dari meja ketua editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · pembangunan negara...

88
Pembentukan masyarakat Malaysia yang berpemikiran keusahawanan merupakan asas dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul menjelang tahun 2030. Ini terbukti dengan pelancaran Dasar Keusahawanan Nasional 2030 pada Julai 2019. Konsep peningkatan ini juga ditekan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang ingin melahirkan masyarakat yang makmur menerusi pendapatan yang seimbang. Objektif utama dalam konsep kemakmuran bersama adalah Model Pembangunan Baharu, iaitu penglibatan segenap lapisan rakyat Malaysia dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara berteraskan ilmu pengetahuan dan nilai kemasyarakatan yang tinggi. Keusahawanan merupakan kunci utama dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dengan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), merangsang pelaburan serta menjana peluang pekerjaan. Selain itu, keusahawanan juga merupakan pemangkin kepada penjanaan inovasi serta menjadi wadah meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat dengan menyediakan peluang ekonomi kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk koperasi. Sehubungan itu, keusahawanan merupakan satu komponen penting dan strategik dalam memacu Malaysia untuk mencapai status negara maju dan makmur. Keusahawanan dilihat sebagai satu pendekatan sosial untuk negara keluar daripada pendapatan pertengahan, seterusnya menjadi batu loncatan untuk negara Malaysia sebagai paksi ekonomi di rantau Asia. Justeru, terbitan Dimensi Koop bil. 62 turut memaparkan isu keusahawanan untuk perkongsian kepada gerakan koperasi dengan menekankan tajuk berkaitan Inovasi Sosioekonomi melalui Pendekatan Usahawan Koperasi, Usahawan Kreatif dan Inovasi dalam Keusahawanan Malaysia dan Kesediaan Usahawan Koperasi Menceburi Aktiviti Pusat Pengedaran (DC) Koperasi. Koperasi dilihat sebagai platform terbaik untuk menjadikan anggota sebagai seorang usahawan dalam melahirkan usahawan koperasi. Semoga dengan adanya perkongsian artikel berkenaan keusahawanan ini dapat membantu membangunkan modal insan anggota koperasi melalui penglibatan dan kerjasama anggota dalam perniagaan koperasi serta memberi panduan terbaik kepada anggota dalam tadbir urus perniagaan yang baik. Dari Meja Ketua Editor Mohd Zaib Mat Yunus * Rujukan artikel boleh diperoleh daripada penulis * Gambar yang terkandung di dalam majalah ini adalah bagi tujuan ilustrasi sahaja. 1 DIMENSI KOOP Bil. 62(3/2019)

Upload: others

Post on 14-Aug-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Pembentukan masyarakat Malaysia yang berpemikiran keusahawanan merupakan asas dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul menjelang tahun 2030. Ini terbukti dengan pelancaran Dasar Keusahawanan Nasional 2030 pada Julai 2019. Konsep peningkatan ini juga ditekan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang ingin melahirkan masyarakat yang makmur menerusi pendapatan yang seimbang. Objektif utama dalam konsep kemakmuran bersama adalah Model Pembangunan Baharu, iaitu penglibatan segenap lapisan rakyat Malaysia dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara berteraskan ilmu pengetahuan dan nilai kemasyarakatan yang tinggi. Keusahawanan merupakan kunci utama dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dengan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), merangsang pelaburan serta menjana peluang pekerjaan. Selain itu, keusahawanan juga merupakan pemangkin kepada penjanaan inovasi serta menjadi wadah meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat dengan menyediakan peluang ekonomi kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk koperasi.

Sehubungan itu, keusahawanan merupakan satu komponen penting dan strategik dalam memacu Malaysia untuk mencapai status negara maju dan makmur. Keusahawanan dilihat sebagai satu pendekatan sosial untuk negara keluar daripada pendapatan pertengahan, seterusnya menjadi batu loncatan untuk negara Malaysia sebagai paksi ekonomi di rantau Asia. Justeru, terbitan Dimensi Koop bil. 62 turut memaparkan isu keusahawanan untuk perkongsian kepada gerakan koperasi dengan menekankan tajuk berkaitan Inovasi Sosioekonomi melalui Pendekatan Usahawan Koperasi, Usahawan Kreatif dan Inovasi dalam Keusahawanan Malaysia dan Kesediaan Usahawan Koperasi Menceburi Aktiviti Pusat Pengedaran (DC) Koperasi. Koperasi dilihat sebagai platform terbaik untuk menjadikan anggota sebagai seorang usahawan dalam melahirkan usahawan koperasi. Semoga dengan adanya perkongsian artikel berkenaan keusahawanan ini dapat membantu membangunkan modal insan anggota koperasi melalui penglibatan dan kerjasama anggota dalam perniagaan koperasi serta memberi panduan terbaik kepada anggota dalam tadbir urus perniagaan yang baik.

Dari Meja Ketua Editor

Mohd Zaib Mat Yunus

* Rujukan artikel boleh diperoleh daripada penulis* Gambar yang terkandung di dalam majalah ini adalah bagi tujuan ilustrasi sahaja.

1

DIM

ENS

I K

OO

P

Bil.

62(

3/20

19)

Page 2: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Keberhutangan Isi Rumah: Pengurusan Kewangan Berhemah

Perniagaan Taska Wajar Dimanfaatkan Koperasi

Kandungan

Budaya Kerja Cemerlang Menurut Perspektif Islam

Usahawan Kreatif dan Inovasi dalam Keusahawanan di Malaysia

Kuasa Penjenamaan dalam Perniagaan Koperasi

Inovasi Sosioekonomi melalui Pendekatan Usahawan Koperasi

4

4212

5022

32

22

32

48

12

2

DIM

ENS

I K

OO

P

Bil.

62(

3/20

19)

Page 3: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Jenama: Fantasi ke Realiti(Apa yang Perlu Dilakukan Apabila Produk danPerkhidmatan Anda Tidak Glamour?)

Kesediaan Usahawan Koperasi Menceburi Aktiviti Pusat Pengedaran (DC) Koperasi

74

56

66

42

50

56

66

Ekosistem Pensijilan Halal di Malaysia:Satu Potensi kepada Koperasi

74

3

DIM

ENS

I K

OO

P

Bil.

62(

3/20

19)

Page 4: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Usahawan Kreatif dan Inovasi dalam Keusahawanan di Malaysia

Mohamad Haswardi MorshidiInstitut Koperasi Malaysia Zon [email protected]

4

DIM

ENS

I K

OO

P

Bil.

62(

3/20

19)

Page 5: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Pengenalan

Usahawan mengikut Kamus Dewan merupakan individu atau kumpulan individu yang menubuhkan atau menerajui perniagaan sendiri serta mengembangkannya dari masa ke masa demi kemakmuran masyarakat dan negara. Usahawan ialah tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan mewujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan buruh serta berkebolehan untuk melakukan perkara seperti mencari peluang perniagaan, mengusahakan perniagaan yang akan membawa kebaikan kepada dirinya dan orang ramai serta dapat memenuhi keperluan orang ramai.

Usahawan juga sedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan daya pengeluaran dan mengambil risiko yang telah dipertimbangkan. Usahawan adalah diperlukan untuk menggerakkan sumber-sumber ekonomi untuk mempercepatkan proses pertumbuhan ekonomi. Sehubungan itu dalam mengendalikan tugas ini, usahawan perlu menggabungkan semua faktor-faktor ekonomi, mengambil risiko, mencipta, mereka bentuk, mencari peluang perniagaan dan sebagainya dengan tujuan mendapatkan keuntungan, kepuasan diri dan kemakmuran masyarakat.

5

DIM

ENS

I K

OO

P

Bil.

62(

3/20

19)

Page 6: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Di Malaysia, keusahawanan telah bermula dan wujud sejak Melaka memulakan perhubungan dengan pedagang asing lagi. Bagaimanapun apabila orang Inggeris menjajah Semenanjung Melayu, mereka telah menukar struktur masyarakat dan mengamalkan sistem pecah dan perintah. Akibatnya orang Melayu bergiat dalam bidang pentadbiran serta pertanian, manakala orang Cina menceburi dalam bidang perlombongan serta perniagaan seterusnya orang India pula telah bekerja di estet getah. Impaknya masyarakat Cina telah jauh ke hadapan daripada masyarakat Melayu dan India khususnya dalam bidang perniagaan. Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, kerajaan telah menyedari kepentingan keusahawanan kepada individu, masyarakat dan negara serta sumbangannya kepada penjanaan ekonomi masyarakat juga kemakmuran negara. Sejak itu, kerajaan Malaysia mula memberikan perhatian kepada keusahawanan sehinggalah hari ini. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Polisi Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kerajaan amat menggalakkan pembangunan keusahawanan dan mengiktiraf usahawan kerana usahawan merupakan penyumbang kepada pembangunan negara. Pada tahun 1995, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan sebagai badan khusus untuk mengurus dan menggalakkan perkembangan keusahawanan di Malaysia. Kemudian pada tahun 2004, kementerian tersebut telah dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (MeCD). Namun pada tahun 2009, MeCD telah ditutup dan kebanyakan agensi yang bernaung di bawah MeCD telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Bermula 2 Julai 2018, di bawah Kerajaan baharu Malaysia, Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUN) yang lebih dikenali sebagai MED ditubuhkan kembali. Ini merupakan satu tindakan yang sangat tepat dan harus diberikan sokongan kerana MED boleh membangunkan

Keusahawanan di Malaysia

budaya keusahawanan dan membantu usahawan yang sedia ada di Malaysia.

Terkini, kunci utama dalam landskap keusahawanan Malaysia dalam Dasar Keusahawanan Negara (DKN) 2030 yang dilancarkan pada 11 Julai 2019 adalah meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dengan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), merangsang pelaburan, serta menjana peluang pekerjaan. Selain itu, keusahawanan merupakan pemangkin kepada penjanaan inovasi serta menjadi wadah meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat dengan menyediakan peluang ekonomi kepada pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya golongan terpinggir dan yang kurang bernasib baik dalam aspek pasaran buruh, bantuan dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan.

Walau bagaimanapun, cabaran terbesar pihak kerajaan seluruh dunia adalah untuk beralih dari “ekonomi tradisional” kepada “ekonomi baharu”.

6

DIM

ENS

I K

OO

P

Bil.

62(

3/20

19)

Page 7: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Usahawan yang dilahirkan perlu dilengkapi dengan “kemahiran abad ke-21”, pendigitalan operasi perniagaan dan berkolaborasi dengan usahawan lain untuk terus bertahan dalam persekitaran dinamik ini. DKN ini akan menjadi blueprint kepada usaha untuk memastikan objektif-objektif agenda keusahawanan tercapai. Selain itu, ia penting untuk mengiktiraf keusahawanan sebagai satu strategi utama kepada pembangunan ekonomi Negara. Impak aktiviti keusahawanan di Malaysia dapat diukur melalui pelbagai aspek. Impak utama yang dapat dilihat adalah sumbangan kepada pemantapan ekonomi negara. Pada tahun 2017, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah mencatatkan KDNK yang lebih tinggi iaitu sebanyak 7.2% berbanding dengan 5.2% pada tahun sebelumnya, mengatasi pertumbuhan KDNK keseluruhan sebanyak 5.9%. Ini telah meningkatkan sumbangan PKS kepada KDNK keseluruhan daripada 32.2% pada tahun 2010 kepada 37.1% pada tahun 2017. 7

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 8: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Pada abad ke-18, keusahawanan telah mula dibincangkan oleh pakar ekonomi dan terus menarik perhatian pakar ekonomi sehingga ke abad yang berikutnya. Pada abad ke-20 pula, perkataan keusahawanan menjadi sinonim dengan perusahaan bebas. Keusahawanan merupakan proses dinamik bagi mewujudkan kekayaan. Ia adalah proses menghasilkan sesuatu yang baharu dan bernilai dengan memberikan masa dan ikhtiar serta buah fikiran yang diperlukan, menanggung risiko kewangan, psikologi dan sosial dan menjana keuntungan dalam erti kewangan, kebebasan dan kepuasan diri. Keusahawanan juga merupakan simbol kegigihan, pertumbuhan dan pencapaian dalam perniagaan serta diakui di serata dunia sebagai pemangkin pembangunan ekonomi.

Manakala, usahawan mula diiktiraf sebagai agen perubahan yang membawa idea yang kreatif dan inovatif untuk perniagaan dan membantu perniagaan berkembang dan memberikan keuntungan. Usahawan merupakan peneroka kejayaan perniagaan hari ini. Kepekaan mereka kepada peluang, ketekunan mereka untuk

Keusahawanan dan Usahawanmelakukan inovasi dan keupayaan mereka untuk mencapai sesuatu menjadi alat mengukur perusahaan bebas. Usahawan juga seseorang yang mengurus, mentadbir dan menanggung risiko sebuah perniagaan. Selain itu, usahawan adalah pemangkin perubahan ekonomi yang melakukan pencarian yang bermakna, perancangan yang teliti dan pertimbangan yang baik dalam urusan keusahawanan.

Menariknya, usahawan merupakan seseorang yang boleh mencipta sesuatu baharu di sebalik ketidakpastian untuk mencapai keuntungan dan perkembangan dengan mengenal pasti peluang dan mengumpul sumber yang perlu. Usahawan biasanya bermula dengan idea yang ringkas dan mengumpul sumber yang perlu untuk mengubah idea tadi kepada suatu perniagaan yang boleh berdaya maju dan berterusan. Usahawan biasanya bersikap optimistik dan komited dan bekerja dengan kreatif untuk mencipta sumber baharu atau menambah baik sumber lama dengan keupayaan baharu untuk mencipta kekayaan.

8

DIM

ENS

I K

OO

P

Bil.

62(

3/20

19)

Page 9: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Pada masa kini, masih ramai para graduan ataupun mereka yang belum bekerja memikirkan untuk mencari pekerjaan dan makan gaji. Keadaan ini tidak harus dipersalahkan sepenuhnya kepada para graduan kerana budaya makan gaji telah sekian lama tertanam dalam kotak fikiran masyarakat. Graduan yang makan gaji di sektor kerajaan ataupun swasta, pada pandangan masyarakat telah mencukupi dan boleh mencapai kehidupan yang stabil. Namun, sejauh mana budaya makan gaji ini masih membolehkan seseorang itu menjalani kehidupan yang baik dan sempurna? Melalui tinjauan ketika ini juga, masih ramai lagi yang bekerja dengan makan gaji masih perlu mendapatkan pendapatan yang kedua ataupun tambahan bagi menampung kekurangan pendapatan mereka yang sedia ada. Oleh yang demikian, mulai saat ini budaya keusahawanan haruslah dimulakan. Budaya keusahawanan ini sangat perlu dipupuk awal lebih-lebih lagi dengan melihat keadaan kekurangan peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan dan swasta pada masa ini. Pertanyaan biasa apabila bertemu dengan graduan iaitu “Kerja di mana sekarang……?” yang sentiasa bermain di bibir dalam kalangan masyarakat seharusnya perlu diubah kepada “Buat perniagaan apa sekarang……?”. Ini akan disokong dengan melihat kepada kelebihan-kelebihan menjadi usahawan berbanding bekerja makan gaji iaitu:

i. Usahawan merupakan satu pekerjaan yang mulia

Islam amat memandang tinggi kepada golongan usahawan sehinggakan 9/10 atau sembilan puluh peratus (90%) sumber rezeki diperoleh melalui perniagaan. Walau bagaimanapun, usahawan hendaklah mengamalkan etika perniagaan seperti kejujuran, keadilan, amanah di samping bergantung kepada Tuhan agar perniagaan diberkati.

ii. Lagi ramai usahawan, lagi bangsa dan negara kita kuat

Negara di dunia sekarang ini bergantung kepada kekuatan ekonomi sebagai penentu kekuatan sesebuah negara. Negara yang maju dan kuat biasanya mempunyai ramai usahawan kerana pendapatannya turut menyumbang kepada negara. Kesannya usahawan menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi negara.

iii. Menjadi usahawan banyak membantu jika mahu hidup ringkas

Menjadi usahawan banyak berkait rapat dengan keinginan seseorang mencari kebebasan dalam kehidupan, ringkas dan kehidupan yang diimpikan. Ini termasuklah kebebasan masa, sumber, dan fleksibiliti boleh diaplikasikan sebaik mungkin hanya sekiranya seseorang menjadi usahawan dan menjalankan perniagaan sendiri.

iv. Menjadi usahawan membuatkan anda menyediakan peluang pekerjaan

Jika kita makan gaji, secara langsung kita hanya dan banyak menyumbang kepada majikan yang memberikan pekerjaan kepada kita. Sebaliknya, usahawan mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat yang akan membantu dalam aktiviti perniagaan dan secara tidak langsung dapat membantu mereka dalam meningkatkan pendapatan serta mengurangkan kadar pengangguran.

v. Lagi ramai usahawan, lebih banyak peluang untuk kita berbakti

Usahawan juga dapat memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan sebagai tanggungjawab sosial seperti menghulurkan derma kebajikan, membina prasarana, menjalankan aktiviti sosial yang dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat. Selain itu melalui jaringan dan perniagaan yang diusahakan bersama usahawan pula kita akan dapat menyediakan keperluan dan kehendak sama ada dalam bentuk produk mahupun perkhidmatan kepada masyarakat dalam skala besar. Melalui keuntungan perniagaan pula usahawan tidak lupa membayar cukai dan zakat yang akan digunakan untuk membangunkan negara dan membantu masyarakat.

Pembudayaan Keusahawanandi Malaysia

9

DIM

ENS

I K

OO

P

Bil.

62(

3/20

19)

Page 10: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Kreativiti merupakan prasyarat kepada inovasi. Apabila seseorang usahawan telah melalui proses kreatif dan memperoleh penyelesaian yang terbaik, langkah seterusnya adalah penggunaan, perlaksanaan dan akhirnya adalah inovasi.

Inovasi pula merupakan kunci kejayaan yang berterusan untuk organisasi perniagaan yang dibina. Perniagaan yang boleh bersaing dan menang adalah perniagaan yang akan berjaya mengembangkan produk atau sistem baharu serta mampu mengeluarkan produk secara berterusan dan bertahan lama dalam pasaran. Ini bermakna setiap organisasi, tidak kira sama ada perniagaan berasaskan keuntungan ataupun bukan keuntungan, tidak harus mudah cepat berpuas hati dengan pencapaian organisasi masing-masing. Selain itu, inovasi penghasilan suatu yang baharu boleh mengubah dan mengawal permintaan serta penawaran sesebuah pasaran. Seorang usahawan mencipta permintaan baharu dalam pasaran dengan menggabungkan semula faktor-faktor pengeluaran untuk mencipta suatu yang baharu.

Usahawan Kreatif dan Inovasi dalam KeusahawananKeusahawanan dan inovasi merupakan dua perkara penting yang saling berkait dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan transformasi negara. Negara maju meletakkan keusahawanan dan inovasi sebagai prasyarat penting untuk pertumbuhan yang mapan. Usahawan adalah individu yang kreatif tetapi tidak semua individu yang kreatif boleh menjadi usahawan. Ciri-ciri individu yang kreatif adalah seperti di bawah:

i. Amat rendah diri dan bangga pada masa yang sama.

ii. Berani mencuba benda baharu.iii. Sangat sayangkan kerja mereka tetapi sangat

objektif. iv. Mempunyai tahap kawalan diri yang tinggi. v. Minda terbuka dan sanggup menerima

kritikan orang lain. vi. Sanggup mengambil risiko.vii. Berpandukan matlamat, cermat dan

bertimbang rasa dalam membuat keputusan.

10

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 11: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Penutup

Usahawan yang hendak berjaya hendaklah menerapkan kreativiti dan inovasi di dalam organisasi perniagaan mereka di samping mengiktiraf kebolehan sendiri. Usahawan yang kreatif juga memahami dan mengetahui kebolehan diri sendiri supaya dapat menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan cepat dan cara mudah. Selain itu, usahawan kreatif bijak merebut peluang dan menggunakan peluang tersebut dengan baik dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bermutu.

Usahawan harus lihat masalah dan peluang dari pelbagai perspektif agar perniagaan mereka akan lebih berdaya saing juga berdaya maju serta berani dan tidak takut untuk gagal dalam dunia keusahawanan yang diceburi. Sekiranya usahawan mengalami kegagalan atau kesilapan, ia merupakan motivasi untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Usahawan juga seharusnya menghayati Dasar Keusahawanan Nasional yang meletakkan Malaysia sebagai “Negara Keusahawanan” unggul menjelang tahun 2030.

Oleh itu, inovasi perlu diberikan penekanan khusus kerana ia adalah kunci untuk usahawan terus kekal dalam dunia perniagaan yang semakin sengit persaingannya di masa ini. Justeru, usahawan perlu sedar elemen kreativiti dan inovasi amat penting kerana tiga sebab, iaitu:

i. Mengekalkan Daya Ketahanan Organisasi Kreativiti dan inovasi adalah satu kemestian

agar sebuah organisasi untuk bertahan lama. Masa hadapan sesebuah organisasi itu bergantung pada kebolehan usahawan untuk mencipta produk atau perkhidmatan baharu. Dengan berbuat begitu, ia akan meningkatkan kebolehan organisasi tersebut untuk bersaing dengan pesaing. Ia juga menjadikan organisasi itu mampu bertindak pantas terhadap perubahan sekeliling. Sesebuah organisasi perniagaan itu tidak lagi perlu menantikan permintaan daripada pelanggan. Sebaliknya, ia harus sentiasa cuba mengeluarkan sesuatu yang baharu untuk memuaskan kehendak pelanggan.

ii. Penggunaan Sumber Asli Terdapat banyak sumber asli di muka

bumi ini yang mana usahawan boleh memanfaatkannya tanpa menjejaskan alam sekitar. Malah, sumber tidak wujud sehingga manusia mencari kegunaan baginya dan memberikannya nilai ekonomi melalui aspek kreativiti dan inovasi. Oleh itu, usahawan adalah orang yang bertanggungjawab mewujudkan nilai bagi setiap sumber asli untuk faedah manusia dan masyarakat berdasarkan perniagaan dijalankan.

iii. Penerokaan Pasaran Baharu Usahawan boleh menggunakan produk atau

perkhidmatan baharu untuk menerokai pasaran yang belum diceburi. Seorang usahawan yang kreatif dan inovatif akan selalu cuba menakluki pasaran baharu dengan memperkenalkan produk atau perkhidmatan baharu.

11

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 12: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Keberhutangan Isi Rumah: Pengurusan Kewangan Berhemah

Salwana AliZon Tengah & Pembangunan [email protected]

12

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 13: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Pengenalan

Hutang merupakan satu kemudahan yang sering digunakan bagi mencapai matlamat individu dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Kemudahan hutang ini lazimnya ditawarkan oleh institusi kewangan dan bukan kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Koperasi juga tidak terkecuali menawarkan perkhidmatan kredit kepada anggotanya mengikut peruntukan perundangan di bawah seliaan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Aktiviti kredit ini secara tidak langsung dapat memberi keuntungan kepada pemain kredit utama sekali gus mengelakkan masyarakat membuat pinjaman daripada sindiket syarikat kewangan yang tidak mempunyai lesen sah. Walaupun kredit merupakan satu kemudahan yang mudah diperoleh tetapi hutang ini perlu dikawal agar tidak memberi implikasi negatif kepada persekitaran ekonomi juga sosial. Statistik telah menunjukkan bahawa kadar hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan sebanyak 84.3 peratus (2017), 88.3 peratus (2016), 89.9

peratus (2015) tertinggi di Asia dan sejumlah 83.8 peratus setakat Jun 2018. Keseluruhannya menunjukkan perkembangan yang positif tetapi pihak BNM sentiasa berwaspada memandangkan kadar hutang isi rumah terkini mencatatkan lebih 80 peratus yang masih dianggap membimbangkan. Pada tahun 2019 pula, Kementerian Kewangan (MOF) dalam laporan tinjauan Ekonomi 2019 menyatakan bahawa tahap hutang isi rumah dijangka kekal terkawal kerana sokongan kerajaan yang berterusan dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran isi rumah mengenai perancangan dan pengurusan kewangan.

Walau bagaimanapun, peningkatan nisbah kerberhutangan isi rumah dikaitkan dengan pelbagai faktor lain seperti kenaikan kos sara hidup, pendapatan yang tidak meningkat serta kadar kenaikan faedah yang dikenakan oleh institusi kewangan turut membebankan isi rumah. Bagi mengatasi kemelut bebanan hutang oleh isi rumah semakin meningkat maka pihak kerajaan khususnya BNM saban tahun mengambil langkah dan pendekatan bersesuaian untuk mengekalkan hutang isi rumah semasa pada tahap berhemat.

13

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 14: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

DEFINISI HUTANGISI RUMAHBerdasarkan BNM, hutang isi rumah merujuk kepada liabiliti/hutang yang perlu dibayar balik pada masa akan datang melalui pinjaman pembelian harta tanah, sekuriti serta membiayai penggunaan. Penggunaan pula bermaksud pinjaman untuk membeli kenderaan bermotor bagi kegunaan peribadi dan kemudahan kad kredit. Menurut Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) pula mendefinisikan hutang isi rumah sebagai jumlah liabiliti/hutang yang harus dibayar atau bayaran faedah termasuk prinsipal kepada pemiutang bagi tarikh pada masa hadapan. Ia termasuklah pembayaran hutang kepada bank dan institusi kewangan bukan bank (IKBB). Contoh IKBB seperti Lembaga Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC). Ringkasnya hutang isi rumah merujuk kepada jumlah hutang yang dibuat oleh isi rumah di sesebuah negara melalui pinjaman daripada institusi kewangan untuk kegunaan tertentu. Merujuk kepada profil keberhutangan isi rumah didapati masyarakat Malaysia akan membuat

pinjaman untuk tujuan pembelian harta kediaman (rumah), pembelian harta bukan kediaman, sewa beli kenderaan bermotor, pembiayaan peribadi, kad kredit dan lain-lain.

Merujuk kepada Kementerian Kewangan sebanyak 80 peratus daripada hutang isi rumah diambil daripada sistem perbankan manakala 20 peratus daripada institusi kewangan bukan perbankan. Walaupun pinjaman memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia namun jika pinjaman tidak dikawal ia akan memberi impak negatif. Justeru pihak kerajaan telah mengambil inisiatif dalam mengawal nisbah keberhutangan isi rumah tersebut agar ia terkawal.

14

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 15: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Senario Keberhutangan Isi Rumah di Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan bahawa komposisi terbesar hutang isi rumah melibatkan pembelian harta kediaman mencatatkan peratusan tertinggi sejumlah 53 peratus diikuti oleh pembiayaan peribadi sebanyak 14.4 peratus, seterusnya pinjaman kenderaan sejumlah 13.8 peratus dan hartanah kediaman kira-kira 7.4 peratus (Jadual 1). Daripada komposisi tersebut, pinjaman yang diperoleh daripada bank mencatatkan sebanyak 79.7 peratus, institusi bukan bank pula sejumlah 12.6 peratus manakala 7.8 peratus adalah daripada pinjaman institusi pembangunan kewangan.

Manakala profil keberhutangan isi rumah mengikut pendapatan bulanan pula yang

Berdasarkan statistik pada Jun 2018, keseluruhan hutang isi rumah bernilai RM1.17 trilion iaitu 83.8 peratus daripada KDNK.

Bil Jenis Pinjaman Peratus (%)1 Pembelian harta kediaman (rumah) 532 Pembelian harta bukan kediaman 7.43 Sewa beli kenderaan bermotor 13.84 Pembiayaan Peribadi 14.45 Kad kredit 3.5

Bil Pendapatan bulanan Peratus (%)1 > RM5,000.00 56.42 RM5,000.00 – RM3,000.00 21.43 < RM3,000.00 22.2

Jadual 1: Pinjaman Isi Rumah di Malaysia

Jadual 2: Pinjaman Berdasarkan Pendapatan Bulanan

Sumber: Bank Negara Malaysia (BNM)

Sumber: Bank Negara Malaysia (BNM)

dilaporkan oleh BNM mendapati isi rumah dengan pendapatan RM5,000.00 ke atas mempunyai nisbah keberhutangan tinggi sebanyak 56.4% iaitu masih menanggung bebanan untuk membayar hutang yang mewakili kumpulan tertinggi (T20) sekali gus komposisi terbesar hutang isi rumah paling tinggi. Seterusnya diikuti oleh isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000.00 iaitu 22.2 peratus yang mewakili kumpulan B40. Kumpulan B40 merupakan golongan yang lebih terancam terhadap hutang dan memberi implikasi negatif kepada kumpulan ini disebabkan pendapatan boleh guna mereka yang memang sedia ada bernilai kecil. (Jadual 2).

15

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 16: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Sehubungan itu takrifan isi rumah mengikut kumpulan pendapatan yang diguna pakai di Malaysia adalah seperti berikut:

a) Kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi (T20)

b) Isi rumah yang

berpendapatan tinggi dengan purata bulanan RM8,319.00 dan ke atas

a) Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% pertengahan (M40)

b) Isi rumah yang berpendapatan sederhana dengan purata bulanan di antara RM3,860.00 hingga RM8,319.00

a) Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40)

b) Isi rumah yang berpendapatan tinggi dengan purata bulanan di bawah RM3,860.00

c) Kumpulan isi rumah B40 juga merangkumi isi rumah miskin yang berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK). Nilai PGK nasional adalah RM950 sebulan.

Merujuk kepada BNM, hutang isi rumah semasa masih berada pada tahap yang boleh dikawal namun dalam jangka panjang ia akan memberi implikasi negatif sekiranya langkah-langkah pemulihan tidak diambil kira. Sewajarnya hutang isi rumah perlu dikawal secara komprehensif agar isi rumah tidak terdedah kepada risiko keberhutangan yang tinggi. Oleh itu dalam mengekang pertumbuhan nisbah hutang isi rumah, pihak BNM telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengelak hutang isi rumah berlebihan dan memperkukuhkan amalan pemberian pinjaman yang berhemah oleh pemain kredit di Malaysia.

1. Kumpulan T20

2. Kumpulan M40

3. Kumpulan B40

16

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 17: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Peranan Bank Negara Malaysia (BNM)BNM sentiasa membantu isi rumah supaya bebas daripada tekanan kewangan serta bebanan hutang yang ditanggung oleh isi rumah. Terdapat tiga inisiatif yang telah diambil oleh pihak BNM seperti berikut:

i. Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)

Pada tahun 2006, BNM telah menubuhkan sebuah agensi dikenali Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Objektif penubuhannya bertujuan selaku kaunselor kewangan dan bantuan kepada peminjam individu. Selain itu, AKPK juga memberikan panduan pengurusan kewangan bagi membantu individu mengawal perbelanjaan dan mengelakkan sifat boros. Terdapat tiga jenis perkhidmatan yang disediakan iaitu:

a. Kaunseling dan nasihat kewangan secara bertemu muka dengan peminjam mengenai kemahiran pengurusan kewangan

b. Program pengurusan hutang peribadic. Pendidikan kewangan

ii. Regulasi Pinjaman

Pada tahun 2013 pula, BNM turut mengeluarkan garis panduan terhadap pinjaman, langkah yang diperkenalkan adalah:

1. Tempoh pinjaman maksimum selama 10 tahun untuk pembiayaan bagi kegunaan peribadi

2. Tempoh pinjaman maksimum selama 35 tahun untuk pembiayaan bagi pembelian harta kediaman dan bukan kediaman

3. Larangan menawarkan produk pembiayaan peribadi yang diluluskan terlebih dahulu.

BNM juga turut mengetatkan proses penilaian risiko kredit terhadap proses permohonan pinjaman.

iii. Skim Insuran

Pada tahun 2017, BNM telah memperkenalkan skim insurans atau takaful perlindungan tenang untuk membantu kumpulan B40 mendapatkan perlindungan kepada diri, aset dan keluarga agar mereka tidak merasai impak bebanan hutang tinggi.

17

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 18: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Koperasi dalam Mengawal Nisbah Keberhutangan Isi Rumah Anggota

Statistik 2017 menunjukkan bahawa sebanyak 587 buah koperasi telah menjalankan aktiviti kredit dengan sumbangan perolehan sebanyak RM6.7 bilion. Ini menunjukkan bahawa 84.9 peratus (RM34.2 bilion) daripada perolehan gerakan koperasi telah disumbangkan oleh sektor perkhidmatan kewangan. Aktiviti kredit yang bermula sejak tahun 1922 dan merupakan tulang belakang dalam gerakan koperasi berfungsi secara berkesan telah memberi manfaat yang signifikan kepada ekonomi negara dalam membantu:

a) Anggota meraih peluang ekonomi dan meningkatkan pendapatan

b) Mengembangkan perniagaanc) Mewujudkan peluang pekerjaan

Implikasi sosial yang akan dihadapi oleh anggota sekiranya dibelenggu bebanan hutang tinggi adalah seperti berikut:

a) Tidak mampu membayar balik pinjamanb) Mengganggu ketenteraman rumah tanggac) Menjejaskan tumpuan terhadap kerjaya

Sehubungan itu pihak koperasi amnya hendaklah mengawal nisbah keberhutangan isi rumah supaya implikasi negatif tidak terkesan dan menjejaskan fungsi aktiviti kredit koperasi. Manakala bagi anggota koperasi khususnya yang ingin memohon untuk pinjaman perlu berhemah dalam berbelanja iaitu bijak untuk membezakan antara keperluan (must have) dan kehendak (good to have).

Peranan ALK dan Pihak Pengurusan Koperasi

Dalam pentadbiran koperasi, tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan pihak pengurusan hendaklah menjalankan amalan pemberian pembiayaan secara berhemat mengikut kepada peruntukan perundangan yang sedia ada seperti Garis Panduan (GP), aturan dan lain-lain. Antaranya:

a) Melaksanakan penilaian kesesuaian dan keupayaan bayar balik oleh peminjam.

- Memastikan jumlah dan syarat pembiayaan dapat dipatuhi oleh anggota itu sepenuhnya sepanjang tempoh pembiayaan

b) Mengadakan suatu prosedur bagi memastikan produk pembiayaan yang ditawarkan bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan kewangan anggota

- Merekodkan kriteria kelulusan secara teratur dan disokong dengan maklumat yang relevan - Obligasi bayaran balik hutang dan pendapatan direkodkan dengan jelas

Dalam mengawal nisbah keberhutangan isi rumah, pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengambil inisiatif mengeluarkan Garis panduan 7A iaitu Panduan Pengendalian Pemberian Pembiayaan Secara Berhemat. Selain itu terdapat juga GP yang berkait rapat dengan GP 7A iaitu GP6: Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi atau GP 7: Garis Panduan Mengenai Pembiayaan Islam oleh Koperasi.

18

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 19: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

a) Celik KewanganIlmu pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan mampu mengatasi masalah bebanan hutang. Aspek perancangan kewangan sangat penting bagi mengawal tahap keberhutangan dan mengelakkan pinjaman tidak berbayar serta diisytiharkan muflis. Seharusnya masyarakat perlu merancang perbelanjaan sama ada pembelian sesuatu barang itu merupakan keperluan, kemudahan atau bersifat kemewahan.

Dalam koperasi, anggota hendaklah diberi pendidikan tentang kaedah pengurusan kewangan secara sistematik anjuran koperasi bersama Institut Koperasi Malaysia (IKM). Dalam memberi pendidikan, latihan dan maklumat sepertimana dalam prinsip koperasi kelima, koperasi disarankan untuk bekerjasama dengan IKM dalam memberi pendidikan kepada anggota.

Terdapat koperasi yang menjemput Pegawai Latihan IKM bagi mengendalikan kursus tersebut. Contohnya koperasi Majlis Bandaraya Ipoh Berhad dengan kerjasama IKM telah mengadakan kursus kepada anggota seramai 200 orang tentang kaedah pengurusan kewangan bijak. Secara tidak langsung ini merupakan usaha daripada pihak ALK dalam memberi pendidikan kepada anggota khususnya B40 dalam mengawal tahap keberhutangan anggota.

b) Agensi Kaunseling Pengurusan Kewangan (AKPK) dan Perlindungan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)Agensi seperti AKPK dan PIDM juga perlu meningkatkan usaha dalam membantu masyarakat meningkatkan kesedaran akan kepentingan menabung serta memberi bimbingan mengenai pengurusan kewangan isi rumah secara berhemat. Di peringkat IKM, sesi taklimat oleh AKPK pernah dilaksanakan kepada peserta kursus

Pengurusan Kewangan BerhemahOleh itu, dalam mengawal nisbah keberhutangan isi rumah, peranan anggota khususnya dalam koperasi dan masyarakat amnya hendaklah mencari langkah secara berterusan seperti berikut:

yang hadir ke program IKM. Taklimat selama satu jam ini merupakan inisiatif MKM dalam memberi maklumat berkaitan AKPK. Program ini bertujuan supaya ALK dan pihak pengurusan dapat membantu anggota yang bermasalah dalam isu keberhutangan tinggi dan memberi saranan supaya anggota merujuk kepada AKPK bagi penstrukturan semula hutang.

c) Pelaburan & Produk Pelaburan juga memberi manfaat kepada masyarakat dalam menjana pendapatan tambahan namun pelaburan hendaklah dibuat secara bijaksana. Pelaburan perlu mengambil kira kewangan yang kukuh kerana ia mudah terdedah kepada risiko. Pelaburan yang baik hendaklah dibuat daripada lebihan pendapatan bukannya membuat pinjaman untuk membiayai mana-mana skim pelaburan. Pelaburan yang berisiko rendah seperti ASB, ASN dan lain-lain mengikut kemampuan. Masyarakat juga harus bijak memilih produk pelaburan bagi mengelakkan pelaburan bercirikan skim cepat kaya yang akan memberi implikasi negatif seperti kehilangan duit pelaburan atau pulangan yang dijanjikan tidak diterima dengan setimpal.

Di peringkat koperasi, bentuk pelaburan yang boleh dipilih oleh anggota adalah seperti berikut:

i) Modal SyerAnggota berpeluang untuk membuat pelaburan bersama koperasi melalui penambahan modal syer di samping mempunyai modal syer minimum. Penambahan ini juga adalah tertakluk kepada UUK dan perundangan berkaitan. Dividen akan diberikan ke atas modal syer yang dicarum oleh anggota berdasarkan prestasi keuntungan koperasi semasa dan kemampuan aliran tunai juga diambil kira. Terdapat koperasi yang membayar dividen melebihi 10 peratus namun harus memohon kelulusan dari SKM terlebih dahulu. Anggota juga boleh membuat pelaburan melalui menjadi keanggotaan di koperasi lain

19

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 20: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

seperti Bank Rakyat, yang memberikan kadar dividen tinggi melebihi 10 peratus. Selain Bank Rakyat, anggota juga boleh menganggotai di Bank Persatuan dan membuat pelaburan menggunakan produk pelaburan di bawah Bank Persatuan (COOP Bank).

ii) InsuransPelaburan dalam insurans juga dapat membantu anggota pada masa hadapan sekiranya berlaku kemalangan, kematian dan sebagainya. Dalam hal ini anggota dapat membeli perlindungan insurans mengikut pelan yang bersesuaian bagi melindungi ahli keluarga mengikut kemampuan. Secara tidak langsung ia dapat membantu koperasi dalam menjana pendapatan tambahan dalam perniagaan aktiviti insurans. Terdapat koperasi yang telah menjadi agen bersama syarikat pengendali insurans seperti Etiqa Takaful, Takaful Ikhlas dan lain-lain.

iii) Simpanan KhasTerdapat koperasi yang menyediakan aktiviti pelaburan khas yang berisiko rendah dengan kadar pulangan berpatutan. Aktiviti ini adalah tertakluk kepada aturan dan perundangan berkaitan supaya anggota dapat menikmati pulangan sewajarnya daripada pelaburan tersebut. Bagi koperasi yang ingin menjalankan perniagaan tetapi modal tidak mencukupi, koperasi turut menjalankan skim simpanan khas bagi projek tersebut mengikut perjanjian yang telah dipersetujui antara koperasi dan anggota. Pulangan akan diberikan berdasarkan keuntungan mengikut peratusan keuntungan yang telah dipersetujui.

d) TabunganPendidikan kewangan juga hendaklah bermula daripada rumah khususnya tabiat menabung. Ibu bapa hendaklah mendidik dalam usaha memupuk tabiat menabung di dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Selain itu, masyarakat juga perlu mendisiplinkan diri sekurang-kurangnya menabung antara 5% sehingga 10 peratus daripada jumlah pendapatan sebagai tabungan. Koperasi turut menyediakan kaedah tabungan melalui simpanan secara potongan gaji atau manual bagi menggalakkan sikap menabung dalam kalangan anggota. Aktiviti simpanan dan pengeluaran adalah tertakluk kepada aturan yang telah disediakan oleh pihak ALK. Tabungan ini dapat membantu anggota untuk digunakan mengikut keperluan seperti perbelanjaan persekolahan anak, bayaran insurans kenderaan, menunaikan umrah, keperluan Hari Raya dan sebagainya. Simpanan ini akan diberikan pulangan pada kadar yang berpatutan berdasarkan prestasi kewangan semasa dan kedudukan aliran tunai koperasi. Terdapat juga koperasi mengadakan tabungan khas untuk anggota membuat simpanan bagi mengerjakan haji, umrah dan pelancongan.

20

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 21: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Penutup

Hutang isi rumah merujuk kepada jumlah hutang yang dibuat oleh isi rumah daripada institusi kewangan dan bukan kewangan untuk tujuan pembelian harta kediaman (rumah), pembelian harta bukan kediaman, sewa beli kenderaan bermotor, pembiayaan peribadi, kad kredit dan lain-lain. Kadar hutang isi rumah semasa kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih di tahap terkawal dan sentiasa dipantau oleh BNM selaku bank pusat. Pelbagai langkah kestabilan kewangan telah diperkenalkan oleh BNM bagi mengawal dan membendung supaya isi rumah tidak terbeban kadar hutang yang tinggi khususnya kepada kumpulan B40. Gerakan koperasi tidak terkecuali untuk mengambil kira dan mengawal nisbah keberhutangan isi rumah anggota koperasi dan sewajarnya merujuk kepada GP 7A dalam membuat penilaian dan keupayaan bayaran balik oleh anggota. Dalam mengawal paras keberhutangan isi rumah, masyarakat Malaysia amnya dan anggota khususnya hendaklah mempunyai kemahiran dan ilmu pengurusan kewangan yang bijak untuk membezakan antara keperluan (must have) dan kehendak (good to have). Selain itu mereka digalakkan sentiasa berterusan untuk celik kewangan, membuat pelaburan dan tabungan serta mendapatkan khidmat AKPK sekiranya perlu apabila mengalami isu keberhutangan tinggi.

21

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 22: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Budaya Kerja Cemerlang Menurut Perspektif Islam

Norhazilina Abdul HalimInstitut Koperasi Malaysia Zon [email protected]

22

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 23: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Pengenalan

Budaya Kerja Cemerlang (BKC) atau Excellent Work Culture merupakan satu pendekatan komprehensif yang dijadikan dasar dalam perkhidmatan awam sejak tahun 1989 terutamanya dari aspek pengurusan pentadbiran, sistem penyampaian, proses dan tatacara kerja penjawat awam di Malaysia. Penekanannya telah mula diberi tumpuan selepas kemerdekaan khasnya bagi mencapai Dasar Ekonomi Baru (DEB). BKC merupakan satu kemestian dan titik tolak sekiranya ingin memacu kemantapan dan kekuatan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Malah YAB Perdana Menteri Malaysia juga menyatakan bahawa: “Cara kita tadbir dahulu lain dengan sekarang... dari segi sistem, perlu pendekkan prosedur. Kita mesti berusaha ke arah itu agar hasil kerja dapat diperoleh dengan cepat. Bukan sahaja cepat, tetapi juga tepat dan menepati tujuan. Tapi ini bergantung kepada faktor manusia. Sebab itu, perlu perbaiki, perlu ditambah (sikap) tanggungjawab, boleh dipercayai, komited, tidak membuang masa, bersemangat hendak menjayakan sesuatu yang diamanahkan dan bukan bekerja sambil lewa”. (Bernama 23 November 2006).

Sehubungan itu, usaha yang berterusan dari semasa ke semasa menerusi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) terhadap penerapan BKC akan sentiasa dinilai oleh kerajaan. Maka, tanggal 27 November 1989, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan BKC. Pelancaran BKC dapat dibudayakan dan dapat disemai dalam pelaksanaan kerja serta ia mampu dijadikan rutin amalan kebiasaan untuk mencapai matlamat organisasi, entiti perniagaan lain termasuk koperasi dan kerajaan. 2

3

DIM

ENS

I K

OO

P

Bil.

62(

3/20

19)

Page 24: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Konsep BKCPelbagai definisi yang akan tergambar apabila membicarakan soal BKC ini. Terdapat juga hasil tulisan yang menterjemahkannya sebagai keberkesanan sesuatu kerja yang menghasilkan kecemerlangan itu boleh dinilai daripada aspek kos, masa, keselesaan dan kepuasan pelanggan. Penentuan kecemerlangan juga bukan sahaja berdasarkan kuantiti bagi produk dan kualiti perkhidmatan semata-mata tetapi juga kepuasan pelanggan. Menurut Salleh M, kualiti yang dimaksudkan adalah kepuasan pelanggan dan keperluan yang ditetapkan. Budaya kerja murni dan berkualiti menjadi amalan kerja bersama apabila diperkukuhkan dengan sistem, proses, prosedur dan peraturan yang jelas dan mudah dilaksanakan. Budaya kerja bermula dari peringkat pengurusan atasan, disambut baik oleh pengurusan pertengahan dan dihayati serta dilaksanakan oleh setiap kakitangan. Begitu juga, Musatafa Daud menyatakan konsep BKC boleh dikaitkan dengan etika dan tatacara kerja yang melibatkan kerajinan, gigih, daya cipta, kreativiti, inovasi, semangat kerjasama, kerja berpasukan, integriti, berdisiplin dan bersikap untuk berusaha meningkatkan prestasi. Namun, menurut Wan Omar (1996), budaya ini harus seiring dengan konsep dan nilai ajaran Islam yang perlu disemai dan dipraktikkan dalam urusan seharian.

Selain itu, YAB Perdana Menteri dalam ucapannya menyatakan bahawa terdapat lima aspek kualiti kerja yang perlu ditekankan iaitu:

a. Bekerjasamab. Bekerja secara efektifc. Berusaha memenuhi ekspektasi pelanggand. Bekerja berdasarkan keperluan zaman e. Bersedia untuk mengadakan perubahan dan

belajar ke arah melaksanakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-9

Berdasarkan kupasan tafsiran ini, dapat dilihat bahawa BKC dan etika kerja adalah saling berkaitan. BKC menekankan aspek ‘berterusan’ atau ‘konsisten’ dan ‘kebiasaan’ selaras dengan penggunaan perkataan ‘budaya’ dalam melakukan kerja berdasarkan nilai, sikap dan norma yang cemerlang melalui aspek perancangan, pengorganisasian, pelaksanaan atau pembuatan keputusan di setiap tahap perjawatan dan menghasilkan output yang cemerlang.

24

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 25: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap sahaja. Justeru, setelah berjaya mencapai sesuatu kualiti, ia tidak terhenti dan perlu diteruskan untuk mencari kualiti yang lebih baik. Kecemerlangan merupakan satu matlamat yang diimpikan bukan sahaja oleh individu tetapi juga oleh organisasi yang berwawasan. Usaha untuk mencapai kecemerlangan memerlukan pengorbanan, dedikasi, kesungguhan, kesabaran, iltizam, kepimpinan dan pelbagai lagi sikap dan sahsiah yang positif. Begitu juga jelas dalam Al-Quran iaitu ‘ahsanu amala’ dalam Surah al-Mulk (67):2 , ‘aflaha’ Surah al-A’La (87):14, Surah al-Mu’minun (23):1, Surah Asy-Syams (91):9 , Surah Thaha (20):64 dan ‘ihsana’ yang menerangkan apa jua pekerjaan yang dilakukan oleh manusia menitikberatkan keikhlasan, kejujuran serta berilmu untuk mencapai kecemerlangan dengan mendapat keredaan dan keberkatan Allah SWT. Malah dalam laungan azan apabila masuknya

waktu solat, seruan “hayya ala falah” digunakan dalam menyeru umatnya untuk berusaha menuju kejayaan dan mencapai kemenangan bukan sahaja di dunia malah ke alam yang kekal iaitu akhirat. Pekerjaan yang cemerlang adalah dilaksanakan dengan berkualiti secara tekun, khusyuk, ikhlas, konsisten, amanah dan bertanggungjawab. Kecemerlangan membawa implikasi maju ke hadapan, bersifat dinamik, gemilang, menerima sanjungan dan menjadi ‘role model’ kepada masyarakat.

Selain itu, terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat dalam fasa pembentukan kualiti kecemerlangan individu dan organisasi seperti di dalam Rajah 1 di bawah:

Rajah 1: Kecemerlangan Individu dan Organisasi

Nilai & Etikadalam Tugas

Menanganikonflik

Pasukan TORI(Trust, Openess,

Realization & Independence)

MemahamiRakan &

Tingkah Laku

HubunganInterpersonal

yang baik

KeterampilanDiri

Komunikasiyang berkesan

Kecemerlangan

25

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 26: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Berdasarkan Rajah 1 dapat disimpulkan bahawa, untuk mencapai kecemerlangan dalam organisasi komponen utama adalah datangnya daripada individu atau pekerja yang memahami matlamat organisasi.

Oleh yang demikian, untuk memastikan kecemerlangan akan kekal berterusan tahap kesedaran, kefahaman, penghayatan dan keinginan pekerja mestilah seiring dengan visi dan misi organisasi. Sifat yang perlu ditanamkan dalam jiwa dan sanubari pekerja adalah merupakan tuntutan dalam keterampilan (berfikir, komunikasi dan pengurusan masa) yang lebih kompetitif. Perlumbaan kepada peningkatan kualiti melibatkan dua aspek iaitu:

i) perlumbaan untuk ke hadapan dan; ii) perlumbaan sentiasa di hadapan. Firman Allah dalam Surah al-Hadid:21 menerangkan konsep kompetitif yang bukan sahaja dalam urusan kebaikan tetapi melihat juga usaha penambahbaikan dan pembetulan (keimanan dan taubat). Kecemerlangan juga turut mengambil kira aspek sumber dan kaedah sama ada menepati piawaian dan standard dari aspek pemantauan (pentadbiran, polisi, matlamat, tatacara dan prosedur serta kaedah) di peringkat pengurusan organisasi. Hasil kajian oleh Sharifah Hayaati Al-Qudsy menyatakan bahawa terdapat empat komponen utama menentukan BKC dalam Islam selain dari aspek kerja yang dilaksanakan, iaitu:

i) sumber pekerjaan hendaklah halal dan tidak mengandungi unsur ‘syubhah’ seperti rasuah dan penipuan;

ii) kaedah pelaksanaan kerja juga mestilah telus, bersih daripada unsur haram, tiada penyalahgunaan kuasa dan kedudukan;

iii) kesan iaitu hasil keputusan tidak bersifat dendam dan memberi kesan negatif kepada pekerja dan;

iv) nilai kerja yang cemerlang seperti muafakat, kerja kumpulan, ikhlas, tekun, sabar; tanpa mengeksploitasi tenaga kerja dengan mengarahkan sesuatu yang bukan di bawah bidang tugas atau kuasa secara melampau,

bekerja di luar waktu pejabat dengan membuat tuntutan yang tidak sewajarnya. Kupasan ini diterangkan menerusi Rajah 2 di bawah yang menunjukkan inti pati utama BKC dalam Islam.

Bekerja bukan sahaja sebagai tuntutan kehidupan dan hanya mendapat gaji semata-mata tetapi keberkatan untuk melaksanakan pekerjaan sebagai ibadah juga perlu dilihat dengan lebih serius. Imam Al-Ghazzali juga menyatakan bahawa dalam melaksanakan amanah dan memikul tanggungjawab yang diberikan, tiga perkara ini tidak boleh diambil mudah iaitu:

i) Apabila mengerjakan sesuatu, ikhlaskan hati

ii) Semasa mengerjakan sesuatu, khusyukkan hati

iii) Setelah mengerjakan sesuatu, rendahkan hati

Rajah 2: Model Asas BKC Islam (BKCI)

Sumber

KaedahNilai

(konsisten, adil & bijaksana

Kesan(cemerlang dan

tidakmemudaratkan)

BKCIslam

26

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 27: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Sejajar dengan Perkara 3 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan iaitu agama Islam merupakan agama rasmi, maka kenyataan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad amat bertepatan iaitu menegaskan penerapan nilai Islam dalam pentadbiran untuk meningkatkan kualiti kerajaan. Ukuran kualiti kecemerlangan sesebuah kerajaan adalah dengan membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain. Selain itu, pengukuhan kecemerlangan dalam kalangan masyarakat Malaysia mampu untuk menubuhkan sebuah ‘negara bahagia’. Penerapan nilai Islam seperti amanah, tanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisiplin, bekerjasama, berbudi mulia, bersyukur, bijaksana, adil dan sabar juga dapat diaplikasikan dalam urusan sesebuah organisasi dengan menghapuskan sikap negatif untuk menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan bagi menghasilkan perkhidmatan yang bermutu dan berkualiti. Oleh sebab itu, dalam membentuk BKC bagi sesebuah organisasi terdapat empat elemen asas yang perlu diutamakan iaitu:

Elemen Asas Kecemerlangan

• Memelihara agama• Memelihara jiwa dan nyawa• Memelihara akal fikiran• Memelihara harta • Memelihara keturunan

Ajaran Islam bukan sekadar menggalakkan umatnya semata-mata cemerlang melalui nilai dan etika kerja sahaja tetapi juga bersifat memeliharanya sebelum berlakunya kemusnahan, ketidakbertanggungjawaban terhadap tugasan atau kerja. Nilai dipupuk bukan sebab hendak cemerlang dalam kerja dan di mata manusia tetapi lakukan sesuatu kerja dan niat kerana ALLAH sememangnya perlu ada dalam diri sebagai seorang manusia dan hambaNya.

A) Nilai Nilai merupakan tanggapan dan

penerimaan individu dari sudut pemikiran masing-masing terhadap organisasi yang akan menentukan tindak balas dalam menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti. Mampu melaksanakan sesuatu keputusan berdasarkan permuafakatan secara:

• P – Problem (Kenal pasti masalah)• O – Objective (Menetapkan objektif)• A – Alternatives (Menyenaraikan

pilihan)• C – Consequences (Mengenal pasti

kesan dan natijah satu-satu pilihan)• T – Trade Off (Mengenal pasti kos

lepas berdasarkan pilihan) Elemen nilai yang sering dibincangkan boleh

juga diklasifikasikan dalam pelbagai bentuk seperti tekun, fokus, atau dedikasi dalam kerja. Jika sekiranya elemen nilai ini diteliti dan diawasi dalam BKC, maka ia bukan sekadar dinilai cemerlang dalam konteks beretika malah juga boleh cemerlang dalam memupuk keimanan kepada Allah S.W.T. Pengertian ke atas nilai yang baik akan dijadikan etika kerja dan amat dituntut dalam Islam bukan sekadar kerana ia adalah aspek akhlak yang menentukan kualiti sesuatu tugasan tetapi ia adalah formula untuk memastikan matlamat syariat terlaksana dengan baik. Menurut Muhammad Tahir b. Ashur dalam bukunya Ibn Ashur, 2009:15-16 menyatakan lima matlamat syariat yang dinamakan sebagai ‘maqasid Daruriyyat Al- Khams’, iaitu:

27

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 28: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

B) Norma Norma adalah peraturan atau nilai hidup

dan amalan yang sepakat diterima dalam sesebuah masyarakat serta mencerminkan kemahuan bersama. Jika dilihat dalam konteks organisasi ia adalah menjurus kepada cara bekerja yang diterima umum dan diamalkan dalam organisasi yang menjadi nilai budaya organisasi itu. Sebagai contoh, seseorang pekerja menjadi kebiasaannya memulakan pekerjaannya jam 9.30 pagi iaitu selepas sarapan, baca surat khabar atau berbual dengan rakan, (sedangkan waktu bekerja sebenar adalah jam 8.30 pagi) tidak akan menjadi perkara luar biasa kerana ia sering dan sentiasa berlaku dalam organisasi tersebut. Perkara yang sering dan berulang perlakuannya menjadikan ia sebagai satu norma kebiasaan. Usaha untuk mengubah keadaan ini adalah sukar dan mengambil masa.

Oleh yang demikian, Islam sangat memandang serius terhadap masa. Umur manusia merangkumi tahun, bulan, jam, minit dan saat yang kesemuanya menggambarkan masa yang dibahagikan mengikut bahagian tertentu. Masa adalah barangan atau modal yang semestinya dimanfaatkan secara sebaik-baiknya dan tidak sesekali boleh disia-siakan. Justeru, gunakanlah masa seoptimum yang boleh. Maka Allah turunkan ayat al-Quran, Surah al-Asr :1-3 yang menceritakan “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan menetapi kesabaran”.

Melakukan perubahan bukan sesuatu yang mudah. Namun, usaha ke arah perubahan itu perlu disemai dalam jiwa dengan memahami serta menghayati proses peribadatan sifat mahmudah dan mengikis sifat mazmumah dalam urusan kehidupan mahupun suasana pekerjaan. Sifat ini boleh diterapkan dengan cara mujahadah. Menangani cabaran dan ancaman dengan penuh keinsafan dan waspada kerana godaan nafsu itu menjadi musuh utama kepada manusia.

Pembentukan norma yang baik perlu diurus dengan menilai serta memperbaiki prestasi pekerjaan di peringkat pengurusan atasan mahupun pelaksana. Bahagian pengurusan perlu memperuntukkan masa dan kesempatan untuk menilai dan seterusnya memperbaiki tugas dan pekerjaan yang dipertanggungjawabkan kepada pekerja. Di peringkat pekerja atau individu pula harus memeriksa diri mereka untuk mencari kelemahan yang boleh dibaiki dengan menilai penghasilan serta produktiviti yang diusahakan berbanding dengan modal tenaga mahupun pemikiran yang disumbangkan. Penilaian perlu dibuat atas urusan pengendalian tugas dan tanggungjawab ataupun hasil dari sudut setakat mana keberhasilan, keberkesanan dan kecekapan sesuatu tugas atau kerja yang telah dilaksanakan.

C) Sikap Sikap merupakan kesediaan seseorang dari

segi mental dan fizikal untuk bertindak terhadap sesuatu perkara yang mungkin dilakukan secara teragak-agak, tidak sepenuh hati atau secara terpaksa. Oleh sebab itu, persediaan mental juga amat penting bagi memperlihatkan sikap sebenar seseorang.

Sehubungan itu, proses awal untuk melahirkan kecemerlangan organisasi adalah dengan membentuk sikap pekerja terhadap bekerja. Selain sikap pekerja dipengaruhi oleh ambil berat pihak atasan terhadap kebajikan mereka, motivasi dan semangat bekerja juga perlu disuburkan dengan persekitaran kerja yang kondusif. Kepuasan bekerja juga telah diterangkan oleh Abraham Maslow dalam model ‘The Hierarchy of Needs’. Terdapat tiga faktor yang saling berkaitan dalam mempengaruhi sikap pekerja BKC iaitu:(i) Penglibatan dalam kerja,(ii) Kepuasan Kerja dan(iii) Komitmen kerja, begitu juga dalam

sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud “sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu pekerjaan hendaklah dilakukan dengan tekun”.2

8

DIM

ENS

I K

OO

P

Bil.

62(

3/20

19)

Page 29: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

(Kanzul “Ummal Kitab al-Ijrah min Qism al-Aqwal, Dar al- Fikr, no. 9128, juzuk 1, h.639). Gabungan ketiga-tiga faktor ini mampu membentuk sikap untuk mempertingkatkan kualiti, produktiviti dan kesetiaan pekerja terhadap organisasinya. Sekiranya perkara ini dapat dibudayakan, ia akan melahirkan suatu BKC dalam organisasi. Namun demikian, terdapat juga faktor lain yang menjadi alat utama untuk memperkukuhkan ketiga-tiga faktor tersebut seperti sistem ganjaran dan imbuhan, latihan, kenaikan pangkat, suasana persekitaran tempat kerja yang kondusif, keseronokan bekerja, kemudahan pekerja, sokongan dan rakan sejawat.

Sikap juga biasanya berkaitan dengan nilai akidah individu itu sendiri. Allah SWT telah berfirman dalam Surah al-Taubah 9:105 berhubung dengan aspek kerja sebagai ibadah dan bukan hanya solat, puasa dan haji sahaja dan ianya meluas dalam kehidupan. Firman Allah “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasulnya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. Jelas di sini, untuk membudayakan kecemerlangan kerja ia memerlukan penghayatan dan akhlak yang mulia dalam membangunkan jati diri, sahsiah dan peribadi pekerja serta menjadikan pekerjaan ini sebagai ibadah dengan mengambil kira:

• Al-Hikmah - kebijaksanaan atau kesucian ilmu dengan amal atau tindakannya

• Al-Adl - keadilan iaitu jiwa yang dapat dikawal dari sifat marah, rakus, ego dan sebagainya untuk mencapai al-Hikmah. Nilai ini mampu menyelamat dan membimbing manusia ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan

• Al-Shaja’ah - keberanian, iaitu kekuatan dan keteguhan hati dalam mempertahankan kebenaran (Al-Haq), tidak berundur kerana dicela dan tidak

maju kerana dipuji• Al-Iffah - kemuliaan iaitu mempunyai

kemuliaan dengan menjaga maruah diri dari melakukan perbuatan yang dilarang Allah.

Sehubungan itu, di sinilah pentingnya perancangan dan pengurusan sumber manusia secara komprehensif dan bersepadu kepada tenaga kerja yang lebih efektif dalam sesebuah organisasi, sekiranya ingin mencapai kecemerlangan. Walau bagaimana pun, tanggungjawab pengurusan sumber bukan sekadar dalam pengambilan, pengagihan tugas, perancangan latihan dan kenaikan pangkat semata-mata tetapi impaknya mestilah mampu mencorakkan sikap atau tingkah laku dalam bekerja (work behavior/attitude) kepada pekerja.

D) Etika Etika merupakan gabungan unsur nilai,

norma dan sikap yang dikongsi bersama secara positif dan akan menerbitkan prinsip kerja yang baik dan akan mewujudkan satu budaya organisasi yang cemerlang secara keseluruhannya. Nilai agama dan moral perlu diambil kira semasa bekerja dan mestilah digunakan sebaiknya semasa bekerja. Pengamalan nilai murni dalam etika Islam seperti amanah, dedikasi, disiplin, jujur, menahan diri dan takwa diperlukan oleh semua penganut Islam dalam melaksanakan tanggungjawab.

Islam sebagai agama yang lengkap memberikan garis panduan menyeluruh tentang etika kerja yang sepatutnya diamalkan oleh sesebuah organisasi. Perkataan etika juga menggambarkan akhlak. Akhlak yang berada dalam diri manusia yang mendorong seseorang itu untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa perlu berfikir dan biasanya berlaku secara spontan. Penyucian hati akan membentuk sikap ikhlas yang sebenar dan tidak dipengaruhi dengan perkara duniawi sahaja. Penerapan akhlak yang mulia dapat dihayati sepenuhnya oleh seseorang insan. Etika kerja Islam merupakan tanggungjawab terhadap sesuatu pekerjaan dan menjadikannya sebagai satu ibadah. 2

9

DIM

ENS

I K

OO

P

Bil.

62(

3/20

19)

Page 30: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Cadangan

BKC tidak terhasil dengan sekelip mata atau dalam kadar segera. Sebaliknya ia menjadi suatu budaya apabila dilakukan secara berulang kali dan diamalkan secara berterusan oleh sejumlah masyarakat dalam sesebuah komuniti atau boleh juga dalam gerakan koperasi dan organisasi. Amalan yang akan melahirkan ‘trend’ bekerja dan kemudiannya menjadikan serta membentuk imej masyarakat, komuniti yang boleh juga diterjemahkan dalam koperasi dan organisasi.

Namun, ia bukan sekadar untuk menyatakan BKC semata-mata tetapi pengurusan perubahan ke arah pencapaian BKC itu yang amat sukar dilakukan. Pandangan Islam dalam mengurus perubahan yang ingin dilakukan adalah merupakan satu transformasi sosial berlandaskan konsep iman dan tauhid demi mencapai matlamat keredaan Allah SWT. Firman Allah dalam Surah al-Taubah:62 yang bermaksud, “Yang sepatutnya mereka cari ialah keredaan Allah dan Rasul sekiranya mereka benar orang yang beriman”. Perubahan budaya kerja dapat dilakukan sekiranya pekerja dalam organisasi itu memiliki ilmu dari aspek i) informasi mengenai bentuk perubahan, ii) misi organisasi dan iii) strategi perubahan. Kejayaan pengislahan organisasi perlu memenuhi tiga pra syarat iaitu:

Mewujudkan “mind-set” yang berorientasikan kecemerlangan supaya pekerja lebih komited kepada pencapaian matlamat dan mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap dasar kualiti

organisasi. Melatih pekerja bersedia untuk berubah dan menyesuaikan keadaan dalam menghadapi

perubahan persekitarannya melalui anjakan paradigma demi mencapai kecemerlangan.

Memerlukan sistem motivasi yang mantap untuk menggalakkan pekerja meninggalkan sikap dan tabiat yang lama kepada budaya kerja baharu.

Merangka wawasan yang jelas ke arah mana organisasi hendak dibawa agar

pekerja boleh menerima hakikat bahawa usaha mewujudkan kecemerlangan dalam

organisasi bukan pelaksanaan yang mudah dan boleh diperoleh dengan sekelip mata. Usaha

untuk mencapai kecemerlangan perlu dilakukan secara berterusan tanpa ada had masa yang

ditetapkan. Pihak pengurusan perlu peka tentang ruang yang boleh diperbaiki dari

masa ke semasa bagi menampun kelemahan yang masih ada.

Strategi dan langkah yang perlu diambil untuk melakukan perubahan. Penetapan

kaedah yang bersesuaian dalam merancang, melaksanakan dan mengawal untuk penambahbaikan agar pencapaian

ke arah BKC ini boleh diterjemahkan dengan berkesan.

Prasyarat Pertama

Prasyarat Kedua

Prasyarat Ketiga

I.

II.

III.

30

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 31: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Oleh sebab itu, pentingnya setiap organisasi mahupun apa jua entiti termasuk koperasi, sekiranya berhasrat untuk membudayakan amalan kecemerlangan dalam persekitaran kerja perlu mengambil kira aspek berikut seperti Rajah 3 di bawah:

Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan produktiviti dan kualiti sesebuah organisasi mahupun koperasi. Pembentukan BKC dan berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga organisasi atau pekerja koperasi mempraktikkan etika kerja yang positif. Bak kata pepatah “Jangan masukkan sampah sarap dalam otak kita. Kalau kita sangka kita malas, malaslah kita. Kalau kita sangka kita lembap, maka lembaplah kita, tetapi kalau kita fikir kecemerlangan itu mudah, maka mudahlah untuk kita jadi cemerlang”. Orang yang cemerlang menunjukkan hasil, Orang yang gagal memberikan alasan.

Penutup

Rajah 3: Pengurusan Perubahan dalam Organisasi

PeningkatanProduktiviti

Kuantiti, Kualiti,Masa & Kos

Pengetahuan, Sikap, Kemahiran,Kesihatan & Rohani

Kerajinan, Disiplin, Kegigihan, Daya Cipta, SemangatBekerjasama/Berpasukan, Mementingkan Kualiti

GERAKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG

31

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 32: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Nazirah BaharuddinZon Tengah & Pembangunan [email protected]

Kuasa Penjenamaan

dalam Perniagaan

Koperasi

Pengenalan

Penjenamaan dari perspektif pemasaran dan pengurusan strategik sering dikaitkan dengan aktiviti nilai tambah dan strategi penciptaan identiti unik oleh sesebuah organisasi berdasarkan visi dan misi yang telah ditetapkan. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesetiaan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Secara tidak langsung, strategi ini berupaya membantu organisasi mencapai kelebihan daya saing dan kekal relevan dalam pasaran perniagaan.

Secara umumnya, jenama bermaksud nama, istilah, reka bentuk, simbol atau ciri lain yang membezakan sesuatu organisasi atau produk di mata pelanggan. Sejarah penjenamaan telah bermula pada zaman revolusi industri Eropah pada tahun 1760an. Ia bermula dengan wujudnya persaingan di antara pengeluar kertas pada ketika itu. Salah sebuah firma pengeluar kertas tersebut telah memperkenalkan jenama “watermark” bagi membezakan produk firmanya dengan pesaing yang lain. Rentetan daripada situasi tersebut, terdapat banyak perusahaan atau perniagaan yang memberi penekanan terhadap kepentingan jenama khususnya dalam membantu sesebuah organisasi mencapai kelebihan daya saing dan daya tahan. Malah, dalam dunia perniagaan masa kini yang tiada sempadan, jenama dianggap sebagai salah satu aset strategik yang penting kerana jenama yang kukuh akan mengekalkan pelanggan sedia ada dan menarik pelanggan baharu. 3

2

DIM

ENS

I K

OO

P

Bil.

62(

3/20

19)

Page 33: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

33

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 34: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Mengapa Jenama Penting?Penjenamaan merupakan satu proses pemberian nama dan imej kepada produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi atau firma. Fungsi utama jenama adalah untuk membezakan identiti sesebuah entiti dengan entiti yang lain atau strategi yang diaplikasikan untuk membezakan produk atau perkhidmatan sesebuah perniagaan dengan pesaingnya. Spesifiknya, jenama tidak hanya terhad dan sesuai kepada perniagaan yang berskala besar sahaja tetapi ia juga merupakan satu strategi yang kritikal dan penting kepada perniagaan berskala sederhana atau kecil seperti koperasi. Jenama koperasi yang kukuh dan disokong oleh visi koperasi yang jelas serta misi yang mantap berupaya membantu koperasi meningkatkan kesetiaan anggota untuk melanggan produk atau perkhidmatan koperasi. Sebagai contoh, dalam proses pembuatan keputusan bagi pembelian produk air mineral Spritzer dengan jenama mineral AA, kebanyakan pelanggan akan memilih produk yang berjenama Spritzer. Ini kerana pelanggan telah meletakkan kepercayaan terhadap kualiti bagi jenama tersebut berbanding jenama lain. Jenama yang baik akan meningkatkan nilai produk dan seterusnya dapat meningkatkan keuntungan koperasi.

Jenama bukan hanya sekadar logo dan warna tetapi ia berkait rapat dengan sesuatu yang tidak boleh dirasai atau dilihat. Secara amnya, jenama mempunyai hubungan yang signifikan dengan tanggapan atau kepercayaan seseorang terhadap kualiti sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan sehingga berupaya mempengaruhi mereka untuk membuat keputusan pembelian. Sebagai contoh, bagi kasut sukan, apakah perkara yang membezakan di antara Adidas dan Nike? Kedua-duanya berjenama, tetapi kenapa wujud segelintir individu yang memilih untuk memiliki kasut sukan Adidas dan sebaliknya. Hal ini menunjukkan jenama sangat berkait rapat dengan perasaan terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan. Jenama berkait dengan perasaan dan jiwa manusia. Apabila jenama telah berjaya mempengaruhi emosi pelanggan, ia akan dapat menarik mereka untuk merasa ‘dekat’ dan mengenali produk tersebut.

34

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 35: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Terdapat beberapa jenama antarabangsa yang berjaya membina jenama dalam perniagaan dan antara contoh yang signifikan adalah seperti berikut:

Louis Vuitton (LV) merupakan usahawan dari Perancis yang terkenal dengan rekaan beg fesyen yang mewah dan eksklusif di seluruh dunia. Kewujudan LV bermula apabila isteri kepada pemerintah Perancis iaitu Eugenie telah mengupah Vuitton untuk menjadi pembuat kotak peribadi beliau. Hasil kerja Vuitton disifatkan sebagai hasil karya yang berkualiti tinggi. Dari sini bermulanya jenama fesyen yang menggunakan namanya sendiri dan dikenali sebagai jenama fesyen kulit yang mewah yang menjanjikan gaya hidup tampak mahal oleh pemakainya. Rahsia kejayaan LV bermula daripada penghasilan rekaan yang unik di mana rekaan kotaknya menggunakan kanvas yang membuatkan kotaknya lebih ringan dan lebih tahan lasak untuk pelbagai jenis cuaca. Rekaannya yang berbentuk empat segi adalah berbeza dengan pereka lain yang mengguna pakai bentuk bulat atau bentuk kubah.

Rahsia kejayaan LV ini berdasarkan pegangan visi dan misi syarikatnya iaitu “menjadi syarikat fesyen yang paling dikagumi” dan “memberikan fesyen terbaharu bagi gaya hidup moden dan bergaya”. Aspek ini telah mendorong LV untuk menghasilkan rekaan yang unik sehingga rekaan kotak barangan Vuitton ini disifatkan oleh orang ramai sebagai penanda era kelahiran beg moden dunia. Di sinilah bermulanya cara baharu untuk menyimpan barang dan beg yang telah dikomersialkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai sehingga jenamanya menerima tempahan bukan sahaja daripada kerabat diraja Perancis tetapi juga dari Mesir. (dipetik daripada majalahniaga.com)

Penjenamaan dalam Perniagaan Global

35

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 36: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Adidas merupakan jenama sukan yang berkualiti dan terkenal di dunia. Adolf Dassler merupakan pengasas kepada jenama Adidas. Beliau pada mulanya membuka kilang kasut “Dassler Brothers Shoe Factory” bersama adiknya. Namun, setelah dua puluh tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan ini, wujud pertelingkahan yang menyebabkan Adolf Dassler membuka perniagaan kasutnya sendiri iaitu Adidas manakala adiknya pengasas jenama Puma.

Persaingan yang sengit antara adik-beradik ini menyebabkan Adidas sentiasa berkembang dan berjaya kerana wujud inovasi dalam rekaan kasutnya secara berterusan. Hal ini juga berikutan dengan ciri visi organisasi yang jelas iaitu “peneraju dalam industri barangan sukan dengan pembangunan jenama yang berasaskan sukan dan gaya hidup sukan”. Manakala, visi tersebut telah didukung oleh misi yang mantap iaitu “peneraju inovasi dan reka bentuk, fokus kepada kehendak pelanggan, organisasi global dan berdedikasi” sehingga berupaya menarik minat pelanggan untuk membeli barangan jenama Adidas. Aspek kualiti juga amat dititikberatkan oleh syarikat ini menyebabkan kasut sukan keluaran Adidas bukan sahaja terkenal dalam kalangan atlet tetapi juga golongan suri rumah, warga emas, remaja dan kanak-kanak. Kini, syarikat Adidas mempunyai lebih 1,000 outlet seluruh dunia yang mempunyai pengaruh pasaran yang kuat serta memiliki slogan baharu “Adidas is all in” yang dianggap berimpak.

36

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 37: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Syarikat Nestle merupakan pengeluar minuman coklat berjenama Milo sejak tahun 1930an dan kewujudan syarikat ini yang telah menjangkau hampir 89 tahun masih lagi kukuh sehingga kini. Di awal penubuhannya, pengasas Milo iaitu Thomas Mayne telah memperkenalkan Milo di Australia di mana tujuan utama beliau adalah untuk membantu kanak-kanak mendapatkan nutrisi yang sihat. Selain itu, antara rahsia kekuatan jenama Milo di Malaysia adalah kaedah promosi yang diaplikasikan bagi mempromosikan produk Milo khusus melalui program penajaan bagi acara sukan yang bermula dari peringkat sekolah hingga ke peringkat kontinjen sukan Malaysia.

Pada masa yang sama, mereka turut berkempen secara offline dan online dengan menggunakan tagline “Minum Milo Anda Sihat dan Kuat”. Tagline tersebut memberi penekanan terhadap elemen kesihatan sehingga produk tersebut peroleh kepercayaan daripada ibu bapa sebagai minuman yang berkhasiat untuk seisi keluarga. Mereka juga bekerjasama dengan syarikat swasta dan kerajaan dalam usaha memperkenalkan Milo secara terus kepada pelanggan dengan kehadiran lori Milo percuma dalam pelbagai majlis korporat. Selain itu, kekuatan produk Milo adalah dari aspek pembungkusan yang pelbagai bentuk serta harga yang berpatutan selain kualiti produk yang tinggi. Kesimpulannya, kejayaan Milo bagi memperkukuhkan jenamanya dalam pasaran domestik atau antarabangsa bukan sesuatu perkara yang mudah. Kejayaan tersebut tercapai melalui pembentukan kerja berpasukan yang dinamik bagi merealisasikan visi yang telah ditetapkan iaitu “mendapatkan pengiktirafan dalam industri agar dapat memenuhi keperluan komuniti dalam dan luar negara”. Juga, misi yang dibangunkan iaitu “menawarkan pelanggan dengan pengalaman dan pengetahuan secara berintegriti, gigih dan bertanggungjawab kepada anda, pasukan anda dan masyarakat secara umumnya” telah menjadi faktor pendorong kejayaan organisasi tersebut.

37

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 38: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

a. Koperasi Tenusu (Amul) India

Amul adalah koperasi tenusu yang popular dengan temanya “Amul, the Taste of India”. Kejayaan koperasi bermula apabila koperasi berjaya menguasai pasaran produk hasil tenusu dan dapat membantu ramai penternak di negara tersebut. Amul ditadbir oleh Gujarat Co-operative Milk Marketing Federation Limited (GCMMF) di mana anggotanya terdiri daripada 3.6 juta pengusaha susu dari daerah Gujarat. Melalui “white revolution” (galakan untuk meningkatkan penghasilan susu agar dapat menguasai keseluruhan rantaian bekalan) ia telah menjadikan negara India sebagai pemacu dalam industri penghasilan susu dan merupakan pengeluar produk tenusu terbesar yang mampu mengeksport ke 43 buah negara. Antara rahsia kejayaan jenama produk tenusu Amul ialah berpegang kepada visi dan misinya iaitu (i) “memberi kepuasan yang lebih kepada pengusaha susu, pekerja dan pengedar” dan (ii) “berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan seluruh dunia, melalui rangkaian kumpulan pekerja yang cemerlang dalam aspek pemasaran dan melalui jaringan kerjasama koperasi mereka berdedikasi untuk menyediakan produk yang berkualiti dan berbaloi”.

Tambahan pula, latihan berkaitan produk tenusu turut diberikan kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK), pekerja dan anggota agar semua pihak berpengetahuan dan mampu memberikan idea dan cadangan yang baik bagi meningkatkan penghasilan dan kualiti produk tenusu mereka. Selain itu, kemahiran kepimpinan turut diterapkan dalam kalangan kakitangan yang bertanggungjawab mengurus koperasi. Pihak koperasi sentiasa menggalakkan penglibatan wanita dalam mengusahakan produk tenusu dan pelbagai program diwujudkan untuk meningkatkan kualiti dan penglibatan mereka dalam perniagaan ini. Selain itu, koperasi juga mewujudkan “Amul e-Groupware System”. Sistem ini berfungsi sebagai alat komunikasi dua hala antara rakan strategik dan bertujuan untuk meningkatkan prestasi perniagaan tenusu ini. Pihak koperasi turut menggunakan sistem “Customer Relationship Management” (CRM) untuk membantu pelanggan mendapatkan maklumat berkaitan produk baru yang dilancarkan, skim pengguna, resipi dan lain-lain.

Kejayaan Produk JenamaKoperasi

38

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 39: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

b. Koperasi Sayur-sayuran di China (Vegetable Specialized Cooperative)

Koperasi Sayur-sayuran di China ini merupakan hasil gabungan tujuh koperasi di bawah Syarikat Tianjin Yue Manor Green Vegetable Development yang ditubuhkan pada tahun 2008 oleh pihak Berkuasa Tempatan Xi Country. Antara rahsia kejayaannya adalah pegangan yang kukuh terhadap visi dan misi yang telah dibangunkan. Visi koperasi ini iaitu “membantu koperasi bertukar daripada menanam gandum secara tradisi kepada tanaman sayuran organik dengan menggunakan teknologi rumah hijau yang tidak menggunakan bahan-bahan kimia dan misi “membantu jenama produk keluaran koperasi mengeluarkan sayur-sayuran dalam skala yang besar sehingga berupaya mengeksport produk ke luar negara” telah menjadi faktor pendorong kepada kejayaan koperasi ini. Koperasi bertindak dengan membantu anggotanya dalam proses untuk mendapatkan dana, teknologi rumah hijau, mesin pertanian, menyediakan pelbagai latihan dan khidmat nasihat untuk membantu dalam pengumpulan hasil dan pembungkusan produk. Dalam proses pemasaran produk pula, mereka menggunakan satu jenama sahaja iaitu Famous China Brand untuk meyakinkan pengguna berkaitan kualiti sayur-sayuran organik yang dikeluarkan. Jenama ini telah sampai ke seluruh Beijing dan telah berjaya dieksport ke luar negara berikutan aspek kualiti yang diberi keutamaan melalui konsep teknologi rumah hijau.

39

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 40: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

c. Koperasi Pertanian Jepun

Koperasi Pertanian Jepun yang dikenali sebagai JA merupakan ringkasan kepada perkataan Japanese Agriculture. Jenama JA sangat dikenali sebagai penyumbang terbesar dalam menghasilkan produk pertanian dan sekali gus membantu dalam meningkatkan ekonomi kawasan luar bandar. Kekuatan jenama JA sangat kukuh di Jepun di mana JA diwujudkan di setiap wilayah dan bandar di negara tersebut. Rahsia kekuatan JA adalah berbekalkan kepada visi dan misinya iaitu “melindungi semua hasil pertanian yang diusahakan dan kehidupan petani terjamin” dan “membimbing petani dalam aspek pemasaran produk, peningkatan infrastruktur pengeluaran dan membantu dalam aktiviti penyelidikan”. Strategiknya, JA berupaya meningkatkan produktiviti hasil pertanian yang diusahakan oleh petani dan kesan daripada itu, taraf sosioekonomi penduduk di kawasan luar bandar berjaya ditingkatkan melalui peranan yang dimainkan oleh JA.

JA turut mengaplikasikan strategi pemasaran yang holistik di mana JA mewujudkan rantaian pemasaran yang sistematik dengan melibatkan

peranan pasar borong, peruncit, orang tengah dan syarikat pemprosesan makanan secara bersepadu. Strategi tersebut dapat membantu koperasi untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan dan aspek kualiti terjamin serta hasil pertanian boleh segera dipasarkan. Kekuatan jenama JA ini adalah hasil daripada penglibatan aktif anggota yang terdiri daripada golongan belia, wanita dan kumpulan komoditi. Setiap kumpulan anggota mempunyai fungsi mereka tersendiri. Golongan belia berperanan untuk merangka segala program kesedaran kepada generasi muda berkaitan dengan aktiviti pertanian. Manakala, golongan wanita pula berperanan untuk memberikan sumbangan dalam aspek penjagaan diri, kebudayaan, kesihatan dan idea baharu untuk mempelbagaikan produk berasaskan hasil pertanian. Di samping itu, rahsia kekuatan jenama JA ini adalah berpaksikan kepada barisan kepimpinan yang berkaliber yang berperanan dalam merancang, membuat keputusan, memantau idea serta berusaha untuk menjaga kebajikan dan memberi manfaat terbaik kepada anggota.

40

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 41: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Operasi perniagaan yang dijalankan berdasarkan kepada visi dan misi dan objektif yang jelas merupakan rahsia kejayaan bagi sesebuah jenama. Oleh itu, koperasi perlu merancang dan menentukan matlamat yang jelas untuk menambah nilai sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan secara berterusan. Jenama yang bagus adalah jenama yang ‘stand for something’. Tidak banyak perkara yang ditekankan oleh jenama selain memfokuskan aspek kekuatan bagi sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Contohnya, jika koperasi ingin menjual nenas (MD2), sudah semestinya wujud banyak pesaing yang menjual produk yang sama atau produk gantiannya. Pastinya produk tersebut mempunyai kekuatan tersendiri sama ada dari aspek kualiti, rasa, tekstur dan mereka yang memakannya tidak akan berasa lidas. Signifikannya, inilah yang membantu memperkukuhkan kekuatan jenama sesuatu produk sehingga produk tersebut mampu bertahan atas keunikan tersendiri tanpa melibatkan banyak perkara.

Hal ini juga dapat dilihat melalui kejayaan Koperasi AMUL yang memfokuskan aspek pembangunan anggota melalui penerapan prinsip-prinsip koperasi agar nilai yang dicipta semasa proses penubuhan koperasi difahami dan dihayati serta menjadi pegangan setiap anggota. Penghayatan terhadap nilai-nilai tersebut dapat membantu mereka untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Konsep sama rata dalam koperasi juga mendidik setiap anggota untuk berusaha dalam memajukan produk tenusu koperasi agar keuntungan yang diperoleh dapat dinikmati bersama dan konsep ini amat berbeza daripada pengamalan masyarakat mereka yang berdasarkan konsep kasta.

Selain itu, antara rahsia kejayaan Milo yang berjaya mencapai penjualan lebih 40 buah negara di seluruh dunia adalah hasil daripada pelaksanaan kajian terperinci yang dijalankan terlebih dahulu bagi memahami cita rasa penduduk di sesuatu negara. Milo sebagai sebuah jenama yang besar sentiasa melaksanakan

Rahsia Kejayaan Jenamakajian penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam memastikan produk pengeluarannya berkualiti dan mengikut kehendak pelanggan di seluruh dunia. Walaupun ia memakan masa yang lama untuk memperkukuhkan jenamanya, kini Milo merupakan minuman coklat nombor satu rakyat Malaysia. Kebanyakan koperasi baharu kini dilihat kurang memberi fokus dalam sesuatu bidang perniagaan sebaliknya menjalankan pelbagai jenis perniagaan tanpa mengambil kira aspek kemahiran dan kepakaran yang ada dalam sesebuah koperasi. Masih lagi terdapat koperasi yang tidak mempunyai visi dan misi yang jelas untuk dijadikan panduan dalam mencapai matlamat yang diimpikan. Oleh itu, koperasi perlu berpegang teguh kepada visi dan misi serta fokus dalam pelaksanaan sesuatu perniagaan agar jenama koperasi dapat diperkukuh dan diperkasakan.

Penutup

Koperasi haruslah memainkan peranan dalam memastikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan mempunyai jenama dan imej koperasi tersendiri kerana majoriti masyarakat pada hari ini beranggapan bahawa barangan dan perkhidmatan jenama koperasi adalah tidak setanding atau kurang berkualiti jika dibandingkan dengan jenama lain di pasaran. Kejayaan jenama koperasi juga boleh dicapai jika koperasi berpegang teguh kepada visi dan misi yang dibangunkan serta fokus dalam melaksanakan perancangan yang direncanakan. Melalui jenama yang baik, koperasi dapat meningkatkan nilai produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan, mendapat kepercayaan dan pengiktirafan pihak luar, menjalankan pengiklanan berkesan serta memberi inspirasi kepada pekerja sekali gus membina nilai kewangan melalui penjanaan pelanggan yang setia.

41

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 42: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Inovasi Sosioekonomi melalui Pendekatan Usahawan Koperasi

Pengenalan

Sosioekonomi adalah kajian yang mempunyai perkaitan antara kehidupan sosial sesebuah masyarakat setempat atau di tempat tinggal dengan kegiatan ekonomi yang dijalankan. Pembangunan sosioekonomi dalam masa yang sama merupakan satu proses untuk meningkatkan sosial dan ekonomi yang merangkumi aspek seperti komuniti, perumahan dan penglibatan ekonomi (Kementerian Wilayah Persekutuan, 2019). Ia diukur berdasarkan beberapa petunjuk seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jangka hayat, celik huruf dan tahap pendidikan sesebuah masyarakat. Perubahan faktor yang kurang ketara seperti maruah peribadi, kebebasan berpersatuan, keselamatan peribadi dan kebebasan daripada ketakutan kecederaan, serta tahap penglibatan dalam masyarakat awam juga diambil kira.

Frank Me-olInstitut Koperasi Malaysia Zon [email protected]

Ummi et al (2018), mendefinisikan pembangunan sosioekonomi sebagai transformasi yang melibatkan gabungan dua elemen iaitu kemasyarakatan dan ekonomi untuk mencapai kemajuan. Pembangunan sosioekonomi ini juga merangkumi pelbagai aktiviti yang mampu membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan serta menambahkan sumber pendapatan sedia ada. Ia merupakan satu proses yang panjang dan melibatkan masa, komitmen berterusan dan tenaga yang banyak.

Anwar (1995), menyatakan pembangunan sosioekonomi untuk golongan fakir dan miskin adalah suatu isu yang serius dan tidak boleh ditangani secara bermusim atau dalam suatu tempoh lat sahaja. Rosna Awang Hashim, et al., (2003) menyatakan bahawa status sosioekonomi 4

2

DIM

ENS

I K

OO

P

Bil.

62(

3/20

19)

Page 43: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

turut ditentukan oleh beberapa faktor seperti taraf pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibu bapa pelajar. Perkara ini turut disokong oleh satu kajian oleh Anuar Abdullah (1990), ke atas 70 orang pelajar mendapati terdapat perkaitan yang positif di antara pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibu bapa dengan pencapaian akademik anak. Proses perubahan itu bermula daripada pendidikan awal yang mana tahap pendidikan yang baik akan memastikan peluang pekerjaan dan pendapatan yang baik dan akhirnya akan meneruskan generasi yang mampu memiliki kualiti pendidikan dan kehidupan yang memuaskan.

43

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 44: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Terdapat pelbagai contoh kesan peningkatan sosioekonomi antaranya teknologi baharu seperti kereta atau telefon bimbit, perubahan pada undang-undang, perubahan pada alam fizikal (seperti bertambah kesesakan dalam bandar) dan perubahan ekologi (seperti kemarau panjang). Keadaan ini boleh mempengaruhi corak penggunaan, pembahagian pendapatan dan kekayaan, cara orang berkelakuan (kedua-dua dari segi keputusan pembelian dan cara bagaimana mereka menggunakan masa yang dimiliki) dan kualiti hidup secara keseluruhannya.

Satu kajian impak pembangunan oleh Ng Kah Choon et al (2016), terhadap alam sekitar dan sosioekonomi penduduk setempat di Brickfields, Kuala Lumpur telah mendapati bahawa pembangunan secara tidak langsung memberi impak sosioekonomi kepada penduduk dari segi pertambahan peluang pekerjaan, peningkatan kualiti kemudahan dan peningkatan pendapatan. Saidin (2012), turut menyatakan bahawa pembangunan pelancongan ke atas sosioekonomi menunjukkan kesan positif termasuk penyediaan peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan, menggalakkan kegiatan keusahawanan tempatan, meningkatkan nilai tanah, membangun kemudahan infrastruktur dan meningkatkan taraf penduduk tempatan.

Peningkatan sosioekonomi merupakan isu yang perlu diselesaikan oleh semua pihak sama ada kerajaan mahupun swasta. Proses yang sesuai dan benar-benar memberi impak kepada penduduk sekitar amat diperlukan. Ini kerana sosioekonomi yang lebih baik pastinya akan memberi impak yang positif secara keseluruhan kepada iklim ekonomi negara.

Di Malaysia terdapat banyak program yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat umum. Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1970-1990, Dasar Pembangunan Nasional (DPN)1991-2000 serta Dasar Wawasan Negara (DWN) 2001-2010 merupakan antara program yang bertujuan meningkatkan sosioekonomi penduduk Malaysia. Selain itu pendekatan kerajaan yang melakukan proses peralihan negara daripada pertanian kepada perindustrian dan pembangunan sains dan teknologi juga bertujuan untuk meningkatkan sosioekonomi.

Selain dasar jangka panjang, kerajaan turut memperkenalkan beberapa pendekatan berbentuk pelan tindakan lain antaranya pemberian bantuan pinjaman sebanyak RM500 juta kepada usahawan kaum India pada tahun 2017 (Harian Metro, 2017), Program 1 Azam Tani yang membantu para petani mempelbagaikan hasil tanian serta penubuhan Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB). Segala skim dan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk meningkatkan sosioekonomi masyarakat secara keseluruhannya.

Pendekatan Peningkatan Sosioekonomi di Malaysia

Impak Terhadap Peningkatan Sosioekonomi

44

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 45: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Di Jabatan Perikanan Malaysia misalnya, beberapa program peningkatan sosioekonomi telah dijalankan termasuklah program pembangunan pentadbiran dan kewangan, program perancangan korporat, program pengembangan laut, program pembangunan ternak air dan program taman laut. Manakala Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pula melaksanakan program seperti program pembangunan sosial nelayan, program institusi nelayan, program persatuan nelayan, projek pembangunan rakyat termiskin dan khidmat sokongan pemasaran (Mohamad Raduan et al, 2002).

Kesan pelaksanaan dasar tersebut berjaya meningkatkan sosioekonomi kumpulan sasar misalnya seperti kisah kejayaan Encik Chik Azmily Che Abdul Aziz dari Kampung Beoh Gunong, Kelantan yang dahulunya adalah seorang petani kecil-kecilan dan buruh harian memetik kelapa sawit. Namun melalui program 1 AZAM Tani, kehidupannya berubah menjadi seorang petani berjaya dan beliau berjaya menggandakan pendapatan daripada hanya RM500 sebulan kepada RM5,000 sebulan. Di bawah program Skim Permulaan Usahawan Bumiputera atau SUPERB pula, Encik Patang Saharing dari Tawau, Sabah telah berjaya menubuhkan sebuah Spa Pergigian yang kreatif dan luar daripada kelaziman dengan pendapatan yang memberangsangkan (Bernama, 2016).

Pihak kerajaan mahupun swasta sentiasa giat menggalakkan pembudayaan ekonomi dalam kalangan penduduk kampung. Pembudayaan ekonomi dapat dilihat dari segi penggunaan hasil atau sumber kampung. Ia juga merujuk kepada mengoptimumkan penggunaan segala sumber aset semula jadi yang sedia ada (Balwi, 2005). Misalnya, penduduk kampung digalakkan mengusahakan tanah terbiar bagi menjana hasil pertanian dan perikanan, memasarkan produk keluaran kampung ke pasaran luar serta menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan masyarakat kampung khususnya generasi muda. Proses tersebut secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan sosioekonomi penduduk kampung.

Antara contoh terbaik kerjasama antara pemilik tanah dengan agensi pusat dan negeri dalam meningkatkan sosioekonomi di peringkat kampung adalah kerjasama dengan FELDA, FELCRA dan SALCRA. Tanah penduduk kampung dibangunkan dengan perladangan kelapa sawit di mana penduduk kampung menerima pulangan dalam bentuk pembayaran dividen secara tahunan.

45

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 46: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Dalam koperasi, proses peningkatan sosioekonomi para anggotanya memerlukan pendekatan yang lebih inklusif serta kerjasama erat antara anggota dan koperasi itu sendiri. Anggota koperasi tidak boleh berharap dengan menunggu pulangan dividen tahunan semata-mata. Ini kerana pulangan dividen sahaja tidak mampu meningkatkan sosioekonomi anggota secara signifikan. Sebagai contoh, anggota yang mempunyai simpanan syer sebanyak lima ratus ringgit (RM500) dengan pulangan dividen atas syer sebanyak 10 peratus setahun hanya akan menerima lima puluh ringgit (RM50) ataupun bersamaan dengan hanya RM4.17 sebulan. Kadar tersebut adalah 263 peratus lebih rendah daripada garis gaji minimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Secara umumnya, kejayaan koperasi sering dilihat dari segi keupayaannya memberi pulangan yang setimpal kepada anggotanya sama ada dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan. Dari aspek kewangan ianya termasuk pulangan atas syer, rebat langganan dan pelbagai lagi bentuk insentif lain termasuklah elaun kehadiran dan elaun kerja. Manakala dalam konteks bukan kewangan, pulangan diberikan oleh koperasi dengan melaksanakan aktiviti kebajikan seperti khairat kematian, insurans anggota, mewujudkan tabung-tabung bagi tujuan pendidikan dan musibah dari masa ke semasa.

Kebolehpulangan nilai kewangan yang memuaskan di samping sumbangan kebajikan yang bersesuaian berdasarkan keperluan anggota dapat memastikan kesetiaan anggota pada tahap yang maksimum. Ibrahim dan Borhaneoddin (2010), menyatakan bahawa insentif yang berpatutan akan memastikan seseorang pekerja itu memberi komitmen terbaik, kepuasan bekerja dan kesetiaan kepada sesebuah organisasi untuk suatu tempoh yang lama. Sebagai sebuah entiti sosioekonomi, koperasi pastinya memerlukan kejayaan pada aspek ekonomi bagi membolehkan mereka menyumbang secara signifikan dalam kedua-dua aspek kewangan dan juga bukan kewangan.

Koperasi dan Peranan dalam Peningkatan Sosioekonomi

Yusman (2005), dalam kajiannya melihat kejayaan sesebuah koperasi dilihat daripada dua aspek utama iaitu sosial dan ekonomi. Dari sudut sosial, kejayaan dilihat daripada peningkatan bilangan anggota, peningkatan modal saham serta penglibatan anggota dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Dari sudut ekonomi pula, ciri-ciri yang diukur adalah dari segi pengagihan dividen, keuntungan serta peningkatan dalam aset dan jualan.

Selaku badan induk yang mewakili anggota, koperasi berperanan meningkatkan sosioekonomi anggota dengan bertindak sebagai agen pemasaran untuk produk anggota. Peranan koperasi sebagai hub pemasaran produk anggota perlulah diwujudkan. Bagi merealisasikan perkara tersebut peranan anggota sebagai usahawan yang berurus niaga dengan koperasi perlu diperkasakan. Koperasi hendaklah memainkan peranan dengan menyediakan pasaran untuk anggota. Sebagai usahawan, anggota koperasi bertindak sebagai pengusaha atau peniaga serta sanggup menanggung risiko, sentiasa berusaha untuk melakukan inovasi dan

46

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 47: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

bijak serta kreatif dalam mendapatkan cara meningkatkan kekayaan, kekuasaan dan status sosial (Wim Naude, 2010). Anggota dan koperasi perlu sedar bahawa proses mewujudkan dan memperkasakan sebuah aktiviti perniagaan bukanlah suatu proses yang mudah kerana para usahawan berdepan dengan pelbagai cabaran seperti masalah kekurangan modal, persaingan, teknologi, pengurusan, komunikasi, perubahan permintaan dan keadaan ekonomi yang tidak menentu (Norasmah, 2002; Norhashim, 1994; Zaidatol & Habibah, 1997; Sieh, 1990; Timmons, 1985; Hess, 1987; Ken, 1990). Fakta mengenai perkara ini disokong oleh statistik Jabatan Insolvensi Negara yang mendapati sejumlah 4,067 orang usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) telah mengalami kebankrapan bagi tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2006-2009 (Hansard Parlimen, 2010).

Halangan dan cabaran sebagai usahawan membuatkan ramai anggota koperasi mengambil pendekatan berhati-hati sebelum terlibat dalam sesuatu bidang perniagaan. Misalnya dalam

tempoh lebih 20 tahun (1982-2008), bilangan usahawan di seluruh negara hanya bertambah pada kadar purata 0.4% setahun iaitu daripada 1.2 juta orang kepada 2.2 juta orang (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2009). Namun jika para usahawan tersebut mampu mengamalkan konsep ‘design thinking’ yang menekankan kepada percambahan idea-idea baharu ke arah mencapai hasil akhir ataupun ‘outcome’ yang dikehendaki, adalah tidak mustahil para usahawan akan sentiasa datang dengan idea dan produk serta perkhidmatan baru yang kreatif. Idea kreatif tersebut merupakan salah satu kaedah kepintaran sintetikal di dalam Teori Kreativiti Sternberg di mana seseorang itu menggabungkan maklumat sedia ada dengan pendekatan yang baharu (Mohd Azhar, 2004).

47

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 48: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Walaupun konsep anggota koperasi sebagai usahawan koperasi masih baharu di Malaysia, namun ia telah lama diamalkan koperasi luar negara dan ia terbukti mampu meningkatkan sosioekokonomi para anggotanya secara signifikan. Di Jepun misalnya, JA Ochi-Imabari telah mengambil inisiatif untuk memudahkan pemasaran produk pertanian anggotanya melalui pembukaan pasar jualan langsung pada tahun 2007. Pasar jualan langsung ini juga dikenali dengan nama ‘Saisaikiteya’. Ia merupakan pasar jualan langsung produk pertanian terbesar di Jepun (Mohd Nusi Abdul Rahman et al, 2013).

berapa banyak produk yang terjual dan berapa banyak baki produk yang tinggal, dan seterusnya dapat merancang kuantiti penghantaran produk untuk keesokan hari. Petani hanya perlu membayar komisen kepada koperasi sebanyak 15 peratus hasil daripada jualan produknya. Selain memudahkan petani memasarkan produk pertanian, perniagaan pasar jualan langsung ini juga dibuka bertujuan memudahkan pengguna dan masyarakat setempat mendapatkan barang kegunaan harian dan seterusnya dapat mempromosikan sektor pertanian serantau dengan menggalakkan “Pengeluaran Tempatan bagi Penggunaan Tempatan (Local Production for Local Consumption)”. Sebagai program sokongan untuk membantu usahawan koperasi, JA Ochi-Imabari turut menyediakan aspek khidmat sokongan kepada petani seperti bimbingan pengurusan ladang. Hasil daripada kerjasama yang kukuh, koperasi mampu memperoleh keuntungan sebanyak ¥434,546,000 (RM15,896,500) untuk tahun kewangan berakhir 2011.

Konsep yang serupa juga diguna pakai di negara India. Katraj Dairy Pune Cooperative (KDPC) merupakan sebuah koperasi yang menjalankan perniagaan memproses susu lembu segar menjadi susu lembu terproses. Koperasi ini mempunyai hampir 60,000 orang petani yang berdaftar di bawah 1,200 buah koperasi di peringkat kampung yang dikenali sebagai PACS. Setiap PACS wajib membekalkan sekurang-kurangnya 50 liter susu segar sehari ke kilang KDPC bagi menampung pengeluaran produk terproses yang mendapat permintaan yang amat tinggi. Aktiviti perniagaan tersebut secara tidak langsung membantu ahli PACS untuk memperoleh pendapatan harian hasil jualan susu segar ke kilang KDPC (Norhayati et al, 2014).

Pembentukan usahawan melalui koperasi memberikan impak kepada anggota hingga ada dalam kalangan anggota PACS yang mampu menceburi bidang perniagaan lain seperti pengangkutan dan kedai runcit menggunakan modal awal daripada hasil jualan produk tenusu. Ada juga yang berjaya membeli kemudahan seperti van dan lori untuk membawa pelajar sekolah dan barang-barang penduduk kampung.

Pasar Jualan Langsung JA Ochi-Imabari

Petani yang ingin memasarkan produk pertaniannya di pasar jualan langsung hanya perlu membayar yuran tahunan sebanyak ¥2,000 (RM73) dan menandatangani perjanjian antara koperasi dan petani. Namun, petani perlu sentiasa mematuhi peraturan asas yang ditetapkan oleh koperasi iaitu:

• Menjadi anggota koperasi JA Ochi Imabari• Menghantar produk sebelum pukul 8.30 pagi

setiap hari• Setiap produk perlu mempunyai bar kod dan

tanda harga• Setiap produk perlu mempunyai rekod tahap

penggunaan bahan kimia

Melalui bar kod, koperasi dapat mengetahui nama petani yang bertanggungjawab terhadap produk tersebut. Petani akan sentiasa dikemaskini dengan maklumat status jualan produk pertaniannya melalui e-mel atau khidmat pesanan ringkas yang akan dihantar kepada petani. Oleh itu, petani dapat mengetahui

Konsep Usahawan Koperasi4

8

DIM

ENS

I K

OO

P

Bil.

62(

3/20

19)

Page 49: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Di New Zealand, konsep usahawan koperasi telah ternyata berjaya membangunkan sosioekonomi penternak yang merupakan anggota kepada Koperasi Fonterra. Hampir 10,000 anggota koperasi yang merupakan penternak lembu membekalkan lebih 400 bilion liter susu setahun untuk kegunaan lebih satu bilion penduduk dunia. Anggota bergantung penuh kepada koperasi untuk memasar dan memproses susu segar yang mereka bekalkan untuk menjadi produk akhir tenusu (Fonterra Farm Source, 2019).

Saban tahun, Fonterra membayar sebanyak NZD10.153 bilion dollar (RM28 bilion) kepada penternak atas harga susu mentah yang dijual dengan purata penternak memperoleh pendapatan sekitar RM2.8 juta setahun. Ini tidak termasuk bayaran dividen atas syer sebanyak 40 sen untuk setiap unit syer yang dipegang (Fonterra Farm Gate Milk Price Statement, 31 Mei 2018). Purata pendapatan tersebut secara tidak langsung memastikan penternak mencapai status pendapatan yang baik.

Di Malaysia, walaupun konsep usahawan koperasi masih baharu namun ia turut diamalkan di beberapa buah koperasi antaranya Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM). Di KPSM, anggota koperasi yang memiliki hasil Buah Tandan Segar (BTS) akan menjual BTS ke pusat timbang milik koperasi pada kadar yang kompetitif. Selain menerima bayaran harga jualan produk, anggota turut menikmati pulangan lain yang ditawarkan oleh koperasi seperti kebajikan dan pulangan atas dividen serta bonus langganan. Keistimewaan tersebut adalah untuk memastikan anggota sentiasa mendahulukan pusat timbang koperasi berbanding kilang pesaing setiap kali mereka menjual hasil BTS.

Penulis bergambar di Kilang Pemprosesan Susu Segar Milik KDPC, India

Pusat Timbang Kelapa Sawit

Penutup

Kejayaan beberapa buah koperasi dalam dan luar negara dalam pelaksanaan konsep usahawan koperasi membuka satu lagi lembaran baharu dalam meningkatkan sosioekonomi masyarakat. Koperasi boleh memainkan peranan yang sangat signifikan dalam membantu meningkatkan taraf hidup rakyat melalui kaedah membuka peluang keusahawanan kepada anggotanya. Pengurusan koperasi perlu mencari saluran pemasaran dalam memastikan pasaran tersedia untuk produk yang dikeluarkan oleh anggota. Konsep ‘pool fund’ dan membiarkan koperasi bergerak bersendirian perlulah diubah agar anggota dan koperasi bersama-sama dapat mencapai tahap yang paling maksimum hasil daripada kerjasama mereka. Ia pasti memerlukan perubahan pengurusan koperasi agar merebut kesempatan di atas peluang yang tersedia.

Sesebuah organisasi memerlukan perubahan bagi membolehkannya untuk terus hidup, membangun, dan berkembang. Kegagalannya melakukan atau bertindak terhadap perubahan akan menyebabkannya menempah kegagalan dan yang pasti akan memendekkan jangka hayat kewujudannya. Melakukan perubahan juga dianggap sebagai menempuh ketidakpastian serta akan mendedahkan organisasi kepada pelbagai risiko. Pengambilan risiko yang sederhana dan setelah melalui perkiraan yang logik memastikan koperasi mampu berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding keadaan sebelumnya. Kebolehlaksana inovasi sosioekonomi melalui konsep usahawan koperasi akan memastikan koperasi dan masyarakat Malaysia khasnya yang merupakan anggota koperasi akan mencapai status pendapatan tinggi pada kadar yang lebih cepat.

49

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 50: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Muhammad Afnan HasimPusat Pengurusan [email protected]

Pengenalan

Kerjaya atau anak? Itulah soalan yang sering kali timbul dalam benak fikiran ibu bapa bekerja pada masa kini. Melihatkan kepada situasi semasa, kebanyakan ibu bapa akan berhadapan dengan keadaan di mana perlu memilih antara dua pilihan, sama ada meneruskan kerjaya yang diidamkan atau menyimpan sahaja hasrat tersebut dan menjadi suri rumah sepenuh masa dalam memenuhi tuntutan menjaga anak-anak. Jika mahu meneruskan kerjaya, bimbang pula akan keselamatan anak yang dijaga oleh pengasuh atau Taska jika sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Jika memilih kerjaya, maka pencarian pengasuh atau Taska yang tepat, betul dan sesuai perlulah dilakukan buat anak-anak yang mereka sayangi.

Menurut Islam, anak adalah amanah Allah. Ia bererti menyempurnakan tugas mendidik, menjaga dan mengawal dengan sebaik mungkin. Mereka yang mensia-siakan amanah dikira melakukan dosa. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Israa’, ayat 31: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar”.

Pendidikan kanak-kanak seawal usia kelahiran merupakan elemen terpenting dalam pembentukan diri seseorang. Ia tidak hanya semata-mata melahirkan individu yang hebat dalam institusi kekeluargaan sahaja, malah turut memberi kesan terhadap pembangunan sesebuah negara pada masa hadapan. Kanak-kanak adalah aset kepada negara yang perlu dijaga dengan baik dan tidak ternilai harganya.Baru-baru ini, isu penderaan kanak-kanak oleh pengasuh telah dipanjangkan ke peringkat Dewan Rakyat dan mendapat reaksi yang positif daripada semua pihak. Sejajar dengan itu, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyarankan bermula pada 1 Januari 2019 semua agensi dan jabatan kerajaan digalakkan untuk mewujudkan Taska di tempat kerja masing-masing (BH Online, 2018).

Sudah pasti dengan pengumuman tersebut sedikit sebanyak dapat memberikan kelegaan kepada pihak ibu bapa akan keprihatinan pihak kerajaan kepada golongan yang bekerja dan mempunyai anak-anak.5

0

DIM

ENS

I K

OO

P

Bil.

62(

3/20

19)

Page 51: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Taman Asuhan Kanak-Kanak (early childhood education and care) atau singkatannya Taska merupakan salah satu bentuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemilik kepada pelanggan. Berdasarkan maklumat yang dipetik daripada laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Seksyen 2, Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) merupakan peruntukan undang-undang yang digunapakai berkaitan perkara Taska. Tujuan penggubalan akta ini adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas Taska dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.

Manakala definisi Taman Asuhan Kanak-Kanak Berdaftar pula ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7. Di bawah Seksyen 6(1), tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan

kanak-kanak yang tidak didaftarkan di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini. Seksyen 6(2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

Berdasarkan kepada rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Jun 2018, jumlah pengasuh bagi kanak-kanak berusia 0 hingga 4 tahun di Taska adalah seramai 16,873 orang. Daripada jumlah berkenaan, hanya 3,173 orang atau 18.81 peratus pengasuh mempunyai kelayakan minimum iaitu lulus Kursus Asuhan Permata (KAP) manakala selebihnya 13,700 atau 80.19 peratus pengasuh masih tidak memenuhi kelayakan ini. (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, 2018).

Terdapat empat jenis Taska iaitu, Taska di Institusi, di tempat kerja, di rumah dan di dalam komuniti. Kebanyakan ibu bapa mengambil jalan singkat dengan menghantar anak-anak mereka ke Taska yang tidak berdaftar dan ke rumah-rumah jiran untuk diasuh. Apabila terjadinya kes-kes seperti kematian disebabkan tersedak susu, didera oleh pengasuh dan banyak lagi yang dilaporkan di media, barulah ibu bapa yang terbabit tersedar bahawa Taska tersebut tidak berdaftar.

51

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 52: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

c) Keyakinan Masyarakat Perniagaan Taska turut boleh dijadikan sebagai salah satu contoh perniagaan kendalian koperasi untuk menyemai keyakinan masyarakat akan kebolehan koperasi untuk menjalankan perniagaan di luar bidang yang biasa diceburi oleh koperasi seperti pembiayaan, pasar mini dan sebagainya. Ini amat selari dengan Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 teras yang keempat iaitu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi. Koperasi tidak hanya menjadi wadah mendapatkan keuntungan semata mata, malah gerakan koperasi juga diyakini berupaya membantu rakyat memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup.

a) Menjana Pendapatan Perniagaan Taska boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti tambahan kepada koperasi atau perniagaan baharu kepada koperasi yang masih tercari-cari bidang perniagaan yang boleh dilakukan. Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2018 sahaja, kira-kira 2.3 juta kanak-kanak berusia kosong hingga empat tahun di hantar ke rumah pengasuh dan Taska oleh ibu bapa yang bekerja. (Bh Online, 2018).

b) Peluang PekerjaanSelain itu, perniagaan Taska juga boleh dijadikan sebagai platform menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan yang berminat atau individu yang mempunyai sijil kelayakan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Berdasarkan data yang dikumpul dari 2012 hingga Jun 2018, seramai 550 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak telah menamatkan pengajian dan tidak pernah dipanggil untuk menjalani sebarang temuduga oleh kementerian (Utusan Online, 2018). Sejak kebelakangan ini juga, isu pengangguran hangat diperkatakan sama ada secara terbuka atau melalui media massa. Justeru, melihat kepada potensi Taska sebagai bidang perniagaan yang sentiasa mendapat sambutan dimana-mana, mengapa tidak koperasi juga turut menceburi bidang ini dengan memanfaatkan kehadiran begitu ramai pencari kerja termasuk graduan yang masih menganggur di pasaran. Namun begitu, pemilihan kakitangan Taska haruslah berdasarkan kepada kelayakan dan pengetahuan mereka dalam apa bidang dipelajari. Sebagai contoh, seorang graduan yang masih menggangur dalam jurusan kewangan atau perakaunan, mungkin boleh dilantik sebagai eksekutif kewangan bagi menguruskan hal-hal berkaitan kewangan di Taska merangkumi penyediaan akaun perbelanjaan, transaksi bayaran oleh ibu bapa, bil utiliti dan lain-lain lagi. Jadi, bukan sahaja perniagaan Taska mampu menyumbang kepada pendapatan koperasi, koperasi juga dalam masa yang sama dapat memberi khidmat kepada masyarakat serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada generasi muda.

d) Permintaan PelangganBerdasarkan laporan berita daripada Astro Awani bertarikh 18 September 2018, Malaysia masih lagi kekurangan pusat jagaan kanak-kanak. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, sehingga Jun tahun 2018 hanya terdapat sebanyak 4,302 sahaja pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jumlah ini adalah amat jauh daripada yang disasarkan oleh pihak kerajaan, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 38,333 pusat penjagaan kanak-kanak yang berdaftar bagi menampung bilangan anak-anak berusia bawah empat tahun yang memerlukan penjagaan.

52

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 53: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

e) Ibu BapaApabila adanya Taska yang berdaftar dan dipantau oleh pihak JKM, ia pastinya dapat mengurangkan kerisauan ibu bapa terhadap keselamatan anak kecil mereka di Taska dan mereka bolehlah memberikan tumpuan kepada urusan harian yang lain dengan perasaan yang lebih tenteram.

f) Generasi HebatPendidikan awal yang diterima oleh kanak-kanak merupakan elemen penting dalam pembentukan dirinya. Pengasuhan yang baik perlu disediakan untuk memastikan kanak-kanak membesar dan berkembang secara holistik dan seimbang. Pengalaman pembelajaran akan merangsang pembinaan hubungan neuron yang banyak dalam otak kanak-kanak dan hasilnya akan lahirlah individu yang bijaksana dan cemerlang.

g) Keperluan AnggotaKoperasi ditubuhkan adalah bagi meningkatkan sosioekonomi anggotanya. Selain itu, ia juga bagi memenuhi keperluan anggotanya. Sebagai contoh, bagi anggota yang memerlukan perkhidmatan Taska, koperasi boleh mengambil inisiatif untuk menyediakan kemudahan tersebut dengan kadar bayaran yang berpatutan. Untuk meninjau tahap sambutan terhadap perkhidmatan Taska ini, dapatkan maklum balas anggota koperasi dan masyarakat setempat, antaranya menerusi pengedaran soal selidik. Maklumat ini boleh membantu koperasi dalam merancang perniagaan dengan lebih tersusun seperti menyediakan kos pelaburan, mendapatkan premis yang sesuai, penyediaan peralatan & perkakasan yang mencukupi, menentukan bilangan pekerja dan sebagainya.

53

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 54: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

d) Ibu Bapa Ibu bapa juga merupakan salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh pengusaha Taska. Kerenah dan ragam mereka perlu diatasi dengan cara yang baik dan bertoleransi. Mereka adalah pelanggan kepada perkhidmatan yang ditawarkan iaitu Taska. Maka, pastikan pengusaha Taska telah mempunyai borang atau dokumen yang berkaitan untuk memastikan jika sebarang perkara yang berlaku atau tidak diingini, pihak pengusaha Taska tidak dipersalahkan di kemudian hari.

Aspek urus tadbir yang baik adalah sangat penting dalam menghasilkan Taska yang lebih mudah diterima, berkesan, cekap dan berkualiti tinggi. Dalam dunia yang serba maju pada hari ini, setiap perniagaan yang diceburi pasti akan ada cabarannya. Antara cabaran dalam menjalankan perniagaan taska adalah seperti berikut:

a) PengurusanMerangkumi aspek operasi, pembangunan kerjaya kakitangan, pengambilan kakitangan, senarai tugas, dan lain-lain lagi. Jika ini tidak diuruskan dengan baik ia boleh memberikan implikasi kepada perniagaan Taska yang dijalankan. Aspek penting yang perlu diambil kira termasuklah waktu operasi yang ingin diguna pakai, kadar bayaran yang akan dikenakan kepada ibu bapa atas perkhidmatan Taska yang ditawarkan, cara atau kaedah yang digunakan bagi menarik perhatian kakitangan untuk bekerja di Taska dan juga kelebihan dan keistimewaan yang ditawarkan berbanding perkhidmatan Taska yang lain.

b) KewanganTanpa sumber kewangan yang cukup dan kukuh, operasi dan perjalanan perkhidmatan Taska mungkin akan terganggu. Pengusaha perlu bijak dalam mengatur strategi untuk memastikan sumber kewangan digunakan sebaiknya. Buatlah perancangan yang rapi sebelum membeli barangan atau keperluan yang akan digunakan di Taska. Pastikan tidak timbul amalan pembaziran dalam menguruskan kewangan.

c) PemasaranBagi menarik perhatian ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke Taska, pihak pengusaha Taska perlulah kreatif dalam mencari serta menggunakan kaedah pemasaran masa kini. Penggunaan medium pemasaran yang tidak sesuai boleh memberikan implikasi kepada kenaikan kos perbelanjaan Taska. Salah satu cabaran yang sering dihadapi dalam mana-mana perniagaan yang dijalankan adalah pemasaran, walaupun pihak pengusaha telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk tujuan tersebut. Terdapat pelbagai alternatif pemasaran masa kini yang boleh digunakan dengan hanya bajet yang minimum antaranya Facebook, Twitter, Instagram, laman web dan sebagainya.

54

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 55: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Penutup

Secara keseluruhannya, potensi perniagaan Taska ini bukanlah suatu yang baharu, malah jika dilihat terdapat banyak juga koperasi yang telah menjalankannya. Walaupun jumlahnya masih terhad, koperasi harus melihat ini sebagai peluang yang boleh dilaksanakan di koperasi sekiranya sesuai berdasarkan kepada permintaan, lokasi dan sumber. Koperasi hanya perlu melaksanakan strategi yang tepat dalam perniagaan bagi memastikan ia mendapat keuntungan, sentiasa berterusan dan berdaya saing.

Anggota Lembaga Koperasi (ALK), pihak pengurusan serta anggota koperasi perlulah bersatu padu dan berganding bahu untuk membantu menjayakan matlamat koperasi. Koperasi tidak boleh hanya dibiarkan bergerak sendirian, ia memerlukan penggemblengan pengalaman, kepakaran, dan kemahiran antara semua anggota bagi membolehkan hasrat murni koperasi meningkatkan sosioekonomi anggota terlaksana.

Pucuk pangkalnya koperasi haruslah berani dalam melakukan perubahan dan tidak boleh kekal berada pada takuk lama serta perlu sentiasa mengkaji kehendak pasaran mengikut peredaran zaman. Kejayaan adalah bersifat subjektif kerana perniagaan yang berjaya adalah berasaskan kepada strategi, visi dan misi yang realistik dan holistik.

Umur (tahun)

Kanak-kanak biasa

Kanak-kanak keperluan khas

0 – 1 1 : 3 2 : 31 – 3 1 : 5 2 : 53 – 4 1 : 10 3 : 10

Jadual 1 : Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak mengikut standard minimum JKM

(Sumber : JKM)

e) Pihak KerajaanSelain itu cabaran dalam perniagaan Taska ini adalah keperluan untuk mengikut dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sebagai contoh, pematuhan dari segi bilangan maksimum kanak-kanak di bawah jagaan setiap orang pengasuh. Pengabaian terhadap peraturan ini mungkin boleh menyebabkan pengasuh tertekan apabila perlu menjaga jumlah kanak-kanak melebihi daripada jumlah yang telah ditetapkan.

f) PengasuhPengusaha Taska perlu mendapatkan atau mencari pengasuh yang sesuai untuk bekerja di Taska, di mana pengasuh perlulah mempunyai sekurang-kurangnya latar belakang dalam pendidikan awal kanak-kanak. Pada masa kini, banyak lepasan graduan daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam yang masih belum bekerja dan berkelayakan dalam pendidikan awal kanak-kanak, seharusnya diberikan tempat dan keutamaan berbanding yang tiada pengetahuan dalam bidang kanak-kanak.

g) PersainganSetiap perniagaan yang dijalankan pasti wujud persaingan. Persaingan juga merupakan salah satu cabaran yang perlu diambil kira oleh pengusaha dalam menjalankan perniagaan Taska. Sering kali yang menjadi isu antara pesaing dalam industri yang sama adalah tawaran harga yang dikenakan dan juga servis yang diberikan. Ia amat berkait antara satu sama lain. Sebagai contoh, ada Taska yang menawarkan aktiviti yang menarik dan sesuai dengan umur kanak-kanak tersebut seperti kelas al-Quran, Kelas Taekwondo, Kelas Tarian dan sebagainya.

55

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 56: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

JENAMA : FANTASI KE REALITI(Apa yang Perlu Dilakukan Apabila Produk dan Perkhidmatan Anda Tidak Glamour?)

Noor Shafeeza ZainuddinSektor Pemborongan & Peruncitan (SPP)[email protected]

56

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 57: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Pengenalan: Jenama Dulu dan Kini

Jenama adalah nama, istilah, reka bentuk, simbol, atau ciri lain yang membezakan organisasi; atau produk; atau perkhidmatan daripada saingannya di mata pelanggan. Jenama digunakan dalam perniagaan, pemasaran, dan pengiklanan. Dahulu, logo merupakan salah satu pendekatan yang diguna pakai oleh pengusaha produk dan perkhidmatan dalam memperkenalkan jenama di pasaran. Ia merupakan pendekatan utama dalam penjenamaan tradisional. Kini, pernahkah anda terfikir bahawa jika logo produk anda dipadamkan, adakah pelanggan anda masih mengenali atau mengetahui bahawa produk atau perkhidmatan yang ditawarkan tersebut adalah hasil syarikat atau koperasi anda? Skop penjenamaan (branding) sememangnya lebih besar dan luas daripada hanya mempunyai logo. Malang sekali kebanyakan peniaga atau usahawan beranggapan bahawa logo adalah perkara yang paling penting dan utama berbanding penjenamaan. Logo sebenarnya adalah sebahagian daripada penjenamaan. Berbalik kepada persoalan di atas; jika pelanggan masih tidak mengenali produk anda apabila logo dipadamkan, maka anda perlu melaksanakan Strategi Pemecahan Penjenamaan (Smash Your Brand) iaitu kaedah penjenamaan moden masa kini. Objektif utama strategi ini dilakukan adalah untuk produk atau perkhidmatan anda dikenali secara eksklusif berdasarkan pecahan atau aspek tertentu; dan secara tidak langsung menjadi penarik kepada kesetiaan pelanggan. 5

7

DIM

ENS

I K

OO

P

Bil.

62(

3/20

19)

Page 58: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Rajah 1 menjelaskan berkaitan kaedah penjenamaan masa kini yang boleh difokuskan kepada dua belas (12) pecahan iaitu Perkhidmatan, Tradisi, Adat, Imej, Ilustrasi Visual, Warna, Bentuk, Nama, Bahasa, Ikon, Bunyi, dan Tingkah Laku. Dalam erti kata yang lain, koperasi memperkenalkan jenama yang dibawa melalui tiga belas pecahan di atas agar pelanggan “kenal” dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan sama ada melalui sentuh, lihat, dengar, hidu, dan rasa – (Brand Sense). Sepertimana yang berlaku kepada botol kaca minuman gergasi Coca-Cola, rata-rata semua antara kita mengenali botol tersebut walaupun ia ditemui dalam keadaan tanpa penutup; serpihan, mahupun ketiadaan logo.

Rajah 1: Penjenamaan Moden

“Jenama anda adalah apa yang orang lain perkatakan tentang anda apabila anda tidak berada di sesesuatu tempat itu”.Jeff Bezos, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Amazon

58

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 59: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Sebuah restoran yang kebiasaannya menawarkan perkhidmatan “dine-in” boleh menambah servis “parkir dan bungkus” atau “pandu-lalu” bagi kesenangan pelanggan yang ingin mengejar masa atau tidak boleh meninggalkan kenderaan atas musabab yang tertentu kerana mempunyai anak kecil atau orang kurang upaya. Penambahan servis yang luar daripada kebiasaan semestinya akan mendatangkan kekaguman pelanggan ke atas bisnes koperasi; sekali gus akan mencetuskan memori untuk sentiasa kenang dan menyebarkannya daripada mulut ke mulut.

Ramai di antara kita mudah mengenali filem James Bond melalui lagunya, pemakaian sut yang sangat kemas, disertai dengan pelakon-pelakon wanita yang cantik serta seksi dan juga kereta mewah yang laju. Sejak filem ini mula ditayangkan dari tahun 1953, rentak lagunya tidak pernah berubah dan menjadi elemen penting dalam apa jua tayangan filem berkaitan perisik British ini. Jika lagu ini didengari atau dipasang, penonton akan mengenali ia adalah daripada filem terbabit hingga mengaitkan apa sahaja berkaitan risikan dan rahsia dengan lagu tersebut. Ini merupakan tradisi bagi filem terbabit di mana lagunya, gaya para pelakonnya, segala props berkaitan akan dikekalkan bagi menjaga tanda pengenalannya. Ibarat jika salah satu elemen ikutan ini hilang, filem itu tidak akan menepati kepercayaan sebati para penontonnya sebagai filem James Bond. Dalam bisnes, koperasi perlu mencipta atau mengenal pasti apakah elemen tradisi atau ikutan yang mampu menarik pelanggan dalam mengingati produk atau servis yang ditawarkan oleh syarikat anda. Satay Kajang atau Satay Hj Samuri merupakan entiti bisnes pengendali makanan satay. Secara tradisi, pelanggan boleh membayangkan “rasa” dan mengidamkan rasa satay tersebut yang tidak pernah berubah rasanya kerana penjagaan mutu rasa dalam kandungan resepinya turun-temurun. Semakin utuh tradisi bisnes dijaga, semakin utuh penjenamaan koperasi di pasaran.

1.

2.

PerkhidmatanTawaran Unik - Luar dari Kebiasaan

TradisiIkutan, Turun-Temurun, dan Sebati

59

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 60: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Tahukah anda bahawa kebanyakan peristiwa eksklusif ini dapat dicipta dan dikenal pasti daripada tingkah laku pelanggan anda sendiri? Bolehkah sesuatu peristiwa dijadikan ekslusif buat bisnes anda? Ya, BOLEH. Sebagai contoh, McDonalds Malaysia hanya akan menawarkan “Prosperity Burger” semasa tempoh perayaan Tahun Baharu Cina di Malaysia. Sebelum itu, analisis jualan telah dijalankan oleh McDonalds bahawa menu tersebut adalah menu yang paling “hit” dan mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan; malah pelanggan tetap akan membelinya walau ia dijual dengan harga yang lebih tinggi daripada menu burger yang sedia ada. Ia merupakan “signature menu” bagi pelanggan tempatan. Rakyat Malaysia sentiasa menantikan musim perayaan itu bagi mendapatkan burger terbabit. Bayangkan jika McDonalds tidak mengulangi ritual tersebut pada tahun akan datang, pasti ramai yang akan kecewa. McDonalds sudah pasti terlepas peluang untuk mengaut keuntungan jualannya.

Kerap kali kita masuk ke pasar raya yang berlainan tetapi pengalaman membeli-belah dan suasana dalaman kedai adalah hampir sama. Semua pasar raya dan kedai runcit akan cuba mencipta suasana dan pengalaman yang konsisten dari aspek pelan lantai, harga, susun atur, peragaan barangan, barangan jualan; dan fasiliti kedai bagi memberi gambaran yang konsisten dan sama bagi sesebuah kedai atau pasar raya. Dari jauh, pelanggan dapat mengagak serta mengenali bahawa ia adalah identiti konsisten sebuah kedai runcit; bukan sebuah restoran. Sebagai contoh, jika pelanggan ingin mencari sayur-sayuran, dalam mindanya akan mengetahui bahawa barangan tersebut pasti berdekatan dengan produk tenusu, tidak kira kedai mana atau pasar raya mana yang beliau masuki kerana susun atur pelan lantai (floor plan) tersebut telah menjadi pengenalan konsisten bagi mana-mana kedai dan pasar raya. Koperasi perlu menentukan imej aktiviti bisnes koperasi yang dibawa oleh koperasi dikenali di dalam ruang lingkup pasarannya. Koperasi perlu mengkaji serta mengenali semua aspek yang wajib bagi pengkhususan bisnes koperasi; seterusnya mengolah operasi bisnes koperasi agar konsisten dengan imej dan konsep di pandangan mata pelanggan. Sebagai contoh, pada masa kini, terutama di kawasan bandar, amat pelik sekali jika sebuah stesen minyak tidak disekalikan dengan penjualan makanan ringan atau kedai runcit. Ia akan menampakkan kedai tersebut tidak konsisten dengan stesen minyak yang lain. Sudah pasti pelanggan pasti akan lari dan tidak kembali.

4.

3.

ImejConsistent Direction

Peristiwa EksklusifUlangan Ritual

60

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 61: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Umpama kreativiti sudah mati atau adakah kerana malas mahu berfikir, kebanyakan usahawan masa kini tidak menitikberatkan gambar pengiklanan yang mencerminkan identiti bisnes yang ditawarkan? Kebanyakan iklan yang berlegar di Internet atau media massa kini seolah-olah menggunakan gambar yang dikitar semula daripada google atau diciplak daripada laman sesawang pesaing secara langsung.

Lagi mengharukan apabila iklan berkaitan korporat sahaja kerap kali di “klise” kan dengan gambar ramai individu bersut dalam bilik mesyuarat, seolah berdiskusi di meja sambil tersenyum. Mengapa perkara ini berlaku? Ia adalah kerana tiada sinergi antara personel yang terlibat dengan operasi, personel yang terlibat dengan pemasaran; dan perhubungan awam. Lontaran idea bagi pencetusan idea atau gambar pengiklanan tidak mendapat objektif yang sepakat kepada pereka kerana masing-masing hanya fokus kepada objektif atau KPI unit masing-masing secara “silo”.

Salah sebuah ilustrasi visual yang masih “trending” kini dan amat berkesan pengiklanannya adalah apabila kita melihat gambar individu mempunyai “misai susu” di wajahnya; sekali gus kita dapat tahu bahawa ia adalah iklan berkaitan susu. Ia adalah cetusan identiti pengiklanan daripada kempen “Got Milk?” dengan memaparkan wajah selebriti-selebriti terkenal yang mempunyai “misai susu” sambil tersenyum, yang sudah pasti

menjadi ikutan pengikutnya. Adakah anda dapat fikirkan gambar pengiklanan yang berbeza dan unik selain menggunakan konsep “misai susu” dalam mempromosikan susu?

Cuba anda lihat gambar-gambar iklan syarikat antarabangsa seperti Body Shop dan United Colors of Benetton yang mana akan mempamerkan gambar yang bercirikan alam semula jadi, social-trade workers, dan masyarakat yang pastinya berkait kembali dengan operasi atau model bisnes yang dijalankan. Pengiklanan yang dibawa adalah identiti yang seolah-olah memperkenalkan penceritaan bisnes mereka kepada pelanggan.

5. IlustrasiIdentiti Pengiklanan Anda

61

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 62: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Setiap bisnes yang terkemuka pasti mempunyai warna utama dalam pembawaan jenamanya. Sebagai contoh di Malaysia, label pembungkusan minuman Coca-Cola amat sinonim dengan warna utama merah manakala pesaingnya Pepsi-Cola amat sinonim untuk dikenali dengan label warna utama biru.

Sebenarnya, Coca-Cola mempunyai pelbagai variasi warna labelnya mengikut pasaran negara-negara tertentu demi mengukuhkan kedudukan jenamanya. Kajian warna telah dilakukan oleh Coca-Cola di Eropah. 30 peratus responden menyatakan jenama Vodafone bila diminta memberi contoh jenama yang menggunakan label atau logo dengan warna merah. Dalam erti kata yang lain, Coca-Cola mendapati warna merah telah menjadi pengenalan dominasi jenama tempatan Eropah. Coca-Cola telah tewas dalam mendominasi penjenamaan warna merah di pasaran Eropah kerana persaingan sengit antara Coca-Cola dengan jenama tempatan Eropah iaitu Vodafone. Maka tidak hairanlah jika anda menemui warna label atau botol Coca-Cola berwarna hijau di negara-negara Eropah.

Apakah konsep penjenamaan yang ingin ditonjolkan oleh koperasi? Warna yang bersesuaian mengikut industri dan menangkap pandangan turut menjadi tarikan serta memberi persepsi kepada produk atau kedai koperasi. Sebagai contoh, Koperasi KOUMMAH di Kelantan amat sinonim dengan warna kuning dan hitam dalam penjenamaannya.

Kita seringkali terlupa atau memandang remeh terhadap keunikan bentuk yang boleh membawa kepada pengenalan penjenamaan. Sebagai contoh, bentuk huruf “M” amat sinonim dengan restoran makanan segera McDonalds. Bentuk ini diterima dan dikenali oleh masyarakat seluruh dunia. Anda pasti pernah melihat bentuk anak patung “Barbie Doll”? Anda akan mudah mengenali bahagian badan anak patung terbabit walaupun ia dijumpai dalam keadaan tidak sempurna. Jika anda menjumpai bahagian tangan atau kaki anak patung itu sahaja; sudah pasti anda tahu ia merupakan bahagian badan patung tersebut yang dikenali dengan bentuk pinggangnya yang ramping, tapak kakinya yang kecil dan peha plastik padat yang panjang. Begitu juga dengan bentuk komputer riba yang dikeluarkan dengan bentuk yang unik dan generik; sekali gus dijadikan bentuk tersebut sebagai milikan tanda dagangan pengeluar masing-masing. Kita boleh bezakan bentuk antara komputer riba iMac keluaran Apple dan juga komputer riba Dell.

Kesemua bentuk kontur yang dipaparkan oleh McDonalds, Barbie, Apple dan Dell di atas membawa kepada penciptaan bentuk yang jitu; yang membawa kepada pengenalan dan hak milik syarikat terbabit. Dalam erti kata yang lain, setiap produk baharu yang dikeluarkan pasti akan membawa atau diletakkan juga bentuk kontur asal pengenalan syarikat tersebut (i.e bentuk M, nipis, bucu bulat dan sebagainya).

6. WarnaDominasi Mata dan Minda 7. Bentuk

Integrasi Kontur Asal dalam Setiap Produk

62

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 63: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Pengeluar kereta nasional negara iaitu Proton Holdings Berhad telah melancarkan atau memperkenalkan setiap pengeluaran kereta dengan nama yang diadaptasi daripada sebutan tempatan seperti Saga, Satria, Persona, Putra, dan banyak lagi yang mana dikhususkan untuk segmentasi pelanggan tertentu. Kini, Proton Holdings Sdn Bhd telah diambil alih oleh syarikat daripada luar negara iaitu Geely Automobile Hong Kong dan Kumpulan Kereta Volvo Sweden pada tahun 2018; sekali gus pengeluaran keluaran yang baharu diperkenalkan dengan nama yang berlainan sama sekali dengan tradisi yang terdahulu iaitu hanya dengan panggilan seperti kod bersiri. Pengeluaran kereta baharu yang dilancarkan selepas pengambilalihan syarikat adalah X70. Bunyi dan panggilan bercirikan kod dilihat lebih gah dan berteknologi umpama mesin yang telah dinaik taraf dalam semua fungsinya. Ia membawa kepada permintaan tempahan yang tinggi dalam pasaran automotif tempatan kerana generasi pembeli kebanyakannya adalah mereka yang terdiri daripada Generasi Y dan Millennial; yang mana mudah tertarik dengan apa jua panggilan yang bercirikan robotik.

Sejak tahun 1950, Disney secara konsisten telah membina penjenamaan berdasarkan penggunaan bahasa lebih meluas daripada logonya sendiri; seperti kingdom, dreams, magic, fantasy, fairy tales dan yang seumpama dengannya. Malah ucapan “Have A Magical Day!” seringkali diulang ucap oleh operator atau karekter-karekter kartun di bawah jenamanya. Kajian telah dilakukan oleh The BRAND dan mendapati 80 peratus populasi dunia mengaitkan perkataan-perkataan ini daripada Disney melalui pengiklanan, lirik lagu, jalan cerita dan juga saluran televisyen milik Disney. Malah, 90 peratus pengguna serata dunia menghubungkan perkataan fantasy dengan Disney; diikuti dengan dreams, dan magic.

Perusahaan tempatan seperti KFC amat dikenali dengan moto “Sedap sehingga Menjilat Jari”. Begitu juga dengan pengasas barangan tempatan yang lain seperti Dato’ Aliff Syukri yang dikenali dengan moto “Terlajak Laris”, dan Dato’ Vida yang amat sinonim dengan “Qu Puteh”. Sepertimana Disney, strategi yang sama turut diguna pakai oleh mereka iaitu strategi pengulangan bahasa yang mana setiap pengusaha ini akan memastikan bahasa yang sama diulang-ulang dalam pengenalan produk, testimoni, iklan, paparan dan operator outletnya. Justeru, sebutan “menjilat jari” akan membuatkan pengguna terbayang akan kesedapan rasa ayam KFC, sebutan perkataan “terlajak” atau “laris” pasti akan membuat pengguna menggambarkan produk berkaitan penjagaan diri dan kesihatan pasangan berkahwin daripada D’Herbs; dan pengguna akan teringat produk pencerahan kulit daripada Vida Beauty Sdn Bhd yang menekankan bahasa atau perkataan “putih”. Strategi pengulangan bahasa atau perkataan ini sememangnya mampu mempengaruhi memori pelanggan.

9.

8.

BahasaMoto / Perkataan Cerminan Kita

NamaPanggilan “Mesra” Mudah Dikenali

63

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 64: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Audio singkat atau jingle juga boleh digunakan dalam pengukuhan penjenamaan. Sebagai contoh, jingle atau bunyi nada dering telefon Nokia sangat dikenali dan sudah pasti anda juga mampu menyambung nada tersebut dalam pemikiran anda jika bunyi tersebut tidak dihabiskan apabila panggilan telefon tersebut dijawab oleh pemiliknya. MAGIS kan? Ia juga berkait dengan strategi pengulangan (repetition) yang mana dapat membuatkan kita mengenal pasti jenama telefon pintar tersebut dengan mendengar deringannya sahaja. Setiap bunyi mempunyai pembawaan dalam mempengaruhi jenis persekitaran dan dorongan. Ironinya, lagu “Always Coca-Cola” yang membawa unsur bunyi menarik (catchy) dapat mengubah mood pendengar ke arah jiwa muda-mudi yang menyeronokkan. Begitu juga dengan bunyi air sungai mengalir bersekali dengan alunan seruling yang dapat mendorong jiwa pendegar untuk santai dan tenang. Kebanyakan hotel dan spa akan memainkan lagu-lagu berunsur ketenangan sesuai dengan konsep dan nilai manfaat daripada perkhidmatan yang ditawarkan.

Anda perlu menyesuaikan bunyi yang mendorong ke arah pengenalan manfaat dan nilai produk atau perkhimatan milikan anda. Sebagai contoh, bunyi paluan kompang dimasukkan dalam pengenalan jingle servis solekan raja sehari; atau bunyi aluan pintu masuk utama ke butik pengantin anda dimulai dengan bunyi paluan kompang, menggantikan bunyi loceng atau rakaman suara “welcome” yang klise. Lain dari yang lain bukan?

Pernahkah anda melihat mesej iklan cerut yang mana ikonnya pasti individu bersut lengkap sambil memegang cerut yang sedang berasap? Ia membawa mesej bahawa cerut merupakan produk golongan bangsawan dan elitis. Manakala ikon bagi iklan rokok Marlboro dipaparkan dengan ikon koboi “Marlboro Man” yang membawa mesej “cool” dan maskulin. Iklan atau visualisasi air berkarbonat pasti akan ditonjolkan dengan gambaran bunyi gas atau ikon air berbuih dari bawah ke atas yang membawa mesej minuman itu bergas ataupun berkarbonat. Ia menjadi mesej komersial bahawa apa jua jenama minuman yang bergas atau berkarbonat akan ditonjolkan dengan ikon air berbuih, dituang dalam cawan berisi ais atau bunyi gas apabila penutup botol dibuka. Gambaran ia sebagai penghilang dahaga (thirsty cruncher) seringkali ditonjolkan dengan bunyi tegukan dan ikon anak tekak. Maka, anda boleh membuat kajian tentang ikon atau mesej-mesej komersial yang dapat ditonjolkan dalam promosi pengiklanan produk anda. Misalnya jika anda menjual pakaian dan peralatan umrah atau haji, sudah pasti lagu latar belakang iklan berkait dengan lagu Arab, manakala ikon Ka’bah juga turut dipaparkan.

Seorang usahawan seharusnya mendorong minda untuk berfikir secara kritis dan kreatif dengan semua mesej komersial yang boleh dikaitkan dengan produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan. Ikon yang dipilih boleh dianggap sebagai ikon yang berjaya jika dapat menyampaikan mesej komersial tersebut kepada prospek atau pasaran yang belum diterokai.

11.10.

BunyiLagu Pendek / JingleIkon

Gambaran Komersial

64

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 65: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Syarikat penerbangan tambang murah Virgin America amat dikenali dengan pengendalian tingkah laku operasinya yang kasual dan bersahaja; tetapi konsisten. Pengasasnya iaitu Richard Branson sentiasa menyelitkan unsur jenaka dan berterus-terang dalam penyampaian maklumat organisasinya kepada pelanggan tanpa membuatkan pelanggan marah atau kecewa. Setiap tutur kata atau cara penyampaian yang diketengahkan seringkali mendatangkan kekaguman dan respek daripada pelanggan kepada tatacara pengendalian bisnes mereka. Contohnya, papan tanda yang diguna pakai dalam menyampaikan peraturan limit bagasi dilakukan dalam bentuk jenaka, “You can have a huge ego, but only a bag with this size (7kg limit)” atau dengan seloroh sekali menyatakan “Size does matter!”. Ironinya, tingkah laku ini digemari dan dikenali oleh pelanggannya.

Anda boleh perhatikan juga perbezaan tingkah laku operasi antara restoran mamak dan juga restoran makanan Jepun, mahupun Korea. Operasi restoran mamak lebih bersifat santai dan pelanggannya tidak perlu bingkas bangun setelah selesai menjamu selera, malah mereka boleh memesan segelas air suam dan duduk santai di meja menyambung perbualan atau bermain telefon berjam-jam lamanya. Masyarakat tempatan akan menggelar tingkah laku operasi restoran mamak ini dengan jargon “Tidak Berkira”. Ia adalah tarikan dan pengenalan bagi restoran mamak. Restoran Jepun atau Korea adalah sebaliknya, tingkah laku mereka

amat laju atau sistematik sehinggakan tempoh pesanan makanan diambil kira, tempoh utilisasi di meja makan diperhatikan bagi pelanggan seterusnya, bil dihantar awal ke meja bagi membawa maksud “sila habiskan makanan anda dengan segera” dan dikenali dengan operasi bisnes bahawa “Tidak Boleh Lepak Lama di Sini”. Restoran tersebut dilanggani oleh pelanggan yang sedang kejar masa mahupun kagum dengan cara hidup Jepun atau Korea yang dipandang sebagai trend masa kini.

12. Tingkah LakuPengendali Operasi

Penutup

Penjenamaan moden merupakan kaedah yang diguna pakai kini bagi memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan sehingga menjadi pencetus kepada ingatan dan kesetiaan yang mempengaruhi kehidupan pelanggan seharian. Walaupun logo dihilangkan daripada produk atau perkhidmatan anda, pelanggan akan tetap dapat mengenalinya melalui dua belas (12) pecahan penjenamaan di atas. “Tidak Kenal, Maka Tidak Cinta”. Itulah objektif penjenamaan yang sebenar.

65

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 66: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Norul Hayatie HashimPusat [email protected]

Pengenalan

Sumbangan gerakan koperasi dalam ekonomi negara sebanyak RM42 bilion dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) membuktikan kemampuan pegangan ekuiti serta membantu dalam peningkatan sosioekonomi anggota secara kolektif. Perniagaan koperasi pada masa kini telah berkembang dalam pelbagai industri yang berimpak tinggi seperti sektor pemborongan dan peruncitan yang merangkumi pelbagai bidang.

Menyedari senario sektor pemborongan dan peruncitan domestik semasa yang dimonopoli jenama multinasional, koperasi perlu berani bergiat dalam bidang ini, bagi mengimbangi ekosistem penawaran dan permintaan tempatan yang optimum bagi menangani kos sara hidup rakyat. Penubuhan pusat pengedaran yang strategik di seluruh Malaysia oleh koperasi adalah salah satu medium dalam menyelesaikan isu agihan pembekalan, terutama barangan kawalan seperti gula, minyak dan tepung. Usahawan koperasi juga perlu lebih bijak memanfaatkan kemudahan teknologi masa kini dari segi sistem gudang dan sistem logistik agar lebih efisien, komprehensif dan relevan sesuai dengan kehendak semasa serta secara tidak langsung dapat memaksimumkan keuntungan koperasi.

KESEDIAAN USAHAWAN KOPERASI MENCEBURI AKTIVITI PUSAT PENGEDARAN (DC) KOPERASI

66

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 67: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Senario Aktiviti Peruncitan Koperasi

Rantaian bekalan yang efisien berupaya membantu peruncit memperoleh margin pulangan yang lebih tinggi serta membolehkan mereka menawarkan harga yang lebih kompetitif kepada peruncit khususnya koperasi. Penglibatan koperasi dalam bidang peruncitan khususnya kedai runcit milik koperasi sering mengalami isu bekalan terutamanya barang kawalan. Penubuhan pusat pengedaran dalam kalangan koperasi merupakan salah satu langkah pembentukan rantaian pengedaran yang akan memberikan impak tinggi dalam jangka masa panjang dengan menyasarkan pusat jualan, kiosk, kedai runcit milikan koperasi atau milikan tempatan, membolehkan peruncit mendapat bekalan barangan menerusi rantaian bekalan yang lebih efisien. Justeru, kebanyakan pengeluar menggunakan perantara atau orang tengah untuk menawarkan produk mereka ke pasaran. Mereka menggunakan satu set pertubuhan yang saling bergantung dalam proses membuat produk atau perkhidmatan yang tersedia untuk digunakan oleh pengguna atau pengguna perniagaan. Penubuhan Pusat Pengedaran (DC) dan Sub Pengedaran (sub-DC) menjadi semakin penting bagi menyokong keperluan permintaan peruncit dan pengguna akhir.

67

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 68: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Penglibatan Koperasi dalam Pusat Pengedaran

Pada tahun 2016, SKM telah melancarkan Blueprint Sektor Pemborongan dan Peruncitan Koperasi (2016 - 2020). Rentetan daripada program memperkasakan pusat pengedaran koperasi, Blueprint tersebut telah menggariskan tujuh inisiatif dan empat daripada inisiatif tersebut adalah seperti berikut;

Jumlah koperasi yang menjalankan aktiviti pusat pengedaran semakin bertambah sejajar perkembangan industri peruncitan di Malaysia. Jadual 1 menunjukkan bilangan pusat pengedaran milik koperasi di seluruh Malaysia.

Jadual 1 menunjukkan prestasi koperasi dalam sektor pemborongan dan peruncitan. Data menunjukkan bahawa prestasi koperasi yang terlibat dalam aktiviti pasar raya / kedai runcit mengalami peningkatan sebanyak 11.5% pada tahun 2015 berbanding tahun 2014. Koperasi yang terlibat dalam aktiviti DC dan Sub-DC turut mengalami peningkatan dalam perolehan daripada RM62 juta kepada 81 juta pada tahun 2015.

Aktiviti2014 2015

Sasaran(RM’ Juta)

Sasaran(RM’ Juta)

Sasaran(RM’ Juta)

Sasaran(RM’ Juta)

Pasaraya / kedai runcit 1,050 1020 925 1,138DC/ sub DC 49 62.95 26 81.48

Negeri Bilangan DC

Wilayah Persekutuan 1Selangor 2Pahang -

Terengganu 1Kelantan -

Perak 1Pulau Pinang -

Kedah 1Perlis -

Negeri Sembilan -Melaka -Johor 1Sabah 3

Sarawak 6Gudang DC 4

Jadual 1: Pusat pengedaran (DC) mengikut negeri

Jadual 2: Jumlah Perolehan Koperasi dalam Sektor Pemborongan dan Peruncitan

Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia, 2016

Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia, 2016

(i) Mengukuhkan dan memantapkan pusat pengedaran dan pengumpulan koperasi;

(ii) Menjadi pembekal barang

makanan dan bukan makanan secara konsisten dan berterusan;

(iii) Penguasaan rantaian bekalan dan rantaian nilai; dan

(iv) Membangunkan modal insan bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan sistem penyampaian perkhidmatan.

68

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 69: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Pekerja adalah aset kepada sesebuah organisasi, kerana pekerja yang produktif boleh memberikan impak kepada perniagaan dan peningkatan kecekapan operasi DC. Tenaga kerja perlu lebih kompeten, mencukupi dan berkemahiran, kerana ia merupakan tunjang utama dalam pengurusan DC. Kajian amalan pengurusan pusat pengedaran koperasi menunjukkan bilangan tenaga kerja bagi peserta DC adalah antara 10-18 orang. Namun, kajian luar negara berkaitan DC mendapati jumlah tenaga kerja DC di luar negara adalah seramai 230 hingga 400 orang kerana memiliki DC yang lebih luas. Bilangan tenaga pekerja tetap yang kecil akan menjejaskan operasi DC dan koperasi terpaksa menggaji pekerja kontrak. Bilangan tenaga kerja adalah bergantung kepada keluasan DC dan jumlah Stock Keeping Unit (SKU) iaitu rangkaian angka dan huruf yang mewakili jenama, jenis, warna dan ukuran setiap produk. Jika keluasan DC besar, koperasi perlu menggaji pekerja lebih ramai agar operasi DC tidak terjejas.

Tahun beroperasi sesebuah perniagaan turut menyumbang kepada kelebihan daya saing dan kekuatan perniagaan di dalam sesebuah pasaran. Kematangan sesebuah perniagaan dalam perniagaan boleh diukur dan keupayaan sesebuah perniagaan untuk kekal dalam industri juga boleh dinilai berdasarkan kepada ukuran prestasi perniagaan. Kajian Amalan Pengurusan Pusat Pengedaran Koperasi oleh Mohd. Zaib. et al., (2018) mendapati bahawa majoriti peserta koperasi telah terlibat dalam industri pengedaran dan pemborongan antara tempoh tiga hingga tujuh tahun. Ini menunjukkan bahawa semakin lama tempoh koperasi beroperasi akan mematangkan sesebuah perniagaan DC tersebut untuk kekal dalam industri. Ini adalah berdasarkan pengalaman terdahulu yang banyak membantu koperasi dalam beberapa aspek penting seperti aspek kewangan, tadbir urus, jaringan hubungan antara pembekal dan pelanggan sedia ada.

Bilangan Tenaga Kerja Tahun OperasiA B

Persediaan Koperasi ke Arah Pengurusan Pusat Pengedaran yang BaikMenurut Hasnah (2003), amalan pengurusan bersesuaian perlu dititikberatkan oleh mana-mana organisasi sama ada organisasi yang berorientasikan keuntungan atau tidak. Melalui pengurusan yang cekap, ia dapat membantu dalam membuat perancangan, penilaian, kawalan barang dagangan serta menilai prestasi jualan barang dagangan yang diniagakan.

Amalan pengurusan yang baik dalam sesebuah koperasi yang dilihat dalam aktiviti pusat pengedaran amat diperlukan bagi menjamin penghasilan kualiti pengurusan yang dinamik. Setiap amalan pengurusan mempunyai ciri-ciri yang berkesan untuk memastikan kualiti perniagaan dan pengeluaran produk serta kepercayaan masyarakat dan pembekal terhadap produk yang dihasilkan oleh koperasi.

Kajian yang dijalankan Chun-Ho et al., (1999), telah menjelaskan bahawa telah memenuhi ketepatan objektif pusat pengedaran iaitu memastikan barangan dapat dibekalkan pada lokasi, masa dan kuantiti yang diperlukan bagi memenuhi permintaan peruncit dan seterusnya pengguna akhir. Kajian oleh Institut Koperasi Malaysia bertajuk “Kajian Amalan Pusat Pengedaran Koperasi di Malaysia”, telah menggariskan ciri-ciri penting bagi sebuah pusat pengedaran. Ciri-ciri berikut adalah:

69

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 70: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Lokasi merupakan faktor paling penting bagi sesebuah pusat pengedaran. Lokasi yang strategik perlu berhampiran jalan utama yang sesuai dengan pengangkutan yang akan digunakan bagi aktiviti pengedaran. Ia boleh dibuat secara langsung atau tidak langsung menerusi beberapa jenis saluran pengedaran seperti agen, pengedar, pemborong dan peruncit. Pemilihan tempat yang betul membolehkan koperasi menembusi pasaran yang lebih besar, meningkatkan jualan dan memaksimumkan keuntungan kerana produk atau perkhidmatan telah sampai kepada pengguna akhir pada tempoh yang tepat. Hasil kajian mendapati jarak sesebuah DC dan outlet memainkan peranan penting dalam proses pembekalan dan pengedaran barangan. Lokasi DC yang jauh menyukarkan pembekalan barangan kepada outlet, dan outlet akan mendapatkan barangan daripada pembekal setempat kerana kos yang lebih murah.

Saiz DC adalah tertakluk kepada jumlah SKU yang disimpan, dan keluasan ruang yang diperlukan. Jika jumlah SKU sedikit, maka saiz DC tidak perlu terlalu besar agar dapat digunakan secara optimum. Jika koperasi bercadang untuk membeli atau menyewa gudang, perlu meneliti terlebih dahulu jumlah SKU yang akan ditempatkan di dalam gudang tersebut, atau mungkin sebahagian ruang yang kosong boleh disewakan mengikut kaki persegi atau pallet. Menurut kajian daripada Chun-Ho Kuo et al.,(1999), majoriti saiz DC dalam kajian yang dijalankan di luar negara adalah sekitar 320,000 - 800,000 kaki persegi, malah ada sekitar 1,000,000 kaki persegi. Namun dalam konteks koperasi, kajian yang telah dijalankan mendapati saiz koperasi majoriti DC Koperasi antara 2500 hingga 6500 kaki persegi, adalah memadai dengan bilangan SKU yang disimpan.

Jumlah SKU sesebuah DC milik koperasi adalah sekitar dalam lingkungan 1000 unit sehingga 5000 unit di dalam sesebuah pusat pengedaran. Berdasarkan kepada blueprint Sektor Pemborongan dan Peruncitan yang dikeluarkan oleh SKM, bilangan SKU yang ideal adalah antara 1000 hingga 5000 SKU sahaja. Ini membuktikan bahawa jumlah bilangan SKU bagi sesebuah DC adalah mengikut keperluan pembekalan outlet. Jika jumlah SKU di outlet adalah kecil, maka jumlah SKU di DC juga sepatutnya adalah kecil. Berdasarkan pandangan Roger & Katia (2012), secara dasarnya hanya 10% yang dapat dijual daripada jumlah SKU.

Bilangan outlet menentukan prestasi sesebuah DC, kerana pusat pengedaran memainkan peranan penting untuk membekalkan barangan secara berterusan kepada outlet di bawah rangkaian DC. Ini adalah untuk memastikan ketersediaan produk di outlet dapat dipenuhi. Penentuan kejayaan sesebuah DC bergantung kepada jumlah bilangan outlet sama ada outlet rangkaian koperasi mahupun pasaran luar. Kajian yang dijalankan ke atas gerakan koperasi Malaysia mendapati bahawa koperasi mempunyai kekuatan jumlah outlet sehingga 188 buah outlet meliputi kedai koperasi dan pasaran luar. Kajian luar negara pula mendapati sebuah DC mempunyai bilangan outlet sekitar 22 hingga 115 outlet bagi DC mereka.

Bilangan outlet kedai

Lokasi

Saiz DC

Jumlah SKU

F

C

D

E

70

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 71: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Salah satu perkara penting dalam sesebuah DC adalah Sistem Inventori Secara Berpusat/Integrasi. Sistem ini akan digunakan sepenuhnya untuk pemantauan inventori atau SKU. Sistem ini akan dijalankan secara berpusat “diintegrasikan / centralize” antara outlet kedai runcit dan pusat pengedaran. Sistem gudang yang teratur perlu diwujudkan dalam setiap DC agar pengurusan gudang dapat dijalankan secara komprehensif, serta dapat mengelakkan masalah kekurangan stok barangan antara gudang dan kedai runcit.

Weiss dan Gershon (2002), menyatakan bahawa aktiviti pengedaran sangat mementingkan logistik untuk menghantar produk atau perkhidmatan syarikat ke tempat yang betul, pada masa yang tepat, dengan kos yang paling minimum. Dalam kebolehpasaran yang tidak menentu pada masa kini, kemudahan logistik memainkan peranan penting dalam aktiviti pengedaran kepada pelanggan. Sistem logistik yang dipilih sangat penting untuk lebih berdaya saing, manakala kegagalan mempunyai sistem logistik yang baik akan memberikan kesan kepada permintaan produk daripada pelanggan. Kajian mendapati bahawa kesemua peserta DC memiliki fasiliti dan kemudahan logistik sendiri, malah ada sebahagian yang melantik pihak ketiga (third party) bagi menyediakan kemudahan logistik mengikut keperluan.

Sistem Operasi Gudang berpusat

Logistik

H

G

71

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 72: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Bagaimana Cara Memantapkan Aktiviti DC Koperasi?

Faktor kewangan merupakan elemen penting dalam sesebuah perniagaan, dan koperasi perlu mengukuhkan kewangan yang sedia ada sebelum bersedia menceburi DC. Sistem perancangan pengurusan kewangan yang berkesan sangat diperlukan agar perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik. Kedudukan kewangan pasti akan berada dalam keadaan yang stabil agar perniagaan dapat dijalankan dengan lancar. Kebolehan menguruskan kewangan dengan bijak merupakan satu kemahiran yang penting supaya individu boleh berbelanja mengikut kemampuan dan mencapai matlamat kewangan yang diingini. Modal yang besar diperlukan untuk membeli barangan dalam kuantiti borong dan untuk mendapatkan harga yang lebih kompetitif.

Persefahaman Pihak Pengurusan dan ALK

Komitmen Pengurusan Koperasi Memantau Prestasi DC

Ilmu Berkaitan Aktiviti Pemborongan

Perancangan Pengurusan Kewangan

B

C

D

A

Penglibatan ALK dalam menentukan keputusan adalah antara cabaran besar dalam sesebuah perniagaan. Pihak pengurusan dan ALK perlu mendapat kata sepakat sebelum membuat keputusan yang memberikan manfaat bersama. Dalam mengekalkan perniagaan yang stabil dan berdaya maju, koperasi memerlukan barisan kepimpinan ALK yang jitu dan komited kepada koperasi. Sebarang cadangan dan keputusan terhadap koperasi dan perniagaan perlu dibincangkan dan dibahaskan dengan teliti dan mendalam.

Komitmen yang jitu amat diperlukan untuk memantau prestasi DC, agar lebih meningkat dari semasa ke semasa. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan bersama Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari perlu diadakan setiap bulan untuk membincangkan hal-hal penting berkaitan jualan, kewangan dan sebagainya. Manakala aspek kewangan dan outlet koperasi, pengurus koperasi bertanggungjawab sepenuhnya kepada kedudukan kewangan dan prestasi kewangan koperasi dan DC. Selain itu, pemantauan juga dilakukan oleh Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) yang turut sama memantau perjalanan dan pengurusan DC.

Ilmu dan latihan dalam bidang pemborongan merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan sesebuah koperasi dalam sektor pemborongan. Pihak pengurusan koperasi perlu mempunyai kemahiran menerusi latihan dan pengalaman daripada institusi yang menganjurkan latihan seperti Institut Koperasi Malaysia (IKM). Latihan yang tidak mencukupi di kalangan barisan ALK dan pengurusan menyebabkan koperasi tidak dapat diurus dan ditadbir dengan baik. Hal ehwal pengurusan dan perniagaan koperasi diserahkan sepenuhnya kepada pengurus untuk melaksanakannya. Sewajarnya barisan ALK juga perlu mempunyai pengetahuan dalam aktiviti yang dijalankan koperasi, agar segala urusan berkaitan dapat berjalan dengan lancar.

72

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 73: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Penutup

Usaha gerakan koperasi dalam mewujudkan pusat pengedaran amat penting bukan sahaja berupaya meningkatkan pendapatan koperasi malah membantu kedai runcit milik koperasi lain yang mempunyai masalah mendapatkan pembekal yang menawarkan harga yang lebih kompetitif terutamanya barang bersubsidi. Tujuan asal penubuhan DC milik koperasi adalah untuk mendapatkan harga yang lebih murah dan kompetitif melalui pembelian secara pukal (volume) dan membekalkan barang kepada kedai rangkaian koperasi serta kedai runcit lain secara konsisten. Harga yang diperoleh menjadi lebih murah, dan margin keuntungan lebih besar, secara tidak langsung koperasi mampu menawarkan harga jauh lebih kompetitif atau setanding pasar raya besar, ini dapat menstabilkan harga barangan pengguna. Pelaksanaan program pengukuhan dan pemerkasaan gerakan koperasi untuk menguasai rantaian nilai pengeluaran dan pengedaran barang keperluan rakyat juga perlu difokuskan kepada gerakan koperasi bagi membantu usaha murni kerajaan menstabilkan harga dan menangani kos sara hidup.

Pembangunan SOP berkaitan Pusat Pengedaran

Jaringan Kerjasama dengan Pembekal

F

E

Bagi koperasi yang terlibat dalam bidang pemborongan, mereka perlu mempunyai jaringan kerjasama yang utuh dengan pembekal bagi memastikan stok barangan yang diperlukan sentiasa ada dan tidak terputus. Jaringan kerjasama ini bukan hanya kepada satu pembekal malah koperasi memerlukan lebih banyak pembekal lain untuk memastikan stok barangan sentiasa mencukupi dan bersedia sekiranya koperasi memerlukan barangan pada kadar segera. Namun sebilangan koperasi tidak memberikan kerjasama kepada pusat pengedaran koperasi lain disebabkan keyakinan dan kepercayaan yang masih kurang terhadap potensi mereka. Ini ditambah dengan persepsi negatif oleh sesetengah barisan Lembaga terhadap keyakinan pembekalan barang niaga oleh pihak DC koperasi.

Kebanyakan pusat pengedaran milikan koperasi di Malaysia adalah sebagai pemborong dan antara isu kritikal yang dihadapi oleh setiap entiti dalam mengendalikan pusat edaran adalah tidak memiliki sistem SOP (Standard Operation Procedure) yang efektif dalam pengurusan rantaian bekalan. Pembangunan sistem SOP yang baik dan pematuhan terhadap tadbir urus DC amat penting agar operasi DC berjalan dengan lancar. Antara SOP yang diperlukan dalam sesebuah pusat pengedaran seperti kewangan (kaedah pembayaran dan kawalan tunai harian), SOP pembelian dan kawalan stok barang, SOP pembelian dan penerimaan barang dan SOP pemulangan stok daripada pelanggan.

73

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 74: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Siti Hajar SaaeySektor Pemborongan dan [email protected]

Ekosistem Pensijilan Halaldi Malaysia:Satu Potensi kepada Koperasi

Pengenalan

Industri halal merupakan industri yang semakin berkembang dan mendapat perhatian masyarakat Malaysia malahan dunia. Ia menjadi industri yang berpotensi tinggi untuk diterokai oleh koperasi dan usahawan. Dengan perkembangan masyarakat Muslim yang dijangka akan terus bertambah kepada 2.2 bilion menjelang 2030 di seluruh dunia, kesan permintaan terhadap industri ini sangat memberangsangkan. (Othman, B., Shaarani, S. M., Bahron, A., & Nawi, N. H. M. (2019). Pasaran yang luas ini membuka peluang bagi koperasi untuk menerokai bidang perkhidmatan dan produk halal sebagai satu lagi pilihan untuk menjana pendapatan. Konsep produk atau perkhidmatan halal kini menjadi keutamaan pengeluar kerana pengiktirafannya sebagai satu penanda aras berkaitan isu keselamatan, kebersihan dan jaminan kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Keutamaan produk halal ini bukan hanya terletak pada sijil dan logo malah ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu produk atau perkhidmatan disampaikan dengan mematuhi undang-undang dalam Islam atau syariah. Ia juga melibatkan larangan terhadap amalan dan produk yang dilarang dalam Islam.

74

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 75: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Pada masa kini, kesedaran pengguna terhadap produk halal telah meningkat dengan pesat (Ambali, A. R., & Bakar, A. N. (2014) dan tuntutan pengguna terhadap jaminan dan nilai sesuatu produk sentiasa berubah. Malahan, minat dalam produk halal juga semakin meningkat dalam kalangan pengguna bukan Islam. Bagi pengguna Islam, produk halal bermaksud produk tersebut telah memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh undang-undang Syariah, manakala bagi pengguna bukan Islam, produk yang halal bermaksud produk yang memenuhi standard kebersihan, kualiti dan produk keselamatan yang ditetapkan selaras undang-undang yang ditetapkan. Konsep halal tidak terpakai pada produk akhir makanan sahaja tetapi meliputi semua proses rantaian pembuatan produk itu sendiri. Selain itu, konsep halal bukan sahaja dikaitkan dengan pengeluaran produk makanan dan industri pemprosesan, malah ia juga melibatkan industri seperti farmaseutikal, kosmetik, logistik, dan lain-lain lagi. Malah, melihat kepada perkembangan industri pelancongan yang sedang berkembang pesat di Malaysia, ia wajar dilihat sebagai potensi yang ada dalam ekosistem sektor pelancongan. Penyediaan perkhidmatan pelancongan yang halal menjamin pengguna berkaitan aspek kebersihan dan jaminan kualiti, bukan semata-mata pada produk fizikal semata-mata.

75

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 76: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Hasrat Malaysia untuk menjadi hub halal dunia telah bermula sejak dahulu lagi. Dengan sokongan ekosistem yang holistik, penarafan Malaysia sebagai hub halal Global menjelang tahun 2020 dilihat cerah. Ini adalah kerana Malaysia mempunyai ekosistem pengurusan halal yang lengkap malah, Malaysia telah membantu banyak negara lain dan bekerjasama dengan pertubuhan halal negara tersebut dari segi mendapatkan pensijilan halal. Pakar-pakar dari Malaysia turut dijemput untuk menyertai dan membantu mereka dalam membangunkan standard yang diperlukan. Antara peranan yang dimainkan Malaysia sebagai hub halal global adalah mewujudkan Pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) sama ada swasta atau kerajaan, sistem pemiawaian yang lengkap serta pengurusan bakat yang berkualiti. Selain itu, Malaysia mengambil inisiatif dengan menubuhkan agensi-agensi yang berperanan dalam membangunkan industri halal ini. Peranan yang dimainkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal Malaysia (HDC), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam

Negeri (JAIN), Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp.) dan sebagainya, harus mendapat pujian di atas usaha yang telah dimainkan. Tambahan lagi, peranan agensi ini adalah untuk menangani kegagalan pasaran dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan sumber, seperti rangkaian dan aktiviti padanan perniagaan, analisis pasaran sasaran, perkhidmatan pemasaran dan sebagainya. Selain itu, pembangunan modal insan yang kompeten dalam pengurusan pensijilan halal amatlah penting sama ada sebagai pengeluar produk, pengguna atau pelapis dalam industri ini. Program-program bersesuaian diperlukan bagi memberi pendedahan berkaitan industri halal bermula dari tatacara pensijilan sehinggalah kepada keperluan pengguna mendapatkan produk halal. Sebagai contoh, Institut Koperasi Malaysia(IKM) sebagai pusat latihan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) sering mengadakan program atau kursus-kursus berbentuk pendedahan kepada para koperasi dan usahawan dalam mendapatkan pensijilan produk terutama pensijilan halal. Kursus atau

Malaysia sebagai Hub Halal Global

76

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 77: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta berkaitan konsep dan keperluan pensijilan dalam memperkukuhkan pemasaran produk dan aktiviti perniagaan koperasi. Malah, kini terdapat kursus-kursus seperti kursus berkaitan pengurusan halal telah mula diperkenalkan kepada universiti tempatan dan pusat-pusat latihan di Malaysia. Kepentingan pelapis dalam industri halal ini dilihat sebagai anjakan yang dilaksanakan dalam menghasilkan masyarakat dan usahawan yang mementingkan jaminan produk yang berkualiti dan bersih. Selain itu, pada 6 September 2019 yang lalu, pihak kerajaan melalui YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan satu program be-halal bagi menggalakkan penyertaan dan sebagai satu inisiatif kepada para usahawan dan koperasi untuk bersama-sama meningkatkan pengeluaran produk yang mempunyai pensijilan halal. Malah, program-program kerjasama antara pihak JAKIM dan HDC telah berjaya meningkatkan pengeluaran pensijilan halal bukan semata-mata produk Muslim tetapi juga

turut dikembangkan kepada produk bukan Islam. Program-program tahunan yang dianjurkan seperti MIHAS, Halfest dan sebagainya juga mengenal pasti mekanisme terbaru dalam pensijilan halal dan bergerak seiring dengan perubahan semasa dalam dan luar negeri. Selain itu, SME Corp juga berperanan dalam membangunkan usahawan-usahawan di bawah IKS dengan mengeluarkan produk-produk yang mempunyai pensijilan halal untuk dinaiktarafkan agar relevan dalam pasaran tempatan dan luar.

77

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 78: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Pembangunan industri halal ini bermula 30 tahun yang lalu di mana pemeriksaan halal dijalankan oleh syarikat swasta yang dilantik kerajaan. JAKIM ditubuhkan dan semua pensijilan dan kegiatan pemeriksaan halal berada di bawah kawalan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mendefinisikan undang-undang Islam negeri masing-masing. Kini, JAKIM berperanan sebagai penentu dasar dan polisi pensijilan halal serta satu-satunya badan bersama JAIN yang mengeluarkan sijil halal kepada industri yang berjaya mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Bermula tahun 1996, pembangunan industri halal telah dimasukkan sebagai perindustrian utama negara termasuklah Pelan Induk Industri Halal yang diterima pakai pada bulan Mei 2008. Bagi mendukung usaha ini, Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) telah ditubuhkan sebagai penggerak utama kepada Pelan Induk Industri Halal. Ini bagi mewujudkan satu ekosistem atau pusat sehenti yang komprehensif dalam membangunkan industri halal ini. Aspek yang penting dalam sistem pensijilan halal adalah mengenai infrastruktur sokongan iaitu berkaitan dengan penyediaan bantuan yang diperlukan dalam proses pensijilan halal. Ditubuhkan pada tahun 2006, HDC bertindak sebagai pusat tumpuan industri halal dalam menyediakan sokongan menyeluruh kepada firma domestik, termasuk sumber maklumat dan persijilan. Antara perkhidmatan utama HDC adalah menawarkan program latihan dan pendidikan kepada syarikat Malaysia termasuk syarikat antarabangsa. Kini lebih daripada 50,000 peserta telah mendapat manfaat daripada latihan tersebut. Selain itu, perkhidmatan yang ditawarkan HDC adalah bantuan pemeriksaan prapenilaian oleh pakar daripada pihak HDC bagi memastikan produk mereka memenuhi keperluan halal, keselamatan dan kualiti yang ditetapkan. Program prapenilaian ini komprehensif dan memberi tumpuan kepada keperluan kritikal bagi pensijilan halal seperti logistik, pusat penyembelihan, pengurusan halal, sistem kewangan Islam, bahan produk halal dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga agensi di bawah

Ekosistem Pensijilan Halal di Malaysia

78

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 79: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang berperanan sebagai pemudah cara berkaitan produk tempatan untuk pasaran luar negara. MATRADE berperanan melaksanakan khidmat nasihat, padanan perniagaan dengan usahawan negara luar dan membantu menyediakan perkhidmatan eksport dan khidmat nasihat berkaitan undang-undang seperti pematuhan HACCP, halal dan sebagainya. Pensijilan produk adalah bergantung kepada keperluan negara yang ingin diterokai. MATRADE membantu memadankan pengusaha produk tempatan bersama pemain-pemain industri, pengedar dan agensi kerajaan di negara yang terbabit. Mereka juga mengadakan kajian pasaran bagi membantu usahawan atau koperasi mengetahui pasaran yang ingin diterokai. Ini akan membantu koperasi untuk lebih berkembang dan tidak berada di takuk yang sama sahaja.

Selain itu, Taman Industri Halal (Halal Industrial Park) ditubuhkan bertujuan untuk bantuan infrastruktur, perkhidmatan akses kepada sumber-sumber yang bersih dan lain-lain lagi. Selain itu, ia juga merupakan pusat rujukan dan membantu menyediakan modal insan yang arif dalam bidang halal untuk dimajukan dlm industri. Taman Industri Halal ini sokong oleh organisasi awam dan swasta yang menawarkan penyelidikan, logistik, latihan dan perkhidmatan lain. Tujuan taman industri halal ini adalah bagi meningkatkan prestasi produk agar setanding dengan pasaran domestik dan antarabangsa, meningkatkan kesedaran berkaitan piawaian, meningkatkan inovasi produk dan termasuk pelbagai insentif kewangan dan sebagainya. Hasil daripada usaha ini, taman perindustrian halal Malaysia telah mendapat manfaat daripada lebih daripada RM6 bilion pelaburan dan lebih daripada 80 syarikat kecil dan sederhana yang terlibat.

79

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 80: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Dalam usaha memastikan koperasi berkembang setanding dengan sektor lain, adalah sangat penting bagi produk keluaran koperasi mempunyai pensijilan termasuklah pensijilan halal. Pensijilan halal akan memberikan satu nilai komersial kepada koperasi untuk meraih pasaran dalam dan luar negara kerana permintaan ke atas produk-produk halal meningkat seiring dengan peningkatan pengguna Islam di dunia. Oleh itu, koperasi perlu menyediakan infrastruktur serta menyokong kepada usaha-usaha dalam mendapatkan pensijilan halal sama ada produk koperasi sendiri atau anggota mereka. Koperasi perlu mewujudkan persekitaran di mana perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi keperluan standard dan diyakini masyarakat umum. Satu ekosistem yang lengkap telah disediakan pihak kerajaan dan koperasi perlu memainkan peranan dengan mencari ruang sebaiknya dalam mendapatkan pensijilan halal tersebut. Malah, terdapat koperasi di Malaysia yang telah berjaya mendapatkan pensijilan halal terhadap produk yang dikeluarkan seperti Koperasi Kakitangan Bernas Berhad yang mengeluarkan minuman barli segera, bubur nasi segera dan sebagainya. Koperasi Iman Serbaguna Berhad yang mengeluarkan produk serunding daging, tuna, ketam dan daging juga merupakan produk koperasi yang telah berjaya memperoleh pensijilan halal malah dalam proses untuk diimport ke negara luar. Selain itu, terdapat program bantuan yang disediakan agensi-agensi terbabit bagi membantu koperasi untuk berkembang. Sebagai contoh, program ‘100 Champion’ yang dianjurkan oleh pihak ANGKASA telah banyak membantu koperasi untuk menembusi pasaran yang pada mulanya mustahil. Program yang bermula sejak 2014 ini berjaya membangunkan produk berasaskan kerjasama koperasi ke pasaran yang lebih tinggi. Produk yang dikeluarkan juga melibatkan kerjasama dengan agensi seperti SIRIM yang membantu mengeluarkan produk yang ditambah menambah baik dari segi pembungkusan dan penjenamaan. Selain itu, produk-produk seperti program ini turut dilengkapi dengan pensijilan-pensijilan yang diperlukan pasaran seperti GMP, MESTI dan sebagainya. Apabila produk ini mendapat pensijilan tersebut, ia meningkatkan kebolehpasaran produk ke satu tangga yang seiring dengan yang lain.

Kepentingan Pensijilan Halal terhadap Koperasi

Pensijilan halal bukan sekadar bermakna produk yang dipasarkan adalah halal, sebaliknya turut menekankan aspek kebersihan serta mutu kualiti sesuatu produk atau perkhidmatan. Halal juga bukan semata-mata kepada makanan sahaja tetapi juga melibatkan keadaan premis sesuatu operasi. Produk yang halal akan menjadikan produk itu lebih premium kerana terdapat jaminan kualiti dan kebersihan terhadap produk tersebut. Ia juga merupakan satu indikator kebolehpasaran produk yang tinggi dalam pasaran. Ia boleh menjadi salah satu alat inovasi untuk perniagaan berkembang kerana ia membezakan dari satu perniagaan ke perniagaan yang lain (Yusuf et al (2016).Jaminan perolehan pensijilan halal akan menyebabkan pengguna akan percaya dan yakin kepada kebaikan produk yang memperoleh pensijilan halal. Selain itu, ia akan mempengaruhi pengguna membuat keputusan pembelian dan kesanggupan pengguna untuk membayar produk halal. Produk yang halal menjamin kebersihan dan kualiti. Ini akan membantu pengguna memilih produk yang memenuhi standard ini walaupun pada harga yang tinggi. Pensijilan produk akan berkait rapat dengan peranan koperasi mempengaruhi gelagat pengguna sekali gus meningkatkan keyakinan kepada koperasi. Pengguna akan lebih yakin bukan sahaja kepada produk itu sendiri, malah imej koperasi di mana kedudukan koperasi seiring dengan produk-produk yang lain.

Meningkatkan Jaminan Kualiti dan Imej Produk KoperasiA.

80

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 81: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Potensi produk halal ini makin berkembang kerana ia adalah permintaan seluruh dunia. Malah, Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) menyasarkan eksport halal bernilai RM50 bilion pada 2020 berikutan potensi yang wujud walaupun dunia berdepan dengan keadaan ekonomi yang mencabar. Ini merupakan indikator kepada koperasi atau usahawan bahawa potensi yang besar selaras dengan permintaan dunia terhadap produk halal. Berlaku cabaran berikutan penurunan eksport sektor halal dalam keseluruhan kluster kecuali kosmetik dan penjagaan diri (Berita harian, 2019). Pensijilan halal juga memudahkan koperasi untuk menembusi pasaran luar selain dari aspek yang lain. Jaminan terhadap standard yang ditetapkan JAKIM dan sebagainya akan membantu Negara yang ingin ditembusi lebih yakin dengan produk yang ditawarkan Perspektif positif berkaitan pensijilan halal yang dikeluarkan negara Malaysia wajar dianggap sebagai satu peluang emas yang membantu koperasi menawarkan produk ke pasaran lain. Koperasi wajar bekerjasama dengan agensi-agensi seperti HDC, MITI, MATRADE dan sebagainya dalam mendapatkan maklumat berkaitan dan mengikuti program-program yang dianjurkan. Selain itu, koperasi juga perlu melihat dan membuat kajian pasaran sesebuah negara terlebih dahulu seperti pembungkusan dan produk yang diinginkan pasaran. Koperasi perlu mengkaji gelagat pengguna dan menghasilkan produk yang memudahkan kehidupan pengguna selain dari memenuhi kehendak negara yang ingin ditembusi dari segi pensijilan produk. Ini akan membantu produk-produk koperasi mengenal pasti keperluan yang dikehendaki dan menghasilkan produk yang bertepatan dengan budaya masyarakat setempat di samping memenuhi keperluan standard negara tersebut.

Potensi Pengembangan Produk ke Pasaran Luar Negara (Eksport)B.

Produk atau perkhidmatan yang disahkan halal akan menarik pengguna yang mementingkan aspek kebersihan dan jaminan kualiti terutama orang Islam. Tambahan lagi, kira-kira 67% produk berpotensi halal dikategorikan sebagai barangan pengguna yang bergerak pantas (FMCG). Kepentingan ini harus dilihat oleh koperasi sebagai satu aspek penting dalam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti yang akan menjamin kesetiaan anggota dan pelanggan terhadap produk yang dipasarkan. Pematuhan terhadap pensijilan halal akan memberikan kelebihan persaingan (competitive advantage) kepada koperasi dan ini membantu mereka mengukuhkan kedudukan dalam industri yang berkaitan. Persijilan halal juga membolehkan koperasi menghasilkan produk berbeza berbanding yang tiada pensijilan yang akhirnya meningkatkan pendapatan dan meningkatkan kebolehpasaran produk tersebut (Khan, M. I., & Haleem, A. (2016). Sebagai contoh, produk yang dibangunkan melalui program ‘100 Champion’ iaitu di bawah jenama ‘Mr Rival’s Cassava Chips’ yang dikeluarkan oleh Koperasi Pengusaha dan Pengilang Ubi Selangor Berhad (Koupang). Produk ini telah berjaya memposisikan jenamanya seiring dengan pengeluar ubi kerepek yang lain. Malah produk ini telah berjaya dieksport ke Dubai, China dan negara lain lagi. Pensijilan halal akan memberi nilai tambah kepada produk tersebut.

Memperkukuhkan Posisi Penjenamaan Produk atau Perkhidmatan Koperasi

C.

81

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 82: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

ISU DAN CABARAN PENSIJILAN HALAL

Sejak dahulu lagi, cadangan untuk menggubal satu akta khas iaitu Akta Halal Malaysia bagi menambah baik perundangan berkaitan halal selain meluaskan bidang kuasa JAKIM sebagai badan yang berautoriti dalam isu halal terutamanya dalam isu penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan telah mula dibincangkan namun sehingga kini, ia masih gagal dilaksanakan. Malah, tiada Akta Halal yang terpakai untuk seluruh negara memandangkan perlembagaan pensijilan halal adalah berkaitan dengan agama Islam, maka ia adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri. Satu kesefahaman dan kompromi yang tinggi antara negeri amatlah diperlukan sekiranya penguatkuasaan Akta Halal ingin dilaksanakan(Ahmad & Zulzaidi, 2012). Akta ini adalah bertujuan bagi memberikan kuasa secara terus kepada pihak agensi kerajaan seperti JAKIM untuk memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang. Selain itu, Akta ini diperlukan bagi memberikan bidang kuasa penuh terhadap pemantauan dan mengambil tindakan undang-undang sepenuhnya di bawah kuasa JAKIM yang selama ini badan yang mengendalikan persoalan pensijilan halal. Perkara ini dapat membantu JAKIM menyelaras perkara-perkara berkaitan halal yang selama ini diambil tugas oleh kementerian-kementerian lain seperti penggunaan logo oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Kesihatan berkaitan dengan akta makanan, Kementerian Pertanian dan lain lagi. Oleh yang demikian, cara yang praktikal yang diguna pakai ialah penambahbaikan undang-undang sedia ada sebagai langkah bagi memenuhi keperluan kepada kekurangan akta sedia ada.

Mengikut Perintah Perihal dagangan (Takrif Halal) 2011, hanya JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sahaja yang boleh memperakukan halal kepada sesuatu produk atau perkhidmatan. Badan-badan swasta tidak lagi dibenarkan mengeluarkan Sijil Pengesahan halal seperti sebelum ini dan boleh dianggap melakukan kesalahan undang-undang. Perintah ini juga memperuntukkan hanya logo keluaran JAKIM dan MAIN dibenarkan untuk digunakan. Namun begitu, logo halal badan pensijilan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM mempunyai pelbagai logo-logo berbeza yang mengelirukan pengguna di Malaysia. Oleh yang demikian, satu langkah telah diambil di mana peruntukan pihak berkuasa yang berwibawa dalam memperakukan perkara halal telah dilakukan bagi memperbaiki kelemahan peruntukan Perintah perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’). Selain itu, kelonggaran penguatkuasaan yang berlaku juga telah menyebabkan pemalsuan perihal dagangan peniaga secara meluas. Melalui penambahbaikan undang-undang telah berjaya mengurangkan penyalahgunaan logo ini dan pengusaha tidak lagi dibenarkan meletakkan logo halal secara bebas.

Penguatkuasaan Undang-undang Halal Malaysia Penyalahgunaan Logo Halal1. 2.

82

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 83: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Masyarakat sering terpedaya dengan ciri-ciri keislaman yang ditunjukkan oleh pengusaha sehingga mereka sering kali terlepas pandang dalam menyemak pensijilan halal sebenar yang dimiliki pengusaha produk atau perkhidmatan. Pengguna terutama golongan muda mudah terikut-ikut dengan trend masa kini sehingga meletakkan kepercayaan sesuatu produk itu halal hanyalah berdasarkan keadaan fizikal yang dilihat. Malah, faktor gaya hidup moden dijadikan alasan bagi golongan muda ini memasuki premis yang belum diiktiraf JAKIM. Pelbagai pihak termasuklah JAKIM, HDC dan sebagainya telah melaksanakan kempen sama ada melalui media massa atau media cetak, namun kesedaran ini masih lagi di tahap yang kurang memuaskan (Siti, Nor, & Jusang, 2014). Penyebaran maklumat melalui slot-slot di televisyen dan penggunaan Apps juga telah dilaksanakan oleh pihak JAKIM agar kesedaran berkaitan pensijilan halal berada di tahap yang tinggi. Sikap tidak endah dengan pensijilan halal ini amat membimbangkan jika keadaan ini berterusan kerana implikasinya amat besar kepada pembentukan generasi yang berkualiti pada masa akan datang.

Terdapat kekangan yang dihadapi pihak JAKIM dan JAIN yang bertindak sebagai badan yang berautoriti dalam mengeluarkan sijil halal. Kepadatan penduduk Islam di Malaysia dan ditambah lagi dengan kemasukan warga asing sebagai pekerja dan pelajar telah menyebabkan JAKIM dan JAIN tidak dapat menampung permintaan pengeluaran sijil halal di Malaysia (Ahmad & Zulzaidi, 2012). Bagi mengelakkan keadaan ini, badan swasta diperlukan untuk mengurangkan bebanan pihak JAKIM dan JAIN. Perkara ini juga membantu pembangunan pasaran halal dengan lebih pantas. Hakikatnya, pengiktirafan kepada badan swasta pernah dilaksanakan pada 1998, namun atas desakan, JAKIM telah mengambil semula peranan tersebut pada 2002. Begitu juga peranan ini pernah diserahkan kepada HDC namun ditarik balik. Ini membuktikan bahawa kepercayaan pernah diberikan kepada badan swasta ini dan sewajarnya ia diteruskan seperti yang dilakukan oleh negara seperti China dan Australia. Oleh yang demikian, sewajarnya JAKIM mengiktiraf badan swasta dengan pemantauan dan bantuan pihak kerajaan agar pematuhan dan pelaksanaan audit dilaksanakan dengan tepat dan betul. Ini sekali gus akan membantu JAKIM dan agensi lain untuk bersama-sama mempromosikan pensijilan halal ini dengan lebih meluas.

Kesedaran Masyarakat berkaitan Pensijilan Halal

Pengiktirafan kepada Badan Swasta3. 4.

83

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 84: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

Penutup

Kesimpulannya, pensijilan halal memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi perniagaan koperasi. Kelebihan daya saing akan wujud apabila koperasi mempunyai produk atau perkhidmatan halal yang dilihat oleh pelanggan lebih baik daripada pesaingnya. Malah, kekuatan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri makanan halal global memberi peluang kepada pengusaha makanan seperti koperasi untuk merebut peluang yang ada. Namun begitu, produk-produk tempatan masih gagal memenuhi permintaan dunia yang tinggi terhadap produk halal. Jika melihat kepada nilai eksport halal Malaysia adalah sebanyak RM40 bilion dan ini hanya 4% sahaja daripada nilai eksport keseluruhan, iaitu sangat kecil. Oleh yang demikian, lebih banyak usahawan koperasi diperlukan bagi memperkasakan industri ini. Malahan pada tahun 2030, kerajaan Malaysia menyasarkan nilai eksport industri halal ini adalah 7.7 trilion USD di seluruh dunia. Sasaran ini wajar diambil oleh koperasi bagi mengembangkan lagi posisi produk mereka terutama ke arah global. Koperasi kini tidak boleh berada di takuk yang lama lagi. Produk koperasi perlu bergerak pantas dan seiring dengan kemahuan dan keperluan masyarakat kini. Kesedaran dalam mendapat produk halal telah mula ditekankan oleh masyarakat sama ada Islam atau bukan Islam. Dunia kini mementingkan aspek yang ditekankan iaitu jaminan kebersihan dan kualiti terhadap produk halal. Dengan memiliki standard yang berstatus global ini, sudah tentu keyakinan pengguna Islam terhadap produk halal yang berjenamakan koperasi dapat ditingkatkan lagi. Selain itu, koperasi juga harus bersedia untuk mengekalkan kelestarian produk mereka agar sentiasa ada dalam pasaran. Perancangan yang menyeluruh diperlukan agar kelestariannya dapat dikekalkan. Oleh yang demikian, peranan ALK bersama-sama anggota diperluaskan agar koperasi berjaya memasarkan produk-produk yang menepati kehendak pasaran dan pengguna dan sekali gus akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ke arah pencapaian yang lebih tinggi.

84

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 85: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

85

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 86: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

86

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 87: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

87

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)

Page 88: Dari Meja Ketua Editordev.ikkm.aidan.work/images/dokumen/penerbitan/... · Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia

INSTITUT KOPERASIMALAYSIAZON UTARANo. 1515, Wisma KGMKBJalan Tunku Ibrahim05000 Alor SetarKedah Darul AmanTel: 04-7337527Faks: 04-7337532E-mel: [email protected]

KAMPUS INDUK, ZON TENGAH & PEMBANGUNAN KOPERASIINSTITUT KOPERASI MALAYSIA103, Jalan Templer46700 Petaling Jaya,Selangor Darul EhsanTel: 03-7964 9000Faks: 03-7957 0434/03 - 7954 3957/ 03-7957 9076E-mel: [email protected] web: http://www.ikkm.edu.my

KOLEJ iCOOPLot 1(A), Podium Floor,Block A, One Damansara,No. 3, Jalan PJU 10/3C, Damansara Damai,47830 Petaling Jaya, SelangorTel: +606140 2256 / 2520Hotline: +6011-2917-6552, +6019-293 6552E-mel: [email protected] web: www.icoop.edu.my

INSTITUT KOPERASI MALAYSIAZON SELATANNo. 3, Jalan Padi Emas 1/8 Bandar Baru UDA81200 Johor BahruJohor Darul TakzimTel: 07-2075559Faks: 07-2342021 E-mel: [email protected]

INSTITUT KOPERASI MALAYSIAZON TIMURKompleks InkubatorIndera Mahkota 14,Bandar Indera Mahkota25200 Kuantan,Pahang Darul MakmurTel: 09-5732449Faks: 09-5732450E-mel: [email protected]

88

D

IMEN

SI

KO

OP

B

il. 6

2(3/

2019

)