dari meja pengarang -...

4
Jika ada sebarang cadangan dan maklumat berkaitan PPPM, hantarkan kepada kami. Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan Aras 3, Blok E9, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Tel: 88721605 [email protected] [email protected] Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia Mac 2014 Piagam Pemimpin Sekolah Sesi Interaksi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Dialog Timbalan Menteri Pendidikan II Bersama-sama Mahasiswa Isu Bulan Ini Anjakan Bil 12 Mac 2014 Dari Meja Pengarang Masyarakat meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap keupayaan dan kecekapan pemimpin sekolah mentadbir mengikut konteks dan keperluan sekolah. Ini terbukti apabila aspek kepimpinan sekolah merupakan isu kedua terpenting selepas isu guru yang diutarakan oleh masyarakat semasa Dialog Nasional Pendidikan Negara ketika proses awal penghasilan PPPM. Antara isu yang diutarakan termasuklah soal pemilihan dan penempatan Pengetua dan Guru Besar serta autonomi yang perlu dimiliki. Oleh itu, Anjakan 5 dalam PPPM menjurus kepada inisiatif mengupayakan kepimpinan sekolah. Anjakan keluaran ini memberi tumpuan kepada inisiatif berkaitan pemimpin sekolah, iaitu Piagam Pemimpin Sekolah. Ketua Editor “Pemimpin sekolah adalah penggerak utama yang paling penting di peringkat sekolah untuk keberhasilan murid. Kita tidak boleh berkompromi di dalam hal kualiti guru dan kompentensi Pengetua dan Guru Besar kita”. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Malaysia Pemimpin di semua peringkat di bawah Kementerian Pendidikan perlu melaksanakan tindakan dengan pantas dan cepat. Perkara yang penting adalah bagi semua warga pendidik dapat menghayati hasrat dan pelan yang dilaksanakan. Jiwa warga pendidik perlu dimenangi. Datuk Dr. Khair Bin Mohamad Yusof Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Menilai kemampuan: Membina apa yang perlu dilaksana Bertindak berdasarkan setiap perancangan – memberi keutamaan kepada tugas mengikut keutamaan dan mempunyai keberhasilan yang tinggi; Berupaya untuk membuat anjakan dan lonjakan.

Upload: nguyentram

Post on 31-Mar-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dari Meja Pengarang - stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2014/07/Mac-2014.pdfModul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) dalam ePangkat. MPPS telah dibangunkan

Jika ada sebarang cadangan dan maklumat

berkaitan PPPM, hantarkan kepada kami.

Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan Aras 3, Blok E9, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Tel: 88721605 [email protected] [email protected]

Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia Mac 2014

Piagam Pemimpin Sekolah

Sesi Interaksi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Dialog Timbalan Menteri Pendidikan II Bersama-sama Mahasiswa

Isu Bulan Ini

Anjakan Bil 12 Mac 2014

Dari Meja Pengarang Masyarakat meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap keupayaan dan kecekapan pemimpin sekolah mentadbir mengikut konteks dan keperluan sekolah. Ini terbukti apabila aspek kepimpinan sekolah merupakan isu kedua terpenting selepas isu guru yang diutarakan oleh masyarakat semasa Dialog Nasional Pendidikan Negara ketika proses awal penghasilan PPPM. Antara isu yang diutarakan termasuklah soal pemilihan dan penempatan Pengetua dan Guru Besar serta autonomi yang perlu dimiliki. Oleh itu, Anjakan 5 dalam PPPM menjurus kepada inisiatif mengupayakan kepimpinan sekolah. Anjakan keluaran ini memberi tumpuan kepada inisiatif berkaitan pemimpin sekolah, iaitu Piagam Pemimpin Sekolah.

Ketua Editor

“Pemimpin sekolah adalah penggerak utama yang paling penting di peringkat

sekolah untuk keberhasilan murid. Kita tidak boleh berkompromi di dalam hal

kualiti guru dan kompentensi Pengetua dan Guru Besar kita”.

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Malaysia

Pemimpin di semua peringkat di bawah Kementerian Pendidikan perlu melaksanakan tindakan dengan pantas dan cepat. Perkara yang penting adalah bagi semua warga pendidik dapat menghayati hasrat dan pelan yang dilaksanakan. Jiwa warga pendidik perlu dimenangi.

Datuk Dr. Khair Bin Mohamad Yusof Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Menilai kemampuan:

Membina apa yang perlu dilaksana

Bertindak berdasarkan setiap perancangan – memberi keutamaan kepada tugas mengikut keutamaan dan mempunyai keberhasilan yang tinggi;

Berupaya untuk membuat anjakan dan lonjakan.

Page 2: Dari Meja Pengarang - stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2014/07/Mac-2014.pdfModul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) dalam ePangkat. MPPS telah dibangunkan

MEMASTIKAN PEMIMPIN BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP SEKOLAH Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi Pengetua/Guru Besar mulai 2013

Melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua/Guru Besar yang baharu secara berperingkat, dengan lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan prestasi keberhasilan murid

Piagam Pemimpin Sekolah (PPS) merupakan inisiatif di bawah Program Tranformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Anjakan 5, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Terdapat 5 komponen utama dalam Piagam Pemimpin Sekolah seperti Syarat Baharu Pemilihan Pengetua/Guru Besar, Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL), Program Residency dan Immersion (PRIme), Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dan Pemberian Tawaran Baru (New Deals).

“Kementerian akan memastikan setiap sekolah, tanpa mengira lokasi dan tahap prestasi, mempunyai Pengetua/Guru Besar dan pasukan kepimpinan sokongan yang berkualiti tinggi untuk menyediakan kepimpinan pendidikan dan memacu prestasi sekolah secara keseluruhan. Kementerian akan mencapai matlamat ini dengan memperkenalkan pakej kerjaya baharu kepimpinan sekolah bagi memperkukuh cara Pengetua/ Guru Besar dipilih, dilatih dan diberi ganjaran”.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 BAB 5, Pemimpin Sekolah, 5-13

PEMILIHAN CALON PENGETUA DAN GURU BESAR

Proses pemilihan Pengetua dan Guru Besar (PGB) yang rapi, jelas dan telus adalah penting bagi memastikan setiap sekolah dipimpin oleh Pengetua dan Guru Besar yang berprestasi tinggi. Oleh itu, perubahan ketara dalam syarat baharu pemilihan calon Pengetua dan Guru Besar adalah pemilihan berasaskan pencapaian dan kompetensi, bukan lagi berasaskan tempoh perkhidmatan.

Permohonan jawatan Pengetua dan Guru Besar dijalankan secara atas talian melalui Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) dalam ePangkat. MPPS telah dibangunkan khusus sebagai medium pengesanan dan perancangan penggantian pemimpin sekolah. Hanya calon Pengetua dan Guru Besar yang memenuhi syarat umum dan syarat khusus yang ditetapkan sahaja layak untuk memohon dan dianggap telah melepasi tapisan pertama. Tapisan kedua yang perlu dilalui adalah proses pentaksiran. Proses pentaksiran dilaksanakan secara bersemuka dan bertulis melalui kaedah temuduga berstruktur bersemuka, simulasi dalam kumpulan tidak terpimpin, dan penyediaan portfolio Calon PGB yang telah berjaya akan dicadangkan untuk diperakukan oleh Ketua Jabatan dan seterusnya diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) untuk urusan pemangkuan jawatan Pengetua dan Guru Besar. Setelah ditawarkan pemangkuan dan penempatan, Pengetua atau Guru Besar baru tersebut akan mengikuti Program Residency dan Immersion (PRIme) yang akan dikendalikan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB).

Anjakan ke-12 Mac 2014 Anjakan Bil 12 Mac 2014

Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Program NPQEL telah dilaksanakan oleh IAB sejak 1999 sebagai program persediaan pemimpin pelapis di peringkat sekolah. Di bawah inisiatif Piagam Pemimpin Sekolah, kelayakan NPQEL/NPQH telah diwartakan sebagai salah satu syarat untuk lantikan dan pengesahan PGB baharu mulai 2014 setelah mendapat kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. IAB telah melatih seramai 1000 orang calon setahun untuk menyediakan pool pemimpin pelapis sekolah.

Page 3: Dari Meja Pengarang - stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2014/07/Mac-2014.pdfModul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) dalam ePangkat. MPPS telah dibangunkan

SYARAT KHUSUS

Telah dinaikan pangkat ke: a) Gred DG48 (PPPS) b) Gred DGA32 atau c) Sekurang-kurangnya 5 tahun

di Gred DGA29 (SKM)

Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu:

a) Pengetua : BU/BTek/BPI b) Guru Besar : BU/BC/BT

Lulus NPQEL atau NPQH Mempunyai pengalaman

berkhidmat sekurang-kurangya tiga tahun sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Bidang/ Penolong Kanan/ jawatan-jawatan pentadbiran di PPD/ JPN/ Bahagian/ IAB/ IPG/ KM

Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun tempoh perkhidmatan sebelum bersara (tertakluk kepada tarikh kekosongan)

Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan

Syarat Baharu Pemilihan Pengetua/ Guru Besar

SYARAT UMUM

Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 85% berdasarkan wajaran LNPT tiga 3 terakhir:

Tahun 1 20%

Tahun 2 35%

Tahun 3 45%

Bebas daripada tindakan tatatertib

Telah mengisytiharkan harta Lulus tapisan keutuhan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Bebas daripada senarai tegar institusi pinjaman pendidikan

Diperakukan oleh Ketua Jabatan

Anjakan Bil 12 Mac 2014

Program Residency dan Immersion (PRIme)

Program Residency dan Immersion (PRIme) merupakan program transisi bakal Pengetua/Guru Besar (PGB) dalam menyedia dan memantapkan pelbagai kompetensi kepimpinan dan pengurusan yang diperlukan sejajar dengan peranan mereka sebagai pemimpin sekolah.

PR

E R

ESID

ENC

Y

Bakal PGB menjalani kursus/ bengkel sebagai persediaan untuk program residency R

ESID

ENC

Y

Bakal PGB menjalani program residency selama sebulan bersama PGB yang akan bersara/bertukar dan membiasa-kan diri dengan persekitaran sekolah

PEN

EMPA

TAN

PGB bersara/berpindah dan PGB Baharu mengambil alih

IMM

ERSI

ON

PGB memenuhi keperluan immersion selama 7 hari/42 jam bersama Principal Coach

TIN

DA

K S

USU

L

Program coaching and mentoring oleh IAB

Pembangunan Profesional Terbeza Untuk Pemimpin Sekolah (Differentiated CPD)

Institut Aminuddin Baki (IAB) telah dipertanggungjawabkan melaksanakan Pembangunan Professional Terbeza kepada Pengetua dan Guru Besar sedia ada bagi memastikan setiap Pengetua dan Guru Besar berada pada tahap terbaik untuk menerajui kecemerlangan sekolah. IAB telah menyediakan modul-modul latihan kepada Pengetua dan Guru Besar berdasarkan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Modul ini akan membantu mereka meningkatkan potensi diri dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah.

Pada tahun 2013, lapan modul baharu telah dirintis dengan melibatkan 104 orang pengetua dan guru besar. Di samping itu, pemimpin berprestasi tinggi yang terpilih telah diberi peluang mengikuti program sandaran industri untuk mendapatkan pendedahan amalan terbaik di sektor korporat supaya dapat dipelajari dan disesuaikan untuk diamalkan di sekolah.

Tawaran Baru (New Deals)

Menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA Pendidikan), satu sub-NKRA telah diperkenalkan iaitu Tawaran Baru (New Deals) kepada Pengetua dan Guru Besar berdasarkan Penilaian Berasaskan Pencapaian yang dibuat melalui Bai’ah atau Kontrak Pencapaian. Tawaran Baharu diperkenalkan sebagai pengiktirafan Kerajaan Malaysia ke atas kepentingan peranan dan tanggujawab Pengetua dan Guru Besar dalam membangunkan modal insan minda kelas pertama bagi merealisasikan matlamat tranformasi pendidikan negara. Tawaran Baharu diberikan kepada Pengetua dan Guru Besar yang menunjukkan peningkatan pencapaian yang cemerlang melebihi sasaran yang ditetapkan akan diberi imbuhan yang menarik dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan. Bagi Pengetua dan Guru Besar yang tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, mereka dikehendaki mengikuti program-program latihan dan konsultasi yang relevan dengan keperluan masing-masing.

Page 4: Dari Meja Pengarang - stmichaelipoh.edu.mystmichaelipoh.edu.my/wp-content/uploads/2014/07/Mac-2014.pdfModul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) dalam ePangkat. MPPS telah dibangunkan

• Tarikh: 6 Mac 2014

• Tempat: Kompleks Cahaya Siswa USM

• Masa: 3.00 Petang

• Kehadiran: 250 peserta

Peserta berharap agar program seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan. Ini kerana sebagai bakal pendidikdan pemimpin masa hadapan, adalah penting bagi mahasiswa didedahkan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) agar tranformasi pendidikan negara dapat direalisasikan dengan jayanya.

SESI INTERAKSI PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

DIALOG TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN II BERSAMA-SAMA MAHASISWA

Pada 6 hingga 8 Mac 2014, Sesi Interaksi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Sesi Dialog Bersama Timbalan Menteri Pendidikan II, YB. Kamalanathan a/l Panchanathan telah diadakan di 3 buah Universiti iaitu Universiti Sains Malaysia(USM), Pulau Pinang, Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Perlis. Sesi Interaksi dan Dialog tersebut telah dihadiri seramai 470 orang peserta yang terdiri daripada pemimpin mahasiswa.

• Tarikh: 8 Mac 2014

• Tempat: Auditorium Pusat Islam

• Masa: 4.00 Petang

• Kehadiran: 100 peserta

Anjakan Bil 12 Mac 2014

• Tarikh: 7 Mac 2014

• Tempat: Auditorium Perpustakaan

• Masa: 3.00 Petang

• Kehadiran: 120 peserta

“Saya pernah mendengar tentang PPPM, namun belum pernah menghadiri mana-mana program yang berkaitan. Sesi ini sangat menarik kerana Timbalan Menteri sendiri turun padang bertemu kami.” Nurul Nabilah Takiudin Tahun 3, Jurusan Pendidikan Universiti Sains Malaysia

Hasil kaji selidik yang dijalankan tehadap 230 peserta pada Sesi Interaksi dan Dialog bersama-sama Timbalan Menteri Pendidikan II menunjukkan bahawa sebelum sesi ini diadakan, 58% peserta tidak memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Majoriti peserta tidak jelas atau langsung tidak mengetahui kandungan pelan tersebut. Namun setelah menghadiri sesi interaksi dan dialog yang dijalankan, majoriti mahasiswa berpendapat, sesi penerangan dan dialog sangat jelas dan menyeluruh. Interaksi YB Timbalan Menteri II dengan peserta begitu terbuka dan telus. Sifat ramah beliau telah menarik perhatian mahasiswa yang rata-rata memberi respon positif.

“Saya memang tidak pernah mendengar tentang PPPM, tetapi saya rasa memang perlu mahasiswa seperti kami diberi penerangan yang jelas tentang hala tuju pendidikan negara.” Buvaneswary a/p Ganesan Tahun 3, Jurusan Pendidikan Universiti Sains Malaysia

Apa kata mereka…