30eprints.usm.my/39000/1/usm_news_portal_-_16_orang_delegasi_jepun_se… · dapat menimba ilmu...

4
USM, PULAU PINANG, 29 Ogos 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Regional Centre Of Expertise (RCE) Pulau Pinang, Japan Malaysia Association dan Environmental Restoration And Conservation Agency Of Japan (ERCA) menganjurkan program ERCA: Overseas Training Course 2016 yang merupakan kolaborasi antara Jepun dan Malaysia. Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman dalam ucapan penutup program ini berkata, pendidikan dalam kelestarian merupakan cabang utama yang dititik beratkan USM dalam memupuk pelajar menjadi masyarakat yang menghormati dan menjaga alam sekitar. “Saya percaya melalui pelbagai program yang dijalankan dalam ERCA 2016 ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran tentang amalan kehidupan lestari tetapi juga kesediaan pelajar untuk mengubah tingkah laku dan sikap demi kelestarian masa hadapan,” tambahnya. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... 16 ORANG DELEGASI JEPUN SERTAI PROGRAM KELESTARIAN 30 AUG

Upload: others

Post on 04-Oct-2019

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 30eprints.usm.my/39000/1/USM_News_Portal_-_16_ORANG_DELEGASI_JEPUN_SE… · dapat menimba ilmu tentang kepentingan kelestarian di Malaysia. “Saya dapa t mengen ali Malaysia khususnya

USM, PULAU PINANG, 29 Ogos 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Regional Centre OfExpertise (RCE) Pulau Pinang, Japan Malaysia Association dan Environmental Restoration AndConservation Agency Of Japan (ERCA) menganjurkan program ERCA: Overseas Training Course 2016yang merupakan kolaborasi antara Jepun dan Malaysia.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman dalam ucapan penutup program ini berkata,pendidikan dalam kelestarian merupakan cabang utama yang dititik beratkan USM dalam memupukpelajar menjadi masyarakat yang menghormati dan menjaga alam sekitar.

“Saya percaya melalui pelbagai program yang dijalankan dalam ERCA 2016 ini bukan sahaja dapatmeningkatkan kesedaran tentang amalan kehidupan lestari tetapi juga kesediaan pelajar untukmengubah tingkah laku dan sikap demi kelestarian masa hadapan,” tambahnya.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

16 ORANG DELEGASI JEPUN SERTAI PROGRAMKELESTARIAN30

AUG

Page 2: 30eprints.usm.my/39000/1/USM_News_Portal_-_16_ORANG_DELEGASI_JEPUN_SE… · dapat menimba ilmu tentang kepentingan kelestarian di Malaysia. “Saya dapa t mengen ali Malaysia khususnya

Sementara itu, Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang Kiyoshi Itoi pula mengucapkan terima kasihkepada pihak USM terutamanya RCE Pulau Pinang dalam menjayakan program tersebut.

“Dengan adanya program seumpama ini, dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Jepunsupaya lebih menghargai alam sekitar umpamanya tentang kelebihan hutan paya bakau terhadap alamsekitar,” jelasnya lagi.

Page 3: 30eprints.usm.my/39000/1/USM_News_Portal_-_16_ORANG_DELEGASI_JEPUN_SE… · dapat menimba ilmu tentang kepentingan kelestarian di Malaysia. “Saya dapa t mengen ali Malaysia khususnya

Program yang disertai oleh 16 orang pelajar dari 10 buah universiti di Jepun ini juga meliputi aktivitipenanaman pokok bakau selain turut mengadakan lawatan di sekitar Kuala Sepetang Perak danbengkel pengurusan sisa pepejal.

Peserta program ini, Risa Ishikawa, 20, berpuas hati dengan perjalanan program yang diadakan selaindapat menimba ilmu tentang kepentingan kelestarian di Malaysia.

“Saya dapat mengenali Malaysia khususnya Pulau Pinang dengan lebih dekat lagi selain dapat melihatkeindahan hutan paya bakau belum dicemari pencemaran,” kata pelajar daripada Keio University inilagi.

Tambahnya, selain keunikan tempat-tempat di Pulau Pinang, makanan dan masyarakat setempat disini ramah dan sentiasa membantu.

Yang hadir sama dalam majlis penutupan program ini, Dekan Pusat Pengajian Siswazah PerniagaanUSM, Profesor Dr. Azlan Amran.

Teks: Syuhada Abd. Aziz

Share This

Page 4: 30eprints.usm.my/39000/1/USM_News_Portal_-_16_ORANG_DELEGASI_JEPUN_SE… · dapat menimba ilmu tentang kepentingan kelestarian di Malaysia. “Saya dapa t mengen ali Malaysia khususnya

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015