dasar ekonomi dr mahathir

18
1.0 PENGENALAN Sebelum kedatangan penjajah ke negara Malaysia, ekonomi yang dijalankan oleh penduduk tempatan tertumpu kepada pertanian tradisional. Kaum Melayu pada masa itu ketinggalan jauh ke belakang dalam semua sektor ekonomi. Kemudian, datangnya penjajah British dan Jepun telah memburukkan lagi keadaan di negara ini. Hal ini kerana penjajah menggalakkan perkembangan masyarakat secara ‘plural’ melalui amalan dan dasar ‘pecah’ dan perintah lalu menyebabkan berlakunya jurang perbezaan antara kaum antara kawasan luar bandar dengan bandar yang sangat ketara. Sehubungan dengan itu, pihak penjajah telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh asing dari negara luar seperti Cina dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan. Akibat daripada pertambahan dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, jalan keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Sebanyak 64.8% iaitu jumlah yang terbesar orang Melayu hidup miskin di negara Malaysia berbanding kaum lain di mana orang cina 1

Upload: suhailah-fauzi

Post on 29-Nov-2014

2.293 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar ekonomi dr mahathir

1.0 PENGENALAN

Sebelum kedatangan penjajah ke negara Malaysia, ekonomi yang dijalankan oleh

penduduk tempatan tertumpu kepada pertanian tradisional. Kaum Melayu pada masa itu

ketinggalan jauh ke belakang dalam semua sektor ekonomi. Kemudian, datangnya penjajah

British dan Jepun telah memburukkan lagi keadaan di negara ini. Hal ini kerana penjajah

menggalakkan perkembangan masyarakat secara ‘plural’ melalui amalan dan dasar ‘pecah’ dan

perintah lalu menyebabkan berlakunya jurang perbezaan antara kaum antara kawasan luar bandar

dengan bandar yang sangat ketara.

Sehubungan dengan itu, pihak penjajah telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh

asing dari negara luar seperti Cina dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor

perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan. Akibat daripada pertambahan dan

peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, jalan

keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi.

Sebanyak 64.8% iaitu jumlah yang terbesar orang Melayu hidup miskin di negara

Malaysia berbanding kaum lain di mana orang cina hanyalah sebanyak 26%, India 39.2% dan

lain-lain sebanyak 44.8% pada awal tahun 70-an. Jadi, penggubalan dasar ekonomi telah dibuat

bagi membangunkan ekonomi kaum bumiputera khasnya penduduk tanah melayu. Melalui

penggubalan dasar ekonomi secara tidak langsung kerajaan dapat merangka rancangan

pembangunan secara berperingkat-peringkat. Ianya bertujuan untuk menitikberatkan

pertumbuhan dan perbaharuan ekonomi negara Malaysia.

1

Page 2: Dasar ekonomi dr mahathir

2.0 DASAR EKONOMI YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA

MENTERI MALAYSIA KEEMPAT (1981-2002)

Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad tidak pernah

letih memperkenalkan perubahan. Langkah awalnya setelah menjadi Perdana Menteri ialah

memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen 'Bersih, Cekap, Amanah' dan

'Kepimpinan melalui teladan' ke arah menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni

dalam kalangan kakitangan awam khususnya dan masyarakat amnya. Beliau juga turut

memperkenalkan penggunaan 'kad perakam waktu' dan pemakaian tanda nama kepada semua

kakitangan kerajaan.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga menampilkan 'Dasar Kependudukan 70 juta' ke arah

menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang mampu menyokong

pengeluarannya. Selain itu, beliau turut memperkenalkan pelbagai slogan, dasar dan konsep

baru. Antaranya dasar pandang ke timur, dasar penerapan nilai-nilai Islam, dasar kependudukan

70 juta, wawasan 2020, dan slogan “bersih, cekap dan amanah”.

Dalam pembangunan ekonomi negara, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad telah

memperkenalkan beberapa dasar ekonomi seperti dasar pembangunan nasional iaitu dalam

rangka rancangan jangka panjang kedua.

2

Page 3: Dasar ekonomi dr mahathir

2.1 Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (1991-2000)

Rangka rancangan jangka panjang kedua ialah dasar pembangunan nasional. Dasar ini

telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 17 Jun 1991 dan ia meliputi

Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7).

Dasar pembangunan nasional ini telah dilancarkan untuk menjadikan negara Malaysia

sebagai negara yang maju serta meningkatkan perpaduan dan kerjasama antara kaum. Dengan

adanya dasar ini, negara Malaysia dapat menjadi lebih maju kerana garis panduan yang

terkandung dalam dasar ini ialah mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian

bumiputera (MPPB) bagi menggalakkan penglibatan bumiputera dalam ekonomi. Jadi, secara

tidak langsung, taraf hidup penduduk setempat menjadi semakin baik dan mempunyai masa

depan yang lebih terjamin.

Selain itu, di bawah dasar pembangunan nasional juga kerajaan telah menumpukan

kepada usaha untuk menggalakkan pembangunan seimbang dalam sektor ekonomi dan sosial.

Ini bermakna, sektor ekonomi dan sosial negara Malaysia berada dalam keadaan stabil. Di

samping itu, kerajaan turut menggalakkan penjagaan alam sekitar dan menggariskan usaha

membasmi kemiskinan dalam kalangan golongan penduduk termiskin.

Projek negara disediakan bagi membasmi kemiskinan. Dengan adanya projek negara

maka, ia akan menggalakkan lagi kemasukan pelabur asing ke dalam negara untuk meningkatkan

peluang pekerjaan. Jadi para penduduk tidak perlu bimbang mengenai ketiadaan peluang

pekerjaan. Turut melaksanakan dasar telekomunikasi dan koridor raya multimedia.

3

Page 4: Dasar ekonomi dr mahathir

2.2 Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)

Rancangan Malaysia keenam dijalankan selepas tamat tempoh dasar ekonomi baru, 1970-

1990. Rancangan ini adalah selaras dengan Fasa I Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 bagi

menambah baik rancangan yang sedia ada. Rancangan ini dilaksanakan kerana untuk

mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara dan memastikan perpaduan dalam kalangan

penduduk dikekalkan. Dengan itu, negara Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang aman

damai dengan rakyat yang bersatu padu.

Selain itu, rancangan Malaysia keenam juga bertujuan mengekalkan penjagaan alam

sekitar dan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat, sekaligus dapat mengatasi

masalah kemiskinan. Penggunaan teknologi baru juga sangat digalakkan jadi ia dapat

mendedahkan kepada para penduduk mengenai teknologi terkini. Dengan itu, setiap penduduk

mempunyai kemahiran untuk menggunakan teknologi terkini dan dapat menggunakannya

dengan baik.

Program pembangunan bagi penduduk termiskin dititikberatkan seperti menyediakan

rumah kepada mereka. Selain itu, rancangan ini dapat membaiki kemudahan sektor kesihatan,

pendidikan, kemudahan rumah dan kemudahan asas serta peluang pekerjaan di sektor mahir dan

kurang mahir dapat ditingkatkan. Yayasan pelaburan bumiputera menggalakkan penduduk

menjadi pengusaha dalam sektor perusahaan dan perindustrian jadi ia dapat meningkatkan

pembangunan sosioekonomi melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB), Perbadanan

Kemajuan Ekonomi Negeri, ASN serta ASB.

4

Page 5: Dasar ekonomi dr mahathir

2.3 Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)

Melalui rancangan Malaysia ketujuh ini, kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan

taraf hidup penduduk kearah kemajuan sosial dan ekonomi. Ianya dilaksanakan untuk membaiki

kelemahan rancangan Malaysia sebelum ini dan program yang belum dapat diselesaikan. Dasar

ini dibuat bagi memajukan ekonomi global dan meningkatkan ekonomi negara. Dengan itu,

kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan masalah sosial dapat diatasi.

Selain itu, produktiviti negara dapat ditingkatkan melalui penyediaan modal yang cukup

dan membaiki kecekapan buruh. Juga dapat meningkatkan daya saing dalam kalangan petani

dan pengusaha serta meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan

keluaran baru dan mempertingkatkan kualiti keluaran baru yang sedia ada.

Program yang bersesuaian telah dirancang dan dilaksanakan untuk memajukan sektor

ekonomi dan mengurangkan import. Lebih banyak institusi pendidikan dibina untuk memajukan

pendidikan negara. Kerajaan juga menggalakkan pertumbuhan sector swasta dalam memajukan

pembangunan negara.

5

Page 6: Dasar ekonomi dr mahathir

2.4 Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010)

Dalam rangka rancangan jangka panjang ketiga, dasar wawasan negara telah

diperkenalkan. Ia merupakan gabungan antara dasar ekonomi baru dan dasar pembangunan

nasional. Dasar ini sebenarnya merujuk kepada cabaran strategi negara Malaysia bagi

menghadapi wawasan 2020 dan program di bawah rangka rancangan jangka panjang ketiga.

Selain itu, perlaksanaan dasar wawasan negara juga dapat menjadikan negara Malaysia menjadi

sebuah negara yang maju.

Dengan adanya dasar wawasan negara, kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil

miskin di kawasan Bandar dan pedalaman tanpa mengira kaum, kumpulan suku kaum minoriti

bumiputera di kawasan Sabah, Sarawak dan orang asli dapat dibasmi serta dapat menyusun

semula masyarakat. Kualiti hidup terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah

daripada 30% dapat ditingkatkan dan mngukuhkan lagi ekonomi negara.

Selain itu, dasar wawasan negara juga dapat membangunkan Malaysia sebagai sebuah

masyarakat yang berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) dan menjadikan sektor pertanian,

pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik. masyarakat yang saksama dapat dilahirkan melalui

dasar ini dan seterusnya dapat mencapai penyertaan bumiputera secara berkesan dalam sektor

utama ekonomi.

6

Page 7: Dasar ekonomi dr mahathir

2.5 Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)

Rangka rancangan jangka panjang ketiga dibentang oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

yang bertempat di Dewan Rakyat pada tanggal 9 Mei 2001. Dasar ini diperkenalkan kerana

untuk memulihkan ekonomi negara akibat daripada kemelesetan ekonomi. Bagi memastikan

kejayaan ekonomi dibawah rangka rancangan tersebut, Majlis Perundingan Ekonomi Negara

Kedua (MAPEN II) yang dianggotai seramai 154 orang ahli, mewakili pelbagai kumpulan

masyarakat telah ditubuhkan.

Rancangan Malaysia Kelapan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju

menjelang tahun 2020 dan menyediakan dasar institusi yang kondusif. Di samping itu, ia juga

dapat menjadikan rancangan ini sebagai buku panduan untuk generasi yang akan datang serta

menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi bagi membangunkan sektor swasta.

Selain itu, dasar kewangan dan fizikal yang lebih baik perlu diambilkira bagi

pembangunan negara manjadi lebih mantap. Membangunkan ekonomi yang berasaskan

pengetahuan juga merupakan strategi rancangan Malaysia kelapan dan seterusnya dapat

menyelaras dan memperkukuhkan program dan wilayah.

7

Page 8: Dasar ekonomi dr mahathir

2.6 Dasar Pandang Ke Timur

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad tidak gentar dengan kontroversi dan pernah

menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia British dengan mengamalkan dasar 'Buy

British Lasts" sebagai satu tindakbalas di atas sikap London yang mendiskriminasikan

kepentingan Malaysia. Beliau kemudiannya memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan

menjadikan budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh

rakyat demi meningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja professional.

Antara elemen penting dalam Dasar Pandang Ke timur ialah melihat bagaimana Negara

Jepun dan Korea boleh menjadi sebuah negara maju dan menjadi pemimpin dalam beberapa

jenis industri dunia. Program penswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu

usaha melihat betapa pentingnya peranan swasta. Tun Dr. Mahathir Mohamad juga melihat

beberapa sektor dalam kerajaan perlu diswasta agar dapat diuruskan secara profesional dan

menguntungkan serta dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-

projek pembangunan.

Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha

Malaysia yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia

berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan

pasaran produk Malaysia. Sehubungan itu, beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian

Negara' yang bertujuan mengorientasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan

industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya

mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM,

Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan.

8

Page 9: Dasar ekonomi dr mahathir

2.7 Penggerak Industri Permotoran Malaysia

Dr. Mahathir mahu Malaysia terlibat dalam industri permotoran agar rakyat negara ini

dapat menguasai teknologi dan kekayaan yang ada dalam industri ini. Hasil dasar ini maka

lahirnya kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu, Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam

industri otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal 'Kriss' dan menjadi

pengeksport kereta yang berdaya maju.

Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, Dr. Mahathir juga menggerakkan projek

litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia. Pada

tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'.

Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke

angkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah

dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994. Sehubungan itu,

beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri.

9

Page 10: Dasar ekonomi dr mahathir

2.8 Dasar Ekonomi Baru

Matlamat ringkas DEB ialah membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum, menghapuskan

identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi dan lain-lain. Semasa DEB dilancarkan, kadar

kemiskinan dalam Negara adalah lebih daripada 40 peratus. Hari ini kemiskinan telah turun

pada lima peratus. Ini bermakna, matlamat pertama jelas telah tercapai. Bagi matlamat kedua,

kejayaan yang terbesar DEB ialah dalam bidang pelajaran. Ramai Bumiputera telah mendapat

peluang dalam bidang-bidang profesional sehingga dalam bidang perubatan daripada hanya 8-10

peratus sahaja doktor perubatan yang terdiri daripada Melayu dan Bumiputera tetapi sekarang

jumlah mereka mencecah 40 peratus.

Demikian juga dalam profesyen lain, seperti pensyarah dan profesor dalam university di

mana jumlah mereka beratus ribu. Apabila ramai individu Bumiputera mendapat saham dari IPO

(Initial Public Offer), semuanya menjual saham dengan serta-merta. Kemudian mereka pohon

untuk saham baru. Keuntungan daripada jualan saham dihabiskan secara hangus. Kerajaan

boleh hentikan agihan saham pada Bumiputera tetapi ini akan menjadikan syarikat yang

tersenarai tidak dimiliki sahamnya oleh Bumiputera sama sekali.

Oleh itu, Permodalan Nasional Berhad telah ditubuhkan bagi membeli saham

Bumiputera, memasukkannya dalam unit trust (saham amanah) untuk dijual kepada semua

Bumiputera kalaupun mereka boleh labur hanya RM10 sahaja. Melalui sistem amanah saham

PNB hari ini lebih lapan juta Bumiputera memiliki saham dalam syarikat-syarikat besar. Tanpa

DEB tidak mungkin begitu ramai Bumiputera memiliki saham dalam syarikat-syarikat gergasi.

10

Page 11: Dasar ekonomi dr mahathir

3.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, era pantadbiran Dr. Mahathir Bin Mohamad telah membawa

banyak perubahan dan pembaharuan dalam negara Malaysia. Dr. Mahathir adalah seorang yang

menjaga waktunya, sehubungan itu beliau telah menukar waktu negara dengan mempercepatkan

setengah jam di Semenanjung agar selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha

integrasi nasional. Dalam proses itu Singapura telah diyakinkan untuk turut serta dalam

membaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan dalam sektor awam.

Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya di bawah

kepimpinan Dr. Mahathir. Contohnya Projek lebuhraya yang menghubungkan utara - selatan

dan timur - barat semenanjung telah menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rangkaian

lebuh raya antara yang terbaik di dunia. Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan

berteknologi tinggi apabila transit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur.

Dr. Mahathir Mohamad kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya

meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya memerdekakan

negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari dibelenggu

falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya. Bagi Dr. Mahathir

falsafah pembangunan haruslah dijana dari dalam, manakala sumbernya bolehlah didatangkan

dari luar dan bukan disebaliknya. Beliau mengakui bahawa beliau tidak percaya lagi dengan

penulisannya dalam 'Malay Dilemma' tetapi hakikatnya Malay Dilemma sudah tidak relevan

sejak Dr. Mahathir memegang pacuan negara. Tun Dr Mahathir Mohamad memikul harapan

negara untuk merintis jalan ke arah suatu peranan kepimpinan di dalam dunia ekonomi dan

politik antarabangsa.

11

Page 12: Dasar ekonomi dr mahathir

4.0 RUJUKAN

Buku

R. Kuberan, Foo Kok Man, Mohd Azami Ahmad. Pengajian Am. pertama sekali diterbitkan

(2010). Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd.

Internet

http://www.docstoc.com/docs/62014288/DASAR-EKONOMI-BARU-Pengajian-Malaysia-YEE-

PIN (5/4/2013)

http://mahathir-mohamad.blogspot.com/2009/09/dasar-ekonomi-baru.html (6/4/2013)

12