dasar pembangunan negara

Upload: hairi

Post on 07-Jan-2016

37 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

GMGA2023 DASAR AWAM

1) PENGENALANDasar merupakan sesuatu yang penting dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan dalam sesebuah negara. Dasar merupakan rangka dalam pelaksanaan rancangan kerajaan dan berbentuk pelan tindakan yang dilaksanakan bagi mencapai objektif untuk kepentingan masyarakat dan negara. Keperluan semasa dan kesesuaian ciri-ciri kepelbagaian kaum merupakan keunikkan kepada pembentukkan dasar di Malaysia. Sebagai sebuah negara kecil yang dibahagikan kepada dua wilayah iatu Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak, Malaysia adalah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan keturunan, menganuti pelbagai fahaman agama dan mempraktikkan pelbagai budaya dan konteks sebuah negara persekutuan. Dasar-dasar negara ini adalah merupakan garis panduan pentadbiran yang merangkumi segala arahan dan peraturan untuk mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang gemilang. Walau bagaimanapun, minat seseorang terhadap perkara ini berbeza. Ada yang terlibat dalam pengubalan dasar dan ada yang berfungsi sebagai pelaksana. Tujuan dasar-dasar negara adalah bagi membantu negara mencapai matlamat keselamatan negara. Selain itu, kepentingan perpaduan dan kestabilan negara adalah bagi menjamin kestabilan sosial dan ekonomi rakyat juga masyarakat. Oleh itu, perpaduan negara akan menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam kalangan penduduk negara ini seterusnya akan menjadi faktor penting kepada pembangunan dan kemajuan negara.Dasar-dasar kerajaan Malaysia mempunyai keunikkannya sendiri kerana dasar ini digubal sesuai dengan ciri-ciri dan keperluan semasa negara. Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan perutukan-perutukan perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya akan tetap dilaksanakan. Matlamat untuk menjadi sebuah negara yang makmur lagi bersatupadu berasaskan sistem demokrasi dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil dengan mempunyai keunikan tersendiri. Pembangunan adalah sesuatu yang abstrak dan terlalu luas untuk dibincangkan. Dalam konteks Negara, aspek pembangunan akan melihat beberapa perkara yang penting. Oleh itu Malaysia perlu mempunyai dasar yang bukan sahaja dapat menggembeling sumber-sumber tetapi boleh mengurangkan jurang perbezaan antara kaum bagi memantapkan perpaduan dan integrasi nasional.Dalam pada itu, jurang perkauman tetap wujud dan fenomena ini adalah dengan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 yang sememangnya telah dijangkakan oleh banyak pihak apabila membuat analisa terhadap peristiwa tersebut. Sehubungan dengan peristiwa berdarah itu, bermulalah rentetan-rentetan dasar kerajaan yang bertujuan untuk memperbaiki mutu kehidupan masyarakat, menyeimbangkan kekayaan ekonomi dan mewujudkan keadilan sosial. Pengenalan Dasar Ekonomi Baru sekurang-kurangnya telah merapatkan jurang ekonomi antara kaum walaupun tidak mencapai matlamat sepenuhnya. DKK dan DKN juga telah mencetuskan aspirasi perpaduan dalam kalangan rakyat walaupun tidak ke peringkat akar umbi. Pengenalan dasar-dasar kerajaan yang lain juga bertujuan untuk mewujudkan kesedaran sosial dalam membentuk keadilan sosial sesuai dengan cabaran-cabaran kemajuan negara.Hari ini, Malaysia telah berubah menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi dan kejayaan itu dicapai kerana hasil sumbangan daripada setiap kaum di negara ini. Di bawah gagasan satu Malaysia, pentingnya kerjasama daripada semua kaum tanpa perlu mempertikaikan hak masing-masing bagi memastikan negara terus maju. Kerakyatan sesuatu kaum itu tidak boleh ditarik balik kerana ianya dipertahankan mengikut Perlembagaan dan Rukun Negara. Sehubungan itu soal kerakyatan sesuatu kaum juga tidak perlu dipertikaikan sembarangan memandangkan seluruh rakyat di negara ini adalah rakyat Malaysia mengikut peruntukan Perlembagaan dan Dasar kerajaan.Oleh yang demikain, kepentingan menggubal sesuatu dasar amatlah penting bagi menstabilkan perpaduan antara kaum selain dapat mencapai objektif-objektif kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar kerajaan.

2) KUPASAN ISU SEMASAa) Isu Kemiskinan Rakyat Malaysia

Isu kemiskinan adalah merupakan suatu isu yang global yang mana ianya bukan sahaja dihadapi oleh negara-negara miskin dan negara membangun, tetapi ianya juga dihadapi oleh negara maju seperti Amerika, Jepun dan juga negara-negara Europah. Bagi kebanyakan negara yang pernah di jajah pada suatu masa dahulu, isu kemiskinan adalah suatu isu utama yang memerlukan program pembasmian kemiskinan yang berkesan dan bagi meningkatkan ekonomi penduduk di sebuah negara.Bagi Malaysia yang sedang membangun dengan pesat, merangka program-progam serta melaksanakan pelbagai program untuk pembangunan sosioekonomi rakyat miskin adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup dan sekali gus mengurangkan dan membasmi isu kemiskinan tersebut. Usaha kerajaan dalam membasmi isu kemiskinan di kalangan penduduk Malaysia khususnya di bandar dan luar bandar merupakan agenda utama dengan melaksanakan pelbagai program-program yang di laksanakan oleh kerajaan.b) Definisi KemiskinanSecara umumnya, kemiskinan adalah suatu isu yang subjektif yang boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Antara faktor-faktor yang dikaitkan dengannya termasuklah faktor ekonomi, sikap individu (psikologi-sosial) dan sistem agihan serta pertumbuhan dalam sesebuah negara itu.Kebanyakan pengkaji mengaitkan kemiskinan dengan kekurangan pendapatan dan ketidak mampuan individu dan isi rumah untuk memenuhi keperluan hidup atau keperluan harian. Ini termasuk mereka yang hanya dapat memenuhi keperluan hidup secara yang mencukupi sekurang-kurangnya untuk masa sebulan.Bagi ahli ekonomi, kemiskinan adalah merujuk kepada garis pendapatan minimum yang diperlukan oleh isi rumah untuk keperluan makanan dan juga keperluan hidup asas yang lain. Justeru, jika seseorang itu berada di bawah garis tertentu mengikut ukuran yang di tetapkan, maka ia sudah dianggap miskin. Bagi Bank Dunia, kemiskinan merujuk kepada ketidakupayaan seseorang untuk mencapai standard hidup yang minimum dari segi keperluan zat pemakanan, penggunaan dan tahap penglibatan (Easterly, 1999).Menurut Townsend (1993) mendefinisikan kemiskinan sebagai sesebuah isi rumah atau seseorang individu itu sebagai miskin sekiranya mempunyai standard hidup dan pendapatan yang rendah diukur dengan indeks deprivasi (deprivation index) atau perbelanjaan pengguna.Ada juga yang mendefinisikan kemiskinan sebagai kedudukan seseorang dalam masyarakat. Dalam konteks ini golongan miskin berada pada stratifikasi paling bawah dan memiliki ciri-ciri budaya tersendiri yang dikenali sebagai culture of poverty (Lewis Moyniham, 1969).Justeru itu, bolehlah dikatakan kemiskinan di definisikan sebagai pendapatan seisi sekeluarga atau individu perseorangan yang memiliki pendapatan yang rendah bagi memperolehi keperluan asas bagi menampung penghidupan di sesebuah negara. Selain dari pendapatan yang rendah, kemiskinan ini melibatkan juga kepada kedudukan seseorang itu di dalam masyarakat. c) Faktor-faktor KemiskinanMengapa dan Kenapa isu Kemiskinan ini berlaku? Ianya suatu yang subjektif untuk diperkatakan. Terlalu banyak banyak faktor untuk di nyatakan. Namun begitu, apa yang harus fahami dahulu adalah, terdapat 2 kawasan yang terlibat di dala isu kemiskinan di Malaysia, iaitu Kemiskinan Luar Bandar dan juga Kemiskinan Bandar. Melalui di sini kita akan dapat melihat serba sedikit faktor-faktor, kesan terhadap sosioal dan juga ekonomi.i) Kemiskinan Luar BandarFaktor-faktor penyebab kepada kemiskinan di kawasan luar bandar adalah peluang pekerjaan yang terhad dimana kebanyakan pekerjaan di luar bandar adalah tertakluk kepada sektor pertanian, perikanan (nelayan) dan ternakkan. Dengan hasil pengeluaran yang kurang lumayan menyebabkan keadaan kemiskinan luar bandar tidak dapat di ubah. Dengan pengekplotasian dari orang-orang tengah (pemborong) juga adalah salah satu penyebab utama mengapa pengeluaran yang tidak lumayan yang dimiliki oleh penduduk luar bandar.Selain itu, faktor yang kedua adalah dari faktor, taraf pendidikan yang rendah dalam sesuatu bidang. Dengan kurangnya pendidikan pada penduduk luar bandar akan menyebabkan penjanaan pendapatan tidak dapat dimiliki dengan kepuasan yang tinggi. ii) Kemiskinan BandarBagi kemiskinan bandar pula faktor yang menyebabkan kepada berlakunya kemiskinan adalah migrasi penduduk luar bandar. Perpindahan ini berlaku kerana ingin mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dari luar bandar. Namun begitu, kebanyakkan golongan ini tidak mempunyai kemahiran profesional yang baik serta tahap pendidikan yang rendah bagi mendapatkan sesuatu pekerjaan di kawasan bandar. Ini menyebabkan kehidupan golongan tersebut semakin sukar dan susah.Bagi faktor kedua adalah tahap kos sara hidup yang tinggi. Dengan hanya memperolehi pendapatan RM 500-RM1200 sebulan, bukan bermakna menjamin penghidupan yang lebih baik. Dengan kos sara hidup yang tinggi, kos barangn keperluan yang semakin meningkat akan memainkan salah satu faktor utama mengapa dan kenapa isu kemiskinan masih berlaku di Malaysia. d) Kesan kemiskinanKemiskinan yan berlaku di Malaysia terbahagi kepada beberapa faktor iaitu i) kesan kemiskinan kepada masyarakat; dan ii) kesan dari pada sudut Islam.i) Kesan Kemiskinan kepada masyarakat;Kesan kemiskinan terhadap masyarakat boleh di bahagi kepada beberapa aspek, yang mana ianya saling berkait rapat diantara satu sama lain. Aspek pertama ialah dari sudut individu, kurangnya pendidikan dan kemahiran dalam sesuatu bidang memberikan kesan kepada masyarakat. Contoh, sekiranya sesebuah keluarga tidak mampu untuk membelanjakan pendapatan untuk pendidikan anak-anak, ini akan menyebabkan keciciran terhadap pendidikan. Keperluan pendidikan adalah untuk menimba ilmu serta kemahiran yang boleh di jana dalam diri setiap manusia. Dengan ini pengangguran dan pelbagai gejala sosial akan berlaku. Aspek kedua yang dapat kita lihat adalah dari keluarga. Keluarga yang kurang berkemampuan akan menghadapi masalah dalam membeli asas keperluan hidup sebagai contoh keperluan makanan yang di perlukan, keperluan dalam keselesaan tempat tinggal dan keperluan lain seperti peluang untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Telah banyak kajian yang menyatakan bahawa faktor keluarga miskin sering terlibat dengan masalah sosial. Di mana masalah sosial ini berlaku kerana sifat ingin menjadi kaya atau memperolehi wang dengan mudah seperti berlakunya rompakkan, pemerasan dan banyak lagi. Selain dari itu, peningkatan kadar jenayah di sesuatu kawasan akan memberikan implikasi terhadap masyarakat. Dengan peningkatan tersebut akan menyebabkan masyarakat sentiasa hidup didalam ketakutan dan berasa tidak aman. Pelbagai masalah yang akan timbul sekiranya isu kemiskinan ini tidak di bendung dengan segera. Oleh demikian, aspek individu dan keluarga akan memberikan kesan terhadap masyarakat di sesebuah negara serta peningkatan kadar jenayah memainkan peranan yang besar terhadap isu kemiskinan.ii) Kesan kemiskinan dari sudut Islam;Dari aspek Islam pula, kesan kemiskinan akan menyebabkan manusia tidak mampu untuk melaksanakan tuntutan amal maruf dan mengelakkan nahi mungkar sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk masyarakat. Dalam hal ini, Islam menitikberatkan kepada:-a) Ahklak ahklak merupakan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah jati diri setiap insan. Dengan terjadinya isu kemiskan yang tidak di pandang serius oleh setiap lapisan masyarakat akan menyebabkan keruntuhan ahlak golongan ini khusunya di kalangan remaja. Keruntuhan ahklak akan menyebabkan golongan-golongan ini utnuk mengambil jalan mudah seperti terjadinya keruntuhan moral, jenayah, pemerasan dan pergaulan secara bebas bagi memperolehi kehidpan yang selesa dengan mudah. b) Rumahtangga yang bahagia:- kesan kemiskinan terhadap rumah tangga pula, dalam membina rumahtangga yang aman damai serta bahagia, tanggungjawab dari segi nafkah zahir (keperluan) dan kerohanian amat di perlukan. Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, usaha dari bentuk pekerjaan dan memperkukuhkan kewangan bagi mempastikan kebahagiaan keluarga.3) TINDAKAN DAN PERANAN KERAJAANIsu kemiskinan sering kali menjadi suatu isu yang besar dalam sesebuah negara. Pengagihan pendapatan negara yang tidak dapat di agihkan kepada golongan ini akan merencatkan lagi ekonomi negara. Bagi meningkatkan pendapatan golongan ini, pihak kerajaan haruslah memainkan peranannya dalam memastikan golongan ini tidak di pinggirkan oleh arus pemodenan negara.Pengagihan hasil negara dalam ekonomi dan pembangunan negara, haruslah di rasai oleh setiap golongan masyarakat agar tidak ada yang di pinggirkan dalam arus pembangunan negara.Oleh demikian dalam membangunkan ekonomi dan kemajuan negara, golongan tersebut haruslah di bantu bagi meningkatkan pendapatan golongan miskin untuk memjukan dan membantu negara dalam ekonomi. Kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai usaha bagi membantu golongan tersebut. Dasar-dasar yang di laksanakan oleh kerajaan adalah untuk membantu golongan ini agar ianya tidak terpinggir selain daripada isu kemajuan negara. Melalui dasar-dasar tersebut, ianya dapat di lihat apabila kerajaan melaksanakan dasar-dasar seperti i) Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), ii) Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan iii) Dasar Wawasan Negara. Selain daripada dasar-dasar tersebut, program-program yang di laksanakan oleh kerajaan adalah untuk membantu golongan ini bagi meningkatkan taraf hidup serta pendapatan seisi keluarga pada golongan ini. Disini program-program yang di laksanakan oleh kerajaan seperti Program Membasmi Kemiskinan (2013), Program Bantuan Rumah Termiskin dan yang terbaru adalah Program Tranformasi Kerajaan (GTP).Pada amnya, penggubalan sesuatu dasar bukanlah mudah. Untuk menggubal sesebuah dasar, peranan aktor-aktor yang terlibat hendaklah memainkan peranan yang penting bagi merialisasikan sesebuah dasar dalam membantu golongan berpendapatan rendah untuk menikmati kesempurnaan hidup. Di Malaysia, aktor-aktor dalam pembuatan keputusan dan pembentukan sesuatu dasar ialah terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri-menteri, Yang Di Pertuan Agong, Parlimen, dan Pentadbir Awam haruslah bertanggungjawab dalam membangunkan serta membantu golongan tersebut.i) Aktor Perdana Menteri Aktor yang utama dalam penggubalan dasar adalah Perdana Menteri. Dasar Ekonomi Baru yang telah di perkenalkan oleh Tun Abdul Razak B. Dato Hussien dari tahun 1971 sehingga 1990. Yang mana objektif dasar ini adalah untuk merancang pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun dan juga mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya. Bagi membasmi kemiskinan di Malaysia, dasar kerajaan telah melaksanakan seperti i) mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur; ii) menambah daya pengeluaran dan pendapatan; iii) memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluaran kepada sektor yang lebih lumayan; iv) mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum di kawasan bandar dan luar bandar di antara wilayah; v) memodenkan kehidupan di luarbandar; vi) mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera; vii) mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia; viii) memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain. Dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru ini telah mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia pada waktu itu.Bagi Dasar Pembangunan Nasional pula, ianya telah di perkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dari tahu 1991 sehingga 2000. Penggubalan kepada dasar ini adalah kerana berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRPJ 1) dan sekaligus berakhirnya Dasar Ekonomi Baru. Dalam perlaksaan Dasar Pembangunan Nasional, Tun tidak mengabaikan golongan miskin (berpendapatan rendah), isu kemiskinan masih menjadi agenda utama kerajaan semasa pentadbiran Tun dari tahun 1981 sehingga 2003.Di dalam DPN, pihak kerajaan telah menitik beratkan kepada pengurangan kadar kemiskinan negara yang mana salah satu penyebab utama kepada kadar kemiskinan adalah kadar pengangguran yang berlaku di dalam negara. Pengurangan kadar pengangguran ke tahap 4% dalam tahun 2000. Selain dari itu, dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan, DPN telah mengambil kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam. Di antara peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada program-program seperti ; i) pendidikan dan latihan; ii) kesihatan; iii) jalan-jalan luar bandar; iv) pengangkutan; v) perumahan dan ; vi) bekalan air dan elektrik. Belia-belia di luar bandar juga tidak dipinggirkan dalam DPN, latihan-latihan yang di sediakan oleh pihak kerajaan membolehkan mereka mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan lebih tinggi. Aspek latihan ini akan dipertingkatkan untuk menggantikan pemberian subsidi yang dilaksanakan sehingga ini. Bagi golongan penanam padi dan nelayan tetap akan di berikan subsidi dan sokongan serta bantuan dalam mempertingkatkan produktiviti pengeluaran pada golongan ini. Bagi golongan yang mendiami kawasan bandar, ianya turut akan di pertingkatkan. Di sini, kemiskinan relatif akan di kurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Langkah-langkah juga di ambil oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur. Ianya bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasan-kawasan setinggan, malah ianya juga bagi penyediaan peluang-peluang kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil-kecilan.ii) Aktor Menteri dan EksekutifMenteri atau Eksekutif merupakan ahli-ahli politik yang di undi atau yang di pilih melalui pihanraya yang di laksanakan setiap 5 tahun sekali. Kesemua ahli-ahli politik yang di pilih akan mewakili di dalam sama ada Dewan Undangan Negeri ataupun Dewan Rakyat. Mereka berpenanan sebagai penggubal dan membentuk dasar-dasar yang biasanya di ketuai oleh Perdana Menteri ataupun Ketua Menteri bagi pemerintah di sesebuah negeri.Dengan ini jelaslah bahawa, peranan menteri dalam membendung isu kemiskinan adalah melalui mendengar permasalahan di kawasan yang di wakilinya. Dengan isu kemiskinan yang di utarakan oleh rakyat dan keperluan oleh masyarakat, akan dapat membantu golongan ini agar tidak terpinggir dari arus kemodenan. Menteri dan eksekutif bertanggungjawab untuk membantu pentadbiran negara khususnya membantu Perdana Menteri dalam pengagihan hasil negara agar ianya dapat di berikan kepada setiap lapisan masyarakat. Mencari program-program yang baik agar golongan ini dapat di bantu melalui dasar-dasar kerajaan yang telah di gubal.iii) Aktor Parlimenaktor Parlimen dalam membasmi kemiskinan adalah meluluskan dasar-dasar yang telah di usul oleh Perdana Menteri serta perlaksanaan progrom-program yang di laksanakan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan ini. Menurut Perkara 44, Parlimen mempunyai kuasa Perundangan Persekutuan atau kuasa Kerajaan Persekutuan untuk membuat sebarang undang-undang dan dasar kerajaan. Ianya terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dengan ini jelaslah bahawa Parlimen merupakan suatu institusi utama dalam pembentukan sesuatu dasar kerajaan di Malaysia.iv) Aktor Yang di-Pertuan AgongYang di-Pertuan Agong merupakan salah satu dari aktor-aktor rasmi yang menggubal perundangan dan penggubal dasar-dasar kerajaan. Ini kerana YDPA merupakan sebahagian daripada Parlimen. Peranan YDPA adalah sebagai memberi titah ucapan kepada mana-mana satu Majlis Parlimen atau kepada kedua-dua Majlis Parlimen secara bersama. Baginda selalunya berperanan dalam acara rasmi seperti pembukaan Parlimen melalui titak ucapan dasar kerajaan yang memerintah. Baginda juga berkuasa untuk memanggil mesyuarat Parlimen dan juga berkuasa untuk menamatkan penggal Parlimen atau Membubarkan Parlimen. Bagi dasar-dasar kerajaaan, Baginda berkuasa untuk meluluskan sesuatu perundangan mahupun sesuatu dasar yang di bentangkan oleh pihak Kerajaan yang memerintah.

iv) Aktor Pentadbir awam / BirokratAktor yang terakhir dalam pembentukkan dasar kerajaan adalah Pentadbir Awam ataupun Birokrat. Erti kata lain aktor ini adalah sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan. Golongan ini bertanggungjawab ke arah melaksanakan dan menentukan kejayaan atau gagal dalam melaksanakan sesuatu dasar dan program kerajaan. Dengan kata lain, mereka adalah golongan yang lebih tahu dan pakar dalam bidang yang ada hubungan dengan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan jika berbanding dengan ahli politik.Para pentadbir juga akan mengumpul maklum balas hasil daripada sesuatu dasar yang telah di laksanakan. Hasil daripada sesuatu dasar, maklumat atau maklum balas akan menentukan sama ada ianya perlu di teruskan, diubahsuai atau perlu di berhentikan dasar tersebut. Oleh itu, ianya memperlihatkan bahawa peranan pentadbir awam penting ke arah penggubalan sesuatu dasar awam, menyemak dasar tersebut sehingga kepada pelaksanaan dan penilaian prestasi sesuatu program, projek dan rancangan kerajaan.Oleh demikian, peranan aktor-aktor ini akan dapat membantu golongan miskin atau berpendaptan rendah dalam meningkatkan taraf hidup golongan tersebut.

4) KESIMPULANIsu kemiskinan adalah suatu isu yang telah lama berlaku dan sering di hadapi oleh setiap negara yang membangun. Kadang kala pembangunan yang ingin di kecapi oleh setiap negara, membuatkan golongan ini sering kali tertinggal dan terpinggir oleh arus kemodenan. Kepayahan dan kesusahan bagi memiliki barang keperluan asas seperti makanan dan minuman, keperluan tempat tinggal, keperluan barang asas dan keperluan mendapatkan keperluan pendidikan yang baik, akan meyebabkan golongan ini sering terpinggir. Selain dari itu, keperluan seperti mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang berkualiti membuatkan mereka sering di landa penyakit. Bagi keperluan pendidikan pula, golongan ini susah bagi meningkatkan pendapatan. Dengan memiliki pendapatan yang terhad, membuatkan golongan miskin sering ketinggalan dalam sistem pendidikan negara. Justeru itu, ianya akan menyebabkan berlaku peningkatan kadar pengangguran di dalam negara. Dengan peningkatan itu, akan berlakulah pelbagai kejadian jenayah serta berlakunya gejala sosial yang berlaku di dalam negaraDengan ini, pihak kerajaan haruslah memainkan peranan yang penting di dalam membendung permasalahan yang berlaku di dalam negara. Isu kemiskinan bukan suatu isu yang baru untuk di hadapai oleh pihak kerajaan. Dengan memiliki kecekapan pentadbiran yang baik dan telus dalam perlaksaan perkhidmatan kepada rakyat, pihak kerajaan harus membenteras isu kemiskinan ini. Penggubalan dasar-dasar awam seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Negara akan mengurangkan gejala kemiskinan di dalam negara. Dasar- dasar yang telah di laksanakan di dalam DEB, DPN dan sehingga DWN adalah mempunyai objektif dan matlamat yang sama iaitu membasmi kemiskinan di dalam negara selain dari objektif terhadap pembangunan negara. Dengan dasar-dasar yang sedia ada, golongan termiskin tidak akan di pinggirkan dalam arus pemodenan.Selain dari dasar-dasar kerajaan yang telah di gubal, pelbagi program-program turut di laksanakan oleh pihak kerajaan. Program-program ini merupakan kesinambungan dari bentuk-bentuk dasar itu tadi. Program-program ini dapat di lihat seperti Program Rumah Termiskin yang mana ianya mensasarkan kepada golongan yang mempunyai berpendapatan rendah di kawasan bandar. Selain dari program tersebut, program seperti Industri Kecil dan Peniaga Kecil adalah memfokuskan kepada golongan tersebut dan golongan kawasan luar bandar bagi meningkatkan ekonomi pendapatan masing-masing terhadap. Ianya berupa bantuan yang di berikan oleh pihak kerajaan kepada golongan ini.Penggubalan dasar-dasar awam oleh pihak kerajaan merupakan langkah-langkah yang di ambil bagi membendung permasalaah kemiskinan di dalam negara. Namun siapakah pihak kerajaan ini? Apakah fungsi setiap aktor rasmi yang terlibat di dalam penggubalan sesuatu dasar.Melalui kenyataan yang telah di berikan di atas, terdapat 5 aktor rasmi (formal) yang terlibat secara langsung dalam penggubalan dasar, ianya Perdana Menteri, Menteri-menteri dan Eksekutif, Yang Di Pertuan Agong, Parlimen dan yang akhir adalah Birokrat atau Pentadbir Awam. Aktor- aktor ini berperanan untuk mengenali masalah yang timbul di dalam negara, menganalisis semua faktor-faktor permasaalah yang di hadapi oleh golongan ini, kesan kemiskinan kepada negara dan seterusnya mencari jalan penyelesaian terhadap golongan tersebut. Dengan itu, penggubalan dasar-dasar dan pelaksaan program dapat di jalankan dengan baik serta mencapai matlamat yang di inginkan. Justeru itu, kadar kemiskinan dapat di kurangkan semaksima yang boleh. Pengurangan kadar tersebut akan membantu golongan itu untuk meningkatkan taraf hidup yang lebih baik di dalam menempuhi arus pemodenan dalam pembangunan negara.5) RUJUKAN Mohd Ayop Abd Razid (2013). Kejayaan Malaysia Dalam Program Basmi Kemiskinan. Jabatan Penerangan Malaysia. Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan

Wan Nor Azriyanti Wan Abd Aziz, Faizah Ahmad, Moor Rosly Hanif, Wang Hong Kok (2001). Pembasmian Kemiskinan Bandar ke arah Bandar Inklusif dan Sejahtera:Cabaran Kuala Lumpur. Journal of Surveying, Construction & Property. Universiti Malaya

Artikel

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0226&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz3VqvfVnG3 Utusan Melayu (M) Bhd http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/241-dasar-pembangunan-nasional-dpn-.html http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=190 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-dasar-negara/237-dasar-ekonomi-baru-.html http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-dasar-negara/13694-dasar-wawasan-negara.html

1