perlu bagi perkhidmatan awam memastikan bahawa sektor swasta mencapai kejayaan. Matlamat utama dasar ini adalah untuk mempercepat pembangunan negara melalui kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial antara pihak Kerajaan dan pihak swasta.

Persolanya adakah dasar pensyarikatan ini telah mencapai hasratnya. Untuk mendapatkan jawapan bagi soalan ini, kita perlu merujuk dan mengkaji setiap aspek dan peranan yang telah dimainkan oleh semua agensi kerajaan serta agensi swasta yang menjunjung tanggungjawab untuk menjayakan hasrat kerajaan tersebut.

RASIONAL

Dalam sesebuah negara seperti Malaysia ini terdapat dua sektor utama yang akan menentukan maju dan mundurnya negara ini, iaitu sektor swasta dan sektor awam.Kedua-dua sektor ini seharusnya boleh bekerjasama dalam semua bidang untuk mencapai dan meningkatkan pembangunan dan imej negara ke tahap yang lebih baik.Dilihat sekali imbas sektor swasta adalah menjadi pendokong kepada aktiviti perdagangan dan ekonomi, manakala sektor awam akan menyediakan dasar-dasar utama dan menentukan arah serta menyediakan perkhidmatan sokongan yang tertentu kepada pihak swasta. Dengan ini pihak kerajaan atau awam lebih merupakan pemberi perkhidmatan kepada syarikat dan perusahaan. Keperluan kepada dasar Persyarikatan Malaysia ini ujud hasil dari kesedaran bahawa pada masa ini terdapat beberapa perkara dan persoalan-persoalan pokok yang menjadi berasingan atau bertentangan seperti soal matlamat organisasi, perhubungan peranan dan peraturan di antara pihak awam dan swasta.

PERANAN PIHAK KERAJAAN DEMI KEJAYAAN PELAKSANAAN DASAR SERTA KEJAYAAN DASAR PERSYARIKATAN

Sepertimana diketahui umum, kerajaan telah berperanan penting untuk memastikan dasar ini Berjaya mencapai hasratnya. Setiap agensi kerajaan yang telah bertindak sebagai perancang dasar ini serta pelaksana telah memastikan segala kerumitan Berjaya diatasi demi mencapai matlamat yang ditujui. Kejayan ini dapat dilihat hasil daripada peranan kerjaan sebagai :

i.Sebagai Fasilitator

Pihak Kerajaan menyediakan suasana yang kondusif bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang pesat sebagaimana dan sejauh mana yang dibenarkan oleh peraturan dan undang-undang pembaikan sistem, prosedur dan proses bagi memudahkan pihak swasta mencapai matlamat mereka. Ini telah memudahkan kegiatan perniagaan dan menyediakan inisiatif yang menarik.

ii.Sebagai Perancang

Pihak Kerajaan mestilah peka dan responsif kepada perubahan-perubahan dalam persekitaran dunia semasa merancang arah tujuan dan strategi pertumbuhan proaktif, menyediakan maklumat yang betul, aktiviti galakan yang lebih baik melalui perwakilan seberang laut, pihak swasta perlukan pengetahuan dan kemahiran bagi mengenal pasti dan mendapat peluang-peluang perniagaan untuk negara dan sebagai perancang untuk menentukan dasar atau arah tuju, strategi menyediakan maklumat dan aktiviti-aktiviti galakan.

iii.Sebagai Pelaksana

Pihak Kerajaan juga perlu terus menyediakan kemudahan dan perkhidmatan sosial yang penting kepada semua rakyat bukan sahaja kemudahan dan perkhidmatan itu meluas tetapi standardnya harus lebih baik atau untuk mengembleng sumber-sumber melalui kerjasama yang padu antara pihak Kerajaan dan pihak swasta, mewujudkan panel-panel perunding dan mematuhi Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam.

iv.Sebagai Pemantau dan Penguatkuasa Undang-Undang / Peraturan

Pihak Kerajaan berperanan untuk menggubal dan meminda akta-akta dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan undang-undang bagi memastikan kedua-dua pihak Kerajaan dan swasta memperoleh keuntungan bersama. Selain daripada itu, pihak Kerajaan perlu memantau pelaksanaan undang-undang supaya dasar yang diperkenalkan dan dilaksanakan berjalan dengan lancar dan sekiranya pindaan perlu dilakukan.

v.Sebagai Penyedia Garis Panduan

Garis panduan bagi sesuatu dasar yang dibuat perlu disediakan bagi menjadi panduan atau rujukan kepada undang-undang yang digubal atau dipinda. Pihak Kerajaan perlu sentiasa mengadakan sesi perbincangan dengan pihak swasta supaya undang-undang yang dibuat mengambil kira setiap aspek yang membawa kepada keuntungan bersama.

TANGGUNGJAWAB PIHAK SWASTA SERTA KEJAYAAN DASAR PERSYARIKATAN

Sebagai penggerak pertubuhan ekonomi, pihak swasta perlu lebih dinamik, kuat, berdaya saing, cekap dan tangkas dalam menghadapi cabaran-cabaran saingan di pasaran luar negara. Produk mereka perlu lebih pelbagai dan mampu mengekalkan persaingan untuk pasaran yang luas dan berbagai. Sumbangan kepada pendapatan negara melalui pemotongan cukai juga merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pihak swasta. Pihak swasta juga perlu bersatu tenaga bagi menembusi pasaran baharu negara-negara membangun Asia, Afrika dan Amerika Latin atau pihak swasta perlukan pengetahuan dan kemahiran.

Oleh yang demikian, pelbagai program atau aktiviti yang telah dilaksanakan bagi menjayakan Dasar Persyarikatan Malaysia. Di antaranya ialah (5) lima program tindakan yang dijalankan bagi mencapai pelaksanaan dasar ini. Lima program tindakan tersebut ialah:

PANEL PERUNDINGAN

Panel Perundingan hendaklah diwujudkan di tiap-tiap Kementerian /Jabatan / Pejabat dan hendaklah diadakan di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah. Peraturan-peraturan seperti beikut hendaklah dilaksanakan:

i.Keanggotaan

Panel Perundingan hendaklah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Pengarah Jabatan Persekutuan / Setiausaha Kerajaan Negeri / Pegawai Daerah.Timbalan Pengerusi hendaklah dilantik dari pihak swasta. Keanggotaan Panel hendaklah terdiri dari pegawai-pegawai tertentu Kementerian / Jabatan / Pejabat dan wakil-wakil pihak swasta. Wakil-wakil pihak swasta boleh dipilih dari ahli-ahli dewan-dewan perdagangan dan perindustrian, majlis-majlis perniagaan, pertubuhan industri, sosial, badan-badan ikthisas dan lain-lain organisasi yang berkaitan serta orang perseorangan yang berkepentingan. Anggota-anggota panel hendaklah dilantik oleh pengerusi panel.

ii.Bidang Tugas

Panel Perundingan merupakan sebagai mekanisma bagi wakil-wakil daripada kedua-dua pihak berbincang mengenai pelaksanaan dasar / program / projek Kementerian / Jabatan / Pejabat yang berkenaan yang melibatkan peranan sektorswasta. Panel hendaklah memberi perhatian yang berat kepada isu-isu berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan oleh Kementerian / Jabatan / Pejabat kepada swasta. Perhatian hendaklah diberi kepada perkara-perkara berikut:

a)Urusan memudahkan prosedur dan peraturan yang berkaitan dengan sektor swasta;b)Penyediaan buku-buku panduan bagi memudahkan kefahaman terhadap peraturan-peraturan prosedurc)Penetapan kriteria-kriteria bagi membuat keputusan yang jelas dan mengurangkan kuasa budi bicara;d)Penyampaian Perkhidmatan Rasmi Kerajaan kepada sektor swasta secara efisien dan berkesan dan tepat pada masa.

iii.Mesyuarat Berjadual

Panel-panel ini hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun, yang mana tarikh-tarikh mesyuarat ditetapkan lebih awal.

iv.Sekretariat

Sekretariat bagi panel perunding disetkan setiap agensi perlu di kenal pasti dengan seorang tertentu ditugaskan sebagai pegawai perhubungan di antara sebuah agensi itu dengan pihak sektor swasta.

v.Perbincangan

Agensi-agensi berkenaan perlu memastikan cadangan yang telah dikemukakan, dibincang, dan tindakan susulan dan tindakan yang seterusnya dilaksanakan bagi memastikan pencapaian matlamat.

SESI DIALOG TAHUNAN YANG TELAH MENYUMBANGKAN IDEA DEMI KEJAYAAN DASAR PERSYARIKATAN

i.Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah mengadakan sessi dialog tahunan dengan pihak swasta. Tujuan sesi dialog tahunan ini ialah untuk membolehkan perbincangan terbuka dengan pihak swasta mengenai dasar-dasar tertentu Kerajaan yang melibatkan mereka di bawah bidang kuasa Kementerian /Jabatan / Pejabat Kerajaan Negeri masing-masing mengenai pelaksanaan dasar-dasar itu, peraturan, prosedur dan prestasi Kementerian / Jabatan / Pejabat. Maklumbalas yang diterima hendaklah digunakan di mana perlu untuk memperbaiki prestasi Kementerian / Jabatan / Pejabat dalam bidang kuasa masing-masing. Sesi dialog ini hendaklah dianggap sebagai majlis penasihat sahaja tanpa apa jua kuasa membuat keputusan.

ii.Sesi dialog tahunan di peringkat tertinggi ini yang akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri / Menteri Besar hendaklah di wakili oleh Ketua Setiausaha / Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian / Jabatan pejabat berkenaan bagi pihak sektor awam. Sektor swasta pula hendaklah diwakili oleh ahli-ahli utama dewan-dewan perdagangan dan perindustrian majlis-majlis perniagaan, pertubuhan-pertubuhan industri, social dan badan-badan ikthisas yang mana berkaitan serta orang-orang perseorangan yang berkepentingan dan sebagainya.

iii.Sekretariat bagi sesi dialog tahunan ini hendaklah di kenal pasti untuk menerima dan mengemukakan kertas-kertas kerja untuk perbincangan. Tarikh sesi dialog hendaklah ditetapkan dan dimaklumkan terlebih awal kepada anggota-anggota dialog.

iv.Segala perbincangan dan cadangan-cadangan sesi dialog hendaklah di dokumentasikan dan disampaikan kepada anggota-anggota. Cadangan-cadangan yangditerima hendaklah dikaji untuk menentukan kemungkinan bagi pelaksanaan.

C.PENYAMPAIAN MAKLUMAT

Maklumat-maklumat yang dikehendaki oleh sektor swasta dalam perbincangan-perbincangan di peringkat panel, sesi dialog dan lain-lain forum yang melibatkan kedua-dua sektor, boleh disampaikan dengan kebenaran Ketua Jabatan. Penyampaian maklumat ini hendaklah mengambil kira dasar-dasar tertentu Kementerian / Jabatan/ Pejabat, peraturan-peraturan pentadbiran Kerajaan dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.

Penyampaian maklumat yang le efisien ini telah meningkatkan lagi kelancaran serta pelaksanaan sesuatu proses. Secara keseluruhan proses ini juga telah menjadi sesuatu faktor yang menyumbangkan kepada kejayaan dasar ini.

D.INTERAKSI MENERUSI MAJLIS-MAJLIS TERTENTU BAGI PERTUKARAN IDEA, PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN

Pegawai-pegawai Kerajaan boleh mengambil bahagian dalam seminar-seminar dan lain-lain forum yang dianjurkan oleh dewan-dewan perdagangan dan perindustrian, majlis-majlis perniagaan, pertubuhan ikhtisas dan sebagainya sekiranya tajuk-tajuk atau perkara-perkara perbincangan majlis itu adalah berhubung kait dengan fungsi Kementerian / Jabatan /Pejabat masing-masing. Penyertaan di seminar, bengkel, kursus latihan yang dianjurkan oleh pihak swasta dengan penyertaan kedua pihak awam-swasta adalah untuk mengalakkan pertukaran idea-idea, pengetahuan, pengalaman serta memperolehi maklum balas yang mana akan memanfaatkan pentadbiran Kerajaan.

PENUTUP

Konsep Persyarikatan Malaysia ini telah menekankan tentang pentingnya kerjasama yang bermakna di antara perkhidmatan awam dan sektor swasta bagi tujuan memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Negara. Dasar Pensyarikatan Malaysia telah membuktikan hasilnya sehingga kini dalam memainkan peranan yang penting untuk memupuk dan menjalinkan hubungan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta dan menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di mata dunia. Dan apa yang dapat didimpulkan disini adalah dasar ini Berjaya mencapai hasrtanya.

BIBLIOGRAFI DAN RUJUKAN

1.Kamus Dewan Edisi Keempat, Tahun 20052.Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 9 Tahun 1991, Panduan Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia (PKPA) Jilid 1, m/s 261, International Law Book Services (ILBS).3.Dasar Persyarikatan Malaysia Tahun 1984, www.docstoc.com4.Dasar Awam 2, www.slideshare.net5.Dasar-Dasar Kerajaan, www.google.com.my

12